laporan program kem bestari solat kali ke3

7
LAPORAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT KALI KE-3 Nama Program : Kem Bestari Solat Kali Ketiga Tarikh : 5 September 2015 Hari/ Masa : Sabtu (7.00 pagi – 12 tengah hari) Objektif : Tahap 1 : 1) Melakukan perlakuan dalam solat dengan betul. 2) Menghafaz bacaan dalam solat dengan betul dan lancar Tahap 2 : 1) Melakukan amali solat secara berjemaah dengan sempurna 2) Melakukan amali masbuq ketika solat dengan betul. Sasaran : Semua murid islam SJK Chung Hua No. 3 ( Tahun 1 – 6 ) Jawatankuasa : Penasihat : Moh Fok Choi ( Guru Besar ) Pengerusi : Ho Man Hwa ( Penolong Kanan Kokurikulum ) Setiausaha : Fadzillah Bt Kader ( Guru Pendidikan Islam) Bendahari : Wan Mohd Fauzi ( Pembantu Kewangan ) AJK : Fadzillah Bt Kader ( Guru Pendidikan Islam) Luqmanul Hakim ( Guru Pendidikan Islam) Butiran Aktiviti : 0700 – 0730 LAFAZ ASMAUL HUSNA 0730 – 0900 Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu tahap 1 (Tahun 1-3)

Upload: luqmanul-hakim-md-sadakah

Post on 10-Jul-2016

209 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Kem Bestari Solat Kali Ke3

LAPORAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT KALI KE-3

Nama Program : Kem Bestari Solat Kali Ketiga

Tarikh : 5 September 2015

Hari/ Masa : Sabtu (7.00 pagi – 12 tengah hari)

Objektif : Tahap 1 :

1) Melakukan perlakuan dalam solat dengan betul.

2) Menghafaz bacaan dalam solat dengan betul dan lancar

Tahap 2 :

1) Melakukan amali solat secara berjemaah dengan sempurna

2) Melakukan amali masbuq ketika solat dengan betul.

Sasaran : Semua murid islam SJK Chung Hua No. 3 ( Tahun 1 – 6 )

Jawatankuasa :

Penasihat : Moh Fok Choi ( Guru Besar )

Pengerusi : Ho Man Hwa ( Penolong Kanan Kokurikulum )

Setiausaha : Fadzillah Bt Kader ( Guru Pendidikan Islam)

Bendahari : Wan Mohd Fauzi ( Pembantu Kewangan )

AJK : Fadzillah Bt Kader ( Guru Pendidikan Islam)

Luqmanul Hakim ( Guru Pendidikan Islam)

Butiran Aktiviti :

0700 – 0730 LAFAZ ASMAUL HUSNA

0730 – 0900

Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu

tahap 1 (Tahun 1-3) dan tahap 2 (Tahun 4-6)

TAHAP 1:

Perlakuan dan Bacaan dalam Solat

-

TAHAP 2:

Amali Masbuq

0900 – 0930 MINUM PAGI

Page 2: Laporan Program Kem Bestari Solat Kali Ke3

0930 – 1030

TAHAP 1:

Penilaian individu

TAHAP 2:

Solat Berjemaah

1030 – 1145 KUIZ PINTAR SOLAT

1145 – 1200 MAKAN TENGAHARI

1200 BERSURAI

Analisis SWOT:

Kekuatan

1. Murid dapat menguasai dan solat secara menyeluruh dari segi teori dan juga praktikal. Ini kerana murid-murid telah dinilai pencapaian mereka pada kem bestari solat 1 dan 2 yang merangkumi wuduk, bacaan dalam solat dan perlakuan solat.

2. Murid amat berminat menyertai kem bestari solat dan menunjukkan kesungguhan dan memberikan perhatian yang tinggi terhadap perkara yang diajarkan terutamanya sewaktu kuiz.

Kelemahan

1. Kekurangan kawasan yang kondusif untuk menjalankan aktiviti solat berjemaah untuk semua murid.

2. Kemampuan murid untuk menghafaz adalah berada ditahap yang rendah dan menyebabkan mereka memerlukan masa yang lama serta motivasi yang tinggi untuk menghafal lafaz dan bacaan dalam solat seperti doa qunut dan doa iftitah.

3. Kekangan masa disebabkan tahap kemampuan murid untuk menghafal adalah rendah.

Peluang

1. Bilangan murid yang sedikit memudahkan guru mengawal murid dan menjalankan penilaian.2. Pihak sekolah memberikan kemudahan seperti pembiayaan makanan untuk murid-murid.

Ancaman

1. Kebanyakan murid tidak bersolat di rumah menyebabkan mereka tidak mempraktikkan apa yang dipelajari dalam kem ini.

Page 3: Laporan Program Kem Bestari Solat Kali Ke3

Penutup:

Program Kem Bestari Solat Berjaya dijalankan dengan baik atas kerjasama ibu bapa, guru dan pihak sekolah. Aspek solat perlu diterapkan dalam waktu pembelajaran dan pengajaran agar murid lebih bersemangat untuk menjalankan salah satu daripada rukun Islam ini.

Disediakan oleh,

(LUQMANUL HAKIM BIN MD SADAKAH)Guru Pendidikan Islam SJK Chung Hua No.3

Disahkan oleh,

(MOH FOK CHOI)Guru BesarSJK Chung Hua No. 3

Page 4: Laporan Program Kem Bestari Solat Kali Ke3

LAMPIRAN

Bukti Bergambar:

Murid menonton Lafaz Asmaul Husna

Amali Solat Berjemaah diajar oleh Ustaz Luqman.

Murid membaca doa sebelum memulakan pengajaran Masbuq dan Muafiq

Page 5: Laporan Program Kem Bestari Solat Kali Ke3

Murid menonton cara-cara mengambil wudhu’.

Permainan menyusun tertib mengambil wudhu’

Murid mempraktikkan amali solat dengan bimbingan Ustazah Fadzillah

Page 6: Laporan Program Kem Bestari Solat Kali Ke3

Suasana ketika Kuiz Bestari Solat dijalankan. Murid menjawab soalan kuiz.

Murid-murid menunggu ibu bapa menjemput mereka sambil ditemani ustazah.