laporan program kem membaca 1 malaysia

28
SMK PALONG DUA (F), GEMAS NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS LAPORAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2010

Upload: sakinah-musa

Post on 05-Dec-2014

199 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

km1m

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

SMK PALONG DUA (F), GEMASNEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

LAPORAN KEM MEMBACA

1 MALAYSIA 2010

Page 2: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

Kandungan Sepintas Lalu

1. Laporan Program

2. Kertas Kerja

3. Gambar-gambar

4. Surat-surat dan Brosur

5. Teks Ucapan

6. Rekod Kehadiran

Page 3: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

LAPORAN

Page 4: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

LAPORAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT SMK PALONG DUA (F), GEMAS TAHUN 2010

TAJUK BUTIRAN / PENERANGAN

MATLAMAT Membina tabiat membaca dalam kalangan murid.

OBJEKTIF 1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.

2. Menggerakkan program/aktiviti galakan membaca.

3. Memupuk minat membaca secara berterusan.4. Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan

bacaan.

TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh: 8 November – 12 November 2010Hari : Isnin hingga Jumaat

TEMPAT Dataran Ilmu, Balai Bestari, Dewan al-Khawarizmi, dan Bilik APD

SASARAN Semua pelajar SMK Palong Dua (Felda)

PERSONALIA Rujuk Kertas Kerja

KOS/SUMBER/ PERBELANJAAN

SEBENARRujuk Kertas Kerja

PENGISIAN Rujuk Brosur

KEPUTUSAN Pertandingan Kuiz Klinik Membaca1. Aminazatulnajihah bt. Aminudin2. Nur Azwa bt. Noor Azman3. Norzarina bt. Mohd Isa

Pertandingan Bercerita1. Norsyafika Shazwani bt. Aripin2. Norsyafiqah bt. Mohd Shokor

Page 5: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

3. Aminazatulnajihah bt. Aminudin

PENILAIAN/IMPAK Penglibatan SMK Palong Dua (F), Gemas dalam Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia bersama-sama 1005 buah sekolah yang terpilih dari seluruh Malaysia telah mendapat maklum balas yang amat memberangsangkan. Dengan jumlah penyertaan yang melibatkan semua warga sekolah ini, pengisian aktiviti sebegini wajar diteruskan pada masa akan datang kerana mampu membudayakan tabiat amalan membaca dalam kalangan warganya, dan seterusnya akan lahir role model yang akan menjadi ikutan dan teladan terhadap masyarakat sekeliling bagi melahirkan masyarakat yang bermaklumat selaras dengan aspirasi pucuk kepemimpinan negara yang berusaha menjana warganegara yang berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan inovatif. Dengan pemberian bahan bacaan sumbangan Scholastic’s Malaysia dan derma daripada setiap peserta yang terlibat dalam program Kem Membaca 1 Malaysia, hal ini sekali gus dapat memberi impak positif kepada mereka dalam menyemarakkan budaya membaca dan cinta akan ilmu dalam kalangan warga sekolah ini khususnya, dan masyarakat Malaysia amnya.

Disediakan oleh:NAZARI BIN OTHMANGuru Perpustakaan dan MediaSMK Palong Dua (F), Gemas

Page 6: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

KERTAS KERJA

Page 7: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK PALONG 2 (F), GEMAS

Kertas Kerja Kem Membaca 1 Malaysia 2010

Pendahuluan :

Salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid adalah dengan memperkenalkan Program NILAM dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi merealisasikan hasrat ini, sekolah perlu mengadakan aktviti-aktiviti galakan membaca secara berperingkat dan berterusan meliputi aktiviti asas, aktiviti pemupukan, dan aktiviti pengayaan. Hal ini selari dengan peranan amalan membaca itu sendiri sebagai akses kepada pemerolehan ilmu yang menjadi prasyarat bagi melonjakkan taraf sosioekonomi dan pembinaan tamadun manusia.

Matlamat :

Membina tabiat membaca dalam kalangan murid.

Objektif :

1. Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.2. Menggerakkan program/aktiviti galakan membaca.3. Memupuk minat membaca secara berterusan.4. Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan.

Rasional :

Ledakan dunia siber menuntut anggota masyarakat menguasai maklumat yang banyak bagi memastikan lahirnya masyarakat yang mantap dan berkemampuan melahirkan idea-idea yang bernas, matang, dan luas. Hanya anggota masyarakat yang kaya maklumat mampu membina jati diri yang ampuh dan mampu berhadapan dengan sebarang perubahan yang berlaku dalam lanskap lokal dan global.

Tempat dan Tarikh :

Projek ini akan dijalankan di sekitar kawasan SMK Palong Dua (F), Gemas.

Jangkamasa :

Page 8: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

5 hari, mulai 8 November 2010 hingga 12 November 2010.

Kumpulan Sasaran :

Semua warga SMK Palong Dua (F), Gemas, khususnya murid-murid tingkatan 3.Jawatankuasa Induk :

Penasihat: Puan Saadiah binti Saad - Pengetua

Pengerusi: Cik Hazlina binti Rani - GPK Akademik

Naib Pengerusi I: Puan Latipah binti Mansor - GPK HEM

Naib Pengerusi II: YM Tengku Riduan bin Raja Yunus - GPK Kokurikulum

Setiausaha: Encik Nazari bin Othman - GPM

AJK1. Puan Norliza binti Zainal - Ketua Bidang Bahasa2. Puan Juwairiah binti Mohd Noor - Ketua Bidang Kemanusiaan3. Puan Norazimah binti Mohamed Nor - Ketua Bidang Sains dan Matematik4. Tuan Haji Abdul Rahman bin Saari - Ketua Bidang Teknik dan Vokasioanal5. Puan Nik Nuraini binti Husain - Kaunselor Jawatankuasa Kerja :

Pengerusi: Cik Hazlina binti RaniNaib Pengerusi: Encik Nazari bin OthmanSetiausaha : Puan Nik Nuraini binti Husain

AJK Pelaksana :

AJK Kem Membaca 1 Malaysia :1. Puan Norliza binti Zainal2. Encik Nazari bin Othman

AJK Projek Kitar Semula (Sayangi Bumi Kita):1. Puan Norhamisah binti Md Hassan2. Puan Juwairiah binti Mohamad Noor3. Encik Afandy bin Che Manah

AJK Klinik Membaca :1. Encik Nazari bin Othman2. Cik Suhailiza binti Sulaiman

Page 9: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

AJK Pertandingan Pidato, Perbahasan & Public Speaking:1. Puan Norliza binti Zainal2. Encik Nazari bin Othman

AJK Bacaan Kegemaran Saya:1. Puan Norazimah binti Mohamed Nor2. Puan Rosliza binti Ismail

AJK Choral Speaking:1. Puan Liza binti Mohd Alias2. Puan Idzaliyah Suriani binti Razali

AJK Sketsa Lagu :1. Puan Norliza binti Zainal2. Encik Md. Wazir bin Idris

Info Hunt:1. Encik Nazari bin Othman2. Cik Norhazniza binti Md Yusop3. Tuan Haji Abdul Rahman bin Saari4. Cik Masitah binti Alias

Strategi:

1. Penyediaan kertas kerja2. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja3. Pelaksanaan program4. Penilaian5. Pelaporan

Jadual Program :

Tarikh Masa Aktiviti Tindakan Tempat

08.11.2010Isnin

9.00-10.04 pagi

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah:

1. Ucapan Pengetua2. Persembahan

Nyanyian Lagu “Mari Membaca”

3. Kem Membaca 1 Malaysia

Semua guru dan pelajar

Dataran Ilmu

Page 10: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

9.11.2010Selasa

7.40-10.20 pagi

Projek Kitar Semula (Sayangi Bumi Kita)

Pn.NorhamisahPn. Juwairiah

Dewan Al-Khawarizmi

10.20-10.40 pagi

Rehat

10.40-2.00 ptgSambungan Projek Kitar Semula (Sayangi Bumi

Kita)

En.Afandy Dewan Al-Khawarizmi

10.11.2010Rabu

8.30-10.20 pagi

Klinik MembacaCik Suhailiza

En.Nazari Bilik APD / PSS

10.20-10.40 pagi

Rehat

10.40-2.00 ptg

Pertandingan Kuiz Klinik Membaca, dan Pertandingan Bercerita

En.Nazari Pn.Norliza

Dewan Al-Khawarizmi

11.11.2010Khamis

7.40-9.00 pagi Bacaan Kegemaran Saya Pn.Norazimah Dewan Al-

Khawarizmi9.00-10.20

pagiChoral Speaking

Pn.Norhamisah Pn.Liza

Bilik APD

10.20-10.40 pagi

Rehat

10.40-12.00 tgh

Sketsa Lagu Pn.Norliza

En.Md.Wazir Bilik APD

12.11.2010Jumaat

8.00 – 10.20 pagi

Info Hunt

En.Nazari OthmanCik Norhazniza

Tn.Hj.Abdul RahmanCik Masitah

Balai Bestari

Anggaran Kos :

BIL. PENDAPATAN PERBELANJAAN KUANTITI KOS (RM)

1.PCG Pusat Sumber Sekolah

1. Hadiah Pertandingan Kuiz Klinik Membaca, dan Pertandingan Bercerita

6 x RM10 60.00

JUMLAH 60.00

Sumber Kewangan :

1. Sumber daripada PCG PSS SMK Palong Dua (F), Gemas.

Penilaian : Penyediaan pelaporan.

Disediakan oleh:ENCIK NAZARI BIN OTHMANGuru Perpustakaan dan Media

Page 11: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

SMK Palong Dua (F), GemasNegeri Sembilan

GAMBAR-GAMBAR

Page 12: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Page 13: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia
Page 14: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

PROJEK KITAR SEMULA (SAYANGI BUMI KITA)

KLINIK MEMBACA

Page 15: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

PERTANDINGAN BERCERITA

Page 16: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

BACAAN KEGEMARAN SAYA

Page 17: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

CHORAL SPEAKING

SKETSA LAGU

INFO HUNT

Page 18: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia
Page 19: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

SURAT-SURAT DAN

BROSUR

Page 20: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

TEKS UCAPAN

TEKS UCAPAN PENGETUASEMPENA KEMPEN MEMBACA 1 MALAYSIA 2010

PERINGKAT SMK PALONG DUA (F), GEMAS

Page 21: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera  

Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas izin-Nya jua kita warga sekolah ini dapat bersama-sama menyempurnakan Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia 2010 secara serentak dengan majlis pelancaran di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus pada hari ini, tanggal 8 November 2010. Kem Membaca 1 Malaysia yang bertemakan “Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia” merupakan program yang dilaksanakan bersama JPN, BTPN, PKG, dan sekolah dengan kerjasama agensi kerajaan seperti PNM, serta Rakan Perkongsian Pintar KPM seperti Scholastic’s Malaysia dan MABOPA. Tujuan utama program ini adalah untuk membina tabiat membaca dan budaya cinta akan ilmu dalam semua lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja selaras dengan hala tuju kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang kaya maklumat.  

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia peringkat kebangsaan akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, di SRJK (C) Tsun Sin, Jalan Perwira, Kg. Pandan, Kuala Lumpur. Manakala, di peringkat Negeri Sembilan pula akan dirasmikan pelancarannya oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan di SK Serting (Felda). 1005 buah sekolah seluruh Malaysia, 50 buah daripadanya adalah dari Negeri Sembilan, dan salah satu daripadanya ialah SMK Palong Dua (F) telah terpilih menyertai program ini bagi memecah Malaysian Book of Records. Berikan tepukan yang bergemuruh kepada diri anda kerana telah terpilih untuk menyertai Kem Membaca 1 Malaysia. Untuk pengetahuan kamu, sekolah yang terpilih akan ditaja 1 set buku oleh Scholastic’s Malaysia selaku penaja program ini. Secara tidak langsung akan bertambahlah koleksi buku di Balai Bestari. Bukan satu perkara mudah untuk terpilih menyertai program ini, sudah tentu terdapat kriteria-kriteria tertentu yang perlu dipenuhi bagi meyakinkan pihak penaja untuk memilih sekolah kita. Mudah-mudahan, dengan kepercayaan ini, saya yakin dan percaya bahawa program ini akan menjadi momentum untuk melonjakkan sekolah kita setanding dengan sekolah-sekolah lain yang telah lama mencipta kejayaan dalam membudayakan amalan membaca dalam kalangan warganya. Tidak mustahil akan lahir Tokoh NILAM yang baharu sebagaimana yang telah dibuktikan oleh pelajar sekolah ini pada tahun 2009, iaitu Saudari Nor Ashimah binti Mohd Saleh yang telah terpilih mewakili Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan. Di mana kemahuan, di situ ada jalan. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Murid-murid yang dikasihi,

Sifat suka membaca ialah satu amalan mulia dan seharusnya dijadikan budaya seumur hidup. Membaca adalah langkah untuk menimba ilmu, memperkayakan maklumat, ilmu pengetahuan dan kebolehan dalam pelbagai bidang. Dalam erti

Page 22: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

kata yang lain, melalui membaca kita boleh mendidik diri sendiri dalam pelbagai aspek. Ilmu pengetahuan dan maklumat membolehkan kita mempertingkatkan taraf hidup, mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam dunia kini yang semakin mencabar dan berteknologi tinggi. Rakyat yang suka membaca merupakan aset kerajaan yang tidak terhingga nilainya kerana kehidupan pada hari esok banyak bergantung kepada apa yang kita pelajari pada hari ini.  

Salah satu penekanan Wawasan 2020 adalah untuk membangun Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya maklumat dan mempunyai ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan. Seiring dengan hala tuju Kerajaan ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia amat prihatin dan sentiasa memberi sokongan padu kepada program yang berfokuskan pembudayaan amalan membaca dan yang menitikberatkan hal-hal yang bercorak maklumat.  Justeru, dalam tempoh Kempen Membaca 1 Malaysia, pihak sekolah ini akan mengadakan pelbagai aktiviti galakan membaca secara berperingkat dan berterusan yang meliputi aktiviti asas, aktiviti pemupukan, dan aktiviti pengayaan. Pendekatan seperti ini perlu dilaksanakan untuk memperhebat lagi pencapaian Program NILAM ke tahap yang lebih baik serta menyeluruh, dan seterusnya, membantu merealisasikan satu daripada KPI Kementerian Pelajaran Malaysia., iaitu mengurangkan jurang pencapaian antara murid bandar dengan murid luar bandar.

Murid-murid yang dikasihi,

Penemuan kajian The Reading Profile of Malaysians, pada tahun 1996 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dari umur 10 tahun ke atas adalah celik huruf . Dalam kajian tersebut juga ada menyatakan bahawa secara purata rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku dalam setahun. Namun, berdasarkan analisis pelaksanaan Program NILAM tahun 2009, kadar bacaan murid semakin meningkat. Kadar bacaan murid sekolah rendah ialah 15 buah bagi setiap murid, manakala kadar bacaan murid sekolah menengah ialah 10 buah buku bagi setiap murid. Arah aliran ini jelas menunjukkan adanya anjakan paradigma dalam mentaliti rakyat negara ini. Oleh hal yang demikian, bagi meningkatkan tahap pembacaan berskala tinggi dalam kalangan masyarakat di bumi yang bertuah ini, saya yakin melalui program seperti Kem Membaca 1 Malaysia ini, akan dapat meningkatkan minat sekali gus mewujudkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat seperti masyarakat di negara-negara maju.

Sempena dengan Kem Membaca 1 Malaysia ini, saya menyeru kepada semua murid dan para guru agar sering berkunjung ke perpustakaan dan menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh PSS sekolah ini demi memenuhi objektif program ini yang berhasrat menjadikan kempen ini sebagai ruang untuk mengisi masa lapang khususnya untuk murid tingkatan tiga yang telah selesai menduduki peperiksaan PMR 2010. Selain itu, program ini juga berperanan sebagai penggerak aktiviti galakan membaca dan pemupukan minat membaca secara berterusan dan sepanjang hayat. Tidak dapat dinafikan, program ini juga

Page 23: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

berusaha menjadikan PSS atau perpustakaan awam dan desa sebagai tempat rujukan bahan bacaan. Ingatlah pesanan pantun lama yang berbunyi:

Berburu di padang datar,Dapat rusa berbelang di kaki;

Berguru kepalang ajar,Ibarat bunga kembang tak jadi. 

Kesimpulannya, tiada jalan pintas untuk kita menempa kejayaan dalam apa-apa jua bidang., melainkan dengan menyemai tabiat suka membaca dan keberanian meneroka pelbagai cabaran dalam dunia ilmu yang penuh ranjau dan duri sebelum kita dapat mengecapi kemanisan kejayaan.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Kempen Membaca 1 Malaysia SMK Palong Dua (F), serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tanpa dedikasi dan keringat yang telah kalian curahkan, sudah barang tentu kejayaan pada hari ini sukar untuk kita peroleh.

Dengan ini, saya dengan sukacita dan bangganya merasmikan Kempen Membaca 1 Malaysia peringkat SMK Palong Dua (F) 2010. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Page 24: Laporan Program Kem Membaca 1 Malaysia

REKOD KEHADIRAN