laporan kem bestari solat 2014 siri 2

6
PK01/3 LAPORAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT 1. Nama Program : KEM BESTARI SOLAT SIRI 2/2014 2. Tarikh : 28 Jun 2014 3. Hari / Masa : Sabtu / 7.30 Pagi – 1.20 petang 4. Tempat : Sekolah Kebangsaan Pengkalan Besar 5. Objektif : Program ini diharapkan dapat: 1. Mengetahui tentang kewajipan solat dan kedudukannya . 2. Mengambil wuduk dengan sempurna. 3. Mengetahui tentang solat-solat fardu, bilangan rakaat, rukun solat serta perkara-perkara yang berkaitan dengan solat fardhu. 4. Melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul, lancar dan sempurna. 6. Sasaran : Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6

Upload: atiza860726

Post on 12-Apr-2017

409 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan kem bestari solat 2014 siri 2

PK01/3

LAPORAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT

1. Nama Program : KEM BESTARI SOLAT SIRI 2/2014

2. Tarikh : 28 Jun 2014

3. Hari / Masa : Sabtu / 7.30 Pagi – 1.20 petang

4. Tempat : Sekolah Kebangsaan Pengkalan Besar

5. Objektif : Program ini diharapkan dapat:

1. Mengetahui tentang kewajipan solat dan kedudukannya .

2. Mengambil wuduk dengan sempurna.

3. Mengetahui tentang solat-solat fardu, bilangan rakaat, rukun solat serta perkara-perkara yang berkaitan dengan solat fardhu.

4. Melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul, lancar dan sempurna.

6. Sasaran : Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6

Page 2: Laporan kem bestari solat 2014 siri 2

7. Butiran aktiviti :

a) 8.00 pagi : Pendaftaran peserta program

b) 8.30 pagi : LDK 1 – Teori wuduk dan Bacaan wuduk

c) 9.00 pagi : LDk 2 – Amali wuduk

d) 10.00 pagi : Rehat e) 10.30 pagi : LDK 3 – Perlakuan Solat

f) 11.00 pagi : LDk 4 – Bacaan Solat

g) 12.00 tgh hari: LDK 5 : Amali Solat h) 1.00 petang : Jamuan dan Bersurai

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :

Murid dapat menguasai amali wuduk dan solat secara menyeluruh dari segi teori dan juga praktikal. Ini kerana murid-murid telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil dan diketuai oleh seorang guru sebagai fasilitator. Ia bagi memudahkan murid-murid untuk lebih menghayati dan memahami konsep wuduk dan solat dengan lebih terperinci. Kerjasama dari semua pihak juga amat baik.

8.2 Kelemahan Program :

Murid-murid Tahap 1 terutamanya sukar memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian sewaktu sesi pembentangan dan Latihan Dalam Kumpulan.

8.3 Cadangan Penambahbaikan :

Sewaktu pembentangan, guru boleh menyelitkan soalan spontan atau kuiz semasa pembentangan tersebut serta memberikan ganjaran berupa bintang atau pun token sebagai tebusan hadiah di akhir sesi kelak. Selain itu, sewaktu aktiviti di dalam kumpulan fasilitator boleh memberikan tugasan ataupun latihan bertulis semasa murid-murid lain dinilai.

Page 3: Laporan kem bestari solat 2014 siri 2

9. Dokumentasi Bergambar :

Page 4: Laporan kem bestari solat 2014 siri 2

11. Penutup :

Model Bestari Solat ini adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan. Walaupun ia satu bentuk aktiviti kokurikulum semua sekolah perlu melaksanakannnya. Aspek solat ditekankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Guru j-QAF bersama dengan guru Pendidikan Islam akan menggunakan sebahagian waktu untuk menerap dan mengukuhkan aspek solat kepada murid-murid secara mingguan. Panduan khusus pelaksanaan perkara ini akan dijelaskan dalam pendedahan pelaksanaan j-QAF. Diharap kem ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggung jawab untuk melaksanakan fardhu ain yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Disediakan : Disemak : Disahkan :

……………………… ……………………. …………………..

(NOR ATIKAH ZAKARIA) (NURUL AIN RAMLAN) (TN. HJ. YAHYA B. RAKAM)SETIAUSAHA PENYELARAS GURU BESARKem Bestari Solat Kem Bestari Solat SK Pengkalan BesarSK Pengkalan Besar SK Pengkalan Besar