iipg mm kampu s tuanku bainun - ipgktb.edu.my · timbalan kem komandan : ... pengangkutan : ......

45
I P IPGM Perk M KA 1 Lapo khem Z PUL IPGM AMPU 14000 Pu oran mahan Zon W Ta 13- LAKO T M Sultan US TU Bukit ulau P n Dok n Per KPL Wilaya ahun 16 Apr Tunku n Abdu UAN t Merta inang kum rtau LI ah Ut 2009 ril 2009 Abdul ul Halim KU B ajam menta uliah tara 9 9 Rahma m, Ked BAIN asi han K an dah. 1 NUN KRS 1

Upload: lamnhi

Post on 23-Apr-2018

253 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

 

I

P

IPGM

Perk

M KA1

Lapokhem

Z

PULIPGM

AMPU14000 

Pu

oranmahan

Zon WTa

13-LAKO TM Sultan

US TUBukitulau P

n Dokn Per

KPL

Wilayaahun

16 AprTunku n Abdu

UANt Mertainang

kumrtau

LI

ah Ut 2009

ril 2009Abdul

ul Halim

KU Bajam 

mentauliah

tara 9

9 Rahmam, Ked

BAIN

asi han K

an dah.

1

NUN

KRS

Page 2: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

2  

Isi Kandungan

Bil Tajuk Muka Surat

1 Pendahuluan

Rasional

Objektif

1

2 Latar Belakang Kursus Pertauliahan 2

3 Ahli Jawatankuasa Perkhemahan 3

4 Atur Cara Perkehamahan

• 13 April 2009

• 14 April 2009

• 15 April 2009

• 16 April 2009

6

5 Laporan Harian Berserta Gambar

• Sebelum 13 April 2009

• 13 April 2009

• 14 dan 15 April 2009

• 16 April 2009

• Selepas 16 April 2009

9

6 Lampiran

• Ahli Jawatankuasa Biro Dokumentasi

• Jadual Bertugas Biro Dokumentasi

• Refleksi Biro Dokumentasi

• Gambar-gambar Perkhemahan dalam DVD

38

 

 

Page 3: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

3  

Pendahuluan

Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu

program penting demi membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Melalui

kegiatan kokurikulum diharapkan guru pelatih yang melibatkan diri dalam unit

beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) akan menjadi pemangkin kecemerlangan

di bidang kurikulum dan kokurikulum.

Rasional

Kursus ini diadakan untuk memenuhi kehendak kurikulum unit beruniform Kadet

Remaja Sekolah (KRS) yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

Guru pelatih yang mengikuti kursus ini akan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang

baik dan mantap serta pemimpin yang cemerlang, beriman, berakhlak mulia, berilmu,

komited dan berketrampilan.

Objektif

• Menguasai ilmu dan kemahiran asas pengurusan dan pentadbiran Kadet

Remaja Sekolah (KRS).

• Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, pengalaman pengurusan dan

pentadbiran KRS dalam merancang, mengurus, mengendali serta

melaksanakan aktiviti KRS di institut dan sekolah.

• Membentuk sikap yang positif, proaktif, berbudaya dalam menjalankan tugas

keguruan, mempunyai semangat kekitaan dan sedia berkhidmat untuk

masyarakat.

• Di akhir kursus diharapkan semua guru pelatih yang menganggotai KRS

berjaya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda KRS.

Page 4: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

4  

Latar Belakang Kursus

Seramai 67 ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS) KPLI Ambilan Januari 2009,

IPGM Kampus Tuanku Bainun telah menyertai Kursus Pertauliahan Leftenan Muda

KRS, KPLI Ambilan Januari 2009 Peringkat Wilayah Utara di PULAKO Tunku Abdul

Rahman, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah dan Pantai

Merdeka pada 13 hingga 16 April 2009 yang lalu.

Kursus Pertauliahan Leftenan Muda KRS Zon Wilayah Utara ini dianjurkan

oleh Bahagian Pendidikan Guru dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua ahli

KRS KPLI Ambilan Januari 2009 adalah diwajibkan menyertai kursus ini. Seramai 5

IPGM Zon Utara telah menyertai kursus ini termasuklah IPGM Kampus Sultan Abdul

Halim yang merupakan tuan rumah bagi kursus ini, IPGM Kampus Tuanku Bainun,

IPGM Kampus Pulau Pinang, IPGM Kampus Darul Aman dan IPGM Kampus Perlis.

Secara keseluruhannya, seramai 237 peserta bagi kursus kali ini.

Page 5: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

5  

Ahli Jawatankuasa Perkhemahan

Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah

KPLI Ambilan 2009

Kem Komandan : Illias Bin Azmi

Timbalan Kem Komandan : Mohd Fairuz Bin Mohamad Wahid

Setiausaha : Erny Syahida Binti Md Shafii

Timbalan Setiausaha : Myzatul Azura Binti Aadenan

Bendahari : Syahida Binti Ahmad

Timbalan Bendahari : Saifol Azman Bin Nordin

Biro Jawatankuasa

1) Latihan dan Kawad : Noor Ismahisham Bin Ismail

Mohd Rizuan Abdul Razak

Azrina Bt Mohamed Ridza

2) Peralatan : Tarmimi Bin Hushaini

Badrul Hisham B Nasir

Mahadzir Bin Abdul

Ahmad Nazri Bin Rani

Syaiful Helmi Bin Muhamad Nasin

Shahril Faidzal Bin Sahaimi

Nurussana Binti Harun

Page 6: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

6  

Mohd Aswal Bin Ahmad

Noor Hasliza Binti Abd Rashed

Zakiatulhusna Binti Basirun

Mohd Faqharuddin Bin Omar

Muhammad Shahril Anwar Bin Ab Rahim

3) Kerohanian dan Moral : Mohd Fadzli Bin Yusoff

Badrul Hisham B Nasir

Nor Wani Binti Abdul Rahim

Saravanan a/l Karuppiah

Yeoh Lee Sin

Vishaal a/p Ramanathan

4) Keselamatan : Wan Mohd Masrie Bin Wan Jusoh

Mohd Nasrul Bin Hashim

Sanusi Bin Omar

Tan Xian Hui

Marziana Binti Abu Bakar

Junaida Binti Osman

5) Pengangkutan : Azizul Azdi Bin Ahmad Koyran

Azizul Hakim Bin Zakaria

Mohd Azren Bin A Rahman

James Anak Nabao

Lee Hooi Chin

6) Masakan : Jamilah Binti Saari

Marmi Binti Mohamed Mahkrus

Zaizurina Binti Zainudin

Noor Islamiah Binti Shaarani

Nursuriati Binti Norbit

Norashiah Binti Mohd Ripin

Page 7: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

7  

7) Dokumentasi : Bee Shoo Yunn

Sivenesh a/l Arunachalam

Karen Lwee Shui Ping

Sunthaarry a/p Ganasan

Shamalah a/p Karuppana

Ruzaininomaliza Bt Abdul Muni

Mohd Masran Bini Abdul Majid

Leow Voon Yen

Leong Kah Hui

Page 8: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

8  

Atur Cara

Perkhemahan

dan

Pertauliahan KRS

Zon Wilayah Utara

13 hingga 16 April 2009

Page 9: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

9  

13 April 2009 (Isnin)

2.30pm – 4.30pm Pendaftaran

Taklimat

Suaikenal

4.30pm – 8.30pm Mendirikan Khemah

(Penilaian)

8.30pm – 10.30pm Perlembagaan dan Falsafah KRS

(Penilaian)

14 April 2009 (Selasa)

5.30am – 6.30am Solat

6.30am – 7.00am Siap Diri

7.00am – 8.00am Taklimat

8.00am – 8.30am Sarapan

8.30am – 10.30am Kawad Kaki

(Penilaian)

10.30am – 11.00am Rehat

11.00am – 1.00pm Kemahiran Tali-temali

(Penilaian)

1.00pm – 2.30pm Rehat

2.30pm – 4.30pm Bantu Mula / Pertolongan Cemas

(Penilaian)

4.30pm – 8.30pm Rehat

8.30pm – 10.30pm Penghayatan Rohani

Page 10: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

10  

15 April 2009 (Rabu)

5.30am – 6.30am Solat

6.30am – 7.00am Siap Diri

7.00am – 8.00am Taklimat

8.00am – 8.30am Sarapan

8.30am – 10.30am Keselamatan Di Air

10.30am – 11.00am Rehat

11.00am – 1.00pm Kayak

1.00pm – 2.30pm Rehat

2.30pm – 4.30pm Orienteering / Kembara

(Penilaian)

4.30pm – 8.30pm Rehat

8.30pm – 10.30pm Malam Ikatan Bersaudara

16 April 2009 (Khamis)

5.30am – 6.30am Solat

6.30am – 7.00am Siap Diri

7.00am – 8.00am Taklimat

8.00am – 8.30am Sarapan

8.30am – 10.30am Khidmas

10.30am – 11.00am Rehat

11.00am – 1.00pm Penilaian

Majlis Pentauliahan dan Penutupan

1.00pm – 2.30pm Rehat

2.30pm – 4.30pm Pergerakan Balik ke IPGM Kampus

Masing-masing

Page 11: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

11  

Laporan Harian

Perkhemahan

dan

Pertauliahan KRS

Zon Wilayah Utara

• Sebelum 13 April 2009

• 13 April 2009

• 14 – 15 April 2009

• 16 April 2009

• Selepas April 2009

Page 12: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

12  

Sebelum 13 April 2009

Satu bulan sebelum perkhemahan, kami telah membuat persediaan awal

untuk menghadapi penilaian yang akan dibuat semasa perkhemahan seperti latihan

secara berkumpulan tali-temali sesama kami pada perjumpaan hari Rabu. Latihan

dalam kumpulan untuk tali-temali telah dijalankan sebanyak 3 kali bersama-sama

pelajar PISMP dan KPLI, pensyarah-pensyarah penasihat telah memberi tunjuk ajar

dan panduan kepada semua pelajar dalam kumpulan-kumpulan kecil. Selain itu,

persembahan power point juga telah disampaikan oleh sebanyak 2 kali oleh

pensyarah kepada kami untuk memperkukuhkan pemahaman kami tentang fungsi-

fungsi pelbagai ikatan dan cara mengikatnya.

Latihan kawat telah dijalankan setiap kali selepas latihan tali-temali selama 1

jam. Pensyarah-pensyarah penasihat telah mengajar kami kawat statik, kawat

dinamik, kawat berjalan dan kawat memberi hormat. Kebanyakan daripada kami

masih tidak mahir lagi dalam berkawat dan memberi koman. Semua pensyarah

penasihat yang mengajar kami sangat serius dan tegas. Mereka sentiasa

menunjukkan kesalahan kami dan memberi panduan berkawat yang betul.

Memandangkan masih ramai pelajar terutamanya pelajar KPLI yang masih

tidak mahir dalam berkawat, Dr Sajap Bin Maswan telah mencadangkan kami

mengadakan latihan kawat tambahan sendiri pada masa lapang di bawah pimpinan

Ketua Biro Kawat, Noor Ismahisham Bin Ismail. Tarikh dan masa latihan kawat telah

ditetapkan serta-merta kerana sudah hampir dengan tarikh perkhemahan. Antara

tarikh yang ditetapkan ialah 2 April, 6 April, 8 April dan 9 April 2009 selama 1 jam

setengah setiap kali. Semua ahli KRS KPLI telah meberi kerjasama dan menghadiri

latihan kawat tambahan yang diadakan.

Semua berasa lega dan gembira kerana mendapati sendiri dan kawan-kawan

semakin mahir dalam berkawat setelah latihan berkawat ini. Noor Ismahisham telah

mengajar kami dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh.

Page 13: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

13  

Taklimat oleh Dr Sajap Bin Maswan sebelum perkhemahan.

Latihan kawat tambahan di bawah pimpinan Noor Ismahisham

Page 14: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

14  

Semua ahli KRS KPLI berkawat dengan bersungguh-sungguh sebelum menyertai Perkhemahan KRS Zon Willayah Utara.

Page 15: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

15  

Hari Pertama ~ 13 April 2009 (Isnin)

Semua pelajar KPLI sampai di IPGM Kampus Tuanku Bainun seperti masa

persekolahan biasa. Tetapi semua datang dengan membawa beg-beg, botol-botol air

dan lain-lain barang persendirian. Semua bersiap sedia untuk menyertai

perkhemahan unit beruniform zon utara masing-masing selama 4 hari 3 malam.

Perkhemahan bagi Kadet Remaja Sekolah (KRS) ditempatkan di PULAKO,

Tunku Abdul Rahman, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim. Semua ahli KRS

berkumpul di kantin untuk menunggu arahan daripada pengerusi, Illias Bin Azmi

sementara menunggu ketibaan bas.

Tepat pukul 10 pagi, ahli-ahli jawatankuasa biro peralatan telah mula

mengeluarkan peralatan yang diperlukan semasa perkhemahan daripada stor.

Antaranya, khemah-khemah, belerang, cangkul, gergaji, tali, peralatan masakan, peti

kecemasan, alat tulis dan lain-lain lagi. Semua peralatan diletakkan di perkarangan

perhentian bas. Pensyarah penasihat, Dr. Sajap Maswan telah datang ke kantin

untuk memantau persediaan kami sebelum bertolak. Semua ketua biro dikehendaki

membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap. Kemudian, Dr. Sajap telah memberi sedikit

taklimat mengenai cara penggunaan kompas kepada semua ahli KRS yang ada di

kantin.

Dua buah bas yang akan membawa kami ke tapak perkhemahan telah sampai

pada pukul 11.10 pagi. Tanpa melengahkan masa, semua orang bekerjasama

mengangkut semua peralatan yang ada di perkarangan perhentian bas ke dalam bas.

Terdapat beberapa ahli yang pergi dengan menaiki kenderaan sendiri.

Setelah siap bersedia, kami pun bertolak dari IPGM Kampus Tuanku Bainun

ke Sungai Petani pada pukul 11.35 pagi. Bas kami telah sampai di IPGM Kampus

Sultan Abdul Halim pada pukul 12.20 tengah hari. Kami turun di tapak PULAKO

(Pusat Latihan Kokurikulum) Tunku Abdul Rahman. IPGM Kampus Darul Aman telah

sampai dan mula membina khemah mereka di tapak yang disediakan. Setelah

pengerusi melaporkan diri kepada pihak penganjur, kami pun terus memunggah

Page 16: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

16  

barang-barang perkhemahan dan barang-barang persendirian ke tapak

perkhemahan yang disediakan.

Tugas mendirikan khemah telah bermula setelah mendengar taklimat

mengenai cara penyusunan dan cara mendirikan khemah oleh Noor Ismahisham.

Kami telah siap mendirikan khemah masing-masing dalam kumpulan pada pukul

1.30 tengah hari. Satu khemah induk telah didirikan di tengah-tengah tapak

perkhemahan kawasan IPGM Kampus Tuanku Bainun selepas ini untuk meletak

semua peralatan yang dibawa dari kampus.

Pembersihan dan penghiasan tapak perkhemahan telah mula selepas siap

mendirikan semua khemah. Ada yang bertanggungjawab mencari kayu buluh untuk

dibuat gerbang pintu, ada yang menganyam daun kelapa untuk menghiasi pintu

gerbang yang akan didirikan kemudian. Semua bekerjasama dan bersama-sama

melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh semangat. Pada masa yang

sama, ada skuad yang mula menabur belerang di sekeliling khemah dan mengikat

tali sempadan di sekeliling tapak perkhemahan yang disediakan kepada kami.

Tepat pukul 3 petang, Kem Komandan, Illias Bin Azmi telah memberi arahan

kepada kami bahawa bersiap sedia berkumpul di tapak PULAKO setengah jam

kemudian seperti yang dimaklumkan oleh Kem Komandan Perkhemahan KRS Zon

Wilayah Utara, Major (KRS) Mohd. Azman Bin Basiron. Kami semua telah bersiap

sedia tepat pada 3.30 petang di kawasan lapang. Selepas dipastikan bilangan skuad

cukup, ketua koman kami, Noor Ismahisham telah memberi koman kepada kami

untuk berkawat memasuki tapak PULAKO.

Cuaca begitu teriak sekali pada petang ini, kami telah mengadakan

perhimpunan pertama bersama-sama semua peserta perkhemahan ini yang terdiri

daripada 5 buah IPGM Zon Wilayah Utara. Kem Komandan bagi Perkhemahan KRS

kali ini ialah Major (KRS) Mohd. Azman Bin Basiron. Beliau telah memperkenalkan

diri dan semua jurulatih yang akan bertugas sepanjang perkhemahan ini kepada

semua peserta. Kemudian, taklimat tentang tatatertib dan peraturan sepanjang

perkhemahan ini juga diberikan oleh beliau kepada kami.

Page 17: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

17  

Selepas itu, semua peserta telah dibahagikan kepada 12 kumpulan kecil yang

terdiri daripada berlainan IPGM untuk menyenangkan aktiviti yang dijalankan kelak.

Semua skuad diberi arahan untuk berkumpul semula di padang kawat pada pukul

6.30 petang untuk upacara menurunkan bendera. Sementara itu, setiap kampus

dikehendaki membuat beberapa gajet masing-masing yang akan dinilai kemudian

selepas perhimpunan ditangguhkan.

Pelbagai gajet telah dibina oleh kami dengan menggunakan kayu penyapu

yang dibawa dari kampus. Semasa membuat gajet, kami mendapati ikatan-ikatan

yang pernah dipelajari sebelum ini sangat berguna dalam mengikat pelbagai gajet.

Antaranya simpul manok, simpul bunga geti, ikatan gunting, ikatan silang dan lain-

lain lagi. Hujan telah turun secara tiba-tiba, namun kami tetap meneruskan kerja

membina gajet. Upacara menurunkan bendera telah dibatalkan kerana hujan turun

dengan semakin lebat, namun terdapat beberapa skuad telah menurunkan bendera.

Semua peserta berkumpul semula di padang kawat pada pukul 8.30 malam

dengan beruniform separa formal. Sesi latihan tali-temali, bantu mula/pertolongan

cemas dan kawat telah diadakan untuk membuat persediaan akhir pada penilaian

pada keesokan harinya. 12 kumpulan kecil telah dibagikan kepada 3 kumpulan besar

dan diberi latihan dan bimbingan oleh jurulatih-jurulatih secara bergilir-gilir. Jurulatih-

jurulatih telah memberi tunjuk ajar dengan sabar dan menunjukkan teknik-teknik

membuat ikatan kepada peserta yang kurang mahir. Melalui latihan tambahan

selama 4 jam ini, kebanyakan peserta telah mula mahir dalam ikatan, bantu mula

dan kawat.

Selepas beberapa pengumuman mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada

keesokan harinya, semua peserta telah diberi arahan bersurai dan berehat di

khemah masing-masing.

Page 18: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

18  

Bertolak dari IPGM Kampus Tuanku Bainun dengan perasaan yang gembira.

Semua skuad mendirikan khemah masing-masing dalam kumpulan.

Page 19: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

19  

Skuad lelaki bekerjasama mendirikan gerbang pintu di tapak perkhemahan.

Semua bekerjasama mendirikan khemah induk.

Page 20: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

20  

Hari Kedua dan Ketiga ~

14 dan 15 April 2009 (Selasa dan Rabu)

Semua peserta telah menjalankan aktiviti harian pada dua hari ini dalam 2 kumpulan

besar iaitu kumpulan A (kumpulan 1-6) dan kumpulan B (kumpulan 7-12).

Pada 14 April 2009

Kumpulan A telah menjalani aktiviti keselamatan di air, kayak, orientering dan

kembara di Pantai Merdeka pada hari ini. Manakala kumpulan B pula telah menjalani

penilaian kawat, tali-temali dan bantu mula di dewan dan padang kawat, IPGM

Kampus Sultan Abdul Halim.

Sesi penghayatan rohani dijalankan pada waktu malam dengan

membahagikan pelajar kepada 2 kumpulan Muslim dan Non-Muslim. Kedua-dua

kumpulan menjalankan aktiviti penghayatan rohani secara berasingan.

Pada 15 April 2009

Kumpulan A telah menjalani penilaian kawat, tali-temali dan bantu mula di

dewan dan padang kawat, IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, Manakala kumpulan B

pula telah menjalani aktiviti keselamatan di air, kayak, orientering dan kembara di

Pantai Merdeka.

Malam Ikatan Bersaudara telah diadakan pada waktu malam. Semua

kumpulan dikehendaki mempersembahkan satu acara yang bertemakan disiplin

berdasarkan cara persembahan yang diberitahu pada semalam. Sebanyak 12

persembahan dipersembahkan dan hadiah telah disampaikan kepada setiap

kumpulan sebagai galakan.

Page 21: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

21  

Aktiviti keselamatan di air

Kami diajar teknik berapung di permukaan air dan berenang.

Kayak

Semua tidak sabar nak menurunkan kayak untuk aktiviti berkayak.

Page 22: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

22  

Kiri kanan kiri kanan, berkayak perlukan semangat bekerjasama.

Seronoknya berkayak dan bersembang di tengah laut.

Page 23: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

23  

Aktiviti berkayak memang menyeronokkan, saya akan berkayak lagi kelak.

Orientering dan kembara

Lihat! Berbagai-bagai kompas yang kami ada, mseti tidak akan sesat.

Page 24: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

24  

Taklimat sebelum mengembara ke hutan.

Jom, mari mulakan pengembaraan kami.

Page 25: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

25  

Pengembaraan dalam hutan dengan menggunakan kompas.

Belum sampai lagi! Rasanya dah sesat dalam hutan ni.

Page 26: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

26  

Penilaian tali-temali

Susahnya nak membuat ikatan silang ni.

Yeah! Saya dah berjaya membuat semua ikatan.

Page 27: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

27  

Penilaian bantu mula

Peliknya dibalut sebegini tanpa kecederaan.

Penilaian kawat

Apa yang dipandang kagum oleh mereka ni?

Page 28: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

28  

Semua peserta perkhemahan berkawat dengan bersemangat.

Berada dalam keadaan senang diri dan siap sedia menerima arahan.

Page 29: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

29  

Berkawat dalam pakaian uniform separa formal.

Malam Ikatan Bersaudara

Persembahan yang menarik oleh peserta-peserta.

Page 30: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

30  

Persembahan lakonan yang lucu dan menarik.

Persembahan lakonan oleh kumpulan kelima.

Page 31: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

31  

Hari Keempat ~ 16 April 2009 (Khamis)

Kami telah diberi arahan menurunkan khemah pada awal pagi ini oleh kem

komandan semalam. Semua skuad telah menurunkan khemah serta mengemas

peralatan perkhemahan dan barang-barang persendirian awal-awal pagi lagi.

Dengan kerjasama semua skuad, kami dapat menurunkan khemah dengan cepat

dan sistematik. Selepas itu, semua skuad dikehendaki mempersiapkan diri dengan

uniform formal KRS berserta dengan pangkat Leftenan Muda di kedua-dua belah

pakaian atas bahu. Semua bersiap sedia dan tidak sabar menghadiri Majlis

Pertauliahan yang akan berlangsung sebentar lagi.

Tepat pukul 8.00 pagi selepas bersarapan, semua bakal Leftenan Muda

sebanyak 237 orang telah berkumpul di padang kawat untuk perhimpunan pagi.

Nyanyian lagu Negaraku dan lagu KRS telah dinyanyikan dengan penuh semangat.

Bendera Malaysia dan bendera KRS telah dinaikkan beriringan dengan nyanyian.

Selepas itu, Kem Komandan Perkhemahan KRS Zon Wilayah Utara, Major (KRS)

Mohd. Azman Bin Basiron telah memberi sedikit taklimat mengenai Majlis

Pertauliahan Leftenan Muda.

Raptai telah diadakan sebanyak dua kali untuk memastikan semua bakal

Leftenan Muda megetahui dan memahami seluruh atur cara majlis. Selepas itu,

semua berada dalam keadaan bersiap sedia sementara menunggu ketibaan Puan

Hjh Saadiah Bt Bani, Tuan Pengarah IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah.

Tuan Pengarah IPGM Kampus Sultan Abdul Halim telah tiba pada 9.30 pagi diiringi

oleh Kem Komandan dan wakil pegawai PPD.

Bacaan doa telah diadakan selepas ucapan alu-aluan pengerusi majlis.

Selepas itu, pemeriksaan barisan oleh Tuan Pengarah diiringi Kem Komandan dan 2

orang ahli KRS. Kem Komandan telah mengucapkan taniah dan syabas kepada

semua peserta perkhemahan kerana telah berjaya lulus dalam penilaian dan berjaya

ditauliahkan Leftenan Muda KRS. Beliau juga memuji kami kerana telah memberi

kerjasama dan komitmen yang cukup baik sepanjang perkhemahan ini.

Page 32: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

32  

Kepentingan dan tujuan adakan perkhemahan pada kali ini dan peranan yang

dimainkan oleh seorang guru yang berdisiplin di sekolah pada masa kelak telah

dijelaskan oleh Puan Hjh Saadiah Bt Bani, Tuan Pengarah IPGM Kampus Sultan

Abdul Halim dalam ucapan beliau. Beliau juga menasihati semua ahli KRS bahawa

hendaklah menjadi pembimbing dan petunjuk ajar yang baik selaku Leftenan Muda

KRS di sekolah rendah pada tahun depan.

Upacara Penyampaian Sijil Pertauliahan telah bermula pada pukul tepat 10

pagi. Setiap ahli KRS berada dalam keadaan yang gembira dan bersyukur kerana

akan ditauliahkan nanti. Pelbagai penilaian yang dilalui seperti bantu mula, kembara,

orientering, tali-temali dan kawat adalah berboloi dan merupakan satu pengalaman

baru yang tidak pernah dilalui sebelum ini. Upacara Penyampaian Sijil Pertauliahan

dijalankan dengan mengikut IPGM masing-masing secara bergilir-gilir. Semua ahli

KRS IPGM Kampus Tuanku Bainun sebanyak 67 orang telah berjaya ditauliahkan

Leftenan Muda KRS di PULAKO dengan bangganya.

Sesi penggambaran telah diadakan selepas upacara pertauliahan untuk

menyimpan sebagai kenangan semua Leftenan Muda KRS. Setiap IPGM mengambil

gambar bersama-sama para Mejor, pensyarah-pensyarah penasihat dengan persaan

gembira. Sementara menunggu giliran, sesetengah Leftenan Muda KRS mengambil

peluang mengambil gambar bersama-sama kawan-kawannya.

Semua peserta telah menyambung kerja mengemas peralatan dan barang-

barang selepas sesi penggambaran. Kerja pembersihan khemah dan tapak

perkhemahan dan sekitarnya telah dilakukan bersama-sama dengan perasaan yang

gembira. Makanan tengah hari telah diedarkan mengikut IPGM masing-masing

selepas ini.

Semua Leftenan Muda KRS telah diarahkan berkumpul semula di padang

kawat pada pukul 12 tengah hari. Selepas itu, setiap IPGM menyanyikan lagu IPGM

masing-masing sambil menurunkan bendera IPGM masing-masing. Setiap IPGM

telah menyanyikan lagu IPGM masing-masing dengan penuh semangat.

Tepat pukul 1 tengah hari, semua peserta perkhemahan telah bertolak pulang

ke IPGM masing-masing dengan menaiki bas dan kenderaan sendiri. Kami telah

Page 33: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

33  

sampai di IPGM Kampus Tuanku Bainun kira-kira pukul 2 tengah hari. Semua balik

berehat di rumah dan hostel masing-masing setelah mengeluarkan semua peralatan

yang dipinjam dari stor dan meletakkannya sementara di stor kerana masih ada

sesetengah khemah dan peralatan belum lagi dibersihkan.

Raptai Majlis Pertauliahan yang dipimpin oleh Kem Komandan.

Page 34: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

34  

Ucapan Puan Hjh Saadiah Bt Bani, Tuan Pengarah

IPGM Kampus Sultan Abdul Halim

Ucapan tetamu VIP.

Page 35: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

35  

Penerimaan Sijil Pertauliahan Leftenan Muda.

Penerimaan Sijil Pertauliahan Leftenan Muda.

Page 36: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

36  

67 ahli KRS IPGM Kampus Tuanku Bainun ditauliahkan Leftenam Muda.

Yeah! Para Leftenan Muda KRS!

Page 37: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

37  

Pembersihan khemah-khemah yang penuh dengan lumpur.

Persiapan bertolak pulang ke IPGM Kampus Tuanku Bainun.

Page 38: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

38  

Selepas 16 April 2009

Pada 17 April 2009, semua ahli KRS KPLI telah menerima satu sms untuk

membersihkan semua khemah dan peralatan yang masih lagi belum dibersihkan

pada pukul 3 petang di perkarangan perhentian bas IPGM Kampus Tuanku Bainun.

Kebanyakan ahli telah sampai tepat pada masanya dan kerja pembersihan telah

mula dengan serta-merta.

Oleh kerana pelajar opsyen Pengajian Cina perlu menyiapkan setting untuk

pameran Pendidikan Negara Bangsa (PNB) pada hari tersebut kerana akan

menyertai Program Bina Insan Guru (BIG) pada 19 hingga 22 April 2009. Jadi,

mereka telah membuat keputusan mengambil balik dan membersihkan di rumah

jumlah 5 khemah yang perlu dibersihkan dari pengerusi, Illias Bin Azmi.

Kerja pembersihan khemah dan peralatan dapat disiapkan dalam masa yang

singkat dengan kerjasama semua orang.

Pembersihan khemah-khemah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 39: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

39  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 40: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

40  

Lampiran

• Ahli Jawatankuasa Biro Dokumentasi 

• Jadual Bertugas Biro Dokumentasi 

• Refleksi Biro Dokumentasi 

• Gambar‐gambar Perkhemahan dalam DVD 

Page 41: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

41  

Biro Dokumentasi Perkhemahan KRS

IPGM Kampus Tuanku Bainun

Zon Utara Tahun 2009

Ketua :Bee Shoo Yunn (012-9069265)

Penolong :Sivenesh A/L Arunachalam (016-2927406)

AJK : Ng Kok Wei (012-5296517)

Karen Lwee Shui Ping (012-7692086)

Leow Voon Yen (012-2816332)

Leong Kah Hui (027-3191935)

Sunthaarry A/P Ganasan (016-3125740)

Shamalah A/P Karuppana (016-9365312)

Mohd Masran bin Abdul Majid (019-9180838)

Ruzaini Momaliza bt Abdul Muni (013-9205217)

Page 42: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

42  

Jadual Bertugas bagi Biro Dokumentasi

Perkhemahan KRS Zon Utara Tahun 2009 Tarikh Pencatat aktiviti dan

laporan Kameraman Catatan

Sebelum 13 April 2009

1. Mohd Masran 2. Ruzaini Normaliza

1. Ng Kok Wei

- Aktiviti persediaan sebelum perkhemahan seperti latihan kawat, latihan ikatan tali, mesyuarat dll

13 April 2009 1. Sunthaary 2. Shamalah

1. Sivenesh - Keadaan sebelum bertolak, dalam bas, pendaftaran, perasmian, pembinaan khemah, memasak, berkawat dll

14 April 2009 1. Bee Shoo Yunn 2. Karen

1. Ng Kok Wei - Aktiviti seharian pagi sampai malam

15 April 2009 3. Mohd Masran 4. Ruzaini Normaliza

1. Sivenesh - Aktiviti seharian pagi sampai malam

16 April 2009 1. Leow Voon Yen 2. Leong Kah Hui

1. Ng Kok Wei - Majlis penyampaian Leftenan Muda, penutup, persediaan balik dll

Selepas 16 April 2009

1. Sunthaary 2. Shamalah

1. Sivenesh - Postmoterm dan refleksi

Penyusunan dan kemas kini semua dokumentasi

1. Bee Shoo Yunn 2. Karen

1. Sivenesh 2. Ng Kok Wei

(Sebelum atau pada 20 April 2009)

- Pilih gambar dan video yang jelas.

- Gabungan gambar dan video 2 kameraman mengikut tarikh.

- Burn dalam DVD semua gambar dan video yang dipilh mengikut folder yang bertarikh.

* Semua pencatat perlu mencatat apa yang berlaku pada hari tersebut dan menulis laporan harian berserta gambar (dapat dari kameraman) dan hantar kepada [email protected] selewat-lewatnya 1 Mei 2009.

Page 43: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

43  

REFLEKSI BIRO DOKUMENTASI

Seramai 67 ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS) dari kumpulan Kursus Perguruan

Lepasan Ijazah (KPLI), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Tuanku Bainun

telah menyertai Kursus Kejurulatihan dan Pertauliahan Pemimpin KRS IPGM Wilayah Utara.

Kursus ini bertempat di PULAKO, Tuanku Abdul Rahman, IPGM IPSAH, Sungai Petani,

Kedah bermula pada 13 April sehingga 16 April 2009.

Biro dokumentasi yang terdiri daripada 10 orang ahli jawatankuasa telah

membahagikan kerja-kerja sebelum perkhemahan ini bermula. Terdapat 2 orang ahli yang

bertanggungjawab ke atas “name tag” yang diperlukan kepada 67 orang peserta dan

pensyarah-pensyarah penasihat. Mereka telah menempah sarung “name tag” di stor dan

mula mereka “name tag” yang mengandungi tajuk perkhemahan, nama peserta dan lagu

KRS.

Masalah yang dihadapi semasa membuat “name tag” ialah kekurangan masa untuk

mencetak. Ini adalah kerana kami lambat mengetahui warna latar belakang bagi “name tag”

dan lambat mendapat sarung “name tag” dari stor. Namun, ahli kami sempat

menyempurnakan kerja mereka dengan lancar dan sempurna dalam masa yang singkat.

Selain itu, 2 orang jurugambar telah dipilih daripada biro kami untuk mengambil

semua gambar yang berkaitan dengan perkhemahan ini tidak kira sebelum, semasa dan

selepas perkhemahan. Ahli kami juga berjaya melaksanakan kerja sebagai jurugambar

kerana banyak gambar telah diambil dengan qualitinya yang baik. Masalah yang dihadapi

semasa mengambil gambar ialah kami tidak dapat keluar baris untuk mengambil gambar

terutamanya semasa perhimpunan rasmi seperti upacara menaikkan bendera dan

menurunkan bendera. Jadi, kami telah mendapatkan gambar-gambar tersebut daripada

jurugambar yang disediakan oleh pihak penganjur. Beliau telah memberi semua gambar

yang diambilnya kepada kami dalam “softcopy”. Dengan ini, masalah ini dapat diselesaikan

dengan adanya gambar-gambar tersebut.

Terdapat 6 orang pencatat telah dipertanggungjawabkan tugasan mencatat apa-apa

aktiviti dan perkara yang berlaku dalam sehari secara bergilir-gilir sepanjang perkhemahan

selama 4 hari 3 malam. Laporan harian kemudiannya perlu disediakan oleh pencatat-

pencatat kepada ketua dalam tempoh seminggu. Laporan yang disediakan adalah

berasaskan aktiviti harian semasa dalam perkhemahan mengikut masa. Laporan ini tidak

dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan sebelum ini kerana kebanyakan pencatat

Page 44: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

44  

perlu menyertai Program Bina Insan Guru (BIG) pada 19-22 April 2009. Jadi, tarikh

penyerahan laporan harian telah ditunda sehingga sebelum 4 Mei 2009.

Saya mendapati semua ahli biro dokumentasi sangat bekerjasama dan telah

memberi komitmen yang cukup baik dalam usaha menyiapkan laporan dokumentasi. Saya

sebagai ketua berasa bersyukur dan gembira kerana mendapat komitmen dan kerjasama

daripada ahli-ahli biro. Secara keseluruhan, kursus ini berjalan dengan lancar selama 4 hari

3 malam tanpa sebarang gangguan dan masalah lain.

Disediakan oleh,

………………………………

( BEE SHOO YUNN )

KETUA BIRO DOKUMENTASI

Page 45: IIPG MM KAMPU S TUANKU BAINUN - ipgktb.edu.my · Timbalan Kem Komandan : ... Pengangkutan : ... Semua ketua biro dikehendaki membuat laporan lisan kepada Dr. Sajap

45  

Gambar-gambar

Perkhemahan Pertauliahan KRS KPLI 2009