laporan red alert - ministry of health

15
0 LAPURAN LATIHAN “OBSTETRIC RED ALERT - SHOULDER DYSTOCIA & POST PARTUM HAEMORRHAGE (PPH)” DI WAD SATU, HOSPITAL TAMPIN, N. SEMBILAN. 21 JULAI 2011

Upload: others

Post on 05-Nov-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Red Alert - Ministry of Health

0

LAPURAN LATIHAN “OBSTETRIC RED ALERT - SHOULDER

DYSTOCIA & POST PARTUM HAEMORRHAGE (PPH)”

DI WAD SATU, HOSPITAL TAMPIN, N. SEMBILAN.

21 JULAI 2011

Page 2: Laporan Red Alert - Ministry of Health

1

LAPURAN LATIHAN “OBSTETRIC RED ALERT - SHOULDER DYSTOCIA &

POST PARTUM HAEMORRHAGE (PPH)” DI WAD SATU,

HOSPITAL TAMPIN, N. SEMBILAN. 21 JULAI 2011

PENGENALAN Latihan “Obstetric Red Alert” telah dipilih kali ini adalah untuk memahirkan anggota di wad satu khasnya dalam mengendalikan kes- kes kecemasan di unit O&G demi menyelamatkan dua nyawa ibu dan anak. Jika lambat diambil tindakan, ianya akan mengakibatkan mortality dan morbidity keatas ibu dan anak. OBJEKTIF

1. Memberi pendedahan dalam mock drill obstetric red alert kepada anggota yang bertugas di Wad 1, operator serta pegawai perubatan yang bertugas .

2. Melihat keberkesanan dalam pengaktifan sistem obstetric red alert. 3. Mengenal pasti kelemahan dalam sistem dan membuat tindakan

penambahbaikan. PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN a) 19/05/2011 Perbincangan diantara Pakar O&G HTJS, Dr. Jamali bin

Wagiman, Dr. Siti Faridah, Matron Khadijah dan KJ Laili untuk mengadakan mock drill obstetric red alert di wad satu.

b) 19/07/2011 Mesyuarat dan taklimat untuk pelakon-pelakon yang akan mengambil bahagian dalam latihan red alert .

c) 20/07/2011 Mengadakan rehersal mock drill. d) 21/07/2011 Mock Drill Red Alert dilangsungkan. e) 21/07/2011 Post mortem bersama Unit Kejururawatan, doktor, operator dan doktor pakar O&G.

Page 3: Laporan Red Alert - Ministry of Health

2

PEMERHATI :- 7 ORANG

1. Labour Room 1. Dr. Jamali Wagiman (Pakar O&G)

2. Dr. Siti Faridah Jusoh (Pegawai Perubatan UD54) 3. Matron Khadijah Elias 4. KJ Norizam Zainal 5. KJ Lim Ghaut Sum

2. Bilik Operator - KJ Badariah Mohamed. 3. Unit Patologi - KJ Zainiah Shafaat.

SENARIO PADA HARI KEJADIAN Pada 21/07/2011 jam 10.00 pagi, satu kes telah dibawa masuk ke wad 1. Kes tersebut, ibu melayu berumur 37 tahun mengandung Gravida 8 Para 7@ 38 minggu 6 hari, dibawa masuk terus ke dalam labour room kerana keadaan pesakit hendak bersalin. Selepas diperiksa pegawai perubatan, pesakit dibenarkan bersalin kerana OS telah membuka 6 cm. Dalam tempoh setengah jam lebih (10.40 pagi ) OS telah membuka ke 10 cm dan pesakit disediakan untuk kelahiran. Dengan kontraksi yang kuat, ibu telah meneran dengan penuh tenaga dan kepala bayi dapat dikeluarkan. Malangnya pesakit tidak dapat melahirkan anterior shoulder dan mengalami shoulder dystocia, dengan serta merta jururawat telah memanggil Dr. Leow yang sedang melakukan rondaan wad 1, untuk datang ke labour room dengan segera. Semasa mengendalikan kes, Dr. Leow mengarahkan untuk mengaktifkan Obstetric Red Alert pada pukul 10.50 pagi.

Page 4: Laporan Red Alert - Ministry of Health

3

Panggilan telefon telah dibuat kepada operator yang bertugas oleh JM Masni untuk mengaktifkan red alert pada 10.50 pagi. Operator yang bertugas telah membuat panggilan kecemasan kepada Dr. Syazni, Dr. Sau Peng Lui dan seterusnya kepada semua anggota yang tersenarai dalam Obstetric Red Alert. Pada pukul 10.53 pagi, Dr. Sau telah sampai di labour room, diikuti oleh Dr. Syazni. SN Norhayati membantu Dr. Leow dalam proses kelahiran shoulder dystocia sementara SN Hamisah membantu mententeramkan pesakit dan membetulkan posisi pesakit dalam kedudukan yang betul. Dr. Sau Peng Lui (Paedatric M.O) standby untuk resusitasi bayi dengan dibantu oleh Jururawat Norshidah manakala Dr. Syazni membantu Dr. Leow dalam proses kelahiran bayi. Disamping itu KJ Laili Juda turut ada bersama untuk membantu team red alert ini. TINDAKAN UNTUK MELAHIRKAN ANTERIOR SHOULDER DAN BAYI

1. Insisi episiotomy telah dilakukan untuk membantu kelahiran bayi. 2. Dr. Leow mengarahkan memposisikan pesakit dengan cara Mc Robert’s

Maneuver ( hyperflexion of the hip joint - flattened the sacral curved). 3. Anterior shoulder bayi cuba dilahirkan dengan cara Wood’s Cockscrew

Maneuver ( rotate 45 - 90 degree). 4. Rotate posterior shoulder to anterior (180 degree rotation) 5. Rool over on to all four ( delivered posterior shoulder or even fracture

the clavicle). Bayi dilahirkan dengan selamat pada pukul 11.57 pagi dengan apgar score 7/9 dan diperiksa oleh Dr. Sau.

6. Placenta telah berjaya dikeluarkan pada pukul 12.02 thari. 7. Berat lahir bayi adalah 4.0 kg.

Page 5: Laporan Red Alert - Ministry of Health

4

Setelah lebih kurang 10 minit selepas placenta dikeluarkan, didapati terdapat berlaku pendarahan yang banyak dari vagina pesakit. Pada pukul 12.12 pm, Dr. Leow memaklumkan berlakunya kejadian Post partum haemaorrhage (PPH). Pendarahan didapati berlaku sekitar satu liter darah yang keluar dari vagina pesakit.

TINDAKAN SEMASA BERLAKUNYA PPH

1. Pertolongan telah diminta dari pegawai perubatan dan anggota yang ada di labour room.

2. Vital sign telah diambil BP120/80, Pulse 90/min, Resp. 22/min. 3. Pesakit telah diberi oksigen melalui mask 5L/min 4. Pesakit telah diberikan IV Pitocin 40iu dalam IV Hartmans dan dipasangkan

satu lagi IV line untuk run fast Gelafundin..

Page 6: Laporan Red Alert - Ministry of Health

5

5. Abdomen dan uterus pesakit telah dilakukan bimanual vigorous massage bagi membantu kontraksi uterus dan mengawal pendarahan. 6. Vagina pesakit telah diperiksa untuk mengetahui status kekoyakan perineum

dan darah beku dikeluarkan. 7. Pengeluaran air kencing melalui cathether telah dilakukan untuk

pengosongan pundi kencing bagi membantu kontraksi uterus.

Pada pukul 12.15 tengahari, vital signs telah diambil sekali lagi, dan didapati BP 90/50 mmHg, nadi120/min. Jumlah kehilangan darah adalah sebanyak 2 liter..Pengambilan darah untuk GXM dilakukan oleh Dr. Syazni. Pada pukul 12.16 pm sampel darah telah dihantar ke makmal oleh SN Hamisah dengan berlari. Dua pain darah telah berjaya dibawa ke labour room pada pukul 12.21 pm. Setelah Dr. Syazni melakukan pemeriksaan darah tersebut, blood transfusion dilakukan pada pukul 12.22pm. Vital sign didapati BP110/70 mmHg, Nadi100/min. Setelah pesakit berada dalam keadaan stabil, pengurusan untuk dirujuk ke hospital rujukan dilakukan. Stand down diistiharkan pada jam 12.30 pm. POST MORTEM DILAKUKAN DI BILIK MESYUARAT PADA JAM 12.45 PM. KOMEN PEMERHATI : 1. KJ Lim Ghaut Sun (Bilik Bersalin) Pada keseluruhannya perjalanan dibilik bersalin memuaskan dan berjalan

dengan lancar. Pegawai perubatan dapat menghadirkan diri dengan segera apabila

dihubungi jururawat di bilik bersalin. Jururawat Berjaya melakukan tindakan yang segera apabila sesuatu

kecemasan berlaku.

Page 7: Laporan Red Alert - Ministry of Health

6

2. KJ Badariah Mohamed (Di Bilik Operator) Mengucapkan tahniah kepada anggota Wad Satu kerana berjaya

mengadakan Mock Drill Red Alert . Pada keseluruhannya, perjalanan di bilik operator adalah baik berbanding

semasa rehersal dijalankan semalam. Operator telefon yang bertugas telah dapat menghubungi anggota dan pegawai perubatan yang berkenaan tepat pada masanya walaupun adakalanya ada beberapa anggota tidak menjawab panggilan telefon.

3. KJ Zainiah Shafaat (Unit Patologi) Latihan mock drill berjalan dengan lancar. Pengurusan dan penyediaan darah semasa kecemasan dapat disediakan

menepati masa dalam polisi ( 15 minit ) iaitu berjaya mencapai 11 minit dari masa pengambilan darah GXM hingga ke saat untuk mengambil darah yang telah siap digunakan.

Ucapan tahniah diberikan kerana berjaya mencapai objektif.

4. RUMUSAN PAKAR O&G, DR. JAMALI BIN WAGIMAN

Mock Drill berjaya dilakukan – LULUS Mengucapkan tahniah dan syabas kerana telah berjaya melakukan mock

drill obstetric red alert, walaupun pertama kali dilakukan. Latihan ini adalah sebagai persediaan untuk berpindah ke hospital baru

dengan perkhidmatan yang akan bertambah. Anggota telah berjaya mengendalikan pemindahan darah kepada pesakit

dalam masa 15 minit. Pegawai perubatan dan anggota wad telah berjaya menunjukkan skill

dalam mengendalikan kes shoulder dystocia dan PPH.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Bagi menangani kes PPH, perlu dilakukan fluids replacement dengan aggressive dan melakukan bimanual vigorous massage bagi mengawal pendarahan akibat uterine atony.

2. Jenis fluids replacement yang diperlukan :-

- Normal saline - Gelafundin

- Volluven – disarankan penggunaannya.

Page 8: Laporan Red Alert - Ministry of Health

7

3. I/V Pitocin mesti cukup dan perlu ditambahkan dengan Haemabate (2-3 ampoules) untuk merawat uterine atony dan perlu ada di hospital baru nanti.

4. Blood and blood products bagi 2 liter blood loss perlu ada FFP dan Cryo untuk

memberhentikan pendarahan. Jika tiada FFP atau Cryo, gunakan bimanual compression.

5. Jika ada vagina laceration, gunakan gauze pack atau condom yang diisi

dengan air untuk menghentikan pendarahan.

6. Emergency trolley mesti up to date jika sekiranya pesakit collapse.

7. Bagi kes-kes Shoulder Dystocia, bayi mestilah dilahirkan dalam masa 5 minit.

8. Equipment penting yang perlu ada dalam labour room adalah :- - Infusion pump - Blood warmer / blood pump

UCAPAN PENUTUP Dr. Siti Faridah binti Jusoh sebagai pengerusi, mengucapkan terimakasih

kepada Pakar O+G, Dr. Jamali yang sudi hadir sebagai pemerhati utama dan

kepada semua yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan Mock Drill

Obstetric Red Alert terutama kepada semua pelakun-pelakun yang telah berjaya

membawa watak yang telah diberikan. Di masa akan datang, kelemahan-kelemahan

yang telah dikenalpasti akan dapat diatasi.

Mock drill red alert ini akan diadakan setiap tahun dengan scenario yang berbeza.

Page 9: Laporan Red Alert - Ministry of Health

8

SENARIO BERGAMBAR 1. PERSEDIAAN SEBELUM MOCK DRILL

Persediaan iv line Persediaan untuk blood Ix

Persediaan wajah si ibu Inilah hasilnya

Para pelakon dan teraju utama Mendengar arahan penerbit

Page 10: Laporan Red Alert - Ministry of Health

9

2. SEMASA MOCK DRILL DIJALANKAN

Misi ! bini saya dah nak beranak tu !! Hati-hati turun tu sayang !!

Aduh….sakitnya !! Dah nak beranak ni!! Sabar Puan.. Saya periksa perut sikit ye!!

Sister! Patient ni jap lagi beranaklah tu.. Para pemerhati……

Page 11: Laporan Red Alert - Ministry of Health

10

Tak boleh jadi ni! Kepala dah keluar, bahu tersekat pulak. Panggil doktor cepat !!

Cuba teran kuat sikit lagi dik !!

Hello doktor ! Datang cepat ke labour room. Ada kes shoulder dystocia.

Tolong bagi saya maklumat pesakit ni !!

Aktifkan red alert!! Bantu saya buat Mc Robert’s Maneuver !!

OK ! Baby dah keluar, bagi pada Dr. Sau untuk resus.

Page 12: Laporan Red Alert - Ministry of Health

11

Baby nampaknya OK! Syukurlah, tak ada clavicle fracture!!

Baby ni kena admit ni, untuk observation 24 hours.

Nampaknya ibu ini mengalami PPH, banyak darah yang keluar ni !!

OK baby !! Rehat sini dulu ye, sementara tunggu ibu awak.

Dr. Syazni ! Please get 2 pint blood. Sister, please do the massage.

Dr. Sau ! Tolong pasang large bore IV line. I’m examine if any tear.

Page 13: Laporan Red Alert - Ministry of Health

12

Blood clot dah dikeluarkan, pitocin dah diberi, massage pun dah dibuat, BP

90/50 tunggu blood transfusion je lagi!

Semua yang berlaku, mesti didokumenkan ni!.

OK Puan ! Keadaan puan dah stabil, darah dah dimasukkan dan BP puan pun

stabil 110/80. Puan rehat dulu ye !!

Walaupun puan dah stabil, kita kena rujuk puan ke HTJS untuk pemerhatian

dibawah pakar ye !!

Tahniah !! Hebatlah you all ni. Walaupun first time, u all berjaya lakukannya.

OK semua ! Sila ke Bilik Mesyuarat untuk post mortem !

Page 14: Laporan Red Alert - Ministry of Health

13

3. SEMASA POST MORTEM

Kita akan dengar komen dari semua pemerhati, dari pelakon dan akhir sekali

dari Dr. Jamali ye.

Kusyuk mendengar penerangan yang diberikan.

SYABAS !! Secara keseluruhannya, mock drill ini berjaya dilakukan.

TAHNIAH !!

Tahun depan, boleh tambah baik lagi ni !!

Page 15: Laporan Red Alert - Ministry of Health

14

DISEDIAKAN OLEH :

DR. SITI FARIDAH BT JUSOH

PEGAWAI PERUBATAN UD54

DISEMAK OLEH :

DR.HATIJAH BINTI HJ.MOHD.TAN

PENGARAH HOSPITAL TAMPIN