laporan hoki ais
DESCRIPTION
adssTRANSCRIPT
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : MOHD AMIRUDDIN BIN ISMAIL
PROGRAM : PISMP SEM 8 PENDIDIKAN JASMANI
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN MERGONG
NAMA PROJEK/AKTIVITI : PEMBINAAN GELANGGANG MINI HOKI AIS
TEMPOH PELAKSANAAN : 7 OKTOBER 2015 – 9 OKTOBER 2015
OBJEKTIF:
Menghargai diri sendiri serta bertindak untuk melahirkan dan
mempertingkatkan kesihatan dan kecergasan.
Memperoleh pengetahuan asas tentang proses pertumbuhan dan
perkembangan tubuh badan manusia serta keperluan kesihatan berkaitan.
Memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek pengurusan
dan pelaksanaan tugas.
Memberi pendedahan dan menambahkan pengetahuan dalam bidang
kepimpinan dan tanggungjawab terhadap pengurusan kokurikulum di
peringkat sekolah.
Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi
kehendak program pendidikan semasa.
Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan
pembelajaran,pengurusan projek dan sebagainya.
Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan
kreativiti.
STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Mencari maklumat mengenai sukan hoki ais.
2. Berbincang bersama penasihat mengenai keperluan yang diperlukan.
3. Mencari dan mendapatkan alatan-alatan untuk membina gelanggang.
4. Membalut kotak pada tiang dewan sebagai langkah keselamatan.
5. Memasang jaring sebagai dinding gelanggang.
6. Memperkemaskan binaan gelanggang dengan aspek keselamatan.
REFLEKSI:
1) Kekuatan Projek/ Aktiviti:
Sukan sangat berkait rapat dengan pertumbuhan dan perkembangan diri
individu. Sukan banyak memberi manfaat dan faedah kepada individu yang
melibatkan diri dalam sukan. Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan
agar setiap murid mengamalkan gaya hidup sihat. Taraf kecergasan ini dapat
dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti
bersenam dan bersukan secara teratur bagi menjamin tahap kecergasan warga
skolah yang optimum. Selaras dengan itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menyahut cabaran Kementerian Belia dan Sukan untuk mewajibkan semua
sekolah melakukan aktiviti kecergasan pada Hari Sukan Negara
Tujuan pembinaan gelanggang mini hoki ais ini adalah untuk digunakan oleh
murid semasa pelaksanaan Hari Sukan Negara. Seperti yang diketahui,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan pelbagai program bagi
meningkatkan penglibatan murid dalam bidang sukan. Contohnya program 1
Murid 1 Sukan.
2) Kelemahan Projek/ Aktiviti:
Tempoh penggunaan gelanggang mini hoki ais yang dibina adalah terlalu
singkat iaitu hanya sehari sempena program Hari Sukan Negara. Penggunaan
gelanggang haruslah ditingkatkan dan dijadikan aktiviti mingguan murid-murid
sekolah.
Tapak gelanggang adalah dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Mergong.
Oleh sebab itu, gelanggang perlu dirombak agar dewan dapat digunakan untuk
tujuan yang lain.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Mencari tapak baru yang sesuai untuk membina gelanggang tanpa perlu
dirombak. Tapak yang dipilih mestilah sesuai dan mempunyai tahap
keselamatan yang tinggi. Disamping itu, penambahbaikan dari segi penyediaan
gelanggang perlu dilakukan.
Penggunaan gelanggang yang dibina perlu diperluas. Penggunaan
gelanggang tidak hanya khusus untuk Hari Sukan Negara bahkan boleh
digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
KESIMPULAN:
Semua orang tahu mengenai kepentingan sukan dalam kehidupan
seharian, akan tetapi untuk melibatkan diri dalam sukan memerlukan kerjasama
daripada semua pihak termasuklah pihak pentadbiran dan juga murid-murid.
Projek ini dapat memberi pengalaman berguna kepada pihak yang terlibat dan
pengajaran yang baik untuk dilaksanakan bukan sahaja di sekolah turut boleh
dilaksanakan di rumah.