3. laporan inovasi mj 360 - hab inovasi sektor...

12
CABARAN INOVASI 2015 KUMPULAN PUTEH KREATIF PROJEK MJ360 (MANUAL JACK 360) 1 ISI KANDUNGAN BIL TAJUK M/SURAT 1.0- RINGKASAN EKSEKUTIF 2 2.0- PENGENALAN 2 2.1 Latar Belakang 2 2.2 Penubuhan Kumpulan KIK 3 3.0- TUJUAN DAN OBJEKTIF PROJEK 4 4.0- KRONOLOGI CETUSAN IDEA PEMBUKTIAN 4 4.1 Masalah Yang Dihadapi Oleh Jabatan 4-6 4.2 Kesan Daripada Masalah 7-9 5.0- PRODUK INOVASI 10 5.1 Impak Inovasi 10 5.1.1 Keistimewaan MJ 360 10 5.1.2 Faedah-faedah MJ 360 11-13 5.2 Gambar Inovasi 14 5.2.1 - Proses Mencipta Peralatan Inovasi 14-15 5.2.2 - Kos pembuatan dan peralatan MJ 360 16 6.0- PENUTUP 17

Upload: others

Post on 10-Oct-2019

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3. laporan inovasi MJ 360 - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1994-mj-360.pdf · mengenai penyelenggaraan peralatan mekanikal oleh kakitangan telah menyebabkan

CABARAN INOVASI 2015KUMPULAN PUTEH KREATIF 

PROJEK MJ360 (MANUAL JACK 360) 

 

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/SURAT

1.0- RINGKASAN EKSEKUTIF 2

2.0- PENGENALAN 2

2.1 Latar Belakang 2

2.2 Penubuhan Kumpulan KIK 3

3.0- TUJUAN DAN OBJEKTIF PROJEK 4

4.0- KRONOLOGI CETUSAN IDEA PEMBUKTIAN 4

4.1 Masalah Yang Dihadapi Oleh Jabatan 4-6

4.2 Kesan Daripada Masalah 7-9

5.0- PRODUK INOVASI 10

5.1 Impak Inovasi 10

5.1.1 Keistimewaan MJ 360 10

5.1.2 Faedah-faedah MJ 360 11-13

5.2 Gambar Inovasi 14

5.2.1 - Proses Mencipta Peralatan Inovasi 14-15

5.2.2 - Kos pembuatan dan peralatan MJ 360 16

6.0- PENUTUP 17

 

Page 2: 3. laporan inovasi MJ 360 - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1994-mj-360.pdf · mengenai penyelenggaraan peralatan mekanikal oleh kakitangan telah menyebabkan

CABARAN INOVASI 2015 KUMPULAN PUTEH KREATIF

PROJEK MJ360 (MANUAL JACK 360) 

 

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Jabatan Pengairan Dan Saliran Jajahan Pasir Puteh telah beroperasi bermula pada tahun

1978. Jabatan terlibat secara langsung dengan kerja-kerja saliran dan pengairan pertanian dan

terdiri daripada Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Pengairan Pertanian, Unit Pembangunan

dan Unit Mekanikal.

2.0 PENGENALAN

2.1 Latar Belakang

Unit Mekanikal adalah merupakan satu unit yang penting di JPS Jajahan Pasir Puteh.

Aktiviti utama unit ini adalah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan mekanikal

seperti footvalve, paip air, enjin pam air, generator, mesin-mesin, baiki kerosakan ringan

kenderaan jabatan dan lain-lain. Segala peralatan yang digunakan adalah sangat berat dan ianya

perlu di punggah dan di pindah dengan menggunakan tenaga kerja manusia yang ramai.

Unit Mekanikal di Jabatan Pengairan Dan Saliran Jajahan Pasir Puteh adalah

bertanggungjawab khusus terhadap kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikian pam-pam

sebanyak 20 buah ( meliputi seluruh kawasan pengairan di jajahan Pasir Puteh ).

Semasa melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan mekanikal, unit ini

menghadapi masalah kekurangan kakitangan di mana unit ini hanya mempunyai 2 orang

kakitangan sahaja bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di lapangan. Masalah ini telah

menyebabkan pelaksanaan tugas yang tidak efektif dan produktif di mana kerja-kerja

penyelenggaraan tidak dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengambil masa yang lama.

Page 3: 3. laporan inovasi MJ 360 - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1994-mj-360.pdf · mengenai penyelenggaraan peralatan mekanikal oleh kakitangan telah menyebabkan

CABARAN INOVASI 2015 KUMPULAN PUTEH KREATIF

PROJEK MJ360 (MANUAL JACK 360) 

 

2.2 Penubuhan Kumpulan Inovasi Kreatif

Maka, pihak jabatan telah mengambil satu inisiatif dengan menubuhkan satu kumpulan

inovasi iaitu ’Puteh Kreatif’ yang dipertanggungjawabkan bagi mencetuskan satu idea dengan

mencipta satu alat yang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Rajah 1(2.2) – Organisasi Kumpulan Puteh Kreatif.

Page 4: 3. laporan inovasi MJ 360 - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1994-mj-360.pdf · mengenai penyelenggaraan peralatan mekanikal oleh kakitangan telah menyebabkan

CABARAN INOVASI 2015 KUMPULAN PUTEH KREATIF

PROJEK MJ360 (MANUAL JACK 360) 

 

3.0 TUJUAN DAN OBJEKTIF PROJEK

3.1 Mencipta dan merekabentuk satu peralatan yang ekonomik dan praktikal bagi membantu

melancarkan proses kerja-kerja penyelenggaraan peralatan mekanikal jabatan serta

mengurangkan bebanan tenaga kerja di Unit Mekanikal yang turut menyelenggara Rumah-

Rumah Pam Pengairan dan Saliran selain tugas utama di unit mekanikal

3.2 Meningkatkan kualiti dan produktiviti, disamping memberi keberkesanan dalam

mengurangkan bebanan masalah kerja-kerja penyelenggaraan peralatan di jabatan.

4.0 KRONOLOGI CETUSAN IDEA PEMBUKTIAN

4.1 Masalah Yang Dihadapi Oleh Jabatan

4.1.1 - Kekurangan kakitangan.

Bebanan peralatan yang berat seperti footvalve, paip besi, pam dan lain-

lain adalah memerlukan tenaga kerja yang ramai bagi proses mengangkat

secara kerahan tenaga.

Page 5: 3. laporan inovasi MJ 360 - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1994-mj-360.pdf · mengenai penyelenggaraan peralatan mekanikal oleh kakitangan telah menyebabkan

CABARAN INOVASI 2015 KUMPULAN PUTEH KREATIF

PROJEK MJ360 (MANUAL JACK 360) 

 

Rajah 1(4.1.1) - Kerja-kerja mengangkat komponen ‘footvalve’

4.1.2 - Mengambil masa yang lama dalam kerja penyelenggaraan sesebuah pam.

Kaedah pengangkutan dan pemunggahan sesuatu peralatan yang berat

menyebabkan proses kerja terbatas dan mengambil masa yang lama.

Rajah 2(4.1.2)- Paip dan ‘footvalve’

Page 6: 3. laporan inovasi MJ 360 - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1994-mj-360.pdf · mengenai penyelenggaraan peralatan mekanikal oleh kakitangan telah menyebabkan

CABARAN INOVASI 2015 KUMPULAN PUTEH KREATIF

PROJEK MJ360 (MANUAL JACK 360) 

 

4.1.3 - Kerahan tenaga kerja daripada kakitangan dari unit lain.

Memerlukan ramai kakitangan bagi menyelesaikan masalah mengangkat

peralatan yang berat iaitu terpaksa meminta bantuan daripada unit lain.

Rajah 3(4.1.3) - Kerja-kerja mengangkat komponen paip besi.

4.1.4- Memerlukan peruntukan kewangan jika pembaikian dan penyelenggaraan di

lakukan oleh kontraktor.

Peruntukan bagi penyelenggaraan adalah terhad dan memerlukan peruntukan

tambahan jika dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

Page 7: 3. laporan inovasi MJ 360 - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1994-mj-360.pdf · mengenai penyelenggaraan peralatan mekanikal oleh kakitangan telah menyebabkan

CABARAN INOVASI 2015 KUMPULAN PUTEH KREATIF

PROJEK MJ360 (MANUAL JACK 360) 

 

4.2 Kesan Daripada Masalah

4.2.1 Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikian pam mengambil masa yang lama untuk

disiapkan.

Menerima rungutan dan rintihan daripada para petani yang memerlukan

perkhidmatan yang berterusan daripada jabatan.

4.2.2 Kerja-kerja penyelenggaraan peralatan mekanikal tidak dapat dijalankan mengikut

jadual.

Para petani tidak berpuas hati kerana tempoh masa yang lama perlu diambil

untuk selenggara sesuatu peralatan telah menjejaskan bekalan air di bendang.

Air tidak dapat dibekalkan pada musim pengairan.

Rajah 4(4.2.2) – Sesi dialog bersama petani.

Page 8: 3. laporan inovasi MJ 360 - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1994-mj-360.pdf · mengenai penyelenggaraan peralatan mekanikal oleh kakitangan telah menyebabkan

CABARAN INOVASI 2015 KUMPULAN PUTEH KREATIF

PROJEK MJ360 (MANUAL JACK 360) 

 

4.2.3 Kerja-kerja harian terhad dan terbatas

Kakitangan yang terhad bagi kerja-kerja pemunggahan peralatan yang berat.

4.2.4 Imej jabatan terjejas.

Pengambilan tempoh masa yang lama dalam menyelesaikan masalah

mengenai penyelenggaraan peralatan mekanikal oleh kakitangan telah

menyebabkan para petani rasa tidak puas hati dan ini menjejaskan imej

jabatan.

Rajah 5(4.2.3) – kerja-kerja penyelenggaraan paip besi bersama Footvalve oleh 2

kakitangan Unit Mekanikal.

Page 9: 3. laporan inovasi MJ 360 - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1994-mj-360.pdf · mengenai penyelenggaraan peralatan mekanikal oleh kakitangan telah menyebabkan

CABARAN INOVASI 2015 KUMPULAN PUTEH KREATIF

PROJEK MJ360 (MANUAL JACK 360) 

 

4.2.5 Penyelesaian masalah.

Kumpulan Puteh Kreatif telah mencetuskan idea dalam penyelesaian dan mengambil

langkah alternatif untuk memudahkan kerja-kerja pemunggahan peralatan bagi melancarkan

proses kerja serta mengurangkan penggunaan tenaga manusia untuk melakukan sesuatu kerja.

Daripada cetusan-cetusan idea ahli kumpulan PUTEH KREATIF, maka terurailah satu

masalah dan terbinalah satu reka cipta dinamik,efisen dan selesa yang dinamakan MJ 360 yang

direka khas untuk mengangkat bebanan yang berat dan tidak memerlukan tenaga kerja yang

ramai. Alat ini direka dengan menggunakan barangan yang mudah didapati, kos pembinaan

yang murah dan ringkas tetapi berkesan dari segi pengendalian dan penggunaannya.

Rajah 6(4.2.5)- MJ 360 ( MANUAL JACK 360 )

Page 10: 3. laporan inovasi MJ 360 - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1994-mj-360.pdf · mengenai penyelenggaraan peralatan mekanikal oleh kakitangan telah menyebabkan

CABARAN INOVASI 2015 KUMPULAN PUTEH KREATIF

PROJEK MJ360 (MANUAL JACK 360) 

10 

 

5.0 PRODUK INOVASI

5.1 Impak Inovasi

5.1.1 Keistimewaan MJ 360

Kegunaaan secara manual yang mudah, senang, cepat, selamat digunakan

semasa penyelenggaraan kerja-kerja mengangkat bebanan.

MJ 360 memudahkan pekerja untuk membawa dan melakukan kerja-kerja

mengangkat peralatan yang berat sehingga 200 kg.

Sesuai digunapakai di tempat yang rata seperti di workshop dan rumah-rumah

pam jabatan.

tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai.

Peralatan ini fleksibel iaitu mudah di bawa semasa operasi.

tahan daripada karat dan tahan lasak.

   

Rajah 7(5.1.1)- Penggunaan MJ 360 mudah tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai.

Page 11: 3. laporan inovasi MJ 360 - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1994-mj-360.pdf · mengenai penyelenggaraan peralatan mekanikal oleh kakitangan telah menyebabkan

CABARAN INOVASI 2015 KUMPULAN PUTEH KREATIF

PROJEK MJ360 (MANUAL JACK 360) 

11 

 

5.1.2 Faedah-f aedah MJ 360

Pengurangan kos operasi dan penyelenggaraan

Kos penyelenggaraan dapat dijimatkan akibat proses penyelenggaraan dan

pembaikian komponen peralatan mekanikal oleh kakitangan sendiri.

Penyelenggaraan berkala dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut

jadual.

Rajah 8 (5.1.2)-Kerja-kerja mengangkat mesin pengimpal menggunakan

MJ360 yang hanya diangkat oleh seorang pekerja sahaja.

Penjimatan masa.

MJ 360 dapat beroperasi sepanjang masa.

Permasalahan penyelenggaraan dapat diatasi dengan segera.

Penjimatan tenaga kerja

Tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai.

Page 12: 3. laporan inovasi MJ 360 - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1994-mj-360.pdf · mengenai penyelenggaraan peralatan mekanikal oleh kakitangan telah menyebabkan

CABARAN INOVASI 2015 KUMPULAN PUTEH KREATIF

PROJEK MJ360 (MANUAL JACK 360) 

12 

 

Rajah 9(5.1.2)-Hanya seorang pekerja mampu mengangkat paip besi yang berat

menggunakan MJ360

Rajah 10 (5.1.2)-Hanya seorang pekerja mampu mengangkat ‘footvalve’ yang

berat menggunakan MJ360