inovasi magicmap - hab inovasi sektor...

15
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Inovasi MagicMap Latarbelakang SKMM 1. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1 November 1998, di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 589) bertindak sebagai pengawalselia bagi sektor komunikasi dan multimedia. 2. Peranan yang dimainkan SKMM terbahagi kepada dua: 1. Kawalselia (regulatory) 2. Pembangunan (developmental) SKMM memainkan kedua-dua peranan ini dalam rollout infrastruktur/kemudahan rangkaian komunikasi dan multimedia. Infrastruktur komunikasi dan multimedia yang dimaksudkan termasuklah wayarles dan rangkaian tetap

Upload: dinhmien

Post on 15-Jul-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Inovasi MagicMap - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/170-inovasi-magicmap.pdf · Ia turut merangkumi maklumat kepadatan penduduk, persempadanan parlimen,

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Inovasi MagicMap

Latarbelakang SKMM

1. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah

sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1 November 1998, di

bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998

(Akta 589) bertindak sebagai pengawalselia bagi sektor komunikasi

dan multimedia.

2. Peranan yang dimainkan SKMM terbahagi kepada dua:

1. Kawalselia (regulatory)

2. Pembangunan (developmental)

SKMM memainkan kedua-dua peranan ini dalam rollout

infrastruktur/kemudahan rangkaian komunikasi dan multimedia.

Infrastruktur komunikasi dan multimedia yang dimaksudkan termasuklah

wayarles dan rangkaian tetap

Page 2: Inovasi MagicMap - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/170-inovasi-magicmap.pdf · Ia turut merangkumi maklumat kepadatan penduduk, persempadanan parlimen,

3. Pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara merangkumi pelbagai aspek

pembangunan teknologi, perkhidmatan dan prasarana di peringkat

nasional sehingga ke setiap daerah, mukim, bandar dan kampung.

Latar Belakang Projek Inovasi

4. Magic Map adalah kemudahan pemetaan maklumat yang lahir dari

keperluan untuk memantau dan merencanakan secara terperinci

pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara serta perkembangan

perkhidmatan dan prasarana komunikasi dan multimedia di Malaysia

amnya.

5. Magic Map bukan sahaja membantu di dalam perancangan dan

pemantauan terperinci di peringkat dasar dan strategik, malah dengan

ciri yang berasaskan sesawang internet (web based internet) ia juga

membolehkan setiap maklumat diakses di mana sahaja termasuk

ketika di lapangan melalui peranti mudah alih seperti komputer riba,

PDA dan Smartphone yang mempunyai capaian internet.

6. Keterbukaan piawai yang digunapakai membolehkan setiap maklumat

tersebut diakses dan dipaparkan secara terperinci menggunakan

aplikasi-aplikasi popular seperti GoogleEarth, GoogleMap, BingMap,

Microsoft Virtual Earh dan sebagainya.

7. MagicMap adalah menggunapakai teknologi Sistem Maklumat Geografi

(GIS) bagi membolehkan maklumat spatial dan attribut disimpan dan

di paparkan dalam bentuk grafik pemetaan.Antaramuka MagicMap

adalah berasaskan aplikasi internet dan menggunakan Google Earth

sebagai platform asas dan ia boleh digunakan tanpa memerlukan

kursus yang tertentu.

Page 3: Inovasi MagicMap - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/170-inovasi-magicmap.pdf · Ia turut merangkumi maklumat kepadatan penduduk, persempadanan parlimen,

8. Bermula 2008, SKMM menggerakkan usaha menggabungkan sejumlah

besar maklumat dari pelbagai pangkalan data dan sistem berbeza

kepada satu repositori maklumat. Ianya merangkumi maklumat

seperti liputan dan prasarana 2G, 3G, HSDPA, telefon talian tetap,

ADSL, WiMAX, CDMA, televisyen, radio, pautan gelombang mikro,

VSAT, jaringan gentian optik, penggunaan spektrum, menara dan

struktur komunikasi, stesen pensuisan, stesen pendaratan kabel dasar

laut dan stesen satelit.

9. Ia turut merangkumi maklumat kepadatan penduduk, persempadanan

parlimen, daerah dan mukim, butiran pejabat-pejabat pos dan pusat

serahan. Maklumat seperti projek di bawah dana Pemberian

Perkhidmatan Sejagat (PPS) seperti Pusat Jalur Lebar Komuniti serta

Perpustakaan Jalur Lebar, menara komunikasi yang dibina menerusi

inisiatif peluasan liputan Fasa 1 (2003-2004), Fasa 2 (2004-2007) dan

Fasa 3 (2008 sehingga kini) serta maklumat pelaksanaan projek Jalur

Lebar Bekelajuan Tinggi (High Speed Broadband/HSBB) dan projek

Jalur Lebar Untuk Orang/Masyarakat Awam (Broadband for the

General Population/BBGP) di seluruh Negara juga boleh didapati.

10. MagicMap kini merupakan pangkalan data berpusat menyimpan

maklumat Rangkaian Komunikasi, Pos dan Kurier, Schoolnet,

Telecenter dari pemberi perkhidmatan, Agensi dan Kementerian

seperti KKLW, KPKK, KPKK, KBS, SKMM, Jab. Penerangan, KPKT,

MARA, KPWKM dan Kerajaan-Kerajaan Negeri. Maklumat-maklumat

didalam MagicMap juga boleh diakses oleh agensi manakala data yang

kurang sensitive juga boleh diakses oleh orang awam yang berdaftar.

Page 4: Inovasi MagicMap - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/170-inovasi-magicmap.pdf · Ia turut merangkumi maklumat kepadatan penduduk, persempadanan parlimen,

11. Magic Map membolehkan penawaran dari pemberi perkhidmatan dapat

di petakan kepada permintaan pengguna menjadikan perkhidmatan

jalur lebar dapat ditawarkan dengan lebih efisyen.

Tujuan Projek Inovasi

12. Bagi menyelesaikan masaalah kemaskini dan perkongsian data yang

dilakukan secara berasingan untuk diatasi dengan membangunkan

satu sistem pangkalan maklumat berpusat yang mudah bagi

mengakses maklumat infrastruktur dan lain-lain perkhidmatan,

merangkumi perkhidmatan tetap, tanpa wayar, satelit, penyiaran dan

POS.

13. Membantu di dalam perancangan dan pemantauan terperinci di

peringkat dasar dan strategik, malah dengan ciri yang berasaskan

sesawang internet (web based internet);

14. Menggunapakai Keterbukaan piawai bagi membolehkan setiap

maklumat tersebut diakses dan dipaparkan secara terperinci

menggunakan aplikasi-aplikasi popular seperti GoogleEarth,

GoogleMap, BingMap, Microsoft Virtual Earth dan sebagainya.

Page 5: Inovasi MagicMap - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/170-inovasi-magicmap.pdf · Ia turut merangkumi maklumat kepadatan penduduk, persempadanan parlimen,

Proses Pelaksanaan Inovasi

15. Pelaksanaan inovasi ini dibangunkan menggunakan kepakaran

dalaman tenaga pakar dalaman secara in-house dan menggunapakai

perisian sediaada tanpa perlu pembelian perisian-perisian lain, melalui

Proses seperti yang ditunjukan dirajah dibawah;

i) Proses pelaksanaan inovasi dimulakan dengan kerja-kerja

pembangunan pangkalan data MagicMap merangkumi pengumpulan

dan penyuntingan data dari pelbagai sumber dan format.

ii) Kerja Penyelidikan dan Pembangunan Antaramuka Pengguna adalah

dilakukan secara selari dengan kerja-kerja pembangunan pangkalan

data.

iii) Data-data yang telah dikemaskini kemudiannya ditukar ke format

KML untuk disesuaikan dengan Google Earth.

iv) Data dalam format KML kemudiannya dimuat naik ke Pelayan

MagicMap untuk diakses oleh pengguna MagicMap.

Page 6: Inovasi MagicMap - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/170-inovasi-magicmap.pdf · Ia turut merangkumi maklumat kepadatan penduduk, persempadanan parlimen,

v) Penyelenggaraan Sistem dan Data dilakukan secara berterusan

untuk memastikan maklumat yang terdapat didalam Pangkalan data

MagicMap adalah terkini dan MagicMap dapat digunakan tanpa

gangguan.

Proses kerja sebelum inovasi

16. Sebelum inovasi MagicMap dilaksanakan,maklumat mengenai

infrastruktur Komunikasi Negara seperti kedudukan dan lokasi menara

dan struktur komunikasi, laluan gentian optic, ibusawat dan lain-lain

dikumpulkan mengikut keperluan Jabatan masing-masing di dalam

SKMM. Format pengumpulan yang tidak sekata menyukarkan

penggunaan data dengan cara berkesan dan tidak dikemaskini.

17. Perkongsian data sukar dilaksanakan dan berlakunya pertindihan dan

kerja yang berulangan. Selain daripada itu, pengguna data perlu arif

dan mahir dengan perisian pemetaan yang juga memerlukan kos yang

tinggi. SKMM juga perlu membeli peta-peta digital berasingan bagi

keperluan masing-masing.

Proses kerja selepas inovasi

18. Data-data yang diambil oleh Jabatan-jabatan berlainan kini

dikumpulkan di dalam satu pangkalan data secara berkala.

19. Pengguna data kini boleh mendapatkan maklumat berkaitan

infrastruktur Komunikasi dengan menginovasi penggunaan Google

Earth dan Google Map.

Page 7: Inovasi MagicMap - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/170-inovasi-magicmap.pdf · Ia turut merangkumi maklumat kepadatan penduduk, persempadanan parlimen,

Impak inovasi terhadap kumpulan sasar / perkhidmatan /

jabatan/agensi/Negara :

Elemen Inovatif/Kreativiti

- Penciptaan nilai/elemen baru/tambahbaik

20. Penggunaan sumber yang optimum dan membudayakan kreativiti di

peringkat Jabatan untuk memastikan maklumat terkini dapat dikongsi

bersama dan tugasan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

21. Menggunapakai Teknologi Terbuka dan Terkini supaya maklumat dapat

dikongsi dengan lebih ramai pengguna tanpa perlu membeli lesen

perisian.

22. Pengurusan data yang efisyen dan keselamatan data terkawal.

- Elemen mempermudahkan/penyelesaian masalah

23. Data yang dicerap kini dikumpul dan dikemaskini berkala dan

penyimpanan maklumat secara berpusat dapat memberi manafaat

kepada kakitangan dalaman dan Pengguna Awam.

Page 8: Inovasi MagicMap - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/170-inovasi-magicmap.pdf · Ia turut merangkumi maklumat kepadatan penduduk, persempadanan parlimen,

24. Jabatan yang berkaitan dapat menjimatkan masa untuk memberikan

maklumat yang diperlukan oleh pihak yang berlainan.

25. Pengguna juga dapat menjimatkan masa dan tenaga tanpa perlu

mencari atau mengetahui jabatan berkaitan bagi mendapatkan

maklumat berkaitan.

26. Antaramuka MagicMap adalah berasaskan aplikasi internet dan

menggunakan Google Earth sebagai platform asas dan ia boleh

digunakan tanpa memerlukan kursus yang tertentu.

- Lain-lain berkaitan

Elemen Keberkesanan

- Gambaran faedah yang nyata diperolehi

27. MagicMap boleh diakses oleh orang awam yang memohon secara

online.

28. Maklumat liputan perkhidmatan dan kemudahan komunikasi dapat

diakses oleh orang awam.

Page 9: Inovasi MagicMap - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/170-inovasi-magicmap.pdf · Ia turut merangkumi maklumat kepadatan penduduk, persempadanan parlimen,

29. Aduan pengguna yang diterima oleh Biro Aduan SKMM dapat ditangani

dengan lebih cekap

30. Peningkatan mutu kerja dan kecekapan penyampaian perkhidmatan

31. Projek pembangunan dan perancangan SKMM dapat dimaklumkan

kepada orang awam

- Peningkatan produktiviti/kepuasan

32. Produktiviti semua jabatan meningkat dengan penggunaan MagicMap

di mana semua maklumat dari pelbagai jabatan boleh diakses tanpa

perlu kepada proses yang lama dan rumit dan penjanaan data

berulang.

- Penjanaan pendapatan (sekiranya berkaitan)

Tidak berkaitan

Elemen Signifikan

- Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan

33. Peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelangganMagicMap ini juga

boleh diakses oleh orang awam yang memohon secara online.

Page 10: Inovasi MagicMap - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/170-inovasi-magicmap.pdf · Ia turut merangkumi maklumat kepadatan penduduk, persempadanan parlimen,

Maklumat-maklumat ini juga digunakan oleh pelbagai peringkat

kakitangan dalaman SKMM seperti;

1. meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan Komunikasi;

2. mengenalpasti kawasan kelompongan liputan;

3. membantu didalam membuat perancangan kawasan liputan

baru;

4. menangani aduan-aduan pengguna yang diterima Biro

Aduan;dan lain-lain

34. Projek pembangunan dan perancangan SKMM dapat dimaklumkan

kepada orang awam

- Penjimatan masa/kos/sumber manusia

35. Penjimatan guna tenaga manusia: Data yang dikutip kini dikumpul

secara berkala menggunakan internet tanpa perlu keperluan fizikal.

Pengguna juga dapat menjimatkan masa dan tenaga tanpa perlu

mencari atau mengetahui jabatan berkaitan bagi mendapatkan

maklumat berkaitan.

36. Pelaksanaan inovasi ini dibangunkan menggunakan kepakaran

dalaman tenaga pakar dalaman secara in-house dan menggunapakai

perisian sediaada tanpa perlu pembelian perisian-perisian lain

Page 11: Inovasi MagicMap - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/170-inovasi-magicmap.pdf · Ia turut merangkumi maklumat kepadatan penduduk, persempadanan parlimen,

37. Maklumat-maklumat berkenaan infrastruktur Komunikasi dapat

diakses secara on-line, berbanding sebelum ini yang memerlukan

kepada penukaran data kepada imej dan maklumat yang boleh

difahami oleh semua pihak.

- Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil

38. Projek Inovasi ini mencapai matlamat yang disasarkan kerana ianya

banyak memberi maanfaat kepada kakitangan dalaman SKMM dan

pengguna awam dan juga agensi dan pemberi perkhidmatan yang

terlibat dengan menggunakan pangkalan data berpusat dan

menjimatkan sumber manuasia kerana penyediaan data dilakukan

secara setempat dan boleh diakses secara terus atas talian.

39. Dari segi Teknologi pembangunan MagicMap menggunapakai Teknologi

Terbuka dan Terkini supaya maklumat dapat dikongsi dengan lebih

ramai pengguna tanpa perlu membeli lesen perisian yang baru.

40. Ianya juga menjimatkan dari segi penggunaan Peta Asas Google Earth

dan tidak memerlukan kepada pembelian Imej Satellite yang mahal,

dan sistem ini boleh diakses melalui perkakasan yang mempunyai

spesifikasi yang biasa.

Page 12: Inovasi MagicMap - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/170-inovasi-magicmap.pdf · Ia turut merangkumi maklumat kepadatan penduduk, persempadanan parlimen,

Elemen Relevan

- Sumbangan kepada agenda organisasi/nasional

41. MagicMap memberi manfaat kepada organisasi dengan memudahkan

capaian dan perkongsian maklumatdan membantu didalam kerja-kerja

perancangan infrastruktur komunikasi yang baru dan menangani isu-

isu yang dihadapi seperti aduan pengguna, masalah kualiti

perkhidmatan, isu kelopongan liputan selular dan lain-lain.

42. Penggunaan sumber yang optimum dan membudayakan kreativiti di

peringkat Jabatan untuk memastikan maklumat terkini dapat dikongsi

bersama dan penyampaian perkhidmatan dapat dijalankan dengan

lancar, berkesan dan penggunaan sumber yang optimum.

43. Orang awam boleh memohon secara online untuk mengakses

maklumat umum yang terdapat didalam Pangkalan Data MagicMap

seperti Maklumat Liputan Selular 2G, 3G, Wimax, Pusat Jalur Lebar

Komuniti (PJK), Perpustakaan Jalur Lebar dan Telecenter dari pelbagai

agensi, maklumat Pos dan kurier dan lain-lain.

Pengiktirafan diterima

44. Pada 14 September 2009, Magic Map buat pertama kalinya

dibentangkan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaksanaan

Jalurlebar Nasional (Cabinet Committee on Broadband).

Page 13: Inovasi MagicMap - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/170-inovasi-magicmap.pdf · Ia turut merangkumi maklumat kepadatan penduduk, persempadanan parlimen,

45. Pada 30 Januari 2010 pula, Magic Map dilancarkan secara rasminya

oleh YAB Perdana Menteri Malaysia semasa program Digital Pekan

yang diadakan di Pekan, Pahang.

46. Pada 6 June 2010, Taklimat kepada TPM semasa program Digital

Pagoh yang diadakan di Pagoh, Johor.

47. Pada 1 Disember 2010 MagicMap telah dianugerahkan sebagai

Pemenang Pertandingan Inovasi Terbaik Sempena Sambutan Hari

Inovasi Tahun 2010 Kementerian Penerangan Komunikasi dan

Kebudayaan.

48. Bagi memantapkan lagi pengendalian MagicMap, SKMM sedang dalam

usaha untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 9001 / 2008 bagi

menetap kaedah-kaedah;

i) Pentadbiran Sistem MagicMap

ii) Pengurusan Data MagicMap

Implikasi Kewangan

49. Dari segi kos operasi, SKMM dapat menjimatkan RM1,008,000 (112

akaun MapServe bagi kakitangan dalaman SKMM darab dengan

RM9,000 bagi satu lesen MapInfo). Ini tidak termasuk kos

pembangunan perisian dan pengumpulan data yang dijangka sebanyak

RM500,000. Penjimatan kos imej satelit dianggarkan berjumlah RM2.5

juta bagi kawasan meliputi seluruh Semenajung Malaysia dan Sabah

Sarawak. Jumlah keseluruhan penjimatan kos diangggarkan sebanyak

RM4,008,000.

Page 14: Inovasi MagicMap - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/170-inovasi-magicmap.pdf · Ia turut merangkumi maklumat kepadatan penduduk, persempadanan parlimen,
Page 15: Inovasi MagicMap - Hab Inovasi Sektor Awamhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/170-inovasi-magicmap.pdf · Ia turut merangkumi maklumat kepadatan penduduk, persempadanan parlimen,