hab inovasi sektor awam 1. nama...

14
1 HAB INOVASI SEKTOR AWAM 1. NAMA INOVASI : Perolehan Hijau Kerajaan (Government Green Procurement GGP) 2. RINGKASAN INOVASI (maks 500 perkataan) : Definisi GGP Perolehan Hijau Kerajaan (Government Green Procurement; GGP) merujuk kepada pembelian produk, perkhidmatan dan kerja di sektor awam yang mengambil kira kriteria alam sekitar untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, serta meminimumkan dan mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Matlamat Pelaksanaan GGP Matlamat Kerajaan ialah untuk memacu pembangunan ekonomi negara secara lestari, iaitu untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju yang inklusif dan lestari menjelang tahun 2020. Dasar Teknologi Hijau Negara (National Green Technology Policy; NGTP) telah digubal pada tahun 2009 dan GGP dijadikan sebagai instrumen untuk mencapai aspirasi Kerajaan. Pelaksanaan GGP akan membantu Malaysia untuk mencapai sasaran pengurangan tahap pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030, iaitu 35% secara sukarela dan 10% lagi adalah bersyarat dan tertakluk kepada

Upload: lymien

Post on 04-May-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HAB INOVASI SEKTOR AWAM 1. NAMA INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2182-perolehan-hijau... · Pelaksanaan GGP akan membantu Malaysia untuk mencapai sasaran pengurangan

1

HAB INOVASI SEKTOR AWAM

1. NAMA INOVASI :

Perolehan Hijau Kerajaan (Government Green Procurement – GGP)

2. RINGKASAN INOVASI (maks 500 perkataan) :

Definisi GGP

Perolehan Hijau Kerajaan (Government Green Procurement; GGP) merujuk

kepada pembelian produk, perkhidmatan dan kerja di sektor awam yang

mengambil kira kriteria alam sekitar untuk memulihara alam sekitar dan

sumber semula jadi, serta meminimumkan dan mengurangkan kesan negatif

daripada aktiviti manusia.

Matlamat Pelaksanaan GGP

Matlamat Kerajaan ialah untuk memacu pembangunan ekonomi negara

secara lestari, iaitu untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah

negara berpendapatan tinggi dan maju yang inklusif dan lestari menjelang

tahun 2020. Dasar Teknologi Hijau Negara (National Green Technology

Policy; NGTP) telah digubal pada tahun 2009 dan GGP dijadikan sebagai

instrumen untuk mencapai aspirasi Kerajaan.

Pelaksanaan GGP akan membantu Malaysia untuk mencapai sasaran

pengurangan tahap pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45% berbanding

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030, iaitu 35%

secara sukarela dan 10% lagi adalah bersyarat dan tertakluk kepada

Page 2: HAB INOVASI SEKTOR AWAM 1. NAMA INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2182-perolehan-hijau... · Pelaksanaan GGP akan membantu Malaysia untuk mencapai sasaran pengurangan

2

penerimaan bantuan kewangan, pemindahan teknologi dan pembangunan

kapasiti daripada negara maju.

Perolehan Kerajaan memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada

pembangunan sosioekonomi kerana ia mewakili kira-kira 12-15% daripada

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Kerajaan telah menyedari

kepentingan perolehan Kerajaan yang memainkan peranan serampang dua

mata iaitu meningkatkan daya saing pengeluaran dan menggalakkan inovasi

pengeluaran produk perusahaan tempatan selain matlamat utama GGP untuk

meminimumkan kesan negatif kepada alam sekitar.

3. LATAR BELAKANG :

Mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI) Bil.1/2012

pada 23 Oktober 2012 telah memutuskan supaya Bahagian Perolehan

Kerajaan, Kementerian Kewangan bertindak sebagai penyelaras dan

peneraju inisiatif GGP di bawah program MyHIJAU. Dalam hal ini,

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bekerjasama dalam

memberi khidmat nasihat teknikal kepada Bahagian Perolehan Kerajaan,

Kementerian Kewangan dalam meneruskan usaha mempromosi dan

menggalakkan pelaksanaan inisiatif Perolehan Hijau di sektor Awam.

GGP diperkenalkan adalah untuk mengukuhkan lagi dasar perolehan sedia

ada. Pelaksanaan GGP dilihat berupaya mencapai penjimatan jangka

panjang dan mengurangkan beban kepada bajet awam, merangsang

pertumbuhan hijau dan meningkatkan daya saing industri tempatan.

Komitmen Kerajaan dalam menyokong dan melaksanakan insiatif GGP

adalah melalui:

Page 3: HAB INOVASI SEKTOR AWAM 1. NAMA INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2182-perolehan-hijau... · Pelaksanaan GGP akan membantu Malaysia untuk mencapai sasaran pengurangan

3

a. Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) menuju kearah pertumbuhan

hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan di bawah teras

strategik keempat, di mana kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya

20% perolehan hijau menjelang tahun 2020 kearah mewujudkan pasaran

hijau dan pendekatan penggunaan dan pengeluaran lestari. Pelan

Penggunaan dan Pengeluaran Lestari (SCP Blueprint) akan dilancarkan

dan memberi penekanan kepada GGP sebagai salah satu laluan bagi

meyokong dan membimbing dalam melaksanakan aktiviti bagi

pertumbuhan hijau di dalam RMK-11;

b. Matlamat jangka masa sederhana bagi Dasar Teknologi Hijau Negara

menyatakan bahawa teknologi hijau menjadi pilihan utama dalam

perolehan;

c. Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) teras inisiatif (E3)

bertumpu kepada projek-projek awam bagi menerajui amalan mampan

yang meningkatkan standard bagi pembinaan, dengan bertumpu kepada

projek awam bagi meningkatkan spesifikasi perolehan, pengagihan dan

pencapaian sumber;

d. Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Baharu (NREPAP) mengukur

secara strategik dengan menggunakan kuasa perolehan kerajaan bagi

merangsang Tenaga Boleh Baharu dan pertumbuhan industri yang

memerlukan pelaksanaan pembinaan atau pengubahsuaian tender oleh

kerajaan bagi menyediakan keutamaan teknologi Tenaga Boleh Baharu;

e. Model Ekonomi Baru (MBE) mencadangkan polisi perolehan kerajaan

bagi menggalakkan inovasi teknologi produk dalam menjadikan Malaysia

sebagai satu ‘platform ujian’ bagi produk dan perkhidmatan baru yang

Page 4: HAB INOVASI SEKTOR AWAM 1. NAMA INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2182-perolehan-hijau... · Pelaksanaan GGP akan membantu Malaysia untuk mencapai sasaran pengurangan

4

mengutamakan peranti jimat tenaga, tenaga hijau dan amalan

pembuatan yang mampan;

f. Ucapan Bajet 2010 menekankan keutamaan produk dan perkhidmatan

mesra alam dan produk yang mematuhi piawaian teknologi hijau dan

perolehan kerajaan;

g. Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) – Bermula 2015, inisiatif GGP

telah menjadi sebahagian daripada kriteria penilaian di bawah Indeks

SSR bagi agensi Sektor Awam oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan

Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

4. OBJEKTIF:

Objektif pelaksanaan GGP adalah seperti berikut:

a. Membantu Malaysia untuk mencapai sasaran pengurangan tahap

pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45% berbanding Keluaran Dalam

Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030

b. Meningkatkan permintaan produk hijau yang mesra alam dalam pasaran

tempatan dan antarabangsa

c. Meningkatkan tahap kesedaran awam terhadap kepentingan penggunaan

produk mesra alam dan kesannya terhadap kelestarian alam sekitar.

d. Mewujudkan peluang inovasi dan menyokong peningkatan daya saing

usahawan tempatan dalam mengahasilkan produk hijau yang mesra alam

Page 5: HAB INOVASI SEKTOR AWAM 1. NAMA INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2182-perolehan-hijau... · Pelaksanaan GGP akan membantu Malaysia untuk mencapai sasaran pengurangan

5

e. Membantu pertumbuhan industri teknologi hijau dan pasaran hijau di

Malaysia

5. KUMPULAN SASAR DAN SKOP LIPUTAN :

Kementerian dan Agensi Kerajaan

6. PENERANGAN:

a) Kreativiti:

Pengurusan Permintaan

Penilaian keperluan perolehan yang tepat merupakan langkah pertama ke

arah melaksanakan GGP. Perolehan produk dan perkhidmatan yang tidak

perlu akan memberi kesan negatif terhadap alam sekitar dan menjadikan

perbelanjaan tidak berhemah. Pengurusan permintaan yang berkesan

boleh mengurangkan pembelian produk, mengurangkan jumlah atau jenis

barang yang diperlukan serta mengurangkan kekerapan pembelian atau

penggantian barangan dan perkhidmatan tertentu.

Hubungan yang rapat dengan pengguna akhir (end user) bagi produk dan

perkhidmatan adalah diperlukan untuk penyelesaian yang bijak, mesra

alam dan kos yang efisien. Kesediaan untuk memeriksa amalan sedia ada

secara lebih teliti juga diperlukan.

Page 6: HAB INOVASI SEKTOR AWAM 1. NAMA INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2182-perolehan-hijau... · Pelaksanaan GGP akan membantu Malaysia untuk mencapai sasaran pengurangan

6

Mengintegrasikan Kriteria Alam Sekitar

Kriteria alam sekitar boleh digunapakai hampir di setiap peringkat proses

perolehan, bermula daripada mengenal pasti keperluan, menyedia

spesifikasi teknikal, menilai tawaran pembida, memilih pembekal

sehinggalah kepada mengurus kontrak. Dalam dokumen perolehan,

kriteria alam sekitar boleh diperkenalkan melalui:

Bidang Pengkhususan Perolehan

Pegawai perolehan hendaklah menyatakan dengan jelas jenis produk

dan perkhidmatan hijau yang akan diperoleh untuk menunjukkan niat

mereka bagi mendapatkan produk dan perkhidmatan hijau. Sebagai

contoh, pegawai perolehan boleh menyatakan bahawa bidang

pengkhususannya ialah 'untuk membekalkan peralatan ICT mesra

alam' atau ‘untuk menyediakan perkhidmatan pembersihan hijau'.

Dengan cara ini, pegawai perolehan telah menunjukkan kesediaan

kepada pembekal untuk bertukar kepada GGP.

Dalam beberapa kes, spesifikasi bagi bidang pengkhususan sudah

mengecualikan sesetengah jenis produk yang tidak mesra alam

sekitar. Seperti contoh, bidang pengkhususan menetapkan keperluan

lampu cekap tenaga, secara tidak langsung penggunaan mentol lampu

konvensional adalah tidak dibenarkan.

Walau bagaimanapun, bidang pengkhususan tidak boleh bersifat

diskriminasi. Kriteria alam sekitar yang tepat perlu ditakrifkan dalam

dokumen perolehan dalam bentuk spesifikasi teknikal atau kriteria

penganugerahan.

Page 7: HAB INOVASI SEKTOR AWAM 1. NAMA INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2182-perolehan-hijau... · Pelaksanaan GGP akan membantu Malaysia untuk mencapai sasaran pengurangan

7

Spesifikasi Teknikal Produk, Perkhidmatan dan Kerja

Spesifikasi teknikal hendaklah menggabungkan kriteria alam sekitar.

Kriteria tersebut hendaklah dalam bentuk kriteria mandatori (core

criteria) dan kriteria penganugerahan (award criteria). Kriteria ini

hendaklah ditentukan dan diterbitkan sebelum proses penilaian tender

termasuklah pemberat bagi setiap kriteria.

b) Keberkesanan:

Inisiatif GGP merupakan pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi

negara yang mampan khususnya dalam menggalakkan amalan

pengeluaran dan penggunaan lestari (sustainable consumption and

production; SCP) di kalangan pihak industri dan masyarakat umum.

Di peringkat awal, usaha bagi meningkatkan kesedaran dan menyebar

luas mengenai kepentingan pelaksanaan GGP giat dilaksanakan oleh

KeTTHA dan Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) menerusi

penganjuran bengkel, seminar, latihan dan penerbitan buku/ dokumen

pengenalan mengenai GGP.

Susulan itu, satu Pelan Tindakan Jangka Pendek GGP (GGP Short-Term

Action Plan) telah dibangunkan di bawah Kajian SCP - Policy Support

Malaysia untuk membantu pelaksanaan GGP. Jawatankuasa Pemandu

Perolehan Hijau Kerajaan (Government Green Procurement Steering

Committee - GGPSC) yang dipengerusikan secara bersama oleh

Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan dan Sektor

Page 8: HAB INOVASI SEKTOR AWAM 1. NAMA INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2182-perolehan-hijau... · Pelaksanaan GGP akan membantu Malaysia untuk mencapai sasaran pengurangan

8

Teknologi Hijau, KeTTHA telah ditubuhkan untuk menyelaras pelaksanaan

GGP.

Selain itu, antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi menyokong

pelaksanaan GGP adalah seperti berikut:

a. Garis Panduan Pelaksanaan Projek Perintis GGP telah dibangunkan

dengan kerjasama pasukan projek SCP Policy Support Malaysia,

EPU JPM, MOF, KeTTHA dan Greentech Malaysia. Penyediaan

Garis Panduan tersebut bertujuan sebagai dokumen rujukan dan

panduan kepada pegawai perolehan kerajaan khususnya yang terlibat

dalam projek perintis GGP untuk melaksanakan GGP di peringkat

Kementerian/Agensi masing-masing.

b. Terdapat enam (6) kumpulan produk yang terlibat dalam pelaksanaan

projek perintis GGP iaitu cat, simen, pencahayaan cekap tenaga,

peralatan teknologi maklumat, perkhidmatan pencucian dan kertas.

Selain KeTTHA, Kementerian/Agensi lain yang terlibat dalam dalam

pelaksanaan projek perintis tersebut ialah:

i. Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

ii. Kementerian Pendidikan Malaysia;

iii. Kementerian Kesihatan Malaysia;

iv. Kementerian Dalam Negeri; dan

v. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

c. Jumlah perolehan yang berjaya dibuat sepanjang tempoh projek

perintis tersebut adalah sebanyak RM352 juta.

Page 9: HAB INOVASI SEKTOR AWAM 1. NAMA INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2182-perolehan-hijau... · Pelaksanaan GGP akan membantu Malaysia untuk mencapai sasaran pengurangan

9

d. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2014 bertarikh 10 April

2014 berhubung perolehan hijau kerajaan telahpun diedarkan oleh

Kementerian Kewangan Malaysia bertujuan untuk memberi

pemakluman awal mengenai inisiatif Perolehan Hijau Kerajaan serta

memberi kesedaran dan galakan bagi meningkatkan pengetahuan

Agensi dalam menjayakan pelaksanaan GGP di Malaysia.

e. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Perolehan Hijau Kerajaan (GGPWC)

Bil. 1/2015 yang dipengerusikan secara bersama oleh Kementerian

Kewangan dan KeTTHA pada 14 April 2015 telah memutuskan

supaya pelaksanaan GGP melibatkan enam (6) kumpulan produk

sedia ada diperluaskan kepada Kementerian/Agensi seperti berikut:

i. KeTTHA dan agensi dibawahnya;

ii. Kementerian Dalam Negeri dan agensi dibawahnya;

iii. Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi dibawahnya:

iv. Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi dibawahnya;

v. Kementerian Pendidikan Tinggi dan agensi di bawahnya;

vi. Kementerian Kerja Raya;

vii. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar;

viii. Kementerian Wilayah Persekutuan;

ix. Kementerian Pengangkutan;

x. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan;

xi. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; dan

xii. Kementerian Pertahanan.

Page 10: HAB INOVASI SEKTOR AWAM 1. NAMA INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2182-perolehan-hijau... · Pelaksanaan GGP akan membantu Malaysia untuk mencapai sasaran pengurangan

10

f. Keputusan di atas telah disokong oleh surat arahan MOF bertarikh 6

April 2016 yang memilih 12 Kementerian awal untuk melaksanakan

GGP. Pada tahun 2017, peluasan pelaksanaan GGP dibuat oleh

MOF melalui surat arahan bertarikh 16 Januari 2017 yang

menetapkan semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan perlu

melaksanakan GGP.

g. Selaras dengan peluasan pelaksanaan GGP, mesyuarat GGPSC

pada 15 Disember 2016 telah bersetuju supaya kumpulan produk

bagi pelaksanaan GGP diperluaskan seperti berikut:

1. Peralatan ICT;

2. Cat/Salutan (coating);

3. Simen Gentian;

4. Lampu Dalaman Cekap Tenaga;

5. Kertas;

6. Tekstil;

7. Perabot;

8. Pencetak Serbaguna;

9. Sistem Penghawa Dingin;

10. Produk Pembungkusan Berasaskan Polimer Terbiodegradasi;

11. Peralatan Cekap Air;

12. Sistem Penuaian Air Hujan;

13. Alat Tulis (Produk Berasaskan Kertas);

14. Produk Berasaskan Getah;

15. Perkhidmatan Pembersihan;

16. Perkhidmatan Pusat Data Hijau;

17. Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti Bangunan;

18. Perkhidmatan Bengkel Automotif;

Page 11: HAB INOVASI SEKTOR AWAM 1. NAMA INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2182-perolehan-hijau... · Pelaksanaan GGP akan membantu Malaysia untuk mencapai sasaran pengurangan

11

19. Perkhidmatan Percetakan Berasaskan Kertas; dan

20. Perkhidmatan Hotel, Penginapan dan Pusat Latihan.

c) Relevan:

Kerajaan amat komited dalam mengurangkan karbon intensiti bagi

memelihara alam sekitar. Dalam Konvensyen United Nations Framework

Convention on Climate Change (UNFCCC): COP21/CMP11 pada

Disember 2015 di Paris, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan

komitmen Malaysia untuk mengurangkan tahap pelepasan gas rumah

kaca sebanyak 45% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

menjelang tahun 2030, iaitu 35% secara sukarela dan 10% lagi adalah

bersyarat dan tertakluk kepada penerimaan bantuan kewangan,

pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti daripada negara maju.

Di peringkat Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, usaha ke arah

pengurangan pengeluaran GHG tersebut disokong dengan pelaksanaan

Dasar Teknologi Hijau Negara yang menggariskan arah tuju kepada

pembangunan mampan dan bersepadu bagi memulihara sumber asli

untuk generasi masa kini dan masa hadapan.

Dasar Teknologi Hijau Negara menyokong inisiatif GGP bagi

menggalakkan permintaan terhadap teknologi hijau dalam menyedia

produk dan perkhidmatan hijau sebagai pilihan utama dalam perolehan

kerajaan. Pelaksanaan GGP seterusnya berupaya memacu budaya

inovasi memandangkan syarikat bersaing untuk untuk membangunkan

produk baru yang lebih cekap, mesra alam dan selamat. Di samping itu,

GGP turut digunakan untuk mempertingkatkan keupayaan dan daya saing

Page 12: HAB INOVASI SEKTOR AWAM 1. NAMA INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2182-perolehan-hijau... · Pelaksanaan GGP akan membantu Malaysia untuk mencapai sasaran pengurangan

12

syarikat tempatan dalam menghasilkan lebih banyak produk dan

perkhidmatan hijau untuk pasaran tempatan dan global.

d) Signifikasi:

Di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), Teras Strategik

Keempat iaitu Mengguna pakai Konsep Penggunaan dan Pengeluaran

Mampan telah menetapkan bahawa Kerajaan melalui semua Kementerian

dan Agensi Kerajaan akan melaksanakan Perolehan Hijau Kerajaan

(GGP) dengan sasaran sebanyak 20 peratus daripada Perolehan Kerajaan

adalah menggunakan GGP menjelang tahun 2020.

Pelaksanaan inisiatif GGP masih lagi di peringkat awal dan memerlukan

fine-tuning serta buy-in daripada pelbagai pihak berkepentingan. Oleh itu,

kerjasama dan komitmen khususnya daripada Agensi Pusat seperti

Kementerian Kewangan, UPE,JPM dan MAMPU amat penting bagi

menetapkan hala tuju dan merealisasikan hasrat pelaksanaan GGP

secara menyeluruh dalam jangka masa panjang.

e) Pencapaian:

Bermula projek rintis Januari 2014 sehingga Disember 2016, nilai

keseluruhan perolehan GGP yang direkodkan mencecah RM489 juta yang

melibatkan sebanyak 20 kumpulan produk terpilih.

Page 13: HAB INOVASI SEKTOR AWAM 1. NAMA INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2182-perolehan-hijau... · Pelaksanaan GGP akan membantu Malaysia untuk mencapai sasaran pengurangan

13

Gambar-gambar produk di bawah aktiviti GGP di KeTTHA:

1. Kotak Pembungkusan ICT

2. Pematuhan Energy Star 5.2 (ICT)

Page 14: HAB INOVASI SEKTOR AWAM 1. NAMA INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2182-perolehan-hijau... · Pelaksanaan GGP akan membantu Malaysia untuk mencapai sasaran pengurangan

14

3. Perkhidmatan Pembersihan (Logo label eko)

Disediakan Oleh:

Abdul Rahman bin Abdul Ghani

Sektor Teknologi Hijau

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air