laporan geo.docx

3
Laporan Hari Tanpa Beg Plastik Umum semua tahu pada setiap hari sabtu adalah merupakan Hari Tanpa Beg Plastik yang telah bermula pada awal tahun 2010. Kempen ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif seperti mengurangkan penggunaan beg plastik dan mempertingkatkan kesedaran pengguna awam terhadap impak-impak negatif penggunaan beg plastik. Kempen ini akan memberi kesedaran dan manfaat kepada para pengusaha dan pengguna iaitu mengurangkan kos pemprosesan beg plastik serta mengurangkan pencemaran alam sekitar, juga menjadi sebahagian daripada kempen mengurangkan pelepasan karbon yang menjejaskan lapisan ozon. Penggunaan beg plastik dalam pelbagai aktiviti khusus untuk memuatkan barangan yang dibeli digedung beli belah, pasar raya dan kedai sudah menjadi amalan biasa sejak berkurun lamanya. Kesedaran masyarakat terhadap sifar penggunaan beg plastik masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan negara maju untuk memastikan bumi ini bebas daripada sebarang pencemaran alam sekitar. Peniaga-peniaga pasar raya, gedung, farmasi, restoran makanan segera, dan kedai stesen minyak diwajibkan mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Kebanyakan beg plastik sukar untuk dilupuskan, malah beg plastik yang boleh dilupuskan tidak akan mereput tanpa kelembapan, cahaya dan oksigen di tempat pembuangan. Peniaga gerai juga digalakkan bertukar kepada kaedah pembungkusan yang lebih mesra alam. Di pasar raya-pasar raya, sesiapa yang masih ingin menggunakan beg plastik boleh memperolehinya dengan bayaran sebanyak 20 sen sekeping pada hari tersebut. Berjayakah kempen ini jika di pasar raya-pasar raya kita masih boleh mendapatkan beg plastik walaupun hari tersebut telah diisytiharkan sebagai hari tanpa beg plastik?Oleh itu,kita digalakkan untuk membawa beg membeli-belah jika ingin menjimatkan 20 sen tersebut.

Upload: comel83

Post on 17-Sep-2015

239 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Laporan Hari Tanpa Beg PlastikUmum semua tahu pada setiap hari sabtu adalah merupakan Hari Tanpa Beg Plastik yang telah bermula pada awal tahun 2010. Kempen ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif seperti mengurangkan penggunaan beg plastik dan mempertingkatkan kesedaran pengguna awam terhadap impak-impak negatif penggunaan beg plastik. Kempen ini akan memberi kesedaran dan manfaat kepada para pengusaha dan pengguna iaitu mengurangkan kos pemprosesan beg plastik serta mengurangkan pencemaran alam sekitar, juga menjadi sebahagian daripada kempen mengurangkan pelepasan karbon yang menjejaskan lapisan ozon.

Penggunaan beg plastik dalam pelbagai aktiviti khusus untuk memuatkan barangan yang dibeli digedung beli belah, pasar raya dan kedai sudah menjadi amalan biasa sejak berkurun lamanya. Kesedaran masyarakat terhadap sifar penggunaan beg plastik masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan negara maju untuk memastikan bumi ini bebas daripada sebarang pencemaran alam sekitar.

Peniaga-peniaga pasar raya, gedung, farmasi, restoran makanan segera, dan kedai stesen minyak diwajibkan mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Kebanyakan beg plastik sukar untuk dilupuskan, malah beg plastik yang boleh dilupuskan tidak akan mereput tanpa kelembapan, cahaya dan oksigen di tempat pembuangan. Peniaga gerai juga digalakkan bertukar kepada kaedah pembungkusan yang lebih mesra alam. Di pasar raya-pasar raya, sesiapa yang masih ingin menggunakan beg plastik boleh memperolehinya dengan bayaran sebanyak 20 sen sekeping pada hari tersebut. Berjayakah kempen ini jika di pasar raya-pasar raya kita masih boleh mendapatkan beg plastik walaupun hari tersebut telah diisytiharkan sebagai hari tanpa beg plastik?Oleh itu,kita digalakkan untuk membawa beg membeli-belah jika ingin menjimatkan 20 sen tersebut.Peraturan bagi mengasingkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula seperti plastik daripada sisa pepejal lain perlu diwujudkan supaya plastik boleh dikutip untuk kitar semula. Bagaimanapun usaha ini tidak akan membuahkan hasil yang baik sekiranya orang ramai tidak menjalankan tanggungjawab untuk tidak membuang beg plastik di merata tempat dan mengurangkan penggunaan beg plastik yang disediakan di kedai dan pasar raya.Kerajaan juga mengumumkan pengurangan penggunaan beg plastik dengan menggalakkan orang ramai mengurangkan penggunaan beg plastik. Kerajaan berharap usaha mengurangkan penggunaan beg plastik ini akan membolehkan kita mencapai wawasan menjadi negara hijau di Malaysia. Oleh yang demikian, seluruh ahli masyarakat disarankan agar mengurangkan penggunaan beg plastik sejajar dengan kempen kerajaan demi kesejahteraan hidup bersama.

Anggota masyarakat disarankan untuk membawa beg sendiri atau membawa bakul, karung kertas yang mudah dibawa atau yang boleh dilipat semasa membeli-belah. Ini adalah perkara yang sukar dibuat para pengguna yang biasa menggunakan beg plastik ketika membeli-belah. Jadi, untuk mengelakkan kita menggunakan beg plastik,kita perlulah sentiasa menggunakan beg yang sama sewaktu membeli-belah dan letakkan di dalam bonet kereta selalu. Kesedaran ini harus dipupuk oleh masyarakat kita.

Selain itu,kita juga digalakkan untuk membawa bakul jika hendak ke pasar.Ini adalah kaedah orang-orang dahulu dan masih lagi menjadi ikutan. Untuk tambahan, gunakan kertas minyak yang bersaiz tebal semasa membeli daging, ayam atau ikan. Ingatkan kepada penjual agar membungkus sayuran dan buah-buahan dengan surat khabar untuk disimpan dan tahan lebih lama daripada mudah lupus. Selain itu, bakul tersebut haruslah tidak berlubang dibawahnya supaya air dari daging, ayam atau ikan yang dibeli tidak menitis keluar.

Kesimpulannya, masalah penggunaan beg plastik perlu ditangani dan diatasi dengan segera.Hari tanpa beg plastik seharusnya ditambah dan masyarakat seharusnya memandang perkara tersebut dengan pandangan positif. Jika perkara ini tidak diendahkan , impaknya adalah sangat merbahaya kepada kita. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah yang efektif patut diambil. Kita sebagai insan yang mulia perlulah mengambil berat tentang alam kita yang indah ini. Akibat daripada sikap manusia yang tidak dapat mengawal masalah penggunaan plastik menyebabkan banyak fenomena yang tidak diingini terjadi. Oleh itu, kita perlulah menyediakan payung sebelum hujan.Jika masalah ini dapat ditangani dengan segera, negara kita akan menjadi lebih harmoni dan rakyatnya dapat menghidu udara yang segar. Tegasnya,penggunaan plastik patut dikurangkan demi kesejahteraan hidup manusia sejagat.

Laporan disediakan oleh, 19 September 2014

(Izzatul Hamizah Binti Azman)Pelajar Tingkatan 3 Al-Farabi,SMKA Al-Irshad.