laporan enjin merivet just kesilpam je lagi

28
BAHAGAIAN 1 PENYAMBUNGAN SECARA MERIVET AMALI – PEYAMBUNGAN BAHAGIAN 1 : PENYAMBUNGAN SECARA MERIVET 1.0 PENGENALAN Merivet adalah mencantumkan kepingan logam pada rangka atau pemidang projek yang dibuat daripada keluli lembut. Penyambungan secara merivet dilakukan bersama rivet manakala muncung dapat ditukar untuk disesuaikan dengan saiz rivet yang digunakan. Rivet diperbuat daripada keluli lembut, aluminium, Loyang atau kuprum. Selain itu, rivet terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Jenis-jenis rivet dikenali mengikut bentuk kepalanya iaitu :- Kepala rata Kepala benam Kepala bulat Kepala leper

Upload: c-ti-intan-nadzirah

Post on 20-Feb-2016

93 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

aeeeee

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

BAHAGAIAN

1

PENYAMBUNGAN SECARA MERIVET

AMALI – PEYAMBUNGAN

BAHAGIAN 1 : PENYAMBUNGAN SECARA MERIVET

1.0 PENGENALAN

Merivet adalah mencantumkan kepingan logam pada rangka atau pemidang projek yang

dibuat daripada keluli lembut. Penyambungan secara merivet dilakukan bersama rivet

manakala muncung dapat ditukar untuk disesuaikan dengan saiz rivet yang digunakan. Rivet

diperbuat daripada keluli lembut, aluminium, Loyang atau kuprum. Selain itu, rivet terdapat

dalam pelbagai bentuk dan saiz. Jenis-jenis rivet dikenali mengikut bentuk kepalanya iaitu :-

Kepala rata

Kepala benam

Kepala bulat

Kepala leper

Rivet pop

2.0 ALATAN TANGAN YANG DIGUNAKAN

Alatan tangan

Gadin Getah

Page 2: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

Kegunaan:

Digunakan untuk mengetuk dan meratakan kepingan logam

Untuk menggelakkan permukaan kepingan logam menjadi calar dan rosak

Alas kepingan logam semasa mengetuk untuk menggelakkan calar atau rosak.

Penebut pusat

Kegunaan :

Untuk menanda pusat lubang pada kepingan logam atau keluli pada kepingan logam

atau keluli lembut sebelum proses menebuk lubang dengan gerudi dilakukan

Lubang bertujuan untuk memasang rivet atau skru benam sendiri

Digunakan bersama tukul kepala bulat.

Page 3: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

Riveter

Kegunaan :

Merivet kepingan logam pada rangka atau pemidang keluli lembut

Digunakan bersama rivet aluminium

Muncungnya boleh ditukar dengan saiz rivet yang digunakan

Langkah-langkah menggunakan rivet :

Tandakan pusat lubang pada logam yang hendak digerudi dengan

menggunakan penebuk pusat

Gunakan mata gerudi yang bersaiz sama dengan garis pusat batang rivet

Tekan hujung riveter untuk merapatkan cantuman

Tekan terus hulu riveter sehingga dawai rivet terputus

Cordless screwdriver

Muncung

Hulu

(Tuas Penekan)

Page 4: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

Memasang skru benam sendiri

Menggerudi lubang dengan memasang mata gerudi pada rahangnya

Mesin ini dipasang mata pemutar skru mengikut bentuk kepala atau alur pada skru

yang digunakan

Bahagian Utama Fungsi

Hulu Berfungsi untuk memegang mesin semasa kerja

menskru

Suis Menghidupkan motor dan menyelaras kelajuan

pusingan bindu (kelajuan rendah atau kelajuan tinggi)

Penyelaras arah pusingan bindu Melaraskan pusingan bindu mesin sama ada untuk

membuka atau mengetatkan skru

Bindu dan rahang bindu Memegang mata pemutar skru atau mata gerudi

Bateri Membekalkan arus elektrik kepada mesin

Pengecas bateri Mengecas bateri mesin

Pengunci Bindu Mengetatkan cengkaman pada rahang bindu

Bindu

Pengunci BinduSuis

Pelaras Arah Pusingan Bindu

Bateri

Page 5: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

3.0 JALAN KERJA

Melakar idea kumpulan menggunakan

kreativiti untuk membina satu model dengan

menggunakan kepingan logam yang diikat

menggunakan kaedah merivet.

Menggukur dan menggariskan bahagian

yang hendak digunting pada kepingan

logam.

Menggunakan penukul dan sisi kayu untuk

membentuk lengkungan pada logam

Page 6: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

Menanda kepingan logam dengan maker

pen dan diketuk terlebih dahulu sebelum

merivet menggunakan penebuk pusat.

Tebuk logam dengan menggunakan gerudi

mudah alih dengan menggunakan mata yang

bersesuaian dengan saiz garis pusat batang

rivet. Bongkah kayu digunakan sebagai

pelapik semasa kepingan logam diketuk.

Kerja merivet dilakukan dengan

Page 7: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

menggunakan alatan tangan riveter bagi

menyambungkan antara dua sisi bahagian

kepingan logam.

Model dibentuk dengan kemas dan dihantar.

BAHAGIAN 2

Page 8: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

PENYAMBUNGAN SECARA KIMPALAN

AMALI 2 – PENYAMBUNGAN

BAHAGIAN 2 : PENYAMBUNGAN SECARA KIMPALAN ARKA DAN MIG

1.0 PENGENALAN

Page 9: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan

menggunakan suatu bahan khas contohnya logam termooplastik, proses pengimpalan ini

melibatkan pencairan jenis sesuatu logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat

diantara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan

disamping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian yang

cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan dan bukan untuk

struktur itu sendiri.

Kimpalan dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah. Antaranya termasuk

kimpalan bervoltan tinggi, kimpalan gas, kimpalan MIG dan TIG. Kimpalan yang kami telah

lakukan di dalam bengkel adalah kimpalan yang menggunakan proses arka dan menggunakan

kaedah kimpalan MIG. Proses kimpalan arka menggunakan bekalan kuasa kimpalan bagi

mencipta dan mengekalkan arka elektrik antara elektrod dan bahan asas bagi mencairkan

logam pada titik kimpalan. Proses kimpalan dan penyambungan dalam kimpalan arka

dilakukan dengan cara menimbulkan logam yang lebur dari hujung elektrod pada bahagian

sambungan bersama-sama dengan logam yang lebur daripada bahagian yang perlu

disambungkan. Timbunan ini akan membeku untuk menghasilkan satu sambungan yang elok

dan rata. Kimpalan arka elektrik mempunyai kebaikkan kerana proses ini dapat dilakukan

dengan cepat, menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan juga hanya memerlukan

perbelajaan yang tidak terlalu tinggi.

Kimpalan MIG (Metal Inner Gas Welding) ataupun dikenali sebagai Kimpalan

Logam Gas Lengai ialah suatu proses di mana elektrod akan melebur dan bercampur dengan

leburan logam induk untuk membentuk kopak kimpal. Oleh yang demikian, elekrod mestilah

dibekalkan dengan arus yang berterusan sepanjang proses kimpalan ini dijalankan. Elektrod

diperbuat daripada bentuk dawai yang boleh dihulurkan keluar dari muncung pengimpal

secara automatic pada kelajuan yang ditentukan bagi memastikan penyaluran bekalan

elektrod secara berterusan.

OBJEKTIF

Page 10: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

1. Langkah-Langkah keselamatan dalam proses kimpalan gas dan arka.

2. Fungsi kimpalan gas dan arka (manual, MIG, TIG) dan perbezaannya.

3. Penggunaan kimpalan arka manual dan arka MIG untuk menghasilkan produk yang

bermanfaat untuk bengkel / makmal.

4. BAHAN YANG DIGUNAKAN:

i) Peralatan keselamatan

ii) Kelengkapan kimpalan arka dan MIG

iii) Plat-plat keluli

iv) Elektrod

2.0 KIMPALAN ARKA & MIG

- Berfungsi sebagai penghasil voltan

dan arus dalam kerja kimpalan

- Mesin kimpal berfungsi sebagai

pengubah untuk menyesuaikan voltan

dan arus dalam kerja kimpalan

- Bekalan Kuasa- Mesin Kimpalan Arka- Meja- Pengapit Bumi- Wayar Bumi

Mesin Kimpalan Arka

- Gas lengai yang digunakan dalam kimpalan MIG ialah gas argon, gas helium, gas campuran argon dan helium serta gas karbon dioksida.

- Panel kawalan menempatkan tombol pelaras untuk melaras keluaran dawai elektrod dan gas pelindung.  Pelaras arus dan voltan juga terdapat pada panel kawalan.

Mesin Kimpalan MIG

Page 11: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

- Untuk memegang rod elektrod

menyepit,

- Disalut dengan penebat

Pemegang Elektrol

- Rod logam yang disaluti lapisan

bahan lakon.

- Untuk mengalirkan arus elektrik bagi

membentuk elektrik.

- Logam penambah untuk mencantum.

Elektrod/ Rod arka

- Pengapit bumi berfungsi

meyambungkan logam asas dengan

bekalan kuasa mesin kimpal bagi

mengelakkan kejutan elektrik

Pengapit bumi

- Tukul berfungsi mengetuk penebuk

pusat di plat besi ia juga berfungsi

untuk mengetuk kumai yang

dihasilkan jelas kelihatan

Tukul penyerpih

- Berus dawai berfungsi membersihkan Berus dawai

Page 12: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

plat setelah dikimpal dan diketuk

supaya kumai lebih bersih dan

berkilat. dan membersihkan kesan-

kesan percikan dan habuk logam serta

bekasan kimpalan

- Berfungsi untuk membuat ukuran dan

garisan yang bersudut tegak untuk

mendapat ukuran yang tepat.

.

Sesiku L

- Berfungsi sebagai penghasil voltan

dan arus dalam kerja kimpalan

- Berfungsi untuk memotong benda

kerja yang diperbuat daripada besi

dengan menggunakan pisau potong

iaitu batu gerida yang nipis.

Mesim pemotong logam (Iron Cutter)

- Melicinkan dan membersihkan

permukaan kepingan besi

Mesin canai mudah alih

- Playar gabung berfungsi memegang

besi ketika panas setelah selesai

dikimpal.

Player gabung

Page 13: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

- Beban kerja Kepingan besi

3.0 PERALATAN KESELAMATAN

PEMAKAIAN PERALATAN KESELAMATAN

Pelajar yang mengendalikan kerja-kerja kimpalan perlulah mengikut prosedur-prosedur yang

telah ditetapkan bagi sebarang benda yang tidak diingini berlaku. Prosedur kerja yang perlu

dipatuhi oleh pelajar semasa di bengkel mengikut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan Malaysia adalah seperti memakai peralatan perlindungan diri yang lengkap

(PPE), mengenalpasti terlebih dahulu jenis kimpalan yang akan dilakukan, berada dalam

keadaan bersedia dan fokus terhadap kerja yang akan dijalankan dan mempunyai tahap

kesihatan yang baik sebelum melakukan kerja-kerja kimpalan.

Antara kelengkapan dan pemakaian keselamatan yang perlu digunakan semasa melakukan

kerja-kerja kimpalan ialah seperti berikut.

Page 14: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

1.0 PROSES PENGHASILAN SETIAP PENYAMBUNGAN

A) Proses awal i. Proses pertama – menanda plat besi

Pelindung

Untuk melindungi mata dari percikan api semasa proses memotong muka

Sarung tangan

Untuk melindungi tangan daripada percikan api semasa memotong.

Kasut

Untuk melindungi kaki dari percikan api semasa memotong.

Page 15: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

Proses menanda plat besi untuk memudahkan proses pemotongan dilakukan.

Proses penandaan dilakukan dengan menggunakan pita ukur dan menggunakan

kapur. Sebanyak 6 plat besi di tanda dan setiap satu bersaiz 5cm panjang.

ii. Langkah Kedua – Proses Pemotongan Plat Besi

Proses pemotongan plat besi menggunakan pemotongan beroda dengan mesin

pemotong besi. Plat besi dipotong 6 bahagian untuk tujuan kimpalan arka dan

kimpalan MIG.

iii. Langkah Ketiga – Mencanai Plat Besi

Page 16: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

Menjalankan proses pembersihan dengan menggunakan mesin canai untuk

membuang lebihan yang tajam yang boleh menyebabkan kecederaan. Kemudian,

plat tersebut boleh digunakan untuk mengimpal.

A)TUGASAN MENGIMPAL DUA PLAT DENGAN MENGGUNAKAN DUA SAMBUNGAN ASAS BERIKUT :-

a) Sambungan Temu Menggunakan Kimpalan Arka.

i. Langkah Pertama – Proses Paku Kimpal.

Page 17: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

Proses memaku kimpal plat temu sebagai langkah awal sebelum plat besi dikimpal

dengan kimpalan arka. Paku kimpal boleh diibaratkan sebagai proses mengikat plat

besi atau menjadikan plat besi kepada bentuk yang dikehendaki sebelum

mengimpal.

ii. Langkah Kedua – Proses Mengimpal Dengan Menggunakan Kimpalan Arka

Proses mengimpal menyambungkan satu plat dengan plat yang lain secara temu

menghasilkan sambungan temu.

iii. Langkah Ketiga – Proses Membuang Sanggang Dan Membersihkan Sambungan

Temu

Page 18: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

Proses membuang sanggang iaitu lapisan luar kumai. Dalam proses ini, sanggang

dibuang dengan cara mengetuk bahagian atas kimpalan dengan menggunakan chipping

hammer dan berus bagi menggosok dan membersihkan permukaan kumai atas

kimpalan plat sambungan temu.

iv. Langkah Keempat – Proses Membuang Kesan Spatter

Proses membuang kesan spatter pada sambungan temu akibat percikan kimpalan arka.

Spatter dibuang dengan menggunakan tukul besi dan pahat. Pahat diletakkan pada spatter

dan pahat diketuk dengan tukul besi bagi membuang spatter dari atas sambungan temu.

v. Langkah kelima - Proses Membersihkan Dan Melicinkan Sambungan Temu

Page 19: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

Proses melicinkan dan membersih permukaan sambunagn temu dengan

menggunakan mesin pencanai (disc sander) tetapi ditukar matanya menggunakan

crimp wire cup brush bagi membersihkan, menggilap, melicinkan permukaan

sambungan temu.

vi. Langkah Keenam - Proses Mengilat Sambungan Temu

Proses mengilat plat besi sambungan temu dilakukan selepas plat besi selesai di

bersihkan dengan crimp wire cup brush sander. Gambar diatas menunjukkan plat

besi sambungan temu yang dikimpal.

b) Sambungan Lekap Menggunakan Kimpalan MIG

Page 20: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

i. Langkah Pertama- Proses Menanda Plat

Proses menanda plat besi untuk memudahkan proses kimpalan dilakukan.

Proses penandaan dilakukan dengan menggunakan sesiku L.

ii. Langkah Kedua – Proses Paku Kimpal.

Proses memaku kimpal plat besi sambungan lekap sebagai langkah awal sebelum

plat besi dikimpal dengan kimpalan MIG. Paku kimpal boleh diibaratkan sebagai

proses mengikat plat besi atau menjadikan plat besi kepada bentuk yang

dikehendaki sebelum mengimpal.

iii. Langkah Kedua - Proses Mengimpal Dengan Menggunakan Kimpalan MIG

Page 21: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

Proses mengimpal menyambungkan satu plat dengan plat yang lain secara bertindih

menghasilkan sambungan lekap.

iv. Langkah Keempat – Proses Membuang Spatter

Proses membuang kesan spatter pada plat sambungan lekap akibat percikan

kimpalan MIG. Spatter dibuang dengan menggunakan tukul besi dan pahat.

v. Langkah kelima – proses Membersihkan Dan Melicinkan Sambungan lekap

Page 22: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

Proses melicinkan dan membersih permukaan sambunagn lekap dengan

menggunakan mesin pencanai (disc sander) tetapi ditukar matanya menggunakan

crimp wire cup brush bagi membersihkan, menggilap, melicinkan permukaan

sambungan lekap.

Page 23: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

6.1 KelemahanAktiviti kimpalan merupakan satu aktiviti yang baru bagi kami. Oleh itu terdapat

beberapa kelemahan yang telah kami lakukan semasa mengimpal. Antara kelemahan yang telah kami lakukan ialah hasil batas bagi kimpalan menggunakan mesin arka kurang kemas.

Hal ini disebabkan oleh kesilapan kami semasa mengimpal iaitu kami tidak menitikberatkan jarak antara batang elektrod dan plat mengikut jarak sebenar untuk mendapatkan batas kumai yang baik. Hasilnya semasa mengimpal, percikan daripada elektrod terlalu kuat sehingga menyebabkan besi plat dipenuhi oleh titik-titik percikan elektrod. Selain itu, ahli perempuan yang tidak mempunyai pengalaman dalam aktiviti kimpalan. Secara tidak langsung perkara ini menyebabkan mereka sering terkejut semasa batang elektrod bersentuhan dengan besi plat.

Seterusnya untuk kimpalan MIG (Metal Innert Gas Welding )atau Kimpalan Gas Lengai pula terdapat beberapa kelemahan iaitu kekurangan gas pelindung ataupun dikenali sebagai gas karbon dioksida menyebabkan batas kimpalan tidak kemas dan sekata.

6.2 Kelebihan

Kimpalan arka dan MIG merupakan sesuatu yang baharu bagi kami. Namun begitu, terdapat dua orang daripada kumpulan kami yang dapat mempelajari cara kimpalan dan kaedah mengimpal dengan betul secara pantas. Hal ini secara tidak langsung mereka telah mendorong semua ahli kumpulan untuk melakukan kimpalan dengan betul dan kemas. Secara tidak langsung, kerjasama yang diberikan adalah terbaik sehingga kami mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa mengimpal. Hasilnya, kumpulan kami berjaya menyiapkan tugasan yang diberi pada waktu yang telah ditetapkan.

6.3 Cara mengatasi

Setiap kelemahan dan kekurangan mempunyai jalan penyelesaiannya. Oleh itu, terdapat langkah-langkah yag dilakukan oleh kami bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Antara langkah yang kami lakukan adalah kami kerap bertanyakan pegawai yang bertugas di bengkel kimpalan iaitu Encik Khairul untuk menyelesaikan maslaah yang dihadapi antaranya penggunaan teknik dan cara pegangan yang betul, cara mengendalikan mesin dan sebagainya.

Selain itu, bagi ahli perempuan yang tiada pengalaman dan baru pertama kali mencuba, kaedah penyelesaian kepada mereka ialah dengan memberikan mereka banyak kali mencuba

Page 24: Laporan Enjin Merivet Just Kesilpam Je Lagi

pada besi plat yang telah dibuang. Hasilnya, perubahan yang drastik berlaku iaitu mereka boleh mengimpal dengan betul tanpa ada ketakutan lagi.

Kesimpulannya, setiap kelemahan ada jalan penyelesaian. Oleh itu, terserah kepada ahli kumpulan untuk menggunakan alternatif yang ada bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.