untuk student je

108
AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025 BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Latihan industri merupakan salah satu syarat wajib yang perlu dilalui oleh setiap pelajar Politeknik seluruh Malaysia sebelum diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik KPTM. Tempoh Latihan Industri Politeknik adalah selama satu semester (22 minggu). Sepanjang tempoh tersebut para pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman dan kemahiran daripada pelbagai bentuk kerja yang dilakukan. Para pelajar juga dapat mengaplikasikan segala teori yang telah dipelajari kepada bentuk praktikal. Di samping itu, ia bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaitkan 1

Upload: mirul-syukri

Post on 23-Dec-2015

192 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

fuvk off

TRANSCRIPT

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Latihan industri merupakan salah satu syarat wajib yang perlu dilalui oleh

setiap pelajar Politeknik seluruh Malaysia sebelum diperakukan untuk

penganugerahan Diploma Politeknik KPTM. Tempoh Latihan Industri

Politeknik adalah selama satu semester (22 minggu). Sepanjang tempoh

tersebut para pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan serta pengalaman

dan kemahiran daripada pelbagai bentuk kerja yang dilakukan. Para pelajar

juga dapat mengaplikasikan segala teori yang telah dipelajari kepada bentuk

praktikal. Di samping itu, ia bertujuan untuk memberi peluang kepada

pelajar untuk mengaitkan teori-teori yang dipelajari semasa berada di

Politeknik dengan cara kerja yang sebenar. Ia juga dapat meningkatkan

kemahiran berkomunikasi di samping menyemai semangat kerja dengan

produktif dan perhubungan yang baik sesama pekerja.

1

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

1.2 Objektif Latihan Industri

Objektif latihan industri adalah seperti berikut:

1.2.1 Keberkesanan komunikasi

Komunikasi yang berkesan dapat dipupuk semasa menjalani

latihan industri. Komunikasi dua hala yang berlaku bukan sahaja

antara pelajar dengan pekerja tetapi dari pelbagai pihak iaitu antara

pelajar dengan majikan, pelanggan, pembekal, dan pihak lain. Pelajar

perlu bersedia menghadapi pelbagai situasi dan berkomunikasi

dengan baik supaya maklumat yang tepat dapat disampaikan dan

diterima dengan jelas.

1.2.2 Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik

Setiap organisasi mempunyai etika dan peraturan. Pelajar

harus melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna dan

mengikut masa yang telah ditetapkan berdasarkan peraturan kerja

yang telah ditetapkan. Pelajar mestilah bersedia menerima arahan

dari semasa ke semasa.

2

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

1.2.3 Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan

Melalui latihan industri, para pelajar secara tidak langsung

dapat merasai dan memahami situasi alam pekerjaan yang sebenar.

Pelbagai pengalaman dapat ditimba untuk manfaat pekerjaan di masa

hadapan.

1.2.4 Membina personaliti individu

Latihan industri dapat membina keyakinan diri pelajar.

Pelbagai situasi dan ragam manusia perlu dihadapi dan skopnya

adalah lebih luas jika dibandingkan ketika sesi pembelajaran di dalam

kelas. Sedikit sebanyak pola pemikiran pelajar dapat digubal dan

perasaan malu untuk berkomunikasi dengan masyarakat dapat di

atasi, secara tidak langsung dapat membina personaliti individu yang

berjaya.

1.2.5 Menghasilkan laporan Latihan Industri

Penyediaan laporan latihan industri ini dapat melatih pelajar

menulis laporan teknikal yang lengkap dan teratur.

3

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Objektif laporan latihan industri adalah:

1.3.1 Bukti kepada latihan yang diikuti

Setiap gerak kerja yang dilakukan oleh pelajar direkodkan

dalam buku laporan harian sebagai bukti bagi latihan yang diikuti.

Dengan terhasilnya laporan tersebut, pihak Politeknik dapat membuat

penilaian terhadap pelajar berdasarkan kefahaman dan prestasi

pelajar sepanjang tempoh latihan.

1.3.2 Mendokumenkan aktiviti-aktiviti sepanjang latihan

Laporan latihan industri perlu disediakan oleh pelajar sebagai satu

cara mendokumentasikan gerak kerja dan aktiviti sepanjang tempoh latihan.

Pengalaman serta pengetahuan baru dapat dijana melalui laporan yang

dibuat oleh pelajar.

1.3.3 Laporan yang berguna di masa hadapan

4

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

Pengalaman adalah satu syarat utama yang dipertimbangkan

oleh sesebuah organisasi dalam mencari pekerja. Perakuan daripada

pihak organisasi semasa latihan industri boleh dijadikan bukti pelajar

tersebut mempunyai pengalaman dalam bidang yang diceburi.

1.4 Kepentingan Latihan Industri

Latihan industri adalah bertujuan memberikan peluang kepada

para pelajar untuk lebih memahami alam pekerjaan yang sebenar.

Pelajar diberi peluang untuk mempraktikkan ilmu yang diperoleh

semasa sesi pembelajaran iaitu teori kepada praktikal. Teori dan

praktikal merupakan dua perkara yang sama penting untuk diadaptasi.

Para pelajar dapat berfikir diluar kotak pemikiran bahawa teori tidak

semestinya sama dengan praktikal, dengan kata lain apa yang kita

pelajari tidak semestinya sama dengan situasi sebenar. Antara

kepentingan latihan industri adalah:

1.4.1 Pelajar dapat mempraktikkan suasana kerja yang sebenar.

Dengan menjalani latihan industri di sebuah organisasi pelajar

dapat mengetahui dan merasai suasana di tempat kerja yang sebenar

5

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

1.4.2 Pelajar dapat mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan

dalam industri.

Pelajar yang menjalani latihan industri di sebuah organisasi

akan mempelajari dan mengetahui peraturan-peraturan keselamatan

sepanjang menjalani latihan industri.

1.4.3 Dapat mengetahui masalah-masalah yang timbul dan cara

penyelesaian.

Apabila pelajar berada atau menjalani latihan didalam

organisasi, pelajar juga turut mengetahui permasalahan yang timbul

dan juga turut mempelajari cara menyelesaikanya.

1.4.4 Dapat menambahkan lagi pengalaman dalam bidang yang

diceburi.

Pelajar yang menjalani latihan di sebuah organisasi akan

peroleh juga pengalaman dalam pelbagai bidang terutama bidang

yang pelajar ceburi.

6

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

1.4.5 Dapat memperluaskan pergaulan dengan pekerja di organisasi.

Dengan pelajar menjalani latihan di organisasi, pelajar turut

dapat memperluasjan pergaulan dan kerjasama dengan pekerja di

organisasi.

1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.2.1 PENGENALAN ORGANISASI

a)Sejarah Organisasi

Bagi membolehkan perhubungan atau lebih dikenali sebagai

komunikasi dua hala antara pengguna yang berada di dua tempat

yang jauh, teknologi komunikasi diperlukan dan dengan terciptanya

telefon dan telegraf sejak dari zaman dahulu kala lagi telah dapat

merealisasikan matlamat tersebut. Dengan adanya teknologi ini, suatu

maklumat dapat di sampaikan dengan mudah dan cepat tanpa

sebarang halangan. Menyedari akan kepentingan teknologi ini amat

bermakna kepada Negara dan rakyat, kerajaan Malaysia mengambil

langkah yang bijak dengan menubuhkan Jabatan Telekom Malaysia

pada tahun 1968.

Demi mengikut arus peredaran zaman yang kebanyakanya

mempunyai kaitan dalam teknologi komunikasi dimana tujuannya

untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan pembangunan Negara,

kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk memperbadankan

7

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1984 dan kini lebih dikenali

sebagai Telekom Malaysia Berhad (TM).

Telekom Malaysia Berhad (TM), merupakan sebuah syarikat

maklumat dan komunikasi bersepadu yang terkemuka di Malaysia dan

kedua terbesar di Asia Tenggara. Syarikat ini menawarkan

perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam

bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran

dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, Telekom Malaysia

Berhad (TM) sentiasa bergerak kearah memberi nilai terbaik untuk

memegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif.

Selain itu, Telekom Malaysia Berhad (TM) bertanggungjawab untuk

sentiasa memberi tumpuan kepada usha-usha peningkatan kualiti dan

inovasi khidmat pelangganya.

Dengan rangkaian globalnya yang meluas, Telekom Malaysia

mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan

gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan matlamat itu,

Telekom Malaysia Berhad (TM) kini sedang berusaha untuk bergerak

maju kea rah menjadi pembekal perkhidmatan rangkaian generasi

akan datang dan kini Telekom Malaysia sedang berusaha menyusun

strategi untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil

menawarkan produk dan perkhidmatan yang menepati cita rasa

pelanggan.

b)Sejarah Penubuhan Organisasi

Jabatan Telekom Malaysia (JTM) mula ditubuhkan pada 12

oktober 1984 Telekom Malaysia di perbadankan pada Januari 1987,

8

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

Selaras dengan dasar penswastaan di negara kita, maka Jabatan

Telekom Malaysia juga telah di swastakan dengan perpindahan

operasi telekomunikasi Malaysia dari agensi kerajaan kepada identiti

koporat. Bermula dari sinilah Jabatan Telekom Malaysia dengan

rasminya telah ditukar kepada Syarikat Telekom Malaysia.

Penswastaan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi ekonomi,

menambahkan kecekapan pekerja-pekerja, peningkatan produktiviti

serta terus meningkatkan keupayaan dan kepakaran dalam suasana

di mana terdapat peluang-peluang yang terbuka luas dan menghadapi

cabaran pasaran yang lebih dinamik.

Perkhidmatan telefon di Malaysia bermula pada tahun 1874 di

Kuala Kangsar Perak. Perkhidmatan ini bermula dengan era telegraf

yang pertama diantara Kuala Kangsar dengan Taiping ketika zaman

pendudukan British di Tanah Melayu ketika itu. Ibusawat Telekom

pertama di Malaysia dibina pada sekitar tahun 1891 di Kuala Lumpur,

iaitu 7 tahun selepas ibusawat pertama dibina di Great Britain.

Pada tahun 1895, terdapat 21 buah telefon di Kuala Lumpur

yang disokong oleh talian perhubungan telegraf dan telefon sejauh

400 batu. Stesen ‘wireless’ pertama di Malaysia pula dibina pada

tahun 1926 di Pulau Pinang yang pada ketika itu dipengaruhi oleh

sistem perhubungan tentera British ketika Perang Dunia Kedua

Sistem perhubungan di Malaysia terus berkembang meliputi rantau yang

lebih meluas dengan pembinaan stesen satelit antarabangsa Malaysia

pertama di Kuantan pada tahun 1970. Dengan pembinaan ibusawat Jabatan

Telekom Malaysia (JTM) yang beroperasi secara elektronik di Taman

Pelangi pada tahun 1980, bermulalah era perhubungan secara berkomputer

di negara kita. Telekom Malaysia secara rasminya telah diiktiraf sebagai “

9

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

Syarikat Status Koridor Raya Multimedia” oleh Perbadanan Pembangunan

Multimedia ( MDC ) pada Disember 1999. Pengiktirafan ini penting bagi

syarikat kerana ia akan terus menambah nilai pemegang saham dan turut

menggambarkan hubungan baik dengan kerajaan. Sehingga tahun 1999, 55

lokasi bagi operasi rangkaian Telekom telah mendapat pengiktirafan sijil ISO

9002. Bagi membolehkan Telekom terus bersaing dengan pesaing yang

lain, Telekom telah menawarkan dan memberi ganjaran kepada pelanggan

untuk memilih pakej terbaik sesuai dengan keperluan mereka terutamanya

dari segi perkhidmatan TM Streamyx

Telekom Malaysia kini telah mula mengorak langkah terus

kehadapan dengan identiti baru yang dikenali sebagai TM Malaysia

dengan secara rasminya pada 14April 2005. Pengenalan identiti baru

ini bertujuan untuk menyuntik pendekatan baru selaras dengan

sasaran syarikat. Penjenamaan semula ini juga, selaras dengan

rombakan kumpulan lembaga pengarah TM dengan pelantikan Ketua

Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baru, Dato’ Abdul Wahid Omar

serta inisiatif strategi untuk menggerakkan syarikat bukan sahaja

dikenali didalam negara, tetapi untuk bersaing dengan gergasi

syarikat telekomunikasi yang lain secara global khasnya.

Dengan tagline baru iaitu "Merintis Kemungkinan", Kumpulan

TM komited untuk membantu pelanggan untuk menerokai dan

merintis segala kemungkinan dan peluang komunikasi. memandang

ke hadapan, TM akan memanfaatkan sinergi dalam memberikan

pelbagai penyelesaian komunikasi yang komprehensif bagi memenuhi

keperluan penggunanya.

10

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

1.2.2 Logo Syarikat Telekom Malaysia (TM)

1)Jabatan Telekom Malaysia

Berikut merupakan Logo Telekom Malaysia sebagai Jabatan Telekom

Malaysia sebelum penswastaan pada tahun 1987. Logo ini digunakan sejak

tertubuhnya Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1984.

Rajah: 2.1.1. Logo

Pertama Jabatan

Telekom Malaysia

11

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

2)Syarikat Telekom Malaysia Berhad

Jabatan Telekom di swastakan pada tahun 1987 dan di kenali sebagai

Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB). Berikut merupakan logo Syarikat

Telekom Malaysia Berhad (STMB) selepas diswastakan:

Rajah 2.1.2 Logo Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB)

3)Telekom Malaysia Berhad (TM)

Telekom Malaysia Berhad atau TM merupakan identiti jenama baru untuk

Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB). Identiti jenama ini telah di

lancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’Seri Abdullah Haji Ahmad

Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 14 April 2005. Pengubahsuaian ini

12

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

bukan sekadar perubahan luaran semata-mata sebaliknya, ia merupakan

satu perubahan menyeluruh kepada cara TM menjalankan perniagaan serta

memberikan perkhidmatan. Tumpuan utama transformasi ini adalah kepada

penerapan budaya berteraskan pelanggan di kalangan warga kerja yang

akan terus di perkukuhkan lagi dengan peningkatan kualiti ke atas

perkhidmatan yang di berikan. Tiga sebab utama yang menjadi asas kepada

langkah penjenamaan semula ini adalah :

a. Tahun 2005 menandakan ulang tahun ke-15 TM sebagai entiti

tersenarai dalam Bursa Securities, justeru penjenamaan

semula ini bakal menyuntik pendekatan yang lebih

segar kepada jenama bagi membawa pembaharuan kepada

keseluruhan identiti jenama syarikat.

b. Untuk memperkukuhkan lagi usaha perubahan yang sedang

berlaku di TM sekarang.

c. Perlunya satu identity jenama baru yang global dan universal

lantas meletakkannya sebaris untuk bersaing dengan syarikat

telekomunikasi antarabangsa

terkenal yang lain.

Rajah 2.1.3 Logo Telekom Malaysia Berhad (TM)

13

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

1.2.3 Objektif, Visi, Misi Dan Matlamat Telekom Malaysia (TM)

a) Objektif Penubuhan TM

Objektif penubuhan Telekom adalah untuk memberi kemudahan kepada

para pelanggan berkenaan dengan pelbagai urusan yang berkaitan dengan

sistem telekomunikasi dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang

berkualiti tinggi. Slogan “Sentiasa Bersamamu“ menjadi bukti bahawa

Telekom sentiasa mengutamakan kepuasan para pelanggannya secara

menyeluruh.

b) Visi TM

Menjadi syarikat telekomunikasi pilihan dengan penumpuan ke arah

menyampaikan nilai terunggul kepada pelanggan dan pihak-pihak lain

yang berkepentingan dalam syarikat.

14

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

c) Misi TM

a. Menjadi peneraju yang diiktiraf dalam semua pasaran yang kita

ceburi.

b. Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada

pelanggan dan yang menyediakan penyelesaian setempat yang

menyeluruh.

c. Membina hubungan berkekalan dengan pelanggan dan rakan

niaga dengan berdasarkan kepercayaan.

d. Menjana nilai pemegang saham dengan merebut peluang-peluang

perniagaan di Asia Pasifik lain-lain pasaran serantau yang menjadi

pilihan.

e. Menjadi majikan pilihan yang memberi inspirasi ke arah

kecemerlangan prestasi.

d) Matlamat TM

Matlamat utama TM ialah untuk menyelia dan mengendalikan

perkhidmatan-perkhidmatan telekomunikasi yang moden dan bermutu

tinggi yang terdapat di dalam dan juga luar negeri, di mana ia adalah

menepati keperluan rakyat dan negara. Selain itu, ia turut

mengenakan bayaran yang berpatutan dan setimpal dengan

perkhidmatan yang digunakan atau diberikan.

TM turut memainkan peranan utama dan efektif bagi memupuk

pertumbuhan dan pembangunan industri telekomunikasi di negara ini.

Ia adalah bertujuan untuk memastikan bahawa Telekom Malaysia

15

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

Berhad sentiasa diuruskan secara dinamik, cekap, berkesan dan peka

kepada segala urusan yang berkaitan dengan kos dan keperluan para

pengguna. Selain itu, ia mengawal dan membimbing sumber tenaga

manusia yang sesuai bagi memenuhi keperluan TM dan para

pekerjanya.

Akhir sekali adalah bertujuan untuk menentukan bahawa TM

akan terus maju dalam bidang perniagaannya bagi menjamin

kepentingan para pemegang saham, pekerja dan pelanggannya

1.2.4 Perkhidmatan Oleh Telekom Malaysia (TM)

Semenjak diswastakan, TM telah berkembang menjadi syarikat gergasi

terulung dan satu-satunya talian telefon tetap di Malaysia yang digunakan

hampir keseluruhan kediaman dan perniagaan di Malaysia. Syarikat ini

juga telah membuka perniagaan yang berkaitan dengan telekomunikasi

serta mengembangkan operasi perniagaan. Ia merupakan salah satu

sumbangan terbesar kepada syarikat iaitu sebanyak 74% di mana 47%

adalah telefon perniagaan dan selebihnya adalah telefon persendirian

iaitu di kediaman. Berikut merupakan antara contoh perkhidmatan yang

di sediakan oleh TM:

i. TM NET - Adalah rangkaian perkhidmatan internet yang

membolehkan anda berhubung ke seluruh dunia secara inovatif

dan ekonomi serta pantas sama ada untuk tujuan peribadi atau 16

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

perniagaan serta kadar bayaran yang amat berpatutan. Diantara

servis yang di sediakan adalah streamyx, netmyne, dial-up dan

hotspot.

ii. KADFON - Perkhidmatan kad untuk sebarang jenis telefon bagi

memudahkan pengguna membawanya ke mana-mana sahaja.

iii. CELCOM - Anak syarikat Telekom Malaysia yang telah dibeli dan

diambil alih bersama dengan TM Touch. Setelah pergabungan, ia

menjadi antara salah sebuah syarikat gergasi perkhidmatan

syarikat telekomunikasi selular di Malaysia.

iv. FIXED WIRELESS - Menggunakan teknologi atau alatan yang di

panggil CDMA (Code Division Multiple Access) yang merupakan

antara servis telefon yang baru diperkenalkan oleh Telekom

Malaysia.

v. SKYTEL - Satu sistem ‘paging’ untuk komunikasi tanpa wayar bagi

memudahkan mereka yang sering merantau ke luar negara. Ia

juga dianggap sebagai ‘roaming’ service, tetapi tidak semoden iaitu

tidak melibatkan video messaging seperti teknologi GPRS dan

EDGE seperti yang ada sekarang ini.

vi. STREAMYX - Satu sistem ‘paging’ untuk komunikasi tanpa wayar

bagi memudahkan mereka yang sering merantau ke luar negara.

Ia juga dianggap sebagai ‘roaming’ service, tetapi tidak semoden

iaitu tidak melibatkan video messaging seperti teknologi GPRS dan

EDGE seperti yang ada sekarang ini.

17

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

vii. UNIFI- Perkhidmatan serbaguna yang ditawarkan kepada

pengguna perumahan dan perniagaan melalui rangkaian jalur

lebar berkelajuan tinggi yang diusahakan oleh Telekom Malaysia.

Perkhidmatan ini menawarkan khidmat internet yang kelajuan

muat turunnya melebihi streamyx disamping perkhidmatan iptv dan

video atas permintaan (hypp tv), membaca akhbar atau majalah

menerusi internet (e-browse) dan pelan panggilan istImewa untuk

para pelanggannya.

1.2.5 Struktur Organisasi Syarikat – RNO Tasek

RNO (Regional Network Operation) merupakan satu bahagian

yang menghubungkan secara terus kepada pelanggan dengan

menyediakan perkhidmatan pemasangan dan pembaikan telefon. Ia

akan berurusan mengikut kawasan-kawasan yang telah di tetapkan di

dalam satu-satu zon.Untuk RNO Tasek terletak dibawah pengurusan

zon Perak Utara yang menjaga kawasan sekitar Chemor, Tanjong

Rambutan, Simpang Pulai, Jelapang, Gunung Rapat, Bercham dan

Kg Tawas.

Di dalam bahagian RNO ini, akan melibatkan kerja-kerja

berkaitan penyelenggaraan kabel, samada kabel bawah tanah

(underground) atau atas tiang (overhead). Operasi unit ini bermula

dari ibusawat iaitu Main Distribution Frame (MDF) ke kabinet. Dari

kabinet ia melalui Sub Distribution Frame atau ke Distribution Point

(DP) terus ke rumah kediaman atau pejabat di sekitar kawasan

dibawah kendalian RNO Tasek.

18

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

Bermula dari ibusawat kepada pelanggan, talian dihubungkan

dengan kabel yang dipasang di dalam tanah ataupun pada tiang.

Aturan rangkaian tempatan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu

bahagian primer dan bahagian sekunder. Bahagian primer terletak di

bahagian bawah tanah yang mana sambungan kabel di letakkan di

dalam lurang penyambung (jointing chamber). Lurang merupakan

tempat di mana penyambungan kabel primer di lakukan. Lurang

(manhole) biasanya terletak di tepi-tepi jalan utama atau di tengah-

tengah jalan.

Rangkaian primer turut di kenali sebagai Exchange Side (E-

SIDE) manakala rangkaian sekunder pula di kenali sebagai

Distribution Side (D-SIDE) yang mana kabel biasanya digantung pada

bahagian tiang. Sempadan kepada kedua-dua bahagian primer dan

sekunder di kenali sebagai kabinet. Di dalam kabinet terdapat

sambungan wayar antara E-SIDE dan D-SIDE. Tempat di mana E-

SIDE dan D-SIDE ini di letakkan di kenali sebagai tali pada kabel

(cable tail).

Terdapat tiga seksyen di dalam bahagian RNO iaitu:-

1. Unit Kabel/Doket

2. Unit Unifi

3. Unit Fiber Optik

Setiap unit terbahagi kepada dua kumpulan:-

19

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

1. Pemasangan – memasang talian baru bagi perkhidmatan talian

DEL

2. Pembaikan – unit yang bertanggungjawab untuk melakukan

baikpulih docket. Team pembaikan docket terbahagi kepada dua

iaitu unit baikpulih docket DEL dan unit baikpulih docket ADSL.

3. Pemasangan UNIFI – unit yang bertanggungjawab untuk

melakukan pemasangan UNIFI di rumah pelanggan dan

melakukan baikpulih broadband sekiranya mendapat aduan.

1.2.6 Carta Organisasi RNO Tasek

20

PENGURUSZon ZFT Tasek

Tan Lai PengTSK/GRT/CR/KTS/TJR/PUL/BCM

KERANI KANAN SOKONGANZaiton Binti Hairul Aman

BAU ZONE SUPPORT CENTER1. Norizan Binti Yaacob (Team Leader)

2. Nornatasha Binti ShamsuddinDOKET/NI/SURVEY/ SUBZON SAF CR1. MUHD EZUWAN B AHMAD (LEADER)2. CHE ZAHARI CHE NOH3. AHMAD AZHAR B ABD RASHID 1 TEAM TROSNI/DOKET/SURVEY/TROS SUBZON SAF PUL1. SEHEBUDIN B ALI (LEADER)2. KHAIRUL ZAHAR B ABD LATIF 1 TEAM TROSNI/DOKET/SURVEY/TROS SUBZON SAF GRT1. NORZAIDI B ZANADANAN (LEADER)2. ZAINAL ABIDIN B NENGAH3. HASNUL FAZLI B MD ZAIN4. MUHD ZAHIR UMIR B MOHD RAMLICONTRACT MDF – ZALI UNIK (ABD JALAL) 2 TEAM TROSNI/DOKET/ TROS/SURVEY SUBZON SAF TSK1. MOHD ZAWAWI B NORJET (LEADER)2. MUHD SYAMIL B MUHD RADZI (FLYING SQUAD)3. AMRI B MOHD TAHIR – BB4. RAMA KRISHNAN A/L MADASAMY – DEL5. MOHD UZAIMI B ADNAN – DEL6. AMBALAVANAR A/L KANDIAH – DEL7. AHMAD SYAKIR B ABD RASHID 4 TEAM TROSNI/DOKET/MDF/TROS KTS1. SABRI B AHMAD (LEADER)

2. MUTHUSAMY A/L PALLIAH3. WAN NASARUIN B WAN RASHDI 1 TEAM TROSMDF TSK/BCM1. CIN YOON HENG (COORDINATOR NI ZON TASEK)2. NOOR HAYATI BT BAHARUDDIN 1 LEASING STAFF SCARLET ENT. (ROZARIO)NI/DOKET/MDF TJR1. SAFFRI B OMAR (LEADER)2. MUNIANDY A/L ARUMUGAM

HSBB NI/DOKET1. AHMAD MARZUKI B PUTEH ISHAK (LEADER)2. MOHD ZAWAWI B NORJET – DOKET3. MOHD JUNAIDI B YAHAYA - DOKET4. MUHD SOFI B ABD HAMID – NI5. KU ZUBIR B KU SHARI – NI6. WAN MOHD YATIMI B WAN YUNUS – CPE MATERIAL7. QURRANTU’ AINI BT ABD MALEK – CPE COORDINATOR 4 TEAM UNIFI INSTALLER BITKABEL TEAM1. MOHD NAZRI B RAFIE (LEADER)2. MUHD FAHARIS B IDRIS3. MOHD OMAR B ABD KARIM4. YAP YOON LOY5. SABRI B JAAFAR 2 MINIJKHES/CGPA1. MOHD HATA B BASRI2. ABDUL RAZAK B ABD WAHABFIBRE/DSLAM/DLC1. NASROHAIZAN B MUSTAFFA2. ABD AZMI B K PEER MOHAMED3. SAIFUL AZLAN B ABD WAHABKONTRAKTOR ZFT TSK SINGLE INSTALLER1. ERIANG ENTERPRISE2. GATEWAY OPTION SDN BHD3. SYARIKAT SRI GERMUDA4. AZMAN SHAMSUDDIN ENTERPRISE5. ANGGERIK RAHMAT SDN BHD TROS1. ERIANG ENTERPRISE MJKH1. ZAMASRY ENTERPRISE2. PAC STAR ENTERPRISE

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

Rajah 2.5.1 Carta Organisasi RNO Tasek

21

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 Pengenalan

Ringkasan aktiviti latihan industri ini akan menerangkan

berkaitan rumusan kerja-kerja yang telah dilakukan sepanjang saya

mengikuti latihan industri di Telekom Malaysia Berhad. Pelbagai kerja

yang saya lakukan sepanjang saya menjalani latihan industri di

syarikat ini. Banyak pengalaman yang telah saya perolehi ketika

membuat latihan industri di sini. Saya juga dapat menambah ilmu

pengetahuan bagaimana proses perniagaan berteraskan teknologi

maklumat dilakukan disini. Saya mendapat pengalaman baru yang

belum pernah saya lakukan atau mempelajari di politeknik sebelum

ini. Rumusan ini dibuat mengikut minggu pertama hingga minggu ke

dua puluh.

Segala pengalaman yang telah saya pelajari dan saya ketahui

akan saya ceritakan didalam ringkasan ini. Ini sedikit sebanyak dapat

22

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

saya jelaskan secara ringkas aktiviti dan apa yang saya pelajari

sepanjang saya menjalani latihan industri. Berikut merupakan

ringkasan latihan industri yang telah saya jalani sepanjang tempoh

lima bulan di Telekom Malaysia Berhad.

23

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

2.2 Jadual Latihan Harian

1.5.1.1 Jadual hari isnin hingga hari khamis

MASA PERKARA

8.30 Pagi – 1.00 Tengahari Masuk Waktu Bekerja

1.00 Tengahari – 2.00 Petang Rehat / Solat Zohor

2.00 Petang – 4.15 Petang Masuk Kerja Semula

4.15 Petang – 4.35 Petang Solat Asar

4.35 Petang – 5.30 Petang Masuk Kerja Semula

5.30 Petang Tamat Waktu Berkerja

1.5.1.2 Jadual hari jumaat

MASA PERKARA

8.00 Pagi – 12.30 Tengahari Masuk Waktu Bekerja

12.30 Tengahari – 2.30 Petang Rehat / Solat Zohor / Solat Jumaat

2.30 Petang – 4.15 Petang Masuk Kerja Semula

4.15 Petang – 4.35 Petang Solat Asar

4.35 Petang – 5.00 Petang Masuk Kerja Semula

5.00 Petang Tamat Waktu Berkerja

24

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

2.3 Ringkasan Tugasan Harian

Bil Minggu/Tarikh Aktiviti mingguan

1 Minggu 1

(17/6/2013-

21/6/2013)

a) Melaporkan diri di telekom

b) Belajar mengenai asas

penyambungan dari ibu sawat ke

rumah

c) Belajar mengenai cable-cable utama

yang digunakan di telekom

d) Belajar menukar wayar di cabinet

2 Minggu 2

(24/6/2013–

28/6/2013)

a) Belajar mengenai alatan yang digunakan

untuk Distribution point(DP) earthing

continuity

b) Belajar memasang copper rod untuk tujuan

DP earthing continuity

c) Belajar menyelenggara kabel dengan betul

d) Mempelajari kod warna pada kabel

3 Minggu 3

(1/7/2013-

5/7/2013)

a) Belajari mengenai cabinet krone di luar

b) Belajar cara mengenal pasti nombor telefon

pada tab blog di dalam kabinet

c) Memasang copper rod di buntong

d) Belajar cara mengunakan alatan tangan

Telekom dengan betul

4 Minggu 4

(8/7/2013–

12/7/2013)

a) Belajar cara memasang distribution

point(DP)

b) Memasang DP earthing continuity di

25

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

tempat kerja luar

c) Membaiki kerosakkan di Kabinet pouyet

d) Belajar cara mengemaskini maklumat di

dalam system

5 Minggu 5

(15/7/2013-

19/7/2013)

a) Melaporkan diri di bahagian cable

b) Membuat kerja luar kerana berlaku

kerosakkan pada kable di khantan,chemor

c) Melihat perkerja telekom menukar wayar

utama di dalam main hole

d) Membaiki kerosakkan di cabinet

APO(Australian post office)

6 Minggu 6

(22/7/2013-2

6/7/2013)

a) Mempelajari tentang laluan digital loop

carrier dan laluan copper

b) Belajar mengenai mesin digital subscriber

line access multiplexer(DSLAM)

c) Membaiki kerosakkan pada kabinet fiber

7 Minggu 7

(29/7/2013-

2/8/2013)

a) Mempelajari tentang asas penyambungan

unifi ke rumah

b) Mempelajari tentang asas penyambungan

unifi di dalam rumah

c) Pemasangan unifi baru di rumah

pelanggan

d) Memasang drop wire yang baru ke rumah

pelanggan

8 Minggu 8

26

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

(5/8/2013–

9/8/2013)

a) Melaporkan diri di bahagian Main

Distribution Frame(MDF) di gunung rapat

b) Pemasangan talian baru di MDF

c) Pada tarikh 7/8/2013 – 9/8/2013 cuti raya

9 Minggu 9

(12/8/2013-

15/8/2013)

a) Melaporkan diri bahagian doket SAF

b) Belajar cara-cara me menukar arrester

dengan betul

c) Menukar drop wire ke rumah pelanggan

d) Membuat doket SAF

10 Minggu 10

(19/8/2013-

23/8/2013)

a) Mempelajari laluan fiber di perak dan alat

yang digunakan

b) Belajar cara-cara ‘splicing fibre’

c) Membuat kerja di luar

11 Minggu 11

(26/8/2013-

30/8/2013)

a) Belajar mengenai ibu sawat yang terdapat

di ZBT Jelapang

b) Melawat chamber room dan bilik rectifier

c) Mengetahui punca kuasa PSTN

d) Diberi penerangan tentang Intergrated

Services Digital Network (ISDN)

12 Minggu 12

(2/9/2013-

6/9/2013)

a) Belajar mengenai siaran yang terdapat di

upper kledang dan tower kledang

b) Pemasangan antenna di pasir putih ke

bukit kledang menguji alat transmitter di

upper kledang

c) Membuat doket di RTM

13 Minggu 13

27

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

(9/9/2013-

13/10/2013)

a) Mempelajari mengenai PDH dengan lebih

mendalam

b) Mempelajari mengenai SDH

c) Mempelajari mengenai DWDM

d) Mempelajari tentang peralatan yang

digunakan di bahagian PCM.

14 Minggu 14

(16/9/2013-

20/9/2013)

a) Mempelajari mengenai data and streamyx

b) Melawat ke lab data untuk mempelajari

jenis network terminal(NT)

c) Mempelajari cara untuk menukar NT

15 Minggu 15

(24/9/2013-

17/9/2013)

a) Belajar cara untuk mengagihkan doket

pada bahagian data

b) Mempelajari tentang jenis-jenis minimax

c) Mempelajari tentang cirri-ciri minimax

d) Menguji laluan atau line di kg

kepayang,batu

16 Minggu 16

(30/9/2013-

4/10/2013)

a) Mempelajari tentang metro-E

b) Pengenalan EPE(Edge Provider Edge)

c) Menukar port di unit PCM,telekom tasek

17 Minggu 17

(7/10/2013-

11/10/2013)

.

a) Melaporkan diri di bahagian RCC

b) Diterangkan mengenai kerja-kerja yang

dilakukan pada bahagian tersebut

c) Belajari mengenai tugas Dispatch/assign

doket

d) Belajari mengenai carta aliran

28

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

18 Minggu 18

(14/10/2013-

18/10/2013)

a) Mempelajari tentang Vads

b) Mempelajari tentang kod kawasan untuk

dispatch T.T

c) Mengagih T.T kepada team teknikal

mengunakan ICP

19 Minggu 19

(21/10/2013-

25/10/2013)

a) .belajar cara menghantar trouble ticket

(T.T)

b) .mengagihkan trouble ticket kepada team

teknikal

c) Belajar cara menutup doket

20 Minggu 20

(28/10/2013-

1/11/2013)

a) Menyiapkan laporan akhir

29

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

BAB 3: LAPORAN TEKNIKAL

RANGKAIAN TELEKOMUNIKASI

3.1 Pendahuluan

Tele dalam bahasa Greek bermaksud jauh. Telekomunikasi boleh

didefinasikan sebagai komunikasi jarak jauh dengan menggunakan telefon,

telegraph dan sebagainya untuk berhubung antara satu sama lain. Poses ini

dipanggil penghantaran isyarat data dan suara. Proses penghantaran isyarat

data dan suara melalui banyak peringkat dengan mengunakan teknologi

yang sedia ada pada masa kini. Ini menunjukkan pembangunan dan

kemodenan sesebuah Negara yang maju. Sistem penghantaran isyarat data

dan suara yang digunapakai di Telekom Malaysia Bhd ialah sistem kabel dan

wayar untuk dihubungkan terus ke bangunan pelanggan.

30

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

Di dalam rangkaian telekomunikasi ini, akan diterangkan dengan

lebih lanjut tentang proses penghantaran suara dan data dengan

menggunakan kaedah penghantaran yang serba moden pada masa kini,

Antara peralatan dan sistem yang diguna pakai Telekom Berhad ialah ,

Kabel Telekom, Kabinet, Distribution Point (DP), Main Distribution

Frame (MDF), Gentian Optik(Fiber optic), Transmission dan Switching.

Ini merupakan peralatan dan sistem yang penting dalam proses

penghantaran suara dan data di Telekom Malaysia Bhd

.

31

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

3.2 Kabel Telekom

Rajah 3.2.1 Kabel E-side dan D-side

Didalam Telekom Malaysia Bhd terdapat dua kategori kabel yang

digunakan iaitu kabel E-Side dan kabel D-side seperti dalam Rajah 4.2.1

Kedua kabel mempunyai ciri dan kegunaan yang berbeza. Dalam teknologi

telekomunikasi untuk talian tetap di Malaysia, kabel kuprum atau lebih

dikenali sebagai “copper cable” memainkan peranan yang sangat besar.

Sebelum teknologi gentian optik digunakan, kabel kuprum merupakan satu-

satunya medium penghantaran isyarat data dan suara. Jenis kabel yang

digunakan untuk kabel “Underground” ialah “Fully filled” kabel (FF), “Air

Core” (AC) dan Fiber Optik. Manakala untuk kabel “Overhead” ialah seperti

“Integral bearer”. (sila Rujuk Lampiran 2)

32

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

3.2.1 Kabel E-Side

Rajah 3.2.1.1Kabel E-side

Kabel E-side merupakan kabel luaran atau (kabel bawah tanah).

Kabel ini disambungkan dari MDF ke kabinet melalui sesalur dan lurang

seperti yang ditunjukan dalam Rajah 3.2.1.1.. Kabel jenis ini mempunyai

pasangan atau “pair” dari 200 hingga ke 2400 pasangan. Pengenalan

pasangan dibaca melalui kod warna yang terdapat pada wayar di dalam

kabel seperti ditunjukan dalam Rajah 3.2.1.2 .

33

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

Rajah 3.2.1.2 Kabel Telekom

Rajah 3.2.1.1 CGPA system

34

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

3.2.1.1 Sistem C.G.P.A

Sistem C.G.P.A ( Computer Gas Presure Analysis ) beroperasi

bagi mengesan tekanan gas sepanjang kabel bawah tanah. Kabel-kabel

bawah tanah berkemungkinan akan mengalami kerosakan disebabkan

oleh kemasukan air, wap air yang berlebihan, luka pada kabel atau

kebocoran pada kabel.

Diketahui, bahawa penebat kepada pasangan-pasangan pengalir

adalah menggunakan kertas hygroskopik. Oleh yang demikian

kelembapan yang berlaku boleh menyebebkan arus bocor dan juga

menyebabkan “current line talk” pada talian telefon. Oleh sebab itu,

sistem ini diwujudkan untuk memastikan keadaan kabel bawah tanah

dalam keadaan yang terkawal kelambapannya.

Tujuan utama sistem ini diwujudkan adalah untuk memberi

pelindungan kepada kabel daripada berlakunya kelembapan. Jika

kelembapan berlaku, maka penebat yang disaluti plumbum akan rosak.

Ini disebabkan oleh perkara-perkara berikut :

a) Bahan buatannya tidak baik semasa proses pengilangan

mambuat kabel atau rekahan lubang-lubang kecil.

b) Kerosakan mekanikal contohnya perbuatan manusia

yang cuai atau peralatan jentera

c) Berlakunya pengaratan pada kabel, tindakbalas asid

ataupun disebabkan oleh penahan petir.

35

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

Selain sistem C.G.P.A, sistem penggera tekanan gas (GPA ) juga

digunakan untuk melindungi kabel dari berlakunya kerosakan dan mengawal

tekanan dilaluan kabel. Selalunya kabel yang diberi tekanan gas ialah :

a) kabel cawang dan jauh

b) kabel utama pelanggan

c) kabel mustahak

d) kabel coaxial

Jenis gas yang selalu digunakan ialah udara kering, nitrogen dan karbon

dioksida.

3.2.1.2 Tranducer (TX )

Tranducer ialah satu alat yang dipasang untuk mengesan aliran

udara, tekanan udara, dan kelembapan udara didalam kabel. Jarak

pemasangan alat ini 450 meter bermula dari kabinet dan seterusnya. TX

pertama dipasang pada permulaan kabel e.g “numbered joint” dan TX

akhir dipasang dihujung kabel e.g “cabinet cable tail”. TX dinombor

bermula dari ibusawat ke hujung laluan dan diikuti dengan cabang yang

terdekat.

3.2.1.3 Sesalur ( DUCT )

Sesalur (Duct) merupakan laluan kabel yang berfungsi sebagai

pelindung pada kabel telekomunikasi. Sebelum membuat kerja-kerja

pemasangan sesalur, kerja-kerja “survey” atau pemilihan perlu dilakukan

36

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

untuk memastikan tempat yang dipilih sesuai kerana mungkin di dalam

tanah terdapat kabel elektrik, parit air, najis dan sebagainya.

Sebelum proses-proses menggali dijalankan untuk pemasangan

sesalur, pihak yang berkenaan perlulah memastikan samada ianya

berdekatan dengan bangunan atau dinding bangunan lama. Sesalur yang

selalu digunakan ialah jenis asbestos, tembikar plastik dan paip besi.

a) Tujuan pemasangan sesalur ialah :

i. Untuk menjaga keselamatan kabel dari perkara-

perkara yang boleh merosakan kabel.

ii. Untuk memudahkan kerja-kerja penarikan kabel

supaya untuk menyenangkan mencari sebarang

kerosakan kabel

b) Peralatan menguji dan membersih sesalur:

i. Berus silinder digunakan untuk membersih sesalur.

ii. Piring getah digunakan untuk membersih sesalur.

iii. Kayu mandrel untuk menguji sesalur.

iv.Mandrel memotong digunakan untuk memotong

halangan kecil dalam sesalur.

v. Tiub penyodok digunakan untuk menyodok

pasir/lumpur dalam sesalur.

37

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

3.2.1.4 Lurang ( Manhole )

Lurang merupakan tempat penyambungan kabel diantara kabinet

dan kabel bawah tanah. Ia juga adalah tempat penyambungan untuk

menyambung kabel dari MDF dan kabel bawah tanah.

Lurang dibuat daripada konkrit berbentuk segiempat tepat atau

berbentuk kotak. Saiz sesutau lurang ialah:

a) Lebar – 6kaki.

b) Tinggi – 6kaki.

c) Panjang – 13kaki.

Rajah 4.2.1.4 Manhole (lurang)

38

Laluan kabel

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

Selalunya jarak antara lurang dengan lurang yang berikutnya ialah

sejauh 150 meter. Sesuatu lurang mestilah mempunyai :

a) cable bearer

b) anchor iron

c) sump hole

d) ledder/step

e) penutup dan bingkai 3E

3.2.2 Kabel D-Side

Rajah 4.2.2.1 Kabel D-side

kabel D-Side atau kabel atas tiang (Overhead Cable). Kabel ini

menghubungkan dari cabinet terus ke Distribution point (DP) bangunan

pelanggan. kabel D-side bersaiz kecil dan ringan berbeza dengan kabel E-

side yang bersaiz besar dan berat. Oleh yang demikian, kabel ini sesuai

39

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

berada di atas tiang. Kabel ini dihubungkan melalui tiang ke tiang dari

kabinet sehingga ke tiang DP bangunan pelanggan seperti yang ditunjukan

dalam Rajah 4.2.2.1. Pasangan kabel D-Side bermula dari 5 hingga ke 200

pair

4.2.3 Jenis-Jenis Kerosakan Pada Kabel

Kerosakan yang sering berlaku pada kabel ialah :

a) Litar pintas ( loop/short circuit )

Pasangan wayar dalam satu litar tersentuh antara satu

sama lain.

Kesannya : tidak dapat berfungsi, terdapat bunyi bising dan

pengalir arus terputus.

Litar pintas

b) Bumi (earth/ ground )

Satu atau dua wayar pasangan tersentuh dengan sebarang

benda yang bersambungan dengan bumi.

Kesannya : alat-alat tidak dapat berfungsi.

40

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

Bumi

c) Litar terbuka ( open circuit/ dis )

Disebabkan oleh dawai talian terputus atau berkarat. Ia

juga disebabkan oleh fius rosak atau skru di kotak DP tidak

diketatkan dengan sempurna.

Kesannya : pengguna tidak dapat menggunakan talian.

Litar terbuka

d) Kabel tersentuh/ melintas ( cross/ contact )

Kerosakan ini disebabkan satu atau kedua-dua wayar dari

satu litar terkena atau tersentuh antara satu sama lain.

Kesannya : isyarat lintas (crossline ) kedua-dua telefon dari

litar yang tersentuh tidak dapat berfungsi dengan elok.

Kabel tersentuh

e) Pasangan terbalik ( reversed pairs )

Kerosakan ini berlaku apabila tersalah sambung semasa

proses penyambungan.

41

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

Kesannya : panggilan telefon yang dibuat oleh pengguna

lain diterima oleh pengguna lain. Pengaliran arus (current )

terganggu.

Pasangan terbalik

f) Rintangan penebatan rendah (low insulation resistance )

Pasangan dawai pada DP tidak berpenebat, terhalang,

terkena ranting pokok atau terdapat banyak sarang

serangga di dawai talian.

Kesannya : talian telefon terganggu kerana rintangan litar

tidak stabil.

Rintangan penebatan rendah

42

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

BAB 4 : KABINET

4.1 pengenalan

Kabinet juga dikenali sebagai gerabak agihan dimana ianya

merupakan tempat pengagihan talian telefon pelanggan untuk ke peti

agihan (DP BOX) sebelum disambung melalui “Drop Wire”

seterusnya ke rumah pelanggan. Secara kebisaaanya, kabinet

merupakan tempat penamat bagi kabel utama, dimana setiap kabel

bermula daripada MDF dan terus melalui lurang dan akhir sekali

terus ke kabinet. Kabinet menggunakan kaedah unit penyambungan

silang dengan dawai pemintas untuk penyambungan tersebut.

Selalunya, untuk penyambungan terus dari kabinet ke ibusawat,

kabel jenis “lead” digunakan mengikut saiz seperti 200, 400, 800,

1000 dan pelbagai lagi jenis saiz kabel yang digunakan. Dalam

sesebuah kabinet, terdapat 9 teras iaitu setiap darinya mempunyai

200 pasang dimana, kabel utama yang dipecahkan melaui lurang

sebelum sampai ke kabinet. 43

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

Seterusnya pasangan ini akan diagihkan kepada 20 buah peti

agihan (DP BOX).

Kabel yang selalu digunakan bermula dari kabinet ke peti agihan

ialah jenis plastik. Dalam sesebuah kabinet, terdapat dua bahagian

utama iaitu D-side (Distribuition Side) dan E-side (Exchange Side).

Bilangan teras pada D-side bermula dari kabinet ke kotak agihan

mempunyai nilai maksima 1000 pasang dan bagi setiap teras

bermula dari 1 hingga 200 pasang. Untuk E-side pula, bilangan

setiap teras ialah 101 hingga 301.

Pada kebiasaanya, sesebuah kabinet mempunyai 9 teras iaitu 5

SA dan 4 SI. SA ialah kabel atas manakala SI ialah kabel bawah

tanah. Setiap pengiraang bermula dari SA. Setiap agihan kabel dan

talian bergantung kepada keperluan dan permintaan oleh pelanggan

bagi sesuatu kawasan tertentu. Anggota-anggota pemasangan akan

membuat kerja-kerja “jumpering” bermula dari bahagian E-side dan

seterusnya D-side untuk membolehkan talian dapat beroperasi.

Bagi setiap pemasangan kabel, sebanyak 1000 pasang akan

disambungkan ke rumah pelanggan dan hanya 800 pasang sahaja

digunakan. Selebihkan sebanyak 200 pasang lagi adalah untuk

simpanan “spair” sekiranya berlaku kerosakan pada talian, ianya

dapat digunakan semula.

44

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

4.2 Fungsi kabinet

Fungsi kabinet ialah

:

a) Titik ujian untuk mengesan kerosakan dan memudahkan

kerja- kerja pemasangan.

b) Berfungsi sebagai tempat uji sementara.

c) Mengelak dari membuka sambungan semasa penyusunan

semula E kabel. Dengan ini, ia dapat menjimatkan kos dan

masa.

d) Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan rekod.

e) Untuk memberi penjimatan dalam penggunaan kabel dan

juga

pemasangan kabel supaya mudah ditukar ganti.

f) Untuk memudahkan perancangan masa hadapan.

45

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

4.3.2 Jenis-Jenis Kabinet

Terdapat 3 jenis kabinet yang selalu digunakan ialah :

(Sila Rujuk Lampiran 3)

a) Jenis KRONE 1800 pasang.

b) Jenis POUYET 1800 pasang.

c) Jenis APO 1800 pasang.

` 900 pasang.

4.3.2.1 Kabinet Jenis Krone

Kabinet jenis ini mempunyai persamaan dengan kabinet jenis APO

dari segi fungsinya iaitu merupakan jujukan talian pelanggan dengan

sesuatu pelanggan bagi sesuatu kawasan. Kabinet jenis krone juga

bertindak sebagai titik ujian untuk mengesan kerosakan dan

memudahkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggraan.

Kabinet krone mempunyai dua pintu yang diperbuat daripada fiber

glass ployster. Pembinaanya adalah tahan kepada iklim dan persekitaran

yang boleh membahayakan atmosfera. Kabinet jenis ini boleh

memuatkan bilangan pelanggan maksimum 2400 pasangan tetapi

biasanya hanya 1800 pasangan sahaja yang digunakan.

4.3.2.2 Kabinet Jenis Pouyet46

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

Kabinet jenis ini juga mempunyai persamaan dengan kabinet jenis

APO iaitu mempunyai fungsi sebagai jujukan talian pelanggan dengan

sesuatu pelanggan bagi sesuatu kawasan. Ia juga bertindak sebagai titik

ujian untuk mengesan kerosakan dan memudahkan kerja pemasangan

dan penyelenggaraan.

Kabinet jenis pouyet mempunyai kedudukan SI dan SA yang

berbeza dengan kabinet jenis APO, iaitu penamat ibusawat E-side dan D-

side. Alat “jumpering” untuk kabinet jenis ini juga berbeza dengan kabinet

jenis APO.

4.3.2.3 Kabinet Jenis APO (American Post Office)

Kabinet jenis APO terdiri daripada dua saiz, iaitu 1800 dan 900

pasang. Kabinet jenis ini berbentuk silinder dan sama garis pusatnya.

Komponen utama kabinet jenis ini ialah, ia terdiei daripada tudung,

sarung dan tapak. Ianya diperbuat daripada aluminiumdan permukaan

luarannya disemburkan dengan pasir untuk menampakkan rupa siap

yang pudar. Kabinet jenis ini mempunyai kunci dibahagian tudungnya

sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan dari sebarang kejadian

yang tidak diingini.

Pada bahagian dalamnya, terdapat bacaan pasangan bagi setiap

blok-blok, bacaan ini digunakan untuk membezakan pasangan SA dan SI.

Ianya juga dapat ditunjukkan pada label yang terdiri daripada unit

47

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

penamat ibusawat (E-side) dengan (D-side) yang disusun berselang seli

mengikut arah lawan pusingan jam disekeliling tapak tersebut.

Antara kebaikan menggunakan kabinet jenis ini ialah ia dapat

mengelakkan daripada membuka sambungan semasa penyusunan

semula kabel utama dan juga memudahkan pasangan kabel yang bersaiz

kecil. Selain itu ia juga merupakan tempat ujian penghantaran bagi

memudahkan kerja-kerja mencari tempat kerosakan yang dikenalpasti.

Tetapi sekarang, kabinet jenis ini jarang digunakan lagi mungkin

disebabkan kerana mengikut peredaran zaman yang semakin canggih

menggunakan teknologi yang semakin maju.

48

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

BAB 5: FIBER OPTIC

5.1 Pengenalan

Fiber optik merupakan saluran transmisi (pemindah informasi)

yang digunakan untuk mentransmisikan sinyal cahaya dari suatu tempat ke

tempat lain. Fiber Optik terbuat dari serat kaca dan bentuknya panjang dan

tipis serta berdiameter sebesar rambut manusia. Serat kaca ini merupakan

serat yang dibuat secara khusus yang terbuat dari bahan kaca murni dan

kemudian diproses menjadi sebentuk gulungan kabel agar dapat digunakan

untuk melewati data yang ingin dikirim atau diterima. Fiber optik ini terdiri

dari beberapa bagian yaitu Cladding, Core, dan Buffer Coating. Core adalah

kaca tipis yang merupakan bagian inti dari fiber optik dan menjadi tempat

berjalannya cahaya sehingga pengiriman cahaya dapat dilakukan. Cladding

adalah lapisan luar yang membungkus Core dan memantulkan kembali

cahaya yang terpancar keluar kembali ke dalam Core. Sedangkan Buffer

49

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

Coating merupakan lapisan plastik yang melindungi serat dari kerosakan dan

kelembaban.

Core dan Cladding terbuat dari kaca sedangkan Buffer atau Coating

terbuat dari plastik agar fleksibel. Terdapat dua jenis fiber optik yang

umumnya digunakan, yaitu Single Mode dan Multi Mode. Kabel Single Mode

mempunyai ukuran Core yang kecil dan dapat menjangkau jarak yang lebih

jauh hingga ratusan kilometer serta hanya dapat mengirim satu sinyal pada

satu waktu (contoh: telepon dan TV kabel). Sedangkan Multi Mode memiliki

ukuran Core yang lebih besar, dapat mengirim sinyal yang berbeda pada

saat yang bersamaan, namun hanya mampu menjangkau kurang dari 550

meter. Di dalam sistem komunikasi menggunakan fiber optik, sinyal informasi

yang lalu-lalang di dalamnya adalah berwujud cahaya karena cahaya relatif

lebih kebal terhadap gangguan dari luar. Cahaya tidak akan terganggu oleh

listrik bertegangan tinggi, tidak akan terganggu oleh suhu udara baik panas

mahupun dingin, dan juga tidak terganggu oleh frekuensi radio di sekitarnya. 

Kecepatan transmisi fiber optik sangat tinggi sehingga sangat bagus

digunakan sebagai saluran komunikasi seperti telepon, TV kabel, atau

internet. Fiber optik juga digunakan untuk keperluan pemotretan medis ,

sensor, dan optik pencitraan. Komunikasi di dunia tidak akan berkembang

demikian cepat tanpa adanya teknologi yang satu ini. Fiber optik memiliki

banyak kelebihan di antaranya adalah informasi yang ada ditransmisikan

dengan kapasita (bandwidth) yang besar. Fiber optik dapat dipergunakan

dengan kecepatan yang tinggi, hingga mencapai beberapa gigabit/detik.

Karena murni terbuat dari kaca dan plastik maka signal tidak terpengaruh

pada gelombang elektromagnetik dan frekuensi radio. Ukurannya kecil dan

ringan sehingga sangat memudahkan pengangkutan dan pemasangan di

lokasi. Fiber optik juga sangat aman dipasang di tempat-tempat yang mudah

50

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

terbakar karena tidak akan terjadi hubungan api pada saat kontak atau

terputusnya fiber optic.

Fiber optik memerlukan daya listrik yang relatif tidak terlalu besar.

Kerana fiber optik tidak digunakan untuk melewatkan sinyal-sinyal listrik,

maka fiber optik tidak akan mengalami kepanasan dan penipisan akibat

tegangan listrik yang lewat di dalamnya. Fiber optik bisa ditanam di tanah

jenis apapun atau digantung di daerah manapun tanpa harus cemas

mengalami korosi/berkarat. Komunikasi menggunakan fiber optik lebih aman

karena informasi yang lewat tidak mudah untuk disadap atau dikacaukan dari

luar.  Di antara begitu banyak kelebihan yang dimilikinya, fiber optik juga

memiliki kekurangan di antaranya adalah harganya yang cukup mahal serta

fiber optik ini susah untuk disambung dibandingkan kabel biasa karena

metode penyambungannya yang harus menggunakan teknik dan alat khusus

serta ketelitian yang tinggi

Fiber optik mempunyai struktur binaan seperti pelindung ( Buffer Coating) ,

salutan (Cladding ) dan teras (Core ).

Rajah 5.1 Kabel Fiber Optik

51

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

5.2 Kabel Fiber Optik 

Merupakan salah satu jenis kabel media transmisi data yang terkenal

karenakecepatannya. Penggunaan kabel jenis ini masih dikategorikan jarang

karena biaya perawatannya yang mahal.Tetapi perusahaan besar seperti

telekom, beberapa instansi pemerintah telah menggunakan kabel ini sebagai

media transmisi. Dari hasil praktikum di lab, didapatkan bahwa contoh fiber

optik yang digunakan memiliki beberapa bahagian:

1. Core: dibuat dari serat kaca yang sangat bening dengan diameter 3 s.d. 10

mikrometer.Bagian ini merupakan bagian inti dari kabel fiber optik yang

mentransmisikan pulsa cahayadari receiver ke tranmitter.

2.Cladding: merupakan bagian yang membungkus core sehingga pulsa-

pulsa cahaya yangakan keluar dari core terpantul ke dalam core kembali

sehingga pulsa cahaya tidak hilang di perjalanan.

3. Jacket pelindung : berfungsi sebagai pelindung core dan cladding dari

gangguan luar kabel gentian optik adalah sejenis kabel yang diperbuat

daripada kaca yang diselaputi oleh getah. Media penghantarannya adalah

dalam bentuk cahaya atau laser yang bergerak dengan kelajuan cahaya

dengan mempunyai sudut pantulan yang tertentu sebelum menghasilkan

penghantaran. Di sini gentian optik dapat menyediakan banyak laluan bagi

pelbagai jenis kemudahan.

52

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

5.3 Ciri-ciri fiber optik

Diperbuat daripada kaca yang disaluti oleh penebat. Menggunakan

cahaya untuk menghantar isyarat, berbeza dengan kabel tembaga yang

menggunakan isyarat elektronik. Oleh itu ia dapat mengelak gangguan

elektromagnet. Kabel fiber optik sesuai digunakan di kawasan yang banyak

gangguan elektromagnet dan jarak yang jauh.

Rajah 5.2 Struktur fiber optik

Apabila dilihatkan dari segi saiz dan rekabentuk gentian ini ia didapati

bersaiz kecil namun ia mampu membawa maklumat lebih banyak dan pantas

berbanding dengan kabel kuprum yang biasa digunakan. Namun begitu,

kabel gentian optik ini amat merbahaya jika dibandingkan dengan kabel yang

lain kerana sekiranya cahaya penghantaran daripada kabel tersebut dibuat

dan terkena pada mata ia akan mengakibatkan kerosakan pada mata atau

mungkin seseorang boleh menjadi buta. Gentian yang dihasilkan daripada

kaca juga boleh menyebabkan jari seseorang yang terluka apabila

menyentuhnya. Ketahanan kabel gentian optik adalah melebihi daripada

kabel yang biasa digunakan kerana struktur semulajadi yang tidak membawa

kesan kepada sebarang tarikan elektromagnatik dan juga elektrik. Dari segi 53

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

kehilangan pula, pada kebiasaannya ianya berlaku sekitar I8dB/m pada

kabel biasa. Antara keburukan kabel gentian optik ialah ianya mudah patah

apabila dibengkokkan semasa proses pemasangan, ia juga tidak terlepas

dari serangan tikus, tupai dan anai-anai, kejadian sedemikian lazimnya

terjadi di kawasan luar bandar atau pedalaman dimana melibatkan kabel

'over head' dan kabel 'underground'. Kos untuk membaiki kabel jenis ini

adalah terlalu tinggi kerana ianya menggunakan peralatan yang mahal dan

kerja yang hendak dilakukan juga perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati.

Terdapat beberapa jenis gentian optik yang digunakan di dalam sistem

perhubungan di Telekom Malaysia, antaranya ialah:

a) Indeks langkah kaedah tunggal (Single Mode Step Index)

b) Indeks langkah kaedah pelbagai (Multimode Step Index)

c) Indeks langkah pelbagai gred (Multimode Graded Index)

54

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

5.4 Indeks langkah kaedah tunggal (Single mode step index)

Gentian jenis ini hanya membenarkan hanya satu jenis perambatan

dengan panjang gelombang yang ditetapkan untuk ianya beroperasi. Saiz

diameter adalah kecil diantara 4-8μm. Ia mempunyai lebar jalur yang terbaik

dan penyerakan yang rendah.Gentian jenis ini adalah paling popular

digunakan untuk perhubungan rangkaian jarak jauh. Size diameter yang kecil

serta fleksibel membolehkan ianya digunakan secara meluas didalam

beberapa aplikasi pengesan gentian optik. Kabel jenis ini adalah kabel yang

paling banyak digunakan, kerana diselaputi oleh satu persatu sarung kabel

yang tebal iaitu bahan pelindung bagi menutupi gentian optik daripada

sebarang kerosakan.

Rajah 7.4 : Single mode step

55

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

5.5 Indeks langkah kaedah pelbagai (Multimode Step Index)

Gentian jenis ini banyak digunakan dalam komunikasi dan mempunyai

diameter teras diantara 50-100μm dengan indek biasan yang tetap

disepanjang teras. Gentian jenis ini mempunyai NA yang besar dan lebih

mahal serta diameter yang besar membolehkan ianya senang digunakan.

Walaubagaimanapun, ia mempunyai lebarjalur yang terhad dan tidak sesuai

untuk perhubungan jarak jauh. Kabel jenis ini mempunyai banyak wayar di

dalam sarung penebatnya. Oleh yang demikian, ia boleh menyebabkan

berlakunya pantulan yang tidak seragam dan akan mengakibatkan

berlakunya kehilangan yang akan menjejaskan isyarat yang dihantar

menerusi talian. Kapasiti yang dibawa oleh salurannya lebih kurang 150

kapasiti sahaja dan ia amat sesuai bagi kegunaan untuk jarak dekat sahaja

sebagai contoh di dalam ibusawat.

Rajah 7.5 : Multi mode step

56

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

5.6 Indeks langkah pelbagai gred (Multimode Graded Index)

Gentian jenis ini juga mempunyai diameter teras antara 50-100μm dan

indek biasan berbeza-beza di sepanjang diameter. Gentian jenis ini

mempunyai lebarjalur yang sederhana dan membenarkan perambatan

dengan mod yang kurang dan ia mempunyai tahap pengecilan yang rendah.

Kabel jenis ini berlaku pembiasan yang besar di pusat fiber semasa proses

penghantaran dijalankan tetapi akan mengecil pada bahagian permukaan.

Walau bagaimanapun pantulan yang berlaku tersebut berlaku dalam

keadaan yang seragam dalam bahagian fiber ini. Ianya lebih sesuai

digunakan dalam jarak yang sederhana seperti perantaraan ibusawat

tempatan dengan ibusawat kawasan yang berdekatan.

Rajah 7.6 : Multi mode grade

57

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

5.7 Binaan kabel fiber optik

Fiber optik mengandungi teras dengan index biasan yang tinggi,

manakala lapisan yang mengelilinginya pula mempunyai index biasan yang

rendah. Kaca fiber dilindungi oleh dua lapisan iaitu lapisan pertama daripada

plastik atau resin atau kain kasa lembut (soft ultra violet cured acrylate) dan

lapisan kedua pula ialah nylon atau kaion kasa yang keras atau kasar {hard

ultra violet cured acrylate). Rajah dibawah menunjukkan binaan kabel fiber

optik.

Rajah 7.7 binaan fiber optik

58

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

5.8 Perbezaan antara kabel fiber optik dengan kabel logam

Rajah 7.8 menuniukkan Perbezaan antara Kabel Fiber Optik dengan Kabel

Logam

Rajah 7.8.1 Alatan untuk “Patching” fiber optik dan “adapter”.

59

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

5.9 Kebaikan Sistem Gentian Optik

1.Bandwidth (lebar jalur)

Bandwidth merujuk kepada julat frekuensi bagi kabel membawa maklumat.

Fiber-optik sistem boleh menghantar beberapa gigabytes per second pada

jarak beratus kilometer. Beribu saluran suara boleh digabungkan bersama

dan dihantar melalui

satu kabel fiber optik

2. Less Loss (Kehilangan Kuasa)

Kehilangan kuasa dalam kabel gentian optik adalah rendah berbanding kabel

lain. Ini mengurangkan penggunaan pengulang.Pengulang ditempatkan di

antara jarak antara 120km setiap satu.

3. Data selamat daripada gangguan

Penghantaran data lebih selamat kerana kurang gangguan terutamanya

gangguan cakap silang, gangguan elektromagnetik dan gangguan lain

4. Saiz kecil dan ringan

Kabel fiber optik adalah ringan dan kurang isipadu tetapi boleh membawa

jumlah

maklumat yang sama dengan kabel kuprum. Contoh, kabel telefon

berdiameter 3-in. yang terdiri daripada 900 twisted-pair wires boleh diganti

dengan satu kabel fiber yang berdiameter 0.005 in. (diameter seperti sehelai

rambut) dan boleh membawa

kapasiti maklumat.

60

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

5.Selamat

Oleh kerana kabel fiber optic tidak menyinari cahaya, ianya tidak

memungkinkan untuk mendapat rahsia atau maklumat. Atas alasan ini,

kebanyakan aplikasi perhubungan keselamatan memerlukan sistem fiber-

optik. Maklumat ketenteraan sebagai contoh boleh dihantar melalui fiber

optik untuk menghalang

maklumat dari didengar.

6.Murah

Kos untuk penggunaan kabel gentian optik adalah lebih murah untuk

jangkamasa panjang. Ini kerana kabel gentian optik tidak berlaku

pengoksidaan dan tahan lebih lama.

7 .Fleksibel

Boleh dilaksanakan secara berperingkat-peringkat jika ada penambahbaikan

5.10 Keburukan gentian optik

Perlu peralatan tambahan yang meningkatkan kos – cth bilik berhawa

dingin.

Kos permulaan yang tinggi.

Penggunaan yang kurang meluas

61

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

5.11 Penggunaan Gentian Optik

Studio TV digital, yang menggunakan data yang boleh

dibawa oleh fiber optik sangat sesuai dengan keperluan TV

digital yang membolehkan ia membawa jutaan bit dalam

setiap detiknya.

Jalur bawah laut - Aplikasi dalam bidang ini telah dilakukan

dengan menghubungkan Amerika dan Eropah dengan

fiber optik yang berada dibawah laut.

Pengganti satelit - Hal ini dilakukan kerana fiber optik lebih

baik dalam menghadapi gangguan-gangguan

dibandingkan komunikasi satelit, yang mempunyai

masalah dengan gangguan pada atmosfera.

Bidang kesihatan, teknologi fiber optik boleh digunakan

dalam jenis tertentu dalam menggunakan operasi laser.

LAN yang efesien dan berkapasiti tinggi dan besar pada

syarikat, hospital, sekolah dan organisasi lainnya yang

menggunakan fiber optik secara khusus. Hal ini

digunakan untuk mendapatkan data-data komputer seperti

video dan suara, yang relatif besar.

62

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

BAB 6 : IBUSAWAT

6.1 Pengenalan Ibusawat

Ibusawat merupakan tempat pensuisan setiap panggilan yang dibuat

sama ada talian telefon untuk panggilan luar atau panggilan masuk.

Ibusawat untuk talian telefon pula terdiri daripada pelbagai jenis dan

bergantung kepada peralatan yang telah disediakan oleh pihak syarikat yang

mencipta peralatan, walaupun setiap ibusawat mempunyai jenis equipment

yang berbeza tetapi fungsi peralatan bekerja adalah sama dengan peralatan

lain, contohnya seperti di ibusawat Taiping menggunakan sistem ALCATEL

dan NEAX. Penentuan untuk perhubungan telefon di seluruh dunia telah

ditentukan dan dibuat secara seragam oleh pihak CCITT (consultant

International Telephone Telegraf).

63

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

6.2 Peranan Ibusawat

a) Menyambung dan menyalurkan talian pemanggil dengan

penerima semasa panggilan dibuat.

b) Boleh menyimpan dan menerima nombor dalam daftar

disamping dapat menentukan jenis panggilan ( panggilan

tempatan, nasional atau anatarabangsa ) dan destinasi

panggilan.

c) Bertindak sebagai pengawal masa di semua peringkat dari

mula pelanggan mengangkat gangang telefon, mendial

sehinggalah gagang telefon diletakkan kembali.

d) Memberi semua isyarat talian telefon seperti:

I. Nada Dail - iaitu nada isyarat yang dihantar

oleh ibusawat untuk memberitahu pelanggan

bahawa ibusawat sudah bersedia untuk

menerima maklumat daripada pelanggan.

II. Nada Dering – iaitu nada isyarat yang

dihantar oleh ibusawat untuk memberitahu

pelanggan bahawa satu talian telah

disambungkan kepada taliannya dan

memaklumkan kepada pelanggan bahawa

sambungan cuba atau sedang dilakukan.

64

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

III. Nada Sibuk – iaitu nada isyarat yang dihantar

oleh ibusawat kepada pelanggan untuk

memberitahunya bahawa panggilannya tidak

dapat disambung kerana taliannya sudah

penuh

IV. Nada Nombor Tidak Diperolehi – iaitu nada

isyarat yang dihantar oleh ibusawat untuk

memberitahu pelanggan bahawa sesuatu

talian itu tidak dapat disambungkan atau talian

tersebut tidak beroperasi.

V. Nada Pengumuman – iaitu nada yang

memaklumkan kepada pelanggan tentang

penukaran digit, talian yang dihubungi buat

sementara waktu dan sebagainya.

e) Mempunyai maklumat-maklumat pelanggan antara

pelanggan dan ibusawat.

f) Mengambil bacaan meter pelanggan melalui CAMA

( Central Automatik Message Accounting ).

g) Meningkatkan mutu perkhidmatan ibusawat iairu kadar

panggilan telefonyang berjaya dibuat oleh pelanggan.

h) Memberikan kemudahan tambahan kepada pelanggan

seperti kemudahan dial ringkas, pemindahan panggilan,

panggilan menunggu dan lain-lain lagi

65

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

6.3 Kemudahan Tambahan yang Dikawal Ibusawat.

Selain daripada perkhidmatan utama TM Berhad iaitu panggilan

suara. Berikut adalah Kemudahan-kemudahan tambahan perkhidmatan

telefon yang boleh dikawal di semua jenis ibusawat berkomputer ialah:

a) Dail Ringkas

Kemudahan ini amat cepat, mudah dan senang. Ia

membolehkan pelanggan membuat panggilan dengan

hanya mendail 2 angka sahaja tanpa perlu mendail 7 angka

atau lebih. Selain itu, pelanggan juga boleh

memprogramkan hingga 20 nombor. Ini akan menjimatkan

masa terutama apabila membuat panggilan jauh dan

panggilan yang penting.

b) Pemindahan Panggilan

Sekiranya pelanggan tiada dirumah, panggilan masuk ke

talian pelanggan akan dipindahkan ke nombor lain didalam

kawasan panggilan tempatan. Ini bermakna pelanggan

masih boleh menerima panggilan walaupun tiada dirumah.

66

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

c) Pemindahan Panggilan Semasa Sibuk

Sekiranya pelanggan sedang bercakap, pelanggan boleh

memindahkan semua panggilan masuk ke telefon lain

dengan memprogramkan nombor telefon berkenaan.

d) Pemindahan Panggilan Semasa Tiada Jawapan

Jika panggilan tidak dijawab dalam tempoh tertentu,

panggilan masuk pelanggan boleh dipindahkan secara

automatic ke sebarang nombor lain yang telah

diprogramkan.

e) Panggilan Menunggu

Sekiranya terdapat panggilan masuk ketika pelanggan

sedang bercakap, satu nada khas akan memberitahu

pelanggan tentang panggilan itu. Pelanggan boleh

menjawab panggilan itu tanpa memutuskan panggilan yang

sebelumnya dan boleh bercakap berselang-seli dengan

cara yang tertentu.

f) Panggilan Tiga Pihak

Melalui kemudahan ini, pelanggan boleh membuat

penambahan pihak ketiga dalam perbualannya. Ini memberi

67

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

kemudahan kepada pelanggan untuk berbual atau

bermesyuarat antara tiga pihak.

g) Talian Segera

Pelanggan boleh membuat panggilan tanpa mendail tetapi

hanya perlu mengangkat gagang telefon dan mendail

nombor yang telah diprogramkan dan isyarat digit akan

dihantar secara automatic ke ibusawat.

h) Talian Segera Dengan Pengawasan Masa

Selain menggunakannya sebagai kemudahan talian segera,

pelanggan juga boleh membuat panggilan ke nombor lain

dalam tempoh 4 hingga 5 saat selepas gagang telefon

diangkat. Jika dalam tempoh masa tersebut pelanggan

tidak mendial nombor lain, kemudahan talian segera akan

disambung secara automatic.

6.4 Unit - unit Di Ibusawat

Ibusawat boleh dikelaskan kepada dua rangkaian yang diwakili unit

yang berbeza,iaitu unit SOMA dan TOMA.Ianya dibezakan melalui

kemampuan membuat panggilan dalam capaian yang berbeza jaraknya

seperti yang berikut :-

68

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

Rajah 4.8.4.1 Hubung kait Ibusawat

6.4.1 SOMA(Switching Operation And Maintanace)

Mengawal pangilan tempatan berjarak dekat. Ia dikhaskan

bagi beroperasi dalam talian tempatan.Berikut adalah

ibusawat yang dikawal unit soma:-

a) LS (Local Switch)

Ibusawat ini lebih senang dikenali sebagai ibusawat

tempatan. Ia di tempatkan di sauatu kawasan yang

menghubungkan semua pelanggan yang dapat dicapai

dalam capaian kawasan yang kecil. Kini ia tidak

digunakan lagi.

69

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

b) DLS (Digital Local Switch)

Dikenali juga “Digital Local Switch”.Central Processing

Unit (CPU) dipasang pada ibusawat dan semua operasi

dikawal disitu.

c) DRS (Digital Remote Switch)

Merujuk kepada “Digital Remote Switching”. ibusawat

induk boleh mengendalikan lebih dari satu

ibusawat.Semua jenis ibusawat di Telekom Malaysia

adalah dari jenis Public Switching Telephony

Network (PSTN)

6.4.2 TOMA (Transmission Operation And Maintanance)

Mengawal pangilan talian jarak jauh/antarabangsa. Ia

dikhaskan bagi beroperasi dari satu zon ke satu zon yang

berjauhan jaraknya yang tidak boleh dicapai dengan talian

ibusawat DLS. Berikut adalah ibusawat yang dikawal unit

TOMA:-

a) DTS (Digital Trunk Switch)

Peralatan kawalan dan pensuisan untuk laluan keluar

masuk dan tiada talian pelanggan.Mengendalikan

panggilan antara sebuah negeri dengan negeri yang

lain untuk ibusawat DLS, GSC.

70

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

b) International Switch

Ia juga dikenali sebagai ibusawat antarabangsa,

bertepatan dengan nama ibusawat ini ia berperanan

untuk melaksanakan panggilan antarabangsa, atau

lebih tepat satu Negara dengan satu Negara lain. Dari

segi teori, ia melaksanakan panggilan pada tahap

yang tidak dapat dicapai oleh ibusawat DTS. Ibusawat

yang berperanan membuat perhubungan komunikasi

jarak jauh ini menggunakan fiber optik.

6.4.3 PCM (Pulse Code Modulation )

Pemodulatan kod denyaut (PCM) merupakan proses

dimana isyarat maklumat analog disampel pada sela-

sela masa seragam dan diubah pada siri-siri bit

dengan cara pengkodan penduaan. PCM digunakan

untuk penghantaran isyarat suara didalam bentuk

digital.

Penggunanaan sistem PCM dapat meningkatkan

kejituan maklumat yang diterima dengan

menambahkan aras pengkuantuman. Sistem PCM

juga memerlukan peralatan yang kompleks dan mahal

terutamanya bagi penghantaran data pada jarak yang

dekat.

71

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

6.4.3.1 Kebaikan Dan Keburukan Sistem PCM

a) Kebaikan

I. Isyarat PCM boleh disimpan untuk

kegunaan pada masa akan datang.

II. Kejituan maklumat yang diterima dapat

dipertingkatkan dengan menambahkan

arus pengkuatuman.

III. Memudahkan teknik pemultipleksan.

Pemultipleksan membolehkan banyak

saluran dimuatkan hanya satu talian

penghantaran.

IV. Bunyi hingar dan gangguan dapat

dikurangkan.

V. Ia dapat mengendalikan pelbagai jenis

isyarat.

VI. Nisbah hangar bagi PDH/PCM ini lebih

baik berbanding dengan sistem

pemodulatan analog.

72

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

b) Keburukan

I. Penghantaran maklumat analog yang

disampelkan oleh denyut bagi PCM

akan menyebabkan ianya memerlukan

lebar jalur yang luas berbanding lebar

jalur bagi radio.

II. Peralatan yang digunakan lebih

kompleks dan mahal bagi

penghantaran pada jarak yang dekat.

III. Memerlukan ruang yang besar untuk

menempatkan peralatan.

IV. Perlu dilakarkan sambungan (jumper)

yang banyak untuk membolehkan

aliran penghantaran operasi.

6.4.5 Synchronous Digital Hierarchy (SDH)

Konsep SDH adalah lebih mudah dan berkesan. Ianya

lebih efektif iaitu 63 X 2MB dimultipleks kepada 155MB.

Konsep yang digunakan dalam SDH dapat mengurangkan

masalah dan meningkatkan lelancaran kerja.

Konsep ini mengikut piawai antarabangsa iaitu dari

destinasi ke destinasi dengan merangkumi rangkaian

73

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

pensuisan. Penghantaran dan penggunaan rangkaian

dalam bentuk rangkaian tempatan dan luar negara. STM

(Synchronous Transport Module) dicipta untuk

memudahkan dan menjimatkan rangkaian perhubungan.

6.4.5.1 Kelebihan SDH

a) Menjimatkan kos rangkaian telekomunikasi

berdasarkan kepada penyerakan terus

pemultipleks.

b) Menyediakan kuantiti isyarat untuk

pengurusan rangkaian termaju dan

“maintenance capacities”

c) Mudah diselenggarakan.

d) Kecekapan penghantaran dan penerimaan.

6.5 Jenis-jenis ibusawat

a) AXE 10- Buatan SWEDEEN oleh Syarikat Ericsson

b) NEAX 61- Buatan JEPUN oleh Nippon Eletrical Company

c) ALCATEL E10- Buatan PERANCIS

d) NOKIA- Buatan PERANCIS

e) FUJITSU- Buatan JEPUN

74

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

6.6 Punca kuasa Ibusawat

Punca kuasa ibusawat terbahagi kepada tiga:-

a) Punca kuasa dari Tenaga Nasional Berhad (TNB)

b) Janakuasa ( berfungsi secara automatic samasa

ketiadaan bekalan elektrik. Kuasanya hanya bertahan

dalam tempoh 24jam )

c) Bateri ( berfungsi secara automatic setelah janakuasa

kehabisan bekalan kuasa. Kuasanya akan bertahan

dalam tempoh 4 hingga 8 jam)

6.7 Rektifier Dan Bateri

Setiap ibusawat mempunyai rectifier dan bateri. Terdapat 7 biji

rectifier di dalam bilik khas yang digunakan untuk menukarkan arus

ulang-alik (AC) kepada arus terus (DC) untuk kegunaan ibusawat. Setiap

rectifier mempunyai kuasa 40 volt. Jika rectifier tidak berfungsi atau

rosak, maka bateri akan digunakan.

Terdapat dua set bateri pada ibusawat dan setiap set

mengandungi 12 sel. Jumlah kesemua bateri ialah 24 sel. Seperti

rectifier, bateri juga akan diperiksa bagi memastikan ia berada didalam

keadaan yang baik sepanjang masa. Rectifier dan bateri akan diperiksa

75

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

sekurang-kurangnya sebulan sekali. Antara aktiviti yang dilakukan

semasa memeriksa rectifier dan bateri ialah:-

a) Mengambil bacaan rectifier

b) Mengukur nilai voltan bateri dengan menggunakan meter

penguji digital untuk sel kering. Terminal positif dan

negative diletakkan pada meter bacaan voltan bateri akan

terpapar pada meter tersebut.

c) Untuk sel basah, hydrometer akan digunakan. Hydrometer

akan dicelup ke dalam air bateri yang mengandungi asid

sulfuric. Bacaan air bateri dapat dibaca melalui hydrometer

tersebut.

6.8Meter Ibusawat

CAMA ( central automatic message accounting )

CAMA merekod semua panggilan trunk iaitu panggilan diluar

kod kawasan tempatan. Rekod ini disalin daripada system

memori peralatan di dalam sebuah pita magnetic untuk dihantar

ke Kelana Jaya. Proses ini dilakukan setiap hari dan maklumat

ini boleh disimpan selama 3 hari.

76

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

LAMA ( local automatic message accounting )

LAMA digunakan untuk merekod panggilan dalam kawasan

tempatan. Proses ini seperti CAMA dan ia dilakukan sebulan

sekali.

77

AT401 Latihan Industri 01DEP11F2025

78