laporan dan refleksi
DESCRIPTION
laporan lawatanTRANSCRIPT
[ ]
LAPORAN JAWATANKUASA
NAMA : MOHD HAMDAN BIN PALLAO
NO.KAD PENGENALAN : 930209-12-5973
BIDANG TUGAS : KETUA AJK PERALATAN
i. SEBELUM Menyeru setiap AJK permainan menyenaraikan peralatan yang ingin
digunakan semasa karnival.
Menyenaraikan alatan yang perlu dipinjam dari Astaka atau Gimnasium agar
lebih mudah untuk mengambil dan mengembalikan bahan selepas karnival.
Membantu pengerusi merancang mesyuarat bagi setiap jawatankuasa
tertinggi.
Membantu pengerusi merancang bajet bagi pengelolaan karnival berkaitan
dengan barang-barang yang hendak dibeli.
Berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing.
Memastikan kelancaran dan penyediaan alatan sentiasa lancar dan selamat
digunakan.
Membantu jawatankuasa lain membuat keputusan.
Membantu pengerusi melicinkan proses kerja bagi setiap jawatankuasa yang
telah dilantik.
Membantu pengerusi menyampaikan beberapa maklumat penting melalui
Facebook dan Wassup.
ii. SEMASA Memastikan semua peralatan mencukupi dan dapat berfungsi dengan baik
serta selamat digunakan.
Membantu melancarkan karnival dengan membantu mana-mana kumpulan
yang memerlukan bantuan.
Membantu pengerusi memastikan kelancaran karnival dari hari pertama
hingga hari terakhir..
Membantu Ajk lain yang menghadapi masalah dan kekurangan.
Membantu pengerusi memantau setiap Ajk yang bertugas pada hari
penutupan karnival.
[ ]
iii. SELEPAS Menghantar kembali barang yang telah dipinjam dari gimnasium dan astaka.
Memastikan peralatan yang dipinjam dikembalikan dengan jumlah yang sama
semasa dipinjam.
Membantu pengerusi menjalankan Post- Mortem
Membantu pengerusi melancarkan aktiviti post-mortem.
Membuat laporan.
DISEDIAKAN OLEH,
______________________
(MOHD HAMDAN BIN PALLAO)KETUA AJK PERALATAN,KARNIVAL SUKAN 2015.
[ ]
REFLEKSI INDIVIDU
NAMA : MOHD HAMDAN BIN PALLAO
KAD PENGENALAN : 930209-12-5973
i. Pengenalan
Alhamdulillah kami dapat juga melaksanakan karnival dengan jayanya
walaupun pada mulanya banyak kekangan yang berlaku. Karnival ini mendapat
sambutan yang cukup hangat walaupun pada masa tersebut aktiviti institut sangat
padat. Karnival ini terbuka kepada semua warga IPGKTAR termasuk staff dan
pensyarah.
ii. Kekuatan
Kekuatan yang dapat dilihat daripada karnival ini ialah semua ahli dalam
jawatankuasa bertugas dengan baik. Semua ahli dapat bekerjasama dan berganding
bahu walaupun sedikit keletihan kerana dihimpit dengan beban tugas masing-
masing. Setiap ajk mengetahui tugas umum yang harus dilakukan bagi setiap
permainan yang dipertandingkan. Walaupun ada ahli penganjur yang mengambil
tempat untuk bertanding, mereka tetap menjalankan tugas sebelum mengikuti
pertandingan dan menggantikan tempat mana-mana ahli yang kosong untuk dibantu.
Sikap seperti ini harus dijadikan amalan oleh setiap guru pelatih agar dapat
mengetahui selok belok dalam penganjuran karnival yang mengambil masa
beberapa hari untuk dijalankan.
Kekuatan lain yang saya lihat ialah sikap toleransi antara ajk juga semakin
meningkat dan dilihat sebagai kekuatan yang paling bermakna kerana penganjuran
karnival seperti memerlukan pasukan yang boleh dan mampu menguruskan program
dengan lancar dan tersusun. Selain itu, saya melihat sistem kepengadilan dalam
setiap permainan adalah yang terbaik berdasarkan penganjuran sebelum ini dan
tiada isu yang dibangkitkan oleh setiap peserta atau kumpulan yang bertanding.
Penganjuran karnival ini seharusnya menjadi contoh kepada penganjuran karnival
yang seterusnya.
iii. Kelemahan
Tidak banyak kekurangan yang saya lihat melalui penganjuran karnival ini. Namun
ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki. Antaranya ialah peraturan masa
[ ]
pertandingan yang mesti dipatuhi oleh peserta. Segelintir peserta atau kumpulan
datang lewat dan tidak mematuhi jadual perlawanan. Selain itu, terlihat sedikit
kelemahan apabila permainan dimulakan serentak menyebabkan beberapa peserta
kelam kabut ke tempat pertandingan seterusnya dan permainan tersebut terhenti
seketika kerana menunggu peserta yang bertanding. Ia turut menyebabkan jadual
pertandingan berubah semasa pertandingan kerana faktor peserta atau kumpulan
mengikuti pertandingan yang lain dalam satu karnival.
iv. Cadangan Penambahbaikan
Antara cadangan penambahbaikan ialah mengehadkan peserta atau
kumpulan menyertai hanya satu permainan dalam satu karnival atau masa
pertandingan bagi setiap permainan tidak diadakan serentak. Contohya, pada hari
pertama dan hanya permainan bola tampar sahaja, dan pada hari berikutnya hanya
permainan bola jaring agar tiada masalah mengenai jadual pertandingan. Selain itu,
mungkin sebaiknya karnival seperti ini boleh dilakukan seharian bagi memudahkan
peserta dan penganjur tidak mengambil masa yang terlalu lama seperti penganjuran
kali ini kerana hanya dibuat sebelah petang sahaja.