laporan amali pertandingan permainan tradisional

Upload: fatin-nazirah

Post on 03-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Laporan Amali Pertandingan Permainan Tradisional

    1/11

    [LAPORAN AMALI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL] PJM 3112

    0

    ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

    PENGHARGAAN

    1.0 LAPORAN AHLI JAWATANKUASA 1

    2.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN 3

    3.0 ANALISIS KEKUATAN, KELEMAHAN DAN 6

    PENAMBAHBAIKAN

  • 7/28/2019 Laporan Amali Pertandingan Permainan Tradisional

    2/11

    [LAPORAN AMALI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL] PJM 3112

    1

    LAPORAN JAWATANKUASA

    PERTANDINGAN

  • 7/28/2019 Laporan Amali Pertandingan Permainan Tradisional

    3/11

    [LAPORAN AMALI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL] PJM 3112

    2

    LAPORAN PERTANDINGAN

    PERMAINAN TRADISIONAL

    Alhamdullah, pertama sekali rasa kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T

    kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga saya bersama dengan guru-

    guru pelatih yang juga merupakan rakan sekelas saya Berjaya untuk menganjurkan

    satu carnival permainan tradisional pada peringkat IPG. Karnival permainan

    tradisional ini juga telah berlangsung dengan jayanya berkat daripada kerjasama dan

    usaha yang gigih daripada semua rakan guru pelatih.

    Sebelum menjalankan kejohanan ini, kami telah mengadakan beberapa

    mesyuarat. Perjumpaan yang pertama melibatkan aktiviti pelantikan ahli

    jawatankuasa tertinggi seperti pengerusi dan sebagainya. Perlantikan ini adalah

    bertujuan bagi pengurusan hari kejohanan akan berjalan dengan lancar. Mesyuarat-

    mesyuarat seterusnya diadakan bagi mengemaskini aktiviti serta perkara-perkara yg

    berkaitan dengan pertandingan ini. Melalui aktiviti seperti ini, Saya dapat melatih diri

    saya supaya lebih memahami akan aspek pengurusan dan juga mengelolakan

    sesuatu program yang diberikan sebagai amanah untuk disempurnakan.

    Saya telah berada di bawah ahli jawatankuasa alatan. Antara tugasan yang

    perlu disempurnakan ialah menyediakan alatan untuk permainan-permainan

    tradisional yang bakal dipertandingkan. Selain itu, tugasan ini juga memerlukan kami

    untuk menyediakan check list barang-barang yang perlu dikeluarkan daripada stor

    jabatan Pendidikan Jasmani. Semasa hari kejohanan berlangsung, kami telah

    bekerjasama dengan Pegawai Teknikal memeriksa alatan dan mengumpulnya

    semula selepas digunakan. Pada hari pertandingan pula, saya bersama rakan-rakan

    sempat membuat persiapan akhir untuk menyiapkan tempat pertandingan seperti

    menyediakan kerusi, mengambil papan putih untuk mencatat markah dan

    menyediakan alatan-alatan yang diperlukan setiap kumpulan.

    Setelah tamat pertandingan pula, selaku ahli jawatankuasa alatan, saya

    bersama-sama ahli jawatankuasa yang lain memastikan setiap alatan yang

  • 7/28/2019 Laporan Amali Pertandingan Permainan Tradisional

    4/11

    [LAPORAN AMALI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL] PJM 3112

    3

    digunakan dipulangkan ke tempat asal dengan baik. Selain itu juga, kami harus

    memastikan tiada kerosakan yang berlaku pada alatan yang telah digunakan

  • 7/28/2019 Laporan Amali Pertandingan Permainan Tradisional

    5/11

    [LAPORAN AMALI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL] PJM 3112

    4

    KEPUTUSAN PERTANDINGAN

  • 7/28/2019 Laporan Amali Pertandingan Permainan Tradisional

    6/11

    [LAPORAN AMALI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL] PJM 3112

    5

    KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

    Cari Cucu : Baskin Robbin

    Tarik Upih : Lincah Kadok

    Galah Panjang : A&W

    Kabaddi : Look Men

    Lompat Untai Getah : Kenny Rogers

    Sepak Raga Bulatan : Nenek Kebayan

    Tuju Tin : Haagen Dazs

    Lubang Tikus (Konda Kondi) : Laililaitamplom

  • 7/28/2019 Laporan Amali Pertandingan Permainan Tradisional

    7/11

    [LAPORAN AMALI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL] PJM 3112

    6

    KEKUATAN,KELEMAHAN

    DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

  • 7/28/2019 Laporan Amali Pertandingan Permainan Tradisional

    8/11

    [LAPORAN AMALI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL] PJM 3112

    7

    KEKUATAN, KELEMAHAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

    Melihat kepada sepanjang proses penganjuran festival permainan tradisional ini,

    saya dapati terdapat beberapa kekuatan, kelemahan dan juga aspek-aspek yang

    boleh diperbaiki untuk meningkatkan lagi mutu penganjuran festival ini.

    Sebelum menganjurkan festival ini, perkara pertama yang harus dilaksanakan

    oleh kami ialah pelantikan ahli Jawatankuasa bagi penganjuran festival permainan

    tradisional ini. Pelantikan ahli jawatankuasa adalah penting bagi memastikan

    kelancaran program ini kerana setiap langkah dan juga tindakan perlu disusun

    supaya tidak menjadi tunggang langgang. Tambahan lagi, dengan tertubuhnya satu

    jawatankuasa, maka segala pergerakan menjadi lebih berstruktur dan lebih produktif

    kerana segala tindak tanduk akan dipantau dan dikawal oleh ketua.

    Pelantikan jawatankuasa juga akan memudahkan kerja kerana setiap individu

    akan diagihkan tugas maka secara tidak langsung akan meringankan beban

    penganjuran festival ini kerana untuk menganjurkan satu festival permainan

    tradisional ini bukan satu kerja yang mudah. Setelah pelantikan ahli jawatankuasa,

    mesyuarat-mesyuarat seterusnya diadakan bagi mengemaskini aktiviti serta perkara-perkara yang berkaitan dengan pertandingan ini. Melalui aktiviti seperti ini, saya

    dapat melatih diri saya supaya lebih memahami akan aspek

    pe ng ur us an da n juga me nge lo la ka n sesuatu program yang diberikan

    sebagai amanah untuk disempurnakan. Melalui jawatankuasa yang telah tertubuh,

    dapat dilihat satu kekuatan iaitu kerjasama diantara guru pelatih kerana setiap

    individu yang dilantik telah diundi dan disokong secara sebulat suara.

    Namun, terdapat juga sedikit kelemahan yang dapat dikesan iaitu sikap sambil

    lewa guru pelatih dalam perancangan untuk menyiapkan kertas kerja permainan

    tradisional ini. Ini dapat dilihat apabila pensyarah sering mengingatkan kami untuk

    segera menghantar kertas kerja untuk disemak dengan kadar segera setiap kali

    sebelum memulakan pengajaran dalam kelas. Selain itu juga, setiap kumpulan juga

    lewat untuk menghantar perincian tentang permainan tradisional yang telah dipilih.

    Maka ini juga telah mengakibatkan kertas kerja lewat untuk disiapkan. Komitmen

    yang ditunjukkan oleh segelintir rakan sekelas juga turut menimbulkan masalah

  • 7/28/2019 Laporan Amali Pertandingan Permainan Tradisional

    9/11

    [LAPORAN AMALI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL] PJM 3112

    8

    kerana tidak semua ahli kelas hadir untuk mesyuarat bagi membincangkan mengenai

    festival ini. Apabila tidak semua rakan hadir, mereka tidak mengetahui tugas yang

    telah diberikan kepada mereka. Ini menjadi satu isu kerana sering kali rasa tidakpuas hati timbul akibat tidak tahu jawatan yang disandang atau tidak suka dengan

    tugasan yang telah diberikan. Disebabkan ini, mereka akan membuat kerja pada

    saat akhir dan juga tidak melakukan kerja dengan sepenuh hati.

    Dari segi kerja dalam kumpulan juga, pemilihan permainan tradisional telah

    menimbulkan masalah sehingga menyebabkan sedikit perbalahan berlaku antara

    ahli kumpulan. Ini berlaku kerana terdapat ahli kumpulan yang tidak mengetahui

    permainan yang dipilih dan tidak bersetuju permainan tersebut dipilih akibat tidak

    diberitahu dan berbincang mengenai pemilihan permainan tersebut. Namun masalah

    ini dapat diatasi setelah perbincangan dilakukan antara ahli kumpulan.

    Dari segi pelaksanaan semasa festival permainan tradisional ini, terdapat juga

    kekuatan yang boleh dilihat, terutama dari aspek yang sama iaitu kerjasama yang

    diberikan daripada semua guru pelatih yang terdiri daripada unit J14 dan J18. Kami

    bersama-sama membuat persiapan terakhir seperti menyediakan astaka serta

    mengangkat papan putih, meja dan kerusi. Selain itu juga, pemilihan tempat juga

    dilihat amat bersesuaian dengan aktiviti dan juga permainan yang akan dijalankan

    kerana tempat yang dipilih luas serta mempunyai astaka.

    Namun terdapat juga beberapa kelemahan yang terselit sepanjang

    berlangsungnya aktiviti permainan tradisional ini. Kelemahan yang ketara ialah dari

    aspek masa dimana pertandingan bermula hamper lewat sejam kerana terpaksa

    menunggu kehadiran semua guru pelatih dan juga masa untuk menyiapkan tempat

    pertandingan. Maka kelewatan ini menyebabkan pertandingan ini selesai dalam

    tempoh yang agak lama. Tambahan lagi, kelewatan permulaan juga menyebabkan

    kami terpaksa bermain dalam keadaan cuaca yang panas kerana hari sudah

    menjengah tengahari.

    Selain daripada itu, terdapat juga permainan yang agak membahayakan dan

    mungkin akan mendatangkan kecederaan disebabkan penggunaan alatan yang tidak

    sesuai, contohnya permainan tarik upih. Permainan tarik upih ini menggunakan upih

  • 7/28/2019 Laporan Amali Pertandingan Permainan Tradisional

    10/11

    [LAPORAN AMALI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL] PJM 3112

    9

    kelapa untuk menarik guru pelatih dan saling bertanding kumpulan manakah yang

    dapat menarik upih dengan paling laju. Penggunaan upih kelapa dilihat tidak sesuai

    kerana upih yang digunakan tidak begitu elok. Tambahan lagi, upih tersebut hanyamampu bertahan selepas sekali penggunaan. Apabila ditarik, terdapat upih yang

    putus dan rosak, menyebabkan peserta tidak mampu untuk meneruskan

    pertandingan kerana tiada upih ganti disediakan. Permainan tarik upih ini juga

    mampu untuk mendatangkan kecederaan jika aspek-aspek keselamatan tidak dititik

    beratkan kerana saya sendiri telah tercedera sewaktu menarik upih tersebut.

    Walaupun kecederaan yang dialami ialah kecederaan ringan, namun ini amat

    penting kerana jika permainan ini dilakukan dikalangan murid sekolah rendah,

    mungkin kecederaan yang serius mungkin boleh berlaku.

    Pengurusan untuk sesetengah permainan juga dilihat tidak begitu baik dari

    segi penerangan permainan, pemarkahan dan juga mutu pengadilan. Ada kumpulan

    yang tidak menerangkan peraturan dan permainan kumpulan mereka dengan baik

    sehingga guru pelatih bermain permainan mengikut cara mereka sendiri bukan

    seperti yang diterangkan oleh kumpulan tersebut. Selain itu, peraturan permainan

    juga dilihat agak kurang sesuai. Contohnya, dalam permainan galah panjang,kawasan yang disediakan agak kecil dan agak sukar untuk kami melepasi setiap

    penjaga kerana kawasan yang diberikan tidak besar dan penjaga mampu untuk

    mencapai kami. Jadi apabila penjaga mudah untuk mencapai penyerang, maka

    permainan akan tamat lebih awal dan menjadi kurang mencabar. Apabila permainan

    tidak begitu mencabar, maka tiada keseronokan dalam permainan tersebut terutama

    bagi murid sekolah rendah yang begitu sukakan sesuatu yang mencabar. Pemenang

    juga tidak diumumkan selepas tamatnya sesuatu permainan. Jika pemenang tidakdiumumkan, tiada kemuncak dalam permainan tersebut dan mungkin juga pemain

    tidak terdorong untuk bermain dalam permainan seterusnya. Sekiranya pemenang

    diumumkan, mungkin ini akan meningkatkan semangat mereka untuk bermain

    dengan lebih bersungguh-sungguh dalam permainan yang seterusnya.

  • 7/28/2019 Laporan Amali Pertandingan Permainan Tradisional

    11/11

    [LAPORAN AMALI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL] PJM 3112

    10

    Justeru, sebagai penambahbaikan kepada kekurangan yang terdapat dalam

    penganjuran pertandingan ini, terdapat beberapa perkara yang boleh

    dilakukan.Pertama sekali, untuk menambahkan lagi seri dan keseronokan dalampertandingan ini, gimik perasmian atau gimik pembukaan boleh dilakukan. Gimik ini

    dilakukan untuk menarik perhatian ataupun menambahkan lagi semangat untuk guru

    pelatih bermain nanti. Gimik perasmian atau pembukaan ini boleh dirancang oleh ahli

    jawatankuasa persembahan yang telah dilantik. Ahli-ahli boleh merancang sesuatu

    yang menarik supaya upacara perasmian ataupun pembukaan tidak menjadi sesuatu

    yang biasa dan bosan. Tambahan lagi, aktiviti pemanasan badan boleh diganti

    dengan acara senam robik. Acara senam robik dilihat lebih menarik ditambah lagi

    dengan pergerakan-pergerakan yang menarik dan juga penggunaan muzik ataupun

    irama. Sekiranya aktiviti ini dilakukan bersama-sama dengan murid sekolah rendah,

    saya yakin bahawa mereka lebih menyukai aktiviti ini berbanding dengan aktiviti

    pemanasan badan secara individu. Selain itu juga, mungkin permainan ini juga

    boleh diadakan tema untuk menambahkan lagi kemeriahan atau keseronokan untuk

    bermain permainan tradisional ini. Mungkin beberapa tema seperti Oleh itu,

    beberapa tema untuk karnival ini telah dicadangkan seperti Permainan Tradisional

    atau Warisan Tradisi boleh digunakan untuk membangkitkan semangat para

    peserta.