laporan amali anatomi dan fisiologi

Upload: azyan-munirah

Post on 10-Mar-2016

457 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

LAPORAN AMALI ANATOMI DAN FISIOLOGITajuk : Sistem Limfatik dan Imuniti, Sistem Urinari.Objektif :1) Melabel gambar rajah sistem urinari dan ginjal.2) Mengenalpasti bahagian-bahagian yang terlibat dalam sistem urinari dan ginjal berdasarkan fungsi bahagian tersebut.3) Menerangkan fungsi ginjal dalam sistem urinari.4) Membuat peta minda organisasi sistem limfatikdan imuniti.

Prosedur :1) Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan. Wakil setiap kumpulan diminta ke hadapan kelas untuk melabel struktur yang terlibat dalam sistem urinari pada gambar rajah yang telah disediakan.2) Seterusnya, setiap kumpulan diberikan sampul yang berisi permainan puzzle. Mereka diminta mencantumkan puzzle tersebut bagi membentuk gambar ginjal dan melabelkannya. 3) Pembentang menerangkan peredaran sistem limfatik dalam badan kemudian diminta menghasilkan satu peta minda berkenaan peredaran sistem limfatik.Keputusan :1) Pelajar dapat melabel bahagian-bahagian pada sistem urinari iaitu vena kava, vena renal kanan, aorta, ginjal kiri dan kanan, arteri renal kiri, ureter, pundi kencing serta uretra dengan tepat. Pelajar dikehendaki melabel bahagian korteks, medulla, arteri renal, vena renal, pelvis dan ureter pada ginjal serta menerangkan ciri berdasarkan fungsinya.2) Pelajar dapat menerangkan ciri-ciri serta fungsi yang terlibat dalam sistem urinari dan struktur ginjal.3) Pelajar memahami perkaitan antara sistem limfatik dan imuniti serta aplikasinya dalam kehidupan seharian. Pelajar dapat membina peta minda peredaran sistem limfatik manusia yang bermula dari jantung seterusnya ke kapilari darah, bendalir luar sel, salur limfa kecil, salur limfa besar, duktus toraks kanan dan duktus limfa kemudian ke vena subklavikal kiri dan vena subklavikal kanan.Kesimpulan :Aktiviti yang dijalankan membantu pelajar melibatkan diri dalam proses P&P. Aktiviti amali juga berjaya mengukuhkan pemahaman pelajar dan objektif tercapai. Pelajar lebih faham akan sistem limfatik dan imuniti serta sistem urinari.