laporan akhir li

8
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Latihan industri adalah merupakan salah satu komponen utama dalam ko-kurikulum pembelajaran di Politeknik. Lulus latihan industri adalah salah satu syarat wajib bagi setiap pelajar politeknik sebelum ianya layak diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma politeknik. Latihan industri ini juga berkuatkuasa pada semester ketiga bagi pelajar pelajar yang mengambil kursus peringkat sijil dan semester keempat pula bagi pelajar pelajar yang mengambil kursus peringkat diploma. Justeru itu, latihan industri ini akan dijalankan selama enam bulan atau pun selama satu semester. Selain itu, para pelajar juga diberikan kebebasan untuk membuat pilihan sama ada ingin menjalani latihan industri di jabatan kerajaan mahupun di firma swasta mengikut kehendak masing - masing. Namun begitu ianya juga perlulah bersesuaian dengan kursus yang diambil oleh pelajar di Politeknik Shah Alam, kerana ianya adalah suatu perkara yang amat penting bagi seseorang pelajar tersebut agar mereka tidak perlu membazir masa dan tenaga bagi suatu pekerjaan yang tiada kaitan dalam bidang yang mereka ceburi semasa di politeknik. Tetapi jika sudah tiada pilihan terpaksalah kita akur dengan pekerjaan yang kita perolehi semasa menjalani latihan industri tersebut dengan redha dan tabah.

Upload: fatin-nazirah

Post on 24-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Contoh BAB 1

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Akhir Li

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Latihan industri adalah merupakan salah satu komponen utama dalam ko-

kurikulum pembelajaran di Politeknik. Lulus latihan industri adalah salah

satu syarat wajib bagi setiap pelajar politeknik sebelum ianya layak

diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma politeknik. Latihan

industri ini juga berkuatkuasa pada semester ketiga bagi pelajar – pelajar

yang mengambil kursus peringkat sijil dan semester keempat pula bagi

pelajar – pelajar yang mengambil kursus peringkat diploma. Justeru itu,

latihan industri ini akan dijalankan selama enam bulan atau pun selama satu

semester. 

Selain itu, para pelajar juga diberikan kebebasan untuk membuat pilihan

sama ada ingin menjalani latihan industri di jabatan kerajaan mahupun di

firma swasta mengikut kehendak masing - masing. Namun begitu ianya juga

perlulah bersesuaian dengan kursus yang diambil oleh pelajar di Politeknik

Shah Alam, kerana ianya adalah suatu perkara yang amat penting bagi

seseorang pelajar tersebut agar mereka tidak perlu membazir masa dan

tenaga bagi suatu pekerjaan yang tiada kaitan dalam bidang yang mereka

ceburi semasa di politeknik. Tetapi jika sudah tiada pilihan terpaksalah kita

akur dengan pekerjaan yang kita perolehi semasa menjalani latihan industri

tersebut dengan redha dan tabah.

Page 2: Laporan Akhir Li

Setiap pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta

pilihan mereka sendiri selama satu semester untuk mendedahkan mereka

kepada suasana bekerja yang sebenar. Oleh itu, kita dapat lihat perbezaan

di antara suasana semasa alam pekerjaan dengan situasi semasa di dalam

dewan kuliah adalah amat berbeza sekali.

Hal ini kerana latihan industri ini adalah merupakan salah satu peluang

untuk para pelajar mempelajari sesuatu yang baru dan ianya tidak terdapat

di dalam dewan kuliah semata – mata. Oleh yang sedemikian, latihan

industri ini amatlah penting dan berguna untuk para pelajar bagi

memperolehi pengalaman baru dan ianya juga dapat membentuk sahsiah

diri yang baik serta dapat mendisiplinkan diri seseorang pelajar tersebut

mengikut waktu dan keadaan.

Secara keseluruhannya, latihan industri ini dapat membantu para pelajar

berkomunikasi dengan orang luar secara tidak langsung, ianya juga tidak

tertakluk kepada rakan sekuliah dan juga pensyarah sahaja. Pelajar juga

akan terdedah kepada persekitaran luar semasa menjalani latihan industri,

misalnya apabila pelajar dikehendaki melayan tetamu ataupun pelanggan

syarikat. 

Justeru itu, komunikasi yang dipelajari semasa latihan industri tersebut

amatlah berguna kepada para pelajar apabila mereka memasuki alam

pekerjaan pada masa akan datang.

Selain itu juga, latihan industri ini dapat membantu pelajar dalam

menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugas

yang telah diberikan. Dengan itu, pelajar dapat berfikir dan berkongsi

pendapat bersama – sama staf dalam mencari penyelesaian terhadap

Page 3: Laporan Akhir Li

masalah yang dihadapi tersebut. Secara langsung melalui latihan industri ini

juga ianya dapat dijadikan pengalaman baru dan pengajaran yang berguna

kepada para pelajar apabila mereka sudah bekerja kelak.

Kesimpulannya, latihan industri ini amatlah penting kepada para pelajar

untuk meningkatkan prestasi diri dan menyesuaikan diri dalam apa jua

keadaan. Disamping itu, melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat

menimba pengalaman baru dan dapat merasai sendiri suasana alam

pekerjaan yang sebenar.

Justeru itu, palajar akan berasa rugi sekiranya tidak menjalani latihan

industri ini dengan sebaik mungkin. Oleh itu, dengan adanya latihan industri

ini sedikit sebanyak dapat memberikan semangat kepada para pelajar untuk

terus belajar dan memperolehi kelulusan yang cemerlang kemudian

seterusnya mendapatkan pekerjaan yang bagus tidak kiralah samada

pekerjaan tersebut di jabatan kerajaan mahu pun di firma swasta. 

4.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Pelajar disyaratkan lulus dalam latihan industri ini sebelum ianya dapat

diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma politeknik oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar yang menjalani latihan industri

ini tidak kira sama ada di jabatan-jabatan kerajaan atau di dalam sektor-

sektor swasta akan didedahkan dengan pelbagai cabaran dan masalah

yang sememangnya wujud di dalam dunia mahu pun di alam pekerjaan. 

Tujuan utama latihan industri ini sebenarnya adalah untuk memberi

bimbingan dan pengalaman baru kepada pelajar - pelajar yang akan atau

pun bakal menempuhi segala cabaran dan onak duri di alam pekerjaan

nanti. Para pelajar juga haruslah sentiasa akur dengan peraturan –

Page 4: Laporan Akhir Li

peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik atau pun pihak

syarikat dalam mendidik diri para pelajar untuk menjadi manusia yang lebih

berdisplin dan berkualiti pada masa akan datang kelak.

Antara objektif latihan industri adalah :

i. Membina personaliti individu yang baik.

ii. Memberikan pendedahan kepada pelajar terhadap alam pekerjaan

yang sebenar.

iii. Menambahkan dan meluaskan pengetahuan teknikal serta

kemahiran berfikir di kalangan para pelajar.

iv. Menimbulkan kesedaran dalam diri dan meningkatkan minat

pelajar terhadap bidang atau jurusan yang di ambil semasa di

politeknik.

v. Dapat membina keyakinan diri.

vi. Membolehkan para pelajar mengaitkan teori - teori yang telah

dipelajari dengan aspek - aspek praktikal di firma.

vii. Melahirkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang. 

viii. Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik

sesama pekerja.

ix. Menanamkan sifat kepimpinan kerja yang baik.

x. Mengamalkan peraturan dan etika kerja dengan baik.

xi. Dapat berkomunikasi dengan berkesan dan baik apabila

berhadapan dengan orang luar.

xii. Menanam sifat amanah dan bertanggungjawab.

xiii. Mengamalkan peraturan – peraturan keselamatan samasa di

industri.

Page 5: Laporan Akhir Li

4.3 OBJEKTIF LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI (LALI)

Laporan latihan industri ini disediakan bagi mendokumentasikan aktiviti-

aktiviti dan pengalaman para pelajar sepanjang tempoh mereka menjalani

latihan industri tersebut serta sebagai bahan bukti bahawa seseorang

pelajar itu telah pun menjalani latihan industri. Laporan yang baik serta

bermutu boleh digunakan dalam temuduga kerja kelak. Di samping itu,

ianya juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada para pelajar lain

yang bakal menjalani latihan industri yang sama. Laporan latihan industri ini

juga adalah sebagai memenuhi syarat untuk lulus dalam semester yang

diduduki sepanjang tempoh latihan tersebut dijalankan.

Selain mendapat pendedahan yang lebih awal mengenai situasi alam

pekerjaan yang sebenar, pelajar - pelajar juga dapat memahami dengan

lebih mendalam lagi tentang bidang yang diceburi tersebut. Di samping itu,

para pelajar juga dapat menyesuaikan diri untuk berkomunikasi dan bergaul

mesra dengan para pelanggan, staf-staf serta golongan-golongan atasan di

dalam sesebuah syarikat tersebut. Dengan cara ini, para pelajar dapat

menghilangkan rasa gementar dan rendah diri yang ada di dalam diri

seseorang pelajar tersebut.

Selain daripada itu, melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat

bekerjasama dengan kakitangan syarikat dengan lebih mudah andai kata

mereka ingin meminta bantuan untuk memperolehi maklumat – maklumat

yang diiginkan. Di samping itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan

silaturrahim pelajar dengan kakitangan syarikat berkenaan. Justeru itu,

melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat meningkatkan keyakinan

diri dalam semua hal. 

Page 6: Laporan Akhir Li

Para pelajar juga boleh menonjolkan bakat yang sedia ada di dalam diri

masing – masing tidak kiralah samada di dalam pembaikan komputer dan

sebagainya. Melalui latihan industri ini juga para pelajar diingatkan supaya

haruslah sentiasa berwaspada dan mengamalkan tatatertib yang baik

semasa menjalani latihan industri tersebut. Dengan cara ini, ianya dapat

meningkatkan disiplin diri seseorang pelajar tersebut untuk menempuhi liku

–liku hidup kelak.

Melalui latihan industri ini, para pelajar dapat memberikan kepuasan

kepada pegawai-pegawai atasan melalui hasil penulisan laporan yang baik

di mana melalui penghasilan laporan tersebut, pegawai-pegawai atasan

dapat melihat dan menilai sejauh mana prestasi seseorang pelajar tersebut

yang berada di bawah kelolaan mereka boleh memberikan komitmen dan

tumpuan sepenuhnya terhadap segala ilmu yang pernah mereka curahkan

sepanjang tempoh para pelajar tersebut terbabit dalam menjalani latihan

industri di syarikat mereka.

4.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri ini adalah merupakan salah satu latihan dalam membentuk

jati diri para pelajar agar lebih didedahkan dengan sifat - sifat seperti

bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu kerja dan patuh terhadap

setiap arahan yang telah diberikan. Dengan berbekalkan pengalaman-

pengalaman tentang cara – cara bekerja semasa menjalani latihan industri,

para pelajar dapat menjadikan pengalaman-pengalaman tersebut sebagai

salah satu aset yang amat berharga ketika ingin mencari atau mendapatkan

sesuatu pekerjaan pada masa akan datang kelak. Pengalaman –

pengalaman yang telah diperolehi semasa menjalani latihan industri itu,

Page 7: Laporan Akhir Li

bolehlah dijadikan panduan dan ianya juga boleh dijadikan sebagai suatu

bahan bukti untuk kita mencari dan mendapatkan kerja yang baik.

Melalui latihan industri ini, para pelajar dapat menghindarkan perasaan

kekok apabila menjalankan tugas seharian sewaktu memasuki alam

pekerjaan yang sebenar kerana para pelajar telah dilatih dan diajar untuk

menunaikan tanggungjawab mereka apabila menjalani latihan industri di

badan syarikat masing - masing. Dengan wujudnya latihan industri ini, para

pelajar dapat meluaskan minda dan bersikap lebih terbuka serta matang

berhubung dengan persekitaran alam pekerjaan yang sebenar melalui

penggunaan secara maksima ke atas setiap pengalaman dan pengajaran

yang pernah dilalui dan ditimba oleh para pelajar. Selain itu, pelajar –

pelajar juga dapat mencari inisiatif sendiri bagi menyelesaikan sesuatu

masalah yang mungkin wujud semasa di alam pekerjaan yang sebenar.

Seterusnya, mereka dapat memanipulasikan keadaan sekeliling hanya

dengan menggunakan pengalaman sewaktu mereka menjalani latihan

industri tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. 

Selain daripada memikul tanggungjawab yang diberikan oleh majikan

semasa menjalani latihan industri, para pelajar juga memikul satu lagi

tanggunjawab iaitu tanggungjawab dalam menjaga maruah dan nama baik

politeknik masing - masing dengan menonjolkan diri sebagai seorang

pelajar yang berdedikasi dan berkualiti dalam melaksanakan sesuatu

pekerjaan dengan sempurna, cepat dan tepat. Selain itu, para pelajar juga

dapat mempelajari cara-cara untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan

setiap kakitangan syarikat dan pelanggan dalam usaha untuk memajukan

Page 8: Laporan Akhir Li

syarikat dan untuk mempertingkatkan kemajuan diri sendiri. Melalui latihan

industri ini juga, para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan alam

persekitaran dan budaya pekerjaan yang wujud di dalam sesebuah syarikat

tersebut. Disamping itu, kita juga dapat melihat tingkahlaku dan cara kerja

setiap kakitangan yang positif dan negatif dalam melaksanakan dan

menyempurnakan sesuatu tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Justeru itu, latihan industri ini juga secara tidak langsung dapat membina

dan mengubah personaliti serta imej seseorang pelajar tersebut menjadi

seseorang yang amat berkaliber, berkeyakinan tinggi serta dapat

membantu masyarakat terutamanya dalam meningkatkan kesedaran,

keupayaan dan taraf hidup masyarakat sekeliling. 

Justeru itu, latihan industri ini bukanlah diwujudkan semata-mata untuk

memenuhi syarat -syarat untuk lulus bagi mendapatkan sekeping sijil atau

diploma, bahkan ianya juga dapat digunakan dalam melahirkan seseorang

pelajar yang amat berkualiti, efisyen dan memenuhi keperluan industri serta

berguna kepada masyarakat dan negara kelak.

Page 9: Laporan Akhir Li

BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 PENGENALAN