buku panduan penulisan laporan li

15
2.0 PENYERAHAN DOKUMEN LAPORAN INDUSTRI * Dihantar pada hari penyemakan dokumen Latihan Industri sebagai pra syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pelajar lama. * Dibuat 1 salinan sahaja. * Dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertulis nama dan nombor pendaftaran pelajar. * Laporan harian Latihan Industri (Buku Log) disertakan bersama laporan Latihan Industri. * 1 salinan borang penilaian prestasi Latihan Indutri yang telah diisi dan bercop rasmi Organisasi tempat latihan. 3.0 GARIS PANDUAN PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI 3.1 AM 3.1.1 Laporan hendaklah ditaip pada kertas putih dan disusun mengikut turutan. 3.1.2 Saiz buku laporan ditetapkan kepada saiz A4 (210 x 297) dan berat minimum kertas ialah 80gm. 3.1.3 Laporan dibuat dalam BAHASA MELAYU ATAU BAHASA INGGERIS. . 2 3.2 KANDUNGAN KESELURUHAN Bahan Hadapan Bahan Laporan Bahan Belakang Halaman Judul (lampiran A) Perakuan (lampiran B) Surat Tamat Latihan (lampiran C) Dedikasi (optional) Penghargaan (optional) Senarai Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Lampiran Bab 1 Pengenalan Bab 2 Ringkasan aktiviti latihan industri Bab 3 Isi Kandungan Bab 4 Kesimpulan Bab 5 Komen & Cadangan Rujukan * Sumber kesemua maklumat diperolehi Lampiran * Maklumat tambahan 3.3 Penggunaan Bahasa Inggeris *Penggunaan istilah dalam Bahasa Inggeris hendaklah ditandakan dengan `…………………’ atau diletakkan dalam kurungan (……….......…….…) bagi membantu pemahaman istilah Bahasa Melayu. 3.4 Ayat & Ejaan Mudah difahami, tepat, padat dan ayat pasif. Contoh ayat aktif Saya memeriksa bahan mentah yang dihantar ke SEM dan memaklumkan kegagalan bahagian kepada vendor serta mendapatkan cara penyelesaian. Contoh ayat pasif Bahan mentah yang dihantar ke SEM perlu diperiksa dan kegagalan bahagian serta cara penyelesaian perlu dimaklumkan kepada vendor. 3

Upload: matpett

Post on 25-Jun-2015

477 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Panduan Penulisan Laporan Li

2.0 PENYERAHAN DOKUMEN LAPORAN INDUSTRI

* Dihantar pada hari penyemakan dokumen Latihan Industri sebagai pra syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pelajar lama.

* Dibuat 1 salinan sahaja. * Dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertulis nama

dan nombor pendaftaran pelajar. * Laporan harian Latihan Industri (Buku Log) disertakan

bersama laporan Latihan Industri. * 1 salinan borang penilaian prestasi Latihan Indutri yang

telah diisi dan bercop rasmi Organisasi tempat latihan. 3.0 GARIS PANDUAN PENULISAN LAPORAN LATIHAN

INDUSTRI

3.1 AM 3.1.1 Laporan hendaklah ditaip pada kertas putih dan

disusun mengikut turutan. 3.1.2 Saiz buku laporan ditetapkan kepada saiz A4

(210 x 297) dan berat minimum kertas ialah 80gm.

3.1.3 Laporan dibuat dalam BAHASA MELAYU ATAU BAHASA INGGERIS.

.

2

3.2 KANDUNGAN KESELURUHAN

Bahan Hadapan Bahan Laporan Bahan

Belakang

Halaman Judul (lampiran A) Perakuan (lampiran B) Surat Tamat Latihan (lampiran C) Dedikasi (optional) Penghargaan (optional) Senarai Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Lampiran

Bab 1 Pengenalan Bab 2 Ringkasan aktiviti

latihan industri Bab 3 Isi Kandungan Bab 4 Kesimpulan Bab 5 Komen & Cadangan

Rujukan * Sumber kesemua maklumat diperolehi Lampiran * Maklumat tambahan

3.3 Penggunaan Bahasa Inggeris

*Penggunaan istilah dalam Bahasa Inggeris hendaklah ditandakan dengan `…………………’ atau diletakkan dalam kurungan (……….......…….…) bagi membantu pemahaman istilah Bahasa Melayu.

3.4 Ayat & Ejaan Mudah difahami, tepat, padat dan ayat pasif. Contoh ayat aktif

Saya memeriksa bahan mentah yang dihantar ke SEM dan memaklumkan kegagalan bahagian kepada vendor serta mendapatkan cara penyelesaian.

Contoh ayat pasif Bahan mentah yang dihantar ke SEM perlu diperiksa dan kegagalan bahagian serta cara penyelesaian perlu dimaklumkan kepada vendor.

3

Page 2: Buku Panduan Penulisan Laporan Li

Ejaan

Laporan latihan yang ditulis menggunakan Bahasa Melayu hendaklah menggunakan sistem ejaan seperti yang terdapat di dalam daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi terkini keluaran dewan bahasa dan pustaka.

3.5 Penggunaan Huruf Besar

Huruf besar hendaklah digunakan di setiap permulaan ayat, nama tempat dan nama khas. Nama-nama khas seperti nama alat atau nama pengarang buku yang dirujuk boleh menggunakan huruf besar sepenuhnya.

3.6 Tanda Khas

3.6.1 Tanda ini hendaklah digunakan apabila satu-

satu perkataan melebihi had sempadan kertas. Tanda ``-`` hendaklah diletakkan selepas suku kata terakhir di hujung sempadan kertas dan suku kata perkataan sambungannya hendaklah mempunyai sebutan.

Contoh : ……….tempat- kaedah betul tan

……….tempat- kaedah tidak betul An

4

3.6.2 Sebarang kesalahan hendaklah dipadamkan dengan bersih (gunakan cecair pemadam). Menaip bertindih di atas huruf yang salah (over writing) adalah tidak dibenarkan.

3.6.3 Pelajar digalakkan menggunakan komputer

atau mesin taip elektronik supaya tulisan akan menjadi lebih kemas dan seragam. Penggunaan reben plastik dengan mesin taip biasa sebagai pilihan juga digalakan.

3.6.4 Walau bagaimana pun penggunaan mesin taip

biasa boleh digunakan. Pelajar dinasihatkan supaya membersihkan huruf-huruf pada mesin taip dengan berus terlebih dahulu sebelum digunakan.

3.7 Tajuk dan tajuk kecil 3.7.1 Setiap tajuk dan tajuk kecil sebaik-baiknya

ditaipkan dengan huruf besar dan digariskan di bawahnya.

3.8 Ruangan selepas tanda koma dan noktah 3.8.1 Selepas tanda koma, ditinggalkan satu

ruangan kosong satu aksara (satu space bar) sebelum dimulakan dengan perkataan seterusnya. Selepas tanda noktah, hendaklah ditinggalkan dua ruangan kosong aksara sebelum dimulakan dengan ayat seterusnya.

5

Page 3: Buku Panduan Penulisan Laporan Li

3.9 Sela / Jarak Langkau

3.9.1 Penulisan nombor Bab adalah 4 sela (4x1½ spacing) dari margin atas muka surat

3.9.2 Sela (jarak langkau) antara nombor Bab dan

Tajuk Bab adalah / sela (1½ spacing)

3.9.3 Sela (jarak langkau) antara Tajuk Bab dan Sub Tajuk adalah 3 sela (3x1½ spacing)

3.9.4 Sela (jarak langkau) antara sub-tajuk dengan

baris terakhir teks sebelumnya 2 sela (2x1½ spacing)

3.9.5 Sela (jarak langkau) antara sub-tajuk dengan

baris pertama teks selepasnya ialah 1 sela 3.9.6 Sela (jarak langkau) antara baris adalah 1 sela

(1½ spacing)

3.9.7 Di setiap permulaan perenggan baru hendaklah dilangkah (ditinggalkan) dua sela (2x1½ spacing)

3.10 Nombor bab & Tajuk Bab – (saiz 14) � Sub Tajuk - (saiz 12) � Font tulisan - Times New Roman

@ Arial (saiz 12) � Sela /Jarak Langkau - 1½ baris (1½ spacing) � Bolding - Bab, Judul Bab,

sub-Bab � Justified - teks laporan

6

� Muka surat - Pada setiap permulaan Bab baru ( contoh Bab 2)

� No Muka surat ditaip ditengah-tengah, 20mm dari tepi bawah kertas.

3.11 SISTEM PERNOMBORAN

Bahan Hadapan - nombor roman ( i,ii,iii,iv,v,…....) Bahan Laporan - nombor biasa (1,2,3,4,5,….....)

3.12 PEMBETULAN

Dilarang menggunakan ‘liquid paper’. Segala pembetulan perlulah ditaip semula.

3.13 DAKWAT

Gunakan dakwat HITAM sahaja.

7

25 mm

40 mm 25 mm

25 mm

Text Disini

Page 4: Buku Panduan Penulisan Laporan Li

3.14 MUKASURAT

* Minimum 80 m/s * Maksimum 150 m/s

3.15 Gambarajah/jadual dan lampiran 3.15.1 Gambarajah/jadual/graf yang terdapat dalam

laporan hendaklah dinomborkan mengikut tajuk kecil dan penerangan ringkas.

Contoh :

Rajah 4.7.2

Bilangan Rajah Bilangan Tajuk Kecil Bilangan Bab

3.15.2 Jika gambarajah/gambar tidak dapat

dimuatkan di mukasurat tersebut, panduan rujukan hendaklah diberikan terhadapnya. Semua penerangan atau keterangan pada mana-mana rajah atau ilustrasi hendaklah ditaip atau menggunakan `letter press’ atau `stecil template’. Sebagai contoh :-

Lihat Rajah 7.2.1.1 di muka surat 22

8

Semua bentuk peta, carta, lukisan, graf, gambarajah dan foto disebut rajah hendaklah jelas tidak ditulis tangan. Rajah yang dan penerangannya hendaklah ditaip.

3.15.3 Semua lampiran hendaklah diletakkan di bahagian lampiran di belakang sekali dan diberikan nombor dan nombor muka surat lampiran.

Lampiran A

Muka surat lampiran adalah L1 hingga L10

3.15.4 Sekiranya perlu data, jadual, peta, gambar

dan sebagainya yang terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks laporan bagi menerangkan maksud teks tersebut, maka ianya hendaklah dimuatkan ke dalam lampiran.

3.15.5 Lampiran tidak mengandungi muka surat dan

hendaklah diberi nama seperti lampiran A, lampiran B dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yang disertakan.

9

Page 5: Buku Panduan Penulisan Laporan Li

3.16 Rujukan 3.16.1 Senarai buku rujukan yang dibuat hendaklah

dilampirkan di bahagian belakang laporan selepas bahagian kesimpulan/penutup dengan menyatakan nama pengarang, judul dan tahun penerbitan dan sebaik-baiknya disusun mengikut abjad (nama pengarang).

3.16.2 Kaedah menulis: Nama pengarang, judul buku/majalah, penerbitan dan tahun buku/majalah, diterbitkan.

Contoh: BIBLIOGRAFI/RUJUKAN 1. Mustaphar Mohamad, Pengenalan Teori

Kuantum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1987.

2. Chuah,D.G.S. Solar Radiation in Malaysia, Oxford University Press, Singapore, 1990.

3. Fox, Wiliam, The Mill, New York Geographic

Society, 1976.

10

4.0 Lampiran A

Contoh Halaman Judul

(Halaman Wajib)

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

SYSTEM PROTECTION & MAINTENANCE SDN. BHD. SHAH ALAM, SELANGOR.

(Jan 2005 – Mei 2005)

MOHD NAZIM BIN MURSIDI 08DJK03F006

Laporan Dikemukakan Kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik,

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Kursus Diploma Kejuruteraan Jangkawas Kawalan 2003

11

Page 6: Buku Panduan Penulisan Laporan Li

5.0 Lampiran B

Contoh Perakuan

(Halaman Wajib)

Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali pada bahagian-bahagian yang dilampirkan dari sumber-sumber yang dinyatakan. ……………………. Tarikh : (FADZLY SHAH BIN MOHD ALI) Disahkan oleh : …………………….. Tarikh : (Nama Penyelia/Jurutera) Cop Firma

12

6.0 Lampiran C

Contoh Surat Pengesahan Tamat Latihan

(Halaman Wajib)

COMPANY’S LETTERHEAD

To Whom It May Concern : It is hereby confirmed that Mr/Miss : …………………………….. I/C No : …………………..Completed his/her industrial training at our company. Training Particulars Duration : Department attached to : Types of Job Performed : During his/her short period with our company, we found Mr/Miss ………………........ To be industrious, creative and capable of handling all the assignments given to him/her. Best regards from, ………………………… (Signature & Job Title)

13

Page 7: Buku Panduan Penulisan Laporan Li

7.0 Contoh Dedikasi

Teristimewa buat keluarga, teman-teman, kakak-kakak, abang-abang tersayang serta semua Pensyarah PSA dan anggota Telekom Malaysia Berhad, Pulau Pinang yang terlibat.

14

8.0 Contoh Penghargaan

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu ingin saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan hidayatnya dapat saya menamatkan sesi latihan ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih ingin saya tujukan khas buat pengurus Matsushita Electronic Components (M) Sdn. Bhd. En. Chiji Nishina kerana sudi untuk menerima saya bagi menjalani latihan industri selama 5 bulan bemula daripada 6 Januari 2003 sehingga 22 Mei 2003. Tidak saya lupakan juga buat ibu dan ayah yang telah banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya di sepanjang pengajian saya di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sehinggalah saya tamat menjalani latihan industri ini dengan jayanya. Disamping itu, saya ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih terutama buat En. Rosli, pengarah bahagian High Frequency Product Division (HFPD) dan anak buahnya yang memberi tunjuk ajar kepada saya disamping saya menjalani latihan industri di syarikat ini. Juga buat En. T. Rajan (HFPD) dan Cik Intan Baizurah (Human Resource) yang turut membantu. Akhir sekali ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa juga yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menjalani sesi latihan industri ini. Semoga tuhan akan merestui jasa baik anda semua.

15

Page 8: Buku Panduan Penulisan Laporan Li

9.0 Contoh Senarai Kandungan

SENARAI KANDUNGAN

Isi Kandungan Mukasurat Halaman Judul i Perakuan ii Surat Tamat Latihan iii Dedikasi iv Penghargaan v Senarai Kandungan vi Senarai Jadual vii Senarai Rajah viii Senarai Lampiran ix BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1.1.1 Pendahuluan 1 1.1.2 Objektif Latihan Industri 1 1.1.3 Objektif Laporan 2 1.1.4 Kepentingan Latihan Industri

Kepada pelajar 2

1.2 Latar Belakang Firma 1.2.1 Pengenalan firma 5 1.2.2 Latar Belakang

Penubuhan Firma 5 1.2.3 Ahli Lembaga Pengarah 6 1.2.4 Sistem Pentadbiran 6 1.2.5 Aktiviti Firma 7 1.2.6 Halatuju Firma 7 1.2.7 Carta organisasi Firma 8

16

BAB 2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 Ringkasan aktiviti semasa latihan industri 9

BAB 3 OPERASI RANGKAIAN TEMPATAN

3.1 Pengenalan 12 3.2 Kedudukan Umum Operasi 13 3.3 Struktur Pengagihan Utama 15

3.3.1 Bahagian Ibusawat 20 3.3.2 Bahagian Talian 27

3.4 Rangkaian Suis 50 3.4.1 Operasi Rangkaian Suis 60

3.4.2 Bahagian Penggunaan 65 BAB 4 PENYELENGGARAAN

4.1 Pengenalan 68 4.2 Bahagian Multiplexer 70 4.3 Kabel Optik 74 4.4 Pemancar 80 4.5 Telemetri 85

BAB 5 KESIMPULAN 90 BAB 6 KOMEN & CADANGAN

6.1 Komen 94 6.2 Cadangan 95

BIBLIOGRAFI/RUJUKAN

17

Page 9: Buku Panduan Penulisan Laporan Li

10.0 Contoh Senarai Jadual

SENARAI JADUAL

Jadual Tajuk Mukasurat

1.1 Penyambungan ‘B’ 8 1.2 Penyambungan ‘3M’ 12 2.1 Kod Warna Kabel Optik 25 2.2 Frekuensi Radio 30 2.3 Frekuensi Satelit 33 3.1 Sistem Pemancaran Microwave 48 3.2 Rangkaian Telemetri 53 4.1 Saiz Kabel 65

18

11.0 Contoh Senarai Rajah

SENARAI RAJAH

Rajah Tajuk Mukasurat

1.1 Logo Telekom Malaysia 4 2.1 Carta Organisasi CNO 16 2.2 Operasi Rangkaian Tempatan 17 2.3 Kabinet APO 21 2.4 Kabinet Jenis Ponyet 23 2.5 Laporan Kerosakan 34 3.1 Rangkaian Multiplek Microwave 35 3.2 Hiraki Multiplek 37 3.3 Isyarat Pengkodan 45 3.4 Fibre Loose Tube 57 3.5 Single Mode Fibre 64

19

Page 10: Buku Panduan Penulisan Laporan Li

12.0 Contoh Senarai Lampiran

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN Tajuk Mukasurat Lampiran A Diagram Ibusawat NEAX61K L1 Lampiran B Diagram Ibusawat NEAX61E L2 Lampiran C Service Order Command Input L3 Lampiran D Amplifier Bay L4 Lampiran E Tower & Antenna L5

20

13.0 PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN

1. ‘HEADER dan ‘FOOTER’ yang berlogo dan

bernamakan syarikat adalah tidak dibenarkan.

2. Penulisan berdasarkan ‘point-form’ adalah TIDAK dibenarkan.

Contoh: 7.4 Fungsi Hold

- Untuk mengekalkan bacaan suhu semasa,

tekan butang hold sebanyak satu kali. - Suhu yang dipaparkan tidak akan bertambah

selagi fungsi hold masih lagi aktif. - Paparan akan menunjukkan suhu dan

perkataan ‘hold’ dan untuk kembali ke keadaan normal, maka butang hold ditekan sekali lagi.

Penulisan mestilah dibuat dalam bentuk perenggan seperti contoh dibawah:

7.4 Fungsi Hold

Untuk mengekalkan bacaan suhu semasa, tekan butang hold sebanyak satu kali. Suhu yang dipaparkan tidak akan bertambah selagi fungsi hold masih lagi aktif. Paparan akan menunjukkan suhu dan perkataan ‘hold’ dan untuk kembali ke keadaan normal, maka butang hold ditekan sekali lagi.

21

Page 11: Buku Panduan Penulisan Laporan Li

3. Bagi gambar/rajah/lukisan yang diikuti keterangan dalam muka surat yang sama dikira dalam halaman bermuka surat. Manakala halaman yang hanya ada gambar/rajah/lukisan dikira halaman lampiran.

Contoh:

22

KESIMPULAN

Tidak boleh terlalu ringkas dan sekurang-kurangnya 1 muka surat penuh.

Contoh Kesimpulan

Kesimpulan hendaklah dilaksanakan dengan objektif latihan industri samada ianya berjaya dicapai atau sebaliknya. Kesimpulan juga merupakan hasil dapatan yang diperolehi secara keseluruhan semasa menjalani latihan industri.

14.0 Contoh Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

MINGGU 1

Melaporkan diri ke syarikat

MINGGU 2

Di bahagian Switching Operation Maintenance Area (SOMA), 3 jenis sistem operasi ibusawat iaitu AXE, ALCATEL dan NEAX. Di bahagian SOMA juga, lawatan-lawatan ke ibusawat diadakan seperti di Telemong, Kuala Berang, Gong Badak, Pasir Tinggi dan lain-lain lagi.

MINGGU 3

Di ibusawat AXE, telah dipelajari tentang sejarah ibusawat, subsistem ibusawat, proses signalling, tanggungjawab anggota ibusawat, laluan ibusawat dan mempelajari tentang proses pensuisan pelanggan A dengan pelanggan B.

23

Page 12: Buku Panduan Penulisan Laporan Li

MINGGU 4

Di ibusawat ALCATEL pula, telah dipelajari tentang subsistem yang terdapat di dalam ibusawat dan membaca Number Equipment (NE) yang berada di ibusawat ALCATEL yang mana ianya bertujuan untuk mengenalpasti pelanggan itu berada.

MINGGU 5

Di ibusawat NEAX, telah diajar dan diberi keterangan tentang subsistem ibusawat, keupayaan ibusawat, mempelajari tentang ISDN dan mengikut juruteknik mengambil bacaan meter CAMA & LAMA.

MINGGU 6

Di unit CNO (Customer Network Operation) telah dibahagikan kepada 7 bahagian iaitu faultman, kabel special service, fiber optik, pemasangan, test desk/MDF dan unit ACC. Membuat testing di test desk/MDF tentang cara-cara membaca nombor telefon. Selain itu diajar juga tentang laluan perjalanan telefon yang bermula dari ibusawat, kemudian ke MDF, kabinet, D/P dan seterusnya ke pelanggan . Di CNO pula diberi peluang mengikut faultman membaiki telefon rosak.

24

MINGGU 7

Di TOMA (Transmission Operation Maintenance Area). TOMA berperanan sebagai menghubungkan satu ibusawat ke ibusawat yang lain. Di TOMA, telah dibahagikan kepada 5 unit iaitu monile, microwave, multiplex, fiber optik dan broadcast. Di unit mobile, telah diberi peluang untuk melihat sistem dan peralatan RILL (Radio In Local Loop) yang terletak di atas Bukit Besar.

MINGGU 8

Di bahagian TOMA ini juga telah mempelajari tentang sistem MARS, DRMARS dan country set. Di mikrowave pula, diberi peluang mengikut juruteknik menaiki Bukit Durian Taruh dan melihat peralatan mikrowave di sana. Manakala di multiplex pula telah mempelajari tentang sistem multiplex iaitu PDH (Pleasiochoronous Digital Hirarki) dan SDH (Synchronous Digital Hirarki). Disini juga telah mempelajari tentang proses pemodulatan iaitu PCM (Pause Code Modulation). Di fiber optik, telah diajar menggunakan alat uji fiber optik iaitu OTDR (Optical Time Domain Reflectometer). Alat ini berfungsi sebagai untuk mengesan jarak diantara satu tempat ke satu tempat yang lain. Di Broadcast pula, telah mempelajari tentang laluan TV dan radio. Di samping itu telah diberi peluang melihat peralatan TV1, TV2 dan TV3.

ATAU

25

Page 13: Buku Panduan Penulisan Laporan Li

Jadual Aktiviti Latihan Industri Contoh:

26

Page 14: Buku Panduan Penulisan Laporan Li

SENARAI KANDUNGAN

Senarai Kandungan Mukasurat 1.0 Pengenalan 1 2.0 Penyerahan dokumen Latihan Indutri 2 3.0 Garis Panduan Penulisan Laporan 3-10

Latihan Industri 4.0 Lampiran A

( Contoh Halaman Judul ) 11 5.0 Lampiran B

(Contoh Perakuan) 12

6.0 Lampiran C (Contoh Surat Pengesahan Tamat Latihan) 13

7.0 Contoh Dedikasi 14 8.0 Contoh Penghargaan 15 9.0 Contoh Senarai Kandungan 16-17 10.0 Contoh Senarai Jadual 18 11.0 Contoh Senarai Rajah 19 12.0 Contoh Senarai Lampiran 20 12.0 Perkara-perkara yang diambil

perhatian 21-22

14.0 Contoh Ringkasan Aktiviti Latihan Industri 23-26

1.0 PENGENALAN

Buku panduan Laporan Latihan Industri ini adalah bertujuan untuk memberikan panduan lengkap dan tersusun mengenai semua aspek penyediaan laporan Latihan Industri. Memandangkan tempoh Latihan Industri pelajar adalah selama lebih kurang lima (5) bulan, pelajar-pelajar sering lupa perkara-perkara yang telah disampaikan mengenai penyediaan laporan Latihan Industri semasa taklimat. Sesungguhnya dengan terhasilnya buku panduan ini diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar untuk menyediakan laporan mengikut format yang dikehendaki dan pelajar-pelajar tidak lagi menghadapi sebarang kesulitan dan kekeliruan berhubung dengan penyediaan laporan tersebut. Adalah diharapkan dengan adanya buku panduan ini, pelajar–pelajar akan dapat menghasilkan sebuah laporan yang berkualiti.

‘ SELAMAT MENJALANI LATIHAN INDUSTRI ’

1

Page 15: Buku Panduan Penulisan Laporan Li

NOTA PANDUAN PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

POLITEKNIK

SULTAN SALAHUDDIN

ABDUL AZIZ SHAH

DISEDIAKAN OLEH:

JAWATANKUASA LATIHAN INDUSTRI

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN

ABDUL AZIZ SHAH