(3)laporan akhir li

Upload: kcn1426

Post on 20-Jul-2015

2.181 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PRAKATA Latihan industri merupakan syarat wajib bagi semua penuntut dalam Kolej Universiti Insaniah(KUIN). Latihan ini merupakan satu titik tolak kepada seseorang penuntut di semester keenam bagi kursus di peringkat diploma. Ini bertujuan bagi memulakan langkah pertama untuk menempuh alam kerjaya yang sebenar. Penuntut yang terlibat mestilah mengikuti ke semua program yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Pada masa inilah pelajar dapat mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari di dalam kuliah. Kebiasaannya,program-program yang dijalankan adalah selari dengan bidang pengajian masing-masing. Lebih kurang empat belas minggu pelajar akan mengikuti program latihan industri ini, pelajar mestilah menyiapkan satu laporan akhir mengenai tempat latihan yang telah mereka duduki. Antara skop utamanya ialah mengenai latar belakang syarikat dan apa yang dipelajari sepanjang tempoh berada di syarikat tersebut. Dengan adanya latihan industri,pelajar akan memperolehi pengalaman yang bermakna,serta dapat mengetahui serba-sedikit berkenaan suasana berada di tempat kerja yang sebenar. Pelajar juga dapat menambah pengetahuan yang sedia ada bagi menghadapi persaingan di alam pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Hanya mereka yang mantap,matang,terlatih,dan berkeyakinan diri sahaja akan terus maju selari dengan aspirasi pemimpin yang menginginkan lebih ramai generasi muda yang mampu berdaya saing di peringkat global dilahirkan.

1

PENGAKUAN Bahawasanya saya Mohd Zulkarnain Bin Manjurni kursus Diploma Teknologi Maklumat(DIT), pemegang nombor matrik M0911502-20 daripada Kolej Universiti Insaniah telah menyediakan laporan akhir Latihan Industri ini dengan hasil karya dan nukilan saya sendiri dengan bantuan Pn. Zaiton Binti Ariffin dan Encik Umar Adha.

Tandatangan Pemilik Laporan

.. Nama : Mohd Zulkarnain Bin Manjurni Tarikh:

2

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t.. Pertama dan selamanya,setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada syarikat besar Telekom Malaysia Alor Star (TM) , BSQM ( Business Support Quality Management) yang telah menberi peluang kepada saya untuk menjalani Latihan Industri di syarikat ini. Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia saya bernama Mohd Zulkarnain Bin Manjurni telah tamat menjalani latihan industri di syarikat ini bermula dari 18 Disember 2011 hingga 05 April 2012. Alhamdulillah,sepanjang tempoh latihan ini berlangsung saya dapat menyiapkan buku laporan akhir Latihan Industri ini dan dapat menambah ilmu pengetahuan serta pengalaman dalam bidang yang saya ceburi. Saya amat berterima kasih kepada warga staf BSQM (Business Support Quality Management) dan Bahagian DATA serta MDF (Main Distribution Frame) kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan latihan kepada saya. Terlalu banyak input-input penting telah mereka dedahkan kepada saya. Sepanjang tempoh saya menjalani Latihan Industri ini juga,terlalu banyak tunjuk ajar yang telah mereka berikan kepada saya untuk menyiapkan buku laporan harian dan laporan akhir Latihan Industri. Akhir sekali,ucapan terima kasih kepada semua pensyarah khususnya pensyarah yang terlibat secara langsung dalam gerak kerja Latihan Industri ini. Semoga segala jasa baik yang telah di curahkan mampu dijadikan bekalan untuk saya di masa hadapan. Terima kasih.

3

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Laporan akhir latihan industri merupakan salah satu daripada prasyarat penting kepada pelajar sebelum menamatkan pengajian dalam masing-masing. Maka dengan itu,setiap penuntut dalam bidang tertentu di Kolej Universiti Insaniah yang telah berjaya menjalani dan menamatkan Latihan Industri di tempat masing-masing mestilah menyediakan satu laporan akhir berkenaan dengan latihan indutri yang telah di jalankan. Buku laporan akhir yang perlu di sediakan adalah sangat penting bagi penuntut untuk membuktikan bahawa mereka telah menjalani latihan industri sebagaimana yang telah digariskan oleh pihak kolej. Di samping itu laporan ini juga boleh dijadikan panduan untuk para penuntut dalam menempuh alam pekerjaan di masa hadapan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai penuntut yang telah menjalani latihan industri sebagaimana yang telah ditetapkan selama lebih kurang 16 minggu bermula pada tarikh 18 Disember 2011 hingga 05 April 2012. Saya telah diberi peluang untuk menjalani latihan industri di Telekom Malaysia Alor Star dalam bahagian BSQM (Business Support Quality Management) dan DATA serta MDF(Main Distribution Frame) .Selain itu , syarikat ini bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan komunikasi dan internet jalur lebar di seluruh Negara. Setiap penuntut perlu menjalani Latihan Industri sebelum menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing. Ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar dunia sebenar kerjaya yang bakal mereka tempuhi kelak. Latihan industri juga dapat memperlihatkan perkaitan antara teori yang dipelajari di dalam kelas dengan kerja-kerja praktikal sambil mengamalkan peraturanperaturan yang telah di tetapkan.

4

1.2 Objektif Latihan Industri

Latihan Industri merupakan salah satu sukatan pelajaran yang wajib diikuti oleh setiap pelajar dalam bidang-bidang tertentu di Kolej Universiti Insaniah sebelum menamatkan pengajian mereka. Pendedahan awal ini memberi banyak manfaat kepada pelajar mahupun Jabatan-jabatan Kerajaan,Badan-badan Korporat dan Agensi-agensi Swasta yang turut terlibat. Justeru,objektif utama Latihan Industri adalah : 1. Meningkatkan taraf pendidikan Negara serta mutu tenaga kerja mahir 2. Menanam semangat para pelajar bekerja secara berpasukan disamping melatih para pelajar mahir berkomunikasi sesama pekerja 3. Membolehkan para pelajar membuat perbandingan antara teori dengan praktikal 4. Menambah ilmu pengetahuan serta kemahiran teknikal para pelajar 5. Memantapkan keyakinan serta mengasah bakat pelajar terhadap bidang yang sedang diceburi 6. Meluaskan pergaulan di antara para pelajar dengan kumpulan masyarakat terutama pekerja-pekerja industri 7. Meningkatkan semangat kerjasama berpasukan,bertanggungjawab,bertoleransi dan berkeyakinan dalam mengharungi apa jua situasi

5

1.3 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Setiap program yang dijalankan mempunyai kepentingannya tersendiri. Begitu juga dengan Latihan Industri yang telah digariskan kepada pelajar,antara kepentingannya adalah : 1. Mendedahkan para pelajar mengenai alam pekerjaan yang sebenar 2. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada 3. Membuka minda pelajar untuk berfikir dengan lebih rasional 4. Menambahkan kemahiran dan skill para pelajar 5. Memenuhi syarat untuk menamatkan pengajian 6. Membina pesonaliti individu yang positif. 7. Melatih kemahiran berkomunikasi. 8. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik. 9. Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan. 10. Mempelajari cara menghasilkan laporan harian latihan industri.

6

BAB 2 : Latar Belakang Telekom Malaysia Berhad (TM)

2.1 : Sejarah Telekom Malaysia Jabatan Telekom Malaysia diperbadankan dan diswastakan pada 12 Oktober 1984 dan ia dikenali sebagai sebuah Syarikat Telekom Malaysia Berhad. Telekom Malaysia Berhad (TM) menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi dalam jalur lebar serta data dan talian tetap.Syarikat Telekom Malaysia juga merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara Telekom Malaysia juga memiliki anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet (TM Net) yang menawarkan perhubungan jalur nipis dan jalur lebar.Selain itu, Jabatan Telekom Malaysia yang pertama telah ditubuhkan adalah di Perak pada tahun 1878.Telekom Malaysia ini juga merupakan sebagai pembekal utama perkhidmatan telekomunikasi di negara ini Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai kerja yang terbaik untuk para pelanggannya serta menjaga kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. TM mempunyai sebuah jumlah syarikat terbanyak dalam kawalan di dalam dan di luar Malaysia. Melalui cabang pelaburan TM International Sdn Bhd, TM telah membeli dan mengawal beberapa telekom permulaan yang mana kebanyakannya berada di kedudukan terdekat dengan rantau negara. Telekom Malaysia Berhad pada mulanya ditubuhkan bagi memberikan perkhidmatan telekomunikasi kepada rakyat Malaysia . Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti perkhidmatan telefon awam dan rumah , penggilan rumh , panggilan kecemasan dan sebagainya . Melalui pemberian lesen oleh kerajaan kepada Telekom Malaysia Berhad ia memberikan hak kepada Telekom untuk mengendalikan kesemua sistem telekomunikasi . Selain itu , penubuhan Universiti Telekom (UNITEL) pada tahun 1997 adalah merupakan universiti swasta pertama di Malaysia yang mempunyai objektif menyumbng ke arah pembangunan teknologi maklumat , industri multimedia dan telekomunikasi . Begitu juga dengan penubuhan Universiti Multimedia pada tahun 1999 .

7

Dalam era teknologi pada masa kini , Telekom Malaysia Berhad berusaha mempertingkatkan perkhidmatannya dan sentiasa menyalurkan produk dan perkhidmatan terbaik demi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan pelanggannya . Salah satu produk dan perkhidmatan yang merupakan penyumbang utama kepada keuntungan syarikat ialah perkhidmatan telefon Direct Exchange Line . Dengan pelanggan melebihi 4.4 bilion.Telekom Malaysia Berhad telah berusaha untuk mempertingkatkan pasaran bagi memenuhi impiannya untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia dengan memberi tumpuan penuh kepada kepuasan pelanggan secara menyeluruh .

Penubuhan Telekom Malaysia Berhad juga dapat menyediakan peluang peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia . Dengan ini , penduduk tempatan dapat memenuhi peluang peluang pekerjaan yang disediakan dan kadar pengangguran yang wujud dapat dikurangkan .

2.2 : Sejarah Perkembangan Organisasi Jabatan Telekom Malaysia Berhad wujud pada tahun 1946 iaitu selepas zaman pemerintahan Jepun . Dalam matlamat Rancangan Persekutuan 1956 , ia meletakkan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan telefon termoden . Dalam era 60an , rangkaian telefon telah dipertingkatkan oleh Jabatan Telekom . Pada tahun 1963 , sistem gelombang mikro yang pertama telah dipasang diantara Kuala Lumpur dan Singapura . Ia diperluaskan ke Ipoh dan Pulau Pinang di Pantai barat serta ke Pantai Timur meliputi Kuantan dan Kota Bharu . Sistem Telefon Radio Antarabangsa daripada Kuching ke Malaya dan Singapura telah diperkenalkan pada tahun 1960 . Pada April 1970 , stesen Satelit Bumi Antarabangsa yang pertama ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan telefon di peringkat antarabangsa . Perkhidmatan Teleks secara manual digantikan dengan sistem automatik pada tahun 1975 . Manakala , Telekom juga telah memperkenalkan perkhidmatan Antarabangsa Terus Dail (International Direct Dialling / IDD). Melalui perkhidmatan ini , panggilan terus boleh dibuat ke luar negara seperti United Kingdom , Austarlia , Jepun dan Hong Kong serta ditambah kepada lebih 70 destinasi luar negara .

8

Pada tahun 1980 , ibusawat elektronik pertama (SPC) telah dilancarkan di Johor . Pada masa yang sama projek kabel dasar laut (submarine cable) yang menghubungkan Kuantan dan Kuching telah berjaya dilaksanakan . Pada tahun 1981 , Standard Satelite yang kedua di Lendu , Melaka yang menghubungkan Satelit Lautan India telah dilancarkan . Manakala pada tahun 1982, Telefax telah diperkenalkan dengan tujuan memberi kemudahan pancaran saluran cetakan, imej dan grafik . Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Telekom Malaysia (JTM) , kerajaan telah mengambil langkah yang bijak dengan menswastakannya pada 12 Oktober 1984 . Dengan ini , JTM telah ditukar nama kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan ia mampu bersaing dengan syarikat telekomunikasi yang sedia ada di Malaysia . Matlamat penswastaan organisasi tersebut adalah untuk meningkatkan produktiviti negara dan menyimbangkan ke arah negara perindustrian . Selain itu , Telekom Malaysia Berhad (TMB) diswastakan bagi menyahut cabaran kerajaan dalam menjadikan sebuah organisasi yang terunggul di negara ini . Pada tahun 1990 , Telekom telah berjaya meningkatkan keberkesanannya apabila jumlah talian meningkat kepada 1.58 juta talian dengan anggaran nisbah 8 talian untuk 100 orang penduduk . Telekom juga telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun tersebut . Industri telekomunikasi di Malaysia berubah ke arah matlamat unuk menggalakkan persaingan sihat dengan pelbagai rangkaian lain dalam pasaran telekomunikasi menerusi perlaksanaan Akses Samarata (Equal Acess) mulai 1 Januari 1999 . Mulai 1 Julai 1995 , Telekom melaksanakan penstrukturan semula organisasi sebagai persediaan menghadapi perubahan situasi pasaran terutamanya akibat pertambahan jumlah pesaing dalam industri ini . Ia memberikan tanggungjawab dan kawalan penuh kepada Pengurus Pejabat Telekom Tempatan menurut segmen masing masing . Menerusi struktur baru ini , Telekom dapat memenuhi keperluan dan kehendak setiap segmen pasaran dengan lebih berkesan. Untuk menghadapi era globalisasi , sekali lagi pada Januari 2001 Telekom Malaysia Berhad distrukturkan semula . Dalam pengstrukturan baru Telekom Malaysia Berhad mempunyai lebih daya saing untuk mengharungi era globalisasi .

9

Di samping itu , perkembangan era teknologi yang semakin meningkat pelbagai perkhidmatan baru telah disediakan . Antaranya ialah talian COINS , TOLLFREE , VPN , KADFON , MALAYSIA DIRECT , VSAT , WILL , TELESSTOCK , ISDN , TMNET , VIDEO CONFERENCING dan sebagainya telah diperkenalkan . Dengan pencapaian dan peningkatan yang dialami oleh Telekom Malysia Berhad , tidak mustahil sekiranya ia menjadi sebuah syarikat telekomunikasi yang terunggul dan terkemuka serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa .

10

2.2.1 : LOGO TELEKOM MALAYSIA BERHAD

11

2.3 : Objektif Telekom Malaysia Berhad Objektif penubuhan Telekom adalah untuk memberi kemudahan kepada para pelanggan berkenaan dengan pelbagai urusan yang berkaitan dengan sistem telekomunikasi dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkualiti tinggi . Slogan Sentiasa Bersamamu menjadi bukti bahawa Telekom sentiasa mengutamakan kepuasan para pelanggannya secara menyeluruh .

2.4 : Visi Telekom Malaysia Berhad Visi Telekom adalah untuk menjadi Syarikat Komunikasi pilihan dengan penumpuan ke arah menyampaikan Nilai Terunggul kepada pelanggan dan pihak pihak lain yang berkepintangan dalam Syarikat .

2.5 : Misi Telekom Malaysia Berhad Untuk mencapai Visi ini Telekom berazam melaksanakan perkara perkara berikut : Menjadi peneraju yang diiktiraf dalam semua pasaran yang kita ceburi . Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada pelanggan dan menyediakan penyelesaian setempat yang menyeluruh .

12

BAB 3 : Bidang Tugas Di Telekom Malaysia Alor Star 3.1 : Material Management And Spare Part Management

Merupakan ibu pejabat kepada enam zon iaitu sekitar Kedah dan Perlis.Dalam bahagian ini juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu Material Management dan Spare Part Management.Material Management adalah berkait rapat dengan alatan-alatan wayar dalam kabinet-kabinet di tepi jalan serta menguruskan urusan pembelian segala material ..Manakala Spare Part Management adalah seperti kad-kad fiber dan bukan fiber yang digunakan di dalam kabinet-kabinet di luar kawasan.Contoh-contoh spare part adalah kad-kad fiber dan tembaga , PERNET (NEC) , HYUNDAI , ERICSSON , ADC , HUAWEI , MARCOM

Dalam bahagian Material Management dan Spare Part Management, ia menggunakan sistem SAP iaitu System Application Product dimana sistem ini berfungsi sebagai tugasan membuat paparan material dan spare part kad-kad fiber dan bukan fiber.Selain itu SAP (System Application Product) ini juga berfungsi membuat pendaftaran material dan spare part pada kad-kad fiber dan bukan fiber yang digunakan di dalan kabinetkabinet di luar kawasan.

3.1.1 : Kaedah-Kaedah yang digunakan dalam SAP (System Aplication Product)

I. II. III. IV. V.

Membuat paparan material dan spare partt Daftar material dan spare part Transfer posting material dan spare part Purchasing Refbrushing management (kad-kad fiber dan bukan fiber yang telah digunakan dan dibaiki semula)

13

3.2 : Penjagaan Stok Modem Streamyx dan Direct Telephone

Bahagian Penjagaan stok modem streamyx dan direct telephone ini dikendalikan oleh Mr Ooi dimana modem-modem serta telefon tetap ini digunakan oleh para pelanggan setelah melanggan pakej streamyx yang mereka sendiri pilih.Selain itu , bahagian ini juga banyak menerima tempahan material seperti telefon tetap dan modem.

Untuk memastikan penjagaan modem dan telefon tetap diurus dengan lebih mudah dan cepat , satu jenis sistem telah diguna pakai iaitu SAP (System Application Product).Dimana sistem ini digunakan untuk membuat stock overview material berdasarkan kad-kad nombor material yang telah diberikan dalam sistem tersebut.Selain itu , pesanan modem dan telefon tetap daripada pelanggan-pelanggan direkodkan dalam borang khas iaitu SCCV (Summary of CPE Consumption Verification Form) dan DSR (District Store Requestion Form) supaya mengetahui jumlah pesanan yang diminta.

Sistem SAP (System Application Product) digunakan juga untuk merekod pergerakan SLT Kedah dan Perlis mengikut cost centre yang ditetapkan dalam sistem ini.Kiraan jumlah material seperti telefon tetap dan modem yang telah dikeluarkan di dalam stok berdasarkan sistem SAP mengikut cost centre yang diberi mengikut kawasan.

Tempahan modem atau telefon tetap dibuat dalam borang SCCV dan DSR terlebih dahulu setelah menerima pesanan dari enam zon Telekom Malaysia yang berkaitan iaitu Alor Star , Sungai Petani-Ria , Sungai Petani- Bakar Arang , Kulim , Baling dan Kangar.Setelah tempahan dibuat menggunakan borang SCCV dan DSR , maka tempahan perlu dibuat ke dalam sistem SAP untuk direkodkan.

14

3.2.1 : Cost Centre mengikut kawasan

I. II. III. IV.

YGHC33 untuk Government YRAC33 untuk Consumer YEHC33 untuk Enterprises YNDS33 untuk SME (Syarikat-syarikat kecil)

3.2.2 : Telefon tetap mempunyai pelbagai jenis telefon seperti :

I. II. III. IV.

Dect Phone Motorola CPEO Phone Motorola M40 CDMA Phone

15

3.3 : Main Distribution Frame dan Data

Main Distribution Frame memainkan peranan penting dalam gerak kerja Telekom Malaysia Berhad Alor Star.Dalam bahagian ini staf telekom akan merima work order talian tetap atau streamyx dari pihak yang berkaitan dan akan terus membuat jumpering serta memastikan pemasangan jumpering adalah betul.Jumpering dibuat mengikut bar yang telah ditetapakan berdasarkan nombor-nombor yang terdapat di bar berkenaan.

Sistem INFORM (Intergrated Fullfillment Order Management System) dan SAM (Streamyx Appointment Management System) diguna pakai untuk membuat penyemakan status work order yang diterima.Selain itu , pemasangan baru atau gantian dan pemotongan talian tetap dan streamyx berpandukan maklumat yang terdapat dalam sistem INFORM (Intergrated Fullfillment Order Management System) dan SAM (Streamyx Appointment Management System).

Wayar jumper yang digunakan adalah bewarna biru dan putih. Wayar ini akan ditarik dari LEN/NTA ke BAR/MDF. Sebelum pemasangan wayar jumper dilakukan , hendaklah memastikan port di BAR/MDF tiada pelanggan.Jika port di BAR/MDF mempunyai pelanggan hendaklah kekalkan pada port yang berdekatan dengan port yang asal.Seterusnya panggilan percubaan dilakukan untuk memastikan ia berfingsi dengan baik.Alatan- alatan yang digunakan untuk membuat jumpering adalah puncher , jumper wire , cutter dan telefon set (testing telephone).

Pemasangan talian tetap menggunakan jumper (cable) bewarna putih dan biru manakala untuk internet jalur lebar (Streamyx) pula mengunakan jumper (cable) bewarna oren.Pemasanagn untuk kedua-dua ini adalah mengikut V-bar yang telah diberikan.Setelah pemasangan selesai,tugasan pemeriksaan ke atas pemasangan tersebut hendaklah dilakukan untuk memastikan pemasangan tadi berfungsi dengan baik.

16

BAB 4 : Penyataan Masalah

Saya Mohd Zulkarnain Bin Manjurni telah mendapat satu tugasan daripada staf telekom Alor Star iaitu Puan Zaiton untuk membina satu laman sesawang iaitu Maklumat Pelajar Praktikal Telekom Malaysia Alor Star.Sebelum ini ,laman ini belum dicipta oleh mana-mana kakitangan Telekom Malaysia.Oleh itu laman ini dibina untuk menyeragamkan gerak kerja dan aktiviti pelajar- pelajar praktikal Telekom Malaysia Alor Star.

4.1 : Objektif Projek Objektif ini adalah bagi memudahkan pengurusan kawalan aktiviti dan gerak kerja dimana pelajar-pelajar praktikal ini perlu mengikuti jadual yang telah ditempatkan di bahagianbahagian Telekom Malaysia Alor Star.Oleh itu , pembangunan laman sesawang ini dapat menyelaraskan aktiviti-aktiviti mereka dalam bahagian-bahagian yang ditempatkan oleh pihak atasan.

4.2 : Skop Projek Skop merujuk kepada semua kerja yg terlibat dalam menghasilkan projek dan proses yang digunakan untuk mencipta laman sesawang ini. Pengurusan skop projek meliputi proses yg terlibat dalam menaiktaraf dan mengawal apa yang perlu dan tidak perlu dimasukkan ke dalam projek. Selain itu , dapat meningkatkan dan membuat penambahbaikan sistem yang sedia ada.

17

4.2.1: Skop Pengguna Laman sesawang ini hanya boleh diakses oleh kakitangan Telekom Malaysia Alor Star sahaja.Dimana kakitangan telekom hanya boleh membuat perubahan dalam laman sesawang ini.

4.2.2 : Skop sistem Laman sesawang ini menggunakan Joomla versi 2.5. Joomla amat terkenal dalam pembangunan web kerana ia mudah digunakan dan mesra pengguna.Selain itu , ia mempunyai banyak fungsi dalam membangunkan sesuatu web.

4.3 : Fungsi dan Kegunaan Web Web ini dibangunkan khas untuk merekodkan segala aktiviti-aktiviti pelajar praktikal di telekom.Tambahan pula , pihak atasan dapat menyelaraskan kedudukan pelajar-pelajar ini berdasarkan jadual yang telah diberikan kepada mereka.Dalam web ini telah terbina segala fungsi-fungsi seperti profil pelajar praktikal , bahagian-bahagian yang ditempatkan dan masa serta tarikh .

18

BAB 5 : Analisa dan Keputusan

5.1 : Pengujian

Setiap sistem yang beroperasi , pasti ada kelemahan masing-masing. Begitu juga dengan web ini. Walaupun ia ditugaskan untuk memberi kemudahan untuk mencari maklumat setiap pelajar praktikal Telekom Malaysia Alor Star , ia dapat berfungsi dengan baik.Contohnya;

i.

Web ini digunakan untuk mengawal aktiviti-aktiviti pelajar latihan industri di telekom Alor Star.

ii.

Adalah disyorkan supaya pihak bertanggungjawab dapat memantau dan memastikan web ini sentiasa dalam keadaan baik dan tidak bermasalah bagi melicinkan lagi kerja-kerja yang berkaitan.

iii. iv.

Sekiranya mengalami perubahan hendaklah di kemaskini. Untuk menjadikan setiap kerja berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan, adalah dicadangkan supaya pihak Telekom sentiasa mengemaskini dan mengambil tahu tentang maklumat pelajar praktikal dari semasa ke semasa. Oleh itu, hubungan antara pelajar latihan industri dan kakitangan Telekom adalah sangat penting dan mesra.

5.1.1 : Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan daripada pembangunan web ini ialah penggunaan web ini sangat penting kepada Telekom Malaysia Alor Star kerana tiada alternatif lain untuk mengesan maklumat pelajar praktikal selain menggunakan web ini.

19

5.2 : Kesimpulan 5.2.1 : Cadangan dan Pembaharuan

Setelah tamat menjalani Latihan Industri yang bermula pada 18 Disember 2011 dan telah selamat berakhir pada 05 April 2012 di Telekom Alor Star. Kini dapatlah saya membuat beberapa kesimpulan iaitu :-

Selama 6 bulan saya menjalani Latihan Industri di syarikat tersebut, saya telah diajar dan diberi pendedahan dengan lebih mendalam mengenai bidang Teknologi Maklumat dan berkaitan dengan IT iaitu kursus yang diambil di Kolej Universiti Insaniah . Banyak perkara yang sebelum ini tidak diketahui telah dipelajari sepanjang saya melalui tempoh Latihan Industri ini. Sesungguhnya ini dapat mematangkan para pelajar bagi menempuhi alam pekerjaan yang sebenar setelah tamat pengajian di kolej . Walaupun terdapat beberapa tugas yang tidak berkait rapat dengan bidang yang diambil , ini juga dapat menambahkan lagi pengetahuan para pelajar. Saya bersyukur kerana telah mendapat tunjuk ajar daripada pihak syarikat terutamanya penyelia serta rakan-rakan sekerja.

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah Latihan Industri yang diwajibkan kepada pelajar Kolej Universisti Insaniah ini dapat memberi banyak manfaat dan pengalaman kepada saya. Selain daripada itu, ia juga memberi semangat serta keyakinan kepada saya untuk terus menceburkan diri dalam bidang ini kerana ia berkait rapat dengan kursus yang saya ambil di koleh iaitu Diploma Teknologi Maklumat . Mulai dari saat ini saya bertekad dan terus berazam untuk terus menimba pengetahuan sebanyak yang mungkin dalam bidang yang saya ceburi.

20

5.3 : Penutup

Semasa menjalani Latihan Industri , para pelajar mungkin menghadapi masalah-masalah tertentu contohnya seperti penyesuaian diri di tempat kerja. Disebabkan perkara tersebut , beberapa faktor perlu diambil kira bagi mengelakkan masalah-masalah ini dari terus berlaku. Bagi menambahkan lagi keupayaan dan membantu para pelajar Kolej Universiti Insaniah yang menjalani Latihan Industri, terdapat beberapa saranan dan cadangan yang boleh diambil dan diantaranya ialah :-

1.

Bagi pihak para pelajar Kolej Universiti Insaniah yang akan menjalani Latihan Industri,

mereka perlu menitik beratkan tentang masalah-masalah yang bakal dan dihadapi oleh mereka sendiri semasa menjalani Latihan Industri. Pihak kolej juga haruslah mengambil berat mengenai masalah yang dikemukan oleh para pelajar serta mengambil tindakan ynag sewajarnya.

2.

Para pelajar yang akan menjalani Latihan Industri perlu mengambil beberapa langkah

berjaga-jaga dan harus tahu apakah tindakan yang perlu diambil seandainya berlaku sebarang masalah atau kesulitan.

3.

Bagi majikan, pegawai atau penyelia firma atau syarikat perlu memberikan perhatian

yang penuh terhadap para pelajar serta memberi tunjuk ajar yang secukupnya seperti yang diharapkan. Selain itu , mereka juga perlu memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada para pelajar yang menjalani Latihan Industri.

21

Oleh yang demikian , dapatlah disimpulkan bahawa Latihan Industri yang dijalankan oleh para pelajar bukanlah semudah yang disangkakan. Dengan itu , para pelajar mestilah mengambil inisiatif dan memandang lebih serius dalam perkara tersebut.

22

Senarai Rujukan

1. Buku Laporan Latihan Industri Diploma Teknologi Maklumat, Kolej Universiti Insaniah 2. Buku Panduan Laporan Latihan Industri KUIN 2012 3. Buku Latihan Harian Latihan Industri 2012 4. Profil Telekom Malaysia Alor Star 5. Laman http://www.tm.com.my

23

Bibliografi Lampiran

Gambar rajah (SAP) System Aplication Product

Log in berpandukan id yang sedia ada

24

Contoh transaksi yang siap Terpulang pada cara dan susunan tuan puan untuk susun transaksi tersebut seperti contoh paparan dibawah :-

25

Rujukkan Pilihan transaksi Dibawah merupakan transaksi yang perlu ada di Favorite system SAP bagi setiap ID tuan atau puan. Good Receive Purchase Order ML81N - Service Entry Sheet Untuk melihat kuantiti di simpanan Store MMBE - Stock Overview MB52 - List of Warehouse Stocks on Hand IQ09 - Display Material Serial Number Untuk membuang Material yang tidak wujud di fizikal / tidak sama di sistem MI01 - Create Physical Inventory Document MI04 - Enter Inventory Count with Document MI07 - Process List of Differences Untuk membuat Good Issue MIGO - Goods movement ADHA SPARE PART Refurbishment order

26

Untuk Good Receive bagi alatan yang siap repair IQ08 IQ02 MIGO IW31 - Change Material Serial Number ( > dari satu unit) - Change Material Serial Number ( 1 unit sahaja) - Goods movement - Create Order

ML81N - Service Entry Sheet MMBE - Stock Overview ME23N - Display PO IW39 - Display RO

Untuk Refurbishment Order (RO) MSC1N - Create Batch Refurbish IW81 KO22 IW39 IW32 - Create Refurbishment Order - Change Order Budget - Display RO yang dah siap - Change RO (yang silap)

MIGO - good issue keluar barang ME53N - Display PR Detail ME5A - List PR Display

ME23N - Display Purchase Order (PO) S_ALR_87013433 - Display Document Flow (nak tgk flow PO , PR )

27

Untuk buat Reservation dari ML MB21 - Create Reservation MB22 - Change Reservation MB23 - Display Reservation ZMB25 - Material Reservation List MB25 - Reservation List

Reporting untuk print out maklumat di simpanan KSB1 - Cost Centers: Actual Line Items MB03 - Display Material Document MB02 - Change Material Document MI04 - Enter Inventory Count with Document MB5B - Stocks for Posting Date MB52 - List of Warehouse Stocks on Hand MMBE - Stock Overview IQ09 - Display Material Serial Number

28

Untuk proses TEST GEAR IH01 - Functional Location Structure IH08 - Display Equipment IH08 - List IH03 - Structural Display IE03 Display

29

REFURBISHMENT PROCESS FLOW

30

CREATION OF REFURBISHMENT ORDER

31

GOODS RECEIPT FAULTY STOCK

1. Go to transaction code MIGO

2. Enter first field (1) Goods Receipt 3. Enter second field (2) Others 4. Enter third field (3) 903 (movement type) 5. Click ENTER button. 6. Go to tab .

7. Enter material number (7XXXXXXXXX) 8. Click ENTER button. 9. Go to tab 10. Enter quantity of the faulty card that being received. 11. Enter Ext. amount LC = 1 (RM1) 12. Go to tab 13. Enter Plant 14. Enter storage location. 15. Click ENTER button. 16. Go to tab .

17. Enter batch faulty batch (e.g. F-RACK09) 32

18. Click ENTER button, pop up screen Valuation type will be appearing. Double click to valuation type = FAULTY. 19. Go to tab 20. Enter Cost Center. 21. Go to tab . .

22. Enter serial number of the faulty card.

23. Ensure

being tick.

24. If user want to print the transaction please tick 25. Click button .

26. If pop up message appears as below, clicks enter

33

27. If there is no error, click button

. Posting document number will be appearing.

STOCK OVERVIEW. 1. Go to transaction code MMBE

2. Enter Material number 3. Enter Plant 4. Enter Storage location. 5. Un tick 6. Click button .

34

7. Ensure that faulty card that user receipt already in the system. 8. Check whether REFURBISHMENT batch already exist or not. But if user dont want to use existing refurbishment batch user can create new refurbishment batch CREATE BATCH 1. Go to transaction code MSC1N

2. Enter Material number. 3. Enter batch (new batch that need to be created e.g. R-RACK09) 4. Enter plant 5. Enter storage location 6. Click ENTER button.

35

7. Enter Valuation type = REFURBISH 8. Click SAVE button.

CREATION OF REFURBISHMENT ORDER 1. Go to transaction code IW81

2. Enter order type = ZTM3 3. Enter material number 4. Enter planning plant 5. Click ENTER button.

36

6. Enter Description of the refurbishment order. 7. Enter Planner Group 8. Enter Work Center 9. Enter target quantity

10. Enter Frm (in the stock before issue) Enter Plant Enter storage location Enter batch

11. Enter To (receive after repair) Enter Plant Enter storage location Enter batch

1. Enter Valuation type = REFURBISH 12. Click button .

37

13. Click button 14. Click button

to find the serial number. .

15. Double click to selected serial number.

16. Click ENTER when pop up message appear as above. 17. Click ENTER 18. Go to tab 19. Enter Plant Section. User can continue with order processing process (internal labor and/or internal service). Refer to 6.0 20. Click button SAVE

38

GOODS ISSUES

1. Go to transaction code = MIGO

2. Choose at the first field = Goods Issue 3. Choose at second field = Order 4. Enter at third field your Maintenance Order number 5. Click ENTER button. 6. Material information will be appear at the below of the screen.

39

7. Click tab 8. Click tab

, storage location defaulted based on information in Maintenance order. , batch defaulted based on maintenance order. Valuation type will be

automatically being filled in. 9. Click tab , enter serial number. Advices able please search the serial .

number from system by click

40

10. Enter Refurbishment order number 11. Then click EXECUTE button. 12. Click button 13. Tick 14. Click 15. Click button to view if still got any error. button to SAVE. .

41

GOOD RECEIPT (RECEIVE CARD THAT ALREADY BEING REPAIR)

1. Go to transaction code MIGO.

2. Choose at the first field = Goods Receipt 3. Choose at second field = Order 4. Enter at third field your Refurbishment Order number. 5. Make sure fourth field = 101 6. Click ENTER. 7. Material information will be appearing at the bottom of the screen.

42

8. User can view the information. Data already being defaulted based on maintenance order information.

9. Tick 10. Enter Delivery Note. 11. Click button

.

at the top of the screen. .

12. If no error, click button

43

Pembangunan Web Maklumat Pelajar Praktikal Telekom Malaysia.

I.

Pembangunan Web mengenai maklumat pelajar praktikal Telekom Malaysia Alor Star.

II.

Login menu untuk user 44

III.

Menu-menu yang terdapat dalam web Maklumat Pelajar Praktikal Telekom Malaysia Alor Star

IV.

Profil pelajar latihan industri . Pihak atasan boleh mengedit sekiranya berlaku perubahan

45

Digunakan ketika melakukan jumpering pemasangan streamyx dan talian tetap. 1. Pelayar Muncung Tirus 2. Pemotong (Cutter) 3. Jumper (a) 4. Jumper (b) 5. Jumper (c) 6. Jumper (d)

46

INFORMS (Intergrated Fullfillment Order Management System)

47

48

SAM (Service Appointment Management System)

49

50