laporan li

Upload: dzull-fairool-fahmi-afandi

Post on 18-Oct-2015

63 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

wedwq

TRANSCRIPT

BAB 2

2.0.1 BIDANG KUASA MAIJ

Dua fungsi utama maij adalah sebagai penggubal dasar agama dan sebagai penyelaras agensi dalam jabatan agama, seperti menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pejabat mufti dan pejabat yang dipertua. Manakala jabatan agama johor sebagai badan yang melaksana keputusan maij .secara umumnya, maij berfungsi sebagai agensi untuk upacara majlis raja serta majlis agama yang lebih luas peranannya. Antara tugas maij ialah membuat keputusan perkara berkaitan fatwa, pemberian biasiswa dan tajaan, menyemak kandungan kitab-kitab, mengubal undang-undang islam, meluluskan penubuhan tempat ibadat (surau dan masjid) membuat tapisan terhadap kitab-kitab agama untuk bacaan umum dan meluluskan tauliah mengajar agama. Walaupun maij membincangkan masalah pelajaran tetapi sebahagian besar ditadbir urus oleh jawatankuasa agama johor.

Mufti merupakan pegawai yang bertanggungjawab untuk menjawab masalah yang kemudiannya dijadikan fatwa. Secara umum mufti bertugas memberi fatwa kepada maslah hokum syarak.Jelasnya maij merupakan satu forum membincangkan sebarang masalah sebelum dijadikan fatwa kepada maslah hokum syarak. Seawal tahun 1927 maij tertakluk kepada dasar jabatan kerajaan, namun badan itu telah berjaya memberi sumbangan terhadap penubuhan sekolah arab di negeri johor. Sejak itu juga sekolah arab di negeri johor ini diberikan perhatian. Pada tahun 1930-an beberapa orang pelajar johor telah dihantar oleh kerajaan johor ke asia barat terutamanya ke kaherah dan Beirut. Tujuh orang daripada pelajar itu menutut di Beirut. Dalam tahun 1935, maij telah meluluskan permohonan mendapatkan biasiswa sebanyak rm 500 setahun untuk pelajar johor. Pelajar terawal yang menerimanya mohd amin harun (madrasah akaid addin) dan abdul jalil hassan (allahyarham tan sri dato). Bagi menjaga kebajikan pelajar di asia barat , jabatan agama juga bersetuju dengan cadangan maij supaya menepatkan pegawai hal ehwal penutut johor di mesir. Maij juga merupakan lembaga penilai dan penapis buku teks sekolah agama dan buku-buku agama.

Dalam tahun 1933 maij telah bersetuju untuk menerbitkan buku panduan pekerjaan pegawai-pegawai agama johor, yang mengandungi hal kerja- kerja nikah, cerai, rujuk, kadi dan naib kadi (juru nikah), imam, pemeriksa agama, pengajar-pengajar, agama dan lain-lain didalam negeri johor. Maij memiliki bidang kuasa keatas institusi penting agama termasuk jabatan mufti johor (yang kini diasingkan pentadbirannya daripada jabatan agama johor).

Bidangkuasa ini adalah mengikut sebagaimana bahagian II, seksyen 4 hingga IV enakmen 14 tahun 1978. selepas itu enakmen pentadbiran agama islam bilangan 14 tahun 1978 dipinda dan digantikan dengan enakmen pentadbiran agama islam (negeri johor) 2003 hal ini merujuk seksyen 4 (1) pentadbiran agama islam (negeri johor) 2003 menyatakan mereka hendaklah ada suatubadan bernama majlis agama islam negeri johor untuk membantu dan menasihati duli yang maha mulia sultan dalam perkara-perkara yang berhubung dengan agama islam. Dengan kuatkuasa bahagian VI enakmen pentadbiran agama islam ( negeri johor) 2003 itu, baitulmal, zakat @ fitrah dan wakaf telah diletakkan secara khusus dibawah pentadbiran maij. Mulai mei 2003 ibu pejabat maij beroperasi di bangunan baru kompleks ialam blok b di aras 5, jalan masjid abu baker, johor bahru sebagaimana sekarang.

PENUBUHAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH MERSING

Majlis Agama Islam Negeri Johor telah ditubuhkan bagi setiap daerah untuk tujuan melancarkan lagi sistem pentadbiran pusat dan bertujuan untuk mencapai visi dan misi serta objektif yang di buat.

Dulu majlis agama islam dikenali sebagai Unit Zakat, Baitulmal Dan Wakaf, yang berada dibawah Pentadbiran Jabatan Agama Islam Daerah Mersing. Kini unit tersebut telah dikeluarkan dari Pentadbiran Jabatan Agama Daerah dan di tubuhkan satu organisasi yang baru dikenali sebagai Majlis Agama Islam Daerah Mersing.Walaubagaimanapun, pentadbiran Majlis Agama Islam Daerah Mersing masih lagi diketuai oleh Kadi Jabatan Agama Daerah yang menyandang jawatan sebagai Amin Baitulmal.

2.3Visi Dan Misi

2.3.1Visi MAIJ

Ke arah pembentukan mukmin sejahtera

2.3.2Misi MAIJ

Melalui pembentukan individu dan masyarakat yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya bagi melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, berdaya saing, prihatin, penyayang, tolong menolong dan bersatu padu sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ekonomi dan social ummah.

2.4Objektif MAIJ

2.4.1Memantapkan masyarakat Islam tentang konsep Baitulmal, Zakat dan Wakaf2.4.2Menjelaskan kepentingan Baitulmal, Zakat dan Wakaf di dalam merialisasikan sosio ekonomi Islam2.4.3Memberi kesedaran kepada umat Islam akan pentingnya merebut peluang pembangunan bagi memajukan ekonomi Islam

2.5Maksud Logo MAIJ

Logo mahkota yang berada di atas bermaksud Mahkota Johor, manakala logo yang berada di bawah melambangkan Agama Islam bagi Negeri Johor.

2.6Dasar Kualiti MAINJMajlis Agama Islam Negeri Johor komited untuk membentuk masyarakat bertaqwa yang menjurus kearah kesejahteraan ekonomi dan sosial ummah melalui perkhidmatan berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan secara berterusan.

2.7Anggota Dan Struktur

Rajah 2.7.1 menunjukkan carta organisasi Majlis Agama Islam Negeri Johor Ibu Pejabat yang mempamerkan peringkat yang tertinggi sekali iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sebagai Ketua Agama Islam negeri Johor.

Rajah 2.7.1 : Carta Keanggotaan Organisasi

Keanggotaan Majlis2.10Carta Organisasi MAIJ (Ibu Pejabat)Ketua Pegawai EksekutifY.B. Dato' Haji Abd. Razak Bin Hassan

SetiausahaTuan Haji Mohd Noh Bin Ibrahim Ketua Penolong PengarahZakat, Baitulmal & WakafUstaz Mustafa Bin Omar

Bahagian

Bahagian Khidmat PengurusanBahagian Zakat

Pegawai Tadbir Mohd Radzi Bin Zainal AbidinPegawai Hal Ehwal Islam Ustaz Azlan Bin Abdullah

PentadbiranPungutan Zakat

Kewangan dan AkaunAgihan Zakat

Teknologi MaklumatPembangunan Asnaf

Bahagian Audit DalamBahagian Pembangunan dan Pelaburan

Bahagian Perhubungan AwamPerancangan dan Pembangunan

Pengurusan Harta

Bahagian Wakaf dan Baitulmal

Wakaf

Baitulmal

BAB 3

PENGENALAN ZAKAT

Islam adalah agama untuk manusia sejagat yang telah menetapkan satu sistem keadilan dan keseimbangan di dalam pembahagian harta dan kekayaan tanpa menindas antara satu sama lain dan membiarkan golongan miskin dan orang yang memerlukan pertolongan terus hidup dalam kesusahan. Dengan ini Islam telah menetapkan satu sistem dinamakan zakat.

Zakat adalah salah satu rukun Islam yang ke lima. Ianya di fardhukan pada tahun yang kedua perpindahan (Hijrah) Rasulullah S.A.W ke Madinah.

3.0.1 TAKRIF ZAKAT

Dari segi bahasa zakat bermaksud: Bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Dari segi Istilah ialah mengeluarkan jumlah tertentu daripada harta-harta tertentu untuk di agihkan kepada golongan-golongan tertentu berdasarkan syarat-syarat yang telah ditentukan.

3.0.2 PERATURAN/UNDANG-UNDANG

Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar As Siddiq telah memerangi orang-orang yang ingkar di dalam memenuhi kewajipan berzakat.Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya: Rasulullah S.A.W telah bersabda Aku diperintah untuk memerangi mereka kecuali bila mereka sudah mengikrarkan syahadah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah rasulnya, mendirikan solat dan membayar zakat.Bila mereka sudah melaksanakan hal itu, maka darah mereka sudah memperoleh perlindungan dari aku, kecuali disebabkan oleh hak-hak Islam yang dalam hal ini perhitungannya diserahkan kepada Allah.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 ada memperuntukkan beberapa seksyen mengenai soal zakat ini antaranya:

Kuasa Majlis memunggut zakat dan fitrah: Majlis hendaklah berkuasa memungut zakat dan fitrah daripada setiap orang Islam yang kena dibayar di dalam negeri Johor mengikut Hukum Syarak bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Kuasa membuat peraturan-peraturan:Majlis boleh membuat peraturan-peraturan untuk mengawalselia semua perkara yang berhubungan dengan pungutan, pentadbiran dan pembahagian zakat dan fitrah. Tanpa menjejaskan kuasa keseluruhan sebelum ini, Majlis boleh membuat peraturan-peraturan untuk:

a) Menentukan dari semasa ke semasa nilai kadar zakat dan fitrah yang kena dibayar oleh setiap orang Islam di dalam Negeri Johor.b) Mewujudkan tatacara pemungutan zakat dan fitrah.c) Melantik amil-amil bagi menjalankan aktiviti pungutan zakat dan fitrah.d) Mewujudkan kesalahan dan memperuntukan hukuman bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan pemungutan atau penyerahan hasil pungutan zakat dan fitrah.

Rayuan1. Mana-mana orang bolehlah membuat rayuan kepada Majlis terhadap mana-mana tuntutan zakat atau fitrah ke atasnya.2. Majlis hendaklah menimbang rayuan itu dan boleh memerintahkan bahawa orang itu hendaklah amaun zakat atau fitrah yang dituntut ke atasnya, atau amaun yang kurang, sebagaimana difikirkan patut oleh Majlis.

3.1 ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKATOrang yang berhak menerima zakat telah pun ditetapkan oleh Allah S.W.T meliputi lapan golongan asnaf sebagaimana yang termaktub dalam Surah Al-Taubah ayat 60:

Maksudnya:Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah.Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.Maksud golongan (asnaf) yang dinyatakan dalam ayat Al-Quran diatas adalah seperti berkiut:-a) FakirSeseorang yang tidak mempunyai wang, sumber pendapatan atau, bantuan daripada mana-mana pihak yang boleh memenuhi keperluan asasi hariannya iaitu mereka hanya mampu menyediakan kurang daripada daripada keperluan asasi hariannya.b) MiskinSeseorang yang tidak mempunyai sumber pendapatan yang boleh memenuhi semua keperluan asasi hariannya.

c) AmilAmil ialah badan yang diutus atau yang dilantik oleh pihak berkuasa (Majlis Agama Islam Negeri Johor) untuk memungut zakat.d) MualafOrang yang baru memeluk agama Islam iaitu orang yang dijinakkan hatinya, dengan diberi bantuan supaya mereka tetap teguh menyintai Islam.e) Hamba (Rikab)Hamba sahaja yang diberi peluang oleh tuannya untuk menebus/memerdekakan dirinya, tetapi ia tidak mempunyai wang bagi tujuan tersebut.f) Orang yang berhutang (Al-Gharimin)Orang yang menanggung hutang yang dibenarkan oleh syarak seperti hutang menampung pembiayaan perubatan.g) FisabilillahOrang yang berjuang untuk keperluan dan muslihat orang-orang Islam demi menegakkan syariah Islam.h) Ibnu SabilOrang-orang yang keputusan/kehabisan wang perbelanjaan untuk meneruskan perjalanan yang bertujuan baik dan dibenarkan oleh syarak.

3.2SYARAT WAJIB ZAKAT

ISLAMZakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja. Yang memiliki harta/wang simpanan, wang emas atau perak, saham, ahli perniagaan, menternak, bertani (padi) dan bekerja sama ada kerajaan mahupun swasta yang memperolehi gaji bulanan.

MERDEKA

Orang Islam juga mestilah merdeka sepenuhnya. Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.

SEMPURNA MILIK

Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan oarng bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat. Pemilikan ke atas harta tersebut mestilah sempurna (yakni tidak ada hutang dan bebas untuk menggunakannya).

CUKUP NISAB

Nisab adalah nisbah ataupun paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.

CUKUP HAULBermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangka masa setahun merupakan jangka masa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan. Harta yang dimiliki itu juga mesti cukup tempoh satu tahun Hijrah (354 hari ).

NIAT UNTUK BERNIAGA

Orang yang menjalankan perniagaan/perkhidmatan mempunyai niat untuk berniaga untuk mendapatkan keuntungan (Zakat Perniagaan).

Jadual 3.2 : Syarat Wajib Zakat

3.3HIKMAH ZAKAT

Di antara hikmah disyariatkan zakat ialah :

i. Dapat beribadah kepada Allah S.W.T. Menyucikan jiwa manusia dari sifat kikir, bakhil, rakus dan tamak. Seterusnya melahirkan ciri-ciri masyarakat mukmin sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud : ii. Membantu fakir miskin dan meringankan beban mereka yang dalam kesusahan dan kesulitan. Pengurusannya mampu memperbaiki kedudukan masyarakat dari sudut moral dan material di mana ia dapat menyatukan anggota masyarakat sehingga menjadi seolah-olah sehingga sebatang tubuh.iii. Zakat merupakan ibadat material dan penyebab untuk mendapat rahmat Allah. Seperti FirmanNya yang bermaksud :

Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu, maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang bertakwa dan yang memberi zakat.( Surah al-Araaf, Ayat : 156)

iv. Membatasi jurang perbezaan kekayaan yang keterlaluan dalam masyarakat Islam.Ia merupakan syarat untuk mendapatkan bantuan daripada Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

Dan sesungguhnya Allah akan tolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam), sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat.(Surah al-Hajj, Ayat : 40, 41)

v. Zakat juga merupakan syarat persaudaraan di dalam agama Islam. Zakat turut digelarkan sebagai salah satu sifat orang yang mengimarahkan rumah Allah (masjid). Zakat ini jugalah yang dianggap sebagai ciri-ciri mukmin yang berhak mewarisi syurga firdaus sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).( Surah al-Muminuun, Ayat : 4)

3.4 GANJARAN BERZAKAT

i. Mendapat ganjaran yang dijanjikan oleh Allah di akhirat kelak.ii. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.iii. Mendapat keberkatan daripada Allah dari hasil yang diusahakan.iv. Membantu umat Islam disamping merapatkan jurang di antara golongan miskin dan kaya.v. Membersihkan segala harta dari unsur-unsur yang syubhah.vi. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi umat Islam meningkatkan pendapatan.

3.5 CIRI-CIRI ZAKAT

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Zakat badan, juga dinamakan sebagai Zakat Fitrah.2. Zakat harta benda.

Zakat Fitrah dikeluarkan dari jenis barangan makanan dengan syarat ianya adalah makanan asasi sesebuah negeri yang mengenyangkan seperti gandum, beras dan tamar. Di dalam al-Quran dinyatakan 5 jenis harta yang wajib dikeluarkan zakat iaitu :

i. Biji-bijian makanan iaitu seperti gandum, padi dan sebagainya. (makanan asasi setiap negara)ii. Buah-buahan iaitu seperti tamar dan anggur.iii. Emas dan Perak.iv. Haiwan ternakan seperti lembu, kambing, kerbau dan unta.v. Barang-barang perniagaan.vi. Galian seperti Emas dan Perak dan Harta Rikaz iaitu harta terpendam. (harta karun)

3.6PERANAN ZAKAT KEPADA PEMBANGGUNAN

Zakat merupakan teras dan nadi kewangan awam Islam yang dipertanggungjawab ke atas pemerintah Islam, kerana langkah melaksanakan ajaran dan peraturan Islam bukanlah semata-mata diserahkan kepada hati dan keimanan seseorang muslim sahaja, malah terdapat juga kuasa yang perlu untuk menguatkuasakan apa yang tidak dilaksanakan dengan keimanan itu. Ini jelas daripada kata Saidina Othman Ibn Affan :

Terjemahan : Allah mencegah dengan kuatkuasa pemerintah sesuatu yang tidak dapat dicegah oleh al-Quran (iman).

Sistem zakat ini mempunyai peranan yang penting dalam pembangunan masyarakat terutamanya dalam bidang kerohanian, ekonomi dan perlindungan sosial. Walau bagaimanapun pembangunan ini hanya akan terlaksana jika sistem ini terlaksana sepenuhnya.

3.6.1Kerohanian

Dilihat dari makna zakat itu sendiri, ia bermaksud bersih dan membersihkan. Oleh itu ia berfungsi untuk membersihkan harta seseorang daripada percampuran daripada hak-hak orang miskin, diri pemberi dan penerima zakat daripada sifat keji seperti kedekut, tamak, hasad dengki dan sebagainya. Akhirnya membersihkan terhapusnya sifat-sifat keji dalam kalangan masyarakat.

Di samping itu juga, zakat memainkan peranan penting dalam memberi keberkatan kepada pembayar-pembayarnya sama ada pada dirinya, keluarganya, dan hartanya. Walaupun pada zahirnya harta pembayar itu berkurangan tetapi pada hakikatnya ia diberkati oleh Allah dan dipelihara dari segala bala bencana ke atasnya. Di samping itu juga ia memberi ketenagan jiwa hasil daripada pemberian yang dilakukan dengan tulus ikhlas kepada Allah dengan niat membantu orang yang susah lebih-lebih lagi dikeluarkan daripada harta yang disayangi.

3.6.2Ekonomi

Zakat memainkan peranan utama dalam pembangunan ekonomi kerana ia dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah kemiskinan yang merupakan salah satu dari tiga rangkaian penghancur manusia : (kejahilan, kemiskinan dan penyakit). Oleh itu, terdapat beberapa ayat al-Quran dan al-Sunnah yang hanya memperuntukkan lapan golongan ini adalah mereka yang kurang berkemampuan. Firman Allah S.W.T :-

Terjemahan : Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (dari meminta).

Ini menunjukkan bahawa masalah membasmi kemiskinan merupakan tujuan utama sistem zakat dalam Islam melalui penyediaan sara hidup dan modal yang mencukupi bagi golongan yang berhajat. Saraan hidup daripada zakat ini diperuntukkan kepada golongan yang tidak mampu bekerja dengan sebab-sebab cacat anggota atau sebagainya. Modal pula diperuntukkan kepada golongan yang mampu bekerja tetapi tidak mempunyai modal untuk menjalankan pekerjaan. Kedua-dua peruntukkan ini diberi dengan kadar yang mencukupi sesuai dengan keadaan ekonomi, masa, tempat dan keperluan fakir miskin itu. Saraan hidup ini hendaklah mencukupi untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan kesihatan. Manakala modal pula hendaklah mencukupi kadar modal sesuatu projek yang hendak dijalankan. Pemberian saraan hidup dan modal serta tujuan-tujuan lain adalah dengan kadar mencukupi. Kadar mencukupi untuk saraan hidup yang diambil kira daripada lima keperluan asas hendaklah diberi selama mana dihajati dan difikirkan perlu oleh golongan tersebut walaupun untuk sepanjang hidupnya atau dengan cara bulanan dan sebagainya.

Selain dari alat membasmi kemiskinan, zakat juga merupakan alat untuk memerangi masalah riba yang dilaknat oleh Allah dan RasulNya ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam proses perlaksanaan riba.Dengan penyediaan modal bererti tertutuplah pinti sistem pinjaman yang dikenakan riba. Modal daripada zakat itu boleh diberikan kepada fakir miskin yang berhajat untuk membuka sesuatu pekerjaan yang termampu olehnya, sama ada sebagai pemberian hangus atau sebagai pinjaman tanpa faedah.

Zakat juga merupakan alat yang berkesan untuk menghapuskan pembekuan harta dalam masyarakat Islam, ini kerana sistem zakat itu sendiri bukanlah satu sistem yang dikompromi dengan pembekuan harta. Oleh itu, zakat dikenakan terhadap jumlah harta sama ada dilaburkan atau di simpan beku yang membolehkan masyarakat Islam menggerakkan seluruh sumber yang ada di dalam negara Islam untuk tujuan produktif. Tambahan pula sistem zakat yang ditekankan oleh Islam adalah suatu sistem yang diwarnai atas dasar ketaqwaan dan merupakan suatu ibadah yang puncak tujuannya hanyalah semata-mata untuk mardatillah.

Pengertian zakat itu sendiri merupakan musuh utama kepada pembekuan harta. Islam mencadangkan dua saluran pilihan harta yang berlebihan harus diarahkan iaitu membelanjakannya atau melaburkannya dalam perniagaan atau industri. Dari sini permintaan terhadap semua jenis barangan pengguna akan bertambah dan pengusaha serta pengeluar berpeluang mengembangkan lagi pengeluaran mereka. Urusniaga akan bertambah maju dan peluang pekerjaan akan meningkat, hasilnya negara akan menjadi mewah. Selain daripada itu, zakat juga memainkan peranan untuk mendekatkan jurang perbezaan yang jauh di antara anggota masyarakat dan mengagihkan semula pendapatan. Ini jelas dari kutipan sebahagian harta oarng kaya untuk dibahagi-bahagikan kepada mereka yang kurang berada.

3.6.3Perlindungan Sosial

Konsep jaminan sosial dalam Islam bukanlah bermaksud untuk membangunkan ekonomi sesebuah negara secara keseluruhannya, tetapi sebaliknya untuk menyediakan asas bagi memenuhi keperluan sosio-ekonomi masyarakat dalam bentuk dan ukuran yang paling minima dan merata ke atas semua orang. Dalam hal ini, zakat merupakan institusi yang berperanan secara langsung kepada asas jaminan sosial. Harta yang terkumpul dalam institusi ini disalurkan kegunaannya untuk tujuan kebajukan dan keredhaan Allah yang terangkum dalam konsep ini, dan ia sesuai dengan konsep harta perolehan yang berlebihan (al-afw) dalam Islam yang wajib dibelanjakan sama ada untuk perbelanjaan diri dalam ukuran sederhana, dilaburkan bagi tujuan produktif atau didermakan dan sebahagiannya diserahkan kepada pemerintah bagi memenuhi hajat dan keperluan golongan-golongan tertentu yang memerlukannya. Ini berdasarkan kepada firman Allah :Terjemahan : Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) apa yang (sepatutnya) mereka nafkahkan? Katakanlah yang lebih dari keperluan (al-afw).

Jika dikaji asnaf-asnaf zakat, jelas kelihatan bahawa skim-skim perlindungan sosial moden bukanlah sesuatu yang baru. Terdapat lapan asnaf zakat yang dijelaskan dalam al-Quran, dan enam daripadanya berkaitan dengan kemiskinan. Sembahyang melahirkan perasaan persamaan dan persaudaraan antara kaya dengan yang miskin, yang tinggi dan yang rendah, sementara zakat mengukuhkan lagi rasa persaudaraan itu dengan meletakkan tanggungjawab ke atas golongan kaya dan berharta untuk memelihara golongan fakir dan miskin. Nilai-nilai kerohanian dan moral yang disemai melalui sembahyang akan hilang kepentingannya jika manusia tidak berusaha untuk membasmi kemiskinan dan mewujudkan keadilan sosial. Dengan wujudnya asas jaminan sosial di peringkat paling minima ini, bererti sudah ada persediaan masa untuk bergerak mengikut keupayaan masing-masing bagi menghasilkan suatu tingkat keluaran tertentu dari gabungan tenaga dan faktor-faktor keluaran yang sedia ada. Tingkat keluaran ini diukur mengikut unit dan nilai ekonomi sesuatu masyarakat, sesuai dengan kerja atau nilai perkhidmatan yang dibuat

BAB 4

JENIS-JENIS ZAKAT

4.1PENGENALAN

Bayaran zakat juga merupakan wajib terhadap orang muslim yang cukup syaratnya. Dari segi bahasa zakat bermaksud bersih, subur dan berkembang maju. Dari segi syarak pula, zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu, pada kadar tertentu, kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya

4.2JENIS-JENIS ZAKAT

4.2.1Zakat Emas Dan Perak

Emas dan perak adalah logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT.Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.

Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang.Syariat juga telahmewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderamata, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Kenapa Di Kenakan Zakat?

Sebagaimana di ketahui umum, sejak dari dahulu sampai sekarang emas dan perak merupakan logam yang sangat berharga dan menjadi sumber kekayaan seseorang.Oleh itu,pada pandangan Islam,ia mesti dikenakan zakat sama seperti sumber-sumber kekayaan yang lain

Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak:-

Firman Allah SWT maksudnya:"Dan mereka yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah(mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab yang pedih,pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu,maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu."(Surah at-Taubah : 34 & 35)

Hadith Riwayat Mulim maksudnya:"Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak tidak menunaikan zakatnya,melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka.Setelah dipanaskan, digosokkan lambung,dahi,dan belakangnya setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambanya."

Syarat-Syarat Wajib Zakat Emas:-

1. Islam pemiliknya.2. Cukup nisab.3. Cukup haul atau setahun di dalam milik mengikut kiraan tahun hijrah.4. Milik yang sempurna.

4.2.1.1Pembahagian Zakat Emas

Nisab Zakat Emas

Sabda Rasullullah S.A.W.:

"Tidak wajib zakat pada emas yang kurang daripada dua puluh misqal dan tidak wajib zakat pada perak yang kurang daripada dua ratus dirham."

Peringatan

Ijmak Ulama' mengatakan kaum lelaki haram memakai barang kemas sekalipun dalam bentuk yang kecil jika cukup syarat-syarat zakat maka diwajibkan zakatnya.Walaupun perhiasan emas dan perak yang dipakai oleh lelaki diwajibkan zakat.Begitu juga diwajibkan zakat ke atas perkakasan dan peralatan, perkhidmatan, perhiasan yang diperbuat daripada emas dan perak.

Zakat Emas Simpanan

Emas yang disimpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup nisab dan genap haulnya.Nisab bagi zakat emas ialah 20 misqal atau 85gm atau 25 mayam.Kadar zakat ialah2.5%atau1/40.

Zakat Emas Perhiasan

Emas yang di pakai adalah dikenakan zakat sekirannya ia melebihi had kebiasaan perhiasan (Uruf).Had kebiasaan perhiasan ini adalah senisab iaitu 85gm.Anda masih wajib membayar zakat walaupun anda memakai kesemua emas perhiasan yang melebihi had kebiasan ini.

4.2.1.2Pembahagian Zakat Perak

Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:

1. Jongkong perak2. Matawang perak3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak4. Barang perhiasan/barang kemas perak

Nisab Dan Kadar Zakat PerakIjma' ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak200 dirhamiaitu bersamaan595 gram.Pengiraan zakat perak berdasarkan nilai barang perak samaada dipakai sebagai barangperhiasan ataupun tidak (di simpan sebagai perhiasan di rumah).

Dalil Zakat Perak

Sabda Rasulullah SAWMaksudnya:"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)". (Riwayat Muslim)

Maksudnya:"Pada perak (zakatnya) 1/40...". (Riwayat Al-Bukhari )

4.2.2Zakat Wang Simpanan

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).

Syarat:

NisabNilai harga emas 25 mayam 2.7108 saga atau 85.009024 gram.

HaulCukup setahun iaitu 12 bulan

Kadar2.5% Setahun

Kaedah Kiraan Zakat Wang Simpanan

Simpanan TetapApabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut. Simpanan BiasaIanya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul bagi simpanan tersebut. Simpanan Dalam Satu AkaunJika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.

Simpanan Dalam Beberapa Akaun

Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki terendahnya dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi nisab.

4.2.3Zakat Perniagaan

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan.

Bentuk-bentukperniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

Syarat membayar zakat perniagaan:i. Islamii. Kepunyaan mutlakiii. Niat menjalankan perniagaaniv. Cukup haulv. Cukup nisab

Kadar bayaran zakat perniagaanApabila cukup syarat-syaratnya, wajiblah dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 % atau 1/40. Zakat perniagaan ini dikeluarkan dengan kadar 2.5 % dari jumlah harta perniagaan

4.2.4Zakat Pendapatan (Gaji)Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Contoh: Gaji tahunan, tunggakan gaji, pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat) dan lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan).

4.2.5Zakat Binatang TernakanZakat ternakan ialah zakat yang dikenakan ke atas binatang-binatang yang diternak daripada jenis lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta apabila sempurna syarat-syaratnya.

Syarat Zakat Ternakan:-

1. Syarat diwajibkan zakat ke atas binatang-binatang ternakan ialah "Saaimah" ertinya binatang-binatang itu dipelihara di padang ternakan bebas.2. Binatang -binatang yang dipelihara bagi tujuan membantu kerja seperti lembu yang dipelihara untuk mengangkat barang-barang atau untuk membajak sawah tidak diwajibkan zakat.3. Nisab hendaklah berkekalan di sepanjang haul.4. Nisab zakat lembu ialah 30 ekor dan kambing 40 ekor.5. Tidak dikenakan zakat bagi bilangan yang lebih daripada kadar nisab yang pertama tetapi belum sampai kadar yang kedua. Begitulah seterusnya.

4.2.6Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Fatwa mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darulaman berhubung dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja seperti berikut:

"Setelah berbincang Jawantankuasa berpendapat Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala diketahui menurut penyata tahunan cukup nisabnya dan genap haulnya di keluarkan zakatnya.Oleh kerana menurut peraturan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja seseorang itu tiada boleh mengeluarkan wangya melainkan bila umur pekerja 50 tahun iaitu untuk pengeluaran kadar 1/3 dan kesemuanya bila umur pekerja mencapai 55 tahun.Maka bolehlah dikeluarkan zakatnya pada masa terima wang simpanannya itu dikira dari tarikh mula wang simpanan itu genap haul beserta dengan cukup hisabnya."

Terdapat Dua Pandangan Berkenaan Zakat Bagi KWSP :

Milik SempurnaBersama pandangan ini, zakat hanya wajib dikeluarkan ketika pencaruman mengeluarkan wang tersebut (samada ketika bersara atau membeli rumah). Kadarnya ialah 2.5%.Nilai zakat = Jumlah wang caruman yang dikeluarkan x 2.5%

Milik Tidak SempurnaMengikut pandangan ini, caruman pekerja (tidak termasuk caruman majikan) yang tersimpan di dalam KWSP dikenakan zakat apabila ianya cukup nisab dan haul. Ini bermakna zakat wajib dikeluarkan pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-syarat walaupun wang tersebut masih berada di dalam tabung KWSP. Kadar zakatnya adalah2.5%.

4.2.7Zakat SahamKiraan Zakat Saham

1. Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Ia adalah sebagai bukti pemilihan sesebuah perniagaan.2. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.3. Panduan umum pengiraan zakat ialah 2.5% atas nilai terendah semua saham yang dimiliki selama setahun, setelah ditolak pinjaman membeli saham (jika ada).

Penaksiran Saham Naik Turun

27

BAB 6PENGENALAN WAKAF

Pengertian wakaf

Dari segi bahasa ialah berhenti, menahan, dan menghalang. Dari segi istilah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf keatas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, perwarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada ALLAH s.w.t.Jenis WakafA. Wakaf Ahli (Wakaf Keluarga)

Wakaf jenis ini dikhususkan manfaatnya kepada ahli keluarga yang tertentu oleh pewakaf.

B. Wakaf Khairi (Kebajikan)

Wakaf ini terbahagi kepada dua jenis :

Wakaf am diertikan suatu wakaf yang diwujudkan bagi maksud khairat umum mengikut hukum syarak, seperti untuk kegunaan keagamaan atau pembangunan ekonomi umat islam yang boleh dijalankan melalui pelbagai aktiviti menurut hukum syarak.

Wakaf khas bermaksud suatu wakaf yang diwujudkan bagi maksud khairat tertentu mengikut hukum syarak, seperti mewakafkan tanah atau hasil (manfaat) daripada tanah berkenaan untuk kegunaan masjid, surau, sekolah, anak-anak yatim, ahli keluarga dan lain-lain yang dikhususkan oleh si pewakaf.

C. Di samping pembahagian wakaf yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa jenis wakaf yang berkaitan seperti:

I. Wakaf Irsod

Bermaksud penyerahan mana-mana tanah sebagai wakaf oleh mana-mana Pihak Berkuasa Negeri, Kerajaan Persekutuan atau mana-mana perbadanan , institusi, organisasi atau badan-badan lain menurut hukum syarak.

II. Wakaf Musytarak

Bermaksud penyatuan babarapa wakaf termasuklah wakaf yang diwujudkan melalui konsep saham wakaf.

Rukun wakafA. Pewakaf/wakif

Merdeka (Mempunyai hak sepenuhnya atas harta yang ingin diwakafkan.). Berakal ( sempurna akal fikiran) dan waras akal fikirannya. Baligh Pilihan sendiri untuk berwakaf dan tidak ada paksaan.

B. Harta yang ingin diwakafkan/ mawkuf

Harta itu mestilah benda yang dapat diambil manfaatnya. Harta yang diwakafkan mempunyai nilai harga (mutaqawwim) Harta adalah milik sempurna oleh pewakaf Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syarak.

C. Penerima wakaf /mawquf alaih

Orang yang layak untuk menguruskan harta. Orang islam, merdeka dan kafir zimmi boleh menerima manfaat harta wakaf. Manakala orang yang tidak sempurna akalnya, hamba sahaya, dan orang gila tidak sah menerima wakaf. Penerima wakaf mampu menjadikan manfaat wakaf sebagai hal taqarrub (mendekatkan diri ) kepada ALLAH s.w.t dan perkara ini hanya untuk kepentingan islam sahaja.

D. Lafaz Pernyataan wakaf yang dibuat sama ada secara lisan, tulisan bersama lafaz ataupun syarat. Lafaz sama ada soreh atau kinayah:i. Lafaz soreh : lafaz yang jelas membawa maksud tertentu sahaja seperti saya mewakafkan rumah saya untuk orang-orang islam.ii. Lafaz kinayah : tiada lafaz wakaf tetapi boleh membawa banyak maksud yang boleh memberi erti wakaf, termasuklah lafaz dalam bantuk tulisan, isyarat, dan sighah kinayah.Seseorang berkata hartaku adalah menjadi sedekah kepada fakir miskin dan saya serahkan kepada mereka selama-lamanya.

E. Hanya di gunakan bila berlaku Istibdal. Bermaksud menggantikan harta wakaf dengan harta yang lebih baik sama ada dengan tukaran, belian, atau jualan menurut hukum syarak dengan tujuan mengekalkan dan mengalirkan manfaat harta wakaf

Hikmah WakafAntara hikmah yang terdapat dalam ibadah wakaf ini ialah:I. Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah S.W.T.II. Sebagai langkah untuk menghampirkan diri kepada Allah S.W.T.III. Mendapatkan kebajikan yang berkekalan semasa hidup dan selepas pewakaf maninggal duniaIV. Berkongsi manfaat di kalangan masyarakat islam seperti membina masjid dan sekolah untuk menghidupkan syiar islam dan aktiviti keilmuan.V. Mengukuhkan perpaduan ummahVI. Memastikan pengekalan pemilikan dan perkongsian asset umat islam.

PENGURUSAN WAKAFPengurusan Pendaftaran Tanah Wakaf.Proses Permohonan Wakaf Tanah Individu / Orang Perseorangan.

Proses mandaftar tanah wakaf individu dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pegawai Wakaf Daerah:a) Permohonan wakaf boleh dilakukan oleh pewakaf dengan penggunakan Borang Permohonan Wakaf (borang A) yang disediakan, sebagaimana di lampirkan. Maklumat yang diperlukan ialah seperti berikut:i. Maklumat diri pewakafii. Maklumat tanah dan harta yang hendak diwakafkaniii. Maklumat penerima manfaat wakafiv. Pernyataan tujuan wakaf tanah sama ada wakaf am atau khasv. Salinan dokumen yang perlu disertakan Kad pengenalan Dokumen hakmilik/cabutan/carian rasmi hakmilik Resit cukai tanah terkini Pelan lokasi Perjanjian (contoh salianan perjanjian jual beli ) (jika berkaitan).

b) Pengurusan wakaf iaitu pegawai yang bertanggungjawab tentang wakaf menyemak dan membuat siasatan ke atas kesahihan permohonan wakaf berasaskan Borang A, merangkumi:

i. Salinan kad pengenalan Kad pengenalan.ii. Dokumen hakmilik/cabutan/carian rasmi hakmilik.iii. Resit cukai tanah terkini.iv. Pelan lokasi.v. Perjanjian (contoh salianan perjanjian jual beli ) (jika berkaitan).

c) Pengurusan wakaf menyerahkan surat akuan terima permohonan wakaf kepada pewakaf dan mengambil tindakan seperti berikut:

i. Semakan Membuat siasatan di Pejabat Tanah Daerah (PTD)/Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) bagi mendapatkan kepastian maklumat tanah dan status hak pewakaf ke atas tanah yang hendak diwakafkan Sekiranya terdapat sekatan dalam pemilikan maka pihak pewakaf perlu menyelesaikan dahulu masalah sekatan tersebut. Membuat lawatan ke tapak bagi mengenalpasti kedudukan tanah.

ii. Menyediakan laporan Pegawai wakaf hendaklah menyediakan laporan siasatan kepada kadi daerah.

iii. Keputusan Pegawai wakaf daerah akan mendapatkan keputusan kadi daerah setelah meneliti laporan siasatan yang disediakan oleh pegawai wakaf.

iv. Memaklumkan keputusan Pegawai wakaf memaklumkan status keputusan permohonan wakaf kepada pewakaf.

d) Sekiranya permohonan wakaf mendapat kelulusan daripada Kadi Daerah, Pegawai Wakaf perlu mengambil tindakan yang berikut:i. Tetapkan tarikh surat cara/hujah wakaf.ii. Sempurnakan surat cara/hujah wakaf (borang B) seperti di lampiran.iii. Urusan pindah milik hendaklah dilaksanakan secepat mungkin menurusi perletakhan berkanun di bawah seksyen 416C KTN. Walaubagaimanapun pemindahan milik menurusi borang 14A boleh dilaksanakan.

e) Proses pindah milik sekiranya menggunakan borang 14A.i. Jika pewakaf mewakafkan keseluruhan tanah atau keseluruhan bahagian yang tidak dipecahkan keatas tanah: Pengurusan wakaf perlu melengkapkan Borang 14A dan mendapatkan tandatangan pewakaf di hadapan pentadbir tanah. Pegawai wakaf perlu mendapatkan tandatangan dan menterai Pihak MAIJ sebagai penerima pindaan dalam borang 14A. Pegawai wakaf memohon pengecualian Duti Setem [PDS 15 (Pin 1998)] bersama borang 14A dan mendapatkan pengecualian tersebut diendorskan dalam borang 14A. Pegawai wakaf mengemukakan borang 14A bersama dokumen hakmilik serta resit cukai tanah terkini di pejabat tanah daerah. Pegawai wakafmendapatkan notis/surat makluman pindah milik yang telah selesai didaftarkan atas nama MAIJ daripada pejabat Tanah Daerah. Pegawai wakaf mendapatkan dokumen hakmilik daripada pejabat tanah daerah. Pegawai wakaf merekodkannya didalam buku daftar tanah dan sistem wakaf MAIJ.

ii. Jika wakaf sebahagian tanah (minimum satu ekar dan ke atas tanah pertanian): Pegawai wakaf perlu melengkapkan Borang 12A dan mendapatkan tandatangan pewakaf di hadapan Pentadbir Tanah. Pegawai wakaf perlu mendapatkan tandatangan dan menterai Pihak MAIJ sebagai penerima pindahan dalam borang 12A. Pegawai wakaf memohon pengecualian Duti setem [PDS 15(Pin 1998) bersama borang 12A dan mendapatkan pengecualian tersebut diendoskan dalan borang 12A. Pegawai wakaf mengemukakan borang 12A bersama dokumen hakmilik serta resit cukai tanah terkini di pejabat tanah berkaitan. Pegawai wakaf mendapatkan notis/surat makluman pindah milik yang selesai didaftarkan atas nama MAIJ dari pejabat tanaha daerah. Pegawai wakaf mendapatkan dokumen hakmilik daripada pejabat tanah daerah. Pegawai wakaf merekodkannya di dalam buku daftar tanah MAIJ.

iii. Jika pewakaf mewakafkan sebahagian daripada tanah atau sebahagian daripada bahagian yang tidak dipecahkan ke atas tanah: Melainkan tanah pertanian yang kurang daripada satu ekar, bagi tanah yang katogeri penggunaanya ditetapkan sebagai bangunan atau industri, Borang 14A boleh digunakan dan ambil tindakan seperti proses yang dinyatakan pada 6.2.1 (e) di atas. Jika tanah berstatus tanah pertanian yang kurang daripada satu ekar, Pegawai Wakaf perlu mengikut langkah di bawah seksyen 416C KTN. Pegawai wakaf perlu melantik juruukur tanah berlesen di Pejabat Tanah Daerah bagi menentukan lokasi tanah yang diwakafkan oleh pewakaf. Pegawai wakaf perlu mempastikan nama MAIJ dicatatkan dalam dokumen hakmilik bagi tanah.Proses Permohonan Tanah Kerajaan Oleh Majlis Untuk Di Jadikan Sebagai Tanah Wakaf (Irsod).

Bagi menguruskan pemohonan tanah kerajaan bagi tujuan irsod pegawai wakaf perlu mengambil langkah seperti yang berikut :i. Mengenalpasti tanah yang sesuai dan kemukakan untuk mendapatkan tanah kerajaan bagi tujuan irsod. Setelah dikenalpasti, Borang jadual 1 sebagaimana butiran berikut hendaklah disempurnakan:a. Butiran pentadbiran tanah daerah.b. Perihal tanah dan keluasannya.c. Tujuan kegunaan tanah yang dipohon.d. Nama dan alamat pemohon.e. Tandatangan pegawai bagi pihak majlis.

ii. Mengemukakan pemohonan beserta pelan lakaran atau pelan akui bagi lot yang berkenaan yang lengkap dan bayaran pemprosesan kepada pejabat tanah daerah.

iii. Menerima surat daripada PTD mengenai kelulusan berserta dengan notis tuntutan bayaran didalam borang 5A.

iv. Pegawai wakaf membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan dalam borang 5A.

v. Pegawai wakaf menerima notis borang 5F dari pejabat tanah daerah untuk mengambil dokumen hakmilik yang telah didaftarkan.

vi. Pegawai wakaf membuat salinan dokumen hakmilik tanah untuk direkodkan dalam fail dan dokumen hakmilik tanah yang asal disimpan dalam bilik kebal.

Proses Permohonan Tanah Yang Diserahkan Kepada Kerajaan Bagi Diwakafkan Sebagai Tapak Masjid, Surau, Sekolah Agama Dan Perkuburan Islam.

Apabila terdapat perancangan pembangunan tanah untuk perumahan atau perbandaran, pegawai wakaf hendaklah berbincang dengan pemaju perumahan/pihak berkuasa tempatan/persatuan penduduk untuk mendapatkan maklumat/pertimbangan supaya disediakan tanah bagi kegunaan masjid, surau dan sekolah agama untuk orang islam. Bagi tujuan tersebut pegawai wakaf perlu mengambil langkah-langkah seperti yang berikut bagi mendapatkan status wakaf ke atas tanah berkenaan:i. Mengadakan persefahaman dengan penduduk setempat/ pemaju/ pihak berkuasa tempatan bagi mengemukakan permohonan tanah kerajaan untuk tapak tempat ibadat dan sebagainya dengan melengkapkan borang jadual 1 yang mengandungi butiran seperti yang berikut:a. Butiran pentadbiran tanah daerah.b. Perihal tanah dann keluasannya.c. Tujuan kegunaan tanah dan dipohon.d. Nama dan alamat MAIJ.e. Tandatangan pegawai bagi pihak ketua pegawai eksekutif MAIJ.Proses Pengurusan Dan Pentadbiran Tanah Wakaf MAIJ.

Bab ini mengandungi procedur pengurusan dan pentadbiran tanah wakaf yang melibatkan urusan pengurusan bagi tanah. Semua proses dibawah mestilah di rujuk kepada MAIJ pusat untuk mendapatkan kebenaran dalam menjalankan proses bagi pengurusan tanah wakaf:I. Urusan CukaiProses ini adalah untuk menyelaraskan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh maij bagi membayar cukai tanah wakaf kepada pejabat tanah daerah:a. Pegawai wakaf menyemak buku daftar tanah wakaf dan senaraikan tanah yang perlu dibayar cukai dan tunggakan cukai (jika ada).b. Pegawai wakaf mengemukakan senarai tanah wakaf kepada PTD untuk dibuat pengesahan (jika perlu).c. Pegawai wakaf mendapatkan senarai tanah yang perlu dibayar berserta tunggakan (jika ada) daripada pejabat tanah daerah.d. Pegawai wakaf membuat semakan semula ke atas bil cukai yang diterima untuk pengesahan cukai sebenar yang perlu di bayar.e. Pegawai wakaf mengenalpasti bil-bil yang perlu dibuat susulan permohonan remitan/rayuan mengurangkan bayaran atau bil yang perlu dibayar oleh pihak penerima faedah (beneficiaries).f. Pegawai wakaf menyediakan peruntukan kewangan atau cek/bank draf dengan secukupnya dan kemukakan pembayaran ke pejabat tanah daerah.g. Pegawai wakaf mempastikan resit rasmi pembayaran diperolehi dan difailkan resit bayaran.h. Pegawai wakaf mempastikan nombor resit bayaran direkodkan kedalam buku daftar tanah wakaf.

II. SewaanProses ini merangkumi penerimaan, laporan, penilaian dan kertas kerja bagi cadangan sewaan pajakan tanah wakaf.a. Pegawai wakaf menerima permohonan/ surat rasmi/ kertas kerja cadangan memajak/ menyewa tanah wakaf daripada pemohon.b. Pegawai wakaf mengadakan perundingan/ perbincangan dengan pihak permohonan yang berkaitan.c. Pegawai wakaf mengadakan lawatan bersama pemohon ketanah wakaf berkaitan.d. Pegawai wakaf membuat penilaian keatas permohonan dengan agensi luar seperti JPPH/PBT dan lain-lain agensi yang berkaitan.e. Pegawai wakaf menyediakan laporan dan kertas cadangan untuk dibentang kepada mesyuarat jawatankuasa wakaf dan seterusnya mesyuarat majlis berserta maklumat berikut bagi mendapatkan persetujuan pajakan/sewaan keatas tanah wakaf berkaitan: Maklumat tanah Profil pemohon Gambar lokasi/tapak tanah Kertas cadangan pembangunan

f. Pegawai wakaf memaklumkan keputusan kepada pemohon yang berjaya berserta dengan surat tawaran pajakan/sewaan.g. Pegawai wakaf meneima jawapan dan maklumbalas dalam tempoh 14 hari daripada tarikh tawaran.h. Pegawai wakaf menguruskan penyediaan surat perjanjian pajakan/sewaan.i. Pegawai wakaf menyemak surat perjanjian bagi mempastikan maklumat lengkap dan betul.j. Pegawai wakaf menyempurnakan perjanjian pajakan/sewaan antara pengusaha dan MAIJ.k. Pegawai wakaf menyerahkan satu salinan surat perjanjian pajakan/sewaan daripada peguam kepada pengusaha.l. Pegawai wakaf memfailkan surat perjanjian.

III. Penyelenggaraana. Pegawai wakaf menerima permohonan/ laporan/ aduan berhubung kerosakan yang berlaku di bangunan wakaf samaada dari pemohon, pegawai wakaf daerah atau dari penyewa bangunan.b. Pegawai wakaf mengadakan lawatan dan siasatan serta perbincangan dengan pihak yang terlibat.c. Pegawai wakaf perlu mendapatkan anggaran kos baikpulih.d. Pegawai wakaf menyediakan laporan dan kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan kepada pihak pengurusan majlis/majlis beserta maklumat berikut:i. Maklumat hartanah dan bangunanii. Justifikasi kerja-kerja yang dicadangkan untuk dilaksanakaniii. Anggaran kos yang diperlukaniv. Gambar lokasi/gambar kerosakanv. Sebutharga dan cadangan kadar harga berpandukan justifikasi kerja-kerjayang dicadangkan oleh beberapa syarikat.

e. Sekiranya permohonan untuk mendapatkan kalulusan ini dipersetujui dan perlantikan untuk melaksanakan kerja perlu dilakukan.f. Pegawai wakaf bersama bahagian pembangunan majlis memastikan kerja-kerja yang dilakukan menepati kehendak majlis.g. Pegawai wakaf menerima fizikal bangunan dalam keadaan yang memuaskan dan sebagaimana yang dikehendaki.

IV. Istibdal (pelupusan dan penggantian tanah wakaf)a. Pegawai wakaf mendapati ada keperluan untuk menukar status wakaf ke atas satu-satu tanah wakaf atas sebab:i. Niat wakif tidak boleh dilaksanakanii. Maslahat umum umat islamiii. Perlu diambil alih oleh kerajaan bagi tujuan menjaga kepentingan awam.

b. Pegawai wakaf perlu membuat siasatan ke atas tanah yang terlibat.c. Pegawai wakaf mendapatkan penilaian daripada jabatan penilaian dan perkhidmatan harta (JPPH).d. Pegawai wakaf menyediakan laporan atas maksud manukar status wakaf berdasarkan krikteria berikut:i. Nilaian tanah baru yang sama atau lebih baik.ii. Keluasan tanah baru yang sama atau lebih luas.iii. Tanah yang digantikan hendaklah memenuhi sepenuhnya syarat asal tanah yang diwakafkan.iv. Penggunaan tanah yang sama mengikut wakaf asal. (walau bagaimanapun pertimbangan sesuatu kriteria tertakluk di atas dan dibawa kejawatankuasa fatwa).

e. Pegawai wakaf menyediakan kertas kerja mengandungi perkara di atas dan dibawa ke jawatankuasa fatwa.f. Pegawai wakaf memaklumkan keputusan fatwa bagi mendapatkan kelulusan majlis.g. Pegawai wakaf melaksanakan aktiviti yang berikut:i. Menjual tanah wakaf asal yang telah diputuskan untuk diistibdal Pegawai wakaf mengenalpasti agensi/individu dan membuat tawaran kepada yang berminat. Menguruskan proses pindah milik tanah wakaf asal setelah dikenalpasti pembelinya. Menerima bayaran hasil jualan dan memasukkan ke dalam akuan amwal badal.

ii. Membeli tanah baru dari wang pampasan bagi mengantikan (istibdal) tanah wakaf (asal). Pegawai wakaf mengenalpasti tanah wakaf (baru) yang sesuai bertepatan dengan kaedah syarak. Pegawai wakaf mengangkat cadangan perolehan harta wakaf (baru) untuk pertimbangan pihak MAIJ. Membuat bayaran dan mendaftarkan pindahmilik tanah wakaf (baru) atas nama MAIJ. Pegawai wakaf merekodkan harta wakaf (baru) di dalam buku daftar tanah wakaf.

36