laporan akhir etika

4
Laporan Akhir PROJEK KUMPUL DAN DERMA ANJURAN PELAJAR TAHUN 1 PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MOHD IKMAL BIN ASMUNI A145513 HHHC9401 – NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME Projek Kumpul dan Derma telah diadakan pada 10 Mei 2014. Projek ini telah dijalankan di Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha. Program ini merupakan anjuran pelajar tahun 1 Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi sesi 2013/2014. Program ini bertemakan “Green and Generous”. Objektif projek ini adalah memberi kefahaman dan kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan penjagaan alam sekitar untuk mengekalkan kelestariannya, memupuk minat para pelajar untuk melakukan aktiviti kitar semula supaya dapat mengurangkan kadar sisa pepejal di UKM, melatih para pelajar untuk lebih bersifat prihatin terhadap masyarakat dalam membantu memenuhi dan memahami keperluan masyarakat di dunia sebenar dan memberi idea kepada pelajar untuk menyumbang kepada kepada masyarakat. Pada 10 Mei 2014, kamitelah bertolak dari Fakulti Sains dan Teknologi dengan menaiki bas milik Universiti Kebangsaan Malaysia ke Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha. Sebelum bertolak kami telah menyediakan barang-barang yang perlu dibawa ke sana. Ahli yang terlibat dalam

Upload: mohd-ikmal

Post on 26-Jun-2015

80 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan akhir etika

Laporan Akhir

PROJEK KUMPUL DAN DERMA

ANJURAN PELAJAR TAHUN 1 PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

MOHD IKMAL BIN ASMUNI

A145513

HHHC9401 – NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Projek Kumpul dan Derma telah diadakan pada 10 Mei 2014. Projek ini telah dijalankan di

Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha. Program ini merupakan anjuran pelajar tahun 1

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi sesi 2013/2014. Program ini bertemakan

“Green and Generous”. Objektif projek ini adalah memberi kefahaman dan kesedaran kepada

para pelajar tentang kepentingan penjagaan alam sekitar untuk mengekalkan kelestariannya,

memupuk minat para pelajar untuk melakukan aktiviti kitar semula supaya dapat

mengurangkan kadar sisa pepejal di UKM, melatih para pelajar untuk lebih bersifat prihatin

terhadap masyarakat dalam membantu memenuhi dan memahami keperluan masyarakat di

dunia sebenar dan memberi idea kepada pelajar untuk menyumbang kepada kepada

masyarakat.

Pada 10 Mei 2014, kamitelah bertolak dari Fakulti Sains dan Teknologi dengan menaiki bas

milik Universiti Kebangsaan Malaysia ke Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha. Sebelum

bertolak kami telah menyediakan barang-barang yang perlu dibawa ke sana. Ahli yang terlibat

dalam pelaksanaan projek ini adalah seramai 19 orang terdiri daripada pelajar tahun satu

daripada pelbagai program pengajian di Fakulti Sains dan Teknologi. Kami tiba di Maahad

tersebut lebih kurang pukul 8.15 pagi. Setibanya kami di sana, kami telah dijemput untuk ke

dewan aktiviti bagi kami menyediakan segala perlatan untuk projek. Slot pertama yang telah

diadakan adalah slot “Tak Kenal Maka Taaruf” iaitu sesi perkenalan antara ahli projek dan

pelajar-pelajar maahad.

Page 2: Laporan akhir etika

Seterusnya, kami telah mengadakan slot ceramah dan tayangan video tentang sains islam.

Antara yang menyampaikan ceramah tersebut adalah Mohd Ikmal bin Asmuni dan Muhammad

Ameerullah bin Sahudin. Slot sains islam ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada

pelajar apakah sains yang dimaksudkan dalam islam dan fakta-fakta yang dikemukakan oleh

islam dan pengkajian sains. Slot ketiga merupakan sesi latihan dalam kumpulan dimana kami

telah membahagikan pelajar mengikut kumpulan masing-masing dan melakukan aktiviti yang

telah ditetapkan. Antara aktiviti tersebut adalah Human Building, Baju Angkasa dan Bom.

Dalam peringkat perancangan, saya sebagai setiausaha projek telah dapat mengaplikasikan

pelbagai nilai murni. Antaranya adalah dengan mematuhi arahan yang diberikan oleh ketua

projek. Segala tanggungjawab yang diberikan dilaksanakan sebaik mungkin dan dengan

sempurna. Alhamdulillah, Komitmen yang telah saya berikan amat tinggi kerana niat untuk

menjadikan projek yang julung kali diadakan oleh PMFST ini Berjaya. Sebagai langkah untuk

menjadikan projek ini Berjaya, perancangan projek hendaklah dilakukan dengan sebaik

mungkin dan tugas yg diberikan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan tekun supaya tidak

berlaku sebarang kesilapan atau masalah yang akan timbul. Apa yang telah kami lakukan dalam

peringkat perancangan adalah dengan mengadakan pengumpulan barang yang boleh dikitar

semula untuk dijual bagi mendapatkan dana. Proses pengumpulan ini merupakan satu cabaran

kepada diri saya kerana dilakukan pada waktu malam dan memerlukan saya berkunjung ke

setiap bilik yang ada di sesebuah kolej kediaman yang menjadi sasaran pada malam tersebut.

Berbekalkan rasa tanggungjawab untuk projek, masalah tersebut telah diatasi dan dapat

mengikuti setiap sesi pengumpulan barang di setiap kolej kediaman. Ada kalanya kami

mendapat panggilan serta merta daripada rakan atau pihak kedai runcit yang telah

menyediakan kotak2 untuk diberikan kepada kami, jadi adalah menjadi tanggungjawab kami

untuk mengambil kotak tersebut untuk dikumpulkan. Kami juga melakukan jualan amal untuk

menambah dana selain drpd barang kitar semula. Daripada jualan amal ini, saya dapat

menanam nilai kejujuran dalam diri semasa berniaga dengan tidak melakukan penyelewengan.

Hasil jualan tersebut disumbangkan kepada Maahad Tahfiz tersebut.

Page 3: Laporan akhir etika

Dalam berniaga, kami tidak mementingkan keuntungan semata-mata, tetapi Etika

Kebertanggungjawaban terhadap masyarakat & alam sekitar turut dititikberatkan. Kami

mengambilkira faktor kebersihan makanan untuk menjamin kesihatan dan menjaga alam

sekitar dengan tidak membiarkan sampah di merata-rata tempat.

Semasa pelaksanaan projek, saya telah terlibat sebagai fasilitator dan penceramah bagi

slot sains islam. Amanah yang diberikan untuk mengendalikan slot-slot yang ada dijalankan

sebaik mungkin untuk menjamin keberkesanan apa yang ingin disampaikan. Jadual aktiviti

pada hari tersebut amat padat kerana perubahan yang diminta oleh pihak Maahad dan kami

berasa amat penat, namun kami sedaya upaya untuk mengerjakan tugas dengan bersungguh-

sungguh dan sabar sehingga program selesai dengan sempurna. Walaupun berdepan dengan

cabaran seperti mengawal pelajar-pelajar di Maahad, kekurangan fasiliti, kami terus komited

untuk menjalankan tugas. Dengan niat kami untuk membantu Maahad tersebut, kami dapat

menyumbangkan 20 buah rehal yang berharga RM900, 40 naskhah alquran , sejadah karpet

untuk kegunaan surau, alat tulis untuk pelajar dan beberapa lagi cenderamata. Kami juga

sedaya upaya untuk mematuhi masa yang telah ditetapkan dalam tentative projek supaya

projek ini dapat dijalankan dengan sempurna dan selesai dalam jangka masa yang telah

dirancang.