laporan akhir

8
LMCK1621 Set6 Sem 2 20142015 ETIKA & PROFESIONAL LAPORAN AKHIR I.0 Definisi Etika & Profesional Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmat an dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. 1.1 Skop Etika Profesional a) Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan lain-lain. b) Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. 2.0 Pengenalan Mengenai Program Pada 27 November 2014, kolej saya iaitu Kolej Rahim Kajai (KRK) telah menganjurkan Pesta Tanglung yang ke-3 iaitu ‘Pesta Tanglung D’ Kajai III’. Pesta ini adalah untuk menyambut perayaan Tanglung bersama dengan anak yatim yang datang dari Bangi dan memperkenalkan perayaan ini kepada kaum yang berbeza agar mereka lebih memahami budaya dan adat resam Cina . Sebelum Pesta Tanglung ini, kami telah membuat banyak mesyuarat dan perjumpaan, Ini adalah untuk melantik Biro dan AJK serta mengambil cadangan dan

Upload: looinaichong

Post on 16-Aug-2015

77 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan akhir

LMCK1621 Set6 Sem 2 20142015 ETIKA & PROFESIONAL

LAPORAN AKHIR

I.0 Definisi Etika & Profesional

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin

dalam perkhidmat an dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan

dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam

masyarakat.

1.1 Skop Etika Profesional

a) Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar

peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan lain-lain.

b) Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam

keseluruhan hidupnya.

2.0 Pengenalan Mengenai Program

Pada 27 November 2014, kolej saya iaitu Kolej Rahim Kajai (KRK) telah menganjurkan Pesta

Tanglung yang ke-3 iaitu ‘Pesta Tanglung D’ Kajai III’. Pesta ini adalah untuk menyambut

perayaan Tanglung bersama dengan anak yatim yang datang dari Bangi dan memperkenalkan

perayaan ini kepada kaum yang berbeza agar mereka lebih memahami budaya dan adat resam

Cina. Sebelum Pesta Tanglung ini, kami telah membuat banyak mesyuarat dan perjumpaan, Ini

adalah untuk melantik Biro dan AJK serta mengambil cadangan dan pandangan daripada setiap

ahli yang menyertai bagi melancarkan Pesta Tanglung ini. Cadangan yang kreative dan menarik

telah disambut dan dicatatkan.

Dalam mesyuarat pertama, senarai nama Biro dan Ajk bagi Pesta Tanglung tersebut telah

diwujudkan. Saya berasa amat gembira kerana mendapat jawatan yang diidamkan. Jawatan ini

sememangnya memerlukan kemahiran berkomunikasi yang banyak untuk mendapatkan modal

Page 2: Laporan akhir

yang mencukupinya. Setelah mendapat jawatan sebagai ajk pemasaran, saya terus berbincang

dengan pengarah dan timbaran pemasaram tentang cara-cara yang patut digunakan dan menyedia

untuk mendapatkan dana daripada pelbagai pihak.

Untuk mendapatkan modal bagi Pesta Tanglung ini, kami semua ahli diminta untuk menjalankan

MO iaitu Marketing Operation di luar kampus. MO telah dijalankan sebanyak dua kali untuk

mendapat modal yang mencukupi, kali pertama kami telah pergi ke Ampang, dan kali kedua

kami dibahagikan kepada 3 kumpulan, kumpulan pertama pergi ke Jalan Tar, kumpulan kedua ke

Kepong, dan kumpulan ketiga ke Cheras. Saya telah dibahagikan ke kumpulan kedua iaitu pergi

ke Kepong. Pada mulanya, saya amat segan untuk minta orang lain mendermakan duit atau

barang lain kepada kami, tetapi selepas ajaran yang diberi oleh senior yang berpengalaman, saya

mula mendapat keyakinan diri, saya juga telah menggunakan cara yang berlainan daripada rakan

saya yang lain semasa mengambil derma dari segi lisan, akhirnya orang yang memberi derma

semakin bertambah. Kami menjalankan MO ini sehingga ke petang 3pm. Lepas itu kami pun

mengambil KTM dan bas balik ke kampus UKM.

Selapas itu, tibalah hari Pesta Tanglung D’ Kajai III. Pada hari itu, kami semua ahli, ajk, dan biro

dikenakan berkumpul pada 5 petang. Selepas taklimat diberikan, kami telah mengetahui apa skop

kerja yang perlu dibuat setiap orang. Dan kami mulakan kerja pada 5 petang. Gerai-gerai yang

dijemput mula tiba dan rakan-rakan dari kolej lain juga mula tiba. Saya diarah untuk membawa

rakan-rakan tersebut melawat kolej kami dan juga memberi penjelasan kepada mereka tentang

Pesta Tanglung. Akhirnya, dengan kehadiran pengetua kolej kami, bermulalah aktiviti Pesta

Tanglung D’ Kajai III ini. Setelah taklimat yang diberi oleh pengetua kami, ketua pengarah

program menghadiahkan cenderamata kepada pengetua kolej selepas perasmian. Kami

menyediakan sebuah papan yang dilukis dengan bendera Malaysia, dan meminta rakan yang

hadir melekatkan kertas cabutan bertuah mereka di atas papan tersebut. Cara yang kreative ini

mendapat pujian daripada Felo kolej saya.Terdapat pelbagai persembahan yang menarik seperti

tarian kipas, silap mata, tarian tradisional melayu dan india, persembahan diabolo serta tarian

kpop dan sebagainya.

Page 3: Laporan akhir

Pada pukul 10 malam, pesta kami berakhir juga. Selepas saya mengucapkan terima kasih kepada

rakan yang menghadirkan diri ke pesta ini, maka tamatlah Pesta Tanglung D’ Kajai III ini. Kami

pun mula mengambil gambar sebagai kenangan, dan mula membersihkan tempat. Sehinggalah

pukul 12.30am, barulah semua kerja pembersihan disiapkan dan kami pun bersurai ke bilik

masing-masing untuk berehat. Aktiviti ini berjalan dengan lancar.

3.0 Objektif Pembelajaran

Objektif Pembelajaran adalah untuk menerapkan nilai-nilai etika dan profesionalisme di

kalangan pelajar melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. Pelajar akan

didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang bertujuan membangunkan tahap kecekapan,

akauntabiliti, tanggungjawab, sikap boleh melaksanakan tugasan secara berintegriti dan amanah.

Objektif Pembelajaran ini seharusnya melengkapkan pelajar menjadi individu yang

berkeperibadian murni dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat.

4.0 Pelaksanaan Tugas

Dalam program ini, saya telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatan Kuasa Pemasaran. Peranan

saya adalah bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan yang lain untuk merancang cara bagi

menyelesaikan masalah bajet yang terhad. Seperti kita tahu. sesebuah projek akan gagal berjalan

dengan lancar tanpa sumber kewangan yang mencukupi. Oleh itu, Saya telah mengumpulkan

semua ahli dengan mengadakan Marketing Operation di mana kami akan meminta sumbang

daripada orang ramai di beberapa tempat yang berlainan iaitu Kepong, Cheras, Ampang dan juga

Jalan tar. Selain itu, saya dengan ahli-ahli kumpulan yang lain juga menjual merchadiser bagi

projek kami seperti baju untuk mendapatkan lebih banyak sumber kewangan.

Page 4: Laporan akhir

Walaupun saya merupakan Ahli Jawatan Kuasa Pemasaran, saya juga turut terlibat dalam proses

penyediaan perhiasan bagi pentas dan juga pameran kerana kekurangan bajet serta ahli-ahli

jawatankuasa. Antara perhiasan yang telah kami buat sendiri adalah seperti tanglung dan

backdrop pentas. Sekiranya mengikut kebiasaan, tanglung sepatutnya diperbuat daripada kertas

tetapi kertas mudah koyak maka kami menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan kain

putih dan bukannya kertas. Dalam proses penghasilan tanglung, kami dikehendaki menulis

tulisan kaligrafi serta melukis di atas kain putih sebagai dekorasi. Namun, kebanyakkan daripada

kami kurang mahir menulis tulisan kaligrafi. Maka kami telah memikirkan cara penyelesaian

dengan menggunakan kaedah menekap. Melalui kaedah ini, hiasan atas tanglung bukan sahaja

kelihatan cantik dan kemas malah seragam bagi semua tanglung yang kami hasilkan.

Selain itu, kami juga menambahkan sangkar burung sebagai dekorasi pentas. Seperti kita tahu,

sangkar burung tidak hanya berfungsi untuk tempat memelihara burung tetapi dengan kreatif

memanfaatkan sangkar yang tidak terpakai untuk menjadikan dekorasi. Oleh itu, kami telah

menghias sangkar burung dan akhirnya sangkar burung yang lama telah menjadikan sangkar

burung yang baru serta dihiasi dengan tanaman hijau, bunga, pita dan sebagainya.

Dalam program ini, saya mempelajari arahan yang dipesan haruslah dipatuhi sepenuhnya. Semua

ahli perlu mengikut arahan supaya dapat menuju matlamat kearah yang sama. Walau

bagamaipun, kita juga boleh mengemukakan pendapat kita sekiranya mendapati sebarang

kesalahan atau ketidakpastian yang berlaku. Contohnya seperti semasa membuat latihan tarian,

kita perlu menunjukkan kesilapan ahli yang lain dan memberikan pendapat masing-masing.

Dengan itu, mereka dapat mengubah dan memperbaiki supaya memberi persembahan yang lebih

baik.

Saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana boleh memperkenalkan perayaan ini kepada

kaum yang berbeza agar mereka lebih memahami budaya dan adat resam kami. Kemahiran sosial

saya juga telah dipertingkatkan dengan baik.

Page 5: Laporan akhir

5.0 Akhir Kursus

a) Berkebolehan mempamerkan tahap kecekapan, akauntabiliti, tanggungjawab, sikap boleh

melaksanakan tugasan secara berintegriti, dan amanah.

b) Berkebolehan membuat keputusan secara bijaksana

c) Menjalankan tugas yang diberikan dengan sempurna tanpa menolakkan tanggungjawab

6.0 Kesimpulan

‘Pesta Tanglung Satu Malaysia D’Kajai III’ dapat dijalankan dengan lancar walaupun terdapat

masalah teknikal yang dihadapi akibat pertukaran tarikh program. Namum begitu, masalah yang

ditimbul ini menyebabkan kami dapat melatihan kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian

masalah dan pendekatan saintifik kita. Hubungan antara etnik dapat juga dieratkan melalui

program yang dianjurkan membolehkan warga UKM bersama-sama menyambutkan perayaan

ini.

Selain itu, program ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dan

mereka rela meluangkan masa sebanyak mana boleh sepanjang proses penyediaan pesta ini serta

berpandukan satu prinsip, iaitu berkomunikasi atau berbincang dengan ahli kumpulan yang lain

apabila menghadapi apa-apa masalah dalam pelaksanaan tugas.x