laporan akhir

5
Laporan Akhir : PROGRAM KEM REMAJA WAWASAN (KREW) NurFatin Afeeqa bt Baniyami (A146138) HHHC9301-KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Program Kem Remaja Wawasan (KREW) 2014 telah diadakan pada 25 September 2014 hingga 28 September 2014. Berdasarkan perjumpaan dan perbincangan yang telah dilakukan, Pulau Langkawi telah menjadi tempat pilihan untuk melaksanakan program ini. Selepas menghantar kertas kerja kepada pihak JPPEL dan mendapat kelulusan, pihak kami tidak dapat melaksanakan program di Pulau Langkawi dan terpaksa memilih semula tempat yang sesuai. Selepas perbincangan dan pertemuan seterusnya diantara ajk-ajk, dan telah mendapat persetujuan untuk menukar tempat program. Tempat yang dipilih ialah Pasir Panjang Port Dickson. Program KREW ini dianjurkan oleh Persatuan Kelab Sains Fizik UKM. Program ini bertemakan “Feel The Difference”. Program KREW Kelab Fizik merupakan program tradisi Kelab Fizik yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan ilmu yang berguna kepada mahasiswa/i baru tahun satu untuk dipraktik dan diaplikasikan dalam ilmu fizik disamping memberi peluang kepada mahasiswa/i melibatkan diri dalam pengendalian suatu gerak kerja yang rapi dan teratur. Manakala objektifnya pula adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi secara individu atau berpasukan dengan menggunakan

Upload: nurfatinafeeqa

Post on 12-Aug-2015

30 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Laporan Akhir : PROGRAM KEM REMAJA WAWASAN (KREW)NurFatin Afeeqa bt Baniyami (A146138)

HHHC9301-KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Program Kem Remaja Wawasan (KREW) 2014 telah diadakan pada 25 September 2014

hingga 28 September 2014. Berdasarkan perjumpaan dan perbincangan yang telah dilakukan,

Pulau Langkawi telah menjadi tempat pilihan untuk melaksanakan program ini. Selepas

menghantar kertas kerja kepada pihak JPPEL dan mendapat kelulusan, pihak kami tidak dapat

melaksanakan program di Pulau Langkawi dan terpaksa memilih semula tempat yang sesuai.

Selepas perbincangan dan pertemuan seterusnya diantara ajk-ajk, dan telah mendapat

persetujuan untuk menukar tempat program. Tempat yang dipilih ialah Pasir Panjang Port

Dickson. Program KREW ini dianjurkan oleh Persatuan Kelab Sains Fizik UKM. Program ini

bertemakan “Feel The Difference”.

Program KREW Kelab Fizik merupakan program tradisi Kelab Fizik yang bertujuan

untuk memberi pendedahan dan ilmu yang berguna kepada mahasiswa/i baru tahun satu untuk

dipraktik dan diaplikasikan dalam ilmu fizik disamping memberi peluang kepada mahasiswa/i

melibatkan diri dalam pengendalian suatu gerak kerja yang rapi dan teratur. Manakala

objektifnya pula adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan

kemahiran berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi

secara individu atau berpasukan dengan menggunakan pelbagai pendekatan seperti pendekatan

saintifik (penggunaan logik fikiran dan hipotesis) atau pendekatan professional (pengalaman dan

pembelajaran yang berterusan. Selain itu, untuk memupuk kemahiran kerja berpasukan dalam

kalangan pelajar seperti menghormati pandangan, pendirian dan kepercayaan orang lain,

menerima kepelbagaian yang wujud dalam kumpulan, membantu rakan-rakan secara proaktif,

memberi sumbangan kepada perancangan kerja dan sebagainya serta mendedahkan kepada

pelajar kemahiran pengurusan maklumat seperti menstrukturkan aktiviti dan tugasan yang

diberi, mengagihkan kuasa dan tanggungjawab kepada orang lain, memastikan perlaksanaan

tugasan yang konsisten dengan perancangan/target/objektif dan sebagainya.

Sebagai kesimpulannya, pelbagai kemahiran dan nilai-nilai murni telah saya pelajari

sepanjang perancangan program sehingglah hari terakhir projek dilaksanakan. Dalam

perancangan projek ini, saya telah mempelajari pelbagai cara untuk meningkatkan kemahiran

dalam setiap gerak kerja yang dilaksanakan. Dengan kemahiran-kemahiran baru yang diperolehi

ini, pelbagai tugasan dapat disempurnakan dengan mudah dan cepat. Hasil kerja juga sangat

memuaskan. Melalui pelaksanaan projek ini juga, kemahiran pengurusan maklumat dan

pembelajaran sepanjang hayat juga dapat dipertingkatkan. Sepanjang program berlangsung, saya

telah mendapat pelbagai ilmu baru berkaitan cara hidup dalam bermasyarat, menghargai alam

sekitar dan dapat melakukan pelbagai aktiviti yang dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan

dan penglaman. Dalam setiap perkara yang dilakukan pasti terdapat cabaran dan permasalahan

yang timbul. Sebagai contohnya masalah berkaitan bajet dan peruntukan untuk program. Kami

tidak dapat menjalankan program di Pulau Langkawi kerana kos yang diperlukan sangat tinggi.

Namun masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Harapan dan saranan saya agar

program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dan saya juga menyarankan

supaya program seperti ini dapat diberikan dana dan tajaan yang lebih banyak memandangkan

program ini sangat berguna kepada mahasiswa dan masyarakat.

Gambar-gambar sepanjang program KREW

Aktiviti berakit dalam kumpulan masing-masing

Persembahan kumpulan dan LDK

Barisan AJK dan peserta program KREW