laporan akhir

5
LAPORAN AKHIR Saya Kohilavani a/p Krishnasamy dari kelas T1 SN telah berjaya menamatkan program pengalaman berasaskan sekolah (PBS) yang merupakan perkara wajib kepada semua penuntut IPGM di Malaysia. Program ini mengkehendaki saya memilih sebuah sekolah sebagai tempat utama untuk saya menjalankan tugasan ini. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Springhill telah menjadi teratak ilmu pilihan hati saya dalam melengkapkan tugasan ini dimana sekolah ini merupakan bekas sekolah saya ketika saya bersekolah rendah dahulu. Buat hari pertama saya menjejakkan kaki ke sekolah ini, sambutan baik dari para guru sekolah membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan tugasan. Pn Kala a/p Rengasamy merupakan guru penolong kanan 1 sekolah tersebut telah menyambut baik kedatangan saya dan menerangkan sedikit berkaitan sekolah ini. Saya telah diberi seorang guru pembimbing yang sangat komited dan berdedikasi dalam membimbing saya sepanjang saya berada disekolah ini iaitu En. Susil Kumar yang merupakan salah seorang guru di sekolah tersebut. Saya telah diberi kesempatan, ruang dan peluang oleh pihak sekolah untuk mendekatkan diri dengan pelajar di sekolah apabila saya diminta masuk ke dalam kelas untuk menggantikan guru yang tidak dapat hadir atas sebab tertentu. Satu lagi cabaran buat saya untuk mengorak langkah dalam bidang pendidikan. Memahami jiwa pelajar, mengetahui perkembangan tahap yang berlaku terhadap

Upload: kohila-kohilavani

Post on 30-May-2015

274 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

jk nbm

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan akhir

LAPORAN AKHIR

Saya Kohilavani a/p Krishnasamy dari kelas T1 SN telah berjaya menamatkan

program pengalaman berasaskan sekolah (PBS) yang merupakan perkara wajib

kepada semua penuntut IPGM di Malaysia. Program ini mengkehendaki saya memilih

sebuah sekolah sebagai tempat utama untuk saya menjalankan tugasan ini. Sekolah

Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Springhill telah menjadi teratak ilmu pilihan hati saya

dalam melengkapkan tugasan ini dimana sekolah ini merupakan bekas sekolah saya

ketika saya bersekolah rendah dahulu.

Buat hari pertama saya menjejakkan kaki ke sekolah ini, sambutan baik dari para

guru sekolah membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan tugasan. Pn

Kala a/p Rengasamy merupakan guru penolong kanan 1 sekolah tersebut telah

menyambut baik kedatangan saya dan menerangkan sedikit berkaitan sekolah ini. Saya

telah diberi seorang guru pembimbing yang sangat komited dan berdedikasi dalam

membimbing saya sepanjang saya berada disekolah ini iaitu En. Susil Kumar yang

merupakan salah seorang guru di sekolah tersebut.

Saya telah diberi kesempatan, ruang dan peluang oleh pihak sekolah untuk

mendekatkan diri dengan pelajar di sekolah apabila saya diminta masuk ke dalam kelas

untuk menggantikan guru yang tidak dapat hadir atas sebab tertentu. Satu lagi cabaran

buat saya untuk mengorak langkah dalam bidang pendidikan. Memahami jiwa pelajar,

mengetahui perkembangan tahap yang berlaku terhadap pelajar, minat dan tarikan

yang ditekankan ketika mengajar, mencurahkan ilmu dengan tepat dan berkesan

merupakan antara aspek yang perlu diutamakan sebagai seorang pendidik apabila

berada dalam sesebuah kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Hal

ini telah mencabar diri saya untuk melaksanakan apa yang telah dipelajari di institut

untuk diaplikasikan ketika berada di dalam kelas.

Tidak cukup dengan itu, mengikuti guru pembimbing cemerlang masuk ke dalam

kelas untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh seorang

yang sangat berpengalaman dan mahir dalam bidang pendidikan. Hal ini telah

Page 2: Laporan akhir

memberikan kesan yang cukup besar kepada saya dalam mengetahui dan memahami

teknik-teknik, kaedah-kaedah dan pendekatan yang telah digunakan oleh guru

berpengalaman terhadap pelajar bagi memastikan setiap anak didiknya memahami dan

mencapai objektif pengajaran yang diinginkan. Antaranya menggunakan kaedah

bercerita, memberikan aplikasi dalam kehidupan seharian, menjana idea murid untuk

berfikir dan memperkenalkan istilah-istilah baru dalam pelajaran dengan berkesan. Hal

ini telah menjadikan diri saya lebih yakin dan memahami apabila berada di dalam kelas

untuk mendidik dan membimbimg para pelajar suatu hari kelak.

Selain itu, amalan dan budaya disekolah yang baik dan murni menjadikan diri

seseorang pelajar lebih berintegriti dan bersahsiah tinggi dalam membentuk jiwa dan

jati diri yang mantap. Antara amalan dan budaya sekolah yang dapat mencerminkan

perwatakkan yang murni diri pelajar adalah seperti budaya memberi salam dan

menghormati oleh para pelajar kepada seluruh pendidik di sekolah, menggunakan

masa yang ada dengan meminjam buku di perpustakaan, program nilam diutamakan,

membaca doa sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, beratur

sebelum keluar balik dari sekolah dan banyak lagi. Hal ini secara tidak langsung pihak

sekolah telah berjaya menerapkan ciri-ciri perkembangan kanak-kanak yang positif

yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Maka impaknya

terlahirlah para pelajar yang sentiasa membudayakan nilai murni yang baik sepanjang

berada disekolah dan dapat diterapkan apabila para pelajar keluar dari sekolah.

Selain itu infrastruktur, prasarana dan mural-mural yang terdapat disekolah

adalah dari hasil usaha dan keringat warga pendidik. Antaranya kemudahan

perpustakaan, makmal komputer, lukisan-lukisan dan kata-kata yang terdapat pada

dinding-dinding sekolah meransang jiwa dan semangat pelajar dalam mewujudkan

suasana dan persekitaran sekolah yang kondusif dan penuh dengan simulasi-simulasi

yang dapat menjana daya intelek pelajar. Penggunaan kemudahan dan prasarana

dengan sebaiknya sebagai satu pelengkap yang memberikan satu lagi anjakan daya

minat dan tarikan pelajar untuk terus menimba ilmu disamping suasana teratak ilmu

yang bersih dan ceria.

Page 3: Laporan akhir

Secara tuntasnya, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bandar Springhill

merupakan salah satu institusi pendidikan yang mampu dan akan membentuk modal

insan yang memiliki perkembangan secara menyeluruh merangkumi pelbagai aspek

dalam diri para pelajar disamping usaha yang sentiasa berterusan oleh warga pendidik

sekolah dalam meletakkan sekolah ini sebagai salah satu sekolah yang cemerlang

pada masa akan datang dibawah pasak teraju guru besar yang berdedikasi dan

komited terhadap tugas yang digalas.

Saya sebagai bakal guru juga mendapat banyak pengetahuan daripada

pengalaman ini. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab saya mengaplikasikan

segala pengalaman saya apabila menjadi seorang guru. Mentor saya merupakan

seorang guru cemerlang yang akan menjadi idola saya juga. Hal ini demikan kerana

saya telah memerhatikan segala tugasan guru tersebut. Beliau sentiasa berpakaian

kemas, menepati masa, menghormati orang atasan dan juga guru-guru yang lain.

Selain itu, beliau ditugaskan untuk mengajar pelbagai subjek tetapi tidak menjadi

masalah kepada guru tersebut dan beliau telah menggunakan banyak kaedah dalam

menjalani pengajaran dan pembelajarannya. Saya sebagai guru pelatih akan

mengambil beliau sebagai contoh untuk menjadi seorang guru yang berguna pada

negara ini. Segala nilai yang terdapar pada guru tersebut akan dipatuhi oleh diri saya

sebagai seorang guru.

Tambahan pula, saya juga memerhatikan perlakuan pelajar di sekolah rendah.

Walaupun, mereka beranggap budak kecil tetapi fikiran mereka adalah terlalu berbeza.

Sebagai seorang saya perlulah bersedia daripada sekarang untuk menceburi anak

murid saya. Hal ini demikian kerana pelajar mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih

meluas dan juga sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu yang mendorong mereka

untuk mengemukakan banyak soalan kepada guru yang mengajar. Oleh itu, saya

perlulah mengambil inisiatif dari sekarang untuk memenuhi ilmu pengetahuan saya

supaya boleh mencabar segala halangan yang akan dihadapi oleh saya pada masa

depan.

Page 4: Laporan akhir

Kesimpulannya, segala pengalaman saya dari pengalaman berasaskan sekolah

yang pertama ini akan menjadi acuan kepada saya sebagai seorang guru. Saya akan

sentiasa mengingati segala pengajaran saya semasa di sekolah sebagai bantuan untuk

menghadapi cabaran seterusnya.