laporan ajk protokol

4
LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PROTOKOL KARNIVAL PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL Pada 10 Mac 2014 yang lalu, kumpulan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi opsyen Pendidikan Jasmani telah menjalani Karnival Pertandingan Permainan Tradisional. Karnival ini telah dianjurkan oleh guru-guru pelatih PISMP Semester 5 atas kerja kursus pendek yang bertajuk Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Guru-guru pelatih dari tujuh unit iaitu unit Bahasa Melayu, Bahasa Cina 1 dan 2, Bahasa Tamil 1 dan 2, Sains dan Matematik. Karnival Permainan Tradisional ini telah diadakan di padang astaka Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Permainan Tradisional ini dimulakan pada pukul 8 pagi dan dihabiskan pada 12.30 tengah hari. Karnival ini telah dirasmikan oleh Pengarah IPG Kampus Raja Melewar. Pertandingan Permainan Tradisional ini dianjurkan untuk memberi peluang dan pengalaman kepada guru-guru pelatih merasai sendiri permainan tradisional dan membuka minda guru-guru pelatih untuk mengambil bahagian dalam permainan tradisional. Semangat cinta akan permainan tradisional yang sudah dilupai oleh generasi sekarang, dapat diterapkan dalam kalangan generasi muda. Permainan tradisional yang telah dianjurkan ini juga dapat menerapkan semangat ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. Taklimat mengenai perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini telah disampaikan oleh dua orang pensyarah unit Pendidikan Jasmani En. Bisshukri bin Matrop dan En. Zulkefly bin Jamil. Rentetan daripada taklimat itu, semua guru pelatih PISMP dari tujuh unit tersebut bagi opsyen Pendidikan Jasmani telah mengadakan mesyuarat bagi melantik ahli jawatankuasa karnival. Berdasarkan keputusan mesyuarat, saudari Komala A/P Paramasuwan telah dilantik sebagai ketua ahli  jawatank uasa protokol dan pembantu nya ialah saudara Surinthar an A/L Muthukumar. Saya Syamala A/P Palanisamy, dan tujuh orang rakan lagi, telah dipilih sebagai ahli  jawatank uasa prot okol bag i membantu ketua A JK protok ol.

Upload: nithya-sekar

Post on 18-Oct-2015

258 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

  • 5/28/2018 Laporan AJK Protokol

    1/4

    LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PROTOKOL

    KARNIVAL PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

    Pada 10 Mac 2014 yang lalu, kumpulan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda

    Perguruan (PISMP) bagi opsyen Pendidikan Jasmani telah menjalani Karnival

    Pertandingan Permainan Tradisional. Karnival ini telah dianjurkan oleh guru-guru

    pelatih PISMP Semester 5 atas kerja kursus pendek yang bertajuk Pengurusan dan

    Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Guru-guru pelatih dari tujuh unit iaitu unit

    Bahasa Melayu, Bahasa Cina 1 dan 2, Bahasa Tamil 1 dan 2, Sains dan Matematik.

    Karnival Permainan Tradisional ini telah diadakan di padang astaka Institut

    Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Permainan Tradisional ini dimulakan pada

    pukul 8 pagi dan dihabiskan pada 12.30 tengah hari. Karnival ini telah dirasmikan oleh

    Pengarah IPG Kampus Raja Melewar. Pertandingan Permainan Tradisional ini

    dianjurkan untuk memberi peluang dan pengalaman kepada guru-guru pelatih merasai

    sendiri permainan tradisional dan membuka minda guru-guru pelatih untuk mengambil

    bahagian dalam permainan tradisional. Semangat cinta akan permainan tradisional

    yang sudah dilupai oleh generasi sekarang, dapat diterapkan dalam kalangan generasi

    muda. Permainan tradisional yang telah dianjurkan ini juga dapat menerapkan

    semangat ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.

    Taklimat mengenai perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini telah

    disampaikan oleh dua orang pensyarah unit Pendidikan Jasmani En. Bisshukri bin

    Matrop dan En. Zulkefly bin Jamil. Rentetan daripada taklimat itu, semua guru pelatih

    PISMP dari tujuh unit tersebut bagi opsyen Pendidikan Jasmani telah mengadakan

    mesyuarat bagi melantik ahli jawatankuasa karnival. Berdasarkan keputusan

    mesyuarat, saudari Komala A/P Paramasuwan telah dilantik sebagai ketua ahli

    jawatankuasa protokol dan pembantunya ialah saudara Surintharan A/L Muthukumar.

    Saya Syamala A/P Palanisamy, dan tujuh orang rakan lagi, telah dipilih sebagai ahli

    jawatankuasa protokol bagi membantu ketua AJK protokol.

  • 5/28/2018 Laporan AJK Protokol

    2/4

    Setelah selesai mesyuarat lantikan ahli jawatankuasa, AJK protokol telah

    mengadakan perbincangan bagi mengagihkan tugasan kepada ahli-ahli yang lain.

    Selepas itu, perjumpaan demi perjumpaan diadakan bagi memastikan perlaksanaan

    tugasan berjalan dengan lancar. Tugas AJK protokol yang pertama ialah menguruskan

    majlis iaitu melantik pengerusi majlis, menyediakan tentatif program, menguruskan

    pendirian khemah tetamu, menyediakan kemudahan sistem PA, dan menguruskan

    gimik perasmian.

    Sehari sebelum hari Karnival Permainan Tradisional, ajk protokol telah

    berkumpul di padang astaka kira-kira pada pukul 3 petang untuk menguruskan

    persiapan tempat karnival. Kami telah mengagihkan tugas kami antara satu sama lain.

    Kami telah mendapatkan kemudahan khemah dari unit penyelengaraan IPG Kampus

    Raja Melewar dan juga dari luar. Kami telah bekerjasama dengan ajk peralatan untuk

    menguruskan khemah bagi tetamu khas dan juga para guru pelatih. Selain itu, kami

    juga telah menyediakan kemudahan system PA bersama-sama dengan ajk peralatan.

    Di samping itu, kami juga telah menguruskan gimik perasmian. Kami telah

    menyediakan banting yang telah disiapkan oleh ajk publisiti bagi gimik perasmian. Kami

    juga telah menyediakan belon-belon helium untuk digunakan semasa perasmian

    Karnival Permainan Tradisional. Selain itu, kami ajk-ajk protokol telah menceriakankhemah tetamu seperti menyusun kerusi-kerusi bagi tetamu, pensyarah-pensyarah dan

    juga guru-guru pelatih. Kami juga telah menceriakan padang astaka dengan banting-

    banting tiga segi dan menceriakan kawasan khemah tetamu dengan pasu-pasu bunga.

    Pada hari permainan tradisional, kami telah turun padang pada pukul 6.30 pagi.

    Kami ajk protokol, telah mengikat banting bersama-sama dengan belon-belon helium.

    Sebagai penyambut tetamu kehormat, AJK protokol telah memastikan terlebih dahulu

    persiapan tempat yang disediakaan khas untuk tetamu kehormat dan perkara-perkaralain seperti penyediaan makanan dan cenderahati kepada tetamu kehormat sebelum

    mereka datang ke tempat karnival berlangsung. Kira-kira pada pukul 8.30 pagi, tetamu

    kehormat, Pengarah IPG Kampus Raja Melewar telah tiba di tempat karnival permainan

    tradisional. Sejurus ketibaan Pengarah, nyanyian lagu Negaraku telah dinyanyikan dan

    majlis dipimpin oleh bacaan doa. Selepas itu, Pengerusi Karnival telah memberi ucapan

  • 5/28/2018 Laporan AJK Protokol

    3/4

    aluan dan diteruskan oleh ucapan Pengarah dan seterusnya Pengarah telah

    merasmikan Karnival Pertandingan Permainan Tradisional. Program berjalan dengan

    lancar selari dengan catatan tentatif program yang telah dinyatakan di dalam buku

    program. Kami dengan kerjasama ajk-ajk yang lain telah berusaha sedaya upaya untuk

    memastikan tiada sebarang cacat cela yang timbul ketika tetamu kehormat tiba ke

    tempat karnival tesebut dan semasa ucapan tetamu kehormat serta perasmian karnival.

    Namun, kami akui bahawa terdapat kelemahan dalam menjalankan tugas

    sebagai ajk protokol. Semasa ucapan Pengarah, belon-belon helium yang telah kami

    ikat dengan banting telah terbang di angin sebelum dirasmikan oleh Pengarah.

    Kecuaian kami telah menjadi satu kesalahan yang besar di hadapan tetamu kehormat

    dan tetamu-tetamu yang lain. Tetapi kami telah menghadapinya sebagai satu cabaran

    dan mengikat kembali banting tersebut dengan reben dan kami juga mendahului

    dengan meminta maaf atas kesalahan kami. Kami akan membuat penambahbaikan

    dengan menukarkan reben kecil dengan reben yang besar ataupun tali supaya dapat

    diikatkan belon-belon helium itu dengan ketat sekali. Walaupun, kesalahan telah

    berlaku, kami tetap meneruskan Karnival Permainan Tradisional dengan kerjasama ajk-

    ajk yang lain dan guru-guru pelatih PISMP semester 5.

    Akhir kata dari kami, selaku peserta yang bertanggungjawab kami telahmelaksanakan tugas protokol kami dengan baik sekali dan kami akui pengalaman yang

    kami dapat peroleh merupakan ilmu yang sangat bernilai. Kami ucapkan ribuan terima

    kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Karnival

    Pertandingan Permainan Tradisional.

    Sekian, terima kasih.

  • 5/28/2018 Laporan AJK Protokol

    4/4

    Disediakan oleh,

    (SYAMALA A/P PALANISAMY)

    AHLI JAWATANKUASA PROTOKOL,

    KARNIVAL PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL.