laporan (ajk makanan dan refleksi)

9
1 PENGHARGAAN Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya maka dapat saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Keberhasilan tugasan ini adalah datang nya daripada dorongan dan sokongan daripada pelbagai pihak. Pada kesempatan ini, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik Kamaruzaman bin Bakar kerana memberi tunjuk ajar dan memberi jalan penyelesaian dalam setiap permasalahan yang saya utarakan. Tanpa beliau, saya tidak mungkin mampu menyelesaikan tugasan ini. Beliau sentiasa memberi kata semangat dan sentiasa memberikan maklumat yang saya perlukan. Beliau juga tidak kedekut ilmu dengan berkongsi pendapat dengan saya. Sekiranya saya mempunyai persoalan mengenai tugasan ini, beliau sentiasa memberi penjelasan yang jelas sehinggalah saya faham dan tahu menyelesaikan masalah yang timbul. Tidak saya lupakan juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama membantu dan menyumbang idea bagi menyempurnakan tugasan ini. Tanpa kerjasama dan sokongan, sesungguhnya tugasan ini tidak mampu disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Kerjasama dan pengurusan masa yang bijak penting dalam menyelesaikan sesuatu tugas. Jika tidak, sesuatu tugas tidak dapat diselesaikan pada masa yang ditetapkan dan tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Bak kata pepatah, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing´. Sesungguhnya, hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Akhir sekali, saya pohon sejuta kemaafan daripada semua

Upload: barbie-doll

Post on 23-Dec-2015

733 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

laporan ajk makanan sebelum dan selepas

TRANSCRIPT

Page 1: laporan (Ajk Makanan Dan Refleksi)

1

PENGHARGAAN

Syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya maka dapat saya

menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya dalam jangka masa yang telah

ditetapkan. Keberhasilan tugasan ini adalah datang nya daripada dorongan dan sokongan

daripada pelbagai pihak. Pada kesempatan ini, saya merakamkan jutaan terima kasih

kepada pensyarah kami iaitu Encik Kamaruzaman bin Bakar kerana memberi tunjuk ajar

dan memberi jalan penyelesaian dalam setiap permasalahan yang saya utarakan. Tanpa

beliau, saya tidak mungkin mampu menyelesaikan tugasan ini. Beliau sentiasa memberi

kata semangat dan sentiasa memberikan maklumat yang saya perlukan. Beliau juga tidak

kedekut ilmu dengan berkongsi pendapat dengan saya. Sekiranya saya mempunyai

persoalan mengenai tugasan ini, beliau sentiasa memberi penjelasan yang jelas

sehinggalah saya faham dan tahu menyelesaikan masalah yang timbul.

Tidak saya lupakan juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan

yang bersama-sama membantu dan menyumbang idea bagi menyempurnakan tugasan ini.

Tanpa kerjasama dan sokongan, sesungguhnya tugasan ini tidak mampu disiapkan dalam

masa yang ditetapkan. Kerjasama dan pengurusan masa yang bijak penting dalam

menyelesaikan sesuatu tugas. Jika tidak, sesuatu tugas tidak dapat diselesaikan pada masa

yang ditetapkan dan tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Bak kata pepatah, Berat

sama dipikul, ringan sama dijinjing´. Sesungguhnya, hanya Tuhan sahaja yang mampu

membalas jasa kalian. Akhir sekali, saya pohon sejuta kemaafan daripada semua pihak

yang terlibat sekiranya terdapat silap dan salah yang telah saya lakukan. Sesungguhnya

manusia tidak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan, Yang baik datangnya daripada

Tuhan yang buruk datang nya daripada kelemahan diri saya sendiri.

Page 2: laporan (Ajk Makanan Dan Refleksi)

2

LAPORAN AJK MAKANAN

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

Pada 28 Februari 2015 bersamaan hari sabtu, seramai 22 orang guru pelatih Pismp

5B telah mengadakan karnival permainan tradisional di padang IPG Kampus Bahasa

Melayu. Kami telah melaksanakan pelbagai aktiviti permainan tradisional antaranya, Galah

panjang, lompat getah, rebut tiang, golek kelapa, 7 selipar. Kami juga telah menjemput guru

pelatih Pismp sem 2 bagi bersama-sama untuk menjayakan karnival permainan tradisional

tersebut.

Bagi AJK makanan, kami telah menjalankan tugas sebelum hari karnival permainan

tradisional lagi dalam penyediaan menu dan juga makanan seharian kepada tetamu

jemputan iaitu Pismp sem 2 dan semua guru pelatih yang menganjurkan karnival tersebut.

Kami kemudiannya memutuskan untuk memilih cafe asrama Adibah Amin sebagai premis

yang bertanggungjawab menyediakan makanan seharian kami sepanjang karnival

berlangsungt. Beberapa sesi perbincangan antara pihak guru pelatih dan juga penyelia

kantin asrama telah dijalankan yang melibatkan penyediaan menu dan juga pembayaran

makanan.

Pada pagi hari kejadian, kami telah dijamu makanan berupa roti dan air kotak.

Makanan pada pagi tersebut diberikan secara percuma kepada tetamu jemputan semasa

sesi pendaftaran. Pada pukul 10.30 pagi, saya dan rakan selaku AJK makanan

mengedarkan makanan tersebut iaitu menu nasi ayam masak merah dan air mineral dan

kami makan di padang dimana tempat Karnival permainan tradisional itu dijalankan.

Kesimpulannya, kami AJK Makanan telah menimba banyak pengalaman dalam

mengendalikan makanan pada karnival permainan tradisional bagi semester ini. Semuanya

menjadi panduan kami dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru dalam menerima

pelbagai jenis tugasan bagi menguruskan organisasi kelak.

Yang menjalankan tugas, 28 FEBRUARI 2015

........................................

(NURUL ATIKAH BINTI ABDUL NAPIS)

AJK Makanan,

Karnival Permainan Tradisional

Page 3: laporan (Ajk Makanan Dan Refleksi)

3

REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

Pertamanya, saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dan

rakan-rakan guru pelatih PISMP semester 5 telah berjaya merancang dan mengelolakan

satu Karnival Permainan Tradisional. Karnival kali ini pada kali ini telah dikelolai oleh guru

pelatih ambilan Januari 2011 untuk melengkapkan tugasan Pengurusan dan Pentadbiran

Pendidikan Jasmani dan Sukan pada semester ini. Guru pelatih dari semester 5 telah

berjaya melaksanakan pertandingan ini dengan jayanya bermula dengan pelantikan AJK

sehingga berakhirnya karnival ini pada 28 FEBRUARI 2015.

Sebelum menjalankan kejohanan ini, kami telah mengadakan beberapa mesyuarat.

Perjumpaan yang pertama melibatkan aktiviti pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi seperti

pengerusi dan sebagainya. Perlantikan ini adalah bertujuan bagi pengurusan hari kejohanan

akan berjalan dengan lancar. Mesyuarat-mesyuarat seterusnya diadakan bagi

mengemaskini aktiviti serta perkara-perkara yang berkaitan dengan pertandingan ini. Melalui

aktiviti seperti ini, Saya dapat melatih diri saya supaya lebih memahami akan aspek

pengurusan dan juga mengelolakan sesuatu program yang diberikan sebagai amanah untuk

disempurnakan. Saya telah berada di bawah AJK makanan. Antara tugasan yang perlu

disempurnakan ialah menyediakan makanan dan minuman untuk memastikan karnival

berjalan dengan lancar dan kesemua peserta dan penganjur mendapat makanan

secukupnya sepanjang karnival ini berlangsung. Saya bersama seorang rakan guru pelatih

telah membahagikan tugas dan saya telah diamanahkan untuk membuat pesanan makanan

di cafe asrama Adibah Amin untuk karnival permainan tradisional.

Dalam pengurusan karnival ini, setiap kelas telah dibahagikan tugas untuk mengurus

satu permainan bagi setiap kelas. Jadi, setiap ahli kelas perlulah bertanggungjawab

terhadap permainan yang akan dikelolakan. Daripada apa yang saya lihat, setiap kelas

dapat melaksanakan dengan jayanya dan perjalanan setiap permainan adalah lancar.

Setiap guru pelatih memberikan bantuan dan kerjasama yang baik. Setiap permainan

dijalankan di tempat yang sama iaitu di padang IPG KAMPUS BAHASA MELAYU. Ini

memudahkan pergerakan peserta dan juga urusetia. Jadi, ini menunjukkan betapa

pentingnya pengurusan tempat dan juga pembahagian jawatankuasa untuk memastikan

permainan dapat dijalankan tanpa menggunakan masa yang lama untuk membuat segala

persiapan karnival tersebut.

Page 4: laporan (Ajk Makanan Dan Refleksi)

4

Selain itu juga, karnival ini berlangsung dan berjalan dengan lancar mengikut apa

yang telah ditetapkan. Kesemua kumpulan bersemangat untuk bermain permainan

tradisional ini, termasuklah peserta jemputan yang bekerjasama untuk menjayakan program

ini dari awal sehingga selesainya program tersebut. Sepanjang persiapan sebelum dan

selepas karnival sukan dan permainan tradisional ini, banyak yang saya telah perolehi.

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan ini sememangnya

memberikan banyak manfaat kepada diri saya sebagai bakal guru. Manfaat pertama yang

saya perolehi iaitu saya berpeluang meningkatkan profesionalisme keguruan saya. Hal ini

demikian kerana, melalui tugasan penganjuran dan pengelolaan Karnival Permainan

tradisional 2015 ini saya dapat meningkatkan kemahiran interpersonal saya sebagai bakal

guru. Melalui tugasan ini saya perlu berinteraksi dengan pelbagai pihak. Maka, secara tidak

langsung saya dapat mempelajari cara berkomunikasi yang berkesan mengikut situasi,

orang dan tempat.

Manfaat yang seterusnya iaitu saya dapat mempelajari cara-cara pengurusan dan

pentadbiran sesebuah kejohanan sukan dengan lebih berkesan dengan adanya amali

pengelolaan Karnival Permainan tradisional. Hal ini demikian kerana, melalui pengelolaan

karnival ini saya dapat mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari di dalam bilik darjah

dengan lebih berkesan. Sebagai contohnya, saya dapat memahami sistem pertandingan

sesebuah permainan dengan lebih baik kerana setiap permainan yang dianjurkan

mempunyai sistem pertandingan tersendiri. Selain itu, melalui pengelolaan karnival ini saya

dapat meningkatkan daya kreativiti saya sebagai bakal guru. Ini kerana, saya dan rakan-

rakan telah diminta untuk memilih satu permainan tradisional untuk dipertandingkan. Hasil

daripada perbincangan kumpulan atas dasar suara ramai, kumpulan kami telah memilih satu

permainan tradisional iaitu Galah Panjang. Melalui permainan ini, elemen kreativiti yang

perlu ada pada seorang guru dapat diasah dan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Manfaat yang keempat iaitu saya dapat mengeratkan hubungan dengan guru pelatih

daripada kelas yang berbeza. Ini kerana, melalui karnival ini secara tidak langsung

hubungan akan menjadi erat. Tambahan pula, peluang untuk berjumpa sesama guru pelatih

daripada kelas berlainan akan menjadi lebih kerap kerana pengelolaan karnival ini

melibatkan perbincangan dan kerjasama antara satu kelas dengan kelas yang lainnya dari

semasa ke semasa. Selain itu, semasa Karnival Permainan tradisional guru pelatih yang

terlibat perlu bermain bersama-sama. Maka, melalui semangat kesukanan bersaing secara

sihat tersebut, satu jalinan persahabatan akan dapat terbentuk dengan sendirinya.

Page 5: laporan (Ajk Makanan Dan Refleksi)

5

Kelebihan lain yang dapat saya perolehi iaitu saya dapat menambah ilmu

pengetahuan berkenaan dengan permainan tradisional. Ini kerana, melalui pengelolaan

karnival ini saya dan rakan-rakan telah membuat pelbagai bacaan tambahan bagi meneliti

permainan yang bersesuaian. Maka, secara tidak langsung penambahan ilmu berlaku

melalui pencarian maklumat daripada pelbagai sumber tersebut. Selain itu, penambahan

ilmu juga berlaku kerana semasa karnival berlangsun, saya secara tidak langsung dapat

mengumpul enam koleksi permainan tradisional yang dibuat sendiri oleh rakan saya. Ini

kerana, kesemua permainan yang dipertandingkan adalah permainan lama mengikut tradisi.

Maka, permainan ini dapat saya gunakan kelak semasa di sekolah dalam subjek Pendidikan

Jasmani.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam melaksanakan tugasan

ini. Kelemahan pertama iaitu dari aspek pengurusan masa. Kelemahan ini dapat saya lihat

semasa persediaan tapak permainan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, guru-guru

pelatih diminta untuk berkumpul pada pukul 5.00 petang di padang institut mengikut kelas

masing-masing. Namun, setibanya saya di padang hanya beberapa orang yang hadir selain

mengalami kekurangan peralatan.Walau bagaimanapun, tepat jam 6.00 petang kesemua

guru pelatih tiba dan persiapan padang dapat dijalankan dengan kehadiran mereka.

Cadangan penambahbaikkan yang boleh dibuat bagi mengatasi masalah pengurusan masa

ialah guru pelatih perlu mempunyai rasa tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.

Selain itu, mereka perlulah mempunyai rasa empati terhadap rakan-rakan. Lantaran mereka

yang lewat, rakan-rakan terpaksa menunggu lama dan secara tidak langsung tugasan tidak

dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancang.

Kelemahan yang seterusnya iaitu berkenaan dengan penyediaan sistem pemainan

dan borang markah. Permainan yang kami pilih ialah Galah panjang. Salah seorang dari ahli

kumpulan kami telah mengubah peraturan dan cara bermain galah panjang yang betul

menyebabkan kumpulan kami telah ditegur oleh pensyarah subjek kerana membuat

permainan galah panjang dengan peraturan yang salah. Berikutan daripada itu, saya dan

rakan-rakan menjadi kelam kabut untuk memperbetulkan borang markah dan cara

permainan galah panjang.

Cadangan penambahbaikkan yang perlu dibuat iaitu guru pelatih terutamanya ahli

jawatankuasa yang terlibat dalam penyediaan borang markah dan cara bermain galah

panjang perlulah membuat rujukan awal kepada pensyarah subjek. Hal ini demikian kerana,

sekiranya terdapat kesalahan pensyarah subjek dapat memperbetulkan kesalahan yang

dibuat dengan lebih awal memandangkan pensyarah subjek merupakan individu yang mahir

Page 6: laporan (Ajk Makanan Dan Refleksi)

6

dalam sistem pertandingan dan jadual permainan bagi sesebuah permainan. Guru pelatih

juga bolehlah merujuk sumber seperti buku dan internet bagi mendapatkan kesahihan

maklumat berkenaan sistem pertandingan dan peraturan yang digunakan dalam permainan

galah panjang.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai manfaat dan kelemahan sepanjang menyiapkan

tugasan ini. Beberapa penambahbaikkan perlu dilakukan terhadap item yang lemah supaya

hasil tugasan akan lebih baik pada masa akan datang. Item yang baik perlu diteruskan dan

dipertingkatkan supaya satu Karnival Permainan tradisional yang terbaik dapat dianjurkan

pada masa akan datang dengan menjadikan kekuatan dan kelemahan sepanjang Karnival

Permainan tradisional 2015 ini sebagai rujukan utama.