laporan

7
LAPORAN AKTIVITI AMALI TARIKH : 30 SEPTEMBER 2014 TEMPAT : BILIK 10 NAMA: KARTINI BINTI JAPAR SITI KHODIJAH BINTI AHMAD ROSLAN PENDAHULUAN

Upload: kartini-japar

Post on 07-Oct-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Amali

TRANSCRIPT

LAPORAN AKTIVITI

AMALI

TARIKH :

30 SEPTEMBER 2014TEMPAT :

BILIK 10NAMA:

KARTINI BINTI JAPAR

SITI KHODIJAH BINTI AHMAD ROSLAN

PENDAHULUAN

Amali 2 : Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl merupakan dua model utama yang mana bukan sahaja digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran malah turut menjadi sumber rujukan dalam pembinaan soalan bagi tujuan pentaksiran. Taksonomi Bloom adalah model ilmu yang berteraskan kognitif individu yang dilengkapi dengan enam aras iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Manakala Domain Karthwohl pula berkonsepkan sikap dan emosi murid yang terdiri daripada lima aras iaitu Penerimaan, Gerak Balas, Penilaian, Organisasi dan Perwatakan.

Amali ini merangkumi tugas membina soalan-soalan pentaksiran hasil perbincangan berdasarkan Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl.Tugasan amali ini juga melibatkan pembentangan soalan hasil perbincangan secara berkumpulan berdasarkan hasil pembelajaran pembinaan soalan Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl. OBJEKTIFObjektif amali dijalankan:

1.1 Peserta dapat mengenalpasti dan menyatakan aras-aras yang terdapat dalam Taksonomi Bloom dan peringkat-peringkat dalam Domain Krathwohl.1.2 Peserta dapat menerangkan mengenai setiap aras Taksnomi Bloom - Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian serta peringkat Domain Krathwohl - Penerimaan, Gerak Balas, Penilaian, Organisasi dan Perwatakan.1.3 Peserta dapat membina soalan berdasarkan aras-aras taksonomi dan peringkat domain krathwohl.1.4 Peserta dapat memindahkan maklumat dalam bentuk lakonan atau simulasi.

1.5 Peserta membentangkan soalan-soalan yang dibina hasil perbincangan dalam kumpulan masing-masing.SEBELUM AMALISebelum amali ini dijalankan, kami telah melakukan perbincangan beberapa kali untuk menentukan aktiviti yang akan kami laksanakan berdasarkan tajuk amali yang diberi.

Hasil perbincangan, kami memilih kata putus untuk menjalankan amali ini menggunakan pendekatan berpusatkan murid. Hal ini bermaksud, peserta amali melakukan aktiviti secara aktif semasa amali ini dijalankan dan meliputi pengalaman pembelajaran yang dirasai dan dialami sendiri oleh mereka. Aktiviti-aktiviti yang kami rancang juga melibatkan peserta sepenuhnya supaya mereka berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam amali ini.

Selain itu, kami juga akan menerapkan kaedah pembelajaran secara koperatif yang memerlukan peserta bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Walaupun berkumpulan, setiap peserta mengekalkan individualitinya dan membantu menyumbang idea kepada kumpulan. Setiap peserta dalam kumpulan bertanggungjawab berkongsi idea dan memberi sumbangan yang baik, bukan mengikut sahaja.

Teknik yang kami gunakan sepanjang amali ini nanti termasuklah teknik main, teknik penerangan dan teknik lakonan atau simulasi. SEMASA AMALIPENILAIAN AKTIVITIAktiviti 1: Ayam BergerakAlatan/ bahan: Patung ayam, pemain muzik mp3, pembesar suara.Arahan: Peserta diminta membuat satu bulatan besar. Secara rawak, pembentang akan menyerahkan patung ayam kepada peserta dan muzik dimainkan. Peserta perlu menggerakkan patung ayam dengan cara memberi kepada peserta disamping mereka dan diteruskan sehingga muzik dihentikan. Peserta yang memegang patung ayam semasa muzik terhenti perlu menjawab soalan yang dikemukakan oleh pembentang.

Penilaian:Melalui aktiviti ini, kami dapat mengenalpasti sejauh mana kefahaman peserta terhadap tajuk amali pada hari ini. Antara soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut:-1. Apakah yang anda faham mengenai Taksonomi Bloom?

Peserta: Siti Nor Diana

Jawapan: Taksonomi Bloom merupakan model kognitif (pengetahuan) dalam pembelajaran iaitu apa yang dicari adalah seperti fakta, teori, dan hukum.2. Nyatakan aras-aras yang terdapat dalam Taksonomi Bloom?

Peserta: Asyraf

Jawapan: Berdasarkan kefahaman saya, terdapat enam aras dalam Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

3. Apakah yang anda faham mengenai Domain Krathwohl?

Peserta : Tracy Leong

Jawapan: Menurut kefahaman saya, Domain Krathwohl merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap murid dalam pembelajaran.4. Nyatakan aras-aras yang terdapat dalam Domain Krathwohl?

Peserta: Kamarul

Jawapan: Peringkat-peringkat yang terdapat dalam Domain Krathwohl adalah Penerimaan, Gerak Balas, Penilaian, Organisasi dan Perwatakan.

Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh peserta, kami dapati bahawa peserta mempunyai kefahaman mengenai tajuk. Hal ini demikian kerana peserta mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai tajuk hasil daripada sesi perbincangan dan kuliah bersama pensyarah pembimbing.Aktiviti 2 : Sijil IlmuArahan : Semua peserta diminta mencari Sijil Ilmu yang disembunyikan di sekitar ruang kelas. Peserta yang menjumpai sijil memilih rakan yang lain untuk membentangkan sijil. Pembentangan Sijil Ilmu dilakukan dengan cara bacaan berirama dan bacaan beremosi yang telah ditetapkan pada Sijil Ilmu.Penilaian :

Aktiviti Sijil Ilmu dilaksanakan bagi menyampaikan ilmu yang tepat mengenai tajuk amali yang kami bentangkan iaitu Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl. Melalui penerangan berirama dan berintonasi oleh peserta tertentu, peserta-peserta lain memperoleh pengetahuan konsep yang tepat dan benar mengenai aras dalam kedua-dua model ini.

Penyampaian secara berirama dan berintonasi ini berupaya membina kreativiti individu di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang santai dan menarik minat peserta untuk menumpukan perhatian kepada penyampai. Aktiviti ini berjaya dilaksanakan apabila sebelas orang peserta telah membentangkan setiap aras Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl dan mendapat maklum balas yang positif daripada pendengar (peserta lain).Aktiviti 3 : Bola ArasArahan : Setiap peserta diminta mengambil sebiji bola aras. Peserta membentuk kumpulan berdasarkan aras yang ditampal pada bola. Dalam kumpulan, peserta perlu membina tiga soalan berdasarkan aras masing-masing.Penilaian:

Aktiviti ini merupakan aktiviti kemuncak dalam amali yang kami jalankan bagi mencapai objektif utama tajuk amali iaitu membina soalan berdasarkan aras taksonomi bloom dan Domain Krathwohl. Penggunaan Bola Aras dalam pembahagian kumpulan adalah bagi memastikan pembentukan kumpulan dilaksanakan secara adil. Melalui pembentukan kumpulan ini, peserta diminta bekerjasama sepanjang membina soalan iaitu sebanyak tiga soalan bagi Taksonomi Bloom berdasarkan aras yang diperoleh melalui Bola Aras dan satu soalan bagi Domain Krathwohl. Aktiviti ini juga dilaksanakan bagi menilai sejauh mana kefahaman peserta mengenai tajuk yang dibentangkan. Aktiviti 4 : Saya Cikgu!Arahan : Setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk membentangkan hasil soalan yang dibina. Wakil memegang watak sebagai seorang guru dan ahli kumpulan lain sebagai murid. Penilaian:Aktiviti terakhir yang kami jalankan ini bertujuan untuk memastikan peserta dapat menyampaikan segala maklumat hasil perbincangan dalam kumpulan ke dalam bentuk situasi berdasarkan konsep Saya Cikgu.

Semasa aktiviti ini dilaksanakan, peserta telah memindahkan segala isi mengenai topik dengan ringkas dan padat secara lisan mengikut kreativiti setiap kumpulan masing-masing. Soalan yang dibina juga dibentangkan pada aktiviti ini dengan wakil kumpulan berperanan sebagai guru manakala ahli kumpulan lain berperanan sebagai murid yang bertanggungjawab menjawab soalan yang dinyatakan pembentang.

Setiap kumpulan memberikan kerjasama yang sangat baik semasa aktiviti dijalankan. Hal ini berdasarkan pemerhatian mengenai pembentangan kumpulan yang telah dilakukan melibatkan setiap ahli dalam kumpulan. Semasa membentangkan hasil kerja mereka, setiap ahli dalam kumpulan tersebut telah menjawab dan menerangkan konsep soalan yang dibina dengan jelas dan mantap. Secara keseluruhannya, objektif untuk perlaksanaan aktiviti ini telah tercapai dan berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.SELEPAS AMALISelepas amali ini dijalankan, kami menjalankan tugas menyiapkan laporan amali. Laporan ini merangkumi perjalanan sebelum, semasa dan selepas amali.