lampiran titas

5
LAMPIRAN Sumbangan Tamadun Islam Dalam Pelbagai Bidang Keilmuan Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiwan Islam seperti Ibnu Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al- Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai pemangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana. Malah sejarahwan barat Robert Briffault telah mengakui betapa barat terhutang budi kepada orang-orang Islam: For although not a single aspect of European growth in with the decisive influence of Islamic civilization is not traceable, nowhere is it so clear and momentous as in the genesis of that power with constitute the permanent distinctive force of the modern world and the supreme source of its victory - natural science and scientific spirit. Science is the momentous contribution of Arab Civilization to the modern world. It was not science only which brought Europe back to life. Other and mainfold influences from the civilization of Islam communicated its first glow to European life.

Upload: shalu-shetty

Post on 22-Nov-2015

83 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sfddgf

TRANSCRIPT

LAMPIRANSumbangan Tamadun Islam Dalam Pelbagai Bidang Keilmuan Islamtelah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiwan Islam sepertiIbnu SinaatauAvicenna,Ibn RushdatauAverroesdanAl-Khawarizmitelah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunanilmudalam Dunia Islam telah diakui sebagai pemangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris:Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana. Malah sejarahwan barat Robert Briffaulttelah mengakui betapa barat terhutang budi kepada orang-orang Islam:

For although not a single aspect of European growth in with the decisive influence of Islamic civilization is not traceable, nowhere is it so clear and momentous as in the genesis of that power with constitute the permanent distinctive force of the modern world and the supreme source of its victory - natural science and scientific spirit. Science is the momentous contribution of Arab Civilization to the modern world. It was not science only which brought Europe back to life. Other and mainfold influences from the civilization of Islam communicated its first glow to European life.

Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia dan algebra. Lahir universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Gelap meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan besar kepada bangsa Eropah. Sumbangan Tamadun Islam

KEAGUNGAN sesebuah empayar atau bangsa banyak bergantung pada pencapaiannya dalam pelbagai bidang. Pencapaian ini, akhirnya menjadi sumbangan tamadun manusia kepada peradaban dunia yang kekal mempengaruhi perjalanan masyarakat dunia sejak dulu hingga kini.Lihat bagaimana besarnya sumbangan tamadun dunia seperti Mesir, Mesopotamia (Babylon), Yunani, Rom, Parsi, China, India, Jepun, Eropah dan paling penting, tamadun Islam dengan keunggulannya berbanding tamadun lain yang pernah dibina dan dicatat dalam sejarah dunia.

Bagi Malaysia, dalam usaha menyusun perancangan untuk melayakkan kita mencapai taraf masyarakat hadhari, 10 prinsip digariskan sebagai panduan mencapai matlamat itu. Antara prinsip paling asas adalah keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi; kemerdekaan jiwa daripada sebarang bentuk belenggu; penguasaan ilmu pengetahuan; keseimbangan pembangunan ekonomi, keutuhan akhlak serta budaya dan keampuhan sistem pertahanan.Prinsip ini juga yang mendasari tamadun Islam dan menjadikan ia berbeza dengan tamadun lain di dunia.

Tiga ciri utama tamadun Islam adalah akidah suci dan kukuh kepada Allah; syariah yang dijadikan panduan serta peraturan hidup dan akhlak mulia. Ciri itu yang membuatkan pembinaan tamadun gemilang oleh umat Islam lebih bererti berbanding bangsa lain di dunia.Tamadun Islam yang berasaskan prinsip suci, contohnya yang diwakili oleh Kerajaan Bani Ummayyah (Damsyik: 41-133 Hijrah/ 661 -750 Masihi. dan Andalus: 139-423 Hijrah./756-1031 Masihi) dan Bani Abbasiyyah (Baghdad: 132-656 Hijrah/750-1258 Masihi) memperlihatkan keunggulan yang tidak terbanding. Ilmu pengetahuan pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Damsyik berkembang dengan pesat dan meliputi bidang bahasa, sastera, sains, perubatan serta ilmu agama seperti hadis, fiqh, tafsir dan tauhid. Antara kota yang menjadi tumpuan perkembangan ilmu adalah Kufah dan Basrah di Iraq (ilmu bahasa serta sastera). Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Andalus pula berkembang lebih pesat, selain berjaya membina tamadun lebih besar dalam pelbagai aspek agama dan bukan agama.Cordova menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada abad keempat Hijrah/10 Masihi.

Bangsa Eropah memperoleh manfaat daripada perkembangan ini. Mereka berpeluang mempelajari banyak ilmu Islam yang berkembang di seluruh Andalus. Ia bukan saja di Cordova, malah bandar lain seperti Seville, Toledo dan Granada.Bagi Kerajaan Abbasiyyah pula, kegemilangannya juga setanding Bani Ummayyah di Andalus.Kota Baghdad seperti Cordova juga memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan tamadun Islam, terutama pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya, al-Ma'mun. Kegemilangan zaman pemerintahan kedua-dua pemerintah berwibawa ini mendorong sejarawan menamakannya Zaman Keemasan Kerajaan Abbasiyyah.

Rujukan: Shaikh Abdullah Hassan Mydin. 2006.Tamadun IslamDan Tamadun Asia (TISA). Pulau Pinang: PPPJJ-USM,Malaysia