lakuan motor dan biomekanik ting 5

7
Fungsi sistem biologi dalam kawalan motor. - Pergerakkan manusia dipengaruhi oleh interaksi antara sistem biologi dan persekitaran. - Interaksi ini dikenali sebagai ekologi pergerakan. - Komponen utama dalam ekologi pergerakan ini ialah keberkesanan sistem biologi mengawal postur. Kawalan postur - Kawalan postur perkara asas dalam membina pengusaan kemahiran sukan yang lebih kompleks. - Dipengaruhi oleh pengawalan keseimbangan statik dan dinamik. - Keupayaan manusia dalam proses pengawalan postur melibatkan komponen seperti berikut: i. Sistem visual ii. Sistem Vestibular iii. Sistem Somatosensori. Komponan sistem biologi Fungsi Struktur utama Catatan Sistem visual Mengawal dan mengetahui pergerakan disekeliling. Mata Ambie nt - Penggunaan yang tidak maksimum semasa situasi pergerakan menyeluruh. - Tidak di kawal oleh otak. - Berfungsi dalam mengawal keseimbangan dinamik. Fokal - Penggunaan sistem visual yang sepenuhnya. - Melibatkan konteks visual otak. - Fungsi pemfokusan imej. Sistem vestibular Menyelaras keseimbang an badan dan perubahan fisiologi yang wujud dalam badan. Alat vestibular memfokuskan pelbagai pergerakan dengan memerlukan keseimbangan pengawalan terhadap aktiviti atau perlakuan oleh sistem ini. Sistem somatosensori Mentafsir maklumat dari pelbagai reseptor bagi menyelaras Reseptor Melibatkan pelbagai reseptor maklumat kinestetik bagi membolehkan pentafsiran mengenai keadaan persekitaran. Proprioseptor mendominasi perubahan pergerakan tubuh.

Upload: yussuff84

Post on 24-Jun-2015

504 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lakuan Motor Dan Biomekanik Ting 5

Fungsi sistem biologi dalam kawalan motor.

- Pergerakkan manusia dipengaruhi oleh interaksi antara sistem biologi dan persekitaran.

- Interaksi ini dikenali sebagai ekologi pergerakan.

- Komponen utama dalam ekologi pergerakan ini ialah keberkesanan sistem biologi mengawal postur.

Kawalan postur

- Kawalan postur – perkara asas dalam membina pengusaan kemahiran sukan yang lebih kompleks.

- Dipengaruhi oleh pengawalan keseimbangan statik dan dinamik.

- Keupayaan manusia dalam proses pengawalan postur melibatkan komponen seperti berikut:i. Sistem visualii. Sistem Vestibulariii. Sistem Somatosensori.

Komponan sistem biologi

Fungsi Struktur utama

Catatan

Sistem visual Mengawal dan mengetahui pergerakan disekeliling.

Mata Ambient - Penggunaan yang tidak maksimum semasa situasi pergerakan menyeluruh.

- Tidak di kawal oleh otak.

- Berfungsi dalam mengawal keseimbangan dinamik.

Fokal - Penggunaan sistem visual yang sepenuhnya.

- Melibatkan konteks visual – otak.

- Fungsi – pemfokusan imej.

Sistem vestibular Menyelaras keseimbangan badan dan perubahan fisiologi yang wujud dalam badan.

Alat vestibular

memfokuskan pelbagai pergerakan dengan memerlukan keseimbangan pengawalan terhadap aktiviti atau perlakuan oleh sistem ini.

Sistem somatosensori

Mentafsir maklumat dari pelbagai reseptor bagi menyelaras

Reseptor Melibatkan pelbagai reseptor – maklumat kinestetik bagi membolehkan pentafsiran mengenai keadaan persekitaran.

Proprioseptor – mendominasi perubahan

Page 2: Lakuan Motor Dan Biomekanik Ting 5

interaksi diri dan persekitaran.

pergerakan tubuh.

Peranan persekitaran dalam kawalan motor.

- Proses kawalan motor sistem biologi – di pengaruhi oleh kepelbagaian maklumat kinestetik.

- Maklumat kinestetik yang diproses secara releven (yang diperlukan) akan wujud selepas di proses oleh sistem biologi iaitu ransangan dalam konteks persekitaran dan daya.

- Terdapat dua jenis maklumat sensori yang diwujudkan oleh tindak balas sistem biologi dan persekitaran iaitu ransangan (persekitaran) dan daya.

Ransangan (persekitaran)- Ransangan ekstrinsik

- Pelbagai bentuk ransangan

- Menerima (sistem biologi) melalui pelbagai jenis reseptor sensori (impuls saraf – ransangan – ransangan sensori.

- Tindak balas terhadap ransangan (persekitaran) dipantau oleh sistem persepsi – mewujudkan maklumat ekstrinsik.

Daya (fizikal)- Daya semulajadi (persekitaran)

- Graviti, rintangan udara, geseran (daya semulajadi yang mempengraruhi proses kawalan motor)

- Keberkesanan pergerakan – kemampuan, teknik mengaplikasikan daya tersebut.

- Kemahiran manipulasi daya fizikal – kombinasi antara sistem biologi dan persekitaran.

Interaksi sistem kawalan motor dan persekitaran dalam kawalan motor.- Penguasaan sesuatu kemahiran adalah hasil dari interkasi antara sistem biologi dan

persekitaran.- Sistem biologi (sebagai sistem mekanikal – berfungsi menghasilkan pergerakan)

- Persekitaran (sebagai penyalur maklumat)

- Sistem biologi (sebagai penerima dan memproses ransangan/respon)

- Berlaku secara sistematik

- Sistematik (dari segi pemantauan –tindakan).

Sistem persepsi- Sistem pemprosesan maklumat bagi sistem biologi

- Mentafsir maklumat dari persekitaran (pembekal maklumat)

Page 3: Lakuan Motor Dan Biomekanik Ting 5

- Mengenalpasti hanya maklumat releven diterima dan diproses.

- Pengretahuan tinggi, pengalaman dan tahap permainan (boleh mempengaruhi sistem persepsi)

Siztem aksi.- Sistem yang merencana pergerakan dari sistem persepsi kepada pergerakan yang

sesuai dengan persekitaran.- Sistem persepsi (mentafsir) dan sistem aksi (bertindak)

- Penguasaan kemahiran – kematangan persepsi-aksi.

- Penglaman dan pengetahuan sebagai pembolehubah kemhiran pergerakan.

PERKEMBANGAN MOTOR- Perkembangan motor adalah antara kandungan pengkajian kawalan motor yang

melihat kepada peningkatan penguasaan kemahiran pergerakan secara semulajadi berdasarkan kepada prinsip perkembangan motor Arnold Gesell (1952).

- Asas pemahiran perkembangan motor akan melalui empat proses perkembangan motor manusia iaitu:i. Tahap satu – perkembangan refleksii. Tahap dua – kemahiran motor asasiii. Tahap tiga – kemahiran permainan awalaniv. Tahap empat – kemahiran fizikal.

- Keempat-empat tahap perkembangan motor dipengaruhi oleh dua pembolehubah iaitu perubahan keupayaan motor dan perubahan fisiologi.

Perubahan keupayaan motor.- Terdapat dua peringkat fasa yang menjadi tunjang kepada perubahan keupayaan motor

iaitu perkembangan dan penurunan.- Perkembangan motor – proses mempelajari kemahiran motor iaitu dari mudah kepada

kompleks.- Penurunan – proses perkembangan motor merosot (penuaan)

- Kedua-dua fasa ini berhubungkait dengan perubahan fisiologi yang berlaku kepada proses kematangan dan sistem biologi.

Fisiologi.- Berkait rapat dengan sistem saraf pusat dan sistem-sistem reseptor.

- Perubahan fisologi ini meningkatkan kecekapan sistem biologi mengadaptasikan kemhiran mudah kepada kemhiran kompleks.

- Contoh: sistem kinestetik dan vestibular berkembang dari lahir kepada 6 bulan untuk tempoh kematangan, sistem visual juga bermula dari lahir tetapi memerlukan tempoh masa sehingga berumur 10-12 tahun.

- Secara teorinya, kematangan proses kemahiran dibentuk dari kecil lagi iaitu pendedahan sistem biologi terhadap perkembangan kemahiran motor.

Page 4: Lakuan Motor Dan Biomekanik Ting 5

PEMBELAJARAN MOTOR.- Merupakan antara skop subdisiplin bidang kawalan motor yang memfokuskan kepada

pengkajian kemahiran yang berlaku melalui beberapa pembolehubah seperti praktis, latihan, pemindahan pembelajaran, penjadualan praktis dan teknik penyampaian maklum balas.

- Pembolehubah yang mempengaruhi pembelajarn motor berkait rapat dengan tahap pemerolehan kemahiran motor yang wujud pada sistem biologi.

Tahap pemerolehan kemahiran motor.- Secara umumnya, kemahiran motor ialah kebolehan mencapai objektif pergerakan

yang ingin dilakukan dan Keberkesanan pencapaian objektif seharusnya berada pada tahap yang konsisten. Ini bermaksud, kemahiran motor merujuk kepada keupayaan mencapai objektif pergerakan secara konsisten melalui usaha minimum.

- Proses pemerolehan kemahiran motor memerlukan kekerapan dan kecekapan diri dalam melakukan pergerakan. Perkara penting dalam mengketagori sesuatu pergerakan itu sebagai satu kemhiran ialah konsistensi iaitu kekerapan.

- Hasilan pergerakan yang tidak konsisten tidak dikategorikan sebagai kemahiran.

- Penguasaan kemhiran memerlukan proses latihan dalam membentuk satu jalinan penguasaan kemhiran dengan pelaku dalam proses konsistensi.

- Proses pembelajaran sesuatu kemahiran dalam bidang sukan dipengaruhi oleh tiga tahap iaitu:i. Tahap lisan kognitifii. Tahap asosiatifiii. Tahap autonomi.

Tahap lisan kognitif- Berkait rapat dengan kemhiran asas kerana berlaku diperingkat awalan dan melalui

proses arahan kepada sesuatu pergerakan (terminologi lisan) dan pentafsiran maksud arahan oleh pelaku (terminologi kognitif).

- Lisan/arahan melibatkan beberapa fasa pergerakan dan ansur maju kemahiran melalui kaedah-kaedah arahan seperti penyampaian guru/jurulatih dan kaedah peniruan (video, demonstrasi) manakala kognitif pula menjadikan setiap maklumat mengenai kemahiran yang ingin dipelajari sebagai satu kepentingan asas.

Tahap asosiatif- Juga dikenali sebagai gabungan iaitu penguasaan keseluruhan kemahiran asas yang

diperlukan melalui peringkat pengabungan kemahiran-kemahiran asas yang releven.- Kepentingan pengabungan proses kemahiran asas mewujudkan satu kaedah keputusan

pelaksanaan yang perlu dilakukan.- Contoh: pemain midfield dalam permainan bola sepak mendapat bola dikedudukan 25

meter dari tiang gol pihak lawan dan pemain ini boleh melakukan beberapa keputusan pergerakan samada melakukan tendangan terus (menjaringkan gol), menghantar bola

Page 5: Lakuan Motor Dan Biomekanik Ting 5

kesebelah tepi /kiri dan kanan (Side attack) dan menghantar bola ke bahagian bawah (hold position).

- Berdasarkan kepada contoh tersebut, faktor kedudukan, stamina serta kepantasan membuat keputusan merupakan satu keadaan yang berlaku kepada pemain tersebut semasa mendapat bola 25 meter dari tiang gol pihak lawan.

- Perkara dasar bagi tahap asiosiatif ini adalah pelaku tidak memerlukan sebarang arahan dari luar untuk membuat keputusan sesuatu pergerakan kerana telah mencapai tahap pembelajaran secara sendiri.

Tahap autonomi- Proses penguasaan kemahiran yang berlaku adalah sebati dengan diri pelaku yang

berpandukan kepada situasi persekitaran dan respons/keputusan yang sesuai dengan situasi.

- Autonomi lebih mudah ditafsirkan sebagai automatik iaitu satu keadaan secara spontan berlaku kepada pergerakan pelaku yang menguasai keseluruhan pergerakan bidang sukan serta menguasai setiap undang-undang dan peraturan yang diceburinya.

PEMBOLEHUBAH YANG MEMPENGARUHI TAHAP PEMEROLEHAN KEMAHIRAN MOTOR.

Praktis.

- Praktis ialah aktiviti yang dilakukan secara berulang-ulang dengan tahap kekerapan yang tinggi iaitu merujuk kepada latihan mengikut konteks bidang sukan dilakukan secara kerap mengikut jadual yang sistematik bagi mendapat penguasaan maksimum sesuatu pergerakan atau kemahiran.

- Contoh: david beckham melakukan latihan tendangan percuma sehari 100 biji bola setiap hari.

- Praktis dilakukan berdasarkan kepada penggunaan secara maksimum fisiologi dan kemahiran motor semasa melakukan sesuatu latihan.

- Ada dua konsep asas praktis yang menjadi pembolehubah kepada praktis iaitu cara/teknik/kaedah praktis dan taburan praktis.

Cara/teknik/kaedah praktis.- Dua bentuk iaitu fizikal dan mental.

- Praktis fizikal merangkumi pembelajaran amali iaitu bentuk latihan yang diperlukan bagi memaksimumkan penguasaan kemahiran manakala praktis mental berbentuk teori iaitu penggunaan minda secara maksimum dalam memantapkan ciri dalaman tubuh. Lebih dikenali sebagai persediaan psikologi.

- Gabungjalin kedua-dua cara/teknik/kaedah praktis ini menyediakan atlet sebelum pertandingan.

Page 6: Lakuan Motor Dan Biomekanik Ting 5

Taburan praktis.- Merujuk kepada penyelenggaraan masa semasa latihan mengikut sesi berdasarkan

kepada dua kaedah iaitu praktis massa dan praktis agihan.- Kedua-dua taburan praktis ini berkonsepkan jeda tetapi berbeza dari segi pelaksanaan

aktiviti dan masa. Masa adalah perkara utama dalam menjalankan taburan praktis ini kerana bagi praktis massa, penggunaan masa rehat adalah minimum tetapi aktiviti adalah maksimum manakala prastis agihan memaksimumkan aktiviti dan masa rehat yang sama.

- Praktis massa digunakan dalam kemahiran yang terus iaitu melibatkan perlakuan yang sama diulang-ulang seperti renang, larian marathon, menimbang bola takraw manakala bagi praktis agihan lebih kepada kemahiran atau lakuan yang mempunyai titik permulaan dan pengakhiran yang spesifik kerana melibatkan pergerakan pantas dan masa terhad seperti pukulan dalam sukan golf, rejeman dalam sukan takraw, melontar peluru.

Maklum balas.- Praktis juga berlaku dalam bentuk maklum balas iaitu semasa proses memperbaiki

kesilapan dan kekurangan kemahiran yang dilakukan.- Maklum balas merujuk kepada pengumpulan maklumat yang diterima bagi setiap kali

pergerakan tersebut dilakukan yang bertujuan untuk memperbaiki setiap kesilapan yang dilakukan bagi kemahiran yang gagal dilaksanakan.

- Terdapat dua jenis maklum balas yang wujud semasa menganalisis titik akhir pergerakan kemahiran iaitu maklum balas intrinsik dan maklum balas ekstrinsik.

- Maklum balas intrinsik memfokuskan kepada proses maklum balas dalaman terhadap perlakuan yang dilakukan manakala bagi maklum balas ekstrinsik merujuk kepada maklum balas luaran terhadap perlakuan dan prestasi.

- Maklum balas intrinsik akan melalui proses pemerolehan maklumat sensori oleh deria dan tidak memperolehi maklumat tersebut dari luar seperti jurulatih, rakan-rakan dan penyokong/penonton mankala bagi maklum balas ekstrinsik, pemerolehan maklumat adalah dari luaran sepenuhnya samada dari jurulatih, rakan-rakan, perkasasan video dan sebagainya yang bertujuan untuk memperbaiki kelemahan yang timbul semasa perlakuan motor.

- Tindak balas dari kedua-dua maklum balas ini berbeza dari segi prestasi dan tahap seseorang atlet seperti berikut:

Jenis maklum

balas

Contoh perlakuan Atlet novis Atlet profesional/prestasi tinggi

Intrinsik Jaringan bola tidak tepat dalam sukan bola keranjang

Hanya melihat dan akan melakukan jaringan secara berulang-ulang

Menilai setiap faktor seperti kedudukan postur badan dan kedudukan bola semasa dilepas

Page 7: Lakuan Motor Dan Biomekanik Ting 5

semasa melakukan jaringan

ekstrinsik Komen dari jurulatih mengenai teknik pukulan bola hoki tidak kuat dan laju.

Atlet akan mengetahui teknik yang dilakukannya adalah tidak betul semasa melakukan pukulan

Kedudukan tangan, kaki, kecondongan badan dan hayunan kayu adalah tidak menepati kriteria semasa melakukan pukulan