borang pengesahan status tesis♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan ujian koordinasi...

28
PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: KEBERKESANAN LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN KEMAHIRAN MOTOR TERHADAP ATLET HOKI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya: MAS MURNI @ ZAITON BINTI ABDULLAH (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: NO 7, KAMPUNG LUBUK AYER, AYER HITAM, PM. DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN 06150 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN. Tarikh : MEI 2011 Tarikh: MEI 2011

Upload: dinhminh

Post on 09-Jul-2019

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,

atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: KEBERKESANAN LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL

BERASASKAN KEMAHIRAN MOTOR TERHADAP ATLET

HOKI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya: MAS MURNI @ ZAITON BINTI ABDULLAH

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian

tinggi.

4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

___________________________ ________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: Nama Penyelia:

NO 7, KAMPUNG LUBUK AYER,

AYER HITAM, PM. DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN

06150 ALOR SETAR,

KEDAH DARUL AMAN.

Tarikh : MEI 2011 Tarikh: MEI 2011

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

i

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )

Tandatangan : _______________________________________

Nama Penyelia : PM. DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN

Tarikh : MEI 2011

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

ii

KEBERKESANAN LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN

KEMAHIRAN MOTOR TERHADAP ATLET HOKI UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA (UTM)

MAS MURNI @ ZAITON BINTI ABDULLAH

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

iii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”

Tandatangan : ________________________________________

Nama Pelajar : MAS MURNI @ ZAITON BINTI ABDULLAH

Tarikh : MEI 2011

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

iv

DEDIKASI

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi. Bersyukur saya

ke hadrat-Nya kerana telah memberi saya kesihatan yang baik dan semangat kental

untuk saya menyempurnakan kajian ini.

Istimewa buat Ayahanda yang dikasihi Abdullah bin Said serta Bonda Romlah

binti Kassim. Terima kasih di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan dorongan

selama ini.

Buat abang dan adik, Mohd Muslim, Mohd Mustakim, Mohd Muadzam dan

Muhamad Muqri. Terima kasih atas dorongan dan kerjasama yang kalian hulurkan.

Serta tidak lupa buat teman-teman seperjuangan 4SPS dan seluruh warga SPS.

Terima kasih di atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan

Semoga Allah merahmati kalian di dunia dan akhirat.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

v

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya

saya dapat menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada

pembimbing saya iaitu Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Bin Zainuddin di atas

kerjasama yang sepenuhnya. Segala bimbingan dan bantuan beliau dalam proses saya

menyiapkan PSM ini amat saya hargai.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan yang membantu dan memberikan

dorongan dalam bersama-sama menyelesaikan projek ini khususnya buat teman karib

saya Arafat, Rahimah, Noor Haniza, Adjah Naqkiah, Salimah, Aruna, Syiling, Siti, Mar,

Zurin, Gadap, Naz, pensyarah-pensyarah Sains Sukan, Fakulti Pendidikan dan rakan-

rakan SPS semua. Terima kasih di atas segala sokongan dan bantuan yang diberikan.

Sekian, terima kasih semua.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan latihan kecergasan fizikal

yang dijalankan ke atas atlet Hoki UTM. Seramai 22 orang subjek yang terdiri daripada

11 lelaki dan 11 wanita diukur tahap kecergasan mereka melalui enam ujian berasaskan

lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30

Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois, Ujian Reaksi Kaki Nelson dan

Ujian Lompat Jauh Berdiri. Kajian ini melibatkan ujian pra dan ujian pos. Sebelum

menjalani ujian pos, subjek akan melalui fasa latihan yang telah ditetapkan dalam

tempoh masa enam minggu. Prestasi yang diperolehi akan dinilai berdasarkan norma

asal dan akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 16.0. Data dari ujian pos

bagi prestasi atlet lelaki dan wanita menunjukkan peningkatan menerusi semua

komponen yang diuji. Bagi atlet lelaki komponen koordinasi, ketangkasan dan imbangan

menunjukkan peningkatan tetapi berada di tahap sederhana. Komponen kelajuan, masa

reaksi dan kuasa menunjukkan peningkatan pada tahap yang baik. Bagi prestasi bagi

atlet wanita pula, kelajuan menunjukkan peningkatan tetapi ianya berada pada tahap

lemah menerusi norma asal dan komponen kuasa masih di tahap di bawah sederhana.

Bagi komponen koordinasi, imbangan dan ketangkasan di tahap sederhana dan masa

reaksi menunjukkan peningkatan ke tahap yang baik. Bagi atlet lelaki, dapatan ujian pra

dan ujian pos bagi komponen koordinasi (p<0.001), kelajuan (p<0.001), imbangan

(p<0.003), ketangkasan (p<0.001), masa reaksi (p<0.009), dan kuasa (p<0.001) pada

nilai keertian (p< 0.05). Dapatan bagi wanita juga menunjukkan nilai signifikan (p<

0.05) bagi komponen koordinasi (p<0.001), kelajuan (p<0.001), imbangan (p<0.001),

ketangkasan (p<0.001), masa reaksi (p<0.001), dan kuasa (p<0.022). Kajian juga

merekodkan perbezaan perubahan prestasi diantara jantina. Tiada perbezaan signifikan

antara jantina bagi semua komponen kecuali koordinasi dan imbangan. Secara

keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa latihan yang diikuti oleh atlet hoki UTM

memberikan peningkatan positif terhadap prestasi. Walaubagaimanapun, ianya boleh di

tingkatkan lagi dengan penambahbaikan jadual latihan yang sedia ada. Latihan yang

biasa dilakukan oleh atlet hoki UTM adalah latihan seperti taktikal, bebanan, dan

kecergasan fizikal.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

vii

ABSTRACT

The aim of this research is to identify the effectiveness level of physical fitness training

on UTM hockey athletes. Subjects were 22 athletes consist of 11 males and 11 females.

In this study, their physical fitness levels were measured through six tests based on

motor behavior which are hands and eye coordination test, 30 meters running test, stock

stand test, Illinois agility test, Nelson leg reaction test and standing long jump test. This

study involved both pre and post- test. Before conducting the post-test, subjects will

undergo training phase that has been set up within 6 weeks. The obtained performance

will be evaluated based on the actual norm and will be analyzed by using SPSS 16.0

software. The data from pre and post test for both male and female athletes has increase

in all components tested. Hence, for coordination component of male athletes, agility

and balance has shown increasing result but at moderate levels. There are also good

increase levels shown by other components such as speed component, reaction time and

power. In addition to the female athletes’ performance, the speed component has shown

an increase but at low level of actual norm while the power component was still at the

moderate level.Other components such as coordination, balance and agility were at

moderate level whereas the reaction time showed enhancement towards better level.

Furthermore, for male athletes, findings on pre test and post test for each components

such as coordination(p<0.001), speed (p<0.001), balance (p<0.003),

agility(p<0.001),reaction time (p<0.009), and power (p<0.001) have shown significant

value which was set at p< 0.05. Findings on female athletes have also shown

signification value of at p< 0.05 for coordination component (p<0.001), speed

(p<0.001), balance (p<0.001), agility (p<0.001), reaction time (p<0.001), and power

(p<0.022). This study also has recorded the different changes of achievement between

genders. There are no significant differences between gender for all components except

for coordination and balance component. In conclusion, the practices followed by UTM

hockey athletes show an increasing positive value toward the performance. However, it

can be up-graded with improvement on the existing training time table. The common

exercises done by UTM hockey athlete are tactical, strength training and physical

fitness.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA i

JUDUL ii

PERAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SIMBOL xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Skop Kajian 8

1.9 Batasan Kajian 9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

ix

1.10 Definisi Operasional 9

1.10.1 Kecergasan Fizikal 9

1.10.2 Kecergasan Fizikal Berasaskan Motor 10

1.10.3 Tahap 10

1.10.4 Imbangan 10

1.10.5 Koordinasi 10

1.10.6 Masa Reaksi 11

1.10.7 Kelajuan 11

1.10.8 Kuasa 11

1.10.9 Ketangkasan 12

1.10.10 Subjek 12

2 SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kelajuan 14

2.3 Ketangkasan 16

2.4 Kuasa 18

2.5 Koordinasi 19

2.6 Masa reaksi 20

2.7 Keseimbangan 21

2.8 Penutup 22

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

x

3 METODOLOGI KAJIAN 23

3.1 Pengenalan 23

3.2 Reka Bentuk Kajian 23

3.3 Populasi dan Persampelan 24

3.4 Tempat Kajian 24

3.5 Instrumen Kajian 24

3.5.1 Borang Rekod Kecergasan Diri 25

3.5.2 Borang Skor 25

3.5.3 Pita Penanda 25

3.5.4 Pita Pengukur 25

3.5.5 Sistem Komputer 26

3.5.6 Stopwatch 26

3.5.7 Bola Tenis 26

3.6 Pentadbiran Ujian 26

3.7 Prosedur kajian 27

3.7.1 Borang Indentiti 28

3.7.2 Taklimat Kajian 28

3.7.3 Jadual Latihan 29

3.7.4 Prosedur Pengujian 35

3.8 Proses pengumpulan data 41

3.9 Analisis data 41

3.10 Penutup 41

4 ANALISIS DATA 42

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Diskriptif 42

4.3 Penutup 50

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

xi

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 51

5.1 Pengenalan 51

5.2 Perbincangan 51

5.2.1 Persoalan 1 51

5.2.2 Persoalan 2 53

5.2.3 Persoalan 3 54

5.3 Kesimpulan 56

5.4 Cadangan 56

5.4.1 Pemilihan Tempat Kajian 57

5.4.2 Jangka Masa Ujian 57

5.4.3 Penglibatan Seminar Luar 57

5.4.4 Penyediaan Program Latihan 58

5.5 Penutup 58

RUJUKAN 59- 63

LAMPIRAN 64-70

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skor Ujian Ketangkasan Illinois 35

3.2 Skor Ujian Pecutan 30 Meter 36

3.3 Skor Ujian Lompat Jauh Berdiri 37

4.1 Skor Ujian Dirian Bangau 38

4.2 Skor Koordinasi Tangan Dan Mata 39

4.3 Skor Reaksi Kaki Nelson 40

4.4 Taburan purata (min ± SP) ujian pra dan pos

bagi atlet hoki lelaki UTM 43

4.5 Taburan purata (min ± SP) ujian pra dan pos

bagi atlet hoki wanita UTM 45

4.6 Hasil ujian t berpasangan untuk enam komponen kecergasan

fizikal berasaskan lakuan motor atlet hoki UTM lelaki 47

4.7 Hasil ujian t berpasangan untuk enam komponen kecergasan

fizikal berasaskan lakuan motor atlet hoki UTM wanita 48

4.8 Perbandingan antara atlet hoki lelaki dan wanita UTM

mengikut komponen kecergasan fizikal berasaskan motor 48

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Skor min markah ujian pra dan ujian pos

bagi atlet hoki lelaki UTM 43

4.2 Skor min markah ujian pra dan ujian pos

bagi atlet hoki wanita UTM 45

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Perlantikan Subjek 64

B Surat Pelepasan Tanggungjawab 65

C Rekod Kesihatan dan Kecergasan Diri 66

D Borang Skor Ujian Kecergasan Fizikal 68

E Gambar Subjek 69

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

xv

SENARAI SIMBOL

p = nilai signifikan

< = lebih kecil

> = lebih besar

UTM = Universiti Teknologi Malaysia

SP = sisihan piawai

M = purata min

SD = standard deviations

MBJB = Majlis Bandaraya Johor Bahru

SPSS = Statistical Package For Social Science 16.0.

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di Malaysia, sukan hoki menjadi antara sukan yang popular dan digemari oleh

pelbagai lapisan masyarakat tidak kira keturunan, jantina, peringkat umur dan

merupakan salah satu sukan yang diminati di seluruh negara. Para jurulatih dan ahli-ahli

sukan di peringkat sekolah, universiti dan kebangsaan meletakkan harapan yang tinggi

terhadap program-program latihan yang dirangka untuk pembangunan sukan masing-

masing.

Kemudahan dan keperluan dalam sukan hoki telah membawa kepada

pembangunan serta peningkatan. Oleh itu, setiap pemain hoki seharusnya mempunyai

tahap kecergasan yang tinggi supaya membolehkannya bermain dengan cemerlang tanpa

sebarang gangguan seperti kelesuan atau kejang otot semasa bermain. Maka, wujudlah

program-program latihan yang saintifik dan sistematik serta terancang untuk

meningkatkan kecergasan dan keupayaan fizikal kepada pemain. Bagi kecergasan

fizikal, ia berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan mental, berkeupayaan

melaksanakan tugas harian dengan efisen tanpa berasa letih atau kelesuan, dapat

melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti riadah, masih memiliki tenaga untuk menghadapi

saat-saat yang tidak terduga dan kecemasan (Shaharudin Abd. Aziz, 2006; Zainun Ishak,

2006). Selain itu, Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara

berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

2

lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan

kecemasan. Kecergasan fizikal juga dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja

dengan lebih efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit

hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Menurut Greenberg et al. 2004, Kecergasan

fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan. Kecergasan

fizikal juga boleh didefinasikan sebagai masih mempunyai keupayaan untuk melakukan

aktiviti atau tuntutan kehidupan tanpa merasa cepat letih serta lesu dan masih

mempunyai tenaga untuk memberi rangsangan semasa saat mencemaskan atau

diperlukan (Heyward, 2002; Gapor Ahmad, 2007).

Bersukan adalah satu amalan hidup yang baik untuk diri kita. Ianya haruslah

dijadikan salah satu daripada aktiviti hidup yang berterusan. Kecergasan berasaskan

fizikal dan kemahiran motor melalui sukan dengan pengurusan yang sistematik dan

teratur sangat penting kepada kedua-dua aspek kesihatan fizikal dan mental. Kecergasan

seseorang itu boleh mempengaruhi kebolehan seseorang terhadap sesuatu kemahiran

motor yang dilakukan sama ada di dalam aktiviti sukan atau permainan. Tubuh badan

yang sihat juga menjadi salah satu faktor penentu kepada kesempurnaan dan

kesejahteraan hidup, terutamanya bagi pencapaian matlamat yang memerlukan aktiviti

fizikal sahaja. Untuk mencapai tujuan tersebut pergerakan memainkan peranan penting

di dalam kehidupan dan juga aktiviti sukan.

Lakuan motor adalah amat penting dalam setiap permainan yang ingin diceburi

supaya setiap aktiviti yang dilakukan tidak mendatangkan masalah kepada pergerakan

dan kecederaan terutama dalam permainan hoki bagi kajian ini. Kecergasan fizikal

menurut De Vries dan Housh (1994), ialah keupayaan seluruh organ manusia berfungsi

secara efisyen dan berkesan di mana ia bergantung kepada satu program senaman, corak

kehidupan yang aktif dan pemakanan yang seimbang.

Menurut Siedentop (2003), kecergasan fizikal terbahagi kepada dua komponen

iaitu berasaskan kesihatan dan berasaskan motor dimana setiap komponen dibangunkan

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

3

secara spesifik. Bagi komponen kecergasan berasaskan kesihatan ia berkaitan dengan

kesihatan manakala berasaskan motor pula ia berkaitan dengan perlakuan motor untuk

melakukan sesuatu tugasan.

Tahap kecergasan seseorang itu dapat dinilai berdasarkan kepada prestasi ketika

menjalani sesuatu aktiviti atau tugasan di mana pengukuran dan penilaian dapat

dilakukan ketika tubuh badan berfungsi di bawah tekanan dan keupayaan fizikal.

Keadaan ini dapat menggambarkan tahap keupayaan seseorang individu itu sama ada

dapat berfungsi dengan cekap atau pun tidak (Maud dan Foster, 2004).

Menurut Fahey et al. (2004), kecergasan fizikal mempunyai dua komponen

dimana melibatkan kesihatan dan kemahiran motor. Lima komponen kecergasan yang

berkaitan dengan kesihatan adalah daya tahan kardiovaskular, ketahanan otot, kekuatan

otot, fleksibiliti dan komposisi badan manakala kecergasan berkaitan kemahiran motor

pula adalah seperti kelajuan, kuasa, ketangkasan, keseimbangan, koordinasi dan reaksi

masa.

Kecergasan fizikal sangat penting pada setiap atlet. Oleh itu, setiap jurulatih

perlulah memberikan perhatian dan penekanan terhadap kecergasan atlet mereka.

Terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tahap kecergasan

fizikal atlet. Antaranya ialah seperti memantau tahap kecergasan atlet dari semasa ke

semasa.

Menurut Fox dan Mathew (1981), sesuatu latihan akan menunjukkan kesan jika

ia dilakukan selama enam hingga lapan minggu pada kekerapan latihan tiga kali

seminggu dan juga menyatakan latihan bebanan boleh meningkatkan kekuatan otot dan

daya tahan dengan melakukan latihan yang sedikit melebihi intensiti yang biasa.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk

pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.

Namun bagi tujuan pertandingan, salah satu elemen yang dapat membantu atlet beraksi

pada prestasi yang baik ialah tahap kecergasan fizikal ketika menyertai sesuatu

pertandingan tersebut.

Bagi atlet yang mewakili UTM, pemantauan tahap kecergasan fizikal atlet

selama ini tidak dijalankan secara teratur dan tiada rekod pemantauan tahap kecergasan

dari semasa ke semasa. Situasi ini sekurang-kurangnya menyebabkan pihak Unit Sukan

dan jurulatih sukar memantau serta mengetahui perkembangan tahap kecergasan fizikal

atlet menerusi latihan-latihan yang dilaksanakan dari suatu tempoh ke tempoh tertentu.

Justeru itu, penyelidik menggunakan peluang tersebut bagi membantu khususnya

jurulatih dalam mengkaji perkembangan semasa tahap kecergasan fizikal atlet hoki

UTM bagi beberapa latihan yang telah dilaksanakan.

Melalui kajian ini, penyelidik akan melihat keberkesanan prestasi kecergasan

fizikal atlet hoki UTM lelaki dan wanita sebelum dan selepas latihan menerusi norma

asal. Kajian ini juga dilakukan adalah untuk mengetahui tahap prestasi subjek mengikut

tahap kecergasan fizikal yang telah ditentukan. Selain itu, Mengukur tahap komponen

kecergasan fizikal berasaskan kemahiran motor bagi atlet hoki UTM lelaki dan wanita

sebelum dan selepas latihan. Seterusnya, membandingkan perubahan prestasi kecergasan

fizikal antara atlet lelaki dan wanita bagi setiap komponen kecergasan fizikal berasaskan

lakuan motor. Kajian ini dapat dijadikan panduan kepada jurulatih, unit sukan dan

sebagainya. Seterusnya keputusan ujian ini akan menentukan kelemahan atau

kekurangan atlet dalam sesuatu ujian kemahiran motor.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

5

1.3 Pernyataan Masalah

Kecergasan fizikal merupakan salah satu elemen yang penting bagi

membolehkan seseorang atlet itu dapat mencapai prestasi yang cemerlang di dalam

sukan yang diceburi tanpa mengambil kira peringkat umur dan pertandingan. Dengan

itu, kecergasan fizikal perlulah dipantau dari semasa ke semasa supaya prestasi setiap

atlet dapat meningkat.

Dengan itu, sukan ini berusaha untuk menjadi lebih baik dari pencapaian yang

lepas. Bagi memantapkan lagi prestasi pasukan itu, jurulatih telah merangka program-

program yang bersesuaian. Oleh yang demikian, pasukan Hoki UTM memberi

kepercayaan kepada jurulatih untuk memberikan latihan yang sepatutnya bagi

meningkatkan tahap prestasi yang lebih tinggi dan kecergasan fizikal yang mantap

latihan dan menitiberatkan ujian kecergasan fizikal. kajian ini adalah bertujuan untuk

melihat sejauhmanakah keberkesanan latihan fizikal terhadap tahap kecergasan fizikal

sebelum dan selepas latihan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah bertujuan :

1.4.1 Mengenalpasti prestasi kecergasan fizikal atlet hoki UTM lelaki dan wanita

sebelum dan selepas latihan menerusi norma asal.

1.4.2 Mengukur pencapaian tahap komponen kecergasan fizikal berasaskan

kemahiran motor bagi atlet hoki UTM lelaki dan wanita sebelum dan selepas

latihan.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

6

1.4.3 Membandingkan perubahan prestasi kecergasan fizikal antara atlet hoki UTM

lelaki dan wanita bagi setiap komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan

motor.

1.5 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian yang menjadi ke utamaan dalam kajian ini antaranya ialah:

1.5.1 Adakah terdapat perubahan terhadap prestasi kecergasan fizikal atlet hoki UTM

lelaki dan wanita sebelum dan selepas latihan menerusi norma asal?

1.5.2 Adakah pencapaian tahap komponen kecergasan fizikal berasaskan kemahiran

motor bagi atlet hoki UTM lelaki dan wanita?

1.5.3 Adakah terdapat perbezaan prestasi kecergasan fizikal antara atlet hoki UTM

lelaki dan wanita untuk setiap komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan

motor?

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

7

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis 1:

Ho1 : Tidak terdapat perubahan prestasi atlet hoki UTM lelaki dan wanita sebelum

dan selepas latihan.

Ha1 : Terdapat perubahan prestasi atlet hoki UTM lelaki dan wanita sebelum dan

selepas latihan.

Hipotesis 2

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi keberkesanan latihan atlet lelaki

dan wanita bagi setiap komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor

sebelum dan selepas latihan.

Ha2 : Terdapat perbezaan yang signifikan bagi keberkesanan latihan atlet lelaki dan

wanita bagi setiap komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor

sebelum dan selepas latihan.

Hipotesis 3

Ho3 : Tidak terdapat perubahan prestasi kecergasan fizikal antara atlet hoki UTM

lelaki dan wanita bagi setiap komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan

motor.

Ha3 : Terdapat perubahan prestasi kecergasan fizikal antara atlet hoki UTM lelaki dan

wanita bagi setiap komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

8

1.7 Kepentingan Kajian

Beberapa persoalan kajian yang menjadi ke utamaan dalam kajian ini antaranya ialah:

1.7.1 Dapat melihat prestasi atau pencapaian bagi pasukan Hoki UTM

1.7.2 Dapat memberi kesedaran kepada atlet Hoki UTM supaya mereka dapat

meningkat tahap kecergasan motor supaya mereka boleh mengekalkan

kejayaan yang inginkan.

1.7.3 Memberikan maklumat kepada pihak Unit Sukan UTM mengenai tahap

kecergasan fizikal atlet UTM.

1.7.4 Dapat memberi pengetahuan dan kemahiran kepada individu tentang

ujian-ujian yang boleh digunakan untuk menguji tahap kecergasan

seseorang atlet berasaskan kemahiran motor.

1.7.5 Dijadikan panduan kepada jurulatih-jurulatih dan atlet untuk merancang

program latihan yang sesuai mengikut tahap kecergasan atlet.

1.8 Skop kajian

Kajian ini hanya melibatkan pengujian tahap kecergasan atlet UTM dari aspek

kelajuan, kuasa, ketangkasan, keseimbangan, koordinasi dan reaksi masa

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

9

1.9 Batasan Kajian

1.9.1 Kajian ini hanya terbatas kepada atlet yang mewakili UTM dalam sukan hoki

lelaki dan wanita.

1.9.2 Kajian ini hanya tertumpu kepada ujian kecergasan fizikal dari aspek kelajuan,

kuasa, ketangkasan, keseimbangan, koordinasi dan reaksi masa.

1.10 Definisi Operasional

Terdapat beberapa istilah penting yang perlu didefinisikan agar dapat memberi

kefahaman yang lebih jelas lagi di sini.

1.10.1 Kecergasan fizikal

Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan

untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang

dengan lebih efiktif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih

efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan

menghadapi kecemasan. Kecergasan fizikal yang optimal tidak dicapai tanpa senaman

yang berterusan. (Buku sumber sains sukan, 2002).

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

10

1.10.2 Kecergasan fizikal berasaskan motor

Bagi membolehkan seseorang individu melakukan sesuatu aktiviti fizikal dengan

lebih cekap dan berkesan dan menguasai komponen-komponen kecergasan fizikal

berasaskan motor. Penguasaan dalam keenam-enam aspek kecergasan fizikal berasaskan

motor ini membolehkan atlet menguasai kemahiran dalam sukan yang diceburi seperti

mana yang ditunjuk oleh jurulatih. Keenam-enam kemahiran tersebut ialah ketangkasan,

keseimbangan, koordinasi, kuasa ,masa tindak balas dan kelajuan(mohad anizu, 2011).

1.10.3 Tahap

Kemampuan yang dapat dilakukan oleh seseorang atlet dalam sesuatu bidang

atau dengan cara pengujian.

1.10.4 Imbangan

Imbangan ialah kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat

graviti seseorang dan dasar (tapak) menyokongnya diubahkan. Kebolehan mengekalkan

kedudukan badan dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam

keadaan diam.

1.10.5 Koordinasi

Koordinasi adalah kebolehan subjek untuk menyelaraskan atau menyeragamkan

deria dan anggota badan untuk menghasilkan sesuatu pergerakan yang licin. Selain dari

keupayaan mengkoordinasikan pergerakan tubuh badan secara keseluruhan, koordinasi

pergerakan juga dikaitkan dengan keupayaan mengkoordinasikan sebahagian tubuh

badan. Koordinasi ini dikenali sebagai koordinasikan tangan-mta (hanf-eyes

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

11

coordination) dan koordinasi kaki-mata ( foot-eyes coordination). Selain itu, komponen

koordinasi tangan-mata dan koordinasi kaki-mata berkaitan dengan keupayaan individu

melaksanakan pergerakan sambil memanipulasikan alatan bagai mencapai matlamat

pergerakan tersebut. Menimang bola sepak takraw merupakan contoh koordinasi kaki-

mata di mana ia memerlukan keupayaan untuk mengimbang badan, deria mata,

menyentuh bola dan sebagainya (Asha Hasnimy et al., 2009).

1.10.6 Masa reaksi

Merupakan jangkamasa yang diambil untuk bergerak atau bertindak dalam suatu

gerakan bagi menghasilkan perbuatan (kerja) yang menguntungkan. Masa reaksi

merupakan jangka masa seseorang individu bertindak balas setelah menerima

rangsangan dari luar. Sebagai contoh, tindak balas badan pelari pecut untuk berlari

selepas mendengar bunyi tembakan dari blok permulaan (Asha Hasnimy et al., 2009).

1.10.7 Kelajuan

Adalah kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas

dalam masa yang singkat mengikut arah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa

tindakbalas dan masa bergerak. Kelajuan ditentukan dari hasil jarak langkah dan

kekerapan melangkah.

1.10.8 Kuasa

Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah

kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas (mengecut / explosive) yang

kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecepatan yang tinggi. Ia adalah hasil

kucupan otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat ianya merupakan gabungan

antara kekuatan otot dan kepantasan kucupan otot.

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ - fp.utm.my · lakuan motor iaitu menggunakan Ujian Koordinasi Tangan dan Mata, Ujian Lari 30 Meter, Ujian Dirian Bangau, Ujian Ketangkasan Illinois,

12

1.10.9 Ketangkasan

Ketangkasan adalah merupakan kemahiran, kebolehan dan keupayaan untuk

memulakan, menghentikan dan mengubah pergerakan posisi tubuh badan dengan pantas

dan cepat tanpa hilang keseimbangan tubuh badan (Brown dan Ferrigno, 2005).

1.10.10 Subjek

Ia dimaksudkan kepada pemain Pasukan Hoki UTM