l udanggalah

Upload: andy-william

Post on 03-Apr-2018

366 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 L UdangGalah

    1/5

    1

    PENTERNAKAN UDANG GALAH

    1. Pengenalan

    i. Udang Galah.

    Nama saintifik: Macrobrachium rosenberg i i

    ii. Habitat aslinya di Sungai dan Tasik.

    Membiak di air yang berkemasinan 6 12ppt.

    iii. Jantan boleh mencapai saiz sehingga 35sm

    manakala betina separuh daripada saiz

    jantan.

    iv. Laporan Jabatan Perikanan Malaysia 2009

    menunjukkan pengeluaran udang galah

    Malaysia pada tahun 2007 adalah sebanyak

    246 metrik tan bernilai RM6.645 juta (borong)

    dan RM8.026 juta (runcit).

    v. Harga Borong mengikut negeri pada tahun 2007 adalah seperti berikut:

    a) Negeri Sembilan 27 / Kg h) Kelantan 19 / Kg

    b) Perak 28 / Kg i) Melaka 30 / Kg

    c) Pahang 34 / Kg j) Pulau Pinang 32 / Kg

    d) Kedah 28 / Kg k) Perlis ?

    e) Terengganu 22 / Kg l) Sarawak ?

    f) Selangor 21 / Kg m) Sabah ?

    g) Johor 26 / Kg

    vi. Harga Runcit mengikut negeri pada tahun 2007 adalah seperti berikut:

    a) Negeri Sembilan 33 / Kg h) Kelantan 26 / Kg

    b) Perak 34 / Kg i) Melaka 35 / Kg

    c) Pahang 39 / Kg j) Pulau Pinang 41 / Kg

    d) Kedah 34 / Kg k) Perlis ?e) Terengganu 29 / Kg l) Sarawak ?

    f) Selangor 26 / Kg m) Sabah ?

    g) Johor 30 / Kg

    Berdasarkan maklumat di atas, para pengusaha ternakan udang galah di Sabah boleh memilih

    pasaran yang boleh memberikan pulangan terbaik dalam urusniaga.

    2. Kaedah Penternakan

    Tiga kaedah penternakan boleh dipertimbangkan:-

    i. Menternak dalam kolam

    Pelbagai jenis kolam berbentuk empat persegi sama. Empat persegi panjang, bulat dan bentuk

    tidak menentu.

    ii. Menternak dalam kandang

    Menggunakan sejenis jaring plastik yang dikenali sebagai Netlon, tiang tahan reput dan tali PE,

    pengusaha boleh membuat kandang di kawasan yang sesuai untuk ternakan udang galah.

    iii. Menternak dalam tangki

    Kos pembinaan yang lebih mahal.

  • 7/28/2019 L UdangGalah

    2/5

    2

    3. Pemilihan Tapak

    i. Tapak tanah harus rata atau landai, kandungan tanah liat yang lebih tinggi untuk menampung

    air. Kandungan pasir yang tinggi tidak boleh menampung air kecuali dilapisi dengan tanah liat

    atau kanvas.

    ii. Sumber air yang banyak, tidak tercemar, dan sentiasa ada sepanjang tahun.

    iii. Tapak tanah harus dapat dihubungi dengan kenderaan bagi memudahkan mengangkut masuk

    keprluan projek dan mengangkut keluar hasil.

    iv. Projek haruslah jauh dari penempatan manusia bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini

    berlaku.

    4. Rekabentuk

    i. Kolam boleh dalam bentuk empat persegi sama, empat persegipanjang, bulat atau iregular. Bagaimanapun dasar

    kolam harus mencuram ke arah pintu kolam

    supaya kolam dapat dikeringkan dan penyediaan

    kolam dapat dilakukan dengan lancar.

    ii. Keluasan kolam diantara 1,000m2

    (20m x 50m) hingga

    1,200m2

    (30m x 40m). Saiz kecil ini mudah dikendalikan

    dengan tenaga kerja yang kecil. Kedalaman kolam lebih

    kurang 1meter tetapi kedalaman air dalam kolam lebih kurang 80 cm.

    5. Susunatur

    Pengusaha harus bijaksana menyusunatur agar:

    i. Tapak tanah dapat digunakan secara optima.

    ii. Air dari satu kolam tidak masuk ke kolam yang lain bagi

    mengelakkan jangkitan penyakit.

    iii. Pintu air masuk bertentangan dengan pintu air keluar. Air

    yang keluar tidak masuk semula ke dalam kolam.

    iv. Memudahkan kerja-kerja memberi makan ternakan

  • 7/28/2019 L UdangGalah

    3/5

    3

    6. Pembinaan

    i. Kolam harus dibina sedemikian rupa sehingga kolam dapat dikeringkan setelah semua hasil

    ternakan dituai. Dengan cara ini kolam mudah disediakan untuk menerima bekalan benih baru.

    ii. Permatang (bund) kolam mestilah diperbuat daripada tanah liat yang dimampatkan

    bagi mengelakkan runtuh.

    iii. Pastikan pembinaan permatang tersebut tidak

    menyebabkan peresapan keluar air.

    7. Penyediaan Kolam

    Penyediaan kolam perlu dilakukan dengan rapi sebelum

    benih ternakan dilepaskan ke dalam kolam. Langkah-langkah berikut perlulah diberi penekanan.

    i. Bagi kolam baru, basuh tapak kolam dua tiga kali dengan cara mengisi kolam dengan air

    sehingga penuh, biarkan selama seminggu dan lepaskan keluar.

    ii. Keringkan dasar kolam di bawah matahari yang terik delama 2 minggu.

    iii. Taburkan kapur dan biarkan kering selama seminggu lagi.

    iv. Masukkan air sehingga seperempat kedalaman kolam.

    v. Masukkan baja organik. Biarkan sehingga kelihatan air menjadi warn kehijauan.

    vi. Tambah air sehingga kedalaman kolam. Biarkan selama 5 hari atau sehingga air kelihatan

    kehijauan. Pada ketika ini, makanan asli udang sudah tersedia dalam kolam.

    vii. Masukkan benih udang pada kadar 10-15 ekor /m2. Ini bermakna, sebuah kolam dengan keluasan

    1,000m2

    -1,200m2

    boleh menampung 15,000 ekor 18,000 ekor atau 60,000 ekor seekar.

    Penternakan boleh dilakukan 2- 3 kali setahun.

    8. Peralatan

    i. Alat ukur pH air

    Jika pH air lebih rendah daripada 6, bemakna air kolam adalah asidik dan perlu diberi kapur. Air

    yang asidik menyebabkan pertumbuhan udang terganggu. Kulit udang menjadi lembut dan mudah

    cedera atau diserang penyakit.

    ii. Alat ukur oksigen terlarut dalam air

    Jika bacaan oksigen terlarut dalam air lebih rendah daripada 5, alirkan air baru kedalam kolamdengan lebih banyak. Pada bacaan oksigen terlarut kurang daripada 3, udang mula timbul dan akan

    mati.

    iii. Alat ukur suhu air

    Suhu air terlalu sejuk kurang daripada 20oC menyebabkan udang tidak cergas makan dan melebihi

    35oC menyebabkan kematian. Dalam mana-mana keadaan yang mengancam keselesaan hidup

    udang, masukkan air baru.

  • 7/28/2019 L UdangGalah

    4/5

    4

    9. Mutu Air

    i. Air tawar atau payau di bawah 5ppt

    ii. Suhu air di antara 25oC hingga 34

    oC

    iii. Subur, warna kehijau-hijauan

    iv. Tidak dicemari dengan bahan kimia atau minyak

    v. Bebas dari bakteria, virus dan parasit.

    10. Benih

    i. Kenali pembekal (boleh menjamin bekalan)

    ii. Pilih benih yang cergas dan tidak berpenyakit

    iii. Dapatkan sebutharga dari pembekal. Biasanya harga benih yang berumur seminggu lebih murah

    daripada dua atau tiga minggu.

    11. Makanan

    Dua jenis makanan:-

    i. Makanan semula jadi hidupan seni hasil dari penyediaan kolam yang rapi.

    ii. Makanan tambahan

    a) Makanan berumus yang diperolehi dari pembekalb) Buatan sendiri campuran pelbagai jenis bijirin seperi dedak padi, kacang dan sebagainya.

    12. Musuh Ternakan

    i. Pelbagi jenis burung air seperti raja udang,

    bangau.

    ii. Binatang air seperti memerang, biawak

    iii. Ikan pemangsa seperti keli, betuk, tilapia

    iv. Manusia

    13. Penyakit dan Rawatan

    i. Penyakit yang disebabkan oleh bakteria

    ii. Penyakit yang disebabkan oleh virus

    iii. Penyakit yang disebabkan oleh parasit

    iv. Penyakit yang disebabkan oleh pencemaran alam

    Jika berlaku serangan penyakit, sila berhubung dengan pegawai perikanan terdekat.

    14. Menuai Hasil

    Pelbagai cara menuai, bergantung kepada keperluan

    i. Jala

    sesuai untuk kuantiti permintaan sederhana sehingga 500Kg

    ii. Selambau kuantiti permintaan 1- 2 tan

    iii. Bubu kuantiti kecil, terpilih dan hidup.

    iv. Keringkan kolam tuai sekali gus.

    Kecuali tuaian udang untuk jualan hidup, semua udang sebaik dituai dengan segera hendaklah

    direndam dalam air berais sebelum dipek atau disimpan dalam tong berais. Tujuan mengekalkan

    kualiti terbaik udang. Tanpa ais, sebaik saja udang mati, proses pereputan bermula. Proses pereputan

    berlaku lebih cepat di bawah suhu yang tinggi. Kadar pereputan dibawah suhu kurang 5oC lebih

    rendah. Kualiti udang bertahan lama di bawah suhu 0oC.

  • 7/28/2019 L UdangGalah

    5/5

    5

    15. Pembungkusan

    i. Peti plastik berinsulasi - sesuai untuk jualan borong.

    ii. Bungkusan kecil dengan lebel berat dan harga unuk jualan runcit.

    16. Pemasaran

    Strategi pemasaran: Kenalpasti pelanggan dan jumlah permintaan. Senarai pelanggan sentiasa

    kemaskini. Komunikasi yang berterusan menjamin kesetiaan pelanggan.

    Hasil ternakan boleh dijual terus kepada pengguna atau melalui orang tengah. Bagi memlihara harga

    yang termampu oleh pengguna, jualan terus kepada pengguna dengan harga yang kompitetif adalah

    disyorkan. Beberapa pendekatan bagi memasarkan hasil ternakan berikut perlu diberi perhatian teliti:

    i. Tamu setiap hari ada tamu terbuka dipelbagi pekan di seluruh Sabah.

    ii. Pasar ikan di bandar dan pekan.

    iii. Gerai-gerai tepi jalan.

    iv. Restoran / Kedai makan

    v. Jualan langsung rumah ke rumah

    vi. Kilang pemprosesan

    vii. Eksport

    17. Penyelenggaraan Kolam

    i. Tebing kolam harus diperbiki jika terdapat tanda-tanda runtuh.

    ii. Pintu air keluar harus diperiksa dari segi kebocoran.

    iii. Lumpur najis ternakan harus dikeluarkan dan dibersihkan.

    iv. Semak dan rumput di bersihkan.

    v. Parit