aplikasi l bahasaȱ

35
PENGENALAN Laras bahasa merupakan aspek yang penting dalam menjelaskan variasi atau kelainan dalam bahasa. Dengan wujudnya pengetahuan berkaitan sesuatu laras, seseorang pengguna bahasa akan menggunakan laras yang sesuai bagi menyampaikan buah fikiran atau maklumat dengan tepat kepada sasaran. Selain itu juga, pengetahuan berkaitan laras akan mendedahkan kepada pengguna bahasa tentang wujudnya pelbagai variasi bahasa dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna. Dengan menggunakan laras bahasa yang tepat, segala maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan senang difahami. Dalam bidang pengajaran penulisan, pengetahuan berkaitan laras bahasa T T o o p p i i k k 1 1 0 0 Aplikasi Laras Bahasa HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti laras bahasa dalam bentuk lisan; 2. Mengenal pasti laras bahasa dalam bentuk tulisan; dan 3. Melakukan penilaian dan penggayaan terhadap pembentukan soalan untuk menganalisis kesilapan pelajar dan membentuk pelajar yang mahir berbahasa Malaysia.

Upload: cikgu-paklong

Post on 18-Dec-2014

3.074 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi L Bahasaȱ

PENGENALAN

Laras bahasa merupakan aspek yang penting dalam menjelaskan variasi atau kelainan dalam bahasa. Dengan wujudnya pengetahuan berkaitan sesuatu laras, seseorang pengguna bahasa akan menggunakan laras yang sesuai bagi menyampaikan buah fikiran atau maklumat dengan tepat kepada sasaran. Selain itu juga, pengetahuan berkaitan laras akan mendedahkan kepada pengguna bahasa tentang wujudnya pelbagai variasi bahasa dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna. Dengan menggunakan laras bahasa yang tepat, segala maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan senang difahami.

Dalam bidang pengajaran penulisan, pengetahuan berkaitan laras bahasa

TTooppiikk 1100 AplikasiLarasBahasa

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti laras bahasa dalam bentuk lisan;

2. Mengenal pasti laras bahasa dalam bentuk tulisan; dan

3. Melakukan penilaian dan penggayaan terhadap pembentukan soalan untuk menganalisis kesilapan pelajar dan membentuk pelajar yang mahir berbahasa Malaysia.

Page 2: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 245

membolehkan seseorang pengguna bahasa dapat menggunakan laras-laras tertentu dalam aktiviti penulisan mereka. Manakala dalam bentuk komunikasi pula, pengetahuan berkaitan laras bahasa membolehkan seseorang pengguna bahasa dapat menggunakan laras yang tepat semasa berkomunikasi. Selain itu ,pengetahuan mereka berkaitan laras, membolehkan seseorang pengguna bahasa dapat berbahasa dengan baik dan berkesan.

Dalam topik ini, pelajar akan didedahkan tentang aplikasi laras bahasa dalam pengajaran penulisan dan komunikasi. Dengan pendedahan ini diharapkan pelajar akan dapat mengetahui tentang aplikasi laras bahasa terutama yang berkaitan dengan aktiviti penulisan dan berkomunikasi.

LARAS BAHASA DALAM BENTUK LISAN

10.1.1 Sukan

Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998), berpendapat laras sukan ialah satu wacana tentang sukan. Setiap cabang sukan mempunyai istilahnya sendiri. Sebagai contoh Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan daftar istilah untuk isi cabang sukan yang dipertandingkan di Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998. Istilah yang digunakan dalam laras sukan biasanya merujuk peraturan-peraturan sukan yang dipertandingkan itu. Sebagai contoh dalam perlawanan bola sepak dan hoki para pengulas sukan akan menggunakan istilah-istilah sukan. Setiap laras bahasa mempunyai perbendaharaan kata yang berbeza-beza terutamanya perkataan-perkataan khusus, struktur ayat serta cara pengungkapan dan format yang digunakan. Contoh laras sukan adalah seperti berikut.

„Sistem liga merupakan satu-satunya format pertandingan yang paling digemari oleh pihak penganjur dan para peserta dalam permainan sukan berpasukan. Dalam sistem ini, setiap pasukan akan bertemu seberapa banyak yang mungkin dengan pasukan yang lain bergantung kepada bilangan ahli kumpulan masing-masing. Dengan perkataan lain, mereka akan melawan dengan setiap ahli dalam kumpulannya. Dalam tem ini terdapat formula-

10.1

SEMAK KENDIRI 10.1

(a) Apakah yang anda faham dengan laras bahasa lisan dan larasbahasa tulisan.?

(b) Adakah anda fikir laras bahasa ini dapat memberi maklumat yangpenting bagi tujuan komunikasi dan penulisan?

Page 3: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA246

formula yang penting yang boleh dibuat sebagai panduan untuk menentukan jumlah peruntukan masa, pengadil, padang permainan dan kelengkapan yang diperlukan‰

Laras bahasa dalam lisan adalah seperti ulasan berita sukan, laporan sukan antarabangsa dan sebagainya. Penggunaan laras bahasa dalam laras sukan memerlukan perkataan perkataan yang berunsur kesukanan seperti liga, penalti, pengadil,padang, gol, sepakan percuma, atlet, kad merah, kad kuning, balingan ke dalam, tendangan gol, tendangan sudut, tendangan terus, tendangan tidak terus,bagi perlawanan hoki antara istilah-istilah yang kerap digunakan ialah kawasan D, pukulan penalti, sudut, gol padang, kad hijau dan sebagainya. Laporan sukan banyak menggunakan ragam aktif dengan jenis ayat tunggal yang pendek-pendek. Bagi khalayak khusus frasa dan ayat misalnya, bidang undang-undang, banyak menggunakan frasa penerang atau keterangan dengan ayat majmuk campuran. Biasanya pengulas sukan akan menggunakan bahasa baku dan suara mereka harus jelas dan tepat. Bahasa yang digunakan juga adalah tidak bercampur-campur dengan bahasa lain atau dalam istilah terkini ialah bahasa rojak. Ini kerana berita adalah dalam situasi formal dan dalam interaksi terbuka bukannya secara individu. Selain itu intonasi yang digunakan juga harus berbeza-beza kerana perlu menyeimbangkannya dengan emosi penonton dan pendengar. Hal ini kerana nada suara yang digunakan memainkan peranan yang penting dalam ulasan perlawanan sesebuah sukan atau berita sukan kerana berbeza dengan laporan berita semasa atau setempat.

Dalam ulasan berita sukan di televisyen, pengulas biasanya perlu bermain dengan memek muka, nada suara yang betul manakala bagi pengulas sukan radio mereka hanya perlu bermain dengan intonasi suara sahaja.

Laporan Berita Sukan Radio Barrie Redfern (1985:157) menjelaskan laporan sukan dan berita kilat dikirim

melalui pelbagai sumber. Berita kilat biasanya adalah berita terbaharu yang dibuat secara ringkas mengenai skor dan pembuat skor. Berita kilat ini membentuk satu corak di mana pemberita akan bergilir-gilir membuat laporan berita terbaru dalam rancangan sukan. Berita penting yang pertama ialah sama ada skor telah berubah dan apakah skor terbaru. Kemudian diberitakan mengenai pembuat skor, masa, dan butir-butir terperinci. Dengan hanya mengemukakan fakta penting, pemberita boleh memadatkan maklumat dalam masa kurang dari 15 saat tetapi masih mempunyai masa untuk mengulangi skor di akhir rancangan. Lebih baik mengakhiri laporan dengan menyatakan punch line atau skor, yang berperanan sebagai ingatan, dan tidak hanya menyerahkan kembali ke studio. Seluruh siri bahan rakaman akan kedengaran seperti ulangan dan amalan setengah stesen ialah mengetepikan cara ini. Pemberita juga akan kedengaran lebih berpengetahuan (dan menjadi sebahagian dari rancangan) sekiranya beliau

Page 4: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 247

lebih sekali memetik komen atau frasa yang digunakan oleh juruhebah hubungan di studio, ataupun pemberita di tempat permainan lain, untuk menyampaikan berita yang bertentangan atau pengesahan seperti ÊDi sini pun belum ada sebarang skor lagi tetapi...Ê.

Radio- Televisyen Bahasa merupakan alat perhubungan yang amat penting dalam kehidupan

manusia sehari-hari. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, gagasan, pengetahuan mendapatkan maklumat, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya. Semakin baik penguasaan seseorang itu terhadap kemahiran-kemahiran bahasa maka semakin tinggilah keupayaannya untuk berkomunikasi secara berkesan sama ada secara lisan, bacaan mahupun penulisan. Begitu juga dalam laras bahasa lisan radio dan televisyen yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu perkara atau maklumat.

Laras bahasa lisan yang digunakan oleh siaran radio atau televisyen adalah lebih kepada berbentuk rasmi dan berformat. Laras yang digunakan penyampai radio dan televisyen sesuatu bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Ini kerana Malaysia adalah negara yang berbilang bangsa serta agama. Bahasa Melayu digunakan dalam laras radio dan televisyen kerana mampu dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Namun ada juga bahasa yang digunakan seperti bahasa Tamil dan bahasa Cina untuk masyarakat tersebut yang kurang memahami bahasa Melayu. Laras bahasa lisan yang biasa digunakan oleh radio dan televisyen adalah jelas dan tepat. Apa yang paling penting ialah kejelasan perkataan dan nada yang disebut oleh penyampai radio atau televisyen.

Justeru, DI dalam laras lisan radio dan televisyen juga mempunyai ciri-ciri seperti penyingkatan. Ini kerana radio dan televisyen menghadapi beberapa kendala atau masalah. Kendala yang paling besar dan menonjol ialah masa. Ini kerana masa telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dan tidak boleh melebihi masa yang sepatutnya, kerana mungkin akan mengganggu rancangan lain yang akan ke udara. Kendala tersebut akan mempengaruhi gaya bahasa yang digunakan. Kendala waktu ini bermaksud masa untuk menyampaikan sesuatu telah di -tetapkan dan dihadkan supaya rancangan yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan tidak ada yang tergendala. Teknik penyingkatan ini yang digunakan ialah dengan menggabungkan ayat dengan klausa relatif dan dengan penghilangan unsur tertentu. Penyingkatan yang dilakukan akan menjimatkan masa penyampaian dan sesuatu perkara itu akan dapat disampaikan dengan cepat dan tepat.

Page 5: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA248

10.1.2 Ciri-ciri Laras Bahasa Lisan Radio dan Televisyen

Pengguguran kata hubung „yang‰ Laras ini menggunakan pengguguran „yang‰. Ayat-ayat yang digunakan

akan melalui pengguguran „yang‰, supaya ayat yang ingin disampaikan akan lebih ringkas dan cepat, namun masih difahami oleh pendengar. Contohnya lihat ayat berikut :

„Tiga puluh orang tercedera dalam beberapa serangan bom terbaru oleh pelajar universiti di Burma‰

Jika tidak ada kendala waktu, ayat itu akan lebih panjang. Namun walaupun mengalami pengguguran „yang‰ ia masih lagi mempunyai maksud yang sama dan masih jelas penggunaan ayat tersebut.

„Tiga puluh orang tercedera dalam beberapa serangan bom yang terbaru yang telah dilakukan oleh pelajar universiti di Burma‰

Pengguguran kata hubung „bahawa‰ Laras ini juga menggugurkan kata hubung „bahawa‰ supaya lebih

menjimatkan masa penyampaian serta tepat dan jelas. Pengguguran „bahawa‰, iaitu kata penghubung, menimbulkan klausa objek langsung. Pengguguran ini menyebabkan pernyataan akan menjadi lebih tegas dan bertenaga. Contohnya :

„Pertubuhan Pembebesan Palestin (PLO) mendakwa tenteranya berjaya mematahkan satu serangan besar Israel semalam menyebabkan beribu-ribu penduduk terbunuh‰

Di dalam ayat tersebut, kata bahawa di antara „mendakwa‰ dan „tenteranya‰ dihilangkan. Jika tidak ada penghilangan tersebut, ayat itu akan berbunyi seperti berikut :

„Pertubuhan Pembebesan Palestin (PLO) mendakwa bahawa tenteranya berjaya mematahkan satu serangan besar Israel semalam menyebabkan beribu-ribu penduduk terbunuh‰

Pengguguran Kata Depan Laras bahasa lisan radio dan televisyen ini juga mengalami pengguguran

kata depan. Ada kata depan yang telah mengalami pengguguran, misalnya dengan, oleh atau dari. Misalnya:

Page 6: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 249

„Pertubuhan Pembebesan Palestin (PLO) mendakwa bahawa tenteranya berjaya mematahkan satu serangan besar Israel semalam menyebabkan beribu-ribu penduduk terbunuh‰

Ungkapan yang berbunyi satu serangan besar Israel semalam,memperlihatkan ada unsur sebelum Israel yang telah digugurkan. Unsur itu boleh terdiri daripada oleh atau dari, bergantung kepada tafsiran yang diberikan kepada ayat tersebut. Jika tafsiran mentafsirkan pelaku yang menghasilkan „serangan besar‰, maka yang digugurkan ialah oleh.Seandainya tafsiran memberatkan arah datangnya „serangan besar‰, maka yang hilang itu ialah dari.

Pengguguran Penjodoh Bilangan Dalam laras lisan ini juga penjodoh bilangan terutamanya penjodoh bilangan

kata nama manusia mengalami pengguguran dalam frasa nama yang terdiri daripada kata nombor-penjodoh bilangan-nama. Penjodoh bilangan itu ialah orang. Contohnya adalah seperti berikut:

(i) Lima anak kapal yang cedera parah dalam perlanggaran di Laut China Selatan Rabu lalu...beransur pulih.

(ii) Walaupun kelapan-lapan pemain ini sudah melebihi usia 21 tahun, mereka masih layak bermain.

Penjodoh bilangan orang digugurkan walaupun tidak diikuti oleh sebarang kata nama manusia. Dengan pengguguran yang seperti itu, maka yang tinggal hanyalah kata bilangan nombor.

(iii) Lima daripada mereka menghadapi tiga tuduhan dan lapan yang lain menghadapi dua tuduhan.

Selain itu, ada contoh yang menunjukkan penggunaan orang tetapi tanpa kata nama inti yang mengikuti penjodoh bilangan tersebut.

„Katanya, tiga orang mengikutinya ke balai polis. Walau bagaimanapun, empat orang lagi pergi secara sukarela‰

Berhubung dengan ini, perlu diperhatikan bahawa kata bilangan orang dan kata bilangan lain tidak digugurkan bagi jumlah satu yang menggunakan imbuhan awalan se-. Misalnya:

„Satu keluarga lima orang, termasuk tiga wanita dan seorang kanak-kanak, menemui nasib yang sama minggu lalu‰

Page 7: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA250

Pengguguran Imbuhan Dalam laras ini juga, ada pengguguran imbuhan yang ada kalanya menjejaskan asas tatabahasa Bahasa Melayu. Pengguguran yang dimaksudkan ialah pengguguran yang menimbulkan bentuk yang menyimpang daripada peraturan tatabahasa bahasa Melayu. Keadaan ini adalah hasil daripada pengguguran akhiran-kan. Contoh:

(i) Penjualan saham belum diputus

(ii) Kerja mengukur tanah di Sabah akan diswasta

(iii) Yayasan sedia sepuluh biasiswa untuk MBA

Dalam ayat (iii), perkataan sedia yang sebenarnya merupakan kata adverb,digunakan sebagai kata kerja. Mengikut peraturan tatabahasa, sedia boleh dijadikan dasar penerbitan kata kerja dengan imbuhan akhirnya -kan.Hasilnya ialah bentuk dasar sedia-kan, yang merupakan asas penerbitan menyediakan dan disediakan. Namun awalan me- yang tidak boleh digugurkan ialah awalan me- yang ditambah antara lain kepada kata dasar yang merupakan kata kerja tak transitif (misalnya: meninggal), kata kerja transitif (misalnya: melawat, melayan).

Justeru laras lisan ini adalah sangat kompleks jika dibandingkan dengan laras lain kerana laras radio dan televisyen ini memerlukan ungkapan yang seringkasnya namun masih boleh disampaikan dengan tepat dan betul. Laras lisan yang diaplikasikan dalam radio dan televisyen adalah tidak memerlukan frasa yang terlalu panjang atau mempunyai ayat yang berbunga-bunga.

Contoh laras yang digunakan dalam radio dan televisyen secara lisan.

(a) Contoh 1: KAHERAH: Penduduk Muslim Albania yang mewakili majoriti di

Kosovo yang mengisytiharkan kemerdekaan dari Serbia seminggu lalu, merayu negara Islam mengiktiraf negara baru itu segera. Mereka juga merayu negara Islam menyumbang bantuan kepada Kosovo bagi menolongnya membangunkan negara berkenaan. Perdana Menteri Kosovo, Hashim Thaci mengisytiharkan kemerdekaan negaranya dari Serbia lalu yang mendapat pengiktirafan segera Amerika Syarikat dan kebanyakan Negara Barat tetapi tidak diiktiraf Serbia dan Russia. Pengumuman itu disambut dengan kegembiraan di Kosovo tetapi dibantah oleh sekumpulan tertentu di Belgrade dengan kedutaan negara Barat, termasuk Amerika menjadi sasaran serangan. Kosovo, dengan 2 juta penduduk Muslim Albania mewakili lebih 95 peratus daripada jumlah penduduk negara itu, ditadbir oleh PBB sejak 1999

Page 8: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 251

selepas tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengusir tentera Serbia dari wilayah berkenaan kerana didapati terbabit dengan pembersihan etnik.

(b) Contoh 2: SKUAD badminton lelaki negara mengesahkan status selaku pasukan

harus diberi tumpuan apabila menjuarai pusingan kelayakan Piala Thomas Zon Asia selepas menundukkan Korea 3-2 pada saingan akhir di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam, semalam. Kejayaan itu turut diiringi berita gembira apabila skuad wanita turut layak secara automatik ke kejohanan Piala Uber, kedua-duanya berlangsung di Jakarta, Mei ini selepas menduduki tempat ketiga terbaik sesudah menundukkan Hong Kong 3-0. Dalam akhir bertemu Korea, pemain perseorangan utama Negara, Lee Chong Wei memberikan mata pertama buat negara apabila membenam cabaran Shon Seung-mo, 21-8, 21-11. harapan yang kemudian tampak mudah untuk memungut mata kedua dalam perlawanan kedua bertemu Lee Jae-jin-jung Jae-sung ternyata meleset.

10.1.3 Laras Bahasa Iklan

Menurut Kamus Bahasa Melayu, susunan Arbak Othman (1999), iklan dapat diertikan sebagai sesuatu kenyataan yang ditulis, dibuat untuk tujuan memberitahu kepada orang ramai atau masyarakat tentang sesuatu perkara atau maklumat. Iklan biasanya disampaikan melalui media massa - media cetak dan media elektronik. Namun ada juga yang berbentuk poster-poster yang ditampalkan pada dinding-dinding kenyataan dan sebagainya. Bahasa iklan mula berkembang dengan pesat di negara ini pada tahun 1960 an. Pada masa itu iklan dalam bahasa Melayu lahir sebagai terjemahan daripada iklan dalam bahasa Inggeris, maka kebanyakan iklan adalah sangat berbau Inggeris.

Iklan itu ada berbagai-bagai jenis antaranya, iklan yang dibuat khas oleh pihak kerajaan (seperti iklan-iklan kekosongan pekerjaan, iklan tawaran tender-tender dan sebagainya), iklan yang bersifat peribadi (umpamanya iklan-iklan ucapan tahniah atau ucapan takziah kematian seseorang) dan sebagainya.

Fungsi iklan itu dibuat ialah untuk mempengaruhi pengguna dan untuk menimbulkan tanggapan tertentu tentang sesuatu produk atau barangan atau perkhidmatan yang hendak diperkenalkan. Penggunaan bahasa yang baik dan berkesan bertujuan menyampaikan mesej kepada sasaran iaitu pengguna. Iklan yang baik bertujuan mengubah sikap pengguna dan mempengaruhi mereka membeli atau melanggan barangan yang diperkenalkan (Kamaruddin Husin 1995). Mesej yang digunakan dalam iklan harus mempunyai pelbagai strategi yang membawa ke arah pengaruh yang positif (Asmah Omar 1982). Dalam

Page 9: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA252

hubungannya dengan perniagaan, iklan adalah sesuatu yang mustahak dan menjadi salah satu faktor yang terpenting menggerakkan sesebuah perniagaan. Oleh yang demikian, kewujudan akhbar-akhbar selaku penyampai informasi perkembangan terbaru semasa baik tempatan, ÂregionalÊ mahupun global berperanan secara tidak langsung sebagai landasan untuk syarikat-syarikat perniagaan memperagakan perniagaan dan barangan mereka.

Cara Penghasilan Iklan dan Pemilihan Larasnya Iklan-iklan yang dibuat terdiri dari pelbagai saiz yang biasanya disokong

oleh gambar-gambar produk atau barangan yang diiklankan, disertai lukisan grafik, ilustrasi dan sebagainya. Dari itu, dengan memfokuskan laras bahasa yang digunakan, dapatlah dikatakan majoriti iklan dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

(a) Mempunyai Slogan Slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan sesuatu pertubuhan

atau syarikat pengeluaran barangan. Seperti juga halnya dengan iklan-iklan di televisyen, sebilangan iklan-iklan di akhbar juga mempunyai slogan. Slogan dicipta sebagai trademark sesuatu barangan. Contohnya dalam iklan pil multivitamin Kiddi Pharmaton dengan slogannya 'Membantu Anak Anda Membesar Untuk Masa Depan yang Cemerlang', juga slogan 'Cepat, Mudah, Mesra' iaitu seperti yang terdapat dalam iklan pinjaman wang, ruangan Rampaiklan.

(b) Kaedah Pernyataan Menyatakan secara langsung tujuan pengiklanan. Seperti yang banyak

terdapat dalam ruangan Rampaiklan, dengan menggunakan frasa-frasa atau klausa-klausa seperti 'Rumah/Kenderaan/Tanah Untuk dijual/Sewa', 'Kerja Sambilan Kontraktor Dikehendaki Segera', 'Agensi Pembantu Rumah' dan sebagainya.

(c) Ada Kaitan Konsep Yang dimaksudkan dengan kaitan konsep ialah dengan mengaitkan

sesebuah produk dengan sesuatu atau individu yang terkenal atau yang mempunyai nilai komersial, seperti dengan mengaitkan seseorang artis atau penyanyi dengan sesuatu produk barangan. Sebagai contoh, sebuah syarikat pembekal akses internet, TM Net prabayar telah mengaitkan perniagaannya dengan melantik penyanyi terkenal Malaysia, Siti Nurhaliza sebagai duta TM Net. Kaedah iklan sebegini adalah bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan, khasnya golongan remaja memandangkan penyanyi berkenaan mempunyai 'fan-based' yang begitu ramai. Begitu juga dengan barangan lain seperti sabun mandi, tilam berjenama, rantai berlian, minyak rambut dan

Page 10: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 253

sebagainya yang kebanyakannya turut dikaitkan dengan artis-artis, khasnya artis wanita. Dan artis berkenaan akan menyatakan sesuatu yang berupa ayat-ayat atau laras-laras tertentu yang dapat dijadikan tarikan barangan yang diniagakan.

(d) Umpanan Kaedah umpanan kerap didapat dalam mana-mana iklan, tidak

terkecuali iklan akhbar. Umpanan bermaksud merancang strategik untuk menarik atau memperdayakan pelanggan. Contoh laras iklan yang berbentuk umpanan ini adalah seperti yang berbunyi 'Beli Satu, Percuma Satu' iaitu iklan berkenaan dengan peraduan minuman Vitagen dan Marigold yang menawarkan hadiah SATU SET RUANG TAMU YANG LENGKAP, dengan syarat mengumpulkan seberapa banyak mungkin bukti pembelian minuman berkenaan. Selain itu, dalam iklan pesanan Cakera Padat (CD) Al-Qur'an Interaktif, ada dinyatakan kata umpanan yang berbunyi 'Penghantaran Pos Percuma'.

(e) Pesanan (Menyertakan Borang) Terdapat juga iklan yang menyediakan kemudahan pesanan barangan

dengan menyediakan borang pesanan. Misalnya, iklan pesanan Cakera Padat (CD) Al-Qur'an Interaktif yang menyediakan borang pesanan. Dalam borang itu mengehendaki pembaca mengisikan butir-butir peribadi, seperti nama penuh, umur, jantina, bangsa, alamat, nombor telefon dan sebagainya.

Begitu juga halnya dengan, iklan peraduan minuman Vitagen dan Marigold yang menawarkan hadiah SATU SET RUANG TAMU YANG LENGKAP juga turut menyediakan borang penyertaan yang juga memerlukan pembaca yang ingin menyertai pertandingan itu untuk mengisi butir-butir peribadi yang dikehendaki. Tetapi dalam peraduan itu, ditambah dengan beberapa syarat penyertaan yang berupa sebuah wacana lengkap mengenai pertandingan tersebut.

(f) Bandingan Iklan yang berbentuk sebegini dibuat dengan cara membandingkan

sesuatu barangan dengan barangan lain. Umpamanya akan dinyatakan serbuk pencuci Dynamo lebih berkuasa daripada serbuk pencuci berjenama X.

(g) Gesaan Laras iklan sebegini menggesa pengguna atau pembaca untuk

mengambil perhatian perkara atau barangan yang diiklankan.

Page 11: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA254

Contohnya, dalam iklan makanan segera ala barat Mc Donald di atas ada menyatakan dengan klausa "Cubalah Nasi Ayam McD hari ini ⁄"

(h) Pertanyaan Penggunaan penanda "?" kerap didapati dalam iklan-iklan akhbar.

Teknik ini adalah salah satu lagi cara dalam penggunaan laras bahasa iklan. Dalam iklan cairan pencuci pakaian DYNAMO ada dinyatakan dengan ayat "LEBIH MUDAH! Bolehkah serbuk Pencuci Menjanjikan Yang Sama?"

Penggunaan tanda tanya "?" dapat menguatkan hujah/laras iklan. Erti kata lain ia seolah-olah memaksa pengguna menyahut cabaran iklan berkenaan. Contoh frasa lain yang digunakan ialah seperti, "Sakit Kepala? Sapulah Dengan Minyak Angin ABC".

10.1.4 Laras Bahasa Perniagaan

Laras bahasa perniagaan merupakan salah satu daripada jenis laras bahasa. Laras bahasa perniagaan digunakan bagi tujuan mempengaruhi pengguna untuk membentuk tanggapan tertentu atau mengubah sikap dan melakukan tindakan. Laras bahasa perniagaan digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya, disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dan sebagainya. Laras jenis ini juga, digunakan untuk mengiklankan jenama barangan yang ingin dijual. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pendengar supaya membeli barangan menerusi cara penyampaian yang menarik sekali, manakala ayat yang digunakan adalah pendek-pendek dan tidak gramatis. Contoh :Percuma, sebiji lampu suluh bermutu tinggi dengan setiap pembelian minyak Unicorn empat liter.

Ciri-ciri laras bahasa perniagaan

(i) Bidang Ciri-ciri laras bahasa perniagaan dapat dilihat melalui bidang

penggunaannya yang biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan perdagangan. Manakala penggunaan bahasa Melayu terpaksa bersaing dengan bahasa Inggeris. Penggunaan laras bahasa perniagaan dalam bahasa Melayu amat penting, khususnya dalam aspek komunikasi memandangkan ekonomi negara menjelang abad ke 21 akan berasaskan perindustrian dan perusahaan.

Page 12: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 255

(ii) Perbendaharaan Kata Bagi penggunaan perbendaharaan kata. Laras bahasa perniagaan

menggunakan istilah khusus atau penanda laras seperti berikut:

agihan jualan agensi pemasaran baki debit anggaran kos francais cek palang harga mutlak eksport saham urus niaga kredit komposit

Manakala bagi istilah umum, tetapi diberi pengertian khusus seperti merujuk kepada bidang ekonomi pula adalah seperti berikut:

untung tempoh hutang tunai susut runcit

(iii) Tatabahasa Ciri yang berikutnya, iaitu dari segi tatabahasa pula dapat dilihat pada

morfologi atau kajian terhadap perkataan. Kata-kata umum iaitu kata tunggal bahasa Melayu boleh menjadi kata-kata khusus dalam bidang perniagaan apabila menjadi kata terbitan. Sebagai contoh:

Kata Umum Istilah wang kewangan ratus peratus lebih lebihan pasar pasaran pegang pemegang dagang dagangan

Manakala akronim bagi penggunaan laras perniagaan adalah seperti berikut:

EPU Unit Pembangunan Ekonomi EON Edaran Otomobil Nasional BSN Bank Simpanan Nasional BSKL Bursa Saham Kuala Lumpur

Laras bahasa perniagaan juga mempunyai kata majmuk yang diguna dalam bidang perniagaan. Kata majmuk seperti: kos jualan, modal tetap, harta semasa, untung bersih, lebih aset dan sebut harga .

Dari segi kajian terhadap ayat pula iaitu sintaksis, mendapati kebanyakan ayat-ayat yang digunakan dalam laras bahasa perniagaan

Page 13: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA256

adalah jenis ayat penyata, iaitu ayat-ayat yang memberi keterangan sesuatu hal. Sebagai contoh:

Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi setengah tahun pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu.

Laras bahasa perniagaan juga, didapati menggunakan ragam ayat yang seimbang, iaitu menggunakan ayat aktif dan ayat pasif yang sama banyak dalam teks ekonomi. Sebagai contoh:

Ayat Aktif: KDNK merupakan petunjuk ekonomi yang paling penting

Ayat Pasif: Kesan terus dirasai oleh pengeluar segmen kereta yang lebih mahal.

Selain itu juga, laras bahasa perniagaan cenderung menggunakan ayat majmuk, iaitu ayat yang mendukung beberapa isi dalam satu ayat untuk menimbulkan kelancaran dan kesinambungan wacana. Sebagai contoh ayat majmuk:

„Seandainya pemegang saham berjaya mengawal pihak pengurusan (sudah tentu dengan kos yang tinggi), bagaimana mereka memastikan bahawa nilai sebenar syarikat tergambar dalam pasaran saham agar mereka tidak akan mengalami sebarang kerugian apabila menjual saham mereka‰

Manakala dari segi struktur ayat, jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Inggeris, khususnya penggunaan ayat pemeri yang menggunakan kopula „adalah‰ dan „ialah‰ walaupun unsur ini tidak wajib digunakan dalam bahasa Melayu. Contohnya:

Jualan runcit adalah dijangka akan meningkat. Paling ketara ialah pendaftaran baru bagi kereta.

Fungsi kata pemeri tersebut adalah untuk kejelasan dan pemahaman ayat dengan lebih mudah.

(iv) Gaya BahasaCiri terakhir dalam laras bahasa perniagaan iaitu gaya bahasa. Gaya bahasa yang digunakan dalam laras bahasa perniagaan adalah berbentuk ilmiah, iaitu laras bahasa yang mengungkapkan ilmu,

Page 14: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 257

bersifat formal dan mempunyai perkataan, istilah susunan frasa dan ayat yang baik, sesuai dan tepat serta boleh menyampaikan maksud dan pengertian dengan berkesan. Selain itu juga, cara penyampaian banyak menggunakan jadual, graf dan carta, graf statistik dan sebagainya.

LARAS BAHASA BERBENTUK TULISAN

10.2.1 Laras Bahasa Akhbar

E.B White dalam Jullian Harris dan rakan-rakan (1992), menyatakan bahawa gaya penulisan ialah kata- kata menarik yang diungkapkan di atas kertas. Gaya dalam penulisan merupakan asas kepada penulisan yang baik. Setiap tulisan yang berkesan dalam akhbar haruslah mencerminkan penglibatan penulis terhadap gaya yang menghidupkan dan menyerikan ayat-ayat dalam tulisannya. Dalam menulis cerita dalam akhbar, pengalaman yang luas dalam bidang ini perlu ada kerana penulis diminta memadankan sesuatu cerita dan gaya mereka sendiri dengan bentuk- bentuk dan gaya akhbar yang sudah ditetapkan. Peraturan- peraturan seperti tanda baca, tatabahasa dan prinsip- prinsip retorik perlu dipatuhi untuk menjadi panduan kepada masyarakat dan bukannya semata- mata untuk pemindahan maklumat.

Walaupun bahasa akhbar ditulis mengikut aturan penggunaan bahasa yang diterima umum, namun pemberita berusaha mencapai mutu gaya yang tertentu, kesederhanaan, kepadapatan, kelangsungan, penekanan dan keaslian, kejelasan, keringkasan dan ketepatan. Kualiti-kualiti ini tidak dapat dibezakan dengan jelas dan tidak terdapat aturan- aturan tertentu yang harus diikuti untuk mencapai mutu yang unggul.

Tanda Baca Penggunaan Titik Bentuk tulisan bagi nama-nama singkatan agensi- agensi kerajaan dieja tanpa titik. Contohnya:

10.2

SEMAK KENDIRI 10.2

(a) Dengan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan perbezaan pada laras bahasa.

(b) Nyatakan kekuatan yang ada pada laras sukan, radio-televisyen, iklan dan perniagaan.

Page 15: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA258

FAMA, FELDA, PKNS, MARA dan lain- lain.

Tiga titik (...) dalam akhbar digunakan untuk menunjukkan bahan yang dipetik yang tidak digunakan (empat titik jika di akhir sesuatu ayat dan diikuti dengan ayat lain).

Satu titik juga digunakan untuk menunjukkan nilai sen apabila angka itu lebih daripada satu ringgit. Contohnya : $2.50, 55 sen, lima sen

Penggunaan Koma Dalam akhbar, penggunaan koma yang kerap cuba dielakkan selagi tidak

melanggar aturan- aturan umum sebagaimana yang telah ditetapkan. Digunakan sebagai tanda pengenalan diri seseorang dan dalam

menyenaraikan siri.

Penggunaan Kolon Kolon digunakan untuk memperkenalkan siri formal bagi nama atau

kenyataan. Contohnya: Para pegawai untuk jawatan berikut telah dilantik: Che Mohd Ali, presiden...

(tetapi „Para pegawai yang dilantik adalah Che Mohd Ali, presiden...‰) Kolon juga digunakan sebelum minit dalam menulis waktu. Contoh: 3: 30

petang.

Penggunaan Semikolon Semikolon dalam akhbar digunakan untuk memisahkan suatu siri nama dan

alamat atau siri yang serupa yang mengandungi koma. Semikolon juga digunakan sebagai ganti titik- titik dalam tajuk berita.

Penggunaan Sengkang Sengkang dalam akhbar digunakan untuk menunjukkan ayat- ayat yang

belum siap atau struktur ayat terputus.

Sengkang juga digunakan untuk membezakan unsur- unsur berparentesis dan untuk mengurangi positif yang mengandungi koma- koma. Contohnya:

Orang ramai berkumpul di hadapan bangunan itu, tetapi Syerif orang yang mereka panggil tidak kelihatan.

Penggunaan Sempang Sempang digunakan di antara dua angka untuk menunjukkan termasuknya

semua angka yang terkandung di antaranya seperti „1 5 Mei‰. Gunakan sempang dalam memberikan skor seperti „13 6‰.

Page 16: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 259

Penggunaan Tanda Kurung Tanda kurung digunakan untuk menyisipkan sesuatu perkataan di dalam

tajuk: Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Gunakan tanda kurung dalam sesuatu petikan langsung untuk menyisipkan

kata- kata yang bukan diucapkan : „Dia (pembunuh) telah lari,‰ kata polis.

Penggunaan Tanda Petikan Gunakan tanda petikan untuk memulakan petikan- petikan langsung Tanda ini juga digunakan untuk memulakan tajuk- tajuk ucapan, makalah,

buku, sajak, drama, opera, catan dan program televisyen.

Tanda petik dalam akhbar juga digunakan untuk membezakan perkataan, slanga dan perkataan luar biasa atau ungkapan yang pertama kalinya digunakan dalam sesebuah cerita. Namun begitu, bagi tajuk berita, tanda petikan tunggal digunakan.

Penggunaan Koma Atas Koma atas digunakan untuk membentuk jamak huruf bukan jamak angka

seperti „ `70-an‰.

Penggunaan Huruf Besar Perkara perkara di bawah perlu ditulis dengan huru besar di awal

hurufnya dalam akhbar Nama agama Kerakyatan Nama binatang. Contohnya : Si Comel Nama pertubuhan politik Perkataan- perkataan yang digunakan untuk membentuk nama khas. Nama timangan, termasuklah nama- nama timangan negeri, bandaraya,

sekolah. Gelaran-gelaran lengkap semua pertubuhan awam atau pertubuhan

persendirian. Nama tempat Perkataan pertama dan semua perkataan utama dalam tajuk ucapan, buku

drama, sajak. Nama- nama lengkap jalan atau lorong

Hari Libur Singkatan bagi ijazah universiti, seperti „B.A‰ Nama akta perundangan atau seksyen dokumen

Gelaran Sesetengah akhbar selalu menggunakan „Pn.‰ sebelum nama seseorang

perempuan yang sudah bersuami dan „Cik‰ sebelum nama seseorang

Page 17: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA260

perempuan yang belum berkahwin sama ada nama penuhnya atau hanya nama yang terakhir sahaja digunakan. Kebanyakan akhbar tidak menggunakan „En.‰ sebelum nama seseorang lelaki apabila nama penuhnya tidak diberikan. Jangan gunakan gelaran yang panjang dan mengkekokkan sebelum sesuatu nama. Berikan gelaran yang tepat kepada ahli- ahli fakulti, pegawai awam dan eksekutif perniagaan.

Dalam kaitannya dengan bentuk tulisan yang terdapat dalam akhbar, bermacam-macam jenis dan bentuk penyampaiannya yang jelas menunjukkan perbezaan laras tulisan berbentuk akhbar dengan bentuk tulisan bahan bacaan yang lain. Pemilihan kata atau perkataan adalah kata-kata yang mudah difahami oleh pembaca atau masyarakat. Hal ini kerana laras tulisan akhbar memberikan kesan dan pengaruh yang besar terhadap masyarakat kini. Segala bentuk tulisannya sering menjadi perhatian. Namun demikian, laras ini tidaklah boleh dikatakan hanya mempunyai satu laras bahasa sahaja memandangkan akhbar itu sendiri terdiri daripada pelbagai seksyen seperti politik, undang- undang, rencana, agama, iklan, hiburan dan sebagainya. Laras tulisan bentuk akhbar adalah laras bahasa biasa yang berbeza daripada laras bahasa khusus. Gaya penyampaian, pemilihan kosa kata dan tatabahasanya adalah ciri yang membezakannya.

Di samping itu, laras tulisan akhbar adalah berbeza daripada bentuk- bentuk tulisan yang lain kerana ia melibatkan masalah- masalah teknik tertentu yang memerlukan kajian dan analisis yang teliti. Untuk membina sesuatu laras tulisan akhbar yang sempurna, penulis sewajarnya terlebih dahulu memahami apakah yang dimaksudkan dengan laras gaya akhbar dan kemudiannya barulah boleh membina penulisan yang baik.

10.2.2 Laras Undang-undang

Laras undang-undang merupakan sejenis laras teknikal. Walau bagaimanapun, laras undang-undang mempunyai ciri-ciri kelainannya yang tersendiri. Antara kelainan laras undang-undang dengan laras lain ialah seperti ia tidak mengandungi gambar, gambar rajah, graf, jadual, simbol, peta, formula dan sebagainya. Selain itu dalam laras undang-undang ini ia mempunyai struktur ayatnya yang terdiri daripada prinsip undang-undang diikuti oleh syarat-syarat dan diakhiri oleh keputusan undang-undang. Seterusnya laras undang-undang ini mempunyai bentuk frasa sendi nama yang tidak digunakan di dalam teks teknikal lain.

Laras undang- undang ini digunakan oleh pakar perundingan, termasuk peguam, hakim dan pendakwa apabila menulis atau bercakap berkenaan undang-undang di antara mereka sama ada di dalam atau di luar mahkamah. Dalam hal ini laras bahasa undang-undang dapat dikenal pasti daripada

Page 18: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 261

perkataan yang digunakan. Contohnya perkataan seperti Êhabeas corpusÊ, Êlocus standiÊ, Êpeguam caraÊ dan Êpeguam belaÊ. Jika dilihat dengan lebih mendalam, konteks bahasa yang digunakan di dalam bidang undang-undang berkisar di dalam lingkungan yang ada kena mengena dengan masalah yang dikemukakan di mahkamah seperti kes-kes jenayah, kes rogol, kes bunuh, kes penipuan dan sebagainya. Berdasarkan contoh di bawah kita dapat lihat contoh laras undang-undang yang diambil daripada sebuah suratcara pajakan tanah:

‰Jika penerima pajak gagal memperolehi lesan tanpa syarat untuk menggunakan tanah tersebut dan bangunan yang didirikan di atasnya untuk menyimpan barang keluaran minyak untuk maksud atau kegunaan biasa yang lain seperti kegunaan sebagai stesen minyak dan perkhidmatan, atau jika lesen yang telah diperolehi itu dibatalkan, ditarik balik atau tidak diperbaharui tanpa syarat atau jika lesen itu menjadi tidak sah di sisi undang-undang atau jika penerima pajak berpendapat bahawa mustahil atau tidak praktik untuk menggunakan tanah dan bangunan yang didirikan di atasnya secara berfaedah untuk apa-apa maksud, maka dalam mana-mana keadaan tersebut setelah memberikan notis bertulis atau satu bulan genap kepada pemberi pajak yang menyatakan niatnya untuk menamatkan pemajakan tersebut dan apabila habis tempoh notis tersebut, maka pajakan itu akan terhenti dan tamat tertakluk kepada peruntukan fasal 4 surat cara tersebut.‰

Penggunaan bahasa Melayu dan pengungkapan serta penggunaan istilah dalam laras undang-undang Dalam laras undang-undang ini terdapat dua aspek penting yang perlu dilihat iaitu aspek si pengungkap atau si pengguna bahasa yang mengungkapkan bidang undang-undang, dan aspek yang alat untuk pengungkapan, iaitu bahasa. Jika dilihat dari aspek sejarah terdapat andaian bahawa sudah lama wujud orang yang pandai berbahasa Melayu, dalam bentuk lisan dan tulisan, yang dapat membezakan antara bentuk bahasa Melayu yang formal daripada yang tidak formal, serta tahu perbezaan penggunaannya. Secara amnya untuk menguasai laras undang-undang seseorang itu haruslah menguasai bahasa Melayu dahulu sepenuhnya. Maka dalam hal ini seseorang itu mestilah tahu mengeja dengan betul, dan dapat menguasai peraturan-peraturan tatabahasa bahasa Melayu dengan berkesan.

Dalam pengungkapan laras undang-undang atau dalam mana-mana laras khusus lain seperti laras ekonomi, laras perubatan, laras seni, laras bina dan sebagainya terdapat dua aspek yang perlu diberikan penekanan iaitu dari segi perbendaharaan kata, khususnya dari segi peristilahan dan sturktur tatabahasa.

Page 19: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA262

Jika dilihat dari segi penggunaan istilah-istilah bidang undang-undang terdapat lima istilah-istilah yang terdiri daripada beberapa sumber, antaranya:

Dari segi penggunaan bahasa Melayu sendiri, seperti sempadan (boundry), tipu (cheat), suku (clan), peras (extort), denda (fine), pinah (transfer), beli(purchase), pekerja (employe), utusan (envoy), hukuman (sentence), dengarcakap (hearsay), budak (infant), tunda (postpone), anak angkat (adopted child);

Berdasarkan sumber dialek atau bahasa serumpun seperti calon (candidate), sogok (bribe), kamar, (chamber), sandera (hostage), burunan (fugitive), muncikari (procurer/pimp), bajingan (villain);

Dari segi istilah-istilah pinjaman yang diterjemah seperti penzahiran dokumen (discovery of dokument), perlindungan mutlak (absolute privilege), kecederaan badan (bodily harm), penghinaan mahkamah(contempt of court), pembubaran perkahwinan (dissolution of marriage), mengaitkan pengetahuan (impute knowledge), dan lain-lain;

istilah-istilah yang digubal secara transliterasi, iaitu istilah-istilah yang meminjam label asal dalam bahasa sumber tetapi ejaannya sahaja yang disesuaikan dengan sebutan dan ejaan Bahasa Melayu seperti liabilliti(liability), litigasi (litigation), plaintif (plaintiff), defendan (defendant), undang-undang sivil (civil law), akta (act), parol (parole), ekuiti (equity) dan lain-lain peminjaman secara terus, iaitu tanpa mengubah apa-apa pun termasuk pengekalan ejaan dan sebutan, terutamanya dari bahasa Inggeris seperti Hansard, Home Guar, Common Law, alien; bahasa Perancis seperti cy-pres, cestui(s)-que-trust, feme solo, force majuera, autrefois acquit, autrefois convit dan bahasa Latin seperti prima facie, pro-rata, locus standi,ab initio, ratio decidendi, actus reus, mens rea, audi alterm partem dan bona fide.

Peminjaman secara terus seperti contoh di atas sebenarnya dilakukan kerana pada contoh (a) sukar untuk mendapatkan bentuk pinjaman terjemah, manakala pada contoh (b) tidak ada konsep yang sama dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Maka dalam hal ini, untuk mengekalkan konsep-konsep asal dalam bahasa Latin yang telah dipinjamkan dalam bahasa Inggeris, peminjaman harus terus dilakukan. Selain itu, ada juga kata-kata dalam bahasa Latin yang menjadi dasar dalam undang-undang Common Law Inggeris yang digunakan dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah delegatus non potes delegare, actus non facit reum nisi mens sit rea dan cessante ratione legis cessat, dan lex ipsa, yang kesemuanya tentang prinsip undang-undang.

Page 20: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 263

Seterusnya berdasarkan tinjauan terhadap bahasa Inggeris pula menunjukkan terdapat juga banyak unsur pinjaman daripada bahasa asing seperti Arab, Perancis, Itali, Melayu, Cina dan Latin, contohnya sugar, sherbet satan, gallery, minaret (bahasa Arab), voir dire, feme sole, pour autrui, fait accompli, vis-a-vis, profit a prendre, centui que trush (Perancis), orang utan, amuk, rambutan, durian (Melayu), tea, typhoon (Cina), del crede agent, pizza, makaroni, spaghetti (Itali) dan ex gratis, harbeas corpus, locus standi, obiter dicta, bona fide, non est factum, audi alteram partem (Latin). Malah daripada bahasa Latin peminjaman bukan sahaja dalam frasa dan kata tetapi juga ayat-ayat seperti delegatus non, potes delegare, actus non facit reum nisi mens sit rea dan cessante rations legis cessat lex ipsa yang kesemuanya ialah prinsip-prinsip dan konsep undang-undang.

Dalam hal ini istilah undang-undang yang dibentuk bukanlah berbentuk liguistik yang digubal sewenang-wenangnya. Namun, sebaliknya istilah-istilah tersebut merupakan bentuk yang memenuhi syarat-syarat kawalan kualiti, misalnya memenuhi ciri-ciri dalaman dan luaran. Ciri dalaman bermaksud istilah-istilah yang kebanyakannya ringkas dan menepati konsep, tidak menggunakan sinonim, menggunakan kata turunan pada konsep-konsep yang berhubung kait, mengambil kira sistem ejaan, morfologi bahasa Melayu dan susunan struktur diterangkan menerangkan. Manakala ciri luaran pula terdapat diakui, iaitu ciri-ciri yang meliputi kesantunan dan sifat yang kemas.

10.2.3 Laras Bahasa Sastera

Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa (Hashim Awang, 1985:2). Perkataan ÂsasteraÊ berasal daripada perkataan sanskrit ÊcastraÊ yang bererti kitab atau buku (Abd Halim A. Ahmad, 1986). Bahan yang terhasil daripada penciptaan sastera ini disebut bahan kesusasteraan. Penambahan kata ÂsuÊ yang bermaksud indah, lebih baik, lebih berfaedah, dan juga dengan penambahan imbuhan apitan Âke...-anÊ menjadikan ia bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz,1998:1)

Sastera juga termasuk di dalam variasi bahasa Melayu yang digunakan dalam konteks tulisan. Susunan variasi ini lebih lengkap, tersusun, tinggi dan halus sifatnya, dengan beberapa perkataan dan frasa yang jarang-jarang digunakan dalam bahasa Melayu lisan. Demikian juga beberapa bunyi dilafazkan berbeza sedikit daripada variasi lisan, misalnya bunyi r. Variasi bertulis ini menggunakan juga sistem imbuhan yang lengkap dan sempurna, dan jarang-jarang perkataan dipotong-potong seperti yang berlaku bagi variasi bahasa Melayu lisan. Bahasa Melayu jenis bahasa surat ini digunakan hanya dalam

Page 21: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA264

konteks menulis dan dalam situasi-situasi formal. Jika bentuk ini dibawa dalam perbualan biasa, kesannya agak janggal dan akan menjadi bahan tertawa (Nik Safiah Karim, 2002:34).

Menurut sejarah, media lisanlah yang pertama menjadi wadah sastera. Sehingga sekarang ini, tradisi sastera lisan masih kelihatan kesan dan pengaruhnya. Walau bagaimanapun amat jelas pada kita bahawa tradisi tulisan atau persuratanlah yang akhirnya menjadi wadah yang dominan dalam pertumbuhan sastera sesuatu bangsa, tidak terkecuali sastera Melayu. Proses penciptaan karya sastera sekarang ini lebih bersifat penulisan daripada lisan. Bukti yang jelas dapat dilihat pada karya puisi atau sajak yang lebih hidup apabila dideklamasikan setelah ditulis terlebih dahulu, baru kemudian diucapkan. Pertumbuhan sastera bertulis memberikan erti yang besar sekali kepada pertumbuhan bahasa juga. Tulisan sebagai lambang ucapan mempunyai erti yang tersendiri dalam kemajuan sesuatu bahasa dan kebudayaan manusia.

Selain itu, menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998:1), sastera lisan mendahului bentuk sastera yang lain dan ia merupakan bentuk sastera yang tertua, tetapi hasil perkembangan pengetahuan yang dicari dan diselidiki serta perkembangan teknologi, terciptalah sistem tulisan yang lebih sistematik dan menunjukkan kemodenan mengikut zamannya. Dengan wujudnya sistem tulisan ini, manusia mula mengabadikan segala cerita dalam bentuk tulisan. Antara karya sastera yang menggunakan sistem tulisan ialah cerpen, prosa, novel, drama, dan puisi seperti sajak, pantun,syair, gurindam dan seloka.

Unsur bahasa dalam laras sastera Unsur bahasa mempunyai kaitan dengan keindahan bahasa atau berbahasa. Keindahan yang digambarkan secara kreatif dan imaginatif oleh pengarang itu jelas dapat menggambarkan serta meninggalkan kesan dari segi penghayatan karya yang dibaca. Hal ini terjadi kerana pembaca kesusasteraan sentiasa sensitif dan merupakan pembaca yang sudah terbekal dengan intuisi stilistik (Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz,1998:71). Oleh itu terdapat beberapa unsur bahasa dalam laras sastera iaitu diksi, ambiguiti, bahasa ekonomis, bahasa konotatif, bahasa perbandingan, penegasan, dialog dan monolog.

Diksi merupakan pemilihan kata-kata yang dianggap penting kerana ia harus disesuaikan dengan tema dan persoalan cerita yang mahu disampaikan oleh pengarang. Pada kebiasaannya pula, pemilihan kata-kata itu boleh diselaraskan dengan nada dan suasana cerita, serta watak-watak dalam cerita itu sendiri. Contohnya dalam cerpen, puisi dan novel yang membawa tema sosial, moral dan pergaulan bebas sering ditemui penggunaan kata-kata yang berperanan untuk menerangkan maklumat-maklumat yang berhubungan dengan masyarakat, kehidupan bebas di kalangan anak remaja dan ada

Page 22: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 265

unsur didaktik dengan tujuan untuk memberi pengajaran dan teladan. Sementara itu, cerpen, puisi dan novel yang bertemakan tema agama diolah dengan ibadat, amal jariah, hal-hal kebajikan dan rukun-rukun Islam. Kadangkala diselitkan kata-kata daripada kitab suci al-Quran dan hadis dengan tujuan untuk menimbulkan kesan iktibar yang lebih mendalam dan meyakinkan (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:71).

Ambiguiti pula bermaksud kepelbagaian makna dan juga disebut ketaksaan. Karya-karya yang mempunyai unsur ambiguiti mempunyai kemungkinan pelbagai tafsiran, iaitu lebih daripada satu tafsiran. Contohnya, beberapa sajak karya M. Ghazali, A.S Amin dan Noor S.I bersifat ambiguiti. Ambiguiti bersama-sama dengan ironi dan paradoks mempunyai hubungan rapat dengan watak, plot dan tema. Contohnya sajak ÊYang DatangÊ, ciptaan M. Ghazali menunjukkan betapa sukar pada kita memahami pengertian dalam bait-bait sajak tersebut (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:72).

Bahasa ekonomis pula ialah bentuk gaya bahasa yang ringkas, padat, tepat dan pendek-pendek. Walaupun pemilihan kata-katanya pendek tetapi ia dapat menggambarkan serta menjelaskan suatu peristiwa dengan tepat dan menarik. Bahasa ekonomis merupakan satu aspek yang harus ada dalam sesebuah karya, terutamanya puisi dan cerpen, untuk menggelakkan pembaca daripada rasa bosan atau jemu dengan bahasa yang meleret-leret. Keupayaan pengarang menggarap gaya bahasa ekonomis juga dapat membantu pembaca memahami dan menghayati sesuatu cerita dengan lebih cepat (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:73).

Manakala bahasa konotatif pula ialah bahasa yang mempunyai maksud perbandingan. Pengertian yang ada dalam bahasa konotatif ialah pengertian yang tersirat. Bahasa konotatif menimbulkan kesan emosi kepada para pembaca. Contoh penggunaan bahasa konotatif dapat dilihat dalam sajak ÊMerpati Putih Jelajahilah Dunia IniÊ, karya Usman Awang (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:73).

Seterusnya ialah bahasa perbandingan. Dalam sesebuah hasil kesusasteraan, unsur bahasa perbandingan merupakan salah satu unsur yang terpenting. Penggunaan unsur bahasa perbandingan dapat meningkatkan kesan dan jalan cerita pada sesebuah hasil karya. Perbandingan dibuat antara sesuatu benda atau hal tertentu dengan benda atau hal lain yang umum. Unsur bahasa perbandingan ini dapat dibahagikan kepada lima jenis, iaitu metafora, simile, hiperbola, personifikasi dan perlambangan. Kelima-lima unsur bahasa perbandingan ini digunakan oleh pengarang untuk menggambarkan keadaan kewujudan sesuatu yang hendak diceritakan dengan lebih jelas dan terang. Ia juga dapat menarik minat pembaca

Page 23: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA266

terhadap karya-karya kesusasteraan. Jelasnya, unsur bahasa perbandingan ini dapat memperlembutkan makna percakapan dan mengindahkan bahasa (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:74).

Unsur penegasan dalam sesuatu karya kesusasteraan pula merupakan salah satu daripada unsur bahasa dalam sastera. Penegasan merujuk kepada penjelasan (yang tidak diragui), penentuan atau penerangan (yang nyata) untuk menjelaskan sesuatu hal. Daripada kenyataan di atas dapatlah didefinisikan bahawa unsur penegasan membawa maksud menjelaskan makna sesuatu agar menjadi lebih nyata hasil daripada pemikiran pengarang. Ini diharapkan dapat menarik minat dan perhatian para pembaca. Unsur penegasan dalam kesusasteraan selalunya digarap oleh pengarang dalam bentuk puisi. Dalam unsur bahasa penegasan, pengarang menyelitkan juga unsur-unsur perulangan, anafora dan epifora. Ketiga-tiga unsur ini mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk menegaskan maksud sesuatu (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:79).

Dialog pula ialah perbualan antara dua watak atau lebih dan ia banyak terdapat dalam karya-karya sastera berbentuk drama atau fiksyen. Dialog boleh berbentuk lisan atau bertulis. Menurut kamus Dewan, dialog bermaksud kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak dalam drama atau fiksyen (kamus dewan, 1994:302). Menurut Ramli Isin, (1992:44-45), dialog merupakan perbualan atau percakapan, sama ada secara lisan ataupun tulisan dan ia tergolong ke dalam unsur bahasa. Gaya bahasa ini lazimnya dilakukan sekurang-kurangnya oleh dua orang watak atau lebih, sama ada antara watak utama dengan watak kedua ataupun dengan watak sampingan (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:84).

Unsur yang terakhir dalam laras bahasa sastera ialah unsur monolog. Monolog adalah salah satu daripada unsur bahasa yang digunakan dalam karya-karya kesusasteraan. Menurut Umar Junus dalam bukunya stilistik:Satu Pengantar, menerangkan bahawa monolog adalah lawan kepada dialog iaitu yang bercakap hanya seorang sahaja. Daripada definisi ini dapat disimpulkan bahawa monolog bermakna seorang watak, biasanya watak utama atau watak penting bercakap seorang diri tanpa ada tindak balas daripada orang lain . Percakapannya itu diluahkan dan didengari oleh watak tersebut dan mungkin juga watak-watak disekelilingnya (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:88). Secara kasarnya monolog dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu monolog luaran dan monolog dalaman. Monolog luaran adalah monolog yang dilafazkan manakala monolog dalaman adalah monolog dalaman hati (Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1998:90).

Page 24: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 267

PENILAIAN DAN PENGAYAAN

Di dalam buku ÂEducation Evaluation and Decision MakingÊ yang disunting oleh Stufflebeam, penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.

Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpulkan maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisisaan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti di dalam Rajah 10.1 yang berikut:

Rajah 10.1: Lima peringkat prosedur penilaian

10.3

SEMAK KENDIRI 10.3

Berdasarkan laras dalam bidang tulisan, perincikan ciri-ciri yang memperlihatkan wujudnya perbezaan pada laras-laras tersebut.

Page 25: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA268

Berdasarkan keterangan tersebut, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti utama dalam aktiviti penilaian.

10.3.1 Jenis-jenis Ujian

Di bawah program KBSR dan KBSM, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu, penilaian mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian.

Penilaian mengesan penguasaan ialah penilaian ini dijalankan semasa guru mengajar di dalam kelas. Tujuannya ialah untuk mengesan kelemahan penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran matematik yang sedang diajarkan, supaya kelemahan itu dapat diperbetulkan dengan serta merta. Oleh itu, cara penilaian yang sesuai digunakan ialah penilaian tak formal.

Penilaian mengesan kemajuan iaitu penilaian ini biasanya dijalankan selepas beberapa kemahiran dan sesuatu topik telah selesai diajarkan. Tujuan mengadakan penilaian ialah untuk mengesan kemajuan pelajar tentang kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari supaya menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pengayaan atau pemulihan.

Aktiviti penilaian ini boleh dijalankan dengan cara formal atau tidak formal. Guru boleh menggunakan pemerhatian, latihan contoh soal jawab secara lisan, memeriksa hasil kerja pelajar atau ujian kertas-pensel untuk menilai kemajuan pelajar-pelajarnya. Keputusan-keputusan penilaian setiap orang pelajar direkodkan dalam borang Rekod Prestasi.

Penilaian mengesan pencapaian bermaksud penilaian ini dijalankan selepas guru mengajar beberapa pelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal. Tujuan membuat penilaian ini ialah mengesan pencapaian pelajar dalam beberapa pelajaran, biasanya dalam tempoh satu penggal. Tujuan menjalankan penilaian ini ialah untuk menentukan kedudukan mereka dalam kelas masing-masing.

Aktiviti penilaian ini hanya boleh dijalankan dengan cara formal sahaja, kerana aktiviti ini melibatkan banyak kemahiran utama yang digunakan untuk menilai pencapaian setiap pelajar. Keputusan Profil dengan markah dan gred serta catatan dan tindakan yang sewajarnya.

Pada amnya, ketiga-tiga aktiviti penilaian yang dihuraikan di atas boleh digolongkan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan, dan penilaian sumatif yang digunakan untuk mengesan pencapaian.

Page 26: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 269

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah, dan sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana atau lambat.

Aktiviti pengayaan adalah berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Biasanya, aktiviti pengayaan diberikan kepada murid-murid selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu. Murid-murid menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Melalui aktiviti pengayaan ini, murid-murid akan mendapat memperluas pengalaman dan pengetahuan pelajar sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang tertentu.

10.3.2 Menganalisis Kesilapan Pelajar

Terdapat beberapa kesilapan dalam bahasa yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar di dalam penulisan. Antaranya ialah kesilapan imbuhan, perulangan kata, bentuk ayat pasif, kata sendi, struktur ayat, dan ejaan.

Kesilapan imbuhan

Imbuhan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Proses pengimbuhan melibatkan awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Pelajar-pelajar kerap melakukan kesilapan menggunakan imbuhan yang betul dalam penulisan mereka.

Contoh kesilapan, analisis dan pembetulan dapat kita lihat dalam Jadual 10.1.

Jadual 10.1: Contoh kesilapan imbuhan

KESILAPAN ANALISIS KESILAPAN PEMBETULAN

Encik Amir mengeluarkan wang yang banyak untuk memperbesarkanrumahnya.

Golongan kata nama dan kata kerja sahaja yang boleh menerima imbuhan apitan memper-...-kan.Golongan kata adjektif (besar) hanya boleh menerima awalan memper-... untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah.

Encik Amir mengeluarkan wang yang banyak untuk memperbesarrumahnya.

Ibu meniduri adik Â-iÊ memberi makna mengenakan perbuatan itu kepada sesuatu

Ibu menidurkan adik.

Page 27: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA270

tempat atau menujukan maknanya lebih tepat atau lebih hampir kepada penyambutnya.

Â-kanÊ pula memberi makna jadikan.

Hakim menjatuhkanpembunuh itu hukuman gantung.

Â-kanÊ memberi makna jadikan.

Â-iÊ pula memberi makna mengenakan perbuatan itu kepada sesuatu tempat atau menujukan maknanya lebih tepat atau lebih hampir kepada penyambutnya.

Hakim menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung.

Amirah memberikankucing itu makanan.

Apitan men-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa sebagai penyambutnya.

Amirah memberi kucing itu makanan.

Kesilapan perulangan kata Kesilapan yang dibuat adalah merupakan kesilapan umum yang sering dilakukan. Kesilapan ini adalah sama ada berupa kesilapan perulangan pada jamak, perulangan pada kata nama, atau perulangan pada kata sifat.

Contoh kesilapan dan pembetulan dapat kita lihat dalam Jadual 10.2

Jadual 10.2: Contoh kesilapan perulangan kata

SALAH BETUL

Terpandai sekali

Tertinggi sekali

Terindah sekali

Paling terbaik sekali

Paling terpandai sekali

Paling tercantik sekali

Terpandai

Tertinggi

Terindah

Baik sekali

Pandai sekali

Cantik sekali

Kesilapan bentuk ayat pasif Ayat pasif terbentuk daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Di dalam ayat pasif, objek hadir di permulaan ayat.

Contoh kesilapan, analisis dan pembetulan dapat kita lihat dalam Jadual 10.3

Page 28: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 271

Jadual 10.3: Contoh Kesilapan bentuk ayat pasif

KESILAPAN ANALISIS KESILAPAN PEMBETULAN

Bola itu ditendang

oleh saya.

Ayat ini adalah salah kerana

ayat tersebut ialah ayat pasif

kata ganti diri pertama (saya).

Bagi ayat pasif kata ganti diri

pertama dan kedua, kata ganti

nama hendaklah hadir sebelum

kata kerja pasif.

Bola itu saya tendang.

Kerja itu sudah

diselesaikan oleh

saya.

Ayat tersebut tidak gramatis.

Kata ganti nama diri perlu

hadir di hadapan kata kerja.

Kerja itu sudah saya

selesaikan.

Kesilapan kata sendi atau kata penghubung Menurut Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu (1993), sendi nama menentukan hubungan antara dua kata nama. Ia menentukan tempat dan arah sesuatu. Tanpa kata sendi kita tidak akan dapat menyatakan tempat, arah, dan kedudukan sesuatu kata nama. Sendi nama dalam bahasa Melayu ialah, di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai, menerusi, melalui, mengenai, berkenaan, dan berkaitan.

Contoh kesilapan, analisis dan pembetulan dalam Jadual 10.4.

Jadual 10.4: Contoh kesilapan kata sendi atau kata penghubung

KESILAPAN ANALISIS KESILAPAN PEMBETULAN

Dia datang ke rumah

saya di waktu petang.

Kata sendi yang digunakan

iaitu ÂdiÊ adalah salah. ÂdiÊadalah untuk menunjukkan

tempat dan tidak digunakan

untuk menunjukkan masa.

Dia datang ke rumah

saya pada waktu

petang.

Oleh kerana Encik

Wahid kurang sihat,

beliau tidak datang ke

pejabat hari ini.

Perkataan kerana termasuk

dalam golongan kata hubung

pancangan keterangan,

manakala sebab termasuk

dalam golongan kata nama.

Walaubagaimanapun, sebabboleh dijadikan kata hubung

dengan menambahkan kata

Oleh sebab Encik

Wahid kurang sihat,

beliau tidak datang ke

pejabat hari ini.

Page 29: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA272

sendi ÂolehÊ lalu menjadi ÂolehsebabÊ. Memandangkan

perkataan kerana memang

merupakan kata hubung maka

perkataan oleh tidak perlu

digunakan bersama-samanya.

Sofia menonton

televisyen daripada pagi

ke petang.

ÂdaripadaÊ menunjukkan punca

bagi manusia, sumber kejadian

sesuatu benda dan

menunjukkan perbandingan.

Sofia menonton

televisyen dari pagi ke

petang.

Kesilapan struktur ayat Dalam kesilapan struktur ayat, pelajar-pelajar cenderung menghasilkan ayat yang tidak gramatis.

Contoh kesilapan, analisis dan pembetulan dapat kita lihat dalam Jadual 10.5.

Jadual 10.5: Contoh Kesilapan struktur ayat

KESILAPAN ANALISIS KESILAPAN PEMBETULAN

Merokok ternyata

membahayakan

kesihatan seseorang.

Ini kerana seseorang

yang merokok mudah

terkena sakit jantung.

Penggunaan ini keranaseperti dalam ayat tersebut

timbul sebagai akibat

pengaruh struktur bahasa

Inggeris: „this is because...‰.

Âini keranaÊ lebih baik

digantikan dengan Âhal ini demikian keranaÊ atau Âhal ini disebabkanÊ.

Merokok ternyata

membahayakan

kesihatan seseorang. Hal ini demikian keranaseseorang yang merokok

mudah terkena sakit

jantung.

Sayur-sayuran hijau

dapat menyihatkan

badan di mana sayur-

sayuran ini

mengandungi banyak

vitamin.

Ayat tersebut ialah ayat

penyata. Oleh itu

penggunaan di mana adalah

salah kerana di mana boleh

digunakan dalam ayat tanya

yang merujuk tempat.

Sayur-sayuran hijau

dapat menyihatkan

badan kerana sayur-

sayuran ini mengandungi

banyak vitamin.

Kesilapan ejaan Kesilapan dari segi ejaan juga dapat dikesan. Kesan ini sebahagian besarnya adalah merupakan kesilapan yang terjadi akibat kecuaian diri sendiri di samping pengaruh persekitaran iaitu dialek.

Contoh kesilapan dan pembetulan dapat kita lihat dalam Jadual 10.6.

Page 30: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 273

10.4

Jadual 10.6: Contoh Kesilapan ejaan

SALAH BETUL

Dasyat Dahsyat

Perabut Perabot

Jalanraya Jalan Raya

Letrik Elektrik

Kesian Kasihan

Basikar Basikal

Lincin Licin

Contoh kesilapan, analisis dan pembetulan dapat kita lihat dalam Jadual 10.7.

Jadual 10.7: Contoh Kesilapan, analisis kesilapan dan pembetulan

KESILAPAN ANALISIS KESILAPAN PEMBETULAN

Perabut Ejaan yang tepat ialah perabotkerana kata tersebut ialah kata

pinjaman daripada bahasa

Indonesia. Oleh sebab itu, ejaannya

tidak mengikut keselarasan vokal

bahasa Melayu, iaitu (a u).

Perabot

Jalanraya Jalan dan raya boleh berdiri sendiri

dan masing-masing mempunyai

makna. Oleh itu, kedua-dua

perkataan ini perlu diasingkan

apabila ditulis sebagai kata

majmuk.

Jalan raya

MEMBENTUK PELAJAR YANG MAHIR BAHASA MALAYSIA

Kemahiran bahasa merupakan salah satu aspek yang meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi fomal. Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih mencabar.

Page 31: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA274

Kemahiran bertutur merupakan salah satu kandungan yang terdapat dalam kemahiran berbahasa yang merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampai kan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang bertul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Kemahiran ini sangat penting dalam memastikan penguasaan bahasa yang baik dalam kalangan murid-murid. Dengan adanya kemahiran ini murid-murid dapat dilatih dengan kemahiran berbahasa yang betul dan ini dapat digunakan dalam perbualan harian mereka.

Selain itu, kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca. Dengan adanya kemahiran ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan murid-murid dan dapat meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa.

Kemahiran menulis pula merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. kemahiran ini dapat memberi galakan kepada murid-murid untuk menulis sesuatu perkara yang tersirat dalam fikiran mereka dan diluahkan dalam bentuk penulisan.

Dalam aspek pedagogi, guru perlu menggunakan pelbagai kemahiran dalam pengajaran bagi meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid-murid. Guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik dengan sesuai bagi menghasilkan pembelajaran yang menarik terutamanya dalam subjek bahasa Melayu. Antara pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran bahasa ialah pendekatan induktif, deduktif, elektif, dan komunikatif.

Pendekatan induktif merupakan satu pendekatan mengajar yang memulakan sesuatu kajian itu dengan melihat penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar melalui contoh-contoh. Selain itu, ia menggunakan kaedah pencarian yang melihat, mengkaji, menganalisis sesuatu aspek tertentu itu pada awal dan kemudian membuat satu kesimpulan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, terutama dalam menyusun isi, pendekatan ini mengutamakan contoh-contoh pada awal pengajaran dan dibuat generalisasi daripadanya. Guru-guru tidak digalakkan memberi definisi, penerangan terhadap peraturan-peraturan, isi atau kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan atau memberi objektif pengajaran pada awal pengajaran.

Page 32: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 275

Bagi pendekatan secara deduktif, pengajaran bahasa dilakukan dengan membuat generalisasi pada awal pengajaran dan kemudian dikemukakan contoh selepasnya. Biasanya pengajaran dimulakan dengan aktiviti memperkenalkan huraian undang-undang bahasa sebelum guru memberi contoh-contoh menggunakan peraturan-peraturan itu dalam ayat. Misalnya, guru hendak mengajar tajuk Âkata namaÊ guru akan memberi definisi kata nama itu dan selepas itu barulah ditunjukkan contoh-contoh dalam ayat.

Seterusnya, pendekatan elektrik yang menggabungkan pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilkan strategi pengajaran. Contohnya, guru bahasa itu boleh memulakan pengajaran itu dengan memberi contoh yang bersabit dan kemudian mendapatkan contoh-contoh daripada murid-murid. Selepas itu, murid dipandu langkah demi langkah untuk sampai kepada undang-undang bahasa. Terdapat juga pendekatan komunikatif yang diperkenalkan bagi pengajaran bahasa. Tujuan utama pengajaran bahasa berasakan pendekatan ini ialah murid-murid boleh menggunakan bahasa yang sesuai untuk komunikasi. Pendekatan ini menyarankan supaya murid-murid diberi peluang menggunakan bahasa dalam konteks dan situasi sosial tertentu di dalam kelas.

Dalam pengajaran Bahasa Malaysia sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajarannya. Teknik yang digunakan harus bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada minat murid serta bahan pengajaran yang hendak disampaikan.

Antara teknik yang digunakan ialah teknik bercerita, teknik ini digunakan untuk menyampaikan pelajaran , malahan cara ini pernah dilakukan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Teknik ini mudah menarik minat anak-anak itu. Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pelajaran kepada murid-murid. Biasanya murid-murid lebih menumpukan perhatian di samping menjadikan pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan.

Teknik main peranan merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam pengajaran bahasa. Melalui teknik ini murid-murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Biasanya teknik ini melibatkan gambaran murid-murid terhadap sesuatu atau keadaan dan kemudian melakonkan tanpa bantuan sebarang skrip. Main peranan kadang-kadang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa dikelolakan dalam situasi kumpulan. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.

Teknik bersoal jawab adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular dan paling kerap dilakukan oleh guru-guru di sekolah. Pemilihan guru-guru ke atas teknik ini bukan sahaja kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi

Page 33: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA276

ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan. Di samping itu ia menjadi teras kepada pembinaan konsep, kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya di kalangan murid-murid. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan dan murid-murid memberi tindak balas yang sewajarnya.

Laras bahasa merupakan aspek yang penting dalam menjelaskan variasi atau kelainan dalam bahasa.

Dengan menggunakan laras bahasa yang tepat, segala maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan senang difahami.

Dalam pengajaran penulisan, pengetahuan laras bahasa membolehkan seseorang pengguna bahasa dapat menggunakan laras-laras tertentu dalam aktiviti penulisan mereka.

Dalam bentuk komunikasi, pengetahuan laras bahasa membolehkan seseorang pengguna bahasa dapat menggunakan laras yang tepat semasa berkomunikasi.

Laras bahasa bentuk tulisan terdiri daripada laras sukan, laras radio-televisyen, iklan dan perniagaan

Laras bahasa berbentuk tulisan terdiri daripada laras akhbar, laras agama, laras undang-undang, dan laras sastera.

Setiap laras bahasa mempunyai perbendaharaan kata yang berbeza-beza terutamanya perkataan-perkataan khusus, struktur ayat serta cara pengungkapan dan format yang digunakan.

Laras bahasa lisan yang digunakan oleh siaran radio atau televisyen berbentuk rasmi dan berformat.

Fungsi iklan untuk mempengaruhi pengguna dan menimbulkan tanggapan tertentu tentang sesuatu produk atau barangan atau perkhidmatan yang hendak diperkenalkan.

Iklan ada berbagai-bagai jenis iaitu iklan yang dibuat khas oleh pihak kerajaan, iklan yang bersifat peribadi dan sebagainya.

Laras bahasa perniagaan digunakan bagi tujuan mempengaruhi pengguna untuk membentuk tanggapan tertentu atau mengubah sikap dan melakukan tindakan.

Page 34: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA 277

Setiap tulisan yang berkesan dalam akhbar haruslah mencerminkan penglibatan penulis terhadap gaya yang menghidupkan dan menyerikan ayat- ayat dalam tulisannya.

Laras undang-undang digunakan oleh pakar perundingan, termasuk peguam, hakim dan pendakwa apabila menulis atau bercakap berkenaan undang-undang di dalam atau di luar mahkamah.

Terdapat beberapa unsur bahasa dalam laras sastera iaitu diksi, ambiguiti, bahasa eknomis, bahasa konotatif, bahasa perbandingan, penegasan, dialog dan monolog.

Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisisaan dan penyimpulan.

Pengayaan merupakan aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan pelajar.

Skor Punch line

Francais Komposit

Asset Kolon

Semikolon Kontinjen

Habeas korpus Locus standi

Plantif Defandan

Profil Ekuiti

Parole Prima facie

Abdullah Hassan. (1999). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Khir Mohd Nor. (1996). Laras bahasa, gaya dan ragam bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 35: Aplikasi L Bahasaȱ

TOPIK 10 APLIKASI LARAS BAHASA278

Ahmad Mohd. Yusof⁄ (et al.), (1992). Laporan kaji selidik penggunaan bahasa Melayu dalam bidang kehakiman dan undang-undang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka

Awang Sariyan dan Mohd. Thani Ahmad. Peranan sastera dalam pembinaan dan penyatuan Bahasa Melayu. Diakses Februari 23, 2008 daripada http://www.kongresbahasa.org/wpcontent/uploads/2006/11/049.pdf

Laras bahasa. Diakses Februari 23, 2008 daripada http://faculty.unitarklj1.edu.my/ALD0063/week/WEEK10/LARAS%20BAHASA.doc

Lufti Abas. (1995). Kritikan karya sastera : Keindahan ragam-ragam bahasa.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim dan Faiza Tamby Chik. (1994). Bahasa dan undang-undang.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.