isbn : 978-967-0582-32-0 - ums.edu.my · pelbagai ilmu keguruan diperoleh oleh bakal guru...

15
1 ISBN : 978-967-0582-32-0 Profesionalisme Guru Novis dalam Pengurusan Pengetahuan, Kesediaan Mengajar dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Terhadap Pelaksanaan Pengajaran di Sekolah Caroline @ Lorena David Institut Pendidikan Guru, Kent Tuaran Abdul Said Ambotang Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengkaji profesionalisme guru novis di negeri Sabah khususnya dalam aspek berkaitan pengurusan pengetahuan, kesediaan mengajar, dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) terhadap pelaksanaan pengajaran di sekolah.Sampel kajian yang dipilih melibatkan seramai empat ratus orang responden yang terdiri daripada guru-guru novis yang baru memulakan perkhidmatan dan mengajar antara satu hingga tiga tahun.Responden ini dipilih secara rawak bertujuan bagi memenuhi objektif kajian. Rekabentuk kajian yang dilaksanakan adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian.Data kajian pula dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 20 bagi mendapatkan data deskriptif dan inferens dan perisian AMOS versi 16 digunakan bagi mengenalpasti hubungan sebab-akibat antara beberapa pembolehubah dalam kajian.Kajian rintis telah dijalankan terhadap 130 orang guru novis untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian dan nilai kebolehpercayaan yang didapati tinggi iaitu 0.902. Secara keseluruhannya, hasil dapatan awal kajian ini menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap profesionalisme guru novis dalam pengurusan pengetahuan, kesediaan mengajar, dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) terhadap pelaksanaan pengajaran di sekolah. Kata Kunci: Profesionalisme Guru Novis, Pengurusan Pengetahuan, Kesediaan Mengajar, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan Pelaksanaan Pengajaran Pembentang: Caroline @ Lorena David Sesi : 2.30 4.30 Ptg BS 5

Upload: lamkiet

Post on 04-Apr-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISBN : 978-967-0582-32-0 - ums.edu.my · Pelbagai ilmu keguruan diperoleh oleh bakal guru terutamanya melalui latihan mengajar. Guru pelatih Guru pelatih akan berpeluang untuk cuba

1

ISBN : 978-967-0582-32-0

Profesionalisme Guru Novis dalam Pengurusan Pengetahuan, Kesediaan Mengajar dan

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Terhadap Pelaksanaan Pengajaran di Sekolah

Caroline @ Lorena David Institut Pendidikan Guru, Kent Tuaran

Abdul Said Ambotang

Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji profesionalisme guru novis di negeri Sabah khususnya dalam aspek berkaitan pengurusan pengetahuan, kesediaan

mengajar, dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) terhadap

pelaksanaan pengajaran di sekolah.Sampel kajian yang dipilih melibatkan seramai empat ratus orang responden yang terdiri daripada guru-guru

novis yang baru memulakan perkhidmatan dan mengajar antara satu

hingga tiga tahun.Responden ini dipilih secara rawak bertujuan bagi memenuhi objektif kajian. Rekabentuk kajian yang dilaksanakan adalah

berbentuk kuantitatif dengan menggunakan set soal selidik sebagai

instrumen kajian.Data kajian pula dianalisis menggunakan perisian

Statistical Packages for Social Sciences (SPSS)versi 20 bagi mendapatkan data deskriptif dan inferens dan perisian AMOS versi 16 digunakan bagi

mengenalpasti hubungan sebab-akibat antara beberapa pembolehubah

dalam kajian.Kajian rintis telah dijalankan terhadap 130 orang guru novis untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian dan nilai

kebolehpercayaan yang didapati tinggi iaitu 0.902. Secara keseluruhannya,

hasil dapatan awal kajian ini menunjukkan bahawa responden mempunyai

tahap profesionalisme guru novis dalam pengurusan pengetahuan, kesediaan mengajar, dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) terhadap

pelaksanaan pengajaran di sekolah.

Kata Kunci: Profesionalisme Guru Novis, Pengurusan Pengetahuan,

Kesediaan Mengajar, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan Pelaksanaan

Pengajaran

Pembentang:

Caroline @ Lorena

David

Sesi :

2.30 – 4.30 Ptg

BS 5

Page 2: ISBN : 978-967-0582-32-0 - ums.edu.my · Pelbagai ilmu keguruan diperoleh oleh bakal guru terutamanya melalui latihan mengajar. Guru pelatih Guru pelatih akan berpeluang untuk cuba

2

PENGENALAN

Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah Negara.Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan satu usaha membangunkan generasi muda

pada alaf baru ini. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha menjadikan sesebuah Negara

memiliki rakyat yang berkualiti dan bermutu tinggi yang akan menjadi aset kepada Negara pada masa hadapan.Sistem Pendidikan Kebangsaan memerlukan usaha-usaha yang mantap dan sistematik bagi

membolehkan peningkatan keupayaan serta kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang lebih tinggi dan

cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21 ini secara global dan memenuhi aspirasi

Negara dalam menyahut seruan kerajaan dalam bidang pendidikan secara menyeluruh sejajar dengan kehendak Negara melalui saluran wawasan 2020.

Pelaburan penting dalam sesebuah Negara adalah melalui sektor pendidikan. Oleh yang demikian tidak dinafikan lagi bahawa pihak kerajaan telah memberikan tumpuan utama terutama dalam

memperuntukkan jumlah bajet yang besar dengan tujuan untuk mencapai wawasan 2020 serta menjadi

sebuah Negara yang maju di mata dunia. Dengan itu, usaha untuk mencapai realiti ini memerlukan perngorbanan semua pihak dengan memastikan pemantapan dalam bidang pendidikan Negara perlu

diberikan perhatian dari akar umbi agar segala permasalahan yang timbul akan dapat ditangani.Cabaran

dalam sistem pendidikan yang paling ketara dapat dilihat dengan mata kasar iaitu dalam bidang

pendidikan perguruan itu sendiri dalam melahirkan jiwa keguruan dalam diri setiap guru khususnya.

Latihan mengajar merupakan satu komponen yang paling penting dalam program pendidikan

perguruan yang dilaksanakan di universiti-universiti mahupun di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Pelbagai ilmu keguruan diperoleh oleh bakal guru terutamanya melalui latihan mengajar. Guru pelatih

akan berpeluang untuk cuba mengaplikasikan semua teori, teknik, strategi, kaedah, pendekatan, dan

panduan dalam situasi suasana bilik darjah di sekolah yang sebenar. Melalui latihan mengajar tersebut,

guru pelatih secara tidak langsung berpeluang untuk menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran baru dalam bidang perguruan itu sendiri dalam realiti yang sebenar.

Universiti-universiti dan Institut Pendidikan Guru Malaysia bertanggungjawab menawarkan pelbagai kursus pendidikan bagi pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang perguruan.Pihak universiti

dan juga Institut Pendidikan Guru Malaysia bertanggungjawab untuk melatih bakal-bakal guru agar dapat

menjadi seorang guru novis yang mantap dalam semua aspek keguruan. Oleh kerana guru pelatih bakan menadi guru novis selepas tamat pengajian, maka beberapa langkah drastik seperti menjalani latihan

mengajar di sekolah-sekolah sebenar dalam masa yang ditetapkan bagi memastikan guru pelatih ini akan

bersedia mengharungi profesionalisme guru novis dalam pengurusan pengetahuan, kesediaan mengajar,

kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pelaksanaan pengajaran di sekolah.

Latar Belakang Kajian

Kesungguhan pihak kerajaan dalam menangani masalah keciciran pelajar dilihat sebagai satu usaha murni demi melihat setiap rakyat Malaysia berilmu pengetahuan. Ini seiring dengan falsafah pendidikan

kebangsaan (KPM, 1987) yang ada menjelaskan bahaawa setiap individu mempunyai potensi untuk

dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hasrat kerajaan untuk melahirkan insan yang berpendidikan

dan dianggap berguna dan menyeluruh. Oleh yang demikian, salah satu usaha persediaan dan perubahan

yang perlu dilaksanakan ialah dengan meningkatkan mutu atau tahap kualiti kecekapan guru dalam

profesion mereka khasnya dalam bidang pengajaran. Keadaaan ini sekali gus dalam menguasai kemahiran teknologi maklumat.

Dapatan menunjukkan bahawa setiap tahun lebih guru novis ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Profesion perguruan antara bidang yang didapati agak ramai diceburi dalam kalangan

rakyat seluruh Malaysia. Dengan kata lain, profesioan perguruan ini merupakan satu profesioan yang

memiliki jumlah keahlian yang agak ramai berbanding profesion lain. Misalnya pada tahu 1999, didapati

hasil daripaada laporan menunjukkan seramai 157,415 guru yang berdaftar di Malaysia (Siti Maisarah, 2008). Sebilangan daripada guru ini telah menjalani latihan kursus dan latihan yang telah disediakan oleh

Page 3: ISBN : 978-967-0582-32-0 - ums.edu.my · Pelbagai ilmu keguruan diperoleh oleh bakal guru terutamanya melalui latihan mengajar. Guru pelatih Guru pelatih akan berpeluang untuk cuba

3

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Latihan dan kursus ini bertujuan untuk memantapkan

pengetahuan, kemahiran dan motivasi bakal guru agar lebih berkompentasi dan berkeyakinan dalam

usaha untuk mendidik pelajar yang bakan dihadapi oleh guru berkenaan dalam pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah (Mohammad Sani, 2007). Namun pun begitu, masih ramai dalam

kalangan guru novis ini masih belum bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia

pendidikan pada masa kini yang dianggap lebih mencabar rentetan daripada kemajuan teknologi yang bergitu pesat.

Tujuan Kajian

i. Mengkaji profesional guru novis (GN) dalam aspek pengurusan pengetahuan terhadap pelaksanaan pengajaran guru di sekolah.

ii. Mengkaji profesional guru novis (GN) dalam aspek kesediaan mengajar terhadap pelaksanaan

pengajaran di sekolah. iii. Mengkaji profesional guru novis (GN) dalam tiga aspek utama iaitu pengurusan pengetahuan (PP),

kesediaan mengajar (KM) dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) terhadap pelaksanaan

pengajaran guru di sekolah. iv. Melihat adakah aspek pengurusan pengetahuan (PP) mempengaruhi profesionaismel guru novis

(GN) terhadap pelaksanaan pengajaran di sekolah.

v. Mengetahui kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seorang guru novis (GN) terhadap pelaksanaan

pengajaran di sekolah.

Hipotesis Kajian

H01 Tidak terdapat terdapat hubungan pengurusan pengetahuan dengan pelaksanaan pengajaran guru novis di sekolah.

H02 Tidak terdapat terdapat hubungan kesediaan mengajar dengan pelaksanaan pengajaran guru novis di

sekolah.

H03 Tidak terdapat pengaruh KBAT terhadap pelaksanaan pengajaran guru novis di sekolah. H04 Tidak terdapat pengaruh kesesuaian pengukuran dan model regresi yang dibentuk bagi mengenal

pasti pengaruh secara langsung dan tidak langsung pengurusan pengetahuan, kesediaan mengajar

dan KBAT terhadap pelaksanaan pengajaran guru novis di sekolah. H05 Tidak terdapat hubungan signifikan antara pengurusan pengetahuan guru novis terhadap pelaksanaan

pengajaran guru novis di sekolah.

Definisi Operasional Bagi menjayakan kajian ini beberapa definisi operasional digunapakai seperti berikut:-

Profesionalisme Guru Novis Profesionalisme adalah sifat-sifat sebagaimana yang sewajarnya dilakukan oleh seorang

professional.Komitmen para profesional terhadap profesion yang diceburi.Komitmen tersebut ditunjukkan

dengan kebanggaan dirinya sebagai tenaga profesional, usaha terus-menerus untuk mengembangkan kemampuan professional yang diceburi.

Terdapat empat ciri‐ciri profesionalisme:

1. Memiliki keterampilan yang tinggi dalam suatu bidang serta kemahiran dalam menggunakan peralatan tertentu yang diperlukan dalam pelaksanaan tugas yangbersangkutan dengan bidang tadi.

2. Memiliki ilmu dan pengalaman serta kecerdasan dalam menganalisis suatu masalah dan peka di dalam

membaca situasi cepat dan tepat serta cermat dalam mengambil keputusan terbaik atas dasar kepekaan. 3. Memiliki sikap berorientasi ke depan sehingga punya kemampuan mengantisipasi perkembangan

lingkungan yang terbentang di hadapannya.

4. Memiliki sikap mandiri berdasarkan keyakinan akan kemampuan pribadi serta terbuka menyimak dan menghargai pendapat orang lain, namun cermat dalam memilih yang terbaik bagi diri dan

perkembanganpribadi.

Menurut Noriati A. Rashid et al. (2010), aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang,

Page 4: ISBN : 978-967-0582-32-0 - ums.edu.my · Pelbagai ilmu keguruan diperoleh oleh bakal guru terutamanya melalui latihan mengajar. Guru pelatih Guru pelatih akan berpeluang untuk cuba

4

meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat

keputusan.

Pengurusan Pengetahuan Menurut Barclay (1997), perkembangan pengurusan pengetahuan giat dibincangkan oleh para akademia di

Harvard Business School, Amerika Syarikat. Pada era 1970-an, ramai dalam kalangan penyelidik memberikan sepenuh perhatian dalam perkembangan pemindahan dan inovasi teknologi maklumat

sehinggamencetuskan penyelidikan yang lebih terperinci mengenai kefahaman pengetahuan (knowledge).

Perkembangan ini berlarutan sehingga pertengahan 1980-an,apabilaahli-ahli pengurusan mengiktiraf

kepentingan pengetahuan, penggunaannya serta persaingan yang wujud dalam kalangan profesional mengenai kaitan pengetahuan dengan pembangunan sesebuah organisasi.

McShane dan Glinow (2006), mengkaji bahawa pengurusan pengetahuan ialah segala kegiatan yang berstruktur untuk penambahbaikan bagi sesebuah organisasi melalui perkongsian maklumat serta

penggunaan maklumat yang betul. Penentu bagi kejayaan sesebuah organisasi dalam menguruskan

maklumat mesti berasaskan kepada modal intelek yang merangkumi persaingan modal insan, modal berstruktur dan modal perhubungan.Nonaka (1991), menjelaskan mengenai pengurusan pengetahuan dapat

difahami apabila membincangkan secara mendalam mengenai pengetahuan ‘tacit’ dan pengetahuan

‘explicit’. Kedua-dua bentuk pengetahuan ini adalah pengetahuan asas dalam diri manusia yang amat

berguna apabila maklumat-maklumat dapat dikongsi bersama untuk bekerja dalam pasukan.Dalam Harvard Business Review (1999), pengurusan pengetahuan adalah satu cara bagi sesebuah organisasi menjana

operasi, berkomunikasi dan mengumpil harta intelek yang menjadikan mereka muncul sebagai satu

organisasi yang bersaing berasaskan sumber ekonomi maklumat yang diperolehi.

Kesediaan Mengajar

Kesediaan mengajar merupakan satu perancangan harian yang disediakan oleh setiap guru. Dalam persediaan

mengajar mengandungi maklumat tentang pelajar, matamat yang hendak dicapai, isi kandungan yang hendak disampaikan. Persediaan yang rapi dalam persediaan mengajar sangat penting dan amat dititikberat dalam

memastikan setiap produktiviti atau hasil yang diperolehi adalah berkualiti dan mencapai objektif dan

sasaran yang ditetapkan. Persediaan mengajar ini juga mampu melicinkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, makmal dan lain-lain. Guru haruslah memastikan perjalanan proses

pengajaran berjalan lancar. Dalam masa yang sama guru, perlu bersedia mempersiapkan diri sebelum

memulakan tugas mengajar.

Persediaan mengajar ini juga secara tidak langsung mampu membantu guru mengajar dengan lebih

sistematik, lancar dan berkesan dan sekali gus mampu mengelakkan wujud ketidakselesaan ketika berada di

dalam bilik darjah. Persediaan mengajar juga mampu membantu guru untuk memperingati isi pelajaran yang hendak disampaikan dengan baik tanpa kemusykilan. Melalui persediaan mengajar ini juga, secara tidak

langsung mampu membawa guru untuk menyediakan alat bantu mengajar serta menggunakan alat tersebut

dalam masa yang sesuai mengikut perancangan yang telah dibuat dalam persediaan mengajar. Persediaan mengajar mempunyai tiga komponen penting iaitu komponen persediaan, penyampaian dan penutup (Mok,

S. S., 2002).

KBAT

Menurut kajian Edward de Bono (1976), menjelaskan bahawa kemahiran berfikir ini membolehkan manusia

melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Kemahiran befikir

melibatkan pengendalian yang melibatkan mental tertentu dalam minda seseorang individu. Dalam proses berfikir dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu yang melibatkan kognitif dan juga metakognitif. Aktiviti

yang melibatkan kognitif adalah kemahiran berfikir yang sering manusia gunakan setiap hari dalam pelbagai

aktiviti seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain. Manakala bagi aktiviti yang melibatkan meta kognitif adalah seperti memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia dalam

komponen-kompoen berfikir. Kemahiran berfikir sangat penting yang melibatkan penggunaan minda bagi

menilai kewajaran untuk menilai sesuatu idea, meneliti ketepatan, kebaikan dan kelemahan sesuatu dengan

membuat pertimbangan yang wajar di samping menggunakan alas an dan bukti yang munasabah.

Page 5: ISBN : 978-967-0582-32-0 - ums.edu.my · Pelbagai ilmu keguruan diperoleh oleh bakal guru terutamanya melalui latihan mengajar. Guru pelatih Guru pelatih akan berpeluang untuk cuba

5

Pelaksanaan Pengajaran

Pelaksanaan pengajaran merujuk kepada tindakan yang biasa dilakukan oleh guru dalam pengajaran di dalam

bilik darjah. Dalam kajian ini amalan pengajaran memberikan fokus kepada tindakan yang biasa dilakukan dalam pengajaran kemahiran berfikir aras rendah dan kemahiran berfikir aras tinggi. Strategi pengajaran

yang digunakan dan tingkahlaku guru dalam menggalakkan kemahiran berfikir pelajar.

Pelaksanaan pengajaran merupakan satu proses sistem aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar.

Pengajaran mempunyai tujuan tertentu iaitu dapat membawa perubahan tingkah laku dalam kalangan pelajar

ketika berada dalam kelas. Proses pengajaran melibatkan beberapa langkah seperti langkah perancangan,

langkah pengelolaan, langkah penyampaian, langkah bimbingan dan langkah membuat penilaian. Semua langkah-langkah ini mempunyai tujuan tertentu dalam menyebarkan ilmu secara lebih berkesan semasa

pengajaran dilaksanakan. Pengajaran adalah aspek yang penting dalam pendidikan.Menurut Smith (1960)

dan Cornell (1991) pengajaran adalah satu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar.

Manakala Battle dan Shannon (1978), pula berpendapat pengajaran merupakan proses penyampaian

idea yang membantu pelajar mengubah tingkah laku dengan cara sedar ke arah tujuan dan matlamat pendidikan. Dalam konteks ini, jelaslah bahawa pengajaran seharusnya mempunyai aktiviti yang dilakukan

oleh guru.Aktiviti yang dilakukan tersebut mempunyai kaitan dengan tujuan, matlamat, isi kandungan,

indoktrinasi dan kaedah pengajaran (Robertson, 1988) yang menghasilkan pembelajaran (Gagne, 1995) dan

perubahan kebolehan pelajar (Sharifah, 1984).

Oleh yang demikian, untuk mencapai objektif terutamanya dalam perubahan tingkah laku, guru perlu

sedar dan jelas tentang perubahan yang diingini. Oleh itu, aktiviti yang dirancang perlulah bersesuaian dengan perubahan yang dikehendaki. Antara perubahan-perubahan yang dikehendaki ialah jenis pengetahuan

yang diajar, kemahiran dan juga perubahan sikap. Pengajaran bererti aktiviti yang dirancang oleh guru

tertentu dengan penuh teliti dan seterusnya melaksanakannya melalui pendekatan, strategi, kaedah, teknik

dan juga aktiviti yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran terhadap pelajar di dalam bilik darjah.

Sorotan Kajian Menurut Darling-Hammoud (1990), guru disediakan dengan latihan bimbingan dan pelbagai bentuk latihan

yang profesional bagi memastikan sesuatu perubahan dalam sistem pendidikan dapat dijana, kerana guru

merupakan pelaksana kurikulum yang dianggap memainkan peranan yang penting dalam pembanggunan sesebuah Negara. Namun begitu, apa yang dapat dilihat adalah wujudnya masalah terutamanya berkaitan

dengan penglibatan guru dalam kursus-kursus yang dilaksanakan dalam perkhidmatan selalunya akan

dilaksanakan dalam satu masa sahaja (one-time events) dan bukannya secara berterusan (Cohen & Ball,

1999). Oleh yang demikian, sehingga kini masalah berkaitan dengan profesionalisme guru masih wujud terutamanya dalam aspek pengurusan pengetahuan yang di perolehi oleh guru-guru.

Hasil kajian yang di buat oleh De Jagler, Reeziqr dan Creemers, (2002) di Amerika Syarikat mendapati bahawa pelaksanaan sesuatu perubahan dalam pendidikan adalah bergantung kepada pengetahuan

dan sikap guru tersebut setelah menjadi sebagai seorang guru ketika berada di sekolah sebenar. Melalui hasil

kajian mereka juga memperlihatkan bahawa dengan memberikan latihan atau kursus kepada guru-guru akan dapat mengubah sikap dan persepsi guru seterusnya dalam menjayakan sesuatu inovasi terutamanya dalam

pengajaran. Kajian ini disokong juga oleh dapatan daripada kajian Kyriakides dan Kelly (2003) ke atas

sejumlah 132 orang guru yang mendapat latihan. Sebanyak 75% guru yang terlibat dalam latihan bersetuju

memperolehi idea baru dalam pengajaran dan pembelajaran dan kemahiran.

Kajian yang dilaksanakan oleh Borko, Elliot dan Uchiyana (2002) ke atas empat buah sekolah di

Kentucky, Amerika Syarikat mendapati peningatan profesionalisme guru banyak membawa kesan yang positif. Kajian mereka menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tahap pengetahuan dan kefahaman yang

luas tentang sesuatu program yang dijalankan dan sekaligus membolehkan pelaksanaan sesuatu

pembaharuan dalam bidang pendidikan. Menurut MC Donnell (1994), profesionalisme guru sangat penting

agar dapat menjayakan pelaksanaan sesuatu yang baru dalam reformasi pendidikan sesebuah negara.

Page 6: ISBN : 978-967-0582-32-0 - ums.edu.my · Pelbagai ilmu keguruan diperoleh oleh bakal guru terutamanya melalui latihan mengajar. Guru pelatih Guru pelatih akan berpeluang untuk cuba

6

…because many new forms of assessment require that teachers play a key role in their

design, administration, scoring, and use, these assessment will not works ad intended

unless adeguate training is provided. The need for new investments in professional development is even greater structional policies (MC Donnell, 1994:414).

a) Isu Berkaitan Profesionalisme Guru Novis Menurut Mohd. Yusof Abdullah (2009), ketika negara-negara di dunia begitu sibuk mengatur strategi untuk

berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam era wayarles dan juga globalisasi, terdengar juga beberapa

suara-suara sinis yang masih cuba mempersoalkan peranan dan fungsi yang dapat dimainkan oleh seorang

insanguru yang dianggap mulia iaitu ‘guru’. Martabat dalam profesion keguruaan sehingga kini tergugat kerana masih dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Apa yang yang dianggap lebih malang lagi apabila

dalam keadaan tertentu profesion guru masih kurang diyakini oleh para pendidik itu sendiri. Ini amat jelas

apabila dalam perbualan seharian, masih terdapat guru yang meragui kategori jawatan yang di sandang oleh mereka sendiri sebagai satu profesion yang boleh dibanggakan. Pratte et al. ( 1993 ) dalam karya yang

dihasilkan bertajuk Teachers, Profesionalisme and Craft telah menggolongkan profesion guru dalam

kategori profesion pekerjaan yang seharusnya dibezakan dengan kumpulan profesion kepakaran yang lain. Berdasarkan hakikat ini, mereka berpendapat apa yang harus dilakukan adalah dengan membandingkan

pengetahuan yang wujud dalam profesion yang telah diiktiraf seperti kedoktoran dan perundangan dengan

apa yang terdapat dalam profesion pekerjaan. Pandangan seperti ini mungkin dapat membantu kita untuk

menerangkan keraguan sesetengah guru mengenai fenomena yang dinyatakan di atas. (Foo Say Fooi, 2007)

b) Isu Berkaitan Pengurusan Pengetahuan

Pengurusan pengetahuan sebagai strategi penting dalam pengurusan organisasi, ramai penyelidik yang terdiri daripada ahli-ahli akademik telah membuat penciptaan baru terhadap model pengurusan untuk dipraktiskan

dalam organisasi. Suasana semasa di Malaysia juga tidak lari dari topik pengurusan pengetahuan sebagai

persediaan terhadap pengurusan alaf baru seperti e-dagang, k-ekonomi, e-kerajaan dan lain-lain yang

berasaskan kepada maklumat dan pengetahuan. Terdapat banyak organisasi yang inovatif telah mula melihat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pekerja menjadi nilai utama dalam perkhidmatan dan produk

keluaran masing-masing. Begitu juga hasrat negara yang amat mementingkan soal perkhidmatan sistem

penyampaian (service delivery system) kepada rakyat. Program pengurusan pengetahuan akan meningkatkan perkhidmatan pelanggan, penyelesaian masalah yang lebih pantas, penyesuaian terhadap perubahan pasaran

dan seterusnya menjadi pemankin kepada pengetahuan korporat. Selain itu, pengurusan tertinggi perlu

menyokong budaya belajar atau mengajar perkongsian maklumat serta tahu bagaimana untuk memandu ke hadapan, menggalakkan keceriaan, komitmen dan akauntabiliti dalam melaksanakan tugas untuk mencapai

matlamat organisasi.

c) Isu Berkaitan Kesediaan Mengajar Cabaran untuk menyesuaikan kepelbagaian gaya pembelajaran dan pengajaran juga sebenarnya

mempengaruhi kaedah dan pedagogi guru novis dalam melaksanakan pengajaran (Burgstahler, Duclos &

Turcotte 2000). Perkara ini sebenarnya tidak akan menjadi satu masalah yang besar sekiranya guru novis memiliki tahap pengetahuan dan kesediaan mengajar yang baik terhadap keperluan murid. Sekiranya guru

novis tahu serta memahami apa yang diperlukan oleh murid, sudah pasti guru novis mampu untuk merangka

kaedah pedagogi yang sesuai dan lebih bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan yang akan berlaku di dalam kelas. Justeru, kajian ini meneroka konteks kesediaan mengajar dalam kalangan guru novis.Tiga

persoalan kajian dibina iaitu:

a. Apakah bentuk kesediaan mengajar guru novis terhadap keperluan murid? b. Bagaimanakah kesediaanmengajar guru novis untuk merancang pengajaran untuk keperluan murid?

c. Apakah cadangan kesediaan mengajar yang perlu disediakan untuk murid?

d) Isu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi turut menghadapi kritikan dan permasalahannya yang tersendiri

(N.S Rajdanran, 2008). Dalam proses melaksanakan pengajaran kemahiran berfikir secara eksplisit di dalam

bilik darjah, banyak kekangan yang dikenal pasti. Antara faktor-faktor yang menjadi isu kekangan dalam pengajaran kemahiran berfikir ini adalah kurangnya pendedahan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam

Page 7: ISBN : 978-967-0582-32-0 - ums.edu.my · Pelbagai ilmu keguruan diperoleh oleh bakal guru terutamanya melalui latihan mengajar. Guru pelatih Guru pelatih akan berpeluang untuk cuba

7

bidang ini, ketidaksediaan guru dalam memikul tugasan mengajar kemahiran berfikir secara eksplisit dalam

mata pelajaran diajar, dasar kurikulum yang lebih kepada peperiksaan sehingga mengabaikan penerapan

kemahiran berfikir, pendekatan pedagogi pengajaran pembelajaran yang kurang efektif dalam penerapan kemahiran berfikir, kekurangan latihan dan pembangunan yang berterusan untuk meningkatkan kemahiran

guru dalam pengajaran kemahiran berfikir, sumber bahan pengajaran yang agak terhad, serta ketiadaan

standard penilaian khusus dalam menilai penguasaan kemahiran berfikir. Kesemua faktor ini menjadi isu-isu utama mengekang keberkesanan pengajaran kemahiran berfikir.

Mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi kemahiran berfikir tidaklah

semudah seperti yang diandaikan oleh pelbagai pihak. Proses pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh beberapa faktor. Satu amalan pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dalam satu bilik darjah tidak

semestinya akan juga berjaya dalam bilik darjah yang lain. Ini adalah kerana bilik darjah yang satu lagi tetap

berbeza dari bilik darjah sebelumnya dalam aspek kesediaan guru, tahap pencapaian murid, bahan sumber pengajaran pembelajaran yang digunakan dan waktu mengajar. Umumnya lebih kaya persekitaran

pembelajaran itu, lebih banyak maklumat yang dapat diproses dan dipelajari. Guru perlu bijak menggunakan

pelbagai aktiviti yang boleh disesuaikan dengan semua gaya belajar pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya pengajaran kemahiran berfikir. Perkara yang menjadi cabaran utama kepada guru-

guru ialah ketidaktentuan dalam mengendalikan proses pengajaran pembelajaran terutamanya penerapan

pengajaran kemahiran berfikir di dalam kelas.

d) Isu Berkaitan Pelaksanaan Pengajaran

Pelaksanaan pengajaran guru dalam melaksanakanpengajaran pada keseluruhannya masih berpusatkan

sepenuhnya kepada guru (Agness Voo, 1996; Fatimah, 1996). Murid menjadi pendengar setia mendengar penerangan yang diberikan oleh guru. Menurut Carpenter et.al (1980), pelajar menganggap peranan mereka

dalam bilik darjah sebagai pasif kerana banyak masa dihabiskan untuk mendengar syarahan guru, melihat

guru menyelesaikan masalah di papan tulis dan menyelesaikan masalah yang terdapat dalam buku teks

secara bersendirian. Situasi yang berlaku di dalam kelas pada hari ini sememangnya tidak mampu untuk menghasilkan organisasi bagi perkembangan pemikiran murid untuk berfikir secara lebih kritis dan kreatif

(Marzano et al.; 1988).

Seseorang guru perlu sentiasa menentukan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran bukan

sahaja menarik tetapi mencabar dan berkesan ke arah meluaskan pengetahuan, mewujudkan kesedaran

tentang perlunya nilai-nilai yang baik sebagai amalan hidup serta mampu mengembangkan kebolehan pemikiran aras tinggi pelajar. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan perlu dipilih dan

digunakan untuk mencapai objektif tersebut. Pemilihan strategi memainkan peranan yang penting dalam

menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran (Stenberg dan Spear-Swerlling, 1996). Guru harus peka

terhadap objektif pengajaran danpembelajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, minat pelajar, kemudahan resos dan kemahiran yang hendak diajar semasa memilih strategi pengajaran dan pembelajaran (Rajendran,

2000).

Pelbagai teknik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam proses

mengoptimumkan keupayaan berfikir dalam kalangan diri murid. Teknik pembelajaran whole brain perlu

diaplikasikan dalam pembelajaran kerana teknik ini menghubungkan kedua-dua bahagian otak kiri dan otak kanan. Contoh teknik yang dapat menggalakkan pelajar berfikir aras tinggi ialah kaedah main peranan,

persembahan visual, inkuiri penemuan, soalan terbuka, teknik penyoalan, perbincangan, metakognisi,

pengurusan grafik dankaedah penyelesaian masalah.

Menurut Gurin et al. (2002), terdapat sepuluh perbezaan dalam gaya belajar (kecerdasan pelbagai)

seseorang murid ketika berada di dalam bilik darjah.Antaranya:

1. Penaakulan induktif dan deduktif

2. Penaakulan abstrak dan konkrit

3. Kecenderungan kepada bahasa

4. Logik dan bukti 5. Cepat bosan

Page 8: ISBN : 978-967-0582-32-0 - ums.edu.my · Pelbagai ilmu keguruan diperoleh oleh bakal guru terutamanya melalui latihan mengajar. Guru pelatih Guru pelatih akan berpeluang untuk cuba

8

6. Kecenderungan ruang

7. Kecenderungan pergerakan

8. Sensitif dan dinamik kumpulan 9. Cenderung kepada simbol

10. Sosial dan suka bekerja dalam pasukan

Semua perbezaan ini perlu ditangani dengan bijaksana oleh guru terutmanya guru novis agar

pembelajaran murid ketika berada dalam bilik darjah tidak akan terjejas. Malah guru akan dapat berusaha

bagi memaksimumkan ilmu yang diperolehi oleh murid melalui guru ketika guru sedang mengajar.

Terdapat enam prinsip pembelajaran berasaskan minda yang dicadangkan oleh Caine dan Caine (1997) boleh diguna pakai, iaitu:

1. Setiap individu adalah unik. Oleh itu benarkan mereka menerokai dan membina sendiri pengetahuan

mereka. 2. Tekanan emosi boleh menghalang pembelajaran. Oleh itu, gunakan persekitaran pembelajaran yang

ceria, kondusif, menarik, tiada paksaan dan dalam keadaan sebenar.

3. Libatkan ibu bapa dalam proses pembelajaran. 4. Otak boleh memproses maklumat secara terpeinci dan menyeluruh. Gunakan kiu untuk

meningkatkan persepsi periferal maklumat yang dipelajari.

5. Pembelajaran berlaku secara bercorak. Gunakan grafik untuk memudahkan pemahaman, misalnya

carta, model, carta alir, rajah dan perancang grafik. 6. Otak lebih terangsang dalam persekitaran sosial. Gunakan pembelajaran koperatif dan kerja

berpasukan.

Pendekatan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan di atas secara tidak langsung

sudah pasti akan dapat diaplikasikan bagi tujuan pengajaran kemahiran berfikir di dalam kelas. Oleh itu, para

guru perlu mempelbagaikan kaedah pembelajaran yang lebih menarik agar potensi otak pelajar dapat

dioptimumkan apabila melaksanakan sesesi pengajaran secara berkesan.

Kajian Rintis

Kajian rintis telah dilakukan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang telah dihasilkan. Soal selidik yang merupakan draf pertama instrumen diedarkan kepada responden yang dipilih berdasarkan

persampelan rawak mudah dalam kalangan guru novis (Guru Baharu) di Negeri Sabah.Kajian rintis

terhadap instrumen telah dijalankan untuk menguji kefahaman guru novis (Guru Baharu) terhadap item-item soal selidik serta menguji kesahan dan kebolehpercayaan alat-alat penyelidikan yang digunakan. Kajian

rintis dijalankan dalam dua peringkat. Kajian rintis pertama bertujuan menguji kesahan muka item dengan

melihat tahap kebolehbacaan item-item di samping membuat semakan terhadap item-item yang dianggap

penting atau tidak berkaitan dengan seorang guru novis. Sementara pada peringkat kedua kajian dijalankan untuk mengenal pasti faktor yang terdapat pada instrumen dan mengenal pasti kesahan dan

kebolehpercayaan instrumen melalui analisis korelasi antara item dan indeks kebolehpercayaan Alpha

Cronbach. Penyelidik telah menjalankan kajian rintis terhadap 130 orang responden yang terdiri daripada guru novis (Guru Baharu).

METODOLOGI

Kaedah Kajian

Kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif bukan eksperimen iaitu reka bentuk tinjauan yang dijalankan

dengan menggunakan kaedah deskriptif. Penyelidikan kuantitatif merujuk kepada kajian yang dapatannya dihasilkan dengan menggunakan analisis statistik (Zechmeister dan Shaugnessy, 1997) dan diringkaskan

dalam bentuk angka (Baker, 1999). Penyelidikan kuantitatif juga mengukur tingkah laku atau dengan kata

lain, isunya ialah tentang cara tingkah laku itu boleh dikuantifikasikan (Mohd. Yusuf, 2001).

Sementara kaedah deskriptif pula ialah kaedah untuk mencari dan mengenal pasti sesuatu perkara

(Gay dan Peter, 200) di mana kaedah ini boleh digunakan untuk menerangkan .perkaitan antara komponen

yang dikaji (Mohd. Najib Abdul Ghafar, 2009). Oleh kerana kajian ini merupakan kajian reka bentuk tinjauan, maka kaedah deskriptif amat sesuai dilakukan kerana konsep-konsep dapat dinyatakan dengan

Page 9: ISBN : 978-967-0582-32-0 - ums.edu.my · Pelbagai ilmu keguruan diperoleh oleh bakal guru terutamanya melalui latihan mengajar. Guru pelatih Guru pelatih akan berpeluang untuk cuba

9

menggunakan soal selidik (Chua, 2006). Sementara pengumpulan data memadai dengan menggunakan soal

selidik sahaja.

Sampel Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada 400 orang guru novis (guru baharu) sekolah rendah di negeri Sabah. Dalam

konteks kajian ini, pensampelan bertujuan paling sesuai kerana setiap sekolah rendah di bahagikan pula mengikut zon. Daripada zon-zon tersebut, guru novis (guru baharu) daripada sekolah-sekolah dipilih secara

rawak mudah.

Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian Oleh sebab ia merupakan instrumen yang baru, penyelidik telah menyenaraikan item-item yang agak banyak

di peringkat awal, bagi setiap dimensi untuk dikaji sebagai persediaan jika terdapat item-item yang tidak

memenuhi penilaian statistik seperti nilai faktor pemuatan (loading faktor) dan sebagainya. Soal selidik ini juga memerlukan responden menjawab dalam 5 skala iaitu:

1.Sangat tidak setuju

2.Tidak setuju 3.Tidak Pasti

4.Setuju

5.Amat setuju

Jumlah skor yang lebih tinggi menunjukkan tahap kepuasan responden dan begitu pula sebaliknya. Bagi

item-item negatif juga dilaksanakan proses “recode into same variable” bagi menjumlahkan semula skor

responden agar selari dengan item positif.Kesahan ialah sejauhmanakah instrumen kajian mengukur dengan tepat konstruk yang dikaji (Krueger, 1994). Soal selidik yang dibina akan diuji kesahannya melalui kesahan

muka (face validity), kesahan kandungan (content validity) kesahan konstruk/gagasan (construct validity)

(Wiersma, 2000, McQueen dan Knussen, 1999, Alias Baba, 1999). Secara ringkasnya kesahan muka

merupakan kesahan yang asas dan merupakan petunjuk awal soal selidik itu mempunyai kesahan dan dapat digunakan justeru apabila dilihat buat pertama kali (kerana itu dinamakan kesahan muka) soal selidik ini

mampu mengukur apa yang hendak diukur dan nampak sesuai (Azizi Yahaya et.al, 2010). Untuk

mendapatkan kesahan muka, tidak ada peraturan ketat yang perlu dilakukan, segalanya adalah terpulang kepada pertimbangan penyelidik. Dalam hal ini setelah penyelidik menyemak sendiri item-item soal selidik,

penyelidik meminta pula 5 orang guru untuk membuat kesahan muka item-item tersebut. Sementara kesahan

kandungan pula ialah kesahan yang perlu dilakukan oleh penyelidik selepas melakukan kesahan muka. Dalam hal ini setelah membuat pengubahsuaian item, penyelidik melihat kembali dan membaca dengan teliti

ayat ataupun perkataan yang digunakan. Kesahan ini amat penting bagi mengukur beberapa konsep yang

diperlukan dalam kajian yang dibuat. Menurut Azizi Yahaya et.al (2010), kesahan kandungan dapat

dilakukan dengan menggunakan panel bagi menimbangi sejauh mana sesebuah instrumen itu memenuhi piawaian kajian. Justeru beberapa bantuan daripada pakar dirujuk bagi mendapatkan kesahan-kesahan ini.

Kesahan konstruk atau gagasan pula adalah sejauh mana item-item soal selidik memberikan gerak balas yang

mewakili gagasan yang diukur (Mohd. Majid, 2009). Justeru untuk mendapatkan kesahan gagasan penyelidik telah menjalankan analisis faktor untuk menentukan bilangan gagasan.Sementara, kebolehpercayaan alat

kajian juga merupakan aspek penting dalam sesebuah penyelidikan untuk memastikan alat ukur yang

digunakan benar-benar mengukur perkara yang hendak diukur. Kebolehpercayaan sering kali merujuk kepada ketekalan sesuatu alat ukur mengukur variabel atau gagasan dalam sesuatu kajian yang dilakukan

(Mohd. Majid, 2009).

Dalam kajian ini, kebolehpercayaan setiap instrumen yang digunakan adalah berasaskan kepada model kekonsistenan dalaman Alpha Cronbach (Norusis, 1997). Nilai kepercayaan Alpha Cronbach adalah

antara 0.00 hingga 1.00. Mengikut Mohd. Majid (2009), sekiranya indeks kebolehpercayaan alpha Cronbach

melebihi 0.60 maka instrumen soal selidik tersebut boleh dipercayai. Setelah dibuat pembersihan item, dapatan kajian menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan yang diperoleh adalah positif dan boleh diterima

kerana masih dalam dalam kategori indeks penerimaan.

Page 10: ISBN : 978-967-0582-32-0 - ums.edu.my · Pelbagai ilmu keguruan diperoleh oleh bakal guru terutamanya melalui latihan mengajar. Guru pelatih Guru pelatih akan berpeluang untuk cuba

10

Jadual 1

Jumlah Skor Indeks Koefisien Kebolehpercayaan Cronbach Alpha

Dimensi Jumlah Item Nilai

AlphaCronbach Keseluruhan

Profesionalisme Guru Novis 8 .919

Pengurusan Pengetahuan 23 .906

Kesediaan Mengajar 21 .954

KBAT

Pelaksanaan Pengajaran

18

15

.952

.938

i) Analisis Faktor Instrumen

Analisis faktor telah dilakukan ke atas instrumen menggunakan SPSS Versi 21.0. Menurut Coakes et al. (2011), analisis faktor merupakan suatu teknik yang digunakan ke atas item soal selidik bertujuan

mengurangkan sebilangan item yang banyak. Analisis faktor juga boleh mempamerkan hubungan antara

kumpulan variabel utama dengan kumpulan variabel kumpulan yang lebih kecil. Menerusi analisis faktor, beberapa jumlah dimensi dapat dibentuk dan sifat yang diwakili juga boleh ditentukan. Oleh itu berdasarkan

kepada prosedur analisis faktor yang dilaksanakan berikut adalah keputusan yang telah diperolehi.

ii) Keputusan dan pembahagian item mengikut EFA pemutaran varimax: Penerokaan analisis faktor (EFA) merupakan cara asas bagi mengenal pasti bilangan dimensi atau faktor

yang terdapat dalam suatu skala pengukuran (Byrne, 2010). Penyelidik telah menjalankan analisis faktor

(varimax rotation) untuk melihat kesahan dimensi instrumen KKI. Menurut Hair et al. (1998), analisis faktor boleh dilakukan jika bilangan sampel adalah sekurang-kurangnya 5 kali ganda berbanding variabel yang

ingin dikaji atau bilangan sampel minimum adalah tidak kurang 50 orang dan jumlah yang dianjurkan ialah

100 responden ke atas (Hair, et al.,1998). Sementara mengikut Coakes dan Steed (1999) bilangan sampel hendaklah mengikut nisbah sekurang-kurangnya 5 responden bagi setiap variabel yang dikaji. Oleh itu

dalam kajian ini penyelidik mengambil kira kedua-dua pandangan ini, maka dalam kajian ini penyelidik

mengambil seramai 120 orang responden untuk menganalisis kajian yang dijalankan.

Untuk mempamerkan multicollinearity, ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) dilakukan. Analisis faktor

sesuai sekiranya nilai KMO lebih besar daripada .50 (Chua, 2009). Dalam kajian ini didapati nilai KMO

adalah 0.860, justeru ini menunjukkan bahawa data tidak mempunyai masalah multicollinearity yang serius, maka item-item tersebut sesuai dijalankan analisis faktor. Sementara ujian Bartlett’s Test of Sphericity

digunakan untuk mengenal pasti sama ada korelasi antara item adalah memadai untuk dilakukan analisis

faktor (Chua, 2009). Didapati keputusan ujian ini adalah signifikan di mana p<.05. Oleh itu keputusan ujian

menunjukkan korelasi antara item memadai untuk dilakukan analisis faktor.

KMO and Bartlett's Test

PGN PPt KM KBAT PP

Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy.

.758 .571 .629 .836 .785

Bartlett's Test

of Sphericity

Approx. Chi-Square 882.22

4

2495.52

8

3293.90

3

2560.47

5

1789.71

4

Df 28 253 210 153 105

Sig. .000 .000 .000 .000 .000

Berdasarkan communalities juga, didapati nilai communalities adalah melebihi 0.50 (Hair et al., 1998).

Penyelidik juga telah menggunakan nilai practical significance (Hair et al., 1998) yang menyatakan bahawa nilai .30 adalah nilai yang boleh diterima dalam analisis faktor. Dengan mengambil kira .30 sebagai

nilai penerimaan minimum, penyelidik memilih item yang mempunyai .50 sebagai item terpilih. Analisis

faktor telah dijalankan dalam beberapa tahap. Tahap pertama adalah dengan menggugurkan mana-mana item yang mempunyai faktor pemuatan kurang daripada .50 bagi setiap subfaktor yang telah ditetapkan. Pada

Page 11: ISBN : 978-967-0582-32-0 - ums.edu.my · Pelbagai ilmu keguruan diperoleh oleh bakal guru terutamanya melalui latihan mengajar. Guru pelatih Guru pelatih akan berpeluang untuk cuba

11

tahap kedua analisis faktor dijalankan sekali lagi dan mana-mana item di bawah .50 (jika ada) telah

digugurkan sekali lagi sehinggakan tiada lagi item yang kurang daripada nilai .50.

Jadual 3

Kesahan Konstruk Item

Nilai Faktor Pemuatan

PGN PPt KM KBAT PP

PGN1 .832 *PP1 .823 KM1 .836 KBAT1 .869 **PP1 .789

PGN1 .797 *PP2 .735 KM2 .810 KBAT2 .851 **PP2 .836 PGN1 .733 *PP3 .795 KM3 .788 KBAT3 .831 **PP3 .654

PGN1 .704 *PP4 .819 KM4 .812 KBAT4 .595 **PP4 .786

PGN1 .865 *PP5 .726 KM5 .780 KBAT5 .708 **PP5 .777

PGN1 .821 *PP6 .703 KM6 .826 KBAT6 .725 **PP6 .746 PGN1 .789 *PP7 .654 KM7 .758 KBAT7 .574 **PP7 .900

PGN1 .860 *PP8 .841 KM8 .795 KBAT8 .531 **PP8 .823

*PP9 .853 KM9 .679 KBAT9 .659 **PP9 .898 *PP10 .708 KM10 .840 KBAT10 .942 **PP10 .712

*PP11 .803 KM11 .895 KBAT11 .823 **PP11 .788

*PP12 .804 KM12 .761 KBAT12 .726 **PP12 .746 *PP13 .852 KM13 .867 KBAT13 .648 **PP14 .863

*PP14 .841 KM14 .907 KBAT14 .803 **PP15 .765

*PP15 .756 KM15 .709 KBAT15 .703

*PP16 648 KM16 .831 KBAT16 .704 *PP17 .787 KM17 .848 KBAT17 .759

*PP18 .881 KM18 .813 KBAT18 .775

*PP19 .880 KM19 .704 *PP20 .774 KM20 .831

*PP21 .767 KM21 .834

*PP22 .732 *PP23 .843

PGN

PP KM

KBAT

PP

Profesionalisme Guru Novis

Pengurusan Pengetahuan Kesediaan Mengajar

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Pelaksanaan Pengajaran

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, keputusan daripada analisis faktor (EFA) mendapati item instrumen yang melebihi

faktor pemuatan (loading factor) 0.50 melibatkan sebanyak 85 item.Penyelidik mendapati dimensi dalam instrumen yang dibina mempunyai unsur kekuatan yang tersendiri. Kajian ini mengukuhkan lagi kefahaman,

kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, di samping menjadi asas kepada penambahbaikan kepada item-

item lain yang mungkin tidak tersenarai di dalam kajian ini.

RUJUKAN

Abdul Hadi bin Mohamad. 1995. Persepsi Guru-guru Bahasa Melau Terhadap Pelaksanaan dan

Penggunaan Maklumat Pentaksiran Kemajuan Berasaskan Sekolah. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Abd.Rahim Abd.Rashid, 2000.Wawasan dan Agenda Pendidikan. Kuala Lumpur.

Page 12: ISBN : 978-967-0582-32-0 - ums.edu.my · Pelbagai ilmu keguruan diperoleh oleh bakal guru terutamanya melalui latihan mengajar. Guru pelatih Guru pelatih akan berpeluang untuk cuba

12

Agness Voo (1996). " Kesepaduan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik KBSM". Kertas yang

dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. KPM: IAB

Ainon Mohd & Abdullah Hassan.1994. Teknik Berfikir: Konsep dan Proses. Cheras: Utusan Publication &

Distributors Sdn. Bhd.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan.1996. Kursus Berfikir Tinggi: Konsep dan Proses. Cheras: Utusan

Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Amin bin Sinin. 2005. Hubungan Pengurusan Pembangunan Profesional Sekolah dengan Model Pembangunan Profesional Guru serta Pengaruh Terhadap Pengajaran Guru di Sekolah-Sekolah

Menengah Negeri Sabah. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.

Bailey, C., & Clarke, M. (2000). How do managers use knowledge about knowledge management?.Journal

of Knowledge Management, 4(3), 235–243.

Barron, T. (2000). A smarter Frankenstein: The merging of e-learning and knowledge management.

Learning Circuits.Alexandria, VA: ASTD. Retrieved August 8, 2007.

Borko H., Elliot, R & Uchiyana, K. (2002). Professional Development: A Key to Kentucky’s Educational Reform Effort. Teaching and Teacher Education. 18(8): 969-987.

Barko, A and Putnam, R.T. (1995).Expanding Teacher’s Knowledge Base: A Cognitive Psychological Perpective on Professional Development. T.R Guskey & Huberman (Ed.) Professional

Development in Education: New Paradigms and Practices. Teachers College Press, Teachers

College, Columbia University.35-65.

Carpenter, T. P., Fennema, E., Peterson, P. L. & Carey, D. A. (1988). Teachers` pedagogical content

knowledge of students' problem solving in elementary arithmetic.Journal for Research in

Mathematics Education .19(5) , 385-401.

Chaffee, J. 1990.Thinking Critically. Boston: Houghton Miflin Company.

Chu, K. W., Wang, M., Zhou, S., & Yuen, A. H. K. (2009). Teacher Perception of Knowledge Management:

A Case Study in a Secondary School. Session presented at the 4th International Conference on e-

Learning, Toronto, Canada, 16–17.

Coakes, J., Sheridan and Clara Ong. 2011. SPSS Version 18.0 for Windows, Analysis Without Anguish.

McDougall Street, Milton:John Wiley and Sons Australia Ltd.

Coakes, S.J. and Steed, l.G. 1999. SPSS: Analysis Without Anguish. Version 7.0, 7.5, 8.0 For Window.

Brisbane: John Wiley & Sons: Australia, LTD.

Cochran-Smith, M., & Lytle, S. L. (1999). Teacher learning in professional communities: Three knowledge -

practice relationships. In P. D. Pearson & A. Iran-Nejad (Eds.), Reviews of research in education

(pp. 251–307). Washington, DC: American Educational Research Association.

Cohen. L, D.K & Ball, D.L. 1999. Relation Between Policy abd Practice: A commentary. Educational

Evaluation and Policy Analysis. 12:330-338.

Darling-Hammoud, L. 1990. Instructional Policy into Practice: The Power of the Bottom Over the Top.

Educational Evaluation and Policy Analysis. 12: 233-241.

Darling-Hammound, L., & Wise, A.E. 1992.Teacher Professionalism.M.C. Alkin, M. Linden, J. Noel & K. Ray (Ed.).Encyclopedia of Educational Research. New York: Macmillan Publishing Company.

Page 13: ISBN : 978-967-0582-32-0 - ums.edu.my · Pelbagai ilmu keguruan diperoleh oleh bakal guru terutamanya melalui latihan mengajar. Guru pelatih Guru pelatih akan berpeluang untuk cuba

13

De Bono, E. 1995. Teach Yourself To Think. London: Penguin Books.

De Bono, E. 2000. Belajar Berfikir; Idea Didasarkan Kepada Pemahaman Tentang Minda Manusia.Golden Books Centre Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Davenport, T. H., & Prusak, L. (1997).Working knowledge: How organizations manage what they know. Cambridge, MA: Harvard Business School Press.

Day, C. (2004). A Passion for Teaching. London: Routledge Falmer.

De Jagler, B., Reeziqt, G.J. & Creemers, B. 2002.The Effects of Teacher Training on New Instructional

Behavior in Reading Comprehension.Teaching and Teacher Education.18 (7):831-842.

Eraut, M. 1995. Developing Professional Knowledge Within a Client-Centered Orientation. T.R. Guskey &

M. Huberman (Ed.). Professional Development in Education: New Paradigms and Practices.

Teachers College Press, Teacher College, Columbia University.221-252.

Evans, L. 2002. “What is teachers Development?” Oxford Review of Education, 28(1):123-137.

Fatimah Salleh (1996). " Skim Penyelesaian Masalah Bagi Guru Matematik KBSM ".Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB: KPM

Feiman-Nemser, S. & Buchmann, M. 1986. The first year teacher preparation: Transition to pedagogical thinking. Journal of Curriculum Studies 18 (3): 239-256.

Feiman-Nemser, S. & Remillard, J. 1996. Perspectives on learning to teach. Dlm Murray, F.B (pnyt.). The

teacher educator’s handbook: Building a knowledge base for the preparation of teachers, hlm 63-91. San Francisco: Jossey-Bass Publishers

Foo Say Fooi. (2007). Managing school context factors for improving at-risk programs. Dalam Jamaliah Abdul Hamid. Promising a future for at-risk students. Serdang: Penerbit Universiti Putra

Malaysia.

Fullan.M.G. 1993.Change Force. Probing the depth of Education Reform. London: The Falmer Press.

Green, S.E. 2002. Teacher’s Perceptions of The Efficacy of Professional Development. Tesis Doctor of

Philosophy, Universiti of George.

Gurin, P., Dey, E., Hurtado, S. &Gurin, G. (2002). Diversityand higher education: Theory and impact on

educational outcomes. Harvard Educational Review, 72 (3), 330–366.

Guskey, T.R., & Huberman, M. 1995. Professional Development in Education: New Paradigms and

Practices. New York: Teachers College Press, Teacher College, Columbia University.

Guskey, T.R. 2000.Evaluating Professional Development. California: Corwin Press Incorporated.

Hair, J.E., Anderson, R.E Tattham, R.L. and Black,W.C. 1998. Multivariate Data Analysis. 5th

Ed. Upper Saddle River; Prentise Hall.

Hamsiah Binti Saee, 2004. Tahap Kreativiti Guru Sains & Amalannya Dalam Pengajaran. Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 15-19.

Hargeaves, A. 1995.Development and Desire.T.R Guskey & M. Huberman (Ed.) Professional Development

in Education.New Paradigms and Practices.Teachers College Press, Teachers College, Columbia University.9-34.

Page 14: ISBN : 978-967-0582-32-0 - ums.edu.my · Pelbagai ilmu keguruan diperoleh oleh bakal guru terutamanya melalui latihan mengajar. Guru pelatih Guru pelatih akan berpeluang untuk cuba

14

Ishak Ramly. 2005. Inilah Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Laila Hijrah M. Iyen 2007. Tahap Pengetahuan, Persepsi dan Amalan Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Guru-Guru Sekolah Menengah Beaufort. Kota Kinabalu, Sabah.

Lilia Halim. 1997. A critical appraisal of secondary science teacher training programmes in Malaysia with an emphasis on pedagogical content knowledge. Unpublished Doctoral Dissertation. King’s College,

London.

Kogut, B., & Zander, U. (1996). What firms do? Coordination, identity, and learning.Organization Science, 7(5), 502–518.

Kremer-Hayon, L. & Zuzovsky, R. 1995.Themes, Process and Trends in the Professional Development of Teachers Educatiors. T. Russels & F. Korthagen (Ed.). Teachers Who Teach Teachers: Reflections

on Teacher Education. London: The Falmer Press. 155-171.

Kyriakides, L. & Kelly, K.L. 2003.The Impact of Engagement in Large-Scale Evaluation on Teachers.

Professional Development: The Emergent Literacy Baseline Evaluation Project (ELBA). Journal of

Research in Childhood Education.18(1).

Marzano, R.J. et al. 1988. Dimension of Thinking A Framework for Curriculum and Instruction. Virginia:

Assosiation for Supervisions and Curriculum Development (ASCD).

Mohammed Sani Ibrahim. (2007). Strategi Menginstitusikan Program Mentoran Ke Arah Perkembangan

Kerjaya Guru-guru Novis Di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd, A. & Hassan, A. (2001).Pemikiran Lateral : Teknik-teknik berfikir cara baru untuk menerbitkan idea-idea kreatif. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Mohd. Majid Konting. 2009. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

MokSoonSang. (2002).Psikologi Pendidikan UntukKursus Diploma Perguruan Semester 3.Kumpulan

BudimanSdn. Bhd.Subang Jaya.

Nonaka, I. (1994). A dynamic theory of organizational knowledge creation.Organization Science, 5(1), 14–

37.

Nonaka, I., & Takeuchi, H. (1995).The knowledge-creating company: how Japanese companies create the

dynamics of innovation. New York: Oxford University Press.

Noraini Idris. 2005. Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lunmpur Utusan Publication &

Distributors.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2010). Guru

dan Cabaran Semasa. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

N.S.Rajendran. (2001).Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi: kesediaan guru mengendalikan proses pengajaran pembelajaran. Kertas kerja.Seminar/ pameran projek KBKK.

Oja, S.N. 1991. Adult Development: Insight of Staff Development. A Lieberman & L. Miller (Ed.) Staff Development For Education in the 90s’: New Demand, New Realities, New Perspectives. (2

nd

Edition). New York. Teacher College.37-60.

Page 15: ISBN : 978-967-0582-32-0 - ums.edu.my · Pelbagai ilmu keguruan diperoleh oleh bakal guru terutamanya melalui latihan mengajar. Guru pelatih Guru pelatih akan berpeluang untuk cuba

15

Onosko, J. J, & Newmann, F. M. (1994).Creating More Thoughtful Learning Environment.In Mangieri, J. &

Blocks, C. C. (Eds.). Creating Powerful Thinking In Teachers And Students: Diverse Perspectives.

Forth Worth: HarcourtBrace College Publishers

Petrides, L. A., & Nodine, T. R. (2003).Knowledge management in education : Defining the Landscape.

(Report). Half Moon Bay, CA.: Institute for the study of Knowledge Management in Education.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. 1990. Pukal Latihan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Mennegah (KBSM). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahabuddin Hashim, Rohizan Yaakub & Mohd Zahir. (2003). Pedagogi: Strategi Dan Teknik Mengajar

Dengan Berkesan. Bentong: PTS Publication.

Shuib, M. & Azmawati, A. A. (2001).Pemikiran Kreatif. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Siti Maisarah binti Bahrun.(2008). Persediaan guru pelatih Pendidikan Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi memenuhi keperluan modal insan.Universiti Teknologi Malaysia.

Smyth, J. 1995. Teachers’ Work and The Labour Process of Teaching: Centrel Problem atics in Professional

Development. T.R Guskey & Huberman (Ed.) Professional Development in Education: New Paradigms and Practice. New York: Teachers College Press. 69-91.

Smylie, M, A. 1989. “Teachers Views of The Effectiveness Source of Learning to Teach”. The Elementary School Journal, 89(5) 543-558.

Smylie, M, A. 1995. Teacher Learning in the workplace. “Implications for School Reform”.T.R Guskey &

Huberman (ed.) Professional Development in Educations: New Paradigms and Practice. New York: Teachers college Press. 92-113.

Sparks, D., & Loucks-Horsley, S. 1989. “Five Models of Staff Development for Teachers.”Journal of Staff Development. 10(4), 40-57.

Swartz, R. J. And Perkins, N. D. 1990. Teaching Thinking: Issue and Approaches Pacific Grove, CA: Midwest Publications.

Wang, J. X., & Jia, C. J. (2005).Education knowledge management strategies to promote teachers’

professional development.Science & Technology Progress and Policy, 22(12), 159–161.

Wentzel, K.R 1998. “Social Support And Adjustment in Middle School: The Role of Parents, Teachers and

Peer” dalam Wentzel, K.R. 2003. “Motivating Students to Behave in Socially Competent Ways.” Theory into Practise. 42 (4): 319-327.

Zack, H. M. (2002). ”A strategic pretext for knowledge management”, The Third European Conference on Organizational knowledge, Learning, and Capabilities.

Zhao, J. (2010). School knowledge management framework and strategies: The new perspective on teacher

professional development. Computers in Human Behavior, 26(2), 168–175.