kursus kemahiran keusahawanan pemprosesan makanan · pdf filekursus kemahiran keusahawanan...

2
Kursus Kemahiran Keusahawanan Pemprosesan Makanan (Pusat Bimbingan Usahawan Jabatan Pertanian ) PENGENALAN Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk berasaskan kelapa dan produk-produk berasaskan buah-buahan. PELAKSANAAN Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan. Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis usahawan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian. PENGAMBILAN PESERTA Pengambilan peserta dibuat setahun sekali dan akan diiklankan di akhbar utama tempatan. Mereka yang berminat boleh memohon setelah iklan dikeluarkan. TEMPOH KURSUS Jangkamasa kursus ialah selama enam (6) bulan secara sepenuh masa. KEMUDAHAN DISEDIAKAN Tempat tinggal sepanjang tempoh kursus. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Warganegara Malaysia Berumur antara 20-40 tahun Jantina lelaki dan perempuan Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPMV Tinggal di asrama sepanjang tempoh kursus Sihat tubuh badan Berminat untuk meneruskan projek selepas tamat kursus

Upload: vuduong

Post on 13-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kursus Kemahiran Keusahawanan Pemprosesan Makanan · PDF fileKursus Kemahiran Keusahawanan Pemprosesan Makanan (Pusat Bimbingan Usahawan Jabatan ... pengurusan pemasaran dan penyediaan

Kursus Kemahiran Keusahawanan Pemprosesan Makanan (Pusat Bimbingan Usahawan Jabatan

Pertanian )

PENGENALAN

Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk berasaskan kelapa dan produk-produk berasaskan buah-buahan. PELAKSANAAN

Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan. Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis usahawan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian.

PENGAMBILAN PESERTA

Pengambilan peserta dibuat setahun sekali dan akan diiklankan di akhbar utama tempatan. Mereka yang berminat boleh memohon setelah iklan dikeluarkan.

TEMPOH KURSUS

Jangkamasa kursus ialah selama enam (6) bulan secara sepenuh masa. KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Tempat tinggal sepanjang tempoh kursus.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Warganegara Malaysia

Berumur antara 20-40 tahun

Jantina lelaki dan perempuan

Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPMV

Tinggal di asrama sepanjang tempoh kursus

Sihat tubuh badan

Berminat untuk meneruskan projek selepas tamat kursus

Page 2: Kursus Kemahiran Keusahawanan Pemprosesan Makanan · PDF fileKursus Kemahiran Keusahawanan Pemprosesan Makanan (Pusat Bimbingan Usahawan Jabatan ... pengurusan pemasaran dan penyediaan

TEMPAT-TEMPAT LATIHAN

Kursus dijalankan di tujuh (7) buah Pusat Bimbingan Usahawan mengikut pengkhususan yang telah ditetapkan

seperti berikut:

Bil Pusat Bimbingan Usahawan Pengkhususan

1. PBU Serdang, Selangor Sejuk Beku (Cth : Karipap, pizza, pie, roti canai, donut, kasturi, roti bom)

2. PBU Ayer Hitam, Johor Bakeri (Cth : Pelbagai jenis roti, kek, pastri dan biskut)

3. PBU Manong, Perak Bakeri & Sejuk Beku (Asas Kelapa) (Cth : Kerisek, santan, dodol, serikaya, biskut kelapa, pes rendang, candy kelapa)

4. PBU Teluk Chengai, Kedah Bakeri & Sejuk Beku (Cth : Gabungan produk sejuk beku dan bakeri)

5. PBU Ajil, Terengganu Hasilan Buah-Buahan (Cth : Jem buah-buahan, kordial, puree)

6. PBU Pagoh, Johor (Baru) Hasilan Buah-Buahan (Cth : Jem buah-buahan, kordial, puree)

7. PBU Melor, Kelantan (Baru) Makanan Ringan (Cth :Pelbagai kerepek Dan Kuih Tradisional seperti Meruku,Rempeyek,Buah Rotan,Denderam Dll)

MAKLUMAT LANJUT

Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani

Jabatan Pertanian

Wisma Tani, Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana

Jabatan Pertanian,

Presint 4

62624 Putrajaya.

Tel: 88703553 / 3544 / 3539

(Pn. Maznahwati / Pn. Rafidah Ibrahim /Pn. Zaharina Hassan)