sektor pembuatanjpp.mohr.gov.my/files/pdf/sektor - pembuatan.pdfcontoh industri berasaskan sumber...

27
JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA (KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA) SISTEM UPAH YANG DIKAITKAN DENGAN PRODUKTIVITI PRODUCTIVITY-LINKED WAGE SYSTEM (PLWS) SEKTOR PEMBUATAN BAHAGIAN KEHARMONIAN PERUSAHAAN (BKEP) JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA ARAS 9, BLOK D4, KOMPLEKS D, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62530 W.P. PUTRAJAYA Tel: 03-8886 5460 Fax: 03-8889 2355 E-mail: [email protected] Laman Web Jabatan: jpp.mohr.gov.my Laman Web PLWS: www.plws.gov.my FB: Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM)

Upload: buitruc

Post on 03-Jul-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA(KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA)

SISTEM UPAH YANG DIKAITKAN DENGAN PRODUKTIVITI

PRODUCTIVITY-LINKED WAGE SYSTEM (PLWS)

SEKTOR PEMBUATAN

BAHAGIAN KEHARMONIAN PERUSAHAAN (BKEP)JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA

ARAS 9, BLOK D4, KOMPLEKS D, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,

62530 W.P. PUTRAJAYA

Tel: 03-8886 5460 Fax: 03-8889 2355E-mail: [email protected]

Laman Web Jabatan: jpp.mohr.gov.myLaman Web PLWS: www.plws.gov.my

FB: Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM)

Page 2: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

KANDUNGANPerkara Muka Surat

1. Penghargaan 3

2. Pengenalan 4

3. Daftar Istilah 5

4. Ciri-ciri Utama PLWS 6

5. Model-Model PLWS 7

6. Elemen-Elemen PLWS 9

7. Industri-industri di Bawah Sektor Pembuatan

Syarikat A (Industri Berasaskan Kaca)

Syarikat B (Industri Tekstil)

Syarikat C (Industri Petrokimia)

10

11

17

20

8. Penutup 26

Page 3: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

3

PENGHARGAAN

Penerbitan buku ini adalah hasil daripada program attachment yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) di beberapa buah syarikat yang terpilih. Pihak JPPM ingin merakamkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh syarikat-syarikat yang terlibat bagi menghasilkan buku panduan ini. Diharapkan penerbitan buku ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua majikan, pekerja dan kesatuan sekerja.

Page 4: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

4

PENGENALAN

Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti atau Productivity-Linked Wage System (PLWS) adalah satu sistem untuk mewujudkan kaitan yang rapat di antara upah dan produktiviti bagi meningkatkan daya saing syarikat dan seterusnya daya saing Negara. Ia akan memberi manfaat kepada majikan-majikan dan pekerja-pekerja sama ada yang berkesatuan atau tidak berkesatuan.

Sektor pembuatan merupakan di antara penyumbang utama kepada ekonomi Negara. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Lapan, sektor pembuatan telah mencatat pertumbuhan pada kadar purata 4.1 peratus setahun. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Sembilan pula, sektor pembuatan disasarkan berkembang pada kadar purata 6.7 peratus setahun dan pemangkin pertumbuhan sektor ini dijangka disumbangkan oleh industri yang didorong oleh teknologi dan inovasi yang akan menghasilkan peluang peningkatan eksport, pendapatan dan pekerjaan yang lebih besar¹.

Oleh itu Kerajaan telah memberi tumpuan kepada sektor pembuatan bagi memastikan sektor ini terus berkembang pesat dan mampan serta berdaya saing.

Rancangan Malaysia Ke Sembilan 2006-2010, Unit Perancang Ekonomi1

Page 5: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

5

DAFTAR ISTILAH

Gaji pokok Bayaran yang dibayar kepada pekerja bagi unit masa kerja yang telah dilakukan, tidak termasuk premium, elaun-elaun dan lain-lain faedah tambahan.

Upah Apa-apa bayaran tunai yang dibayar kepada pekerja di atas kerja yang dilakukannya.

Pendapatan Jumlah bayaran yang diperolehi termasuk gaji pokok, upah, kerja lebih masa, insentif, lain-lain faedah tambahan seperti makanan, pakaian dan hostel.

Produktiviti Daya pengeluaran serta satu pencapaian terhadap hasil kerja yang dilakukan.

Bonus Bayaran tunai yang dibayar sebagai imbuhan tambahan kepada pekerja di atas keuntungan yang diperolehi oleh syarikat.

Page 6: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

6

CIRI-CIRI UTAMA PLWS

Ciri-ciri utama PLWS adalah seperti berikut :

a. Upah hendaklah merangkumi kombinasi pendapatan bulanan atau lain-lain bayaran yang kerap, kenaikan gaji tahunan, bonus tahunan atau lain-lain bayaran tunai kepada pekerja;

b. Upah hendaklah mengandungi komponen tetap, termasuk gaji pokok dan komponen tambahan dalam bentuk bayaran bolehubah;

c. Satu contoh ciri-ciri terpenting dalam komponen tetap dan bolehubah adalah seperti berikut :

Komponen Tetap

• Gaji pokok• Kenaikan gaji tahunan• Bonus kontraktual (di mana berkaitan)

Komponen Boleh Ubah

• Kenaikan gaji tahunan berdasarkan kepada peningkatan produktiviti atau berdasarkan formula pengagihan keuntungan

d. Perubahan gaji pokok perlu mengambilkira faktor-faktor seperti kos sara hidup;

e. Komponen tetap hendaklah menggambarkan nilai kerja dan bayaran kenaikan gaji tahunan adalah sebagai pengiktirafan terhadap tempoh perkhidmatan dan pengalaman para pekerja; dan

f. Komponen bolehubah boleh ditentukan dengan mengaitkannya kepada produktiviti dan prestasi individu, kumpulan kerja atau organisasi. Petunjuk-petunjuk yang digunakan hendaklah telus dan dapat diukur serta pertimbangan juga hendaklah diberikan berdasarkan kepada situasi semasa.

Page 7: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

7

MODEL-MODEL PLWS

PLWS boleh diasaskan kepada model-model seperti berikut :

a. Model Berasaskan Keuntungan Komponen tetap yang terdapat di dalam model ini terdiri daripada:

• Gaji pokok;• Kenaikan gaji tahunan; • Bonus kontraktual (jika berkaitan).

Komponen boleh ubah pula terdiri daripada :

• Bayaran bonus - Komponen ini berdasarkan kepada keuntungan syarikat. Formula pengagihan keuntungan hendaklah dipersetujui oleh pihak pengurusan dan kesatuan serta dijelaskan dalam perjanjian kolektif atau melalui rundingan bagi syarikat yang tidak berkesatuan.

• Insentif upah - Komponen ini akan dibayar apabila keuntungan yang diperolehi melebihi suatu tahap keuntungan yang ditetapkan (threshold level). Tahap atau nilai keuntungan ini boleh dikira berdasarkan pulangan ke atas pelaburan dan juga purata keuntungan yang diperolehi dalam beberapa tahun yang lepas.

b. Model Berasaskan Produktiviti

Komponen tetap yang terdapat di dalam model ini terdiri daripada :

• Gaji pokok ;• Kenaikan gaji tahunan ; dan• Bonus kontraktual (jika berkaitan)

Page 8: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

8

Komponen bolehubah bagi model produktiviti adalah seperti berikut :

• Pihak pengurusan dan pekerja/wakil pekerja akan berunding mengenai bayaran insentif yang sesuai berdasarkan peningkatan produktiviti bagi tahun berkenaan;

• Insentif upah bagi sesuatu tahun hendaklah sepadan dengan peningkatan produktiviti;

• Kenaikan gaji tahunan yang dibayar berdasarkan produktiviti bolehubah yang berkala;

• Bayaran produktiviti yang berubah bergantung kepada prestasi syarikat. Jika prestasi merosot dengan ketara mungkin bayaran bolehubah tidak akan dibayar;

• Pada peringkat permulaan, satu formula atau persefahaman perlu diwujudkan untuk membuat pelarasan bagi bayaran produktiviti bolehubah;

• Syarikat-syarikat yang tidak mempunyai petunjuk-petunjuk produktivitinya sendiri boleh menggunakan petunjuk industri atau produktiviti Negara atau petunjuk pertumbuhan ekonomi Negara sebagai panduan bagi menentukan pelarasan gaji bagi tahun berkenaan; dan

• Petunjuk-petunjuk produktiviti yang digunakan hendaklah berdasarkan kepada nilai ditambah setiap pekerja atau kaedah-kaedah lain.

Page 9: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

9

a. Model Gabungan

Model ini adalah gabungan Model Keuntungan dan Model Produktiviti. Contohnya, di dalam komponen boleh ubah iaitu bonus yang dibayar bergantung kepada produktiviti pekerja dan keuntungan syarikat.

ELEMEN-ELEMEN PLWS

Berikut adalah di antara elemen-elemen PLWS yang digunapakai:

i. Bonus Bukan KontraktualSistembonusfleksibelyangditentukanberdasarkankeuntungan syarikat / prestasi pekerja atau kedua-duanya.

ii. Kenaikan Gaji Berasaskan Prestasi Kenaikan gaji bergantung kepada prestasi pekerja

iii. Bonus Berasaskan Tahap Keuntungan Yang Dicapai Pemberian bonus bergantung kepada tahap keuntungan yang dicapai oleh syarikat (threshold level).

iv. Kadar Per Unit / Piece Rate System Bayaran upah adalah berdasarkan kuantiti pengeluaran. Bayaran insentif tambahan diberikan jika pengeluaran melebihi tahap yang hendak dicapai.

v. Kombinasi Bonus Kontraktual Bukan Kontraktual Kombinasi kedua-dua bonus ini dibayar bergantung kepada keuntungan syarikat ataupun prestasi pekerja.

Page 10: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

10

vi. Pencapaian Individu / Kumpulan Insentif diberikan bergantung kepada prestasi pekerja / kumpulan yang dilihat dari segi

• Kuantiti; • Kualiti; dan • penggunaan masa oleh pekerja / kumpulan dalam sesuatu

proses pengeluaran;

vii. Insentif Kedatangan Insentif diberikan berdasarkan rekod kehadiran pekerja.

ix. Elaun Kemahiran Elaun diberikan kepada pekerja yang mempunyai kemahiran atau pengetahuan yang diperlukan dalam pelaksanaan tugas; dan

x. Lain-lain insentif yang diberikan mengikut kesesuaian sesebuah syarikat.

Sumber : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

INDUSTRI-INDUSTRI DI BAWAH SEKTOR PEMBUATAN

Industri-industri yang terlibat dalam sektor pembuatan terbahagi kepada dua iaitu:-

i. Industri berasaskan sumber. Contoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk perabot dan kertas, industri kimia, industri petrokimia dan pemprosesan getah.

ii. Industri bukan berasaskan sumber. Contoh industri bukan berasaskan sumber adalah seperti elektronik, tekstil, pakaian, keluaran bukan logam dan perusahaan membuat jentera/mesin.

Page 11: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

11

BENTUK PEMBAYARAN GAJI

i. Gaji bulanan;

ii. Gaji harian;

iii. Kadar perunit (piece rated); dan

iv. Faedah-faedah tunai yang lain (bonus, elaun syif, elaun kedatangan, subsidi pengangkutan dan makanan dll)

PELAKSANAAN PLWS DI DALAM SEKTOR PEMBUATAN

Berikut adalah beberapa contoh syarikat di sektor pembuatan yang telah melaksanakan PLWS:-

i. Syarikat A (Industri berasaskan kaca)

Syarikat A mengamalkan Sistem Bonus Pengeluaran yang mengaitkan bayaran upah dengan prestasi individu, kumpulan dan juga syarikat. Pembayaran bonus dibuat pada setiap bulan dan hanya pekerja di Bahagian Pengeluaran sahaja yang melaksanakan sistem ini. Jumlah bayaran bonus adalah bergantung kepada 3 faktor berikut :-

a. Prestasi Syarikat (Company Performance)

Sistem Bonus Pengeluaran ini dibayar pada setiap bulan berdasarkan pendapatan bulanan syarikat sebelum ditolak Faedah dan Earning Before Interest and Tax (Gross Profit).

Formula :-

Bonus = Jumlah yang diperuntukan untuk Bonus (RM)

Jumlah Pekerja (Bahagian Pengeluaran)

Page 12: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

12

Jadual 1

Bil Pendapatan Bulanan(Gross Profit)

Jumlah Diperuntukan Untuk Bonus

1 RM 600, 000 RM 30,0002 RM 500, 000 RM 25,0003 RM 400, 000 RM 20,0004 RM 300, 000 RM 15,0005 RM 200, 000 RM 10,0006 RM 100, 000 RM 5,000

Contoh Pengiraan :

Berdasarkan Jadual 1, pada bulan April 2008, syarikat memperolehi pendapatan bulanan (Gross Profit) sejumlah RM500,000. Oleh itu syarikat akan memperuntukkan RM25,000 kepada semua pekerja di Bahagian Pengeluaran iaitu termasuklah operator pengeluaran, line leader dan penyelia.

Gross Profit = RM 500,000Peruntukan = RM 25,000Jumlah pekerja = 450 (Jumlah pekerja di Bahagian Pengeluaran)

Bonus setiap = RM 25,000pekerja bagibulan April 450

= RM55.55 sebulan bagi setiap pekerja

Page 13: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

13

b. Prestasi Individu (Individual Performance)

Bayaran bonus bulanan bagi setiap pekerja akan dinilai oleh Pegawai Penilai berdasarkan 2 faktor berikut :-

Faktor 1 ( F1)* = Assessment of individual performance based on Annual Performance.

Faktor 2 ( F2)* = Job important / level – tahap kesusahan sesuatu jawatan ditetapkan oleh majikan.

Catatan :-*F1 dan *F2 = Ranging from a weightage of 0.7 to 1.5

Jadual 2

Faktor 1 (F1). Prestasi individu berdasarkan prestasi tahunan (performance appraisal)

Assessment Grading %

Factor 1 (F1) %

< 46 046.0 – 50.9 0.5 51.0 – 55.9 0.656.0 – 60.9 0.761.0 – 65.9 0.866.0 – 70.9 0.971.0 – 75.9 1.076.0 – 80.9 1.181.0 – 83.9 1.2

> 84 1.3

Page 14: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

14

Kenaikan gaji tahunan semasa pekerja adalah berdasarkan prestasi kerja tahun sebelumnya.

Contoh:Daripada Jadual 2 di atas, jika seorang pekerja mendapat 72% prestasi kerjanya pada tahun 2007, maka beliau layak mendapat 1.0% kenaikan daripada gaji pokoknya. Sekiranya gaji pokok pekerja ialah RM 2,000.00 sebulan, maka pekerja berkenaan akan mendapat kenaikan gaji sebanyak RM20.00 menjadikan gaji pokoknya RM2,020.00 setiap bulan pada tahun 2008.

c. Prestasi Kumpulan (Group Performance)

Prestasi kumpulan adalah terdiri daripada 2 faktor yang di tentukan oleh penyelia iaitu :-

Faktor 3 ( F3)* = Team performance based on a set daily & weekly production.

Faktor 4 (F4)* = Extra Performance - bergantung kepada penilaian penyelia berdasarkan prestasi pekerjanya seperti inovasi, kreativiti dan daya kepimpinan.

Nota: *F3 dan *F4 = ranging from a weightage of 0 to 0.15

Page 15: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

15

(JAD

UA

L 3)

PENG

IRA

AN

BO

NU

S PENG

ELUA

RA

N

TEAM

PERFO

RM

AN

CE (F3) (%

) EXTRA PER

FOR

MA

NC

E (%)

No

Nam

eB

asic S

alaryF1 (%

)F2 (%

)F3 (%

)F4(%

)W

k1W

k2W

k3W

k4W

k1W

k2W

k3W

k41

Ali

1834.001.2

0.90.9

1.11.1

0.90.18

0.360

0

2A

h C

hong2000.00

1.10.9

0.91.1

1.20.9

0.120

0.420.33

3K

umar

2000.001.1

10.9

1.11.2

0.90.13

00

0.33

TEAM

PERFO

RM

AN

CE (F3) (%

) EXTRA PER

FOR

MA

NC

E (%)

No

Nam

eF1

F2F3

F4Jum

. B

onusW

k1W

k2W

k3W

k4Jum

.W

k1W

k2W

k3W

k4Jum

.

1A

liR

M

22R

M

16.5016.50

20.1720.17

16.5073.34

3.36.6

00

9.90121.76

2A

h C

hongR

M

22R

M

18.0018.00

22.0024.00

18.0082.00

2.40

8.46.6

14.90136.90

3K

umar

RM

22

RM

20.00

18.0022.00

24.0018.00

82.002.6

00

6.69.20

142.40

Page 16: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

16

Contoh Pengiraan :

Ali bekerja di Bahagian Pengeluaran sebagai Production Inspector (Medium weight). Gaji asas beliau adalah RM 1,834.00 sebulan. Grade Annual Performance bagi tahun 2007 ialah 82.1%. Syarikat memperolehi pendapatan pada bulan Mac 2008 sejumlah RM 600,000. Jumlah keseluruhan pekerja di Bahagian Pengeluaran adalah 400 orang.

Bonus pengeluaran yang layak diperoleh oleh Ali adalah berdasarkan:-

i. Company performance. (Rujuk Jadual 1)

RM 30,000

400 ( bil. pekerja)

= RM 75.00

ii. Individual performanceF1 = 1.2 % (Rujuk Jadual 3)

= 1.2 % x 1834.00

= RM 22.00 (Rujuk Jadual 3(i))

F2 = L3 (Rujuk Jadual 2)

= 0.9 % x RM 1834.00

= RM 16.50 (Rujuk Jadual 3(i))

iii. Group performance

F3 = Team performance ( Rujuk Jadual 3)

= [Wk 1 + Wk 2 + Wk 3 + Wk 4] x RM 1834.00

= [0.9% + 1.1% + 1.1 % + 0.9 %] x RM 1834.00

= RM 73.34 (Rujuk Jadual 3(i))

Page 17: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

17

F4 = Extra performance ( Rujuk Jadual 3)

= [Wk 1 + Wk 2 + Wk 3 + Wk 4] x RM 1834.00

= [0.54%] x RM 1834.00

= RM 9.90 (Rujuk Jadual 3(i))

Jumlah bonus pengeluaran bulan Mac bagi Ali ialah:

1. Company performance = RM 75.00

2. Individual performance = RM 22.00 + RM 16.50 = RM 38.50

3. Team Performance = RM 73.34 + RM 9.90 = RM 83.24

Jumlah keseluruhan bonus = RM 196.74pengeluaran bulanan

Jumlah pendapatan keseluruhan = RM1,834.00 + RM 196.74bagi bulan Mac 2008 = RM 2,030.76

ii. Syarikat B (Industri Tekstil)

Syarikat ini telah memperkenalkan satu sistem yang masih menggunakan elemen kadar per unit (piece rated) tetapi ia dikira berdasarkan pencapaian secara berkumpulan yang mengandungi 26-28 orang pekerja dikenali sebagai sistem modular.

Sistem ini mengandungi elemen-elemen penting seperti berikut :-

i. Standard Minute Value (SMV) – tempoh masa standard yang diperlukan oleh seseorang pekerja untuk menyiapkan sesuatu kerja;

ii. Yield Rate - satu harga standard yang ditetapkan oleh pihak majikan berdasarkan tahap kesukaran setiap jenis kerja yang dilakukan;

Page 18: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

18

iii. Working Minute – tempoh masa bekerja normal sehari syarikat ini ialah 500 minit; dan

iv. Output - bilangan produk yang dapat disiapkan oleh sesuatu kumpulan modular dalam sehari.

Hasil daripada gabungan elemen-elemen di atas, maka terbentuklah satu formula iaitu Piece Work Earning (PWE) untuk mengira pendapatan sesebuah kumpulan modular.

Struktur upah syarikat ini adalah seperti berikut :-

Komponen tetap : Elaun makan = RM 1.20 sehari Elaun kehadiran = RM 1.50 sehari Jaminan Upah Minimum = RM 11.00-19.00

Nota : Jaminan upah minimum ialah jaminan upah yang akan diterima oleh pekerja mengikut kekananan (seniority). Sekiranya pendapatan pekerja pada hari tersebut tidak mencecah kadar upah minimum maka pekerja tetap akan dibayar pada kadar upah minimum yang ditetapkan sebaliknya jika pendapatan pekerja melebihi kadar upah minimum, maka pekerja akan dibayar mengikut jumlah pendapatan sebenar.

Komponen berubah :

Piece Work Earning (PWE) yang bergantung kepada output setiap kumpulan modular.

Formula : Piece Work Earning (PWE)

= Output X SMV ----------------------- X Yield rate Working Minute

Melalui sistem ini, pendapatan pekerja meningkat berbanding dengan penggunaan sistem piece rated individu (conventional line).

Page 19: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

19

Contoh pengiraan :

Pendapatan seorang pekerja menggunakan sistem piece rated (conventional line):

Output = 300 helai seluarSMV = 1.2 minit (tempoh masa untuk menjahit satu poket depan seluar)Yield Rate = RM27.80 (ditetapkan oleh pihak majikan).Working Minute = 500 minit

PWE = 300 x 1.2 ------------ x 27.80 500

= RM 20.02 Pendapatan seorang pekerja menggunakan Sistem Modular :

Output = 500 helai seluarSMV = 35 minit (tempoh masa untuk menyiapkan sehelai seluar secara berkumpulan)

Yield Rate = RM 27.80Working Minute = 14,000 minit (500 minit X 28 orang)

PWE = 500 x 35 ------------ X 27.80 14,000 = RM 34.75

Nota : Output secara berkumpulan adalah lebih tinggi berbanding secara individu.

Page 20: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

20

iii. Syarikat C (Industri Petrokimia)

Syarikat C melaksanakan pembayaran berlandaskan performance and competency serta sumbangan pekerja kepada syarikat. Syarikat C telah mengamalkan konsep ‘pekerja kawal pekerja’ dalam mencapai objektif masing-masing. Sistem upah yang diamalkan adalah seperti berikut : Gaji Pokok

Penetapan gaji pokok dipengaruhi oleh pasaran buruh semasa khususnya di kalangan sektor yang sama.

Bonus TahunanSelain daripada bonus yang ditetapkan sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Bersama (Collective Agreement – CA) atau kontrak perkhidmatan, syarikat juga memberikan bonus berdasarkan prestasi syarikat dan prestasi pekerja (individu dan kumpulan) sebagaimana berikut:

a. Bonus Berdasarkan Prestasi Syarikat Pembayaran bonus adalah faktor boleh ubah dan menjadi budibicara majikan berdasarkan elemen berikut:

i. Prestasi kewangan syarikat berdasarkan tahun semasa.

ii. Pihak syarikat perlu memaklumkan keuntungan sebenar kepada pekerja. Pembayaran bonus adalah bergantung kepada keuntungan syarikat.

Contohnya: Keuntungan

(RM juta)Bonus/Bulan

Melebihi 4.50 1.253.5 – 4.49 1.002.50 – 3.49 0.751.5 – 2.49 0.50

1.49 ke bawah 0.25

Kadar pembayaran bonus telah ditetapkan oleh syarikat di antara 0.25

Page 21: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

21

hingga 1.25 bulan bergantung kepada keuntungan yang diperolehi. Jumlah bonus yang akan diterima oleh pekerja adalah berasaskan kepada gaji pokok masing-masing.

b. Bonus Berdasarkan Prestasi Pekerja Terdapat 2 jenis pemberian bonus iaitu:

i. Bonus Berdasarkan Prestasi Individu - Penilaian prestasi setiap pekerja dinilai dengan menggunakan Sistem Pengurusan Prestasi (PMS) yang mempunyai Performance Management Timeline yang terbahagi kepada 3 peringkat mengikut tahun kewangan syarikat iaitu:

• Performance Planning (April hingga September)• Midyear Review (Oktober)• Year End Review (November hingga Mac)

(Rujuk Jadual 4)

Jadual 4: Skala Pemberian Bonus Berdasarkan Prestasi Individu

Markah Prestasi

Status Pencapaian

PekerjaGred Mata

(Point)

Bonus (x bulan gaji

asas)

< 35 Tidak memuaskan 1 1 0.00

35 – 49 Lemah 2 1.5 0.2550 – 74 Memuaskan 3 2.0 0.5075 – 90 Baik 4 2.5 0.7591 – 100 Cemerlang 5 3.0 1.00

Page 22: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

22

ii. Bonus Berdasarkan Prestasi Kumpulan Ganjaran ini dilaksanakan kepada kumpulan eksekutif berasaskan

pencapaian Indeks Petunjuk Prestasi (Key Performance Indicator – KPI) yang ditetapkan oleh pihak pengurusan dan pencapaian syarikat. Dalam proses menetapkan jumlah bonus yang patut diterima, pihak syarikat mengamalkan konsep kongsi untung yang mana jumlah bonus akan ditetapkan berdasarkan keuntungan syarikat dan kelulusan Lembaga Pengarah. Walau bagaimanapun, tiada satu formula atau skala yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Ia bergantung kepada prestasi syarikat secara keseluruhan.

Contoh:Keuntungan selepas cukai : RM 10 juta

Agihan bonus kumpulan : RM 2 juta(20% daripada RM 10 juta)

Agihan prestasi kumpulan : RM 200,000(10% daripada RM 2 juta)

Jumlah kumpulan eksekutif : 10 Berdasarkan kepada Jadual 5, syarikat telah membahagikan pekerja eksekutifnya kepada 10 kumpulan :

Page 23: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

23

Jadual 5

KumpKomponen

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 131 x x x x x x x2 x x x x x x x x x x3 x x x x x x x x4 x x x x x x x x x x x5 x x x x x x x x x6 x x x x x x x x x x x7 x x x x x x x x x8 x x x x x x x x x x9 x x x x x x x x x x x

10 x x x x x x x x

Petunjuk: 13 Komponen 1 - Inisiatif 2 - Kreativiti dan inovasi 3 - Interpersonel 4 - Kepimpinan 5 - Pembelajaran 6 - Business and market focus7 - Kerja kumpulan8 - Value creation9 - Keselamatan dan kesihatan tempat pekerjaan10 - Teknologi maklumat11 - Productivity focus12 - Technical capability13 - Proses kerja

Page 24: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

24

Contoh pengiraan :

= RM 20,000 untuk setiap kumpulan (Jumlah yang diperolehi akan dibahagikan sama rata kepada semua ahli kumpulan)

Kumpulan 1 memperolehi 7 mata RM 20,000 x 7 / 13 = RM 10,769

Kumpulan 2 memperolehi 10 mata RM 20,000 x 10 / 13 = RM 15,384

c. Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan gaji tahunan adalah berdasarkan penilaian prestasi setiap

pekerja. Pekerja yang akan mendapat kenaikan gaji adalah mereka yang mendapat prestasi tahap 1 hingga 3 manakala pekerja yang mendapat prestasi tahap 4 tidak diberikan kenaikan gaji (Rujuk Jadual 6).

Jadual 6: Skala Kenaikan Gaji Tahunan

Prestasi

Skala Gaji

Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4

1 9% 9% 8% 8%2 7% 7% 6% 6%3 5% 5% 4% 4%4 0% 0% 0% 0%

Nota : Skala gaji ditentukan mengikut tempoh perkhidmatan pekerja dan peratusan kenaikan gaji tahunan pula ditetapkan oleh majikan berdasarkan keuntungan yang diperolehi.

RM200,00010 Kumpulan

Page 25: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

25

Contoh:

Gaji pokok pekerja A : RM500.00(Tahun 2007)

Skala prestasi : Tahap 2Gaji : Skala 1

Pengiraan : RM500.00 x 7% = RM35.00 RM500.00 + RM35.00 = RM535.00

Gaji pokok pada tahun 2008 : RM535.00

Page 26: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

26

PENUTUP

Sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti merupakan suatu sistem yang boleh membawa manfaat bersama kepada pihak majikan dan para pekerja. Sekiranya sistem ini dapat diamalkan, bukan sahaja pekerjaan akan terjamin, malahan ganjaran kepada pekerja, prestasi syarikat dan pencapaian ekonomi Negara akan meningkat. Sistem ini juga boleh menjamin suasana perhubungan perusahaan yang harmoni di tempat pekerjaan.

Kejayaan pelaksanaan sistem upah ini amat bergantung kepada komitmen pihak pengurusan dan sambutan serta kerjasama dari pihak pekerja. Komunikasi dua hala yang berkesan, penilaian yang adil, ketelusan antara majikan dan pekerja serta usaha gigih yang berterusan oleh semua pihak boleh memastikan kejayaan pelaksanaan sistem upah ini dengan lebih meluas.

Page 27: SEKTOR PEMBUATANjpp.mohr.gov.my/files/pdf/SEKTOR - Pembuatan.pdfContoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI

27