asas keusahawanan

25
BPME 1013 Asas Keusahawanan 200859 ISI KANDUNGAN 1.0 Abstrak 1 2.0 Pengenalan 2 3.0 Latar Belakang Firma 3 3.1 Misi 4 3.2 Visi 4 4.0 Amalan Keusahawanan Dalam Firma 5 5.0 Tindakan Kreatif dan Inovatif 8 5.1 Innovasi Penjanaan Lambang Kekuatan PKS 12 5.2 Pemasaran Melalui Internet 16 6.0 Cadangan Kepada Pengusaha Produk PKS 18 6.1 Strategi Peningkatan Keupayaan PKS 21 7.0 Kesimpulan 23 8.0 Rujukan 24 1

Upload: nordiyana-nordin

Post on 12-Aug-2015

477 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

keusahawanan

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

ISI KANDUNGAN

1.0 Abstrak 1

2.0 Pengenalan 2

3.0 Latar Belakang Firma 3

3.1 Misi 4

3.2 Visi 4

4.0 Amalan Keusahawanan Dalam Firma 5

5.0 Tindakan Kreatif dan Inovatif 8

5.1 Innovasi Penjanaan Lambang Kekuatan PKS 12

5.2 Pemasaran Melalui Internet 16

6.0 Cadangan Kepada Pengusaha Produk PKS 18

6.1 Strategi Peningkatan Keupayaan PKS 21

7.0 Kesimpulan 23

8.0 Rujukan 24

1

Page 2: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

1.0 ABSTRAK

Kerajaan Malaysia telah memberi keutamaan untuk membangunkan usahawan-usahawan

perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pelbagai bidang yang mempunyai daya saing

yang tinggi ke arah pengekalan pertumbuhan ekonomi negara. perusahaan kecil dan sederhana

(PKS) adalah penting di dalam proses perkembangan ekonomi dan mereka memainkan peranan

yang penting dalam rangkaian pengeluaran negara.

Peranan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sering diperkatakan sebagai salah satu ejen

pembangunan ekonomi negara. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu

mempertingkatkan pengeluaran negara, mewujudkan peluang pekerjaaan, integrasi antara

firma, menjana eksport serta mampu membantu dalam proses pengeluaran beberapa industri

berskala sederhana mahupun besar. Justeru, kertas kerja ini akan cuba mengupas kedudukan

perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di lokasi pesisiran pantai yang sememangnya

mempunyai potensi besar untuk dikembangkan. Fokus utama penghasilan kertas kerja ini

adalah bagi melihat dengan lebih dekat kedudukan sebenar perusahaan kecil dan sederhana

(PKS) di Kanchong Barat, Banting dan sejauhmana ia mampu membantu perkembangan

industri-industri hiliran, khususnya industri dalam penghasilan kerepek yang beranekan jenis

berasaskan kemahiran masyarakat tempatan yang jarang diberi penekanan sebelum ini.

Kaedah pengumpulan data secara soal selidik digunapakai secara menyeluruh bagi meninjau

kedudukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Ini bertitik tolak dari dasar kerajaan kini

yang menggalakan industri berasaskan bahan mentah serta pertanian yang mampu

menghasilkan produk-produk yang berkonsepkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

diperingkat negeri. Secara keseluruhan kertas kerja ini mampu mengupas kedudukan sebenar

perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang sebenarnya sangat mencabar kewibawaan

seseorang sebagai seorang pengusaha dalam membagunkan perusahaan kecil dan sederhana

(PKS).

2.0 PENGENALAN

Pada dasarnya, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak mempunyai sebarang pengertian

yang sahih dan mutlak. Setiap individu, penyelidik, ahli akademik, penggubal polisi, agensi

2

Page 3: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

mahupun institusi memberi pengertian yang berlainan dan pelbagai. Kebanyakan pengertian

yang dimajukan sebelum ini menggunakan ciri mengikut keperluan dan kesesuaian tertentu.

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) didefinisikan sebagai perusahaan perkilangan yang

mempunyai nilai tahunannya yang tidak melebihi RM 25 juta dengan tenaga kerja sepenuh

masa kurang daripada 150 orang pekerja (Malaysia, 2002). Manakala perusahaan kecil pula

ialah perusahaan yang memproses bahan mentah bukan daripada toksid seperti perkakasan

elektronik, alat tulis, barang kemas dan sebagainya.

Di Malaysia, pengertian perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga tiada yang khusus.

Individu, agensi dan institusi kerajaan memberikan pengertian yang pelbagai terhadap definisi

sebenar perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri (MITI) pernah menggariskan beberapa pengertian umum tetapi sentiasa berubah

mengikut masa. Misalnya Akta Penyelarasan Perindustrian atau Industrial Coordination Act

yang telah diperkenalkan pada tahun 1975 mengkehendaki sebuah kilang yang beroperasi

dengan jumlah tenaga buruh sepenuh masa lebih daripada 25 orang dan modal berbayar lebih

daripada RM250,000 supaya memohon lesen pengilang baru.

3.0 LATAR BELAKANG FIRMA

Syarikat Fazz Enterprise telah ditubuhkan oleh Encik Haji Mahmudin Bin Abas di Kanchong

Darat, Banting pada 24 Febuari 1983 sebagai pengilang memproses makanan ringan. Nama

Fazz diambil sempena nama anak-anak. Kilang ini pada mulanya beroperasi di sebuah bengkel

kecil di belakang rumah kediaman dengan memproses secara kecil-kecilan produk yang

berasaskan ubi kayu, pisang tanduk dan keledek sahaja.

Setelah produk-produk mendapat sambutan di pasaran barulah perniagaan ini diceburi secara

serius dengan memperbesarkan lagi kilang memproses dan membuat penambahan pada jenis

produk seperti sukun dan keladi. Dalam memenuhi permintaan dan kos pengeluaran yang

semakin meningkat Encik Mahmudin telah mencari inisiatif dalam menangani masalah tersebut

dengan membuat lakaran dan menghasilkan mesin pemotong dan penggoreng yang baru.

Syarikat ini merupakan syarikat Sendirian Berhad di mana perusahaan yang menggunakan

nama perniagaan Kerepek House ini adalah milik keluarga dan kini telah diambil alih oleh anak

3

Page 4: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

kedua beliau iaitu Encik Mohd Fazzly Bin Haji Mahmudin. Beliau telah mengambil alih

pengurusan Kerepek House selama 10 tahun. Kini Fazz Enterprise mempunyai kilang

pemprosesan bahan mentah, tempat pembungkusan, kebun-kebun bahan mentah milik syarikat,

ladang kelapa sawit dan tempat penjualan runcit di Daerah Kanchong Darat, Banting, Selangor

dan pusat pengedaran di Pulau Pinang.

Permintaan produk tidak tertumpu pada pasaran domestik sahaja kerana pada 1995 hingga 2001

produk tersebut berjaya menembusi pasaran luar seperti German, United kingdom, Singapura

dan Australia. Tetapi di atas kurangnya bekalan mentah dan permintaan yang semakin tinggi di

pasaran domestik telah menyebabkan pemasaran ke luar negara terpaksa diberhentikan. Pada

tahun 2000, sebuah kedai pameran telah dibina di tapak yang berlainan untuk tujuan pemasaran

domestik di bawah jenama Kerepek House. Kini pasaran produk tersebut telah merangkumi

hampir seluruh Malaysia terutamanya di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Dalam memastikan produk dapat diedarkan, syarikat telah membeli 2 buah lori 3 tan untuk

tujuan penghantaran produk ke serata tempat di semenanjung Malaysia.

3.1 Misi

Misi Fazz Enterprise adalah untuk memaksimumkan keuntungan atas penjualan kerepek di

samping memberi perkhidmatan dan bantuan kepada penguasaha perusahaan kecil dan

sederhana (PKS) serta pengusaha tempatan.

3.2 Visi

Syarikat Fazz Enterprise mempunyai visi yang sangat memberangsangkan iaitu ingin enjadikan

Fazz Enterprise sebuah perusahaan yang dikenali oleh semua lapisan masyarakat dan

meluaskan pasaran ke seluruh peringkat domestik dan antarabangsa.

Fazz Enterprise mempunyai beberapa objektif penubuhan syarikat iaitu:

i. Menjadi pengeluar dan pengeksport makanan yang utama ke pasaran antarabangsa

menjelang tahun 2020 di peringkat global.

ii. Pemodenan sektor pertanian dan peranan baru sebagai penjana ekonomi.

iii. Meningkatkan pendapatan petani dan pengusaha secara berkala.

iv. Memperkenalkan dan memasarkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

4

Page 5: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

Fazz Enterprise mengeluarkan produk yang berasaskan ubi kayu, pisang tanduk dan keledek

sahaja. Setelah produk-produk telah mendapat sambutan dalam pasaran, barulah perniagaan ini

diceburi dengan secara serius dengan memperbesarkan lagi kilang pemprosesan dan membuat

penambahan pada jenis produk seperti sukun dan keladi.

Fazz Enterprise juga memasarkan produk pengusaha tempatan serta pengusaha perusahaan

kecil dan sederhana (PKS) yang lain. Antara produk yang dipasarkan adalah seperti jeli kelapa,

rempeyek (kacang tanah, kacang dal, kacang hijau), dodol, kuih bangkit, bahulu dan

sebagainya.

Perkhidmatan yang ditawarkan Fazz Enterprise kepada pelanggan ialah seperti:

i. Pelanggan boleh membuat tempahan pelbagai jenis kerepek pada musim perayaan,

perkahwinan dan majlis-majlis keraian, serta belian borong dan runcit.

ii. Fazz Enterprise juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan yang

ingin membuat sebarang tempahan melalui jarak jauh.

Syarikat Fazz Enterprise ini beroperasi sebagai pengilang memproses makanan ringan seperti

kerepek, keropok, kuih-muih dan beberapa produk makanan dan minuman yang lain. Syarikat

Fazz Enterprise juga memasarkan produk-produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

setempat yang tidak mempunyai tempat penjualan secara khusus.

Syarikat Fazz Enterprise mendapatkan bahan mentah dari penduduk setempat seperti ubi kayu,

keladi, pisang, keledek dan lain-ain. Fazz Enterprise juga ada menanam sendiri bahan mentah.

Dengan penanaman bahan mentah secara sendiri, Syarikat Fazz Enterprise dapat

mengurangkan kos dan dapat menjual produk dengan lebih murah berbanding tempat lain.

Kerepek keluaran Fazz Enterprise memenuhi citarasa setiap lapisan masyarakat. Hal ini kerana,

kerepek yang dikeluarkan mempunyai pelbagai jenis perasa seperti:

i. Kerepek ubi pedas

ii. Kerepek ubi masin

iii. Kerepek ubi BBQ

iv. Kerepek pisang manis

v. Kerepek pisang abu

5

Page 6: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

vi. Pisang tanduk

vii. Opak pedas

viii. Mini karipap

ix. Kuih siput

x. Keropok kentang

xi. Kerepek bawang

xii. Keropok kentang kari

4.0 AMALAN KEUSAHAWANAN DALAM FIRMA

Setiap syarikat mempunyai faktor-faktor utama yang tersendiri untuk mencapai kejayaan bagi

perniagaan masing-masing. Ciri-ciri usahawan yang berjaya ialah mereka yang tidak takut

kepada kekuatan musuh dengan menjadikannya sebagai kekuatan untuk bersaing. Mereka

mestilah memulakan sesuatu dengan tidak mengharapkan semata-mata kepada peluang yang

diberikan. Usahawan yang berjaya juga mestilah cepat bertindak untuk mengubah strategi yang

mereka laksanakan berdasarkan kepada keperluan semasa.

Ini bermaksud, mereka tidak hanya bergantung kepada penetapan strategi awal yang

dilaksanakan. Seterusnya, mereka juga bijak menggunakan masa yang sedia ada dengan sebaik

mungkin. Perancangan dan pendapat yang baik merupakan sahabat yang terbaik kepada

usahawan. Ianya dapat membantu para usahawan ini untuk mendapatkan pemasarandan

kepercayaan daripada pelanggan dan pembekal.

Seterusnya ialah struktur organisasi didalam perniagaan. Ini bermakna terdapat pengkhususan

perlaksanaan di dalam kerja yang dilakukan. Sebagai contoh, terdapat individu yang

menguruskan akaun dan kewangan, pemasaran dan pengurusan sumber di dalam organisasi

tersebut. Ini membolehkan perlaksanaan operasi lebih cekap dan berkesan, seterusnya mampu

untuk bersaing dengan pesaing di dalam sektor yang sama. Usahawan yang berjaya juga ialah

mereka yang sanggup berdikari dan berjaya menguruskan kewangan sendiri tanpa

mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak. Ini akan menjadikan mereka dapat

memerdekakan diri dan emosi agar dapat mengharungi cabaran yang sedia ada di dalam

pernigaan yang mereka ceburi.

6

Page 7: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

Mereka yang berjaya menganggap bahawa cabaran dalam dunia perniagaan adalah dugaan dan

godaan hidup merupakan individu yang memiliki ciri-ciri usahawan yang berjaya. Ianya secara

tidak langsung akan membuatkan mereka lebih bijaksana dan minda dapat bekerja dengan

pantas dalam membuat keputusan dan menikmati kejayaan yang sebenarnya Ketahanan mental

dan sikap tidak takut kepada perubahan dan kegagalan akan membantu seseorang usahawan itu

mengecapi kejayaan yang sebenarnya. Apabila seseorang usahawan itu gagal dalam

menguruskan perniagaannya buat pertama kali, itu bukanlah noktah terakhir perniagaannya.

Beliau mestilah tidak patah semangat dan hilang rasa hormat pada diri sendiri. Kebijaksanaan

dalam mengatur kembali strategi dan sistem terkini mengikut perkembangan terkini, teknik-

teknik mengatasi pesaing, kehendak pelanggan dan ledakan teknologi maklumat merupakan

kelebihan bersaing kepada usahawan tersebut.

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, jalan yang singkat atau jalan pintas perlu

dielakkan dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Perniagaan yang mengikut peraturan dan

etika perniagaan ialah perniagaan yang dilakukan sendiri dengan sepenuh masa. Terdapat tujuh

faktor atau langkah sebagai panduan bagi membentuk kejayaan seorang usahawan (Nadzri,

2000), iaitu:

i. Keputusan yang dibuat secara sedar

Rancangan perniagaan yang dibuat secara sedar yang mengambil kira setiap aspek

perniagaan akan berjaya meningkatkan keuntungan syarikat dan lebih berdaya maju.

Melalui rancangan perniagaan ini juga, para usahawan akan dapat mengenal pasti

potensi syarikat untuk lebih berdaya saing di dalam industri yang mereka ceburi.

ii. Minat terhadap bidang perniagaan yang diceburi

Usahawan ataupun ahli perniagaan akan lebih bersikap positif terhadap kerja ataupun

tanggungjawab yang mereka laksanakan sekiranya mereka minat di dalam bidang yang

telah diceburi. Contohnya, kesanggupan untuk meluangkan masa dalam perniagaan,

berani mengambil risiko, bersikap lapang dada dan tabah menghadapi cabaran dalam

perniagaan.

7

Page 8: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

iii. Tingkatkan kemahiran atau kepakaran dengan bersungguh-sungguh

Tetapkan sendiri matlamat pencapaian dari masa ke semasa serta cuba elakkan diri dari

melakukan kesilapan bagi kali yang kedua. Kepakaran perlu ada pada diri sendiri. Dari

sekecil-kecil perkara hinggalah ke apa juga peringkat kerana seorang usahawan yang

berjaya perlu bersedia melakukan apa saja pada setiap masa. Perniagaan perlu dibentuk

berdasarkan kepakaran yang ada dan sewajarnya perniagaan dimulakan secara kecil-

kecilan.

iv. Belajar daripada orang yang lebih arif berkaitan perniagaan yang diceburi

Usahawan boleh bekerja dengan orang lain atau mengikuti kursus, seminar dan

perbincangan untuk menambahkan pengalaman perniagaan. Ini adalah satu cara bagi

memendekkan kaedah atau prosedur dalam perniagaan dan mengelak daripada

melakukan perkara yang tidak mendatangkan faedah atau perkara yang merugikan.

v. Bersedia menghadapi masalah atau risiko

Usahawan perlu sentiasa bersedia bagi menghadapi masalah,dari segi kewangan,

pemasaran dan risiko perniagaan serta mengambil kira setiap aspek dan iktibar dari

segala keadaan yang berlaku. Pelbagai cabaran akan dihadapi, lebih-lebih lagi risiko

dalam menghadapi pesaing yang ramai. Oleh itu, usahawan perlu bersedia dan bijak

menyelesaikan masalah yang berlaku.

vi. Berkebolehan memasarkan produk

Usahawan sewajarnya mampu keluarkan produk yang ada pasaran atau permintaan dan

boleh mendatangkan keuntungan. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menarik

perhatian pelanggan. Oleh itu, usahawan perlu tahu selok- belok perniagaan dan ilmu

yang berkaitan sebelum menceburi bidang yang mencabar ini.

vii. Jangan cepat kecewa atau mengalah

Kegagalan perlu dijadikan sebagai pengalaman dan peluang untuk terus berjaya.

Usahawan perlu bersikap positif dan mengambil ikhtibar terhadap kesilapan lampau

supaya lebih maju di masa hadapan.

8

Page 9: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

Terdapat beberapa ciri yang telah dinyatakan oleh Rosdi (2002), sebagai faktor utama yang

mendorong kepada kejayaan seseorang usahawan dalam bidang yang mereka laksanakan. Di

antaranya ialah hubungan jaringan dalam perniagaan merupakan ciri yang penting bagi

membolehkan seseorang usahawan itu mampu bersaing dan bertahan lama dalam bidang

perniagaan yang diceburinya. Ini bermakna, usahawan tersebut itu mempunyai hubungan yang

baik dengan pesaing, pembekal dan pelanggan. Ianya bertujuan memberi kelebihan kepada

usahawan untuk mengenal pasti peluang dan ancaman terhadap perniagaannya.

Faktor kepercayaan juga terlibat secara langsung sebagai penentu kepada kejayaan firma.

Mempercayai rakan kongsi adalah merupakan faktor yang penting dalam memastikan sesebuah

perniagaan itu mampu bertahan. Unsur etika di dalam perniagaan adalah faktor utama yang

mendorong kepada wujudnya unsur kepercayaan di dalam rakan kongsi perniagaan (Timmons

dan Spinelli, 2000; Kuratko dan Hodgetts, 2001; Rosdi, 2002).

Sikap untuk mempelajari sesuatu yang baru dan tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan

juga merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaan seseorang usahawan. Ini

membolehkan seseorang usahawan itu membuat ramalan jangka panjang mengenai amalan,

peluang dan ancaman yang wujud di dalam organisasi dan perniagaannya. Rumusannya, faktor

utama yang mendorong kejayaan usahawan bumiputera ialah berilmu, mendengar pendapat,

kecenderungan terhadap perubahan dan ketahanan mampu untuk memastikan seseorang

usahawan itu bertahan lama di dalam perniagaannya (Hisrich et al., 2000; Timmons dan

Spinelli, 2000; Rosdi, 2002).

Menurut Khaairuddin (1996), terdapat beberapa budaya hidup yang perlu dimiliki oleh setiap

diri usahawan untuk menentukan kejayaan dalam perniagaan yang diceburinya. Asas budaya

hidup ini perlu diamalkan tidak mengira jenis dan saiz perniagaan tersebut. Antaranya ialah

rajin dan mempunyai daya inisiatif, yakin terhadap keupayaan diri, bersikap positif,

bersemangat tinggi dan bertenaga, bijak mengambil peluang dalam perniagaan dan cekal iaitu

tabah serta berani menghadapi apa jua cabaran. Seterusnya usahawan juga perlu bijak

mengambil risiko, mengamalkan nilai-nilai kehidupan yang mulia, cekap dalam mencari

maklumat, prihatin terhadap mutu kerja yang berkualiti dan berkomitmen terhadap tugas yang

diamanahkan

9

Page 10: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

5.0 TINDAKAN KREATIF DAN INOVATIF

Pemasaran merupakan aktiviti yang sangat luas dalam sesebuah perniagaan. Ianya juga penting

dalam memasarkan produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Definisi pemasaran berbeza-

beza menurut pandangan penyelidik terdahulu. Bagi pengamal pemasaran seperti para peniaga

pula melihat konsep pemasaran sebagai aktiviti untuk memahami pasaran, bergerak seiring

dengannya dan membentuk hubungan dengannya.

Pemasaran juga merujuk kepada bagaimana mengenalpasti dan memenuhi keperluan manusia

dan masyarakat. Dari sudut masyarakat, pemasaran merupakan bagaimana proses individu dan

masyarakat memperolehi keperluan dan kehendak mereka melalui proses penciptaan, tawaran

serta pertukaran produk dan perkhidmatan yang mempunyai nilai dengan pihak yang lain.

Sebaliknya, dari sudut pengurusan, pemasaran bertujuan untuk mengetahui dan memahani

pelanggan serta dapat memenuhi produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan kehendak dan

keperluan mereka.

5.0.1 Produk dan Kepuasan Pengguna

Produk terbahagi kepada dua iaitu produk perniagaan dan produk pengguna. Produk

boleh terdiri daripada sesuatu yang boleh dilihat seperti kasut, buku ataupun dalam

bentuk perkhidmatan seperti perkhidmatan khidmat nasihat. Apabila membincangkan

mengenai produk, terdapat banyak perkara yang perlu ada dalam sesebuah produk

seperti jenama, kualiti, reka bentuk, pembungkusan dan sebagainya. Dalam hal ini,

syarikat hendaklah melakukan pelbagai strategi yang dapat meningkatkan permintaan

agar produk berjaya di pasaran. Jenama yang tidak dapat diterima oleh pasaran luar

merupakan salah satu cabaran yang dihadapi syarikat. Selain itu, produk yang

dikeluarkan syarikat perlu mempunyai kelebihan tersendiri bagi menarik bakal pembeli.

Antara elemen yang penting dalam sesebuah produk adalah jenama dan kualiti produk

tersebut. Penilaian produk boleh diukur melalui jenama, harga danpembungkusan

produk. Terdapat hubungan yang positif antara jenama sesuatu produk dengan kepuasan

pembeli dan meningkatkan kesetiaan pembeli terhadap produk tersebut. Jenama

merupakan faktor penting dalam sesebuah perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

10

Page 11: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

berdasarkan kepada inisiatif pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sendiri

dalam merangka jenama produk yang mereka keluarkan.

Selain itu juga, reka bentuk dan kesesuaian produk adalah amat penting kepada

pengguna. Sesebuah produk yang direka mestilah mudah digunakan, diselaraskan serta

dapat memenuhi kehendak pengguna. Oleh itu, pengeluar atau penjual hendaklah

memahami keperluan pengguna. Terdapat kajian yang menunjukkan pengguna berpuas

hati terhadap produk yang direka mempunyai kesesuaian dengan mereka.

Di samping itu, kualiti juga merupakan salah satu elemen yang penting dalam produk.

Dari sudut pengguna, kualiti ialah kapasiti sesuatu produk yang dapat memberikan

kepuasan kepada pengguna. Terdapat beberapa ciri produk yang berkualiti antaranya

termasuklah maklumat berkaitan penggunaan produk, kebolehan produk tersebut

berubah bergantung pada keadaan semasa serta kepentingan produk pada pengguna

yang berbeza.

Justeru, produk merupakan salah satu dimensi dalam campuran pemasaran yang sangat

penting terhadap kepuasan pengguna. Terdapat pelbagai ciri-ciri produk yang terbukti

dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan. Kepuasan pengguna terhadap produk

yang ditawarkan dapat dikenalpasti melalui hubungan yang positif antara jenama,

kualiti, rekabentuk serta kesesuaian produk terhadap pengguna.

5.0.2 Penetapan Harga dan Kepuasan Pengguna

Penetapan harga merupakan salah satu dimensi campuran pemasaran. Harga bermaksud

sejumlah wang atau nilai yang boleh diambil kira sebagai pertukaran untuk

mendapatkan produk atau perkhidmatan. Pengguna sentiasa inginkan harga yang

setimpal dalam setiap pembelian produk dan perkhidmatan. Sekiranya harga yang

ditetapkan tidak menggambarkan nilai sesuatu produk, pelanggan berkemungkinan

tidak akan berpuas hati.

Pelanggan bersedia mengeluarkan sejumlah wang bagi mendapatkan produk yang

mereka ingini yang memenuhi citarasa mereka. Kajian menunjukkan terdapat hubungan

yang positif antara harga yang setimpal dengan kesetiaan pengguna. Selain itu, terdapat

11

Page 12: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

juga kajian lain yang mengkaji hubungan antara penetapan harga dengan pengguna.

Pengguna berpuas hati terhadap harga yang setimpal dan berbaloi. Terdapat kajian lain

menunjukkan pengguna merasakan harga produk yang dijual oleh peruncit adalah tidak

berbaloi kerana peruncit sentiasa memperoleh keuntungan daripada produk yang

mereka jual.

5.0.3 Promosi dan Kepuasan Pengguna

Promosi merupakan komunikasi yang digunakan oleh penjual untuk menyampai,

memujuk dan mengingatkan bakal pelanggan mengenai produk yang ditayangkan

dengan tujuan bakal pembeli akan tertarik seterusnya membeli produk tersebut.

Terdapat pelbagai strategi promosi yang digunakan seperti pengiklanan, promosi jualan

dan jualan secara langsung. Pemasaran turut digunakan sebagai cara untuk

mengingatkan pengguna dameningkatkan permintaan sesuatu produk.

Cara yang digunakan ialah dengan memilih kaedah paling berkesan yang sesuai dengan

produk sama ada melalui pengiklanan, jualan langsung dan sebagainya. Terbaru,

pengeluar mengenalpasti segmen-segmen tertentu dalam pasaran dan menjalankan

promosi mengikut jenis-jenis pengguna yang berbeza-beza. Dalam menentukan

hubungan antara promosi dengan kepuasan pengguna terdapat perbezaan dalam hasil

kajian yang dilakukan oleh penyelidik terdahulu.

Pada masa kini, terdapat pelbagai kaedah promosi yang dilaksanakan oleh pengeluar

selain daripada kaedah pengiklanan di media massa. Integrated marketing

comunications (IMC) merupakan kaedah yang dapat mempromosikan produk di

pasaran berasaskan kepada sasaran pasaran. Kaedah ini mengintegerasikan campuran

dalam elemen promosi seperti pengiklanan, perhubungan awam, promosi jualan serta

personal selling bagi menyampaikan maklumat secara berkesan kepada pengguna.

Oleh yang demikian, boleh dikatakan kaedah promosi yang dijalankan mempengaruhi

kepuasan pengguna. Walaupun kajian terdahulu menunjukkan tidak terdapat hubungan

antara promosi dengan kepuasan pengguna, namun kajian yang dilakukan ini masih lagi

relevan kerana pada masa kini, cara promosi yang dilakukan telah berubah. Perusahaan

kecil dan sederhana (PKS) hendaklah mengatur strategi tertentu dalam mengiklankan

produk mereka agar produk tersebut mampu bersaing di pasaran.

12

Page 13: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

5.0.4 Pengedaran dan Kepuasan Pengguna

Pengedaran merupakan dimensi keempat dalam campuran pemasaran. Pengedaran

merangkumi bidang yang luas termasuklah saluran pemasaran, peruncitan serta

pengurusan logistic. Pengedaran telah menjadi keperluan kepada pelanggan serta

pengguna kerana untuk memudahkan mereka dan mengurangkan kos. Salah satu cara

untuk memuaskan hati pengguna dan pelanggan dalam aktiviti pengedaran adalah

dengan melakukan penyelidikan terhadap perkhidmatan yang disediakan kepada

mereka.

5.0.5 Kepuasan Pengguna

Kepuasan pengguna telah banyak dibincangkan oleh penyelidik kepuasan wujud hasil

daripada proses yang dialami daripada aktiviti harian pengguna. Kepuasan juga adalah

proses penilaian yang wujudl melalui jurang antara hasil yang pengguna terima dan apa

yang mereka jangkakan sebenar. Dari semasa ke semasa, terdapat pelbagai pengukuran

digunakan bagi mengukur kepuasan pengguna. Namun begitu, dari masa ke semasa

terdapat perubahan terhadap pengukuran kepuasan pengguna.

5.1 Innovasi Penjenaam Lambang Kekuatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Dalam setiap perniagaan tidak pernah terlepas dari persaingan begitu juga dalam perniagaan

perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Dunia perniagaan masa kini semakin mencabar dan

sebagaimana yang diketahui umum produk mahupun perkhidmatan yang dihasilkan oleh

sesebuah koperasi tidak mungkin dapat memperoleh pasarannya dengan sendiri atau dengan

mudah. Dalam mengejar arus persaingan perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

seharusnya memiliki strategi yang tepat, memperbaharui keluaran, meningkatkan perkhidmatan

dan mempunyai pentadbiran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang telus. Salah satu cara

yang sering digunakan oleh pengusaha adalah dengan membentuk strategi pemasaran yang

efektif dan inovatif.

Peranan sebuah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kini bukan hanya dinikmati oleh para

anggotanya tetapi juga kepada masyarakat umum. Ini menunjukkan betapa sengit persaingan

untuk menawan pelanggan kerana tidak kira sama ada perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

13

Page 14: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

ataupun syarikat-syarikat besar, masing-masing ingin memperkukuhkan perniagaan dengan

mencari kaedah tersendiri untuk kekal dalam industri yang diceburi.

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh bergerak gagah dan seiring dengan perniagaan

yang mempunyai jenama yang sudah popular. Pelanggan akan mengenali perusahaan kecil dan

sederhana (PKS) melalui nama yang memberi imej yang baik dalam pemikiran pengguna.

5.1.1 Pemilihan Jenama

Jenama yang mudah difahami dengan baik dapat member kesan yang besar kepada

sesebuah perniagaan. Dengan perancangan yang teliti dan strategi yang betul, semua

perniagaan mampu memanfaatkan jenama. Antara pelbagai faedahnya ialah dapat

menyampaikan informasi mengenai peranan dan tujuan sesebuah organisasi, memberi

makluman berkenaan produk dan perkhidmatan serta mempercepatkan usaha

memperkenalkan produk yang baru dan sebagainya. Terdapat sepuluh petunjuk yang

dilihat menyebabkan sesuatu jenama tersebut kukuh di pasaran iaitu:

i. Kejelasan

Setiap perniagaan perlu memikir dengan mendalam tentang apa sebenarnya

yang ditawarkan kepada pelanggan. Kejelasan jenama merupakan satu jaminan

yang memberitahu pelanggan tentang perlunya mereka yakin pada organisasi

mahupun keluaran hasil organisasi tersebut.

ii. Ketekalan

Mengambil kira faktor jangka panjang dan perlu menitik berat usaha

penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam membina nama yang inovatif.

iii. Kredibiliti

Jenama yang kukuh hanya dapat dibina atas asas yang mantap. Setiap

perniagaan perlu mempunyai imej yang baik agar selari dengan jenama yang

dibangunkan. Sekiranya imej perniagaan tidak menggambarkan perkara yang

baik, pelanggan akan melihat jenama hasilan perniagaan tersebut tidak boleh

dijamin mutunya.

14

Page 15: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

iv. Integrasi

Perlu selaras dari semua aspek dan setiap kakitangan koperasi perlu

berkomunikasi bersama khalayak ramai dengan cara yang sama.

v. Kelainan

Organisasi perniagaan perlu menonjolkan dirinya demi mendapat perhatian

umum. Untuk tujuan tersebut, perniagaan perlu memberikan satu keunikan dan

kelainan daripada persaing.

vi. Risiko

Perniagaan koperasi perlu berani membuat kelainan dan perlu bijak

menjangkakan perkara yang akan berlaku pada masa hadapan dan mencari

peluang yang ada.

vii. Sokongan

Perlu mendapat sokongan dari semua pihak terutamanya dari perniagaan itu

sendiri. Pembangunan jenama memerlukan dana yang mencukupi dan sokongan

dari segi kewangan yang banyak memainkan peranan kepada sesuatu

perniagaan.

viii. Tumpuan

Organisasi perniagaan perlu kreatif dalam apa jua cara untuk menyampaikan

maklumat kepada masyarakat umum.

ix. Perkaitan

Organisasi seperti koperasi perlu menilai semula jenama dari masa ke semasa

supaya dapat menilai tentang penerimaan masyarakat terhadap perniagaan

koperasi begitu juga penerimaan masyarakat terhadap imej perniagaan koperasi.

x. Kepimpinan

Perlu ada individu yang bertanggungjawab mengawasi semua proses

pembangunan jenama serta menilai persekitaran semasa.

5.1.2 Innovasi Pembangunan Jenama

15

Page 16: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

Pengukuhan sesuatu jenama tidak akan sempurna tanpa perubahan secara inovatif.

Produk ditawarkan perlu berdaya saing untuk mendapatkan pasaran yang lebih luas.

Kekuatan jenama cukup mempengaruhi daya pembelian seseorang dan majoriti

pengguna di dunia membeli sesuatu barangan kerana jenama tersebut dapat dilihat dari

produk harian sehingga ke produk yang bernilai tinggi. Jenama yang menawarkan

produk berkualiti dan perkhidmatan selepas jualan pasti akan mendapat perhatian yang

baik dari pelanggan.

Sebagai contoh, jenama Kentucky Fried Chicken (KFC) yang terkenal dengan kualiti

produk ayam dan juga rangkaian restorannya yang luas. Jika dibandingkan harga ayam

goreng KFC dengan harga ayam goreng yang di jual di restoran biasa, harganya

berbeza dan yang pastinya harga ayam goreng KFC adalah lebih mahal berbanding

yang dijual di restoran biasanya. Ini adalah hanya kerana atas dasar kekuatan jenama

dan KFC bukan hanya setakat menawarkan produk ayam goreng, malah lebih daripada

itu. KFC menawarkan pengalaman menikmati ayam gorengnya yang berbeza dengan

ayam goreng di restoran lain. Pelanggan yakin dengan jenama KFC kerana setiap kali

pelanggan menikmati hidangan, mutunya kekal sama walau di mana sahaja

rangkaiannya. Terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan oleh organisasi seperti

koperasi dalam merangka strategi pembangunan jenama iaitu:

i. Jenama dapat memberi gambaran berkaitan keluaran yang dihasilkan.

Contohnya ialah jenama Shieldtox. Shield itu sendiri membawa maksud perisai

yang menunjukkan produk tersebut seolah-olah boleh dijadikan sebagai alat

pelindung daripada gigitan nyamuk.

ii. Jenama perlu mudah disebut, dikenali dan ingati. Elakkan dari

menggunakan bahasa yang menyebabkan sebutan menjadi sukar dan pelik untuk

dilafazkan oleh pelanggan. Contoh yang mudah untuk dikaitkan adalah seperti

jenama produk 1901. Ia mudah untuk disebut dan ingati.

iii. Jenama seharusnya jelas dari segi sebutan dan makna yang dibawa. Ia

perlu sesuai dengan produk yang dihasilkan. Sebagai contoh KFC walaupun

dilihat jenamanya yang ringkas tetapi ia mudah disebut dan ingati di setiap

16

Page 17: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

peringkat mahupun di peringkat kanak-kanak. Jenama KFC melambangkan

produknya iaitu Kentucky Fried Chicken (Ayam Goreng Kentucky).

iv. Keunikan dalam membangunkan jenama seharusnya diberi penekanan.

Ini adalah kerana faktor jenama banyak menyumbang kepada penerimaan

keluaran di pasaran. Pelanggan membeli atas dasar jenama. Sekiranya jenama

tersebut membawa nilai status yang tinggi pelanggan akan terdorong untuk

membeli walaupun harga yang ditawarkan tinggi sedikit berbanding keluaran

yang lain. Jenama tempatan yang unik adalah seperti Secret Recipe, 1901,

A&W dan sebagainya. Nampak kelainannya, ringkas, jelas dan mempunyai

maksud yang mencipta keinginan pengguna untuk membeli. Konsep ini diguna

oleh Secret Recipe, pelanggan membeli kerana ingin merasai nilai rahsia resipi

yang dibawa oleh produk-produk keluaran syarikat.

v. Pembangunan jenama perlu mengambil kira faktor-faktor budaya seperti

mana ia mudah diterjemahkan kepada bahasa asing dan tidak membawa makna

yang tidak baik kepada budaya asing. Pengusaha perlu memikirkan faktor

globalisasi mahupun produk tersebut tidak diesksport pada masa kini tetapi

pasaran di Malaysia adalah terbuka kepada pelancong asing dan tempatan.

Sebagai contoh 1901 diawal penubuhan Syarikat Nineteen O One Sdn Bhd

kebanyakkan masyarakat menganggap syarikat tersebut merupakan syarikat dari

negara asing. Sehubungan dengan itu, penggunaan jenama 1901 ia dilihat jelas

dan mudah diterima oleh masyarakat Malaysia mahupun di peringkat

antarabangsa.

5.2 Pemasaran Melalui Internet

Pemasaran produk dan perkhidmatan adalah amat penting bagi semua jenis perniagaan.

Pemasaran bererti memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Tanpa sistem

pemasaran yang sistematik, produk yang baik tidak dapat dipasarkan dengan meluas dan

merugikan pihak yang menghasilkan produk tersebut. Sebelum kaedah pemasaran melalui

internet meningkat secara drastik, perniagaan konvensional lebih menumpukan cara

pemasarannya melalui khidmat jurujual ataupun pegawai pemasaran yang dilantik untuk

memasarkan produk mereka. Kebolehan yang mereka kuasai seolah-olah menjadi nadi bagi

17

Page 18: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

sesuatu firma perniagaan. Bagi firma perniagaan yang lebih besar, kaedah pemasaran seperti

pengiklanan juga dibuat melalui media-media massa seperti di akhbar, majalah mahupun

pengiklanan melalui televisyen. Kesemua ini memakan kos yang tinggi dan mempunyai kos

penyelenggaraan yang sentiasa berulang.

Ramai yang tidak menyedari bahawa internet dijadikan medium baru perniagaan bagi para

usahawan di luar sana. Di antara kelebihan-kelebihan memasarkan produk dan perkhidmatan

melalui internet adalah seperti:

i. Melibatkan kos operasi yang begitu minimum dan jauh lebih murah seperti kos yang

melibatkan promosi dan pengiklanan. Pemasaran internet melalui kemudahan online

seperti Ezine dan e-Classified dapat digunakan secara meluas di internet.

ii. Perniagaan boleh dibuka selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun dan ia

juga boleh dilakukan secara automatik (autopilot) bergantung kepada jenis perniagaan

yang dijalankan.

iii. Mampu menarik pelanggan dari seluruh dunia dan seterusnya dapat mencapai pasaran

ke peringkat global dengan mudah dan berkesan.

iv. Pemasaran internet hanya perlu menggunakan sebuah laman web yang dibangunkan.

Infrastruktur ini perlu dibangunkan bagi tujuan menjual dan ia hanya memerlukan nama

domain dan alamat emel sahaja.

v. Pemasaran internet membina akses secara langsung kepada pelanggan yang berpotensi.

Seterusnya, anda dapat berkomunikasi dengan bakal pelanggan anda dengan cara

menghantar email dan bercakap kepada mereka.

5.2.1 Strategi Pemasaran Melalui Internet

Memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan melalui internet tidaklah semudah yang

disangkakan. Ia memerlukan pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi selain dari

kegigihan dan sifat tidak mudah berputus asa. Kejayaan sesebuah perniagaan internet

adalah bergantung kepada bagaimana perniagaan tersebut dibangunkan dan

melaksanakan pelan strategi. Tiga perkara penting yang perlu difikirkan untuk

18

Page 19: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

dimuatkan di dalam pelan strategi bagi sesebuah organisasi seperti koperasi yang ingin

memulakan pemasaran melalui internet. Perkara tersebut adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti produk atau perkhidmatan yang ingin dihasilkan

Menghasilkan satu produk atau perkhidmatan yang terbaik bukanlah sesuatu

yang mudah seperti yang disangkakan. Produk atau perkhidmatan yang ingin

diperkenalkan mestilah sesuatu yang unik dan bukan sesuatu produk yang

hampir sama di luar. Produk seperti perisian komputer, perkhidmatan

maklumat, laman peribadi dan perkhidmatan internet merupakan antara produk

dan perkhidmatan yang laris di pasaran. Sebelum membangunkan sebarang

produk, buat kajian terperinci dengan mencari apa yang pelanggan inginkan

secara khusus.

ii. Membangunkan Laman Web

Setelah membangunkan produk yang terbaik, langkah seterusnya adalah

membangunkan laman web yang secara spesifiknya akan dapat digunakan untuk

menjual produk atau perkhidmatan. Penggunaan bahasa dan perkataan yang

sesuai merupakan alat pemasaran yang sangat berkuasa sehingga pelawat yang

melawat laman web boleh bertukar menjadi pelanggan baru organisasi. Untuk

membangunkan sebuah laman web yang berkualiti dan boleh menjual produk

dan perkhidmatan, sesebuah organisasi seperti koperasi perlu memastikan laman

web tersebut adalah lengkap.

iii. Mempromosikan Laman Web

Untuk Meningkatkan Laluan (Traffic) Perancangan yang koperasi buat mestilah

merangkumi perancangan yang menyeluruh dan berkesan untuk

membolehkannya berjaya. Memilih strategi yang sesuai akan menyebabkan

traffic laman web koperasi dapat dikembangkan dengan cepat. Antara

strategistrategi yang boleh digunakan untuk memasarkan produk atau

perkhidmatan koperasi

6.0 CADANGAN KEPADA PENGUSAHA PRODUK PERUSAHAAN KECIL DAN

SEDERHANA (PKS)

19

Page 20: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

Berdasarkan kepada hasil dapatan, pengguna berpuas hati terhadap produk perusahaan kecil

dan sederhana (PKS), namun penambahbaikan sangat perlu agar produk ini mendapat berjaya

di pasaran. Penyelidik mengemukakan cadangan penambahbaikan terhadap produk perusahaan

kecil dan sederhana (PKS) berdasarkan kepada kepuasan pengguna.

6.0.1 Pengaplikasian Konsep Relationship Marketing

Dalam konsep relationship marketing, pemasaran bukan hanya bermula pada peringkat

produk, sebaliknya merangkumi keseluruhan aktiviti yang melibatkan keseluruhan

pekerja dalam organisasi membina dan mengekalkan hubungan yang berterusan, saling

berinteraksi dengan pelanggan (Groonroos, 1994). Relationship marketing lebih

menfokuskan kepada kaedah untuk membangun dan mengekalkan pelanggan yang telah

sedia ada berbanding menarik pelanggan yang baru. (Zineldin dan Philipson, 2007).

Ini bermaksud, dalam mengaplikasikan strategi relationship marketing, pihak

pengusaha produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu mencipta kelainan

dalam produk yang dikeluarkan. sasaran pasaran produk perlu ada untuk demografi

pengguna yang berbeza-beza dari segi umur. sebagai contoh, berdasarkan pemerhatian

penyelidik, pengusaha cenderung mengeluarkan produk turun temurun dan mengikut

kepakaran yang ada seperti pembuatan kerepek dan kuihmuih. melalui strategi

relationship marketing, penyelidik mencadangkan supaya produk yang dikeluarkan ini

menumpukan kepada sasaran pengguna seperti makanan untuk kanak-kanak, golongan

bekerjaya dan sebagainya.

6.0.2 Penambahbaikan Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Hasil analisis mendapati hubungan antara produk dengan kepuasan pengguna adalah

lebih kuat berbanding dimensi-dimensi lain. Tidak dinafikan, produk makanan dan

minuman mempunyai persaingan yang sengit di pasaran kerana makanan dan minuman

merupakan keperluan asas dalam kehidupan pengguna. Justeru, pelbagai kaedah boleh

dilaksanakan bagi meningkatkan imej produk makanan dan minuman perusahaan kecil

dan sederhana (PKS) menarik minat pengguna. Pada cadangan penyelidik, produk

perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu mempunyai jenama yang kukuh dan dapat

menarik minat pembeli. Menurut Krake (2005), kebanyakan pengusaha perusahaan

kecil dan sederhana (PKS) tidak mementingkan pengurusan jenama produk mereka. Ini

20

Page 21: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

kerana, kesedaran terhadap jenama. Tidak menjadi keutamaan pengusaha perusahaan

kecil dan sederhana (PKS) dalam menetapkan perbelanjaan pemasaran.

Selain itu juga, pembungkusan (packaging) produk makanan perusahaan kecil dan

sederhana (PKS) juga adalah penting. Lazimnya, apabila memperkatakan mengenai

produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), apa yang tercetus di minda masyarakat

adalah berkaitan produk seperti kerepek, keropok yang mempunyai pembungkusan

dalam plastik jernih. Walaupun mempunyai rasa yang lazat, namun kadangkala kaedah

pembungkusan menyebabkan produk mudah menjadi rosak. Ini disokong oleh hasil

kajian yang menunjukkan terdapat kerosakan dalam produk perusahaan kecil dan

sederhana (PKS) yang mereka beli.

Berdasarkan kepada kajian, pengguna amat mementingkan kualiti produk makanan dan

minuman yang mereka beli. Oleh yang demikian, penyelidik mencadangkan agar kualiti

produk makanan dan minuman perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dititikberatkan

oleh pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Melalui pembungkusan yang

menarik dan kukuh, ini akan dapat meyakinkan pengguna untuk membeli produk

mereka.

6.0.3 Penambahbaikan Promosi Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Produk makanan dan minuman mempunyai banyak pilihan di pasaran. Pengusaha

perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terpaksa bersaing meletakkan produk mereka

standing dengan syarikat antarabangsa di pasaran. Oleh itu, penyelidik mencadangkan

supaya strategi promosi diperluaskan lagi. Pada masa kini, terdapat pelbagai kaedah

bagi mempromosikan makanan dan minuman. Tidak dinafikan, kos untuk pengiklanan

di media massa seperti di televisyen memerlukan kos yang sangat tinggi. Bagi

pengusaha berskala mikro dan kecil, mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang

mencukupi.

Justeru, pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh mengaplikasikan

kaedah Integrated Marketing Communications (IMC) yang menyediakan tapak atau

jaringan kepada pengguna untuk berhubung. Sebagai contoh, pengusaha perusahaan

kecil dan sederhana (PKS) boleh mencipta laman sesawang untuk perniagaan mereka

sendiri seperti Facebook dan My Space. Pada masa kini, pengguna semakin terdedah

21

Page 22: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

dengan aplikasi hiburan bersama teman-teman menggunakan alam siber. Melalui

penciptaan laman sesawang ini, pengguna akan lebih dekat dengan produk makanan

dan minuman perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Pengusaha perusahaan kecil dan

sederhana (PKS) juga akan dapat maklum balas daripada para pengguna. Kos untuk

mengiklankan produk mereka di lama sesawang ini juga adalah sangat murah dan

berbaloi kepada pengusaha PKS.

6.0.4 Penambahbaikan Pengedaran Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Berdasarkan hasil kajian, terdapat segelintir pengguna yang mengalami masalah untuk

mendapatkan bekalan makanan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mereka

ingini di pasaran. Oleh itu, pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu

meluaskan jaringan penghantaran bekalan makanan mereka. Pengusaha perusahaan

kecil dan sederhana (PKS) juga perlu menghantar bekalan yang konsisten supaya

pengguna mudah mendapatkan produk di pasaran. Di samping itu, peruncit juga

memainkan peranan dalam menentukan kepuasan pengguna. Layanan dan

perkhidmatan yang diberikan terhadap pengguna akan mendorong mereka untuk terus

setia terhadap produk yang mereka beli.

Selain itu juga, pengusaha perlu memilih saluran pengedaran yang tepat agar produk

makanan dan minuman yang mereka jual sampai ke pengguna dengan lebih mudah.

Terdapat beberapa sebab pentingnya pemilihan saluran pengedaran yang betul.

Pertama, pengguna akan dapat memperolehi produk makanan dan minuman perusahaan

kecil dan sederhana (PKS) dengan mudah kerana bekalan yang mereka inginkan mudah

diperolehi. Selain itu, ini akan dapat menjamin kualiti produk perusahaan kecil dan

sederhana (PKS) kerana dapat mengurangkan risiko kerosakan produk makanan yang

diedarkan.

6.1 Strategi Peningkatan Keupayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Bagi meningkatkan keupayaan prestasi kewangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS),

beberapa cadangan dikemukakan dan antara cadangan yang dikenalpasti adalah sebagaimana

berikut:-

i. Kerjasama Strategik

22

Page 23: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

Kerjasama boleh diadakan sama ada antara perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau perusahaan kecil dan sederhana

(PKS) dengan pihak ke tiga iaitu swasta atau kerajaan dalam bidang penyelidikan dan

pembangunan atau R&D. Kerjasama yang dijalankan boleh dilakukan melalui program

pemadanan perniagaan (business matching) atau usahasama.

Kerjasama sebegini, sudah pastinya banyak memberi kelebihan kepada koperasi kerana

ia membolehkan kekuatan yang ada pada koperasi seperti modal, kekuatan

keanggotaan, jaringan serta saiz pasaran yang luas digabungkan dengan kepakaran,

pengalaman dan imej baik yang dimiliki oleh pihak swasta dan usahawan-usahawan.

Pengabungan dari segi kepakaran dan juga keupayaan koperasi dalam program sebegini

bukan saja akan memberi peluang kepada koperasi untuk menerokai bidang perniagaan

yang lebih berpotensi, tetapi juga member ruang untuk koperasi untuk memposisikan

kedudukan mereka di pasaran terbuka.

Usaha sama juga boleh dilakukan dengan menyarankan semua koperasi mempersetujui

menggunakan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi. Sekiranya

koperasi mempunyai hotel atau rumah penginapan, semua anggota koperasi di Malaysia

wajar menggunakan kemudahan tersebut dan lain-lain perkhidmatan yang bersesuaian.

Agensi-agensi kerajaan juga digalakkan atau diwajibkan menggunakan perkhidmatan

atau kemudahan yang dijalankan oleh koperasi. Impaknya, perkhidmatan yang

disediakan oleh koperasi bukan sahaja untuk koperasi tersebut tetapi untuk semua

anggota koperasi termasuk kakitangan kerajaan dan pihak swasta digalakkan

menyokong usaha ini.

ii. Peningkatan Pengurusan

Pengukuran kejayaan sesebuah organisasi bukan hanya disebabkan oleh kecekapan

dalam mengurus kewangan, pentadbiran dan sumber manusia sahaja tetapi keuntungan

yang diagihkan harus juga saksama antara perusahaan kecil dan sederhana (PKS),

kakitangan, anggota dan komuniti serta sekali gus membawa kepada kewujudan

masyarakat yang baik.

Pihak pentadbiran iaitu pengurus dan kakitangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

juga mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya. Mereka seharusnya bekerja

23

Page 24: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

dengan profesional dan boleh mengesan sebarang simptom atau tanda yang tidak

selaras pada penyata kewangan kerana tanpa koperasi tersebut, mereka mungkin akan

kehilangan pekerjaan. Jika perusahaan kecil dan sederhana (PKS) beroleh pendapatan

yang baik, tempiasnya juga akan dapat mereka kecapi. Justeru, perusahaan kecil dan

sederhana (PKS) perlu meningkatkan keupayaan pengurusan pentadbiran secara

profesional agar mereka mampu mengendalikan koperasi dengan lebih cekap dan

pantas. Mereka boleh membantu dengan mengadakan kerjasama antara perusahaan

kecil dan sederhana (PKS) dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang lain

seperti mengendalikan perkhidmatan audit, akaun, teknologi maklumat dan lain-lain

lagi.

iii. Peranan Agensi yang Menyelia Koperasi

Agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam gerakan

koperasi perlu memperhalusi isu ini dan sama-sama memikirkan strategi bagi

meningkatkan kualiti modal insan dalam koperasi secara terancang dan berterusan.

Akhirnya dengan cara apa sekalipun kita mahu melaksana dan menjayakan agenda

pembangunan modal insan, khususnya dalam gerakan koperasi di mana perkara paling

penting yang perlu diberikan perhatian ialah penghijrahan minda dan kekuatan budaya

ilmu. Ini adalah kerana keupayaan minda dan kekuatan budaya ilmu merupakan elemen

yang kritikal dalam menentukan kesinambungan kejayaan kepada sesuatu negara,

bangsa mahupun organisasi. Kecergasan minda dan berkemahiran berfikir serta

didokong dengan berkemahiran berkomunikasi akan membantu koperasi untuk menjadi

pemikiran positif bagi mempertingkatkan lagi usaha-usaha untuk meningkatkan

pendapatan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

iv. Pelan Strategik Koperasi

Semua koperasi perlu mempunyai Pelan Strategik sebagai garis panduan untuk

merancang masa depan koperasi. Pelan ini akan membuat anjuran sama ada aktiviti

yang sedang atau akan dijalankan mempunyai potensi untuk menjana pendapatan yang

memberangsang. Pelan ini merupakan rujukan untuk lain-lain pelan seperti Pelan

Strategik ICT, Pelan Pemasaran dan Pelan Sumber Manusia.

7.0 KESIMPULAN

24

Page 25: Asas Keusahawanan

BPME 1013 Asas Keusahawanan200859

Kesimpulannya, kajian menunjukkan produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

mempunyai potensi yang besar untuk diperkembangkan pada masa hadapan. Ini kerana, secara

umumnya pengguna berpuas hati terhadap strategi campuran pemasaran produk PKS. Namun

masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan supaya produk perusahaan kecil dan

sederhana (PKS) akan terus bertahan di pasaran.

Justeru, aktiviti pemasaran perlu dipertingkatkan lagi pada masa hadapan. Kerajaan telah

menyediakan banyak insentif bagi meningkatkan produktiviti perusahaan kecil dan sederhana

(PKS). Pengusaha perlu merebut peluang yang ada agar produk perusahaan kecil dan sederhana

(PKS) dapat bersaing standing dengan jenama terkemuka lain.

8.0 RUJUKAN

Fozian Ismail. (2001). Peluang dan Cabaran Mada Depan Industri Pembuatan Dalam Era Globalisasi. Kertas Kerja yang dibentangkan di Konvensyen IKS: Persediaan Ke Arah Perdagangan Global Menjelang AFTA 2003, Kota Bahru, Kelantan.

Siri Modul Kendiri PJJ. (2004). Asas Keusahawanan, Edisi Pertama. Universiti Utara Malaysia, PACE.

Sridar, K. S. & Sridar V. (2004). Telecommunications infrastructure and economic Growth: Evidence from Developing Countries”.Journal of Regional Analysis and Policy, 33(1): 1-25.

Ismail Mohd. Salleh. 1989. Industri-industri Kecil. AMK Interaksi Sendirian Berhad.

Malaysia. 2001. Rancangan Malaysia Ke-Lapan (RMK-8). Kuala Lumpur, Pencetaka Nasional Berhad.

Malaysia. 2001. Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Temapatan dan Mukim. Jabatan Perangkaan Malaysia

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2010). Memperkasa Tekad Keusahawanan Pelajar. Universiti Putra Malaysia.

Zimmerer, W.T, & Scarborough, N.M. (2005). Essentials of Entrepreneurshipand Small Business Management, Pearson Prentice Hall,International.

Wan Mohd Nazif & Fazilah Ibrahim. (2005). Formula Menjadi Usahawan Berjaya. PTS Professional.

Ainon Mohd.(2007). Memulakan Business Sendiri, Edisi Kemas Kini. PTS Professional.

25