kumpulan titah - information.gov.bn publication pdf/latest titah 2016.pdf · kumpulan titah kebawah...

93
Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Tahun 2016

Upload: tranxuyen

Post on 10-Mar-2019

248 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Tahun 2016

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien

Sa’adul Khairi Waddien,Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

TerbitanUnit Penerbitan Melayu

Bahagian Penerbitan dan Seni GrafikJabatan Penerangan

Jabatan Perdana MenteriNegara Brunei Darussalam

Cetakan Pertama 2017

Hak CiptaJabatan Penerangan

PenyelarasHajah Rosidah binti Haji Ismail

Susunan/Taip Set/KompilasiZawiyatun Ni’mah binti Mohamad Akir

PenyemakNorhafilah binti Rosli

Reka Letak/Reka Bentuk Kulit LuarSyahi bin Haji Ludin

Dicetak olehJuta Jaya Printing Sdn. Bhd

FotoUnit Fotografi, Jabatan Penerangan

ISBN978-99917-49-97-6

ISI KANDUNGAN MUKA SURATTitah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Masihi 2016

Titah Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-32, 2016

Titah Sempena Majlis Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan Kedua Belas Majlis Mesyuarat Negara 2016 Di Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara, Bangunan Dewan Majlis pada hari Sabtu, 25 Jamadilawal 1437 Hijrah/5 Mac 2016 Masihi

Titah Pada Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan pada hari khamis, Malam Jumaat, (Malam Ketiga), di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas 13 Rejab 1437 Hijrah/21 April 2016 Masihi

Titah Sempena Upacara Sovereign’s Parade Pengambilan Ke-14 Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei 1437 Hijrah/2016 Masihi pada hari Khamis, 20 Rejab 1437 Hijrah/28 April 2016 Masihi

1-4

5-7

8-10

11-14

15-17

ISI KANDUNGAN MUKA SURATTitah Pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi Di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, pada hari Khamis, 27 Rejab 1437 Hijrah/ 5 Mei 2016 Masihi

Titah Pada Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-55 di Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Tanah Jambu pada hari Selasa, 24 Syaaban 1437 Hijrah/31 Mei 2016 Masihi

Titah Pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 17 Ramadan 1437 Hijrah/22 Jun 2016 Masihi

Titah Perutusan Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi di Istana Nurul Iman

Titah Pada Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-70 Tahun di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada Jumaat, 10 Syawal 1437 Hijrah/15 Julai 2016 Masihi

18-19

20-22

23-25

26-28

29-32

ISI KANDUNGAN MUKA SURATTitah Pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 25 Syawal 1437 Hijrah/ 30 Julai 2016 Masihi

Titah Pada Perasmian Majlis Ilmu 2016 Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam pada 20 Zulkaedah 1437 Hijrah/23 Ogos 2016 Masihi

Titah by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam at a Banquet in Honour Of The State Visit Of His Excellency Tran Dai Quang President Of The Socialist Republic Of Viet Nam, on Saturday, 27th August 2016 at Istana Nurul Iman

Titah Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi di Istana Nurul Iman

33-35

36-38

39-41

42-44

ISI KANDUNGAN MUKA SURATTitah Sempena Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-26 Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam pada hari Khamis, 27 Zulhijjah 1437 Hijrah/ 29 September 2016 Masihi

Titah Perutusan Sempena Menyambut Awal Tahun Baharu Hijrah 1438 di Istana Nurul Iman pada hari Sabtu, 29 Zulhijjah 1437 Hijrah/1 Oktober 2016 Masihi

Titah Pada Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk serta Para Penuntut Negara Brunei Darussalam di Malaysia sempena Keberangkatan Baginda ke Malaysia di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur pada 3 Muharam 1438 Hijrah/4 Oktober 2016 Masihi

Titah Sempena Majlis Konvokesyen Ke-28, Universiti Brunei Darussalam pada 14 Muharam 1438 Hijrah/15 Oktober 2016 Masihi

Titah by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan Of Brunei Darussalam at a Banquet In Honour of the

45-47

48-50

51-53

54-56

57-59

ISI KANDUNGAN MUKA SURATState Visit of His Excellency Rodrigo Roa Duterte President of the Republic of the Philippines on 17th October 2016 at Istana Nurul Iman

Titah Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-23 Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam pada 19 Muharam 1438 Hijrah/20 Oktober 2016 Masihi

Titah Pada Majlis Haflut Takharruj Ke-6 Universiti Islam Sultan Sharif Ali Bagi Tahun 1438 Hijrah/2016 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam pada 20 Muharam 1438 Hijrah/22 Oktober 2016 Masihi

Titah Pada Majlis Konvokesyen Ke-6, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Negara Brunei Darussalam 1438 Hijrah/2016 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada hari Sabtu, 28 Muharam 1438 Hijrah/29 Oktober 2016 Masihi

Titah Pada Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-11 Tahun 2016 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam pada 3 Safar 1438 Hijrah/3 November 2016 Masihi

60-62

63-65

66-68

69-71

ISI KANDUNGAN MUKA SURATTitah Pada Majlis Konvokesyen Kali Keempat Bagi Graduan Ijazah dan Majlis Konvokesyen Bagi Graduan Diploma Tertinggi Kebangsaan Kali Ke-25 Universiti Teknologi Brunei Tahun 2016 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada hari Isnin, 7 Safar 1438 Hijrah/7 November 2016 Masihi

Titah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, pada hari Ahad, 12 Rabiulawal 1438 Hijrah/11 Disember 2016 Masihi

Titah Pada Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam Yang Berada Di United Kingdom dan Ireland Bagi Tahun 1438 Hijrah/2016 Masihi pada hari Khamis, 22 Rabiulawal 1438 Hijrah/22 Disember 2016

72-74

75-77

78-81

1Titah 20121

Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Masihi 2016

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

ALHAMDULILLAH kita bersyukur kerana dapat menikmati kehidupan yang penuh selesa di sepanjang tahun 2015 dan pada tahun 2016 ini juga keadaan itu akan berterusan hendaknya.

Inilah harapan kita, bukan saja untuk Brunei malah juga untuk seluruh warga dunia di mana saja semoga kita sama-sama mengecapi erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya.

Dalam pada itu bagi Brunei khasnya tidaklah boleh lalai atau leka dari berhati-hati atau waspada terhadap situasi-situasi yang tidak menentu di mana dunia seolah-olah sebuah pentas tempat bertelagah.

Ini semua merupakan duri bagi keamanan dan ketenteraman. Ia berpunca tidak lain dari anasir dan petualang zaman.

Anasir dan petualang ini tidak terbatas kepada penjahat-penjahat bersenjata sahaja malah mereka itu juga menggunakan ‘senjata minda’ berupa pemikiran-pemikiran atau idea-idea yang boleh memesongkan manusia. Mereka menguasai penerbitan-penerbitan dan siaran-siaran sehingga kerana kuatnya propaganda mereka itu menjadikan perkara dusta dan palsu pun akan dianggap betul dan benar.

Di sinilah kita perlu bersikap lebih bijaksana dalam mengisi hari-hari kita pada setiap detik atau ketika. Kita mesti perhatikan

Titah 20122 2

apa yang melintas di hadapan mata dan menilai apa yang disogok atau dihidangkan kepada kita sama ada ia intan ataupun kaca.

Dalam penilaian janganlah kita memakai yang lain-lain sebagai neraca melainkan ambillah agama sebagai neraca itu nescaya kita tidak akan kecewa atau terpedaya.

Dalam masa yang sama kita akan menangani pembangunan. Kita akan terus bergerak ke arah pertumbuhan ekonomi yang mantap dan berdaya saing di samping menyedari cabaran adalah hebat berbangkit dari keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

Di sini kita perlu turut melihat prestasi ekonomi kita sendiri di mana beberapa tahun kebelakangan ini kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah agak perlahan yang memerlukan kita menggandakan usaha untuk meningkatkan keluaran dalam negara terutama yang di luar sektor minyak dan gas.

Di antara yang di luar sektor minyak dan gas itu ialah seperti sektor pertanian dan perikanan, sektor pembuatan, sektor perkhidmatan, termasuk perkhidmatan kewangan, pengangkutan, logistik, telekomunikasi, perdagangan, pelancongan dan lain-lain.

Kita mustahak ingat bahawa pasaran dalam negara kecil bukanlah alasan untuk menghalangi pertumbuhan keluaran malah setiap syarikat sama ada ia milik persendirian atau milik kerajaan adalah mampu untuk mensasarkan penjualan produk dan perkhidmatan mereka keluar negara sebagai eksport.

Beta sebelum ini pernah menekankan bahawa peningkatan pertumbuhan ekonomi boleh dicapai dengan memberi keutamaan kepada peningkatan produktiviti melalui penyelidikan dan penggunaan teknologi terkini.

Ini turut diyakini mampu untuk membantu mengurangkan unit kos pengeluaran di samping juga akan membolehkan kita menembusi pasaran antarabangsa dengan menawarkan produk dan perkhidmatan

3Titah 20123

kita. Dengan berlakunya ini bererti keluaran dan eksport kita adalah tumbuh yang dengan sendirinya akan meletakkan ekonomi kita juga berada di tahap berkembang dan tumbuh.

Sehubungan ini beta telah pun memperkenankan beberapa reformasi penting termasuk reformasi ekonomi (economic reforms) yang diharapkan dapat memenuhi hajat kita untuk mempelbagaikan ekonomi negara.

Beta juga telah memperkenankan Kerangka Kerja Wawasan Brunei 2035 yang telah digubal oleh Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 untuk merealisasikan ketiga-tiga matlamat Wawasan Brunei tersebut.

Secara khusus beta juga telah memperkenankan Jawatankuasa Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Industri Hiliran (Downstream Industry) yang bertanggungjawab untuk melaksana reformasi bagi menjadikan negara ini lebih kompetitif dalam menarik para pelabur asing ke negara ini.

Untuk keperluan perusahaan tempatan yang berskala kecil dan sederhana pula beta telah memperkenankan penubuhan Pusat Perusahaan Kecil dan Sederhana yang akan mengambil alih pelbagai peranan yang dulunya dilaksanakan oleh beberapa agensi kerajaan.

Demikian juga di peringkat antarabangsa langkah bagi memperluas peluang-peluang ekonomi juga turut diambil dan diusahakan.

Pada lazimnya fokus adalah diutamakan untuk perkembangan dalam negara. Pada masa ini kerajaan beta sedang mengungkayahkan Projek Pembinaan Jambatan Temburong, satu projek terpenting setakat ini yang dilihat sebagai langkah pemodenan Brunei secara besar-besaran.

Dengan kepanjangan kira-kira 30 kilometer merentasi perairan Brunei dari Daerah Brunei dan Muara ke Daerah Temburong,

Titah 20124 4

jambatan ini apabila siap kelak akan memberikan banyak kemudahan dan sekali gus berpotensi untuk pelancongan.

Satu lagi projek infrastruktur ialah Projek Talian Penghantaran Elektrik Voltan Tinggi di antara Lumut – Kuala Belait dan Projek Penambahan Kapasiti Janakuasa Elektrik Lumut yang dijangkakan siap pada pertengahan tahun 2016. Projek ini menelan belanja sebanyak 300 juta ringgit. Apabila ia siap kelak dijangkakan bagi jangka masa panjang akan menjamin bekalan elektrik kita mencukupi di samping mampu untuk menjimatkan penggunaan sumber gas asli negara.

InsyaaAllah akan banyak lagi projek yang menyusul untuk masa depan negara. Apa yang penting bagi kita semua ialah menguatkan azam dan usaha untuk terus tabah dan lebih progresif dalam menghadapi cabaran-cabaran zaman dan keadaan.

Akhirnya beta tidak lupa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peringkat warga Perkhidmatan Awam, pasukan-pasukan keselamatan termasuk mereka yang berkhidmat di sektor swasta di atas usaha gigih mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing di sepanjang tahun 2015.

Beta dan keluarga beta juga sukacita merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru 2016 kepada seluruh rakyat dan penduduk, semoga Allah Subhanahu Wata’ala melimpahkan kurnia-Nya berupa kesihatan, keamanan dan kemakmuran kepada semua.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

5Titah 20125

Titah Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam

Yang Ke-32, 2016Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

BETA gembira bahawa “Generasi Berwawasan” masih saja

diteruskan sebagai tema Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini. Ini bersesuaian, sebagai sebuah negara yang berhasrat untuk terus maju, yang benar-benar memerlukan generasinya yang berwawasan. Satu soalan penting di sini ialah, apakah bentuk dan ramuan-ramuan utama Generasi Berwawasan itu?

Pada hemat beta, Generasi Berwawasan ialah mereka yang bijak menangani apa jua cabaran, dan menjadikan cabaran itu sebagai peluang-peluang atau opportunities untuk meningkatkan lagi kesejahteraan hidup bernegara. Hakikatnya, dunia ini sentiasa diasak oleh perubahan dan pergolakan, yang menjadikan semua negara termasuk juga kita, tidak terlepas dari pelbagai cabaran.

Cabaran sangat berpotensi untuk membawa kepada perubahan. Kerana itu janganlah takut kepada cabaran. Cuma, cabaran itu mestilah dihadapi dengan bijaksana. Kebijaksanaanlah yang menentukan corak perubahan kepada yang lebih baik.

Rancangan-rancangan atau pelan-pelan tindakan, semuanya itu memerlukan kebijaksanaan. Tanpa kebijaksanaan, segala usaha boleh saja gagal atau tidak memuaskan.

Dalam merancang dan bertindak juga memerlukan ‘dasar’ yang jelas, bukan sesuka hati sahaja. Dasar kita di negara ini ialah MIB. Maka semua rancangan dan tindakan itu mestilah berlandaskan MIB.

Titah 20126 6

Dasar yang kukuh dan sempurna mampu untuk memangkin pembangunan, di samping juga mampu untuk melahirkan masyarakat yang baik. Masyarakat yang baik adalah aset dan pasak bagi negara.

Sifat-sifat masyarakat yang baik ialah seperti jujur, sabar, amanah dan baik hati. Daripada sifat-sifat inilah akan membuahkan suasana dan keadaan yang disenangi iaitu kehidupan bersatu padu dan harmoni.

Kita memerlukan perpaduan dan keharmonian, kerana daripada keduanya itulah akan lahir keamanan dan kestabilan. Keamanan dan kestabilan pula amat penting untuk pembangunan, sehingga tanpa keduanya itu, pembangunan tidak mungkin dilaksanakan.

Inilah harga keamanan dan kestabilan itu. Seyogia kita semua, sama-sama memeliharanya.

Keamanan dan kestabilan tidak boleh roboh walau apapun keadaan. Jika ia roboh, walau dalam keadaan kita makmur, maka kemakmuran itu tidak akan memberi makna apa-apa. Apatah lagi di saat-saat ekonomi lembab, ia adalah lebih-lebih lagi diperlukan untuk mengimbangi keadaan.

Kesejahteraan masih saja boleh diraih dari keamanan, walaupun ekonomi global bermasalah. Dengan bermodalkan keamanan, kita masih saja ada peluang untuk memperbaiki keadaan, sama ada melalui usaha-usaha peningkatan ataupun setakat bertahan. Maksud beta dengan bertahan di sini, ialah seperti langkah berjimat, sementara kita menunggu fajar baru ekonomi kembali pulih.

Yang penting di sini ialah sikap berani dan optimis. Setiap orang perlu berani menjadi peneroka, di samping berfikiran terbuka dengan apa-apa yang diterokai itu.

Peneroka yang berani adalah individu hebat, walaupun yang diteroka itu cuma berskala kecil atau sederhana sahaja, seperti seorang pengusaha yang baru berlatih memulakan perusahaannya.

Inilah yang kita perlukan. Negara sangat memerlukan orang-orang seperti ini. Manakala rakyat lebih berani menjadi peneroka, maka kesannya kepada kemajuan adalah positif, dan Hasil Keluaran Dalam Negeri Kasar juga boleh ditunggu untuk meningkat.

7Titah 20127

Brunei Darussalam adalah sebuah negara merdeka. Kita selaku rakyat dan penduduk adalah dituntut untuk membebaskan diri daripada segala sikap yang merugikan. Di antara sikap yang merugikan itu ialah suka berpeluk tubuh dan ketandusan semangat patriotik.

Sikap seperti ini sepatutnya tidak ada lagi dalam era merdeka. Kerana kemerdekaan itu sendiri merupakan perangsang atau penggerak ke arah lebih super dan lebih progressive, bukan lebih culas dan lemah.

Untuk akhirnya, beta sukacita merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta dan petugas serta ahli-ahli jawatankuasa-jawatankuasa yang sama-sama berusaha dalam menjayakan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-32 Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Beta juga merakamkan ucapan yang sama kepada semua lapisan rakyat, meliputi semua peringkat warga Perkhidmatan Awam, termasuk mereka yang bertugas di luar negara, pasukan-pasukan keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta dengan iringan doa semoga kita dan negara akan sentiasa berada di dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah jua, Amin.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 20128 8

Titah Sempena Majlis Pembukaan Persidangan Musim Permesyuaratan Kedua Belas Majlis Mesyuarat Negara 2016 Di Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara,

Bangunan Dewan Majlis pada hari Sabtu, 25 Jamadilawal 1437 Hijrah/5 Mac 2016 Masihi

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

BETA bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya jua, dapatlah kita berkumpul sekali lagi di Istiadat Pembukaan Rasmi bagi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-12 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) 2016 pada hari ini.

Beta gembira mengikuti perkembangan persidangan sejauh ini yang telah memainkan peranannya dengan baik. Beta ingin mengulangi lagi betapa pentingnya perbincangan memfokus perkara-perkara strategi yang membawa impak kepada negara. Sesuai dengan namanya Permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara.

Janganlah semua isu hanya dibincangkan dan dibahas tanpa adanya susulan pelaksanaan. Kita juga perlu melihat apa yang sudah dicapai. Jika belum bermakna kita masih memerlukan tindakan pembaikan. Pendek kata, apa jua perancangan dan inisiatif adalah perlu untuk mengambil pendekatan delivery atau delivery approach untuk mencapai hasil yang dihasratkan.

Untuk itu, sangat perlu bagi ahli-ahli mempunyai pandangan yang jauh dan cepat ke hadapan. Mereka perlu mengambil langkah-langkah mitigasi dan membuat persediaan sewajarnya sebelum didatangi oleh sebarang persoalan.

Beta juga sukacita ingin mendengar saranan-saranan atau buah fikiran Ahli-ahli Yang Berhormat Yang Dilantik mengenai cara-cara mengurangkan kebergantungan kepada sumber minyak dan gas.

9Titah 20129

Begitu juga bagaimana negara dapat menjana pendapatan dan kerajaan menjadi rakan kongsi dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan rakyat.

Saranan-saranan mahupun buah fikiran dan soalan-soalan hendaklah dibuat bukan atas kepentingan diri sendiri atau hanya mendengar dari satu pihak sahaja tanpa membuat kajian mendalam mengenainya.

Jika ini berlaku ia boleh saja menjadi perkara yang kurang signifikan dan tidak strategik untuk dibawa ke dewan ini.

Perhatian perlu diberikan bagaimana memperkasa ekonomi oleh kerajaan sendiri termasuk bagi sektor swasta. Pada setakat ini dasar kerajaan ialah memperkasa sektor swasta. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah konkrit untuk membantu memperbaiki persekitaran perniagaan. Ini termasuk infrastruktur, perundangan yang pro-bisnes.

Misalnya pendaftaran syarikat perniagaan sekarang sudah boleh dibuat secara online dalam tempoh hanya satu hari sahaja. Dan sementara lesen perniagaan tidak diperlukan lagi bagi sebahagian jenis perniagaan.

Juga dengan adanya pusat perusahaan kecil dan sederhana adalah diharapkan perusahaan-perusahaan tempatan yang berskala kecil dan sederhana akan dapat berkembang maju sehingga ke peringkat antarabangsa.

Sudah tiba masanya kita mengubah strategi perusahaan daripada hanya semata-mata mencapai sara diri atau self-sufficient kepada berasaskan eksport. Kita sudah ada rangkaian-rangkaian pemangkin serantau dan antarabangsa seperti BIMP-EAGA, ASEAN, APEC dan baru-baru ini TPP bagi membantu menjana pertumbuhan ekonomi.

Apa yang tinggal ialah usaha-usaha mantap ke arah kejayaan, kita perlu cekap merebut peluang-peluang yang ada, kerana itu beta menyeru supaya para pengusaha tempatan dapat berdaya saing untuk meraih kejayaan melalui peluang-peluang yang sedia ada, bukan sahaja bagi merebut peluang-peluang yang ada dalam negara malah lebih jauh peluang-peluang serantau dan antarabangsa.

Titah 201210 10

Alhamdulillah Pelaburan Langsung Asing (FDI) telah mula beroperasi di negara ini dan terdapat beberapa lagi pelaburan baharu yang masih dalam penelitian.

Oleh itu, usaha-usaha untuk memudah cara aktiviti perekonomian negara perlulah terus dipertingkat dan diperkemaskan.

Pada hemat beta, kita masih boleh dan mampu untuk melakukan yang terbaik dengan syarat kita tidak mengambil sikap mudah berpuas hati dengan pencapaian-pencapaian yang ada.

Di bidang kewangan sungguhpun negara masih mampu menyediakan sejumlah peruntukan bagi pembangunan negara dan operasi kerajaan, namun kita mesti mengambil sikap berhemah dalam berbelanja dengan cara lebih melihat kepada keperluan dan keutamaan.

Akhir kalam beta menyeru kepada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat supaya dapat meneruskan serta melipatgandakan usaha masing-masing dalam memeduli permasalahan rakyat dan penduduk negara ini, sama ada mereka yang bermastautin di kawasan bandar mahupun di kawasan-kawasan luar bandar.

Apa jua permasalahan itu perlu ditangani dengan baik dan sempurna dengan jalan berunding. Semoga usaha-usaha yang kita buat akan menghasilkan buah yang baik dan ranum untuk semua.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

11Titah 201211

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin,

Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

ALHAMDULILLAH, beta bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dapat bersama-sama dalam majlis yang berkat pada malam ini.

Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi ini adalah untuk kali yang ke-56 ia dianjurkan. Ertinya sudah lebih setengah abad negara kita memusabaqahkan bacaaan Al-Quran peringkat dewasa.

Selama 56 tahun itu kita telah melahirkan ramai qari dan qariah. Di antara mereka ada yang berpeluang mewakili negara ke musabaqah-musabaqah di luar negara.

Kita berasa bangga apabila ada di antara mereka yang mencapai mutu bacaan yang baik dan menggalakkan.

Lebih dari bangga, kita juga bersyukur kerana semua peringkat musabaqah membaca Al-Quran yang diadakan di negara ini, khasnya di peringkat murid-murid sekolah dan belia-belia, adalah memberi makna bahawa kitab suci Al-Quran itu benar-benar kita hayati dan tidak diabaikan.

Maksud beta ialah kita di negara ini sangat memberikan perhatian kepada Al-Quran. Kita tidak meringan-ringankannya, malah terus

Titah Pada Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan

pada hari Khamis, Malam Jumaat, (Malam Ketiga), di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas

13 Rejab 1437 Hijrah/21 April 2016 Masihi

Titah 201212 12

memelihara dan memartabatkannya. Cara kita memartabatkan itu termasuk melalui pelbagai program mengenai Al-Quran.

Kita adakan program mempelajarinya menerusi sistem persekolahan agama. Kita juga adakan program menghafaznya, sehingga membawa kepada mempelajari ilmu qira’at Al-Quran di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang melayakkan lepasannya melanjutkan pengajian ilmu qira’at ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai langkah mengembang dan menyebarluaskan lagi ilmu dan amalan menghafaz Al-Quran itu, kita juga ada menganjurkan Program Huffaz, yakni program melahirkan penghafaz dan pengamal hafazan Al-Quran di kalangan orang ramai. Setakat ini ada seramai 163 orang telah diperakukan sebagai huffaz, iaitu penghafaz dan pengamal hafazan Al-Quran dalam kategori hafazan 10 juz, dan 20 juz dan 30 juz. Mereka itu diperiksa menerusi ujian tasmi’e pada setiap tahun sebelum mereka layak untuk menerima elaun galakan.

Sambil itu kita juga telah menerbitkan Mushaf Brunei Darussalam tulisan tangan yang disusuli dengan penerbitan Tafsir Mushaf Brunei Darussalam dan terjemahannya.

Pada hemat beta, perhatian kita terhadap Al-Quran setakat ini adalah sebagai tanda kita menunaikan tanggungjawab beragama dengan sempurna.

Dalam masa yang sama kita juga bertabarruk atau mengambil berkat daripadanya. Kerana kitab suci Al-Quran itu adalah pembawa keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

Dalam hubungan ini, beta ingin menekankan supaya perhatian berat terhadap Al-Quran hendaklah diteruskan. Maksud beta, supaya ada usaha-usaha yang berterusan untuk memikir, merancang dan melaksanakan program-program yang bersesuaian.

Pada hemat beta, adalah juga mustahak difikirkan tentang bagaimana untuk meningkatkan keberkesanan mata pelajaran

13Titah 201213

Al-Quran itu di sekolah-sekolah agama. Kerana setahu umum, pencapaian bacaan Al-Quran di sekolah-sekolah agama itu masih saja di tahap memerlukan pembaikan dan peningkatan.

Apa yang mustahak di peringkat kanak-kanak ini ialah untuk menjadikan mereka itu ‘betul-betul pandai’ membaca Al-Quran. Inilah yang lebih mustahak disempurnakan sebelum berbangkit tentang pemahaman ayat-ayatnya dan lain-lain.

Di samping pembaikan bacaan Al-Quran di peringkat rendah, pada hemat beta elok juga diselajurkan untuk membuat kajian tentang kemampuan penuntut-penuntut sekolah menengah dalam bidang membaca Al-Quran. Kerana walaupun mereka sudah belajar membaca Al-Quran melalui persekolahan agama sehingga Darjah Enam, namun ada tanda-tanda yang mutu bacaan Al-Quran mereka itu juga belumlah sebaik yang diharapkan.

Apabila mutu bacaan Al-Quran mereka itu belum sampai ke tahap seperti yang diharapkan, maka bererti kajian yang segera dan realistik perlulah dijalankan.

Seyogia diingat, keperluan untuk memperbaiki sistem pembelajaran Al-Quran terutama bagi sekolah-sekolah agama sangatlah mendesak kerana persekolahan agama itu merupakan asas dan teras dalam sistem pendidikan negara pada keseluruhannya. Oleh itu asas ini perlulah kuat untuk memperkemas pendidikan bangsa.

Akhirnya, mengenai Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan pada malam ini beta berharap ia akan menampilkan qari dan qariah yang terbaik di antara semua peserta. Kerana selepas ini mereka akan berhadapan pula dengan keadaan yang lebih mencabar.

Beta sukacita dengan ini mengucapkan selamat bermusabaqah, sambil juga kita bersyukur kerana dapat meraih pahala dari membaca dan mendengar bacaan Al-Quran itu.

Titah 201214 14

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

15Titah 201215

Titah Sempena Upacara Sovereign’s Parade Pengambilan Ke-14 Sekolah Pegawai Kadet, Akademi

Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei 1437 Hijrah/2016 Masihi

pada hari Khamis, 20 Rejab 1437 Hijrah/28 April 2016 Masihi

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen,

Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

ALHAMDULILLAH, dengan rahmat dan izin Allah Subhanahu Wata’ala jua, maka dapatlah kita hadir di Upacara Sovereign’s Parade Pengambilan Ke-14, Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Dengan rasa amat gembira, beta mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pegawai-pegawai Kadet di atas pertunjukan perbarisan yang sangat baik dan kemas sebentar tadi. Kegembiraan ini tentunya turut dikongsi sama oleh para ibu bapa dan kaum keluarga Pegawai-pegawai Kadet sekalian.

Beta mengambil maklum, bahawa 34 orang Pegawai Kadet dari Pengambilan Ke-14 telah pun berjaya menjalani latihan padu selama 52 minggu. Beta juga turut difahamkan, di antara yang akan menerima tauliah pada pagi ini ialah seorang Pegawai Kadet berkelulusan Doktor Perubatan dan dua orang Pegawai Kadet lepasan Ijazah Doktor Pergigian.

Hari ini adalah detik bersejarah bagi Pengambilan Ke-14 dan sekali gus bagi Akademi Pertahanan, khasnya Sekolah Pegawai Kadet kerana perbarisan pada pagi ini adalah merupakan perbarisan tamat latihan bagi Pegawai Kadet yang pertama kali diadakan di tapak baru Akademi Pertahanan.

Sekolah Pegawai Kadet mempunyai peranan besar dalam melatih, mendidik dan membimbing Pegawai-pegawai Kadet. Latihan adalah dihasratkan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin tentera yang berkebolehan dan berilmu yang dapat menangani tugas dengan baik dan malah yang lebih dari itu, mampu untuk menghadapi cabaran-cabaran mendatang.

Titah 201216 16

Beta yakin, Pegawai-pegawai Kadet yang menamatkan latihan pada hari ini adalah mampu untuk melaksanakan tanggungjawab dan peranan yang lebih besar dari apa yang pernah dilalui oleh mereka sebelum ini. Mereka juga perlu untuk sentiasa peka dengan perkembangan geo-strategik dan geo-ekonomik yang melibatkan bidang pertahanan negara. Keupayaan dan keprihatinan mereka di sini tidak syak lagi dapat membantu pihak atasan dalam membuat keputusan-keputusan dasar secara lebih efektif dan cekap bagi pertahanan dan keselamatan negara.

Selain itu, beta juga percaya semua Pegawai Kadet dapat mempamerkan disiplin yang tinggi dan keolahan terpuji dalam masa menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk negara. Beta yakin mereka layak untuk jadi role-model yang memiliki ciri-ciri ‘Lead By Example’ kepada sekalian anggota bawahan yang akan dipimpin nanti.

Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei kini telah pun berpindah ke tapak baru yang lebih moden dan kondusif untuk latihan-latihan ketenteraan. Infrastruktur yang luas dan baru ini adalah merupakan satu pelaburan besar yang diikhtiarkan oleh kerajaan beta bagi menjana pembangunan kapasiti sumber manusia Angkatan Bersenjata kita. Ia turut berperanan untuk menaikkan imej dan profil Akademi Pertahanan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Beta berharap dengan adanya tapak ini akan membolehkan Akademi Pertahanan menjadi sebuah pusat pendidikan dan latihan ketenteraan yang benar-benar berjaya, sama ada secara dalaman mahupun di mata luar.

Tetapi perlu diingat, pertahanan bukanlah setakat bergantung kepada peralatan dan persenjataan semata-mata, malah turut penting ialah keupayaan para anggota dalam memainkan peranan masing-masing. Jika peranan itu berjaya dilaksanakan dengan baik, maka tidak syak lagi ia akan menjadi nilai tambah kepada peralatan dan persenjataan.

Akhir kata, kepada seluruh warga Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei khasnya warga Sekolah Pegawai Kadet, pegawai pemerintah, pegawai-pegawai, ‘Colour Sergeant’ dan para jurulatih, beta sekali lagi merakamkan penghargaan atas usaha gigih mereka dan berharap semoga kualiti kejurulatihan akan terus

17Titah 201217

berkembang melalui pengalaman yang boleh dibawa ke pengambilan yang seterusnya.

Maka dengan merafakkan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala dan berkat kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim, beta dengan sukacita mengurniakan tauliah sebagai Pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, kepada 34 orang Pegawai Kadet Pengambilan Ke-14.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201218 18

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

KITA sangat bersyukur, kerana Allah Subhanahu Wata’ala terus mengurniakan kepada kita rahmat-Nya, berupa nikmat sihat dan panjang umur, sehingga dengan itu dapatlah kita menunaikan ibadat dengan penuh selesa.

Dapat beribadat dengan selesa, terutama ibadat sembahyang, tidak syak lagi adalah satu nikmat. Kerana bukankah sembahyang itu tiang agama dan malah ‘Kunci Syurga’?

Tidak diragukan lagi, orang yang mampu mendirikan sembahyang adalah orang yang beruntung.

Oleh itu, peliharalah sembahyang itu. Cara yang paling utama memelihara sembahyang ialah melakukannya dengan konsisten pada awal waktunya.

Di samping itu, adalah juga menjadi perkara asasi, ialah melakukan ibadat ini dengan betul, dengan menjaga segala rukun dan kaifiatnya (cara-caranya). Jika ini dapat dipenuhi dengan baik, maka barulah sembahyang itu dapat dianggap sempurna. Jika tidak, maka selama itulah kita tetap dituntut untuk memperbaikinya.

Jarang orang bercakap mengenai membaiki ibadat sembahyang, yang banyak diperkatakan ialah tentang membaiki bacaan Al-Quran.

Titah Pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi

di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, pada hari Khamis,

27 Rejab 1437 Hijrah/5 Mei 2016 Masihi

19Titah 201219

Pada hemat beta, kedua-duanya itu patut diberikan perhatian seimbang, kerana bukan tidak pernah berlaku kekurangan atau kepincangan dalam perkara melakukan ibadat sembahyang itu.

Hanya kita di Brunei, mungkin belum ada statistik tentang sembahyang tetapi di luar negara, kita sudah baca bahawa penuntut-penuntut, bahkan mereka yang duduk di peringkat menengah pun masih ramai yang tidak atau belum sempurna sembahyang mereka.

Apakah perkara seumpama ini tidak mungkin berlaku di negara kita? Siapakah yang boleh berkata ‘TIDAK’, sedangkan kita belum lagi pernah mengkajinya? Atau belum pernah menyediakan sebarang statistik mengenainya?

Maka melalui majlis yang penuh berkat pada hari ini, beta sukacita mengharapkan supaya pihak-pihak yang berkenaan akan tampil untuk membuat kajian-kajian terperinci, bukannya setakat kajian rambang, mengenai pencapaian masyarakat, khasnya penuntut-penuntut kita pada keseluruhannya, termasuk juga para mahasiswa di pusat-pusat pengajian tentang mutu bacaan Al-Quran dan sembahyang mereka.

Perlu diingat, kesalahan atau kekurangan di peringkat awal atau di peringkat kanak-kanak adalah lebih mudah untuk memperbaikinya daripada setelah umur tua, di mana kesalahan atau kekurangan itu telah menjadi sebati.

Bersempena dengan meraikan Sambutan Israk dan Mikraj ini, marilah kita sama-sama memuhasabah diri. Mana-mana yang masih kurang akan kita tambah dan apa jua yang belum disempurnakan akan kita sempurnakan dengan izin Allah.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201220 20

Titah pada Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-55

di Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Tanah Jambu

pada hari Selasa, 24 Syaaban 1437 Hijrah/31 Mei 2016 Masihi

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

ALHAMDULILLAH, beta bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala di atas limpah rahmat-Nya, mengurniakan negara kita sentiasa aman, tenteram dan sejahtera.

Hari ini, genaplah usia Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 55 tahun. Kita menyambut ulang tahun ini di Akademi Pertahanan, salah satu dari mercu tanda Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Akademi ini berperanan untuk melahirkan generasi muda pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang lengkap dengan asas kepimpinan dan pengetahuan tentang ketenteraan. Kerana itu, akademi ini mestilah terus merancang dan melebarkan skop pembelajarannya ke arah melahirkan pegawai-pegawai tentera yang berkualiti di peringkat taktikal, operasi dan strategik. Semua ini penting untuk menghadapi contemporary operating environment yang serba mencabar dan tidak menentu.

Dunia kita pada masa ini sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman yang bersifat merentas sempadan. Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali dari kemungkinan menghadapi ancaman-ancaman keselamatan berbentuk tradisional dan bukan tradisional, seperti pengganasan, keselamatan maritim dan siber, serta bencana alam.

Di sinilah perlunya kerjasama dari pelbagai pihak, bukan sahaja di antara agensi-agensi keselamatan dalam negara, malahan juga kerjasama di peringkat keselamatan antarabangsa.

21Titah 201221

Oleh itu, prosedur dan tatacara yang terbaik, perkongsian pengetahuan dan kemahiran melalui perlaksanaan latihan-latihan dua hala dan pelbagai hala sentiasa penting untuk di-review supaya selamanya relevan. Beta sedia mengambil maklum bahawa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah pun meningkatkan usaha-usaha dari segi diplomasi pertahanan, antaranya melalui kerjasama menerusi latihan bersepadu Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus Maritime Security and Counter Terrorism Exercise yang telah berjaya dilaksanakan pada awal bulan ini. Selain itu, talian hotline atau juga yang dikenali sebagai ‘Direct Communications Link’ di antara Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN akan juga dilancarkan pada tahun ini.

ADMM dan ADMM-Plus adalah merupakan satu tanda komitmen dan kemampuan kita dalam usaha memperkukuh kedudukan negara di tengah-tengah landskap keselamatan yang bersifat dinamik.

Ianya juga turut mencerminkan bahawa sungguhpun Brunei cuma sebuah negara kecil, namun kita juga mampu untuk menyumbang bagi keselamatan di rantau ini dan menyediakan satu landasan pelbagai kerjasama di dalam bidang pertahanan dan ketenteraan. Tidak diragukan lagi, ini adalah satu sumbangan terbesar yang dapat membantu negara-negara ASEAN dan rakan-rakan dialog di rantau Asia Pasifik untuk sama-sama meraih keamanan, kestabilan dan kemakmuran.

Alhamdulillah, keupayaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada masa ini dapat dikenal pasti melalui perolehan peralatan-peralatan ketenteraan yang canggih dan terkini yang kita miliki. Namun ini bukanlah titik noktah untuk kita berhenti dari terus meningkat.

Dalam pada itu Kementerian Pertahanan tetap perlu untuk terus menyesuaikan semua hala tuju perancangan perkembangan dan penyelidikannya mengikut keperluan dan keutamaan.

Akhir kata, beta rasa bersyukur dan bangga, dan seterusnya mengucapkan tahniah kepada semua warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Yang Ke-55 Tahun. Syabas diucapkan kepada mereka yang menyertai perbarisan pada pagi ini dan tidak lupa juga diucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Yang Ke-55 Tahun

Titah 201222 22

kepada seluruh warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam dan luar negara, sama ada yang masih dalam perkhidmatan mahupun yang telah bersara.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

23Titah 201223

Titah Pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi

di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakaspada hari Rabu, 17 Ramadan 1437 Hijrah/

22 Jun 2016 Masihi Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

ALHAMDULILLAH, beta bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya jua, dapatlah kita bersemuka lagi di majlis yang berkat ini.

Telah menjadi tradisi kita umat Islam pada setiap 17 Ramadan, kita akan mengadakan Sambutan Nuzul Al-Quran.

Boleh dikatakan tradisi ini juga turut berlaku di mana-mana di seluruh dunia.

Nuzul Al-Quran adalah satu peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadan. Nuzul ertinya kitab suci Al-Quran diturunkan.

Kitab ini adalah ‘kitab induk’ untuk menjadi panduan bagi seluruh umat manusia. Kitab agung ini juga diberi nama sebagai An-Nur, yang bererti cahaya yang menerangi, atau Al-Furqan, yang bererti kitab yang dapat memandu untuk membezakan antara yang hak dan yang batil atau Az-Zikr yang bermaksud kitab yang memberi peringatan.

Memperkatakan keagungan kitab suci Al-Quran ini, kita di negara ini beta percaya, telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu di dalamnya sebagai panduan, sesuai dengan firman Allah Subhanahu Wata’ala di dalam Surah Al-Baqarah ayat 2, tafsirnya : “Itulah kitab (Al-Quran) yang

Titah 201224 24

tidak ada keraguan padanya. Ia adalah petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.”

Kerajaan beta pula melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama, telah tidak kendur-kendur berusaha untuk mendekatkan masyarakat Islam di negara ini dengan Al-Quran iaitu dengan memasukkan subjek Al-Quran itu di setiap sekolah rendah kerajaan dan swasta sehingga sampai ke peringkat tertinggi dan juga membuka kelas-kelas belajar Al-Quran di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat serta kelas-kelas dewasa. Perkara ini dilaksanakan supaya masyarakat Islam di negara ini sentiasa berpegang dengan Al-Quran sebagai panduan.

Untuk menghormati Ramadan sebagai ‘Bulan Al-Quran’, kerajaan beta telah memendekkan waktu bekerja dari jam 7.45 pagi hingga 4.30 petang kepada 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Perkara ini juga dibuat ialah untuk memberikan kemudahan dan keselesaan bagi kita semua menunaikan kewajipan berpuasa. Sementara pada malamnya pula, semua masjid, surau dan balai ibadat mengadakan Sembahyang Tarawih dan bertadarus sebagai langkah menghayati ibadat-ibadat berkenaan, sambil mengharap-harap akan mendapat pahala Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan.

‘Al-Quran Sebagai Ubat dan Penawar bagi Rohani dan Jasmani’ adalah tema Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran pada tahun ini. Tema ini amat sesuai untuk kita dipraktikkan di dalam kehidupan kita, tidak kira sama ada kita dalam keadaan sihat ataupun sebaliknya. Ini adalah satu ungkapan supaya kita sentiasa membaca dan melaksanakan apa-apa jua yang terkandung di dalamnya.

Di antara ajaran Al-Quran ialah mengenai halal-haram makanan, yang juga turut diperjelas oleh hadis-hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan para ulama.

Beta difahamkan, usaha kita sekarang ialah ke arah memproses untuk mempercepatkan tempoh kelulusan permohonan Sijil Halal dan Permit Halal.

25Titah 201225

Langkah ini memang wajar dari sudut pentadbiran, tetapi dari sudut yang menyangkut perkara hukum halal-haram, kita tidaklah wajar untuk mengambil jalan pintas, tetapi mesti kemas dan penuh teliti, berdasarkan garis panduan syarak yang benar-benar syari’e, bukannya setakat untuk melariskan sijil dan Permit Halal itu.

Hukum ‘halal-haram makanan’, adalah ia tersendiri, memerlukan

orang-orang yang betul-betul tahu dan mengerti apa itu halal dan apa itu haram. Jika mereka tidak tahu atau faham semua ini, bagaimanakah boleh dijamin makanan atau hidangan yang dijual itu adalah halal?

Kita tidaklah mahu Brunei akan jadi seperti tempat-tempat lain yang sering kedengaran ada yang berlaku penyelewengan atau pelanggaran hukum oleh premis-premis pemakanan atau perdagangan.

Mengambil sukut baik di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, maka marilah kita memperbanyakkan amal kebajikan yang dituntut untuk kita melakukannya. Semoga dengan itu, rahmat Allah Subhanahu Wata’ala akan melimpah-limpah kepada kita dan juga kepada negara, Amin.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201226 26

Titah Perutusan Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi

di Istana Nurul Iman

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd

DENGAN segala rasa syukur dan sukacita, beta dan keluarga terlebih dahulu merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat dan penduduk yang beragama Islam di Negara Brunei Darussalam di mana saja mereka berada. Semoga sekaliannya berada dalam keadaan sihat ‘afiat, selepas berjaya menunaikan salah satu rukun Islam, puasa pada bulan Ramadan.

Mulai malam ini sehingga imam mengangkat takbiratul ihram bagi Sembahyang Hari Raya pada keesokannya, kita disunatkan bertakbir, dan esok pagi juga kita bergerak ke masjid atau surau atau balai ibadat untuk menunaikan Sembahyang Sunat Aidilfitri.

Demikianlah indahnya urutan ibadat yang telah disyariatkan oleh Allah ini, dengan kita mula-mula berhempas pulas memenuhi tuntutan berpuasa, diikuti Sembahyang Tarawih, bertadarus Al-Quran dan Qiamullail.

Dalam jangka waktu yang agak panjang sebulan penuh, kita sebenarnya adalah diuji sama ada mampu ataupun tidak untuk bersabar memenuhi titah perintah Allah dengan berpuasa. Jika kita mampu bersabar, maka kitalah orang yang berjaya, sedang kalau tidak, maka kitalah orang yang kekal kecewa di hari akhirat kelak.

Oleh itu berhaklah bagi siapa saja yang sanggup bersabar untuk bergembira pada hari ini, sebagai tanda kejayaan mereka melalui ‘ujian besar’ berpuasa pada bulan Ramadan.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd

27Titah 201227

Sangat biasa kita mendengar orang menyebut bahawa puasa itu adalah ‘terapi ketuhanan’ untuk kesihatan. Ia sangat berkesan untuk mengatasi pelbagai masalah, seperti masalah glukos tinggi dalam darah, tekanan darah tinggi, berlebihan berat badan, obesiti dan sebagainya.

Kesihatan adalah faktor yang paling penting untuk semua. Jika badan sihat, semua kerja boleh dibuat dengan baik, sebaliknya jika tidak sihat, maka segala aktiviti tidak akan dapat berlaku dengan sempurna.

Inilah rahsia atau harga kesihatan.

Agama Islam sangat mementingkan kesihatan. Di antara langkah paling berkesan untuk mengekalkan kesihatan ialah melalui pemakanan. Al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri tidak ketinggalan menyebut tentang pemakanan. Al-Quran mengungkap: Bahawa makan minum itu boleh saja, tetapi jangan sampai berlebih-lebihan. Sementara hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pula sampai menyebutkan sukatan: Satu pertiga untuk makanan, satu pertiga lagi untuk minuman dan satu pertiga pula untuk bernafas.

Inilah kaedah pemakanan bagi kesihatan. Kita umat Islam dituntut untuk memakai kaedah ini, di mana sebagai pelengkapnya ialah ibadat berpuasa.

Baru-baru ini kita mendengar atau membaca laporan Global Nutrition Report 2016 yang menempatkan Brunei Darussalam sebagai negara ranking tertinggi bagi obesiti di kalangan orang dewasa di rantau ASEAN.

Manakala hasil Kajian Status Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam sendiri pula telah mendapati bahawa tahap peningkatan berat badan berlebihan dan obesiti adalah sangat tinggi, mencapai sehingga 61 peratus dewasa. Sementara kesan dari masalah ini, telah pula dibutirkan sebagai: lebih dari 30 peratus penghidap tekanan darah tinggi, 12.4 peratus penghidap diabetes dan 70 peratus penderita dari kolesterol tinggi.

Perangkaan ini amatlah mencemaskan. Kita tidak dapat memandang ringan lagi melainkan dari sekarang, kita perlu mendisiplinkan diri untuk mengatasi gejala ini dari terus meningkat.

Titah 201228 28

Caranya, kita mestilah cepat bertindak memupuk kesedaran supaya semua orang menjalani gaya hidup sihat dan gaya pemakanan sihat. Ke arah ini, pihak-pihak yang berkenaan dalam kerajaan tidaklah boleh lengah lagi dari memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada masyarakat.

Promosi dan motivasi mesti ditingkatkan, tidak memadai hanya sekali dua sahaja ia dilakukan tetapi perlu berterusan sehingga kefahaman yang mendalam dapat benar-benar diresapi kepada masyarakat.

Akhirnya, beta berharap semua kita di negara ini akan mengambil perhatian terhadap apa jua perkembangan semasa, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan perkara kesihatan, kerana kesihatan itu tidak syak lagi adalah satu rukun untuk memperolehi segala kebaikan.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

29Titah 201229

Titah Pada Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun

Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-70 Tahun di Balai Singgahsana Indera Buana,

Istana Nurul Iman pada hari Jumaat, 10 Syawal 1437 Hijrah/15 Julai 2016 Masihi

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

ALHAMDULILLAH, beta bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dapat meraikan Hari Keputeraan beta pada tahun ini dalam keadaan aman lagi selesa.

Istiadat berlangsung pada tahun ini, ketika mana kita baru saja sempurna melaksanakan ibadat puasa dan kini sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mubarak.

Beta sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang meraikannya. Beta berharap kita di negara ini akan mengamalkan sifat berhemah dan sederhana dalam meraikan apa saja sambutan perayaan selaras dengan ajaran agama kita yang suci.

Melalui istiadat ini, beta dengan ikhlas merakamkan ucapan terima kasih serta penghargaan kepada semua tetamu khas beta yang sudi hadir dan juga kepada semua pihak yang telah menyembahkan perutusan ucap selamat kepada beta serta keluarga bersempena dengan perayaan ini.

Beta mengajak semua rakyat di negara ini supaya sama-sama bersyukur kerana dapat secara berterusan menikmati keamanan dan kesejahteraan. Namun ini bukanlah tiket untuk kita melonggarkan sikap berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Bahkan senario hari ini meminta kita untuk lebih berwaspada lagi.

Titah 201230 30

Turut lebih kita beratkan ialah membangun ekonomi. Brunei tidak boleh leka dalam keadaan ekonomi global dilihat sedang bermasalah. Brunei perlu mempelbagaikan ekonominya sambil terus meningkatkan hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kita perlu lebih aktif serta mempunyai agenda lebih terancang bagi mencapai sasaran ini.

Usaha-usaha peningkatan perlulah menyeluruh terutama bagi bidang yang dianggap utama, seperti pertanian makanan asasi. Bidang ini mestilah terus diperkasa sehingga mampu untuk kita memenuhi sara diri. Kita tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada pihak luar sahaja. Seyogia perkara ini dapat diambil perhatian serius oleh pihak berkenaan dalam kerajaan.

Sudah tiba masanya untuk Brunei mengaktifkan segala usaha tanpa berlengah-lengah lagi. Salah satu contoh ke arah itu, kita sekarang sedang merancang untuk menggerakkan ekonomi negara, dengan kerajaan mengungkayahkan satu projek membina sistem pengangkutan yang selamat dan cekap. Projek ini ialah untuk memanjangkan Dermaga Pelabuhan Muara dan membesarkan terminal kontena Muara. Ia akan menjadi pemudahcara bagi kemasukan dan penarikan pelabur luar asing ke negara ini.

Di samping itu, secara umum kita juga menggalakkan sifat kreatif dan inovatif dalam melaksanakan semua projek pembangunan melalui kaedah Kerjasama Awam Swasta atau Public Private Partnership. Kaedah ini bertujuan sebagai pendorong ke arah perkongsian di antara sektor awam dan swasta dalam melaksanakan projek-projek kerajaan.

Menyebut lagi permasalahan ekonomi, baru-baru ini rakyat Britain telah memutuskan untuk keluar dari Kesatuan Eropah atau Brexit. Keputusan ini menimbulkan sedikit gusar di kalangan para pelabur kerana ia dilihat sebagai mampu untuk menjejaskan nilai pelaburan di bursa-bursa saham antarabangsa dan malah juga turut berisiko ke atas nilai mata wang negara berkenaan sendiri. Brunei sebagai negara yang juga terlibat dalam perdagangan antarabangsa tidaklah terkecuali dari turut merasakan kesan keputusan tersebut.

Namun alhamdulillah, dengan adanya dasar kerajaan melaksanakan pelaburan seimbang, maka risiko tersebut dapat kita tangani secara terurus.

31Titah 201231

Beta penuh yakin Kerajaan Britain dan antarabangsa adalah mampu untuk menangani pelbagai isu berpunca dari Brexit tersebut, berdasarkan pengalaman yang luas semua pihak dalam mengatasi semua permasalahan yang ada.

Brunei sendiri akan terus menghargai hubungan dengan United Kingdom, khasnya hubungan perdagangan yang telah berjalan sekian lama itu. Kita akan tetap mengukuhkan hubungan ini untuk kebaikan bersama kedua-dua buah negara.

Ke arah peningkatan ekonomi, kerajaan beta juga terus memacu perkembangan pendidikan. Kerana pendidikan juga adalah aset, malah ‘kuasa’ untuk menentukan kelangsungan bangsa.

Sebab itu kualiti pendidikan, tidaklah ia dapat dikompromi melainkan mesti terus diperkaya dan ditingkatkan. Ini adalah harapan kita kepada Kementerian-Kementerian Pendidikan dan Hal Ehwal Ugama supaya sama-sama dapat berbincang dan bekerjasama dengan Unit PENGGERAK di Jabatan Perdana Menteri untuk mencari jalan, bagaimana prestasi Pendidikan Rendah dan Menengah khasnya dapat ditingkatkan. Kerana dalam era mutakhir ini, beta sendiri mendapati masih ada perkara yang perlu diperbaiki.

Selaku tonggak utama Wawasan Brunei 2035, pendidikan tidak boleh berada di bawah, melainkan tempatnya ialah di atas untuk benar-benar diambil berat. Kerana pendidikan adalah pelaburan sepanjang hayat untuk menentukan maju mundurnya sesuatu bangsa. Jika pendidikan lemah maka tidak siapapun yang akan memandang tinggi kepada kita.

Di peringkat antarabangsa, negara kita akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan serantau dan antarabangsa dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan lain-lain kepentingan melalui rangkaian-rangkaian pemangkin serantau dan antarabangsa.

Demikian juga kita akan sentiasa bersama-sama memainkan peranan dalam hal ehwal keselamatan serantau mahupun antarabangsa, di samping menghulurkan bantuan-bantuan kemanusiaan kepada pihak-pihak yang memerlukan selaras dengan kemampuan kita.

Akhirnya, beta dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh lapisan rakyat

Titah 201232 32

dan penduduk, warga Perkhidmatan Awam, Pasukan-pasukan Keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta termasuk mereka yang bertugas di luar negara di atas sumbangan dan sokongan mereka kepada kerajaan beta.

Penghargaan yang setinggi-tingginya juga disampaikan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Perayaan peringkat kebangsaan dan daerah, atas segala khidmat usaha yang disumbangkan untuk menjayakan perayaan ini.

Beta berdoa semoga kita semua serta Negara Brunei Darussalam akan sentiasa kekal aman dan makmur, dikurniakan dengan limpah rahmat dan perlindungan oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Amin.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

33Titah 201233

Titah Pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi

anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa,

Berakas pada 25 Syawal 1437 Hijrah/30 Julai 2016 Masihi

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

KITA bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dapat pula meraikan hari kemenangan Aidilfitri yang Mubarak.

Dalam Sambutan Aidilfitri anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada tahun ini, kita mengalu-alukan kehadiran para belia, khasnya para profesional muda dan usahawan muda (young entrepreneurs).

Mereka ini adalah mewakili golongan belia yang terdiri hampir 50 peratus dari jumlah penduduk negara ini. Dari jumlah tersebut, jika digabungkan dengan semangat dan tenaga mereka, sudah barang tentu akan memberikan impak yang sangat positif kepada kemajuan agama, bangsa dan negara.

Melalui dasar pendidikan yang ada, kerajaan beta telah menyediakan peluang-peluang yang sangat luas bagi semua lapisan rakyat dan penduduk untuk memperolehi pendidikan dan kemahiran tinggi yang kita perlukan. Ini telah pun terbukti dengan ramainya anak-anak tempatan yang memegang jawatan-jawatan utama di dalam pelbagai bidang seperti bidang pengurusan sumber manusia, kewangan, perubatan, kejuruteraan, pendidikan, guaman, pertahanan, teknologi maklumat dan lain-lain.

Dalam tempoh mendatang, para profesional dan eksekutif muda ialah yang kita harapkan untuk menjadi tunjang atau peneraju kepada kepimpinan negara. Namun, mereka terlebih dahulu dikehendaki untuk memperkaya diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan

Titah 201234 34

pengalaman. Dengan semua elemen ini akan menjadikan seseorang lebih berupaya untuk menghadapi apa jua cabaran, termasuk cabaran-cabaran ekonomi, sosial dan politik yang serba kompleks.

Dalam kesempatan ini, beta sukacita mengalu-alukan kehadiran

para usahawan dari kalangan belia, yang telah menyahut seruan kerajaan untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, sebagai usaha memperkasa ekonomi negara.

Walaupun secara relatif, usahawan dari kalangan belia di negara ini berjumlah masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain di rantau ini, namun jumlah tersebut dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa. Ini memberikan harapan tinggi bahawa minat usahawan di kalangan para belia kita adalah semakin subur dan meningkat.

Sebagai restu dan sokongan, pihak kerajaan telah pun menyediakan peruntukan, skim dan program galakan yang dikendalikan oleh beberapa kementerian. Kementerian Pendidikan misalnya telah menerapkan kurikulum literasi bisnes dan kemahiran keusahawanan dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi, termasuk di peringkat teknikal dan vokasional.

Antara pendekatan kerajaan ke arah ini ialah, dengan menubuhkan Darussalam Enterprise (DARe) pada 21 Januari 2016 yang bertanggungjawab untuk mengawasi dan memupuk pertumbuhan serta pembangunan perusahaan-perusahaan tempatan di negara ini. Di samping itu, DARe juga telah menubuhkan ‘Business Support Centre’ untuk membantu melahirkan persekitaran perusahaan yang kondusif dan meningkatkan ekosistem perusahaan secara menyeluruh. Hasil dari komitmen semua pihak alhamdulillah, telah mengangkat Negara Brunei Darussalam ke tangga 84 dari 189 economies sebagaimana dalam ‘2016 World Bank’s Ease of Doing Business Report’ berbanding tangga 105 pada tahun 2015.

Beta sekali lagi menyeru supaya semua lapisan belia sentiasa bersedia untuk memajukan diri masing-masing kerana mereka adalah generasi penerus yang mempunyai peranan dan tanggungjawab besar untuk menjana pembangunan bangsa, negara dan agama. Pada usia muda inilah waktu yang paling baik untuk mereka menimba sebanyak mungkin ilmu dan kemahiran sebagai menggalas tanggungjawab di masa hadapan.

35Titah 201235

Dengan ini beta ingin mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada para belia di atas penglibatan mereka dalam semua usaha atau kegiatan yang bermakna untuk negara.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201236 36

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin,

Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

BETA bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurnia-Nya jua, dapatlah kita berkumpul pula pada pagi yang berkat ini di Majlis Ilmu 2016.

Di samping kita digesa untuk meningkatkan iman dan takwa, kita juga disuruh untuk mendalami ilmu pengetahuan sebagai suluh dalam kehidupan.

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam Surah Al-Mujadalah, ayat 11 tafsirnya :

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (dengan) beberapa darjat.”

Ilmu itu diibaratkan sebagai pelita, untuk dimanfaatkan pada saat manusia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Sejauh mana ilmu itu diperolehi, sejauh itulah ia akan berperanan.

Beta sangat gembira kerana perhimpunan para intelek dan cendekiawan terus disemarakkan di negara ini. Landasan ini amatlah penting untuk kita dapat mengupas dan mendalami apa-apa yang ada kaitan dengan pembangunan bangsa.

Titah Pada Perasmian Majlis Ilmu 2016 Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalampada 20 Zulkaedah 1437 Hijrah/23 Ogos 2016 Masihi

37Titah 201237

Pada tahun ini, Majlis Ilmu memaparkan satu tema yang cukup mencabar, berbunyi: ‘Menjana Perhubungan Berkat dan Selamat Pemangkin Kesejahteraan Ummah’.

Tema ini cukup ‘relevan’ untuk melebarkan perbahasan mengenai peranan perhubungan dalam pembangunan bangsa dan negara, apatah lagi dunia sekarang sudah dibungkus oleh istilah globalisasi tanpa sempadan.

Dari dimensi duniawi dan ukhrawi, kita telah dipandu untuk menjaga hubungan dengan Allah dan juga hubungan kita sesama manusia sendiri.

Hubungan dengan Allah berpaksikan iman, takwa dan ihsan, dalam makna, setiap amalan baik di dunia ini adalah penghubung untuk mendapatkan keredaan Allah di akhirat.

Sementara perhubungan sesama manusia pula ialah dalam konteks pertalian diplomatik, sosial, ekonomi dan sebagainya yang membawa kepada keamanan, kesejahteraan dan faedah bersama.

Sebaliknya, jika tanpa perhubungan, maka sesuatu yang baik dan bermanfaat tidak mungkin untuk diperolehi.

Setiap negara membangun pasti memerlukan masyarakat dinamik, social mobility dan ekonomi yang kental lagi kompetitif.

Matlamat ini hanya boleh dicapai dengan adanya sistem perhubungan yang berkesan untuk mengendalikan pelbagai pergerakan, barangan, perkhidmatan dan maklumat.

Dengan berlakunya kelancaran perhubungan, maka sudah barang tentu akan dapat membuka peluang-peluang pasaran, pencarian pekerjaan dan malah ruang perekonomian yang sangat luas.

Sistem perhubungan dan pengangkutan yang cemerlang adalah sejajar dengan kehendak syari’at Islam, untuk memudahkan ummah bertebaran di muka bumi bagi mencari ilmu dan rezeki.

Tidak diragukan lagi, perhubungan yang sihat, berkat dan selamat akan membawa kepada kejayaan dan kesejahteraan. Namun begitu, perlu juga diingatkan bahawa ledakan teknologi kini tidak kurang membawa kepelbagaian gaya hidup di kalangan masyarakat sejagat.

Titah 201238 38

Ada yang baik dan ada juga yang buruk. Kerana itu, semuanya mesti dilihat dan dikendalikan dengan bijaksana.

Kita sedia memahami, bahawa seluruh dunia kini adalah terkait dengan rangkaian pengangkutan dan ICT canggih. Ia menjamin pengurusan yang cepat dan mudah untuk kemajuan masa depan.

Baru-baru ini kerajaan beta telah melancarkan rancangan peningkatan sistem pengangkutan awam ke arah mencapai matlamat perkembangan ekonomi.

Penubuhan badan-badan berkuasa iaitu Autoriti Maritim dan Pelabuhan; dan Autoriti Pengangkutan Awam, juga sedang giat diteliti untuk merancang sistem pengangkutan secara berterusan.

Beberapa cabaran sedia menunggu, di antaranya penyediaan prasarana, kesesakan lalu lintas dan penggunaan laluan serta jalan raya yang selamat.

Sejajar dengan tuntutan syari’at dan pendekatan bersepadu semua agensi kerajaan, beta yakin, Majlis Ilmu pada tahun ini akan dapat menghuraikan dengan jelas istilah Perhubungan Berkat dan Selamat itu sebagaimana yang diharapkan.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

39Titah 201239

Titah by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji

Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam

at a Banquet in Honour Of The State Visit Of His Excellency Tran Dai Quang,

President Of The Socialist Republic Of Viet Nam, Saturday, 27th August 2016 at Istana Nurul Iman

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Your Excellency President Tran Dai Quang (Chan Die Kuang),

Madame Nguyen Thi Hien (Nguuyen Tit Hean),

Your Excellencies,

Ladies and Gentlemen.

It is a pleasure to welcome you and Madame on your first visit to Brunei Darussalam.

I would like to begin by congratulating you on your recent appointment as President of the Socialist Republic of Viet Nam.

We also extend our warmest congratulations to your Government and people, on the upcoming 71st National Day of the Socialist Republic of Viet Nam and wish you a very happy celebration next month.

Over the years, Viet Nam has enjoyed political stability and economic progress through your Government’s Socio-Economic Development Plans since the inception of the “Doi Moi” policy in the 1980s.

Titah 201240 40

I am confident that under your leadership, Viet Nam will achieve its aim to become an industrialised country by 2020 and continue to improve the livelihoods of your people.

The achievements of Viet Nam and its people are an inspiration to Brunei Darussalam as we pursue our own “Wawasan 2035”.

Mr. President,

Your visit signifies an important chapter as we reach the 25th Anniversary of our Diplomatic Relations next year.

Our long-standing relations are demonstrated in the practical cooperation we have in energy, agriculture and fisheries, education, labour, defence and people-to-people exchanges.

On energy, we appreciate Viet Nam’s involvement in our offshore platform and welcome your interest to build on the existing ties by collaborating on future joint-projects.

The direct air linkages with Ho Chi Minh City have made it easier for our peoples to visit one another.

We warmly appreciate the contributions of your nationals in the development of our country, notably the teachers, workers as well as experts in agriculture and fisheries.

The growing exchanges between our students under the Universiti Brunei Darussalam Discovery Year have helped to ensure that the friendship we share will pass down to our future generations.

I believe the recent signing of the MOU on Cultural Cooperation will instill deeper understanding and appreciation of both countries’ heritage and culture.

Mr. President,

41Titah 201241

On the regional front, we will continue to work closely together to enhance overall peace, prosperity and progress.

We are faced with numerous challenges and it is important that we stand united as ASEAN in safeguarding the political and economic stability of our region.

Our achievements in ASEAN have laid a strong foundation to strengthen our partnership in the Asia-Pacific region.

We look forward to closer engagements in the Trans-Pacific Partnership (T.P.P) as well as the timely conclusion of the Regional Comprehensive Economic Partnership (R.C.E.P).

I would also like to take this opportunity to extend our full support to Viet Nam’s Chairmanship for APEC in 2017 and we wish you and your Government the very best in all of your preparations.

Mr. President,

My Government and people join me in wishing you continued success and we look forward to strengthening the long-standing ties that link us in goodwill and common purpose.

They also join me in thanking you and Madame for honouring us with your visit and we wish you an enjoyable stay.

Thank you.

Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201242 42

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahil Hamd. AIDILADHA adalah salah satu syiar Islam yang agung. Kisah

kesanggupan Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam untuk menyembelih puteranya Nabi Isma’il adalah salah satu manifestasi iman yang luar biasa yang mustahak untuk dicontohi.

Allah Subhanahu Wata’ala telah menguji dua beranak ini dengan

seberat-berat ujian, tetapi mereka telah berjaya melalui ujian tersebut. Kejayaan inilah yang dinamakan ‘nikmat’.

Peristiwa besar dan hebat ini mengandungi sebesar-besar hikmah dan pengajaran untuk umat Islam.

Baik disedari atau tidak, kita orang-orang Islam dari dahulu sampai sekarang tidak putus-putus dari menerima ujian. Tujuan ujian itu ialah sebagai sebab untuk Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kita, andainya kita berjaya melalui ujian tersebut.

Ujian paling mencabar biasanya dikaitkan dengan akidah. Kerana apabila akidah rosak, maka harga kita selaku hamba Allah akan jatuh sejatuh-jatuhnya.

Inilah yang dimahukan oleh makhluk iblis, supaya kita manusia ini ditimpa musibah rosak akidah.

Perkara ini telah pun dirakam oleh Allah melalui peristiwa yang dialami oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Isma’il ‘Alaihimassalam, di mana iblis telah mencuba sedaya upayanya untuk memesongkan akidah dua beranak ini supaya mengingkari titah perintah Allah.

Titah Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi

di Istana Nurul Iman

43Titah 201243

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahil Hamd.

Kita umat Islam pada hari ini mustahaklah belajar dari peristiwa yang hebat ini, supaya jangan sekali-kali lupa terhadap usaha-usaha licik makhluk durjana iblis untuk merosakkan akidah dan pegangan hidup kita.

Ingatlah, serangan-serangan iblis bukan berlaku secara fizikal tetapi melalui pelbagai jaringan atau rangkaian dalaman manusia.

Kita hanya mengetahui serangan itu apabila umat Islam sering-sering diasak oleh dakwaan-dakwaan yang tidak betul seperti menganggap ugama Islam ketinggalan zaman atau hukum-hakamnya sangat menyusahkan dan lain-lain.

Jika dakwaan atau anggapan seperti ini turut dibenarkan oleh

orang Islam sendiri, walaupun cuma setakat bisikan di dalam hati sahaja maka itu pun sudah boleh dikhuatiri sebagai mencederakan akidah mereka.

Inilah hikmahnya kita menyambut Aidiladha yang mubarak

sambil melaksanakan ibadat korban, supaya kita sama-sama mengambil iktibar daripada peristiwa bagaimana Nabi Ibrahim dan putera Baginda, Nabi Isma’il ‘Alaihimassalam diasak oleh iblis untuk mengingkari perintah Allah, namun kedua-dua nabi itu dengan berkat keimanan dan tawakal mereka yang bulat kepada Allah, maka Allah telah memeliharakan mereka daripada terperangkap oleh bisikan iblis yang durjana itu.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahil Hamd.

Demikianlah, kita semua perlu sentiasa waspada untuk menyelamatkan akidah kita dan sekali gus menyelamatkan diri daripada api neraka.

Ini bukan tugas kecil, tetapi adalah tugas besar lagi mencabar. Kerana bukan semua orang dapat menyedari taktik-taktik iblis, kecuali mereka yang dikurniakan dengan petunjuk sahaja.

Oleh itu, seyogialah kita mendekatkan diri kepada Allah dengan

memohon petunjuk dan bimbingan-Nya dalam semua perkara terutama ketika kita menghadapi ujian-ujian mencabar. Manakala

Titah 201244 44

petunjuk dan bimbingan itu diperolehi, maka itulah sebenar-benar nikmat.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala

sentiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua, khasnya kepada para jemaah haji kita yang sedang menyempurnakan ibadat haji di Tanah Suci, mudah-mudahan mereka memperolehi haji yang mabrur.

Akhir kalam, mengambil kesempatan di sini, beta dan keluarga

beta sukacita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh lapisan rakyat yang berugama Islam di mana saja mereka berada.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahil Hamd.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

45Titah 201245

Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-26

Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihidi Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa,

Berakas, Negara Brunei Darussalampada hari Khamis, 27 Zulhijjah 1437 Hijrah/

29 September 2016 Masihi

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

BETA merafakkan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dapat hadir di Majlis Sambutan Hari Guru Ke-26 Tahun 2016 pada pagi ini.

Kepada semua para guru dan pendidik di sektor kerajaan dan swasta, beta sukacita mengucapkan Selamat Hari Guru.

Sambutan Hari Guru pada tahun ini bertema: ‘Guru Bijaksana Pembina Masyarakat Berwawasan’. Begitu besar peranan guru itu. Sebagai ejen pelaksana pendidikan, guru adalah dituntut untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan pemikiran bernas.

Peranan guru adalah sejajar dengan keperluan negara dan hasrat kita manusia. Apapun zaman, faktor ini adalah sama. Kerana itu, penyediaan dan peningkatan guru-guru perlulah dilihat dari aspek ini.

Para guru adalah penyumbang kepada kualiti pendidikan dan pemangkin kepada produktiviti tenaga sumber manusia Negara Brunei Darussalam.

Kualiti pendidikan boleh dicapai melalui pendekatan whole of nation, serta boleh diukur menerusi beberapa Petunjuk Prestasi Utama Kebangsaan yang telah dikenal pasti di bawah strategi Pendidikan Wawasan Brunei 2035 iaitu:

Titah 201246 46

(i) Peratus guru-guru yang berkelayakan dan berkualiti tinggi, (ii) Peratus institusi pendidikan yang berada di bawah tahap minima mengikut standard institusi pendidikan, (iii) Peratus pelajar Tahun 1 dan Tahun 3 yang berada di tahap minima literasi dan numerasi, (iv) Peratus lulus dalam BCGCE Peringkat ‘O’ dengan 5 ‘O’ Levels dan ke atas, (v) Kemasukan ke pasca menengah dan (vi) Kadar Pengijazahan (Pengajian Tinggi dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional).

Dalam hal ini, beta mencadangkan agar Kementerian Pendidikan dapat menyediakan satu pelan komprehensif bagi mewujudkan satu ekosistem yang dapat mempercepatkan peningkatan kualiti guru. Ini bermakna, guru-guru sebagai salah satu komponen dalam ekosistem itu akan bertindak proaktif dalam menyertai semua aktiviti, yang kemudiannya mampu untuk menjadikan mereka sebagai guru-guru yang berprestasi tinggi.

Selain itu, beta adalah menyambut baik inisiatif Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan Program Literasi dan Numerasi di peringkat awal persekolahan lagi. Ini akan membantu para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran mereka di peringkat seterusnya.

Sehubungan dengan ini, sokongan pelbagai pihak adalah diperlukan untuk sama-sama memastikan bahawa anak-anak bangsa kita akan menjadi rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi. Di sini, peranan para ibu bapa adalah satu faktor utama.

Sistem pendidikan hendaklah sentiasa relevan. Beta gembira mengetahui bahawa Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil langkah positif dalam memastikan Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21) benar-benar dapat memberi inspirasi ke arah merealisasikan Wawasan 2035.

Beta berpendapat SPN21 mestilah bersifat lebih besar dan berfungsi secara bersepadu dengan perancangan-perancangan negara. Ini penting kerana teras kepada Pelan Pembangunan Negara adalah pendidikan.

Beta juga amat gembira apabila mengetahui Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama telah dan akan terus bekerjasama dengan Unit PENGGERAK, Jabatan Perdana Menteri dalam memfokus beberapa bidang utama bagi membantu pencapaian

47Titah 201247

pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah. Semoga usaha sama ini akan membuahkan hasil yang memuaskan.

Akhir kata, beta sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di negara ini, semoga segala usaha mereka dalam mendidik anak bangsa akan menerima ganjaran setimpal daripada Allah Subhanahu Wata’ala jua.

Kepada para penerima Anugerah Hari Guru, beta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan semoga penganugerahan ini akan menjadi pencetus semangat dan motivasi kepada sekalian warga guru.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201248 48

Titah Perutusan Sempena Menyambut Awal Tahun Baharu Hijrah 1438 di Istana Nurul Imanpada hari Sabtu, 29 Zulhijjah 1437 Hijrah/

1 Oktober 2016 Masihi

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

ALHAMDULILLAH, kita berada pula dalam Tahun Baharu 1438 Hijrah. Pelbagai usaha dan cara dilakukan orang, di merata tempat di muka bumi, untuk menyambut dan membesarkan kedatangan tahun baharu ini.

Sambutan Tahun Baharu Hijrah bertujuan untuk mengajak umat Islam menghayati konsep hijrah yang pernah dilalui oleh Nabi kita, Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, yang memberi impak besar kepada penyebaran agama Islam.

Keazaman Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berhijrah meninggalkan tanah tumpah darah dengan menempuh segala kesukaran, adalah satu strategi untuk menyelamatkan akidah. Strategi ini tidak diragukan lagi adalah strategi ketuhanan, kerana bukankah, berlakunya hijrah itu atas perintah Allah?

Hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membawa sinar kepada seluruh alam. Dengan berlakunya hijrah, agama Islam selamat dan dapat menyumbang kepada kemanusiaan sejagat.

Dalam Islam, terdapat Maqasid Syar’iyah bagi menjaga atau memelihara lima perkara asasi yang diperlukan oleh semua orang.

Lima perkara tersebut ialah: Menjaga atau memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Di dalam lain-lain akidah tidak ada semua ini. Kalau adapun, mungkin tidak semua. Tetapi Islam adalah meliputi, kelima-lima itu mesti dipenuhi untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

49Titah 201249

Salah satu elemen penting yang ditekankan oleh Islam ialah menjaga dan memelihara nyawa. Kerana itu Islam adalah melarang keras umat Islam membunuh diri dan sekali gus mengharamkan segala bentuk pembunuhan terhadap sekalian hamba Allah dan makhluk yang tidak berdosa.

Inilah di antara ajaran suci agama Islam. Ajaran ini sangat

menyumbang kepada keamanan dan kerukunan hidup sesama insan, tidak kira apa jua pegangan atau anutan. Jika ia benar-benar diamalkan, sudah barang tentu, tidak akan wujud jenayah pembunuhan atau kekejaman atau keganasan.

Jadi adalah dusta dan tidak berasas sama sekali melibatkan Islam dengan keganasan.

Brunei sangat memahami perkara ini, dan telah pun sekian lama menikmati kehidupan yang selamat di bawah panji-panji Islam tanpa sebarang masalah.

Brunei sudah benar-benar matang dalam kehidupan berugama. Rakyatnya juga tidak perlu lagi diajar bagaimana memilih yang terbaik untuk dirinya. Semuanya itu sudah sempurna dilalui dan malah telah menjadi pegangan yang mantap.

Kerana itu kita terkejut apabila baru-baru ini akhbar online, Saudi Gazette menyiarkan berita penahanan seorang lelaki warga Brunei Darussalam yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengganasan di Riyadh, Arab Saudi. Siaran itu bertarikh pada 16 September 2016.

Setelah semuanya diteliti, pada 20 September 2016, akhbar Saudi Gazette telah mengakui kesilapannya membabitkan warga Negara Brunei Darussalam dalam laporannya, dan telah membetulkan laporan tersebut.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Negara Brunei Darussalam melalui Kedutaan Besar kita di Riyadh, Arab Saudi telah memaklumkan bahawa Kerajaan Arab Saudi telah mengesahkan tidak ada warga Negara Brunei Darussalam yang terlibat dalam penangkapan seperti yang dilaporkan itu.

Beta sendiri secara peribadi dari awal-awal lagi adalah sukar untuk mempercayai kesahihan berita tersebut berdasarkan, TIDAK

Titah 201250 50

MUNASABAH orang Brunei boleh terlibat dengan aktiviti seperti itu.

Orang-orang Brunei, di samping sudah matang untuk membuat penilaian, mereka juga memang tidak ada masa atau keinginan untuk terbabit dengan sebarang anasir di mana saja. Mereka lebih sibuk membangun Brunei yang aman di bawah kepimpinan yang telus dan adil berpandukan undang-undang dan ajaran Islam tulen.

Alhamdulillah, apa yang beta duga sebagai tidak boleh berlaku itu pada akhirnya telah terbukti benar.

Segala puji-pujian bagi Allah jua yang telah memelihara Brunei dan rakyatnya dari terlibat atau dilibatkan dengan perkara-perkara yang kita sendiri tidak ada kena mengenainya.

Akhirnya, beta dan keluarga beta dengan sukacita mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Hijrah 1438, semoga dengan kedatangannya akan membawa sinar kepada bangsa dan negara. Amin.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

51Titah 201251

Titah Pada Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk serta Para Penuntut Negara Brunei Darussalam di Malaysia

Sempena Keberangkatan Baginda ke Malaysia di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur

pada 3 Muharam 1438 Hijrah/4 Oktober 2016 Masihi

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

BETA bersyukur kerana dapat bersua muka dengan para penuntut dan juga warga Negara Brunei Darussalam yang sedang berada di sini. Beta berharap, semuanya akan berada dalam keadaan baik-baik belaka dengan beroleh kejayaan di bidang masing-masing.

Beta difahamkan bahawa seramai 541 orang pelajar kita sedang menuntut di Malaysia dalam pelbagai bidang. Jumlah ini meningkat dari 471 orang pada tahun 2015. Beta sangatlah gembira dengan peningkatan ini.

Khusus kepada para pelajar, mereka janganlah sekali-kali lupa akan tujuan asasi mereka berada di sini. Mereka perlu fokus kepada perkara akademik, lebih daripada yang lain-lain. Mereka tidak boleh membuang-buang masa begitu saja tanpa berkaitan dengan pengajian.

Gunakanlah semua peluang untuk membina sahsiah dan jati diri. Inilah masanya untuk bertanam benih, di mana kelak, dari benih tersebut akan dipetik pula buahnya.

Benih yang disemai atau ditanam, biarlah benih yang baik, bukan benih yang tidak baik. Kita perlu pastikan ini untuk mendapatkan hasil yang benar-benar baik serta memuaskan.

Para pelajar mestilah bijak menilai dan memilih sesuatu. Pilihlah yang terbaik sambil menolak yang tidak baik. Salah satu pilihan terbaik misalnya, ialah memilih untuk menjadi ‘siswazah patriotik.’

Titah 201252 52

Istilah ‘patriotik’ sangat mudah dan ringan disebut. Tetapi untuk menjadikannya kenyataan, belum tentu semudah menyebutnya. Ia memerlukan azam dan pendekatan mantap.

Pendekatan boleh saja dipelajari dari mana kita menimba ilmu. Sementara azam pula adalah tumbuh dari dalam diri sendiri.

Selain dari pendekatan dan azam, landasan untuk kita jalani juga adalah mustahak dikenal pasti. Maksud beta dengan landasan itu ialah ‘acuan’ atau calak yang hendak dipakai.

Bagi kita orang-orang Brunei, landasan atau acuan atau calak itu ialah MIB. Dalam makna, apa-apa jua yang tumbuh dan lahir daripada kita adalah acuan atau calaknya tidak lain dari MIB.

Gunakan acuan atau calak ini di dalam kehidupan di mana saja. Jangan ia ditukar ganti dengan yang lain-lain.

Di bidang budaya umpamanya, kita boleh saja mengetahui atau mengenali budaya orang lain, selaku ianya satu cabang ilmu. Tetapi hanyalah setakat mengetahui atau mengenali sahaja, bukan untuk memakainya. Adapun untuk dipakai hanyalah budaya kita sendiri yang acuannya MIB.

Begitu juga dalam agama atau amalan beragama, kita boleh saja melihat, mendengar dan membaca cara-cara orang lain beragama atau mengamalkan agama, tetapi bagi orang-orang Brunei sendiri, cara-cara itu hendaklah dirujuk kepada acuan MIB, yang telah menentukan agama itu sebagai: Agama Islam menurut aliran Ahli Sunnah Waljamaah.

Para penuntut atau para pelajar khasnya perlulah tahu membezakan semua ini. Kerana jika tidak, mereka mungkin akan dibolosi oleh pengaruh-pengaruh yang tidak diingini.

Pengaruh-pengaruh itu pastinya adalah merugikan bukan sahaja kepada penuntut dan pelajar sendiri, malahan juga berpotensi untuk menjejaskan negara. Apa tidaknya, kalau pengaruh itu misalnya bertentangan dengan pegangan dan amalan kita selama ini, tidakkah dengan kehadirannya itu, boleh menjadi duri di dalam daging kepada semua, kepada bangsa dan negara?

53Titah 201253

Penuntut atau pelajar bukanlah tempat untuk bertanam pengaruh-pengaruh yang tidak baik, tetapi mereka lebih diperlukan untuk mempromosikan jati diri yang hebat dan pengalaman-pengalaman menarik kepada masyarakat. Mereka juga seharusnya menjadi pencetus kepada idea-idea besar serta sekali gus menjadi pemilik kepada bakat-bakat dan aspirasi global.

Inilah sifat-sifat para penuntut atau pelajar yang kita harap-harapkan untuk mengemudi negara di masa hadapan. Tanpa sifat-sifat ini, mereka tidak akan mampu untuk berbuat apa-apa yang hebat atau yang besar untuk negara.

Kerana itu, beta ingin menekankan di sini supaya para penuntut atau pelajar kita janganlah melihat diri mereka hanya sebagai penuntut atau pelajar semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu, mereka juga perlu melihat diri mereka sebagai calon pemimpin untuk masa depan.

Jika ada persepsi yang demikian ini di kalangan para penuntut atau pelajar kita maka barulah ada harapan untuk ditunggu satu ‘keupayaan besar’ bakal menjelma.

Kalau sedikit masa dahulu kita sudah berjaya menghasilkan teknokrat untuk membangunkan negara secara fizikal maka kini dan masa mendatang, keperluan adalah berbeza, menghendaki kita mesti memiliki pula bakat lebih besar untuk menghadapi keadaan-keadaan lebih mencabar.

Setakat ini sahaja amanat ringkas beta, dan untuk akhirnya beta berdoa semoga sekalian yang hadir ini diberkati oleh Allah dengan kebahagiaan dan kejayaan. Amin.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201254 54

Titah Sempena Majlis Konvokesyen Ke-28, Universiti Brunei Darussalampada 14 Muharam 1438 Hijrah/

15 Oktober 2016 Masihi

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

BETA bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dapat bersama-sama hadir di Majlis Konvokesyen Kali Ke-28 Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada pagi ini.

Beta dengan sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan di atas kejayaan mereka menamatkan pengajian masing-masing di universiti ini. Beta berharap dengan kejayaan ini, para graduan akan dapat menjadikannya sebagai pendorong untuk terus memperolehi kejayaan dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang.

Beta mengambil maklum bahawa pada tahun ini jumlah para graduan adalah paling besar sejak penubuhan UBD, meningkat sebanyak 31 peratus berbanding jumlah graduan pada tahun lepas. Ini termasuk bilangan tertinggi penerima ijazah kedoktoran iatu seramai 28 orang. Peningkatan bilangan di peringkat pengajian tinggi ini penting untuk menjana knowledge-based economy dan daya saing negara.

Adalah perlu bagi UBD dan institusi-institusi pengajian tinggi lain untuk memastikan program-program mereka sentiasa relevan dan berkualiti, bagi pengeluaran para graduan yang marketable dan future ready. Ini termasuk kerjasama padu dengan stakeholders yang relevan, seperti Majlis Perancangan Tenaga Manusia Kebangsaan yang baru ditubuhkan dan juga pelbagai industri untuk meningkatkan employability para graduan.

Mengenai employability ini, beta sangat gembira mengetahui, bahawa UBD telah merintis kerjasama dengan beberapa industri

55Titah 201255

dari dalam dan luar negara. Pada pagi ini, beta difahamkan program Bachelor of Engineering bidang Chemical and Process Engineering hasil daripada salah satu kerjasama tersebut, dan kesemua graduan yang berkenaan itu telah pun ditawarkan pekerjaan.

Mengenai pekerjaan ini, faktor kelayakan pasti berbangkit. Faktor kelayakan yang dimaksudkan itu ialah pembelajaran sepanjang hayat atau lifelong learning. Beta difahamkan bahawa UBD telah mengambil inisiatif untuk menyediakan peluang pembelajaran secara fleksibel kepada masyarakat umum. Beta berharap ini semua akan dapat menyediakan akses yang lebih besar ke dalam pendidikan tinggi bagi semua rakyat dan penduduk tanpa perlu menangguhkan pekerjaan atau perniagaan mereka.

Dalam hubungan ini, beta sudahpun memperkenankan penubuhan Centre for Lifelong Learning atau singkatannya C3L yang akan menjadi pemangkin kepada pengajaran dan pembelajaran peringkat tinggi, meliputi pendidikan berterusan dan profesional. Beta percaya laluan atau akses ke arah ini, akan memberikan sumbangan signifikan kepada pembangunan negara dan ekonomi berteraskan pengetahuan atau knowledge-based society and economy.

Menyentuh mengenai ekonomi, kita adalah tidak terlepas dari impak ekonomi global yang mencabar. Namun kita tidak boleh berkompromi mengenai kepentingan pendidikan. Bagi pengajian tinggi, penyelidikan dan penemuan ilmu pengetahuan atau knowledge discovery adalah juga yang utama. Penyelidikan itu penting untuk menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan bersama. Maka ke arah ini, beta sangat ingin melihat bagi UBD menghasilkan penyelidikan.

Selain dari aspek kualiti pendidikan dan hasil penyelidikan, perancangan hala tuju universiti secara keseluruhan juga perlu mencapai sasarannya. UBD dan institusi-institusi pendidikan tinggi adalah mustahak untuk melibatkan diri dalam proses perancangan strategik.

Sebagaimana beta difahamkan, pada tahun ini UBD telah pun memulakan inisiatif-inisiatif di bawah pelan strategik 5 tahunnya dari tahun 2016 ke tahun 2020 yang dinamakan Towards 2020. Beta berharap inisiatif-inisiatif ini akan membawa UBD ke tahap yang lebih tinggi di masa hadapan.

Titah 201256 56

Akhirnya, beta sekali lagi mengucapkan tahniah kepada para graduan yang berjaya. Dalam pada itu, mustahak juga diingat bahawa setiap graduan adalah perlu untuk memupuk jati diri yang baik serta mengekalkan identiti kebruneian yang berpaksikan Melayu Islam Beraja (MIB).

Selain itu, beta juga ingin menekankan supaya kejayaan yang dicapai tidaklah akan disia-siakan tetapi hendaklah digunakan untuk kebaikan dunia dan akhirat para graduan.

Beta juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga Universiti Brunei Darussalam yang merangkumi Ahli-ahli Majlis, Ahli-ahli Senat Universiti, Naib Canselor, Pegawai-pegawai Utama, ahli akademik, pegawai dan kakitangan universiti atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala jua yang akan membalas mereka dengan ganjaran-Nya yang berlipat ganda.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

57Titah 201257

Titah by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji

Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan Of Brunei Darussalam

at a Banquet In Honour of the State Visit of His Excellency Rodrigo Roa Duterte,

President of the Republic of the Philippines 17th October 2016 at Istana Nurul Iman

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Your Excellency President Rodrigo Roa Duterte (Dutertay),

Excellencies,

Ladies and Gentlemen.

My Government and the people of Brunei Darussalam join me in extending a very warm welcome to you on your first visit here.

Your presence reaffirms the excellent and long-standing friendship so happily enjoyed by the people of our two countries.

I extend my congratulations on your appointment as the President of the Republic of the Philippines.

We, in Brunei admire your personal achievements as the Mayor of Davao in making the city business-friendly and attaining impressive economic growth.

I am confident that under your leadership, Davao’s success will be replicated throughout the Philippines and bring inclusive growth to your people.

Mr. President,

Titah 201258 58

The historical links and common heritage that we share has cultivated strong ties and mutual understanding amongst us.

This has enabled good cooperation in a wide range of areas including trade and investment, labour, defence, health, education and air services.

We much appreciate the efforts of 23,000 Philippine nationals who have come to work in our country and help in the development of our economy such as teachers, health professionals and engineers.

The regular air linkages between our capitals have made it easier for us to visit one another as well as facilitate economic activities between our businessmen.

Today, there remains much potential to be tapped in our economic cooperation.

This includes strengthening our work in the energy sector as well as exploring new areas in the halal industries.

Mr. President,

We also enjoy good cooperation in defence. Our 13th International Monitoring Team left for the Southern Philippines last month.

Since 2004, we have worked closely together to promote peace and stability in that part of your country.

Your personal commitment towards this endeavor is very much appreciated, as it contributes to overall regional security.

Mr. President,

On the regional front, we congratulate you and extend our full support to the Philippines’ Chairmanship of ASEAN in 2017.

We wish you and your Government the very best in all your preparations.

It is important that we strive to be politically cohesive, economically integrated and socially responsible for the benefit of our peoples as outlined in the ASEAN Community Vision 2035.

59Titah 201259

Under BIMP-EAGA, we will also continue to work closely with you to see this sub-region grow and develop, including in nurturing our Micro, Small and Medium Enterprises (M.S.M.Es), conserving the environment and enhancing connectivity through infrastructure development and tourism.

On the wider Asia-Pacific region, we look forward to continuing the initiatives under APEC, including progressing the Free Trade Area of the Asia Pacific as well as to establish a competitive service sector.

I believe these undertakings will complement our efforts towards the ASEAN Economic Community and provide more opportunities for our people.

Mr. President,

We look forward to continuing our close people-to-people contact and deepening the warm and long-standing friendship and cooperation between our two countries.

My Government and people join me in conveying our best wishes to you and the people of the Republic of the Philippines for lasting peace, happiness and prosperity.

We wish you an enjoyable stay.

Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201260 60

Titah Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-23 Tahun 1438 Hijrah/2016 Masihi

di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam

pada 19 Muharam 1438 Hijrah/20 Oktober 2016 Masihi

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

BETA bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dapat sama-sama berkumpul pada pagi ini di Majlis Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-23 bagi Tahun 2016.

Kita sudah selalu mendengar ungkapan bahawa Perkhidmatan Awam (PA) adalah teras utama untuk kemajuan sesebuah negara.

Warga Perkhidmatan Awam adalah pengurus, pemudah cara dan malah agen kepada perubahan.

Kerana itu, warga Perkhidmatan Awam perlu memiliki disiplin yang tinggi dan kesungguhan dalam memainkan peranan masing-masing.

Mereka perlu meningkatkan diri dengan mengenali baseline masing-masing, setakat mana minda, sikap dan kemampuan mereka dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk negara dan pelanggan.

Negara adalah benar-benar berhajat kepada khidmat para penjawat awam.

Melalui perkhidmatan merekalah akan dapat ditingkatkan produktiviti dan penghasilan negara.

Kerana itu alhamdulillah, kita sekarang sedang giat menggunakan kaedah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan delivery approach. Dan semua ini adalah berpaksikan kepada amalan-amalan terbaik.

61Titah 201261

Di samping itu, kita juga menggunakan penanda-aras atau benchmarking, seperti kedudukan negara di mata antarabangsa dalam World Bank Ranking on Ease of doing Business. Dan baru-baru ini kita telah menyertai World Competitiveness Index yang dikendalikan oleh World Economic Forum.

Beta penuh yakin dengan usaha bersepadu semua kementerian yang dilengkapi dengan strategi-strategi yang berasaskan evidence and result-based, kita insyaaAllah akan dapat menjayakan pelaksanaan Wawasan 2035.

Mengenai tranformasi Perkhidmatan Awam, beta mengalu-alukan Tema Hari Perkhidmatan Awam pada kali ini yang berbunyi:

‘Transformasi Ke Arah Perkhidmatan Awam Yang Progresif.’ Tema ini memberi penekanan, betapa pentingnya Perkhidmatan Awam untuk sentiasa proaktif dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan serta lebih prihatin terhadap keperluan masyarakat dan para pelabur. Di samping itu, tema ini juga memberikan fokus kepada penilaian yang berkesan melalui health check terhadap keupayaan warga Perkhidmatan Awam dalam menangani setiap cabaran semasa.

Memandangkan tema ini bersifat dinamik dan relevan untuk diguna pakai dalam beberapa tahun, maka beta ingin melihat momentum dan langkah-langkah pembaharuan terus dipertingkatkan.

Selaras dengan strategi Wawasan 2035, beta mengalu-alukan usaha Jabatan Perdana Menteri dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif di bawah Rangka Kerja Perkhidmatan Awam Tahun 2016 hingga 2020. Beta mengharapkan rangka kerja ini dapat memacu Perkhidmatan Awam di tahap yang lebih hebat dan progresif.

Satu lagi inisiatif pembaharuan Perkhidmatan Awam ialah usaha meminda Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan di bawah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dikenali sebagai General Order yang telah digunakan sejak tahun 1961.

Pindaan ini akan memberikan nafas baru kepada Perkhidmatan Awam agar lebih lengkap dan terkini, khususnya dalam melahirkan modal insan yang cekap dan berdisiplin.

Titah 201262 62

Untuk akhirnya kepada penerima Anugerah Pekerja Cemerlang dan pemenang-pemenang Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam, beta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah.

Beta yakin anugerah ini akan memberikan motivasi dan inspirasi kepada semua warga Perkhidmatan Awam untuk bekerja lebih keras lagi bagi mencapai tahap kecemerlangan Perkhidmatan Awam.

Beta juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan peribadi beta kepada pegawai dan kakitangan yang bersara pada tahun ini di atas sumbangan dan jasa bakti mereka semasa dalam perkhidmatan dengan kerajaan. Semoga Allah jua akan membalas mereka dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

63Titah 201263

Titah Pada Majlis Haflut Takharruj Ke-6 Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Bagi Tahun 1438 Hijrah/2016 Masihidi Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas,

Negara Brunei Darussalampada 20 Muharam 1438 Hijrah/22 Oktober 2016 Masihi

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

ALHAMDULILLAH, beta bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana atas limpah rahmat-Nya jua dapatlah kita berkumpul di Majlis Haflut Takharruj Kali Ke-6, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada pagi ini.

Beta terlebih dahulu mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan yang menerima ijazah dan diploma masing-masing pada hari ini. Tidak lupa juga dirakamkan tahniah kepada para ibu bapa, penjaga dan pensyarah, yang sentiasa bertungkus lumus untuk melihat para graduan beroleh kejayaan.

Beta amat gembira mengetahui bahawa pada Haflut Takharruj Ke-6 ini, Universiti Islam Sultan Sharif Ali berjaya mengeluar-kan kumpulan graduan pertama bagi program double-degree, iaitu Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Perundangan Syar’iah.

Di samping itu, beta juga difahamkan bahawa para graduan pengambilan pertama bagi Sijil Sistem Keadilan Jenayah Syar’iah telah pun menamatkan pengajian mereka di UNISSA.

Alhamdulillah, pada hemat beta, pencapaian ini amatlah bermakna, selari dengan keperluan negara dan perkembangan ilmu pengetahuan semasa.

Sementara itu, beta juga berharap para graduan tidak hanya berpuas hati setakat memperolehi sijil dan gelaran akademik semata-

Titah 201264 64

mata tetapi juga perlu mampu untuk menjadi penggerak kepada jentera Kerajaan beta khasnya dalam pemantapan pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013.

Demikian juga, dalam menghadapi isu semasa berupa tohmahan atau provokasi terhadap Islam, beta melihat UNISSA mempunyai peranan yang sangat diperlukan untuk menyampaikan gambaran yang betul dan tepat mengenai ugama ini.

Ke arah ini, para pelajar UNISSA bukan sahaja dikehendaki untuk celik Al-Quran dan bahasa Arab, tetapi juga perlu memahami secara mendalam karya klasik para ulama silam Ahli Sunnah Waljamaah dalam pelbagai disiplin ilmu.

Di samping itu UNISSA, selaku gedung ilmu, juga perlu peka dengan landskap perkembangan pengajian dan tuntutan keperluan sumber tenaga manusia untuk Brunei.

Maka untuk itu, beta amat optimis bahawa langkah penjenamaan semula fakulti pengembangan dan penawaran program baru serta penilaian dan pindaan beberapa kursus adalah langkah bijak dan tepat oleh UNISSA. Langkah ini adalah antara inisiatif terbaik untuk mengembangluaskan lagi pasaran kerjaya bagi graduan lepasan universiti ini.

Sebenarnya masih banyak ruang yang perlu diteroka oleh UNISSA. Salah satu bidang yang berkembang pesat sehingga ke peringkat antarabangsa pada masa ini iaitu industri halal. Bukankah aspek halal itu merupakan tuntutan utama dalam agama Islam?

Nilai pasaran global adalah semakin meningkat dan dianggarkan berjumlah sangat besar. Ia meningkat sebanyak 16 peratus dari keseluruhan industri makanan dunia dan boleh menjangkau sehingga 20 peratus dari perdagangan dunia dalam produk makanan sahaja.

Oleh sebab itu, beta menyokong penuh rancangan UNISSA untuk menubuhkan sebuah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Halal di UNISSA sebagai pemangkin kepada hasrat beta untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai ‘hub halal global’ yang akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Maka untuk itu UNISSA mustahak diberikan perhatian. Perhatian utama termasuk oleh pihak-pihak berkenaan bagi memikirkan

65Titah 201265

pembinaan bangunan kampus kekalnya di Temburong. Ini penting sebagai pelengkap perkembangan selaku sifatnya sebuah pusat pengajian tinggi Islam bertaraf dunia.

Akhirnya, beta mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga UNISSA, yang meliputi Ahli-ahli Majlis dan Senat Universiti, Rektor, Pegawai-pegawai Utama, Ahli-ahli Akademik dan seluruh pegawai serta kakitangan universiti di atas segala sumbangan dan khidmat bakti mereka. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala jua yang akan membalas mereka dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201266 66

Titah Pada Majlis Konvokesyen Ke-6, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Negara Brunei

Darussalam 1438 Hijrah/2016 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada hari Sabtu,

28 Muharam 1438 Hijrah/29 Oktober 2016 MasihiAssalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu

Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

BETA bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dapat hadir di Majlis Konvokesyen Ke-6 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan pada pagi ini.

Mula-mula beta sukacita mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan di atas kejayaan mereka menamatkan pengajian masing-masing. Para graduan wajiblah bersyukur dengan kejayaan ini, kerana kejayaan tersebut adalah datangnya daripada Allah, siapa Yang Maha Pengurnia.

Para graduan KUPU SB adalah guru-guru yang bertauliah dan selaku guru bertauliah. Mereka pastilah memiliki pengetahuan ilmu yang luas. Sementara ilmu itu pula adalah amanah untuk disampaikan kepada yang berhak, iaitu masyarakat.

Inilah cara guru memanfaatkan ilmu dan cara ini perlu kekal sehingga bila-bila. Kerana itu juga guru-guru perlulah tahu,bahawa mereka adalah agen zaman untuk kelangsungan bangsa dan negara.

Sesuai dengan peranan mereka selaku agen zaman, guru-guru

ugama khasnya, bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan pengajaran di dalam bilik-bilik darjah sahaja, malahan juga patut menjadi contoh atau role model kepada pelajar dan masyarakat. Inilah pasak pendidikan yang sebenar-benarnya.

Maka untuk itu, pihak KUPU SB perlulah melakar panduan bagi pelajar-pelajarnya untuk menjadi guru ugama yang beretika dan berwatak hebat, berwibawa dan berkemahiran tinggi. KUPU SB adalah ibarat kilang untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi.

67Titah 201267

Mutu itu pula, ditentukan oleh matlamat utama pendidikan, iaitu ke arah melahirkan manusia yang berakhlak mulia. Ini adalah perkara asas yang duduknya tidak boleh di bawah, tetapi di atas, sesuai dengan deklarasi Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, riwayat Bukhari dan Muslim maksudnya : “Sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Kepentingan akhlak lebih dirasakan lagi di era mutakhir ini, berikutan berlakunya ledakan teknologi maklumat ICT. Dengan ledakan ini, seluruh masyarakat, tidak terkecuali juga kanak-kanak adalah terdedah kepada gejala-gejala yang boleh merosakkan akhlak.

Gejala tersebut banyak macamnya serta sukar pula untuk mengawalnya. Untuk mengawal itu memerlukan cara dan strategi yang cermat lagi teratur, iaitu satu-satunya melalui khidmat guru berjasa bagi menanamkan akhlak terpuji kepada anak-anak, membimbing dan memotivasi mereka menjadi anak-anak yang baik dan berguna.

Di samping itu, para ibu bapa juga dituntut untuk menyediakan iklim atau persekitaran yang baik dan Islamik bagi anak-anak. Kita usah lupakan maksud hadis, bahawa anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah seperti kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab, sama ada untuk meyahudikan atau menasranikan mereka.

Sehubungan ini, beta telah memperkenankan bagi KUPU SB menubuhkan pusat yang dinamakan Pusat Kajian Fiqh al-Usrah yang berfungsi untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan dan pendidikan.

Mengenai pendidikan, Brunei Darussalam telah pun melangkah mewujudkan Sistem Pendidikan Wajib Ugama. Ini adalah tanggungjawab besar. Alhamdulillah kita sudah pun menunaikannya. Tinggal sahaja lagi, kita perlu menjadikan pendidikan agama itu benar-benar menyerlah, maju dan mantap.

Di Brunei, kita ada sekolah, namanya ‘’Sekolah Arab’’. Beta mahu, biarlah sekolah ini benar-benar menepati seperti namanya juga. Di dalamnya ada ajaran pelbagai ilmu, terutama ilmu ugama dan bahasa Arab. Lulusannya boleh diterima untuk melanjutkan pengajian di dalam dan di luar negara. Sekolah ini tidak syak lagi boleh dibanggakan negara.

Titah 201268 68

Tetapi soalnya, kedengaran ada sungutan bahawa nama sahaja Sekolah Arab, tetapi penuntut-penuntutnya tidak mampu untuk menguasai bahasa Arab atau dengan kata lain, tidak dapat bertutur dengan baik dalam bahasa ini, berbanding bahasa Inggeris.

Jika benar seperti yang disungutkan itu, maka beta mengharapkan supaya ia dikaji dan diperbaiki.

Jadikanlah ia tugas utama. Cari jawapannya, mengapa bahasa Arab lemah di Sekolah Arab? Adakah ia menyangkut faktor guru, seperti kekurangan guru? Atau guru kurang berkelayakan? Atau turut menyangkut juga faktor peralatan mengajar, seperti kekurangan buku-buku atau buku itu sudah tidak sesuai lagi dengan keadaan? Atau mungkin juga menyangkut faktor “kaedah mengajar” yang tidak menepati cara? Dan lain-lain lagi.

Semua ini mestilah dikaji dengan teliti. Kelemahan atau kekuatan bahasa tidaklah boleh diukur semata-mata dari pemarkahan kertas-kertas jawapan di dalam peperiksaan, kerana jawapan-jawapan itu boleh saja dihafal dahulu untuk dijadikan jawapan.

Demikian sedikit dari beta untuk perhatian.

Akhir kalam, beta sukacita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga KUPU SB, terutama kepada Pengerusi dan Ahli-ahli Majlis Kolej Universiti, Ra’es, Ahli Senat, pegawai-pegawai utama, ahli-ahli akademik serta kakitangan Kolej Universiti atas segala sumbangan dan khidmat yang mereka berikan. Semoga semua amal kebajikan yang telah diberikan akan diterima oleh Allah dan KUPU SB menjadi sebuah pusat pengajian yang berkat.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

69Titah 201269

Titah Pada Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-11 Tahun 2016 di Pusat Persidangan Antarabangsa,

Berakas, Negara Brunei Darussalam pada 3 Safar 1438 Hijrah/3 November 2016 Masihi

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin,

Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

ALHAMDULILLAH, beta bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dapat lagi bersama-sama hadir di dalam perhimpunan Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-11 Tahun 2016 ini.

Beta sukacita mengucapkan Selamat Menyambut Hari Belia kepada semua para belia di negara ini.

Tema sambutan : ‘’Belia Berwawasan Pemangkin Transformasi’’ adalah membawa seribu harapan. Para belia patut menyambutnya sebagai cabaran. Kerana transformasi di sini bermaksud satu cetusan perubahan yang dinanti-nantikan. Ia tidak menunggu lama-lama melainkan terbuka untuk semua, terutama bagi para belia selaku agen kepada perubahan itu.

Satu tanda belia cepat berubah, apabila mendapati ramai di kalangan mereka, walaupun dalam usia masih muda, telah mencapai kejayaan-kejayaan sangat bermakna dalam pelbagai bidang, seperti bidang kedoktoran, guaman, kejuruteraan, keagamaan, keusahawanan dan lain-lain.

Kejayaan-kejayaan yang diperolehi ini adalah alat untuk para belia berkecimpung mencorakkan masa depan negara.

Titah 201270 70

Belia seperti ini tidak syak lagi adalah belia yang berwawasan lagi cemerlang. Negara adalah sungguh-sungguh mengimpikan mereka. Tanpa mereka, negara akan kehilangan tonggak atau pasaknya.

Tidak ada alasan untuk para belia lemah dan menyerah kalah. Ini bukan sifat belia. Belia adalah berani dan gagah. Mereka berani membuka perusahaan sendiri, walaupun mula-mulanya secara kecil-kecilan, seperti meneroka khidmat cuci kereta, menternak ikan, industri kreatif dan seumpamanya, tetapi dari kecil itu ia boleh jadi besar, jika para pengusaha belia terus gigih dan tabah.

Semua apa yang dirancang dan dibuat adalah cabaran belaka. Ia memerlukan kerja keras dan pengorbanan. Pengorbanan itu bukan setakat wang ringgit dan tenaga, tetapi turut lebih penting ialah berkorban dengan masa. Kalau kita menggunakan masa di jalan kebajikan, itulah satu pengorbanan paling berkesan, dengan kita mengawal diri dari menggunakannya secara sia-sia.

Jika ini dijadikan amalan, bererti kitalah orang yang pandai atau bijak memilih, di mana landasan yang betul dan selamat. Sebab itu, kerana tingginya harga masa itu, Allah sendiri sampai bersumpah dengan masa, bahawa semua manusia di dalam kerugian, kecuali mereka yang mengisi masa dengan amal-amal kebajikan. Demikian menurut Al-Quran, Surah Al-’Asr.

Di sinilah cabaran untuk semua, dalam perkara menggunakan masa. Jika silap menggunakannya, bererti kita menjerumuskan diri ke dalam satu krisis kehidupan, dan krisis ini, mesti segera diatasi.

Para belia mempunyai banyak masa dan peluang untuk terus berkembang. Tinggal saja lagi terpulang kepada mereka, sama ada mahu merebutnya ataupun tidak.

Adapun memanfaatkan masa dengan sewajarnya adalah pilihan orang-orang yang bijaksana. Beta berharap, para belia kita hendaklah termasuk antara mereka.

71Titah 201271

Era hari ini menyediakan ruang lingkup yang cukup luas untuk dilalui, sehingga tiada lagi sempadan dapat membatasinya.

Ini kadang-kadang, boleh mengelirukan orang untuk melakukan apa saja yang disukai tanpa boleh disekat-sekat lagi.

Lalu wujudlah golongan yang sangat-sangat mendewakan kebebasan tanpa batasan dan sekali gus membawa muncul budaya baru, tidak menghiraukan lagi adat tradisi dan agama.

Pada biasanya, golongan seperti ini adalah lebih didominasi oleh kaum belia di mana-mana saja.

Beta berharap, para belia kita tidaklah akan sampai terjebak kepada konsep bebas seperti ini, tetapi akan tetap kekal sebagai belia-belia yang mentaati agama dan menghormati undang-undang serta tradisi bangsa.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201272 72

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin,

Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

BETA bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya jua, dapatlah kita pada pagi ini, bersama-sama berhimpun di Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Brunei (UTB) Tahun 2016.

Di kesempatan ini beta sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para graduan di atas kejayaan mereka menamatkan pengajian masing-masing. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan di masa akan datang. Beta juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada para ibu-bapa dan penjaga serta tenaga pengajar yang sentiasa berusaha memastikan para graduan sentiasa berada di landasan yang betul di sepanjang tempoh pengajian mereka sehingga dapat meraih kejayaan yang sungguh bermakna.

Beta juga mengucapkan tahniah di atas pertukaran nama Institut Teknologi Brunei kepada Universiti Teknologi Brunei (UTB) setelah mencapai usia 30 tahun penubuhannya. Beta berharap dengan nama baru ini, semua usaha akan ditingkatkan lagi bagi memenuhi objektif, misi dan visi universiti. Walau bagaimanapun, beta ingin mengingatkan, supaya apa jua yang dirancang dan dilaksanakan, hendaklah sentiasa berlandaskan MIB.

Seterusnya, beta difahamkan bahawa majlis konvokesyen pada kali ini akan menyaksikan penganugerahan sulung bagi 12 program Ijazah Sarjana Muda yang mula diperkenalkan pada tahun 2012. Ini adalah pencapaian yang membanggakan kerana UTB mampu meluaskan lagi bidang pengajian yang ditawarkan dan seterusnya

Titah Pada Majlis Konvokesyen Kali Keempat Bagi Graduan Ijazah dan Majlis Konvokesyen Bagi Graduan

Diploma Tertinggi Kebangsaan Kali Ke-25 Universiti Teknologi Brunei Tahun 2016

di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada hari Isnin, 7 Safar 1438 Hijrah/

7 November 2016 Masihi

73Titah 201273

telah membuka lebih banyak peluang kepada lebih ramai pelajar untuk meneruskan pengajian mereka di UTB. Dalam hal ini, beta menyeru supaya UTB akan sentiasa melipatgandakan lagi usaha memperkenalkan program-program lain yang relevan dan yang dapat memacu perkembangan ekonomi negara.

Alhamdulillah, setakat ini beta ada mendengar bahawa para graduan yang dilahirkan oleh UTB adalah mampu untuk memenuhi kehendak pasaran pekerjaan dengan baik. Namun di dalam masa yang sama, penglibatan mereka di bidang keusahawanan masih lagi di tahap yang rendah. Memandangkan adanya kekurangan pencapaian ini, maka sudah sampai masanya bagi UTB mengkaji dan menggubal semula kurikulumnya bagi memastikan semangat, kecenderungan dan peluang dalam bidang keusahawanan itu dapat dibentuk seawal-awalnya lagi.

Menyentuh mengenai sumber tenaga pengajar kerja dari industri yang bukan berasaskan minyak dan gas, beta mengambil maklum mengenai penubuhan Sekolah Sains Gunaan dan Matematik (School of Applied Science dan Mathematics) yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dan Teknologi. Program itu, antara lain dihasratkan untuk mendukung pertumbuhan ekonomi dari industri pemakanan di negara ini, selaras dengan usaha kerajaan dalam mempelbagaikan sumber ekonomi melalui pelaburan langsung asing. Beta berharap penubuhan Sekolah Sains Gunaan dan Matematik itu akan mampu untuk mengangkat UTB sebagai penyumbang kepada peningkatan industri pemakanan yang berkualiti tinggi, yang mampu bersaing di arena antarabangsa.

Mengenai dengan pengiktirafan bagi program-program profesional pula, usaha tersebut adalah suatu yang sangat perlu bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan. Oleh sebab itu, beta gembira apabila mengetahui bahawa Sekolah Pengkomputeran dan Informatik UTB telah diiktiraf oleh British Computer Society, sebuah badan profesional antarabangsa. Di dalam iklim ekonomi global yang masih tidak menentu, inisiatif ke arah pengiktirafan program-program itu boleh menjimatkan kos latihan bagi majikan.

Seterusnya dalam mendepani krisis ekonomi dunia ini, UTB dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hendaklah mengamalkan sikap berjimat cermat dan tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. IPTA boleh menjana pendapatan berdaya tahan melalui perkhidmatan kepakaran dan penyelidikan

Titah 201274 74

berinovasi, sesuai dengan statusnya sebagai separa autonomi. Pendekatan ini mampu untuk menjamin kelangsungan inisiatif-inisiatif agenda pertumbuhan organisasi masing-masing.

Akhirnya, beta tidak lupa merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga UTB, yang merangkumi Ahli-ahli Majlis, Ahli-ahli Senat, Naib Canselor, Pegawai-pegawai Utama, Ahli-ahli Akademik, pegawai dan kakitangan atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka. Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala jua akan memberkati segala usaha dan titik peluh mereka dengan mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

75Titah 201275

Titah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,

pada hari Ahad, 12 Rabiuawal 1438 Hijrah/13 Disember 2016 Masihi

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin,

Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

MARILAH kita sama-sama bersyukur, kerana dapat lagi menyambut Maulid Ar-Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu suatu detik bersejarah untuk dunia dan manusia.

Al-Quran sendiri telah memberitahu, siapa dia Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu. Baginda adalah lampu yang terang benderang dan rahmat bagi seluruh alam.

Apakah yang lebih bermakna dari lampu untuk menerangi keadaan gelap gelita dan rahmat untuk mengeluarkan manusia dari azab sengsara?

Andainya tanpa Baginda, dunia ini memang akan terus gelap. Sementara rahmat pula akan tetap jauh daripada kita.

Tetapi Allah Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, diutus-Nya Nabi dan Rasul terakhir, Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk menjadi suluh dan rahmat bagi alam semesta.

Tidak diragukan lagi, Nabi Muhammad Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah benar-benar kekasih Allah, dengan Baginda itu dikurniakan banyak kelebihan dan keistimewaan yang tidak pernah diberikan kepada orang lain.

Di antara kelebihan dan keistimewaan tersebut, terdapat dalam lafaz “syahadah”, di mana nama Baginda telah disebut beriringan selepas Nama Allah sendiri :

Titah 201276 76

“Asyhadu An Laa Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah”.

Selain daripada itu, Allah dan para malaikat-Nya juga adalah berselawat ke atas Baginda, sebagaimana disebut oleh Al-Quran, Surah Al-Ahzab, ayat 56.

Kemudian, yang sangat-sangat kita hajati, Baginda itu juga pada hari akhirat kelak, akan diizinkan oleh Allah, untuk memberi syafaat kepada kita umat Islam. Syafaat ertinya, ialah pertolongan Nabi untuk meringan atau melepaskan kita daripada kesusahan.

Walaupun Baginda sudah tiada, namun hubungan intim dengan Baginda itu tetap saja wujud. Ini berlaku, ketika kita melakukan azan atau mendirikan sembahyang atau berselawat ke atas Baginda di luar sembahyang. Semua ini membawa makna, bahawa hubungan kita dengan Baginda itu adalah tidak putus.

Inilah untungnya kita orang Islam, di setiap ketika dapat mengaut pahala, hanya dengan menyebut-nyebut nama Baginda sahaja.

Sekali berselawat ke atas Baginda, Allah akan membalas selawat kita itu dengan sepuluh selawat.

Maka memang wajarlah bagi kita memperingati Maulid Ar-Rasul itu sebagai tanda kasih kita kepada Baginda, dan sambil itu kita juga dapat memperbaharui azam untuk lebih kuat lagi berpegang kepada Islam yang telah dibawa oleh Baginda.

Di zaman yang serba rosak ini, banyak anasir yang suka memprovok Islam dan umat Islam, supaya Islam dan umatnya lemah.

Provokasi itu pula pelbagai bentuknya, bukan satu dua tetapi banyak.

Pada ketika ini, kita mendengar laporan-laporan mengenai tindakan-tindakan yang diambil ke atas orang-orang Islam yang menjadi penduduk minoriti kepada negara tersebut.

Beta berharap pihak-pihak yang berkenaan akan mencari resolusi aman bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan bagi semua penduduk.

77Titah 201277

Atas nama Islam agama rahmat dan atas nama kemanusiaan serta semangat solidarity serantau, maka kita berharap isu ini akan segera ditangani dengan seadil-adilnya.

Pada hemat beta, untuk umat Islam ini selamat, mereka mestilah menguatkan akidah, iaitu ajaran yang dibawa oleh Nabi kita, Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Umat Islam di zaman keemasan dahulu lebih mengutamakan akidah daripada yang lain-lain. Kerana itulah mereka selamat dan bahkan kuat, digeruni oleh kawan dan lawan.

Maka bersukut dengan Maulid Ar-Rasul yang sedang kita sambut kini, beta berseru terutama kepada pihak-pihak berkenaan yang sedia dibebankan dengan tanggungjawab dakwah, supaya mengambil pendekatan lebih bersungguh-sungguh ke arah memperkukuh dan memperkasa akidah. Kita tidak boleh menunggu lama-lama, kerana jika kita lambat, anasir akan mengambil kesempatan daripada kelambatan kita itu.

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201278 78

Assalamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin,

Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

BETA bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dapat lagi bersama-sama dengan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang sedang berada di United Kingdom dan Ireland, terutama para penuntut, pegawai kerajaan dan mereka yang sedang bercuti bersama keluarga.

Melalui majlis ini, dapatlah beta mengetahui lebih dekat lagi akan perkembangan para pelajar di sini, serta juga membolehkan beta untuk mendengar daripada mereka apa-apa yang mustahak jika ada.

Beta tahu, para pelajar, di samping sibuk dengan pengajian, ada juga yang mempunyai kecenderungan-kecenderungan lain sebagai kegiatan sampingan, seperti kegiatan melayari internet atau kegiatan berjalan dan melancong semasa percutian atau kegiatan menyertai perkumpulan-perkumpulan atas nama ‘agama’ dan lain-lain.

Melayari internet kerana tugas atau untuk mendapatkan maklumat yang betul, adalah ia satu kerja bermanfaat. Tetapi jika digunakan sebaliknya, risikonya adalah buruk.

Begitu juga melancong, jika tujuannya baik untuk sesuatu yang berfaedah, maka natijahnya adalah baik. Berbeza jika sebaliknya, maka akibatnya, cuma akan membuang masa dan wang sahaja.

Titah Pada Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam Yang Berada Di United Kingdom dan Ireland Bagi Tahun 1438 Hijrah/2016

Masihi pada hari Khamis, 22 Rabiulawal 1438 Hijrah/22 Disember 2016

79Titah 201279

Kemudian kegiatan berkumpul atas nama ugama. Tidak siapapun yang boleh mengatakan ini tidak baik, kerana sifat agama itu adalah luhur dan suci. Namun, bukan tidak pernah berlaku orang berkumpul atas nama agama atau dengan nama-nama lain yang ada kaitan dengan agama, seperti menggunakan nama Al-Quran, atau Perkumpulan Al-Quran, atau nama Usrah, atau nama Pemuda Iman, atau nama Belia Da’ie dan seumpamanya. Tetapi ‘cara’ mereka itu tidak betul dan boleh diragui.

Ada bukti perkara ini sudah lama berlaku. Mereka berkumpul dalam kumpulan-kumpulan tertentu dan bergerak dari rumah ke rumah sesama mereka sahaja, dengan pengisian membaca kitab tertentu atau betadabbur Al-Quran, iaitu membaca ayat-ayat serta memahami maksudnya dan kemudian menerangkan kepada ahli-ahli menurut fahaman sendiri-sendiri.

Di samping itu, mereka juga mengadakan program Qiyam Al-Lail dan berkhemah di satu-satu tempat dengan aktiviti-aktiviti tertentu.

Kumpulan ini turut dianggotai oleh orang-orang terpelajar, malah mereka yang berjawatan dalam kerajaan dan termasuk juga ahli akademik dan profesional.

Sekali sekala akan terdengar, mereka itu berpendirian lain dari kita. Mereka menolak tahlil dan menolak perayaan menyambut Maulid Ar-Rasul dengan melabelnya sebagai bid’ah yang buruk. Tetapi mereka bersikap tidak mahu bising untuk menonjolkan pendirian mereka ini, sama halnya, kalau berkumpul, mereka akan berkumpul hanya sesama mereka sahaja secara senyap-senyap.

Mengapakah mesti begitu? Mungkin saja, ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Sedangkan, jika ajaran Islam sebenar, bukanlah ia ditapok, tetapi mustahak dizahirkan sebagai syiar.

Titah 201280 80

Di sini, ingin beta mengambil kesempatan untuk mengingatkan para pelajar khasnya, supaya jangan terbawa-bawa untuk menyertai kumpulan-kumpulan yang tidak tentu hujung pangkal, lebih-lebih lagi jika kumpulan tersebut diketahui membawa pendirian yang berbeza dengan pendirian kerajaan.

Beta memahami, golongan yang biasa menjadi sasaran kepada pihak-pihak pemesong agama ini ialah kaum pelajar, khasnya mereka yang sedang menuntut di luar negara. Mereka ini apabila tamat pengajian kelak, akan digalakkan pula untuk jadi penggiat aktif dalam negara.

Oleh itu, kaum pelajar seyogia berhati-hati untuk tidak terjebak ke dalam sebarang perangkap yang tidak diingini. Tugas utama mereka ialah semata-mata belajar sehingga mencapai kejayaan.

Kepada pihak-pihak berkenaan dalam kerajaan pula, beta menghendaki supaya mereka tidak berdiam diri atau menganggap ringan sahaja perkembangan-perkembangan yang berlaku di dalam negara, terutama dalam perkara yang berkaitan undang-undang dan agama serta keselamatan.

Juga turut penting di sini ialah peranan ibu bapa. Ibu bapa adalah berkewajipan terhadap anak-anak. Pastikan anak-anak itu siapa mereka. Ke mana mereka selalu pergi keluar rumah dan apa tujuan? lebih-lebih lagi jika anak-anak itu sudah mempunyai kelulusan dan pekerjaan.

Mereka sering-sering saja keluar rumah dan balik sampai jauh-jauh malam, namun tidak pernah ditanya, sehingga di luar pengetahuan ibu bapa, rupa-rupanya anak-anak itu adalah penggiat di dalam perkumpulan yang menyalahi undang-undang dan agama.

Demikian sedikit peringatan daripada beta.

81Titah 201281

Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.