kumpulan titah - information.gov.bn publication pdf/1992.pdf · anak kunci rumah di bawah...

145
Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Tahun 1992

Upload: dinhduong

Post on 01-Jul-2018

244 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Tahun 1992

Page 2: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran
Page 3: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien

Sa’adul Khairi WaddienSultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Page 4: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran
Page 5: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

VTitah 2012V

TerbitanUnit Penerbitan Melayu

Bahagian Penerbitan dan PameranJabatan Penerangan

Jabatan Perdana MenteriNegara Brunei Darussalam

Cetakan Pertama 1993Cetakan Kedua 2016

Hak cipta Jabatan Penerangan

PenyelarasHajah Rosidah binti Haji Ismail

Susunan/Reka letak/Kompilasi/PenyemakZawiyatun Ni’mah binti Mohamad Akir

Kulit Luar

Dicetak olehEzy Printing Services & Trading Co. Sdn. Bhd

ISBN

Page 6: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012VI VI

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Titah Sempena Tahun Baru Masihi 1992

Titah Sempena Pertandingan Membaca Kitab Suci Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 1412 Hijrah / 1992 Masihi pada 5 Januari 1992

1-5

6-9

Titah Di Pembukaan Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Kerajaan Negara-Negara Asean Di Singapura pada 27 Januari 1992

Titah Di Majlis Sambutan Israk Dan Mikraj Tahun 1412 / 1992 Masihi di Pusat Persidangan Antarabangsa pada 1 Februari 1992

10-15

16-18

19-21Titah Semasa Keberangkatan Ke Kampung Sungai Hanching Dan Salambigar, Mukim Berakas Dan Seterusnya Penyerahan Anak-Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan Perumahan Negara Lambak Kanan Bagi Peringkat Ke-IV Fasa III Dan Peringkat V Fasa I Dan II Serta Bagi Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Peringkat I, Lambak Kiri pada 5 Februari 1992

Page 7: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

VIITitah 2012VII

Titah Semasa Keberangkatan Lawatan Negara Ke Malaysia pada 11 Februari 1992

Titah Semasa Upacara Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Undang-UndangOleh Universiti Malaya Kepada Bagindapada 15 Februari 1992

Titah Bersempena Sambutan Perayaan Ulangtahun Ke-8 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari 1992

22-26

27-30

31-34

35-37

38-40

41-43

Titah Semasa Keberangkatan Ke Majlis Penyerahan Anak-Anak Kunci Rumah Kepada Peserta-Peserta Skim Kurnia Tanah Kepada Rakyat Jati Bagi Kampung Mumong Dan Lorong Tiga, Seria Daerah Belait pada 3 Mac 1992

Titah Sempena Menyambut Nuzul Al-QuranDi Pusat Persidangan Antarabangsa pada 22 Mac 1992

Titah Bersempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun 1412 Hijrah/1992 Masihi pada 4 April 1992

Page 8: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012VIII VIII

Titah Sempena Majlis Pelancaran Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei Darussalam pada 28 April 1992

44-46

47-49

50-52

Titah sempena Majlis Pelancaran Kempen Antirasuah Dan Pembukaan Rasmi Ibu Pejabat Biro Mencegah Rasuah pada 12 Mei 1992

53-54

Titah Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1412 / 1992 pada 11 Jun 1992

55-57

Titah Sempena Menyambut Awal TahunBaru Hijrah 1413 pada 1 Julai 1992

Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1413 di Pusat Persidangan Antarabangsa pada 2 Julai 1992

Titah Sempena Lawatan Tuan Yang Terutama Presiden Wee Kim Wee, Presiden Republik Singapura Ke Negara Brunei Darussalam pada 6-8 Julai 1992

Titah Sempena Keberangkatan Ke Kampung Telisai Dan Seterusnya Menyempurnakan Penyerahan Anak-Anak Kunci Rumah Bagi Skim Tanah Kurnia Kepada Rakyat Jati Kampong Telisai, Daerah Tutong pada 11 Julai 1992

58-60

61-63

Page 9: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

IXTitah 2012IX

Titah Sempena Hari Keputeraan BagindaYang Ke-46 Tahun Di Balai Singgahsana Istana Nurul Iman pada 15 Julai 1992

64-71

Titah Bersempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-46 Tahun Di Istiadat Mengadap Di Daerah Belait pada 18 Julai 1992

72-74

Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-46 TahunDi Istiadat Mengadap Di Daerah Tutong pada 21 Julai 1992

75-76

Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-46 Tahun Di Istiadat Mengadap Di Daerah Temburong pada 23 Julai 1992

77-79

Titah Sempena Ulangtahun Ke-25 Penubuhan ASEAN pada 8 Ogos 1992

80-82

Titah Semasa Keberangkatan Ke Kampung Mentiri Dan Seterusnya Menyempurnakan Penyerahan Anak-Anak Kunci Rumah Bagi Rancangan Perumahan Negara Di Kampung Mentiri Daerah Brunei-Muarapada 22 Ogos 1992

83-85

Titah Di Majlis Persantapan Yang Disembahkan Oleh Penuntut-Penuntut Di United Kingdom Dan Eire, Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-46 Tahun pada 23 Ogos 1992

86-88

Page 10: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012X X

Titah Di Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (Nam) Kali Ke-10 Di Jakarta, Republik Indonesia pada 2 September 1992

89-93

Titah Di Majlis Perhimpunan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada 9 September 1992

Titah Di Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam pada 12 September 1992

94-96

97-99

Titah Sempena Lawatan Ke India pada 15 September 1992

Titah Sempena Lawatan Ke Republik Islam Pakistan pada 18 September 1992

100-102

103-105

Titah Di Majlis Perhimpunan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Kali Ke-2 pada 23 September 1992

106-108

Page 11: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

XITitah 2012XI

Titah Sempena Pameran-Pameran Sambutan Perayaan Jubli Perak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta pada 30 September 1992

109-110

Titah Sempena Upacara Pelancaran Mushaf Brunei Darussalam pada 3 Oktober 1992

Titah Sempena Sambutan Jubli Perak Di Istana Nurul Iman pada 5 Oktober 1992

111-112

113-116

Titah Sempena Pengisytiharan Pelancaran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Dan Perletakan Batu Asas Bangunan Yayasan Serta Juga Pengisytiharan Tapak Dewan Jubli Perak pada 12 Oktober 1992

117-119

Titah Sempena Lawatan Negara Ke United Kingdom pada 3 November 1992

120-123

Page 12: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012XII XII

Titah Di Majlis Persantapan Yang Disembahkan Oleh The Lord Mayor Of London Sempena Lawatan Negara Ke United Kingdom pada 4 November 1992

124-126

Titah Di Universiti Oxford Sempena Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Ke United Kingdom pada 5 November 1992

Titah Di Majlis Sempena Sambutan Jubli Perak Baginda Menaiki Takhta Anjuran Bersama Dewan Perniagaan Melayu, Dewan Perniagaan Tionghua Dan Dewan Perniagaan Negara pada 16 November 1992

127-129

130-132

Page 13: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

1Titah 20121

Titah Sempena Tahun Baru Masihi 1992

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

DENGAN izin Allah Subhanahu Wataala jua, dapatlah kita memasuki gerbang tahun baharu Masihi 1992, dan mengucapkan

selamat tinggal kepada tahun 1991. Apa yang jelas, bahawa kita telah menempuh tahun 1991 dengan

perasaan yang lega, dari segi, negara kita tetap berkeadaan aman, dengan rakyat serta penduduk hidup di dalam bahagia dan sejahtera. Ertinya, satu babak dari kehidupan kita sudahpun selesai, iaitu kehidupan bernegara yang diterajui oleh kerajaan yang ada.

Dari masa sepanjang 12 bulan itu, kita telah pun melakukan

apa-apa yang kita kehendaki. Kita merancang, dan sambil itu kita juga bertindak melaksanakan rancangan-rancangan tersebut. Soalnya sejauh manakah kita sudah berhasil mencapai matlamat-matlamat kita, adalah merupakan suatu perkara, yang amat mustahak untuk diteliti atau diambil kira.

Maka di dalam menilai beberapa hasil kerja seperti inilah,

biasanya kita akan kembali kepada soal mutu, produktiviti dan inovatif. Lalu dengan itu, kita pun dengan tidak habis-habisnya membuat panduan demi panduan atau garispandu demi garispandu untuk meningkatkan profesionalisme dan kualiti pegawai-pegawai serta kakitangan perkhidmatan awam kita, seperti pada tahun lepas umpamanya, beta dengan senghaja telah cuba mengungkapkan tema “Kerjasama dan Muzakarah” di kalangan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan dalam kerajaan.

Tetapi di samping itu, beta juga menyedari, bahawa dengan garispandu dan arahan-arahan sahaja belumlah dianggap menjamin untuk mendisiplinkan semua jentera kerajaan dengan sebaik-baiknya, kerana disiplin itu sebenarnya bukanlah boleh dikertaskan, tetapi ianya terletak dan berpunca daripada rohani seseorang.

Page 14: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 20122 2

Inilah nilai yang utama, yang mesti turut ditekankan di dalam latihan-latihan dan program-program pembinaan manusia. Jika nilai spiritual ini sudah tumbuh dan berkembang di dalam diri seseorang, maka barulah budaya kerja yang sihat, amanah dan bertanggungjawab akan lahir menjiwai pembangunan.

Tegasnya, setakat undang-undang dan peraturan sahaja, belumlah membolehkan terciptanya budaya yang baik ini, sekiranya tidak wujud terlebih dahulu pegawai-pegawai dan kakitangan awam yang melihat tugas dan khidmat mereka sebagai ibadat yang wajib ditunaikan.

Jadi dalam hubungan ini, yang paling penting itu, ialah perubahan sikap ke arah yang lebih amanah, jujur dan bertanggungjawab bagi melaksanakan tugas masing-masing bukan mencongak-congak atau menghitung-hitung : Apakah nasib saya pada besok hari atau lusa dan seterusnya. Adapun sikap perangai suka mencongak-congak begini, lahirnya bukanlah dari jiwa yang besar dan berani, tetapi sebaliknya.

Kerana itu, dengan segala tulus ikhlas, beta amatlah mengharapkan supaya pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan beta tidaklah akan mengabaikan masalah nilai serta “semangat kerja” yang tinggi walaupun sekirannya tempoh perkhidmatan mereka hanya tinggal sehari sahaja lagi. Di sinilah letaknya ujian kejujuran bagi seorang pegawai itu.

Beta seboleh-bolehnya akan mengurangkan daripada menyebut ataupun memperkatakan semula, apa-apa yang telah pernah beta tegaskan dahulu di masa-masa yang lalu. Tetapi bagaimanapun, beta tidaklah pernah lupa, untuk melihatnya berhasil dan terlaksana menjadi kenyataan.

Mengenai pergolakan semasa di luar tanahair, tahun 1991 telah

mencatatkan beberapa banyak kejadian menarik dan juga yang mengerikan. Di antaranya ada yang turut membuka jalan bagi perubahan scenerio politik dunia yang memang tidak pernah mantap itu.

Kita sebagai sebahagian dari masyarakat antarabangsa, hanyalah

turut mengharapkan perubahan-perubahan yang adil, yang disenangi oleh seluruh jagat ini, yang tidak sedikit pun merugikan mana-mana pihak. Tetapi jika sekiranya ada yang manis, maka kemanisan itu biarlah dapat dinikmati bersama-sama. Dan adalah untuk ini,

Page 15: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

3Titah 20123

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mestilah kekal berfungi sebagai sifatnya forum antarabangsa untuk melindungi hak dan kepentingan negara-negara anggota, terutama negara-negara kecil dan lemah.

Biasanya, apa sahaja kesan sesuatu pergolakan atau kejadian

itu, akan terpaksa ditanggung secara bersendirian oleh mana-mana juga pihak di dunia ini, tidak terkecuali juga kita. Maka begitulah umpamanya, kesan daripada kejatuhan harga minyak dunia di samping kesusutan nilai matawang dolar Amerika, adalah boleh mendatangkan akibat-akibat ekonomi dan politik yang berbagai-bagai kepada seluruh dunia. Terpulanglah kepada masing-masing untuk mencari jalan bagaimana mengatasinya, ataupun mengambil langkah-langkah yang wajar yang berpatutan bagi mengekalkan kestabilan masing-masing.

Maka kita dalam hubungan ini alhamdulillah, telah dapat

menghadapi dengan cara kita sendiri, iaitu melalui langkah-langkah berjimat cermat yang tidak sampai menjejaskan rancangan-rancangan kerjaaan bagi kepentingan rakyat dan penduduk.

Menyebut mengenai dengan kepentingan rakyat dan penduduk ini, rancangan tidaklah sahaja dibuat dalam bidang-bidang pembangunan kebendaan semata-mata, tetapi turut juga difikirkan ialah bagaimana untuk mewujudkan lagi kefahaman dan kerjasama yang lebih rapat di antara pihak-pihak kerajaan dan orang ramai.

Maka ke arah ini, eloklah juga barangkali ditimbangkan

kemungkinan orang-orang yang dilantik ke jawatan-jawatan tertinggi dalam kerajaan dan juga orang-orang yang bergelar serta disampiri nama menurut adat istiadat negara akan dapat memainkan peranan kepimpinan di peringkat “grass-root” secara lebih sistematik lagi. Hal ini adalah wajar sebagai suatu cara meresapkan unsur-unsur kepimpinan itu ke dalam masyarakat.

Masalah kepimpinan ini sudahpun banyak kali beta tekankan. Kepimpinan yang baik itu akan melahirkan masyarakat yang bersopan santun dan berbudi luhur. Tetapi sebaliknya kepimpinan yang gagal, akan terus sahaja memperbesar jurang di antara yang dipimpin dengan pemimpin itu sendiri.

Beta sangatlah berpuas hati dengan apa yang sudah kita buat untuk kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini. Kita tidak bertindak berat sebelah untuk kepuasan dunia semata-mata tetapi

Page 16: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 20124 4

sama-sama mementingkan akhirat dan kebahagiaan jangka panjang. Misalnya kita telah membuat peraturan yang berkaitan dengan arak serta yang paling baru menubuhkan institusi kewangan Islam. Semua ini faedahnya bukanlah untuk satu golongan sahaja tetapi secara rasionalnya adalah meliputi untuk kebahagiaan semua pihak.

Sungguhpun begitu, semakin rancak kita bergerak ke arah “jalan

yang lurus” ini, maka semakin rancak pula kelihatannya tentangan dan jenayah yang dilakukan oleh anasir-anasir yang antiketenteraman.

Beta tegaskan di sini bahawa mereka ini tidak akan mempunyai

tempat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera. Beta adalah berharap, supaya usaha-usaha untuk mengatasi

jenayah akan ditingkatkan terus, dengan orang ramai pula hendaklah memberikan kerjasama mereka yang rapat lagi berterusan kepada pihak Pasukan Polis Diraja Brunei. Kita adalah tidak mampu sama sekali untuk bertolak ansur dengan apa juga jenis anasir yang cuba mengeruhi suasana tenteram yang sedang kita nikmati selama ini. Setiap apa sahaja bentuk perbuatan yang bercanggah dengan undang-undang dan peraturan negara adalah musuh kita.

Menjelang tahun 1992 ini, negara lebih-lebih lagi memerlukan

keselesaan di mana keselesaan itu hanya akan wujud apabila adanya keamanan. Kerana dalam tahun ini juga, kita akan menyaksikan suatu perayaan bersejarah yang agak berbeza dari lain-lain perayaan iaitu perayaan bersempena dengan menyambut genapnya 25 tahun beta menaiki takhta.

Perayaan ini dimaksudkan semata-mata kerana menghargai

sejarah. Beta yakin bahawa faktor sejarah sangat banyak memainkan peranan untuk menyelesaikan pelbagai masalah kita dan negara.

Sebab itulah, ia perlu dipelihara dengan tidak mengira sama ada kecil ataupun besar. Jika tanpa usaha untuk memelihara dan menyimpan sejarah, lama kelamaan ia akan berkubur begitu sahaja. Bangsa yang tidak mempunyai sejarah adalah bangsa yang merempat dan miskin.

Oleh yang demikian itu, beta berharap perayaan ini tidak sahaja akan mempamerkan perkara-perkara yang bersifat sementara yang mudah dan cepat hilang daripada ingatan, malahan juga yang lebih

Page 17: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

5Titah 20125

utama ialah dapat menonjol atau menghasilkan sesuatu yang bersifat kekal yang boleh dirujuk dan dibaca oleh generasi yang akan datang.

Akhirnya beta dalam kesempatan ini, tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk yang telah memberikan sokongan padu kepada kerajaan beta.

Demikian juga seluruh pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan

dan tidak terkecuali anggota-anggota pasukan keselamatan yang telah memainkan peranan mereka masing-masing bagi kepentingan negara ini.

Dengan segala tulus ikhlas serta sukacita, beta dan keluarga

beta mengucapkan selamat tahun baru kepada sekalian rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, sambil berdoa semoga kita dan negara kita akan sentiasa dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala keselamatan, ketahanan, aman makmur dan bahagia di bawah hidayah dan perlindungan-Nya juga.

Sekian Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 18: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 20126 6

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

BETA bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan limpah kurnia serta rahmat-Nya jua, maka dapatlah kita

berkumpul pada malam ini, sebagaimana juga pada tiap-tiap tahun. Tidak ada suatu perkumpulan yang lebih berkat dari perkumpulan

kerana memuliakan kitab suci Al-Quran. Caranya, sama ada dengan membaca, atau mentafsir, atau meneliti dan mempelajari isi kandungannya, adalah semua itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang amat banyak yang tidak boleh dianggarkan. Dan lebih-lebih lagi, jika di samping itu juga secara beriringan, kita terus menerima dan mengamalkan ajaran-ajarannya.

Kitab suci Al-Quran adalah sumber hidayah dan petunjuk, suatu

mukjizat yang teragung, yang mengandungi segala bidang ilmu untuk diteroka oleh manusia.

Mengenai bidang ilmu ini, agama Islam telah mengangkatnya ke

taraf ibadat, sejajar dengan ajaran Al-Quran sendiri yang meletakkan para ilmuan di mercu kemuliaan dan martabat yang tinggi. Hanya dengan ilmu pengetahuan sahaja kita akan dapat melaksanakan segala tanggungjawab kita kepada Allah dan juga kepada sesama makhluk. Kerana itu tanpa pengetahuan, segala-galanya akan kosong.

Agama Islam yang bersendikan Al-Quran, adalah mengajar

dan mendidik manusia kepada tauhid. Dan daripada didikan yang seumpama inilah yang dapat melahirkan manusia-manusia Muslim yang berilmu, berakhlak dan beramal salih.

Titah Sempena Pertandingan Membaca Kitab Suci Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat

Kebangsaan Bagi Tahun 1412 Hijrah/1992 Masihi pada 5 Januari 1992

Page 19: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

7Titah 20127

Kerana itu, dalam era pembangunan sekarang, umat Islam perlu menyedari hal ini, dan mustahak menumpukan usaha, ke arah menyepadukan antara ilmu, keimanan dan amal salih itu sebagai teras pembangunan manusia dan negara. Sebab itu pada hemat beta, adalah tidak memadai untuk membangun semata-mata dengan sains dan teknologi yang kosong daripada tauhid. Oleh kerana pembangunan yang kosong daripada tauhidlah, makanya dunia ini tidak habis-habis dirundung malang, yang diakibatkan oleh tangan-tangan manusia sendiri yang tidak jujur dan ikhlas dengan karya mereka, yang kadang-kadang digunakan untuk memperdayakan dan bahkan menzalimi sesama manusia. Berbeza dengan sains dan teknologi yang berintikan tauhid, akan dapat menolong menyelamatkan dunia ini daripada terus-menerus terdorong kepada kebinasaan dan kehancurannya. Dan maka atas asas inilah, pendidikan sekular itu tidak boleh menelan atau mengatasi pendidikan agama.

Pada masa ini, orang hanya pandai mengeluh dan menyesali,

mengapakah umat Islam terus-menerus mundur dan lemah? Padahal terdapat kira-kira 50 buah negara Islam di serata dunia dengan 1/5 daripada penduduk dunia itu keseluruhannya adalah terdiri daripada umat Islam. Dan kemudian jika diteliti lagi, sejumlah besar daripada negara-negara tersebut adalah mempunyai keupayaan yang tinggi sebagai pengeluar hasil bumi berupa petroleum, iaitu kira-kira 50 peratus dari keperluan dunia. Tetapi sungguhpun begitu, sebilangan terbesar daripada negara-negara Islam itu masih juga terus bergantung kepada negara-negara Blok Timur dan Barat, dari segi perbekalan makanan, teknologi, sains dan ketenteraan.

Inilah satu hakikat yang paling menyedihkan. Berbagai-bagai

pendapat dan ramalan telah dibuat mengenainya. Ada yang mengatakan kerana kita orang-orang Islam ini hanya pandai dan rajin beribadat, tetapi kurang dan sedikit usaha untuk mencari kelebihan-kelebihan dunia.

Kebenaran pendapat sedemikian barangkali masih boleh

dipertikaikan. Kerana dalam sejarah Islam dan Al-Quran, umat Islam yang pada suatu masa dahulu pernah memiliki empayar,

Page 20: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 20128 8

adalah mereka yang rajin dan banyak beribadat. Hanya sesudah kemerosotan iman dan amal salih, umat Islam tidak ubahnya seperti air batu, sedikit demi sedikit cair dan berkecai.

Sebenarnya umat Islam tidaklah patut didesak untuk mengurangkan ibadat dan amal salih, dan sebaliknya bermati-matian mengejar dunia. Tetapi apa yang kurang disedari oleh kebanyakan orang sekarang ialah, bagaimana kita ini semestinya wajib kembali kepada Al-Quran seperti 1,400 tahun dahulu atau sehingga 300 tahun sesudahnya. Adapun umat Islam di zaman-zaman tersebut, bukan sahaja membaca Al-Quran tetapi juga mengamalkannya.

Kita turut mengkagumi, terdapat juga golongan di dunia yang

cukup mengambil berat perkara ibadat dan Al-Quran. Walapun misalnya mereka itu sedang bergelut dengan maut seperti berada di tengah-tengah medan peperangan, namun mereka masih sempat mengangkat takbiratulihram dan membaca Al-Quran.

Adapun perkara seperti ini, sebenarnya bukanlah baru, tetapi

sudah wujud dan berlaku, terutama di zaman-zaman Rasulullah dan para sahabat Baginda, yang tidak syak lagi adalah menjadi sebab kepada datangnya pertolongan Allah yang Maha Besar kepada umat Islam.

Dan kita selaku orang-orang Islam pada hari ini pula, patutlah

melihat kejadian itu sebagai iktibar dan bukannya semata-mata sejarah untuk dibaca.

Inilah cara yang betul bagaimana kita memanfaatkan ilmu sejarah.

Dan di samping itu, satu lagi faktor paling mustahak ialah, kita umat Islam mesti bersedia dan berusaha terus untuk melengkapkan diri kita dengan berbagai ilmu pengetahuan, kerana hanya dengan ilmu pengetahuan sahaja kita akan dapat mencapai apa-apa yang kita kehendaki berupa kemajuan dan kemuliaan di dunia mahupun di akhirat.

Page 21: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

9Titah 20129

Kita mesti insaf, bahawa satu daripada sebab tersebut kelemahan dan kemunduran orang-orang Islam di merata dunia ialah berpunca daripada kekurangan ilmu pengetahuan. Buktinya ada kajian yang pernah dibuat, bahawa kadar orang-orang yang buta huruf di negara-negara maju hanyalah dalam lingkungan 5 peratus sahaja, berbanding di negara-negara Islam, kadar itu menjangkau sehingga 66 peratus.

Sebab itulah, beta selalu sahaja menyebut tentang sekolah, tentang

meramaikan pengambilan penuntut terutamanya penuntut-penuntut yang berkenaan dengan bidang agama. Kerana beta yakin, bahawa di sinilah sumber kekuatan umat dan negara khasnya negara seperti negara kita ini, di samping tidak pula menafikan kepentingan bidang-bidang ilmu yang lain.

Tegasnya, dalam menuju objektif negara, khusus yang berkaitan

dengan agama dan pendidikan, Negara Brunei Darussalam akan tetap mengambil jalan yang dipilihnya sendiri, bukan yang dipandu atau diarahkan oleh mana-mana pihak yang tidak memahami situasi negara.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 22: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201210 10

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Alameen, Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Ala Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Tuan Yang Terutama Tuan Pengerusi;

Ketua-ketua Negara dan Ketua-ketua Kerajaan Negara-negara ASEAN;

Tuan-tuan Yang Terutama;

Tuan-tuan dan Puan-puan.

Terlebih dahulu beta sukacita mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tuan Pengerusi di atas lantikan untuk mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN Kali Ke-4 ini. Beta yakin di bawah pimpinan Tuan Yang Terutama, sidang ini akan mencapai hasilnya yang memuaskan.

Beta juga sukacita mengalu-alukan Perdana Menteri Papua New Guinea ke sidang ini.

Tuan-tuan Yang Terutama,

Titah Di Pembukaan Sidang Kemuncak Ketua-KetuaKerajaan Negara-Negara Asean Di Singapura

pada 27 Januari 1992

Page 23: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

11Titah 201211

Pada empat tahun yang lalu, kita juga telah mengadakan sidang yang seumpama ini di Manila. Dan semenjak daripada itu, banyaklah peristiwa yang berlaku sama ada di rantau ini mahupun di arena antarabangsa. Peristiwa-peristiwa tersebut bukan sahaja menciptakan kesan-kesan dalaman, bahkan juga turut mempengaruhi corak politik antarabangsa.

Perang Teluk umpamanya, telah mendatangkan berbagai-bagai kesan, sama ada kesan saikologi mahupun kesan fizikal terhadap manusia dan dunia. Kerana itu perlulah ianya disedari, supaya akan menjadi iktibar yang berguna tentang perimustahaknya memelihara keamanan serta menghormati hak dan kebebasan hidup berjiran, tanpa mengira saiz dan kekuatan masing-masing.

Inilah di antara prinsip dan falsafah ASEAN yang dipegangnya selama dua puluh empat tahun, yang membawanya lebih mantap dan matang dalam menyelesaikan masalah-masalahnya sendiri.

Juga turut menjadi kebanggaan kita ialah penglibatan dan sumbangan ASEAN yang berterusan bagi keamanan dunia ini. Misalnya peranan yang telah turut kita mainkan untuk menyelesaikan masalah-masalah di Cambodia, sekarang sudahpun mula menunjukkan hasilnya yang memberangsangkan.

Maka dalam hal ini, kita mestilah meneruskan sokongan kita, iaitu apabila atau jika sekiranya ianya diperlukan, sehingga suatu penyelesaian yang adil dan berkekalan dapat dicapai. Tetapi bagaimanapun, keamanan yang dihasratkan itu hanya akan benar-benar wujud setelah kestabilan di seluruh Indochina dapat dipastikan.

Tuan-tuan Yang Terutama,

Istilah Indochina dari segi geografi adalah merangkumi semua negara-negara di semenanjung tersebut, termasuk Vietnam dan Laos. Beta yakin, kestabilan dan keamanan yang berterusan di rantau ini boleh menjadi sebab atau punca ke arah peningkatan kerjasama di antara negara-negara berkenaan dengan ASEAN. Sungguhpun

Page 24: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201212 12

begitu, mengenai dengan keamanan yang diidam-idamkan ini, memang sukar dicapai, kecuali negara-negara yang berkenaan sudah benar-benar bersedia untuk melupakan permusuhan dan persaingan yang sudah-sudah, serta telah memutuskan untuk hidup berjiran secara aman.

Tuan-tuan Yang Terutama,

Mengenai dengan isu-isu pembangunan ekonomi, beta sangat gembira melihat pertumbuhan yang menggalakkan dikebanyakkan negara-negara ahli, walaupun setengahnya itu terpaksa menghadapi banyak kesulitan yang diakibatkan oleh berbagai pergolakkan yang terjadi di bahagian lain di dunia ini.

Contohnya Perang Teluk, kejatuhan nilai matawang Amerika dan keadaan harga komoditi-komoditi penting tidak stabil, semuanya itu turut mendatangkan kesan-kesan negatif kepada ekonomi kita.

Selain daripada itu, kita juga sedang menghadapi isu yang lebih sukar dalam bentuk polisi-polisi perlindungan yang diamalkan oleh setengah negara-negara maju. Dan kemudian tidak kurang merumitkan lagi, ialah dengan adanya blok-blok perdagangan yang berjalan atas dasar fahaman ekonomi yakni ‘economic regionalism,’ yang banyak menimbulkan keadaan serba tidak menentu dalam bidang perdagangan antarabangsa.

Jadi soalnya sekarang ialah, apakah yang harus kita lakukan untuk menghadapi aliran atau kecenderungan yang seperti ini?

Beta sendiri berpendapat, bahawa kita adalah perlu untuk mengambil inisiatif dan langkah bagi mengurangkan kekusutan ini, di samping terus berusaha pada mencapai matlamat-matlamat ekonomi kita sendiri secara ASEAN.

Page 25: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

13Titah 201213

Di antara langkah itu ialah, ASEAN mestilah terus diperkukuhkan, di samping pembangunan ekonomi kita yang memerlukan inisiatif-inisiatif yang cergas dalam bidang-bidang perdagangan, pelaburan dan lain-lain aspek kerjasama ekonomi, mestilah juga, bukan hanya setakat dalam ASEAN, bahkan meliputi hubungan kita dengan rakan-rakan dialog serta negara-negara yang lebih maju.

Kita mestilah menyatakan kepada mereka, bahawa apa yang sangat kita perlukan ialah perdagangan yang adil dan bebas, bukannya halangan-halangan atau sebarang bentuk polisi yang berat sebelah.

Demikian juga selanjutnya, mereka perlu mengetahui bahawa kita juga adalah memerlukan aturan-aturan perdagangan yang dipersetujui bersama, iaitu sebagai syarat sekiranya keharmonian ingin dicapai atau diwujudkan.

Pada hemat beta, dalam kekuatan ASEAN yang ada pada masa ini telah pun membolehkan kita untuk terus melangkah ke hadapan dengan penuh optimis, sambil bersedia menghadapi cabaran-cabaran baru yang mungkin atau sentiasa akan dibawa oleh perubahan-perubahan antarabangsa secara yang menyeluruh.

Tuan-tuan Yang Terutama,

Dalam hubungan ini, beta dengan amat sukacita ingin merakamkan penghargaan kepada menteri-menteri ASEAN dan pegawai-pegawai kanan yang lain di atas usaha gigih dan keazaman mereka bagi memberikan reaksi terhadap seruan yang pernah kita buat semasa Sidang Kemuncak di majlis dahulu. Mereka telah memberikan sumbangan yang berharga ke arah objektif jangka panjang bagi mengekalkan pembangunan ekonomi kita.

Beta dalam meniliti hasil kerja mereka itu telah mengambil maklum, bahawa mereka sudahpun membuat sokongan bagi pembentukan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN dalam jangka waktu lima belas tahun.

Page 26: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201214 14

Beta percaya, ini tentu sahaja akan dapat memperbaiki lagi apa yang kita amalkan sekarang. Beta juga tidak lupa mengalu-alukan perjanjian-perjanjian tersebut yang dicadangkan iaitu Perjanjian Kerjasama Ekonomi ASEAN dan Perjanjian Mengenai Skim Keistimewaan Tarif Kesan Sama Bagi Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN. Kedua-duanya adalah menggambarkan kesungguhan kita dalam mewujudkan aturan-aturan perdagangan yang lebih bebas di antara kita.

Bagaimanapun, dalam melaksanakan perjanjian-perjanjian tersebut, menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan ASEAN hendaklah berusaha ke arah perkongsian perbelanjaan dan keuntungan, kerana memandangkan tahap kemajuan ekonomi dan perindustrian yang dicapai oleh negara masing-masing adalah berbeza-beza.

Tuan-tuan Yang Terutama,

Sedikit mengenai aspek sosial pula, beta adalah gembira melihat rancangan-rancangan untuk belia-belia kita telah diikutsertakan dalam program-program ASEAN. Keperluan ini telah pun beta sentuh di Sidang Kemuncak Ketiga kita di Manila dengan tujuan untuk menimbulkan suatu kesedaran di kalangan para belia kita tentang kepentingan ASEAN.

Beta yakin, sekiranya rakyat ASEAN memahami dengan sebaik- baiknya tentang makna pertubuhan ini, maka masa depan ASEAN akan lebih cerah dan terjamin.

Tuan Pengerusi,

Untuk akhirnya, beta tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih serta penghargaan beta kepada Tuan Yang Terutama, dan juga melalui Tuan Yang Terutama, kepada kerajaan dan rakyat Singapura di atas sambutan dan layanan baik yang diberikan kepada beta serta rombongan. Demikian juga atas langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan keselesaan kami semasa berada di sini.

Page 27: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

15Titah 201215

Tuan-tuan Yang Terutama,

Beta yakin, bahawa dalam keadaan yang penuh mesra ini, kita bukan hanya dapat menunjukkan solidarity di kalangan kita, bahkan juga yang lebih penting dapat membuktikan kesungguhan kita kepada falsafah-falsafah dan prinsip-perinsip ASEAN.

Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima Kasih.

Page 28: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201216 16

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia-Nya jua dapatlah kita sekali lagi mengadakan sambutan Israk dan Mikraj yang bersejarah ini.

Jika diteliti bagaimana kehidupan ini berlangsung, maka ianya bolehlah kita bahagikan kepada tiga dimensi masa, iaitu masa yang lampau, masa sekarang dan masa akan datang. Masa lampau biasanya akan membekalkan ingatan dan kenang-kenangan; masa sekarang pula merupakan kenyataan yang sedang dihadapi; sementara masa yang akan datang mengagihkan harapan dan cita-cita.

Jadi ketiga-tiga peringkat masa yang disebutkan ini, masing-masing itu akan memberikan kita pedoman, apa yang perlu diingat dan sekali gus apa pula yang perlu dibuat menurut keutamaan.

Semua yang sudah dan sedang berlaku, dan juga yang akan berlaku, masing-masing itu membawa unsur tersendiri yang menghendaki penilaian kita. Jika yang telah berlaku itu terdapat unsur kebajikan di dalamnya, maka kewajipan kita ialah menjadikannya contoh dan ikutan. Dan begitu juga yang sedang berlaku adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan dan mengekalkan segala unsur kebaikan yang ada, di samping berusaha terus pada mengikis segala keburukan yang tidak mendatangkan apa-apa faedah. Kemudian akhir sekali, iaitu yang akan berlaku, adalah memerlukan penumpang dan perjuangan kita untuk masa depan, di mana hasilnya nanti akan diterima kemudian. Cuma sahaja soalnya: Adakah kita juga akan sempat menikmatinya ataupun tidak? Tetapi bagaimanapun, jika kita orang yang budiman, maka sudah barang tentu perjuangan dan kerja keras kita akan terus berjalan dengan tidak mengenal titik berhenti, iaitu demi generasi dan warisan kita yang akan datang.

Titah Di Majlis Sambutan Israk Dan MikrajTahun 1412/1992 Masihi

Di Pusat Persidangan Antarabangsapada 1 Februari 1992

Page 29: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

17Titah 201217

Begitulah yang dapat kita simpulkan mengenai teladan dan pengajaran yang dipancarkan oleh masa, iaitu seperti peristiwa Israk dan Mikraj yang sedang kita rayakan ini. Ianya telah mengilhami dan memberikan jalan kepada kita yang hidup di penghujung abad ke-20 ini. Israk dan Mikraj telah berlaku kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi isi pengajarannya sampai sekarang masih kita ikut, dan masih kita contohi.

Tegasnya, Israk dan Mikraj adalah merupakan masa lampau yang tidak lapok dan tidak luntur. Daripadanyalah terbit pimpinan dan disiplin yang berharga yang belum pernah wujud sebelumnya.

Di antara pimpinan dan disiplin yang diambil dari peristiwa ini, ialah pimpinan dan disiplin sembahyang. Ibadat ini telah mengenalkan kepada kita tentang betapa tingginya harga disiplin itu, terutama dari segi menjaga dan menggunakan masa. Ibadat sembahyang telah menggariskan waktu-waktu tertentu untuk kita melakukannya dalam makna, ukuran masa di sini adalah yang paling mustahak dan diutamakan.

Masa juga nilainya ialah rezeki, tidak boleh dibazirkan. Membuang-buang masa dengan percuma bermakna melepaskan peluang-peluang keemasan yang semestinya kita gunakan untuk bekerja, membangun dan beribadat. Kerana itulah, orang-orang yang tahun mengatur masa, biasanya akan berjaya dengan gemilang, sementara mereka yang gagal berbuat demikian akan kecewa dan menyesal.

Oleh itu dalam hubungan ini, patutlah kita, khasnya pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan beta akan dapat mengambil inisiatif masing-masing pada meluruskan penggunaan masa dalam apa juga kegiatan, istimewa yang berkaitan dengan tugas-tugas awam yang sedang dipikulkan kepada mereka.

Kita sama sekali tidak mengingini sebarang pegawai atau kakitangan, yang dengan sewenang-wenang menghabiskan masa di luar pejabat, kecualilah perkara itu berkaitan dengan tugas atau lain-lain sebab yang munasabah. Beta percaya, hanya dengan cara ini sahaja kita akan dapat membina negara menurut sebagaimana yang dirancangkan. Sikap berpeluk tubuh dan bekerja secara sambil lewa mestilah diakhiri, diganti dengan kerja kuat dan merebut masa sebanyak-banyaknya.

Page 30: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201218 18

Inilah yang paling munasabah yang mesti diamalkan oleh negara dan bangsa kita yang sedang membangun. Insya-Allah jalan akan terbuka luas dan kejayaan datang menyusul apabila kita semua, dengan serentak bangun membawa sikap dan semangat yang besar ini.

Sekian sahaja, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 31: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

19Titah 201219

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya jua, maka pada hari ini seramai 233 orang lagi akan menerima anak-anak kunci rumah masing-masing di bawah Skim Perumahan Negara dan Skim Tanah Kurnia Kepada Rakyat Jati.

Insya-Allah, kerajaan dengan cara yang berterusan akan tetap memberikan apa jua keutamaan bagi kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat serta penduduk di negara ini, khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kemudahan dan keperluan asas mereka.

Di samping mengucapkan tahniah kepada mereka yang terpilih pada hari ini, beta juga suka menasihatkan kepada mereka, yang masih menunggu giliran, supaya akan dapat bersabar, sambil juga turut memahami akan beberapa masalah biasa seperti pembahagian masa yang terpaksa ditentukan serta juga masalah keupayaan kerajaan sendiri.

Tetapi bagaimanapun, ini tidaklah bermakna akan mengubah dasar kita, iaitu semua pihak di dalam kerajaan, khasnya yang berkenaan dengan rancangan ini, mestilah terus menggandakan usaha mereka, ke arah mempercepatkan lagi pencapaian matlamat

Titah Semasa Keberangkatan Ke Kampong Sungai Hanching Dan Salambigar, Mukim Berakas Dan

Seterusnya Penyerahan Anak-Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan Perumahan Negara

Lambak Kanan Bagi Peringkat Ke-IV Fasa III Dan Peringkat V Fasa I Dan II Serta Bagi

Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Peringkat I, Lambak Kiri

pada 5 Februari 1992

Page 32: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201220 20

bagi menyediakan perumahan yang mencukupi untuk rakyat dan penduduk.

Beta ingin terus mengingatkan, bahawa sesuatu kerja atau rancangan yang tertangguh, disebabkan oleh kelalaian, bukan sahaja akan merugikan kerajaan bahkan juga boleh mendatangkan perasaan hampa di kalangan orang ramai, khususnya bagi mereka yang memang benar-benar berhajat atau memerlukannya.

Oleh hal yang demikian, semua mereka yang berkenaan dengan projek-projek kerajaan, hendaklah sentiasa mengadakan self appraisal atau penilaian diri terhadap kelemahan-kelemahan yang mungkin ada, serta juga merangka dengan setepat-tepatnya cara -cara bagaimana hendak mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut.

Hal ini beta timbulkan semata-mata, untuk memperbaiki lagi tahap pencapaian kita, terutama dari segi “tempoh masa menunggu” atau waiting time bagi mendapatkan perumahan yang dihasratkan melalui skim-skim ini.

Di samping itu, satu lagi perkara asasi yang sepatutnya tidak boleh dipisahkan dari rancangan perumahan ini ialah pembinaan rumah-rumah ibadat iaitu masjid ataupun surau. Seeloknyalah, serentak dengan projek perumahan ini, disegerakan pula pembinaan masjid atau surau bagi perkampungan yang baru itu, sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah bagi penduduk-penduduk yang berkenaan.

Selain itu beta juga yakin, bahawa keperluan-keperluan terhadap masjid atau surau ini, turut amat medesak kerana perkembangan dunia hari ini menghendaki kita supaya menyediakan tempat, bagi memelihara keimanan ummah yang selalu sahaja digugat dan diserang oleh bermacam-macam rupa dan bentuk budaya baru yang tidak selaras dengan akhlak Islam dan budi pekerti bangsa. Khususnya bagi belia-belia dan anak-anak kita, mereka itu perlu diberikan perlindungan yang secukupnya suapaya tetap terpelihara akidah dan budaya Islam mereka, iaitu caranya, dengan melatih dan menggalakkan mereka ke masjid untuk mendapatkan manfaat dan faedah daripadanya.

Page 33: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

21Titah 201221

Di antara faedah atau kebaikan yang diperolehi daripada masjid selain dari pahala ibadat, juga ilmu pengetahuan dan keberkatan yang bertunjang ke hati dan jiwa yang menjadikan seseorang itu berperasaan tenang, gembira, ingatkan Allah, khusyuk dan bahagia.

Beta tidak ragu, semua ini akan dapat dicapai melalui fungsi masjid, yakni dengan kehadirannya itu akan dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit di dalam masyarakat.

Demikian juga masjid itu, bukan sahaja merupakan syiar kepada agama kita, malahan juga menjadi tapak atau asas menjelmakan perpaduan ummah. Daripada sinilah terciptanya muafakat dan perundingan yang membawa kepada kerjasama dan persefahaman yang mendalam.

Kerana itu, jika dibuka catatan peristiwa yang berhubung dengan masjid, maka musuh-musuh Islam sangatlah susah hati mendapati kemajuan masjid dan hatta setakat melihat bangunan masjid itu pun, kalau boleh, mereka tidak mahu. Sebab itulah sebagai misalan, berapa kali sudah berlaku Masjid Al-Aqsa dibakar dengan teruknya. Hanya Allah sahaja yang Maha Berkehendak, masih mahu mengekalkan masjid yang pernah menjadi kiblat orang-orang Islam ini. Tegasnya, masjid adalah sumber ilham dan sumber kekuatan kita.

Beta berdoa, mudah-mudahan perkampungan baru ini akan muncul sebagai sebuah perkampungan yang baik, yang aman tenteram yang akan memberikan keselesaan berkekalan kepada penduduk-penduduknya. Jaga dan peliharalah hubungan berbaik-baik di antara satu sama lain, hidupkan semangat bantu-membantu dan tingkatkan kerjasama dalam semua aspek kehidupan.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 34: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201222 22

Titah Semasa Keberangkatan Lawatan Negara Ke Malaysia

pada 11 Februari 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihi Ajma’een, Waba’du.

Paduka Kekanda Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan ‘Azlan Muhibuddin Shah, Yang Dipertuan Agong Malaysia;

Paduka Kekanda Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Bainun, Raja Permaisuri Agong Malaysia;

Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia;

Yang Amat Berbahagia Datin Seri Dr. Siti Hasmah;

Serta hadirin dan hadirat sekalian.

Terlebih dahulu Paduka Adinda dengan segala tulus ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Paduka Kekanda dan Kerjaan Malaysia di atas jemputan kepada Paduka Adinda berdua. Selain daripada ini, Paduka Adinda juga telah berpeluang membuat beberapa kunjungan rasmi ke beberapa buah negeri di dalam Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan.

Di dalam hubungan ini, Paduka Adinda ingin merakamkan rasa besar hati Paduka Adinda, di atas keberangkatan Paduka Kekanda melakukan lawatan rasmi ke Negara Brunei Darussalam pada penghujung tahun 1990, yang tidak syak lagi adalah merupakan sejarah indah lagi penuh bermakna kepada Paduka Adinda secara peribadi, dan bahkan juga kepada rakyat dan Negara Brunei Darussalam sendiri pada keseluruhannya.

Page 35: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

23Titah 201223

Paduka Adinda percaya, bahawa pertukaran lawatan di antara pemimpin di kedua buah negara, sama ada di peringkat Raja, mahupun di peringkat Menteri dan lain-lain peringkat pegawai di dalam kerajaan kedua buah negara, adalah mencerminkan betapa mesra dan eratnya hubungan di antara kita, serta sambil itu, ia juga menyediakan peluang bagi pertukaran pendapat dan fikiran di antara kedua belah pihak.

Melalui lawatan-lawatan seperti inilah, kita telah dapat memupuk semangat persefahaman dan kerjasama yang baik, yang banyak menolong kita untuk menjalani amalan saling bantu-membantu. Perkara ini sebenarnya, telah pun berjalan semenjak dari awal abad ini lagi. Contohnya, Kerajaan Malaya pada ketika itu, sudahpun mula memberikan bantuan kepada Brunei berupa pegawai-pegawai tadbir, polis dan lain-lain lagi.

Pengalaman di masa-masa yang lalu itu telah menjadi landasan yang berguna bagi kita meneruskan hubungan yang lebih luas lagi, sebagai dua buah negara yang berjiran, dan bahkan bersaudara dalam erti yang sebenar-benarnya.

Paduka Adinda berpendapat, bahawa banyak kemajuan yang boleh dicapai melalui gabungan tenaga dan fikiran, terutama dalam bidang hal-ehwal serantau, antarabangsa serta juga ekonomi.

Maka kerana itulah, dari beberapa segi, Paduka Adinda turut mengkagumi perubahan dan perkembangan pesat yang sedang berlaku di negara Paduka Kekanda. Khasnya di bidang ekonomi, Kerajaan Paduka Kekanda telah berusaha dengan gigih dan lancar untuk mencapai matlamat-matlamat yang telah digariskan oleh wawasan negara.

Semasa Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura baru-baru ini, bidang ekonomi telah menjadi tumpuan utama Ketua-ketua Kerajaan berkenaan, iaitu dalam rangka strategi baru bagi rantau Asia Tenggara untuk dekad-dekad yang akan datang yang akhirnya mencapai persetujuan bagi penubuhan satu kawasan perdagangan bebas untuk rantau ini.

Paduka Adinda juga percaya, bahawa cadangan untuk menubuhkan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) adalah munasabah dan bersesuaian sebagai platform untuk negara-negara Asia Timur menyuarakan pendapat-pendapat mereka secara kolektif

Page 36: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201224 24

di forum-forum yang berkaitan dengan ekonomi dan perdagangan. Demikian juga tidak ada salahnya kalau kita berterus-terang, bahawa ini adalah sebagai persediaan menghadapi cabaran-cabaran yang mungkin timbul dari adanya blok-blok perdagangan serta juga masalah-masalah perlindungan pasaran serantau.

Berasaskan inilah, Paduka Adinda merasa gembira dengan persetujuan di Sidang Kemuncak ASEAN, supaya cadangan penubuhan EAEC ini dibincangkan terus untuk meneliti langkah-langkah selanjutnya. Pada Paduka Adinda; persetujuan ini adalah merupakan suatu kemajuan ke arah pencapaian penubuhan EAEC itu.

Serentak dengan ini, Paduka Adinda adalah sangat-sangat gembira atas peningkatan kadar perdagangan di antara kedua buah negara kita sendiri, dan mengharapkannya supaya akan dapat berterusan sampai bila-bila.

Sebagaimana pernah Paduka Adinda suarakan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, bahawa Kerajaan Paduka Adinda adalah berminat untuk meningkatkan lagi jumlah pelaburan di negara Paduka Kekanda dalam bidang yang akan dikenal pasti kemudian. Dan di samping itu sebagai timbal balas, Paduka Adinda juga adalah mengalu-alukan pelabur-pelabur daripada Malaysia untuk ikut serta dalam menjayakan proses perindustrian di Negara Brunei Darussalam.

Pendeknya mengenai hubungan dua hala ini, Paduka Adinda melihat, bahawa masa depan yang cerah adalah sedang menunggu kita, berdasarkan kedua-dua buah negara mempunyai asas-asas persamaan yang kukuh, seperti dalam bahasa, adat istiadat, bangsa, agama dan kebudayaan. Asas inilah yang menjadi tulang belakang bagi perhubungan dan persahabatan kita yang ikhlas yang dijalin pula oleh kerjasama dan semangat hormat-menghormati terhadap kemerdekaan dan kedaulatan masing-masing.

Negara Brunei Darussalam sendiri, turut mengikuti dengan penuh minat apa yang baru diperkenalkan sebagai Wawasan 2020, yang mengandungi rancangan pembangunan jangka panjang, yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam semua bidang. Berbagai konsep pembangunan yang mustahak telah diteroka dan dibentangkan, termasuk juga konsep keadilan sosial, konsep keadilan ekonomi, revolusi mental dan pembebasannya dari segala bentuk

Page 37: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

25Titah 201225

kongkongan, partriotism bangsa, masyarakat yang progresif dan saintifik dan lain-lain lagi.

Paduka Adinda merasa optimis, bahawa wawasan ini insya-Allah, akan berjaya, dan mungkin juga lebih cepat dari masa 30 tahun yang ditetapkan, iaitu sekiranya seluruh rakyat terus memberikan dukungan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Kejayaan Malaysia adalah kejayaan rakan dan saudara. Bagi pihak kita yang menyaksikan akan tumpang seronok dan gembira.

Pada masa ini pun, Negara Malaysia sudah memiliki ciri-ciri kelebihan tertentu, yang turut menjadikannya lebih penting kepada negara Paduka Adinda sendiri. Umpamanya, Kerajaan Paduka Kekanda telah memberikan kerjasama dan bantuan moral di atas penubuhan Tabung Amanah Islam Negara Brunei Darussalam, iaitu satu-satunya institusi kewangan yang berorientasikan hukum syarak di negara Paduka Adinda. Demikian juga di bidang yang lain seperti bidang ketenteraan, Negara Brunei Darussalam adalah sentiasa mendapat faedah daripada kursus-kursus yang ditawarkan oleh Angkatan Tentera Malaysia. Demikian juga melalui latihan-latihan bersama kedua-dua angkatan tentera kita telah banyak menolong bagi meningkatkan lagi pengalaman serta mutu kecekapan masing-masing.

Kemudian kemuncak dari hubungan yang bermakna di antara kedua buah negara kita, ialah apabila beberapa Memorandum Persefahaman dan Perjanjian Di Bidang Pertahanan, Penerangan dan Perkhidmatan Udara akan ditandatangani kelak.

Di samping itu, Paduka Adinda juga mengalu-alukan cadangan Kerajaan Paduka Kekanda bagi penubuhan satu Suruhanjaya Bersama di antara kedua buah negara kita yang bertujuan semata-mata untuk kepentingan bersama.

Paduka Adinda percaya, bahawa juga sudah tiba masanya untuk semua pihak di rantau kita ini mesti melihat diri sendiri dalam ‘cermin sejarah’ masing-masing dan kemudian menjadikan apa yang ditemui itu sebagai iktibar dan panduan ke arah kehidupan baru dengan tidak kehilangan pedoman bahawa kesilapan-kesilapan yang lampau akan dijadikan alasan untuk menghukum diri sendiri dan juga anak cucu yang tidak berdosa. Daripada sejarah, sesuatu bangsa itu boleh ketawa, dan daripada sejarah juga ramai orang yang akan meratap atau menangis. Tetapi pada hemat Paduka Adinda,

Page 38: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201226 26

kedua-duanya adalah baik belaka: satu iaitu ketawa adalah sebagai tanda kita bersyukur; sementara yang satu lagi iaitu menangis, adalah menandakan keinsafan atau penyesalan di atas kesilapan-kesilapan kita yang telah lalu itu.

Untuk akhirnya, Paduka Adinda sekali lagi ingin menyatakan

penghargaan dan terima kasih yang ikhlas kepada Paduka Kekanda dan rakyat Malaysia di atas layanan baik lagi mesra yang diberikan kepada Paduka Adinda berdua dan rombongan.

Paduka Adinda juga berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga Paduka Kekanda dan Kerabat Diraja serta pemimpin-pemimpin Negara Malaysia sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera, dan begitu juga negara serta rakyat Malaysia akan terus menikmati keamanan dan kemakmuran.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 39: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

27Titah 201227

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia, Sultan ‘Azlan Muhibuddin Shah, Canselor Universiti Malaya;

Naib Canselor Universiti Malaya;

Ahli-ahli Senat dan Majlis Universiti Malaya; Ahli-ahli Akademik dan para hadirin yang dihormati sekalian.

Pertama-tama, izinkanlah saya menyampaikan penghargaan yang seikhlas-ikhlasnya kepada Senat dan Majlis Universiti Malaya, khasnya ke Majlis Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan ‘Azlan Muhibuddin Shah, selaku Canselor Universiti ini yang telah berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada saya.

Sebagai Canselor bagi sebuah universiti yang paling muda di ASEAN, iaitu Universiti Brunei Darussalam, saya sesungguhnya sangat terharu menerima anugerah yang sungguh bermakna ini, daripada universiti yang paling tua di Malaysia. Saya beranggapan bahawa penghormatan ini bukan sahaja anugerah terhadap peribadi, tetapi juga merupakan manifestasi perhubungan di antara kedua buah negara kita, khasnya antara Universiti Brunei Darussalam dan universiti-universiti di Malaysia. Insya-Allah, dengan izin-Nya jua, perhubungan ini akan bertambah-tambah rapat serta berkekalan.

Titah Semasa Upacara Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang

Oleh Universiti Malaya Kepada Bagindapada 15 Februari 1992

Page 40: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201228 28

Mengambil kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Universiti Malaya yang telah menyumbangkan beberapa banyak bantuan kepada Universiti Brunei Darussalam semenjak universiti ini mula dibuka dalam tahun 1985. Bantuan-bantuan yang berkaitan itu termasuklah menghantar pensyarah, kunjungan dan pemeriksa-pemeriksa luar, menerima calon-calon ijazah tinggi daripada Negara Brunei Darussalam, penempatan kakitangan Universiti Brunei Darussalam untuk tujuan kajian sambil belajar dan juga perundingan akademik secara umum. Saya berharap, bantuan-bantuan ini, khasnya bantuan akademik akan dapat terus dikembangkan, selaras dengan keperluan yang dihajati.

Sementara Universiti Brunei Darussalam pula, pada masa ini alhamdulillah, telah pun bersiap untuk menawarkan beberapa kemudahan yang diharap akan dapat memberikan sumbangan timbal balik kepada Malaysia. Antaranya, saya berharap supaya lebih ramai lagi pelajar-pelajar daripada Malaysia yang akan memohonkan biasiswa ASEAN untuk mengikuti Ijazah Pertama di Universiti Brunei Darussalam. Demikian juga, ahli-ahli sains daripada Malaysia adalah dipelawa untuk menyertai projek-projek penyelidikan di Stesen Hutan Tropika di Temburong dan juga rancangan Fellow Penyelidikan yang disediakan oleh Universiti Brunei Darussalam.

Selain daripada itu, untuk membuktikan kerjasama yang sedia rapat di bidang pendidikan ini, maka satu Memorandum Persefahaman telah pun ditandatangani oleh Universiti Brunei Darussalam dengan beberapa buah universiti di Malaysia. Di samping itu, amalan mengambil guru-guru daripada Malaysia juga sedang diteruskan sementara guru-guru daripada Negara Brunei Darussalam sendiri pula masih sahaja dihantar untuk menjalani latihan-latihan di Malaysia.

Para hadirin yang dihormati;

Dalam kesempatan di upacara yang indah ini, izinkanlah saya untuk menyebutkan sedikit tentang peranan dan fungsi universiti secara umum. Ianya bukanlah sahaja untuk mengeluarkan graduan-graduan biasa pada setiap tahun, tetapi yang lebih penting ialah, berupaya melahirkan ahli-ahli fikir yang berwibawa yang sanggup dan mampu berhadapan dengan zaman mereka.

Page 41: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

29Titah 201229

Pada masa dahulu, kita juga sudah pernah menikmati tamadun. Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka di abad ke-15, dan di Borneo dalam zaman Kerajaan Sultan Bolkiah, pada kurun yang sama, kita telah sama-sama memiliki empayar yang besar. Pada masa itu pembesar-pembesar kita sudahpun menjelajah jauh sehingga ke Benua Barat menurut setengah teori dan ke Negeri China di sebelah Timur yang membuktikan bangsa kita juga telah lama bertamadun.

Kita menyebutkan ini, bukanlah untuk dipersenda-sendakan, tetapi amat berguna untuk menjadi asas dan bahan berfikir ke arah suatu tamadun yang baru.

Kita adalah turut menyedari, bahawa ketahanan dan kemajuan bangsa itu bersumber daripada beberapa aspek. Pertama taraf pendidikan yang tinggi; kedua kedudukan ekonomi yang kukuh; dan ketiga kuasa politik yang besar. Semua ini belumlah pernah dimiliki selengkapnya oleh sejarah lampau kita. Maka kerana itulah, kita juga tidak ubahnya seperti kebanyakan negara-negara lain di Asia dan Afrika yang dengan mudah sahaja terjebak ke dalam kuasa-kuasa penjajah dan apabila penjajah telah menguasai politik kita, sekali gus ekonomi dan pendidikan bangsa juga menjadi lemah.

Jadi berdasarkan ini, agar sejarah yang hitam itu tidak berulang lagi, maka mustahaklah diusahakan suatu penerapan, bagi nilai-nilai ‘budaya patriotik’ di kalangan bangsa kita, dengan daya fikir yang jauh lagi strategik yang tidak boleh ditembusi oleh tipu helah musuh. Setiap orang mestilah bersiap sedia memberikan sumbangan masing-masing menurut bidangnya, ke arah membina dan memelihara kemerdekaan negara.

Tetapi bagaimanapun saya yakin, semua ini hanya akan lebih cepat berhasil, jika ianya dipelopori langsung oleh kaum terpelajar yang sedar, yang menggunakan ilmu pengetahuan mereka untuk mencapai kecemerlangan bersama, bukannya untuk kesenangan diri sendiri semata-mata.

Akhirnya kita sama-sama berharap bahawa universiti sebagai pelaksana dan pengamal sistem pendidikan yang dianggotai oleh para intelek, mestilah menunjukkan yang mereka itu sanggup bertindak balas dalam bidang keilmuan, latihan dan penyelidikan supaya ahli-ahli dan graduan-graduan cukup mampu dan berjaya menghadapi cabaran-cabaran yang biasanya datang mendadak dari perubahan-perubahan semasa.

Page 42: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201230 30

Dalam hal ini, barangkali sudah sampai masanya untuk universiti-universiti terkemuka ASEAN berganding bahu untuk menganalisa dan menghuraikan significance perkembangan dunia kepada rantau dan negara-negara kita, dan kemudian membuat rumusan bagaimana universiti-universiti kita itu dapat menyalurkan sumbangan-sumbangannya secara yang berpatutan.

Untuk mengakhiri ucapan saya ini, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada Duli Yang Maha Mulia Canselor dan juga Universiti Malaya yang telah menganugerahkan penghormatan ini kepada saya, semoga Allah Subhanahu Wataala jua yang akan membalasnya dengan rahmat dan inayah-Nya terhadap universiti ini dan sekalian anggota-anggotanya.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 43: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

31Titah 201231

Titah Bersempena Sambutan Perayaan Ulangtahun Ke-8 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam

pada 23 Februari 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat serta izin-Nya jua, dapatlah kita menyambut dan merayakan Ulangtahun Ke-8 Hari Kebangsaan, iaitu sebagai tanda kita bersyukur dan reda di atas nikmat kemerdekaan yang telah dikurniakan oleh Allah itu.

Selama lapan tahun kita menghirup udara merdeka, maka selama itu pula kita telah dapat merasakan betapa beratnya tanggungjawab menanai dan mengisi kemerdekaan itu. Tetapi alhamdulillah, dengan berkat usaha dan keyakinan kita, maka semua tanggungjawab tersebut telah dapat ditunaikan dengan baik dan berkesan.

Kita juga telah berjaya menjalani liku-liku masa yang penuh dengan berbagai duri dan cabaran, yang menandakan, satu lagi kemampuan kita pada mengendalikan bahtera kemerdekaan itu dengan sebaik-baiknya.

Kita, bukan sahaja setakat bermegah menjadi bangsa yang merdeka, tetapi juga memahami bahawa tujuan kemerdekaan itu ialah sebagai pendorong ke arah kehidupan yang lebih maju, bebas dan bermaruah.

Maka atas tujuan dan matlamat inilah, kita dengan tidak putus-putusnya telah dan sedang berusaha menjayakan beberapa banyak rancangan yang difikirkan boleh menghasilkan kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat dan penduduk. Kita sesungguhnya tidaklah akan berhenti dari meneruskan usaha-usaha tersebut sambil selebihnya itu, kita serahkan kepada Allah Subhanahu Wataala untuk menentukan segala-galanya.

Page 44: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201232 32

Sebelum merdeka, kita juga telah memulakan usaha membangun negara. Tetapi selepas merdeka, kita melanjutkannya dengan lebih gigih lagi dan lebih memerlukan commitment yang padu daripada semua pihak dalam makna, tidak siapa pun yang boleh lali atau leka dari turut mengisi kemerdekaan itu dengan sumbangan-sumbangan yang berpatutan menurut bidang masing-masing.

Menyebut tentang pembangunan ini, kita adalah sama-sama menitikberatkan pembangunan rohani dan kebendaan. Dari sudut pembangunan inilah, kita akan muncul sebagai bangsa yang dihormati lagi digalati.

Demikian pendirian kita yang menjadi landasan berterusan ke arah menghadapi abad ke-21, iaitu suatu abad yang telah diramalkan penuh dengan berbagai-bagai pancaroba dan cabaran, termasuklah cabaran yang berupa persaingan-persaingan sengit dalam bidang-bidang politik dan ekonomi.

Sekarang pun sudah berlaku, di beberapa penjuru dunia terdapat negara-negara yang sedang ghairah membentuk blok-blok kerjasama bagi melindungi kepentingan masing-masing dalam bidang-bidang politik, ekonomi dan keselamatan.

Memanglah tidak salahnya menjalin kerjasama yang seumpama itu, berlandaskan semangat berbaik-baik di antara negara-negara berkenaan, khasnya bagi negara-negara yang berjiran, iaitu sebagai langkah mengekalkan kewujudan bersama secara aman.

Demikianlah dalam hubungan ini, langkah yang serupa adalah lebih mustahak lagi bagi negara-negara kecil seperti kita ini, untuk memantapkan hubungan kerjasama yang sihat berdasarkan faktor-faktor kehidupan termasuk juga faktor sejarah. Dan menyedari inilah makna kita sentiasa menitikberatkan peranan yang layak kita mainkan di rantau ini, khasnya melalui keanggotaan kita dalam ASEAN.

Kita turut percaya, dengan adanya ASEAN sebagai badan kerjasama serantau yang kuat dan aktif, maka akan dapatlah ia sama-sama menentukan corak politik antarabangsa, dari segi, mengawal dan menjaga kepentingan semua pihak, sama ada yang kecil mahupun yang besar.

Page 45: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

33Titah 201233

Atas asas ini, kita juga tidak terkecuali dari sama-sama merumuskan haluan kerjasama dalam ASEAN, seperti baru-baru ini melalui Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN di Singapura yang antara lain menyentuh tentang peningkatan kerjasama ekonomi di antara negara-negara ASEAN, termasuklah keputusan untuk menubuhkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area). Kita berkeyakinan, bahawa keputusan ini adalah satu peluang keemasan yang membolehkan hasil barangan kita beredar di pasaran yang lebih besar, serta dalam masa yang sama juga akan menjadi pendorong ke arah mempercepatkan lagi usaha-usaha kita mempelbagaikan ekonomi negara.

Kita perlu menyedari, bahawa nasib dan keadaan kita di masa-masa akan datang adalah tergambar daripada usaha-usaha yang sedang kita lakukan pada masa ini. Jika apa yang kita lakukan itu baik dan bermanfaat, maka insya-Allah, kesudahannya juga adalah baik dan bermanfaat. Begitulah pula sebaliknya.

Tegasnya, tidak ada siapa yang akan menderma untuk memikirkan untung nasib kita, melainkan kita sendiri sahaja.

Oleh kerana itulah, bersempena dengan menyambut Ulangtahun Hari Kebangsaan pada tahun ini, beta dengan amat sukacita mengharap supaya setiap individu dari kalangan rakyat dan penduduk akan dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing, walau seberat mana pun, bagi kesejahteraan, kemakmuran dan ketahanan negara.

Akhirnya, beta tidak lupa merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih beta kepada ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan lain-lain Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulangtahun Ke-8 Hari Kebangsaan, juga kepada segenap peserta dan petugas yang turut berusaha untuk menjayakan perayaan ini.

Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala akan memberkati segala sumbangan ikhlas mereka, sambil membalasnya dengan ganjaran-ganjaran yang besar, di dunia mahupun di akhirat.

Kepada seluruh rakyat dan penduduk termasuklah semua peringkat pegawai dan kakitangan di dalam perkhidmatan awam kerajaan, pasukan-pasukan keselamatan dan angkatan bersenjata, serta juga mereka yang berkhidmat di sektor swasta, beta mengucapkan selamat menyambut dan meraikan Hari Kebangsaan.

Page 46: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201234 34

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 47: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

35Titah 201235

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanau Wataala kerana dapat pula bersama-sama di dalam majlis yang seumpama ini. Pada kali ini seramai 158 peserta bagi Rancangan Perumahan Negara dalam Skim Kurnia Tanah Untuk Rakyat Jati akan menerima pula anak-anak kunci mereka, dan beta dengan tulus ikhlas mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada mereka itu. Dengan jumlah ini, bermakna bilangan rakyat yang memiliki tanah dan rumah sekali gus adalah semakin bertambah.

Tidak syak lagi, pertambahan ini membawa makna, bahawa taraf hidup rakyat adalah sedang meningkat, iaitu hasil dari perancangan dan pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan yang juga dengan sendirinya menjadi petanda kepada kemakmuran negara.

Beta percaya, bahawa mutu dan tahap kesejahteraan rakyat

dapat ditingkatkan melalui rancangan perumahan ini. Kerana itulah ianya sentiasa mendapat keutamaan dan perhatian beta di bawah kementerian yang berkenaan.

Bagi jangka panjang negara, rancangan perumahan boleh dilihat dari dua sudut penting: Pertama ia akan membawa kepada perubahan yang berterusan bagi taraf hidup rakyat dan kedua boleh menjadi sebab lahirnya kesedaran cintakan kampung halaman dan selanjutnya tanahair. Adapun orang-orang yang tidak mempunyai

Titah Semasa Keberangkatan Ke Majlis Penyerahan Anak-Anak Kunci Rumah Kepada Peserta-Peserta

Skim Kurnia Tanah Kepada Rakyat Jati Bagi Kampong Mumong Dan Lorong Tiga, Seria Daerah Belait

pada 3 Mac 1992

Page 48: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201236 36

ketempatan atau kediaman yang terjamin, pada biasanya mempunyai tahan kecintaan yang rendah terhadap tanahair mereka, kerana mereka tidak ada apa-apa yang hendak dijaga atau dipelihara.

Maka berdasarkan inilah, patut bagi kita bersyukur kerana mempunyai negara yang mampu dan berupaya untuk menyediakan segala-galanya itu, dan beta hanyalah mengharapkan bahawa ‘budi negara’ itu akan dapat dibalas dengan tanggungjawab rakyat jua, dari segi, turut sama-sma memenuhi keperluan-keperluan yang dihajati, termasuklah memelihara dan mengawal keluhuran serta keselamatannya.

Dalam kesempatan ini juga, beta ingin menekankan, bahawa Kementerian Pembangunan adalah diharapkan supaya akan dapat menghadapkan sesegera yang mungkin semua butir-butir perlaksanaan bagi skim pemberian tanah kepada rakyat jati yang sedia mempunyai rumah kediaman mereka di tanah-tanah T.O.L. dalam kawasan-kawasan perkampungan. Hasrat ini sebenarnya sudahpun beta suarakan di dalam ucapan beta bersempena hari keputeraan beta tahun yang lepas.

Demikian juga satu perkara lagi yang berkaitan, ialah mengenai dengan perumahan di Kampong Ayer supaya akan dapat disusun dengan memberikan keutamaan kepada perumahan dalam kawasan-kawasan yang sesak, khasnya yang berhampiran dengan ibu negara.

Menyebut tentang rancangan perumahan ini, satu perkara pokok yang tidak boleh diabaikan ialah mengenai dengan soal kepimpinan bagi penduduk-penduduk kampung. Dalam hal ini, terdapat beberapa kawasan perumahan baru yang sepatutnya sudah layak dan sesuai untuk mempunyai ketua-ketua kampungnya sendiri. Maka dalam hubungan ini, beta sukacita mengharapkan supaya akan dapat disegerakan pemilihan ketua-ketua kampung untuk kawasan-kawasan yang berkenaan itu.

Page 49: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

37Titah 201237

Beta menganggap, bahawa institusi ketua ini amatlah penting. Ianya tidak boleh hapus atau hilang dari masyarakat kita. Kerana sudah terbukti peranannya bukanlah kecil untuk mengekalkan keharmonian dan kestabilan, khasnya dari segi menjadi penghubung antara rakyat dan kerajaan.

Maka atas asas inilah, kerajaan beta telah menimbangkan satu skim baru, iaitu syarat-syarat lantikan dan perkhidmatan penghulu mukin dan ketua kampung. Skim ini akan menggantikan skim perkhidmatan yang lama yang akan membawa kepada beberapa perubahan penting yang meliputi perubahan bagi syarat-syarat lantikan dan perkhidmatan penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung berkenaan dan di samping itu juga tidak ketinggalan perubahan bagi tanggagaji mereka.

Skim baru ini adalah berkuatkuasa mulai dari 1 haribulan Mac,1992.

Perubahan ini diharapkan akan dapat mencerminkan penghargaan kerajaan terhadap institusi penghulu mukim dan ketua kampung itu, di samping pengertian masyarakat juga tidak lupa dihasratkan supaya akan lebih menghormati dan bahkan menghargai kepimpinan serta jasa-jasa penghulu-penghulu dan ketua-ketua tersebut.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 50: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201238 38

Titah Sempena Menyambut Nuzul Al-QuranDi Pusat Persidangan Antarabangsa

pada 22 Mac 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Syukur alhamdulillah, kerana kita dapat pula berkumpul untuk memperingati turunnya Al-Quran, iaitu suatu peristiwa yang sangat bersejarah lagi hebat, sebagaimana menurut maksud suatu ayat dari Al-Quran : “Bahawa sekiranya diturunkan Al-Quran itu ke atas gunung, nescaya dapat dilihat gunung itu khusyuk dan pecah kerana takutkan Allah.”

Ini memberi makna bahawa Al-Quran itu ialah suatu kekuatan yang tidak ada tolok bandingnya, yang berupaya menundukkan segala-galanya, termasuklah hati yang degil dan keras serta nafsu manusia yang liar.

Bagi orang yang mahu menyerah kalah kepada kebenaran dan ingin menjadikan dirinya benar-benar hamba kepada Allah, sudah tentu dia boleh berbuat demikian itu, melalui petunjuk dan panduan Al-Quran.

Tetapi semua ini tidaklah mungkin dicapai, melainkan terlebih dahulu mestilah dia menerima Al-Quran itu dengan sepenuh jiwanya, dengan menjadikannya bacaan, sahabat dan favourite serta perlembagaan dalam hidupnya.

Maka ke arah ini, Al-Quran mahu tidak mahu, wajiblah dipelajari oleh semua orang dan peringkat, supaya dengan itu akan lahirlah budaya mencintai Al-Quran, dan juga budaya membaca serta budaya menghayatinya sekaligus.

Page 51: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

39Titah 201239

Sebab itu sehubungan dengan ini, beta dan kerajaan beta tidak akan jemu-jemunya untuk merancang dan menjalankan dasar-dasar pembelajaran Al-Quran itu, dan secara peribadi, beta juga sangat berhasrat untuk melihatnya sebagai suatu pendidikan tradisi yang kekal, yang tidak akan lenyap daripada masyarakat kita turun-temurun.

Dari pembacaan biasa, kita juga berusaha untuk menciptakan tradisi menghafaz Al-Quran di negara ini, sejajar dengan perkembangan baru yang terdapat di mana-mana pada ketika ini. Kerana itulah langkah mengadakan Pertandingan Menghafaz Al-Quran sempena dengan menyambut Nuzul Al-Quran ini, adalah amat sesuai dan patut dialu-alukan.

Beta yakin dengan adanya orang-orang yang hafaz Al-Quran di seluruh dunia, maka keberkatan telah wujud dan terpancar di mana-mana, menjadikan Al-Quran itu sendiri terus dihormati, terpelihara dan tetap hebat di hati manusia. Sehingga dengan itu, tidaklah pernah kita mendengar adanya usaha-usaha musuh yang telah berjaya mengubah atau mencemarkannya, walaupun sekadar satu ayat sahaja. Kalau pun ada usaha-usaha yang jahat seumpama itu, pasti akan gagal juga akhirnya, iaitu satu lagi tanda yang jelas tentang kebenaran dan mukjizat Al-Quran.

Jadi jika Al-Quran sudah demikian keadaannya, maka adalah rugi besar bagi mereka yang tidak berminat kepadanya, atau apatah lagi yang menolaknya langsung.

Munasabah sempena dengan kita memperingati Nuzul Al-Quran ini, serta demi untuk mendapatkan keberkatan dan cahaya daripada Al-Quran itu, maka adalah seelok-elok pekerjaan untuk dijadikan tabiat khasnya oleh pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, melazimkan diri masing-masing untuk membuka dan membaca Kitab Suci Al-Quran, walaupun setakat beberapa ayat sahaja pada tiap-tiap hari, sebelum memulakan tugas dan pekerjaan masing-masing. Tujuannya ialah, agar dengan berkat Al-Quran itu, apa juga tugas dan khidmat kita untuk negara ini akan sentiasa terpimpin atau dipandu oleh petunjuk dan hidayat Allah, sesuai dengan sifat Al-Quran itu sendiri sebagai ‘Hudan Lilmuttaqeen’ yakni petunjuk bagi orang-orang yang suka bertakwa.

Page 52: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201240 40

Mudah-mudahan dengan cara ini, kita akan sentiasa mendapat hidayat dan petunjuk Allah, yang membawa kita selamat dan berjaya, baik di bidang kehidupan dunia, mahupun kehidupan di akhirat, insya-Allah.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 53: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

41Titah 201241

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilhamd. Marilah kita merafakkan syukur dan pujian ke hadrat Allah

Subhanahu Wataala di atas limpah rahmat-Nya yang telah mengizinkan kita dapat menyempurnakan kewajipan berpuasa selama sebulan.

Dalam bulan Ramadan yang mubarak itu, kita telah diuji dengan berbagai-bagai ujian, iaitu kita telah diuji dengan berbagai-bagai ujian, iaitu sama ada kita menyedarinya ataupun tidak. Ujian tersebut tidaklah terbatas kepada berlapar di siang hari semata-mata, tetapi banyak lagi yang lain-lain.

Tetapi alhamdulillah, beberapa ujian sampingan adalah masih di tahapnya yang rendah dan ringan sahaja. Barangkali juga ini adalah kerana berkat orang-orang salih, berkat doa-doa kita, berkat tedarus dan tarawih kita, berkat sedekah dan lain-lain lagi.

Di antara ujian-ujian sampingan itu, ialah cuaca yang sangat panas yang kita alami sepanjang bulan Ramadan, iaitu dalam makna kita telah menempuh musim kemarau yang menyebabkan juga banyak kebakaran-kebakaran hutan dan semak-samun di sana sini.

Beta menyedari, ada juga masanya bekalan air kadang-kadang terganggu, sama ada ia terputus untuk beberapa ketika, ataupun keadaannya tidak menentu seperti berubah warna dan rasanya. Semua gangguan-gangguan ini adalah di luar dari kemahuan kita,

Titah Bersempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun 1412 Hijrah/1992 Masihi

pada 4 April 1992

Page 54: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201242 42

yang telah menyebabkan keadaan kurang selesa serta kegelisahan di kalangan orang ramai.

Demikian juga jangan kita lupakan begitu sahaja, dua minggu sebelum menjelang Ramadan, satu kejadian gegaran bumi telah berlaku yang dapat dirasakan di negara ini, yang kerananya telah menimbulkan sedikit gangguan dan ketakutan.

Hal-hal yang seumpama ini telah mengiringi kita menyambut bulan puasa, namun kita tetap tabah dan sabar bagi meneruskan ibadat kita masing-masing.

Apa yang perlu diingat dari kejadian-kejadian seperti ini, ialah: Kita umat Islam, mestilah menyedari bahawa setiap yang terjadi itu tidaklah kosong dari hikmat dan rahsia Allah Ta’ala.

Kita janganlah sekali-kali lupa atau berpaling dari menghubungkannya dengan kekuasaan dan kehendak Allah. Kerana tidak akan bergerak sesuatu itu, melainkan dengan izin dan kehendak-Nya jua.

Jadi jika demikian keadaannya, maka amat layaklah bagi kita memohonkan keampunan serta bersyukur dengan sebanyak-banyak syukur di atas ujian Allah yang ringan terhadap kita, berbanding dengan kejadian-kejadian lebih dahsyat dan teruk yang menimpa setengah-setengah pihak di dunia ini.

Baru-baru ini umpamanya, Negara Brunei Darussalam juga turut melahirkan kebimbangan mengenai dengan nasib orang-orang Islam Myanmar yang telah melarikan diri mereka ke Bangladesh.

Perkara ini tidak syak lagi merupakan satu tragedi yang sungguh menyayat hati, lebih-lebih lagi kerana ianya terjadi dalam bulan Ramadan, iaitu bulan di mana umat Islam sedang berhempas-pulas melakukan puasa serta lain-lain ibadat.

Kita berharap, ianya mestilah diselesaikan dan diakhiri dengan seberapa yang cepat, iaitu sebelum beberapa masalah lain mungkin timbul yang boleh menggugat kestabilan di rantau Selatan dan Asia Tenggara.

Mereka yang terlibat dengan keadaan malang ini khasnya dan juga masyarakat antarabangsa pada umumnya, sayugialah akan

Page 55: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

43Titah 201243

dapat bekerjasama dengan penuh simpati bagi menyelesaikan masalah dan kepentingan pelarian-pelarian Islam tersebut, iaitu sebagai usaha-usaha kemanusiaan yang luhur, di samping juga untuk mengelakkan ancaman yang mungkin berbangkit daripada suasana itu terhadap kemantapan serantau.

Inilah harapan yang dapat kita ungkapkan pada hari yang mulia ini, sebagai tanda kita sama-sama mengambil berat dan bersimpati terhadap saudara-saudara kita yang seagama di mana pun mereka berada.

Akhirnya, mengambil sukut berkat yang penuh dengan kebajikan ini, beta dan keluarga beta dengan segala tulus ikhlas dan sukacita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua lapisan rakyat beta yang beragama Islam: Semoga berbahagia, aman, makmur, sihat walafiat dan semua amal ibadat kita yang telah ditunaikan akan menjadi rahmat yang berkekalan di dunia dan di akhirat, amin ya rabbal ‘alamin.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilhamd.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 56: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201244 44

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin-Nya jua, dapatlah kita hadir bersama-sama pada pagi ini dalam Majlis Pelancaran Sistem Kabel Dasar Laut di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

Sebelum ini, perhubungan telekomunikasi kita dengan negara-negara luar adalah melalui satelit. Maka dengan berlangsungnya pelancaran ini, bermakna satu era baru dalam sistem perhubungan negara telah kita teroka.

Telekomunikasi, khasnya perhubungan telefon, adalah merupakan sesuatu yang paling penting di zaman moden ini. Ia bukan sahaja untuk kepentingan hubungan biasa, malahan juga lebih diperlukan dalam urusan-urusan seperti perniagaan dan lain-lain. Oleh sebab itulah, kerajaan beta terpaksa menyediakan peruntukan yang banyak supaya perhubungan itu dapat sentiasa bergerak maju dan ‘up-to-date’ mengikut perkembangan masa.

Lebih-lebih lagi, menjelang abad ke-21 ini, peranan telekomunikasi dalam sesebuah negara yang membangun adalah semakin penting dan mencabar. Tanpa adanya infrastruktur telekomunikasi yang lengkap dan kemas, maka pembangunan dan kemajuan negara mungkin sahaja turut terjejas.

Titah Sempena Majlis Pelancaran Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei Darussalam

pada 28 April 1992

Page 57: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

45Titah 201245

Oleh itulah, dalam kesempatan ini, beta suka mengingatkan kepada semua pegawai dan kakitangan di jabatan berkenaan, supaya akan dapat bekerjasama dengan sebaik-baiknya dalam melaksanakan tugas masing-masing di bidang yang penting ini. Tunaikanlah tanggungjawab dengan sempurna dan berkesan, bagi suatu tahap kecemerlangan yang kita idam-idamkan, sekurang-kurangnya sebanding dengan apa yang orang lain telah capai.

Kita sesungguhnya tidak lagi mampu untuk lebih lama bersungut kerana kegagalan, ataupun kerana kelambatan menyelesaikan masalah-masalah lama, sedangkan rancangan-rancangan baru terus menyusul satu demi satu. Ertinya, di samping kita merancang untuk meningkatkan lagi taraf sistem perhubungan itu, maka yang lebih penting juga, ialah pengendalian yang cekap dan berjaya, hendaklah sama-sama kita miliki.

Kita mahu kepentingan pengguna-pengguna, sama ada di pihak kerajaan sendiri mahupun orang ramai, adalah sentiasa terpelihara dan lancar. Pada hemat beta, di sinilah letaknya sukat-sukat tentang kemajuan dan kejayaan sesuatu rancangan itu.

Beta amatlah mengharapkan supaya kementerian dan jabatan yang berkenaan akan dapat sentiasa mengkaji dan memastikan yang sistem perhubungan kita adalah sentiasa berjalan dengan baik dan memuaskan.

Sementara pihak kerajaan akan terus berusaha membaiki dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatannya, maka di pihak orang ramai pula adalah diharapkan supaya akan dapat menjadi pengguna yang baik dan bertanggungjawab dengan mematuhi segala peraturan dan mengikuti semua garispandu pengguna yang telah ditetapkan.

Dengan mendahulukan Bismillahir Rahmanir Rahim, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Sayyidina Wa Maulana Muhammadin, Wa’Aala Alaihie Wasahbihie Ajma’een, maka beta lancarkan Sistem Kabel Dasar Laut di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura ini.

Page 58: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201246 46

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 59: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

47Titah 201247

Titah sempena Majlis Pelancaran Kempen Antirasuah Dan Pembukaan Rasmi Ibu Pejabat Biro Mencegah

Rasuah pada 12 Mei 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin-Nya jua, dapatlah kita hadir pada hari ini di Majlis Pelancaran Kempen Anti Rasuah yang disempenakan sekali dengan pembukaan rasmi Ibu Pejabat Biro Mencegah Rasuah.

Bangunan yang baru dan indah ini, biarlah turut melambangkan kesungguhan kita pada menghadapi keadaan yang ada, serta juga seterusnya yang mungkin timbul dari masa ke semasa.

Rasuah adalah merupakan penyakit masyarakat antarabangsa yang telah lama wujud meracuni kehidupan manusia. Ia berlaku dengan tidak memilih tempat, waktu dan peringkat orang. Pendeknya, di mana-mana dan kepada siapa sahaja ia boleh berlaku atau terjadi.

Apabila rasuah sudah berleluasa dan menulari masyarakat, maka masyarakat itu akan kehilangan imej yang baik dan tidak dihormati lagi.

Maka atas asas inilah, bukan sahaja akal dan jiwa kita yang bersih akan menolaknya, malahan juga agama kita yang suci telah sedia mengutuk dan menjanjikan siksa yang amat pedih kepada pelakunya, sama ada yang memberi ataupun yang menerima rasuah itu.

Sebagai negara yang ternama lagi bermaruah, maka Brunei Darussalam patutlah mengekalkan ciri-ciri kesedaran menentang rasuah itu hingga ke akar-akar umbinya. Kita tidaklah boleh lalai dari melakukan usaha-usaha pencegahan, walau dengan apa cara pun, terutamanya melalui proses undang-undang yang ada.

Page 60: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201248 48

Kerajaan adalah sentiasa tegas, dan tidak akan teragak-agak dalam menjalankan tanggungjawab menurut lunas dan kuasa undang-undang tersebut.

Tetapi sungguhpun begitu, suka pula beta mengingatkan, bahawa bagi sesiapa juga yang dipikulkan tanggungjawab ke arah ini, hendaklah sentiasa bersikap adil dan penuh teliti sebelum menjalankan sebarang langkah dan tindakan ke atas orang-orang yang dimaksudkan, kerana sebarang langkah itu, apapun bentuknya, adalah melibatkan harga diri dan kehormatan seseorang.

Peringatan ini, bukanlah bermakna suatu tolak ansur, atau isyarat untuk pihak-pihak berkenaan memberhentikan operasi membanteras rasuah, bukan itu hakikat yang dimaksudkan. Tetapi sebaliknya supaya mereka itu lebih berhati-hati dalam membuat penyiasatan dan penilaian bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesilapan dan penzaliman.

Berpandu kepada perkembangan-perkembangan yang ada, kita memanglah masih memerlukan jentera pencegahan rasuah terus digiatkan. Kerana walaupun biro yang berkenaan itu telah ditubuhkan semenjak tahun 1982, namun masih sahaja terdapat kes-kes rasuah, yang setengahnya itu pula turut melibatkan pegawai-pegawai kerajaan sendiri. Sedangkan rasuah, apapun sifatnya adalah bertentangan dengan semua kepentingan awam yang boleh melemahkan pentadbiran dan negara.

Jadi kita tidaklah ada pilihan lain, melainkan mesti menyusun perancangan-perancangan yang kemas dengan strategi-strategi yang tepat untuk memerangi rasuah itu dengan lebih berkesan lagi, sama ada di kalangan para pegawai kerajaan mahupun orang awam.

Khas mengenai dengan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan ini, beta percaya kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan akan dapat memastikan, bahawa tidak akan terdapat sebarang ‘loop-holes’ dalam jentera pentadbiran di kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan tersebut yang boleh digunakan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.

Sementara di pihak orang ramai pula, kerjasama mereka adalah amat dipentingkan bagi sama-sama membantu kerajaan dalam perkara-perkara yang layak dan munasabah, sehingga dengan wujudnya kerjasama yang seumpama itu, maka semua pintu jenayah,

Page 61: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

49Titah 201249

sama ada kerana menerima ataupun memberi rasuah itu, akan dapat dikawal dan ditutup rapat oleh kita.

Beta berharap dan sambil berdoa mudah-mudahan Kempen Anti Rasuah yang disempenakan dengan pembukaan Ibu Pejabat Biro Mencegah Rasuah ini, akan berjalan dengan baik dan lancar dan akan mendatangkan hasil yang memuaskan, sebagai salah satu daripada rancangan kita untuk melahirkan masyarakat yang bahagia.

Dengan bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala, serta dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, selawat dan salam ke atas Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, maka beta lancarkan Kempen Anti Rasuah yang juga disempenakan dengan pembukaan rasmi Ibu Pejabat Biro Mencegah Rasuah pada hari ini.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 62: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201250 50

Titah Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1992 / 1412pada 11 Jun 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laillahaillallah Allahu Akbar Walillahilhamd.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya jua dapatlah kita bersama-sama menyambut dan merayakan lagi Aidiladha yang mulia yang penuh dengan keberkatan dan iktibar itu.

Hari ini kita pasti teringat tentang pengorbanan dan perjuangan seorang Rasul Allah, Nabi Ibrahim Alaihissalam. Pengorbanan dan perjuangan Baginda itu amatlah luarbiasa iaitu semata-mata kerana taat dan menjunjung titah perintah Allah jua. Baginda tidak memikirkan untung ataupun rugi dari ketaatannya itu. Baginda tidak memikirkan untung ataupun rugi dari ketaatan itu, melainkan hanyalah semata-mata taat, yang membawa Baginda sanggup berbuat apa sahaja walaupun dengan mengorbankan sesuatu yang paling Baginda kasihi.

Bagindalah yang bersama-sama puteranya Nabi Ismail Alaihissalam mendirikan Kota Mekah, dan juga membangunkan Ka’abah yang menjadi kiblat umat Islam di seluruh dunia. Di antara ajaran agama yang berasal daripada sejarah Nabi Ibrahim Alaihissalam dan keluarga Baginda ialah Ibadat Haji.

Dalam konteks ini, kita bersyukur kerana negara kita Brunei Darussalam adalah salah sebuah negara di dunia yang tidak pernah luput daripada menyertai perhimpunan besar di Tanah Suci untuk mengerjakan Rukun Islam yang kelima itu.

Page 63: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

51Titah 201251

Apabila dianggarkan dari segi nisbah bilangan penduduk maka peratus jemaah kita pada setiap tahun, sebenarnya adalah tinggi. Ini semua, tidak syak lagi menandakan adanya peningkatan ekonomi dan kemakmuran rakyat, khasnya di kalangan mereka yang beragama Islam.

Dalam situasi dunia yang bergolak, yang penuh dengan berbagai-bagai peristiwa buruk, maka Tanah Suci Mekah pada musim haji adalah merupakan sebuah taman perdamaian yang indah dan unik, di mana seluruh bangsa-bangsa daripada segenap pelusuk bumi ini, akan melupakan sejenak masalah-masalah sosial dan politik mereka yang mungkin sahaja selalu menekan dan menghimpit ketika di tanahair masing-masing. Di antara masalah-masalah yang amat popular, ialah seperti peperangan dan pergaduhan yang banyak memakan korban, yang dicetuskan oleh berbagai-bagai sebab, antaranya kerana dorongan tamak, atau kerana mempertahankan pendirian, atau kerana diskriminasi kaum dan lain-lain lagi.

Dengan kita mengalami sendiri keadaan di Tanah Suci ini maka dapatlah diambil rumusan bahawa inilah suatu ajaran yang paling benar, yang digariskan oleh Islam tenang perdamaian dan persaudaraan sejati di antara manusia, iaitu: Tidak ada hasad dengki, tidk ada tamak dan tidak ada diskriminasi kaum. Semua orang adalah sama sahaja. Tidak kira sama ada kulitnya putih ataupun hitam. Masing-masing itu ada hak yang wajib dihormati.

Sepatutnya dunia mestilah mengakui hakikat ini, bahawa agama Islam telah begitu jauh ke hadapan tentang persamaan dan cara menghormati hak-hak manusia, bukannya seperti yang digembar-gemburkan oleh banyak pihak tentang demokrasi yang kosong daripada kenyataan.

Tegasnya manusia patutlah belajar dari pengalaman, bahawa amalan persefahaman dan menghormati hak asasi masing-masing itu tidaklah akan merugikan sesiapa, malahan sebaliknya membawa keuntungan dan kebahagiaan.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laillahaillallah Allahu

Akbar Walillahilhamd.

Page 64: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201252 52

Marilah kita berdoa, mudah-mudahan dengan berkat Aidiladha yang agung ini, kita semua dikurniakan nikmat iaitu nikmat Islam dan nikmat iman, nikmat sihat walafiat, nikmat aman makmur yang berpanjangan sampai turun-temurun.

Mudah-mudahan juga Allah ampunkan dosa-dosa kita, dosa-dosa para ibu bapa kita, dosa-dosa kaum Muslimin dan Muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

Akhirnya sama-sama juga kita pohonkan pembelaan Allah terhadap orang-orang yang membela agama-Nya dan menggagalkan setiap usaha dan langkah sesiapa juga yang bertujuan melemahkan agama Allah dan melemahkan umat Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 65: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

53Titah 201253

Titah Sempena Menyambut Awal TahunBaru Hijrah 1413 pada 1 Julai 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Dengan penuh syukur dan gembira kita mengalu-alukan pula kedatangan Tahun Baru Hijrah 1413. Setiap tahun baru pasti akan merakamkan banyak peristiwa, seperti juga yang telah berlalu telah meninggalkan banyak kenang-kenangan kepada dunia dan manusia.

Tahun baru Hijrah mempunyai ciri-ciri tersendiri lagi istimewa. Ia tidak sahaja menjadi alat untuk menghitung hari dan bulan, tetapi juga amat rapat hubungannya dengan sejarah akidah dan perkembangan agama Islam sendiri. Kerana itulah pada setiap kali kita menyambut kedatangannya, bermakna kita mesti membaharui azam dan usaha ke arah menyuburkan lagi akidah Islamiah kita.

Konsep ini penting dan malah bertambah penting, apabila mengingat adanya gejala-gejala negatif tentang penyelewengan akidah di kalangan umat Islam pada hari ini. Penyelewengan itu baik yang bernama ajaran-ajaran salah, mahupun yang lebih menakutkan lagi ialah adanya orang-orang Islam yang sudah samggup menukarkan akidah mereka dengan akidah yang tidak diredai oleh Allah.

Beta bersyukur, di dalam negara kita Brunei Darussalam, isu ini belumlah berbangkit, selain daripada kejadian orang pernah terpengaruh dengan ajaran Qadiani. Tetapi ini pun hanyalah kudis kecil sahaja yang mudah diubati.

Setiap individu Muslim, wajiblah meletakkan soal akidah itu paling atas daripada segala-galanya. Ia merupakan tanggungjawab semua pihak untuk mengawalnya. Di pihak kerajaan, kita telah mempunyai beberapa agensi yang berfungsi ke arah itu, iaitu yang paling berkenaan ialah bidang agama dan pendidikan.

Page 66: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201254 54

Beta berharap, peranan masing-masing mestilah berjalan lebih aktif iaitu bukan sahaja di dalam, malahan juga di luar, di mana terdapat orang-orang Brunei seperti penuntut-penuntut yang berada di luar negeri. Dakwah Islamiah dan pendidikan agama mestilah sampai kepada mereka dengan menyeluruh, yang boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara, iaitu selain daripada dakwah dan pendidikan bersemuka, juga ialah melalui rakaman-rakaman dan tulisan-tulisan seperti buku-buku dan risalah-risalah.

Tugas orang-orang Islam pada hari ini adalah memang berat dan mencabar. Di samping pemusatan mesti ditumpukan kepada masalah dalaman masing-masing, juga isu-isu antarabangsa telah banyak yang memerlukan penglibatan dunia Islam pada keseluruhannya. Sebagai misalan ialah, apakah yang akan terjadi, kepada dua juta umat Islam di Bosnia yang sedang diancam kehancuran itu.

Semua ini tidak syak lagi, adalah menghendaki penglibatan dunia Islam untuk menentukan pendirian yang tegas dan bijaksana. Dan beta beranggapan, perkara ini bukanlah semata-mata isu politik, tetapi akan berlanjutan menjadi masalah akidah juga.

Jadi berdasarkan pandangan sepintas lalu ini, tahun 1413 Hijrah mungkin saja akan lebih membebankan kita daripada segi tanggung-jawab politik, dakwah dan pendidikan, yang memerlukan kita lebih mampu dan berani untuk menghadapinya.

Akhirnya, beta dan keluarga beta dengan tulus ikhlas dan sukacita mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1413 dengan harapan dan doa, semoga kita dan negara akan beroleh kesejahteraan, aman makmur lagi bahagia di bawah inayah dan pemeliharaan Allah Subhanahu Wataala

Amin Ya Raabal ‘Alameen.

Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 67: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

55Titah 201255

Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1413 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas

pada 2 Julai 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur di atas limpah kurnia Allah Subhanahu Wataala yang telah mengizinkan kita berkumpul untuk menyambut dan memperingati kedatangan Tahun Baru Hijrah 1413. Lebih-lebih lagi secara kebetulan, pada dua tahun berturut-turut kita menyambut Tahun Hijrah 1412 dan 1413 ini, beta baru sahaja selesai daripada menunaikan ibadat haji ke Baitullah, dan pada kali ini adalah bersama-sama dengan keluarga beta sendiri, sebagai memenuhi kewajipan terhadap Allah Subhanau Wataala.

Apa yang dapat beta sifatkan daripada perkumpulan dan keadaan umat Islam di Tanah Suci, ialah suatu gambaran yang jelas tentang adanya suatu hubungan yang amat kuat lagi rapat di antara para hamba dengan Pencipta mereka. Hal ini amat terbayang daripada cara mereka beribadat serta memuliakan segala syiar agama yang ada. Mereka, dengan tidak menghiraukan segala kesusahan, telah melakukan apa sahaja yang bernama ibadat, dengan hati yang sentiasa merendah lagi khusyuk tetapi penuh bersemangat.

Kita mendapati wajah demi wajah, sama ada yang muda ataupun tua, semuanya gigih dan berani dengan tidak mengenal tewas atau undur.

Page 68: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201256 56

Pada beta, inilah gerangan yang dinamakan dorongan takwa dan keimanana itu, iaitu apabila ia sudah menjelma dan menguasai perasaan seorang mukmin, maka segala yang sukar tidak akan menjadi sukar lagi, sebab hati sudah terpaut dan terikat dengan Allah.

Inilah dia yang berlaku kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan pengikut-pengikut Baginda. Mereka hanya memahami bahasa iman semata-mata yang menyuruh mereka melakukan hijrah, walaupun telah diancam oleh berbagai-bagai bahaya termasuk bahaya maut. Namun, oleh kerana sifat-sifat luhur ini terus berkekalan dan sebati menjiwai perjuangan umat Islam pada ketika itu, maka pada akhirnya dengan tidak melebihi jangka masa 23 tahun Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersama-sama dengan para sahabat yang setia telah dapat menyempurnakan tanggungjawab dakwah terhadap manusia.

Cara dan gaya dakwah serta kepimpinan yang seumpama inilah, yang turut kita perlukan pada hari ini. Dan inilah pula di antara ciri-ciri yang kita kehendaki yang mustahak ada kepada tokoh-tokoh dan jasawan-jasawan agama kita, sama ada mereka itu masih berkhidmat dengan kerajaan ataupun tidak.

Mereka, bukan sahaja dikehendaki pakar di dalam bidang yang mereka sandang, tetapi juga mustahak memiliki sifat-sifat perwira yang tinggi, kerana tugas-tugas keagamaan yang berjaya itu adalah lebih banyak memerlukan ketabahan dan keberanian di samping bahan ilmu. Pendapat ini, bukanlah lagi suatu teori, malahan merupakan kenyataan yang telah wujud di sepanjang sejarah pengembangan Islam.

Oleh itu, beta sangat berharap, untuk masa kini dan akan datang, Negara Brunei Darussalam tidaklah akan ketandusan tokoh-tokoh seperti yang disifatkan itu, supaya terpelihara dan berkekalan keunggulannya sebagai sebuah negara Islam yang dipandang tinggi

Page 69: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

57Titah 201257

lagi disegani oleh dunia antarabangsa. Dalam hal ini, pemimpin-pemimpin agama dan ulama adalah mempunyai peranan yang tidak boleh diabaikan.

Akhirnya, sambil mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1413, beta juga berharap supaya semangat dan konsep hijrah akan dapat mempengaruhi kita di dalam melaksanakan semua bentuk perubahan dan perkembangan, iaitu berpindah daripada satu tahap ke tahap yang lebih baik dan sempurna dengan mengikut landasan atau ajaran-ajaran Islam.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 70: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201258 58

Titah Sempena Lawatan Tuan Yang Terutama Presiden Wee Kim Wee, Presiden Republik Singapura

Ke Negara Brunei Darussalampada 6-8 Julai 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Tuan Yang Terutama Presiden Wee Kim Wee,

Puan Wee Kim Wee,

Tuan-tuan Yang Terutama

Para hadirin dan hadirat sekalian.

Beta dengan amat gembira mengalu-alukan kedatangan Tuan Yang Terutama dan Puan Wee Kim Wee serta rombongan ke Negara Brunei Darussalam.

Beta masih ingat dengan penuh gembira layanan yang sangat memuaskan yang telah diberikan kepada beta dan ahli-ahli keluarga beta semasa lawatan negara yang beta telah lakukan ke Singapura pada tahun 1990, di waktu mana beta sungguh tertarik melihat kemajuan-kemajuan yang sangat hebat yang sedang berjalan di negara Tuan Yang Terutama.

Beta berharap Tuan Yang Terutama akan mendapati lawatan Tuan Yang Terutama ke negara beta ini juga memuaskan.

Tidak syak lagi, lawatan Tuan Yang Terutama ini menjadi tanda, betapa rapatnya hubungan di antara kedua-dua buah negara kita, Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

Page 71: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

59Titah 201259

Hubungan itu, sebenarnya telah pun wujud semenjak sekian lama lagi, yang kemudian diperkukuh pula oleh jalinan ekonomi dan berbagai bentuk kerjasama yang lain.

Kita sama-sama berharap akan dapat melihat perkembangan yang sihat di bidang perhubungan dan kerjasama ini, sama ada yang merupakan hubungan dua hala mahupun yang berkaitan dengan rangka kerjasama ASEAN pada amnya.

Pada masa ini, Negara Brunei Darussalam dan Singapura mempunyai kepentingan-kepentingan yang sama yang meliputi berbagai kegiatan dan usaha, seperti latihan-latihan ketenteraan dan usaha-usaha di bidang perdagangan.

Baru-baru ini, kita telah melancarkan Kabel Dasar Laut Fibre Optic sebagai alat komunikasi yang cepat, yang sangat mustahak dan penting dalam dunia moden ini.

Hubungan-hubungan tersebut bukan sahaja berfaedah bagi kedua-dua negara kita, bahkan selaku rakan dalam ASEAN, kita juga adalah turut berkongsi tanggungjawab dengan jiran-jiran kita yang lain, dalam hal memastikan, bahawa rantau ini akan sentiasa maju dan berkembang dengan cepatnya.

Kemajuan yang kita telah perolehi dalam perhubungan di antara kita sangatlah memuaskan, dan marilah kita sama-sama berusaha seterusnya pada meningkatkan lagi perhubungan itu berasaskan prinsip saling hormat-menghormati yang sebenar-benarnya.

Beta percaya, Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura sudahpun lebih awal menyedari hal ini, dan oleh kerana itulah hubungannya yang sedia baik dan mesra itu tetap terus terpelihara.

Hubungan ini, bukan sahaja antara kerajaan dengan kerajaan, bahkan juga di peringkat umum, antara rakyat dengan rakyat di kedua buah negara. Kemudian ianya diperkukuhkan lagi oleh lawatan

Page 72: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201260 60

Tuan Yang Terutama, sebagai bukti adanya perasaan muhibah yang dihulurkan oleh Singapura kepada Negara Brunei Darussalam.

Beta sekali lagi mengalu-alukan Tuan Yang Terutama dan Puan Wee serta rombongan, dan berharap Tuan Yang Terutama dan rombongan akan merasa selesa dan gembira selama berada di negara ini.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 73: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

61Titah 201261

Titah Sempena Keberangkatan Ke Kampung Telisai Dan Seterusnya Menyempurnakan Penyerahan Anak-Anak Kunci Rumah Bagi Skim Tanah Kurnia Kepada Rakyat

Jati Kampung Telisai, Daerah Tutong pada 11 Julai 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadarat Allah Subhanahu Wataala kerana sekali lagi dapat bersama-sama di dalam majlis yang seumpama ini.

Pada kali ini, seramai 49 orang peserta, bagi rancangan perumahan dalam Skim Kurnia kepada Rakyat Jati akan menerima anak-anak kunci rumah mereka dan beta dengan tulus ikhlas mengucapkan tahniah dan selamat mendiami rumah baru masing-masing.

Beta memaklumi bahawa ada di antara mereka itu yang sebelum ini terpaksa tinggal dalam lingkungan yang tidak begitu selesa oleh kerana beberapa sebab tertentu, termasuklah antaranya masalah keramaian penghuni, sedang saiz tempat tinggal adalah kecil.

Oleh yang demikian, perpindahan mereka ke rumah baru masing-masing dalam kawasan perumahan yang tersusun serta siap dengan kemudahan-kemudahan infrastruktur, sudah barang tentunya merupakan detik-detik yang bersejarah serta penuh kegembiraan bagi mereka dan keluarga.

Page 74: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201262 62

Beta dalam hubungan ini amat bersyukur, kerana projek-projek yang mendapat keutamaan kerajaan beta, khususnya yang berkaitan dengan projek-projek perumahan telah menampakkan hasil yang menggalakkan dalam erti kata menambahkan lagi tahap keselesaan dan kesejahteraan rakyat serta penduduk di negara ini.

Kerajaan beta sentiasa menyedari tentang keperluan-keperluan rakyat, terutamanya dari segi tempat tinggal dan kemudahan-kemudahan yang lain mengikut jangka waktu yang munasabah.

Di samping menitikberatkan tentang kemudahan-kemudahan bagi perkampungan-perkampungan baru, khasnya melalui skim-skim rancangan perumahan yang ada pada masa ini, kerajaan beta juga sentiasa mengambil berat tentang keadaan-keadaan yang terdapat di kampung-kampung yang telah sedia didiami oleh rakyat dan penduduk di negara ini, termasuklah kampung-kampung pedalaman, dengan mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbaikinya.

Langkah-langkah yang beta maksudkan itu termasuklah memperbaiki keadaan jalan-jalan raya, serta mengadakan perkhidmatan-perkhidmatan asas yang lain seperti talian telefon, di samping meningkatkan juga mutu perkhidmatan-perkhidmatan yang sedia ada.

Kemudian dalam usaha untuk mengawal dan menjaga persekitaran yang bersih lagi selesa, maka kerajaan beta juga telah mengambil langkah-langkah tertentu pada menswastakan pemungutan sampah di beberapa tempat di negara ini.

Alhamdulillah, pada setakat ini sambutan daripada orang ramai nampaknya adalah menggalakkan, walaupun bayaran bagi perkhidmatan tersebut, sedikit lebih tinggi daripada bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan selama ini.

Insya-Allah, langkah-langkah selanjutnya akan diambil bagi meluaskan lagi kawasan-kawasan penswastaan pembuangan sampah

Page 75: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

63Titah 201263

ini juga akan melibatkan kawasan-kawasan perumahan di bawah skim-skim rancangan perumah kerajaan.

Adalah menjadi harapan beta, supaya penduduk-penduduk di kawasan-kawasan yang berkenaan akan memberikan kerjasama mereka dalam menjayakan usaha-usaha yang berkebajikan ini.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 76: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201264 64

Titah Sempena Hari Keputeraan BagindaYang Ke-46 Tahun Di Balai Singgahsana

Istana Nurul Iman pada 15 Julai 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat serta izin-Nya jua, dapatlah kita berkumpul sekali lagi di istiadat yang bersukut baik pada hari ini.

Beta dengan segala tulus ikhlas dan bersih hati terlebih dahulu mengucapkan terima kasih serta penghargaan yang setinggi-tingginya kepada tetamu-tetamu beta daripada negara-negara jiran, yang telah berkesudian hadir untuk sama-sama merayakan hari keputeraan beta pada tahun ini. Demikian juga kepada semua dif-dif yang lain, serta semua pihak yang telah menghantarkan perutusan-perutusan ucap selamat mereka bersempena dengan sambutan perayaan ini.

Dengan berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala jua yang akan mengurniakan balasan-Nya kepada mereka yang berkenaan itu.

Dengan kehendak dan takdir Allah, Negara Brunei Darussalam

tetap berkeadaan aman dan tenteram. Ianya tidak syak lagi merupakan nikmat yang tidak terhingga yang mesti disyukuri oleh setiap lapisan rakyat dan penduduk.

Perlu diingat, bahawa keamanan dan ketenteraman itu adalah merupakan jambatan yang boleh menyampaikan kita kepada berbagai rupa kejayaan di bidang-bidang rohani dan kebendaan. Tanpa adanya keamanan, bermakna segala rancangan akan tergendala dan terjejas.

Page 77: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

65Titah 201265

Oleh sebab itulah, soal keamanan ini sentiasa mendapat tempat dan perhatian di mana-mana sahaja, dibincang dan dibahaskan orang dalam forum-forum antarabangsa.

Keamanan tidak sahaja bermakna sunyi daripada peperangan dan huru-hara, tetapi juga suasana yang selesa, yang membawa damai di mata dan di hati kita, adalah juga keamanan namanya. Kerana itulah sejajar dengan kebimbangan antarabangsa mengenai dengan isu-isu alam sekitar yang telah melahirkan Sidang Kemuncak di Rio de Janeiro baru-baru ini, maka kerajaan beta turut mengambil perhatian berat untuk meningkatkan lagi usaha dan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya persekitaran yang bersih dan indah yang jauh daripada sebarang pencemaran.

Apa yang beta harapkan ialah, kefahaman dan penglibatan semua pihak mestilah serentak, terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang-bidang perindustrian dan pembinaan. Pihak-pihak ini perlulah dikawal dengan peraturan, supaya sama-sama terbiasa pada menjaga dan memelihara persekitaran yang bersih.

Kita tidak mahu adanya bangunan-bangunan yang tersergam indah, sedangkan persekitarannya kotor dan menyusahkan orang ramai. Ini termasuklah juga kedai-kedai dan restoran-restoran serta lain-lain yang kelihatan bersih tetapi di belakangnya bersepah segala sampah-sarap.

Perkara ini dari sekarang mustahaklah diatasi, dan salah satu caranya ialah dengan menggubal undang-undang atau peraturan-peraturan yang bersesuaian mengenainya. Di samping, kita juga patutlah memikirkan apakah jenis teknologi yang selamat untuk digunakan.

Untuk melaksanakan pembangunan negara dengan teratur dan lancar, maka kita bukan sahaja memerlukan keadaan yang aman, malahan juga perlu memiliki ekonomi yang mantap.

Page 78: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201266 66

Lalu atas asas inilah, beta pada bulan September 1991, telah memperkenankan penubuhan sebuah badan yang diberi nama Majlis Kemajuan Perusahaan dan Perdagangan. Matlamat utama majlis ini ialah untuk memikirkan dan menilai secara komprehensif cara-cara bagaimana memperbaiki lagi iklim perusahaan di negara ini, sehingga dapat menarik lebih banyak pelaburan dan perusahaan, termasuk penglibatan pelabur-pelabur daripada luar negeri.

Penubuhan majlis ini, yang melibatkan beberapa pihak dalam kerajaan, seharusnyalah dapat dijadikan forum bagi memikirkan cara-cara dan tindakan-tindakan untuk memajukan lagi bidang perusahaan dan perdagangan kita.

Langkah dan tindakan yang segera adalah diperlukan, bagi membolehkan kita turut sama bersaing di arena perdagangan antarabangsa.

Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN yakni ASEAN Free Trade Area atau AFTA, yang mana kita juga selaku ahli turut menggerakkannya, adalah boleh dijadikan pendorong untuk mempercepatkan lagi kemajuan pelbagai perusahaan produktif di negara ini.

Demikian juga kerajaan beta melalui Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, sedang meneruskan usaha ke arah menggalakkan peningkatan pengeluaran di bidang pertanian dan perikanan bagi membantu memenuhi keperluan negara dalam bahagian perbekalan makanan.

Beta suka mengingatkan, bahawa berhubung dengan rancangan-rancangan kemajuan dan perindustrian ini pada khususnya, kita adalah memerlukan tenaga-tenaga kerja yang terlatih dan mahir. Oleh kerana itu, pada hemat beta, eloklah supaya ditubuhkan sebuah jawatankuasa peringkat nasional yang akan bertanggungjawab dalam hal-hal perancangan dan perkembangan sumber tenaga manusia, iaitu bagi memenuhi kehendak-kehendak negara dari masa ke semasa.

Page 79: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

67Titah 201267

Di bidang agama dan pendidikan pula, usaha-usaha sedang dibuat dengan mengadakan kerjasama dengan pihak-pihak berkenaan di luar negeri bagi mewujudkan pusat pengajian tinggi Islam di negara ini.

Kita bukan sahaja ghairah untuk mempunyai pusat pengajian yang demikian itu, tetapi juga ingin memastikan yang perjalanannya akan sentiasa lancar dan berjaya.

Beta menyebutkan ini, adalah bersabit dengan beberapa perkara termasuklah soal-soal pengendalian di dalam dan juga masalah penyaluran atau penghantaran penuntut-penuntut keluar, adalah memerlukan kajian dan perundingan yang terperinci, supaya tidak akan berlaku keciciran-keciciran yang mengecewakan banyak pihak, serta juga mengorbankan banyak wang dan masa semata-mata.

Beta percaya, di samping Institut Pengajian Islam dan Maktab Pengurusan Ugama, juga Sekolah-sekolah Menengah Arab dan Ma’had Islam Brunei, bolehlah menjadi asas yang baik ke arah ini.

Cuma sahaja, dasar dan haluannya perlulah kukuh dan mantap, untuk menyampaikan penuntut-penuntut Sekolah Menengah Arab dan Ma’had Islam khasnya, bukan sahaja untuk menjadi ulama dalam bidang agama, malahan juga ahli sains dan perubatan serta lain-lain yang berorientasikan Islam.

Kita juga sedang menempah kebanggaan di bidang ekonomi Islam, iaitu dengan penubuhan Tabung Amanah Islam Brunei yakni TAIB. Kejayaannya sungguh menggalakkan dengan adanya sambutan orang ramai yang begitu besar.

Berikutan dengan ini juga, beta sukacita memaklumkan bahawa penubuhan bank Islam yang sedang diusahakan pada masa ini, insya-Allah akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa lagi. Beta juga ingin menyarankan supaya langkah dalam sedikit masa lagi. Beta juga ingin menyarankan, supaya langkah dapat diambil untuk mengkaji kemungkinan mengadakan sistem insurans secara Islam.

Page 80: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201268 68

Selain itu, suka pula beta menyebutkan berkenaan dengan rancangan tahfiz Al-Quran, bahawa sesudah kejayaan pertama Negara Brunei Darussalam melahirkan seorang hafiz, maka terdapat beberapa ramai anak-anak kita telah dihantar oleh ibu bapa mereka sendiri ke luar negeri, khasnya ke Semenanjung Malaysia bagi mengikuti kursus atau pengajian hafaz Al-Quran.

Beta sangatlah mengkagumi dan bersimpati dengan langkah ibu bapa ini, yang mendorong anak-anak mereka memasuki lapangan yang terpuji itu.

Sambil menyambut baik hasrat ibu bapa ini, beta sukacita mengumumkan bahawa beta pada dasarnya telah memperkenankan penubuhan sebuah Institut Tahfiz Al-Quran di negara ini, sebagai sumbangan peribadi beta sendiri. Ianya akan terletak di bawah Kementerian pendidikan, sebagai suatu komplimanteri bagi melahirkan tenaga-tenaga yang hafaz Quran.

Adapun lain-lain langkah untuk meningkatkan lagi kesejahteraan rakyat dan penduduk akan juga diusahakan terus oleh kementerian-kementerian berkenaan dalam kerajaan.

Di bidang pembangunan, beta berharap Kementerian Pembangunan akan segera memikirkan tentang kemungkinan untuk membuka perkampungan-perkampungan baru di kawasan-kawasan yang tertentu, sebagai langkah untuk menyebar-ratakan keramaian penduduk negara ini supaya tidak terkumpul di satu-satu tempat sahaja, di samping bagi memastikan penggunaan kawasan-kawasan utama yakni ‘prime-area’ dengan cara yang betul.

Di bidang perhubungan pula, usaha sedang ditumpukan untuk meningkatkan perhubungan, sama ada bagi keperluan di dalam mahupun dengan dunia antarabangsa. Maka untuk ini, beberapa perancangan dan projek telah dan sedang dilaksanakan.

Page 81: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

69Titah 201269

Satu lagi usaha yang berkaitan dengan kebajikan rakyat yang selaras dengan perkembangan tenaga manusia, ialah penubuhan Tabung Amanah Pekerja. Pada masa ini, beta sudahpun memperkenankan penubuhan Lembaga Pengarah mengenainya, sementara jabatan yang akan mengendalikan pentadbirannya pula, insya-Allah akan ditubuhkan dalam sedikit masa lagi.

Sasaran permulaan perlaksanaan skim tabung ini nanti, ialah kepada kakitangan kerajaan yang tidak berpencen dan pegawai-pegawai serta kakitangan yang baru berkhidmat. Kemudian, ianya akan dilaratkan lagi kepada sektor swasta yang belum mempunyai skim seumpama ini.

Termasuk menjadi kewajipan utama kerajaan beta, ialah mengemaskinikan sistem pertahanan negara. Lalu ke arah ini pada bulan September tahun yang lepas, satu penyusunan semua Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah pun dilakukan.

Di samping memberikan perhatian terhadap soal-soal dalaman dalam perkara pertahanan dan keselamatan ini, kita juga turut mementingkan persefahaman dan kerjasama dengan negara-negara jiran, iaitu demi untuk menjamin keselamatan dan keamanan serantau.

Langkah yang seperti ini diambil adalah bersesuaian dengan perkembangan-perkembangan politik antarabangsa, yang menghendaki kita bersikap lebih peka dan waspada.

Adapun dasar luar kita memang mengambil kira perkara seumpama ini. Kita telah membuktikan yang Negara Brunei Darussalam turut melaksanakan peranannya selaku ahli masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab.

Kita juga memberikan tumpuan untuk terus meningkatkan hubungan dengan negara-negara ASEAN sebagai dasar utama kita. Dalam masa suku abad menjalani usianya, pertubuhan kerjasama serantau ini telah berhasil mewujudkan suasana politik yang stabil

Page 82: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201270 70

di antara negara-negara ahli. Hal ini tidak syak lagi telah dapat membantu usaha-usaha kita bagi membangunkan negara masing-masing dengan bebas dan aman.

Juga berkait dengan dasar luar ini, Negara Brunei Darussalam terus mengambil langkah mengadakan hubungan mesra dengan negara-negara yang ingin berbaik-baik dengan kita. Sehingga kini, negara kita telah pun menjalin hubungan diplomatik dengan lebih 70 buah negara dengan mengambil kira perkembangan-perkembangan mutakhir, iaitu serentak dengan tamatnya pertentangan ideologi.

Pendeknya dengan izin dan rahmat Allah serta berkat pegangan kita terhadap dasar-dasar MIB selama ini, maka Negara Brunei Darussalam terus menikmati keamanan, kemakmuran dan bahagia, di bawah perlindungan dan inayah Allah Subhanahu Wataala.

Beta dengan segala tulus ikhlas ingin mengulangi penghargaan dan ucapan terima kasih beta kepada segenap lapisan rakyat dan penduduk yang telah memberikan sambutan yang meriah ke atas kepulangan beta dan keluarga beta daripada menunaikan ibadat haji di Tanah Suci.

Beta berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, dan dengan berkat serta syafaat Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, semoga rakyat dan penduduk yang beta kasihi akan sentiasa beroleh kejayaan, bersatu padu dan makmur di bawah panji-panji negara yang indah yang aman bebas lagi selamat ini, Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Begitu juga, beta tidak lupa merakam ucapan terima kasih yang sama kepada seluruh kakitangan kerajaan di atas perkhidmatan mereka yang bersungguh-sungguh kepada negara.

Kepada semua pegawai dan kakitangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei dan seluruh rakyat serta

Page 83: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

71Titah 201271

penduduk negara ini, beta juga ingin mencatatkan setinggi-tinggi penghargaan beta di atas kerjasama mereka dalam memelihara keamanan, keselamatan dan ketenteraman negara.

Juga kepada semua jawatankuasa perayaan, baik di peringkat kebangsaan mahupun daerah, kerana penat lelah mereka itu dalam menyusun dan menjalankan rancangan-rancangan perayaan. Semoga Allah jua yang akan membalas mereka dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 84: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201272 72

Titah Bersempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-46 Tahun Di Istiadat Mengadap

Di Daerah Belait pada 18 Julai 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat-Nya jua telah mengizinkan kita sekali lagi hadir beramai-ramai pada istiadat yang permai ini.

Dengan tulus ikhlas, beta sukacita mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat dan penduduk daerah ini yang telah berpenat lelah mengusahakan berbagai acara sambutan sempena ulangtahun hari keputeraan beta yang ke-46 di daerah ini. Semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan balasan yang setimpal kepada semua pihak yang berkenaan itu.

Beta amat sukacita melihat keadaan aman dan tenteram di negara kita pada umumnya. Tetapi bagaimanapun, beberapa kejadian jenayah yang berlaku pada akhir-akhir ini, khasnya di daerah ini seperti kecurian, rompakan dan penculikan telah mengganggu ketenteraman masyarakat.

Kejadian-kejadian seumpama ini merupakan gejala-gejala awal untuk mengacau-bilaukan negara dan masyarakat. Kerana itu sebelum ianya bermaharajalela, maka pihak-pihak berkenaan dengan keamanan serta juga orang ramai perlulah berganding bahu menyekat dan bahkan menggagalkan gerakan-gerakan pengacau yang tidak bertanggungjawab itu.

Page 85: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

73Titah 201273

Walaupun bilangan jenayah tersebut agak kecil, tetapi memandangkan seriusnya jenayah-jenayah tersebut, maka kita tidaklah boleh bertolak ansur walau sedikit pun. Kita, apabila berhadapan dengan anasir-anasir antisosial dan antikeamanan ini, bahasa kita hanyalah undang-undang dan ketegasan, tidak kira sama ada mereka itu orang dalam ataupun luar negeri.

Peluang kita untuk bersenang-lenang sambil membangun negara dalam suasana yang amat tenteram, adalah sesuatu yang paling berharga kepada kita. Kita berazam akan terus memeliharanya sebagai kurnia daripada Allah Subhanahu Wataala.

Satu lagi di antara kurnia itu ialah kemajuan yang sedang dicapai oleh daerah ini, baik yang melibatkan projek-projek kerajaan mahupun yang berupa perusahaan-perusahaan yang dikendalikan oleh pihak swasta.

Apapun bentuk atau jenisnya kemajuan itu, mestilah memerlukan kemahiran-kemahiran dari segi perancangan dan pengurusan. Setinggi mana tahap kemajuan yang dicapai itu, adalah tertakluk, kepada sejauh mana rapi dan berjayanya perancangan dan pengurusan yang dijalankan.

Maka atas asas inilah, melalui Kementerian Pendidikan, kerajaan beta telah menubuhkan sekolah vokasional bagi menyalurkan anak-anak sekolah ke dalam berbagai latihan kerjaya, yang bertujuan, di samping untuk menyelamatkan penuntut-penuntut itu daripada tercicir, dan juga untuk jangka panjang, ialah bagi mengasuh serta mencungkil bakat-bakat istimewa generasi muda di berbagai-bagai bidang kerjaya yang ada. Beta berharap, pembinaan dua buah sekolah vokasional yang lain lagi, akan dapat dipercepatkan.

Mengakhiri ucapan ini, beta tidak lupa mendoakan semoga rakyat dan penduduk di daerah ini akan terus hidup aman serta menikmati kemakmuran yang berkekalan.

Page 86: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201274 74

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 87: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

75Titah 201275

Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-46 TahunDi Istiadat Mengadap

Di Daerah Tutong pada 21 Julai 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat dan hidayah-Nya jua telah mengizinkan kita sekali lagi hadir beramai-ramai di istiadat yang permai pada pagi ini.

Beta dengan tulus ikhlas mengucapkan terima kasih kepada

semua pihak yang berkenaan, yang telah menyumbangkan buah fikiran dan tenaga bagi menyusun rancangan-rancangan sambutan perayaan ulangtahun hari keputeraan beta di daerah ini. Mudah-mudahan dengan keikhlasan mereka itu, Allah Subhanahu Wataala akan memberikan ganjaran-Nya yang berlipat ganda jua.

Dalam majlis yang bersukut baik ini, beta sukacita menyentuh mengenai dengan isu keselamatan jalan raya, iaitu salah satu perkara yang patut diberikan perhatian berat oleh kita semua.

Menurut perangkaan, negara kita adalah mempunyai bilangan kereta yang banyak, jika dibanding dengan keramaian penduduk. Hitung purata adalah kurang daripada 3 orang penduduk dengan tiap-tiap sebuah kereta.

Angka ini menunjukkan kadar yang tinggi, dengan risiko kemalangan jalan raya juga turut meningkat dari masa ke semasa.

Page 88: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201276 76

Beta telah mengambil maklum bahawa Majlis Keselamatan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam, serta cawangan-cawangannya di semua daerah di negara ini, telah dan sedang berusaha untuk menyedarkan orang ramai dalam hal ini. Dan beta juga gembira apabila mengetahui bahawa pihak swasta juga tidak mahu ketinggalan pada memberikan sumbangan-sumbangan yang berpatutan bagi menjayakan rancangan-rancangan majlis tersebut.

Bagaimanapun, usaha-usaha majlis ini tidak akan berkesan

sekiranya tiada “commitment” serta perubahan sikap daripada orang ramai. Mereka hendaklah lebih mementingkan keselamatan dalam masa memandu, dengan mematuhi segala peraturan yang ada, dan sambil itu juga, sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur sesama pengguna.

Kemudian di samping itu, ikhtiar-ikhtiar yang lain juga eloklah

diambil kira, seperti bagi pengguna-pengguna yang beragama Islam patutlah juga mengamalkan doa-doa atau bacaan-bacaan yang munasabah yang digalakkan kita membacanya ketika berada di dalam kenderaan.

Inilah makanya amat mustahak bagi kita mempelajari Tulisan Jawi atau Tulisan Al-Quran itu, supaya memudahkan kita beramal atau membaca doa-doa dengan betul dan sempurna.

Akhirnya, beta tidak lupa mendoakan semoga rakyat dan penduduk di daerah ini akan terus menikmati kemakmuran, hidup sentosa dan aman serta bersatu padu.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 89: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

77Titah 201277

Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-46 Tahun Di Istiadat Mengadap Di Daerah Temburong pada 23 Julai 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat-Nya jua telah mengizinkan kita sekali lagi hadir beramai-ramai pada pagi ini.

Beta dengan tulus ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini, yang telah berpenat lelah menyusun berbagai acara sambutan perayaan ulangtahun hari keputeraan beta di daerah ini. Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala mengurniakan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada mereka semua.

Daerah Temburong sungguhpun agak terpencil, tetapi tetap menjadi tumpuan, khasnya bagi pegawai-pegawai kerajaan beta yang mempunyai urusan-urusan tertentu dalam perkhidmatan kerajaan. Misalnya pegawai-pegawai daerah sendiri yang biasanya bertukar ganti, dan juga lain-lain pegawai daripada beberapa kementerian.

Page 90: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201278 78

Pendeknya, Daerah Temburong tidaklah bersendirian, tetapi sentiasa mendapat tempat di hati orang-orang yang berada di daerah-daerah lain, sama ada mereka itu yang datang kerana tugas, ataupun ada juga yang berkunjung sekadar bertukar angin.

Apa yang beta perhatikan, daerah ini mempunyai potensi masa depannya yang baik untuk berkembang dan maju. Ia memiliki ciri-ciri semulajadi yang tidak ada pada daerah-daerah lain.

Kerana itu, beta suka menarik perhatian rakyat dan penduduk di daerah ini khasnya, supaya jangan merasakan diri mereka itu tersisih, tetapi sebaliknya berbanggalah dan sambil itu berusaha melakukan apa-apa jua yang boleh mendatangkan perubahan hidup yang lebih baik, asalkan ianya halal dan berguna.

Umpamanya, tanah Temburong diakui subur, maka mana-mana yang memiliki tanah, bukankah elok juga ditanam dengan tanam-tanaman, sekurang-kurangnya pohon-pohon sayur atau buah yang mendatangkan hasil yang segera. Ini bersesuaian pula dengan dasar kerajaan beta yang sedang menggalakkan peningkatan pengeluaran dalam bidang pertanian.

Sudah tiba masanya “budaya bertanam” ini dimuliakan, iaitu bagi beberapa tujuan, di antaranya sebagai mata pencarian atau bagi menambahkan lagi pendapatan dan juga demi mendukung “konsep bumi hijau” sebagai matlamat orang-orang yang bertamadun pada masa ini.

Kita khuatir budaya bertanam ini semakin pupus di kalangan masyarakat kita, kerana ada tanda, yang tanah-tanah pada ketika ini banyak yang terbiar, berikutan kecenderungan memilih kerja-kerja biasa seperti di pejabat atau menjadi buruh. Dan akibatnya, kita pun sudah jarang lagi melihat tanah-tanah orang perseorangan yang menghijau atau menguning ditumbuhi padi.

Page 91: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

79Titah 201279

Beta rasa, adalah kena pada masanya kita melihat balik keadaan ini sebagai bahan kajian oleh pihak-pihak yang berkenaan dalam kerajaan, dengan kerjasama daripada semua peringkat termasuklah penghulu-penghulu, ketua-ketua rumah panjang untuk sama-sama mencari jawapannya sama ada sikap yang seumpama ini benar-benar merugikan ataupun sebaliknya.

Demikian juga tanggungjawab ini, lebih-lebih lagi turut dipegang oleh belia-belia dan kaum terpelajar kita, kerana masa depan yang gemilang bagi negara ini sebenarnya, banyak turut bergantung kepada mereka.

Oleh itu, tidaklah wajar jika ada belia-belia dan kaum terpelajar kita yang sudah tidak mesra lagi dengan kampung halaman, atau yang tidak dapat mengenali lagi antara sawah dan huma, antara dusun dan ladang dan lain-lain.

Beta berharap, budaya berkampung dan berhalaman, berdusun dan berladang, serta bersawah dan berhuma ini tidaklah akan pupus daripada masyarakat kita di seluruh negara.

Untuk akhirnya, beta tidak lupa mendoakan semoga rakyat dan penduduk di daerah ini khasnya akan terus menikmati keadaan hidup yang harmoni, bersatu padu dan aman sejahtera.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 92: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201280 80

Titah Sempena Ulangtahun Ke-25 Penubuhan ASEAN pada 8 Ogos 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Dengan rasa penuh kesyukuran kita raikan ulangtahun ke-25 penubuhan ASEAN pada hari ini.

Bagi pihak diri saya, dan bagi pihak kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam, saya ingin menyampaikan salam sejahtera saya kepada ketua-ketua negara dan ketua-ketua kerajaan dan juga kepada rakyat negara-negara anggota ASEAN.

Dalam detik yang begitu penting ini, sewajarnyalah kita membaharui komitmen kita untuk bekerja dengan rapat, mengikut matlamat pertubuhan seperti yang termaktub dalam Deklarasi Bangkok yang dibuat dua puluh lima tahun yang lalu.

Dengan menyedari betapa pentingnya kerjasama serantau, Negara Brunei Darussalam memasuki pertubuhan ASEAN dalam tahun 1984. Sejak itu, kepentingan ASEAN menjadi perkara utama dalam dasar luar kami.

Page 93: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

81Titah 201281

Kami berharap keanggotaan kami dalam ASEAN sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi kekukuhan dan kredibiliti ASEAN sebagai sebuah pertubuhan serantau.

Sebagai sebuah negara anggota, Negara Brunei Darussalam akan terus memberi sumbangannya mengikut keupayaannya, demi menjamin keutuhan dan kepentingan ASEAN.

Kami mempunyai alasan untuk merasa yakin peranan yang dimainkan oleh ASEAN sebagai sebuah perkumpulan yang aktif, yang berkebolehan untuk menyelesaikan masalahnya. Kami juga, pada sepanjang masa, bersepakat dan dinamik bilamana menghadapi isu-isu antarabangsa yang kompleks.

Ini adalah salah satu pencapaian ASEAN yang besar, dalam memainkan peranannya dengan berkesan, lebih-lebih lagi demi menjamin kestabilan rantau ini.

Ianya memberi pengertian yang besar, bukan hanya bagi ASEAN sendiri, tetapi juga kerana ia merupakan satu sumbangan penting kepada dunia pada keseluruhannya.

Negara-negara ASEAN telah memperlihatkan kepada dunia bahawa mereka adalah anggota-anggota yang berkebolehan dan bertanggungjawab terhadap kerabat antarabangsa, yang semata-mata bekerja demi keamanan dunia serta kesejahteraan rakyat kami.

Namun demikian kami bukan tidak sensitif terhadap sebarang perkembangan yang mungkin menimbulkan cabaran baru di rantau kita ini. Bahkan adalah mustahak agar ASEAN meningkatkan perpaduannya serta komitmen secara praktikal dalam berbagai aspek, termasuk aspek sosial dan ekonomi, yang berasaskan prinsip-prinsip kedaulatan dan kebebasan, mengikut semangat Deklarasi Singapura yang ditandatangani awal tahun ini.

Page 94: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201282 82

Haluan ke arah matlamat ini adalah penting dalam kita membuat persediaan bagi menghadapi abad ke-21, yang diramalkan membawa cabaran yang lebih hebat yang memerlukan pengawasan tambahan dan juga perpaduan yang lebih kukuh.

Ke arah ini, kita akan sentiasa mengagihkan usaha dan aspirasi untuk menjadikan ASEAN sebagai platform terbaik bagi rakyat kita demi mencapai objektif yang luhur bagi keamanan, kebebasan, kemakmuran dan keadilan sosial, juga kestabilan politik.

Harapan dan doa kita ialah agar ASEAN terus kukuh dengan memperolehi masa hadapan yang lebih cerah.

Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 95: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

83Titah 201283

Titah Semasa Keberangkatan Ke Kampung Mentiri Dan Seterusnya Menyempurnakan Penyerahan Anak-Anak

Kunci Rumah Bagi Rancangan Perumahan Negara Di Kampung Mentiri Daerah Brunei-Muara

pada 22 Ogos 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Segala puji dan syukur bagi Allah Subhanahu Wataala yang telah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita, dan yang kerana-Nya juga telah membawa kita berkumpul di majlis yang berkebajikan ini.

Hari ini ialah hari kegembiraan dan kesukaan bagi seramai 141

orang lagi para peserta Rancangan Perumahan Negara, yang akan menerima anak-anak kunci rumah mereka sebentar lagi.

Beta dengan tulus ikhlas mengucapkan tahniah kepada mereka

itu, sambil mendoakan semoga beroleh kesejahteraan dan murah rezeki dalam masa mereka mendiami rumah-rumah baru mereka.

Mulai daripada saat ini, sejarah baru telah tercipta bagi para peserta yang berjaya. Mereka itu sebenarnya sedang melakukan penghijrahan ataupun perpindahan daripada sebuah kampung ke sebuah kampung yang lain. Perpindahan ini membawa makna yang besar kepada penghidupan fizikal dan juga rohani, iaitu sama ada ianya boleh menciptakan keselesaan dan kebahagiaan, ataupun tidak.

Beta percaya, keselesaan dan kebahagiaan itu akan mudah sahaja diperolehi oleh tiap-tiap peserta yang tawaduk, yang bersikap reda dan berpadu dengan kurnia dan pemberian Allah Subhanahu Wataala kepadanya.

Page 96: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201284 84

Demikian juga, turut menentukan kebahagiaan itu ialah melalui suasana yang aman dan tenteram, yang wujud dan lahir daripada persefahaman dan permuafakatan di antara sesama penghuni dalam sesebuah kampung itu.

Mengenai dengan keamanan dan ketenteraman ini, bukanlah semua orang di dunia yang dapat mengecapnya. Apabila keamanan dan ketenteraman sudah tidak ada, bermakna kesengsaraanlah yang menjadi gantinya.

Sebagai bukti, dalam kejadian-kejadian yang masih hangat hingga hari ini, di mana berbagai-bagai bentuk sengketa dan peperangan telah dan sedang berlaku di beberapa negara di dunia, antaranya ialah pergolakan di Bosnia-Herzegovina, yang mengorbankan bukan sahaja harta benda tetapi juga jiwa manusia, termasuk kanak-kanak, kaum wanita dan orang-orang tua yang tidak berdosa.

Di sini, sedang berlangsung sekarang apa yang dinamakan penyiksaan oleh satu golongan ke atas satu golongan yang lain, khasnya ke atas golongan orang-orang Islam. Mereka yakin orang-orang Islam itu, ada yang dikurung dan disiksa di dalam khemah-khemah tahanan, ataupun dibunuh atau juga dihalau sehingga menjadi pelarian dan yang lebih kejam lagi ialah memisahkan kanak-kanak yang masih mentah daripada ibu bapa dan keluarga mereka. Sehingga masa ini, apa yang kita tahu, sebahagian daripada kanak-kanak itu telah dihantar ke negara-negara bukan Islam. Bagaimanakah kedudukan akidah mereka di masa depan apabila dipelihara oleh orang-orang bukan Islam, maka Allah jua Yang Maha Mengetahuinya.

Inilah yang paling menyedihkan sekali dan kita berasaskan hak-hak perikemanusiaan adalah menyertai masyarakat antarabangsa yang lain, menyuarakan kebimbangan kita terhadap keadaan di Bosnia itu.

Page 97: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

85Titah 201285

Di samping itu, kita juga bersimpati dengan penderitaan yang dialami oleh rakyat dan penduduk negara tersebut dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya kekejaman yang telah dan sedang dilakukan terhadap orang-orang Islam di sana.

Sebagai tanda simpati kita, khasnya kepada orang-orang Islam Bosnia, maka adalah wajar jika kita di negara ini turut memberikan sumbangan dan bantuan kepada mereka yang berkenaan, untuk sekurang-kurangnya akan dapat meringankan beban penderitaan yang sedang dialami oleh mereka itu.

Maka ke arah ini, beta dengan perasaan yang penuh terharu, telah memperkenankan suatu sumbangan derma oleh kerajaan beta berjumlah sebanyak B$1,000,000 (sejuta ringgit Brunei) sebagai sumbangan perikemanusiaan dan juga sebagai tanda simpati kita yang ikhlas lagi mendalam terhadap kesengsaraan saudara-saudara seagama kita di Bosnia itu.

Dan dalam pada itu, sumbangan atau derma daripada orang ramai, badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela juga adalah dialu-alukan dan bagi tujuan ini, beta telah pun mengarahkan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk membuat penyelarasan dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama, bagi mengambil langkah-langkah yang tertentu dengan serta-merta.

Akhirnya, sebagai sandaran kita yang utama, marilah kita sama-

sama berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, yang juga dengan berkat nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang salih, semoga keadaan di Bosnia itu bertambah baik, serta dengan rahmat dan belas kasihan Allah juga, akan dapat menyelamatkan orang-orang Islam yang teraniaya, bukan sahaja di Bosnia malahan juga di seluruh dunia.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 98: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201286 86

Titah Di Majlis Persantapan Yang Disembahkan Oleh Penuntut-Penuntut Di United Kingdom Dan Eire,

Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-46 Tahun pada 23 Ogos 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dapat bersama-sama dengan awang-awang dan dayang-dayang di dalam majlis yang berkebajikan ini.

Beta tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada awang-awang dan dayang-dayang, para penuntut Brunei Darussalam di United Kingdom dan Eire yang telah mengambil inisiatif mengadakan majlis ini, bersempena dengan hari keputeraan beta yang ke-46.

Ingatan baik lagi mesra daripada awang-awang dan dayang-dayang itu, semoga Allah juga yang akan membalasnya dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Beta ingin menekankan suatu perkara, iaitu sebagai penuntut, awang-awang dan dayang-dayang adalah mempunyai tanggungjawab yang rumit dan mencabar untuk dilaksanakan. Pertama, ialah tanggungjawab kepada diri sendiri dalam makna sentiasa menyedari hakikat diri masing-masing sebagai penuntut yang mempunyai matlamat dan cita-cita untuk maju dan berjaya. Kedua, ialah tanggungjawab sebagai anggota masyarakat anak Brunei, di mana awang-awang dan dayang-dayang selaku “perwakilan tidak rasmi negara” di rantau orang lain.

Page 99: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

87Titah 201287

Selaku perwakilan, awang-awang dan dayang-dayang juga adalah turut memikul amanah untuk sama-sama menjaga dan meningkatkan imej negara di mata orang luar, iaitu dengan memegang kuat dan bertindak menurut lunas-lunas “Etika Penuntut” yang sebenar-benarnya.

Sebagai penuntut, mustahaklah mengetahui bahawa kehebatan dan sebutan yang baik itu, tidak sahaja berpunca ataupun diukur daripada sudut kebangsaan dan geografi tetapi juga daripada segi nilai, pemikiran, cara hidup dan semangat yang terpuji, yang mewakili suatu keperibadian yang sempurna dan lengkap.

Maka atas asas inilah, sistem pendidikan kita bukan sahaja menjurus kepada pembinaan tenaga manusia, dalam erti sebagai alat untuk memperolehi kelulusan dan pekerjaan semata-mata tetapi yang lebih penting ialah sebagai alat membina manusia yang sempurna atau Al-Insanul Kamil.

Selepas kita merdeka, sedikit demi sedikit kita menuju kepada “reformasi pendidikan” yang kita tanggapi dengan cara yang bijaksana, baik dari segi sosial, budaya dan pembinaan bangsa, mahupun juga tidak kita abaikan, ialah dari sudut pertumbuhan dan perkembangan intelektual.

Dari segi sosial dan budaya, objektif kita ialah mewujudkan suatu masyarakat yang seimbang, yang berilmu tetapi juga berakhlak mulia. Ukuran akhlak itu, tidak lain ialah kepatuhan kepada ajaran-ajaran agama dan menghormati adat resam bangsa.

Bagi penuntut-penuntut yang berada di luar tanahair, di mana sahaja rantau dunia ini, perlulah mengetahui serta memahami akan kriteria dan gagasan yang luhur ini, sehingga bilamana mereka sudah cukup arif dan memegangnya dengan kuat, maka dapatlah dihindarkan kesan-kesan negatif daripada percampuran budaya dunia, terutama budaya syirik yang turut mengancam akidah umat Islam, khasnya penuntut-penuntut di luar negara.

Page 100: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201288 88

Beta sangat berharap kepada penuntut-penuntut Brunei, bukan sahaja mereka yang menuntut di United Kingdom dan Eire, bahkan di mana-mana sahaja, supaya janganlah terlalu tinggi memandang orang lain dan terlalu cepat mengkagumi kebolehan serta kejayaan mereka, kerana ini boleh menjadikannya semacam penyakit kepada orang kita, di mana mereka akan menganggap rendah dan kurang bangga dengan bangsa dan negara sendiri.

Hal ini jika terjadi, sudah barang tentu akan memburukkan masa depan kita dan negara kerana tidak akan ada lagi pemimpin yang berkelibar yang benar-benar mempunyai semangat patriotik bangsa.

Bagaimanapun, beta masih percaya bahawa orang-orang Brunei termasuk juga penuntut-penuntut di luar tanahair adalah masih tetap kukuh dengan pegangan tradisi iaitu beradat dan berlembaga serta beragama, yang diilhami oleh semangat dan sejarah gemilang perwira-perwira serta pemimpin-pemimpin Brunei Darussalam turun-temurun.

Akhirnya beta berdoa, semoga penuntut-penuntut sekalian berada dalam sejahtera, serta akan beroleh kejayaan demi kejayaan dari masa ke semasa sebagai penuntut dan juga sebagai pemimpin bagi generasi akan datang.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 101: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

89Titah 201289

Titah Di Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (Nam) Kali Ke-10

Di Jakarta, Republik Indonesiapada 2 September 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Tuan Yang Terutama Tuan Pengerusi,

Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia,

Duli-duli Yang Teramat Mulia,

Tuan-tuan Yang Terutama,

Para Delegasi Kehormat, Tuan-tuan dan Puan-puan, Beta ingin mengucapkan tahniah kepada Presiden Soeharto atas

lantikan selaku Pengerusi Sidang Kemuncak ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak begitu biasa dengan

Asia Tenggara, beta ingin meyakinkan bahawa kualiti kepimpinan Presiden Soeharto telah dapat disaksikan dengan pembangunan yang terdapat di Jakarta dan bahagian lain di Indonesia.

Tiga puluh tujuh tahun yang lalu dalam bulan April 1955, seramai dua puluh sembilan delegasi dari Afrika dan Asia mengadakan pertemuan di Bandung, Indonesia, bagi Persidangan Perpaduan Afro-Asia Pertama. Mesyuarat ini membawa kepada Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

Page 102: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201290 90

Pada ketika ini para pemimpin dari lebih seratus buah negara anggota berhimpun sekali lagi di Jakarta, Indonesia untuk mengesahkan semula sokongan mereka bagi pergerakan negara-negara pembangunan ini.

Sebagai anggota pergerakan ini, kita sama-sama mengagihkan dengan anggota-anggota lain, sepuluh prinsip yang diisytiharkan di Bandung.

Kita juga menyokong prinsip yang diamalkan di Sidang Kemuncak Havana iaitu hak negara-negara untuk memilih sistem politik, ekonomi dan sosial mereka sendiri.

Dunia mengalami perubahan yang begitu pesat sejak tahun 1955. Antikolonialisme merupakan isu yang tidak dihiraukan. Dari tahun 1960 hingga 1980, kebanyakan masalah dekolonisasi kita diputarbelitkan oleh Perang Dingin.

Namun demikian, meskipun terdapat bahayanya, Perang Dingin memberikan negara-negara membangun sedikit sebanyak kekuatan dalam menghadapi negara-negara perindustrian.

Meskipun Perang Dunia sudah berakhir, perpaduan negara membangun terus-menerus berkekalan. Perpaduan ini adalah perlu untuk melindungi dan memajukan minat kita.

Perkara-perkara penting dalam agenda lama seperti Afrika Selatan dan Timur Tengah masih lagi bersama kita. Isu-isu baru yang timbul antara lain : Alam sekitar dan pembangunan, pengedaran narkotik dan AIDS.

Pendek kata, sungguhpun pembangunan sejagat telah memperlihatkan harapan yang lebih cerah bagi keamanan dan kerjasama, di waktu yang sama kita juga dapt menyaksikan keadaan yang tidak pasti yang jelas menunjukkan bahawa tiada jaminan mutlak bagi keamanan, kestabilan dan keselamatan kepada banyak negara termasuklah kita di sini.

Page 103: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

91Titah 201291

Apa yang berlaku di Bosnia-Herzegovina baru-baru ini, ketika ini menjadi buktinya.

Kita merasa amat baharu terhadap kesengsaraan akibat dari kekejaman dan tidak berperikemanusiaan yang kini berlaku di negara tersebut.

Negara Brunei Darussalam juga ingin turut sama menyuarakan kutukan sejagat layanan terhadap orang-orang Islam Bosnia dan ramai lagi rakyat mereka.

Kuasa-kuasa besar begitu asyik dengan penyusunan ekonomi mereka sendiri. Mereka juga sedang menuju ke arah pengimbangan baru dalam perhubungan mereka sesama sendiri.

Dalam kesibukan memikirkan masa depan mereka sendiri, mereka mungkin tidak mempunyai banyak masa atau sumber bagi negara-negara membangun. Tetapi kita perlu memberi keutamaan kepada kepentingan kita sendiri dalam agenda antarabangsa. Inilah yang merupakan tugas pertama NAM.

Pertumbuhan ekonomi serantau dalam Masyarakat Antarabangsa dan Perjanjian Dagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) boleh menimbulkan akibat yang negatif kepada negara-negara membangun.

Negara Brunei Darussalam menyokong sepenuhnya saranan

Pengerusi kita agar pergerakan kita akan dapat memberikan tumpuan yang lebih besar terhadap isu ekonomi dan kerjasama ekonomi.

Mesyuarat di Jakarta ini membolehkan rakan-rakan beta dari rantau yang lain berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana kesemua negara-negara ASEAN, iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Brunei telah membuat kemajuan dengan memandang ringan perbezaan mereka, dengan mengekalkan keamanan dan kestabilan serta membiasakan diri dengan mengadakan perundingan dan persetujuan bersama.

Page 104: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201292 92

Dengan prasyarat ini, negara-negara ASEAN berjaya mengembangkan pelaburan dalam industri-industri, segala perkhidmatan dan pelancongan, dengan demikian meningkatkan kemakmuran mereka.

Perubahan ekonomi yang dapat disaksikan di Jakarta, di tempat-tempat lain di Indonesia dan di negara-negara ASEAN, tidak akan berlaku dengan ketiadaan contoh yang diperlihatkan oleh Presiden Soeharto dengan mengadakan perundingan dan persetujuan bersama yang membawa kepada kerjasama.

Beta percaya pengalaman ASEAN adalah bersesuaian bagi kumpulan serantau yang lain di Dunia Ketiga.

Tuan Yang Terutama Tuan Pengerusi,

Beta ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan, dan melalui tuan, kepada kerajaan dan rakyat Republik Indonesia atas penyusunan yang begitu rapi yang dilaksanakan di sini serta layanan mesra yang diberikan.

Tuan Yang Terutama Tuan Pengerusi,

Kebawah Duli Yang Maha Mulia-Kebawah Duli Yang Maha Mulia,

Duli-duli Yang Teramat Mulia,

Tuan-tuan Yang Terutama,

Para Delegasi Kehormat,

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Sebagai penutup izinkan beta mengucapkan terima kasih yang tulus ikhlas kepada semua rakan-rakan yang telah menyokong permohonan Negara Brunei Darussalam bagi menganggotai

Page 105: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

93Titah 201293

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali yang demikian membolehkan kami menjadi sebahagian daripada proses ini.

Dalam mengharungi perairan yang tidak bertepi, beta diyakinkan bahawa beta sedang membuat perjalanan dengan begitu ramai pemimpin yang kaya dengan pengalaman, dan dengan seorang pemimpin Indonesia yang bukan hanya mengeluarkan kata-kata bahkan juga memperlihatkan pencapaian sejak lama, yang akan memandu kita.

Izinkan beta mengikrarkan sokongan Negara Brunei Darussalam terhadap Pengerusi kita. Kami sebuah negara kecil. Tetapi kami akan melakukan apa yang terdaya oleh kami.

Terima kasih.

Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 106: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201294 94

Titah Di Majlis Perhimpunan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

pada 9 September 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Kita bersyukur dan gembira kerana dapat pula menyambut dan merayakan peristiwa yang besar lagi bersejarah ini, iaitu hari keputeraan Nabi kita, Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Sebenarnya, kelahiran Baginda ke alam maya ini, adalah suatu berita gembira serta juga peringatan kepada umat manusia supaya sentiasa ingat dan menyedari akan hakikat kerasulan yang terakhir, dan juga hakikat bahawa agama Islam itu ialah agama Allah yang paling lengkap dan sempurna.

Mengambil iktibar daripada sejarah rasul-rasul dan nabi-nabi sebelum Baginda, apabila diutus seorang rasul itu kepada suatu umat, maka tujuannya ialah untuk menyampaikan peringatan dan amaran, agar umat tersebut berhenti daripada melakuakn kufur dan maksiat, dan sebaliknya masuk beriman menjadi pengikut kepada rasul tersebut. Sekiranya peringatan dan amaran ini tidak diendahkan oleh umat yang berkenaan, maka akan turunlah azab dan hukuman Allah menghancurkan umat yang derhaka itu.

Demikianlah selepas itu, akan lahir pula umat yang lain, dan sekiranya berlaku juga kekufuran dan penderhakaan yang melewati batasan, maka akan diutus pula seorang rasul lagi, bagi menyampaikan peringatan dan amaran yang sama, sambil mengajak mereka berpaling kepada kebenaran dengan menyembah Allah Subhanahu Wataala.

Page 107: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

95Titah 201295

Manakala ingkar juga, maka akan berlakulah pula hukuman yang maha pedih itu, menimpa ke atas semua golongan dan peringkat umat, kecuali hanya rasul dan para pengikutnya sahaja yang akan diselamatkan oleh Allah.

Semua ini dikisahkan oleh Al-Quran sebagai fakta yang tidak boleh diabaikan.

Kemudian sebagai penyudah, maka diutuslah junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk membawa rahmat dan mengeluarkan umat manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang dengan berpandukan ajaran-ajaran agama Islam yang maha suci.

Dengan diutus Baginda ini, bermakna sampailah manusia kepada peluang yang terakhir, sama ada mahu memilih dan menerima Islam, ataupun tidak. Jika menerima, bererti keselamatan dan kebahagiaan, dan jika tidak, bermakna kebinasaan dan penyesalan.

Tegasnya tidak ada lagi zaman dan peluang yang lain untuk menyaksikan lahirnya sebarang rasul, selain daripada kerasulan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, demikian juga ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda itu, adalah cukup lengkap sehingga tidak lagi memerlukan sebarang ubahsuai ataupun pokok tambah.

Inilah antara pokok akidah umat Islam yang perlu dimantapkan dalam jiwa dan pemikiran mereka, bahawa tidak ada rasul sesudah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, dan tidak ada yang lebih benar dan sempurna selain daripada Islam dan selain daripada Al-Quran dan hadis-hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Kerana itu beta berharap, pengajaran dan penerangan tentang pokok akidah ini wajiblah dikuatkan, dan bahkan diluaskan lagi, sebagai usaha menyekat dan menutup segala macam pintu yang boleh membawa kepada terpesongnya akidah umat Islam, khasnya

Page 108: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201296 96

mereka yang bernama generasi muda hari ini dan juga generasi yang akan datang.

Di antara pintu-pintu yang perlu dikawal itu, ialah institusi-institusi pengajian, kerana daripada sinilah biasanya terdapat atau turut masuk segala macam pendapat baru yang berasaskan kepada akal fikiran semata-mata. Umpamanya, telah heboh diperkatakan dalam media-media massa tentang adanya golongan-golongan “Anti Hadis”, atau yang menolak hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Beta ingin menegaskan, bahawa kita di negara ini, tidaklah menyukai sama sekali perkara seumpama itu berlaku di dalam masyarakat kita, dan bahkan tidak bersedia untuk menerima sebarang pakar atau ahli, yang hanya suka mencari-cari dalil dan alasan palsu bagi menghina dan mempersendakan Islam. Dan termasuk juga dalam kategori ini, ialah mereka yang mempertikaikan kebenran Al-Quran dan hadis-hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Kita tidak ada pilihan yang lain, melainkan secara mutlak ialah mengakui kerasulan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, serta juga menerima apa sahaja yang dibawa dan datang daripada Baginda itu.

Beta percaya, inilah cara yang betul dan wajar bagi kita membuktikan keimanan kita terhadap Allah dan Rasul-Nya, serta hari yang kemudian (akhirat).

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 109: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

97Titah 201297

Titah Di Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam

pada 12 September 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Mari kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua, maka dapatlah pula kita berkumpul di upacara Konvokesyen Keempat Universiti Brunei Darussalam pada pagi yang indah ini.

Beta percaya, seluruh kalangan kita dalam upacara ini adalah sama-sama bergembira, kerana mendapati Universiti Brunei Darussalam telah berjaya bagi menambahkan lagi jumlah bilangan graduan di negara kita ini. Setiap pertambahan yang demikian itu, membawa erti yang besar kepada pertumbuhan tenaga manusia yang hendak kita capai. Tetapi sungguhpun begitu, bilangan yang ramai sahaja perlu pula kepada kualiti dan keupayaan menunaikan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.

Berhubung dengan perkembangan tenaga manusia ini, beta juga merasa gembira apabila mengetahui adanya pertambahan bilangan kakitangan tempatan yang telah balik ke tanahair selepas menamatkan kursus Masters dan PhD, sementara sebilangan lagi masih meneruskan pengajian mereka.

Suatu ingatan bagi ahli-ahli akademik tempatan, supaya mereka itu benar-benar dapat memahami peranan mereka dalam bidang pengajaran dan pendidikan. Mereka adalah perlu, dan bahkan mesti, mempertahankan dan meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pendidikan mereka sebagai usaha ke arah sumbangan dan kecemerlangan perkhidmatan mereka kepada masyarakat.

Page 110: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 201298 98

Inilah antara kriteria-kriteria yang boleh dijadikan ukuran dalam menentukan “career performance” mereka di masa-masa akan datang. Mereka mestilah berazam untuk mencapai tahap yang seimbang dengan tenaga-tenaga pengajar yang berwibawa serta berdaya maju daripada mana-mana juga universiti yang sudah “established”.

Salah satu perkara yang berkaitan dengan universiti, yang suka beta sebutkan di sini, ialah mengenai dengan Cokmar Universiti. Cokmar itu adalah dimaksudkan sebagai simbol kuasa dan sumber ilmu pengetahuan mengikut tradisi universiti-universiti tertua di negara Barat.

Sebagai sebuah negara memiliki identiti tersendiri, yang mengamalkan Islam sebagai agama rasmi serta menjadikan Islam itu juga sebagai teras kepada falsafah negara Melayu Islam Beraja, maka beta dengan niat untuk mengambil “tabaruk”, telah memperkenankan supaya Cokmar Universiti Brunei Darussalam hendaklah digantikan dengan Mushaf Al-Quran Tulisan Tangan, yang akan ditulis khas bagi tujuan tersebut semata-mata. Beta berharap, penulisan mushaf ini akan dapat dimulakan sebaik-baik sahaja urusan-urusan asas mengenainya telah sempurna diusahakan.

Tujuan menjadikan Mushaf Al-Quran Tulisan Tangan ini sebagai menggantikan cokmar, selain daripada untuk mengambil berkat, maka juga ialah kerana Al-Quran itu sendiri adalah merupakan khazanah dan sumber ilmu pengetahuan yang terlengkap, lebih daripada setakat untuk menjadi simbol ataupun lambang.

Selaras dengan usaha untuk meningkatkan lagi pengajian di bidang agama, maka beta juga, telah memperkenankan supaya Jabatan Pengajian Universiti Brunei Darussalam dinaikkan tarafnya menjadi Fakulti Pengajian Islam, yang akan bermula perlaksanaannya pada tahun akademik ini, insya-Allah.

Page 111: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

99Titah 201299

Akhirnya, beta tidak lupa mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang menerima ijazah mereka, dan berharap, peristiwa hari ini akan menjadi pendorong pula kepada mereka yang di belakang, yang juga kelak akan menerima giliran masing-masing, asal sahaja mereka itu tidak melupakan kewajipan-kewajipan asasi selaku para siswa dan siswi yang sedar.

Mengambil peluang ini juga, beta ingin merakamkan ucapan yang sama, dan malahan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak berkenaan Universiti Brunei Darussalam, yang merangkumi Naib Canselor, para ahli akademik, pengurus, pentadbir dan bahkan seluruh kakitangan universiti atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka. Semoga Allah Subhanahu Wataala akan terus melimpahkan rahmat dan petunjuk-Nya kepada kita semua.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 112: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012100 100

Titah Sempena Lawatan Ke Indiapada 15 September 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Tuan Yang Terutama Dr. Shankar Dayal Sharma, Presiden Republik India, Tuan-tuan Yang Terutama, Tuan-tuan dan Puan-puan.

Terlebih dahulu beta ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama atas lantikan baru-baru ini selaku Presiden India. Ianya satu penghormatan yang selayaknya yang mencerminkan perkhidmatan yang lama lagi unggul yang telah tuan berikan bagi negara dan rakyat.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama kerana mengundang beta melawat negara tuan.

Lawatan singkat ini membolehkan beta memerhatikan keadaan di negara tuan yang kaya dengan warisan tradisinya yang unik.

Dalam sejarah modennya, negara tuan juga merupakan sumber inspirasi kepada beberapa buah negara, terutama sekali negara-negara di Rantau Asia.

Kami juga mengkagumi keazaman rakyat negara tuan dalam menghadapi zaman peralihan, sebelum mahupun sejurus selepas kemerdekaannya.

Sejarah negara tuan menggambarkan sebahagian daripada sejarah yang penting bagi rantau Asia sendiri.

Page 113: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

101Titah 2012101

Satu contoh yang khusus ialah aspek kepimpinan yang mana lndia mempunyai pemimpin yang berkebolehan yang bukan sahaja dihormati di Asia, bahkan juga di seluruh dunia, seperti bapa dan pengasas India Moden, mendiang Mahatma Gandhi.

Keagungan kepimpinan dan keperibadian beliau merupakan model untuk dicontohi oleh para pemimpin selepas beliau.

Dalam hubungan ini, beta dengan penuh sukacita mengambil kesempatan ini untuk membincangkan perkara-perkara utama bagi kepentingan bersama dengan para pemimpin di negara ini yang beta anggap penting dan bersejarah.

Bagi mengukuhkan lagi hubungan yang sekian lama terjalin, Negara Brunei Darussalam dan India menubuhkan hubungan diplomatik secara formal sebaik-baik sahaja Brunei mencapai semula kedudukan sebagai sebuah negara merdeka. Ini diikuti pula dengan penubuhan Suruhanjaya Tinggi India bagi Brunei Darussalam di New Delhi baru-baru ini.

Salah satu cara untuk menyatukan semula negara-negara di dunia pada hari ini ialah melalui kerjasama ekonomi.

Justeru itu, beta ingin menegaskan bahawa Negara Brunei Darussalam mengalu-alukan segala inisiatif yang dapat menggalakkan perdagangan dua hala di antara kedua buah negara kita, sejajar dengan rancangan kita untuk mempelbagaikan ekonomi kita.

Kami sukacita menyatakan bahawa ramai warganegara India yang merupakan peniaga-peniaga, ahli-ahli profesional dan para pekerjanya telah membuat sumbangan yang bernilai ke arah pembangunan negara kami. Oleh yang demikian kami ingin mengucapkan terima kasih atas penglibatan mereka itu.

Page 114: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012102 102

Tuan Yang Terutama,

Beralih kepada isu hubungan antarabangsa dalam ertikata yang seluas-luasnya serta dari segi pembangunannya, beta yakin kita mempunyai objektif yang sama untuk dicapai.

Adalah juga penting bagi semua negara untuk bekerja bersama-sama untuk mencapai keamanan dan keharmonian sejagat dengan mengenepikan sentimen-sentimen keagamaan dan politik.

Berapa lamakah lagi kita dapat terus menyaksikan kesengsaraan-kesengsaraan manusia yang berpunca daripada sistem yang memberi keutaman seperti aparteid, yang mengancam kesejahteraan manusia, di samping kesengsaraan yang berpunca daripada kelaparan dan kemiskinan?

Adalah diharapkan agar pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang berkenaan yang kita sama-sama menganggotainya iaitu Bangsa-Bangsa Bersatu, Komanwel dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, dapat melakukan sesuatu untuk meringankan penderitaan yang ditanggung mereka itu.

Tuan Yang Terutama,

Sebagai penutup, beta ingin melahirkan penghargaan kepada Tuan Yang Terutama dan Kerajaan India, atas sambutan dan layanan mesra yang diberikan kepada beta, isteri beta dan anggota delegasi beta.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 115: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

103Titah 2012103

Titah Sempena Lawatan Ke Republik Islam Pakistan pada 18 September 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Tuan Yang Terutama,

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Beta ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas undangan bagi beta melawat ke negara tuan yang indah ini. Beta berharap lawatan ini akan meningkatkan lagi hubungan mesra yang terjalin sekian lama di antara kedua buah negara kita.

Tuan Yang Terutama,

Terlebih dahulu beta ingin melahirkan rasa dukacita beta terhadap mangsa-mangsa bencana banjir di beberapa buah tempat di Pakistan baru-baru ini. Beta juga turut rasa simpati dan ucapan takziah beta tujukan kepada keluarga-keluarga yang kehilangan orang-orang yang mereka kasihi dan juga rumah-rumah mereka.

Tuan Yang Terutama,

Sebagai tanda persahabatan di antara dua rumpun bangsa yang menganut agama yang sama, pada tahun 1984 hubungan diplomatik secara formal kita tubuhkan sebaik-baik sahaja Negara Brunei Darussalam mencapai kedudukan sebagai sebuah negara merdeka.

Ini diikuti pula dengan penubuhan Suruhanjaya Tinggi tuan di Bandar Seri Begawan, dan baru-baru ini pula Suruhanjaya Tinggi kami yang baru saja dibuka di Islamabad.

Kami mengenali Republik Islam Pakistan sejak dahulu lagi. Kami mengetahui negara tuan melalui beberapa orang tokoh-tokoh terkemuka yang begitu disanjung tinggi dan dihormati bukan hanya di Pakistan bahkan di seluruh dunia.

Page 116: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012104 104

Salah seorang tokoh yang dimaksudkan ialah Mohammed Ali Jinnah, pengasas Republik Islam Pakistan yang berjaya memperkenalkan Pakistan kepada masyarakat dunia dan perjuangannya yang besar.

Kini kita sama-sama menikmati faedah dari kerja keras para pemimpin besar itu, di waktu yang sama kita menghargai sumbangan para pemimpin selepas beliau dan juga para pemimpin sekarang.

Negara Brunei Draussalam menikmati faedah dari kerjasama dengan Republik Islam Pakistan, yang meliputi berbagai bidang, termasuk pendidikan, hal-ehwal agama dan pertahanan.

Kita juga mengharapkan agar kerjasama yang berfaedah ini akan dapat diteruskan di masa-masa akan datang.

Beta juga merasa gembira bilamana kedua-dua buah negara kita saling bekerja dengan berkesan melalui pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang sama-sama kita anggotai.

Sejak lama kita sama-sama menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Komanwel dan Pertubuhan Persidangan Islam. Kini kita dapat pula bersama dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang baru juga disertai oleh Negara Brunei Draussalam.

Dengan menyokong secara aktif kesemua pertubuhan ini selain daripada memperkukuhkan hubungan persaudaraan kita, beta yakin kita sedang membuat sumbangan yang tinggi nilainya ke arah pembangunan rantau kita pada keseluruhannya.

Tuan Yang Terutama,

Sebagai penutup, beta ingin melahirkan penghargaan yang tulus ikhlas, terutama sekali kepada Tuan Yang Terutama dan Kerajaan Republik Islam Pakistan atas sambutan dan layanan mesra yang diberikan kepada beta, isteri beta dan anggota delegasi beta.

Kami merasa amat gembira sepanjang berada di negara tuan, dan lawatan ini sudah pasti akan menjadi kenangan yang manis.

Semoga Allah Subhanahu Wataala akan memberkati Republik Islam Pakistan serta melimpahkan Tuan Yang Terutama dengan hidayah dan petunjuk-Nya untuk membolehkan tuan memimpin negara dan rakyat tuan ke arah kecemerlangan dan kemakmuran.

Page 117: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

105Titah 2012105

Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 118: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012106 106

Titah Di Majlis Perhimpunan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Kali Ke-2

pada 23 September 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur kerana dapat hadir di Majlis Perhimpunan Hari Guru Negara Brunei Darussalam kali kedua ini, iaitu suatu perhimpunan tahunan paling besar bagi kaum guru kita. Ianya diadakan untuk memperingati jasa-jasa kaum guru selaku pendidik, pengasuh dan pemimpin kepada anak bangsa dan masyarakat. Tanpa mengakui, serta sekaligus mengenang jasa-jasa yang amat besar ini, boleh memungkinkan kita dianggap sebagai “kacang lupakan kulit” yang hanya tahu menerima tetapi tidak pandai memberi.

Beta sungguh tertarik dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu “GURU SEBAGAI TERAS KEUNGGULAN NEGARA DAN BANGSA”.

Pada hemat beta, tema ini adalah bersesuaian sekali dengan hasrat kita untuk menjadikan negara ini sentiasa unggul dan dikagumi. Bukanlah keunggulan yang hendak kita capai itu semata-mata berunsurkan material di bawah takrif biasa, tetapi juga yang tidak kurang pentingnya ialah keunggulan daripada segi nilai, pemikiran dan cara hidup yang indah lagi terpuji, baik pada ukuran akal mahupun agama.

Page 119: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

107Titah 2012107

Semua ini dapat kita capai melalui usaha-usaha guru yang seimbang, yang berjaya melahirkan sikap tidak berat sebelah dalam menanggapi ilmu-ilmu yang bercorak keduniaan dan juga ilmu-ilmu untuk bekalan kita di akhirat.

Guru yang seumpama ini akan mempertahankan asas-asas yang baik di dalam masyarakat, dan juga tidak akan menjadi pengimport yang melulu terhadap nilai-nilai asing yang tidak sesuai dengan aspirasi dan citarasa bangsa.

Beta penuh yakin, guru-guru kita akan terus berpegang kepada “konsep nilai” ini, selama mana mereka tidak lupa akan tempat tumbuh mereka yang asal, sebagai orang-orang Brunei.

Apabila menyebut ini, bukan bererti kita menghendaki sebuah Negara Brunei yang tertutup, dan bukan juga bermakna kita berpada setakat yang ada, dengan menolak segala macam disiplin ilmu. Tetapi bahkan, sebagai pelengkap, guru-guru kita juga mestilah menerima pendekatan dan beberapa kaedah baru yang boleh didapati daripada pengajian tentang pengurusan pendidikan dan pengajaran. Maka ke arah ini, kehadiran pakar-pakar pendidikan di negara kita, khasnya di Universiti Brunei Darussalam, patutlah kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Mengenai beberapa macam disiplin ilmu, orang kadang-kadang terlupa bahawa ada yang lama itu mesti diteroka dengan cara atau kaedah yang baru. Misalnya pelajaran menulis dan membaca Jawi, tidaklah boleh dengan caranya yang beku yang terdapat tujuh abad dahulu. Melainkan mestilah dicari dan didapatkan segala macam aspek yang menjadi punca rintangan-rintangannya selama ini. Kemudian selepas itu barulah kita menjalankan usaha berdasarkan penemuan-penemuan kita yang baru itu.

Dalam hubungan ini, beta gembira mengetahui yang Kementerian Pendidikan sedang mengorak langkah menjalankan kursus secara besar-besaran di seluruh negara terhadap semua guru-guru tempatan

Page 120: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012108 108

yang beragama Islam supaya mereka itu akan dapat menguasai kemahiran membaca, mengeja dan menulis Jawi menjelang akhir tahun 1992 ini. Di samping itu juga, beta telah difahamkan, bahawa pihak Dewan Bahasa dan Pustaka sedang bekerja keras untuk memperkemaskan pedoman ejaan Jawi.

Ini adalah satu usaha baru yang mencetuskan harapan-harapan baru pula. Beta percaya, usaha ini akan segera berhasil dengan izin Allah. Dan juga pada hemat beta, eloklah ada langkah-langkah lain yang turut menyusulinya, seperti usaha-usaha pihak media massa dalam menyelenggarakan penyebaran tulisan tersebut, supaya dengan itu akan lebih ramailah lagi kalangan rakyat yang dapat mengambil manfaat daripadanya.

Untuk akhirnya, beta tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada cikgu-cikgu yang akan dinamakan sebagai tokoh dalam kategori masing-masing bersempena dengan Hari Guru Negara Brunei Darussalam kali kedua ini. Mudah-mudahan dengan penamaan ini akan mendatangkan kebajikan kepada cikgu-cikgu yang berkenaan itu, serta menjadi pendorong pula kepada guru-guru yang lebih muda untuk berkhidmat dengan ikhlas dan dedikasi sebagai penyumbang usaha luhur mereka yang telah lalu.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 121: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

109Titah 2012109

Titah Sempena Pameran-Pameran Sambutan Perayaan Jubli Perak Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam Menaiki Takhta

pada 30 September 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin,

Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas limpah kurnia-Nya mengizinkan kita berkumpul di majlis yang menarik ini.

Beta berharap, pameran-pameran yang akan kita saksikan nanti, akan dapat menggambarkan beberapa pencapaian negara di bidang-bidang kemajuan selama 25 tahun, iaitu dikira daripada masa beta mula-mula Menaiki Takhta pada bulan Oktober, 1967 dahulu.

Dengan pendedahan ini dapatlah kita menyukat setakat manakah sudah kemajuan yang telah kita perolehi, di samping memikirkan perkara-perkara yang mustahak untuk diperbaiki dan seterusnya dilaksanakan.

Inilah di antara tujuan pameran, iaitu untuk menggali dan menonjolkan semula bahan-bahan tersimpan atau terpendam, bagi maksud menghidupkan perasaan ingin maju di kalangan rakyat dan penduduk.

Banyak bahan yang akan dipamerkan ini boleh menimbulkan inspirasi kepada anak bangsa, misalnya berkenaan dengan alat-alat kebesaran diraja, akan membawa kebanggaan kepada kita selaku bangsa yang tua yang mempunyai ciri-ciri kebesaran tersendiri

Page 122: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012110 110

yang indah lagi unik. Dan apabila kita mendapati ini semua, akan mencetuskan pula kesedaran yang tinggi bagi kita memelihara dan mempertahankan institusi beraja itu, yang ternyata telah sebati dan lama diwarisi oleh orang-orang Brunei semenjak zaman-berzaman lagi.

Demikian juga diharapkan ia akan dapat mendidik dan mengasuh ketaatan rakyat kepada raja, iaitu sebagai teras kekuatan bangsa dan negara ini dalam melalui berbagai liku kehidupan serta cabaran yang mungkin sahaja akan kita hadapi dari masa ke semasa.

Inilah pula inti daripada kebudayaan kita, yang bukan sahaja sebagai “Blue Print”, tetapi juga mestilah dihayati sebagai “suatu panduan” bagi memastikan setiap gaya dan unsur kehidupan itu hendaklah terpusat dan tidak lari daripada konsep dan semangat Melayu Islam Beraja.

Mudah-mudahan pameran ini akan dapat mewakili suatu pendekatan yang jelas tentang tahap kemajuan yang telah kita capai, yang berjalan seimbang di antara kepentingan duniawi dan juga kepentingan akhirat.

Dengan melafazkan Bismillahir Rahmanir Rahim, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Anbiyaa-i Wal Mursaleen, Wa ‘Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, maka beta dengan sukacita merasmikan Pameran Alat-Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja, Pameran Kemajuan Negara 25 Tahun dan Pameran Kemajuan Agama sempena Sambutan Perayaan Jubli Perak Beta Menaiki Takhta.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 123: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

111Titah 2012111

Titah Sempena Upacara Pelancaran Mushaf Brunei Darussalam

pada 3 Oktober 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin,

Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Kita mengucapkan berbanyak-banyak syukur kerana dapat berkumpul pada hari ini bagi menyaksikan satu lagi kejayaan projek kerajaan beta dalam bidang keagamaan iaitu pelancaran mushaf Al-Quran yang dinamakan “Mushaf Brunei Darussalam”.

Keputusan untuk mencetak dan menerbitkan Al-Quran tulisan tangan ini telah beta titahkan pada 6 tahun yang lalu, tahun 1986, dengan beberapa tujuan tertentu iaitu sebagai ristaan bagi zaman pemerintahan beta; untuk kegunaan sekolah-sekolah agama dan kaum Muslimim di negara ini; serta juga untuk dihadiahkan kepada tetamu-tetamu daripada negara-negara Islam sebagai hadiah rasmi kerajaan beta.

Beta sangatlah mengharagai sambil berterima kasih kepada berbagai pihak, terutama kepada Negara Mesir melalui Kementerian Wakafnya, dan juga Universiti Al-Azhar di bawah arahan Syeikh Al-Azhar, Al-Imam Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq, di atas kerjasama mereka itu pada menyumbangkan tenaga-tenaga pakar dalam bidang Al-Quran dan juga penulisannya daripada awal hingga akhir. Demikian juga terima kasih yang sama kepada Syarikat Percetakan Al-Ahram di mana Mushaf Brunei Darussalam ini dicetak.

Page 124: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012112 112

Mudah-mudahan melalui projek ini, akan membuka lebih luas lagi pintu kerjasama di bidang agama antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Mesir. Demikian juga melaluinya, akan dapat melambangkan keinginan bersama pada memuliakan Al-Quran itu, sebagai kitab Allah dan cahaya yang menerangi hidup umat Islam.

Beta berharap, mushaf ini apabila diedarkan kelak kepada semua keluarga Islam di negara ini, ianya tidaklah akan disimpan untuk menjadi perhiasan dan kebanggaan semata-mata tetapi hendaklah dibaca selalu bagi mendapatkan pahala dan keberkatannya.

Demikianlah harapan beta.

Maka dengan mendahulukan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Anbiyaa-i Wal Mursaleen Sayyidina Muhammadin, Wa’ Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, beta dengan sukacita merasmikan Pelancaran Mushaf Brunei Darussalam pada hari ini, sempena Sambutan Jubli Perak Beta Menaiki Takhta.

Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 125: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

113Titah 2012113

Titah Sempena Sambutan Jubli PerakDi Istana Nurul Iman pada 5 Oktober 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin,

Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Dengan penuh khusyuk dan tawaduk, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan limpah rahmat serta izin-Nya jua, maka dapatlah istiadat yang bersejarah ini dilangsungkan di dalam suasana yang aman dan penuh selesa.

Beta lebih dahulu sukacita mengalu-alukan paduka-paduka kekanda dan paduka-paduka adinda raja-raja Melayu, tetamu-tetamu khas beta, sama ada yang datang daripada jauh mahupun dekat dan juga sekalian para jemputan yang budiman. Dengan kehadiran mereka itu, menambahkan lagi kemeriahan dan seri sambutan Jubli Perak beta ini.

Demikian juga dalam kesempatan ini, beta ingin menyatakan penghargaan serta ucapan terima kasih beta kepada semua pihak yang telah sudi mengutus perutusan-perutusan ucap selamat dan lebih-lebih lagi kepada paduka adinda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Haji Mohamed Bolkiah di atas sabda kesyukuran dan ikrar bagi pihak orang-orang bergelar dan pembesar-pembesar Negara Brunei Darussalam.

Page 126: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012114 114

Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan ganjaran-Nya kepada semua pihak di atas ingatan baik mereka itu bagi menjayakan perayaan ini.

Mengimbas kembali masa 25 tahun yang lalu, beta masih teringat dan bahkan terharu dengan keputusan paduka ayahanda beta, Al-marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien yang turun daripada takhta dengan kehendak baginda sendiri, semata-mata bagi membolehkan beta diangkat menjadi sultan menggantikan baginda. Peristiwa ini sangatlah luar biasa dan bahkan sangat menggemparkan kerana ianya sungguh tidak diduga oleh sesiapa pun.

Walau bagaimanapun, dengan berbekalkan kepercayaan serta restu daripada paduka ayahanda beta, dan juga ahli-ahli Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja, pembesar-pembesar, pegawai-pegawai kerajaan serta rakyat jelata sekalian, maka beta dengan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wataala telah dengan sedaya upaya beta menerima dan berusaha melanjutkan dasar-dasar paduka ayahanda beta, khasnya dalam hal-ehwal memelihara keamanan, meningkatkan taraf hidup rakyat dan kemakmuran negara, serta juga dengan kuatnya akan memegang dan memuliakan Islam sebagai agama rasmi yang menjadi anutan dan amalan turun-temurun kepada raja-raja, pembesar-pembesar dan rakyat jelata.

Beta bersyukur, bahawa dengan izin Allah dan dengan berkat muafakat serta nasihat daripada pembesar-pembesar negara, dan lebih-lebih lagi dengan adanya sokongan dan dukungan yang padu daripada kalangan rakyat sekalian, maka dalam masa 25 tahun pemerintahan beta, Negara Brunei Darussalam telah dapat meningkat dan berkembang sebagai sebuah negara yang membangun.

Memanglah dalam masa yang panjang itu, banyak cabaran dan liku-liku yang mesti kita tempuh. Tetapi alhamdulillah, semuanya itu telah berjaya kita lalui dengan cara dan stail yang tersendiri dengan mengutamakan sifat-sifat bijaksana lagi penuh berhati-hati.

Page 127: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

115Titah 2012115

Sejarah bangsa dan negara yang panjang telah menjadikan kita suatu bangsa yang gigih lagi berupaya, iaitu berupaya bagaimana hendak mengharungi masa depan kita dengan mengutamakan perpaduan di antara raja dan rakyat. Dengan cara inilah, kita telah dapat membawa negara kita mencapai matlamat-matlamatnya dengan lancar dan selamat, dengan tiada perlu melalui rintangan-rintangan besar. Sekiranya pun ada terdapat sebarang masalah, semuanya itu dapat kita urus dan selesaikan berdasarkan semangat muafakat dan persefahaman yang ikhlas.

Semua ini jika kita teliti dan perhatikan dengan jujur, membuktikan bahawa sistem pemerintahan yang kita amalkan selama ini yang telah berjalan sekian lama itu, adalah kukuh dan malahan berjaya membawa kebajikan kepada rakyat dan negara.

Jadi dari bukti yang ringkas ini adalah cukup untuk memberikan jaminan dan keyakinan bahawa “sistem pemerintahan beraja” yang telah kita warisi dan pelihara itu telah berhasil menciptakan kebahagiaan dan keunggulan untuk Negara Brunei Darussalam.

Bagi kita hubungan raja dengan rakyat bukanlah semata-mata berasaskan tradisi antara yang memerintah dengan yang diperintah tetapi juga dijalin oleh tanggungjawab secara timbal-balik, dalam makna sama-sama menunaikan amanah Allah Taala menurut batas-batas yang diredai-Nya.

Kerana itu beta berdoa, mudah-mudahan apa yang sedang kita nikmati ini akan berkekalan dengan izin Allah menjadi kebanggaan kita semua dan juga generasi yang akan datang.

Di arena antarabangsa pula, kita adalah mengamalkan dasar terbuka untuk mengadakan hubungan berbaik-baik dengan sesiapa sahaja, sama ada dengan rakan-rakan terdekat seperti ASEAN ataupun yang jauh iaitu berdasarkan prinsip dan semangat hormat-menghormati serta tidak campur tangan terhadap hal-ehwal negara masing-masing.

Page 128: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012116 116

Dengan prinsip ini kita mendapat kawan dan sahabat dan dengan prinsip ini juga kita turut membela hak-hak kemanusiaan, sebagaimana kejadian di Bosnia-Herzegovina yang turut kita kesali dan kutuk itu.

Kita telah mengetahui bahawa orang-orang Islam di sana ditindas dam dianiaya, maka dasar kita ialah membantah kezaliman itu sambil turut menyumbangkan sedikit bantuan.

Kerajaan beta telah pun menetapkan kadar bantuannya, di samping orang ramai pula masih lagi terus menderma sampai sekarang. Di saat yang bersukut baik serta sambil kita bersyukur dan bergembira menyambut Jubli Perak beta ini, maka beta dengan segala rendah hati dan semata-mata kerana Allah jua, akan turut menyumbangkan sedekah peribadi atau “derma khairat” beta kepada Tabung Kesengsaraan Orang-Orang Islam Bosnia sebanyak sejuta ringgit Amerika.

Buat akhirnya, beta adalh tidak lupa merakamkan penghargaan kepada semua peringkat jawatankuasa yang telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan menjayakan perayaan sambutan ulangtahun ke-25 beta menaiki takhta.

Demikian juga penghargaan yang sama dan bahkan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk, pembesar-pembesar negara dan pemimpin-pemimpin masyarakat di atas sokongan dan taat setia mereka kepada beta dan kerajaan. Semoga Allah Subhanahu Wataala jua yang akan memberkati dan melimpahkan rahmat serta hidayat-Nya kepada kita semua, amin.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 129: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

117Titah 2012117

Titah Sempena Pengisytiharan Pelancaran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Dan

Perletakan Batu Asas Bangunan Yayasan Serta Juga Pengisytiharan Tapak Dewan Jubli Perak

pada 12 Oktober 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin,

Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita, sehingga dapat berkumpul pada hari ini untuk menyaksikan satu lagi acara Sambutan Jubli Perak Beta Menaiki Takhta.

Sepertimana yang dihasratkan, bahawa Sambutan Jubli Perak beta ini, di samping untuk mengenang sejarah pemerintahan beta selama 25 tahun juga tujuan yang lain ialah untuk menzahirkan kesyukuran kita terhadap Allah Subhanahu Wataala atas nikmat-Nya mengizinkan pemerintahan ini berjalan dengan baik dan teratur.

Memandangkan ini, beta rasa adalah wajar bagi beta untuk

berbuat sesuatu, yang boleh menjadi tanda atau lambang kesyukuran itu, yang nanti dapat dinikmati faedahnya oleh rakyat dan penduduk.

Maka di saat yang amat berbahagia ini, beta dengan sukacita mengumumkan penubuhan sebuah yayasan yang akan menjadi ristaan kekal zaman pemerintahan beta. Yayasan ini akan berfungsi menurut dasar-dasar atau tujuan-tujuan yang telah ditetapkan, iaitu sebagai “Amal Jariah” ataupun “Derma Khairat” beta dan ahli keluarga beta. Ianya akan boleh menghulurkan derma bagi faedah-faedah keagamaan, kebajikan, pendidikan dan lain-lain seumpamanya.

Page 130: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012118 118

Yayasan ini akan dipanggil dengan nama “Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah”.

Sebarang permohonan bantuan kewangan yang tidak terkandung dalam skim kerajaan beta, akan dikendalikan oleh yayasan ini. Dan untuk modal awal yayasan, beta insya-Allah, akan mengurniakan sejumlah wang, sementara tambahannya jika perlu, akan dikeluarkan dari masa ke semasa.

Dengan wang daripada beta dan keluarga beta ini, yayasan bolehlah berfungsi sebagai sebuah badan komersil yang bebas, dengan menjalankan perniagaannya sendiri, supaya dengan cara itu dapatlah pula ia menambahkan kewangan bagi tujuan-tujuan pengendalian dan pentadbiran.

Tegasnya, yayasan adalah bebas untuk memikir dan membuat rancangan-rancangannya seperti mengambil bahagian dalam apa-apa juga aktiviti ekonomi, yang bersesuaian dengan konsep dan tujuan yayasan. Maka ke arah ini, beta adalah mengambil maklum bahawa bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, selain daripada menempatkan pejabat yayasan sendiri, juga akan mempunyai ruang-ruang untuk disewakan bagi maksud-maksud perniagaan. Semua hasil keuntungannya kelak akan terpulang kepada yayasan semata-mata.

Bagi melaksanakan beberapa jenis tanggungjawab, seperti membuat hal-ehwal pentadbiran, maka yayasan akan mempunyai sebuah Lembaga Pengarahnya. Demikian juga, bagi mengawas dan memastikan perjalanannya sentiasa lurus, yakni tidak menyeleweng, maka sebuah badan yang dinamakan Jemaah Tadbir juga akan dilantik.

Beta berharap, kedua-dua Lembaga Pengarah dan Jemaah Tadbir ini akan menjalankan tugas mereka masing-masing dengan baik, cekap dan efisien.

Page 131: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

119Titah 2012119

Serentak dengan penubuhan yayasan ini, beta juga sukacita memperkenankan cadangan untuk membina sebuah dewan besar yang diberi nama “Dewan Jubli Perak”. Dewan ini nanti akan mengandungi pula beberapa dewan lain untuk mengadakan persidangan-persidangan, dewan-dewan pameran dan lain-lain yang merupakan kemudahan-kemudahan asas yang amat diperlukan oleh negara dalam jangka pendek, dan lebih-lebih lagi untuk jangka panjang.

Pembinaannya nanti, akan turut dibiayai sebahagiannya oleh penderma-penderma, selain daripada kerajaan beta iaitu sebagaimana yang dicadangkan. Sementara tapak yang telah beta perkenankan pula ialah di Kampong Perpindahan Lambak Kanan, Berakas.

Beta berharap, dewan ini juga akan menjadi simbol sejarah kepada negara dan rakyat sempena dengan memperingati Jubli Perak pemerintahan beta ini.

Maka dengan ini, dengan mendahulukan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Sayyidina Muhammadin, Sayyidil Anbiyaa-i Wal Mursaleen, Wa ’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, beta dengan amat sukacita mengisytiharkan Pelancaran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Perletakan Batu Asas Bangunan Yayasan, serta juga mengisytiharkan Tapak Dewan Jubli Perak, bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Beta Menaiki Takhta.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 132: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012120 120

Titah Sempena Lawatan Negara Ke United Kingdom Pada 3 November 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin,

Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia/Kebawah Duli Yang Maha Mulia Bonda Queen, Duli-duli Yang Teramat Mulia.

Tuan-tuan dan Puan-puan.

Izinkan beta untuk melafazkan penghargaan yang tulus ikhlas ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas sambutan mesra dan layanan baik yang dihulurkan kepada beta.

Beta bukannya orang asing bagi Britain. Banyak kenangan yang menggembirakan semasa beta mengadakan lawatan pertama beta ke Britain pada tahun 1964.

Dalam tahun 1966 beta memasuki Sandhurst dengan menghabiskan masa selama dua tahun yang penuh kenangan dan mendatangkan faedah. Sejak itu beta kerap melawat ke Britain. Beta berharap akan dapat berjumpa teman-teman lama dan sudah setentunya terdapat sesuatu yang baru untuk dipelajari.

Beta merasa cukup selesa berada di London. Hubungan keluarga beta dengan orang-orang Britain berjalan lebih dari satu abad.

Ianya bermula pada tahun 1847 bilamana sultan pada ketika itu

menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan Dengan Kerajaan British.

Page 133: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

121Titah 2012121

Dalam tahun 1888, pemerintahan ketika itu meletakkan Brunei di bawah naungan British. Kemudian diperkukuhkan dengan satu perjanjian lagi yang ditandatangani pada 1905 yang mengadakan peruntukan bagi lantikan seorang Residen British di Brunei.

Pada 1962, tentera British memberi bantuan kepada ayahanda beta bagi menghapuskan cubaan sekumpulan individu yang bercita-cita tinggi, dengan sokongan elemen yang tidak bertanggungjawab dari luar, dalam cubaan mendapatkan kuasa dengan kekerasan senjata.

Meskipun menjadi kesalan kerana Negara Brunei Darussalam kehilangan sebahagian besar wilayahnya, Britain telah membantu mewujudkan bahagian peninggalan Kesultanan Brunei.

Pada 1942 orang-orang Jepun menguasai keseluruhan Asia Tenggara. Selepas perang dalam tahun 1945, pihak British menolong pemulihan kami serta membimbing kami melalui saat-saat yang mencemaskan tatkala peta Asia Tenggara dilukis semula.

Begitu banyak negara-negara bersultan di rantau ini yang kini hanya tinggal kenangan dalam buku-buku sejarah yang lapuk. Negara Brunei Darussalam agak berbeza. Negara Brunei Darussalam kini sebuah anggota merdeka dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, Pertubuhan Komanwel, Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) dan tidak kurang pentingnya, Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Sejarah terus berlalu. Kami memandang ke hadapan, tidak ke belakang. Kami bertanggungjawab bagi masa depan kami. Untuk selama beberapa tahun lagi masa depan kami adalah lebih terjamin dengan adanya perhubungan dengan British.

Rakyat beta dan beta sendiri masih tidak melupakan bahawa orang-orang Britishlah yang datang membantu pada detik-detik kesulitan

Page 134: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012122 122

dan kegentingan dalam sejarah kami. Tanpa bantuan British, Negara Brunei Darussalam tidaklah seperti Negara Brunei Darussalam hari ini- negeri yang aman.

Perhubungan kita yang berjalan lancar adalah berasaskan pada saling mempercayai. Orang-orang Brunei dari segenap lapisan hidup sememangnya sudah biasa dan selesa di Britain.

Ramai yang telah belajar dan tinggal di sini. Hubungan yang demikian erat akan menjamin perhubungan kita yang mendalam dan berkekalan.

Di samping itu, beta berharap Britain tidak pula merasakan pertaliannya dengan Negara Brunei Darussalam menjadi satu bebanan. Kemakmuran Negara Brunei Darussalam memberi banyak peluang pekerjaan dan perniagaan bagi orang-orang Britain. Beta yakin ianya merupakan perhubungan yang saling mendatangkan faedah.

Dunia berubah. Kedua-dua negara kita juga mengalami perubahan. Tetapi kepentingan bersama kita terletak kepada perhubungan yang berterusan ini agar terus menjadi “asset” bagi kedua belah pihak.

Jiran-jiran kita di ASEAN juga menghadapi kemakmuran di samping menikmati pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Kesemuanya ini adalah hasil dari kestabilan politik di rantau ini dan kerjasama ekonomi di antara kesemua negara Timur dan Asia Tenggara. Negara Brunei Darussalam memberikan sumbangan yang tidak kurang pentingnya bagi kestabilan dan kemakmuran ini.

Adalah menjadi harapan beta agar Britain akan terus mengekalkan perhubungan ini serta mengagihkan pertumbuhannya yang pesat serta kemakmurannya yang meningkat.

Page 135: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

123Titah 2012123

Sekali lagi beta ingin melafazkan penghargaan yang tulus ikhlas Ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas sambutan dan layanan yang begitu mesra yang dihulurkan kepada beta, isteri beta serta anggota delegasi beta.

Kami merasa amat gembira berada di negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang mana sudah setentunya lawatan ini akan menjadi kenangan yang manis.

Izinkan beta memberi ucap selamat sejahtera kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Terima kasih.

Page 136: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012124 124

Titah Di Majlis Persantapan Yang Disembahkan Oleh the Lord Mayor Of London

Sempena Lawatan Negara Ke United Kingdompada 4 November 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa

Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Tuan Lord Mayor,

Duli Yang Teramat Mulia,

Tuan-tuan Yang Terutama,

Para Lord,

Aldermen,

Sheriffs,

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Beta merasa terharu dengan sambutan yang gilang-gemilang yang diberikan kepada beta. Sambutan yang penuh dengan adat istiadat ini menggambarkan kekayaan warisan masa silam Bandaraya London.

Bandaraya ini memainkan peranan utama dalam sejarah United Kingdom, dan dalam memperkukuhkan sistem kewangan dunia.

Beta dapat merasakan sesuatu yang membanggakan dalam sejarah Britain dan dunia tatkala beta memasuki Guildhall ini. Begitu ramai pembesar baik lelaki mahupun perempuan dari seluruh dunia mendapat penghormatan di tempat yang bersejarah ini.

Page 137: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

125Titah 2012125

Beta mendapat penghormatan kerana termasuk dalam golongan mereka itu. Malam ini akan kekal dalam ingatan beta.

Beta terpesona bila melawat London buat kali pertama 29 tahun yang lalu. Sejak dua dekad yang lalu, beta merupakan pengunjung yang tetap.

Meskipun sudah biasa di sini, ianya tidak mengurangkan minat beta terhadapnya.

Beta merasa gembira dapat bertemu dengan sahabat-sahabat lama, ada di antara mereka yang bekerja di bandaraya ini.

Bandaraya ini merupakan pusat nadi dunia kewangan antarabangsa dan Negara Brunei Darussalam akan sentiasa mempergunakan kepakaran ekonomi dan kewangan yang tertumpu di sini. Sebenarnya kami mendapat faedah daripadanya.

Teknologi memendekkan jarak yang jauh. Faks, telefon dan pesawat jet menghubungkan Agensi Pelaburan Brunei ke bandaraya dengan cara yang tidak pernah dibayangkan hanya sepuluh tahun yang lalu.

Rantau ekonomi kini melangkah sejauh perbatasan politik. Peranan Bandaraya London sebagai pusat inovasi dan pertumbuhan pelbagai bangsa telah diperkukuhkan.

Oleh yang demikian, Tuan Lord Mayor, dengan penuh yakin beta mengucapkan semoga sejahtera bagi Bandaraya London.

London, dengan sejarahnya yang lama serta yang kaya dengan pengalaman, akan terus memberi pengaruh yang besar dalam hal-ehwal Eropah dan dunia.

Page 138: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012126 126

Tuan Lord Mayor,

Sebagai penutup, beta ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Datuk atas sambutan dan layanan yang begitu mesra yang dihulurkan kepada beta, isteri beta dan anggota delegasi beta.

Izinkan beta memberi ucap selamat kepada “The Lord Mayor” dan

Corporation of London.

Page 139: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

127Titah 2012127

Titah Di Universiti Oxford Sempena Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke United Kingdom

pada 5 November 1992

AAssalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin,

Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Tuan Canselor,

Tuan-tuan Yang Terutama,

Tuan-tuan dan puan-puan.

Adalah menjadi satu penghormatan yang besar bagi beta menerima ijazah dari universiti tuan yang termasyhur ini.

Terdapat sejarah yang lama dalam hubungan pendidikan yang rapat di antara United Kingdom dan Negara Brunei Darussalam. Kami ingin mengekalkan serta mengukuhkan hubungan ini. Universiti kami terlalu kecil untuk menawarkan program dalam semua bidang. Bagi fakulti-fakulti seperti perubatan, seni bina, kejuruteraan dan bidang sains yang tertentu, kami akan terus menghantar penuntut-penuntut kami ke seberang laut. Dengan adanya hubungan dengan United Kingdom adalah menjadi kebiasaan bagi sebahagian besar daripada penuntut-penuntut kami yang masih belajar di negara tuan.

Tuan Canselor,

Universiti Oxford merupakan “model” bagi universiti-universiti lain di seluruh dunia. Nama baik Oxford yang tercipta sejak berabad-abad lamanya dengan pencapaian yang begitu besar para alumni yang berkebolehan dan terbilang. Oxford bererti tahap yang tinggi

Page 140: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012128 128

di samping tradisi lama, kedua-duanya berkembang sejak berabad-abad dalam usaha mencari pengetahuan dan keunggulan. Sejak tiga abad yang lalu, para graduan Oxford telah membentuk keperibadian serta kemewahan bagi Great Britain dan banyak lagi negara-negara lain yang satu ketika dahulu merupakan sebahagian dari Empayar British.

Di Negara Brunei Darussalam, kami sedang berusaha untuk memodenkan dan membentuk semula nilai-nilai tradisional utama kami. Kami percaya dengan meneruskan tradisi ini akan dapat memberikan rakyat kami kekukuhan dan kemantapan di dunia yang mengalami perubahan yang pesat.

Tradisi memberikan pedoman jiwa untuk memandu masyarakat kami dalam menjalani penghidupan di dunia yang berubah corak oleh teknologi yang memberi kesan kepada setiap aspek penghidupan kami.

Beta gembira menyatakan bahawa Universiti Oxford akan membantu Universiti Brunei Darussalam. Memorandum Persefahaman yang ditandatangani di antara keduanya akan membolehkan Universiti Brunei Darussalam mendapatkan sumber-sumber yang amat banyak dari Universiti Oxford.

Beta dengan penuh sukacita mengumumkan penubuhan Program

Antarabangsa Bagi Pengajian Tamadun Islam. Program ini akan ditempatkan di sini di Pusat Pengajian Islam Oxford. Program ini bersifat antarabangsa, yang melibatkan dengan meluas para cendikiawan dan institusi.

Ianya akan mengembangkan pertalian akademik dengan institusi-institusi di rantau-rantau utama di dunia termasuk Asia Tenggara dan terutama sekali di antara Universiti Oxford dan Universiti Brunei Darussalam. Objektifnya yang lebih meluas ialah persefahaman yang lebih baik tentang dunia Islam oleh pihak Barat dan melalui persefahaman sedemikian diharapkan akan dapat menggalakkan toleransi dan kerjasama di antara orang-orang berlainan agama.

Page 141: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

129Titah 2012129

Pengetahuan mengenai pengertian yang mendalam tentang Islam dan kuasa Islam dalam membentuk untung nasib pengikut-pengikutnya yang berjumlah hampir satu billion di antara orang-orang di Barat dengan Islam. Dunia memerlukan toleransi dan persefahaman untuk mendapatkan kedamaian.

Tuan Canselor,

Beta ingin mengucapkan terima kasih yang tulus ikhlas atas penghormatan yang dikurniakan kepada beta, universiti beta dan negara beta.

Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 142: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012130 130

Titah Di Majlis Sempena Sambutan Jubli Perak Baginda Menaiki Takhta Anjuran Bersama Dewan Perniagaan

Melayu, Dewan Perniagaan Tionghua Dan Dewan Perniagaan Negara

pada 16 November 1992

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Ala Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya jua dapatlah beta hadir bersama-sama dalam majlis yang berkebajikan ini.

Beta adalah menghargai usaha ketiga-tiga Dewan Perniagaan Melayu, Dewan Perniagaan Tionghua dan Dewan Perniagaan Negara, yang telah berjaya menganjurkan perjumpaan ini yang disempenakan dengan perayaan menyambut Jubli Perak Beta Menaiki Takhta. Beta juga tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih atas ingatan baik mereka itu.

Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang tua tetapi muda dalam sejarah modennya adalah mempunyai pengalaman yang berbeza pada setiap peringkat masa dan zamannya. Ia pernah terbilang selaku sebuah empayar yang mempunyai hubungan dagang dan politik dengan dunia luar.

Kemudian ia juga melalui zaman menguncup dan gelap, dan akhir sekali ialah zaman peralihan sampailah sekarang, yang telah berhasil membawa perubahan dan kemakmuran yang sedang kita nikmati hari ini.

Page 143: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

131Titah 2012131

Adapun kemakmuran itu, biasanya mendatangkan nama baik kepada negara. Tetapi “gaya hidup” sekarang dari segi pandangan umum menghendaki kemakmuran itu mestilah wujud dan lahir daripada kemajuan yang dirancang iaitu sebagai menandakan adanya usaha dan potensi bangsa berkenaan. Sebab itulah, tumpuan utama bangsa-bangsa di dunia ialah memajukan negara masing-masing khasnya setelah merdeka. Slogan dan moto untuk maju itu, mengambil tempat paling atas dari yang lain-lain. Kerana apabila sesuatu bangsa itu masih belum bertaraf maju, maka mata dunia dan bangsa-bangsa yang maju akan memandangnya rendah dan kurang penting.

Kerana itulah, kewajipan kita bersama ialah meningkatkan terus pencapaian kita di bidang-bidang ilmu dan teknologi moden termasuk juga bidang-bidang perniagaan dan perusahaan.

Di dalam dua bidang yang terakhir ini, kebanyakan yang hadir di sini adalah berkaitan. Mereka perlu memastikan bahawa keadaan persekitaran perekonomian dunia sudah jauh berubah. Persaingan terbuka tidak dapat lagi dielakkan. Kerana itu organisasi perniagaan yang kemas dan berdaya maju adalah sangat mustahak untuk menghadapi perubahan-perubahan yang mengejut itu.

Beta berharap, organisasi-organisasi perniagaan seperti dewan-dewan perniagaan yang bergabung pada hari ini akan dapat sama-sama merumuskan langkah iaitu bukan sahaja bergiat untuk memajukan organisasi masing-masing sambil mengaut keuntungan-keuntungan besar, tetapi juga hendaklah menjadikan organisasi-organisasi tersebut sebagai medan terbuka bagi rakyat dan anak bangsa kita memperolehi peluang-peluang pekerjaan. Adalah tidak bermakan sekiranya organisasi-organisasi itu sahaja yang maju dan mewah sedangkan anak bangsa dan rakyat jelata tidak dapat berteduh di bawahnya.

Page 144: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

Titah 2012132 132

Beta juga berharap supaya organisasi-organisasi berkenaan akan dapat mengamalkan budaya hidup orang-orang Brunei iaitu amalan muafakat dan kerjasama yang ikhlas antara mereka sambil dengan jujur berkongsi pengalaman dan pengetahuan untuk mencapai matlamat masing-masing.

Hanya dengan cara ini kita dapat menghadapi masalah-masalah kita secara positif serta dapat pula mengatasi sebarang kelemahan dan kekurangan jika ada. Kita juga tahu, bahawa rintangan-rintangan di hadapan kita adalah sukar dan besar, tetapi dengan pendekatan yang tersusun dan kemas yang berlandaskan semangat muhibah akan memudahkan kita mengatasi semua itu.

Sekian sahaja, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 145: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/1992.pdf · Anak Kunci Rumah Di Bawah Perancangan ... Sistem Kabel Dasar Laut Negara Brunei ... Di sinilah letaknya ujian kejujuran

133Titah 2012133