kumpulan titah - publication pdf/titah 1993 1994.pdf · titah sempena menyambut tahun baru masihi...

Download Kumpulan Titah - Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993

Post on 08-Mar-2019

223 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Tahun 1993 dan 1994

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien

Saadul Khairi WaddienSultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

VTitah 2012V

TerbitanUnit Penerbitan Melayu

Bahagian Penerbitan dan PameranJabatan Penerangan

Jabatan Perdana MenteriNegara Brunei Darussalam

Cetakan Pertama Cetakan Kedua 2016

Hakcipta Jabatan Penerangan

PenyelarasHajah Rosidah binti Haji Ismail

Susunan/Reka letak/KompilasiZawiyatun Nimah binti Mohamad Akir

PenyemakNorhafilah binti Rosli

Kulit LuarMuhammad Al Khaliq bin Ali

Dicetak olehEzy Printing Services & Trading Co. Sdn. Bhd

ISBN

VII Titah 2012 Titah 2012VI VI VII

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993

Titah Di Majlis Pertandingan Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan pada 3 Januari 1993

1-4

5-7

Titah Di Majlis Perasmian Bangunan Ibb pada 13 Januari 1993

Titah Sempena Ulangtahun Ke-9 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari 1993

8-9

10-13

Titah Sempena Menyambut Perayaan Ke-9 Hari Kebangsaan, Dengan Acara Utamanya Pelancaran Menulis Al-Quran Yang Akan Menggantikan Cokmar Universiti Brunei Darussalam Bertempat Di Bangunan Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 23 Februari 1993

14-16

Titah Di Majlis Nuzul Al-Quran 1413 Hijrah/1993 Masihi Di Bangunan Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 11 Mac 1993

17-19

Titah Sempena Lawatan Tuan Yang Terutama Tuan Chuan Leekpai, Perdana Menteri Thailand Ke Negara Brunei Darussalam pada 22-23 Mei, 1993

Titah Sempena Menyambut Hari Raya Aidiladha 1412 Hijrah Pada 31 Mei 1993

Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Hijrah 1414 pada 20 Jun 1993

23-25

26-28

29-32

Titah Di Majlis Pembukaan Rasmi Muktamar Akademi Fiqh Islam Kali Ke-Viii pada 21 Jun 1993

Titah Bersempena Hari Keputeraan Yang Ke-47 Tahun Di Balai Singgahsana, Istana Nurul Iman pada 15 Julai 1993

33-36

37-43

Titah Di Majlis Pembukaan Rasmi Bangunan Baru Masjid Kampong Bunut pada 16 Julai 1993

44-46

Titah Bersempena Hari Keputeraan Yang Ke-47 Tahun Di Daerah Belait pada 18 Julai 1993

Titah Bersempena Hari Keputeraan Yang Ke-47 Tahun Di Daerah Tutong pada 20 Julai 1993

47-48

49-51Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri 1413 Hijrah/1993 Masihi

20-22

IX Titah 2012 Titah 2012VIII VIII IX

Titah Bersempena Hari Keputeraan Yang Ke-47 Tahun Di Daerah Temburong pada 22 Julai 1993

52-53

54-57

58-60

Titah Bersempena Lawatan Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 3 Ogos 1993

69-73

74-75

76-78

Titah Di Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan 1414 Hijrah/1994 Masihi Di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien pada 17 Januari 1994

79-80

Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulangtahun Ke-10 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari 1994

81-84

Titah di Majlis Nuzul Al-Quran 1414 Hijrah/1994 Masihi Bertempat Di Pusat Persidangan Antarabangsa pada 28 Februari 1994

85-87

Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri 1414 Hijrah/1994 Masihi pada 13 Mac 1994

88-91

92-95

96-99

Titah Sempena Hari Keputeraan Yang Ke-48 Tahun di Balai Singgahsana Istana Nurul Iman pada 15 Julai 1994

100-107

Titah Sempena Hari Keputeraan Yang Ke-48 Tahun Di Daerah Tutong pada 19 Julai 1994

108-110

Titah Di Majlis Konvokesyen Kelima Universiti Brunei Darussalam Pada 16 September 1993

Titah Di Majlis Sambutan Hari Guru pada 23 September 1993

61-63

Nota Perantaraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Di Sidang Sesi Eksekutif Sempena Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (Chogm) Pada 21 Oktober 1993

64-67

Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1994

Titah Sempena Pelancaran Perkhidmatan Tv Melalui Satelit pada 1 Januari 1994

Titah Di Majlis Sambutan Israk Dan Mikraj Bagi Tahun 1414 Di Pusat Persidangan Antarabangsa pada 9 Januari 1994

Sempena Menyambut Hari Raya Aidiladha 1414 Hijrah/1994 Masihi Pada 20 Mei 1994

Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada 10 Jun 1994

XI Titah 2012 Titah 2012X X XI

Titah Sempena Hari Keputeraan Yang Ke-48 Tahun Di Daerah Temburong pada 21 Julai 1994

Titah Sempena Hari Keputeraan Yang Ke-48 Tahun Di Daerah Belait pada 22 Julai 1994

111-113

114-116

Titah Bersempena Dengan Lawatan Tuan Yang Terutama Presiden Fidel V.ramos, Presiden Republik Filipina Ke Negara Brunei Darussalam pada 6 - 8 Ogos 1994

Titah di Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada 20 Ogos 1994

117-120

121-123

Titah Di Majlis Penyerahan Surat Pengakuan Mengikuti Rancangan Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 22 Ogos 1994

124-127

Titah Di Majlis Konvokesyen Keenam Universiti Brunei Darussalam Di Pusat Persidangan Antarabangsa pada 10 September 1994

128-130

Titah Di Majlis Sambutan Hari Guru Di Pusat Persidangan Antarabangsa pada 22 September 1994

131-133

Titah Di Sidang Ke-49 Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu Di New York pada 6 Oktober 1994

Titah Sempena Lawatan Negara Tuan Yang Terutama Tuan Akbar Hashemi Rafsanjani, Presiden Republik Islam Iran pada 15-17 Oktober 1994

134-139

140-142

Titah Di Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam Kali Ketujuh Di Casablanca, Morocco pada 13-14 Disember 1994

143-147

1Titah 20121

Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil Aalameen, Wassalaatu Wassalamu Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Waalaa Aalihie Wasahbihie Ajmaeen, Wabadu.

Tahun baru Masihi menjelang lagi, iaitu setelah tahun 1992 akan berakhir pada tengah malam ini. Dengan kedatangan tahun baru 1993, membawa kita mesti bersiap untuk menghadapi cabaran-cabaran yang baru pula.

Di antara cabaran-cabaran itu, kita mestilah melihat: Apakah perubahan-perubahan yang telah kita lalui, serta sejauh mana ia menguntungkan ataupun sebaliknya?

Kita tidaklah wajar semata-mata menerima perubahan-perubahan tanpa memperhitungkan tentang nilai. Di dalam apa pun bidang, soal nilai adalah paling utama. Di bidang kemajuan khasnya, semua orang adalah sependapat bahawa ianya mesti dirancang dan diusahakan. Tetapi setelah manusia itu berjaya dan maju, banyaklah perubahan yang terjadi, termasuk menerima nilai-nilai baru yang tidak sesuai dengan budaya bangsa.

Ke sudut ini banyak bukti menunjukkan, bahawa semakin jauh kemajuan, maka semakin ramai orang-orang yang melupakan soal nilai dan moral, seolah-olah ianya menjadi penyakit yang mudah berjangkit dalam dunia moden hari ini.

Semua ini mustahaklah diketahui dan diinsafi, supaya kita tidak turut hanya dilanda oleh perubahan yang membwa mudarat itu.

Biarlah kita agak lambat sedikit, tetapi berhati-hati dan waspada sambil mengekalkan kewarasan bertindak bagi keselamatan semua.

Kemajuan yang kosong dari nilai-nilai moral dan agama, telah mula menampakkan kehampaan dan kerugian yang besar kepada dunia, iaitu ternyata dengan berkembangnya sekarang macam-macam unsur maksiat dan jenayah di kalangan manusia, di mana ia boleh membawa kehancuran dan kebinasaan yang menyeluruh.

3 Titah 2012 Titah 20122 2 3

Dalam kesempatan ini, beta hanya ingin membuat rumusan ringkas mengenai apa yang turut disaksikan oleh tahun 1992, iaitu terdapat banyak pergolakan yang menyedihkan, antaranya seperti kejadian di Bosnia-Herzegovina yang bermandikan darah orang-orang Islam itu. Tetapi syukurlah negara kita telah dapat merealisasikan sikapnya yang tegas dengan bersimpati dalam bentuk moral dan material.

Sekiranya ada sebarang pendapat atau anggapan yang kurang senang maka perkara itu kita pulangkan sahaja kepada Allah kerana sesungguhnya kita pun tidak berupaya untuk membawa semua orang bersetuju dengan cara kita ini. Hanya apa yang penting disebutkan di sini ialah hakikat yang sebenar, bahawa segala-galanya itu bersumber daripada rasa hati kita yang ikhlas dan jujur semata-mata kerana Allah jua.

Apa yang lebih utama juga untuk disebut ialah peristiwa-peristiwa kita di dalam yang berlaku di sekitar tahun 1992 seperti detik-detik bersejarah sambutan Jubli Perak beta Menaiki Takhta.

Beta amat merasa berkewajipan untuk melafazkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas nikmat dan kemurahan-Nya mengizinkan sambutan tersebut berjalan dengan baik dan teratur.

Sebenarnya bukanlah sambutan itu yang menjadi matlamat tetapi apa yang tersirat untuk menjadi ristaan dan sejarah kepada negara, dan juga untuk menjadi bukti kewujudan kita sebagai bangsa yang berdaulat lagi bertamadun menurut calak Melayu dan Islam yang kita banggakan. Semoga semua ini juga akan berperanan untuk mengilham masa depan Brunei yang panjang.

Atas penglibatan seluruh lapisan rakyat dan penduduk, beta dengan tulus

Recommended

View more >