kumpulan titah - information.gov.bn publication pdf/edit titah 1990-1991.pdf · sekalian alam,...

191
Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Tahun 1990-1991

Upload: nguyennhi

Post on 11-Jul-2019

262 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Tahun 1990-1991

Page 2: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum
Page 3: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien

Sa’adul Khairi WaddienSultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Page 4: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum
Page 5: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

VTitah 2012V

TerbitanUnit Penerbitan Melayu

Bahagian Penerbitan dan PameranJabatan Penerangan

Jabatan Perdana MenteriNegara Brunei Darussalam

Cetakan Pertama 2016

Hakcipta Jabatan Penerangan

PenyelarasHajah Rosidah binti Haji Ismail

Susunan/Reka letak/KompilasiHajah Rosidah binti Haji Ismail

PenyemakZawiyatun Ni’mah binti Mohamad Akir

Norhafilah binti Rosli

Kulit LuarMuhammad Al Khaliq bin Ali

Dicetak olehEzy Printing Services & Trading Co. Sdn. Bhd

ISBN(Kulit Keras)

(Kulit Lembut)

Page 6: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012VI VI

KANDUNGAN

Titah Sempena Menyambut Tahun Masihi 1990 Melalui Radio Televisyen Brunei Negara Brunei Darussalam

Titah Sempena Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Akhir Kebangsaan Di Pusat Persidangan Antarabangsa Negara Brunei Darussalam pada 31 Januari 1990

Titah Sempena Keberangkatan Lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke Republik Singapura pada 12 Februari, 1990

Titah Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-6 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari, 1990

Titah Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun 1410 Hijrah 1990 Masihi pada 27 April, 1990

Titah Bersempena Ulangtahun Ke-100 Rejimen Princess Mary’s Own Gurkha Rifles Ke-10 pada 3 Mei, 1990 Di Seria

Bersempena Hari Keputeraan Baginda ke-44 di Balai Singgahsana

Titah Di Daerah Tutong Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Ke-44 pada Hari Selasa, 17 Julai 1990

MUKA SURAT

1-3

4-7

8-10

11-16

17-19

20-21

22-32

33-34

Page 7: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

VIITitah 2012VII

Titah Di Daerah Temburong Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Ke-44 pada Hari Selasa, 19 Julai 1990

Titah Di Daerah Belait Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Ke-44 pada Hari Selasa, 21 Julai 1990 Titah Sempena Awal Tahun Hijrah 1411 pada Hari Isnin, 23 Julai 1990

Titah Di Mesyuarat Majlis Ugama Islam pada 25 September 1990

Titah Di Upacara Konvokesyen Yang Kedua Universiti Brunei Darussalam pada 7 Rabiulawal 1411 / 27 September 1990

Titah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada Hari Isnin 12 Rabiulwal 1411 / 1 Oktober, 1990

Titah Di Majlis Persantapan Negara Di Istana Nurul Iman Kerana Mengalu Alukan Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong Malaysia pada 29 Oktober, 1990

35-36

37-39

40-44

45-49

50-52

53-57

58-62

Page 8: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012VIII VIII

Titah Bersempena Kedatangan Tahun Baru Masihi 1991, Di Istana Nurul Iman

Titah Di Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1991 Pada 28 Jamadilakhir 1411 Bersamaan 14 Januari 1991

Titah ketika berangkat melawat Kampong Rataie dan Kampong Labu Estate, Daerah Temburong pada 7 Februari 1991.

Titah di Majlis Penyampaian Anugerah Masjid Terpilih sempena Sambutan Israk Mikraj pada 12 Februari 1991.

Titah sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun ke-7 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari 1991.

Titah di Majlis Pergurniaan Anak-anak Kunci Rumah Skim Rakyat Jati di Kawasan Lorong Tiga Selatan, Seria , Daerah Belait pada 9 Mac 1991.

Titah Di Majlis Penganugerahan Geran-geran Tanah, Skim Perancangan Semula Perpindahan Kampung-Kampung Di Kawasan Anggerek Desa, Berakas pada 13 Mac 1991.

Titah Di Majlis Sambutan Malam Nuzul Al-Quran pada 2 April 1991.

Titah sempena Hari Raya Aidil Fitri 1411 Hijrah pada 17 April 1991.

63-72

73-76

77-80

81-86

87-92

93-96

97-100

101-104

105-108

Page 9: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

IXTitah 2012IX

Titah sempena Lawatan Khas oleh Tuan Yang Terutama Toshiki Kaifu, Perdana Menteri Jepun, ke Negara Brunei Darussalam pada 29 April 1991.

Titah sempena Lawatan Khas Tuan Yang Terutama Goh Chok Tong, Perdana Menteri Singapura pada 30 April 1991.

Titah di Majlis Pengurniaan Anak-anak Kunci Rumah Di bawah Skim Perumahan Negara Lambak Kanan Peringkat ke IV Fasa II pada 18 Mei 1991.

Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Hijrah 1412 (Hari Jumaat Malam Sabtu 12 Julai 1991)

Titah Di Majlis Sambutan Awal Muharam,1412 Hijrah Di Pusat Persidangan Antarabangsa Negara Brunei Darussalam pada 1 Muharam, 1412 Bersamaan 13 Julai 1991

Titah Bersempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-45 Tahun, Di Balai Singgahsana, Istana Nurul Iman Pada 15 Julai, 1991

Titah sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-45 di Daerah Belait pada 6 Muharam 1412 Bersamaan 18 Julai 1991

109-112

113-116

117-120

121-123

124-128

129-139

140-142

Page 10: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012X X

Titah sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-45 Di Daerah Tutong pada 8 Muharam, 1412 Bersamaan 20 Julai, 1991

Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-45 Tahun di Daerah Temburong pada 12 Muharam, 1412 Bersamaan 24 Julai, 1991

Titah sempena Lawatan ke Republik Filipina pada 16 Ogos 1991.

Titah Di Perjumpaan Dengan Pegawai-Pegawai Kanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada 9 Rabiulawal, 1412 Bersamaan 17 September , 1991

Titah Di Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Di Taman Haji Sir Muda Omar ’Ali Saifuddien Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darusslam pada 13 Rabiulawal, 1412 Hijrah Bersamaan 21 September, 1991 Masihi

Titah Di Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas pada 15 Rabiulawal, 1412 Hijrah Bersamaan 23 September, 1991 Masihi

143-145

146-148

149-152

153-158

15-162

163-168

Page 11: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

1Titah 20121

Titah Di Majlis Konvokesyen Ketiga Universiti Brunei Darussalam pada 17 Rabiulawal, 1412 Bersamaan 25 September, 1991

Titah Di Majlis Perasmian Pelancaran Tabung Amanah Islam Brunei (Taib) Di Bangunan Perdagangan Bumiputra Jalan Cator, Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam pada Hari Ahad 29 September, 1991 Bersamaan 21 Rabiulawal, 1412

Titah Sempena Persidangan Kemuncak Islam Kali Keenam Di Dakar, Senegal 9 – 12 Disember 1991

169-171

172-175

176-180

Page 12: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 20122 2

Titah Sempena Menyambut Tahun Masihi 1990 Melalui Radio Televisyen Brunei Negara Brunei Darussalam

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, Tuhan Seru Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum kerabat, sahabat-sahabat dan para pengikut Baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat-Nya rakyat dan penduduk negara ini telah dapat melalui tahun 1989 juga telah kita isikan dengan berbagai kegiatan kebajikan dan pembangunan, baik di pihak kerajaan mahupun di pihak swasta, yang mana semata-mata bertujuan untuk menambahkan lagi kemakmuran dan kesejahteraan yang dinikmati oleh rakyat dan penduduk di negara ini sejak sekian lama.

Pencapaian-pencapaian yang beta nyatakan tadi tidak akan dapat dicapai tanpa kesedaran dan keikhlasan bernegara di kalangan rakyat dan penduduk negara ini. Alhamdulillah, di sepanjang tahun 1989, beta gembira pada memperhatikan perpaduan dan kerjasama di antara pihak orang ramai dengan kerajaan semakin padu dan teguh, yang mana ini menunjukkan sebagai sokongan yang kuat oleh rakyat di negara ini kepada kerajaan beta.

Di kesempatan ini, beta ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk di negara ini termasuklah pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan dan seluruh anggota pasukan-pasukan keselamatan di negara ini.

Tahun 1989 yang baharu sahaja kita lalui juga dipenuhi dengan berbagai-bagai pergolakan politik, sosial dan ekonomi, serantau dan antarabangsa, yang mana Negara Brunei Darussalam juga turut

Page 13: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

3Titah 20123

memainkan peranan dalam usaha untuk menyumbangkan ke arah kestabilan dan kemantapan politik dan sosial-ekonomi di rantau ini.

Sumbangan-sumbangan yang dibuat oleh Negara Brunei Darussalam itu adalah sejajar dengan kedudukannya sebagai sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat, yang mana sama-sama bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan serantau dan dunia pada amnya.

Sehubungan dengan ini, kita juga seharusnya mengambil iktibar daripada perkembangan-perkembangan politik yang beta nyatakan tadi demi untuk menguatkan keazaman kita bagi melahirkan bangsa dan negara yang benar-benar bersatu padu dan sama-sama bertanggungjawab untuk meningkatkan serta mempertahankan imej negara sebagai sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat.

Dengan adanya kesedaran sedemikian, insya-Allah kita akan dapat melipatgandakan segala usaha berkebajikan yang dilaksanakan baik oleh pihak kerajaan mahupun juga oleh pihak swasta di samping akan sentiasa berwaspada terhadap gejala-gejala dan anasir-anasir yang cuba untuk memporak-perandakan keamanan dan perpaduan serta hubungan dan persefahaman yang terdapat di kalangan semua lapisan rakyat dan penduduk negara ini, dan juga di antara pihak kerajaan dengan orang ramai.

Dengan menjelangnya tahun 1990 ini bermakna kita hanya mempunyai 10 tahun lagi ke tahun dua ribu. Oleh yang demikian kita mestilah menumpukan segala perhatian bagi membuat persediaan menghadapi kurun ke-21 yang diramalkan penuh dengan berbagai cabaran dan pergolakan.

Adalah perlu bagi kita untuk melipatgandakan setiap usaha yang telah dinampakkan di samping untuk meningkatkan lagi azam dan tekad masing-masing bagi mempastikan struktur pentadbiran, ekonomi dan sosial di negara ini, dilaksanakan dengan licin dan teratur bagi menjamin kesejahteraan dan pemedulian rakyat dan penduduk di negara ini. Setiap perancangan hendaklah diteliti dan

Page 14: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 20124 4

dikaji sedalam-dalamnya yang mana bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan bagi tahun 1990 dan tahun berikutnya tetapi bagi melengkapkan diri kita untuk menghadapi tahun dua ribu yang akan datang, insya-Allah.

Akhirnya, beta bersama-sama keluarga beta dengan sukacita mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, sambil berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, mudah-mudahan negara kita, Brunei Darussalam, akan sentiasa dirahmati-Nya dengan keamanan dan kemakmuran, serta bahagia segala manusia dan isi di dalamnya.

Sekian Wabillahit Taufiq Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 15: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

5Titah 20125

Titah Sempena Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Akhir Kebangsaan Di Pusat Persidangan Antarabangsa

Negara Brunei Darussalam pada 31 Januari 1990

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan jua kepada sahabat-sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Beta merasa sungguh gembira kerana dapat bersama-sama hadir dalam pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Akhir Kebangsaan pada tahun ini. Sebagaimana yang lazim negara kita akan memilih peserta-peserta yang baik mutu bacaan mereka setelah mereka melalui siri-siri pilihan di peringkat-peringkat yang tertentu sebelum ini. Maka mudah-mudahan pemilihan kali ini akan menghasilkan qari dan qariah yang lebih mutu bacaannya daripada tahun yang sudah-sudah.’

Dalam usaha untuk memperluaskan pengetahuan mengenai Al-Quran itu, tidaklah memadai setakat pandai membaca sahaja, kerajaan telah banyak berusaha dan akan terus berusaha dan mengambil langkah-langkah yang sesuai bagi memperluaskan dan menyebarkan pengetahuan dan ajaran-ajaran Al-Quran itu. Di samping galakan-galakan dalam bentuk pertandingan-pertandingan dalam berbagai peringkat maka langkah-langkah yang lain yang telah biasa dijalankan ialah seperti melalui pelajaran formal di sekolah-sekolah, penyebaran bacaan dan pengetahuan Al-Quran melalui media massa dan langkah pada mengusahakan penulisan Al-Quran, dan kemudian insya-Allah mencetaknya untuk disebarkan kepada umum.

Adalah disedari bahawa pelajaran menghafaz Al-Quran adalah suatu pelajaran yang tidak mudah untuk dicapai. Tetapi dengan

Page 16: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 20126 6

adanya hasil sulung hafiz Al-Quran ini, kita semua berharap, insya-Allah akan ada lagi para hafiz Quran yang muncul dalam bilangan yang agak ramai. Sebagaimana yang kita diajarkan bahawa hukum menghafaz Quran itu adalah Fardu Kifayah. Maka mudah-mudahan hasil usaha yang pertama ini akan benar-benar menepati tuntuan hukum agama yang selama ini menghendaki kita mempunyai ahli hafiz Quran bagi menyempurnakan hukum Fardu Kifayah dalam menghafaz Al-Quran dan seterusnya memberikan keberkatan kepada negara sebagai rahmat Allah Subhanahu Wataala di atas niat usaha kita yang sentiasa memuliakan kitab-Nya.

Pertandingan Membaca Al-Quran ini sebagaimana lazimnya mempunyai tema tertentu, yang menurutnya ayat-ayat Quran telah dipilih untuk dibaca bagi menjelaskan tema tersebut. Tema “Menjauhi Kemungkaran Punca Kebahagian” adalah tema yang sama dipakai dalam Sambutan Maulud yang baru lalu.

Dalam hubungan ini, beta sukacita mengulangi apa yang beta titahkan dalam Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam baru-baru ini, yang mana kita umat Islam di Negara Brunei Darussalam ini merasa beruntung kerana kita dapat menghadapi cabaran kehidupan pada zaman ini yang mengandungi berbagai unsur yang negatif, berkat kita pada keseluruhannya berpegangan kuat kepada ajaran agama Islam yang menerusinya kita melandaskan kehidupan kepada nilai-nilai yang di sanjung tinggi seperti perpaduan dan persefahaman, hormat menghormati serta sentiasa menyukai perkara-perkara yang berkebajikan yang diredai oleh Allah Subhanahu Wataala.

Di dalam suasana kita menikmati perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat dan penduduk negara ini, sama ada sesama sendiri mahupun dalam hubungan mereka dengan kerajaan dan memimpin, ada terdapat gejala anasir-anasir jahat yang kurang senang pada melihat pencapaian kemajuan dan pembangunan serta kemantapan sosial dan politik di negara ini.

Page 17: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

7Titah 20127

Atas dorongan perasaan hasad dengki dan kekecewaan mereka dalam mencapai sesuatu tujuan, mereka telah cuba mengkucar-kacirkan sokongan dan kepercayaan penduduk dan rakyat di negara ini kepada kerajaan dan pemimpin-pemimpin, dengan cara menyebarkan risalah-risalah dan diayah-diayah yang penuh dengan dusta dan kepalsuan. Tujuan mereka adalah semata-mata untuk melaga-lagakan di antara rakayat di negara ini dengan pihak kerajaan dan pemimipin-pemimpin dalam kerajaan.

Walau bagaimanapun, beta penuh yakin rakyat dan penduduk negara ini adalah tidak mudah untuk dipengaruhi dengan diayah-diayah tersebut kerana mereka sendiri amat mengetahui akan hakikat yang sebenar terutama sekali ke atas perkara-perkara yang dilakukan oleh kerajaan dan juga cara-cara pemimpin-pemimpin mereka bertindak dalam menjalankan jentera pentadbiran dan pembangunan negara, yang mana tetap mengikut lunas-lunas ajaran dan akidah Islam.

Di kesempatan yang berkebajikan ini, beta menyeru rakyat dan penduduk dari semua lapisan negara ini supaya tidak terpengaruh dengan diayah-diayah palsu dan dusta tersebut kerana sebarang perbalahan yang timbul daripada niat jahat itu akan merugikan kita sendiri dan melemahkan semangat perpaduan dan kerjasama yang telah wujud dan berjalan dengan baik di antara rakyat kerajaan, dan juga menggugat kestabilan politik, sosial dan ekonomi di negara ini. Rakyat dan penduduk di negara ini juga mestilah waspada mengenai dengan kegiatan-kegiatan yang beta nyatakan iaitu dengan memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dengan melaporkan sebarang kegiatan-kegiatan yang dicurigai dan dipercayai bertujuan untuk menggugat keselamatan dan kestabilan negara.

Maka sebagai usaha untuk tetap memperteguh pegangan itu tidak ada cara lain bagi kita melainkan kita terus berpegang kuat kepada ajaran-ajaran Al-Quran iaitu kitab Allah yang didalamnya mengandungi garis pandu kehidupan yang sempurna. Dengan cara kita berpegang teguh kepada Al-Quran dan memahami isi kandunganya itu dapatlah kita mengetahui dan mengambil serta

Page 18: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 20128 8

menggunakan panduan-panduan itu dan mengamalkannya dengan cara yang bersungguh-sungguh. Dengan cara demikian, dapatlah kita menjauhi punca-punca kemungkaran dan mendekati punca-punca kebahagiaan.

Kepada generasi muda, beta berharap bahawa dalam mereka mengadakan kegiatan-kegiatan sehari-hari perlulah memberikan perhatian kepada belajar mengaji dan mempelajarai makna serta tafsir Al-Quran dengan menitikberatkan kepada perkara-perkara pembentukan akhlak dan menjauhkan perkara-perkara anti sosial dan lain-lain.

Pada mengambil sukut baik majlis ini, dan dengan niat murni kita untuk menggalakkan peningkatan mutu pembacaan Al-Quran, maka beta sukacita mengumumkan bahawa mulai sekarang kita akan mempunyai satu ‘Skim Penggalak Kecemerlangan Membaca Al-Quran iaitu bagi qari dan qariah yang dihantar oleh kerajaan untuk mewakili negara kita ke Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa, jika ianya memenangi tempat pertama, kedua atau ketiga dalam pertandingan tersebut, akan dikurniakan hadiah galakan berupa wang tunai.

Sekian. Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 19: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

9Titah 20129

Titah Sempena Keberangkatan Lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke Republik

Singapura pada 12 Februari, 1990

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tuan Yang Terutama Presiden Wee Kim Wee dan Puan Wee Kim Wee.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tuan Lee Kuan Yew dan Puan Lee Kuan Yew.

Tuan-tuan Yang Terutama, Dif-dif Kehormat dan para hadirin sekalian.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam dank e atas keluarga, kaum kerabat serta sahabat-sahabat dan pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Tuan Yang Terutama,

Terlebih dahulu beta dengan tulus ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucapan selamat datang serta layanan yang baik dan mesra yang diberikan oleh Tuan Yang Terutama kepada beta dan juga rombongan beta.

Hubungan di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Singapura, adalah merupakan sebagai satu hubungan yang istimewa dalam mana persefahaman dan kerjasama di antara satu dengan lain telah berjalan dengan begitu baik dan licin, dan sering memberi faedah kepada kedua belah pihak.

Page 20: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201210 10

Hubungan yang rapat lagi mesra ini telah dijalinkan oleh Al-Mahrum Paduka Ayahanda beta dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tuan Lee Kuan Yew sejak tahun lima-puluhan dan diikuti serta diperkukuhkan lagi dengan perhubungan yang sama mesranya di antara beta dengan Perdana Menteri Tuan Lee Kuan Yew. Hubungan mesra itu bukanlah sekadar kemesraan pada perkataan sahaja tetapi telah teruji melalui keadaan dan perubahan-perubahan yang dihadapi dan dilalui oleh kedua-dua buah negara dari tahun lima-puluhan hingga sekarang.

Adalah beta harapkan, dengan lawatan ini ianya akan terus memperkukuhkan dan mengeratkan hubungan istimewa di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Singapura yang mana telah terjalin oleh pemimpin-pemimpin sejak dahulu dan beta yakin akan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin generasi baru di kedua-dua buah negara.

Dalam usaha-usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pihak untuk menerus dan mempertingkatkan hubungan yang sudah terjalin itu, beta sangat gembira dalam mana menteri-menteri Singapura yang ada sekarang dan juga pegawai-pegawai kanan mempunyai hubungan peribadi yang baik dan rapat dengan menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan di Brunei.

Seterusnya Negara Brunei Darussalam adalah sentiasa mengalu-alukan lawatan oleh menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan Singapura.

Tuan Yang Terutama,

Kecemerlangan yang dicapai oleh Republik Singapura di bidang ekonomi, perindustrian dan pembangunan telah menjadikannya sebagai sebuah negara teladan di rantau ini. Kemajuan yang dicapai oleh negara Tuan Yang Terutama adalah suatu yang diidam-idamkan oleh banyak negara lain termasuk Negara Brunei Darussalam sendiri, dan banyak yang cuba untuk mencontohi kemajuan Republik Singapura.

Page 21: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

11Titah 201211

Adalah diketahui oleh dunia bahawa kejayaan Republik Singapura ke tahap yang ada sekarang adalah disebabkan pucuk pimpinan yang begitu dinamis yang diketuai oleh Perdana Menteri Lee Kuan Yew dan juga kerajinan rakyat Singapura dalam mengerjakan sesuatu tugas.

Kerjasama di antara Singapura dengan Negara Brunei Darussalam dalam banyak lapangan termasuk pertahanan, perkhidmatan udara, latihan pegawai-pegawai kerajaan, mendatangkan pakar-pakar, dan juga di dalam ASEAN dan forum-forum antarabangsa, kestabilan telah banyak mendatangkan manfaat kepada kedua belah pihak dan juga kestabilan serantau.

Adalah beta harapkan tahap dan bentuk kerjasama yang berjalan sekarang akan dipertingkatkan dan diluaskan lagi di masa-masa yang akan datang, terutama sekali di bidang perindustrian dan pelaburan, dalam mana Brunei sangat mengalu-alukan pelabur-pelabur dan pengusaha-pengusaha dari Singapura untuk melabur di Brunei bagi menjayakan rancangan perindustrian Negara Brunei Darussalam.

Tuan Yang Terutama,

Sebagai penutup, beta sekali lagi menyatakan perasaan gembira di atas layanan yang baik lagi mesra yang diberikan, dan beta ingin menzahirkan perasaan muhibah beta bagi kesihatan dan kebahagian Tuan Yang Terutama dan juga Puan Wee Kim Wee. Beta juga berharap semoga negara dan rakyat Republik Singapura sentiasa menikmati keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran.

Sekian, Wabillahit Taufiq Wal-Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 22: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201212 12

Titah Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-6 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari, 1990

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala seru sekalian alam. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, ke atas keluarga, kaum kerabat Baginda, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat-Nya jua kita sekalian dapat menyambut ulangtahun ke-6 Hari Kebangsaan dalam keadaan negara semakin kukuh dan rakyat serta penduduk terus menikmati hidup yang aman sejahtera, kesemuanya itu adalah berkat usaha kita yang ikhlas dalam memaju dan memelihara kepentingan negara, iaitu dengan mempergunakan nikmat kemerdekaan menurut yang diredai Allah secara sebaik-baiknya dan bertanggungjawab.

Kemerdekaan kita telah pun jelas di mata dunia. Kita diiktiraf oleh semua negara. Kita mampu menunaikan tanggungjawab antarabangsa. Dan lebih penting lagi ialah kita mempunyai kerajaaan yang berkesan dalam ertikata mampu mengendalikan negara, melindungi dan memimpin rakyat serta penduduk ke arah kesejahteraan yang dihasratkan sebagai bangsa yang merdeka.

Berdasarkan keupayaan yang sedemikian itu, insya-Allah dalam menempuh era kemerdekaan seterusnya, kita akan dapat pula mengembangkan aspek-aspek kenegaraan dari semasa ke semasa. Dalam mengembangkannya itu, kita akan sentiasa mengenalpasti kepentingan-kepentingan kita yang sebenar dalam jangka panjang. Bukan sekadar kehendak atau keinginan dalam jangka pendek.

Page 23: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

13Titah 201213

Dalam hubungan ini, beta sangat menghargai sokongan yang sentiasa diberikan oleh segenap lapisan rakyat dan penduduk kepada kerajaan. Sokongan yang dilahirkan menurut cara dan dalam bentuknya yang unik telah mendatangkan faedah kepada negara.

Sebenarnya, cara sokongan yang diterima oleh kerajaan dan bentuk kerjasama di antara rakyat dengan kerajaan seperti yang dapat dilihat dan dirasakan faedahnya itu adalah merupakan budaya bangsa kita turun-menurun. Tradisi berpemerintahan yang berakar umbi dalam sejarah negara ini telah dipertahankan kesempurnaannya semasa bangsa kita mengalami pengaruh kuasa asing. Maka di zaman merdeka di mana bangsa kita kembali berdaulat sepenuhnya tentulah lebih wajar dipertahankan bukan semata-mata sebagai budaya yang dibanggakan, bahkan ianya sudah terbukti sebagai faktor bagi kemantapan serta kesejahteraan negara dan rakyat.

Beta maksudkan ialah: tradisi berpemerintahan menurut budaya kita itu bukan semestinya beku dan kaku. Ia suatu yang dinamis. Perlembagaan negara yang mengaturkan susunan pemerintahan kita adalah memperlihatkan dinamismnya tradisi yang diwarisi itu, iaitu apabila pada masa-masa yang lain ia sesuaikan menurut keadaan dan keperluan. Demikian jua halnya di masa-masa hadapan.

Ulangtahun ke-6 Hari Kebangsaan tahun ini, kita sambut tepat di awal dekad tahun sembilan-puluhan. Dekad tahun Sembilan-puluhan, iaitu menjelang abad ke 21 adalah diramal akan merupakan dekad kemajuan dan peningkatan taraf hidup rakyat serta penduduk di kebanyakan negara-negara dunia.

Persaingan ideaologi yang banyak mewarnakan hubungan antarabangsa dalam dekad-dekad sebelumnya dijangka akan bertukar menjadi persaingan ekonomi. Di rantau sebelah sini pula, suasana keselamatan juga akan lebih mantap, dan memungkinkan kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih baik. Kesemuanya itu memberikan harapan kepada rakyat dan penduduk di negara-negara rantau ini untuk menikmati peningkatan taraf kesejahteraan.

Page 24: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201214 14

Bagi Negara Brunei Darussalam, kita turut sama mempunyai kepentingan terhadap keselamatan serantau. Kita sependapat dengan rakan-rakan dalam ASEAN bahawa keselamatan serantau adalah bermula dari kemantapan negara-negara di dalamnya. Maka pembangunan dan perkembangan kemajuan yang diusahakan bagi kepentingan kita dari dahulu lagi, adalah dengan hasrat mengekalkan kemantapan negara. Dengan demikian, kita dapat membantu mewujudkan kemantapan dan keselamatan serantau.

Khusus mengenai negara kita, beta nampak bahawa dekad tahun sembilan-puluhan akan penuh dengan cabaran bagi memenuhi jangkaan-jangkaan rakyat dan penduduk kepada kehidupan yang lebih selesa.

Keupayaan kerajaan untuk merancang dan melaksanakan projek-projek kemajuan yang baharu di samping mengekalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang lazim di bidang pendidikan, perubatan dan kesihatan, serta bidang-bidang sosial lainnya, adalah bergantung kepada kedudukan pendapatan negara dan juga kepada kelicinan pentadbiran kerajaan dengan cara pengurusan yang penuh bertanggungjawab.

Kerana itulah, langkah-langkah yang difikirkan tepat dalam menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan pada meningkatkan mutu pentadbiran, akan terus diambil. Beta ingin menegaskan bahawa perbelanjaan kerajaan yang menjimatkan tidaklah akan menjejaskan projek-projek yang mendatangkan faedah secara langsung kepada rakyat dan penduduk. Peruntukan kewangan untuk projek-projek sedemikian itu, insya-Allah akan terus diadakan.

Cabaran yang lain dalam dekad tahun sembilan-puluhan ini dimana kerajaan harus menghadapinya dengan lebih bersungguh-sungguh, ialah bagi melayani keperluan rakyat dan penduduk kepada rumah-rumah kediaman.

Ia merangkumi langkah-langkah bagi keselesaan alam sekitar. Dan serentak dengannya ialah tambahan kemudahan perhubungan

Page 25: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

15Titah 201215

dan riadah, bangunan-bangunan masjid dan sekolah, pusat-pusat perubatan dan kesihatan. Maka skim perumahan yang ada sekarang mungkin akan diluaskan dengan maksud mempercepatkan penyiapan rumah-rumah yang sudah dirancangkan dan mengadakan rancangan-rancangan baharu yang dapat melayani keperluan kepada perumahan itu dalam tempoh yang munasabah.

Di bidang sosial yang melibatkan belia-belia, cabaran tahun sembilan-puluhan ialah bagi memastikan supaya belia-belia kita mempunyai komitmen yang tinggi kepada negara. Langkah-langkah yang sudah diambil dari aspek pendidikan formal patut diikuti dengan rancangan-rancangan lain secara berterusan. Kita nampak peranan yang dapat dimainkan oleh belia-belia negara ini di masa hadapan. Pada masa ini sebahagian mereka berkhidmat di sektor-sektor kerajaan dan swasta. Sebahagian lagi masih meneruskan pelajaran-pelajaran tinggi di dalam dan di luar negeri.

Sebagai golongan muda yang dinamis, mereka mempunyai jangkaan-jangkaan dan harapan-harapan tertentu mengenai masa hadapan negara. Maka adalah penting difikirkan langkah-langkah yang teratur menyelaraskan jangkaan dan harapan mereka itu bagi kepentingan negara keseluruhannya.

Dalam menempuh era kemerdekaan seterusnya, memanglah rakyat dan penduduk, pada umumnya, akan menaruh jangkaan-jangkaan yang berupa harapan untuk menikmati taraf kesejahteraan yang meningkat dan masa depan yang lebih terjamin. Kerajaan pula akan sentiasa dan tidak kendur-kendur berusaha melaksanakan tanggunjawab memimpin dan mengendalikan negara dengan lebih berhati-hati.

Namun demikian, dalam apa keadaaan pun rakyat dan penduduk hendaknya menyedari akan masalah-masalah yang dihadapi oleh kerajaan. Dengan ertikata yang lain masalah tersebut adalah sama-sama kita hadapi dalam mencapai matlamat pembangunan sepenuhnya menurut yang dihasratkan. Apa yang penting ialah kita

Page 26: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201216 16

harus melihat masalah-masalah yang berbangkit dengan sikap yang insaf dan mencari huraiannya dengan penuh tanggungjawab.

Dalam hubungan ini, kita perlu mempunyai azam yang kuat, meningkatkan daya usaha serta mempertajamkan tumpuan dan perhatian ke arah menjayakan rancangan-rancangan yang sudah diatur dan sedang di peringkat perlaksanaan, termasuk juga rancangan-rancangan kemajuan yang baharu. Dengan azam yang kuat disertai kesediaan memikul tanggungjawab yang lebih mencabar, insya-Allah, secara berperingkat-peringkat dan dalam jangka waktu yang munasabah, kita akan dapat mengatasi atau sekurang-kurangnya mengurangkan masalah yang merintangi pencapaian sebarang matlamat pembangunan.

Satu aspek yang penting dalam mencapai matlamat pembangunan ialah perpaduan. Beta berpuas hati bahawa perpaduan di kalangan rakyat dan penduduk selama ini telah membantu kerajaan, terutama sekali dalam usahanya mengekalkan keamanan. Kita semua mempunyai kepentingan yang sama untuk terus-menerus menikmati keamanan, perpaduan di semua peringkat, di dalam dan di luar kerajaan akan lebih kita perlukan dalam menghadapi cabaran-cabaran pembangunan dan perkembangan aspek-aspek kenegaraan di amsa hadapan.

Kita memerlukan perpaduan yang lebih kukuh dan erat dari masa-masa yang lalu. Dan untuk mengukuhkan serta mengeratkan, kita hendaklah memberi perhatian kepada perhubungan secara berkesan. Yakni perhubungan yang dimungkinkan oleh kelancaran alat-alat perantaraan dan juga oleh cara pendekatan terhadap satu sama lain di kalangan kita semua.

Kerana itu, beta mengalu-alukan tema sambutan ulangtahun hari kebangsaan kali ini yang berbunyi “Perhubungan Berkesan Mengeratkan Perpaduan”. Tema ini selayaknya menjadi semboyan yang sentiasa bergema dalam hidup bermasyarakat, berbangsa dan bernegara.

Page 27: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

17Titah 201217

Sebenarnya, kelancaran alat-alat perantaraan dan cara pendekatan yang mengesankan perhubungan itu, adalah merupakan sebahagian keperluan yang utama dalam pembangunan dan perkembangan aspek-aspek kenegaraan, baik pada masa ini mahupun pada masa-masa yang akan datang. Ditambah lagi dengan perpaduan yang erat maka kesemuanya itu lebih meyakinkan kita untuk menempuh cabaran-cabaran masa depan sebagai bangsa yang merdeka.

Beta menaruh kepercayaan bahawa seluruh rakyat dan penduduk dan segenap jentera kerajaan akan sentiasa berada dalam keadaan perpaduan yang erat. Sama-samalah kita berdoa dan berusaha ke arah masa depan yang lebih cemerlang serta terjamin. Serentak dengan itu tingkatkanlah kesedaran sebagai bangsa merdeka secara bertanggungjawab demi keselamatan negara kita yang tercinta, maju dengan sentiasa mendapat rahmat perlindungan Allah Subhanahu Wataala.

Buat mengakhiri ucapan ini, beta ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli jawatakuasa tertinggi dan lain jawatankuasa sambutan perayaan, serta segenap peserta-peserta dalam semua acara yang diadakan. Semoga Allah memberkati sumbangan yang ikhlas dari semua pihak bagi menjayakan sambutan ulangtahun keenam hari kebangsaan ini.

Kepada seluruh rakyat dan penduduk termasuk semua peringkat dalam perkhidmatan awam, pasukan keselamatan dan angkatan bersenjata, beta mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan.

Sekian Wabillahit Taufiq Wal-Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 28: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201218 18

Titah Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun 1410 Hijrah 1990 Masihi pada 27 April, 1990

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allahu Akbar, Allahu Akbar. Allahu Akbar Walillahil Hamd.

Alhamdulillah, kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Kita bersyukur kerana telah sempurna menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan dan akan meraikan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang aman tenteram.

Keamanan dan ketenteraman yang kita nikmati selama ini adalah rahmat Allah Subhanahu Wataala berkat kita taat kepada-Nya.

Ketaataan kita itu tidak saja dalam bulan puasa, bahkan sepanjang tahun dengan sentiasa menyukai perkara-perkara yang berkebajikan dan membenci perkara-perkara mungkar iaitu menurut kadar keupayaan masing-masing.

Ketaatan yang sedemikian itu diharapkan semakin teguh dengan mengerjakan amal ibadat di sepanjang bulan Ramadan.

Hendaknya suasana yang penuh kebajiakan akan menyelubungi kita dalam menyambut hari raya dan menempuh hari-hari selanjutnya.

Dengan demikian kita dapat meningkatkan lagi kestabilan, ketekunan dan kewaspadaan pada mengekal serta meningkatkan mutu dan taraf hidup sebagiamana yang kita hajatkan.

Page 29: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

19Titah 201219

Mengekal serta meningkatkan mutu taraf hidup adalah sebahagian dari cabaran yang berat yang akan dihadapi dalam jangka waktunsepuluh tahun menjelang abad ke-21.

Sebagaimana yang kita sebutkan dalam ucapan kita bersempena hari kebangsaan tahun ini, bahawa tempoh sepuluh tahun dari sekarang kita menjangka dan mengharapkan kehidupan yang lebih selesa.

Kita sukacita menegaskan dalam kesempatan ini bahawa untuk memenuhi harapan itu kita perlu tekun, tabah dan waspada.

Tekun berusaha kea rah mencapai dan menjayakan matlamat pembangunan. Tabah dan waspada dalam mempertahankan kepentingan-kepentingan kita sebagai bangsa yang merdeka.

Tidak ada pilihan lain untuk memenuhi jangkaan dan harapan bagi kehidupan yang lebih selesa itu.

Hanya yang ada ialah kesedihan serta kesanggupan untuk menghuraikan masalah-masalah dan mengatasi rintangan-rintangan dengan insaf dan penuh bertanggungjawab.

Sebagai bangsa yang beriman kita sebenarnya mendapat dorongan menerusi ketaan kepada Allah Subhanahu Wataala untuk sentiasa tabah, waspada dan tekun.

Maka semogalah ibadat puasa di bulan Ramadan dan kemeriahan suasana hari raya yang kita raikan akan membekalkan kita dengan keinsafan untuk lebih tabah, waspada dan tekun menghadapi cabaran mas akini dan masa hadapan.

Demikianlah dengan ringkasnya kita harapkan. Pada mengakhirinya, kita dan keluarga kita sukacita mengambil kesempatan dan sukut baik di hari raya yang berkat ini, mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilitri’.

Page 30: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201220 20

Semoga Allah Subhanahu Wataala sentiasa merahmati dan memimpin kita sekalian kea rah kebahagian, kesejahteraan serta ketenteraman.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahi Hamd.

Sekian, Wabillahit Taufiq Wal-Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 31: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

21Titah 201221

Titah Bersempena Ulangtahun Ke-100 Rejimen Princess Mary’s Own Gurkha Rifles Ke-10

pada 3 Mei, 1990 Di Seria

Bismillahir Rahmanir Rahim

Beta merasa bangga dapat bersama Gurkha ke-10 hari ini dan berkenaan memberi tabik hormat pada perbarisan hari ulangtahun ke-100 yang bersejarah ini. Rejimen kamu – Princess Mary’s Own Gurkha Rifles ke-10 – mempunyai sejarah cemerlang dan rekod pertempuran terkemuka. Ia suatu reputasi dan rekod perkhidmatan di mana kamu semua sangat berbangga. Kehadiran kamu sebagai Rejimen Gurkha dalam Angkatan Tentera British, di Great Britain dan negara kamu sendiri Nepal adalah tinggi.

Sepanjang seratus tahun yang lalu kamu telah bertempur dalam banyak medan dan banyak kempen. Perkhidmatan kamu terhadap negara kamu sendiri adalah sebahagian daripada sejarah kamu yang panjang di mana beta berterima kasih. Tetapi reputasi dan kehadiran kamu bukan diperolehi secara mudah atau tanpa pengorbanan. Dalam semua peperangan yang melibatkan rejimen kamu bertempur dan mendapat kejayaan cemerlang telalu banyak pengorbanan yang diberikan seperti yang dibuktikan dalam senarai penghormatan kamu. Rekod pertempuran rejimen kamu yang cemerlang dan tinggi adalah warisan kamu.

Kerana itu kamu tentu berbangga. Kamu masing-masing terhutang budi dan setiap diri kamu akan mempertahan dan mengekal warisan itu. Ini memerlukan kepimpinan dan pengorbanan diri kamu semua. Kamu hendaklah sentiasa berkelayakan dan pemikiran dan tubuh badan. Kamu memerlukan keberanian – inisiatif, pengetahuan yang unggul- dan di atas semua itu ialah bersikap terbuka yang tidak mementingkan diri sendiri jika kamu mahu mengekal professionalism dan reputasi nenek-moyang kamu. Kamu perlu menunjukkan semua ini sepanjang masa dan dalam semua keadaan baik di waktu aman mahupun waktu perang. Ini bukan mudah, tetapi beta yakin kamu

Page 32: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201222 22

semua bersedia menghadapi apa-apa jua cabaran di masa akan datang demi kepentingan Gurkha ke-10.

Beta mengucapkan tahniah kepada kamu atas perbarisan yang sangat baik ini. Angkatan kamu yang akan datang setentunya merasa bangga terhadap kehadiran kamu ini. Kemunculan dan kemantapan kamu dalam perbarisan. Kamu cukup bererti dalam upacara ini dan nama baik rejimen kamu.

Akhirnya, beta berharap semoga kamu sentiasa beroleh kejayaan dan bernasib baik di masa-masa akan datang. ‘Jai Gurkha, Jai Das’.

Wabillahi Taufiq Wal-Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 33: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

23Titah 201223

Titah Bersempena Hari Keputeraan Baginda Ke-44 Di Balai Singgahsana, Istana Nurul Iman Bandar Seri Begawan pada 15 Julai 1990

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala seru sekalian alam, selawat serta salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan para pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengann limpah rahmat dan hidayat-Nya jua telah mengizinkan kita sekali lagi hadir beramai-ramai di istiadat yang permai pada hari ini.

Beta dengan tulus ikhlas ingin mengucapkan terima kasih dan mencatatkan penghargaan kepada semua-dif-dif yang hadir, dan kepada semua pihak yang telah menghantarkan utusan-utusan ucap selamat sempena sambutan perayaan ini.

Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan balasan yang setimpal di atas ingatan baik dari semua pihak yang berkenaan itu.

Dengan berkat perlindungan Allah Subhanahu Wataala, kita di Negara Brunei Darussalam telah dikurniakan keselamatan serta suasana aman dan tenteram, yang mana membolehkan kita untuk meneruskan berbagai usaha dan rancangan bagi kemajuan serta kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini.

Kita hendaknyalah memanfaatkan sepenuhnya keselamatan dan ketenteraman yang dianugerahkan oleh Allah Subahanhu Wataala itu bagi mempertingkatkan lagi kemajuan dan pembangunan negara sama ada di pihak kerajaan mahupun di pihak swasta.

Page 34: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201224 24

Bagi memastikan penerusan pencapaian kemakmuran dan pembangunan yang kita hajati itu, adalah penting bagi segenap rakyat dan penduduk di negara ini untuk mempunyai kesedaran, betapa mustahaknya hidup bersatu padu dan bersefahaman serta hormat-menghormati di antara satu dengan lain.

Yang paling utama ialah sikap bertolak ansur dan hormat-menghormati perlu terus dipupuk di antara pihak kerajaan, swasta dan orang ramai. Kerana tanpa persefahaman di kalangan pihak-pihak yang beta nyatakan itu, ianya tidak akan dapat mewujudkan kestabilan sosial dan politik mahupun juga kelicinan di dalam melaksanakan rancangan-rancangan kemajuan dan pembangunan.

Begitu juga, tanpa tolak ansur dan kesediaan untuk bermuafakat, akan menimbulkan suasana keruh dan syak wasangka yang merugikan yang boleh menggugat keselamatan dan kestabilan negara ini.

Oleh kerana itu, amatlah perlu bagi ketiga-tiga pihak iaitu kerajaan, swasta dan orang ramai mengamalkan sikap beterus terang secara ikhlas dan jujur yang membina di dalam menyelesaikan dan mengatasi apa jua masalah.

Adalah menjadi hasrat beta untuk meningkatkan ketahan nasional dalam menghadapi berbagai cabaran sosial dan ekonomi dunia di abad ke-21. Maka untuk mencapai hasrat ini, negara adalah memerlukan rakyat dan penduduk yang berdisiplin, bersopan santun penuh pemedulian, serta sentiasa bersikap dedikasi dan mempunyai komitmen kepada tanggungjawab dan tugas masing-masing.

Di dalam konteks ini, orang-orang yang diamanahkan dengan tanggungjawab dan kewajiapan, sama ada dalam kerajaan mahupun dalam masyarakat pada amnya, hendaklah mempunyai semangat bekerjasama yang kukuh sambal berusaha melenyapkan perasaan mementingkan diri sendiri.

Page 35: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

25Titah 201225

Hanya dengan semangat bekerjasama di antara satu dengan lain saja, kita akan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.

Bagi pembentukan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai yang positif untuk menjamin masa depan rakyat di negara ini, adalah perlu supaya soal latihan dan bimbingan untuk mereka diambil perhatian yang sewajarnya.

Latihan dan bimbingan yang beta maksudkan itu haruslah dilaksanakan secara berterusan untuk semua golongan masyarakat, khusus bagi belia-belia dan pegawai-pegawai serta kakitangan kerajaan, dan juga pihak swasta, dan dilaratkan juga kepada penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung.

Dengan adanya latihan dan bimbingan yang menekankan ciri-ciri hidup berdisiplin, beradat-lembaga dan beragama, akan dapat melengkapkan lagi belia-belia dan generasi-generasi muda kita untuk menghadapi cabaran-cabaran masa depan dan seterusnya untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan bangsa dan negara serta kesucian agama.

Menyentuh mengenai dengan pembangunan negara, kerajaan adalah menitikberatkan perlaksanaan rancangan-rancangan pembangunan kemajuan iaitu menurut keutamaan dan kepentingan-kepentingan asas rakyat serta penduduk negara ini.

Di antara keperluan-keperluan asas rakyat dan penduduk itu, ialah perumahan, maka di dalam hubungan ini, skim perumahan bagi rakyat yang tidak mempunyai tanah adalah merupakan jawapan yang positif kepada masalah tersebut. Cuma tinggal saja lagi, sejauh manakah perlaksanaan rancangan itu telah dapat mengatasi kesulitan-kesulitan rakyat, mestilah juga dikaji dan dikenalpasti, umpamanya tentang golongan-golongan yang berpendapatan rendah, yang kurang ataupun tidak berupaya langsung memenuhi syarat-syarat yang dikenakan, apakah tidak musatahak bagi pihak-pihak yang berkenaan di dalam kerajaan menambahkan kajian dan

Page 36: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201226 26

penelitiannya lagi, sehingga kesulitan-kesulitan rakyat itu benar-benar dapat dihuraikan dengan saksama dan berkesan.

Demikian juga keperluan asas seperti pembinaan dan pemeliharaan jalan-jalan raya, adalah amat mustahak ianya diawasi dari masa ke semasa, supaya terjamin ketahanan dan kebersihannya. Jalan-jalan raya yang bersih dan sistematik, boleh menjadi punca atau sumber kesihatan dan keselesaan yang amat berguna. Dan jika perlu bagi tujuan ini, kita tidak salah untuk membuat kawalan-kawalan, seperti melalui peraturan-peraturan yang tertentu, sebagaimana juda terdapat di negara-negara lain yang membuat peratura seperti itu.

Air, letrik dan telefon, juga merupakan keperluan-keperlua asas yang sangat-sangat diutamakan oleh kerajaan. Kerana itu, bagi sistem pembekalan dan pengawalannya, kerajaan telah pun membelanjakan wang begitu banyak. Beta berharap, kita bukan saja pandai berbelanja, tetapi juga dapat menunjukkan perkhidmatan-perkhidmatan yang efisien serta berkesan, setimpal dengan perbelanjaan-perbelanjaan yang besar itu, sehingga pada akhirnya dapatlah kita mengatasi kelemahan-kelemahan dan kesulitan-kesulitan yang sering dihadapi selama ini.

Sejajar dengan dasar kerajaan melaksanakan perancangan dan perkembangan pentadbiran mengikut kemampuan dan keutamaan di sepanjang tahun 1989 dan 1990, berbagai-bagai perkembangan telah dapat dilakukan, antara lain ialah pembukaan sebuah cawangan perbendaharaan yakni sub-treasury di Daerah Temburong.

Dengan adanya penubuhan cawangan ini, akan dapat memberikan kemudahan-kemudahan kepada rakyat dan penduduk di Daerah Temburong untuk berurusan dengan Pejabat Kewangan di dalam membuat pembayaran ataupun menerima pembayaran, yang mana sebelumnya mereka terpaksa ke Bandar Seri Begawan untuk membuat urusan-urusan kewangan mereka.

Insya-Allah, perkhidmatan-perkhidmatan seperti ini akan sentiasa diberikan perhatian oleh kerjaan bagi menapung keperluan semasa.

Page 37: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

27Titah 201227

Di dalam aspek lain, dengan terdapatnya keupayaan yang akan meningkat oleh Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, satu kemajuan juga telah dicapai pada tahun ini dalam mana jemaah-jemaah haji kita yang akan menunaikan fardu haji ke Mekah telah diterbangkan oleh Syarikat Penerbangan Diraja Brunei sendiri, walaupun pada mulanya sedikit kesulitan telah dihadapi iaitu mengenai dengan harga tambang. Tetapi Alhamdulillah, dengan taufik dan hidayah Allah kepada beta, maka kesulitan tersebut telah dapat diatasi dengan tiada perlu menyusahkan rakyat atau para jemaah itu.

Kesihatan adalah juga merupakan satu daripada perkhidmtan asas yang diperlukan oleh rakyat dan penduduk. Adapun dasar kerajaan mengenai hal ini ialah menuju ke arah matlamat kesihatan untuk semua, yakni ‘health for all’ menjelang abad ke-21. Beta berharap, untuk mencapai matlamat yang luhur ini, rancangan-rancangan perlulah dibuat disamping perkhidmatan-perkhidmatan yang jujur lagi cekap oleh semua peringkat pegawai dan kakitangan yang berkenaan.

Di dalam hubungan antarabangsa, Negara Brunei Darussalam telah mencapai satu peringkat kemajuan dalam mana kita juga turut sama memainkan peranan kea rah keamanan dan kestabilan serantau dan juga di dalam penyelesaian masalah-masalah dunia antarabangsa.

Peranan aktif yang kita mainkan ini menunjukkan bahawa Negara Brunei Darussalam mengambil berat akan pentingnya diplomasi di dalam mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Kerana apa yang ketara dewasa ini, diplomasi adalah merupakan sebagai benteng pertahanan utama yang dimainkan oleh negara-negara, tidak kira sama ada kuasa besar atau negara-negara kecil, di dalam menyelesaikan masalah-masalah serantau dan antarabangsa.

Kita juga mesti memahami iaitu selain daripada kestabilan ekonomi dan kewangan negara, kebolehan kita untuk memainkan diplomasi yang berkesan dan baik, juga akan dapat menyumbangkan kea rah perkembangan, kemajuan dan kemantapan ekonomi dan

Page 38: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201228 28

sosial di negara ini. Tetapi dalam pada itu, dalam bidang amalan diplomasi ini, pihak kita akan sentiasa berhati-hati, supaya kita tidak akan sampai dikelirukan apatah lagi yang boleh mencederakan kita.

Negara Brunei Darussalam akan sentiasa mengembangkan hubungan persahabatan melalui penubuhan hubungan-hubungan diplomatik dengan negara-negara sahabat.

Beta sukacita menyatakan bahawa Negara Brunei Darussalam sejak mengambil semula tanggungjawab antarabangsanya sekarang mempunyai hubungan diplomatik dengan 56 buah negara sahabat dengan menubuhkan 16 perwakilan diplomatic menetap.

Baru-baru ini Negara Brunei Darussalam telah menubuhkan perwakilan menetap yang baru iaitu Paris dan Oman. Insya-Allah sebelum penghujung tahun ini perwakilan menetap juga akan dibuka di Republik Persekutuan Jerman.

Dalam bidang rohani, Negara Brunei Darussalam sudah lama terkenal sebagai sebuah negara Islam yang mantap dengan tradisi berilmu dan beramal dengan baik. Di antara ciri-ciri yang baik itu, ialah kehidupan taat beragama dan beraja.

Beta amat bersyukur, kerana dengan corak kehidupan yang terpuji ini, Negara Brunei Darussalam telah dapat menikmati keamanan dan kebahagiaan yang sebenar-benarnya. Beta juga yakin, bahawa kehidupan yang kita amalkan ini, telah dikagumi oleh dunia luar, sama ada jauh mahupun dekat. Tegasnya, berlandaskan kehidupan beragama dan kehidupan beraja ini, kita telah berjaya melahirkan suasana yang harmoni dan stabil, daripada kacau-bilau, sunyi daripada hasad dengki dan fitnah-memfitnah, seperti perbuatan suka mengadakan perkara yang tidak benar, dengan tujuan membersihkan diri, lebih-lebih lagi dengan cara memburuk-burukkan orang lain. Cara ini adalah salah dan mesti dicegah. Sebaliknya, kehidupan cara orang-orang Brunei yang kuat beragama dan taat beraja, mestilah kita teruskan, dan jangan siapa-siapa yang cuba mencemarinya. Kerana kita tidak boleh bertolak ansur walau sedikit pun, dengan

Page 39: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

29Titah 201229

orang-orang yang cuba mengeruhkan suasana yang sedia bisai dan tenteram ini, tidak kira sama ada percubaan itu setakat kata-kata, atau apatah lagi dengan perbuatan.

Beta berharap, corak keberuneian yang tulen, akan lebih diperkuatkan lagi, iaitu dengan cara hendaklah kita terus memelihara dan memajukan syiar Islam yang suci, dengan melalui apa jua saluran yang sudah sedia ada.

Di antara saluran-saluran tersebut, ialah seperti sekolah-sekolah agama dan institusi-institusi pengajian agama, yang beta percaya ianya amat diminati oleh sebahagian besar dari kalangan umat Islam di negara ini. Di antara langkah-langkah ke arah itu, ialah seperti menggalakkan pengambilan penuntut-penuntut atau sekolah Arab dengan lebih ramai lagi, mengkaji dari masa ke semasa kurikulum dan sukatan-sukatan pelajaran, sehingga ianya benar-benar bersesuaian dengan masa dan keperluan-keperluan jangka panjang. Termasuk di antara keperluan-keperluan itu, ialah untuk mendapatkan lulusan-lulusan agama yang lebih ramai dan berkaliber. Di samping sebelum itu, perlu pula dipastikan bahawa penuntut-penuntut tersebut akan beroleh kemudahan-kemudahan yang selayaknya, untuk mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Perkara ini, hendaklah diusahakan bukan hanya setakat kita menghantar dan melepaskan mereka mamasuki mana-mana pusat pengajian, sedangkan keadaan misalnya, kurang memungkinkan untuk mereka beroleh kejayaan yang diharap-harapkan. Jika terdapat perkara yang seumpama ini, maka kajian dan perundingan mengenainya adalah mustahak.

Juga satu saluran yang tdiak kurang pentingnya, ialah Majlis Ugama Islam. Majlis ini akan terus berfungsi, kerana ia sangat penting untuk menasihatkan beta di dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal agama.

Demikian juga saluran-saluran lain untuk menghidupkan syiar Islam itu, ialah melalui kegiatan-kegiatan dakwah dan rancangan-

Page 40: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201230 30

rancangan sambutan bagi hari-hari bersejarah Islam. Rancangan-rancangan bagi kedua-dua saluran ini, mustahaklah disusun dan diperbesarkan lagi menurut kesesuaiannya.

Dalam bidang kewangan, semua kementerian dalam kerajaan perlulah terus mengamalkan langkah berjimat-cermat di dalam perbelanjaan, iaitu bagi menghadapi keperluan masa depan. Dalam pada itu juga, kita mestilah mensepadankannya dengan pendapatan negara serta mengikut peraturan-peraturan kewangan yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun, langkah berjimat-cermat melalui budget yang realistik tidaklah bererti bahawa kerajaan memberhentikan ataupun menangguhkan perlaksanaan projek-projek pembangunan yang penting dan diperlukan oleh rakyat.

Bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara dan rakyat, kerajaan adalah juga sentaiasa berusaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara melalui perindustian dan mengembangkan bidang-bidang pertanian, perhutanan dan perikanan.

Menuju ke arah ini, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama sedang giat membuat promosi untuk mengenalkan Negara Brunei Darussalam kepada negara-negara industri yang maju sebagai sebuah tempat pelabuaran yang kompetitif.

Beta telah difahamkan bahawa beberapa buah negara industry yang maju telah memperlihatkan minat mereka dalam penyelidikan perindustrian di negara ini. Sementara ini, beberapa projek perusahaan akan bermula dalam sedikit masa lagi.

Memandangkan persaingan di kalangan negara-negara di rantau ini begitu kompetitif untuk menarik pelabur-pelabur luar negeri, maka kita di Negara Brunei Darussalam hendaklah memperlihatkan kepada pelabur-pelabur asing dan gambaran ini keadaan Negara Brunei Darussalam yang sebenarnya bahawa ia juga mempunyai

Page 41: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

31Titah 201231

perkara-perkara yang menarik di berbagai-bagai aspek jika dibandingkan dengan negara-negara di rantau ini.

Ke arah ini, ianya memerlukan kerjasama serta sokongan dari semua pihak di dalam dan di luar kerajaan.

Menyentuh mengenai dengan soal memberikan peluang untuk memajukan perusahaan-perusahaan anak tempatan di negara ini, adalah perlu bagi kerajaan untuk memberikan perhatian pada meningkatkan lagi bantuan-bantuan dan sokongan yang diberikan kepada usahawan-usahawan tempatan.

Dengan cara demikian, ianya akan memberikan kepercayaan kepada orang ramai bahawa pihak swasta juga mempunyai masa depan yang cerah untuk turut sama-sama menjamin masa depan rakyat dan penduduk yang bekerja dengan sektor swasta, iaitu sebagai sumbangan mereka kepada kerajaan dan negara ini. Dengan adanya sumbangan yang seumpama itu daripada sektor swasta, maka sebahagian daripada rakyat dan penduduk negara ini akan lebih mudah mendapatkan pekerjaan dengan tidak semata-mata bergantung kepada kerajaan.

Sebagaimana kita semua tahu, bahawa tahun demi tahun, kerajaan memperkenalkan rancangan-rancangan dan dasar-dasar pentadbiran yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pentadbiran kerajaan.

Bagi memastikan kejayaan rancangan-rancangan dasar dan pentadbiran yang dilaksanakan itu, adalah perlu bagi kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan membuat susulan ke atas apa jua rancangan dan pembaharuan yang mereka lakukan.

Sehubungan dengan ini, kementerian-kementerian hendaklah meneliti dan mengkaji struktur organisasi dan perancangan yang terdapat di dalam kementerian masing-masing.

Ini adalah bagi memastikan struktur organisasi dan perancangan dasar tersebut adalah memenuhi kehendak dan keperluan negara.

Page 42: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201232 32

Ingin beta nyatakan disini, adalah kurang berkesan dan kurang lengkap untuk hanya menilai prestasi individu dalam perkhidmatan kerajaan. Penilaian terhadap prestasi jabatan-jabatan dna bahagian-bahagian tertentu di kementerian-kementerian adalah juga sangat diperlukan di dalam perkhidmatan negara.

Kerana di samping ingin melihat pemberian perkhidmatan kepada orang ramai di negara ini supaya dilakukan dengan cekap dan berkesan serta penuh dengan sifat-sifat pemedulian dan bersopan santun oleh kakitangan kerajaan di dalam pentadbiran akan digunakan dengan optima, manakala matlamat asal peruntukan itu dapat dicapai dengan jayanya dan seterusnya mencegah amalan-amalan yang kurang berjimat-cermat.

Dalam usaha kita untuk mengekalkan keamanan kestabilan di negara ini serta membentuk sebuah kerajaan yang benar-benar efisen dan mengambil berat di atas kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan penduduk di dalamnya, sempena sukut baik ini marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala supaya akan sentiasa mengurniakan suasana aman dan tenteram kepada negara yang kita cintai ini bagi membolehkan kita terus melaksanakn kegiatan-kegiatan dan usaha-usaha yang berkebajikan bagi kesejahteraan rakyat dan penduduk, sambil kita jua mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara dan bangsa serta kesucian agama Islam di Negara Brunei Darussalam.

Bagi mengakhiri ucapan ini, beta sukacita merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan kerajaan di atas perkhidmatan cemerlang mereka yang diberikan kepada negara.

Kepada semua pegawai dan kakitangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei dan seluruh rakyat serta penduduk negara ini, beta ingin mencatatkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama mereka dalam mempertahankan keselamatan, memelihara keamanan dan ketenteraman negara.

Page 43: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

33Titah 201233

Beta seterusnya ingin menyatakan penghargaan kepada jawatankuasa-jawatankuasa perayaan di peringkat kebangsaan dan daerah di atas penat-lelah mereka dalam menyusun dan melaksanakan rancangan-rancangan perayaan. Semoga Allah Subahanahu Wataala jua akan mengurniakan ganjaran-Nya yang setimpal kepada mereka.

Sekian, Wabillahit Taufiq Wal-Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Page 44: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201234 34

Titah Di Daerah Tutong Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Ke-44 pada Hari Selasa, 17 Julai 1990

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-puji bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta kerabat, sahabat-sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas izin-Nya juga kita dapat hadir beramai-ramai sekali lagi di istiadat yang indah permai pada pagi ini.

Dengan perasaan tulus ikhlas, beta sukacita mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berkenaan di daerah ini, yang telah menyumbangkan buah fikiran dan tenaga bagi menyusun rancangan-rancangan sempena perayaan ulangtahun hari keputeraan beta yang ke-44 bagi daerah ini. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala akan memberikan ganjaran yang setimpal kepada mereka itu.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana

dengan berkat kerjasama yang erat dan semangat persefahaman di kalangan rakyat dan penduduk di daerah ini, kerajaan telah dapat melaksanakan rancangan-rancangan kemajuan menurut keutamaannnya. Salah satu dari rancangan-rancangan kemajuan menurut keutamaannya. Salah satu dari rancangan tersebut ialah terbinanya bangunan Ma’had Islam yang diharapkan akan dapat meningkatkan lagi kemajuan pelajaran agama di negara ini.

Menyentuh mengenai perkembangan pendidikan dan selaras dengan usaha pembangunan bangsa dan negara ataupun ‘Nation buliding’ selain dari melaratkan dasar-dasar pendidikan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah kerajaan kepada semua sekolah-sekolah bukan kerajaan seperti dasar dwibahasa serta usaha

Page 45: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

35Titah 201235

menekankan pelajaran sains dan matematik di semua peringkat persekolahan, beta telah juga memperkenankan penubuhan Akademi Pengajian Brunei di Universiti Brunei Darussalam. Akademi ini akan menjalankan pengajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan semua aspek kehidupan Negara Brunei Darussalam.

Usaha mencapai objektif-objektifnya adalah diharapkan jabatan-jabatan seperti Pusat Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Da’awah Islamiah, Adat Istiadat Negara dan lain-lain agensi akan dapat bekerjasama dengan Universiti Brunei Darussalam dalam bidang yang bermanfaat ini.

Dengan cara ini beta yakin pengajian dan penyelidikan tentang kehidupan Negara Brunei Darussalam yang pengkajinya belum begitu luas dan mendalam itu akan dapat digerakkan dengan menggunakan sumber-sumber yang begitu lumayan terutama sekali dari segi sumber-sumber tradisi dan sejarah yang sedia diketahui oleh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang arif.

Beta seterusnya percaya akademi ini insya-Allah akan dapat menyempurnakan tugas-tugasnya dengan baik memandang kepada terdapatnya beberapa pakar dalam berbagai bidang di Universiti Brunei Darussalam yang boleh berganding bahu dengan cerdik pandai tempatan dalam bidang yang berkenaan ini.

Bagi mengakhiri ucapan beta ini, beta sekali lagi berharap semoga rakyat dan penduduk di daerah ini akan terus mengekalkan semangat bekerjasama, bermuafakat dan hormat-menghormati di antara satu dengan lain demi untuk kesejahteraan kita bersama.

Sekian, Wabillahit Taufiq Wal-Hidayah Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 46: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201236 36

Titah Di Daerah Temburong Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Ke-44

pada Hari Selasa, 19 Julai 1990

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam serta kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, di atas segala limpah rahmat-Nya jua yang mengizinkan kita hadir beramai-ramai di istiadat yang permai ini.

Dengan ikhlas, beta ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini yang telah berpenat-lelah menyusun berbagai acara sambutan perayaan ulangtahun hari keputeraan beta di daerah ini. Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan ganjaran yang setimpal kepada mereka semua.

Beta sukacita menyatakan bahawa dengan izin Allah Subhanahu Wataala, kerajaan beta dari semasa ke semasa akan terus berusaha untuk meneliti dan membisaikan lagi mutu perkhidmatan khasnya perkhidmatan kepada orang ramai. Usaha seperti ini adalah disifatkan sebagai satu proses berterusan ibarat air sungai yang sentiasa mengalir kelancarannya diperbaiki dari semasa ke semasa. Dalam ertikata lain, usaha pembisaian itu adalah sentiasa diasaskan dan dilaksanakan menurut kemampuan dan keutamaannya.

Bagi daerah ini, Alhamdulillah antara lain kita telah pun dapat meyaksikan pembukaan cawangan Pejabat Perbendaharaan baharu-baharu ini yang merupakan sebagai satu lagi langkah kerajaan ke arah usaha meningkatkan perkhidmatan kerajaan kepada orang ramai yang mana sebelum ini urusan-urusan kewangan bagi daerah

Page 47: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

37Titah 201237

ini dibuat dari Bandar Seri Begawan. Insya-Allah, usaha-usaha ke arah membisaikan lagi perkhidmatan yang lain akan diteliti menurut kemampuan. Selain dari itu, beta telah memperkenakan pembentukan Majlis Pengiktirafan Kelulusan Ijazah, Diploma dan seumpamanya. Majlis ini adalah sebuah badan tunggal bagi seluruh Negara Brunei Darussalam yang diamanahkan bertanggungjawab meneliti dan menilai semua kelulusan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi tempatan dan luar negeri dalam semua bidang bagi memastikan supaya nilai atau taraf sesuatu kelulusan itu adalah konsisten.

Untuk membolehkan majlis ini menjalankan tugas-tugasnya dengan lebih berkesan, usaha-usaha dari sekarang perlu dijalankan melalui pihak-pihak yang berwajib bagi mengemaskinikan peruntukan-peruntukan tertentu yang terdapat dalam Peraturan Am 1961 (G.O) serta penggubalan peraturan, garis pandu, kriteria dan apa jua aspek pengiktirafan yang sesuai dan secucuk dengan bidang tugas majlis. Urusetia majlis adalah bawah Kementerian Pendidikan.

Bagi mengakhiri ucapan beta, beta sekali lagi ingin mengingatkan supaya rakyat dan penduduk di daerah in akan terus hidup bersatu padu dengan mengamalkan sikap hormat-menghormati dan faham-memahami di antara satu dengan yang lain, khasnya dengan memberikan kerjasama yang erat kepada Pegawai Daerah dan pegawai-pegawai kerajaan di daerah ini.

Semoga dengan semangat perpaduan dan permuafakatan ini kita akan dapat mempertahankan suasana aman dan tenteram yang telah kita nikmati selama ini. Kita berdoa semoga Allah Subahanahu Wataala akan terus memberkati usaha-usaha kita untuk membolehkan kita mempertingkatkan lagi kemajuan negara bagi kesejahteraan kita bersama.

Sekian, Wabillahit Taufiq Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 48: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201238 38

Titah Di Daerah Belait Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Ke-44 pada Hari Selasa, 21 Julai 1990

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah seru sekalian alam, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subahanahu Wataala, kerana dengan izin-Nya jua dapatlah kita berkumpul pada pagi yang permai ini. Dengan perasaan tulus ikhlas, beta mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang berkenaan di daerah ini, di atas sumbangan buah fikiran dan tenaga mereka untuk menjayakan upacara bagi menyambut Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan Beta ke-44. Semoga Allah Subhanahu Wataala jua yang akan memberikan ganjaran yang setimpal di atas sumbangan yang berkebajikan itu.

Beta sukacita menekankan sekali lagi betapa mustahaknya kita meningkatkan ketahanan nasional dalam menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21, terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik. Kita adalah tidak boleh lari dari menghadapi semua ini. Sama ada mahu atau tidak, cabaran itu pasti datang dan akan memaksa kita untuk menjadi wira menghadapinya. Adakah kita akan berjaya atau sebaliknya, maka di sinilah tanggungjawab kita untuk mencari tapak atau foundation yang kukuh dan persediaan yang lengkap.

Menyebut tentang ini, kita perlulah memiliki dasar dan filosofi sendiri, bukannya meminjam atau memakai kepunyaan orang lain. Dasar filosofi kita hendaklah yang tumbuh dan berasal dari bumi Burnei Darussalam sendiri, bukan yang diimport atau dipinjam-pinjam. Hal ini sungguh penting, umpama pakaian, bahawa yang akan memakai itu ialah kita sendiri, tubuh badan kita, di mana

Page 49: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

39Titah 201239

saiz dan fesyennya mestilah yang sepadan atau bertepatan dengan ukuran dan kehendak kita juga. Adapun yang dipinjam-pinjam itu belum tentu menepati dengan saiz dan kehendak-kehendak kita.

Maka dalam hubungan inilah, beta baru-baru ini telah memperkenankan penubuhan sebuah badan peringkat nasional, konsep melayu Islam Beraja. Konsep ini sebenarnya bukanlah baru, tetapi sudah lahir semenjak beberapa abad lagi. Ianya tidak lebih dari menunjukkan bentuk corak Kerajaan Brunei Darussalam yang tulen: Kerajaan Melayu Islam yang Bersultan atau Beraja. Dan sebagai sifatnya sebuah Kerajaan Islam, maka ia adalah yang terbaik dan yang terunggul serta paling adil untuk semua lapisan rakyat dan penduduk di negara ini, sama ada mereka itu beragama Islam ataupun tidak.

Dari tiga rangkai kata: ‘Melayu Islam Beraja’ terdapat unsur nilai-nilai yang positif untuk ketahanan negara, umpamanya dari Melayu itu, ialah bahasanya. Siapa pun tidak boleh menyangkal, bahawa bahasa Melayu itu adalah satu-satunya alat perpaduan kita yang paling efektif. Tanpa bahasa ini, kita tentunya tidak akan dikenali sebagai satu bangsa yang berdaulat lagi mempunyai identiti. Demikian juga Islam, ialah agama menjamin seluruh kepentingan rakyat dan penduduk dengan tidak mengira apa jua agama, suku kaum dan keturunan. Pendeknya, agama Islam adalah jaminan keselamatan dan kesejahteraan untuk semua. Kerana itu tidak siapa yang perlu takut atau merasa ragu mengenainya.

Sementara perkata ‘Beraja’ pula, adalah menunjukkan kepada kerajaan yang bersultan atau beraja, yang sudah wujud dan menjadi warisan zaman semenjak dari beberapa abad lagi.

Negara Brunei Darussalam telah menjalani zaman-zaman yang gemilang di bawah pemerintahan corak ini, dengan tiada sebarang masalah yang merungsingkan. Malahan sebaliknya Negara Brunei Darussalam semakin maju dan makmur, semakin terkenal dan stabil, serta digalati oleh kalangan antarabangsa. Semua ini adalah berkat

Page 50: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201240 40

perpaduan rakyat dan penduduk, dan hasil dari taat setia mereka yang tidak berbelah bahagi di bawah pemerintahan beraja itu.

Beta berharap nilai-nilai murni yang luhur ini, mustahaknya diresapkan kepada semua peringkat masyarakat kita, terutama belia-belia dan generasi muda, tidak terkecuali juga penuntut, supaya mereka itu akan dapat memahami dengan baiknya erti bernegara atau berkerajaan itu, serta sekaligus akan mengenalkan kepada mereka corak pemerintahan yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk kita ini. Beta percaya langkah ini adalah merupakan satu faktor penting ke arah pencapaian ketahanan nasional yang kita hasratkan itu.

Kita tidaklah boleh lalai den mencuaikan tanggungjawab ini. Di sampimg kita memperkaya nilai-nilai rohani, kita juga masih banyak tugas untuk bekerja lebih giat lagi ke arah pembangunan fizikal. Dalam soal ini, objektif kita ialah memenuhi keperluan-keperluan rakyat, bukannya untuk kepuasan segelintir orang sahaja.

Maka mengambil kesempatan ini, beta ingin mengingatkan kepada seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini kahasnya, supaya akan terus memupuk semangat kerjasama dan hormat-menghormati di antara mereka dengan Pegawai Daerah dan pegawai-pegawai serta sekalian kakitangan kerajaan, penghulu-pengulu, ketua-ketua kampong dan ketua-ketua rumah. Dengan wujudnya perpaduan dan persefahaman ini, insya-Allah, kita akan terus dapat mengekalkan suasana aman dan tenteram yang telah kita nimati selama ini.

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 51: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

41Titah 201241

Titah Sempena Awal Tahun Hijrah 1411 pada Hari Isnin, 23 Julai 1990

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah Subahanahu Wataala semata-mata. Selawat serta salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia serta jujur hingga ke akhir zaman.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan limpah kurnia-Nya jua, dapatlah beta buat julung-julung kalinya menyampaikan ucapan bersempena awal tahun Hijrah 1411 yang menandakan tahun baru dalam kalendar agama kita.

Sebenarnya, detik yang bersejarah ini mustahak bagi kita memperingati dan membesarkannya, bukan sahaja sebagai sifatnya menandakan lambaran baru telah bermula dalam kehidupan kita, tetapi yang lebih penting lagi ialah, kerana nilai sejarah yang terdapat di dalamnya telah mengabadikan suatu teladan atau contoh, bagaimana survival umat Islam ini bermula, dan kemudian semenjak daripada itu, ianya terus berkembang dan bertapak dengan kukuhnya di bawah pimpinan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, yang didukung sama oleh sahabat-sahabat yang ikhlas lagi setia kepada Baginda.

Maka sehubungan dengan inilah, sekurng-kurangnya bagi Negara Brunei Darussalam, telah mengambil tabaruk menjadikan setiap awal tahun Hijrah itu sebagai salah satu dari hari-hari kelepasan awam di negara ini, dengan tujuan supaya kita benar-benar mengambil perhatian dan ingatan, bahawa hari ini ialah hari besar, hari bersejarah dan hari menentukan hidup atau mati umat Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam. Dan Alhamdulillah, rupa-rupanya ia adalah merupakan hari kehidupan dan kemenangan bagi umat ini.

Page 52: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201242 42

Oleh hal yang demikian supaya kita tidak akan lupa terhadap hakikat ini, maka beta dan kerajaan sangat-sangat menggalakkan supaya sambutan-sambutan untuk merayakannya, akan dapat terus diadakan dengan lebih teratur dan sempurna lagi, dengan isi-isi sambutan yang bermanfaat, yang boleh mengasuh dan memupuk semangat cintakan Allah, cintakan Rasul-Nya, cintakan agama dan raja di kalangan seluruh rakyat dan penduduk.

Demikian juga dengan cara merayakannya itu, syiar Islam akan terus menonjol, mengilhami jiwa dan pemikiran seluruh masayarakat supaya terus mengkagumi kepimpinan Nabi kita Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam, dan juga akan menambahkan lagi keimanan mereka kepada Islam.

Beta penuh yakin, bahawa faktor iman itu adalah amat penting di dalam pertahanan umat. Umat yang beriman akan mendapat berkat dan pertolongan Allah. Umat yang beriman akan menjadi kuat, walaupun di tangan mereka kurang senjata-senjata yang ‘Sophisticated’.

Oleh kerana itulah, bersukut dengan hari yang berkat ini, sukacita beta menyampaikan harapan beta, supaya semua lapisan umat Islam di negara ini, akan terus memelihara keimanan mereka, dengan cara, janganlah mereka merosakkan akidah dan ibadat kepada Allah, dengan kelakuan-kelakuan anti-sosial dan antiagama, seperti perbuatan suka memburuk-burukkan sesama Islam, hiburan-hiburan yang tidak terkawal, meminum minuman keras dan seumpamannya, yang semua itu boleh melemahkan ketahanan bangsa dan negara ini.

Perayaan yang seumpama ini juga berguna dari segi dakwah, terutama bagi saudara-saudara baru kita, supaya mereka itu juga turut sama-sama akan memahami sejarah perjuangan menegakkan agama Islam itu. Dan di samping itu, sebagai kewajipan kita terhadap mereka, maka kerajaan juga perlu mengasuh dan membimbing mereka dengan apa jua cara yang bersesuaian, demi untuk kesahihan amal ibadat mereka itu. Maka dalam hal ini, satu skim yang diberi nama ‘Skim Bimbingan Asas Saudara Baru’ telah pun dibuat,

Page 53: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

43Titah 201243

dan pada masa ini sedang giat berfungsi di bawah kelolaan Pusat Dakwah Islamiah. Dan pada masa-masa yang akan datang, elok juga barangkali diadakan satu skim khas penggalak yang munasabah, sebagai tanda kerukunan dalam persaudaraan seagama.

Perlu beta sebutkan di sini, bahawa agama Islam adalah jaminan keselamatan untuk semua, yang tidak mengira apa jua warna kulit atau kaum. Ia juga telah berjaya pada menyediakan landasan yang kukuh lagi kuat untuk pembentukan Negara Brunei Darussalam yang bahagia lagi sejahtera dengan segala isi dalamnya. Hal ini, bukanlah baru sehari dua ini kita rasakan, tetapi semenjak dari beberapa kurun lagi telah diakui berjaya pada membuktikan keunggulan dan kebenarannya sebagai agama, sebagai dustur dan juga sebagai cara hidup yang lengkap lagi sempurna serta adil.

Maka bersabit dengan inilah, dan juga sejajar dengan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, maka kerajaan adalah sedang mengusahakan penyelarasan undang-undang negara dengan kehendak ajaran-ajaran Islam itu.

Sebuah jawatankuasa telah dibentuk bagi tujuan tersebut, dan sedang berfungsi dengan dibantu oleh seorang pakar dalam bidang undang-undang.

Semua orang beranggapan, bahawa setiap peruntukan di dalam apa jua undang-undang itu, adalah bertujuan baik bagi maksud-maksud pengawalan dan seumpamanya. Maka demikian juga dengan undang-undang kita yang ada. Tetapi seperti kata pepatah: ‘Tidak ada gading yang tidak retak’, maka dari sudut inilah kita perlu mempelajari dan meneliti semula mana-mana yang tidak selaras atau yang tidak sesuai dengan iklim dan kehendak-kehendak kita, terutama sekali, jika terdapat perkara-perkara yang menyalahi atau berlawanan dengan kehendak-kehednak hukum syarak dan akidah Islam. Dari segi inilah penyelarasan itu perlu dilakukan.

Page 54: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201244 44

Beta yakin, perkara-perkara yang hendak diusai itu tidaklah banyak, dan tidak akan sampai menimbulkan masalah-masalah besar, atau apatah lagi mendatangkan sebarang kemudaratan.

Ini sahaja tujuan dan objektif kita, iaitu dengan niat semata-mata untuk mencari keredaan Allah.

Beta berharap, semua pihak yang berkaitan dalam hal ini, akan dapat bekerjasama, dan bahkan terus bekerjasama sehinggalah rancangan dan cita-cita ini tercapai dengan izin Allah jua.

Dan mengenai dengan lain-lain projek keagamaan, inysa-Allah akan juga terus diusahakan, iaitu secara memandang lebih jauh ke hadapan, bukan yang sebaliknya. Misalnya di dalam bidang pendidikan dan pelajaran agama, barangkali tentu saja kita memerlukan pertambahan sekolah dan pusat pengajian, yang berpunca atau berakibat dari pertambahan penuntut dan pelajaran-pelajaran agama itu sendiri, sama ada di peringkat rendah, menengah ataupun tinggi, iaitu demi untuk kepentingan jangka pendek yang mendesak, atau lebih-lebih lagi bagi kepentingan jangka panjang yang mencabar.

Demikianlah, mudah-mudahan apa jua rancangan pembangunan dan kemajuan yang sedang dan akan terus kita laksanakan, adalah bersesuaian hendaknya dengan semangat dan konsep hijrah, iaitu berpindah atau maju dari suatu tahap ke tahap yang lebih tinggi, atau dari suatu keadaan kepada keadaan yang lebih baik lagi.

Akhirnya, bersempena menyambut awal tahun Hijrah 1411 ini, beta dengan amat sukacita mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1411. Semoga dalam masa sepanjang menjelangnya tahun hadapan, Allah Subahanahu Wataala akan sentiasa merahmati kita semua dan negara, dengan pemeliharaan-Nya yang berkekalan, supaya dengan cara itu, dapatlah kita mencapai apa-apa yang kita kehendaki berupa keamanan dan kemakmuran serta kesejahteraan bagi seluruh rakyat dan penduduk negara ini.

Page 55: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

45Titah 201245

Sekian, Wabillahit Taufiq Wal-Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 56: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201246 46

Titah Di Mesyuarat Majlis Ugama Islam pada 25 September 1990

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subahanahu Wataala, selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Sebelum beta meneruskan ucapan beta, ingin beta memohonkan kepada ahli-ahli untuk sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada Paduka Ayahanda beta, Al-Mahrum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, sebagai mengenang jasa-jasa baginda, siapa yang pada suatu masa dulu pernah memimpin sendiri persidangan-persidangan Majlis Ugama Islam ini – Al-Fatihah…..

Ahli-ahli sekalian,

Jika Majlis ini pernah dipimpin sendiri oleh Raja, maka bermakna ada sesuatu yang tersirat di sebalik itu. Di antara rahasia yang dapat beta fahamkan daripada ini, ialah dari namanya saja – Majlis Ugama Islam, sudah tergambar ketinggian, status dan kehormatnnya yang tersendiri. Kemudaian jika kita rujuk pula kepada Bab 38 tentang Kuasa-Kuasa Majlis dalam Akta Ugama dan Mahkamah-Mahkamah Kadhi Penggal 77, di bawah tajuk Kuasa-Kuasa Dalam Perkara-Perkara Ugama, menegaskan : Bahawa Sultan sebagai Ketua Ugama di dalam negara ini hendaklah ditolong dan dinasihatkan oleh Majlis dalam segala perkara yang berkenaan dengan ugama, dan dalam semua perkara-perkara itu menjadi pihak yang berkuasa besar dalam negara ini, kecuali yang disyaratkan berlainan oleh Akta.

Sebab itulah, beta sekali lagi ingin menekakan sabagaimana pernah beta tegaskan baru-baru ini, bahawa Majlis Ugama Islam akan

Page 57: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

47Titah 201247

terus berfungsi, kerana ia sangat penting untuk menasihatkan beta di dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal agama.

Beta yakin, masalah-masalah keagamaan itu tidak akan habis-habis, bahkan semakin banyak dan rumit untuk selesaikan, lebih-lebih lagi kerana perkembangan-perkembangan dunia hari ini, politik dan agama itu sering berhantukan, dan ramai yang memilih politik daripada agama, walaupun kadang-kadang mereka itu ialah orang Islam dan tahu hukum-hukum agama.

Kita di Negara Brunei Darussalam, belum jauh terlajak. Tetapi jauh tidak jauh pun, itu belum tentu tanda selamat. Yang belum jauh akan boleh jauh, sama juga yang belum terjadi akan boleh saja terjadi. Sebab itu sebelum kita jauh terbabas kepada perkara-perkara yang tidak islamik, maka bertahan itu adalah perlu dan bahkan wajib.

Semua orang tidak mahu diclaim di akhirat. Lebih-lebih lagi kita, pemimpin-pemimpin umat Islam, Menteri-menteri hingga ke bawah, ulama-ulama dan lain-lain itu, sama-sama bertanggungjawab kepada negara ini menurut bidang tugas, kuasa dan keupayaan masing-masing. Semua kita perlu bergerak serentak, berganding bahu dan bekerjasama. Tumpukan lebih banyak usaha-usaha ke arah membisai dan menyelesaikan masalah-masalah dalaman, bukan sebaliknya. Kerana mungkin juga masih banyak lagi perkara yang belum dibuat, di mana semua itu memerlukan kajian dan langkah-langkah yang psoitif. Kalau orang lain misalnya sudah berjalan sejauh 10 kilometer, maka kita 2, 3 kilometer pun jadilah. Jangan tak melangkah langsung.

Sikap berpada dan bergantung kepada kemampuan diri sendiri adalah memang baik. Tetapi tidak bermakna kita kita tidak mampu untuk melakukan sesuatu itu, lalu kita akan diam saja dan membisu. Sekiranya kita benar-benar tidak mampu kerana ketiadaan tenaga-tenaga mahir atau pakar, padahal keperluan kita benar-benar mendesak untuk memenuhi tuntutan-tuntutan fardu kifayah umpamanya, maka apakah salahnya pada ketika itu kita turut menjalani tradisi-tradisi antarabangsa, atau kelaziman-kelaziman negara yang merdeka, dengan cara bertukar-tukar maklumat, atau

Page 58: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201248 48

menjalani latihan-latihan, atau jika perlu, kita mengambil pakar untuk berkhidmat sementara dengan kita bagi membantu menjayakan projek-projek yang kita rancang dan kehendaki. Umpamanya sebagai contoh, satu perkara yang berhubung dengan sistem kewangan Islam, yang sangat popular hari ini, ialah Bank Islam. Ianya bukanlah lagi suatu impian atau angan-angan, tetapi khabar-khabarnya, sudah terdapat lebih 50 buah Bank Perdagangan Islam di negara-negara Islam pada masa ini. Pada hemat beta, ini juga merupakan salah satu daripada kewajipan fardu kifayah bagi tiap-tiap negara Islam itu, dan negara kita Brunei Darussalam adalah tidak terkecuali.

Demikian juga yang lain-lain, seperti satu lagi contoh, iaitu institusi Baitulmal. Jika benar Baitulmal kita mempunyai jumlah hartanya yang tidak sedikit, maka pada pendapat beta, mustahaklah ianya dikembangkan, demi untuk kepentingan orang-orang Islam, dan lebih-lebih lagi bagi jaminan masa depan mereka yang sukar diramal.

Dalam pada itu, pentdabiran agama secara am, akan terus juga berjalan dengan giat dan lancar. Kemajuan di semua segi serta kelicinan mengendalikan dasar-dasar dan polisi-polisi keagamaan menurut hukum syarak, perlulah dikenalpasti dan dirundingkan selalu, iaitu sebagai langkah mengelakkan salah tafsiran yang boleh mengakibatkan kerugian dan rosak polisi atau dasar-dasar yang baik itu.

Di dalam masa mengendalikan polisi dan dasar-dasar ini, pihak yang berkenaan tidaklah boelh terpengaruh dengan bayang-bayang yang menghantui dan menakutkannya. Kadang-kadang apa yang disangkakan bayang-bayang itupun, sebenarnya belum tentu bayang-bayang, tetapi hanya angan-angan yang timbul dari perasaan watir dan ragu-ragu. Sepatutnya apabila terdapat sesuatu isu besar yang menyentuh hal-hal dasar itu, maka eloklah ianya dirundingkan bagi mencari dan mendapatkan fikiran-fikiran serta idea-idea yang bermutu.

Page 59: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

49Titah 201249

Inilah pentingnya mesyuarat atau perundingan itu. Kerana tidak sesiapa yang semuanya betul, dan begitu juga tidak sesiapa yang semuanya salah.

Sejauh yang dapat beta perhatikan selama ini, terdapat kementerian yang kurang serius dalam mengendalikan rancangan-rancangannya. Perkara ini beta percaya, berpunca daripada pemimpin-pemimpinnya yang pasif, tidak kreatif, yang tidak mempunyai vision atau pandangan jauh. Mereka hanya mampu menjalankan perkara-perkara routine saja. Mereka takut berhadapan dengan rancangan-rancangan besar di luar routine itu. Mereka kurang berkeyakinan pada diri, suka mencungak-cungak atau mengira-ngira apa yang belum tentu terjadi, semata-mata dengan berdasarkan perasangka-perasangka yang tidak berasas, umpamanya mereka takut mengemukakan cadangan-cadangan dan pandangan-pandangn, istimewa jika cadangan-cadangan dan pandangan itu ialah perkara-perkara baru. Mereka berfikir, bahawa adalah lebih selamat jika mereka tidak mengemukakan cadangan-cadangan dan pandangan-pandangan itu. Cukuplah setakat yang sudah sedia ada dan yang baisa saja, nanti jika bercadang, akan banyak pula tanya dan inquiry. Jadi yang lebih baik dan selamat fikir mereka, ialah memilih jalan pendek atau short cut.

Sifat pemimpin-pemimpin yang seumpama ini amatlah merugikan. Mereka berani hanya di kalangan orang-orang bawahan saja. Mereka tunjuk pandai dan tunjuk kuasa kepada orang-orang bawah semata-mata. Terhadap orang-orang bawahan ini, kata-kata dan tindak-tanduk mereka bukan lagi merupakan pemimpin, tetapi lebih mirip kepada ancaman dan gertak yang melemahkan jiwa.

Mereka tidak sedar, bahawa dari sikap dan pembawaan yang aksar itu, boleh mendatangkan akibat atau implikasi yang buruk kepada tenaga-tenaga bawahan itu, boleh menumpulkan daya kreatif mereka, dan boleh menyebabkan hancurnya semangat dan bakat pekerjaan mereka, sebab apa yang dibuat serba tidak kena dan tidak betul. Padahal, sekecil-kecil peranan mereka itu adalah sungguh

Page 60: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201250 50

bererti kepada kerajaan, kerana pada hakikatnya, merekalah yang banyak membuat kerja-kerja, seperti mesin layaknya, dan tenaga-tenaga pelaksana. Dan bukan itu saja, kadang-kadang idea-idea daripada kalangan bawahan itu juga, ada yang bernas dan baik, malahan mungkin juga belum terdapat kepada pemimpin-pemimipin itu sendiri.

Jadi, semua ini perlulah diambil ingatan untuk ditimbangkan, bukan mentah-mentah ditolak dan diketepikan begitu saja, semata-mata kerana ianya pandangan orang bawah, atau kerana tidak sebulu dan tidak menepati kehendak-kehendak kita.

Kepada ahli-ahli Majlis Ugama Islam khasnya, beta berharap supaya mereka akan dapat memainkan peranan yang diamanahkan kepada mereka yang sebagai ahli, bukan sebagi mewakili mana-mana pihak. Mereka hendaknya akan dapat menyumbangkan apa jua buah fikiran yang difikirkan munasabah dan baik, dengan cara yang bebas dan tidak ragu-ragu, supaya dengan hal yang demikian itu akan dapatlah diperolehi keputusan-keputusan yang membina, yang boleh kita jadikan panduan dan dasar ke arah menjadikan Islam sebagai amalan dan caar hidup yang lengkap di negara ini.

Beta berdoa, mudahan-mudahan kita semua akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala taufiq dan hidayah-Nya buat selama-lama, bagi memandu kita ke jalan lurus dan diredhai-Nya, dan akan mengizinkan Majlis ini hidup terus serta berfungsi dengan sebaik-baiknya.

Sekian, Wabillahit Taufiq Wal-Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 61: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

51Titah 201251

Titah Di Upacara Konvokesyen Yang Kedua Universiti Brunei Darussalam

pada 7 Rabiulawal 1411 / 27 September 1990

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-nya jua, dapatlah Universiti Brunei Darussalam melangsungkan majlis konvokesyennya yang kedua pagi ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi kita Saydidina Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan para pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Terlebih dahulu beta dengan ikhlas mengucapkan tahniah kepada semua graduan dan penerima sijil, yang telah berjaya menamatkan kursus mereka masing-masing. Beta berharap, kejayaan ini akan dapat memberikan dorongan dan inspirasi kepada graduan-graduan itu, supaya lebih kuat lagi berusaha pada menimba dan mencari ilmu pengetahuan, kerana dalam perkara menuntut ilmu itu, tidak ada titik berhentinya. Negara kita memerlukan rakyat yang pandai dan berpengetahuan tinggi. Adapun masalah pekerjaan ialah perkara kedua.

Beta yakin, jika rakyat semuanya terpelajar dan berpengetahuan tinggi, atau mempunyai kelulusan, maka di situlah letaknya tuah mereka. Mereka akan jadi bertambah teguh dan kukuh di dalam kehidupan. Tidak mesti kerajaan semata-mata akan menyediakan pekerjaan untuk mereka, tetapi kelulusan mereka itu pun sudah jadi modal dan sumber rezeki yang sebenar-benarnya. Hal ini, dibuktikan oleh banyak negara maju di dunia, di mana kerajaan hanya berkewajipan untuk memandaikan rakyatnya, biar semuanya pandai, sementara sumber rezeki itu akan terbuka kemudian, di mana-mana saja, dan dalam bidang apa jua. Perkara ini beta rasa, adalah satu tanggapan dan pendirian yang amat rasional.

Page 62: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201252 52

Beta turut mengambil perhatian atas laporan Pehin Naib Canselor tentang kemajuan dan kejayaan Universiti Brunei Darusssalam dalam masa setahun yang lepas. Beta percaya, hal ini adalah hasil daripada perancangan yang baik dan kerja keras yang berterusan oleh semua pihak. Beta berharap, supaya ianya akan menjadi tradisi yang berkekalan kepada university ini dalam meneroka dan menghasilkan kejayaan-kejayaan yang lebih cemerlang lagi buat masa-masa yang akan datang.

Di antara perancangan Universiti Brunei Darussalam,, ialah memperluas serta menitikberatkan peranan penyelidikannya terhadapa isu-isu dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara. Hal ini adalah penting bagi membekalkan kepada negara maklumat-maklumat yang betul dan tepat.

Sambil meminta pihak universitI menggiatkan terus usaha ini, beta juga berharap kepada semua jabatan-jabatan dan ageNsi-agensi kerajaan supaya akan sama-sama dapat memberikan kerjasama yang erat di dalam mendukung usaha yang berfaedah ini. Penglibatan oleh banyak pihak itu, adalah besar ertinya kepada usaha-usaha yang sedang dilancarkan dan juga kepada negara kesluruhannya.

Bagi tujuan perlaksanaan yang dicita-citakan, maka satu majlis, yang diberi nama Majlis Penyelidikan Brunei, telah pun ditubuhkan. Beta berharap, mulai daripada sekarang, majlis ini akan lebih-lebih lagi giat beroperasi untuk mencapai objektif-objektifnya yang tertentu, iaitu bagi memaju dan menggalakkan aktiviti-aktiviti penyelidikan, dan sambil itu juga akan memainkan peranan sebagai penyelaras dan pengawal terhadap kegiatan-kegiatan penyelidikan itu sendiri. Demikian juga setiap hasil dari penyelidikan itu akan digunakan secara maksimum untuk pembentukan-pembentukan dasar dan pembangunan negara.

Untuk tujuan ini Negara Brunei Darussalam boleh menerima penyelidik-penyelidik “bonafide” dari luar negeri, sebagai satu cara untuk mendapatkan faedah-faedah kepakaran dan latihan bagi tenaga-tenaga tempatan kita. Beta berharap, Majlis Penyelidikan

Page 63: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

53Titah 201253

Brunei Darussalam akan dapat menyediakan agenda-agenda penyelidikan negara secepat yang mungkin, supaya prioriti-prioriti negara dapat diketahui secara menyeluruh oleh semua penyelidik.

Di samping itu, Universiti Brunei Darussalam juga telah menubuhkan Akademi Pnegajian Burnei, dan telah memulakan projek Pusat Kajian Luar di Ulu Temburong, iaitu hasil dari kerjasama dengan Royal Geographical Society London. Beta berharap, dengan sumbangan daripada Syarikat Minyak Shell Brunei sendirian Berhad, maka Universiti Brunei Darussalam akan dapat melipatgandakan usaha-usaha penyelidikannya, bagi menentukan kegiatan-kegiatan ini akan berkembang pesat serta mendatangkan hasil yang memuaskan. Dan demi untuk mendukung hasrat inilah, beta telah berkenan meluluskan Skim Felloship Penyelidikan Universiti Brunei Darussalam.

Beta tidak lupa menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan apa jua jenis projek univerisiti ini, termasuklah mana-mana pihak swasta yang benar-benar menampakkan minat dan penglibatan mereka ke arah ini. Di antara pengilbatan itu, ialah seperti turut sama-sama memberikan sumbangan kepada Tabung Penyelidikan Universiti Brunei Darussalam yang boleh diertikan sebagai tanda mendukung usaha-usaha kerajaan ke arah menjadikan universiti kita ini sebagai pusat penyelidikan yang pragmatik dan bermutu, yang diakui serta dihormati oleh kalangan antarabangsa.

Akhirnya, beta juga turut mengambil kesempatan untuk menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada wakil-wakil univeristi-universiti luar negeri yang telah sudi bersama kita di upacara ini.

Sekian, Wabillahit Taufiq Wal-Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 64: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201254 54

Titah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

pada Hari Isnin 12 Rabiulwal 1411 /1 Oktober, 1990

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Allahu Subhanahu Wataala, selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam, kaum kerabat, sahabat-sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Beta bersyukur kerana dapat sekali lagi bersama-sama berkumpul, untuk merayakan hari keputeraan junjungan besar kit a Nabi Muhammad Sallallahu Alaih Wasallam. Cara ini sudah menjadi kelaziman kita, yang kita pilih dan sukai selama ini, sebagai satu cara mengambil berkat dan mengharap syafaat daripada Baginda.

Insya-Allah, kita tidak akan jemu-jemu dari melakukan apa saja yang dapat menzahirkan kecintaan kita terhadap Rasulullah. Kita tidak akan berhenti dari mencari jalan untuk membesarkan Baginda, sejajar dengan kemuliaan Baginda di sisi Allah dan jasa-jasa yang tidak ada tolok bandingnya kepada kemanusiaan.

Kerana itulah, beta dengan penuh tawaduk telah memerintahkan supaya mulai tahun ini, tembakan mariam sebagai menandakan bermulanya perarakan, akan dibuat sebanyak 21 das, bukannya 9 atau 12 das seperti yang sudah-sudah. Demikian juga beta telah mensarankan supaya hari-hari kebesaran Islam disambut dengan cara yang besar-besaran, termasuk diantaranya ialah Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Perkara ini beta maksudkan sebagai penekanan, bahawa kita ini adalah benar-benar terlibat dengan Islam, bukan Islam simbal lewa, atau Islam ambil lepas, tetapiadalah Islam yang benar-benar mantap

Page 65: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

55Titah 201255

dan rakat di hati dan di jiwa, Islam yang ikhlas, yang diadun dengan sifat amanah serta niat semata-mata kerana Allah jua.

Sebagaimana beta fahamkan, bahawa tema sambutan kita pada tahun ini ialah : “SENTIASA MENDOKONG KONSEP MELAYU SILAM BERAJA”. Beta berharap, tema ini bukan saja untuk ditulis dan diucapkan, tetap yang lebih penting ialah untuk dihayati dan disempurnkan.

Sebagai bangsa Melayu, kewajipan kita ialah memelayukan segala tingkah laku dan perangai kita, penuh dengan sopan santun, hormat menghormati, kasih sayang terhadap kanak-kanak, belas kasihan kepada orang-orang lemah dan orang-orang tua. Kemudaian dari sifat-sifat kemelayuan Brunei itu, tergambar atau terpapar pula pada pakaiannya, pada cara pergaulnya, cara berfikir dan bertindaknya. Jangan kita lebih-lebihkan memakai cara orang, bergaul cara orang, berfikri dan bertindak cara orang. Kerana ke empat-empat unsur ini, apabila sudah melebihi cara orang itu, nanti Brunei bukan lagi Brunei. Inilah yang kita tidak mahu.

Demikian juga Islam, Islam itu agama yang tinggi, agama yang kita akui sebagai agama yang benar. Rasulullah diutus adalah untuk membawa agama ini, untuk disampaikan kepada sekalian umat manusai. Di antara ajaran-ajaran Islam itu ialah menuju ke arah kesempurnaan akhlak, sebgaimana yang kita sudah sama-sama memahami maksud sebuah Hadis Nabi Sallallahu Alahi Wasallam, bahawa Baginda Rasulullah itu diutus ialah untuk menyempurnakan akhlak.

Jadi yang paling utama dalam agama itu ialah akhlak. Akhlak itu sama dengan cara hidup zahir dan batin. Sebab itu ianya perlu diutamakan. Bukanlah akhlak itu dalam majlis adat istiadat saja, bukan di dalam masjid saja, bukan di dalam pejabat saja, tetapi di mana-mana jua, di rumah-rumah, di pasar-pasar dan di tempat-tempat permainan. Semuanya itu, kita orang-orang Melayu dan orang-orang Islam, adalah dikehendaki supaya beradab dan berakhlak dengan akhlak Melayu dan Islam. Ini tidak, setengah orang kita, hanya di

Page 66: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201256 56

masjid dan di majlis-majlis beristiadat saja mereka berrakhlak, sementara di tempat-tempat lain, lebih-lebih lagi di tempat-tempat permainan, mereka tidak memakai akhlak Melayu dan akhlak Islam, mereka seolah-olah lupa Tuhan dan lupakan Islam. Inilah suatu tragedi bangsa yang mesti diatasi.

Di antara akhlak yang sangat keji dan tidak seonoh itu, ialah perbuatan meminum minuman keras. Ianya boleh dilakukan oleh siapa jua dari berbagai-bagai peringkat di kalangan orang. Ada yang meminumnya kerana kegemaran dan tabiat, sementara setengahnya pula kerana kemegahan. Kononya minuman ini ialah minuman orang-orang kenamaan dan minuman antarabangsa. Walhal semua itu hanyalah menggambarkan pemikiran yang cetek dan bukan asli Brunei.

Oleh kerana itulah, suka beta tegaskan di sini, bahawa beta dan kerajaan beta dalah sangat-sangat mengambil perhatian di dalam perkara ini, dan akan tidak ragu-ragu insya-Allah, untuk mengambil sebarang langkah yang munasabah bagi mengatasinya.

Kemudian akhir sekali dari elemen konsep MIB, ialah “Beraja”. Beraja sama ertinya bersultan. Jadi tafsiran MIB itu ialah Brunei Darussalam sebuah Negara Melayu Islam yang Bersultan. Hal ini terjadi bukanlah dari usaha dan ciptaan kita, tetapi ialah kehendak daripada Allah. Kita tidak boleh tanya mengapa, tetapi patut bersyukur, dan sambil itu berbuat sesuatu untuk kemantapan dan ketahanannya.

Beta berpendapat, semua ini adalah sudah menjadi ketentuan Allah, suatu perkara agama yang wajib dijunjung dan disyukuri. Dan di dalam perkara agama ini, beta juga berpendapat, bahawa yang besar mestilah kita besarkan, yang agung mestilah kita agungkan, dengan seberapa daya upaya kita. Kita tidak mengira apapun bendanya, selama benda itu berkaitan dengan Islam, maka adalah menjadi kewajipan kiat membesarkannya.

Page 67: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

57Titah 201257

Misalnya Kitab Suci Al Quran. Beta telah memperkenankan suapaya ianya ditulis dengan tangan, dengan niat untuk membesarkannya. Kerana memang Al Quran itu adalah sebenar-benarnya kitab yang paling agung. Kedua ialah kerana kita juga mahu mengambil sukut sejarah, bahawa di zaman beta ini telah pernah berlaku suatu pekerjaan yang besar, projek keislaman. Dan ketiga, kepentingannya dari segi jangka panjang, ialah untuk mendidik dan mengilhami jenerasi kita yang akan datang, supaya mereka juga turut mencontohi jejak langkah yang kita lakukan hari ini, biar mereka juga akan berbuat sebagaimana yang kita buat. Maka dengan cara yang demikian itu, tidaklah akan putus usaha pada memlihara Ugama Islam yang maha suci, dan insya-Allah tidaklah akan padam buat selama-lamanya cahaya Islam itu di Negara Brunei Darussalam ini.

Demikian juga satu rancangan lain yang telah dan sedang kita lakukan, ialah mengadakan satu Skim Menghafaz Al Quran. Skim ini kalau tidak silap beta, telah berjalan tidak kurang dari 10 tahun yang lalu. Ianya memanglah kita sedari suatu pekerjaan yang mat berat dan susah, yang memerlukan pengorbanan di dalam banyak hal. Tetapi sungguhpun begitu, Alhamdulillah, kita telah berjaya juga pada akhinya menghasilkan Hafiz kita sendiri yang kita dan negara cita-citakan selama ini. Dengan adanya Hafiz Brunei Darussalam ini, maka satu daripada kewajipan fardhu kifayah yang wajib kita selesaikan telah tertunai.

Apakah ini bukan perkara besar? Benar, usulnya kecil, tetapi sebenarnya amat besar, termasuk di antara perkara-perkara yang menjadi syiar Islam yang mesti diagungkan.

Maka bersabit dengan inilah, beta dengan segala keikhlasan, ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Awang Haji Suhaili bin Haji Metali, siapa selaku orang yang pertama di negara ini yang telah berjaya menghafaz 30 juz Al Quran, iaitu suatu kejayaan yang sangat bererti kepada kita dan kepada negara, dan yang kerananya juga kita semua telah terlepas dari salah satu beban kewajipan fardhu kifayah, yakni terlepas dari menanggung dosa

Page 68: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201258 58

beramai-ramai. Beta beranggapan perkara ini adalah satu sejarah dan jasa yang amat berharga.

Jadi, sebagai menyatakan perasaan gembira dan syukur serta sambil menghargai jasa tersebut, maka beta dengan segala tulus ikhlas dan bersih hati sukacita mengumumkan akan mengurniakan hadiah peribadi beta sendiri kepada Awang Haji Suhaili bin Haji metali berupa wang tunai sebanyak seratus ribu ringgit Brunei.

Marilah kita sama-sama berdoa, semoga negara ini akan selamat, dengan berkat dan syafaat Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Beta berharap, semua rakyat dan penduduk akan sama-sama memelihara dan menghormati perpaduan yang sedia ada, demi kestabilan Negara Brunei Darussalam yang sejahtera di bawah perlindungan dan inayah Allah Subhanahu Wataala.

Wabillahi Taufiq Wal-Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 69: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

59Titah 201259

Titah Di Majlis Persantapan Negara Di Istana Nurul Iman Kerana Mengalu-Alukan Keberangkatan Duli Yang Maha

Mulia Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong Malaysia pada 29 Oktober, 1990

Bismlillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ahamdulillah segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, sahabat-sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia serta amanah hingga ke akhir zaman.

Paduka Kekanda Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan ‘Azlan Muhibbuddin Shah, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, Paduka Kekanda Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Bainun, Raja Permaisuri Agong, para hadirin yang dihormati sekalian.

Paduka Adinda lebih dahulu merafakan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua, maka dapatlah Paduka Adinda pada malam ini meraikan Paduka Kekanda, yang disempenakan dengan keberangkatan Paduka Kekanda ke Negara Brunei Darussalam ini bagi lawatan negara.

Paduka Adinda sangat-sangat berbesar hati dan gembira pada mengalu-alukan Paduka Kekanda dan rombongan, dan Paduka Adinda juga menyifatkan keberangkatan Paduka Kekanda ini adalah merupakan suatu penghormatan yang amat tinggi, yang akan menjadi kebanggaan yang berkekalan kepada Paduka Adinda sendiri, kepada kerajaan serta rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam. Ia juga melambangkan betapa mesra dan rapatnya hubungan di antara kedua negara kita: Negara Paduka Kekanda, Malaysia dan negara Paduka Adinda, Brunei Darussalam.

Page 70: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201260 60

Paduka Adinda masih teringata, bahawa di suatu masa dulu hubungan di antara kedua negara kita pernah sedikit dingin dan terganggu. Tetapi alhamdulillah, hubungan yang sedikit terganggu ini pada akhirnya telah pulih semula, dan malahan semakin rapat, iaitu dengan adanya kunjungan Yang Amat Berhormat Allayarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu ke Negara Brunei Darussalam.

Kedatangan Allayarham Tun Hussein Onn pada tahun 1979 itu, ialah atas peribadi Paduka Ayahanda Paduka Adinda, Al-Mahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, bersempena dengan suatu upacara Istiadat Perkahwinan Diraja.

Sebenarnya bagaimanapun juga keadaan, hubungan di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia ini bukanlah baru, dan bukan juga setakat hubungan biasa, tetapi hubungan yang berteraskan kepada banyak persamaan, seperti agama, bahasa, bangsa budaya dan adat resam serta sejarah. Semua ini tidak syak lagi, akan banyak membantu kita bagi mengekalkan persefahaman di antara kedua buah negara . Demikian juga persamaan itu biasanya akan menjadi tali penghubung yang kukuh, yang tidak mudah untuk digugat-gugat.

Paduka Adinda percaya, bahawa persamaan yang sedia ada di antara kita, adalah ‘hadiah sejarah’ yang telah ditakdirkan oleh Allah, yang oleh kerana itu, wajiblah ianya dipelihara dan dipupuk dengan kerjasama-kerjasama yang bermanfaat dari masa ke semasa.

Di bidang kerjasama ini, kerajaan Paduka Adinda dan kerajaan Paduka Kekanda telah mengadakan usaha-usaha yang berkebajikan di berbagai-bagi bidang, seperti agama, sosial, ekonomi dan pendidikan.

Paduka Adinda adalah turut mengikuti dengan perasaan gembira, kan perkembangan yang telah dicapai oleh negara Paduka Kekanda khususnya di bidang ekonomi. Paduka Adinda turut mengkagumi usaha-usaha kerajaan Paduka Kekanda yang telah berjaya, umpamanya mengadakan Lembaga Tabung Haji dan Bank Islam.

Page 71: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

61Titah 201261

Paduka Adinda yakin, kedua-dua institusi kewangan ini telah pun dapat memecahkan banyak masalah orang-orang Islam mahupun negara. Penubuhan dan pengendaliannya, tentu saja dipelopori oleh tenaga-tenaga mahir di bidang yang berkenaan.

Jadi sebagai tanda amalan kerjasama kita, Paduka Adinda berharap sekiranya kerajaan paduka Adinda berhajatkan bantuan daripada tenaga-tenaga yang seumpama itu, maka sudi apalah jua kerajaan Paduka Kekanda akan dapat menghulurkan bantuan tersebut.

Di dalam kesempatan ini, sukalah juga Paduka Adinda mengimbas kembali berkenaan dengan kerjasama di bidang agama. Sumbangan negara Paduka Kekanda kepada negara Paduka Adinda di dalam bidang ini, sebenarnya telah pun bermula semenjak dari tahun 1955 lagi, iaitu semasa pemerintahan Paduka Ayahanda Paduka Adinda, Al-Mahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien. Paduka Ayahanda Paduka Adinda telah melihat rancangan ini sebagai persiapan menghadapi zaman Brunei moden, melalui mula-mula sekali pinjaman terhadap dua orang pegawai agama daripada Negeri Johor. Mereka ini telah berkhidmat dengan cemerlang bagi sama-sama menyusun dan menyebarkan pelajaran-pelajaran agama, yang pada masa itu negara adalah betul-betul masih berkurangan. Kerjasama ini tidak putus-putusnya hingga sekarang, dan terus dipertingkatkan sama ke tahap professional yang menyeluruh di dalam bidang pendidikan.

Demikian juga dalam hal-hal lain, kerajaan Paduka Adinda telah mendapatkan daripada Malaysia pakar-pakar, penasihat-penasihat dan pegawai-pegawai untuk berkhidmat di berbagai sektor dalam kerajaan Paduka Adinda. Kesediaan kerajaan Paduka Kekanda pada menyumbangkan tenaga-tenaga tersebut, adalah sangat-sangat Paduka Adinda hargai. Mudah-mudahan ianya akan dapat diteruskan, selama mana kerajaan Paduka Adinda memerlukannya.

Dari segi hubungan pemimpin dengan pemimpin dan rakyat

dengan rakyat, maka Negara Brunei Darussalam telah pernah

Page 72: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201262 62

dilawati oleh pemimpin-pemimpin Malysia, dari peringkat atasan hingga ke bawah termasuklah oleh raja-raja, perdan-perdana menteri, yang terdahulu mahupun sekarang dan menteri-menteri. Demikian juga daripada Negara Brunei Darussalam, Paduka Adinda sendiri sudah beberapa kali mengadakan lawatan ke Malaysia termasuklah di antaranya lawatan rasmi Paduka Adinda iaitu pada tahun 1984 atas undangan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia pada masa itu. Begitu juga lawatan-lawatan oleh menteri-menteri serta pegawai-pegawai Paduka Adinda, yang semua turut membuktikan adanya jalinan muhibbah persaudaraan dan persefahaman di antara kedua buah negara.

Kita memang lebih berminat melihat sesuatu itu dilaksanakan dengan semangat persaudaraan dan semangat keislaman. Kerana kedua-dua unsur ini, sekali-kali tidak akan pernah menolak kebenaran. Sebaliknya sentiasa menunjuk dan membimbing kita kepada kebenaran itu. Maka jika demikian halnya, apakah yang lebih baik dan lebih mulia dari unsur persaudaraan dan unsur keislaman itu?

Di dalam kedudukan kita, adalah tidak sesuai dan kurang bijak, jika kita hanya mengikut style orang, yang tidak memperdulikan langsung prinsip-prinsip persaudaraan dan agama. Sekurang-kurangnya sebagai negara Islam, kita tidak boleh terlepas dari mengharapkan petunjuk dan pertolongan Allah. Kerana tanpa petunjuk-Nya, segala-galanya itu boleh saja menjadi keliru atau tidak betul, walaupim ada ‘kuasa politik besar’, serta kematangan di dalam bidang politik itu.

Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat perkembangan dunia hari ini di mana kuasa-kuasa politik besar sentiasa gagal mengatasi masalah-masalah dunia, dan hatta masalah-masalah dalaman mereka sendiri.

Paduka Adinda selalu menekankan kepada rakyat Paduka Adinda, akan betapa pentingnya mengekalkan keamanan dan ketahanan nasional, sebagi satu-satunya syarat bagi kerajaan dapat melaksanakan dengan lancarnya program-program pembangunan

Page 73: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

63Titah 201263

yang dirancangkan demi unutk kesejahteraan rakyat. Paduka Adinda percaya, bahawa sebagaimana hasrat negara Paduka Adinda ini, maka begitulah pula yang diinginkan oleh negara Paduka Kekanda. Oleh hal yang demikian masing-masing kita nampaknya adalah memerlukan usaha-usaha dan langkah yang sama bagi sentiasa mengawal dan mengambil pengajaran daripada keadaan huru-hara yang menimpa beberapa negara dunia, termasuk negara-negara jiran yang terpaksa berdepan dengan berbagai-bagai masalah dan ancaman, yang boleh melemahkan ketahanan negara dan kerajaan.

Maka untuk itulah, kerjasama di dalam bidang keamanan adalah menjadi satu ciri yang terpenting di antara negara Paduka Adinda dan negara Paduka Kekanda, yang selama ini sudahpun dirintis.

Sebelum mengakhiri ucapan Paduka Adinda ini, Paduka Adinda ingin sekali mengalu-alukan keberangkatan Paduka-Paduka Kekanda berdua serta rombongan. Demikian juga Paduka Adinda serta Paduka Adinda Raja Isteri dan Paduka Adinda Pengiran Isteri tidak lupa mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga Paduka Kekanda dan Paduka Kekanda Baginda Raja Permaisuri Agong, akan sentiasa dalam pemeliharaan Allah, lanjut usia dan sihat walafiat.

Sekian, Wabillahit Taufiq Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 74: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201264 64

Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Tahun 1991

Page 75: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

65Titah 201265

Titah Bersempena Kedatangan Tahun Baru Masihi 1991,Di Istana Nurul Iman

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdullilah, segala puji dan syukur bagi Allah Subhanahu Wataala. Tuhan seru Sekalian Alam, selawat serta salam ke atas Junjungan kita. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan para pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia, serta jujur dan amanah hingga ke akhir zaman.

Beta bersyukur kerana kita dapat berada dalam tahun baru masihi 1991 yang menandakan lambaran lama tahun 1990 telah pun selesai kita jalani.

Di dalam masa setahun yang lalu, banyak perkara yang terjadi di sekitar kehidupan kita. Demikian juga yang terjadi kepada dunia umumnya. Semua itu bukanlah angin lalu, atau awan putih yang berarak indah, yang kemudian hilang begitu saja dengan tidak meninggalkan apa-apa kesan atau bekas. Tetapi apa jua kejadian atau peristiwa, sama ada yang terjadi dengan takdir Allah, ataupun yang berpunca dan bersebab daripada usaha kita sendiri, adalah bekas dan kesannya tidak akan mudah hilang, malahan Ogos tahun lalu, satu kejadian kebakaran besar telah berlaku, yang hampir-hampir memusnahkan dua buah kampung di Bandar Seri Begawan. Beta telah berkesempatan meninjau ke tempat tersebut, dan mendapati kesan-kesan yang mendukacitakan masih lagi kelihatan. Beta berharap pihak-pihak berkenaan di dalam kerajaan akan mengambil perhatian yang serius mengenainya.

Itu barulah kesan atau bekas yang nampak di mata, betapa kesan-

kesan saikologi kepada mangsa-mangsa yang mengalaminya, adalah suatu cerita dan perkara yang lain lagi.

Demikian jugalah halnya insiden-insiden yang terjadi di luar

tanahair, terutamanya yang berhubung dengan pergolakan politik

Page 76: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201266 66

antarabangsa, seperti penaklukan Kuwait oleh Iraq, peperangan yang parah di Lebanon dan lain-lain, semuanya itu masing-masing membawa kesan hitam yang mewarnai sejarah dunia ini, di mana kita juga adalah bahagian daripada dunia tersebut.

Pada beta, peperangan atau persengketan, bukanlah suatu game yang patut diminati, tetapi ialah suatu pertaruhan atau perjudian yang mesti dihindari.

Adapun peristiwa seperti penaklukan Kuwait oleh Iraq, sepatutnya bukanlah untuk ditonton saja, tetapi perlu dinilai sebagai iktibar dan amaran kepada negara-negara kecil seperti kita ini, bahawa ada masanya si kuat itu lebih berminat untuk melayani nafsu tamaknya dari memikirkan orang lain yang lemah, yang menderita kerana ketamakannya itu.

Hal ini amatlah penting diketahui, bahawa apabila terjadi sebarang pelanggaran atau pencabulan itu, maka bukan saja ketua negara yang akan menderita, malahan juga seluruh rakyat dan penduduk.

Mengapa tragedi seumpama ini boleh terjadi?

Barangkali juga di antaranya kerana sebab-sebab yang berpunca daripada kelalaian, pertelingkahan sesama sendiri, kejahilan serta kemewahan yang berlebih-lebihan yang boleh melemahkan semangat patriotik dalam diri sesuatu bangsa.

Oleh hal yang demikian, kita selaku bangsa yang ingin terus hidup dengan mempunyai sejarah yang panjang, maka mustahaklah bagi kita memiliki ciri-ciri kesedaran nasional yang tulen serta sifat-sifat kepahlawanan yang sejati, demi memelihara dan mempertahankan negara ini dari apa jua bahaya yang cuba didatangkan oleh sebarang anasir jahat, yang ingin menggugat keamanan dan kedaulatan negara.

Dengan doa yang bulat dan pengaduan kepada Allah Subhanahu Wataala, beta berharap Brunei Darussalam akan terus selamat,

Page 77: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

67Titah 201267

sebagai negara, yang satu-satunya tempat kita meneruskan usaha-usaha yang berkebajikan. Kerananyalah kita bekerja keras untuk menghasilkan apa-apa saja yang baik bagi kelangsungan atau survival bangsa.

Seperti orang lain, kita juga telah merancang dan membentuk dasar-dasar sebagai panduan. Rancangan-rancangan kemajuan yang dijalankan adalah mengikut dasar-dasar ini. Secara umum dasar-dasar tersebut ialah menuju ke arah kesejahteraan, kemakmuran dan ketahanan yang sebenar-benarnya.

Berpunca dari ketiga-tiga unsur, kita telah dan sedang membuat rancangan-rancangan, yang sekaligus melaksanakannya menurut peringkat-peringkat masa dan keupayaan kita.

Menyebut tentang keupayaan ini, bukanlah ianya patut dijadikan helah, bagi melambat-lambatkan tugas atau berhenti daripada membuat rancangan-rancangan. Kadang-kadang bukanlah kerana ketiadaan keupayaan, tetapi mungkin juga kerana perancangan-perancangan yang kurang kemas atau lain-lain sebab, makanya pengalaman-pengalaman kita selalunya pahit.

Umpamanya sebagai contoh, dengan tidak bertujuan menyalahkan takdir, baru-baru ini dalam minggu pertama dari bulan terakhir tahun 1990, satu kejadian hujan dan angin kencang telah berlaku di negara ini di sebelah malamnya. Beberapa rumah di Kampong Ayer telah rosak teruk.

Pada keesokan paginya, banyak jalan-jalan raya yang ditemggelami air, yang menyebabkan lalulintas tergendala. Hatta Jalan Tutong di kilometer 5 yang tidak jauh daripada kawasan Istana, pasir dan tanah begitu tebal memenuhi jalan raya sehingga kenderaan-kenderaan tidak dapat bergerak dengan lancar. Perjalanan ke pejabat yang biasanya hanya mengambil masa 15 atau 20 minit, tetapi pada pagi itu, sampai mengambil masa hampir dua jam.

Mengapa banjir terjadi?

Page 78: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201268 68

Alasan yang biasa diberikan ialah, kerana pertambahan projek-projek pembangunan yang baru. Tetapi pada hemat beta, adalah lagi sebab lain selain daripada itu, diantaranya barangkali ialah kerana pengawasan dan kajian agak kurang diberatkan. Buktinya, masih dapat dilihat sampah-sarap yang mengisi longkang-longkang sama ada longkang kecil mahupun longkang besar.

Begitu juga terdapat longkang-longkang yang rosak atau terkambus, yang menyebabkan air melimpah ke jalan-jalan raya. Dan itu, belum lagi masalah air yang turun daripada kawasan-kawasan tinggi yang membasahi jalan-jalan raya.

Maka dalam hubungan ini, beta amatlah memuji serta menghargai setiap usaha, seperti mengadakan kempen-kempen kebersihan. Tetapi sungguhpun begitu, kempen-kempen tersebut belumlah memadai setakat di tempat-tempat yang tertentu saja, seperti di sekitar bandar dan pekan, atau setakat kawasan-kawasan perkuburan. Betapakah halnya dengan sampah-sarap yang berselerak di tepi-tepi jalan, atau yang berlonggok-longgok di tempat-tempat pembuangan sampah yang kurang teratur. Kemudian adalah pula beberapa tempat. Di mana najis-najis kerbau dan lembu turut mengotori jalan-jalan raya.

Di sinilah letaknya tanggugjawab pemimpin dan pegawai, supaya menentukan dasar dan peraturan, atau undang-undang ke arah memperbaiki keadaan ini. Tetapi dalam pada itu mesti juga diingat, bahawa kejayaan tidaklah setakat mengadakan dasar, melainkan yang menentukan kejayaan itu ialah langkah dan cara kita melaksanakan dasar tersebut dengan tegas serta berterusan. Dan sambil itu pula, pemimpin juga patut menentukan sasarannya yang luhur, iaitu mengasuh dan membentuk sikap rakyat serta penduduk ke arah benar-benar mencintai dan mengamalkan kebersihan.

Mungkin apa yang beta timbulkan ini dianggap kecil dan remah-temeh. Tetapi kita jangan lupa, bahawa bukan binatang singa dan ular saja yang berbahaya, malahan nyamuk dan lalat juga tidak kurang menjadi ancaman kepada manusia.

Page 79: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

69Titah 201269

Itulah perumpamaan tentang kepentingan kebersihan, iaitu suatu ciri atau unsur kesejahteraan yang mesti diwujudkan. Tanpa kebersihan, segala-galanya mungkin saja terjadi, seperti penyakit-penyakit berjangkit dan wabak, yang boleh memusnahkan kesejahteraan serta juga menjejaskan ketahanan.

Secara khusus mengenai ketahanan ini, Negara Brunei Darussalam bolehlah dianggap masih stabil, aman dan selamat. Syukur alhamdullilah, memang sebenarnya belum terdapat masalah-masalah besar yang menyulitkan kita. Semua orang masih boleh tidur nyenyak, masih boleh bekerja sambil bersukaria dengan tidak perlu memikirkan ancaman-ancaman. Pendeknya tidak ada ketakutan di dalam negara ini, iaitu nisbah dengan pengalaman dan keadaan orang lain dimana-mana. Rakyat dan penduduk adalah berada dalam keadaan bersatu padu dan hormat-menghormati, iaitu suatu ciri atau syarat terpenting mengekalkan ketahanan.

Tetapi sungguhpun begitu, hal ini jangan pula hendaknya sampai melalaikan kita, sehingga kita lupa bahawa serentak dengan anggapan kita negara ini masih stabil, terdapat indeks yang menunjukkan bahawa graf kegiatan jenayah adalah sedang meningkat.

Jadi tidak syak lagi, perkembangan yang kurang menyenangkan ini adalah suatu cabaran kepada pihak-pihak berkenaan keselamatan dan keamanan supaya lebih menggandakan lagi usahanya ke arah membenteras jenayah, sehinggalah nanti negara berpuas hati, bahawa keadaan adalah benar-benar terkawal.

Kita tidaklah mahu orang hanya pandai menyebut kata-kata yang indah tentang keamanan dan kesejahteraan, sedang hakikatnya belum tentu bagitu.

Ingatlah, bahawa bukanlah masanya sekarang untuk kita bermimpi di siang hari, tetapi untuk bekerja lebih keras, berazam dan banyak bertawakal kepada Allah sambil meningkatkan takwa kepada-Nya. Kerana selaku pelindung keamanan itu, tidaklah cukup dengan berbekalkan senjata di tangan semata-mata, tetapi lebih-lebih lagi

Page 80: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201270 70

pentingnya, sifat amanah dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara dan raja.

Dan sebagai hasrat untuk melihat negara ini benar-benar selamat, maka baru-baru ini kerajaan telah mengadakan rancangan ‘Pengawasan Kajiranan Kampung’, yang dikelolakan oleh pihak polis. Ianya dimaksudkan sebagai langkah untuk melahirkan kerjasama yang rapat di antara pihak kerajaan dan orang ramai dalam hal mempastikan, bahawa keamanan di negara ini adalah benar-benar wujud. Dan adapun penglibatan orang ramai itu, ialah sebagai menepati konsep kita bernegara: ‘Sekapal satu Nakhoda’.

Di dalam bidang ekonomi dan pembangunan, kita adalah lebih

dikenali sebagai negara yang kaya. Kita bersyukur dengan cap ini. Tetapi bukanlah bererti dengan ini, kita boleh berpeluk tubuh atau berhenti setakat itu saja. Malahan kita juga mesti berusaha untuk menjadikan negara ini negara yang maju yang menguasai dengan cukup sempurna pelbagai kemudahan infrastruktur. Kita juga patut tahu, bahawa kekayaan dan kemajuan itu adalah dua perkara yang berlainan. Kerana itu kita patut berazam utnuk mencapai kedua-duanya sekali.

Asas dan unsur yang membolehkan kita maju adalah kuat. Tapaknya sudah sedia ada, iaitu sumber bumi Darussalam ini sendiri. Sedangkan terdapat beberapa negara, yang dari mulanya miskin dan papa, dan bahkan hancur akibat peperangan, sekarang sudah berdiri dengan megahnya menjadikan negara-negara yang kaya-raya lagi dihormati.

Demikianlah, dalam bernegara, pengalaman orang lain boleh juga dijadikan teladan yang berguna, asal saja yang sesuai dan munasabah. Negara Brunei Darussalam adalah mempunyai program ekonominya yang tertentu, dan beta yakin, kita juga pasti boleh Berjaya manakala kita tekun dan memiliki budaya kerja yang baik dan bersih. Soalnya sekarang ialah, keyakinan dan kemahuan kita perlulah ada, dan perlu menatap di tiap-tiap diri kita masing-masing.

Page 81: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

71Titah 201271

Di samping pencapaian ekonomi dan tamadun kebendaan, kita juga memerlukan keseimbangan pembangunan rohani yang berorientasikan Islam dan hukum syarak. Kerana imbangan ini adalah penting bagi mengelakkan apabila negara maju masyarakat akan hilang pedoman, sebagaimana kebanyakan masyarakat –masyarakat di dunia hari ini.

Kemajuan dan kemakmuran serta peningkatan taraf hidup rakyat dan penduduk di negara ini adalah hasil usaha yang bersungguh-sungguh, bukan saja oleh kita pada hari ini, bahkan juga oleh mereka yang terdahulu daripada kita. Umpamanya, masih rantang dalam ingatan beta, jasa dan bakti Paduka Ayahanda beta, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien selaku Akitek Brunei Moden dalam usaha baginda membangun serta memajukan negara ini di berbagai bidang. Di dalam usaha tersebut itu, baginda lebih-lebih lagi memberikan perhatian yang serius dalam pendidikan dan pelajaran termasuklah yang dianggap teras iaitu pendidikan dan pelajaran ugama.

Maka khusus, sebagai mengenang jasa Al-Marhum dalam bidang pendidikan dan pelajaran ini, beta dengan amat sukacita memaklumkan bahawa mulai Tahun 1991 ini, tarikh 23 haribulan September, iaitu tarikh baginda diputerakan akan dijadikan sebagai HARI GURU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Dan bersempena dengan hari tersebut, hadiah-hadiah penghargaan, yang tersebut sebagai Anugerah Hari Guru akan juga diberikan kepada mereka yang terpilih dari kalangan guru-guru di dalam tiga ketegori: Pertama guru-guru yang sedang dalam perkhidmatan sebagai guru: Kedua guru-guru yang pernah menjadi guru dan bersara dalam jawatan yang lain: dan ketiga guru-guru yang berkhidmat sebagai guru dan juga bersara sebagai guru.

Satu lagi perkara penting yang suka beta tekankan bersempena dengan tahun 1991 ini, ialah dalam usaha kita melaksanakan semua dasar, strategi dan program negara. Semua kementerian dan jabatan hendaklah mengamalkan sikap berganding bahu di antara satu sama lain. Jangan ada yang nafsu-nafsi, yang bekeja hanya untuk

Page 82: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201272 72

mencapai matlamat bagi memajukan kementerian masing-masing sahaja. Amalan seumpama ini bukan sahaja mnerugikan, malahan juga mungkin ada bahayanya.

Apa tidaknya, jika sebuah kementerian itu hanya tahu menjalankan rancangannya sendiri, yang dianggapnya itulah kemajuan, sedang rancangan itu misalnya berlawanan dengan ugama, atau dengan kepentingan keselamatan, atau adat resam bangsa, lalu Kementerian yang tahu perkara itu sebagai salah, tidak pula mahu memberikan kerjasama, bagi sekurang-kurangnya menegur untuk membetulkan anggapan yang keliru itu, dengan alasan bukan urusannya, maka cubalah banyangkan apa akan terjadi?

Ibarat doctor yang telah mengetahui penyakit seseorang tetapi enggan mengubatinya, sedang si pesakit pula tidak pernah berusaha untuk mendapatkan ubat, kerana dia sendiri tidak tahu bahawa dia adalah sakit. Apakah yang akan jadi jika perkara yang seumpama ini berlanjutan? Tentunya tidak ada yang lain melainkan kebinasaan jua.

Oleh sebab itulah, bersempena dengan tahun baru, Tahun 1991 ini beta ingin menganjurkan satu tema atau slogan yang berbunyi: ‘Tahun 1991 ialah Tahun Muzakarah dan Kerjasama di antara Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan dalam Kerajaan’.

Mudah-mudahan dengan cara ini, kita akan lebih teguh, lebih selamat dan lebih maju dengan beroleh kemakmuran, keamanan serta kesejahteraan yang berpanjangan, yang dapat dinikmati oleh sekalian rakyat, dan penduduk sebagai limpah kurnia serta rahmat daripada Allah Subhanahu Wataala.

Beta dalam kesempatan ini, tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk di negara ini, yang telah memberikan sokongan padu kepada kerajaan beta. Demikian juga seluruh pegawai dan kakitangan

Page 83: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

73Titah 201273

kerajaan, termasuk anggota-anggota pasukan keselamatan, yang telah memainkan peranan masing-masing untuk kepentingan negara ini.

Akhirnya beta bersama keluarga beta, dengan tulus ikhlas dan sukacita mengucapkan selamat tahun baru kepada sekalian rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, sambil berdoa semoga negara kita ini akan sentiasa dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala keselamatan, ketahanan serta aman makmur di bawah inayah dan perlindungan-Nya yang berkekalan.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 84: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201274 74

Titah Di Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1991 Pada 28 Jamadilakhir 1411

Bersamaan 14 Januari 1991

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, di atas limpah kurnia-Nya yang besar kepada kita, selawat serta salam ke atas Junjungan kita. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan para pengikut-pengikut Baginda yang setia lagi jujur serta amanah hingga ke akhir zaman.

Beta difahamkan bahawa pertandingan membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan pada kali ini, ialah pertandingan kali yang ke-30, iaitu suatu jangka masa yang agak panjang juga. Sepatutnya sudah banyak yang mesti kita perolehi daripada pengalaman yang panjang ini. Kita tidak sahaja setakat membaca dan bertanding, tetapi juga patut mengambil faedah daripadanya sebagai panduan dan pegangan kita yang utama lagi diutamakan.

Maka ke arah ini, kita adalah memerlukan huraian-huraian yang lebih jelas dan terperinci, supaya ia dapat lebih mudah untuk disemai dan seterusnya ditanam ke dalam diri masyarakat kita sebagai budaya hidup yang akan kekal untuk diwarisi hingga turun-temurun.

Beta yakin, banyak hal-hal yang releven untuk kita buat yang bersesuaian dengan rancangan ini, seperti memaju dan mengembangkan lagi tulisan Jawi sebagai tulisan Al-Quran, tulisan ugama dan juga tulisan nasional.

Kita adalah tidak mahu kehilangan tulisan Jawi, sebab inilah satu-satunya yang agung dan besar dari warisan yang masih tinggal yang boleh kita banggakan. Kehilangan tulisan ini akan banyak

Page 85: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

75Titah 201275

menjejaskan kepentingan-kepentingan kita, seperti pudarnya semangat nasional dan binasanya ugama, kerana fungsi tulisan itu juga mendukung kedua-dua perkara tersebut.

Sebab itulah, tidak ada yang lebih mendukacitakan dari mendengar yang setengah-setengah guru kita umpamanya, masih ada dan bahkan ramai yang tidak pandai menulis Jawi. Jika guru sudah tidak pandai, maka apatah lagi murid dan orang awam?. Tetapi oleh kerana dia itu adalah guru, maka baginya memerlukan alat, dan alat di sini nampak-nampaknya hanyalah terbatas kepada tulisan Rumi sahaja.

Sesungguhnya kita bukanlah menolak Rumi sebagai budaya universal, tetapi nisbah kepada kita orang Islam dan orang Brunei, maka Jawi itu adalah mustahak hidup dan diberi nafas, selaras dengan tulisan Rumi.

Untuk ini, kita memerlukan sikap dan pengenalan yang mendalam terhadap nilai-nilai yang sedia ada pada kita.

Pada hari ini, kita memang masih mengamalkan sistem pendidikan yang lebih cenderung ke Barat. Dan seiring dengan itu, kamajuan yang kita perolehi juga telah banyak mencorakkan cara berfikir dan cara hidup yang terbuka atau terdedah kepada pengaruh-pengaruh asing.

Jadi soalnya sekarang, semua ini adalah memerlukan analisis dan jawapan yang tegas, iaitu setakat mana kita ini patut menerima nilai-nilai asing itu, sehingga tidak sampai memusnahkan atau menenggelamkan nilai-nilai kita sendiri.

Beta perlu menyebutnya di sini, bahawa Brunei Darussalam bukanlah sebuah negara sekular. Walaupun arus kemajuan dan pembangunan kebendaan begitu kuat dan pesat, namun ianya tidaklah akan dapat mengubah pendirian kita.

Mengapa?

Page 86: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201276 76

Kerana ia yakin pendirian ini, sebenarnya sudahpun menjadi sebahagian dari warisan sejarah kita sendiri.

Namun begitu, bukanlah bermakna kita mahu menjadikan Negara Brunei Darussalam tertutup dari seberang tamadun asing, bukan! Malah kita masih sahaja terus terbuka, iaitu tidak menolak sebarang unsur atau nilai yang baik, sama ada ia datang dari Asia ataupun dari Barat. Cuma ukuran kebaikan itu bagi kita ialah ukuran Brunei, bukan menerima atau mengikut-ikut ukuran orang lain.

Sikap ini kita ambil, adalah berdasarkan kepada factor-faktor geografi dan sejarah yang luhur, bahawa negara ini mempunyai iklim dan statusnya yang tersendiri. Iklim kita hanya menerima nilai-nilai yang sesuai dengan kita sahaja.

Apakah dia nilai-nilai itu?

Secara kasarnya dapatlah kita umpamakan sebagai benih tumbuhan ia hanya akan tumbuh mengikut kesesuaian iklim dam tempat.

Maka demikianlah halnya dengan nilai-nilai yang ada pada kita. Kita ambil satu contoh : Nilai yang paling agung dan tinggi, iaitu “ Konsep Melayu Islam Beraja”. Ia tidak syak lagi merupakan benih satu-satunya yang boleh tumbuh dengan suburnya dibumi Brunei Darussalam.

Kerana dari sifat-sifat semulajadinya menunjukkan, bahawa ianya memanglah benih yang asli, yang sudah sedia wujud dan telah ditakdirkan oleh Allah untuk Brunei Darussalam. Daripadanyalah akan terpancar segala kebajikan yang kita perlukan. Dialah panduan dan tata negara kita, bahawa dari tafsiran dan huraiannya akan meletakkan kita dibarisan negara-negara bukan sekular yang mempunyai identiti dan imej tersendiri yang teguh.

Page 87: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

77Titah 201277

Dan beta dalam hubungan ini turut berpendapat, bahawa tema pertandingan kita pada kali ini adalah menepati sasaran, bahawa kita hendaklah sentiasa mendukung Konsep Melayu Islam Beraja itu.

Sekian sahaja, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 88: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201278 78

Titah Ketika Berangkat Melawat Kampung Rataie Dan Kampong Labu Estate

pada 7 Februari 1991

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala sambil itu juga berselawat dan mengucap salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang setia lagi amanah. Semoga kita bersama-sama mereka itu di dalam satu kumpulam sebagai orang-orang yang Berjaya mendapat Syurga Allah di akhirat kelak.

Perkumpulan kjta pada hari ini adalah satu perkumpulan kebajikan yang dibina atas asas keadilan dan tanggunjawab kerajaan terhadap rakyat dan penduduk di negara ini. Pada kali ini Daerah Temburong pula menerima gilirannya untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan sebagaimana juga daerah-daerah lain juga sebelum ini menerimanya.

Beta sangatlah bersyukur dan gembira kerana dapat menyaksikan sendiri kerjayaan Rancangan Perumahan Negara Kampong Perpindahan Rataie peringkat yang pertama ini dan sekaligus, beta juga akan berpeluang untuk menyampaikan anak-anak kunci bagi Skim Kurnia Tanah Kepada Rakyat Jati. Demikian jua selepas ini beta akan berkesempatan pula ke Mukim Labu Estate bagi upacara penyerahan geran-geran tanah kepada penduduk-penduduk yang Berjaya di situ.

Beta telah difahamkan bahawa penduduk-penduduk yang akan menerima geran-geran tanah tersebut ialah mereka yang telah menjadi penduduk asal yang sudah berpuluh-puluh tahun duduk dan membina rumah di atas tanah-tanah tersebut maka berdasarkan inilah mereka itu layak ditimbangkan.

Page 89: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

79Titah 201279

Beta perlu tegaskan di sini bahawa apa jua rancangan atau projek yang telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah semata-mata merupakan tanggungjawap yang perlu ditunaikan untuk memberikan kesenangan dan kesejahteraan kepada rakyat dan penduduk. Kerajaan tidaklah mengharapkan apa-apa daripada rakyat dalam perkara ini tetapi kerajaan tahu bahawa rakyat sangat-sangat bergantung dan berharap kepada kerajaan. Maka untuk memenuhi harapan rakyat itu, insya-Allah kerajaan beta akan sentiasa berbuat apa sahaja yang perlu dan munasabah dari masa ke semasa.

Lalu kerana itu, beta sangat-sangat berhasrat mengenai dengan Skim Perumahan Untuk Rakyat Jati akan benar-benar dapat memberikan kesenangan dan kesejahteraan kepada rakyat, bukan menjadi beban yang menyusahkan mereka.

Maka sehubungan inilah beta telah mengarahkan kepada kementerian yang berkenaan supaya mengkaji semula cara-cara atau syarat-syarat pembayaran balik bagi rumah-rumah yang diterima oleh pemilik-pemilik yang terlibat di dalam skim ini. Di antaranya yang terpenting ialah mengenai dengan tempoh masa pembayaran balik rumah-rumah tersebut bolehlah diperpanjang daripada yang ada sekarang. Langkah ini dibuat ialah sebagai satu cara untuk meringankan beban rakyat yang kurang mampu, di mana dengan ini akan membolehkan mereka itu nanti membayarnya dengan kadar yang lebih rendah secara perlahan-perlahan sehinggalah selesai. Tetapi bagaimanapun, barangsiapa yang suka membayarnya dengan kadar mengikut jangkamasa yang telah ditetapkan pada masa ini maka kerajaan tidaklah berhalangan.

Demikianlah sekali lagi beta tegaskan bahawa kerajaan adalah sentiasa memandang berat kebajikan rakyat dan penduduk dengan tidak mengharapkan apa-apa daripada mereka.

Cuma satu harapan beta yang tidak kunjung padam ialah rakyat dan penduduk di negara ini hendaklah sentiasa memberikan kerjasama, restu dan sokongan mereka ke arah usaha-usaha kerajaan di dalam

Page 90: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201280 80

apa jua bidang supaya ianya lebih kemas dan lebih cepat lagi dapat disempurnakan.

Khususnya bagi Daerah Temburong ini, beta faham ianya lebih

terpencil daripada yang lain-lain. Tetapi di daerah ini juga banyak perkara-perkara yang unik dan istimewa, umpamanya tanahnya lebih subur, terdapat batu-batu karang yang berharga dan sungainya juga mempunyai udang-udang galah yang berkualiti tersendiri serta binatang-binatang hutan yang halal dimakan.

Semua ini menunjukkan kurnia dan kelebihan Allah bagi Daerah Temburong.

Seperti kelebihannya dalam perkara-perkara yang beta sebutkan di atas daerah ini juga tidak kurang mempunyai masalah yang tersendiri. Adalah beberapa perkara yang perlu diambil ingatan ialah tentang peraturan-peraturan keluar masuk bagi pendatang-pendatang ke daerah ini hendaklah dikemaskan, kerana ada tanda-tanda kemudahan yang terdapat selama ini tidak boleh dibiarkan bagitu sahaja sebab ianya kadang-kadang digunakan bagi tujuan-tujuan lain yang berlawanan dengan kepentingan awam dan ugama. Kita tidak mahu daerah ini menjadi tempat bertapak atau menjadi tempat menyiarkan akidah-akidah yang bukan asal tumbuh di negara ini. Demikian juga sehubungan dengan itu peraturan-peraturan atau syarat-syarat penggunaan tanah perlulah juga dijalankan dengan betul supaya tidak ada sebarang bangunan yang didirikan tanpa menepati syarat yang digunakan untuk tujuan-tujuan yang bertentangan dengan kepentingan-kepentingan yang sama. Beta difahamkan bahawa terdapat beberapa bangunan yang serupa itu di dalam negara ini.

Mengapa ianya terjadi?

Untuk jawapannya beta pulangkan kepada pihak-pihak berkenaan bagi membuat kajian-kajian segera serta mengambil tindakan-tindakan yang perlu untuk membetulkan keadaan ini.

Page 91: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

81Titah 201281

Sebagai satu bangsa yang mempunyai ciri-ciri luhur yang tersendiri maka kita perlulah memiliki sifat-sifat yang besar untuk dihayati seperti yakin pada diri, berani , jujur dan jika bertindak sentiasa menurut lunas-lunas kebenaran. Jika sifat-sifat seperti ini, diamalkan beta percaya tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan sama ada masalah itu besar apatah lagi yang kecil-kecil atau biasa.

Soalnya yang penting sekarang ialah kita mestilah percaya kepada kebolehan kita untuk mengendalikan sebarang masalah serta kemudian berani meyelesaikannya dengan semangat kenegaraan yang tulen.

Adapun kesilapan besar yang kadang-kadang dilakukan orang ialah melihat sahaja masalah itu tanpa berbuat apa-apa. Sikap begini adalah tidak wajar dengan manusia yang maju serta zaman yang serba mencabar ini.

Jadi dari sini dapatlah kita mengagak bahawa yang penting dan berharga itu ialah ‘unsur-unsur dalaman’ di dalam diri kita yang meliputi sikap, semangat dan kemahuan yang besar.

Kerana itulah beta pada akhir-akhir ini lebih banyak menyebut dan menekankan bahawa unsur ketahanan dan kekuatan itu ialah ‘benda dalaman’ bukan kulit tetapi isi.

Beta berharap rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam akan semuanya memiliki ciri ini disamping kita juga menikmati kehidupan yang selesa dan makmur, tetapi keselesaan dan kemakmuran yang tidak sampai melemahkan unsur-unsur ‘dalaman’ kita yang menjadi sumber dan punca ketahanan serta keutuhan bangsa.

Sekian. Wabillahit Taufiq Wlhidayah, Wasallamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 92: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201282 82

Titah Di Majlis Penyampaian Anugerah Masjid Terpilih Sempena Sambutan Israk Dan Mikraj

pada 12 Februari 1991

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala sambil itu juga berselawat dan mengucapkan salam ke atas Junjungan yang telah menjalankan hamba-Nya Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada malam hari dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Agsa di dalam suatu peristiwa yang bersejarah. Israk dan Mikraj. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut yang setia lagi amanah hingga ke akhir zaman.

Beta amat bersyukur kerana dapat menghadiri majlis yang serupa ini, iaitu bersempena kerana memperingati peristiwa Israk dan Mikraj Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

Perkumpulan yang semacam ini adalah memeang perlu, bagi mengimbas semula kejadian-kejadian penting yang berlaku di dalam peristiwa tersebut. Kerana sebagaimana juga kita sama-sama maklum, bahawa apa jua yang berlaku ke atas diri Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu, bukanlah suatu yang tidak bererti atau kosong. Tetapi merupakan iktibar atau pengajaran-pengajaran yang kekal, yang tidak akan kunjung pudar dimakan zaman.

Mengadakan majlis yang serupa ini juga, pada hemat Beta, bermakna satu pimpinan dan dakwah kepada masyarakat. Sebab itulah ia perlu terbuka, yakni bukan hanya terbatas di dalam kolong dan skop yang kecil sahaja. Tujuan kita ialah ingin menonjolkan pemimpin besar umat Islam. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, supaya Baginda itu benar-benar menjadi ikutan dan teladan kepada kita. Kita mahu, biar setiap kita ini kenal dan mengetahui inti-pati perjuangan Baginda itu dengan lebih mendalam lagi.

Page 93: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

83Titah 201283

Khususnya dalam zaman sekarang soal pimpinan adalah perlu diberikan penekanan. Negara-negara yang baik dan stabil, ialah negara-negara yang mempunyai pemimpin-pemimpinnya yang berkualiti.

Kualiti itu dalam tafsirannya yang tepat, bukan sahaja setakat mempunyai ilmu dan ketulusan samata-mata, tetapi lebih tertakluk kepada budi pekerti dan akhlak yang baik. Hal ini sudah tidak asing lagi bilamana kita menyebut tentang pimpinan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Apabila kita melihat dan memerhatikan dengan saksama keadaan pimpinan dunia hari ini, yang semakin merosot itu, maka kita akan menjadi bertambah-tambah yakin lagi, bahawa pimpinan Rasulullah yang berasaskan akhlak yang baik itu adalah betul. Buktinya segala teori dan fahaman yang dicipta oleh manusia untuk mengelokkan wajah dunia ini adalah gagal belaka. Di mana-mana sahaja kelihatan masyarakat bangsa-bangsa semakin kucar-kacir dan kelam-kabut dilanda oleh berbagai-bagai penyakit social dan krisis moral yang setengah nya itu didapati pada tahap yang kronik.

Beta telah difahamkan bahawa bersempena dengan sambutan ini, akan juga diselajurkan dengan Penyampaian Kurnia Khas kepada masjid terpilih.

Menyebut tentang masjid ini. Beta amatlah bersyukur kerana dalam jangka waktu yang singkat sahaja. Beta telah dapat merapuskan kunjungan Beta ke semua masjid-masjid di seluruh negara ini. Tujuan Beta berbuat demikian, di samping untuk melihat-lihat perkembangan syi’ar Islam, juga pada masa yang sama dapatlah beta menemui rakyat beta yang berugama Islam dan sembahyang berjemaah dengan mereka.

Dari pengalaman ini, beta dapat merasakan, serta sambil itu merumuskan, bahawa ibadat sembahyang itu bukan sahaja suatu pimpinan akhlak bagi diri perseorangan, bahkan juga menolong

Page 94: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201284 84

pada menghidupkan daya kepimpinan yang tinggi dan besar untuk masyarakat dan negara pada keseluruhannya.

Beta tidak ragu menegaskan, bahawa ibadat sembahyang mustahak turut memainkan peranan atau dengan kata lain perlu wujud menjiwai kepimpinan negara dan bangsa. Ia tidak syak lagi akan membentuk sifat-sifat terpuji dan luhur di dalam diri peribadi kita, seperti sifat-sifat setia, taat, amanah, jujur dan berani. Semua ini adalah amat diperlukan dan bahkan wajib ada bagi seorang pemimpin.

Sebab itulah, dalam konteks ini ibadat sembahyang yang dianggap menjadi sebab terpenting terjadinya peristiwi Israk dan Mikraj itu adalah tepat dan jitu.

Mengenai dengan masjid pula, sebagai sifatnya tempat orang-orang Islam berkumpul dan beribadat, adalah memang wajar baginya diambil berat dan dijaga supaya wujud kehebatannya sebagai Rumah Allah dan dapat pula memberi keselesaan kepada umat Islam yang berada di dalamnya.

Maka untuk tujuan ini, beta mengalu-alukan langkah ke arah memberikan penghormatan kepada masjid-masjid yang terpilih, sebagai suatu cara galakan untuk menjaga dan memelihara dengan lebih baik lagi masjid-masjid yang ada dalam negara ini.

Sehubungan dengan itu, bagi mencapai tujuan melahirkan kehebatan dan keselesaan pada masjid-masjid, maka beta sukacita menyarankan supaya rekabentuk masjid-masjid di negara ini akan lebih diperkemaskan mengikut unsur-unsur kesenian Islam yang kehebatan dan kemegahannya sebagai Rumah Allah dan Syiar ugama yang maha suci.

Kita perlu mempastikan semua ini akan tercapai dengan izin Allah.

Disamping itu, satu perkara lagi yang mustahak beta sebutkan di sini ialah mengenai dengan dasar-dasar ajaran ugama Islam yang

Page 95: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

85Titah 201285

kita amalkan ini perlulah dipastikan ianya berjalann dengan kukuh dan baik. Pegangan kita yang kuat itu, ialah menurut ‘Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jemaah semata-mata.

Maka sehubungan ini, beta telah difahamkan, bahawa pada waktu akhir-akhir ini ada didapati tanda-tanda wujudnya beberapa kumpulan keugamaan yang bergerak secara bersendiri di dalam negara ini. Salah satu di antara pergerakan itu ialah Jemaah Al-Arqam yang mana telah didapati ada orang-orang luar yang bukan rakyat Brunei menjadi jurucakap kepada pergerakan tersebut.

Beta telah mengarahkan pihak-pihak yang berkenaan dalam kerajaan beta bahawa sekiranya sabit ada orang luar yang disyaki boleh mengancam keharmonian berugama serta ketenteraman dan keselamatan negara, maka orang demikian boleh ditegah dari memasuki negara ini dan tindakan tegas hendaklah diambil bagi yang tidak mematuhi peraturan atau undang-undang.

Penyiasatan yang rapi telah diadakan terdapat pergerakan Jemaah Al-Arqam di negara ini dan didapati ada terdapat anggapan di kalangan pengikut-pengikut Al-Arqam di Brunei bahawa jika keluar dari Al-Arqam bererti mereka bukan Islam.

Didapati juga pengikut-pengikut Jemaah Al-Arqam di Brunei mempunyai kepercayaan bahawa pengasas pergerakan Jemaah Al-Arqam adalah bakal Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntaar. Aqidah ini sebagaimana yang difahamkan oleh ulama-ulama Islam adalah berlawanan dengan aqidah Sunnah Wal-Jemaah.

Kegiatan-kegiatan Jemaah Al-Arqam talah menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan di kalangan ibu bapa, kerana anak-anak mereka yang terlibat dalam pergerakan itu ada di antaranya yang tidak mahu lagi bersekolah dengan alasan yang mereka tindak ingini.

Page 96: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201286 86

Ada juga anak-anak gadis mereka keluar rumah dari waktu tengah malam hingga pagi baru balik tanpa izin kedua ibu bapa dengan tujuan berkumpul di tempat tertentu dengan lain-lain ahli

Jemaah Al-Arqam. Ada tanda-tanda anak-anak yang terlibat itu tidak memperdulikan nasihat ibu bapa mereka, sebaliknya ada yang berkelahi dengan ibu bapa keran mempertahankan Al-Arqam.

Majlis Ugama Islam telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa aqidah Jemaah Al-Arqam di Negara Brunei Darussalam mengenai dengan Al-Imam Al-Mahdi al-Muntazar adalah salah dan wajib di buang iktikad yang karut itu kerana ianya membawa fasik atau kufur.

Beta adalah bersetuju dengan nasihat Majlis Ugama Islam supaya Jemaah Al-Arqam itu diharamkan wujudnya di Negara Brunei Darussalam kerana ianya boleh menjejaskan kemurnian aqidah Islamiah dan amalan berugama yang sudah stabil, serta boleh juga menimbulkan ancaman-ancaman terhadap keselamatan negara ini.

Sebagai mengakhiri ucapan beta ini, beta berharap supaya pegangan umat Islam di negara ini akan terus kukuh, walaupun terdapat gejala-gejala yang kurang menyenangkan berlaku di mana-mana.

Beta sedar, pada tahun ini nampak-nampaknya dunia Islam akan menyambut hari-hari kebesaran Islam dengan hati yang muram berikutan dengan keadaan dan suasana yang sedang menimpa dunia hari ini.

Kalau peristiwi Israk dan Mikraj merupakan ujian keimanan yang terbesar kepada umat Islam di zaman Baginda Rasulullah, maka apa yang berlaku pada hari ini juga tidak kurangnya menguji pendirian kita terhadap Islam.

Page 97: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

87Titah 201287

Beta timbulkan hal ini, ialah dengan keraguan sekiranya umat Islam ini terus-menerus terhimpit ke belakang, mundur dan binasa, maka apakah kita akan masih tetap mengangungkan Islam?

Beta berharap, orang-orang Islam tidak akan mudah panik serta mengubah sikap kepada yang negative. Sesungguhnya apapun yang berlaku adalah dengan kehendak Allah jua, dan barangkali juga ianya, merupakan ujian Allah kepada umat Islam sendiri.

Adalah ugama Islam itu akan tetap agung, tidak berubah dan malahan tidak akan musnah insya-Allah.

Oleh kerana itu, tidak ada sebab mengapa kita berubah pendirian atau sikap terhadap Islam, sekiranya pun umat Islam sendiri itu terjejas.

Sesunguhnya tidak ada suatu kejadian yang berlaku di dunia ini melainkan ada hikmat dan rahsianya di sisi Allah. Cuma tinggal sahaja lagi kita perlu berusaha dan berdoa semoga umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam selamat, ugama Islam terus berkembang luas, serta dunia ini dipenuhi dengan keadilan dan timbang rasa, sehingga dengan itu, tidaklah akan ada orang yang menangis kerana tertindas.

Sekian. Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 98: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201288 88

Titah Bersempena Sambutan Perayaan Ulangtahun Ketujuh Hari Kebangsaan

Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari 1991

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan pentadbir seluruh alam yang Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak. Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang setia lagi taat, jujur serta amanah hingga ke akhir zaman.

Beta amat bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan limpah rahmat serta izin-Nya jua dapatlah kita bagi kali ke-7 Menyambut Ulangtahun Hari Kebangsaan sebagai hari yang sangat-sangat diagungkan didalam sejarah kita.

Kita berbangga kerana dengan ini menandakan bahawa kita adalah suatu bangsa yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Kebanggaan kita itu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar mengandungi motif yang luhur bagi rakyat dan penduduk negara ini, supaya akan dapat sentiasa bersyukur dan mengingati limpah kurnia Allah yang telah mentakdirkan kita ini mempunyai negara merdeka lagi penuh berdaulat.

Sesungguhnya, kemerdekaan bukanlah murah untuk dibeli dan memangnya ianya tidak boleh dibeli. Kerana itulah kadang-kadang orang terpaksa menebusnya dengan harga yang paling mahal sekali iaitu dengan darah dan nyawa.

Maka berasaskan inilah, sepatutnya kita mesti mengasuh rasa cinta dan cemburu yang mendalam terhadap kelangsungannya serta sambil itu memberikannya baja yang sesuai supaya ia dapat hidup dengan subur bagi menghasilkan buah-buiah yang lazat.

Page 99: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

89Titah 201289

Apakah buah kemerdekaan itu?

Ia bermula dari tanggungjawab yang lebih besar. Tanggungjawab inilah benihnya dan kemudian ia beransur menjadi pohon, yang berupa rancangan-rancangan kerja dan akhir sekali barulah kita mendapat buahnya daripada hasil-hasil kerja tersebut tadi.

Buah-buah inilah yang mahu kita pastikan benar-benar biar luar dalamnya elok, boleh dinikmati sepenuhnya. Jangan ada yang kulitnya sahaja bagus tetapi isi di dalamnya busuk berulat seperti resam setengah buah mangga misalnya.

Maka demikian itulah halnya dengan ‘buah kemerdekaan’. Bukan rancangan-rancangan sahaja yang mesti banyak dan meningkat, tetapi hasil daripada rancangan-rancangan tersebut mestilah pula dijamin tidak akan sia-sia atau tidak hanya indah di luar tetapi buruk di dalam.

Semenjak kita merdeka, bermacam-macam perubahan telah kita buat dan bermacam-macam tema telah kita cipta untuk memberangsangkan rakyat dan kerajaan bagi mencapai matlamat yang lebih baik lagi. Hal ini amatlah baik untuk dijadikan tradisi. Tetapi dalam pada itu, tema-tema yang indah dan bernas sahaja belumlah memadai tanpa adanya “follow-up” ke arah mencapai tujuan dan maksud daripada tema-tema tersebut.

Bagaimanapun, alhamdullillah, perubahan-perubahan yang kita capai selama ini telah memberikan keyakinan yang kukuh, bahawa kita sebenarnya mampu untuk melakukan dan mengadakan sesuatu yang lebih baik bagi negara dan rakyat.

Di dalam bidang pembangunan sahaja umpamanya, kita telah banyak melakukan apa-apa yang perlu untuk kesejahteraan rakyat.

Dari pembangunan fizikal sampailah kepada pembangunan ,mental menerusi pendidikan dan pelajaran telah dapat diungkayahkan oleh kerajaan dengan jayanya.

Page 100: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201290 90

Demikian juga bidang-bidang yang lain, beta adalah optimis akan dapat melihat peningkatannya yang pesat dari masa kesemasa.

Beta percaya semua ini akan lebih mudah lagi mencapai apabila kita benar-benar petuh dan kuat berpegang kepada disiplin kerja yang tinggi dan rakyat serta penduduk pula akan sentiasa komited dengan tanggungjawab yang besar ini.

Dalam pada itu kita semua mustahak juga memahami bahawa masa depan kita yang lebih gemilang tidaklah semata-mata bergantung kepada pencapaian tahap kemakmuran yang itnggi, tetapi mesti turut dipupuk dan di suburkan ialah kesedaran bernegara, sopan santun dan persefahaman yang lebih bermakna.

Kita sudah banyak belajar dari keadaan dan persekitaran kita, bahawa terdapat banyak negara yang giat membangun yang setengahnya itu memang berhasil mencapai tujuan mereka. Tetapi dalam masa yang sama setengahnya itu mereka juga tidak putus-putus bersungut dengan kerenah dan telatah rakyat mereka sendiri yang tidak menyenangkan. Jika hal yang seumpama ini masih berlaku menunjukkan sebuah negara itu belum lagi stabil, walau macam mana banyaknya sekalipun statemen yang mengatakannya demikian.

Mengapa karenah-karenah dan telatah-telatah sumbang boleh berlaku?

Pada hemat beta, di antaranya ialah kerana kurang disiplin, lemahnya kesedaran nasional dan kesedaran bernegara, tidak jujur serta hilang kesopanan di kalangan semasa sendiri. Maka oleh itu satu tanggungjawab kita yang besar dan mencabar ialah mewujudkan perpaduan dan kesedaran yang seragam di kalangan rakyat dan penduduk dalam hal-hal yang disebutkan di atas. Kita tidaklah boleh cuai dan mengabaikan semua ini demi untuk menjamin stabiliti dan keutuhan negara.

Page 101: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

91Titah 201291

Bersabit dengan perkembangan dunia dan politik antarabangsa pula, beberapa insiden telah turut mengusik perasaan dan pemikiran kita. Antaranya dengan redanya perang dingin di antara dua kuasa besar telah banyak membawa harapan dikalangan negara-negara kecil, bahawa perkembangan tersebut akan mempertingkatkan lagi keberkesanan badan pengaman dunia iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk berfungsi dengan lebih berkesan pada menjamin dan memelihara keselamatan antarbangsa.

Tetapi serentak dengan ini satu insiden baru yang tiba-tiba berlaku di luar dugaan telah memusnahkan harapan tersebut, iaitu dengan meletusnya Krisis Teluk sekarang. Badan dunia yang diharap-harapkan itu nampak-nampaknya tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada podium untuk mengisytiharkan hujah-hujah yang bercanggah semata-mata.

Kita turut bimbang sekiranya moral badan dunia ini sangat banyak terjejas, maka ini memungkinkan kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadapnya juga turut terjejas.

Khusus mengenai Krisis Teluk pendirian negara kita adalah tidak berubah, iaitu menghendaki supaya negara penakluk segera keluar daripada negara yang ditaklukinya. Sikap ini adalah wajar dan adil, sesuai dengan perinsip umum negara-negara yang merdeka yang tidak mahu negara masing-masing diganggu-gugat dan apatah lagi dicerobohi oleh orang lain.

Tetapi sehubungan ini pula, kita juga turut menyesali corak dan bentuk peperangan di Teluk pada hari ini. Kita khuatir apa yang berlaku sehingga hari ini telah melimpasi batas mandat Ketetapan 678 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Mandat itu tidak ada kaitannya langsung dengan pemusnahan bandar-bandar raya, pusat-pusat sejarah, rumah-rumah ibadat dan tempat-tempat suci, hospital-hospital dan pasar-pasar dan lebih-lebih lagi tidak megizinkan kematian dikalangan kanak-kanak dan kaum perempuan dan orang-orang tua yang tidak berdosa.

Page 102: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201292 92

Daripada dalil-dalil yang sedang ditonton oleh dunia hingga hari ini menunjukkan bahawa satu temadun mulai runtuh akibat peperangan. Dan, malahan dunia juga tahu bahawa konflik Teluk apabila berterusan akan membawa bencana sangat besar bukan sahaja kepada pihak-pihak yang berperang, malahan juga kepada alam sejagat. Kesannya adalah tidak mudah untuk digambarkan dengan segera, tetapi yang sudah pasti tidak boleh tidak ianya akan menyebabkan kerugian harta-benda dan wang yang banyak, kerugian mana dimaksudkan untuk kemusnahan, bukan untuk menegakkan kemanusiaan atau membela orang-orang miskin dan melarat di serata dunia ini.

Cubalah gambarkan, satu contoh sahaja dari kesan peperangan ini, iaitu pencemaran laut disebabkan tumpahan minyak di Teluk. Menurut ulasan-ulasan pakar ianya bukanlah perkara mudah untuk di atasi, tetapi mungkin mengambil masa lebih dari seratus tahun bagi pemulihannya semula.

Tidakkah ini suatu petaka yang amat dahsyat, bukan sahaja ke atas manusia malahan juga kepada lain-lain mahluk Allah di permukaan bumi ini.

Berasaskan inilah kita juga turut menyokong kuat setiap usaha damai yang diusahakan oleh mana-mana pihak dari mana pun juga datangnya di samping mengharapkan supaya sekalian aktivis keamanan di seluruh dunia akan dapat menyuarakan sokongan-sokongan dan usaha mereka yang berterusan ke arah mewujudkan perdamaian yang berkekalan.

Adapun hasrat ini kita suarakan dengan niat yang baik lagi suci sebagai sifat kita menjadi warga dunia yang bertanggungjawab. Tidak ada maknanya kita sendiri sahaja yang sedap dan senang sedang warga dunia yang lain menderita di dalam kancah peperangan.

Demikianlah harapan beta, dan juga harapan seluruh rakyat serta penduduk di negara ini ingin melihat wajah dunia ini sentiasa manis

Page 103: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

93Titah 201293

dan berseri-seri, tidak ada yang menangis kerana tertindas atau dizalimi. Inilah perasaan kita dan inilah juga pendirian negara kita.

Hal ini selaras dengan hasrat beta ingin melihat rakyat beta sendiri berada di dalam keadaan aman damai, riang gembira lagi sejahtera. Dan makanya kerana itu pula tugas serta tanggungjawab kerajaan yang paling besar ialah menjadi pelindungan kepada kebajikan rakyat. Sementara rakyat pula hanyalah dituntut supaya mempunyai kesedaran bahawa mereka bukan sahaja mempunyai kerajaan yang menyediakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan tetapi juga untuk memimpin.

Beta berharap dengan mengambil sukut baik di hari yang mulia ini kita sama-sama akan dapat merafakkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga negara kita sentiasa berada didalam aman damai, selamat lagi sejahtera dan makmur. Rakyat serta penduduk sekalian dikurniakan taufiq dan hidayah supaya dengan itu dapatlah mereka menjalani liku-liku hidup ini dengan tidak terpesong daripada landasan hak dan kebenaran.

Untuk akhirnya beta sukacita dengan ini merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih beta kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulangtahun Ketujuh Hari Kebangsaan kita dan juga kepada segenap peserta petugas yang turut memberkati segala sumbangan ikhlas kita itu dengan ganjaran rahmat dan pahala daripada-Nya.

Kepada seluruh rakyat dan penduduk tidak terkecuali semua peringkat di dalam perkhidmatan awam kerajaan, pasukan-pasukan keselamatan dan angkatan bersenjata, beta mengucapkan selamat menyambut dan meraikan Hari Kebangsaan.

Sekian sahaja, Wabillahit Taufiq Wahhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 104: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201294 94

Titah Bersempena Keberangkatan Ke Mukim Seria, Daerah Belait Bagi Mengurniakan Anak-Anak KunciRumah Skim Perumahan Tanah Kurnia Rakyat Jadi

Di Kawasan Lorong Tiga Selatan Seria, Daerah Belaitpada 22 Syabaan 1411 Bersamaan 9 Mac 1991

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala atas limpah Kurnia-Nya yang amat luas kepada kita, selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang setia lagi jujur serta amanah hingga ke akhir zaman.

Beta sangatlah gembira kerana dapat bersama-sama di dalam perhimpunan ini, Beta percaya, kegembiraan itu tentulah juga dirasakan oleh semua kita di sini, terutamanya bagi mereka yang akan menerima anak-anak kunci pada hari ini.

Beta turut memahami, bahawa setiap orang adalah mengingini supaya rancangan ini berjalan lancar, selaras dengan keperluan dan hajat rakyat kepadanya.

Beta adalah mengalu-alukan sambil bersimpati dengan hasrat yang baik ini. Tetapi dalam pada itu, beta juga ingin menekankan, bahawa yang terpenting disini ialah, kita dan kerajaan sudahpun memulakan langkah. Apa juga perkara mestilah ada permulaannya. Dan sekarang ternyata, bahawa kita telah pun melangkah melebihi dari satu langkah atau langkah pertama, hanya tinggal sahaja yang menjadi tanggungjawab kita berikutanya ialah, meneruskan langkah-langkah itu dengan lebih cepat lagi.

Penerusan yang seumpama inilah, beta sifatkan sebagai satu cabaran yang utama yang mesti kita hadapi dan laksanakan. Kita

Page 105: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

95Titah 201295

tidak boleh lari dari cabaran ini. Jangan kita lari, tetapi bersedia menyambutnya sebagai satu tugas dan tanggungjawab besar.

Tidak mengapa kita dicabar oleh tanggungjawab, sebab cabaran seumpama itu akan menjadikan kita lebih gigih dan produktif lagi. Bangsa yang lari atau yang tidak berani meletakkan dirinya berhadapan dengan cabaran-cabaran, adalah bangsa yang layu dan tidak bermaya. Beta fikir, tidak ada satu bangsa di dunia ini yang mengingini keadaan serupa itu.

Kalau tidak silap beta, di Daerah Belait setakat ini, telah tiga kali penyerahan anak-anak kunci di bawah Skim Kurnia Untuk Rakyat Jati. Dua kali daripadanya telah diserahkan sebanyak 47 buah unit rumah, sementara pada kali ini, yakni kali ketiganya, akan diserahkan pula sebanyak 47 buah unit lagi, yang menjadikan jumlah semuanya ialah 94 unit.

Beta dapat mengagak daripada perkembangan ini, bahawa ianya akan turut mengubah suasana di persekitaran Daerah Belait ini pada khususnya, dan Negara Brunei Darussalam pada umumnya.

Jika dahulunya bangunan-bangunan perumahan yang seragam hanyalah dimiliki oleh Syarikat Brunei Shell sahaja, tetapi sekarang keseragaman itu akan berlipat ganda lagi. Beta berharap, pertambahan atau peningkatan ke arah ini akan dapat menepati kehendak-kehandak strategik negara bagi memenuhi keperluan rakyat, dan sambal itu akan mewujudkan juga persekitaran yang indah dan teratur.

Dalam makna, hendaklah kita sama-sama memahami bahawa di samping tugas kita merancang dan mambangun. Juga segala kemudahan yang diperolehi daripada perancangan dan pembangunan itu hendaklah kita pelihara dan urus bersama-sama dengan cara yang sistematik. Kita tidaklah mahu, hanya dua tiga bulan sahaja kita dapat bertahan menjaga kebersihan rumah-rumah baru kita itu dan persekitarannya, tetapi sesudah itu mulai kotor dan bercelaru.

Page 106: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201296 96

Beta tidak ragu-ragu menegaskan, bahawa adapun kejayaan kita dapat mempertahan dan mengekalkan kebersihan serta keselesaan, adalah suatu kebolehan yang sungguh-sungguh tinggi, yang patut diberikan sanjungan atau puijian. Kerana semua ini adalah menggambarkan sifat-sifat titih dan lutanan seseorang itu.

Dan satu lagi perkara yang ingin beta sebut di sini, ialah berkenaan dengan kehidupan berjiran atau bertetangga. Beta tahu, bahawa bukan semua mereka yang berjaya di dalam penempatan di bawah skim ini terdiri daripada orang-orang yang asalnya dari satu tempat atau dari sebuah kampung sahaja. Malahan mereka adalah berasal atau datang dari beberapa tempat atau kampung yang berlainan.

Jadi keadaan mereka adalah seakan-akan orang asing, yang mungkin juga belum pernah berkenalan sebelumnya.

Oleh hal yang demikian, beta sangat berharap supaya akan dicari satu formula untuk mereka itu dapat berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan lebih rapat lagi, iaitu seperti mengadakan majlis-majlis perjumpaan yang melibatkan semua penduduk berkenaan, dengan tujuan untuk menghidupkan semangat muafakat dan muhibah yang mendalam dikalangan mereka.

Khusus dalam era zaman yang tidak menentu ini, modal kita yang paling berharga hanyalah permuafakatan dan muhibah. Kerana dengan adanya permuafakatan yang dijalin oleh perasaan muhibah itu, akan membawa kita kepada kerukunan dan harmoni, akan menumbuhkan sifat-sifat awar-galat dan hormat-menghormati di kalangan masyarakat. Sama juga kalau sebaliknya, jika terjadi perpecahan dan kebencian, maka tidak ada kebaikan yang dapat ditunggu, melainkan bencana dan huru-hara semata-mata.

Jadi di samping kita memperolehi dan menikmati hasil-hasil kemajuan dan pembangunan, kita juga mesti mengambil kira tentang budaya berjiran dan berkampung itu hendaklah benar-benar mengikut lunas-lunas kebruneian yang tulen yang dibina atas asas: Senang sama dirasa dan susah sama ditanggung.

Page 107: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

97Titah 201297

Beta yakin, jika budaya dan konsep berjiran yang seumpama ini di amalkan terus-menerus, maka insya-Allah, Negara Brunei Darussalam tidaklah akan mengalami sebarang kesulitan dimasa-masa depannya.

Akhirnya, beta tidak lupa mengucaokan tahniah kepada calon-calon penerima yang akan menerima anak-anak kunci mereka semoga berbahagia dan sihat afiat sentiasa.

Sekian, Wabillahit Taufiq, Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 108: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 201298 98

Titah Di Majlis Penganugerahan Geran-Geran Tanah,Skim Perancangan Semula Perpindahan Kampong-Kampong

Di Kawasan Anggerek Desa Berakaspada 26 Syaaban 1411 Bersamaan 13 Mac 1991

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, marilah kita merafakkan syukur dan pujian ke hadrat Allah Subahanahu Wataala atas limpah kurnia-Nya mengizinkan kita dapat berkumpul pada hari ini, selawat dan salam ke atas Junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia serta amanah hingga ke akhir zaman.

Setiap kali beta berpeluang menghadiri majlis seperti ini, maka setiap kali itu pula beta merasakan betapa luasnya rahmat Allah kepada negara kita ini serta segala isi di dalamnya.

Dan kemudian sekaligus, beta juga terbayang akan nasib setengah penduduk dunia yang pernah kita lihat atau baca, bahawa terdapat orang-orang yang terlantar, yang tidak mempunyai rumah atau tempat-tempat kediaman yang tetap, iaitu sebagai akibat dari kemiskinan dan sistem ekonomi dunia yang pincang, yang tidak sahaja berlaku di negara-negara mundur, bahkan juga di negara-negara yang maju.

Demikian, masalah homeless umpamanya, bukanlah menjadi rahsia lagi tetapi sudah amat ketara di dunia hari ini.

Di antara factor yang menyebabkan berlakunya perkara ini, di samping kemiskinan dan sistem ekonomi yang pincang, juga adalah berpunca dari kesempitan ruang, atau dengan kata lain ketiadaan dan kekurangan tanah, sedangkan pendudukan terus meningkat dengan pesatnya.

Page 109: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

99Titah 201299

Bagi negara-negara yang mengalami masalah serupa ini, mereka itu sama ada akan memilih jalan yang tidak berkesudahan, iaitu dengan mengambil ringan sahaja penderitaan rakyat mereka, atau ada juga yang memilih jalan ringkas dengan cuba mengatasi masalah ini setakat yang termampu, seperti menyediakan rancangan-rancangan perumahan murah atau rumah pangsa yang serba limited.

Menurut analisis pakar-pakar ekonomi dan social, keadaan yang serba terbatas dan sempit ini, boleh menyebabkan kurang selesa dan tenteram di kalangan penghuni-penghuni berkenaan. Dan ini, akan membawa seseorang itu lebih suka berjalan-jalan atau melancong untuk melepaskan diri daripada kesempitan yang menekannya itu.

Maka dalam hubungan ini, beta rasa, kita di Brunei Darussalam belumlah sampai ke tahap itu. Kita masih beruntung melalui rancangan-rancangan yang sedia ada, sama ada yang telah lama berjalan ataupun yang baru diperkenalkan.

Umpamanya majlis kita pada hari ini, adalah berkait langsung dengan rancangan perpindahan asal bagi orang-orang yang terdahulu. Mereka ini akan menerima geran-geran tanah yang mempunyai keluasan lebih kurang ½ ekar bagi tiap-tiap seorang. Jumlah mereka ialah seramai 196 orang.

Menyentuh mengenai dengan tanah ini, rakyat jati perlulah menyedari, bahawa satu-satunya jenis harta yang paling bernilai, ialah tanah. Tanah adalah tempat diam, tempat kita berhidup. Tanpa tanah, seseorang akan menjadi dagang dan papa. Lebih baik sedikit wang dari tidak mempunyai tanah. Sebab daripada tanah itu, orang akan dapat bermacam-macam jenis rezeki, termasuklah rezeki kebebasan dan kemerdekaan. Adapun dua jenis rezeki ini, tidak akan dapat dibeli. Walaupun dengan wang ringgit yang banyak.

Sebagai bukti, cuba kita ingatkan nasib orang-orang malang yang tidak bertanah, mereka itu kadang-kadang menjadi setinggan yang sentiasa diburu-buru. Mereka tidak lagi mempunyai kebebasan,

Page 110: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012100 100

bahkan telah dianggap sebagai penjenayah kerana menduduki tanah-tanah yang bukan milik mereka.

Ini satu tragedi yang menimpa ke atas orang-orang yang tidak mempunyai tanah.

Dan berdasarkan inilah, suka beta mengingatkan kepada rakyat beta, khususnya rakyat jati di negara ini, supaya peka dengan masalah tanah ini. Janganlah ia dijadikan perkara secondary, tetapi patut diutamakan sebagai asas mengekalkan “ketuanan” serta sumber rezeki yang berkat.

Kita tidak mahu ada di kalangan masyarakat rakyat jati itu orang-orang yang tidak sayangkan tanah, seperti setengah orang-orang kita dahulu, yang sangat mudah menjualkan tanah-tanah mereka, walaupun dengan harga yang paling rendah. Atau ada juga tanah-tanah itu yang tergadai begitu sahaja, disebabkan oleh hutang-hutang yang tidak dapat dijelaskan, walaupun kadar hutang tersebut tidak seberapa.

Demikianlah, kita pernah mendengar, disebabkan hutang yang sedikit, yang tidak sampai berbelas ribu atau berpuluh-puluh ribu ribu ringgit, boleh menyebabkan berbelas-belas atau berpuluh-puluh ekar tanah terpaksa ke tangan orang lain.

Hal ini amatlah mendukacitakan, kerana ia boleh membawa kepada kekecewaan dan penyesalan yang berpanjangan. Oleh itu, adalah perlu sikap dan tabiat yang merugikan ini dibuang habis-habis sehingga ke akar-umbinya.

Akhirnya, beta tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada calon-calon yang berjaya menerima geran-geran tanah di bawah Skim Perancangan Semula Kawasan-Kawasan Perpindahan bagi empat buah kampung pada hari ini.

Beta berharap, mereka yang menerimanya kelak, akan sentiasa bersyukur ke hadrat Allah Subhanahun Wataala, serta sambil itu

Page 111: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

101Titah 2012101

dapat pula mematuhi segala syarat dan peraturan, demi kepentingan dan kebaikan pada hari ini.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 112: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012102 102

Titah Di Majlis Sambutan Malam Nuzul Al-QuranDi Pusat Persidangan Antarabangsa

pada 16 Ramadan 1411 Bersamaan 2 April 1991

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas kekasih-Nya. Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia serta amanah hingga ke akhir zaman.

Beta amat bersyukur di atas limpah kurnia Allah yang telah mengizinkan kita berkumpul pada malam ini, bagi memperingati turunnya kitab suci Al-Quran yang berlaku pada malam 16 Ramadan.

Sebagaimana kita telah membaca sejarah, bahawa dengan turunnya Al-Quran itu, bentuk dunia dan kehidupan telah turut berubah, iaitu daripada gelap kepada terang-benderang dan daripada kebuasan dan keganasan kepada rahmat dan kasih sayang.

Selama lebih daripada seribu tahun Al-Quran itu sudahpun teruji. Tidak ada suatu ajarannya yang dapat diperkecilkan oleh sebarang penemuan baru hingga ke hari ini. Walaupun banyak percubaan-percubaan orang untuk merosakkan imejnya, namun Al-Quran tetap tidak terjejas, dan malahan percubaan-percubaan musuh ke arah itu ada yang menikam tuannya sendiri.

Pada hemat beta, kita tidaklah perlu terlalu cemas dengan gerakan-gerakan anti Al-Quran di luar Jemaah umat Islam, berasaskan ianya adalah kitab Allah. Dan sebagai sifatnya kitab Allah yang penuh dengan mukjizat dan berkat itu, maka adalah Allah jua yang lebih perkasa untuk memelihara dan melindunginya.

Tetapi apa yang penting bagi kita umat Islam pada hari ini, ialah melihat bagaimanakah bentuk hubungan kita dengan Al-Quran

Page 113: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

103Titah 2012103

setakat ini? Adakah hubungan itu begitu rapat dan mesra atau sebaliknya mengecewakan?.

Walaupun kita belum pernah membuat sebarang perangkaan mengenainya, tetapi patut juga kita merasa khuatir tentang masa depan umat Islam dengan Al-Quran. Kerana terdapat dalil-dalil awal, bahawa umat Islam itu semakin jauh dan renggang daripada Al-Quran. Ini, tidak bermakna ianya berlaku di dalam negeri kita semata-mata, bahkan dimana-mana sahaja di seluruh pelusuk dunia ini. Sekali-sekala kita terbaca pernah mendengar pihak-pihak berkenaan bersungut tentang orang-orang Islam yang tidak pandai membaca Al-Quran, terutama di kalangan angkatan muda dan kaum belia.

Sungguhpun aktiviti pertandingan membaca Al-Quran itu diadakan pada setiap tahun, sama ada di dalam mahupun di luar negara, namun itu belumlah dapat dijadikan bukti, bahawa umat Islam secara keseluruhannya sudah dapat menguasai pembacaan Al-Quran dengan sesempurna-sempurnanya. Di negara kita sahaja umpamanya masih juga kekal dengan tokoh-tokoh lama yang ada, walaupun kita sudah sekian lama mengadakan pertandingan demi pertandingan. Dan ini, adalah satu bukti yang lain pula, bahawa dengan pertandingan sahaja, barangkali belumlah memadai untuk melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru, yang sekira-kira boleh mengatasi atau setidak-tidaknya menandingi tokoh-tokoh lama yang sudah established.

Sebab itu, demi untuk menuju kepada suatu masyarakat Muslimin

yang pandai membaca Al-Quran, maka beta berfikir negara patutlah menimbangkan suatu cara atau jalan, selain daripada cara atau jalan yang ada sekarang, iaitu sebagai langkah kita untuk mejamin suatu keadaan atau masa, di mana kita pada akhirnya akan sampai juga kepada matlamat : Bahawa orang-orang Islam di Negara Brunei Darussalam ini, dengan tidak mengira apa juga peringkatnya, adalah pandai membaca Al-Quran.

Page 114: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012104 104

Tidak mengapa cara yang ada sekarang kita teruskan juga. Sekolah-sekolah agama, maktab perguruan agama dan masjid-masjid akan terus berfungsi mengajarkan al-Quran. Tetapi di samping itu, dasar pendidikan kebangsaan yang konkrit, barangkali mustahak juga dihubungkan dengan usaha yang mulia ini.

Mengapa beta berpendapat demikian itu?

Kerana ianya adalah merupakan kewajipan negara serta keperluan bagi orang-orang Islam sendiri untuk memenuhi tuntutan fardu ain masing-masing dalam bidang pembacaan Al-Quran. Tanpa adanya pengetahuan membaca Al-Quran, boleh sahaja menjejaskan amal ibadat seseorang menjadi kurang sempurna., sebab ibadat dalam Islam itu banyak yang dilakukan dengan tulisan dan bahasa Al-Quran.

Jadi tidak syak lagi, usaha ke arah ini adalah merupakan pekerjaan yang sangat besar, dan bahkan asasi bagi setiap individu Muslim. Pekerjaan yang besar bagini, hanyalah akan dapat dicapai dengan baik dan berhasil, apabila ianya dilakukan dengan teratur dan bersungguh-sungguh. Maka untuk itulah, ianya patut dijadikan dasar dan objektif negara.

Beta menyifatkan dasar dan matlamat kita ke arah ini, adalah

sebahagian daripada usaha dan cita-cita untuk mencapai kemuliaan dan ketahanan, sebagaimana maksud tema sambutan kita pada malam ini. Beta berharap, ianya akan segera diambil ingatan dan perhatian oleh pihak yang berkenaan.

Mengambil kesempatan di majlis yang bersejarah ini, beta tidak lupa mengajak seluruh rakyat beta yang berugama Islam supaya terus menghayati baki malam-malam terakhir dari bulan Ramadan ini, semoga dengan izin Allah jua, kita akan memperolehi Lailatulqadar yang penuh dengan keberkatan itu.

Page 115: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

105Titah 2012105

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh.

Page 116: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012106 106

Titah Sempena Hari Raya Aidilfitripada 1411 Hijrah

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd. Allah Yang Maha Besar, segala puji-pujian adalah untuk-Nya jua. Kita bersyukur di atas limpah kurnia-Nya yang sangat banyak kepada kita, selawat dan salam ke atas Rasul pilihan Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia serta amanah hingga ke akhir zaman.

Dengan hati yang putih dan bersih, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dapat menyempurnakan ibadat puasa kita selama sebulan. Kita telah menjalani ujian yang berat, dengan menahan selera dan naluri kita, yang biasanya kita penuhi selama sebelas bulan.

Kini ujian itu sudahpun selesai dan pada hari ini kita memasuki pula gerbang Hari Raya Aidilfitri yang mulia, sebagai hadiah daripada Allah kepada umat Islam setelah berjaya melakukan ibadat puasa yang dituntut oleh syarak itu.

Mudah-mudahan ibadat yang penuh berhikmat, yang kita lakukan dengan susah payah dan sabar itu, akan diterima oleh Allah sebagaimana yang dijanjikan-Nya.

Sekarang ialah giliran kita menghadapi satu suasana yang lain pula, iaitu suasana berhari raya. Itulah sebabnya Hari Raya kadang-kadang tidak lagi menjadi ibadat, tetapi sebaliknya bertukar jadi perkara lain.

Jadi beta berharap, supaya Hari Raya yang akan kita rayakan ini, adalah bersih daripada sebarang bentuk perayaan yang merugikan kita, sama ada kerugian itu dari segi akhirat mahupun keduniaan.

Page 117: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

107Titah 2012107

Amalan-amalan yang negatif yang tidak sayugia dilakukan, janganlah dibuat, seperti berbelanja dengan melampau-lampau dan membazir. Ingatkanlah hari esok selepas berlalunya Hari Raya itu. Keperluan di hadapan kita biasanya terlalu banyak lagi untuk dipenuhi.

Demikian juga, suka beta ingatkan, bahawa dalam masa kita merayakan Hari Raya ini, janganlah sampai kita terlupa kepada kewajipan-kewajipan asasi kita, lebih-lebih lagi kewajipan terhadap Allah, kerana kadang-kadang bukan tidak pernah berlaku, disebabkan oleh terlalu sibuk dan asyik dengan hiburan atau dengan bersukaria itu, sama ada di dalam atau di luar rumah, maka ada yang sampai terlepas waktu sembahyang.

Hal seumpama ini jika terjadi, adalah amat berlawanan sekali

dengan attitude muslim sejati.

Sepatutnya orang-orang Islam mustahak menyedari, bahawa setiap apa jua tingkah laku dan perbuatan kita adalah mewakili ugama kita yang Maha Suci. Kerana itu kewajipan yang utama kita, ialah memelihara imej ugama ini, yang tertakluk sepenuhnya kepada pembawaan dan keolahan kita sendiri.

Mengenai dengan suasana dan keadaan negara, beta sangatlah berpuas hati sambil bersyukur, kerana negara, dengan izin Allah jua, sentiasa berada di dalam aman dan selamat. Keamanan dan keselamatan itu adalah kurnia Allah yang tidak ternilai harganya, kerana bukan semua orang yang dapat memilikinya.

Cuba kita perhatikan di dalam dekad-dekad terakhir ini, hampir maratai dunia kita dilanda oleh krisis keamanan. Dan kemuncak daripada krisis itu ialah tercetusnya peperangan-peperangan, sama ada perang kecil-kecilan seperti peperangan saudara sesama sendiri ataupun perang terbuka di antara sebuah negara dengan negara yang lain yang semuanya itu mengakibatkan penderitaan berat kepada rakyat-rakyat berkenaan.

Page 118: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012108 108

Beta dalam suasanan yang bersukut mulia ini, tidak lupa merafakkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga apa yang kita nikmati selama ini, termasuk juga nikmat keamanan itu hendaknya akan berkekalan hingga turun temurun.

Namun begitu usaha-usaha bagi mengubati penyakit-penyakit masyarakat hendaklah digiatkan terus, kerana penyakit-penyakit itu jika berkembang dan merebak, boleh merosak dan mengancam keamanan serta keselamatan.

Jadi kewajiban kita yang paling utama, ialah mencegahnya sebelum terjadi.

Kerana itu bukan sahaja penyakit masyarakat yang kita memang sudah jelas bahaya-bahayanya seperti jenayah kerana merompak, membunuh dan menculik, bahkan jenayah judi, minum, mengganggu ketenteraman awam, merosakkan harta-benda kerajaan dan sebagainya itu, juga mustahaklah diawasi dan dibersihkan sebersih-bersihnya. Kerana daripada yang disangka kecil ini akan boleh merebak dan menjadi barah di dalam masyarakat.

Maka untuk itu, kewajipan adalah terpikul kepada semua pihak terutama pihak polis, yang secara langsung bertanggungjawab untuk mempastikan keamanan dan keselamatan negara.

Menyebut peranan polis ini, beta adalah turut mengikuti apa juga perkembangan yang berlaku, yang berkaitan dengan kegiatan-kegiatan pihak polis di dalam memelihara dan mengawal keselamatan dan ketenteraman negara. Pada beta, sekecil-kecil peranan mereka itu adalah besar ertinya kerana didalam soal keselamatan dan ketenteraman ini, tidak ada perkara yang boleh dianggap ringan, apatah lagi jika sesuatu itu sudah benar-benar dikenal pasti sebagai boleh menggugat dan mejejaskan kestabilan yang sedia wujud.

Maka sehubungan ini, beta menghargai dan malahan juga memuji kejayaan oleh pihak polis dalam membenteras jenayah-jenayah sosial, yang dilakukan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab,

Page 119: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

109Titah 2012109

seperti umpamanya baru-baru ini mereka telah berjaya menumpaskan satu percubaan untuk menyeludup masuk minuman keras ke negara ini, percubaan mana seolah-olah mencabar keunggulan undang-undang dan peraturan negara.

Apapun yang terjadi, semuanya itu adalah juga merupakan cabaran kepada pihak polis, khususnya dan masyarakat pada umumnya, untuk lebih melipat gandakan lagi kewaspadaan masing-masing terhadap anasir-anasir yang tidak mengindahkan undang-undang ini.

Sekali lagi beta tegaskan, bahawa beta tidak akan jemu-jemu untuk terus megikuti apa jua perkembangan dan kegiatan pihak polis dalam usaha mereka membenteras segala macam kegiatan jenayah di negara ini. Beta berharap, sebarang tangkapan atau kes jenayah hendaklah diselesaikan menurut proses undang-undang bukannya dengan cara sesuka hati atau menurut budi bicara perseorangan.

Akhirnya beta berharap supaya hari yang mulia ini akan dijadikan landasan yang sebaik-baiknya bagi kita mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta memantapkan amalan hormat-menghormati di antara sesama kita.

Demikian juga, mengambil sukut yang berkat ini, beta dan keluarga beta, dengan tulus ikhlas serta amat sukacita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua lapisan rakyat beta yang berugama Islam, semoga sekaliannya akan dapat merayakan hari yang, mulia ini dengan penuh kegembiraan, sihat walafiat dan murah rezeki.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akhbar, Walillahil Hamd.

Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 120: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012110 110

Titah Sempena Lawatan Khas Oleh Tuan Yang Terutama Toshiki Kaifu Perdana Menteri Jepun

Ke Negara Brunei Darussalampada 29 April 1991 Bersamaan 14 Syawal 1411

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subahanahu Wataala selawat dan salam ke atas Nabi kita, Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan para pengikut Baginda yang taat lagi jujur serta amanah hingga ke akhir zaman.

Tuan Yang Terutama,

Adalah beta dengan penuh gembira serta bangga mengalu-alukan Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Jepun, di atas kunjungan tuan yang bersejarah ini serta julung-julung kali ke Negara Brunei Darussalam. Dengan kunjungan tersebut, dapatlah pula beta membaharui hubungan peribadi yang telah sedia wujud semenjak pertemuan kita di Tokyo tahun yang lepas, iaitu bersempena dengan pertabalan Duli Yang Maha Mulia Maharaja Akihito.

Beta adalah turut mengkagumi upacara-upacara di sekitar pertabalan tersebut, yang penuh dengan unsur-unsur tradisi budaya asli Jepun yang gilang-gemilang yang menjadi lambang dan gambaran keagungan suatu bangsa yang beraja semenjak turun-temurun.

Beta juga ingin menghulurkan sambutan mesra kepada Puan Kaifu dan sekalian ahli rombongan tuan.

Beta yakin lawatan tuan ke Negara Brunei Darussalam ini, akan merapatkan lagi hubungan antara kedua buah negara kita yang bersahabat, dengan berlandasan prinsip-prinsip kerjasama dan amalan hormat-menghormati.

Page 121: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

111Titah 2012111

Hal ini telah pun terbukti semenjak dari tertubuhnya hubungan diplomatik antara kedua buah negara kita pada tahun 1984. Dari semenjak itulah, jalinan kerjasama yang bermanfaat di dalam berbagai bidang semakin meningkat, termasuklah bidang ekonomi, perdangangan dan pendidikan.

Di dalam bidang ekonomi dan perdagangan umpamanya, Negara Brunei Darussalam bagi tahun 1987 sahaja, telah pernah mengeksport minyak dan gas ke Jepun sehingga mencapai harga dua ribu empat ratus tujuh puluh tiga juta ringgit Brunei, sementara pada tahun yang sama, barang-barang dagangan yang diimport daripada jepun, seperti barang-barang elektronik, mesin dan kenderaan bermotor adalah mencapai seratus Sembilan puluh empat juta ringgit Brunei.

Dalam bidang pendidikan den pelajaran pula, beta tidak lupa untuk mengenang semula tentang sumbangan yang pernah disumbangkan oleh Mitsubishi Corporation of Japan bersempena dengan kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada tahun 1984. Sumbangan itu adalah berupa alat-alat bagi kegunaan Pusat Latihan Mekanik. Pusat ini mula dibuka pada Januari tahun 1986. Japan International Cooperation Agency (JICA) telah membiayai dua tenaga pengajar dari Jepun secara secondment dan melatih tenaga-tenaga pengajar tempatan pusat ini di Jepun.

Walaupun sumbangan ini amat terhad, tetapi besar ertinya kepada kita, terutama dari segi perhubungan yang baru ditaja sesudah merdeka.

Sikap ‘hati terbuka’ Jepun seperti ini, adalah menambahkan lagi perhatian dunia terhadapnya di samping satu ciri khusus yang sudah sedia ada, yang dimilikinya selepas Peperangan Dunia Kedua, iaitu pencapaiannya yang paling tinggi dan cepat di dalam bidang ekonomi, sehinggakan banyak negara yang mahu meniru atau mencontohinya atau dengan kata lain, yang mahu menerima pimpinannya di dalam bidang ini.

Page 122: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012112 112

Beta melihat keunggulan Jepun semakin ketara, apabila Krisis Teluk berlaku, yang mengakibatkan beberapa negara kaya sendiri telah menanggung defisit perdagangan dan hutang luar yang besar, sedangkan Jepun masih terus mengekalkan kestabilan ekonominya sendiri.

Kemudian merujuk penglibatan Jepun dalam rancangan-rancangan kemajuan yang sedang kita ungkayahkan pada masa ini, umpamanya dalam Sektor Telekom, Negara Brunei Darussalam banyak menggunakan alat-alat buatan Jepun termasuk exchange, radio equipment, microwave equipment dan sebagainya. Dan baru-baru ini pula sebuah Syarikat Jepun, NEC Corporation telah berjaya dalam ‘International tender’ bagi membuat supply dan install, dan seterusnya menyiapkan Sistem Kabel Dasar Laut di dalam dua peringkat, Insya-Allah, apabila kedua-duanya siap nanti, maka dapatlah ia berfungsi menghubungkan Negara Brunei Darussalam dengan negara-negara lain di dunia termasuk Jepun dengan lebih kemas dan sempurna lagi.

Inilah di antara gambaran ringkas tentang kerjasama dan sumbangan timbal-balik di antara Negara Brunei Darussalam dan Negara Jepun yang ingin beta nyatakan.

Beta berharap, kerjasama yang rapat serta hubungan yang lebih mesra akan dapat dipertingkatkan terus di antara Negara Brunei Darussalam dan Jepun, bagi suatu tahap keadaan yang cukup membahagiakan rakyat di kedua buah negara berkenaan.

Kepada Tuan Yang Terutama pada khususnya dan rakyat Jepun pada umumnya, beta dan rakyat beta menghulurkan persahabatan yang mesra, dan berharap ianya akan terus diperkukuhkan dari masa ke semasa.

Akhirnya beta juga mengharapkan yang Tuan dan Puan Kaifu serta rombongan akan berada di Negara Brunei Darussalam ini dalam keadaan yang aman dan selesa.

Page 123: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

113Titah 2012113

Sekian terima kasih, dan beta sudahi dengan Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 124: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012114 114

Titah Sempena Lawatan Khas Oleh Tuan Yang Terutama Goh Chok Tong, Perdana Menteri

Singapura Ke Negara Brunei Darussalampada 30 April 1991 Bersamaan 15 Syawal 1411

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subahanahu Wataala, selawat dan salam ke atas Nabi kita, Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan para pengikut Baginda yang taat lagi jujur serta amanah hingga ke akhir zaman.

Tuan Yang Terutama,

Beta suka merakamkan penghargaan beta yang tinggi, serta mengalu-alukan di atas kunjungan Tuan Yang Terutama ke Negara Brunei Darussalam. Dengan kunjung ini, bermakna satu lagi lembaran baru terbuka.

Baik di masa yang lalu mahupun sekarang, negara kita akan terus menjalin dan mengekalkan hubungan yang baik dan mesra yang mambawa kepada keuntungan dan manfaat bagi kedua belah pihak. Hubungan ini tidak akan terjejas, sekiranya ia kekal di atas lunas-lunas kejujuran dan persefahaman yang membina.

Beta menyedari bahawa Singapura adalah merupakan rakan di dalam berbagai bidang kerjasama. Ia telah membantu kita bagi menyediakan beberapa bentuk kursus dan latihan di segi pengurusan dan teknikal, yang membolehkan kita mengambil beberapa pengalaman daripadanya, sebagai langkah ke arah memperkemas sumber tenaga manusia kita.

Bidang-bidang kerjasama itu meliputi bidang pelajaran, perhubungan, penyiaran dan lain-lain, yang diasaskan atas asas serta dasar ‘setia kawan’ dan semangat serantau yang ikhlas. Dan ke arah ini, masing-masing kementerian di dalam kerajaan beta,

Page 125: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

115Titah 2012115

telah menyusun rancangan-rancangan yang perlu mengenainya, seperti rancangan di bidang pelajaran telah melibatkan Pegawai-pegawai Pelajaran sendiri, Pengetua-pengetua dan Guru-guru Besar di Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah, bagi mengikuti kursus-kursus seperti Post Graduate Certificate/Diploma in Education, Diploma in Educational Administration, Vocational and Industrial Training Board dan lain-lain.

Di bidang perhubungan pula, kita juga telah meminta Singapura untuk melatih pegawai-pegawai kita daripada Jabatan Penerbangan Awam, terutama sekali pegawai-pegawai dari Air Traffic Control (ATC), kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Singapura adalah ideal. Demikian juga yang lain-lain, termasuk Port of Singapore Authority telah juga memberikan latihan kepada pegawai-pegawai Jabatan Pelabuhan kita di dalam mengendalikan pelabuhan.

Selain daripada itu, beberapa jenis kerjasama juga telah dirintis seperti kerjasama di bidang penyiaran TV, yang berupa pertukaran rancangan-rancangan yang sesuai, selaras dengan kemajuan teknologi perhubungan, bagi faedah-faedah, bukan sahaja bagi rakyat Negara Brunei Darussalam dan Singapura, bahkan juga saudara-saudara mereka di negara-negara tetangga.

Dalam bidang perhubungan ekonomi dan kewangan, Negara Brunei Darussalam dan singapura mempunyai ‘parity’ yakni kemudahan kadar pertukaran antara B$ dan S$. Hak ini bukan sahaja menyenangkan perhubungan perniagaan dan ‘tourism’ di antara kedua buah negara, malahan juga, adalah kedua matawng tersebut saling kukuh-mengukuhkan antara satu dengan yang lain dalam financial markets.

Kerjasama di bidang undang-undang pula, satu persetujuan telah diambil oleh Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura bagi membantu antara satu sama lain berkenaan dengan penyerahan penjenayah-penjenayah yang dikehendaki oleh masing-

Page 126: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012116 116

masing. Perkara ini adalah berjalan dengan lancar dan efisien, serta menghasilkan manfaat kepada kedua buah negara di dalam usaha mereka melawan dan menumpaskan penjenayah-penjenayah.

Seperti keadaan negara-negara lain juga, kedua negara kita adalah sama-sama mengambil berat berkenaan dengan keselamatan dan pertahanan. Kerana itu, sesuai dengan saiz dan keperluan kita yang tidak jauh berbeza, maka Negara Brunei Darussalam dan Singapura juga mempunyai hubungan kerjasama yang baik, khasnya didalam bidang latihan-latihan bersama ketenteraan, semata-mata dengan tujuan untuk mencari dan menambahkan pengalaman masing-masing.

Tetapi bagaimanapun, sebagaimana yang sama-sama kita fahami bahawa bentuk kerjasama di dalam bidang ini adalah merupakan sesuatu yang mungkin sahaja berubah-ubah dari masa ke semasa, tertakluk kepada keadaan dan keperluan jua.

Tuan Yang Terutama,

Sebagimana Negara Brunei Darussalam dan Singapura saling perlu-memerlukan, maka demikian juga, kita sedia menyedari akan jiran-jiran kita yang dekat adalah saling bergantung dan berhubung di antara satu dengan yang lain.

Maka dalam konteks ini, perhubungan kita dalam ASEAN adalah penting dan mustahak dikekalkan. Tanpa kerjasama yang rapat dan perpaduan di kalangan ahli-ahli ASEAN, maka kejayaan dan kestabilan di rantau ini tidak mungkin dicapai.

Kita turut menyedari, bahawa perubahan politik dan ekonomi dunia yang dramatik, serba sedikit mendedahkan ASEAN kepada cabaran-cabaran yang baharu. Kerana itu kita perlu menghadapinya secara positif terhadap masa depan kita dalam ASEAN, serta merancang strategi-strategi yang tepat, yang akan menyampaikan kita kepada objektif masa depan itu.

Page 127: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

117Titah 2012117

Tuan Yang Terutama,

Sekali lagi beta ingin merakamkan rasa gembira beta dan juga rakyat Negara Brunei Darussalam di atas kunjungan Tuan Yang Terutama dan Puan Goh serta rombongan ke negara ini, dan berharap mudah-mudahan detik yang bersejarah ini akan menjadi tali penghubung yang lebih bermakna di antara negara dan rakyat kita masing-masing pada masa ini dan akan datang.

Sekian sahaja, terima kasih, dan beta sudahi dengan Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 128: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012118 118

Titah Sempena Keberangkatan Baginda Ke Kampong Lambak Kanan, Mukim Berakas

Bagi Menyempurnakan Penyerahan Anak-Anak Kunci Rumah Di Bawah Skim Perumahan

Negara Lambak Kanan Peringkat Ke-Iv Fasa Iipada 3 Zulkaedah 1411 Bersamaan 18 Mei,1991

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subahanahu Wataala, selawat dan salam ke atas Nabi kita, Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan para pengikut Baginda yang jujur lagi taat serta amanah hingga ke akhir zaman.

Beta bersyukur kerana berpeluang sekali lagi membuat lawatan ke Mukim Berakas ini, dan seterusnya akan menyerahkan anak-anak kunci rumah di bawah Skim Perumahan Negara Lambak Kanan Peringkat Ke-IV Fasa II kepada 49 orang peserta yang berjaya. Beta tidak lupa mengucapkan tahniah kepada mereka itu.

Beta telah difahamkan, bahawa sebanyak 508 buah rumah telah pun diserahkan bagi kawasan Lambak Kanan ini, sementera sebanyak 507 unit lagi sedang dalam peringkat pembinaan. Beta berharap, mana yang sedang dalam pembinaan itu akan dapat disiapkan dengan cepat, supaya lebih ramai lagi rakyat dan penduduk berpeluang menikmatinya.

Maka untuk itu, tanggungjawab pihak-pihak berkenaan dalam kerajaan hendaklah disempurnakan dengan sebaik-baiknya, termasuklah juga pihak-pihak swasta yang terbabit, mereka itu adalah dikehendaki supaya menepati target dan tempoh masa projek itu mesti disiapkan.

Untuk kali ini, beta amatlah gembira, kerana satu lagi tugas kerajaan bagi mewujudkan persekitaran fizikal yang teratur dan selesa untuk rakyat, telah dapat dilaksanakan.

Page 129: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

119Titah 2012119

Tidak ada yang lebih mulia dan agung bagi sesebuah kerajaan atau negara itu, dari senantiasa berusaha untuk memenuhi keperluan-keperluan asasi rakyatnya terutama dalam menyediakan perumahan atau tempat tinggal untuk mereka.

Sesungguhnya, banyak sekali negara-negara di dunia yang gagal berbuat demikian itu, kerana berpunca dari berbagai-bagai sebab, seperti kerana kemiskinan, atau kerana factor-faktor sosio-politik yang menggangu pembangunan dan perancangan mereka.

Selain daripada itu, ada juga sebab-sebab lain yang tersendiri, yang terjadi di luar dugaan dan kehendak kita, iaitu seperti bencana-bencana alam dan sebagainya.

Boleh dikatakan, pada setiap detik dan ketika ada sahaja tragedi yang berlaku di merata dunia. Kematian, kebuluran dan kehilangan rumahtangga adalah menjadi perkara biasa dan lumrah.

Umpamanya baru-baru ini, kita di negara ini juga turut di kejutkan oleh suatu malapetaka yang telah menimpa Negara Bangladesh. Lebih 100 hingga ke-200 ribu rakyatnya dikhuatiri mati. Di samping berjuta-juta yang terselamat pula sedang di ancam oleh kebuluran dan kematian akibat dari kekurangan air bersih dan makanan.

Ini belumlah termasuk kemusnahan rumah-rumah atau tempat-tempat kediaman, yang tentunya adalah lebih sukar lagi untuk membangunnya semula.

Maka atas nama kemanusiaan, dan lebih-lebih lagi kerana ikatan persaudaraan Islam, kerajaan beta dengan penuh simpati telah turut menghulurkan sedikit bantuan kepada Bangladesh.

Dan sehubungan dengan ini juga, sukalah beta menyarankan supaya seluruh rakyat beta, dengan tiada mengira ugama, akan dapat menghulurkan derma atau sedekah peribadi masing-masing

Page 130: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012120 120

dengan seangkat-angkat hati yang patut. Adapun bagi urusan pengumpulan dan lain-lain, bolehlah ianya dikendalikan oleh pihak-pihak berkenaan di dalam kerajaan.

Beta menganggap, bahawa keterlibatan rakyat dalam perkara ini adalah besar ertinya, sekurang-kurangnya suatu langkah baru ke hadapan dalam mengasuh kesedaran sejagat, serta suatu cara bagaimana menghidupkan imperatif moral Islam.

Berbalik mengenai dengan usaha-usaha kerajaan beta untuk kesejahteraan rakyat dan penduduk yang di antaranya ialah langkah meninggikan taraf hidup.

Maka sehubungan ini, beta telah mengarahkan supaya dikaji balik kedudukan Elaun-elaun khas bagi pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan beta yang berjalan pada masa ini. Dan hasil daripada kajian tersebut, beta telah memperkenankan suatu perubahan baru hendaklah dibuat mengenai dengan Elaun-Elaun Khas tersebut, iaitu seperti berikut:

Pegawai-pegawai dan kakitangan dalam Perkhidmatan Awam yang berjawatan Tetap, yang dilantik dalam jawatan sebulan ke sebulan, yang di dalam Open Vote, yang Bergaji Hari; dan dalam perkhidmatan Berkontrak yang gaji kontrak masing-masing tidak melebihi $2,970 sebulan:

(i) Pegawai-pegawai dan kakitangan dalam Bahagian II akan menerima tambahan sebanyak 50 peratus.

(ii) Pegawai-pegawai dan kakitangan dalam Bahagian III akan menerima tambahan sebanyak 70 peratus, dan

(iii) Pegawai-pegawai dan Kakitangan dalam Bahagian IV dan ke bawah akan menerima tambahan sebanyak 100 peratus.

Sementara Pegawai-pegawai dan Kakitangan dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan

Page 131: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

121Titah 2012121

Bomba dan Jabatan Penjara yang sudah menerima Elaun “P” iaitu mereka yang dari bahagian II hingga ke bawah akan juga sama-sama menerima Elaun Khas ini mengikut kadar-kadar yang ditentukan.

Demikian juga Elaun-elaun Pencen Negara dan Bantuan Kebajikan, Elaun Bantuan Tibi dan Elaun Bantuan Tibi bagi Tanggungan Dewasa, akan mengalami tambahan atau kenaikan yang sama mengikut kadar-kadar yang telah ditetapkan.

Semua penambahan dan pemberian elaun-elaun dan bantuan ini akan berkuatkuasa mulai 1 haribulan Mei, 1991.

Beta berharap, dengan adanya tambahan dan pemberian ini, dapatlah ianya meringankan bebanan sara-hidup mereka yang berkenaan.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 132: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012122 122

Titah Sempena MenyambutAwal Tahun Hijrah 1412

(Hari Jumaat Malam Sabtu 12 Julai, 1991)

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan rahmat dan nikmat-Nya kepada kita. Selawat dan salam ke atas Junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi jujur serta amanah hingga ke akhir zaman.

Kita melangkah sekarang ke tahun baru Hijrah, 1412. Tahun 1411 telah berakhir, tetapi apa-apa yang terjadi di dalamnya akan menjadi kenangan dan sejarah yang berpanjangan.

Tahun 1411 telah pun merakamkan berbagai-bagai peristiwa yang sukar untuk dilupakan. Di antaranya dunia telah menyaksikan ratap-tangis akibat peperangan, di samping beberapa kejadian lain yang juga tidak kurang ngerinya, seperti bencana-bencana atau malapetaka-malapetaka alam yang dahsyat-dahsyat.

Namum begitu, di dalam tahun ini juga, terdapat banyak kelebihan atau keutamaan, yang terjadi dengan hikmat dan izin Allah jua, seperti berlakunya ‘Haji Akbar’ yang sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam itu.

Beta adalah amat bersyukur, kerana telah dapat menyertai perhimpunan terbesar umat Islam di Tanah Suci Mekah, iaitu suatu perkara yang di luar rancangan awal. Di samping berpeluang menunaikan ibadat Haji, beta juga dapat merumuskan, bahawa kejadian ini adalah merupakan suatu Kongres Agung yang tidak ada tolok bandingannya, yang telah melibatkan seluruh umat Islam di serata dunia.

Page 133: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

123Titah 2012123

Objektif mereka ialah Tauhid dan ‘Aqidah. Tidak ada lain daripada itu. Tidak ada politik dan tidak ada rancangan-rancangan keduniaan yang menghantui fikiran masing-masing. Demikian juga tidak ada batas atau tembok pemisah di antara raja dengan rakyat, dan di antara yang berpangkat dengan orang biasa. Semuanya adalah sama belaka. Mereka adalah serupa di dalam pakaian dan cara hidup. Seolah-olah inilah suatu bentuk persamaan yang paling ideal yang melahirkan persaudaraan sejagat yang sempurna.

Semua ini adalah menolong menumbuhkan harapan kita, kiranya bentuk persaudaraan yang seumpama itu dapat pula menjelma menjiwai kehidupan seluruh dunia Islam. Alangkah hebatnya jika perkara ini terjadi.

Mengingatkan ini, kita pun langsung tergambar akan keadaan di zaman Rasullullah Sallallahu Alaihi Wassalam dan para sahabat Baginda, betapa mulai daripada detik Hijrah, Baginda telah mengasaskan persaudaraan Islam itu di kalangan orang-orang Muhajirin dan Ansar dengan cara yang amat unit serta mengkagumkan. Baginda tidak sibuk dengan lain-lain urusan, melainkan langkah pertama Baginda ialah menyatupadukan umat yang terdiri daripada kaum Muhajirin sebagai pendatang dan kaum Ansar penduduk Madinah di dalam suatu ikatan persaudaraan yang paling sempurna dan kukuh.

Inilah faktor dan punca yang membawa umat Islam berjaya lagi mulia.

Beta berharap dan sambil berdoa mudah-mudahan semangat Hijrah yang telah ditaja dan ditiupkan ke dalam jiwa umat Islam dahulukala itu, akan hidup semula di zaman ini, zaman mana umat Islam sedang mengalami krisis perpaduan yang parah.

Perpaduan, di mana pun adanya, adalah patut menjadi matlamat. Kerana daripadanya sahaja kita boleh mencapai segala tujuan yang luhur seperti kemantapan social dan politik, yang juga boleh menyediakan peluang-peluang membangun yang berpanjangan.

Page 134: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012124 124

Umat Islam hendaknya janganlah lupa, tentang pengukuhan masyarakat oleh Rasulullah adalah melalui orientasi pendidikan dan amalan jihat. Dengan pendidikan, umat Islam memperolehi keyakinan diri yang mendalam, sementara kerja kuat dan jihad dilakukan dengan jujur dan berani untuk ugama, bangsa dan tanahair.

Penumpuan dan penekanan yang lebih, ialah kepada strategi menghidupkan takwa, supaya pembangunan sumber manusia itu lebih bererti dan lebih gagah. Kerana kekuatan itu bukanlah ditangan, tetapi dari keyakinan, sistem, nilai dan etika yang sempurna.

Maka bersempena dengan Tahun Baru 1412 ini, beta berharap kita semua akan lebih matang dan lebih berupaya lagi untuk mengendalikan diri kita sendiri, serta sambil itu lebih rapat dan dekat pula kepada Islam, ugama yang membawa kepada keberkatan dan kemuliaan.

Akhirnya, beta dengan tulus ikhlas dan sukacita mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1412. Mudah-mudahan di sepanjang tahun ini, kita akan memperolehi apa-apa jua yang kita hajati daripada kebajikan dunia dan akhirat. Amin.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Page 135: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

125Titah 2012125

Titah Di Majlis Sambutan Awal Muharam,1412 Hijrah Di Pusat Persidangan Antarabangsa

Negara Brunei Darussalampada 1 Muharam, 1412 Bersamaan 13 Julai 1991

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan rahmat dan nikmat-Nya kepada kita. Selawat dan salam ke atas Junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi jujur serta amanah hingga ke akhir zaman.

Dalam menghayati kehidupan berugama, bermacam-macam perkara dan kejadian akan kita tempuh dan lalui, baik sebagai individu mahupun sebagai anggota masyarakat.

Sebagai individu, kita adalah berkewajipan terhadap Allah untuk menyembah-Nya, dalam makna beramal melaksanakan apa-apa jua perintah dan suruhan-Nya, dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang-Nya.

Inilah cabaran paling besar bagi setiap individu Muslim. Sekiranya kita berhasil memenuhi cabaran ini, maka itulah puncak kejayaan seorang insan, dan jika tidak, maka gagalkan segala-galanya.

Beta berharap, dalam masa setahun yang lalu, umat Islam di negara ini telah berjaya memenuhi cabara sebagai hamba Allah. Bukan sahaja tahu menerima dan mengecap nikmat Allah, tetapi juga wajib pandai bersyukur di atas nikmat-nikmat tersebut. Di antara cara mengzahirkan kesyukuran itu ialah dengan mengabdikan diri kepada Allah, sebagai hamba yang taat, yang berusaha sedaya mungkin untuk memenuhi tuntutan-tuntutan ugama, dengan tidak mengira apakah ia berat ataupun ringan.

Page 136: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012126 126

Sesungguhnya, pekerjaan taat dan kuat berpegang kepada ajaran ugama itu adalah warisan Nabi-nabi dan orang-orang salih, termasuklah datuk-nenek kita di zaman silam dahulu. Beta percaya, dengan sebab amalan dan cara hidup orang orang salih dari kalangan datuk-nenek kita itulah, maka kesan dan keberkatannya sampai sekarang masih mempengaruhi kita.

Kerana itu, memang sudah sewajarnya, menjadi tanggunjawab kita bersama untuk mengenang orang-orang yang tua dalam ugama, atau yang banyak berjasa kepada ugama. Lalu ke arah itu, beta dengan amat sukacita memperkenankan suatu cara bagaimana menghormati mereka itu, iaitu dengan memberikan title yang manusabah sebagai Tokoh atau Jasawan Ugama kepada mereka.

Langkah ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah bagi orang yang diberi penghormatan, tetapi hanyalah sekadar gambaran bahawa kita di negara ini, terutama pihak kerajaan, adalah sangat-sangat menghormati dan memuliakan orang-orang yang berjasa dan berilmu, yang telah banyak menyumbangkan bakti mereka kepada ugama, bangsa dan negara.

Jika kita membuka lembaran sejarah tanahair, maka kita akan mendapati ramai tokoh-tokoh atau jasawan-jasawan ugama yang patut dikenang. Mereka adalah terdiri daripada berbagai-bagai golongan atau peringkat. Ada yang dari golongan raja-raja. Sehinggalah kepada rakyat jelata.

Mereka itu sama-sama mencipta nama yang baik melalui sumbangan-sumbangan atau kegiatan-kegiatan mereka di berbagai bidang, khasnya dibidang keugamaan. Misalnya sejarah ada menyebutkan, bahawa Sultan Syarif Ali adalah seorang raja yang alim, seorang guru dan pengembang ugama, di samping seorang pemerintah. Di zaman bagindalah mula terbangunnya Masjid dan Balai-balai Ibadat.

Beta percaya, kerana watak dan pembawaan Baginda itulah, menyebabkan subur dan berkat bumi yang bernama Darussalam ini.

Page 137: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

127Titah 2012127

Dan kerana itu pula, baginda lalu digelar dengan gelaran ‘Sultan Berkat’.

Ini lah zuriat dan purih yang melahirkan banyak lagi tokoh dan jasawan yang sama, yang telah mengharumkan negara dan bangsa kita.

Bagaimanapun, beta dalam kesempatan ini, tidaklah berhajat untuk mendetailkan mereka itu.

Maka demikian itulah keadaannya, tokoh-tokoh dan jasawan-jasawan dari kalangan rakyat biasa pun tidaklah kurang ramainya. Mereka ini perlu ditonjolkan dan dihargai penggalak dan bahan ristaan bagi anak-cucu dan generasi di belakang, supaya mereka itu nanti turut bercontoh atau mengikut jejak langkah datuk-nenek mereka yang agung itu.

Inilah di antara sebab, mengapa kita perlu mengenang dan memberikan penghormatan kepada tokoh-tokoh atau jasawan-jasawan kita, sama ada mereka yang masih hidup ataupun yang sudah tidak ada lagi. Mudah-mudahan dengan cara ini, semangat dan career tokoh-tokoh tersebut akan terus hidup di dalam hati sanubari generasi yang ada dan yang akan datang, dengan tidak padam-padamnya.

Demikian juga cara ini merupakan suatu cara bagaimana bangsa yang bertamadun mendapatkan bahan dan inspirasi pendesak dari cetusan sejarah lampau yang telah dan pernah dicipta oleh orang-orang yang terdahulu. Dan kita pada hari ini, adalah turut memakai method yang seumpama itu.

Beta berharap, gagasan ini bukan sahaja akan diambil berat oleh kerajaan, bahkan patut juga disokong atau didukung sama oleh segenap lapisan rakyat sebagai tanda mereka itu juga adalah sama-sama bersyukur atau bergembira dengan kelahiran tokoh-tokoh dan jasawan-jasawan tersebut.

Page 138: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012128 128

Caranya adalah mudah, umpamanya pada masa-masa yang akan datang, mana-mana orang atau kumpulan tertentu yang ingin menyumbangkan hadiah sabagai tambahan kepada anugerah kerajaan yang telah ditentukan, maka hal tersebut adalah elok dan patut diterima.

Kerana sifat kerajaan itu ialah pimpinan, sementara komitmen rakyat pula ialah khidmat yang sungguh bererti kepada kerajaan.

Begitulah, hal ini dapat pula kita hubungkan dengan ajaran dan semangat hijrah, yang telah melandaskan bahawa pemimpin dan yang dipimpin itu adalah terikat oleh kewajipan yang sama. Masing-masing tidak boleh terpisah di antara satu dengan yang lain, tetapi sentiasa padu dan bersiap-sedia untuk menyumbangkan khidmat dan pengorbanan.

Di sini letaknya kepentingan melihat dan memperlajari sejarah hijrah itu, yang telah berlaku lebih daripada 1400 tahun. Ianya tidak syak lagi merupakan suatu revolusi yang telah berjaya mengubah, bukan sahaja perkara-perkara zahir, tetapi juga pemikiran dan sikap manusia.

Kerana itu, beta suka menganjurkan supaya apa jua yang berkaitan dengan perjalanan hidup Nabi kita, Sayidina Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam, teramasuklah hijrah Baginda, hendaklah dikaji dan diamati-amati dengan approach yang betul dan saintifik, kerana kita pun tahu bahawa segala ajaran dan perjalanan hidup Baginda Rasulullah itu adalah padat mengandungi nilai-nilai keilmuan, intelektual dan falsafah bagi memandu umat Islam pada setiap masa dan zaman. Maka ke arah ini, peranan institusi-institusi pengajian, guru-guru dan alim ulama, barangkali adalah mengambil tempat yang utama.

Jadi, bersempena dengan menyambut Awal Tahun Hijrah yang mulia ini, dan juga selangkah kita ke hadapan mengenangkan serta memuliakan orang yang berjasa maka beta berdoa mudah-mudahan umat Islam dari kalangan kita khasnya dan di mana-mana juga

Page 139: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

129Titah 2012129

amnya, akan sentiasa bertambah maju dan teguh di bawah inayah dan pemeliharaan Allah, bersatu hati dan jiwa dalam menempuh dan menghadapi segala dugaan dan cabaran.

Sekian. Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 140: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012130 130

Titah Bersempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-45 Tahun, Di Balai Singgahsana, Istana Nurul Iman

Pada 15 Julai, 1991

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Memelihara dan Mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas Nabi kita, Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan para pengikut Baginda yang taat lagi jujur, serta amanah hingga ke akhir zaman.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala atas limpah rahmat-Nya yang tidak terhingga, yang telah mengizinkan istiadat seperti ini berulang lagi. Mudah-mudahan ianya akan berjalan dengan sempurna di bawah inayah dan pemeliharan Allah.

Beta dengan segala tulus ikhlas, terlebih dahulu mengucapkan terima kasih serta penghargaan yang setinggi-tingginya kepada sekalian dif-dif yang hadir, dan juga kepada semua pihak yang telah menghantar utusan-utusan ucap selamat bersempena dengan sambutan perayaan hari ini. Beta akan sentiasa mengenangnya, dan sambil itu juga berharap, semoga Allah akan membalas mereka dengan ganjaran yang lebih baik lagi.

Satu perkara yang sungguh menggembirakan ialah, bahawa perayaan ini dapat berjalan dalam suasana yang aman dan tenteram. Sebab bukanlah mudah untuk mendapatkan nikmat keamanan itu, khususnya dimasa-masa yang akhir ini yang banyak mencetuskan kekecuhan dan kebimbangan di merata dunia, sama ada kekecuhan yang boleh dikawal ataupun tidak.

Tetapi bersyukur kerana terlepas daripada penyakit yang merungsingkan ini, dan sebaliknya barhasil menciptakan suatu ‘gaya

Page 141: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

131Titah 2012131

hidup’ yang terbaik, yang bebas dari sebarang kebimbangan dan ancaman dengan izin Allah jua.

Lebih jauh tentang keselamatan ini, kerajaan beta telah mengambil langkah-langkah yang penting, antaranya termasuklah mengemaskinikan undang-undang yang berhubung dengan pemilikan senjata merbahaya secara haram, iaitu dengan mempertingkatkan lagi hukuman mengenainya.

Beta percaya, negara ini akan terus stabil dan selamat, ialah kerana kesediaan kita untuk sentiasa mencari sumber-sumber kebajikan seberapa yang banyak, di samping tidak berdiam diri membiarkan sesuatu yang patut diubah atau diperbaiki, sekiranya perkara itu boleh mendatangkan kerugian atau kemudaratan.

Maka atas asas inilah, kita telah mengadakan berbagai projek dan gerakan yang teratur untuk kepentingan keamanan dan keharmonian negara serta kesejahteraan rakyat dan penduduk, seperti projek ‘Kejiranan Kampung’ yang telah diperkenalkan itu, dan kemudian terhadap Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung dan Katua-ketua Rumah juga telah diberikan latihan-latihan melalui beberapa cara, seperti melalui taklimat-taklimat dan penerangan-penerangan yang berkaitan dengan keamanan, pentadbiran kerajaan, dan sekaligus memperkenalkan tanggungjawab dan peranan mereka sebagai pemimpin dan ketua masyarakat di tempat atau kampung masing-masing.

Langkah ini wajar, bagi mengesankan budaya berjiran berketua di kalangan rakyat, kerana apabila budaya yang baik ini diterima dan diamalkan, maka semua kebajikan akan dapat sahaja di capai, dan dengan sendirinya akan tertutuplah segala pintu huru-hara dan kekacauan.

Beta sendiri melihat, bahawa segala unsur dalaman yang berkaitan dengan kesedaran rakyat mestilah diutamanakan. Ianya sangat perlu dipupuk dan di asuh sehingga menjadi sikap. Kerana daripadanya kita akan mengetahui dan mengenali perkara-perkara yang baik akan

Page 142: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012132 132

mengetahui dan mengenali perkara-perkara yang baik mahupun yang sebaliknya. Sebab itu beta sangatlah menekankan tentang dakwah, muzakarah dan mesyuarat hendaklah ditingkatkan, kerana semua ini boleh mendatangkan keinsafan dan kesedaran bagi menghayati dan mencari kebajikan seberapa yang banyak, atau jika sesuatu itu kurang elok dan tidak menguntungkan, maka akan datang idea atau pemikiran untuk memperelok dan mengubahsuainya.

Sebagai contoh, antara perkara yang memerlukan ubahsuai, ialah format sambutan perayaan hari keputeraan beta pada tahun ini. Kita tidak akan mengadakan lagi perarakan tanglung berjalan kaki pada waktu malam, sebab sudah terbukti ianya kurang sasuai dan bahkan boleh mendatangkan mudarat. Ianya akan kita gantikan dengan yang lebih munasabah dan selamat.

Kita semua handaklah sedar, bahawa apa jua sambutan dan perayaan yang dikendalikan oleh kerajaan adalah merupakan projek nasional yang bertujuan untuk menarik masyarakat ke arah perpaduan dan keselamatan sebagai suatu cara mengwujudkan komunikasi yang sihat lagi bermakna, bukan semata-mata bersifat ‘pesta-pestaan’ yang melulu.

Negara Brunei Darussalam, dalam menempuh masa depannya yang panjang, perlulah bersedia menyiapkan diri dengan berbagai-bagai rancangan pembangunan yang lengkapi dengan strategi-strategi yang jelas.

Pada setakat ini, kerajaan beta telah menyediakan satu Pelan Induk Negara Brunei Darussalam yang menggariskan beberapa rancangan kemajuan bagi jangka waktu 20 tahun ke hadapan yang akan berakhir pada tahun 2005. Ianya antara lain adalah untuk mengenal pasti tentang penggunaan tanah-tanah diseluruh negara termasuklah bagi menyediakan kemudahan-kemudahan asas infrastruktur serta keperluan yang dianggap prioriti oleh kerajaan iaitu perkara perumahan. Sejak beberapa tahun ini, berbagai usaha telah dibuat untuk mencepatkan lagi pembinaan rumah-rumah melalui skim-skim yang telah diperkenalkan.

Page 143: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

133Titah 2012133

Juga kawasan-kawasan yang akan turut dikenalpasti ialah kawasan yang diduduki secara Lesen Tumpang Sementara yakni T.O.L. yang telah menjadi kawasan perkampungan yang tersusun serta mempunyai kemudahan-kemudahan asas, seperti air, elektrik dan jalan raya.

Demikian pula, perhatian akan sama-sama diberikan terhadap penyusunan semula ke atas perumahan di Kampong Ayer, sebagai langkah untuk mewujudkan keselesaan dan keselamatan di samping mengekalkan indentitinya sebagai kawasan yang bersejarah di negara ini.

Dan selari dengan usaha-usaha menyelesaikan masalah perumahan, kerajaan juga mengatasi beberapa perkara yang kadang-kadang merunsingkan kita, di antaranya ialah mengenai bekalan tenaga elektrik yang belum stabil, khususnya bagi setengah-setengah tempat di negara ini. Maka ke arah ini, suatu rancangan dan langkah telah pun dibuat bagi mendapatkan kelengkapan-kelengkapan yang kompeten dan selaras dengan standard-standard antarabangsa, yang dipercayai akan dapat mengurangkan gangguan-gangguan penggunaan bekalan elektrik itu.

Demikian juga kerajaan beta sentiasa menyedari akan keperluan dan hajat rakyat terhadap bekalan air. Maka untuk ini, satu Skim Perbekalan Air telah pun disediakan, dan sebahagian daripadanya telah pun siap dan mula beroperasi pada tahun 1991 ini. Projek ini termasuklah pembinaan Loji Penapisan Air di Bukit Barun dan Pemasangan talian paip air baru dari Bukit Barun ke kawasan bandar.

Di samping mengemaskinikan kemudahan-kemudahan asas infrastruktur serta lain-lain kemudahan awam, kerajaan juga amat menitikberatkan pencapaian kita di bidang ekonomi. Pembangunan negara, tidak boleh tidak, mestilah melalui proses ekonomi yang dinamik dan terbuka.

Page 144: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012134 134

Kerana itu kerajaan, melalui Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, akan terus berusaha bagi mewujudkan asas-asas dan sumber-sumber yang kukuh untuk perindustrian produktif.

Maka sehubungan ini, kerajaan sedang menggalakkan pertumbuhan industri baru, di samping terus memajukan industri-industri yang sedia ada pada masa ini. Kerajaan juga telah mengenal pasti ciri-ciri perusahaan dan pelaburan yang kompetitif sebagai asas perkembangan industri.

Setakat ini, di dalam bidang Industri Eksport kita ada mempunyai 3 buah syarikat tempatan yang beroperasi mengeluarkan pakaian-pakaian untuk dieksport.

Sementara bagi pasaran tempatan pula, beberapa kegiatan perindustrian sedang berjalan, seperti pengeluaran dan pengedaran minuman-minuman dalam tin dan minuman air galian, barang-barang plastik dan juga pembuatan atap daripada besi waja.

Tetapi walaupun begitu, kita masih belum dapat berpuas hati sekiranya syarikat-syarikat berkenaan masih lagi bergantung kepada bahan-bahan import seratus peratus, sementara pekerja-pekerjanya pula terdiri daripada orang-orang luar. Adapun perindustrian dan perdagangan yang menjadi pilihan kita ialah yang dapat memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

Suatu hakikat, bahawa negara kita masih merupakan sebuah negara pengimport paling besar barang-barang komoditi untuk keperluan rakyat dan penduduk. Boleh dikatakan, kebanyakan negara-negara rakan dalam ASEAN mempunyai perindustrian dan perdagangan yang dapat menampung keperluan para pengguna dirantau ini, termasuklah juga kita sebagai pengguna tersebut. Dan hatta barang-barang komoditi mereka juga sudah sampai ke Eropah dan Amerika. Sementara Brunei Darussalam masih sahaja bergantung semata-mata kepada minyak dan gas.

Page 145: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

135Titah 2012135

Maka atas asas inilah, kita perlu lebih cekal dan bersikap terbuka, dalam makna tidak menolak kemungkinan mendapatkan latihan-latihan, pertukaran teknologi dan bantuan kepakaran daripada rakan-rakan serantau dan antarabangsa. Tetapi ini hanyalah sekadar untuk melengkapkan diri atas nama dan semangat kerjasama biasa.

Setakat ini, kita berhajat untuk meningkatkan pengeluaran hasil-hasil pertanian, khususnya padi. Salah satu caranya ialah, dengan menswastakan Projek Penanaman Padi Wasan kepada sebuah syarikat usahasama di antara pengusaha tempatan dan pengusaha luar negeri. Cara ini dipercayai akan dapat mendatangkan hasil yang tinggi, serta juga menjadikan pendorong ke arah penanaman padi secara komersial.

Menyentuh tentang usahawan-usahawan ini, beta inginlah mengingatkan bahawa menjelang abad ke-21 ini, persaingan dalam dunia perniagaan adalah dijangkakan amat sengit dan mencabar.

Oleh itu bagi usahawan-usahawan tempatan pada pada khususnya, kunci kejayaan mereka ialah kecekapan bersaing serta pandai merebut peluang-peluang yang ada. Di samping, mereka juga mestilah bijak mengatur strategi serta mempunyai berbagai pengetahuan termasuklah kemahiran.

Kita sedar, bahawa untuk sampai ke peringkat ini bukanlah mudah, ianya memerlukan masa yang panjang, yang asasnya tidak lain ialah pendidikan yang sempurna yang mengandungi dasar dan falsafah ke arah itu. Ertinya tumpuan dan harapan kita yang utama ialah kepada generasi baru yang mungkin akan lahir dalam dekad 90an ini dan seterusnya.

Atas asas inilah, yakni bagi memenuhi keperluan industri dan perniagaan jangka panjang di negara ini, maka kerajaan beta akan mewujudkan satu sistem pelajaran teknik dan vokasional melalui satu badan yang akan diberi nama sebagai ‘Majlis Pelajaran Teknik dan Vokasional Negara Brunei Darussalam.

Page 146: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012136 136

Pada masa yang lalu kita masih turut bergantung kepada badan-badan pelajaran teknik luar negeri. Tetapi insya-Allah, dengan penubuhan majlis ini nanti, dapatlah kita mengurus sendiri segala isi kursus, termasuk peperiksaan dan sijil yang berkenaan.

Di bidang pendidikan yang mengarah keugamaan pula, kerajaan beta melalui Kementerian Pendidikan sedang membuat beberapa rombakan serta mengemaskinikan seluruh kurikulum sekolah-sekolah, terutama sekali sekolah rendah bagi memastikan bahawa pelajaran tulisan jawi dan Al-Quran akan diberikan penekanan, supaya pelajar-pelajar dan guru-guru mempunyai kemahiran menulis jawi dan pandai membaca Al-Quran.

Bagaimanapun, perkara ini tidaklah akan menjejaskan perjalanan sekolah-sekolah ugama yang ada, malahan beta berharap pelajaran ugama dan dakwah Islamiah mestilah terus dimajukan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Dan ke arah ini, dasar serta strategi yang lebih sempurna adalah mustahak.

Dalam mempraktikkan Islam sabagai cara hidup, kita adalah bersungguh-sungguh. Kita tingkatkan ibadat, dan disamping itu kita juga membangun berlandaskan ajaran-ajaran Islam.

Sebagai contoh, beta sukacita menyebutkan di sini, bahawa Kementerian Kewangan bersama-sama Kementerian Hal Ehwal Ugama telah ditugaskan untuk mengkaji penubuhan institusi kewangan yang akan beroperasi menurut hukum-hukum Islam. Hasil daripada usaha ini telah melahirkan sebuah Tabung Kewangan yang diberi nama Tabung Amanah Islam Brunei, yang akan mula beroperasi sedikit masa lagi insya-Allah.

Tabung tersebut bertujuan menggalakkan masyarakat Islam di negara ini untuk mengumpul wang bagi membolehkan mereka menunaikan ibadat haji di samping membuat pelaburan dalam bidang-bidang yang cucuk dengan prinsip-prinsip syariat Islam.

Page 147: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

137Titah 2012137

Pada hemat beta, apa yang ada berupa pengalaman kita berpuluh tahun dalam mengendalikan pentadbiran ugama adalah memadai, untuk jadi tapak dan asas bagi kita melangkah lebih kehadapan. Ianya telah memberikan kepada kita kemahiran-kemahiran yang tidak boleh dicabar. Hanya tinggal sahaja lagi bagaimana kita menggunakan pengalaman itu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna, selaras dengan tuntutan-tuntutan zaman dan keadaan.

Satu usaha lagi yang berkaitan dengan kebajikan rakyat, serta selaras dengan perkembangan tenaga manusia, maka kerajaan beta akan menubuhkan satu Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Penubuhan skim ini antara lain bertujuan, untuk memberikan kemudahan perlindungan sosial, bagi menampung keperluan ‘hari tua’ rakyat dan penduduk negara ini, sama ada mereka yang berkhidmat di sektor awam ataupun sektor swasta.

Dan yang berikut dari langkah untuk menjamin kebajikan dan kesejahteraan rakyat juga, ialah usaha kerajaan beta yang berterusan pada mengendalikan perkara-perkara kesihatan dan kebersihan. Dasar-dasar kesihatan kita adalah selaras dengan dasar-dasar Pertubuhan Kesihatan Sedunia yakni WHO, di mana kita juga adalah ahlinya. Dasar utama WHO yang kita amalkan ialah: “Pencapaian kesihatan untuk semua penduduk menjelang Tahun Masihi 2000”, iaitu untuk ke satu tahap yang akan membolehkan kita menikmati penghidupan yang produktif dalam bidang sosial dan ekonomi.

Hasrat ini sudah menemui petanda yang baik, apabila kita mengetahui bahawa Negara Brunei Darussalam adalah satu-satunya negara yang bebas daripada beberapa jenis penyakit menular di dunia.

Apa-apa yang tersebut sebagai ‘dasar dalaman’ yang merupakan penggerak ke arah pembangunan nasional, maka demikian jugalah. Ia tidak akan sekali-kali tunduk keapda arahan-arahan atau pun mengikut sebarang telunjuk mana-mana pihak tetapi sebaliknya

Page 148: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012138 138

berkeupayaan untuk menyesuaikan diri dengan berpandukan kretiria kebruneian yang tulen tanpa mengorbankan prinsip-prinsip mengawal dan memelihara kepentingan negara.

Walaupun negara kita kecil, tetapi tidak bermakna jiwa dan semangat kita juga sekecil itu. Dasar yang kita jalankan diluar negara ialah dasar sama tuan, dasar bersahabat dan duduk semeja, bukan dasar memperjudikan kepentingan-kepentingan nasional dan negara.

Jadi matlamat ini, bererti dasar di dalam dan dasar di luar itu adalah berkaitan antara satu sama lain, bukannya terpisah.

Dunia sekarang sedang memasuki era baru, Perang dingin telah berakhir digantikan oleh kecenderungan mengadakan hubungan-hubungan kerjasama ekonomi yang meluas.

Dan dari sikap yang terbaru ini, menampakkan adanya keinginan untuk menjaga kepentingan ekonomi itu lebih daripada masa-masa yang lalu, sehingga akibatnya lahirlah blok-blok ekonomi serta pekatan-pekatan di antara pihak-pihak tertentu.

Kita sebagai bangsa yang merdeka, adalah menghendaki supaya perkembangan ini sentiasa dinilai dan jika ianya munasabah, maka mestilah kita hormati. Demikian juga orang lain, patutlah berpendirian yang sama dengan kita apa-apa juga yang menjadi pilihan kita secara bersendiri, atau sesame serantau umpamanya, maka orang yang di luar rantau kita mestilah turut menghormatinya, lebih-lebih lagi jika yang menjadi pilihan kita itu tidak menjejaskan mana-mana pihak.

Pada hemat beta, dengan cara yang demikian inilah sahaja kestabilan politik antarabangsa akan menjadi kenyataan, iaitu dengan tidak mengira apa jua jenis ideologi. Di Samping itu kegiatan-kegiatan ekonomi dunia pun, barulah akan lebih rancak, bersemarak dan menguntungkan semua pihak.

Page 149: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

139Titah 2012139

Inilah konsep dan pendirian negara kita yang juga merupakan sebahagian daripada konsep dan pendidikan ASEAN, iaitu ingin mengamalkan sikap hormat-menghormati di dalam usaha mencapai matlamat bersama ke arah kestabilan serantau dan antarabangsa.

Untuk akhirnya, beta sekali lagi bersyukur kerana secara kebetulan jua, ulangtahun puja usia beta pada kali ini disambut dalam suasana beta baharu sahaja kembali daripada Tanah Suci Mekah.

Adalah dengan izin Allah dan berkat doa rakyat beta sekalian, maka beta telah dapat menunaikan ibadat haji sebagaimana yang beta hajati.

Sehubungan ini, beta adalah tidak lupa mengucapkan terima kasih atas sambutan yang meriah yang telah diberikan oleh segenap lapisan rakyat dan penduduk ke atas kepulangan beta daripada Tanah Suci itu.

Beta berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, dengan berkat dan syafaat Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam, semoga rakyat dan penduduk yang beta kasihi akan sentiasa beroleh kejayaan , bersatu padu dan makmur di bawah pimpinan kerajaan yang baik, serta Negara Brunei Darussalam menikmati keamanan dan kebebasan yang berkekalan di bawah perlindungan dan pemeliharaan Allah Subhanahu Wataala. Amin.

Beta juga tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan kerajaan di atas perkhidmatan cemerlang mereka kepada negara.

Kepada semua pegawai dan kakitangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei dan seluruh rakyat serta penduduk negara ini, beta ingin mencatatkan setinggi-tinggi penghargaan beta di atas kerjasama mereka dalam memelihara serta mempertahankan keselamatan, keamanan dan ketenteraman negara.

Page 150: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012140 140

Beta juga seterusnya ingin menyatakan penghargaan kepada semua jawatankuasa perayaan, baik diperingkat kebangsaan mahupun daerah di atas penat lelah mereka dalam menyusun dan melaksanakan rancangan-rancangan perayaan. Semoga Allah juga yang akan membalas mereka dengan ganjaran-Nya yang berlipatganda.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 151: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

141Titah 2012141

Titah sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-45 di Daerah Belait

pada 6 Muharam 1412 Bersamaan 18 Julai 1991

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SEGALA puji bagi Allah Subhanahu Wataala, Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi jujur serta amanah hingga ke akhir zaman.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan limpah rahmat-Nya juga daptlah kita sekali lagi hadir beramai-ramai pada istiadat yang permai ini.

Beta dengan tulus ikhlas mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah berpenat lelah dalam sama-sama mengusahakan berbagai aturcara Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan beta yang ke-45 di daerah ini.

Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan megurniakan ganjaran yang setimpal di atas usaha dan sumbangan bakti mereka yang berkenaan itu.

Dalam lawatan-lawatan beta ke daerah-daerah termasuk ke Daerah Belait ini, beta telah menekankan peri pentingnya amalan hidup yang berasaskan permuafakatan dan jalinan muhibah antara satu dengan yang lain bagi mengekalkan perpaduan rakyat serta keharmonian seluruh penduduk dinegara ini.

Dalam hubungan ini kita dapat memerhatikan bahawa terdapat negara-negara yang mengalami keadaan huru-hara dan kacau bilau disebabkan oleh rakyat dan penduduknya yang berpecah-belah dan tidak bersatu padu. Perkara ini berlaku kerana mereka hanya memikirkan kepentingan sendiri semata-mata tanpa mengambil kira kepentingan nasional.

Page 152: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012142 142

Oleh itu beta sekali lagi ingin mengingatkan rakyat dan penduduk negara ini pada umumnya dan di daerah ini pada khususnya supaya akan sentiasa meningkatkan perpaduan, hubungan muhibah serta sikap saling hormat-menghormati dengan landasan ajaran-ajaran ugama Islam.

Kita sama-sama berbangga kerana Negara Brunei Darussalam juga terkenal sebagai sebuah negara yang menitikberatkan ajaran-ajaran Islam di dalam pentadbiran kerajaan dan dalam kehidupan seharian rakyat dan penduduknya.

Untuk mempertingkatkan kesedaran berugama dan

menghindarkan perkara-perkara yang tidak diingini serta kegiatan-kegiatan sosial yang tidak sihat, maka pihak-pihak yang berwajib hendaklah sentiasa memata-matai kegiatan yang tidak diingini dan memastikan bahawa undang-undang serta peraturan-peraturan negara adalah berjalan dan dipatuhi.

Perpaduan dan keamanan yang kita nikmati selama ini janganlah sampai tergugat disebabkan oleh perbuatan daripada anasir-anasir anti-sosial, seperti pendatang-pendatang haram yang telah mendatangkan masalah kepada negara.

Pendatang-pendatang haram itu sebahagiannya terlibat dengan kegiatan-kegiatan anti moral yang dikendalikan oleh sindiket-sindiket tertentu.

Maka dalam hal ini beta adalah menyanjung tinggi sikap orang ramai yang memberikan maklumat mengenai kegiatan-kegiatan jahat itu. Dan beta percaya pihak-pihak berkenaan dalam kerajaan akan sentiasa bertindak tegas ke atas mereka yang terlibat, dengan tidak ragu-ragu atau teragak-agak.

Untuk memastikan bahawa undang-undang dan peraturan negara sentiasa berkesan, maka ianya bukan sahaja memerlukan langkah dan melibatkan pengawalan pihak-pihak yang berwajib, malahan

Page 153: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

143Titah 2012143

juga berkaitan dengan pendidikan dan asuhan ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Ini adalah penting, khususnya dalam kita memberi perhatian ke atas masalah-masalah social yang melibatkan anggota masyarakat yang terdiri dari peringkat belia. Ugama kita adalah menekankan bahawa kanak-kanak kita itu ialah umpama kain putih dan ibu bapa merekalah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka.

Beta berharap, sama-samalah kita mengambil perhatian tentang semua ini, mudah-mudahan dengan cara itu negara dan bangsa kita akan selamat dan dapat terus menjalani perkembangannya yang sihat tanpa gangguan.

Untuk akhirnya, beta tidak lupa mendoakan semoga rakyat dan penduduk di daerah ini akan terus menikmati keadaan hidup yang harmoni, aman dan sejahtera yang berpanjangan.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh.

Page 154: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012144 144

Titah sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-45 di Daerah Tutong

pada 8 Muharam, 1412 Bersamaan 20 Julai 1991

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SEGALA puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi jujur serta amanah hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, dengan limpah rahmat-Nya jua, maka dapatlah kita sekali lagi hadir seramai-ramai di istiadat yang permai ini.

Dengan tulus ikhlas, beta sukacita mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat dan penduduk di daerah ini yang telah berusaha menyumbangkan buah fikiran dan tenaga bagi menyusun acara-acara sambutan sempena ulangtahun hari keputeraan beta yang ke-45 di daerah ini. beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala mengurniakan ganjaran-Nya yang setimpal kepada mereka yang berkenaan.

Beta amat bersyukur kerana mendapati rakyat dan penduduk di daerah ini mempunyai semangat yang tinggi dan sentiasa bersatu padu. Mereka telah benar-benar memahami tanggungjawab mereka sehingga dengan itu membolehkan mereka bekerja dengan gigih serta dapat pula mengikuti rentak perkembangan dan kemajuan yang diusahakan oleh kerajaan.

Keadaan yang seumpama ini hanyalah akan dapat wujud dan lahir dari masyarakat yang terdidik dan berkhemah tinggi, atau yang memang dari awal-awal lagi sudah memiliki sifat-sifat dinamik dan progresif.

Beta berharap keadaan ini akan berterusan, supaya daerah ini akan dapat lebih maju dengan pesatnya, bukan sahaja maju di dalam

Page 155: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

145Titah 2012145

bidang pembangunan fizikal dan social, tetapi juga di bidang rohani dan mental.

Menyebut tentang kemajuan di bidang rohani dan mental ini, banyak usaha telah dan akan dibuat, seperti mengadakan sekolah-sekolah bagi mengasuh dan mendidik anak-anak selaku generasi muda. Disamping itu, ditambah lagi dengan beberapa kemudahan lain, seperti menyediakan buku-buku dan tempat-tempat membaca awam.

Ke arah ini, kerajaan sedang mengungkayahkan pembinaan sebuah cawangan perpustakaan bagi daerah ini yang terletak di kawasan Bukit Bendera. Apabila bangunan tersebut siap kelak, maka dapatlah ianya memberikan kemudahan perpustakaan kepada penuntut-penuntut dan juga masyarakat awam di daerah ini.

Sudah sampai masanya, negara kita Brunei Darussalam mempunyai penduduk yang terpelajar dan pemikir, di mana buku-buku dan lain-lain bahan bacaan adalah alat satu-satunya yang dapat menyampaikan kita kepada objektif itu.

Kalau di negara-negara lain orang membuat ‘research’ berkenaan dengan jumlah penduduk yang terpelajar dan yang buta huruf, dan demikian jua ada yang sampai membincangkan dan membahas, berapa banyakkah buku yang habis dibaca oleh setiap individu pada setiap tahun?

Semua ini dibuat adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat betapa ‘budaya membaca’ itu sungguh penting dalam usaha melahirkan bangsa yang berkualiti.

Untuk mengakhiri ucapan ringkas beta ini, beta berdoa semoga rakyat dan penduduk di daerah ini akan sama-sama terus bergiat dalam usaha meninggikan taraf hidup dengan tidak mengabaikan perkara-perkara yang beta sebutkan tadi. Demikian juga beta berharap, supaya segala aktiviti dan usaha hendaklah dibuat berpandukan

Page 156: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012146 146

konsep Melayu Islam Beraja, sebagai landasan menyampaikan kita kepada kebajikan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 157: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

147Titah 2012147

Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-45 Tahun di Daerah Temburongpada 12 Muharam, 1412 Bersamaan 24 Julai, 1991

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi jujur serta amanah hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas limpah rahmat-Nya mengizinkan kita hadir beramai-ramai di istiadat yang permai ini.

Dengan tulus ikhlas, beta ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini yang telah berpenat-lelah menyusun berbagai acara sambutan Perayaan semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan ganjaran-Nya yang setimpal kepada mereka semua.

Beta amat sukacita melihat sendiri keadaan rakyat dan penduduk di daerah ini sentiasa gembira, aman tenteram dan bersatu padu. Keadaan seumpama ini menandakan mereka bebas daripada segala kekusutan dan ancaman. Mereka hidup seperti di dalam satu keluarga yang besar, bergaul mesra antara satu dengan yang lain.

Daerah Temburong adalah melambangkan keindahan kesuburan dan keaslian. Di sini masih banyak hutan-hutan tebal yang merupakan khazanah yang sering dilupakan orang. Di daerah ini belum berbangkit masalah pencemaran alam sekitar.

Hutan-hutan biasanya tidak mendapat perhatian orang. Tetapi pada masa akhir-akhir ini, hutan sudah menjadi sangat penting kepada manusia. Ia dianggap sebagi sumber yang mendatangkan

Page 158: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012148 148

kesejahteraan, sebagai tempat berkelah, tempat berehat dan juga tempat berlatih.

Demikian juga ia diakui sebagai sumber kekayaan, sumber kayu-kayan. Dan kerana itu ia dikawal, dibuat bermacam-macam akan mengenainya, iaitu bagi tujuan-tujuan perlindungan supaya ia tidak pupus atau musnah.

Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, melalui Jabatan Perhutanan telah melaksanakan dasar pengurangan kadar pembalakan dan juga pemulihan semula hutan-hutan yang telah dituai hasilnya. Di sampig itu, bagi jangka panjang, satu projek Ladang Hutan secara besar-besaran yang melibatkan kawasan seluas 30,000 hektar sedang pula giat diusahakan. Sementara dalam aspek pemeliharaan alam sekitar maka beberapa kegiatan sedang dijalankan seperti projek pemulihan kawasan terbiar dan penubuhan Taman Negara di Ulu Temburong.

Bersabit dengan projek Ladang Hutan yang mengandungi tujuan-tujuan pemeliharaan khazanah rimba ini, beta sukacita mengingatkan supaya ianya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan menyediakan garis-garis pengawalan yang efektif dan kemas kerana dari perkembangan sekarang, telah mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan waspada terhadap anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab yang suka mencari kekayaan secara tidak halal dengan melakukan pembalakan haram umpamanya.

Untuk mengakhiri ucapan beta ini, beta secara khusus mengharapkan kepada seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini, agar sentiasa bersikap jujur dan ikhlas sesama sendiri, dan lebih-lebih lagi terhadap kerajaan dengan menumpukan taat setia yang mendalam, serta menyokong apa-apa jua projek dan usaha kerajaan yang dilakukan semata-mata untuk kebajikan dan kepentingan rakyat serta penduduk jua.

Page 159: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

149Titah 2012149

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 160: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012150 150

Titah Sempena Lawatan Negara Ke Republik Filipina16 Ogos 1991

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi jujur serta amanah hingga ke akhir zaman.

Puan Yang Terutama Presiden Corazon C.Aquino, Dif-Dif Kehormat, Tuan-Tuan dan Puan-Puan.

Terlebih dahulu beta dengan tulus ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas ucapan dan alu-aluan Puan Yang Terutama kepada beta.

Beta amat gembira sambil menghargai jemputan Puan Yang Terutama untuk beta megadakan lawatan rasmi ke negara Puan Yang Terutama ini.

Dengan peluang ini, dapatlah kita saling membaharui persahabatan yang sedia akrab, serta dapat pula memperkukuh dan menguatkan lagi hubungan mesra yang telah sedia ada di antara kedua buah negara dan rakyat kita masing-masing.

Hubungan itu, walaupun baru dirasmikan pada tahun 1984, tetapi sebenarnya ia sudahpun berjalan dan sedia terjalin pada sekian lama, yang membawa kepada banyak faedah yang kita perolehi.

Beta penuh yakin, bahawa hubungan yang baik ini akan melahirkan persefahaman dan kerjasama yang berterusan di antara kedua buah negara kita.

Page 161: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

151Titah 2012151

Beta juga berpendapat, bahawa dalam era perkembangan dunia hari ini, yang paling utama diperlukan, khusus oleh negara-negra sedang membangun, ialah hubungan kerjasama dua hala dan persefahaman yang mendalam di antara negara-negara yang berkenaan itu.

Daripada kerjasama dan persefahaman inilah, menjadikan kita bertambah teguh lagi dihormati, sebagai bangsa yang berupaya sendiri untuk menentukan gaya hidup masing-masing menurut yang kita sukai.

Dan inilah pula yang menjadi semangat ASEAN pada kesuluruhannya. Kita didalam ASEAN tidak mengabaikan perkara ini, malahan akan terus memupuk dan meningkatkannya, sejajar dengan tuntutan masa serta kepentingan ASEAN sendiri dalam berbagai bidang. Di antara bidang-bidang yang sedang dan akan terus diteroka oleh ASEAN, ialah bidang kerjasama ekonomi. Kerana peranan kita disini nampaknya semakin penting untuk menentukan bahawa pembangunan ekonomi bagi rantau Asia Pasifik adalah mantap.

Puan Yang Terutama,

Bagi negara kita, iaitu Brunei Darussalam dan Republik Filipina adalah mempunyai banyak persamaan di segi kepentingan mahupun pandangan terhadap isu-isu serantau dan antarabangsa. Sama ada di dalam konteks ASEAN ataupun persidangan-persidangan antarabangsa, kita adalah mempunyai suara dan sikap yang sama untuk kestabilan, keamanan dan keadilan sejagat, di samping terus berpendirian positif untuk menjadi negara mekmur dan maju dalam jangka waktu yang dirancangkan oleh masing-masing.

Perbezaan kita negara-negara ASEAN di dalam bidang-bidang kebudayaan, tradisi dan sistem pentadbiran, adalah tidak menghalangi kita untuk mewujudkan solidarity yang berkekalan sebagai salah satu dari ciri-ciri falsafah ASEAN yang kita taja bersama-sama.

Page 162: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012152 152

Puan Yang Terutama,

Berbalik mengenai dengan hubungan kedua-dua buah negara kita, beta adalah sangat berpuas hati pada mencatatkan disini, bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah dapat menyaksikan beberapa kemajuan dalam bidang hubungan kerjasama dua hala.

Demikian juga, menjadi kebangsaan kita apabila pada bulan Februari 1989, satu pelancaran perhubungan perkapalan secara terus daripada Manila ke Bandar Seri Begawan telah dapat dicatatkan. Beta yakin, dengan perhubungan terus ini akan dapat memperbaiki lagi hubungan perdagangan di antara kedua buah negara kita.

Selain daripada itu, projek cable fibre-optic dasar laut yang boleh menghubungkan Negara Brunei Darussalam dengan Republik Filipina, juga dijangka akan siap pada awal tahun 1992. Ia dihasratkan untuk meningkatkan lagi efisiensi perhubungan telekomunikasi di antara kedua buah negara kita.

Puan Yang Terutama,

Sejak Puan Yang Terutama menerajui kepimpinan Republik Filipina lebih daripada lima tahun yang lalu, kita telah turut menyaksikan bagaimana dedikasi dan ketabahan Puan Yang Terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan isu-isu tertentu, yang tidak syak lagi adalah merupakan sumbangan yang sangat berharap kepada Filipina sendiri dan bahkan juga dunia.

Beberapa kali keberanian dan kecekalan hati Puan Yang Terutama telah diuji oleh beberapa kejadian. Di antaranya dalam jangka setahun ini sahaja, tiga kali malapetaka terbesar telah menimpa Negara Filipina. Pada bulan Julai tahun yang lalu, satu gempa bumi yang dahsyat telah berlaku, kemudian pada bulan November tahu yang sama, satu ribut puting beliung pula telah melanda Filipina Tengah, dan akhir sekali pada bulan Jun tahun ini, gunung berapi Pinatubo pula meletup.

Page 163: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

153Titah 2012153

Semua ini, pihak kami telah turut mengikutinya dengan perasaan cemas serta simpati di atas penderitaan yang dialami oleh rakyat Filipina, yang berpunca daripada melapetaka tersebut.

Kami sungguh merasa terharu dan bersedih, Tetapi di dalam masa yang sama, kami juga amat mengkagumi kepimpinan Puan Yang Terutama serta ketabahan rakyat Filipina dalam menghadapi waktu-waktu yang mnemilukan.

Puan Yang Terutama,

Sebagai penutup, beta sekali lagi ingin menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Yang Terutama dan rakyat Republik Filipina di atas layanan baik lagi mesra yang diberikan kepada kami.

Beta juga ingin mengucapkan selamat sejahtera kepada Puan Yang Terutama dan keluarga, dengan harapan, Puan Yang Terutama akan sentiasa berada dalam sihat dan bahagia, serta tidak dilupakan juga negara dan rakyat Filipina akan terus menikmati keamanan dan kemakmuran.

Sekian, dan terima kasih.

Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 164: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012154 154

Titah Di Perjumpaan Dengan Pegawai-Pegawai KananAngkatan Bersenjata Diraja Brunei

pada 9 Rabiulawal, 1412 Bersamaan 17 September , 1991

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas limpah rahmat-Nya mengizinkan beta dapat menghadiri perjumpaan ini, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi jujur serta amanah hingga ke akhir zaman.

Beta juga sangat-sangat berbesar hati dan gembira kerana perjumpaan pada hari ini mungkin juga dapat dianggap sebagai sejarah yang penting bagi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, iaitu tersabit dengan satu perkara yang akan beta umumkan sebentar lagi.

Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah pun menjalani usianya lebih daripada 30 tahun, suatu jangka masa yang agak panjang juga jika dinisbahkan dengan usia kita manusia.

Dalam menjalani usia yang sepanjang ini, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, seterusnya semakin kuat dan dewasa, berbanding dengan 20 atau 15 tahun yang lalu, kekuatan itu dapat diukur daripada barbagai aspek, termasuklah aspek pertambahan bilangan anggotanya, di samping peningkatan peralatan moden dan kelengkapan. Negara kita Insya-Allah, dari segi kewangan dan kestabilan politik akan dapat memenuhi semua keperluan di bidang ketenteraan ini.

Beta sendiri berhasrat ingin melihat pertahanan negara sentiasa kemas dan teguh. Sebab kita pun tahu, bahawa adalah salah jika kita menyangka keamanan itu akan selama-lamanya berpihak kepada kita. Tetapi yang betulnya, dimana-mana juga negara pasti

Page 165: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

155Titah 2012155

memikirkan bagaimana untuk survive dalam suasana yang lebih terjamin. Dan demikianlah juga dengan kita, tidak lebih daripada itu.

Beta percaya, keupayaan untuk melengkapkan angkatan bersenjata kita adalah mudah dan tidak perlu diragukan, berdasarkan faktor sosio-ekonomi dan politik yang sungguh menggalakan. Tetapi apa yang membimbangkan kita ialah, sejauh mana kemajuan dan kematangan kita dalam bidang kepimpinan pula?

Beta amat menitikberatkan bidang kepimpinan ini, dengan mengambil kira tentang realiti yang kadang-kadang membingungkan kita. Sepatutnya masyarakat telah pun menerima dengan mengambil pegertian, bahawa setiap anggota pasukan keselamatan itu ialah kawan yang setia, yang pengasih dan berbudi bahasa, yang semata-mata untuk melindungi negara dan orang ramai daripada segala bentuk anasir dan musuh. Tetapi dukacita, ada di antara mereka yang tebabit dengan kegaiatan-kegiatan jenayah, termasuklah jenayah dadah.

Rasa-rasanya kita tidak mampu lagi untuk menanggung malu ini dengan berpanjangan. Kita mestilah memulakan usaha memperbaiki keadaan. Kita jalani operasi mengetatkan displin di kalangan anggota angkatan bersenjata, yang dimulai oleh pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai atasan sendiri. Pemimpin-pemimpin mestilah menunujukkan contoh yang baik dan terpuji, tingkah-laku dan akhlak yang mulia, pembawaan, sikap dan semangat yang luhur.

Kita mestilah mengikis setiap anggapan atau pandangan negatif oleh masyarakat terhadap anggota-anggota angkatan bersenjata. Kita tidak mahu hanya disebabkan oleh segelintir orang yang membuat keonaran, maka seluruh imej angkatan bersenjata menjadi cacat. Tetapi bagaimanapun, dalam perkara ini kita tidaklah boleh menyalahkan masyarakat, berdasarkan maksud peribahasa kita sendiri: “Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga”. Perkara-perkara yang tidak di ingini ini boleh berlaku. Barangkali juga kerana kesan-kesan dan pengaruh kepimpinan lama yang diperkenalkan oleh

Page 166: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012156 156

orang lain, yang tidak selaras dengan ajaran-ajaran ugama, masih lagi rakat dan belum terhakis semuanya.

Maka oleh itu, pada hemat beta, satu cara yang mesti dicuba bagi mengatasi keadaan yang sumbang ini, ialah dengan mewujudkan atau menciptakan suatu “Gaya Kepimpinan Baru” yang berorientasikan Islam dan Negara Brunei Darussalam. Kita boleh menerima dan memakai nilai-nilai yang baik daripada kepimpinan yang silam itu, tetapi wajib membuangnya mana-mana juga yang tidak diterima oleh ugama dan environment tempatan.

Di sinilah tanggungjawab pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai atasan angkatan bersenjata pada keseluruhannya. Beta berharap, semua ini akan dapat dilaksanakan dengan tidak bertangguh. Kerana dengan cara ini, bukan sahaja akan meningkatkan ‘nama baik’ angkatan bersenjata, tetapi juga menambahkan lagi kehebatan dan ketahanannya.

Menyebut tentang kehebatan dan ketahanan ini, tidaklah memadai dengan kita memiliki peralatan moden dan canggih semata-mata. Tetapi lebih awal dipentingkan ialah, daya kepimpinan yang bijaksana yang berterasakan iman dan takwa kepada Allah, sebab yang menggerakan segala-galanya itu ialah Allah jua, Yang Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak.

Kita tidak dapat bergantung hanya kepada kekuatan lahir sahaja, kerana ia boleh musnah atau tidak berguna disebabkan oleh satu-satu keadaan. Hatta kadang-kadang ia tidak berupaya mempertahankan sesuatu yang patut dipertahankan, bahkan boleh sahaja terjadi sebaliknya, ibarat kata: “Senjata makan tuan”.

Ertinya di sini, segala-galanya itu, termasuklah perlatan, strategi, dasar tenaga gempur yang ada dalam angkatan bersenjata itu adalah memerlukan tadbir, pimpinan dan pengendalian yang cekap, amanah dan bersih, yang tidak bercampur dengan dosa atau sebarang bentuk penderhakaan terhadap Allah.

Page 167: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

157Titah 2012157

Bagaimanapun sambil itu, tidaklah pula bermakna kita akan mengabaikan tanggungjawab kita dari segi ketenteraan, bahkan mustahak dan perlu untuk terus melengkapkan diri dengan pendekatan yang tepat sebagai strategi ketenteraan yang matang, yang dipadankan dengan keperluan semasa. Setiap anggota tentera tidaklah boleh memandang ringan perkara ini, walaupun negara berada di dalam keadaan aman.

Isu-isu pertikaian yang mungkin terjadi di mana-mana adalah ibarat gunung berapi yang bila-bila sahaja boleh meledak. Jika pun kita tidak akan terkena api dan laharnya, namun bahangnya sahaja pun, adalah panas.

Dan kerana itulah, selaras dengan keperluan serta matlamat jangka panjang pertahanan negara, beta berpendapat, sudah tibalah masanya bagi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, untuk menempuh satu perubahan sebagai langkah mengemaskinikan pemerintahan, kawalan dan pentadbirannya. Lalu ke arah ini, satu penyusunan semula adalah perlu.

Maka sambil bertawakal kepada Allah Subhanahu Wataala, beta dengan ini sukacita mengumumkan penyusunan semula Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, yang akan mengandungi seperti berikut:

• ANGKATAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

• ANGKATAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI

• ANGKATAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

• ANGKATAN TENTERA PERKHIDMATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI, dan

• PUSAT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

Page 168: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012158 158

Sehubungan dengan penyusunan semula ini, maka angkatan-angkatan tentera yang tersebut di atas dengan sendirinya akan mempunyai markas-markas dan pemerintah-pemerintah masing-masing yang akan bertanggungjawab secara langsung serta menyeluruh kepada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Beta dengan ini juga sukacita mengisytiharkan, bahawa penyusunan semula ini berkuatkuasa mulai 1 Oktober, 1991.

Beta berharap, dengan perubahan dan penyusunan semula ini, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan lebih dihormati lagi, dan akan lebih bersungguh-sungguh pada mengukuhkan perpaduan di kalangan anggota-anggotannya, kerana dengan pengukuhan perpaduan itu akan melahirkan ‘daya tahan’ yang besar untuk menghadapi sebarang cabaran.

Di samping itu, anggatan Bersenjata Diraja Brunei juga perlu sensitive pada memberikan perhatian mereka kepada isu-isu semasa yang berlaku dirantau ini, sekurang-kurangnya sebagai bahan study ke arah mengumpulkan maklumat. Kerana semenjak konsep Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) diterima oleh Konvensyen Undang-Undang Laut Bangsa-Bangsa Bersatu, dan dikuat-kuasakan oleh banyak negara, maka isu sempadan laut umpamanya sudah menjadi amat penting.

Sehubungan ini, langkah memberikan perhatian kepada perkara itu juga, mungkin ada manfaatnya yang segera, iaitu dari segi akan menolong mencegah kegiatan-kegiatan pencerobohan oleh anasir-anasir yang tidak diingini.

Akhirnya beta berdoa, semoga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei itu juga akan sentiasa beroleh keredahaan Allah serta pemeliharaan-Nya dari segala anasir yang merosakkan, baik dari luar mahupun daripada dalam.

Page 169: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

159Titah 2012159

Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 170: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012160 160

Titah Di Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

Di Taman Haji Sir Muda Omar ’Ali SaifuddienBandar Seri Begawan Negara Brunei Darusslam

pada 13 Rabiulawal, 1412 HijrahBersamaan 21 September, 1991 Masihi

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah izin-Nya jua berlangsunglah pula perhimpunan kita pada hari ini bagi tujuan menghormati dan membesarkan Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Allahi Wassalam. Selawat serta salam ke atas Baginda, kaum kerabat , sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut yang jujur serta amanah hingga ke akhir zaman.

Beta percaya, setiap kali kita berkumpul di dalam perhimpunan seumpama ini, maka setiap itu pula perasaan dan semangat kita berkobar-kobar kerana mengingati betapa hebatnya perjuangan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam menegakkan ugama Islam yang maha suci. Baginda tidak pernah undur dan merintih, tetapi sebaliknya dengan penuh yakin, terus mara ke hadapan untuk mencapai matlamat yang dikehendaki oleh Allah.

Mengapakah Baginda Rasullullah begitu liat dan teguh walaupun cabaran begitu menekan ke atas diri dan bahkan nyaWA Baginda?

Inilah yang sepatutnya menjadi tumpuan perhatian dan kajian umat Islam, supaya terbuka tabir rahsia keunggulan Baginda itu untuk menjadi bahan penggerak dan ilham dalam perjuangan kita hari ini.

Umat yang benar, biasanya ialah mereka yang suka melihat diri di dalam cermin sejarah mereka sendiri, bukan melalui cermin mereka patut berbuat demikian untuk mendapatkan idea atau bahan

Page 171: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

161Titah 2012161

rangsangan daripada warisan luhur itu. Inilah caranya, bagaimana kita mesti memanfaatkan sejarah d dalam kehidupan kita.

Apabila kita melihat Baginda Rasulullah itu dalam pendekatan yang sebenarnya, maka barulah kita akan tahu dan dapat memahami, apakah wadah dan visi yang disediakan oleh Baginda bagi kejayaan dan keangungan umat Islam.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bukanlah bekerja dalam sehari untuk membangunkan bantuan dan sokongan padu oleh para sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat, yang tidak mementingkan diri.

Barangkali di sinilah pemikiran kita perlu ditumpukan untuk mengambil iktibar serta teladan daripada cara gaya kepimpinan Baginda, yang telah berjaya menyatupadukan para sahabat dan pengikut-pengikut bagi mencapai aspirasi umat.

Kita percaya, Baginda berbuat demikian itu ialah atas asas, bahawa kemenangan dan kejayaan itu hanya akan datang apabila terciptanya perpaduan di antara yang memimpin dengan yang dipimpin. Dan lalu kerana itulah, Baginda pun menegaskan, “ bahawa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara”.

Inilah makna perpaduan sejati, yang mesti dan wajib dicontohi oleh pemimpin-pemimpin dan juga mereka yang dipimpin. Jangan ada atau jurang yang memisahkan di antara keduanya.

Kadang-kadang dari segi fizikal atau badan kasar, pemimpin dan yang dipimpin itu, kelihatanya rapat dan berdekatan, tetapi hati dan perasaan masing-masing berjauhan, tidak ada persafahaman dan muhibbah. Sekiranya benar kita mencontohi perangai dan ahlak Rasulullah maka beta yakin, tidak ada masalah untuk menarik dan menawan hati setiap pengikut itu juga sebaliknya dipihak pengikut pula, kesetiaan mereka adalah diperlukan.

Page 172: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012162 162

Beta rasa, jika diteliti secara rational, maka memang patutlah diakui bahawa faktor perpaduan itu telah menjadi sebab utama terdirinya tamadun Islam yang telah diasaskan oleh Baginda Rasulullah dan dicontohi kemudiannya oleh para sahabat sehingga hasilnya agama Islam telah tersibar dan berkembang luas, menempati hampir dari separuh peta dunia ini.

Jadi jika asasnya, maka tema kita pada tahun ini yang berbunyi: “Perpaduan Berlandaskan Ajaran Islam Punca Kekuatan Umat” adalah bertepatan sekali.

Beta berharap, formula perpaduan menurut Islam ini, akan dapat kita amalkan dengan baik dan sempurna sebagai memenuhi tuntutan masa dan keadaan supaya kita bertambah kuat dan kukuh dalam erti berupaya melaksanakan cita-cita dan program-Program negara dengan licin dan teratur. Tanpa perpaduan, segala rancangan mungkin sahaja terbengkalai atau sukar untuk dijayakan.

Bagi kita di negara ini, sebenarnya sudah lama wujud budaya muafakat, memucang-mucang dan tolong menolong, yang merupakan suatu ciri terpenting dari perpaduan itu. Maka, oleh itu, beta berpendapat tidaklah sukar bagi kita menyalurkannya di dalam penghidupan berbagai bidang, sama ada bidang kemasyarakatan, politik dan lain-lain. Cuma yang perlu ditambah ialah mengisikannya dengan semangat dan petunjuk agama, supaya perpaduan itu benar-benar dapat digunakan untuk kebajikanseratus peratus, bukan sebagai landasan untuk mengadakan pakatan-pakatan di dalam perkara-perkara yang tidak sihat, atau yang tidak mendatangkan faedah.

Kita perlu memahami konsep perpaduan cara Islam in, bukanlah semata-mata melihatnya dari sudut berjemaah di masjid sahaja, tetapi lebih jauh daripada itu. Ia juga boleh membawa kepada implikasi yang lebih luas dan mendalam bagi ketahanan dan kemajuan negara, bukan sahaja maju dari segi kebendaan malahan juga dari segi moral, etika dan spiritual.

Page 173: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

163Titah 2012163

Beta berharap sambil berdoa semoga umat Islam di negara ini, dan bahkan juga seluruh rakyat, akan sentiasa mengamalkan perpaduan, serta sekaligus dapat pula mengembangkannya kepada generasi demi generasi yang datang sambung-bersambung, iaitu sebagai suatu cara dan usaha bagi kita mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara yang sama-sama kita cintai ini.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 174: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012164 164

Titah Di Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam

Di Pusat Persidangan Antarabangsa BerakasPada 15 Rabiulawal, 1412 Hijrah

Bersamaan 23 September, 1991 Masihi

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah serta izin-Nya jua dapatlah kita buat julung-julung kalinya menyambut dan meraikan HARI GURU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia serta amanah hingga ke akhir zaman.

Beta gembira dan berterima kasih kerana Hari Guru Negara Brunei Darussalam telah disempenakan dengan hari keputeraan Al-Marhum Paduka Ayahanda beta, iaitu suatu ingatan yang baik sebagai menandakan ‘rasa hati’ terhadap orang yang telah meninggalkan kita. Cara begini hanyalah dilakukan oleh orang-orang yang berbudi tinggi, yang mudah terusik atau terharu terhadap seseorang yang pernah menyumbangkan jasa dan baktinya kepada negara, bangsa dan ugama, walaupun orang itu sudah sekian lama berpisah dengan kita.

Kemudian lebih indah dan cantik lagi, apabila Al-Marhun Paduka Ayahanda beta telah dibabitkan secara langsung dan terbuka dengan bidang pendidikan dan perguruan di negara ini yang memberi makna bahawa kita juga mengiktiraf baginda sebagai guru kita, guru bangsa dan guru Negara Brunei Darussalam. Sebagai guru dan raja, baginda mempunyai sifat-sifat yang besar dan luhur, sebagai pemimpin dan pembimbing ke arah kebajikan.

Begitulah seterusnya sifat-sifat ini juga boleh dimiliki oleh seluruh guru. Beta percaya, guru-guru dan masyarakat adalah sama-sama

Page 175: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

165Titah 2012165

menyedari hakikat, bahawa tugas dan tanggungjawab guru itu amalah besar dan berat. Mereka berkewajipan menyempurnakan amanah negara dan bahkan amanah Allah Taala, bagi melahirkan insan-insan yang terdidik lagi berpengetahuan serta berakhlak mulia.

Pada hari ini, Negara Brunei Darussalam sedang menerima perkhidmatan guru yang terdiri daripada 4,300 orang guru tempatan dan guru berkontrak. Mereka inilah yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik seramai lebih kurang 60,000 orang penuntut di seluruh negara.

Beta adalah menyedari bahawa dalam zaman yang serba terdedah kepada gejala-gejala buruk dan liar hari ini, kaum guru tidak syak lagi, adalah turut dicabar untuk memberikan khidmat bakti yang lebih cemerlang dan efektif, bagi mempertahan dan mengekalkan nilai-nilai murni yang mulia di dalam masyarakat.

Kita semua tahu, bahawa pada mulanya, dunia hanya gelisah disebabkan wabak dadah dan arak. Tetapi kegelisahan itu terus meningkat ke tahap yang lebih menekan lagi dengan berlakunya serangan penyakit AIDS yang menjadi pembunuh utama pada masa ini.

Semenjak tahun 1981, iaitu mula-mula ia dikesan dari sebuah negara termaju di dunia, maka sampai sekarang belum terdapat sebarang tanda yang menunjukkan bahawa penyakit ini akan segera ditemui ubatnya. Dan malahan, kita di Asia pada khususnya lebih-lebih lagi merasa ngeri, apabila terdapat ramalan, bahawa pada penghujung dekad ini, rantau Asia akan menjadi pusat wabak penyakit tersebut.

Semua ini adalah menambahkan lagi beratnya tugas dan tanggungjawab kita terutama di pihak kaum guru. Sebab ternyata sekarang, penyakit sosial pada hari ini yang membawa datangnya bala berupa penyakit-penyakit merbahaya, adalah salah satunya berpunca daripada sistem asuhan dan pendidikan dunia yang pincang. Nilai-nilai kehidupan moden yang meliputi juga bidang pendidikan,

Page 176: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012166 166

yang semata-mata berlandaskan falsafah materialism Barat, adalah tidak memadai untuk melahirkan umat manusia yang sempurna dan senonoh. Kerana itu, melihat perspektifkan Islam secara yang konprehensif bagi sistem pendidikan itu adalah mustahak.

Kita adalah turut memahami, bahawa masa depan negara memerlukan sistem pendidikan yang dapat mengubah corak kehidupan rakyat, dari tidak maju kepada maju, atau dari kurang maju kepada cukup maju terutama dibidang-bidang yang selalu menjadi buruan orang, seperti bidang industry dan teknologi. Tetapi dalam masa yang sama, kita juga wajib mengekalkan nilai-nilai luhur dan moral yang tinggi.

Tegasnya kita tidak mahu pendidikan kita hanya sekadar untuk mengisi otak dengan bahan-bahan yang mentah dan kering, tetapi apa juga ilmu yang dihidangkan itu hendaklah bersepadu dengan nilai-nilai akhlak dan ugama. Hanya dengan cara ini sahaja beta rasa, manusia dan keturunannya akan dapat diselamatkan. Kerana sudah ketara benar, kehancuran itu sedang pun bermula bagi sesiapa sahaja yang tidak memperdulikan nilai-nilai moral dan ugama didalam kehidupan mereka. Senjata-senjata yang canggih dan teknologi tinggi tidak akan berguna apa-apa, apabila hukuman Allah Subhanahu Wataala sedang atau telah berlaku. Dan tidak mustahil juga, ada lagi bala yang lebih dahsyat yang mungkin akan menimpa. Sekiranya manusia ini telah benar-benar melimpasi batasan.

Di sinilah kaum guru itu sangat-sangat dikehendaki untuk menyampaikan maksud dan tujuan pendidikan, iaitu membentuk generasi yang berkualiti, tetapi dalam masa yang sama juga, tidak mengabaikan nilai-nilai budi dan akhlak yang tinggi. Maka ke arah ini, negara adalah memerlukan guru-guru yang cemerlang, yang berjiwa besar, yang dapat membawa perubahan dedikasi, bersemangat tinggi dan berbudi mulia, yang penyayang, pemikir dan progresif serta bertakwa kepada Allah Subahanahu Wataala.

Guru-guru yang seumpama ini, tidaklah semestinya terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan-kelulusan yang tinggi sahaja,

Page 177: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

167Titah 2012167

tetapi juga yang memiliki sijil-sijil sederhana pun boleh mencapaikan tahap kecemerlangan yang seumpama itu. Buktinya seperti terdapat kepada guru-guru kita dahulu yang diistilahkan sebagai ‘guru lama’ atau ‘guru tua’ atau yang seumpamanya, bahawa di dalam banyak hal, mereka itu adalah mempunyai banyak keistemewaan yang sukar untuk ditandingi pada hari ini.

Pada masa sekarang kerajaan beta telah menyediakan peluang-peluang tertentu kepada kaum guru dan juga bakal-bakal guru. Jadikan bilangan guru yang berkelulusan tinggi dari kalangan anak-anak tempatan adalah semakin ramai, sehingga pada hari ini, tidak lagi terdapat seorang guru pun yang tidak mempunyai kelulusan profesion, sama ada peringkat ijazah mahupun peringkat sijil perguruan. Dan adapun kategori guru-guru yang dahalunya dikenali sebagai guru pelatih, sudahpun menjadi sejarah sahaja.

Jadi melihat ini, sepatutnya tidaklah akan ada lagi anggapan bahawa kredibiliti dan kewibawaan guru-guru itu sedang menurun.

Apakah benar imej guru-guru itu sedang tergugat? Beta berpendapat, ianya adalah lebih banyak terkandung kepada guru-guru itu sendiri menentukannya, dan salah satu cara yang dianggap praktikal dan berkesan untuk mempertahankan imej tersebut ialah, jangan ada guru-guru yang menjadi profesion perguruan itu hanya sebagai pilihan terakhir untuk mencari nafkah semata-mata.

Beta percaya status dan kehebatan guru akan terus kukuh dan tinggi sekiranya guru-guru itu benar benar mahu memelihara segala sifat keguruan yang mulia di dalam masyarakat. Mereka mesti mempertahankan terus keunggulan guru dengan menambahkan ilmu di dada, sambil bersedia buat selama-lamanya untuk menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat. Apabila disebut sahaja contoh dan teladan ini, adalah bermakna “yang terbaik’ bukan sebaliknya.

Akhirnya kepada guru-guru dan guru-guru bersara yang akan dinamakan sebagai tokoh guru dalam kategori masing-masing bersempena dengan Hari Guru Negara Brunei Darussalam ini, beta

Page 178: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012168 168

dengan ikhlas terlebih dahulu mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya dengan doa semoga “nama baik” yang dikurniakan ini akan membawa nikmat dan rahmat kepada mereka sepanjang hayat insya-Allah.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 179: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

169Titah 2012169

Titah Di Majlis Konvokesyen Ketiga Universiti Brunei Darussalam

Pada 17 Rabiulawal, 1412 Bersamaan 25 September, 1991

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan limpah kunia-Nya jua, maka dapatlah kita berkumpul bagi menyempurnakan upacara KONVOKESYEN KETIGA UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia serta amanah hingga ke akhir zaman.

Beta sangat-sangat gembira, kerana setiap kali upacara seperti ini diadakan, bermakna bilangan kaum cendikiawan kita adalah semakin bertambah. Pertambahan ini membawa erti yang besar kepada negara, terutama dari segi kepentingan perkembangan tenaga manusia.

Oleh itu ijazah yang diterima biarlah benar-benar melambangkan pencapaian yang tinggi, baik dari segi ilmu mahupun dari segi kemampuan berfikir. Kedua-dua, yakni ilmu yang tinggi dan kebolehan berfikir itu mestilah diperolehi secara serentak, barulah ada makna, yang universiti itu sebagai tempat membangun fikiran, tempat mengasuh bakat dan tempat berlumba mencari kemahiran-kemahiran.

Ke arah inilah betra rasa, sistem dan dasar pendidikan itu mustahak dinamik dan bukanya statik. Kita tidak mahu pusat-pusat pengajian kita hanya sebagai kilang untuk mengeluarkan sijil-sijil dan ijazah-ijazah, sedangkan penerima-penerima sijil dan ijazah tersebut terdiri daripada mereka yang lesu dan kaku yang tidak dapat bergerak dengan ligat memanfaatkan pengetahuan mereka. Adalah kecermerlangan pusat-pusat pengajian tinggi itu, tidaklah diukur dari saiz bangunan dan kelengkapannya yang moden semata-mata, tetapi lebih tertakluk

Page 180: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012170 170

kepada sejauh mana ia berjaya menghasilkan lepasan-lepasan yang dapat berhujah dengan bahasa ilmu dan rasional.

Sehubungan inilah, beta amat menaruh harapan kepada Universiti Brunei Darussalam untuk mempelopori semua institusi pengajian di negara ini dalam menuju dan melahirkan kaum terpelajar yang berkualiti sebagaimana yang beta sebutkan di atas.

Beta adalah dengan penuh perhatian sentiasa mengikuti perkembangannya dari masa ke semasa. Pada setakat ini, beta telah difahamkan bahawa terdapat beberapa rancangan baru telah di buat, antaranya ialah menubuhkan Pusat Pendidikan Kesinambungan dan Ikhtisas dengan kerjasama Commonwealth of Learning. Pusat ini akan memberikan peluang kepada orang-orang dewasa, sambil mereka bekerja, mereka akan dapat pula untuk meningkatkan pengetahuan ikhtisas mereka. Dan satu lagi ciri istimewa ialah ‘ Studio Video Tutorial’ yang akan membolehkan kita mendapat ilmu-ilmu dan kepakaran-kepakaran tertentu melalui hubungan teknologi dengan universiti-universiti dan institusi-institusi teknikal daripada negara-negara Komanwel lainnya.

Walau bagaimanapun, kita akan sentiasa membuat penilaian terhadap program ini dari masa ke semasa, khasnya dari segi cost-effectiveness kursus-kursus yang ditawarkan. Jika dalam jangka panjang program ini tidak banyak menguntungkan, maka kemungkinan ianya akan diserap dan diambil alih oleh Universiti Brunei Darussalam sendiri melalui rancangan ‘Continuing Education’.

Demikian juga penilaian dan kajian itu mesti dipentingkan dari sudut konsep, supaya tidak akan berlaku kepincangan. Kerana di samping kita menyediakan kemudahan teknikal, kita juga mesti memandang tinggi ‘dinamism’ di dalam kehidupan dunia, tetapi dalam waktu yang sama, kita juga mesti mengadakan kawalan terhadap konsep pembangunan dunia itu, supaya tidak dicanggah dengan ajaran Allah. Jika kita lalai disini, nanti mungkin sahaja kita hanyut, dan akhirnya berkubur bersama-sama sejarah yang kita banggakan selama ini.

Page 181: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

171Titah 2012171

Selaras untuk keperluan biasa, beta juga gembira mengetahui yang kerja-kerja infrastruktur Kampus Kekal Universiti akan bermula bila-bila masa sahaja. Beta berharap, Kampus Kekal ini akan dapat disiapkan pembinaannya secepat yang mungkin, bagi menepati tarikh sasarannya, iaitu pada bulan Jun 1994. Kelambatan perlaksanaan Kampus Kekal ini, hanya akan menjejaskan perancangan dan perkembangan institusi-institusi di Kementerian Pendidikan.

Beta berharap, dengan adanya Kampus Kekal ini nanti, Universiti Brunei Darussalam akan lebih berkembang dan maju sebagai sebuah institusi pengajian tinggi di negara ini.

Akhirnya, beta tidak lupa mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang akan menerima ijazah mereka, dengan pesanan bahawa hari ini bukanlah bermakna berakhirnya proses pembelajaran bagi mereka, tetapi hanya selesainya satu tahap dari proses pendidikan sepanjang zaman.

Beta juga sambil itu ingin menyatakan ucapan yang sama, dan malahan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak yang berkenaan dengan Universiti, yang meliputi dari bekas Naib Canselor, juga Naib Canselor yang baru, para ahli akademik, pengurus, pentadibr dan bahkan seluruh kakitangan Universiti di atas segala sumbangan dan khidmat bakti mereka. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala akan memberikan mereka petunjuk dan bimbangan ke arah menjayakan lagi perjalanan Universiti ini, Insya-Allah.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Page 182: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012172 172

Titah Di Majlis Perasmian Pelancaran Tabung Amanah Islam Brunei (Taib) Di Bangunan Perdagangan Bumiputra

Jalan Cator, Bandar Seri BegawanNegara Brunei Darussalam

pada Hari Ahad 29 September, 1991 Bersamaan 21 Rabiulawal, 1412

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua, dapatlah beta hadir di majlis yang penting lagi bersejarah ini, selawat dan salam ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Kaum kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi jujur serta amanah hingga ke akhir zaman.

Barangkali ada juga eloknya, jika beta mengulang sedikit kenyataan yang pernah beta buat, iaitu kita, adalah bersungguh-sungguh dalam mempraktikkan Islam sebagai cara hidup. Kita tingkatkan ibadat, dan sambil itu kita juga membangun, dan bahkan terus membangun dengan berlandaskan ajaran-ajaranIslam itu.

Maka sehubungan inilah, kita mesti melihat hidup ini sejauh yang mungkin, bukan setakat yang terhad dan pendek tetapi yang lebih utama ialah kehidupan yang kekal abadi di akhirat.

Apabila terdapat pandangan yang luas begini, dengan sendirinya kita pasti akan melepaskan diri daripada belenggu pemikiran yang tidak betul, yang sedang berkembang pada hari ini. Umpamanya, ramai orang yang terlalu percaya dan optimis, bahawa dengan runtuhnya sistem sosialis/komunis di Eropah Timur dan Soviet Union, adalah bulat-bulat diterbitkan sebagai kemenangan total bagi sistem kapitalis. Dan bahkan ada rumusan, bahawa dari segi ekonomi, dunia ini hanya akan mempunyai satu sahaja sisitem, iaitu sistem pasaran bebas yang berasaskan kepada kapitalism.

Page 183: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

173Titah 2012173

Apakah pendapat ini betul?

Pada hemat beta, ianya masih merupakan satu kontroversial. Kerana di samping ada pihak yang menerimanya, ada pula yang menolaknya.

Salah satu hujah yang menolak itu ialah datangnya daripada ahli-ahli fikir Islam dan ulama, yang melihat keunggulan dan kekuatan Islam sebagai ‘Addeen’ dan juga sebagai sistem. Sehingga dengan ukuran ini, membawa mereka cukup yakin dengan apa yang dihidangkan oleh Islam itu boleh menjadikannya sebagai satu alternatif kepada dunia.

Beta rasa, pendapat ini memang ada asasnya yang kuat. Lihat sahajalah kepada beberapa bentuk perubahan yang pada mulanya tidak pernah diduga akan berlaku dalam susunan politik dan ekonomi dunia, iaitu seiring dengan runtuhnya sistem sosialis/komunis tadi, maka muncul satu demi satu negara-negara yang telah menubuhkan Institusi-institusi kewangannya yang memakai dasar-dasar muamalah Islam, dan sehingga setakat ini, ada berpuluh institusi kewangan Islam telah menjadi kenyataan. Jadi apakah ini bukan bukti, bahawa Islam itu sebenarnya mampu bersaing dan juga mungkin akan mewujudkan suatu wadah baru menggantikan satu sejarah yang telah berakhir.

Maka dalam konteks ini, Negara Brunei Darussalam tidaklah patut terlalu jauh ketinggalan tanpa berbuat apa-apa. Sebagai sebuah negara yang mempunyai teras keislaman yang kuat, maka kita adalah wajib melangkah ke hadapan turut menampilkan diri bersama-sama mereka yang telah memulakan usahanya.

Jadi atas asas inilah, beta sangat-sangat berhasrat untuk menunaikan suatu tanggungjawab besar kerajaan ke arah melibatkan diri di dalam urusan-urusan kewangan Islam, sama ada bagi tujuan pengumpulan wang kerana beribadat seperti untuk menunaikan haji, atau yang lebih jauh dari itu, supaya orang ramai dapat menyimpan

Page 184: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012174 174

dan melabur melalui suatu sistem simpanan kewangan atau saving scheme tanpa riba.

Bagi maksud ini, beta telah memperkenankan suatu ‘Perintah Darurat’ yang dinamakan ‘Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei 1991’ yang antara lain memperuntukkan beberapa matlamat, termasuklah bagi menguruskan suatu tabung yang digelar dengan Tabung Amanah Islam Brunei; di samping untuk melaksanakan pengendalian bank, pembiayaan perdagangan dan pelaburan, mengambil bahagian dalam projek-projek pembangunan industri dan ekonomi sama ada di dalam atau di luar negara dan lain-lain matlamat yang mungkin ditentukan dari masa ke semasa.

Khusus mengenai dengan pengendalian bank, maka insya-Allah negara ini sedang pun bergerak ke arah penubuhan bank Islamnya, dimana beta akan merasa lebih lega dan gembira sekiranya International Bank Of Brunei (IBB) akan dapat dijadikan model pertama untuk ini.

Sementara itu, beta juga pada hari ini amat sukacita lagi penuh bersyukur kerana dapat bersama-sama menyambut kelahiran Tabung Amanah Islam Brunei ringkasnya TAIB, yang akan beroperasi menurut lunas-lunas dan hukum syarak, sebagai salah satu langkah permodenan negara, bukan sebaliknya.

Tabung ini akan menjalankan usahanya melalui sistem simpanan kewangan yang akan diinvest atau dilaburkan untuk mencari keuntungan-keuntungan tertentu. Dan tertakluk kepada kadar keuntungan yang diperolehi, dividen atau bonus akan dibayar kepada pelabur-pelabur pada waktu-waktu yang akan ditetapkan, iaitu setelah menolak bayaran-bayaran yang dimestikan seperti zakat, bayaran perbelanjaan pengurusan tabung dan seumpamanya.

Sebagai menunjukkan keteguhan tabung ini, maka kerajaan beta akan memikul sepenuhnya segala risiko yang mungkin terjadi dalam makna sekirnya atas sebab-sebab yang tertentu, tabung ini tidak berupaya untuk menunaikan tanggungjawabnya bagi membayar

Page 185: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

175Titah 2012175

balik wang orang ramai, maka kerajaan dengan ini menjamin akan membuat pembayaran tersebut.

Dan sebagai gambaran dari kegembiraan kita bersama, maka beta berharap akan ramailah pelabur-pelabur daripada kalangan kita pada hari ini, yang juga akan diikuti oleh orang ramai selepas ini. Adapun di pihak beta sendiri, beta dengan sukacitanya akan menjadi pelabur yang pertama kepada Tabung Amanah Islam, Brunei, insya-Allah.

Dengan mendahulukan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Wassalatu Wassalamu ‘Ala Sayidina Muhammadin Wa’Alaa Aalihi Wasahbihi Ajmaeen, maka Tabung Amanah Islam Brunei ini beta lancarkan dengan rasminya.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 186: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012176 176

Titah Sempena Persidangan Kemuncak Islam Kali Keenam Di Dakar, Senegal

9 – 12 Disember 1991

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillahi Rabbil-‘Aalamin, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil-Mursalin, Sayyidina Muhammadin, Wa-alaa Aalihi Wasahbihi Ajma’een, Wa-Ba’Du.

Duli-Duli Yang Maha Mulia, Duli-Duli Yang Teramat Mulia, Tuan Pengerusi, Tuan-Tuan Yang Terutama, dan Para Perwakilan sekalian. Bagi pihak perwakilan Negara Brunei Darussalam, beta sukacita

mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan dan Rakyat Senegal di atas usaha-usaha yang gigih yang telah dibuat selaku tuan rumah bagi persidangan ini, dan di atas layanan baik yang diberikan kepada kami selama kami berada di Dakar.

Pada waktu yang sama, beta juga sukacita mengucapkan tahniah kepada Tuan Pengerusi di atas lantikan sebagai Pengerusi bagi persidangan ini. Kami yakin yang pertimbangan dan perbincangkan kita yang akan dijalankan akan berjalan dengan baik di bawah pimpinan bijaksana Tuan Yang Terutama.

Tuan Pengerusi,

Sejak perjumpaan kita di persidangan yang lepas, banyak kejadian-kejadian penting telah berlaku. Sebagai hasinya kita telah melihat berbagai kemajuan yang menimbulkan apa yang dikenali ramai sebagai “order baru dunia”.

Page 187: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

177Titah 2012177

Kemajuan-kemajuan tersebut bukan hanya mempengaruhi negara-negara kita masing-masing bahkan juga selaku ahli-ahli kepada pertubuhan ini. apabila kita berusaha untuk menumpukan perhatian kepada kemajuan-kemajuan tersebut secara bersendirian, kita mungkin akan berasa susah untuk bertindak. Bagaimanapun, selaku negara-negara yang mempunyai kepercayaan yang sama kita mungkin berupaya memberi sumbangan yang besar.

Dari itu, kita dapat melihat yang perjumpaan kita ini memberikan peluang-peluang yang sangat dialu-alukan untuk menilai tujuan-tujuan kita bagi pihak umat Islam pada keseluruhannya. Kita hanya akan dapat melakukan perkara ini dengan sebaik-baiknya apabila kita semua bersatu-padu.

Beta menyatakan perkara ini, kerana kita sendiri telah dapat melihat banyak petanda bagi perkembangan yang positif. Ini termasuklah inisiatif-inisiatif baru dalam bidang ekonomi dan kerjasama serantau dan antarbangsa pada keseluruhannya.

Semua ini adalah merupakan perubahan-perubahan yang sangat dialu-alukan. Dan kita seharusnyalah mengambil peranan untuk sama-sama memberikan sumbangan di dalam bidang-bidang tersebut. Tetapi, jika sekiranya pertubuhan kita berhasrat untuk mempengaruhi arah atau haluan yang kita perhatikan sedang muncul, ia hendaklah menunjukkan dirinya sebagai pertubuhan yang boleh dipercayai yakni credible. Dalam hubungan ini keperluan untuk kita bersatu adalah lebih mendesak.

Perpaduan akan membolehkan kita dengan yakin untuk menambahkan usaha-usaha kita di forum-forum barbagai pertubuhan antarabangsa dan serantau dalam menyokong bagi mewujudkan keadaan aman di seluruh dunia. Ianya juga akan mempastikan supaya keputusan-keputusan antarabangsa akan menggambarkan pendapat-pendapat dari semua pihak. Begitu juga ia akan menyingkirkan berbagai ketidak-tentuan dan akan menjamin yang hak-hak semua ahli pertubuhan ini adalah terpelihara.

Page 188: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012178 178

Perkara ini kami rasa adalah sangat mustahak bagi negara-negara kecil yang memerlukan kepastian supaya keselamatan masing-masing akan dapat dikekalkan selaras dengan prinsip-prinsip kewujudan bersama dan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu.

Seruan ke arah perpaduan ini lebih dirasakan adil dan saksama apabila kita mengingat bahawa kuasa-kuasa besar sendiri telah diseru supaya menghadapi prospek kebangkitan pengaruh Islam di serata dunia.

Tuan Pengerusi.

Banyak isu yang mana sekarang sedang dalam peringkat-peringkat penting perbincangan dan kita hendaklah menumpukan perhatian padu kearah ini.

Perkembangan yang paling dramatic ialah yang melibatkan rantau Timur Tengah. Keputusan inisiatif-inisiatif damai sejauh ini mungkin sahaja tidak dapat mencapai sebagaimana yang kita harapkan. Bagaimanapun, satu titik permulaan telah pun dibuat.

Kita sentiasa berpendapat yang masalah bangsa Palestin adalah merupakan masalah dasar bagi keseluruhan konflik Arab dan Isreal. Kita menganggap rundingan-rundingan damai yang sedang berjalan pada masa ini adalah sebagai langkah-langkah yang wajar dan patut.

Dalam hal ini, kami memberikan pujian terhadap pendirian flexible yang diambil oleh para perwakilan Arab, dan kami berharap ini akan disambut baik dengan perubahan sikap yang positif oleh pihak Israel. Kita menghargai peluang yang ada dan menyeru supaya semua pihak yang terlibat untuk meneruskan usaha gigih mereka bagi menyelesaikan masalah Palestin.

Dalam waktu yang sama, kami juga ingin untuk menekankan sekali lagi kepercayaan kami iaitu Resolusi 242 dan 338 Majlis Keselamatan

Page 189: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

179Titah 2012179

Bangsa-Bangsa Bersatu adalah masih merupakan asas yang paling sesuai bagi penyelesaian menyeluruh masalah Timur Tengah.

Kita dan bahkan seluruh dunia mestilah melihat masalah Palestin ini dari sudut keadilan dan peri kemanusiaan. Rakyat Palestin telah cukup mengalami penderitaan selama kira-kira setengah abad dalam keadaan tertindas.

Dan kenyataan ini sudah cukup unutk mengusik hati sanubari dunia bagi menyelesaikan masalah rakyat Palestin itu tanpa berlengah-lengah dengan penuh adil dan saksama.

Tuan Pengerusi,

Sementara keseluruhan persoalan Timur Tengah masih di peringkat awal perundingan, beta merasakan isu-isu yang lain juga masih jauh dari penyelesaian. Dalam hal ini, beta ingin merujuk secara khusus kepada kejadian-kejadian di Afghanistan di mana, walaupun keadaan tegang telah reda, tetapi rakyatnya masih lagi belum dapat menikmati keamanan dan kestabilan.

Dalam menimbangkan isu-isu lain yang juga telah lama wujud, beta juga merujuk kepada peringkat yang telah dicapai di Afrika Selatan. Kami berpendapat perkembangan-perkembangan yang terjadi akhir-akhir ini adalah sangat menggalakkan. Bagaimanapun, dalam mengalu-alukan perkembangkan-perkembangan tersebut, kami juga bimbang terhadap keadaan kacau yang berterusan dalam masyarakat umum di negara tersebut. Kami ingin melihat supaya perkara-perkar ini akan berjalan dengan lancarnya ke arah satu penyelesaian yang komprehensif.

Tuan Pengerusi,

Berkenaan dengan masa depan pertubuhan ini, iaitu Pertubuhan Persidangan Islam, beta berpendapat kita hendaklah berusaha dengan gigih demi untuk mempastikan bahawa kita adalah memainkan peranan yang berkesan dalam suasana politik dan

Page 190: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

Titah 2012180 180

ekonomi yang tidak stabil pada masa ini. untuk melaksanakan ini kita hendaknyalah bukan hanya semata-mata mencapai perpaduan bahkan juga mewujudkan arah haluan yang nyata.

Brunei Darussalam mengharapkan supaya Persidangan ini akan dapat menentukan arah haluan tersebut.

Untuk mengekalkan supaya Pertubuhan Persidangan Islam akan secara beterusan mempunyai pertalian di dunia ini, ianya hendaklah mempunyai kekuatan istimewa yang lahir dari perpaduan di antara negara-negara ahli. Dan juga jangan kita lupa, bahawa yang lebih penting dari segala-galanya itu, ialah kita mesti yakin tentang kekuatan Islam bukan hanya suatu Ugama, tetapi sistem hidup yang meliputi semua aspek kerohanian dan politik.

Negara-negara Islam mestilah sedar, dan juga perlu membuktikan, yang anggapan dunia tentang mereka sebagai tidak boleh bersatu itu adalah tidak benar. Lalu ke arah ini, kita mestilah bangun dengan cepat meredakan sebarang sentimen nasionalism yang berbeza di antara kita, mendekatkan perbezaan program ideology, memberhentikan perebutan kawasan dan sempadan, dan akhir sekali melupakan perbezaan pandangan keugamaan yang bukan asas di kalangan sesama kita yakni negara-negara Islam.

Jika sekiranya persidangan ini boleh menunjukkan arah tujuan yang membolehkan kita bertambah rapat dan mesra, yakni terhadap masa depan dan berwibawa, maka itulah sebaik-baik dan sebesar-besar hadiah untuk umat Islam. Kita pun nantinya akan dapat meninggalkan persidangan ini dengan lega dan gembira bahawa OIC sebenarnya adalah sebuah pertubuhan yang disegani, yang mampu memberikan sumbangan berkekalan dalam tatacara hal-ehwal antarbangsa.

Sekian, Wabillahit Taufiq Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 191: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/EDIT TITAH 1990-1991.pdf · Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam , kaum

181Titah 2012181