kumpulan titah - information.gov.bn publication pdf/titah 1997.pdf · asia-eropah di bangkok,...

121
Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Tahun 1997

Upload: vuanh

Post on 14-Mar-2019

261 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Tahun 1997

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien

Sa’adul Khairi WaddienSultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

VTitah 2012V

TerbitanUnit Penerbitan Melayu

Bahagian Penerbitan dan PameranJabatan Penerangan

Jabatan Perdana MenteriNegara Brunei Darussalam

Cetakan Pertama Cetakan Kedua 2003Cetakan Ketiga 2016

Hak cipta Jabatan Penerangan

PenyelarasHajah Rosidah binti Haji Ismail

Susunan/KompilasiZawiyatun Ni’mah binti Mohamad Akir

Reka Letak

PenyemakZawiyatun Ni’mah binti Mohamad Akir

Norhafilah binti Rosli

Kulit Luar

Dicetak olehEzy Printing Services & Trading Co. Sdn. Bhd

ISBN(Kulit Lembut)

Titah 2012VI VI

ISI KANDUNGAN

Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1997 pada 1 Januari 1997.

Titah Sempena Lawatan Rasmi Tuan Yang Terutama Tuan Ryutaro Hashimoto, Perdana Menteri Jepun pada 7 Januari 1997.

Speech On The Occasion of The Official Visit by His Excellency, Mr. Ryutaro Hashimoto, Prime Minister of Japan on 7 Januari 1997.

Titah Di Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Bagi Tahun 1417 Hijrah bersamaan dengan Tahun 1997 Masihi pada 27 Januari 1997.

Titah Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun 1417 Hijrah/1997 Masihi pada 9 Februari 1997.

Titah Sempena sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-13 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari 1997

Titah Sempena Lawatan Negara Tuan Yang Terutama Tuan Nelson R. Mendela, Presiden Republik Afrika Selatan, di Majlis Persantapan Negara di Istana Nurul Iman pada 4 Mac 1997.

Speech On The Occasion of the State Visit of His Excellency Mr. Nelson Mandela, President of the Republik of South Africa, 4 March 1997.

MUKA SURAT

1 - 5

6 - 8

9 - 11

12 - 15

16 - 19

20 - 24

25 - 28

29 - 31

VIITitah 2012VII

Titah Sempena Lawatan Rasmi Tuan Yang Terutama Jeneral Chavalit Yongchaiyudh, Perdana Menteri Thailand pada 19 Mac 1997.

Speech On The Occasion of the Official Visit of His Excellency General Yongchaiyudh The Prime Minister of The Kingdom of Thailand on 19 March 1997.

Titah Sempena Hari Raya Aidil Adha 1417 Hijrah/1997 Masihi pada 17 April 1997.

Titah di Majlis Makan Malam sempena lawatan rasmi Canselor Persekutuan Republik rasmi Canselor Persekutuan Republik Jerman, Tuan Yang Terutama Dr. Helmut Kohl pada 1 Mei 1997.

Speech On The Occasion of the visit of the Federal Chancellor of Germany, His Excellency Dr. Helmit Kohl on 1 May 1997.

Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Hijrah bagi Tahun 1418H/1997M pada 7 Mei 1997.

Titah di Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah bagi Tahun 1418H/1997M pada 8 Mei 1997.

Titah Sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke-51 pada 15 Julai 1997.

MUKA SURATISI KANDUNGAN

32 - 35

36 - 39

40 - 43

44 - 47

48 - 50

51 - 53

54 - 56

57 - 58

Titah 2012VIII VIII

Titah di Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bagi Tahun 1418H/1997M pada 17 Julai 1997.

Titah Sempena Ulang Tahun ke-30 Penubuhan ASEAN pada 8 Ogos, 1997

Speech On The 30th Anniversary of ASEAN on 8 August 1997.

Titah Sempena Keberangkatan Baginda Ke Malaysia pada 25 Ogos 1997

Titah di Majlis Makan Tengah Hari Sektor privet Malaysia, Kuala Lumpur pada 27 Ogos 1997

Speech at The Malaysian Private Sector’s Luncheon hosted by NCCIM on 27 August 1997.

Titah di Institut Hubungan Diplomatik dan Luar Negeri Malaysia pada 27 Ogos 1997

Speech at The Institute of Diplomatic and Foreign Relations, Malaysia on 27 August 1997.

Titah di Majlis Konvokesyen Kesembilan Univer-sity Brunei Darussalam pada 13 September 1007.

Titah Di Majlis Sambutan Hari Guru 1997 pada 23 September 1997

Titah Di Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 1814H/1997M pada 12 Oktober 1997.

MUKA SURAT

64 - 67

68 - 70

71 - 72

73 - 77

78 - 84

85 - 90

91 - 100

101 - 109

110 - 113

114 - 116

117 - 119

ISI KANDUNGAN

IXTitah 2012IX

Titah 2012X X

1Titah 20121

Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1997Pada 1 Januari 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala atas limpah rahmat-Nya mengizinkan kita semua untuk menempuh arena tahun baru 1997 dalam keadaan bahagia dan aman tenteram.

Kita tinggalkan tahun 1996 yang mengandungi berbagai pengalaman dan peristiwa di dalamnya. Pengalaman-pengalaman itu, ada yang manis dan ada pula yang pahit.

Kepahitan dirasakan oleh negara-negara yang terus sahaja dilanda oleh bermacam-macam bencana, sama ada bencana alam mahupun yang diakibatkan oleh perbuatan manusia.

Kita dapati misalnya, terdapat berjuta rakyat di sebuah negara Afrika yang menjadi pelarian kerana ingin menyelamatkan diri dari konflik politik yang menyebabkan rakyat setempat menderita.

Kita dapati juga perjanjian perdamaian yang telah termeterai di Timur Tengah sedang terancam akibat perubahan pemerintahan di satu pihak yang mempunyai sikap dan pandangan yang berlainan terhadap proses perdamaian.

Di samping itu, tanda-tanda kemajuan yang telah dicapai dalam proses perdamaian di negara-negara bekas Yugoslavia juga adalah sangat melegakan. Begitu juga, secara khusus bagi rantau kita, perdamaian di antara Kerajaan Republik Filipina dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro adalah juga antara peristiwa positif bagi tahun 1996. Perdamaian ini tidak syak lagi merupakan pembuka

Titah 20122 2

jalan ke arah kemakmuran dan keamanan di Selatan Republik Filipina yang sentiasa bergolak lebih dari 20 tahun itu.

Juga menjadi pengalaman yang manis, ialah pertumbuhan ekonomi serta kemajuan yang menggalakkan, terutama di kalangan negara-negara membangun.

Negara kita sendiri telah berkesempatan menyertai beberapa mesyuarat penting di sepanjang tahun 1996 termasuk Mesyuarat Asia-Eropah di Bangkok, Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik yakni APEC di Manila dan Sidang Kemuncak Informal ASEAN di Jakarta.

Yang menjadi perkara pokok dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut, ialah bagaimana negara-negara dapat mengukuhkan lagi kerjasama mereka dalam keadaan dunia semakin saling memerlukan di antara satu sama lain, baik yang terletak di rantau yang jaraknya jauh seperti Asia-Eropah dan Asia-Pasifik, mahupun yang terletak dalam rantau yang sama seperti rantau ASEAN.

Kecemerlangan ekonomi adalah menjadi kriteria yang paling mustahak di kalangan negara-negara yang bekerjasama dan berganding bahu itu, melebihi dari perhitungan dan perkiraan politik, kerana kebanyakan negara telah menyedari betapa kerjasama dalam bidang ekonomi itu menjadi asas utama kepada kebajikan dan kesejahteraan dunia sejagat.

Semakin hampir kita ke abad 21, dan dengan semakin pesatnya pembangunan yang dicapai di rantau Asia dan Pasifik, maka semakin yakin pula para pemerhati terhadap ramalan bahawa abad ke-21 itu nanti adalah merupakan “Pacific Century” atau Abad Pasifik, setelah abad ke-20 merupakan Abad Atlantik.

Apapun keadaannya, yang pasti ialah negara kita terletak di tengah-tengah rantau yang sedang giat mengalami perubahan dan pembangunan yang pesat.

3Titah 20123

Kita tidak ada pilihan lain, kecuali meneruskan daya usaha kita pada memastikan pembangunan negara berjalan dengan lancar.

Kita mesti mempersiapkan diri seperti juga negara-negara lain, khasnya dalam bidang perdagangan, supaya kita tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dan pembangunan.

Tanpa perhatian yang secukupnya diberikan kepada bidang-bidang yang menjadi tumpuan dan keutamaan negara-negara dunia hari ini seperti perdagangan, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan, tahap teknologi yang terkini, kemahiran kerja serta produktiviti yang tinggi, maka sesebuah negara itu pasti akan mengalami kemunduran, atau sekurang-kurangnya tertinggal di belakang oleh negara-negara lain.

Dalam hubungan ini, negara kita turut beruntung, kerana negara-negara ASEAN mempunyai dasar kerjasama, persefahaman dan semangat setiakawan yang tinggi, serta saling mendukung antara satu sama lain.

Selaku ahli keluarga ASEAN, kita telah dapat memanfaatkan usaha-usaha dan projek-projek ASEAN yang dikendalikan di berbagai bidang, di samping menghadapi bersama isu-isu serantau dan antarabangsa.

Dalam kita dibawa untuk menuju Abad Pasifik, kita perlulah berwaspada terhadap setiap perubahan. Kita tidak akan menerima apa sahaja yang datang sekiranya perkara itu berlawanan dengan nilai-nilai murni dan ajaran agama Islam. Sejarah kita ialah kecemerlangan dan kemuliaan, yang tercetus daripada budaya dan pegangan hidup yang luhur, iaitu semata-mata hanya memilih makruf dan menolak mungkar. Sayugia hendaknya, kita tidak akan melupakan ciri-ciri yang agung ini.

Adapun perimustahaknya memberikan penekanan terhadap nilai-nilai moral dan agama itu, bukanlah hanya terdapat di negara-negara

Titah 20124 4

sebelah Timur, tetapi pada akhir-akhir ini juga sering diperkatakan oleh beberapa negara di Barat.

Ini ialah kerana mereka beransur-ansur insaf dan menyedari betapa kemajuan kebendaan sahaja belumlah dapat menjamin ketenteraman dan kesejahteraan hidup rakyat mereka.

Alhamdulillah, di negara ini, kita masih tebal dengan amalan-amalan dan nilai-nilai murni yang menjadi teras kepada kekukuhan hidup bernegara semenjak turun-temurun lagi.

Adalah menjadi kewajipan kita bersama untuk memastikan, yang barisan pelapis iaitu para belia dan generasi muda kita, akan terus menghayati dan mengamalkan nilai-nilai itu demi untuk kepentingan bangsa dan negara di masa-masa akan datang.

Pembangunan negara dan bahkan nasib bangsa itu banyak bergantung kepada generasi muda atau belia.

Insya-Allah berkat perpaduan yang kukuh dan erat di antara kerajaan dan rakyat, maka kemakmuran dan kestabilan negara akan dapat terus kita pelihara, sekalipun kita meramalkan, bahawa badai abad baru akan lebih kuat melanda.

Akhirnya, beta dengan ikhlas, sukacita mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

Semoga Allah Subhanahu Wataala jua akan melimpahkan rahmat, taufik dan hidayat-Nya, serta memberikan kita kebijaksanaan dan kekuatan untuk membolehkan kita meneruskan pembangunan negara.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

5Titah 20125

Titah Sempena Lawatan Rasmi Tuan Yang TerutamaTuan Ryutaro Hashimoto, Perdana Menteri Jepun

Pada 7 Januari 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Jepun, adalah menjadi satu penghormatan bagi diri beta untuk mengucapkan selamat datang kepada Tuan Yang Terutama dan delegasi. Lawatan rasmi Tuan Yang Terutama ke Negara Brunei Darussalam selaku Perdana Menteri Jepun adalah satu penghormatan yang istimewa yang melambangkan persahabatan dan perasaan muhibah yang wujud di antara kerajaan dan rakyat kita. Izinkan beta mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan ucapan salam mesra dan salam sejahtera beta kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharaja Hirohito sempena ulang tahun ke-63 baginda.

Tuan Yang Terutama,

Negara Brunei Darussalam dan Jepun menikmati hubungan yang mesra dan penuh persahabatan. Hubungan kita telah berkembang luas sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1984. Kedua-dua negara kita telah mengembangkan perhubungan kerja yang kukuh. Terdapat peningkatan dalam hubungan di antara rakyat dengan rakyat dan juga perdagangan dua hala. Para belia kita telah mengambil bahagian dalam program persahabatan yang dianjurkan oleh Kerajaan Jepun. Perkumpulan kebudayaan dari Jepun telah mengadakan persembahan di Negara Brunei Darussalam. Pertukaran persembahan kebudayaan ini telah memudahkan hubungan udara secara langsung di antara Bandar Seri Begawan dengan Osaka dan juga membantu menjalin hubungan yang lebih rapat dan persefahaman yang lebih baik di antara kita.

Titah 20126 6

Hubungan ekonomi di antara Jepun dan Negara Brunei Darussalam terus berada dalam keadaan yang mantap. Jepun merupakan rakan kongsi perdagangan yang utama bagi Negara Brunei Darussalam yang merupakan 40 peratus dari jumlah perdagangan negara. Sebahagian besar minyak dan gas asli negara dieksport ke Jepun melalui firma-firma Jepun. Ini memberikan kekuatan bagi ekonomi Negara Brunei Darussalam. Pada peniaga kita seharusnya bekerjasama untuk memperbanyakkan peluang-peluang perniagaan di Negara Brunei Darussalam. Sektor perniagaan Jepun telah membuat pelaburan di beberapa buah projek pembangunan infrastruktur negara. Kami mengalu-alukan sektor perniagaan Jepun untuk membuat pelaburan di sektor-sektor lain dalam ekonomi Negara Brunei Darussalam, sekaligus mengambil bahagian dalam program negara ini bagi mempelbagaikan ekonomi untuk mewujudkan teknologi tinggi dalam industri-industri, pengeluaran, perkhidmatan dan pelancongan.

Beta ingin menarik perhatian kerajaan dan syarikat-syarikat Jepun ke dalam Pertubuhan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA). Ianya merupakan rantau kecil yang meyakinkan. Beta berharap agar lebih banyak syarikat Jepun menghantar misi-misinya untuk meninjau prospek pelaburan di kawasan pertumbuhan ini.

Beta yakin bahawa lawatan Tuan Yang Terutama akan memberi lebih banyak peluang bagi kedua-dua negara kita mengembangkan kerjasama dua hala serta mengukuhkan hubungan kita. Negara Brunei Darussalam memperolehi faedah yang banyak dari bantuan teknikal yang dihulurkan oleh Kerajaan Jepun. Bantuan seumpama itu akan terus menjadi penting dalam mengembangkan tenaga kerja yang cukup terlatih dan berkemahiran di Negara Brunei Darussalam. Kerajaan beta amat mengharapkan kerjasama yang berterusan dengan Kerajaan Jepun sebagai rakan kongsi bagi kemajuan.

Tuan Yang Terutama.

Negara Brunei Darussalam dan Jepun berkongsi matlamat yang sama dalam mendukung keamanan dan kemakmuran di rantau Asia

7Titah 20127

Pasifik yang pesat pertumbuhannya. Kami menganggap pengesahan semula persekutuan keselamatan tuan dengan Amerika Syarikat sebagai perkembangan positif yang amat bermakna. Negara Brunei Darussalam, seperti negara-negara serantau yang lain, mengakui betapa pentingnya hubungan membina di antara kuasa-kuasa besar di Asia Pasifik, Amerika Syarikat, Jepun dan China bagi mengekalkan kestabilan di rantau ini. Penyertaan Negara Brunei Darussalam dalam pelbagai forum serantau dan antarabangsa seperti Forum Serantau ASEAN (ARF). Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) akan membantu mengekalkan suasana yang merangsangkan bagi keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Tuan Yang Terutama.

Sekali lagi beta mengalu-alukan Tuan Yang Terutama dan delegasi ke Negara Brunei Darussalam. Beta merasa optimis bahawa perkongsian ini akan membantu mengekalkan kestabilan dan kemakmuran bagi rantau ini.

Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Terjemahan dari teks asal dalam Bahasa Inggeris)

Titah 20128 8

Speech By His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali SaifuddienSa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang

Di-Pertuan Of Brunei DarussalamOn The Occassion Of The Official Visit

By His Excellency Mr. Ryutaro HashimotoPrime Minister Of Japan

7 January 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Your Excellency,

Prime Minister, Ryutaro Hashimoto,

Excellencies,

Distinguished Guests.

It is my pleasure and honour, Prime Minister, to warmly welcome you and your delegation. Your official visit to Brunei Darussalam as Prime Minister of Japan is a special honour that symbolises the friendship and goodwill which exist between our governments and people. May I take this opportunity to extend my warmest regards and best wishes to His Majesty Emperor Akihito on the occasion of His Majesty’s 63rd birthday.

Your Excellency,

9Titah 20129

Brunei Darussalam and Japan enjoy warm and friendly relations. Our ties have broadened since the establishment of diplomatic relations in 1984. Our countries have developed a strong working relationship. There has been an increase in people-to-people contact and two-way trade. Our youth have participated in friendship programmes organized by the Japanese Government. Cultural troupes from Japan have performed In Brunei Darussalam. These cultural exchanges have been facilitated by the establishment of direct air links between Bandar Seri Begawan and Osaka and help to foster closer relations and better understanding between us.

Economic ties between Japan and Brunei Darussalam remain strong. Japan is Brunei Darussalam’s top trading partner, accounting for 40 percent of our total trade. Most of our oil and natural gas are exported to Japan through Japanese firms. This has given strength to our economy. Our businessmen should work together to develop more opportunities in Brunei Darussalam. The Japanese business sector has invested in a number of our infrastructure development projects. We welcome your business-sector to invest in other sectors of Brunei Darussalam’s economy and participate in our programme for economic diversification into high-technology industries, manufacturing, services and tourism.

I would like to draw the attention of the Japanese Government and companies to the Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA). It is a promosing sub-region. I hope more Japanese companies will send missions to explore the prospects for investment in this growth area.

I am confident that your visit will provide opportunities for our two countries to expand bilateral co-operation and strengthen our links. We have benefited greatly from the technical assistance extended to us by the Government of Japan. Such assistance will continue to be important in developing a highly-trained and skilled workforce in Brunei Darussalam. My government looks forward to continued co-operation with the Japanese Government as our partners for progress.

Titah 201210 10

Your Excellency,

Brunei Darussalam and Japan share a common goal in upholding peace and prosperity in the fast-growing Asia Pacific region. We regard the recent reaffirmation of your security alliance with the Unites States as a particularly significant and positive development. Brunei Darussalam, like other regional countries, recognise the importance of constructive relations between major powers in the Asia Pacific, the US, Japan and China to maintain stability in the region. Our participation in various regional and international for a such as the ASEAN Regional Forum (ARF), Asia-Europe Meeting (ASEM), and Asia-Pacific Economic Co-operation (APEC) will help to maintain a climate conducive to regional peace, stability and prosperity.

Your Excellency

Once again let me welcome you and your delegation to Brunei Darussalam. I am optimistic that this partnership will help maintain stability and prosperity for the region.

Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

11Titah 201211

Titah Di Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Bagi Tahun 1417 Hijrah/ 1997 Masihi

Pada 27 Januari 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu

‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur kerana dapat hadir di majlis yang permai ini, bagi memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran.

Peristiwa ini amatlah wajar diperingati, kerana dengan turunnya Al-Quran itu dunia telah menjadi terang-benderang bermandikan cahaya kebenaran yang membawanya lebih bererti daripada yang sudah-sudah.

Pada sebelumnya, dunia kita ini sedang dilanda oleh kegelapan jahiliah yang menenggelamkan segala kebajikan dan menyebarkan kejahatan serta kezaliman.

Semua nilai-nilai luhur jadi murah, tidak dihargai, kecuali sesudah Al-Quran diturunkan. Manusia telah bertindak dengan hawa nafsu yang menjadikan mereka lebih buas lagi daripada haiwan. Tidak terdapat sebarang sekatan atau undang-undang kecuali hanya budaya liar dan adat resam mengikut perasaan.

Pada akhirnya datanglah ketentuan daripada Allah iaitu dengan ilmu dan kudrat-Nya maka Al-Quran pun diturunkan untuk mengubati penyakit ini. Terbukalah lembaran baru bagi sejarah manusia. Lahirlah umat-umat yang beriman dengan panduan dan petunjuk Al-Quran, di mana dari kejadian ini, dunia pun turut menikmati perubahan, iaitu keluar daripada kezaliman kepada keadilan, dan daripada kebuasan kepada rahmat serta belas kasihan.

Titah 201212 12

Demikian di antara mukjizat Al-Quran itu selaku perlembagaan daripada Allah.

Peristiwa Nuzul Al-Quran ini terjadi, ialah dalam bulan Ramadan yang Mubarak. Di antara malam-malam Ramadan itu terdapat satu malam yang dipanggil “Lailatulqadar”, di mana apabila kita beribadat di dalamnya akan mendapat ganjaran yang lebih daripada beribadat seribu bulan. Maka oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati sama-sama malam-malam Ramadan itu dengan melakukan ibadat-ibadat kepada Allah.

Untuk kepentingan umat Islam supaya memperolehi keselesaan serta peluang yang luas bagi beribadat, khasnya di malam-malam Ramadan, maka kerajaan beta telah mengambil langkah pada mengurangkan masa bekerja di pejabat, supaya semua pegawai dan kakitangan yang beragama Islam dapatlah hendaknya menghidupkan malam-malam Ramadan itu dengan lebih sempurna dengan ibadat-ibadat tertentu, seperti bertarawih dan bertedarus Al-Quran.

Menyentuh mengenai Al-Quran ini, beta telah difahamkan bahawa jumlah penyertaan dalam peraduan menghafaz Al-Quran adalah semakin bertambah dari setahun ke setahun, walaupun jumlah juz dan surah juga adalah ditambah bilangannya.

Beta gembira dengan perkembangan ini kerana sedikit sebanyak dapatlah memberikan gambaran, betapa usaha kita ke arah membudayakan pembacaan Al-Quran itu sedang menampakkan hasilnya. Beta berharap, institusi-institusi yang bertanggungjawab dalam perkara ini akan terus berusaha dengan lebih giat lagi bagi memastikan bahawa potensi kanak-kanak dalam pembacaan dan penghafalan itu akan tetap mantap dan meningkat.

Beta yakin, keselamatan dan kesejahteraan negara turut ditentukan oleh nilai-nilai spiritual yang kita amalkan. Jika nilai-nilai itu terus subur mempengaruhi kehidupan kita, maka semua gejala yang tidak diingini akan mudah sahaja ditolak atau dihindarkan.

13Titah 201213

Ini dapat dibuktikan dari petunjuk Al-Quran sendiri, firman Allah Subhanahu Wata’ala yang maksudnya “Sesungguhnya ibadat sembahayang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”.

Oleh itu, beta dengan tulus ikhlas ingin menyampaikan ingatan dan pesanan kepada umat Islam di negara ini supaya terus-menerus memelihara ibadat sembahyang iaitu selaku kewajipan yang mesti ditunaikan.

Beta sungguhlah tertarik dengan cara asuhan dan pembawaan yang pernah diamalkan oleh orang tua-tua kita dahulu, di mana setiap menjelang Maghrib semua ahli keluarga akan berkumpul untuk menunggu berjemaah serta selepas sembahyang pula mereka menyambungnya lagi dengan mengaji mukaddam atau Al-Quran.

Perkara ini sangatlah indah dan besar sumbangannya kepada pertumbuhan manusia yang ideal lagi beriman.

Maka sehubungan ini, beta adalah benar-benar mengharapkan supaya seluruh umat Islam, khasnya para belia dan remaja kita akan sama-sama memelihara dan menjaga waktu-waktu sembahyang itu dengan sebaik-baiknya, terutama waktu Maghrib. Adapun cara kita memelihara waktu-waktu tersebut ialah dengan menunaikan sembahayang fardu pada waktunya.

Inilah kewajipan kita di hadapan Allah, di samping ianya juga merupakan cara yang terbaik bagaimana kita seharusnya menjaga imej negara ini selaku sebuah negara Melayu Islam Beraja.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201214 14

Titah Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri Bagi Tahun 1417 Hijrah/ 1997 Masihi

Pada 9 Februari 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Segala puji tertentu bagi Allah semata-mata, Tuhan yang menguasai dan mentadbir sekian alam. Marilah kita bersyukur kepada-Nya, kerana telah mentakdirkan kita dapat bertemu dengan Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini.

Di samping itu, kita juga amat berbahagia, kerana telah berjaya melalui ujian berpuasa dengan tidak ada sebarang rintangan dan halangan. Kita telah benar-benar dapat merasakan hikmat berpuasa itu, iaitu suatu asuhan disiplin yang sangat berfaedah. Ia telah menumbuhkan segala sifat-sifat terpuji di dalam diri kita, seperti sifat sabar, tabah dan cekal yang sangat berguna untuk menghadapi liku-liku hidup yang sentiasa mencabar.

Walaupun puasa sudah selesai, namun ajarannya tidaklah berakhir. Ia masih sahaja meminta kita untuk mengamalkannya. Di antara ajaran puasa itu, ialah supaya kita menahan diri daripada keinginan-keinginan atau dorongan-dorongan hawa nafsu yang perlu dibatasi.

Maka berdasarkan inilah, kita sebenarnya masih dituntut untuk mengamalkan ajaran dan falsafah berpuasa itu, sampai bila-bila.

Dalam kehidupan kita di sepanjang masa, terlalu banyak perkara yang perlu dikawal, iaitu bukan sahaja dengan peraturan dan

15Titah 201215

undang-undang, malahan juga lebih mustahak ialah dengan disiplin diri melalui kesedaran yang tumbuh daripada sifat takwa kepada Allah. Jika seseorang itu menahan dirinya dari melakukan sebarang maksiat, maka bermakna dia adalah menjalani atau mematuhi ajaran berpuasa itu untuk dirinya.

Begitulah ajaran berpuasa selaku penyelamat umat, yang menyelamatkan kita dari kehinaan di dunia dan azab yang pedih di akhirat.

Satu lagi hikmat puasa yang sering disebut-sebut, ialah agar umat Islam dapat sama-sama merasakan bebanan saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik, sama ada mereka itu dalam lingkungan masyarakat sendiri. Mahupun yang sedia terdapat di merata dunia ini.

Di pentas dunia, kita sering menyaksikan kejadian-kejadian sedih yang berpunca dari kelaparan. Ramai di antara mangsa-mangsa kelaparan itu yang sakit atau mati, iaitu suatu cerita malang yang berlaku dalam zaman yang bernama zaman kemajuan ini.

Alhamdulillah, di negara kita tidaklah terdapat cerita yang semalang itu, iaitu suatu rahmat Allah kepada kita, yang sepatutnya kita syukuri bersama-sama.

Namun begitu tidak ada gading yang tidak retak. Maka demikian jugalah dengan keadaan manusia, ada yang senang dan ada yang susah, ada yang lebih dan ada pula yang kurang. Jadi mana-mana yang senang dan lebih itu, mereka wajiblah menolong kepada golongan yang sebaliknya.

Dalam situasi ini, konsep dan peraturan zakat pun perlulah berjalan, untuk menolong meringankan bebanan pihak-pihak yang kurang bernasib baik itu.

Sehubungan dengan ini, beta sangatlah berharap agar umat Islam yang berkemampuan akan dapat mematuhi peraturan dan hukum

Titah 201216 16

mengeluarkan zakat, sama ada zakat fitrah mahupun zakat harta, di samping yang berkenaan mentadbirkan zakat harta pula akan menyempurnakan pengagihan zakat itu dengan sabaik-baiknya, sehingga golongan yang menerima zakat itu benar-benar terbela dengan bahagian-bahagian zakat yang mereka terima.

Insya-Allah, kita akan sentiasa beroleh kemanfaatan berkat dari langkah kita menunaikan tanggungjawab-tanggungjawab keagamaan dengan berhati-hati dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Kita pasti akan melalui liku-liku yang sukar jika ada, bukan hanya dengan kemahiran yang ada pada kita, malahan yang lebih penting ialah dengan pertolongan Allah. Kerana tidak akan bergerak sesuatu itu melainkan dengan izin-Nya jua.

Beta yakin, Negara Brunei Darussalam akan sentiasa selamat dan makmur, selama mana kita terus berpegang dengan nilai-nilai iman dan takwa, walaupun andainya di hadapan kita ada duri dan cabaran.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Pada mengakhirinya, beta dan keluarga beta dengan tulus ikhlas dan sukacita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada segenap lapisan rakyat dan penduduk di negara ini, dengan iringan doa semoga Allah Subhanahu Wataala melimpahkan kepada kita rahmat, taufik dan hidayat-Nya yang berpanjangan, Amin.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

17Titah 201217

Titah Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-13 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam

Pada 23 Februari 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Alhamdullillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas limpah rahmat-Nya mengizinkan kita semua untuk menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan kita yang ketiga belas.

Kita hendaklah menginsafi, bahawa peluang ini adalah suatu nikmat dan kurnia Allah semata-mata. Maka oleh itu, syukurilah nikmat dan kurnia tersebut dengan ketaatan jua, supaya ia bertambah subur dan berkekalan.

Salah satu tuntutan kemerdekaan itu ialah membangun dan memakmurkan negara. Pembangunan, khasnya dalam era yang semakin mencabar ini, adalah memerlukan kita bekerja lebih keras lagi pada melipatgandakan usaha pembangunan tersebut.

Sebenarnya di negara kita, usaha-usaha ke arah pembangunan jangka panjang telah pun bermula sebelum negara mencapai semula kemerdekaan dan juga selepas negara mencapai semula kemerdekaan yang penuh lagi berdaulat. Rancangan pembangunan jangka panjang negara 20 tahun beta perkenankan yang telah dimulakan pada tahun 1985.

Sudah setentunya matlamat jangka panjang pembangunan negara itu ialah untuk kesejahteraan serta peningkatan kualiti hidup rakyat dan penduduk di samping untuk meningkatkan pencapaian ekonomi.

Titah 201218 18

Dalam hubungan ini, kita telah mengadakan Rancangan Kemajuan Negara Ketujuh iaitu bagi tahun 1996 hingga tahun 2000 sebagai sebahagian daripada perlaksanaan rancangan pembangunan negara jangka panjang itu.

Bagi melaksanakan projek-projek yang telah dirancangkan dalam Rancangan Kemajuan Negara itu, kerajaan telah menyediakan peruntukan sejumlah B$7,200 juta.

Ke arah mencapai matlamat jangka panjang pembangunan negara, beta percaya perkembangan sosio-ekonomi yang seimbang adalah mustahak untuk diwujudkan.

Demikian juga, tidak kurang pentingya ialah usaha-usaha pada mempelbagaikan ekonomi, menyediakan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam yang teratur, perlaksanaan kemajuan sumber tenaga manusia yang berkesan, perlaksanaan projek-perojek bagi perkembangan sosial dan kemasyarakatan, penggunaan teknologi yang bersesuaian dan pengawalan mutu alam sekitar yang berterusan.

Usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi telah pun dikenalpasti dan juga sering disebut sejak dulu lagi.

Bagaimanapun, penekanan pada kali ini adalah lebih kepada penglibatan negara kita dalam arena perdagangan luar, memandangkan betapa mustahaknya perdagangan luar itu diberikan perhatian oleh negara-negara dunia hari ini.

Perusahaan-perusahaan dalam negeri tidaklah boleh bergantung semata-mata kepada pasaran dalam negeri sahaja, malahan harus pula mengambil peluang-peluang pasaran serantau dan antarabangsa.

Dengan adanya Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN yakni AFTA, terutama sekali melalui penyertaan negara dalam BIMP-EAGA, serta penglibatan yang dinamik dan efektif oleh pihak swasta, maka beta

19Titah 201219

berharap usaha-usaha pada mempelbagaikan ekonomi itu akan lebih mendatangkan kejayaan yang dihasratkan.

Dalam hal ini, pihak swasta selaku agen pembangunan ekonomi negara sudah sewajarnyalah memainkan peranan yang lebih penting serta meningkatkan lagi daya usaha mereka.

Di samping itu, untuk melengkapi strategi perindustrian, maka aspek-aspek yang lain seperti kemajuan sumber tenaga manusia, perlulah pula diberikan perhatian yang berterusan, khususnya di bidang kemahiran dan latihan, dengan tujuan untuk melahirkan tenaga manusia yang berkemahiran, cekap dan berdedikasi.

Selain daripada menitikberatkan usaha mempelbagaikan ekonomi, Rancangan Kemajuan Negara ini juga meneruskan projek-projek bagi kepentingan sosial dan masyarakat termasuk infrastruktur asas, pembinaan perumahan, kemudahan pendidikan dan perkhidmatan perubatan serta tidak kurang juga dari segi pengangkutan dan perhubungan.

Dalam melaksanakan segala rancangan tersebut, kerjasama yang erat di antara pihak kerajaan dan swasta adalah mustahak untuk dikukuhkan.

Perkara ini amat mustahak untuk diberikan perhatian demi bagi mencapai matlamat pembangunan negara jangka panjang, lebih-lebih lagi dengan menjelangnya tahun 2000.

Usaha-usaha merancang dan membangun negara itu, adalah turut merangkum serta meliputi pengukuhan sistem berkerajaan yang sempurna lagi berwibawa untuk sepanjang masa.

Dalam pada itu, adalah juga sangat mustahak untuk diingat, bahawa apa jua jenis pembangunan itu hanya akan dapat berlangsung dengan baik dan berterusan, selama mana negara berada dalam keadaan aman dan selamat.

Titah 201220 20

Oleh itu, marilah kita sama-sama berazam, untuk tidak sekali-kali membiarkan keamanan dan keselamatan negara dirosakkan oleh sebarang anasir, sama ada anasir daripada dalam apatah lagi dari luar.

Bumi Brunei Darussalam bukanlah tempat semaian bagi sebarang jenayah atau lain-lain kejahatan. Ia adalah amanah Allah untuk rakyat dan penduduk dapat berteduh di dalamnya sambil menikmati keamanan dan kesejahteraan.

Oleh itu beta sangatlah berharap, supaya semua pihak yang berkenaan khasnya, dan seluruh rakyat amnya akan sentiasa mengambil berat soal-soal yang berkaitan dengan keamanan dan keselamatan itu, sehinggalah ia benar-benar wujud dan tercipta dengan kukuhnya.

Dalam pada itu, di samping kita meningkatkan usaha pada perkara-perkara pembangunan negara dari segi fizikal, kita juga jangan lupa terhadap pembangunan yang tidak kurang pentingnya iaitu pembangunan rohani dan nilai-nilai murni yang sedia kita amalkan sejak turun temurun lagi.

Insya-Allah, berkat perpaduan yang kukuh dan erat di antara kerajaan dan rakyat, kita pasti akan mendapat mengekalkan kestabilan dan kemakmuran negara kita selama ini, dengan suatu gambaran masa depan yang lebih cemerlang lagi terjamin dengan izin Allah.

Akhirnya, beta ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa tertinggi serta sekalian peserta dalam semua acara yang dikendalikan. Semoga Allah memberkati sumbangan yang ikhlas semua pihak yang menjayakan sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan pada kali ini.

Kepada seluruh rakyat dan penduduk termasuk semua peringkat dalam perkhidmatan awam kerajaan, pasukan-pasukan keselamatan

21Titah 201221

serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta, beta mengucapkan selamat menyambut dan merayakan Hari Kebangsaan.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201222 22

Titah Sempena Lawatan Negara Tuan Yang Terutama Tuan Nelson R.Mandela, Presiden Republik Afrika Selatan,

Di Majlis Persantapan Negara Di Istana Nurul Iman

Pada 4 Mac 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Tuan Yang Terutama Tuan Nelson R. Mandela, Presiden Republik Afrika Selatan, Tuan-tuan Yang Terutama, tuan-tuan dan puan-puan.

Bagi pihak kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam, beta dengan amat sukacitanya mengucapkan selamat datang kepada tuan dan dif-dif terkemuka delegasi tuan. Lawatan negara yang rasmi ini merupakan peristiwa yang bersejarah, yang menandakan babak baru dalam hubungan di antara Negara Brunei Darussalam dan Afrika Selatan. Beta teringat kembali lawatan terdahulu tuan pada 1990 semasa tuan memegang jawatan Timbalan Presiden Kongres Kebangsaan Afrika (ANC). Beta merasa gembira kerana adanya kesempatan ini yang akan memperkukuhkan lagi hubungan di antara kedua buah negara kita.

Tuan Yang Terutama, Tuan begitu dihormati, dikagumi serta disanjungi di seluruh dunia

atas perjuangan tuan untuk menghapuskan aparteid. Tiada sejarah dalam abad ke-20 yang lengkap tanpa menyentuh tentang sumbangan tuan dalam memperjuangkan kebebasan serta kehormatan rakyat Afrika. Sumbangan peribadi tuan, begitu juga teman sejawat tuan dalam ANC akan terus menjadi sumber inspirasi beberapa generasi akan datang. Sejak pembebasan tuan, tuan membuat peralihan dari seorang pejuang pembebasan kepada pemimpin kebangsaan yang

23Titah 201223

tulen. Ketokohan serta prestij tuan telah memungkinkan pemindahan kuasa secara aman kepada majoriti rakyat Afrika yang berkulit hitam, malahan yang lebih penting adalah perdamaian kebangsaan.

Afrika Selatan telah membuat kemajuan yang mengagumkan sejak mengukuhkan kedudukannya dalam arena antarabangsa. Pada tahun 1989, Afrika Selatan telah menjalinkan hubungan dengan hanya 31 buah negara. Kini ianya mempunyai lebih daripada 120 misi diplomatik di luar negeri. Dengan peranan antarabangsanya yang lebih meluas, Afrika Selatan juga menerima lebih banyak tanggungjawab antarabangsa.

Di benua Afrika, ianya telah memainkan peranan yang cukup besar dalam resolusi pertikaian di Burundi dan Rwanda, di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Perpaduan Afrika. Afrika Selatan menjadi tuan rumah dalam Persidangan Mengenai Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD) pada April 1996, yang mengemukakan isu-isu pembangunan yang amat penting bagi negara-negara membangun. Afrika Selatan juga memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia untuk membolehkan pasaran terbuka.

Di bawah kepimpinan tuan, Afrika Selatan telah mencapai pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan dengan kadar inflasi yang terkawal. Afrika Selatan yang mantap dan makmur adalah penting bagi kestabilan di Afrika Selatan. Dalam Masyarakat Pembangunan Afrika Selatan dengan tuan selaku Pengerusi, Afrika Selatan boleh menjadi kuasa bagi lebih banyak integrasi ekonomi seperti dalam usaha sama dengan Mozambique mengenai projek Koridor Pembangunan Maputo.

Tuan Yang Terutama,

Perhubungan di antara Negara Brunei Darussalam dan Afrika Selatan begitu baik dan mesra. Penubuhan hubungan diplomatik pada Oktober 1996 serta pentauliah pada bulan lalu Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan Yang Tidak Menetap ke Negara Brunei

Titah 201224 24

Darussalam jelas memperlihatkan hasrat sesungguhnya untuk mengembangluaskan hubungan dua hala. Beta berharap untuk dapat mengenal pasti bahagian-bahagian di mana kita dapat memajukan minat kita. Perkembangan hubungan pengangkutan dan komunikasi di antara kedua buah negara kita akan memudahkan lagi lebih banyak hubungan dan pertukaran. Kehadiran delegasi perniagaan tuan bersama-sama tuan di Negara Brunei Darussalam juga membantu memberi publisiti tentang peluang-peluang yang boleh didapati di Afrika Selatan dan rantau Afrika Selatan.

Afrika Selatan amat kaya dengan sumber alam semula jadi. Dengan berakhirnya aparteid juga resolusi pertikaian bersenjata membuka era baru dalam pertumbuhan dan kemakmuran rantau ini. Afrika Selatan dapat membantu para usahawan kita memperolehi pemahaman yang lebih baik akan peluang-peluang yang boleh didapati di rantau tuan, Afrika Selatan.

Meskipun kedua buah rantau kita terpisah oleh jarak yang begitu jauh, teknologi membolehkan kita berhubungan dengan mudah.

Akhir kata, beta ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan salam mesra dan selamat sejahtera rakyat Negara Brunei Darussalam, kepada Tuan Yang Terutama juga kerajaan dan rakyat Republik Afrika Selatan. Beta juga berharap agar Tuan Yang Terutama sentiasa dalam sihat sejahtera, berjaya dan berbahagia selalu.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Terjemahan dari teks asal dalam Bahasa Inggeris)

Speech By His Majesty Paduka Seri Baginda

25Titah 201225

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien

Sa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-PertuanOf Brunei Darussalam On The Occasion Of The State

Visit Of His Excellency Mr. Nelson Mandela,President Of The Republic Of South Africa

4 March 1997Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Your Excellency Mr. Nelson Mandela, President of the Republic of South Africa, Excellencies, Ladies and Gentlemen.

On behalf of the government and people of Brunei Darussalam, it gives me great pleasure to extend a very warm welcome to you and the distinguished members of your delegation. This official state visit is a historic event, marking a new chapter in relations between Brunei Darussalam and South Africa. I recall with pleasure your previous visit in 1990, in your capacity as Deputy President of the Africa National Congress and am delighted at this further opportunity to strengthen relations between our two countries.

Excellency,

Your struggle to dismantle apartheid has won you respect, admiration and acclaim world-wide. No history of the 20th century can be complete without an account of your contribution to the fight for African freedom and dignity. Your personal sacrifices, and that of your colleagues in the ANC, will remain a source of inspiration for generations to come. Since your liberation, you have made the

Titah 201226 26

transition from a freedom fighter to national leader with natural grace. Your character and prestige have made possible a peaceful transfer of power to the Black African majority and more important to national reconciliation.

South Africa has made tremendous strides since establishing its place in the international arena. In 1989, South Africa had diplomatic relations with only 31 countries. Now, it has more than 120 diplomatic missions overseas. With its larger international role, South Africa has also accepted greater international responsibilities.

On the African continent, it has played a substantial role in conflict resolution in Burundi and Rwanda, under the auspices of the United Nations and the Organisation of African Unity. South Africa successfully hosted in April 1996, the UN Conference on Trade and Development (UNCTAD), which addressed development issues of great importance to developing countries. South Africa also has played an important role in the World Trade Organisation to keep markets open.

Under your Presidency, South Africa has achieved encouraging economic growth with inflation under control. A strong and prosperous South Africa is crucial for stability in Southern Africa. In the Southern African Development Community of which you are the Chariman. South Africa can be the force for more economic integration as in the case of its collaboration with Mozambique on the Maputo Development Corridor project.

Excellency,

Relations between Brunei Darussalam and South Africa are warm and friendly. The establishment of diplomatic relations in October 1996 and the accreditation last month of a non-resident South African High Commissioner to Brunei Darussalam demonstrate our keen desire to expand bilateral relations. I look forward to identifying areas where we can advance our interests.

The expansion of transportation and communication links between

27Titah 201227

our two countries will facilitate greater contacts and exchanges. The presence of your business delegation with you in Brunei Darussalam will also help to publicise to opportunities which are available in South Africa and Southern African Region.

Southern Africa is endowed with abundant natural resources. The end of apartheid and the resolution of armed conflicts have opened a new era of growth and prosperity in the region. South Africa can help our businessman gain a better understanding of the opportunities available in your region, Southern Africa.

Although our two regions are separated by a vast distance, technology has brought us into closer contact.

Finally, may I take this opportunity to convey the warmest greetings and the best wishes of the government and people of Brunei Darussalam to Your Exellency continued good health, success and happiness.

Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah Sempena Lawatan Rasmi Tuan Yang Terutama

Titah 201228 28

Jeneral Chavalit Yongchaiyudh,Perdana Menteri Thailand

Pada 19 Mac 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Bagi pihak kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam, beta merasa gembira dan dengan penuh hormat mengalu-alukan kedatangan tuan bagi lawatan rasmi ke Negara Brunei Darussalam. Izinkan beta juga untuk menyampaikan salam sejahtera kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Sirikit. Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah atas lantikan tuan selaku Perdana Menteri Thailand.

Tuan Yang Terutama,

Negara Brunei Darussalam dan Thailand sentiasa menjalin hubungan yang rapat. Kita telah dapat mengembangkan hubungan kerja yang baik dengan adanya kerjasama dalam perdagangan dan pembangunan tenaga manusia. Beta yakin bahawa hubungan yang rapat ini akan berkembang lagi dengan adanya kerjasama yang lebih lanjut termasuk program kebudayaan dan belia.

Beta yakin bahawa Negara Brunei Darussalam akan mendapat manfaat dengan terjalinnya kerjasama ekonomi yang lebih rapat dengan Thailand.

Tuan Yang Terutama,

Negara Brunei Darussalam telah mengambil langkah-langkah

29Titah 201229

yang konkrit bagi mempelbagaikan ekonominya. Kami telah memperuntukkan sebanyak $7 bilion dalam rancangan 5 tahun yang baru bagi meluaskan asas ekonomi negara kami serta mempergiatkan industri dan perdagangan. Kami mengalu-alukan sektor perniagaan tuan untuk menyertai program kami bagi mempelbagaikan ekonomi seperti pertanian dan industri pertanian, pengeluaran, perkhidmatan dan pelancongan.

Negara Brunei Darussalam menawarkan dirinya sebagai batu loncatan bagi Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina. Dalam hubungan ini, Negara Brunei Darussalam sedang mengambil langkah selanjutnya dalam mengembangkan infrastrukturnya terutama sekali dalam meluaskan hubungan komunikasi yang wujud. Ini adalah rantau kecil yang cerah masa hadapannya yang mempunyai potensi pertumbuhan yang besar. Beta ingin mengundang syarikat-syarikat Thai untuk meneroka segala peluang ini serta menyertai pertumbuhan kawasan ini.

Rakyat Thai telah memberi sumbangan dalam perkembangan ekonomi Negara Bunei Darussalam. Penglibatan mereka dalam pembangunan infrastruktur Negara Brunei Darussalam amat dihargai.

Tuan Yang Terutama,

Negara Brunei Darussalam dan Thailand terus bekerja bersama-sama dengan rapat dalam pelbagai pertumbuhan serantau. Segala usaha sama kita dalam ASEAN, Forum Serantau ASEAN (ARF). Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan Mesyuarat Asia-Eropah kesemuanya ini membantu mengekalkan keamanan dan kemakmuran di rantau ini. Perpaduan kita dalam ASEAN telah Meningkatkan kerjasama dan keselamatan serantau.

Tuan Yang Terutama,

Negara tuan telah membantu ahli-ahli yang berpontesi

Titah 201230 30

mempersiapkan diri mereka bagi ASEAN. Penyertaan tuan yang aktif dalam Kerjasama Pembangunan ASEAN-Lembangan Sungai Mekong dengan usaha tuan untuk mengembangkan segala kemudahan pengangkutan dan komunikasi di Lembangan Sungai Mekong akan memperkukuhkan lagi perhubungan di antara rantau kecil ini dan bahagian lain Asia Tenggara.

Semua usaha Thailand di kawasan ini akan membantu ASEAN bagi merealisasikan wawasan pengasasnya, mengukuhkan komuniti kesemua sepuluh buah negara Asia Tenggara, Negara Brunei Darussalam akan bekerja dengan erat bersama Thailand juga negara-negara ASEAN agar wawasan tersebut menjadi kenyataan.

ASEAN sedang mengembangkan hubungan yang penting dengan Kesatuan Eropah. Mesyuarat Asia-Eropah di Bangkok pada Mac 1996 menandakan babak baru dalam hubungan Asia-Eropah. Mesyuarat Perdana Menteri-menteri Luar Asia-Eropah di Singapura baru-baru ini, juga penubuhan Yayasan Asia-Eropah, menandakan kemajuan dalam mengembangkan kerjasama ASEAN-EU. Faedah jangka panjang dalam kerjasama ekonomi, social dan kebudayaan di antara Asia dan E.U. adalah amat besar.

Tuan Yang Terutama,

Asia Timur akan kekal sebagai rantau yang paling cepat pertumbuhannya di dunia dalam satu atau dua dekad selanjutnya. Harapan bagi pertumbuhan yang berterusan bagi ASEAN juga negara-negara lain di Asia Timur amat cerah sekali.

Dengan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN berjalan seperti yang dijadualkan, kita akan menjadi salah sebuah rantau yang paling menarik di dunia bagi perdagangan dan pelaburan. Kita sedang dalam proses meliberalisasikan perdagangan dan pelaburan di rantau Asia- Pasifik.

Beta juga merasa yakin dengan kemajuan Forum Serantau

31Titah 201231

ASEAN. Adalah menjadi harapan beta bahawa dengan menggalakkan perundingan dan dialog di kalangan semua ahli, ARF dapat mewujudkan saling percaya mempercayai, berkeyakinan serta keterbukaan di kalangan negara-negara di rantau ini. Kesemuanya ini akan meningkatkan kestabilan juga keselamatan di Asia-Pasifik. Jika kita berusaha ke arah ini, kita boleh mengharapkan kedamaian dan kemakmuran bagi Asia dan seluruh dunia menjelang abad 21.

Tuan Yang Terutama,

Sekali lagi izinkan beta mengalu-alukan tuan dan delegasi tuan ke Negara Brunei Darussalam. Lawatan tuan telah merapatkan lagi hubungan di antara kedua buah negara kita. Beta yakin persahabatan kita akan menjadi lebih erat lagi.

Wabillahit Taufik, Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Terjemahan dari teks asal dalam Bahasa Inggeris).

Speech By His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan

Titah 201232 32

Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali-Saifuddien

Sa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-PertuanOf Brunei Darussalam On The Occasion Of The Official Visit

Of His Excellency General ChavalitYongchaiyudh The Prime Minister Of

The Kingdom Of Thailand On 19 March 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

On behalf of the Government and People of Brunei Darussalam, it is my pleasure and honour to welcome you on your official visit to Brunei Darussalam. May I also extend my warmest regards to His Majesty King Bhumibol Adulyadej and Her Majesty Queen Sirikit. I would also like to take this opportunity to congratulate you on your appointment as the Prime Minister of Thailand.

Your Excellency,

Brunei Darussalam and The Kingdom of Thailand have always enjoyed a close relationship. We have developed good working relations through co-operation in trade and human resource development. I am confident that these close ties will deepen through further areas of co-operation, including cultural and youth programmes.

I am confident that Brunei Darussalam will benefit from forging closer economic co-operation with Thailand.

Your Excellency,

Brunei Darussalam has taken concrete steps to diversify its

33Titah 201233

economy. We have allotted $7 billion in a new 5 year plan to widen our country’s economic base and promote industry and commerce. We welcome your business-sector to participate in our programmes for economic diversification such as agriculture and agro-processing industries, manufacturing, services and tourism.

Brunei Darussalam offers itself as a springboard to the Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area. In this connection, Brunei Darussalam is taking further steps in developing its infrastructure especially in broadening existing communication links. This is a promising sub-region with great growth potential. I would like to invite Thai companies to explore these opportunities and participate in the growth of this area.

Thai nationals have contributed to the economic development of Brunei Darussalam. Their involvement in the development of Brunei Darussalam’s infrastructure is much appreciated.

Your Excellency,

Brunei Darussalam and Thailand continue to work closely together in regional organisations. Our joint efforts in ASEAN, the ASEAN Regional Forum (ARF), the Asia-Pacific Economic Co-operation (APEC) and the Asia-Europe Meeting all help to maintain peace and prosperity in the region. Our solidarity in ASEAN has enchanced regional co-operation and security.

Your Excellency,

Your country has helped potential members to prepare themselves for ASEAN. Your active participation in the ASEAN-Mekong Basin Development Co-operation, and your work in developing transport and communications facilities in the Mekong Basin will further strengthen relations between the sub-region and the rest of Southeast Asia.

Thailand’s efforts in this area will help ASEAN to realise the vision

Titah 201234 34

of its founders, to establish a community of all ten Southeast Asian countries. Brunei Darussalam will work closely with Thailand and other ASEAN countries to make that vision a reality.

ASEAN is developing important links with the European Union. The Asia-Europe Meeting in Bangkok in March 1996 marked a new chapter in Asia-Europe relations. The first meeting of the Asia-Europe Foreign Ministers in Singapore recently, and the establishment of the Asia-Europe Foundation, mark progress in developing ASEAN-EU Co-operation. The long-term banefits of economic, social and cultural co-operation between Asia and E.U, will be enormous.

Your excellency,

East Asia is and will remain the fastest-growing region in the world for the next one to two decades. The prospects for continued high growth for ASEAN and the other countries of East Asia are excellent.

With the ASEAN Free Trade Area on schedule, we will become one of the most attractive regions in the world for the trade and investment. We are in the process of liberalising trade and investments in the Asia-Pacific Region.

I am also reassured by the progress of the ASEAN Regional Forum. It is my hope that by encouraging consultation and dialogue among all members, the ARF will create greater mutual trust, confidence and openness among countries of the region. That will add to the stability and security in the Asia-Pacific. If we work to achieve this we can look forward to peace and prosperity for Asia and the world in the 21st century.

Your Excellency,

Once again let me welcome you and your delegation to Brunei Darussalam. Your visit has brought our two countries closer. I believe our friendship will grow stonger.

Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum

35Titah 201235

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah Sempena Hari Raya Aidil Adha

Titah 201236 36

1417 Hijrah/1997 Masihi Pada 17 April 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar Walillahil Hamd.

Beta bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala atas limpah rahmat-Nya mengizinkan kita untuk menyambut dan merayakan lagi Aidil Adha yang mubarak.

Pada setiap kali kedatangan hari yang agung ini, kita akan mengisinya dengan ibadat-ibadat kepada Allah, iaitu dengan Takbir, Sembahyang Sunat Aidil Adha dan juga ibadat korban.

Beta berharap, umat Islam di negara ini, akan terus melakukan ibadat-ibadat tersebut sebagaimana yang biasa, dengan penuh khusyuk dan ikhlas semata-mata kerana Allah jua.

Kita mestilah meneruskan tradisi-tradisi kita yang berkebajikan, lebih-lebih lagi tradisi keugamaan yang telah biasa kita amalkan sekalipun terdapat golongan-golongan yang mungkin tidak menyenangi, iaitu golongan mana sedang bertebaran di serata dunia ini.

Beta suka menegaskan, bahawa ajaran-ajaran ugama Islam akan tetap dihayati dan dipakai untuk memandu pembangunan ummah. Kerana kita adalah kurang yakin dengan kemajuan-kemajuan yang kosong dari ugama, sekalipun ada orang lain yang tidak sependapat dengan kita.

Kita sesungguhnya tidak heran, bahawa kekebalan dan keunikan

37Titah 201237

kita dalam bidang-bidang ugama dan moral, mungkin turut menggusarkan sebahagian orang. Bahkan bukan setakat gusar, malahan sudah ada tanda-tanda percubaan atau usaha yang negatif untuk mencacatkan imej kita, imej raja dan imej negara ini.

Kita telah mula dilibat dan dihubungkan dengan fitnah-fitnah yang melulu, yang boleh mendatangkan kekecohan dan juga menghilangkan kepercayaan orang terhadap kita.

Kita sebenarnya menyedari, bahawa perkara seumpama ini memang biasa terjadi, bukan sahaja kepada kita malahan juga kepada orang lain, di mana sebahagiannya itu telah pun menjadi fakta sejarah.

Ada bermacam-macam sebab mengapa tohmahan atau fitnah berlaku, antaranya mungkin kerana dorongan hasad dengki ataupun dendam, atau juga kerana tidak bersetuju dengan cara-cara kita menjalani kehidupan ini yang berlandaskan Islam, ataupun kerana kita mengamalkan budaya yang tidak secocok dengan selera orang.

Walauapa pun sebabnya, tidaklah penting bagi kita. Tetapi yang paling mustahak untuk diketehui ialah, bahawa risiko dari fitnah itu adalah amat buruk serta merbahaya. Kerana itulah, Allah Subhanahu Wata’ala menegaskan dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih dahsyat bahayanya daripada pembunuh”.

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Walillahil Hamd.

Pada hari baik dan bulan baik yang penuh dengan keberkatan ini, beta ingin mengingatkan kepada seluruh rakyat beta, supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap sebarang anasir yang cuba mengelirukan anggapan umum terhadap kita dan negara ini.

Beta berharap, apapun juga yang dikaitkan orang dengan kita

Titah 201238 38

dan negara dengan perkara-perkara yang negatif, semuanya itu hendaknya tidak akan menjejaskan walau sedikit pun, semangat kita untuk terus membangun negara ini dan membawanya kemercu kegemilangan dan kemajuan yang berorientasikan Islam.

Pilihan kita hanya semata-mata kebajikan, di mana kerajaan menjadi pelaksana dan pelapor ke arah itu. Raja yang menjadi kepala negara dan ketua utama berkewajipan menentukan dasar-dasar, sehingga dengan itu tidaklah lagi berbangkit sebarang perkara yang direstui, sedangkan keadaan perkara itu boleh menghakis keberkatan. Hatta istana sendiri dihasratkan untuk menjadi tempat yang penuh dengan kebajikan dan berkat, kerana itulah di istana juga kita tidak ketinggalan mengadakan majlis-majlis Khatam Al-Quran, bertadarus, sembahyang-sembahyang berjemaah, bertahlil, tempat menerima bakal-bakal haji, tempat rakyat berziarah pada Hari Raya dan lain-lain. Pendeknya, istana hanyalah terbuka kepada kebajikan dan kebaikan menurut tafsiran syarak.

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Walillahil Hamd.

Di dalam kesempatan ini, beta turut berdoa semoga semua jemaah haji kita yang sedang menyempurnakan ibadat mereka di Mekah Al-Mukarramah akan beroleh kesejahteraan dan haji yang mabrur, serta selamat dan sihat pulang ke tanah air ke pangkuan sanak saudara masing-masing.

Akhirnya, beta dan keluarga beta juga tidak lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh rakyat dan penduduk yang berugama Islam, semoga mereka beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat, amin.

Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatul-lahi Wabarakatuh.

Titah Sempena Lawatan Rasmi Canselor Persekutuan

39Titah 201239

Republik Of Jerman Tuan Yang Terutama Dr. Helmut KohlPada 1 Mei 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Tuan Yang Terutama Canselor Perksekutuan Republik Jerman Dr. Helmut Kohl, Tuan-tuan Yang Terutama, para tetamu kenaman, tuan-tuan dan puan-puan.

Bagi pihak kerajaan serta seluruh rakyat Negara Brunei Darussalam, beta dengan rasa sukacita mengalu-alukan Tuan Yang Terutama dan rombongan ke Negara Brunei Daurssalam. Lawatan Tuan Yang Terutama yang merupakan julung-julung kalinya dibuat oleh Canselor Jerman adalah merupakan satu peristiwa bersejarah di dalam hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dengan Persekutuan Republik Jerman. Bagi diri beta, beta sangat bergembira mendapat kesempatan untuk bekerjasama dengan Tuan Yang Terutama.

Tuan Canselor Persekutuan, Tuan Yang Terutama adalah merupakan Ketua Kerajaan Jerman yang memegang jawatan yang paling lama dalam sejarah masa kini, dan dalam tempoh lima belas tahun yang lalu, Tuan Yang Terutama telah menyaksikan perubahan-perubahan yang bersejarah di negeri Jerman dan Eropah. Yang paling dramatik daripada semua kejadian-kejadian yang bersejarah itu, tidak lain dan tidak bukan, ialah detik penentuan dalam tahun 1990 apabila Tuan Yang Terutama menerajui penyatuan semula negeri Jerman. Sejak dari itu, Tuan Yang Terutama dengan begitu tabah telah menangani banyak masalah yang rumit dalam penyatuan semula kedua-dua bahagian negara Tuan Yang Terutama.

Tuan Yang Terutama telah dapat menempatkan negeri Jerman

Titah 201240 40

untuk memainkan peranan yang utama di Eropah dan di dunia selepas berakhirnya Perang Dingin. Dalam waktu Eropah bersedia untuk mengambil langkah-langkah untuk menjadikan matawang yang satu dalam tahun 1999, Tuan Yang Terutama adalah merupakan salah seorang yang memainkan peranan utama dalam proses yang sangat penting ini. Dalam waktu yang sama, Tuan Yang Terutama telah memperkukuhkan keselamatan Eropah di bawah naugan NATO dan juga dari segi perlembagaan, membolehkan pasukan keselamatan Jerman untuk memainkan peranan dalam melaksanakan tugas-tugas pendamai di luar negeri.

Tuan Canselor Persekutuan,

Negeri Jerman telah lama mengiktiraf Asia sebagai kawasan ekonomi yang penting bagi pelaburan. Asia ketika ini mengalami pertumbuhan yang dinamik. Ini memerlukan pelaburan, perdagangan dan teknologi Eropah. Di samping itu, pasaran Asia yang semakin meningkat dan diikuti dengan peningkatan pendapatan, membuka peluang-peluang yang banyak kepada Eropah. Pelancaran Mesyuarat Asia Eropah (ASEM) di Bangkok pada tahun lepas, telah membawa ketua-ketua kerajaan negara-negara ahli Persatuan Eropah (EU), ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan, bersatu dan meletakkan asas bagi interaksi yang kerap yang akan dapat mewujudkan hubungan yang kukuh di antara kedua-dua rantau Asia dan Eropah.

Kemanfaatan yang lain yang diperolehi ialah, negeri Jerman dan Negara Brunei Darussalam yang kedua-duanya ahli di dalam ASEM, dapat memperkukuhkan hubungan dua hala dan seterusnya mempertingkatkan kerjasama kita. Pada keseluruhannya, Tuan Canselor Persekutuan, beta adalah sangat gembira pada melihat hubungan yang baik dan harmoni di antara negeri Jerman dengan Negara Brunei Darussalam. Dengan adanya pelantikan duta-duta besar secara menetap di kedua-dua buah negara kita, telah mengukuhkan lagi hubungan kita.

Perdagangan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam

41Titah 201241

dengan Persekutuan Jerman telah menampakkan peningkatan yang menggalakkan sejak tahun-tahun 1980-an. Negara Brunei Darussalam mengalu-alukan penyertaan Kerajaan Jerman dan syarikat-syarikat swasta di dalam pembangunan infrastruktur dan dalam mempelbagaikan ekonomi. Matlamat-matlamat ini adalah merupakan sebagai keutamaan yang digariskan di dalam Rancangan Pembangunan Negara Yang Ke-7, Negara Brunei Darussalam dari tahun 1997-2000. Dalam hubungan ini, penandatanganan Perjanjian Pelaburan di antara kedua-dua buah negara kita, akan dapat meningkatkan lebih banyak pelaburan di kedua-dua pihak. Dalam waktu yang sama, beta juga sangat gembira pada melihat penandatanganan Memorandum Persefahaman yang telah dibuat di antara sektor swasta kedua-dua buah negara.

Beta berharap ini akan memberikan galakan kepada peniaga-peniaga di antara kedua-dua buah negara untuk mengadakan usahasama-usahasama di Kawasan Pertumbuhan Ekonomi ASEAN Timur. Negara Brunei Darussalam adalah bersedia untuk mengadakan perkongsian dengan peniaga-peniaga Jerman dalam memajukan kawasan yang besar ini. Kerjasama yang lain yang boleh dikembangkan ialah dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal yang mana negeri Jerman mempunyai kepakaran.

Bagi tujuan ini Negara Brunei Darussalam berhasrat untuk menghantar lebih ramai penuntut ke negeri Jerman untuk mempelajari pengalaman perindustrian di sana. Usaha-usaha sedemikian juga akan dapat meningkatkan lebih banyak hubungan di antara rakyat kedua-dua buah negara.

Tuan Canselor Persekutuan, para tetamu kenamaan, tuan-tuan dan puan-puan.

Beta sukacita mengakhiri ucapan ini dengan menyatakan betapa gembiranya kami di Negara Brunei Darussalam mengalu-alukan rakan yang sangat kami hargai dan juga yang merupakan sebagai rakan lama di arena antarabangsa. Semoga kedua-dua buah negara kita akan berterusan menikmati persahabatan yang erat dan produktif

Titah 201242 42

yang telah dibina sejak lebih tiga belas tahun yang lalu. Akhirnya, beta sekali lagi menyatakan kegembiraan di atas lawatan

Tuan Yang Terutama ke Negara Brunei Darussalam. Beta juga ingin mengambil kesempatan ini mendoakan Tuan Canselor Persekutuan agar sentiasa dalam kesejahteraan dan kebahagiaan dan juga bagi keamanan dan kemakmuran rakyat negeri Jerman.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Terjemahan dari teks asal dalam Bahasa Inggeris)

Speech By His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan

43Titah 201243

Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali-Saifuddien

Sa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan Of Brunei Darussalam

On The Occasion Of The Visit Of The FederalChancellor Of Germany, His Excellency Dr. Helmut Kohl

On 1 May 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Your Excellency Federal Chancellor Helmut Kohl, Excellencies, distinguished guests, ladies and gentlemen.

On behalf of the government and the people of Brunei Darussalam, may I extend a very warm welcome to you and all the members of your delegation. Your visit here, the first ever by a German Chancellor, is a landmark in the development of our bilateral relations. For myself, may I say how much I have enjoyed the opportunities we have had to work together.

Mr. Federal Chancellor, your are the longest serving German Head of Government in recent history and in the past fifteen years you have seen historic changes in Germany and Europe. The most dramatic of these, of course, was the moment of destiny in 1990 when you presided over the Reunification of Germany. Since the you have courageously managed the many difficult problems reunification entailed for both parts of your country.

You have positioned Germany for a major role in Europe and the

world after the Cold War. As Europe prepares to take further steps towards a single currency in 1999, you are one of the key figures in this important process. At the same time, you have strengthened European

Titah 201244 44

Security under the umbrella of NATO and also constitutionally freed German forces to undertake peace-keeping missions abroad.

Mr. Federal Chancellor,

Germany has long recognised Asia as an important economic area for investment. We are now in a period of dynamic growth. This needs European investment, trade and technology. At the same time, Asia’s expanding markets and rising incomes offer Europe boundless opportunities. The inaugural Asia Europe Meeting (ASEM) in Bangkok last year brought the Heads of Government of the EU member states, ASEAN, China, Japan and South Korea together and laid the foundations for regular interaction that will build strong ties between the two regions.

A further benefit, of course, is that Germany and Brunei Darussalam, as ASEM members, can strengthen their bilateral ties and enhance their co-operation. Overall, Mr. Federal Chancellor, I am pleased that German-Brunei Darussalam relations are good and harmonious. The appointment of resident ambassadors in our respective capitals has certainly strengthened relations between our two countries.

Bilateral trade has shown a significant increase from the 1980’s. We welcome the participation of the German Government and its private sector companies in our infrastructure development and economic diversification. These priorities have been recently set out in our 7th National Development Plan, 1996-2000. In this regard the initialling of our Investment Agreement will promote more investment on both sides. I am also very glad to see the signing of an MOU between our two private sectors.

I hope this will encourage our business people to consider joint ventures in the East ASEAN Economic Growth Area. We are ready to enter into partnership with German businessmen in developing this vast area. Other areas of co-operation could be in education and technical training in which Germany has expertise.

For this reason, Brunei Darussalam hopes to send more students

45Titah 201245

to Germany to learn from your industrial experience. Such efforts will also help to promote more people-to-people contact between our two countries.

Mr. Federal Chancellor, distinguished guests, ladies and gentlemen. With all this in mind, I would like to conclude by saying what a

delight it is to welcome one of our most valued and long standing international partners. May our two countries long continue to enjoy the friendly and productive partnership we have build up over the past thirteen years.

Could I express once more our very great pleasure receiving you in our country. I also take this opportunity to wish you, Federal Chancellor, very good health and happiness as well as peace and prosperity for the people of Germany.

Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

TITAH

Titah 201246 46

Titah Di Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah1418 Hijrah/1997 Masihi

Pada 7 Mei 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala dengan

limpah rahmat-Nya, dapatlah kita menyambut dan mengalu-alukan pula kedatangan awal Tahun Hijrah 1418 yang mubarak, iaitu tahun mengenang semula usaha dan perjuangan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam memartabatkan Islam dan umat Islam.

Di antara cara Baginda mencapai matlamat yang agung ini, ialah dengan memperkenalkan satu formula persaudaraan sesama Islam, yang dipanggil dengan nama “Ukhuwwah Islamiah” atau persaudaraan cara Islam.

Persaudaraan cara ini, asasnya ialah pengorbanan, sehingga satu pihak sanggup menanggung rugi untuk kepentingan pihak yang satu lagi. Orang Muhajirin yang berpindah dari Mekah dengan sehelai sepinggang, tidak akan merasa miskin apabila berada di Madina di tengah-tengah saudara mereka golongan Ansar. Mereka akan berkongsi segala-galanya yang dibenarkan oleh syarak.

Inilah hakikat yang terjadi pada ketika itu, yang membawa umat Islam jadi kuat serta mempunyai ketahanan diri, sekali pun jumlah mereka hanyalah kecil jika dibandingkan dengan bilangan musuh.

Mereka tidak takut kerana bilangan mereka yang kecil itu, bahkan lebih berani lagi dari musuh yang mempunyai bilangan yang besar.

47Titah 201247

Mengapalah perkara sebegini boleh terjadi kepada umat Islam di Zaman Rasulullah Alaihi Wasallam, dan ia tidak boleh terjadi di zaman kita ini?

Jawabnya, kerana persaudaraan yang disandarkan atas asas pengorbanan itu, adalah inti-patinya “kerana Allah”, semata-mata kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah, berjuang kerana Allah, hidup ataupun mati juga kerana Allah.

Apabila segala-galanya itu disandarkan kepada Allah, untuk Allah, maka apakah lagi yang lebih lengkap daripada ini?

Itulah juga makanya, pembelaan dan pertolongan Allah telah berpihak kepada mereka, sebagaimana janji Allah sendiri firman-Nya yang tafsirnya: “Sekiranya kamu menolong Allah, yakni berbuat apa sahaja kerana Allah, demi agama-Nya, nescaya Allah pasti akan menolong dan membela kamu, serta menetapkan pendirian kamu.” (Surah Muhammad: 7).

Apa yang ingin beta tuju dengan pendekatan ini, ialah supaya

kita semua mencontohi akhlak yang agung itu.

Inilah masanya yang sangat sesuai, bahkan sangat mustahak untuk kita umat Islam kembali kepada akhlak Rasulullah dan para sahabat, iaitu dengan apa pun langkah dan pergerakan kita mestilah menjurus kepada Allah.

Kita bernegara, bernegaralah kerana Allah. Apabila kita

bernegara kerana Allah, maka sudah barang tentu politik kita bersih, ekonomi kita bersih, management kita bersih, pentadbiran kita bersih. Apabila semuanya ini berjalan bersih, maka tidaklah akan timbul lagi pertempuran-pertempuran ideologi di dalamnya, tidak akan timbul lagi penyelewengan-penyelewengan, tidak akan timbul lagi rasuah, dan tidak akan timbul lagi curi tulang dalam pekerjaan.

Titah 201248 48

Sukalah beta tegaskan, bahawa kita membangun bukanlah semata-mata membangun untuk makmur dan maju dalam bidang ekonomi sahaja. Tetapi kita juga membangun untuk menjadi insan yang amanah dan bertakwa.

Sebab itu, tidaklah mengapa kita menoleh ke belakang untuk membina “masa depan”. Maksud beta, kita contohi Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda, supaya mudah bagi kita mengasaskan negara yang sejahtera, yang tegak di bawah lindungan dan keampunan Allah. Tegasnya, kita tidaklah sependapat dengan orang yang mencemuh masa lampau, hanya semata-mata untuk tujuan supaya sejarah yang diciptanya dianggap unggul.

Kita perlu menoleh ke belakang, kerana di sana terdapat “nilai” yang sedang kita cari, iaitu contoh teladan dan peribadi yang agung Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Untuk akhirnya, beta dan keluarga beta dengan tulus ikhlas mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1418, dengan doa dan harapan, semoga kita semua sentiasa di dalam azam baru yang penuh dengan kebajikan.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

49Titah 201249

Titah Di Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah Bagi Tahun 1418 Hijrah/1997 Masihi

Pada 8 Mei 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala

kerana mengizinkan kita dapat berkumpul untuk menyambut dan merayakan lagi Awal Tahun Baru Hijrah di dalam suasana yang penuh harmoni serta selesa di Rumah Allah ini.

Bersukut dengan hari ini dan saat yang mulia ini, kita akan menyaksikan penganugerahan bagi empat orang tokoh: Dua orang akan menerima Anugerah Jasawan Agama, sementera dua orang lagi akan menerima Anugerah Bakti Hijrah.

Keempat-empat tokoh ini dianggap berjasa dalam bidang-bidang perkembangan dan pendidikan agama di negara ini. Dari jasa-jasa mereka itu, negara telah dapat menikmati banyak kemajuan di bidang yang berkenaan.

Jasa manusia di bidang keagamaan, pada lazimnya, akan

meninggalkan kesan-kesan yang abadi yang sangat sukar untuk dilupakan. Sebagai contohnya, cuba kita perhatikan jasa-jasa para rasul dan nabi, sahabat-sahabat dan juga para ulama, adalah sangat-sangat berkesan hingga bila-bila. Ajaran, nasihat dan fatwa-fatwa mereka menjadi suluh kepada ummah, menjadi panduan dan ikutan.

Demikian juga jika jasawan itu seorang pemimpin atau pentadbir yang baik, maka kesan dari kepimpinan dan pentadbiranya itu mungkin suatu tamadun yang dikagumi.

Titah 201250 50

Pada beta, apapun rupa jasa dalam bidang keagamaan itu, yang penting ialah kesannya yang dapat mencetuskan kemajuan, sama ada ianya kemajuan fizikal ataupun rohani.

Kedua-dua jenis kemajuan ini dapat dicapai sekaligus atas nama kemajuan agama. Contohnya sangat banyak, seperti umpamanya suatu masa dahulu, sedang kita berusaha untuk mengemaskinikan pentadbiran hal ehwal agama, kita juga terus merancang serta membangun bangunan-bangunan Pejabat Hal Ehwal Ugama. Demikian juga, sedang kita menguasai pelajaran dan pendidikan agama, kita juga membangun atau mendirikan sekolah-sekolah agama, sekolah-sekolah Arab dan maktab perguruan agama dan bahkan kita juga tidak ketinggalan mempunyai rumah-rumah dan beberapa buah rumah pangsa untuk menempatkan pagawai-pegawai dan guru-guru agama. Semuanya ini berkaitan langsung dengan peradaban dan kemajuan agama itu sendiri.

Beta mahu, semua kita mestilah berazam atau bercita-cita untuk berjasa kepada agama. Adalah tidak betul, jasa-jasa terhadap agama itu hanya dimonopoli oleh orang-orang agama sahaja. Semua kita, selama bernama Muslim adalah sama-sama berhak untuk berjasa kepada agama.

Satu-satunya cara yang afdal untuk berbakti kepada agama itu, ialah dengan menghayati ajaran-ajarannya, serta berusaha supaya ia terus berkembang dan maju. Termasuklah juga menyebarkan amar maruf dan mencegah mungkar daripada berlaku dalam masyarakat. Kerja ini adalah tanggungjawab semua, barulah negara kita akan beroleh berkatnya.

Jangan biarkan mungkar mendapat tempat di negara ini nanti kita akan mendapat susah dan juga anak cucu kita.

Awasi setiap gejala buruk, sambil mengasuh jiwa supaya lebih mampu menghadapi cabaran dan kejutan budaya.

51Titah 201251

Berhati-hatilah dalam pergaulan dan perhubungan, terutamanya dengan dunia luar. Janganlah terus-terus dicecap apa yang manis atau dihidu apa yang harum, tetapi lihat dan fikirkan dahulu masak-masak, kerana yang pahit itu kadang-kadang lebih bermanfaat serta juga jarang mendatangkan bahaya.

Adalah amat mustahak untuk kita terus berpegang teguh kepada jalan yang benar, yakni jalan yang lurus di sisi Allah Subhanahu Wata’ala seperti yang disyariatkan dalam kitab suci Al-Quran dan kita hayati mengikut amalan dan ajaran Nabi besar kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Pada setiap masa dan setiap saat, kita tidak lupa mensyukuri limpah rahmat Allah Subhanahu Wata’ala yang amat banyak kepada kita di seluruh Negara Brunei Darussalam yang membolehkan kerajaan melaksanakan berjenis-jenis rancangan pembangunan dan kemajuan termasuklah dalam bidang perumahan, pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi demi untuk meringankan bebanan rakyat dan penduduk negara ini dan meninggikan taraf hidup mereka.

Bersempena dengan Sambutan Awal Muharram Tahun Hijrah ini, kenalah masanya untuk kita meneguhkan perpaduan bagi menghadapi segala cabaran dan taktik anasir-anasir yang tidak jujur, sebagaimana perpaduan yang telah dicapai di antara masyarakat Muhajirin dan Ansar di zaman penghijrahan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201252 52

Titah Sempena Perayaan Hari Ulang TahunKeputeraan Baginda Yang Ke-51

Pada 15 Julai 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, beta bersyukur kehadrat Allah Subahanahu

Wata’ala atas limpah kurnia-Nya mengizinkan istiadat ini berlangsung dengan baik dan sempurna.

Beta dengan ikhlas dan amat besar hati terlebih dahulu mengalu-alukan para tetamu khas beta, sama ada yang datang dari jauh mahupun dekat, atas kesudian mereka hadir bersama-sama merayakan Ulang Tahun Hari Keputeraan beta pada tahun ini.

Demikian juga kepada dif-dif yang lain, serta semua pihak yang telah menghantar perutusan-perutusan ucap selamat bersempena dengan sambutan perayaan ini.

Beta berdoa, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala akan mengurniakan ganjaran yang setimpal di atas ingatan baik mereka itu.

Berkat adanya perpaduan yang membuahkan kestabilan, keamanan dan ketenteraman sejauh ini, kita telah dapat menjalankan program-program pembangunan negara menurut kemampuan dan cara kita sendiri.

Kita juga sedia menyedari bahawa era globalisasi dan perubahan pesat yang dibawa oleh arus kemajuan sains dan teknologi menjelang abad yang baru ini, negara-negara dunia masing-masing bergiat

53Titah 201253

menggabungkan diri dengan pelbagai bentuk kerjasama, baik yang bersifat ekonomi mahupun politik.

Tujuannya tidak lain ialah untuk berusaha pada mencorakkan masa depan yang lebih terjamin bagi rakyat dan penduduk di negara-negara berkenaan melalui semangat kerjasama dan mengelakkan dari berlakunya konflik dan peperangan.

Ancaman peperangan yang diakibatkan oleh fahaman politik atau ideologi yang bertentangan telah pun berkurangan, diganti dengan perlumbaan ekonomi serta persaingan perdagangan yang semakin sengit serta kompetitif. Kita berharap ianya akan dapat berlangsung secara sihat dan terkawal.

Penglibatan negara kita dalam ASEAN akan terus mengambil tempat utama, yang juga akan membawa kita ke era kerjasama yang baru di rantau Asia Tenggara.

Kita akan mengikuti segala arus perubahan dengan sikap yang berhati-hati serta bijaksana, sesuai dengan keperluan dan kepentingan kita. Maka untuk ini, kita adalah memerlukan persiapan diri yang sempurna.

Persiapan itu terutamanya ialah, melalui pendididkan dan penguasaan ilmu. Kerana tidak ada negara yang dapat dibangun tanpa ilmu, maka demikian juga dengan negara kita, Negara Brunei Darussalam.

Kerana itu usaha-usaha adalah terus diambil oleh kerajaan beta bagi menangani masalah-masalah pendidikan, termasuklah mengemaskinikan sistem dan kurikulum pendidikan di semua peringkat persekolahan, tidak terkecuali juga bidang pendidikan teknik dan vokasional.

Di dalam bidang pengajian tinggi, Universiti Brunei Darussalam sudah pun melimpasi dekad pertama penubuhannya.

Titah 201254 54

Di samping ianya menjadi medan terbuka kepada anak-anak tempatan, pada masa ini juga peluang belajar di UBD telah pun diluaskan lagi kepada penuntut-penuntut luar negeri bagi kursus-kursus dari peringkat diploma hingga ijazah lanjutan. Dengan perkembangan ini, adalah kita sekarang turut memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan tinggi kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan dari luar negeri.

Menyebut mengenai usaha membangun negara dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi, maka pengusaha-pengusaha kita kenalah pandai merebut peluang dari pertumbuhan ekonomi di rantau ini terutama sekali yang terdapat melalui AFTA dan BIMP-EAGA.

Dalam hubungan ini, kerajaan beta sedang mempergiat usaha untuk memperbaiki iklim perusahaan bagi menjadikannya lebih kompetitif.

Hanya dengan iklim, perusahaan yang berdayasaing sahaja, negara ini akan dapat menarik pelaburan dari luar negeri dan sekaligus menggalakkan kemajuan perusahaan.

Di samping itu, kerajaan beta juga sedang mempergiatkan usaha ke arah membaiki insentif-insentif perusahaan pada amnya dan insentif kewangan pada khususnya bagi menjadikan negara ini mampu bersaing untuk menarik pelaburan.

Melalui penubuhan Tabung Kemajuan Perusahaan dalam Rancangan Kemajuan Negara Ke-7, pada misalnya, kita telah memperuntukkan kira-kira $132 juta bagi rangkaian kemudahan dalam bentuk Skim Jaminan Pinjaman Kewangan, Skim Perkembangan Perusahaan, Skim Kemudahan Kewangan bagi Penyertaan Kerjasama Serantau dan Skim Bantuan Penyediaan Kajian Kemungkinan.

Rancangan Kemajuan Negara akan memperbaiki lagi kedudukan infrastruktur fizikal di mana tapak-tapak perusahaan dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan seperti air, elektrik, telefon dan jalan raya.

55Titah 201255

Kerajaan beta juga menyediakan cadangan untuk memperbaiki insentif-insentif yang meliputi perkara-perkara seperti ekuiti, cukai pemilik tanah, galakan untuk eksport, galakan untuk sektor industri berteknologi tinggi, sektor penyelidikan dan kemajuan, galakan kemajuan tenaga manusia dan seumpamanya untuk diselaraskan dengan pihak yang berkenaan dalam kerajaan.

Pelan Induk Pelancongan Negara pula kita usahakan supaya sebarang kamajuan dalam sektor pelancongan dan sektor-sektor yang lain akan lebih terarah dan positif.

Dalam hubungan ini, sektor swasta dianggap dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam sama-sama menggerak dan mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.

Usaha bagi memperkembangkan sektor swasta itu, akan juga melibatkan rancangan penswastaan, perancangan belanjawan serta penyusunan semula perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan dan pengurusan ekonomi keseluruhannya.

Kerajaan beta adalah sangat giat berusaha ke arah menjadikan negara ini sebagai Pusat Perkhidmatan Perdagangan dan Pelancongan.

Di bidang teknologi penyiaran dan maklumat, negara pada masa ini, turut terdedah kepada siaran-siaran televisyen satelit yang mempunyai aneka bentuk rancangan.

Beta juga melalui internet, berbagai bentuk dan jenis maklumat

dapat diperolehi tanpa sebarang batas dan sempadan.

Pada hemat beta, kemajuan dan perkembangan dalam bidang ini dapatlah kita terima sebagai ciri terkini, namun kehadirannya itu janganlah menyebabkan kita leka, tetapi marilah kita memanfaatkannya untuk menggarap pembangunan dan kemajuan yang sebenar-benarnya. Kita perlu berhati-hati terhadap elemen-

Titah 201256 56

elemen yang negatif yang bertentangan dengan ajaran-ajaran agama Islam, nilai-nilai moral, budaya dan cara hidup kita yang baik.

Kerana itu sehubungan dengan ini, beta telah meluaskan Akta Penyiaran yang bertujuan untuk memastikan mutu dan taraf penyiaran di negara ini adalah di tahap yang tinggi yang menepati falsafah dan matlamat memelihara serta mempertahankan nilai-nilai kebruneian iaitu kesucian agama, keluhuran budaya dan adat resam serta perpaduan bangsa.

Setiap corak penyiaran, termasuklah penyebaran maklumat oleh kerajaan atau swasta, pelesenan dan juga garispandu penyiaran adalah semuanya tertakluk kepada kawalan-kawalan yang telah ditetapkan dalam Akta Penyiaran.

Mengenai dengan teknologi maklumat, Perancangan Strategik Teknologi Maklumat Brunei Darussalam di kedua-dua sektor awam dan sektor swasta telah pun dilancarkan.

Perancangan strategik ini akan menjadi garis pandu bagi

tahun-tahun menjelang abad ke-21 dengan tujuan untuk memperluaskan penggunaan teknologi maklumat secara teratur bagi mempertingkatkan produktiviti dan mengelakkan duplikasi.

Di sini ingin juga beta menyebut, bahawa di suatu masa dahulu beta pernah mengisytiharkan pengharaman kemasukan dan pengedaran minuman keras di negara ini. Maka di akhir-akhir ini, timbul pula kekhuatiran terhadap makanan dan minuman serta barang-barang gunaan yang dikhuatiri bercampur dengan bahan-bahan yang haram, termasuklah kekhuatiran khusus mengenai dengan daging-daging import yang sedang beredar di pasaran pada masa ini.

Dalam konteks ini, sudah tiba masanya bagi pihak-pihak berkenaan dalam kerajaan untuk mengkaji kemungkinan bagi mengadakan satu badan atau seumpamanya selaku pihak yang mengawal halal haram

57Titah 201257

bahan-bahan makanan dan minuman, termasuk segala jenis daging serta lain-lain barang gunaan di negara ini.

Kewajipan ini menjadi prioriti, kerana kedudukan kita selaku sebuah negara Islam adalah wajib memelihara agama dan ibadat rakyat serta penduduk yang berada di dalamnya.

Fatwa-fatwa dan panduan-panduan sudah pun semakin lama dikeluarkan, maka sepatutnya sudah lama juga perkara ini dapat diselesaikan.

Saiz Negara Brunei Darusalam bukanlah besar, dengan jumlah penduduknya juga adalah sedikit.

Sepatutnya, bumi yang sebegini kecil adalah lebih mudah untuk menguruskannya serta lebih cepat juga untuk menyelesaikan masalah-masalahnya.

Beta berharap, semua yang berkenaan di dalam kerajaan, tidaklah akan melupakan hakikat ini.

Mengenai kesihatan, kerajaan beta juga tidaklah ketinggalan pada memberikan perhatian dan penekanan kepada Program Promosi Kesihatan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai perimustahaknya mengamalkan cara hidup yang sihat sebagai usaha meningkatkan kualiti kehidupan di negara ini.

Kerajaan beta adalah sedang melaksanakan dan seterusnya memperkembangkan sistem penjagaan kesihatan asasi dengan menambah pusat-pusat kesihatan.

Langkah ini dihasratkan akan dapat mengurangkan kesesakan yang terdapat di hospital-hospital serta juga supaya kita dapat memberikan tumpuan kepada perkhidmatan pakar dan kes-kes rujukan.

Titah 201258 58

Demikianlah. Pada mengakhirinya, beta dengan segala tulus ikhlas ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada segenap lapisan rakyat dan penduduk yang telah memberikan kerjasama dan sokongan mereka kepada kerajaan beta, dalam melaksanankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Demikian juga kepada semua kakitangan kerajaan, selaku penggerak pentadbiran negara dan sektor swasta yang telah sama-sama menyumbangkan bakti kepada negara ini.

Kepada semua anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei dan pasukan-pasukan keselamatan yang lain serta orang awam, beta juga sukacita mencatatkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama mereka dalam sama-sama memelihara keamanan, keselamatan dan kententeraman negara.

Beta juga sukacita merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa perayaan di daerah-daerah, di atas penat lelah mereka mengaturkan dan mengendalikan rancangan-rancangan perayaan.

Beta berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala dan dengan berkat syafaat Nabi kita Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, semoga sekalian rakyat dan penduduk yang beta kasihi akan senantiasa beroleh kejayaan, bersatu padu dan makmur di bawah panji-panji negara yang indah, yang aman bebas lagi sentosa ini, Aamin Ya Rabbal ‘Alamin.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

59Titah 201259

Titah Di Majlis Sambutan Maulud Nabi MuhammadSallallahu Alaihi Wassllam Bagi Tahun 1418H/1997M

Pada 17 Julai 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Dengan hati yang bersih kita mengucapkan syukur kehadrat Allah

Subhanahu Wata’ala kerana mengizinkan kita dapat berkumpul di saat yang berkat ini.

Perkumpulan ini tidak syak lagi menjadi wadah tegaknya syiar Islam, serta juga menjadi punca syafaat di hari akhirat.

Kita sangat-sangat menginginkan penonjolan syiar Islam itu, supaya zahir kehebatan dan keindahanya. Apabila syiar terpancar, maka perhatian umat terhadap agama akan lebih luas dan mendalam.

Kita tidaklah mahu syiar agama itu malap, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi abad ke 21 ini, kerana apabila ia malap, layu dan lemah, maka akan segera menggantikannya ialah segala macam simbol serta aktiviti manusia yang melambangkan keburukan.

Pada masa ini pun sudah terjadi, gejala-gejala yang tidak baik telah mengepung kehidupan manusia, sehingga sukar untuk masyarakat dunia mengelakkannya.

Manusia sekarang sedang dipukau oleh slogan-slogan kemajuan dan kemakmuran. Di seluruh dunia, mereka itu giat mengharungi pembangunan ekonomi, yang tidak hanya terbatas di lingkungan orang bukan Islam, malahan juga orang Islam sendiri.

Titah 201260 60

Pada dasarnya, berjuang untuk maju bukanlah menjadi kesalahan. Bangunkanlah seberapa yang terdaya ekonomi masing-masing. Tetapi dalam pada itu, kita mesti ingat bahawa membangun ekonomi semata-mata tidaklah cukup untuk mencapai matlamat yang sempurna.

Ekonomi hanyalah untuk mengisi keperluan, bukannya tujuan hidup.

Adapun tujuan hidup ialah balik kepada Allah, menyembah Allah iaitu berbuat taat kepada-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Dan tidaklah Aku (Allah) menjadikan jin dan manusia itu, malainkan untuk menyembah dan beribadat kepada-Ku.”

Apabila kita mahu menjadikan sejarah sebagai iktibar, maka lihatlah kepada sejarah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Baginda itu lebih dahulu membangunkan manusia, mengisi dan memakmurkan mereka dengan iman, supaya mudah tercapai matlamat hidup, sebagaimana kehendak ayat di atas.

Jika pembangunan yang dilakukan oleh manusia itu terlepas dari pembangunan diri atau pembangunan insan, maka itulah sebabnya pembangunan ekonomi akan terbabas dari etika syarak, terbabas dari ahlak, dari batas-batas halal dan haram, yang menjadikan dunia yang dibangunkan itu bukanlah akan membawa kebahagiaan, malahan menjadi jambatan kepada kehancuran dan azab Allah.

Beta rasa di sinilah kewajipan kita mencontohi perbuatan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Baginda telah membangun dan mengasuh peribadi-peribadi Muslim dengan akhlak yang mulia, dengan amal salih, dengan rasa takut dan taat kepada Allah serta sambil itu, Baginda juga mengajak berjuang untuk memperbaiki kedudukan umat dan membina tamadun.

Di zaman Baginda ini, adakah didapati krisis moral atau apa yang disebut sebagai gejala sosial di kalangan umat Islam? Jawabnya tidak ada. Kerana pembangunan yang dilakukan oleh Baginda adalah

61Titah 201261

bermula dari pembangunan insan, bukannya pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.

Oleh itu, atas asas inilah, beta dengan tidak jemu-jemunya sentiasa menekankan akan kepentingan-keperntingan spiritual di dalam kehidupan.

Beta penuh yakin, bahawa apa yang telah dirintis oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam itu adalah jalan yang betul sarta sesuai untuk diikuti dan ditiru oleh manusia di semua peringkat zaman.

Kita akan selamat apabila kita mengikuti jejak langkah Baginda, kerana Baginda ialah pemimpin yang dipimpin oleh Allah, yang sentiasa dibantu dan ditolong dengan kudrat dan iradat Allah.

Kita jangan ragu, apa jua yang akan datang dari Baginda, hendaklah kita terima dan pakai. Kita pakai dalam apa jua keadaan: Dalam masa susah dan senang. Kita pakai dalam urusan-urusan harian kita, dalam masa bergaul, dalam beribadat, bekerja dan membangun, iaitu tanpa mengira kita di mana, namun risalah dan ajaran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tetap kita pegang dan amalkan.

Inilah beta rasa, azam dan semboyan yang lebih bermakna bersempena kita menyambut dan merayakan hari keputeraan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ini.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201262 62

Titah Sempena Ulang Tahun Ke-30 Penubuhan Asean Pada 8 Ogos 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kepada semua rakan-rakan sejawat beta dalam ASEAN dan semua teman-teman kita di seluruh Asia Tenggara diucapkan salam mesra dan selamat sejahtera pada detik yang sungguh istimewa ini. Dengan kemasukan jiran-jiran kita, beta merasakan kita kini akhirnya dapat menempatkan asas ASEAN pada kedudukan sejarahnya di samping menghargai dengan sebenarnya pengertian yang mendalam pertubuhan serantau kita ini.

Pada Ogos 1967, Asia Tenggara merupakan tumpuan perhatian dunia. Ianya merupakan medan perang dengan kempen Perang Dingin yang genting diperjuangkan di mana rakyat di rantau ini merupakan pemerhati dan mangsa.

Mujur juga detik-detik tersebut sudah pun diabadikan ke dalam arkib. Namun satu kejadian pada bulan tersebut muncul dalam sejarah lalu terus wujud dalam penghidupan setiap orang di rantau kita. Sama seperti menanam biji yang kecil, hasilnya sudah pun dapat dilihat.

Ianya berlangsung pada 8 Ogos tatkala para perwakilan negara-negara yang lemah dan berpecah belah di Asia Tenggara mengadakan pertemuan di Bangkok bagi membincangkan masa hadapan di mana para pemerhati luar meramalkan sedikit sebanyak kejadian berulang yang tidak dapat dielakkan segala kesengsaraan di masa lalu.

63Titah 201263

Mereka merasa tidak senang dengan kehancuran Asia Tenggara pada ketika itu, tanah-tanah yang terbiar, ekonomi yang hancur dengan masyarakat yang kacau bilau lalu memikirkan wawasan baru tentang apa yang akan dihadapi di masa hadapan. Mereka membayangkan detik bilamana kesemua negara di rantau ini dapat hidup bersama dengan aman di antara satu sama lain, bekerjasama di antara satu sama lain di samping memberikan rakyat mereka peluang untuk menjalani penghidupan yang berjaya, produktif dan bahagia.

Yang pasti hasilnya adalah ASEAN, kemungkinan inisiatif yang

pertama diambil yang pernah dirancang oleh para pemimpin Asia Tenggara bagi pihak kesemua rakyat di rantau ini. Seandainya jika ada waktu bagi wawasan yang hebat, inilah detiknya. Para perwakilan dan para pemimpin itulah yang mengilhamkannya yang pada dasarnya kita raikan tahun ini sempena kita menyambut Ulang Tahun ke-30 pertubuhan serantau kita dan kesemua pencapaian selanjutnya.

Medan perang 1967 membangkitkan kesedaran sekali lagi,

kerapkali dengan penuh kesukaran dan adakalanya dengan penuh bahaya.

Namun peluang yang kita perolehi untuk menghimpunkan segala usaha serantau sebahagian besarnya disebabkan oleh pengasas ASEAN di mana kami di Negara Brunei Darussalam berbangga kerana dapat memainkan peranan membantu membawa wawasan berharga mereka menjadi kenyataan.

Sekian Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalamu Alaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

(Terjemaah dari teks asal dalam Bahasa Inggeris)

Titah 201264 64

Speech By His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali SaifuddienSa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan

Of Brunei DarussalamOn The 30th Anniversary Of Asean

On 8 August 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

May I wish all my colleagues in ASEAN and all our friends throughout Southeast Asia our warmest greetings and very best wishes on this very special occasion. With the accession of our neighbours I feel that we can now at last place the founding of ASEAN in its historical setting and truly appreciate the deepest significance of our regional Association.

In August 1967, Southeast Asia was the focus of world attention, it was the battlefield on which the crucial campaigns of the Cold War were being fought out and the people of this region were onlookers and victims.

Those times are mercifully now consigned to the archives. One event in that month, however, has lifted itself out of history and lives on in the lives of everyone in our region. Like the planting of a small seed, its result has been remarkable to see.

It took place on August the 8th when representatives of the weak and fragmented countries of Southeast Asia met in Bangkok to discuss a future which outside observes foresaw as little but an inevitable repetition of past misfortune.

65Titah 201265

They raised their eyes above the devastation of Southeast Asia at that time, its wasted lands, its broken economies and its shattered societies and conceived a new vision of what might lle ahead. They envisaged a time when all the nations of this region could be given the means to live together in peace with each other, cooperating with each other and providing their citizens with a chance to lead successful, productive and happy lives.

The result, of course, was ASEAN, perhaps the first freely taken initiative ever devised by Southeast Asian leaders on behalf of all the people of the region. If ever there was a time for great vision, this was it, and it is those representatives and the leaders who inspired them whom we are primarily honouring this year as we celebrate the 39th Annivesary of our regional association and all its succeeding achievements.

The battlefield of 1967 is being cultivated again, often with great difficulty and sometimes, sadly, even in considerable danger.

However, the chance we have to gather in a great harvest of regional endeavour is largely owed to the founders of ASEAN and we in Brunei Darussalam are proud to have played a part in helping bring their noble vision to living reality.

Wabillahit Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201266 66

Titah Sempena Keberangkatan Baginda Ke MalaysiaPada 25 Ogos 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Paduka ayahanda, Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, Tuanku Ja’afar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman.

Paduka bonda, Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Najihah binti Al-Marhum Tuanku Besar Burhanuddin.

Kerabat-kerabat diraja, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia; Datin Seri Dr. Siti Hasmah, para tetamu kenamaan, para hadirin dan hadirat sekalian.

Paduka anakanda bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan hidayat-Nya jua, maka dapatlah paduka anakanda dan rombongan membalas kunjungan paduka ayahanda dan paduka bonda ke Negara Brunei Darussalam pada tahun lepas.

Paduka anakanda dan rakyat Negara Brunei Darussalam masih merasa kenangan yang manis dari peristiwa bersejarah lawatan paduka ayahanda berdua ke Negara Brunei Darussalam itu.

Paduka anakanda dengan ikhlas hati mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sambutan mesra paduka ayahanda dan paduka bonda bagi keberangkatan paduka anakanda sekeluarga ke Malaysia ini.

67Titah 201267

Sambutan tersebut tidak syak lagi mencerminkan keakraban kedua-dua buah negara kita, bahkan menjadi bukti adanya ikatan persaudaraan yang sangat teguh dan kuat.

Paduka anakanda penuh yakin, bahawa pertukaran lawatan ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sudah sedia wujud di antara kerabat-kerabat diraja dan juga kerajaan serta rakyat kedua-dua buah negara.

Paduka anakanda sungguh merasa gembira setiap kali berpeluang melawat Malaysia serta juga turut mengagumi kemajuan-kemajuan pesat yang dicapainya. Mentelah pula Malaysia juga adalah merupakan tempat kenangan indah bagi paduka anakanda semasa menuntut di sini dahulu.

Paduka ayahanda,

Mengenai hubungan di antara Negara Brunei Darussalam dengan Malaysia paduka anakanda ingin merakamkan penghargaan yang khusus, paduka anakanda dan seluruh rakyat Negara Brunei Darussalam terhadap sumbangan besar oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad; Perdana Menteri Malaysia, dalam usaha beliau mempertingkatkan hubungan baik di antara kedua buah negara kita, sehingga mencapai ke tahap persefahaman dan persahabatan yang amat mendalam.

Hasil daripada usaha-usaha meningkatkan persefahaman dan persahabatan itu, telah membolehkan kedua-dua buah negara menangani secara terbuka apa jua bentuk perbezaan di antara kedua-dua buah negara.

Negara Brunei Darussalam begitu optimis dapat mengekalkan persefahaman dan kerjasama dengan Malaysia, berdasarkan persamaan kita dalam bahasa, sejarah, agama dan budaya yang merupakan aset utama untuk menjelmakan impian-impian kita bagi menjadi negara-negara yang mantap serta dihormati.

Titah 201268 68

Hubungan rapat ini terbukti dengan tertubuhnya Suruhanjaya Bersama Negara Brunei Darussalam dan Malaysia bagi memperluaskan kerjasama di pelbagai bidang.

Hubungan kerjasama kedua-dua buah negara terus berkembang melalui kepentingan-kepentingan bersama dalam bidang-bidang ekonomi dan keselamatan.

Ini dapat dilihat bilamana hubungan perdagangan dan pelaburan di antara kedua-dua buah negara telah pun menunjukkan potensi dan kemajuannya yang menggalakkan.

Dalam hal ini, paduka anakanda sukacita melahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia kerana memberikan peluang bagi Negara Brunei Darussalam untuk mengambil bahagian dalam berbagai sektor ekonominya dan juga bagi mengadakan usahasama sektor swasta, baik di peringkat dua hala mahupun di pasaran negara-negara lain.

Paduka ayahanda,

Adalah tidak lengkap rasanya dalam ucapan paduka anakanda ini, tanpa menyampaikan setinggi-tinggi tahniah paduka anakanda, kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam kepada paduka ayahanda dan kerajaan serta rakyat Malaysia di atas kemajuan pesat yang telah dicapai oleh Malaysia di banyak bidang yang bukan hanya dalam bidang ekonomi dan pelaburan, tetapi juga dalam bidang perhubungan dan teknologi maklumat.

Secara khusus, paduka ayahanda sendiri adalah terlibat secara

langsung menyumbangkan perkhidmatan yang cemerlang selama 50 tahun kepada Malaysia sama ada melalui perkhidmatan dalam negeri mahupun luar negeri.

Kadar pertumbuhan ekonomi yang mencapai kepada lapan peratus setahun bagi satu dekad telah menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang cepat berkembang di dunia.

69Titah 201269

Menara Kuala Lumpur yang berdiri megah setinggi 421 meter dan Menara Kembar Petronas Bandaraya Kuala Lumpur yang indah menjadi lambang dan mercu kepada kemajuan Malaysia.

Paduka anankanda penuh yakin, dengan kadar pertumbuhan yang membanggakan sejak satu dekad itu, Malaysia akan berjaya dalam mewujudkan MSC yang akan membantunya untuk mencapai wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

Paduka ayahanda,

Keamanan, kestabilan, kesejahteraan dan kemakmuran serantau dan antarabangsa adalah juga merupakan agenda penting yang sama-sama ditanai dan diperjuangkan oleh Negara Brunei Darusslam dan Malaysia.

Kedua-dua buah negara mempunyai kepentingan yang sama dalam ASEAN di mana kita sama-sama mengalu-alukan perluasan keluarga ASEAN dengan kemasukan Laos dan Myanmar.

Dengan sebulat pandangan Negara Brunei Darussalam sebagaimana juga Malaysia, melihat ASEAN sebagai penggerak utama kepada kerjasama dan ekonomi serantau. Masa depan negara-negara anggota ASEAN adalah bergantung kepada kekuatan dan dinamisme pertubuhan ASEAN sendiri.

Negara Brunei Darussalam akan sentiasa sama-sama turut memainkan peranan dalam memberikan sokongan terhadap usaha-usaha ke arah pembentukan keamanan, kestabilan serta pembangunan dan perpaduan, baik di peringkat serantau mahupun dunia.

Perkara ini dapat dilihat dari kerjasama yang rapat di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia di dalam kumpulan-kumpulan ekonomi dan strategik yang lain seperti EAEC, ARF, APEC dan ASEM. Kumpulan-kumpulan berkenaan berperanan besar untuk

Titah 201270 70

membantu meningkatkan hubungan negara-negara di Asia-Pasifik dan di antara Asia dan Eropah, di samping juga untuk mengukuhkan keamanan, kestabilan dan kemajuan di klangan negara-negara di rantau Asia-Pasifik dan negara-negara yang lebih jauh.

Paduka ayahanda,

Pada mengakhiri ucapan ini, paduka anakanda sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada paduka ayahanda dan paduka bonda dan juga kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas layanan baik dan mesra yang diberikan kepada paduka anakanda dan rombongan.

Paduka anakanda dan keluarga paduka anakanda dan juga kerajaan serta rakyat Negara Brunei Darussalam berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga paduka ayahanda dan paduka bonda sentiasa berada di dalam keadaan sihat Walafiat dan lanjut usia dan mudah-mudahan kerajaan dan kemakmuran yang berterusan.

Sekian, Wabilahit Taufik Walhidatah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

71Titah 201271

Titah Di Majlis Makan Tengah Hari Sektor PrivetMalaysia, Kuala Lumpur

Pada 27 Ogos 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu

‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Pertama sekali izinkan beta mengucapkan terima kasih kepada awda dan para penganjur atas undangan awda sekalian. Beta sukacita mengambil kesempatan ini untuk berbincang juga mengagih pandangan beta, sebagai jiran yang dekat juga rakan serantau.

Perhimpunan kita hari ini memberi kesempatan yang terbaik untuk mengembangkan lagi persahabatan dan kerjasama yang sekian lama menjadi ciri perhubungan di antara kedua buah negara kita.

Tuan Pengerusi, beta sendiri dapat merasakan persahabatan

yang amat menyenangkan ini. Awda dan rakan-rakan awda juga ramai tetamu di sini begitu bertanggungjawab ke atas pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat.

Beta merasa amat terkesan dengan segala usaha gigih awda untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang berkembang sepenuhnya menjelang tahun 2020. Ianya memberikan banyak pengajaran kepada kita semua.

Antara yang paling penting beta saksikan adalah langkah Malaysia

mengukuhkan sektor awam dan swasta menjadi satu alat yang paling berkuasa untuk mencapai pembangunan.

Titah 201272 72

Kita tidak lagi hidup dalam detik-detik di mana kerajaan bersendirian dalam menentukan semua hala tuju ekonomi. Pada ketika ini kita mula menyaksikan bahawa perkongsian yang membina di antara sektor awam dan swasta begitu penting sekali.

Ianya menjadi semakin ketara di mana-mana dan kami di Negara Brunei Darussalam sudah pasti mengiktirafnya serta mendapat galakan dari kejayaanya di Malaysia.

Tuan Pengerusi, beta bertitah demikian kerana salah satu

harapan utama pada lawatan negara ini adalah membantu untuk meningkatkan perhubungan ekonomi di antara kedua buah negara kita ke tahap kerjasama yang lebih tinggi. Ini sudah pasti akan memperluaskan lagi ruang lingkup perkongsian kita lebih-lebih lagi dalam perdagangan.

Asia Timur menjalani transformasi yang besar.

Sejak lebih 15 tahun yang lalu, pertumbuhan serantau puratanya lapan peratus setahun. Ini adalah tiga kali lebih cepat daripada pertumbuhan di negara-negara OECD.

Pengaliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Asia Timur berjumlah AS$65 bilion pada 1995, lebih separuh jumlah pengaliran masuk FDI ke negara-negara membangun.

Keluaran Kasar Negara (GNP) per kapita juga telah meningkat tiga kali ganda dari AS$460 pada 1980 kepada AS$1,310 pada 1995.

Kejayaan ekonomi Asia Timur merupakan daya penarik yang kuat bagi perniagaan global.

Di antara 1990-1995, pertumbuhan eksport Amerika ke Asia Timur melebihi eksportnya ke mana-mana bahagian dan pelaburan.

73Titah 201273

Sebagaimana yang didapati oleh negara-negara yang baru muncul, negara China juga merupakan pesaing yang gigih dalam pengeksportan produk industri.

Namun beta yakin bahawa jika kemantapan di rantau ini dikekalkan, kita dapat menjangkakan untuk menyaksikan ke semua Asia Timur menjadi negara perindustrian dalam tempoh dua dekad.

Lebih dekat dengan tanahair, ekonomi Asia Tenggara yang berkembang pesat terus menikmati ganjaran ekonomi liberasi perdagangan.

Komitmen pelabuhan Amerika Syarikat di Asia Tenggara meningkat dari AS$1 bilion pada 1989 kepada AS$8 bilion pada 1995.

Sementara itu, perdagangan ASEAN-EU meningkat 32 peratus kepada AS$100 bilion pada 1995.

Kemasukan Myanmar dan Laos ke dalam ASEAN lama-kelamaan akan memberikan lebih banyak peluang bagi menggalakkan perdagangan dan pelaburan di rantau ini.

Ahli-ahli perniagaan kita berada pada kedudukan yang baik untuk mengambil kesempatan dari perluasan ekonomi di negara-negara ASEAN.

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN, atau AFTA, yang akan menurunkan tarif intra-ASEAN di bawah lima peratus, akan direalisasikan menjelang tahun 2003.

Negara Brunei Darussalam akan mencapai sasaran ini sebelum peralihan abad ini.

AFTA akan menjadi pusat perhatian dalam kerjasama ekonomi ASEAN.

Titah 201274 74

Kenyataan Wawasan 2020 ASEAN yang akan diterima di sini pada bulan Disember di Sidang Kemuncak tidak rasmi ASEAN akan menguatkan lagi integrasi ekonomi.

Kawasan Pelaburan ASEAN akan terbentuk menjelang tahun 2010 juga akan meningkatkan daya tarikan ASEAN sebagai sebuah rantau pelaburan.

ASEAN boleh berbangga dengan catatan ekonominya meskipun masa hadapan belum dapat dipastikan.

Pergolakan baru-baru ini dalam pasaran mata wang Asia Tenggara menjadi peringatan yang suram betapa lemahnya kuasa pasaran global.

Ianya menyerlahkan keperluan bagi dasar-dasar makro-ekonomi yang berhati-hati serta kerjasama rapat yang berterusan untuk mengekalkan perpaduan kita sebagai kumpulan serantau.

Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, yang terletak di tengah-tengah pertumbuhan serantau dapatlah bertindak sebagai contoh kerjasama serantau.

Ikatan ekonomi kita telah berlangsung sekian lama.

Keturunan kita yang merupakan pedagang-pedagang berdaya usaha yang berani telah merintis ikatan perdagangan dalam rantau ini dan negara-negara yang lebih jauh.

Kita berkongsi begitu banyak persamaan dalam bahasa, bangsa, agama dan kebudayaan.

Bersama-sama dengan anggota ASEAN yang lain, kita akan dapat menjadikan ASEAN sebuah tempat yang lebih terbuka dan menarik bagi perdagangan dan pelaburan.

75Titah 201275

Beta sukacita mencatatkan bahawa semangat kerjasama kekal kukuh pada tahap serantau.

Kita telah bekerja bersama-sama dalam ASEAN dan dalam APEC untuk mempergiatkan perdagangan bebas di Asia Pasifik.

Pada peringkat rantau kecil, kita telah menjadi rakan kongsi bagi Republik Indonesia dan Republik Filipina untuk menjadikan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (BIMP-EAGA) sebagai rantau yang bertenaga dalam pelancongan, perdagangan, komunikasi dan pembangunan ekonomi.

Dalam kita menerima peluang-peluang baru di rantau ini, kita tidak seharusnya mengenepikan potensi besar dalam perdagangan dua hala dan pelaburan.

Kedudukan geografi kita rapat memberi kita peluang untuk meningkatkan lagi perdagangan melintasi sempadan juga pengaliran pelaburan.

Beta sukacita mencatatkan bahawa kerjasama ekonomi di antara kedua buah negara kita terus berkembang.

Malaysia mendapat kedudukan sebagai salah sebuah dari 10 buah rakan kongsi perdagangan tertinggi Negara Brunei Darussalam.

Import Negara Brunei Darussalam dari Malaysia merupakan satu pertiga dari jumlah perdagangannya dengan ASEAN pada keseluruhannya, yang meningkat enam kali ganda di antara 1985 dan 1995.

Ahli-ahli perniagaan kita hendaklah bekerja bersama-sama untuk mengembangkan segala kesempatan ini bagi menjanakan lagi pertumbuhan kedua buah negara kita.

Titah 201276 76

Kedua-dua Malaysia dan Negara Brunei Darussalam memperolehi banyak manfaat dengan bekerjasama bagi mengembangkan ekonomi kita.

Negara Brunei Darussalam dapat menyumbang di dalam Wawasan 2020 Malaysia, dan di waktu yang sama kita mengalu-alukan penyertaan Malaysia untuk mengembangkan wawasan kami sendiri bagi Negara Brunei Darussalam sebagai Pusat Perkhidmatan bagi Perdagangan dan Pelancongan (SHuTT) serantau.

Negara Brunei Darussalam juga komited untuk menjadi negara perindustrian.

Kami telah pun mengambil langkah yang jitu untuk mempelbagaikan ekonomi kami.

Kami telah memperuntukkan $7 bilion dalam rancangan lima tahun yang baru demi untuk memperluaskan lagi asas ekonomi kami yang termasuk produk-produk bukan minyak dan gas.

Kita boleh bekerja sama-sama untuk menarik lebih banyak aliran pelaburan ke dalam negara kita.

Pada pihak kami pula, kerajaan beta akan memastikan penyiapan Lebuhraya Pan-Borneo.

Ini akan menghubungkan semua jalan darat Borneo, yang membolehkan ahli-ahli perniagaan Brunei dan Malaysia memberi perkhidmatan yang lebih baik bagi Kawasan Ekonomi ASEAN Timur.

Negara Brunei Darussalam dan Malaysia juga akan bekerja bersama-sama untuk menjalankan projek usahasama di negara-negara ketiga, terutama sekali dalam pasaran yang baru muncul seperti China, India, Amerika Latin dan Afrika.

Abad ke-21 akan membawa lebih banyak cabaran dan peluang.

77Titah 201277

Malaysia dan Negara Brunei Darussalam mendapat manfaat dan gabungan ekonomi serantau dan global yang kian meningkat dengan bekerja bersama-sama.

Kita dapat menyatukan serta mengukuhkan hubungan kita dalam ikatan ekonomi dua hala juga dalam pelbagai usahasama dan bersama negara-negara ketiga.

Beta yakin bahawa masa hadapan begitu cerah bagi Malaysia dan Negara Brunei Darussalam, kedua-duanya akan dapat berkembang menjelang abad mendatang.

Terima kasih, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Terjemahan dari teks asal dalam Bahasa Inggeris)

Titah 201278 78

Speech By His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali-SaifuddienSa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan

Of Brunei DarussalamAt The Malaysian Private Sector’s Luncheon

Hosted By Nccim At Istana Hotel, Kuala LumpurOn 27 August 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mr. Chairman,

Firstly, let me thank you and the organisers for your kind invitation. I am happy to have the opportunity to talk to you and share my views, both as a close neighbour and a regional partner.

Our gathering today provides us an excellent opportunity to further develop the friendship and co-operation which have long characterised relations between our two countries.

I feel myself in very good company, Mr. Chairman. You and your colleagues and many of the guests here are largely responsible for Malaysia’s rapid economic growth.

I am most impressed by your determined efforts to build Malaysia into a fully developed nation by the year 2020. It offers many lessons to us all.

79Titah 201279

One of the most important ones I see is the way in which Malaysia has welded the strengths of the public and private sectors into a powerful tool for development.

We are no longer living during the times when the government alone dictated the direction of the economy. Nowadays, we are beginning to see that a constructive partnership between the public and private sectors is crucial.

This has become evident everywhere and we in Brunei Darussalam have certainly recognised this and drawn encouragement from its success in Malaysia.

I say this, Mr. Chairman, because one of the main hopes I have on my current state visit is to help lift the economic relationship between our two countries to a higher level of co-operation. This will significantly widen the scope of our partnership, especially in commerce.

East Asia in undergoing a major transformation.

Over the last 15 years, regional growth has average 8 percent per year. This is three times faster than growth in the OECD countries.

Foreign Direct Investment inflows to East Asia totalled US$65 billion in 1995, over half the total of FDI inflows to developing countries.

Per capita GNP has also trebled from US$460 in 1980 to US $1,310 in 1995.

East Asia’s economic success is a powerful magnet for global business.

Between 1990-1995, the growth of American exports to East Asia

outstripped its exports to any other part of the world.

China’s high economic growth offers tremendous opportunities for trade and investment.

Titah 201280 80

But as many emerging countries are recovering, China also is an ever keener competitor in the export of industrial products.

However, I am confident that if stability in the region is maintained, we can expect to see all of East Asia industrialised within two decades.

Closer to home, the fast-growing economies of Southeast Asia continue to enjoy the economic rewards of liberation of trade.

US investment commitments in Southeast Asia rose from US$1 billion in 1989 to a US$8 billion in 1995.

Meanwhile, ASEAN-EU trade grew by 32 percent to US$100 billion

in 1995.

The admission of Myanmar and Laos into ASEAN will in time provide further opportunities for boosting trade and investment in the region.

Our businessmen are well placed to take advantage of the economic expansion in ASEAN countries.

The ASEAN Free Trade Ares, or AFTA, which will lower intra-ASEAN tariffs to below 5 percent, will be realised by 2003.

Brunei will achieve this target before the turn of the century.

AFTA will be the centrepiece of ASEAN economic co-operation.

The ASEAN Vision 2020 statement to be adopted here in December at the ASEAN informal Summit will further underpin economic integration.

An ASEAN Investment Area to be in place by 2010 will also boost ASEAN’s attractiveness as an investment region.

81Titah 201281

ASEAN can take pride in its economic record, but the future is not assured.

The recent turbulence in the currency markets of Southeast Asia is a sobering reminder of our vulnerability to global market forces.

It highlights the need for prudent macro-economic policies and continued close co-operation to maintain our cohesiveness as a regional grouping.

Brunei Darussalam and Malaysia, located at the heart of the region’s growth, can serve as models for regional co-operation.

Our economic links stretch a long way back.

Our ancestors were bold, enterprising merchants who pioneered trade links within the region and beyond.

We share many similarities in language, race religion and culture. Together with the rest of ASEAN, we can make ASEAN a more

open and attractive place for trade and investments.

I am glad to note that the spirit of co-operation remains strong at the regional level.

We have worked together in ASEAN and in APEC to promote free trade in Asia Pacific.

At the sub-regional level, we have partnered Indonesia and the Philippines to turn the East ASEAN Growth Area BIMP-EAGA into a vibrant region for tourism, trade, communications and economic development.

Even as we embrance new opportunities in the region, we should not ignore the tremendous potential of bilateral trade and investment.

Titah 201282 82

Our georgraphical closeness gives us an advantage to futher enhance has been growing steadily.

I am glad to note that economic co-operation between our two countries has been growing steadily.

Malaysia ranks as one of Brunei Darussalam’s top 10 trading partners.

Brunei Darussalam’s imports from Malaysia comprise one third of its total trade with ASEAN as a whole, increasing 6-fold between 1985 and 1995.

Our businessmen should work together to develop these opportunities and generate further growth for our countries.

Both Malaysia and Brunei Darussalam have much to gain by co-operating to develop our economies.

Brunei Darussalam can contribute its part in Malaysia’s Vision 2020, while we welcome Malaysia’s partipatiuon to develop our own vision of Brunei Darussalam as a regional Services Hub for Trade and Tourism (SHuTT).

Brunei Darussalam is also committed to further industrialization.

We have taken concrete steps to diversify our economy. We have allotted $7 billion in a new 5-year plan to widen our

economic base to include non-oil and gas products.

We can work together to attract greater investment flows into our countries.

On our part, my government will ensure the completion of the pan-Borneo Highway.

83Titah 201283

This will connect all the land routes of Borneo, enabling Bruneian and Malaysian businessmen to serve the East ASEAN Economic Area better.

Brunei Darussalam and Malaysia can also work together to undertake joint venture projects in third countries, especially in the emerging markets like China, India, Latin American and Africa.

The 21st century will bring many challenges and opportunities.

Malaysia and Brunei Darussalam benefit from an increasingly integrated regional and global in economy by working together.

We can consolidate and strengthen our ties in bilateral economic links and in joint ventures with and in third countries.

I believe that the future is bright for Malaysia and Brunei, both can grow into the century ahead.

Thank you.

Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201284 84

Titah Di Institut Hubungan Diplomatik Dan Luar Negeri, Malaysia

Pada 27 Ogos 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta merasa amat berbesar hati berada di Malaysia sekali lagi. Beta amat menghargai layanan mesra yang beta terima, bukan hanya dalam lawatan ini malahan juga di pelbagai kesempatan di masa lalu. Awda sekalian membuat beta merasa begitu dialu-alukan.

Ingatan beta tentang negara awda bermula sejak beta masih lagi menuntut di Kuala Lumpur sejurus selepas kemerdekaan negara awda kira-kira empat puluh tahun yang lalu.

Dalam beberapa hal, Malaysia dan beta membesar bersama-sama.

Namun jika ditinjau sekitar Kuala Lumpur ini, beta harus menyatakan bahawa negara awda telah berkembang dengan lebih dramatik daripada beta.

Adalah menjadi penghormatan bagi diri beta untuk menyampaikan ucapan di hadapan golongan bijak pandai Institut Hal Ehwal Diplomatik dan Luar Negeri, Malaysia mengenai diplomasi dan hubungan luar negeri.

Awda sendiri Tuan Pengerusi merupakan salah seorang Menteri Luar yang paling berpengalaman di rantau kita.

Malaysia memperolehi nama yang baik dalam hubungan diplomasi dan antarabangsa.

85Titah 201285

Kami di Negara Brunei Darussalam amat menyedari peranan kami yang terhad yang dimainkan di pentas serantau, apatah lagi dalam panggung dunia yang lebih meluas.

Kami ragu-ragu untuk memperkatakan tentang wawasan Negara Brunei Darussalam dalam ehwal antarabangsa mahupun serantau.

Apa yang kami miliki adalah perspektif atau sudut pandangan seorang rakyat Brunei.

Atas perspektif itulah beta ingin agihkan bersama awda sekalian pada petang ini.

Beta akan cuba menyampaikan persoalan yang kerap dijawab oleh para penganalisa asing tetapi jarang dijawab oleh mereka yang berada dalam rantau ini.

Apakah sebenarnya Asia Tenggara?

Apakah peranan yang dimainkan ASEAN dalam kemajuan rantau ini sejak 30 tahun yang lalu?

Bagaimanakah kita memastikan bahawa ASEAN akan terus meningkat dengan kukuh dan berkesan 30 tahun selanjutnya?

Apakah kita akan mencapai wawasan sebuah Asia Tenggara yang bersatu?

Seperti yang dapat awda simpulkan dari kesemua ini, tumpuan

Negara Brunei Darussalam adalah tentang rantau yang kita kongsi bersama jiran tetangga kita.

Bagi kita, Tenggara Asia adalah lebih dari hanya sebuah istilah geografi. Ianya adalah keluarga besar kita.

Izinkan beta untuk mengkaji semula masa lalu dan masa kini di samping mengamati dengan teliti masa hadapan.

Titah 201286 86

Dalam tempoh kira-kira 200 tahun, sebelum penubuhan ASEAN, rakyat Asia Tenggara tidak banyak suara dalam membentuk kejadian-kejadian yang membabitkan penghidupan mereka.

Kesemua negara Asia Tenggara tertakluk kepada tahap kawalan luar negeri yang berbeza-beza.

Kita menyaksikan perang dunia, pergerakan revolusi, serta saingan ideologi Perang Dingin.

Beta sendiri meredah ke dalam kemelut politik serantau pada usia yang masih muda.

Beta mengingatinya sebagai waktu yang penuh dengan

ketidakpastian. Tidak ramai yang merasa yakin akan masa hadapan.

Ianya waktu yang menduka-citakan bagi rantau ini dengan prospek pertikaian dan kepahitan yang tidak berkesudahan. Mujur juga ianya ternyata berlainan dari yang dijangkakan.

Beta yakin sebab utamanya adalah pembentukan dan evolusi ASEAN – cara para anggotanya menjalankan tugas di dalam persatuan ke arah kesudahan yang membina.

Kesemua ini membawa kepada perhubungan yang meyakinkan dengan kerjasama yang meningkat bagi kebaikan bersama.

Sejak 30 tahun yang lalu, ASEAN membolehkan para anggotanya untuk mengenepikan atau mengurangkan segala perbezaan mereka dengan bekerja bersama-sama untuk faedah bersama.

Justeru itu, Asia Tenggara menjadi rantau yang aman dan stabil.

Kita telah menyalurkan segenap tenaga dan sumber kita ke arah perkembangan ekonomi dan pembangunan negara.

87Titah 201287

Kita telah mengurangkan kemiskinan juga membaiki penghidupan rakyat kita.

Kita telah mengekalkan keharmonian sosial dan peraturan awam.

Kita telah mengubah Asia Tenggara dari sebuah rantau pertikaian dan kemiskinan menjadi rantau yang aman dan makmur.

Sama ada untuk meliberalisasikan perdagangan menumpukan perhatian terhadap keperluan keselamatan kita, atau mengembangkan hubungan yang kukuh dengan rakan-rakan antarabangsa kita, ASEAN dapat membuktikan keunggulannya.

Keamanan, kestabilan, petumbuhan dan kerjasama pada masa ini adalah ganjaran kita.

Negara-negara ASEAN berada dalam pengurusan yang baik di mana rakyat kita mendapat faedah dari pelbagai keistimewaannya.

Melalui Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN, (AFTA), kawasan pertumbuhan rantau kecil, juga kawasan pelaburan ASEAN, ekonomi ASEAN akan terus menjadi dinamik dan kompetitif.

Kita juga akan mendapat faedah selaku anggota masyarakat ekonomi pasifik.

Asia Pasifik mungkin kekal sebagai rantau ekonomi yang paling dinamik di dunia pada dekad-dekad mendatang.

ASEAN telah mengembangkan hubungan dua hala yang kukuh dengan negara-negara di sekitarnya.

Institusi yang telah kita mulakan atau yang bersama-sama diperkembangkan APEC, ARF dan ASEM – merupakan komponen yang penting dalam rekabentuk peraturan dunia selepas Perang Dingin.

Titah 201288 88

Bersama-sama kita telah menghimpunkan kekayaan pengalaman dalam bekerja dengan konstruktif dan berjaya bersama-sama.

Suara kita yang kolektif didengarkan dengan serius dalam forum antarabangsa, kesemua ini adalah pencapaian yang cukup besar.

Melalui ASEAN, Negara Brunei Darussalam memperolehi suara dalam ehwal serantau mahupun dunia yang lebih besar daripada jika kita bersendirian. Ringkasnya kita menghargai ASEAN.

Bagaimana pula dengan masa hadapan?

Memang menarik untuk mempercayai bahawa kita kini boleh bersandar dan mengikuti penerbangan tanpa pemandu.

Sememangnya ini tidak bijak. Masa hadapan memang sukar untuk diramalkan.

Cuaca baik pada masa ini mungkin tiba-tiba berubah. Justeru itu kita seharusnya sentiasa berwaspada, bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.

Beberapa orang pengulas melafazkan kebimbangan bahawa pembesaran ASEAN akan menimbulkan masalah baru.

Mereka menyatakan bahawa kepelbagaian ekonomi, kebudayaan

dan sosial yang meningkat dalam ASEAN yang lebih besar akan menjejaskan kerjasama kita.

Mereka mendakwa bahawa kumpulan yang lebih besar akan meningkatkan perbezaan serta melambatkan dalam membuat keputusan.

Cara tradisi kita dalam mewujudkan kesepakatan serta pendekatan kita yang fleksibel mungkin akan menghadapi risiko.

89Titah 201289

Kesemua ini merupakan ujian yang getir terhadap perpaduan persatuan.

Waktu akan menentukan jika para pesimis didapati betul. Adalah kurang bijak untuk menganggap mereka sebagai peramal nasib buruk, melakukan apa yang terbaik oleh para peramal seperti itu, yang merendah-rendahkan kejayaan.

Dalam merancang masa hadapan, kita seharusnya bersedia untuk bertindak terhadap perkembangan pesimis.

Kita seharusnya bersedia untuk sesuatu yang di luar jangkaan.

Bagaimanakah Negara Brunei Darussalam membuat persiapan untuk menghadapi segala cabaran di masa hadapan?

Bagi Negara Brunei Darussalam, institusi dan proses yang paling penting adalah ASEAN.

Pandangan dunia ekonomi dan politik kita telah terbentuk dalam konteks persatuan ini.

Dalam hubungan dua hala dan pelbagai hala kita, Negara Brunei Darussalam akan sentiasa berusaha berdasarkan nilai-nilai yang dibina dalam ASEAN;

• Memakmurkan jiran awda

• Mencari kesepakatan

• Bekerjasama bagi faedah bersama

• Optimis akan masa hadapan

• Menghormati kedaulatan dan kesamaan

• Tidak campur tangan ehwal dalaman negara-negara lain

Titah 201290 90

Kesemua ini akan terus menjadi cara pendekatan kita.

Menurut perspektif rakyat Brunei, kemasukan anggota baru ke dalam ASEAN merupakan fasa baru dalam sejarah Asia Tenggara.

Ianya satu cabaran, membina sebuah Asia Tenggara yang bersatu, satu tugas yang memerlukan bertahun-tahun untuk dicapai.

Meskipun demikian, kita tidak sepatutnya melupakan bahawa keutuhan dan perpaduan ASEAN Lima yang asal yang disertai oleh Negara Brunei Darussalam pada 1984 mengambil masa 18 tahun untuk mencapai.

Kita berhasrat untuk mewujudkan sebuah masyarakat Asia Tenggara. Ini memerlukan kesedaran Asia Tenggara.

Perasaan persahabatan perlu diagihkan oleh para pemimpin politik, para pegawai dan para pemimpin perniagaan juga orang-orang biasa.

Gagasan sebuah Asia Tenggara seharusnya ditanamkan di dalam jiwa dan fikiran rakyat kita.

Izinkan beta membuat tiga saranan untuk pertimbangan awda sekalian.

Pertama, seperti yang awda sekalian ketahui, beta amat berminat untuk mempergiatkan interaksi yang lebih meluas dan pemahaman yang lebih baik di kalangan golongan muda kita, terutama sekali para penuntut universiti.

Kesatuan Eropah mempunyai dua program dipanggil “Eramus” dan “Socrates” yang membolehkan para penuntut universiti di 15 buah negara EU untuk mengikuti pengajian di universiti masing-masing yang diakui untuk mendapatkan kepujian akademik.

91Titah 201291

Universiti-universiti unggul di Asia Tenggara pasti dapat berbuat demikian.

Dengan para pelajar kita yang terbaik dan cemerlang, para pemimpin masa hadapan kita, yang melibatkan diri di negara ASEAN yang lain akan mendalamkan lagi pemahaman mereka yang membolehkan mereka membentuk rangkaian yang berharga.

Kedua, menurut beta sukan dapat menjangkau ke segenap lapisan masyarakat.

Dari kesemua sukan tontonan, bola sepak mempunyai pengikut terbesar di Asia Tenggara.

Dengan mempunyai sebuah liga bola sepak ASEAN atau Asia Tenggara akan memperluaskan lagi kesedaran orang-orang biasa di negara-negara ASEAN.

Sebaik-baiknya kesemua pasukan terbaik di rantau kita bertanding di dalam liga ini.

Jika Eropah mempunyai sebuah Liga Eropah, Amerika Latin mempunyai Liga Amerika-Latin dengan Liga Afrikanya, mengapa tidak sebuah Liga Asia Tenggara?

Ketiga, seperti yang awda sekalian ketahui, beta seorang

juruterbang. Bila berada di udara lalu memandang ke bawah di bumi yang indah, beta adakalanya merasa bimbang akan apa yang beta lihat.

Beta dapat melihat betapa udara dan air kita begitu tercemar.

Sejak 30 tahun yang lalu, kita berada di jalan yang lurus dalam menjadikan pembangunan ekonomi keutamaan nombor satu kita.

Hingga kini, kita seharusnya terus berusaha untuk memberikan rakyat kita penghidupan yang lebih baik.

Titah 201292 92

Malahan rakyat kita juga ingin mendiami persekitaran yang bersih dan sihat.

Oleh itu waktunya telah tiba bagi ASEAN untuk memenuhi matlamat Sidang Kemuncak Bumi, iaitu berusaha untuk membaiki taraf kita juga untuk tinggal dengan harmoni dengan alam semula jadi.

Tuan pengerusi, izinkan beta menyudahi ucapan beta ini. Negara Brunei Darussalam memandang masa hadapan Asia Tenggara dengan penuh yakin.

Kita mengalu-alukan keluarga ASEAN yang lebih besar.

Dalam jangka pendek, kemasukan anggota baru akan menimbulkan beberapa cabaran yang menyulitkan.

Dalam jangka yang panjang pula, sebuah ASEAN 10 akan menjadikan kita lebih kukuh dari segi ekonomi mahupun politik.

Beta telah pun membuat beberapa saranan yang sederhana bagi meluaskan agenda ASEAN juga untuk menyebarkan semangat sebuah Asia Tenggara kepada para pelajar kita dan rakyat kita.

Terima kasih banyak-banyak, Wabillahit Taufik, Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Terjemahan dari teks asal dalam Bahasa Inggeris)

93Titah 201293

Address By His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali-Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,

Sultan And Yang Di-Pertuan Of Brunei DarussalamAt The Institute Of Diplomatic And

Foreign Relations, Malaysia,On 27 August 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Mr. Chairman, Your Excellencies, Ladies and Gentlemen.

It is a great pleasure to be in Malaysia again. I very much appreciate the generous hospitality I have received, not only on this visit, but also on the many previous occasions I had been here. You have always made me feel welcome.

My memories of your country go back to the time I was a schoolboy in Kuala Lumpur soon after your independence some forty years ago.

In more ways than one, Malaysia and I have grown up together.

But, looking around me in Kuala Lumpur, I must say that you have grown more dramatically than I have.

It is my privilege to address the Institute of Diplomatic and Foreign Affairs, Malaysia’s leading think-tank on diplomacy and foreign relations.

Titah 201294 94

You, yourself, Mr. Chairman, are one of our region’s most experienced Foreign Ministers.

Malaysia enjoys great prestige in diplomacy and international relations.

We, in Brunei Darussalam, are very conscious of the limited role we play on the regional stage, let alone in the wider theatre of the world.

We would hesitate to talk of Brunei Darussalam’s “vision” of international or even regional affairs.

What we have is a Bruneian Perspective or point of view.

It is that perspective which I would like to share with you this afternoon.

I will try to address questions which have often been answered by foreign analysts but rarely by those of us who belong to this region:

What exactly is Southeast Asia?

What role has ASEAN played in the progress of the region in the last 30 years?

How can we ensure that ASEAN will continue to grow in strength and effectiveness in the next 30 years?

Will we achieve the vision of one united Southeast Asia?

As you may gather from this, Brunei Darussalam’s focus is on the region we share with our neighbours.

To us, Southeast Asia is more than a geographic term. It is our extended family.

Allow me to review the past and present and peer into the future.

95Titah 201295

In the period of about 200 years, prior to the establishment of ASEAN, the people of Southeast Asia had little say in Shaping events that affected their lives.

All Southeast Asian countries were subject to varying degress of foreign control.

We witnessed world wars, revolutionary movements and the ideological contest of the Cold War.

I myself was thrust into the turmoil of regional politics at a very young age.

I recall it as a time of enormous uncertainty. Very few viewed the future with confidence.

It was an unhappy time for the region, with the prospect of interminable conflicts and bitterness. Fortunately, it has turned out differently.

The main reason, I believe, has been the formation and evolution of ASEAN - the way its members have worked in the association towards constructive ends.

This has resulted in relationships of confidence with increasing co-operation for the common good.

Over the last 30 years, ASEAN has enabled its members to put aside or minimise their differences and work together for mutual benefit.

Thus, Southeast Asia has been a region of peace and stability.

We have channelled our energies and resources into economic development and nation-building.

We have reduced poverty and improved the lives of our people.

Titah 201296 96

We have maintained social harmony and public order.

We have transformed Southeast Asia from a region of conflict and poverty into a region of peace and prosperity.

Whether it is in liberalising trade, addresing our security needs, or developing sound relations with our international partners, ASEAN has proved its relevance.

The present peace, stability, growth and co-operation are our rewards.

ASEAN countries are under sound management and our people have benefited from its many blessings.

Through the ASEAN Free Trade Agreement AFTA, sub-regional growth areas, and the ASEAN Investment Area, the ASEAN economies will continue to be dynamic and competitive.

We will also benefit as members of the Pacific economic community.

Pacific Asia is likely to remain the most dynamic economic region of the world in the coming decades.

ASEAN has developed strong bilateral relations with the countries which surround us.

The institutions we have initiated or joined in developing - APEC, ARF and ASEM - are important components of the architecture of the post – cold War World order.

Together, we have accumulated a wealth of experience in working constructively and successfully together.

Our collective voice is listened to seriously in international forum. These are considerable achievements.

97Titah 201297

Though ASEAN, Brunei Darussalam has acquired a voice in regional and even world affairs which is greater than what we would have had on our own. In short, we value ASEAN.

What about the future?

It would be tempting to believe that we can now lean back and fly on auto-pilot.

This would be unwise. The future is inherently unpredictable.

The present good weather may sunddenly change. We must therefore remain vigilant and alert, ready to adjust to new circumstances.

Some commentators have expressed fears that ASEAN’S enlargement will bring about new problems.

They said that the increased economic, cultural and social diversity of an expanded ASEAN will undermine our co-operation.

They claimed that a larger grouping will sharpen differences and slow down decision-making.

Our traditional ways of consensus building and our flexible approach may be at risk.

These would pose severe tests to be association’s cohensiveness.

Time will judge if the pessimists are right. It would be foolish to dismiss them as prophets of doom, doing what such prophets do best, denigrating success.

In planning for the future, we must be ready to respond to a pessimistic development.

We have to be prepared for the unexpected.

Titah 201298 98

How is Brunei Darussalam preparing to face the challenges of the future?

For Brunei Darussalam, the most important institution and process is ASEAN.

Our economic and political world views have been crafted in the context of this association.

In our bilateral and multilateral relations, Brunei will always work on the basis of values which have built ASEAN:

• Prosper thy neighbour

• Seeking consensus

• Co-operation for mutual benefit

• Optimism about the future

• Respect for sovereignty and equality

• Non-interference in the internal affairs of other states

These will continue to be our approach.

From the Bruneian perspective, the accession of the new members to ASEAN is a new phase in the history of Southeast Asia.

It is a challenge, to build one united Southeast Asia, a task that will take many years to accomplish.

After all, let us not forget that the cohesion and solidarity of the original ASEAN Five that Brunei joined in 1984 had taken 18 years to achieve.

99Titah 201299

We want to create a Southeast Asian community. This needs a Southeast Asian conciousness.

This feeling of togetherness has to be shared by the political leaders, officials and business leaders and eventually, the ordinary people.

The idea of one Southeast Asia must planted in the hearts and minds of our peoples.

Let me make three suggestions for your consideration.

First, as you all know, I have been very keen to promote greater interaction and better understanding between our young people, especially university students.

The European Union has two programme called “Eramus” and “Socrates” to enable university students among the 15 EU countries to study at each other’s accredited universities and earn academic credits.

The leading universities of Southeast Asia could do likewise.

Having our best and brightest students, our future leaders, immersed in another ASEAN country will deepen their understanding and allow them to form valuable networks.

Second, I observe that sports can reach out to people in all walks of life.

Of all spectator sports, soccer has the greatest following in Southeast Asia.

Having an ASEAN or Southeast Asian soccer league will deepen the awareness of ordinary people of ASEAN countries.

Let all the best teams of our region compete in the league.

Titah 2012100 100

If Europe can have a European League, Latin-America a Latin American League and Africa its African League, why is here not a Southeast Asian League?

Third, as you know, I am a pilot, when I am flying in the air and I look down at our beautiful earth, I am sometimes distressed by what I see.

I have seen how polluted our air and water have become.

During the past 30 years, we were right to make economic development as our number priority.

Even now, we must continue to grow in order to give our people a better life.

But, our people also want to live in a clean and healthy environment.

The time has therefore come for ASEAN to embrace the goal of the Earth Summit, namely, seeking to improve our standard of living and also living in harmony with nature.

Mr. Chairman, let me bring my remarks to a close. Brunei Darussalam views the future of Southeast Asia with confidence.

We welcome the enlargement of the ASEAN family.

In the short term, the admission of new members will pose difficult challenges.

In the longer term, an ASEAN 10 will make us stronger economically and politically.

I have made a few modest suggestions to enlarge ASEAN’S agenda and to spread the spirit of one Southeast Asia to our students and to our rakyat.

101Titah 2012101

Thank you very much, Wabillahit Taufik Walhidayah, wassalamualaikum Warahmatullahit Wabarakatuh.

Titah 2012102 102

Titah Di Majlis Konvokesyen KesembilanUniversiti Brunei Darussalam

Pada 13 September 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala yang telah mengizinkan Majlis Konvokesyen Kesembilan Universiti Brunei Darussalam pada hari ini berjalan dengan sempurna.

Semenjak konvokesyen pertama pada tahun 1989, Universiti Brunei Darussalam telah pun mengeluarkan lebih daripada 2,500 orang graduan. Mereka telah turut memenuhi keperluan dalam kerajaan dan juga sektor swasta.

Bilangan ini sebenarnya masih kecil, namun yang penting, Universiti Brunei Darussalam telah mula memainkan peranannya dalam perkara menyediakan tenaga manusia untuk pembangunan.

Demikian juga tidak kurang pentingnya, Universiti Brunei Darussalam haruslah memastikan bahawa kualiti para graduannya sentiasa terpelihara. Maka untuk itu, ia perlulah menjalankan usahanya dengan lebih gigih lagi bagi meningkatkan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatannya.

Beta berharap, semua tenaga yang berkaitan hendaklah bergabung untuk menjadikan Universiti Brunei Darussalam benar-benar sebuah universiti yang unggul dalam pendidikan atau “excellence in education”.

103Titah 2012103

Maka ke arah ini, para akedemik dan para mahasiswa serta graduan, mustahaklah mampunyai program-program dan strategi-strategi masing-masing yang mesti dijalani.

Bagi para akademik, di samping terus berusaha untuk meningkatkan mutu pengajaran, mereka juga perlu lebih rapat dan komited dengan bidang-bidang penyelidikan, khasnya bidang-bidang penyelidikan terapan yang belum diterokai.

Para mahasiswa dan para graduan pula, mereka tidak cukup setakat memiliki kelulusan semata-mata, tetapi kelulusan itu mestilah ia dihias dengan akhlak yang mulia, sikap dan pembawaan yang terpuji. Mereka juga mesti kaya dengan pemikiran-pemikiran kreatif, inovatif serta semangat ingin bersaing, bukan setakat ingin lulus untuk mendapatkan pekerjaan.

Kita sedang di ambang kurun yang ke-21. Persaingan dan cabaran untuk mencapai keunggulan pendidikan itu sedang berlangsung di mana-mana sahaja, dengan kita sendiri di negara ini tidaklah terkecuali.

Beta berharap, kita akan dapat menghadapi cabaran-cabaran itu dengan lebih terbuka. Maksud beta, Universiti Brunei Darussalam hendaklah mampu menghasilkan tenaga-tenaga manusia yang berkaliber serta berani untuk membuat perubahan-perubahan yang bermanfaat.

Di antara langkah kita menghadapi sebarang cabaran, ialah dengan menilai dan meneliti program-program atau kursus-kursus universiti dari masa ke semasa, dan jika perlu, kita akan memperkenalkan program-program baru yang bersesuaian untuk kepentingan negara.

Dalam hubungan ini, beta merasa lega dan gembira mengetahui, bahawa Universiti Brunei Darussalam sedang meneliti kemungkinan untuk mengembangluaskan bidang-bidang pengajiannya di peringkat ijazah lanjutan dalam Pengajian Persekitaran atau Environmental Studies dan Pengajian Asia Tenggara.

Titah 2012104 104

Pada hemat beta, bidang-bidang baru yang diura-urakan ini adalah kena pada masanya, memandangkan dunia kita sekarang sedang berhadapan dengan isu-isu persekitaran, berikutan terjadinya pencemaran-pencemaran yang teruk di mana-mana. Lihat sahajalah keadaan persekitaran kita sendiri pada masa ini, adalah suatu bukti atau realiti yang tidak boleh dianggap sepi.

Jadi sudah tidak dapat diragukan lagi, bahawa di mana-mana juga bahagian dunia ini adalah memerlukan tenaga-tenaga mahir yang benar-benar mendalami akan keadaan alam sekitar, di mana mereka itu juga tahu bagaimana hendak mengatasi pencemaran serta mengekalkan suasana yang indah lagi selamat.

Beta telah difahamkan mengenai dengan jumlah mahasiswa tempatan yang belajar di Universiti Brunei Darussalam adalah terus bertambah dari setahun ke setahun. Begitu juga mahasiswa daripada luar negeri turut bertambah, iaitu melalui penganugerahan biasiswa yang sedang ditawarkan, seperti biasiswa ASEAN, ISESCO/OIC dan Komanwel, di samping juga mereka yang belajar secara persendirian.

Pertambahan ini membawa makna, bahawa Universiti Brunei Darussalam telah berjaya menarik minat, disebabkan oleh program-program dan kemudahan-kemudahan yang disediakannya adalah menepati citarasa zaman.

Sebagai sebuah pusat pengajian yang sedang berkembang, Universiti Brunei Darussalam patutlah memainkan dua peranan sekaligus, iaitu pertama, menyumbangkan kepakaran dalam perkara-perkara bantu nasihat dan konsultasi; dan kedua meneruskan usaha untuk merealisasikan wawasan pendidikan serantau dan antarabangsa.

Peranan kedua ini tercapai ialah, dengan melalui persidangan-persidangan, kongres, simposium, seminar dan bengkel yang sememangnya sudah lazim kita buat, di samping juga melalui penglibatan tenaga-tenaga akademik dan bukan akademik untuk

105Titah 2012105

menghadiri berbagai persidangan, termasuk juga kursus dan penempatan di luar negara yang membolehkan mereka itu berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Sebagai tanda mendukung segala objektif Universiti Brunei Darussalam, beta berharap, semua agensi kerajaan dan juga sektor swasta di negara ini akan dapat sama-sama mengorak langkah untuk menyertai kegiatan-kegiatan universiti.

Selain sumbangan-sumbangan daripada Syarikat Minyak Shell Brunei Berhad dan juga beberapa buah bank yang sedang berjalan pada masa ini, kita juga menaruh harapan, terutamanya kepada badan-badan perusahaan dan dewan-dewan perniagaan, bahawa mereka itu tidak akan ketinggalan untuk turut menghulurkan sokongan dan sumbangan.

Untuk akhirnya, beta ingin mengucapkan tahniah kepada para graduan dan pelajar yang akan menerima ijazah dan sijil mereka pada hari ini, semoga ianya akan jadi pendorong kepada mereka yang menyusuli kemudian.

Beta juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua keluarga Universiti Brunei Darussalam, yang meliputi ahli-ahli Majlis Universiti, Naib Canselor, para ahli akademik dan seluruh kakitangan, di atas sumbangan dan perkhidmatan mereka yang ikhlas. Semoga Allah jua Yang Maha Menilai untuk mengurniakan ganjaran-Nya berupa rahmat dan taufik.

Sekian, Wabihahit Taufik, Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 2012106 106

Titah Di Sambutan Hari Guru 1997Pada 23 September 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Pertama sekali beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya jua dapatlah kita bersama-sama hadir di Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam bagi kali yang ke-7 ini.

Adapun kita masa ini berada di ambang abad yang baru. Suasana yang kita lalui menunjukkan bahawa kehidupan di abad mendatang ini akan banyak ditentukan oleh konsep globalisasi. Ia mengarah kepada kehidupan duniawi terutamanya di bidang-bidang industri, komersial dan budaya korporat.

Dalam masa yang sama juga, konsep ini memberikan wadah baru bagi kemajuan komunikasi yang disokong oleh kehebatan teknologi maklumat. Kita tidaklah menafikan bahwa kemajuan teknologi maklumat membawa kemanfaatan kepada kepada kehidupan kita, baik dalam konteks hubungan peribadi, perdagangan, ikhtisas, keilmuan dan lain-lain.

Dengan menggunakan komputer yang dilengkapi dengan kemudahan Internet, kita dapat melakukan banyak urusan tanpa memerlukan ruang pejabat yang luas. Inilah kehebatan teknologi maklumat itu.

Sebagai sebahagian dari warga dunia ini, kita juga tidak harus tercicir dari turut menguasainya namun bagitu persoalan nilai janganlah pula kita lupakan. Kita boleh sahaja terima apa jua jenis

107Titah 2012107

kemajuan tetapi dengan syarat, kita juga tidak akan mengorbankan nilai-nilai dan ugama untuk kemajuan atau atas nama kemajuan itu.

Perspektif kita tentang kemajuan adalah jelas iaitu menuju kepada perubahan tanpa menjejaskan akhirat kita dan akhirat itu paling berharga dibandingkan dengan kehidupan yang serba sementara ini.

Maka bagi tujuan ini pada hemat beta, kita perlulah memperkemas dan memperkukuh wawasan pendidikan negara bahawa ia tidak akan menghalangi cita-cita bersepadu bangsa untuk mencapai tamadun kehidupan yang seimbang.

Pada masa ini kehidupan global sedang terdedah kepada kemajuan teknologi maklumat maka banyaklah perkara-perkara baru yang telah dan sedang dihidangkan. Ada yang bermanfaat di samping tidak sedikit pula yang membawa mudharat. Lalu bagi kita ialah kewajipan yang sungguh mencabar. Kita terpaksa mengambil langkah yang sangat berhati-hati dan bijaksana. Kita mesti bersedia menilai dan menapis terlebih dahulu segala unsur luaran sebelum kita mengambilpakai.

Kita tidaklah mahu unsur-unsur asing mempengaruhi kita, baik ia pengaruh kebendaan mahupun pengaruh pemikiran kerana bangsa yang dihormati itu ialah bangsa yang kekal dengan jatidiri yang tidak meniru-niru tetapi hanya menerima apa yang baik atau terbaik sahaja.

Pendekatan ke arah ini adalah menjadi kewajiban di bidang pendidikan di mana guru ialah orang yang paling aktif sekali melaksanakannya melalui pengajaran dan asuhan. Mereka perlu tegas dan perlu lebih bijaksana.

Di dalam pendidikan, guru-guru adalah menjadi mekanisma yang paling menentukan. Walau betapa baik sekalipun sistem yang digubal jika guru yang turut melaksanakan melalui bilik-bilik darjah itu kurang mahir dan kurang tekun nescaya para lepasan sekolah tidak akan menepati hasrat kita.

Titah 2012108 108

Perkara ini menyedarkan kita betapa mustahaknya guru-guru dan juga pegawai-pegawai pendidikan meningkatkan tahap kemahiran mereka bukan hanya di bidang teori malahan juga di segi amalinya.

Dalam Islam, konsep mencari ilmu tidaklah berpenghujung dari atas buaian sampailah ke liang lahad. Pada setiap ketika ada-ada sahaja penemuan baru. Kadang-kadang belum sempat kita menguasai satu perkara, tiba-tiba sudah muncul pula satu perkara yang lebih baru sehingga apa yang kita dapat kelmarin rupa-rupanya telah menjadi lapuk pada hari ini.

Begitulah situasi yang meletakkan guru-guru sentiasa terus berkembang dan maju. Mereka tidak boleh berpada setakat yang ada tetapi berusaha terus untuk memperkaya perbendaharaan ilmu sebanyak yang mungkin.

Di antara cara biasa yang terbaik ialah dengan menjadikan tabiat membaca budaya guru-guru bahkan juga budaya kita semua demi untuk kecemerlangan pendidikan dan kecemerlangan masa depan.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

109Titah 2012109

Titah Di Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan

Bagi Tahun 1418H/1997MPada 12 Oktober 1997

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, sayyidina Muhammadin, Wa’Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, dengan berkat dan mukjizat Al-Quran, dapatlah kita berkumpul pada malam ini untuk sama-sama memeriahkan Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 1418H bersamaan 1997M.

Kita baru sahaja dikejutkan oleh suatu kejadian jerebu oleh suatu kejadian jerebu yang melanda rantau kita ini. Ia dianggap suatu fenomena baru yang berpunca dari kebakaran-kebakaran besar, kemarau dan cuaca panas.

Timbul daripadanya, ktia juga turut bimbang dengan keadaan yang boleh menjejaskan bermacam-macam kepentingan, termasuklah kesihatan orang ramai. Jerebu yang luar biasa ini, tidak syak lagi, adalah benar-benar merisaukan, seolah-olah ianya suatu alamat yang membawakan makna tersendiri.

Kejadian ini, mungkin pula turut mengingatkan kita kepada bermacam-macam lagi perkara, seperti bahaya kemarau itu, yang boleh mengakibatkan kekeringan dan bahkan kemusnahan kepada tumbuh-tumbuhan dan ternakan.

Walaupun ia jarang terjadi, namun kita tidaklah boleh lupa dari mengambil iktibar terhadap kejadian-kejadian yang sudah atau pernah berlaku ke atas setengah-setengah negara di dunia. Dan

Titah 2012110 110

yang lebih penting lagi, kita telah diberikan peringatan oleh Allah melalui kisah-kisah dalam Al-Quran, seperti kisah pada zaman Nabi Allah Yusof Alaihissalam. Di zaman baginda itu, telah terjadi suatu kemarau panjang yang sungguh dahsyat, yang berlangsung selama tujuh tahun.

Dengan kehendak Allah, umat pada masa itu dapatlah selamat. Allah telah mengajar mereka melalui mimpi raja yang ditafsirkan oleh Nabi Allah Yusof Alaihissalam, bahawa mereka mestilah bertanam bersungguh-sungguh selama tujuh tahun berturut-turut. Semua hasil tanaman akan diketam atau dituai, tetapi masih dibiarkan tinggal pada tangkainya untuk disimpan, kecualilah sedikit sahaja untuk dimakan.

Dari kisah ini, banyak yang dapat diambil sebagai teladan. Pertama, bagaimanakah caranya untuk kita menyiapkan diri untuk kita menghadapi masa-masa genting atau darurat. Kedua, apakah bendanya atau keperluan yang hendak dipersiapkan itu, dan ketiga, untuk jangka masa apa dan sehingga bila?

Inilah yang dinamakan perancangan, iaitu ada perkaranya dan mempunyai target. Jangan tunggu sudah terkena baru hendak tengadah.

Beta yakin, kisah Nabi Allah Yusof ini adalah bernilai satu “guideline” atau petunjuk yang lengkap meliputi untuk semua aspek ekonomi, sosiopolitik dan juga seluruh pengurusan bagi tamadun manusia.

Jika ianya kita hubungkan dengan kejadian-kejadian jerebu yang semakin serius semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, sudah barang tentu kita akan terlintas untuk mengambil langkah-langkah yang mustahak sebagai persiapan, termasuklah memupuk dan mengasuh pemikiran serta mengambangkannya menjadi rancangan-rancangan ke arah menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang tidak diduga, seperti menggalakkan pertumbuhan hasil tanaman, khasnya yang berupa makanan asasi rakyat.

111Titah 2012111

Dari petunjuk Al-Quran tentang kisah Nabi Allah Yusof ini juga, memberikan kita pimpinan supaya jangan membazir dan boros. Ada makanan dan wang hendaklah berjimat, kerana keadaan itu tidaklah tahan-tahan, ada masa susah, ada pula masa senang. Ia datang silih berganti untuk menguji kesabaran dan kebijaksanaan kita. Bangsa yang bijaksana pastilah ia hebat, ditambah lagi jika orang Islam, kebijaksanaan itu jika dihias dengan takwa, akan menjadikan mereka bertambah-tambah lagi hebat dan selamat.

Demikianlah, setiap kejadian itu ada hikmahnya. Kita orang Islam mestilah peka dengan kejadian-kejadian yang didatangkan oleh Allah. Kita jangan lupa untuk memohonkan kebajikan dan menghindari bencana, di samping terus berusaha bagi mengatasinya dengan cara-cara yang biasa.

Akhirnya, beta tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada qari dan qariah yang berjaya dalam pertandingan ini, serta berharap supaya semua mereka yang telah menyertainya akan terus mencuba dengan bacaan-bacaan yang lebih baik pada masa-masa yang akan datang.

Sekian, Wabillahit Taufik, Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullhi Wabarakatuh.