kumpulan titah - information.gov.bn publication pdf/2003.pdf · melalui penglibatan dalam...

113
Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Tahun 2003

Upload: duongquynh

Post on 06-Mar-2019

243 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Tahun 2003

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien

Sa’adul Khairi WaddienSultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

VTitah 2012V

TerbitanUnit Penerbitan Melayu

Bahagian Penerbitan dan PameranJabatan Penerangan

Jabatan Perdana MenteriNegara Brunei Darussalam

Cetakan Pertama 2004Cetakan Kedua

Hakcipta Jabatan Penerangan

PenyelarasHajah Rosidah binti Haji Ismail

Susunan/Reka letak/Kompilasi/PenyemakZawiyatun Ni’mah binti Mohamad Akir

Kulit LuarMuhammad Al Khaliq bin Ali

Dicetak olehEzy Printing Services & Trading Co. Sdn. Bhd

ISBN(Kulit Keras)

(Kulit Lembut)

Titah 2012VI VI

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Titah Sempena Tahun Baru Masihi 2003 pada 27 Syawal 1423 / 1 Januari 2003

Titah Sempena Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara pada 17 Zulkaedah 1423 / 19 Januari 2003

1-4

5-7

Speech In Reply By His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan Of Brunei Darussalam At The State Banquet Given By Her Excellency President Gloria Maca Pagal Arroyo During The State Visit To The Republic Of The Philippines On 27 January 2003

8-12

Titah Sempena Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah 1423 / 11 Februari 2003

13-15

Titah Sempena Sambutan Perayaan Hari Ulang Tahun Ke-19 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 21 Zulhijjah 1423 / 23 Februari 2003

16-20

VIITitah 2012VII

Speech In Reply By His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Ahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa;Adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan Of Brunei Darussalam At The State Banquet On The Occasion Of His Majesty State Visit To Republic Of Singpore On 25 Zulhijah 1423 / 27 February 2003

Titah Sempena Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1424 pada 1 Muharam 1424 / 3 Mac 2003

Titah Sempena Santap Negara Yang Disembahkan Oleh Presiden Republik Indonesia pada 8 April 2003

21-26

27-29

30-32

33-35

Titah Sempena Majlis Perasmian Dar Takaful Ibb Utama Dan Dar Takaful Ibb 2 pada 3 Rabiulawal 1424 / 5 Mei 2003

36-39

40-42

Titah Sempena Majlis Penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat (Honoris Causa) Dalam Jurusan Kemanusiaan Dan Kebudayaan Oleh Univeristi Gadjah Maga, Yogkjakarta Republik Indonesia pada 9 April 2003

Titah Sempena Menyambut Dan Memperingati Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Tahun 1424/2003 pada 12 Rabiulawal 1424 / 13 Mei 2003

Titah 2012VIII VIII

Titah Sempena Memperingati Ulang Tahun Ke-10 Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 15 Rabiulawal 1424 / 17 Mei 2003

43-44

45-52

53-56

57-64

65-67

Titah Di Istiadat Mengadap Dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam Sempena Ahri Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-57 pada 15 Jamadilawal 1424 / 15 Julai 2003

Titah Di Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1424 Hijrah / 2003 Masihi Di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 8 Jamadilakhir 1424 / 5 Ogos 2003

Speech By His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan Of Brunei Darussalam To Representatives At The Fifiteenth Meeting Of The Pacific Economic Cooperation Council Pecc Xv Brunei Darussalam 1- 3 September 2003

Titah Di Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam Ke-15 Di Dewan Cansellor Universiti Brunei Darussalam pada 14 Rejab 1424 / 11 September 2003

IXTitah 2012IX

68-73

Titah Di Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-13 Di Dewan Canselor Univeristi Brunei Darussalam pada 26 Rejab 1424 / 23 September 2003

74-77

81-83

Speech By His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah Ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan Of Brunei Darussalam At The 2003 Meeting Of The Commonwealth Minister’ Of Finance Bandar Seri Begawan On 16 September 2003

Titah Di Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Negara Tahun 1424 Hijrah Di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 27 Rejab 1424 / 24 September 2003

78-80

Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Yang Ke-10 pada 8 Syaaban 1424 / 4 Oktober

Speech By His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah Ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan Of Brunei Darussalam At The Asean Business And Investment Summit, Bali Indonesia On 6 October 2003

84-89

Titah 2012X X

Keynote Address By His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah Ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan Of Brunei Darussalam At The 10Th Session Of The Islamic Summit Conference Kuala Lumpur , Malaysia On 6 October 2003

90-94

Titah Di Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1424 Hijrah Di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas Negara Brunei Darussalam pada 17 Ramadhan 1424 / 11 November 2003

95-97

Titah Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal 1424 / 25 November 2003

98-99

Titah Di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 5 Syawal 1424 / 30 November 2003

100-103

1Titah 20121

Titah Sempena Tahun Baru Masihi 2003 pada 27 Syawal 1423 / 1 Januari 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULLILAHI, Rabbil ‘Alameen Wabihee Nasta’eenu ’Alaa Umuuriddunya Wadden Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil

Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanyalah bagi Allah Subhanahu Wataala kerana limpah ramat-Nya mengurniakan negara kita pada tahun baru 2003 ini dengan keamanan, ketenteraman dan kesejahteraan.

Bagi banyak negara, tahun 2002 merupakan tahun yang banyak diwarnai oleh peristiwa-peristiwa pahit dan berdarah akibat dari perbuatan-perbuatan pihak pengganas dan pelampau.

Keadaan sedemikian itu memberikan kesedaran dan keinsafan kepada kita betapa keamanan dan kesejahteraan itu bukanlah sesuatu yang remeh yang mudah didapati.

Kejadian-kejadian yang sungguh mengejutkan yang menggugat keselamatan dan ketenteraman, seperti kejadian letupan bom yang meragut banyak jiwa, dahulunya hanyalah dikaitkan dengan tempat-tempat yang jauh dari rantau Asia Tenggara, tetapi kini kejadian-kejadian sedemikian itu sudah berlaku pula di beberapa buah kota dan bandar raya di sebahagian negara ASEAN sendiri.

Ianya telah menjejaskan bukan saja industry pelancongan di negara-negara berkenaan bahkan imej rantau Asia Tenggara, termasuk bidang perdagangan dan pelaburan.

Titah 20122 2

Jika dahulu cabaran besar bagi ASEAN ialah untuk mengatasi keadaan ekonomi yang lembab yang dicetuskan oleh krisis matawang, tetapi sekarang cabaran yang dihadapi adalah lebih besar lagi iaitu krisis keyakinan di kalangan para pelabur asing dan pelancong terhadap rantau ini, semata-mata kerana perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Oleh itu, mahu tidak mahu, isu pengganas terpaksa juga diberikan perhatian.

Kita tidak mampu untuk lalai atau leka terhadap keselamatan. Kerana keselamatan adalah menjadi penentu kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

Dalam hubungan ini, pihak-pihak berwajib terutamanya agensi-agensi keselamatan perlulah sentiasa mengambil sikap berhati-hati dan berwaspada selalu.

Demikian juga rakyat dan penduduk hendaklah mengambil sikap yang sama dalam mengawal dan memelihara keslelamatan tersebut.

Beta amatlah berharap, terutama kepada para belia agar sentiasa menginsafi serta menghindarkan diri daripada dihinggapi oleh pengaruh-pengaruh negatif yang boleh menjerumuskan mereka kepada perbuatan mengganggu-gugat keamanan dan ketenteraman yang kita nikmati selama ini.

Janganlah mudah terpengaruh dengan pemikiran-pemikiran liar yang boleh merosakkan mereka sendiri dan juga negara. Kerana yang akan rugi bukan saja orang lain, tetapi juga kita sendiri.

Insya-Allah, berkat niat baik serta kerjasama yang erat oleh seluruh rakyat dan penduduk negara ini kepada pihak-pihak yang berwaijb, maka dapatlah kita mengekalkan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan serta perpaduan di kalangan sesama kita.

3Titah 20123

Pada sepanjang tahun 2002, negara kita dapat terua aktif memainkan peranan selaku anggota masyarakat antarabangsa melalui penglibatan dalam persidangan-persidangan yang bersifat serantau dan antarabangsa.

Di antaranya ialah penyertaan negara di Sidang Kemuncak APEC di Mexico, diikuti dengan Sidang Kemuncak ASEAN di Kemboja.

Negara kita telah juga menjadi tuan rumah kepada beberapa persidangan serantau dan antarabangsa di peringkat menteri seperti ARF, AMM, AEM dan AMRI.

Dengan tidak mengabaikan kepentingan dalaman, pada sepanjang tahun 2002 juga, kerajaan beta telah meneruskan usaha-usaha pada meningkatkan kemajuan dan pembangunan negara termasuk infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam, semata-mata bagi kesejahteraan serta keselamatan hidup rakyat dan penduduk negara ini.

Beta sentiasa turut menaruh harapan agar pihak swasta dan orang ramai akan terus bekerjasama dengan pihak kerajaan dan sektor awam dalam menjayakan usaha-usaha kemajuan dan pembangunan.

Di samping itu, usaha pada menangani masalah-masalah sosial

juga, yang telah diterajui oleh kementerian berkenaan hendaklah terus dijalankan, kerana hasil yang diharapkan hanya dapat dicapai bilamana terdapat komitmen serta usaha gigih lagi padu dari semua pihak yang berkenaan.

Mengenai perkhidmatan awam, beta berharap agar sekalian anggota perkhidamatan awam akan meningkatkan kualiti dan produktiviti dalam apa jua bidang yang dikendalikan, serta mengamalkan etika kerja yang tinggi.

Demikian juga bagi mereka yang berkhidmat dengan sektor swasta, yang sumbangan dan khidmat mereka adalah tidak kurang pentingnya dalam kemajuan dan pembangunan negara.

Titah 20124 4

Pada mengakhirinya, beta dan keluarga beta sukacita mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2003 kepada seluruh rakyat dan penduduk negara ini.

Sama-samalah kita berdoa semoga keadaan aman, tenteram serta perpaduan dan kesejahteraan yang kita nikmati selama ini akan terus berkekalan, serta kita sekalian sentiasa dalam ketaatan dan rahmat Allah Subhanahu Wataala, Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

5Titah 20125

Titah Sempena Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara

pada 17 Zulkaedah 1423 / 19 Januari 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULLILAHI, Rabbil ‘Alameen Wabihee Nasta’eenu ’Alaa Umuuriddunya Wadden Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee

Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

Beta bersyukur kerana dapat lagi menyaksikan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara. Pada kali ini ianya juga turut disertai oleh peserta-peserta beliawanis yang tentunya akan dapat pula menambahkan lagi kemeriahannya.

Beta dengan amat sukacita mengalu-alukan para peserta khasnya peserta-peserta yang baru.

Dalam konteks serantau, musabaqah ini berfungsi untuk menjana kesedaran beragama di kalangan belia-belia Islam. Perkara ini sangatlah mustahak, memandangkan keadaan sekarang, di mana terdapat usaha untuk memburuk-burukkan agama ini dengan cara menyandarkannya kepada perkara-perkara yang tidak ada kena-mengena dengannya.

Sayugia untuk melihat Islam, hendaklah dilihat Al-Quran, bukan dilihat yang lain-lain. Apa sahaja rupa tohmahan atau tuduhan terhadap Islam, kita mencabar supaya mereka itu meneliti dan merujuk Al-Quran. Cuba buktikan mana satu perkara negatif atau keji yang direstui oleh Al-Quran?

Sesungguhnya, inilah fenomena yang mencabar umat Islam, khusunya belia-belia Islam di seluruh dunia. Mereka sedang berhadapan dengan usaha-usaha untuk memadamkan cahaya Islam yang disebut dalam Al-Quran sebagai ‘Nurallah’, seperti mana firman-

Titah 20126 6

Nya dalam Surah At-Taubah ayat 32 yang tafsirnya: “Mereka itu (memang) hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut-mulut mereka (berapa serangan-serangan dalam bentuk tohmahan dan seumpamanya), sedang Allah enggan, yakni tidak merestuinya melainkan akan tetap menyempurnakan cahaya-Nya itu, sekalipun orang-orang yang tidak beriman tidak menyukainya.”

Belia-belia Islam perlu memahami situasi ini, supaya tidak terpengaruh dengan propaganda memburuk-burukkan Islam. Di samping itu juga, mereka mestilah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan Islam, supaya dengannya akan bertambah kuatlah pendirian dan keimanan mereka. Apabila iman sudah kuat, maka tidaklah ada masalah bagi kita untuk memperolehi segala urusan kebajikan.

Di sinilah juga rahsia kekuatan ummah, iaitu bergantung kepada setebal mana iman itu. Iman yang tebal boleh menjadikan tuannya lebih kukuh untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa. Bahkan dengan bermodalkan keimanan, belia-belia Islam di Asia Tenggara boleh menjadi penyumbang terbaik kepada negara dan masyarakat masing-masing dalam mewujudkan keamanan, ketenteraman dan kemakmuran.

Belia-belia Islam mesti membuktikan bahawa mereka boleh menjadi teladan di dalam semua segi, baik ia segi kepimpinan atau pendidikan atau akhlak dan seumpamanya.

Mereka memang layak tampil sebagai ‘iuswah’, malah Uswah Hasanah (ikutan yang terbaik) seperti mana bahasa Al-Quran, di mana perkara ini tidak dimiliki oleh orang lain.

Oleh itu, beta merasa optimis, bahawa belia-belia Islam, tanpa mengira apa juga latar belakang budaya, bahasa dan status sosial mereka adalah mampu untuk menjadi contoh kepada masyarakat masing-masing, bahkan masyarakat dunia, yang sedang dilanda oleh pelbagai krisis termasuk krisis moral dan krisis kepimpinan pada hari ini.

7Titah 20127

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 20128 8

Speech In Reply By His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Mahrum Sultan

Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan Of Brunei Darussalam

At The State Banquet Given By Her Excellency President Gloria Maca Pagal Arroyo During The State

Visit To The Republic Of The PhilippinesOn 27 January 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’ala ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Thank you very much indeed for your kind words of welcome Madame President.

It is great pleasure to be back in the Philipppines again and I am most greatful for your kind invitation.

We remember you own visit to Brunei Darussalam with great pleasure and I bring with me many good wishes from our people to you and your family and to all our many friends throughout the Philippines.

We offer you our warmest friendship and our close cooperation in all the many endeavours our people are undertaking together.

The efforts, of course, can be seen not only in our excellent government to government relations, especially in defence.

They are evident throughout the commercial, industrial, professional and domestic areas of our economy.

9Titah 20129

As I have said many occasions, we very much appreciate this and have gained much from the contribution of many Philippines nationals who live and work in our country.

This close people-to-people contact represents the vital living spirit of our region.

I know you yourself have constantly encouraged such an approach to cooperation, Madame President.

We in Brunei Darussalam believe it is needed today perhaps more than ever before.

It is a strong and positive reponse to the demands faced by all people in our region today.

It is too easy to describe the situation they face as “challenging times”.

I am sure you will agree, Madame President, that today’s world cannot be summed up in a neat single phrase.

The region’s economies have been struggling to recover for five years now.

New and often frightening meaning has been given to the word “security”.

These are not mere challenges.”

They are deep-seated threats to the livelihood of every family and community we represent.

In short, Madame President, the times we are experiencing in South East Asia, seem more critical than any other in the last quarter of the century.

Titah 201210 10

The demands on our governments are severe and well publicised.

Equally severe are the demands on ordinary people.

In each case, they have to be answered.

The answers have to be strong and positive.

They have to offers hope.

They must not divide people…no matter who were are… nor where we come from.

They have to send a simple, clear and confident message expressed through tolerance, decency and goodwill.

That message. I believe, is one that the people of our two countries have long supported.

It states that the future lies in sharing problems and working together.

Madame President,

I would like to thank you and your government and people for the commitment you have shown towards this.

You have had an enormous amount of work to do at home. Your efforts have been considerable.

But, at the same time, you have remained steadfastly outward-looking.

The Philippines has continued to make a considerable contribution to our regional association.

11Titah 201211

As Chairman of ASEAN for much of last year, Brunei Darussalam was very grateful for the constant support you and your government gave us.

In this, I believe, we share similar views on the importance of ASEAN.

It is accepted today that a change has come over the conduct of international affairs.

There are now major concerns that require more than individual national governments can offer on their own.

For this reason, we are fortune to have ASEAN.

Over thirty years have gone into building it up.

It can point to many fine achievements.

But its greatest moments may still be yet to come.

Our economies are growing increasingly interdependent.

Our security needs are requiring more and more sensitivity and consultation.

Transnational criminals and the agents of terror are becoming ever more globalished.

So, as all this gathers pace, we in South East Asia need each other more and more.

We need each other’s goodwill. We need other’s understanding.

In other words, we need the strength we gain from working together as neighbours, friends and partners.

Titah 201212 12

Happily, Madame President, that has always characterised relations between our own two countries.

May it long continue this way and I thank you once again for the

privilage of renewing it on this visit.

I wish you and all the people of Philippines peace, happiness and prosperity throughout the coming year.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Thank you.

13Titah 201213

Titah Sempena Hari Raya Aidiladhapada 10 Zulhijjah 1423 / 11 Februari 2003

Assalamualikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wasalaatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’ala ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Allahu Akbar,

Allahu Akbar,

Allahu Akbar,

Walillahil Hamd.

Aidiladha yang agung datang lagi. Selama beberapa hari kita

akan mengisinya dengan takbir, tahmid dan tasbih kepada Allah Subhanahu Wataala.

Isi takbir dan zikir ini lebih kurang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu Maha Besar. Pujian yang sebanyak-

banyaknya adalah bagi Allah, Maha Suci di waktu pagi dan petang. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Kita tidak menyembah, melainkan hanya kepada Allah jua, dan dalam semua keadaan, kita mengikhlaskan agama hanya semata-mata untuk-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak menyukainya.

Tidak ada Tuhan melainkan Dia saja sendiri-Nya. Janji-Nya

terbukti benar. Dia telah membantu hamba-hamba-Nya. Dia telah memenangkan para tentera-Nya dan mengalahkan golongan Ahzab musuh-musuh-Nya.

Titah 201214 14

Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar. Segala puji bagi Allah.”

Allahu Akbar,

Allahu Akbar,

Allahu Akbar,

Walillahi Hamd.

Dengan takbir dan menyebut Allah, jiwa akan menjadi teguh dan kuat, serta hati bertambah tenang dan tenteram. Demikian juga dengan takbir itu, iman pun menjadi subur dan kita terpaut dengan Allah.

Apabila seseorang sudah terpaut dengan Allah, maka akan indah dan luruslah segala pekerjaannya.

Inilah peranan iman. Ia menjadi suluh untuk menerangi liku-liku hidup kita, bukan saja kehidupan duniawi malahan juga lebih luas ialah kehidupan ukhrawi.

Orang yang beriman adalah orang yang yakin akan akhirat. Dia mengerti bahawa, tidak sesiapapun yang boleh terlepas daripada menempuh alam akhirat, dalam makna, dunia kita ini adalah jambatan ke akhirat.

Apabila tumbuh kesedaran tentang akhirat, maka akan cerahlah nasib sesorang hamba. Kerana tidak akan wujud pada ahli akhirat itu, melainkan kebajikan jua, iaitu sebagai aktiviti dan budayanya. Kesedaran tentang akhirat menjadi pendorong yang kuat untuk seseorang melakukan segala yang makruf dan menjauhi segala yang mungkar.

Oleh itu beta berharap, Aidiladha yang Mubarak ini, hendaknya akan mengilhami kita untuk menjadi ahli iman atau ahli akhirat.

15Titah 201215

Iman, bukan saja akan menyelamatkan kita di akhirat, malahan juga amat diperlukan dalam kita menjalani kehidupan di dunia.

Peranan iman dapat menyempurnakan segala urusan, dan bahkan

meluruskan semua pekerjaan. Seseorang pekerja yang beriman adalah pekerja yang paling efisen, kerana iman itu telah memandunya untuk melaksanakan segala tugas dengan rajin dan betul. Dia tidak akan membuang-buang masa atau membuang kerja secara sambal lewa, kerana semua in adalah berdosa dan boleh mengundang kepada kemurkaan Allah.

Demikianlah indahnya iman itu, sekiranya semua kita memilikinya, sudah barang setentunya tidak akan berbangkit masalah ketandusan mutu kerja di kalangan para pegawai atau pekerja, sama ada di sektor awam ataupun sektor swasta, dan malah tidak berbangkit masalah keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat.

Marilah sama-sama kita berazam menjadikan masyarakat kita

masyarakat beriman, masyarakat yang efisen, masyarakat yang tunduk kepada perintah Allah dan masyarakat yang bersatu padu. Semoga dengan adanya ciri-ciri ini kepada kita, Negara Brunei Darussalam akan selamat dan diberkati. Amin.

Akhirnya, beta dan keluarga beta dengan tulus ikhlas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat dan penduduk negara ini yang beragama Islam, di mana juga mereka berada.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Sekian Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201216 16

Titah Sempena Sambutan Perayaan Hari Ulang Tahun Ke-19 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam

pada 21 Zulhijjah 1423 / 23 Februari 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’een ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’ala ‘Alihee

Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas limpah rahmat-Nya mengizinkan kita menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-19 dalam suasana aman dan sejahtera.

Sepertimana yang beta sering tekankan, bahawa keamanan dan kestabilan adalah mempunyai harga yang tersendiri dalam kehidupan berbangsa dan bernegara.

Lebih-lebih lagi kita akan dapat memahami harga keamanan itu, manakala berhadapan dengan pergolakan dunia yang sedang mengancam umat manusia pada hari ini.

Rantau ASEAN juga adalah tidak terkecuali dari turut dilanda oleh kejadian-kejadian yang boleh menjejaskan kestabilan dan keamanan.

Dalam menghadapi apa juga ancaman, pendirian Negara Brunei Darussalam adalah tegas, tidak memberikan sokongan atau restu kepada setiap perbuatan yang boleh menjejaskan keamanan, dalam apa juga bentuknya.

Kita selamanya berpegang kuat kepada prinsip keadilan dan keamanan yang dipertahankan oleh semua anggota masyarakat antarabangsa.

17Titah 201217

Kita di Negara Brunei Darussalam sekali-kali tidak mengabaikan usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman, yang menjadi punca kepada kemakmuran. Pembangunan yang berkesan, hanya akan boleh dicapai dengan adanya keamanan.

Di samping faktor keamanan, semangat cintakan negara juga mestilah dimiliki oleh setiap rakyat. Kerana semangat patriotisme itu adalah merupakan bahan bakar yang amat diperlukan. Tanpa adanya bahan bakar ini, segala jentera tidak mungkin berfungsi.

Begitulah keadaan tabiat manusia, memerlukan ransangan dari dalam untuk mereka dapat berbakti dan berkorban terhadap negara.

Dengan berbekalkan patriotisme di dada, kita semua akan serentak mendukung perpaduan, sambil membangun negara ini dengan cara kita sendiri.

Kita akan bertolak dari asas yang sama, iaitu: Sikap saling hormat menghormati, toleransi dan berawar-galat serta mematuhi ajaran-ajaran Islam selaku tonggak utama kepada keharmonian dan kesejahteraan bangsa.

Inilah kunci, yang menentukan kita mampu bersaing di arena dunia antarabangsa yang serba mencabar ini.

Kerajaan beta dalam pada itu, memberikan perhatian yang serius kepada usaha-usaha untuk memajukan tahap sosioekonomi negara.

Usaha sedemikian sangat bergantung kepada rakyat yang berilmu dan berkemahiran. Kerana tanpa ilmu dan kemahiran, tidak mungkin dicapai sebarang kemajuan.

Maka sehubungan ini, Kerajaan beta akan terus memastikan bahawa sistem pendidikan kebangsaan kita adalah relevan bagi memenuhi semua kehendak dan keperluan negara.

Titah 201218 18

Kita masih perlu berusaha untuk mencapai infrastruktur pendidikan sehingga ke tahap yang sebaik-baiknya.

Beta gembira, kerana penglibatan sektor swasta dalam mengembangkan pendidikan secara proaktif di negara ini, adalah amat menggalakkan, terutama sekali di dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan pendidikan, khasnya di peringkat ijazah dan diploma.

Perkhidmatan sedemikian memberikan pilihan kepada para pelajar

dan belia untuk meneruskan pengajian mereka ke tahap ijazah dan diploma yang diiktiraf oleh antarabangsa, dengan perbelanjaan yang termampu di dalam negara.

Walau bagaimanapun, keperluan bagi pembangunan dan kemakmuran bukanlah semata-mata bergantung kepada tenaga manusia yang berkemahiran sahaja.

Kita juga memerlukan jumlah pekerjaan yang mencukupi supaya dapat dielakkan pembaziran tenaga manusia, dan seterusnya membolehkan setiap ahli masyarakat menikmati kehidupan produktif yang tidak membosankan.

Kita sedia menyedari akan masalah pengangguran yang dihadapi oleh negara.

Selama ini, sektor kerajaan merupakan majikan yang terbesar di negara ini.

Pergantungan sepenuhnya kepada sektor kerajaan bagi menampung keperluan pekerjaan, tidaklah dapat bertahan lama bagi jangka masa yang berterusan.

Oleh itu, membangun serta memantapkan sektor swasta adalah merupakan alternatif utama dalam menangani masalah pengangguran melalui pewujudan pembangunan ekonomi yang berdaya tahan lagi berterusan. Inilah satu-satunya cara supaya kita dapat menyediakan lebih banyak lagi peluang pekerjaan.

19Titah 201219

Sebagai salah satu langkah utama terhadap pembangunan sektor swasta dan ekonomi, Kerajaan beta melalui Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei telah melancarkan satu insiatif baru yang dijangka akan membangunkan dua tapak perindustrian di Sungai Liang dan Pulau Muara Besar.

Dengan perlaksanaan inisiatif ini, imej negara sebagi destinasi pelaburan akan dapat ditingkatkan dan insya-Allah, akan menambahkan juga keyakinan para pelabur asing untuk melabur di negara ini.

Cadangan bagi pembangunan industri di tapak-tapak tersebut juga dijangkakan dapat menambahkan lagi peluang-peluang pekerjaan.

Di samping itu, kita juga berharap, kerja-kerja membangunkan infrastruktur yang diperlukan untuk industri-industri yang besar ini, akan menghasilkan pelbagai industri sampingan terutamanya di dalam sektor-sektor perkhidmatan.

Kita juga penuh yakin bahawa sektor swasta akan bersedia untuk memainkan peranan lebih besar serta bersikap proaktif dengan meneroka dan merebut peluang-peluang yang ada ke arah menggerak serta mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam pada itu, beta juga mengingatkan anggota-anggota Perkhidmatan Awam supaya sentiasa peka terhadap keperluan sektor swasta terutama sekali memastikan semangat berdikari rakyat dan penduduk di negara ini terus meningkat dan tidak dilemahkan oleh pengurusan yang kurang cekap, malah hendaklah sentiasa turut dirangsang melalui komunikasi dua hala yang sihat.

Kepada para belia, sikap tidak gemar sebahagian mereka dengan bidang kerjaya di sektor swasta perlulah dikikis dan sebaliknya digantikan dengan sikap dedikasi dan komitmen kepada kerja, tanpa memilih siapa majikan, sama ada kerajaan atau swasta.

Titah 201220 20

Akhirnya, beta sukacita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Kebangsaan dan para peserta di dalam acara yang dikendalikan.

Kepada seluruh rakyat dan penduduk, termasuklah semua peringkat di dalam perkhidmatan awam kerajaan, Pasukan-pasukan Keslamatan, serta mereka yang berkhidmatan di sektor swasta, beta tidak lupa merakamkan penghargaan di atas usaha mereka yang ikhlas di dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab mereka masing-masing.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

21Titah 201221

Speech In Reply By His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Ahrum Sultan

Haji Omar Ali Saifuddien Sa;Adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan Of Brunei Darussalam

At The State Banquet On The Occasion Of His Majesty State Visit To Republic Of Singpore

On 25 Zulhijah 1423 / 27 February 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wassalatu Wasalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Mr President and Mrs Nathan,

Your Excellencies,

Ladies and Gentlemen,

As always, Mr President, my wife and I are deeply grateful for the warmth of the welcome we have received in Singapore.

This has come from your people in all walks of the life throughout the country.

We thank you all very much indeed.

Mr. President,

I am most honoured to be here.

I am like any of my people visiting your county.

We come from many purposes.

Titah 201222 22

Whatever they may be, whether for business or pleasure, one thing is foremost, I thank.

This is the chance to meet long-standing friends and colleagues, share news, and enjoy the company of good neighbours in every sense of the word.

I am no different.

I have the present honour to be invited here on an official state visit.

But there is much that goes far beyond the formalities of a state occasion.

For me, it is an enormous pleasure to see you again Mr . President and have a chance to meet my firm friend and colleagues Prime Minister Goh Chok Tong.

And, of course, one of my family’s dearest friends, Senior Minister Lee Kuan Yew.

This visit also offers me a most welcome chance to say publicly how much we admire your people’s achievements.

My generation remembers clearly the years when our two countries were desperately trying to rebuild our lives and turn our territories into new modern nations.

When I recall the Singapore of my boyhood and look at what your people enjoy today, I am full of admiration.

I congratulate you all most sincerely.

You, yourself, Mr President are in many ways a symbol of what has been achieved.

23Titah 201223

Through hard personal efforts, often on your own, you have offered a career dedicated to your country’s service; to its development in government and business; and to its lasting security and prosperity.

This is the quintessential Singapore story.

Through you efforts and those of your fellow leaders, countless numbers of your people now have the opportunity to follow in your foot-steps.

It is more than a personal story, however.

In all these endeavours, the people of Singapore and their government have not just concentrated upon their own country’s development.

They have made a tremendous contribution to the whole of South East Asia.

We particularly thank you for this in Brunei Darussalam.

Your leaders have offered us constant goodwill, friendship and cooperation.

On many occasions we have benefited greatly from their experience and expertise.

Today, from two struggling countries half century ago, we have become strong modern partners, sharing our hopes and trying to help each other realise them.

We are doing this both bilaterally and as cooperative partners in a host of health, education, technology and culture.

Our formal cooperation extends now to many areas of trade, defence, health, education, technology and culture.

Titah 201224 24

At other more personal levels, we are very close friends indeed. For us, it is a key association.

The future, I know, will see it continuing to grow in strenght and scope.

Despite some problems and a number of uncertainties, we share with our ASEAN partners an exciting vision of a new dynamic South East Asia.

The region we envisage is one where the millions of people for whom it is home, will live in peace and stability.

It is one where each family and each community will have a chance to develop its own talents.

It is one where they will all rejoice in each other’s cultures, traditions and ways of life.

That situation is, of course, still what ASEAN calls its “a vision”.

We have given it a date within this current generation’s lifetime.

At our last leader’s summit. We called for immediate action to implement the many programmes and projects that have been set up.

In this, I appreciate the urgency Prime Minister Goh Chok Tong

has regularly stressed.

I add my own voice to his.

Throughout our region, it is a time to be strong, positive and optimistic.

We are going through an extremely demanding period, especially in terms of the region;s security.

25Titah 201225

As your experience will confirm, however, Mr. President, such concerns are not new in South East Asia.

We have dealt with them in the past and we will continue to do so.

They are a matter for resolute action, shared expertise, and common determination.

Like Singapore, Brunei Darussalam has that determination.

No criminal groups whether trafficking in narcotics, finance, human beings or religious extremism will be permitted damage our people’s lives nor cloud their dreams of a happy and prosperous future.

They will not darken the vision our governments have for our region.

I thank you and your government and people for the resolute stand you have taken on such matters.

I look forward to our people continuing to work together in all aspects of regional and international cooperation.

Mr. President,

The term our officals use to describe this process is “Exchanges of visits”.

I prefer a more personal one. Its is the one all good neighbours use when meeting each other. “Come and see us any time”.

“You are always welcome”.

Titah 201226 26

In the case of our friend and colleagues from Singapore, Mr. President, I assure you it is a heartfelt invitation.

My wife and I than you and Mrs. Nathan most warmly for your kindness and hospitality.

We wish all Singaporeans the peace, properity and happiness you and fellow leadears have worked so hard to achieve.

Thank you.

Sekian Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

27Titah 201227

Titah Sempena Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah 1424pada 1 Muharam 1424 / 3 Mac 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wassalatu Wasalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Alhamdulillah, adalah sangat layak dan waijb bagi kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas limpah kunia-Nya mengizinkan kita memasuki dan menyambut Tahun Baru Hijrah 1424.

Tahun Hijrah disebut juga oleh kalangan kita sebagai Tahun Islam. Sebutan ini amat bermakna dan setentunya mempunyai keberkatan yang tersendiri.

Kalimat Islam bukan dicipta oleh siapa-siapa, tetapi adalah berasal daripada Allah sendiri. Ia termaktub di dalam Kitab Suci Al-Quran.

Kerana itu jangan dipersendakan Islam, jangan dicuaikan Islam itu, sekalipun setakat namanya, apatah lagi ajaran-ajarannya.

Islam bererti ‘selamat’, sama ada sendirinya dan malahan juga menjadi penyelamat kepada seluruh makhluk.

Allah Taala telah berjanji untuk memelihara agama ini insya-Allah sehingga Hari Kiamat.

Sepatutnya dengan janji Allah itu, kita akan bertambah yakin dan kuat untuk berpegang kepada Islam serta dengan gigih berusaha untuk meninggikan syiarnya yang mulia.

Titah 201228 28

Adapun syiar Islam yang paling agung ialah cetusan daripada amal salih penganut-penganutnya. Gambaran tentang kebesaran Islam itu, sebenarnya terletak di sini. Contohnya banyak sekali, iaitu dapat dilihat dari sejarah para Nabi dan juga orang-orang salih. Apa saja kelakuan dan perbuatan mereka itu, adalah menjadi suluh kepada zaman serta menjadi kebanggaan dan ikutan.

Inilah yang kita mahukan sekarang, lebih-lebih lagi di zaman yang penuh dengan tomahan dan fitnah ini. Kita perlu menonjolkan imej Islam sejati, di mana ia satu-satunya agama samawi, yang didatangkan bukan untuk kejahatan tetapi adalah semata-mata untuk kebajikan jua.

Islam tidak tegak dengan pedang, tetapi pencinta kedamaian dan kemanusiaan. Manakala kalau berlaku sebaliknya, maka itu bukanlah ajaran Islam. Kita berlepas tangan dari sebarang kejadian atau perkara yang bercanggah dengan ajaran agama Allah ini.

Kita lahir dan berkembang dengan Islam. Dengan Islam kita

mengunjukkan tangan kepada siapa saja, iaitu selaras dengan konsep Al-Quran:

Bahawa manusia ini dijadikan ialah berbangsa-bangsa dan bersuku kaum untuk berkenal-kenalan di antara satu sama yang lain.

Al-Quran tidak mendorong kepada permusuhan atau peperangan.

Maka berlandaskan ini, kita di Negara Brunei Darussalam, Alhamdulillah, telah dapat membuktikan keindahan Islam itu melalui pencapaian kita dalam semua bidang, khasnya di bidang kerukunan negara dan masyarakat.

Mudah-mudahan Tahun Baru 1424 ini akan membawakan sinar gemilang, bukan saja kepada Negara Brunei Darussalam, malahan juga kepada dunia seluruhnya. Kita berdoa, semoga segala kemelut dan kekeliruan yang ada di merata dunia hari ini akan segera

29Titah 201229

berakhir, serta satu suasana yang aman lagi sejahtera akan tercipta di mana semua orang akan merasa puas dan lega.

Untuk mengakhiri, beta dan keluarga beta dengan tulus ikhlas dan gembira merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Hijrah 1424 dengan harapan kita semua akan dikurniakan inayah dan hidayah Allah Subhanahu Wataala Aamin.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201230 30

Titah Sempena Santap Negara Yang Disembahkan Oleh Presiden Republik Indonesia pada 8 April 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wassalatu Wasalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan rasa terima kasih di atas undangan Ibu Presiden bagi saya membuat lawatan negara ini.

Undangan ini merupakan satu penghormatan kepada saya,

kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Ibu Presiden dan rakyat Republik Indonesia atas sambutan dan layanan mesra yang diberikan kepada saya dan rombongan.

Lawatan kali ini sangat bererti kerana ianya memberikan peluang untuk mengukuhkan lagi persahabatan erat dan mesra yang sekian lama terjalin para pemimpin dan di kalangan rakyat kedua buah negara.

Lawatan ini pada hemat saya dapat membuka jalan bagi kita untuk mengenalpasti bidang kerjasama yang baru di samping meningkatkan kerjasama yang sedia ada di pelbagai bidang. Ini termasuk pendidikan, pertahanan, kebudayaan dan kerjasama tenaga manusia.

Dalam bidang pertahanan, kedua negara kita mempunyai

kerjasama yang erat.

Di bidang ekonomi pula, banyak peluang dan kerjasama yang dapat diterokai dan dimanfaatkan oleh kedua belah pihak. Dalam hal

31Titah 201231

ini, saya berpendapat, pihak swasta kita boleh memainkan peranan penting dalam mengkaji peluang-peluang yang sedia ada.

Dalam konteks ini, saya ingin menyatakan bahawa sumbangan pekerja-pekerja Republik Indonesia kepada pembangunan Negara Brunei Darussalam sungguh besar dan dihargai.

Kedua buah negara kita juga bekerja erat dalam arena serantau dan antarabangsa. Ini termasuk ASEAN, APEC, OIC, NAM dan PBB.

Saya masih ingat peranan penting yang dimainkan oleh Republik

Indonesia bagi kemasukan Negara Brunei Darussalam ke ASEAN pada tahun 1984 dan NAM pada tahun 1992.

Negara Brunei Darussalam amat menghargai sokongan dan penghormatan yang telah Republik Indonesia berikan.

ASEAN sekarang menghadapi era yang berlainan daripada zaman penubuhannya. Kerjasama dan persefahaman di kalangan negara-negara ASEAN perlu diperkukuhkan dan dipertingkatkan lagi untuk menjadikan ASEAN sebagai badan serantau yang relevan dan dihormati.

Kita perlu kekal dalam hubungan silaturahim yang mesra dan telus, untuk kecemerlangan dan keselamatan bersama.

Dunia kita kini, sudah tidak mudah lagi untuk dimengerti. Disebabkan oleh nafsu yang besar, menjadikan kebenaran dan undang-undang tidak lagi berdaulat, maka melalui apakah lagi manusia ini dapat diselamatkan.

Kita selaku bangsa yang beragama dan berbudaya luhur, tetap konsisten dengan kebenaran dan keadilan. Di sinilah kita tegak serta berjuang untuk kemakmuran bangsa dan kemanusiaan sejagat.

Titah 201232 32

Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Ibu Presiden di atas undangan ini.

Saya berharap, hubungan baik di antara negara dan antarabangsa kita akan terus diperluas demi kesejahteraan bersama.

Sekian, Wabillahit taufik Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

33Titah 201233

Titah Sempena Majlis Penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat (Honoris Causa) Dalam Jurusan

Kemanusiaan Dan Kebudayaan Oleh Univeristi Gadjah Maga, Yogkjakarta Republik Indonesia

pada 9 April 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wassalatu Wasalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Rektor dan Ketua Majis Guru-Guru Besar,

Para Pimpinan dan Civitas Akademika Universiti,

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian.

Saya merasa gembira kerana dapat hadir di majlis seperti ini yang diberikan oleh sebuah univerisiti terkemuka di Indonesia.

Univerisiti Gadjah Mada bukan sahaja dikenali dengan pusat ilmu dan ahli cendekiawan yang dilahirkan malah juga atas sumbangan yang diberikannya kepada hampir semua aspek kehidupan rakyat republik ini.

Usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh univerisiti ini sejak penubuhannya pada tahun 1949 telah menghasilkan graduan-graduan berwawasan dan mempunyai kemahiran ilmu yang tinggi serta kepimpinan yang dinamik.

Universiti ini juga berjaya dalam usaha bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan pembangunan bangsa republik ini.

Titah 201234 34

Ianya antara lain berasaskan kepada satu pegangan yang kita semua maklum bahawa pembangunan sesebuah negara itu banyak tergantung kepada kemahiran dan taraf pendidikan rakyatnya.

Pendidikan merupakan asas utama kepada pelaburan sumber tenaga manusia yang mana hasilnya dapat dinikmati secara berterusan.

Oleh itu, tanpa ilmu dan kemahiran, sesebuah negara itu tidak mungkin akan mencapai sebarang kemajuan yang bererti.

Rektor dan Ketua Majis Guru-Guru Besar,

Ijazah kehormat yang dianugerahkan ini adalah satu penghormatan pada diri saya dan juga seluruh rakyat Negara Brunei Darussalam.

Ianya merupakan satu lagi ikatan persahabatan yang sudah sekian lama terjalin di antara rakyat kedua-dua buah negara.

Selain dari itu, sebagai jiran, Negara Brunei Darussalam dan Indonesia, sentiasa berusaha untuk mengukuhkan lagi hubungan yang erat di antara kita dan terus melangkah maju dalam menghadapai setiap cabaran.

Saya merasa gembira dengan hubungan yang baik di antara Universiti Gadjah Mada dan Univerisiti Brunei Darussalam.

Dalam konteks ini saya dengan sukacita mengalu-alukan pelajar-pelajar Indonesia untuk melanjutkan pengajian mereka dalam beberapa bidang di institusi-institusi pengajian di Negara Brunei Darussalam.

Kedua-dua universiti ini diharap akan dapat meningkatkan lagi kerjasama yang sedia ada di peringkat ijazah dan lepasan ijazah termasuk penyelidikan demi kepentingan bersama.

35Titah 201235

Saya percaya faedah-faedah dari kerjasama ini akan dapat kita menfaatkan bersama dalam semua bidang.

Sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas penganugerahan ini.

Sekian, Wabillahit taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201236 36

Titah Sempena Majlis Perasmian Dar Takaful Ibb Utama Dan Dar Takaful Ibb 2

pada 3 Rabiulawal 1424 / 5 Mei 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wassalatu Wasalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Dunia hari ini tidak putus-putus menghadapi berbagai cabaran. Ia datang silih berganti dengan menimbulkan banyak kebimbangan. Terutama sekali yang lebih membimbangkan ialah kejadian-kejadian yang tidak diduga yang tiba-tiba boleh menimpa dunia seperti wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang telah lebih sebulan melanda beberapa negara di rantau Asia dan Pasifik.

Sehingga kini, jangkitan wabak ini belum lagi menunjukkan tanda-tanda untuk reda. Ia bukan saja meragut jiwa, bahkan juga memberi kesan yang teruk kepada kehidupan harian biasa di mana-mana saja. Dan yang lebih jelas, wabak ini juga telah menjejaskan sektor-sektor perniagaan, perhotelan, pengangkutan udara, pelancongan dan sebagainya, dalam makna lain, ia telah mengancam pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.

Di akhir-akhir ini pula, kesan wabak SARS telah mula dirasakan di sektor-sektor kewangan serantau dan antarabangsa. Para pelabur juga mula mengambil langkah berjaga-jaga kerana ada tanda kemerosotan dari sentimen-sentimen pada bursa-bursa saham di rantau Asia. Namun alhamdulillah, di negara kita kesan-kesan tersebut dapat dikawal dan rakyat serta penduduk masih dapat meneruskan kehidupan harian mereka seperti biasa.

37Titah 201237

Bagaimanapun juga, kita tidaklah boleh leka atau lalai. Kita perlu merangka strategi dan perancangan untuk menghadapi apa saja cabaran, di samping jangan lupa memupuk ketakwaan kepada Allah dengan keyakinan, bahawa ikhtiar itu di tangan kita, sementara Allah pula penentu yang muthlak.

Sepuluh tahun yang lalu semasa kerajaan beta memperkenalkan perbankan dan kewangan Islam di negara ini, ramai orang menyoal kemampuan dan peranan sistem tersebut dalam mengembangkan ekonomi negara. Golongan ini telah tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya sudah meragui satu sistem yang terbaik yang disuruh oleh agama memakainya.

Sekarang satu dekad telah berlalu, ternyata perbankan dan kewangan Islam telah menjadi penggerak yang sangat bertenaga kepada pertumbuhan ekonomi. Perbankan dan kewangan Islam telah berkembang dengan kadar yang cepat serta mampu meningkatkan jumlah pasaran yang sihat. Ianya bukan saja dapat dilihat berkembang di negara-negara Islam, malahan juga di merata dunia.

Ia turut diterima sebagai satu sistem dan bahkan sistem yang adil lagi saksama yang mengutamakan situasi menang sama menang atau ‘win-win situation’ bagi kedua-dua belah pihak, pihak institusi kewangan dan juga pihak pengusaha dan pelanggan. Di sinilah keindahan muamalah Islam itu. Sebab itu beta penuh yakin, lebih ramai lagi orang dan organisasi yang akan terpikat dengan sistem perbankan dan kewangan Islam ini.

Satu komponen kewangan Islam yang semakin popular ialah perkhidmatan perlindungan takaful. Walaupun ia masih di usia yang sangat muda, namun beta dengan sukacita mengambil maklum bahawa ketiga-tiga buah syarikat takaful yang ada di negara ini telah menunjukkan kemampuan masing-masing syarikat insurans biasa.

Beta juga difahamkan, bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan

ini organisasi-organisasi besar di negara ini telah memberikan

Titah 201238 38

kepercayaan kepada syarikat takaful untuk mengurus dan mengaturkan perlindungan-perlindungan bagi aset dan risiko yang tinggi nilainya sehingga beratus-ratus ringgit.

Kepercayaan dan keyakinan terhadap kemampuan kita dalam perbankan dan kewangan Islam juga telah dirasakan di peringkat antarabangsa. Baru-baru ini kerajaan beta melalui Suruhanjaya Bersama Brunei Darussalam dan Thailand telah bersetuju supaya institusi-institusi kewangan Islam negara ini dapat bekerjasama sambil membantu pihak-pihak tertentu di negara Thailand untuk menubuhkan sebuah bank Islam yang pertama di sana. Insya-Allah beberapa orang anak tempatan kita yang berpengalaman akan mengambil tugas yang mulia ini.

Beta juga lebih berbangga kerana kerjasama antarabangsa seperti ini bukanlah pertama kali pernah diungkayahkan oleh institusi kewangan Islam Brunei Darussalam. Pada tahun 1996, dua buah syarikat takaful negara ini bersama dengan 3 buah syarikat takaful di rantau ini telah menubuhkan sebuah syarikat takaful semula yang dikenali sebagai ASEAN Retakaful International.

Syarikat ini telah beroperasi dengan baiknya memberikan perkhidmatan takaful semula kepada syarikat-syarikat takaful di rantau ini dan antarabangsa. Ia adalah satu projek besar yang telah dipersetujui, semasa salah satu mesyuarat tahunan Kumpulan Takaful ASEAN.

Pada hari ini, kita dapat meraikan satu lagi mercu tanda kejayaan institusi kewangan Islam kita dengan terbinanya dua buah bangunan baru iaitu Dar Takaful IBB 2. Beta berharap institusi-institusi kewangan Islam akan terus mencapai kejayaan dalam mewarnai corak industri kewangan negara dan antarabangsa.

Dengan mendahulukan kalimah: Bismillahir Rahmanir Rahim dan dengan bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi

39Titah 201239

Wasallam, maka beta dengan sukacitanya merasmikan Dar Takaful IBB Utama dan Dar Takaful IBB 2.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201240 40

Titah Sempena Menyambut Dan Memperingati Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

Bagi Tahun 1424/2003pada 12 Rabiulawal 1424 / 13 Mei 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wassalatu Wasalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Segala puji bagi Allah yang telah mengutus Nabi dan Rasul-Nya, Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam sebagai rahmat untuk seluruh alam.

Pada zaman sebelum Baginda itu diputerakan, dunia ini berada dalam keadaan gelap-gelita yang dipenuhi dengan berbagai kemungkaran. Tidak terdapat undang-undang atau peraturan untuk mengawal dan memandu manusia, melainkan semuanya dilakukan hanya dengan sesuka hati sahaja.

Maka terjadilah apa-apa yang tidak patut terjadi, seperti pencabulan terhadap hak-hak Allah dan hak-hak manusia sendiri.

Hak Allah yang paling besar dicabul ialah menyembah selain daripada-Nya. Mereka telah menyekutukan Allah dengan yang lain-lain, pada hal telah pun menjadi hak Allah supaya manusia itu menyembah hanya kepada-Nya selaku Tuhan Yang Maha Esa.

Setelah hak Allah yang paling asasi ini dicabul, maka hak-hak manusia juga tidak terkecuali diperkosa. Keadilan dan kemanusiaan telah dijadikan musuh ketat, di mana sebaliknya kezaliman menjadi pilihan dan budaya.

41Titah 201241

Inilah yang menguasai dunia sekian lama, tetapi dengan rahmat Allah, budaya dan amalan yang buruk ini telah berubah dengan lahirnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam.

Baginda telah mengembalikan hak-hak Allah supaya dihormati. Maka berduyun-duyunlah manusia ke pangkuan Rabbul ‘Izzah menjadi manusia-manusia Muslim.

Lalu tersingkaplah bibir jahiliyyah. Cahaya Islam pun menerpa masuk, menggosok dan menggilap hati-hati nurani yang tadinya berkarat. Maka robohlah kemungkaran digantikan oleh makruf dan kebajikan.

Bermulalah dari sini sejarah manusia baru, di mana pemimpinnya ialah Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Dengan kepimpinan Baginda itu, hati-hati yang liar dijinakkan dan nafsu-nafsu yang ganas ditundukkan. Maka dengan itu berubahlah semua situasi: Dunia menjadi aman dan manusia sejahtera.

Kita sekarang, sama ada menyedari ataupun tidak, sedang

meratapi tamadun kemanusiaan yang pernah dibina oleh rasul dan nabi akhir zaman itu. Tamadun tersebut nampaknya sedang menuju zaman gelapnya semula. Ia seakan-akan sudah dilupakan, sekalipun masih banyak mulut-mulut yang memujanya, namun kenyataan yang berlaku adalah menghampakan.

Di mana-mana sahaja sedang berlangsung bermacam-macam kezaliman. Jika zaman sebelum Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, terdapat ibu bapa yang menguburkan anak-anak perempuan mereka hidup-hidup, tetapi sekarang kita berhadapan dengan sumbang mahram yang lebih keji dan kejam, di samping juga perbuatan mendera dan membunuh kanak-kanak damit yang tidak berdosa.

Di saat yang baik dan berkat ini, marilah kita sama-sama

mengambil iktibar dari fenomena-fenomena yang ada, semoga negara

Titah 201242 42

kita akan sentiasa diberkati dan terhindar daripada perkara-perkara yang dibenci oleh Allah, seperti kezaliman, jenayah dan kerosakan akhlak.

Kita mesti bersyukur kerana dapat menjaga hubungan kita dengan

Allah dengan cara yang sebaik-baiknya. Kita tidak sekali-kali lupa manakala wujud saat-saat menakutkan yang di luar dari kawalan manusia, kita akan cepat-cepat bertaqarrub dengan Allah: Kita sembahyang hajat dan membaca doa serta bersedekah.

Inilah cara kita, dan alhamdulillah, kita jarang-jarang tidak

mengecap hasilnya. Salah satu dari sekian banyak contoh, ialah wabak SARS yang sangat menakutkan itu telah menambahkan lagi keinsafan kita, bahawa manusia sebenarnya tidak mempunyai apa-apa di hadapan Allah, jika di banding dengan ilmu dan kekuasaan-Nya. Kerana itulah salah satu usaha kita menepis SARS ialah dengan doa dan sembahyang hajat di masjid-masjid.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

43Titah 201243

Titah Sempena Memperingati Ulang Tahun Ke-10 Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

pada 15 Rabiulawal 1424 / 17 Mei 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa

Umuuriddunya Wadden Wassalatu Wasalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Beta sungguh bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dapat hadir bersama-sama di majlis yang bersukut baik ini, iaitu majlis yang disempenakan dengan sambutan memperingati ulang tahun ke-10 Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Yayasan ini ditubuhkan adalah sebagai amal jariah beta dan ahli keluarga beta untuk menyalurkan bantuan-bantuan yang perlu mengikut kesesuaian dan keadaan.

Ia dihasratkan bagi memenuhi tuntutan-tuntutan sosial dan kebajikan untuk rakyat di dalam berbagai bentuk sumbangan dan bantuan.

Sumbangan dan bantuan itu, mungkin saja melibatkan latihan-latihan atau bimbingan-bimbingan di dalam berbagai bidang yang akan membolehkan penerima-penerimnya mendapat kemahiran dan kelayakan. Hanya dengan melalui kemahiran dan kelayakan sahajalah taraf hidup dapat dibina dan ditingkatkan.

Beta berharap, penerima-penerima bantuan akan dapat benar-benar memanfaatkannya sehingga pada akhirnya mereka itu tidaklah lagi akan semata-mata bergantung kepadanya.

Titah 201244 44

Beta gembira mengetahui bahawa yayasan telah melaksanakan beberapa projek dan aktiviti yang berkebajikan serta dapat pula mempertingkatkannya dari masa ke semasa menurut kesesuaian keadaan.

Apabila menyebut tentang projek dan aktiviti yayasan, beta tidaklah lupa, dan bahkan perlu menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Abdul Rahman bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd. Taha yang telah memberikan khidmatnya yang istimewa kepada yayasan sehingga ia tertubuh dan dilancarkan. Kepimpinan dan semangat kerja beliau itu patutlah menjadi ikutan. Kita sesungguhnya sentiasa mengenang jasa belaiu yang amat menyerlah dan mudah-mudahan Allah jua yang akan mengurniakan ganjaran kepadanya.

Sehubungan itu, beta juga mengambil peluang mengucapkan

terima kasih kepada Ahli-Ahli Jemaah Tadbir, Lembaga Pengarah, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Yayasan yang telah bertungkus lumus melaksanakan tujuan amal jariah beta dan ahli keluarga beta.

Demikian juga terima kasih yang sama ialah kepada semua mereka

yang telah memberikan bantuan dan kerjasama kepada yayasan ini dari semenjak penubuhannya, serta tidak terkecuali pihak-pihak yang terlibat yang bersama-sama menjayakan majlis-majlis sambutan bagi memperingati ulang tahun ke-10 penubuhan yayasan.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

45Titah 201245

Titah Di Istiadat Mengadap Dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam

Sempena Ahri Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-57

pada 15 Jamadilawal 1424 / 15 Julai 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wassalatu Wasalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas limpah rahmat-Nya, mengurniakan kita kesempatan untuk sama-sama berkumpul dalam upacara yang indah ini, bersempena dengan ulang tahun hari keputeraan beta pada tahun ini.

Terlebih dahulu, beta dengan ikhlas ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu beta, sama ada yang datang dari jauh mahupun dekat untuk sama-sama meraikan sambutan ini.

Demikian juga kepada dif-dif yang lain serta semua pihak yang telah menghantar perutusan-perutusan ucap selamat bersempena dengan sambutan perayaan ini.

Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala jua yang akan membalas ingatan baik mereka itu dengan ganjaran yang sebaik-baiknya.

Kita semua wajiblah bersyukur kerana dapat menikmati keadaan aman dan makmur yang berterusan di negara ini, lebih-lebih lagi dalam suasana dunia yang sentiasa mengalami pelbagai cabaran dan pergolakan ini.

Titah 201246 46

Dalam tempoh setahun yang lalu pelbagai krisis telah melanda masyarakat antarabangsa, sama ada dalam bentuk peperangan, wabak penyakit mahupun serangan-serangan yang menjejaskan nyawa dan harta benda.

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah Subhanahu Wataala jua, Negara Brunei Darussalam terselamat dan terpelihara daripada semua krisis tersebut.

Suasana negara yang aman dan stabil membolehkan kita semua meneruskan kehidupan yang sejahtera dan bahagia.

Seperti yang beta sering tekankan di masa yang lalu, masyarakat yang sentiasa mengamalkan sikap bersatupadu, hormat-menghormati dan saling faham-memahami, adalah merupakan asas yang penting bagi pembangunan negara.

Wawasan kita memanglah untuk melihat negara ini sentiasa selamat, aman dan makmur. Dalam makna, segala program kerajaan beta adalah menjurus ke arah ini.

Beta ingin melihat setiap rakyat dan penduduk berdaya maju dan berdikari. Kerajaan adalah berperanan untuk menyediakan iklim dan prasarana, manakala rakyat pula mestilah memanfaatkannya dengan mengandakan usaha membangun menurut peraturan-peraturan yang ada.

Menyentuh mengenai pembangunan, sudah nyata bahawa kekukuhan ekonomi adalah memainkan peranan yang utama menjayakan proses pembangunan.

Era globalisasi dan perdagangan bebas serantau dan antarabangsa serta pembukaan pasaran perdagangan dalam negeri, menjadi wadah yang amat mencabar.

47Titah 201247

Untuk memastikan bahawa para pengusaha tempatan dapat bersaing dalam pasaran eksport terbuka, kerajaan beta adalah terus memberikan perhatian terhadap penghasilan produk tempatan yang berkeupayaan untuk memenuhi keperluan mutu dan piawaian antarabangsa.

Sebagai langkah permulaan bagi mencapai pengiktirafan kualiti produk tempatan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, telahpun melaksanakan program piawaian dan amalan pengurusan kualiti untuk pengusaha-pengusaha tempatan. Program ini akan membolehkan pengusaha tempatan itu mendapatkan sijil pengiktirafan kualiti yang diperakui di peringkat antarabangsa.

Pihak berkenaan juga telah melaksanakan satu kajian ‘feasibility’

bagi kemungkinan menubuhkan satu Institusi Akreditasi dan Piawaian Kebangsaan.

Keperluan pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana adalah terus diutamakan oleh kerajaan beta, terutama dari segi sumber kewangan.

Kerajaan beta sedang meneliti untuk melaratkan lagi dua skim pinjaman dengan dua bank tempatan yang sudah sedia ada, kepada bank dan institusi kewangan tempatan yang lain.

Langkah ini diharapkan dapat memberikan pilihan tambahan kepada pengusaha kecil dan sederhana sambal menggalakkan persaingan di antara bank-bank untuk menyediakan perkhidmatan pinjaman yang lebih menarik.

Dari segi pendapatan negara, khususnya pengeluaran sumber minyak dan gas, situasi pengeluaran dan harga-harga minyak dan gas, nampaknya cukup mantap. Tahun lalu, pengeluaran telah mencapai tahap tertinggi di kedua-dua sektor.

Dengan adanya potensi permintaan gas, terutama di pasaran Asia Pasifik, rancangan pembinaan ‘train’ yang ke enam yang dianggarkan

Titah 201248 48

memakan belanja satu billion dolar Amerika, untuk menambahkan keupayaan kapasiti loji gas asli, juga dalam proses perancangan.

Kerajaan beta akan meneruskan usaha-usaha pencarian sumber minyak dan gas di kawasan-kawasan yang menjadi hak mutlak Negara Brunei Darussalam, sama ada di darat mahupun di laut, untuk kepentingan generasinya.

Adalah menjadi harapan, supaya sektor minyak dan gas sentiasa berkeupayaan untuk memberi sumbangan yang utama dalam perekonomian negara, di samping juga industri-industri bukan minyak dan gas yang sedang giat dimajukan.

Kerajaan beta juga terus peka terhadap keperluan tenaga manusia bagi pembangunan. Di antaranya ialah penyediaan tenaga dalam bidang teknologi infokomunikasi yakni ICT, sebagi ciri khusus untuk mewujudkan e-Kerajaan dan seterusnya bagi memanfaatkan era ‘k-ekonomi’ yang berasaskan pengetahuan.

Sebagai alat untuk menghadapi cabaran tersebut, sistem pendidikan kebangsaan perlulah menyediakan program-program pendidikan dinamik yang menjurus ke arah penghasilan ilmu serta kemahiran yang tinggi.

Kurikulum pendidikan juga seharusnya mewujudkan budaya pendidikan sepanjang hayat bagi melahirkan masyarakat Brunei yang berilmu pada setiap peringkat umur.

Demi untuk mencapai matlamat e-Kerajaan, pihak Institut Perkhidmatan Awam telah pun diamanahkan untuk menjalankan program-program latihan ICT.

Selain tumpuan diberikan kepada bidang ICT, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi juga, dengan bantuan pakar yang berkaitan, telah melaksanakan satu kajian mengenai keperluan pembangunan dan pengurusan sumber manusia.

49Titah 201249

Kajian tersebut dijangka selesai dalam bulan September, di mana hasilnya akan digunakan untuk membantu kerajaan pada menentukan arah tuju pembangunan serta juga bentuk keperluan pengurusan sumber manusia bagi jangka sederhana dan panjang.

Pada bulan Ogos, Laporan Separa Penggal, yakni ‘Mid-Term Review’ bagi Rancangan Kemajuan Negara Ke-8 akan dikeluarkan untuk membentangkan penilaian perlaksanaan rancangan tersebut bagi tempoh Januari 2001 hingga Jun 2003 dengan focus kepada pencapaian permasalahan perlaksanaan.

Laporan ini akan juga mencadangkan perubahan-perubahan dasar dan strategi perancangan, berasaskan kepada faktor-faktor dalaman dan luaran yang telah dan sedang dialami, demi semata-mata untuk mensejajarkan keperluan pembangunan negara.

Menjurus kepada Perkhidmatan Awam, kerajaan beta akan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan perkhidmatannya ke tahap yang membawanya mampu untuk memenuhi kehendak-kehendak pelanggan dengan lebih memuaskan.

Di antara usaha yang telah pun diperkenalkan baru-baru ini, ialah program pensejajaran, yakni ‘alignment’, di mana setiap kementerian dan jabatan kerajaan perlu menyediakan perancangan strategi organisasi masing-masing supaya usaha-usaha yang dilaksanakan oleh organisasi-organisasi berkenaan akan dapat diselaraskan dengan hasrat, wawasan dan aspirasi negara yang telah digariskan.

Beta berharap semua agensi kerajaan akan memberi tumpuan yang serius kepada program ini.

Adalah menjadi hasrat beta supaya agensi-agensi kerajaan memastikan Tekad Pemedulian Orang Ramai yakni TPOR akan terus diperhatikan dan dilaksanakan.

Titah 201250 50

Di dalam tempoh yang terdekat, satu inisiatif baru dalam Perkhidmatan Awam akan diperkenalkan, iaitu pengauditan terhadap perlaksanaan terhadap Tekad Pemedulian Orang Ramai.

Matlamat utama projek ini ialah bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan TPOR di kementerian dan jabatan, di samping sebagai satu cara untuk memantau, sejauh manakah komitmen agensi-agensi kerajaan terhadap program ini.

Usaha yang akan dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Pengurusan ini dijangka akan dapat membantu setiap kementerian dan jabatan dalam mengenal pasti atau mengatasi kelemahan-kelemahan, sekiranya ada, oleh agensi-agensi berkenaan.

Usaha tidaklah pernah dihentikan bagi mengemas dan melicinkan jentera pentadbiran kerajaan, supaya kesejahteraan dan mutu kehidupan rakyat dapat dikekalkan.

Dalam perkara kesihatan, kemunculan wabak penyakit SARS telah menimbulkan kebimbangan dan cabaran.

Namun Alhamdulillah, langkah-langkah tegas lagi komprehensif dapat kita ambil berupa pencegahan, pengawalan dan pemantauan dengan melalui cara kita sendiri dan juga usaha sama dengan pihak-pihak kesihatan serantau dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Cara kita sendiri itu termasuklah munajat kepada Yang Maha Berkuasa, dengan Sembahyang Hajat dan berdoa kepada-Nya, semoga kita dan negara diselisihkan daripada wabak yang mengerikan ini.

Kita amat bersyukur kerana doa kita telah dimakbulkan oeh Allah

Subhanahu Wataala.

Kerajaan beta akan terus memberikan keutamaan dalam perkara kesihatan ini. Konsep kita adalah mendahulukan pencegahan terhadap sebarang penyakit daripada merawatnya. Kita tidak menunggu penyakit menyerang kemudian merawat, tetapi sedaya mungkin mengenal pasti punca-punca penyakit sebagai langkah

51Titah 201251

pencegahan. Sebagai contoh, apabila dikenal pasti bahaya rokok kepada kesihatan, maka kerajaan dengan tegasnya mengambil langkah-langkah kehadapan yang munasabah, termasuklah turut menyuarakan pendapat-pendapatnya di dalam forum-forum atau peristiwa dengan persidangan-persidangan peringkat antarabangsa.

Dalam usaha untuk memperolehi tahap rawatan kesihatan yang

lebih selesa dan sesuai kerajaan beta juga telah menandatangani satu perjanjian ‘Joint Venture’ di Pusat Perubatan Jerudong Park dengan sebuah kumpulan perubatan luar negeri yang mempunyai reputasi tinggi untuk menubuhkan satu pusat jantung di negara ini.

Perjanijan ini telah membolehkan pesakit-pesakit untuk menerima

rawatan penyakit jantung di dalam negeri di semua peringkat penjagaan termasuk rawatan ‘angioplasty’ dan pembedahan ‘Open Heart’ yang sebelum ini hanya dapat diperolehi di luar negeri.

Beta percaya usaha sedemikiam ini dapat memberikan banyak

manfaat, termasuk boleh meringkan bebanan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga para pesakit.

Pusat jantung ini juga diharap akan menjadi sebauh pusat yang

bereputasi tinggi yang akan turut menarik pesakit-pesakit dari luar negeri, bukan sahaja dari rantau ini malahan juga dari luar rantau, di samping dengan kehadirannya itu dapat pula menyumbang kepada ekonomi negara.

Beta sukacita mengambil perhatian mengenai mereka yang

memohon untuk mendapatkan taraf sebagai rakyat beta, khususnya, terhadap golongan pemohon yang kurang mendapat peluang persekolahan yang mencukupi, terutamanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas dan dianggap sebagai ‘buta huruf’.

Untuk mereka yang sedemikian, beta telah bersetuju supaya

dibolehkan menjalani ujian Bahasa Melayu secara lisan, di samping dapat memenuhi syarat-syarat yang lain juga dikehendaki.

Titah 201252 52

Perkara ini tidaklah bercanggah dengan undang-undang yang ada, di mana setiap pemohon untuk menjadi rakyat beta, mestilah boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih. Beta berharap langkah ini akan memberi peluang lebih adil kepada pemohon-pemohon yang mempunyai tahap pelajaran yang tidak mengizinkan mereka untuk menjalani ujian secara bertulis.

Mudah-mudahan segala usaha ini akan diberkati oleh Allah Subhanahu Wataala, amin.

Akhirnya, beta tidak lupa merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada segenap lapisan rakyat dan penduduk yang telah memberikan kerjasama dan sokongan mereka kepada kerajaan beta, dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Kepada seluruh rakyat dan penduduk, termasuk semua peringkat

dalam perkhidmatan awam kerajaan, pasukan-pasukan keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta, beta tidak lupa merakamkan penghargaan di atas usaha mereka yang ikhlas di dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab mereka.

Beta juga tidak lupa merakamkan penghargaan dan terima kasih

kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Perayaan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun daerah, di atas usaha-usaha mereka pada menyusun dan melaksanakan rancangan-rancangan perayaan.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

53Titah 201253

Titah Di Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1424 Hijrah / 2003 Masihi Di Pusat Persidangan

Antarabangsa, Berakaspada 8 Jamadilakhir 1424 / 5 Ogos 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa

Umuuriddunya Wadden Wassalatu Wasalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Beta bersyukur kerana dapat lagi menghayati bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di majlis yang berkebajikan ini.

Dalam dunia kita yang penuh dengan cabaran, Kitab Suci Al-Quran

telah mengambil tempatnya yang tersendiri sebagai warisan yang tidak boleh digugat oleh sebarang cabaran, sekalipun sebesar mana cabaran tersebut namun Kitab Suci Al-Quran akan tetap unggul dan murni.

Al-Quran adalah ‘Dokumen Ketuhanan’. Ia akan tetap benar dan asli kerana yang memeliharanya adalah Allah Subhanahu Wataala sendiri.

Jika dokumen-dokumen lain boleh saja dipalsukan, tetapi Al-Quran sama sekali tidak boleh. Malah sungguh mustahil untuk memalsukan Al-Quran, berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Hijr ayat 9 yang tafsirnya:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kami juga yang memelihara serta menjaganya”.

Bilamana kita sudah yakin bahawa Al-Quran itu semata-mata benar dan semata-mata selamat dari sebarang pemalsuan, maka

Titah 201254 54

sudah barang tentu tidak ada lagi alasan untuk tidak mahu berlumba memanfaatkannya, tidak ada lagi alasan untuk kita melengah-lengahkan dari mematuhi semua ajaran-ajarannya.

Ajaran Al-Quran semuanya terdiri daripada amal salih. Tidak ada

satu pun daripadanya yang berlawanan dengan prinsip-prinsip amal salih itu.

Al-Quran membawa manusia kepada ‘tamadun’, bukan yang

sebaliknya. Adapun yang sebaliknya itu ialah ‘jahiliah’, lawan kepada tamadun.

Manusia jahiliah ialah manusia yang bergelumang dengan segala

macam dosa dan kejahatan: Manusia penjenayah, manusia peminum, manusia pelanggar undang-undang dan seumpamanya yang penuh dengan ciri-ciri jahiliah yang ditolak oleh Al-Quran.

Jadi sekarang, kita perlulah melihat di manakah kedudukan kita

di antara tamadun dan jahiliah itu? Perkara ini sangat penting sebagai langkah memuhasabah diri.

Orang Islam, memanglah dituntut untuk memeriksa diri kerana dengannya kita akan dapat mengatasi sebarang kekurangan atau membaiki mana-mana yang silap atau tersalah.

Garis pandu atau sukat-sukat yang tepat tentang tamadun dan

jahiliah itu terdapat dalam Al-Quran. Mana-mana juga yang bersifat tamadun adalah terungkap sebagai ‘makruf’, sementara yang bersifat jahiliah pula terungkap sebagai ‘mungkar’.

Ini saja. Tidak lari daripada ini. Allah Subhanahu Wataala telah

menyediakan panduan atau garis penunjuk itu. Terpulanglah kepada kita, sama ada dapat memahami perkara ini

atupun sebaliknya.

55Titah 201255

Pada hemat beta, ramai di kalangan umat manusia di mana saja, sedang melihat perkara ini dengan tafsiran yang keliru: Tamadun dianggap jahiliah, sedang jahiliah pula, itulah yang disangkakan tamadun.

Beta berkeyakinan, penafsiran yang songsang seperti inilah yang

menjadi punca utama kelemahan dan kacau-bilau dalam masyarakat, menjadi baja yang efektif bagi penubuhan gejala-gejala sosial dan menjadi sebab kepada perkembangan jenayah dan keruntuhan akhlak.

Beta suka menyebut satu contoh yang telahpun berlaku di hadapan mata. Dalam akhbar Borneo Bulletin keluaran 13 Julai 2003 di muka paling depan sekali terdapat satu tajuk besar berbunyi: Blitz On Karaoke. Clean Sweep via Joint Operations.

Diberitahu bahawa: Dua hari berturut-turut, tujuh agensi

penguatkuasa undang-undang telah melancarkan beberapa siri serbuan untuk menangani karaoke dan tarian-tarian haram di ibu kota dan persekitarannya.

Beta menganggap perkara ini adalah serius. Ini adalah satu contoh

jahiliah yang disangkakan tamadun atau peradaban. Negara Brunei Darussalam yang selama ini indah, molek dan

bersopan santun telah turut digegarkan oleh aktiviti-aktiviti jahiliah ini.

Beta ucapkan syabas kepada pihak-pihak penguatkuasaan, selama

mana ianya bertepatan dengan peraturan-peraturan dan undang-undang.

Kita semua adalah berkewajipan untuk membina, bukannya

merobohkan tamadun dengan penyebaran unsur-unsur negatif yang dicetuskan oleh jahiliah moden. Kita tetap berpegang kepada ajaran-ajaran Al-Quran bagi mendapatkan keberkatan di dalam semua tindak-tanduk kita.

Titah 201256 56

Kita tidak mampu untuk bertolak ansur dengan sebarang pelanggar peraturan atau undang-undang, kerana jika kita juga turut bersetuju dengan mereka, bermakna kita adalah sebahagian daripada mereka.

Ini semua adalah berlawanan dengan prinsip-prinsip kenegaraan

yang sihat, di mana yang betul, kita wajiblah tunduk kepada setiap ajaran yang baik, sekalipun sekadar ia undang-undang biasa.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

57Titah 201257

Speech By His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan

And Yang Di-Pertuan Of Brunei DarussalamTo Representatives At The Fifiteenth Meeting Of The

Pacific Economic Cooperation Council Pecc Xv Brunei Darussalam 1- 3 September 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wassalatu Wasalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Your Excellencies,

Members of the Pcific Ecomomic Cooperation Council,

Distinguished Guests,

Ladies and Gentelmen.

It gives me very great pleasure indeed to welcome you all to Brunei Darussalam.

The P.E.C.C. General Meeting you are gathered for is the highlight of our chairmanship of the Council of the two years. I would like to congratulate the committee on their planning, organization and arrangements to receive you all. Our people are deeply honoured to be hosting such a distinguished gathering of regional and world authorities.

In the next few days, we will also be joined by my fellow leaders

from South East Asia; President Arroyo, Prime Minister Thaksin and Deputy Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Titah 201258 58

In joining us, they reflect the commitment of all my colleagues in ASEAN to regional solidarity and to the spirit of international cooperation represented by the PECC.

As we in Brunei Darussalam saw at APEC 2002, this spirit is also shared right across the Asia-Pacific region. It is one that encourages us believe in a future that offers real hope. It is therefore a privilage to welcome you to our country and, on behalf of all our people, I offer our warmest greetings to you all.

Ladies and Gentlemen,

This Council was set up over twenty years ago. It represents almost a generation of leaders from right across the ecomomic spectrum from academic authorities to analysts and from business executives to political on the affairs of our region. It enables you to distinguish between short term matters of the moment and long term concerns.

I see this as an essential function of the Council. Those of us charged

with the day-to-day running of national affairs are inevitably pre-occupied with short term considerations. It is you who are able to look ahead over the coming twenty years and judge what verdict the next generation of Asia-Pacific citizens may hand down on our work today.

It is you who are best able to keep in mind our vision of a future

Pacific community, one that links all our people from rural villages to urban cities and from small islands to great metropolitan centres. You are uniquely equipped to provide that perspective. That is why I, and my colleagues in government place such importance on your contribution to our region’s cooperation and development.

We do not see the PECC as just an intellectual forum. We see it as

a vital assembely of academic, commercial and government experts whose views are deeply respected. They will directly affect the decisions and actions we will support in ASEAN, APEC, the WTO and

59Titah 201259

the United Nations. They will therefore profoundly influence the lives of the ordinary citizens we represent and the people we described at the APEC meeting in Blake Island back in 1993 as a “future Pacific community”.

I particularly urge you to keep that vision in sight. It is a crucial

one for every Pacific community and every Pacific family. They are seeking a simple right. This is the right to plan its future in peace and security and to lead its life in the prospect of increased prosperity. It is a fundamental to be able to share some of that responsibility with those of you here today.

Ladies and Gentlemen,

That task should not be obscured by passing events, no matter how grim they may appear at times. These are the stuff of hourly headlines and the currently fashionable “breaking news”. Our people are beset by them every week and sometimes every day such as economic collapses, Government crises, catastrophe, extremism, discontents and fanaticism.

If they are not political, they stem from religious, social or cultural

movements or even health crises such as this year’s SARS epidemic. These are especially worrying for our people when they arouse ethnic and political hostility.

Here in Asia, there are many that are causing enormous concern

and alarm. The most obvious one is “terrorism”. When we in Brunei Darussalam hosted the ASEAN Summit in 2002, I expressed our horror and outrage at attacks against the innocent.

I also expressed our grave concern that thus amounted to a profound

attck on world order. I believe that the widespread international cooperation that followed the attacks on New York and Washington in 2001 has achieved much.

Titah 201260 60

Nevertheless, the fact that criminal groups continue to plan and commit such atrocities has a profound bearing on our hopes for a genuine pacific community. Nothing lowers a nation’s morale more than a feeling that their government should have and could have done more. They must never have this feeling. It means that all government affairs whether domestic, regional or international must be conducted in extreme vigilance.

In your own deliberations, it means that none of your thinking can

be conducted in isolation. There are modern political and security considerations that are bound to shape your ideas. I know you are all aware of this and I hope you will be able to play a significant part in helping establish lasting confidence and stability in the Asia-Pacific.

I say this for a very important reason. By its very nature, your

Council serves to bring people together. It allows them to get to know each other better and to share common concerns. Groups like yours can engage today’s disputing parties dialogue and discussion. The more you do this, the greater will be the chance of stability. If the regional community we seek is to have true meaning, no one should be excluded. Every emphasis should be placed on inclusion, involvement and sharing. After all, we are trying to build something new in the Pacific.

In this task, our governments could be called the region’s constructors. And as all constructors are well aware, stability is the prime requirement for anything man-made. Yours, however, is different role. You are among the region’s most sought after architects. As such, your plans have to temper all designs for renewed dynamism with assurances that the foundations on which this is built are stable and lasting.

I regard this as the region’s priority today. Three years after

worldwide expressions of doomsday. All of in government have to do everthing we can to assure the people that this is not the case.

61Titah 201261

In this, we need your help. Confidence will not come from optimistic sound-bites. It will grow steadily if we are able to offer and accurate and impartial assessment of modern life. A description that is not exaggerated one way or the other. One that helps us distinguish between passing trends and that which is truly and deeply disturbing.

That is why, Ladies and Gentlemen, I find it most fitting that

the theme of this conference is “Securing The Future”. You will be discussing “ as trategic path for the next decade”. I congratulate you on this choice. It calls on you to do what you do best. It asks you to assess the region as I have just suggested, objectively and accurately and to advise us skillfully.

Above all, it poses practical questions. What in reality actually threatens ordinary people’s futures? How will it affect their economic development?. And, as a result, in what way do you believe regional institutions need to change?

The PECC is well placed to do this. It has already become an invaluable regional resources. I believe there are special reasons for this. The Council owes this status not only to its undoubted economic expertise. It has also shown deep political awareness.

The groundwork for the establishment of APEC and all its subsequent achievements was not laid casually. Those who took part in that early work deliberately adopted what we in South East Asia believe is the only approach that can offer long term success. Patience , sensitivity to others concerns, and an unending search for consensus no matter how hard and frustrating the process of achieving it. It was this approach that provide the model for the open regionalism practiced by APEC and for economic integration in the Asia-Pacific. It is that same approach that will enable you to address fresh challenges successfully.

Ladies and gentlemen,

Titah 201262 62

Much of what I have said so far is directed at the academics among you. The many private sector leaders assembled here offer a vital practical view. In Brunei, we are particularly pleased to welcome the special insights they offer.

Like our colleagues in ASEAN, we have embraced many aspects of globalization. We are becoming more and more aware of its benefits. At the same time, we are learning about the many difficulties it can cause our people. For this reason, we have given strong support to your Development Agenda.

During APEC 2000 our theme was “Delevering to the Community”. This highlighted the importance we attached to knowledge and the tools of ICT for developing our human resources. We set ambitious targets. Among these, were the “Brunei Internet Acess Goals”.

This aimed to triple the number of people with access by 2005 and to provide access to all by 2010. This, we said, can only be done through innovative partnership between governments and the private sector. Those targets and digital tools remain relevant. They were re-emphasized by APEC in Mexico last year.

I am therefore glad to see that you will be discussing public an private partnership in development and the role of knowledge and ICT in one of your sessions. In development matters such as these, the participation of international multilateral development agencies will also be crucial. So, I am pleased to see that their representatives will be joining your discussions.

I am also glad that speakers from outside the region have been invited to the conference. We have to reach out to others and learn from their experiences. So, I enourage you to continue expanding participation in the Council. This is now taking on new urgency.

In a few days, the WTO ministerial meeting will be taking place in Cancun. One pressing matter that I know you have been working on is particularly sensitive. This the emergence of an increasing number

63Titah 201263

of bilateral, regional and cross-regional trading arrangements. It is sometimes called a “newer regionalism”. It could well present a basic challenge to the concept of open regionalism. It could certainly impede our efforts at community-buliding and economic development.

Realities, however, could well dictate that it is here to stay. If so, how can we ensure that such pursuits are transparent and constructive? How can we be confident that they indeed form building blocks for freer trade? You will also be conscious of a pressing fact. Most of the important deadlines set in November 2001 in the Doha development agenda have passed without agreement.

This demonstrates how difficult is to reach consensus on how to reshape the international trading system. It emphasises the conplexities involved in finding the best ways to support developing nations’ deepest hopes and in fulfilling everyone’s commitment to reducing world poverty.

In therefore increases the need for us to continue broadening the scope of consultation and doing everthing we can to ensure that globalization is an inclusive process that incorporates all views and all positions.

Ladies and Gentlemen,

Your efforts here are extremely demanding. Although we need to maintain a long term view, current events are always at work. Hence, the burden we place on those like you, who offer us analysis and recommendations, is indeed heavy.

You have a tremendous task ahead as thinkers for this region. At

this meeting, you will be able to hear and speak with political, business and thought leaders from around the world. It should result in some extremely valuable conclusions. I am very much looking forward to receiving and studying them.

Titah 201264 64

Finally, Ladies and Gentlemen the Cancun meeting will receive worldwide attention. It is the focus of attention for many oppose to globalisation. Such critics have made it clear that they will not be easily satisfied. To answer them, governments need replies that are clearly made in the interests of ordinary people.

This means that great meetings such as this must one overfall focus. This is the welfare and economic future of the billions of ordinary people we are privileged to represent. The past record of the PECC gives me great confidence that this will indeed be the case over the next two or three days.

I am sure that all the expertise and wisdom you have assembled here will be devoted to that ultimate end. I wish much success in all your deliberations and with the kalimah, “Bismillahir rahmanir rahim”, I have much pleasure in declaring the 15th Pacific Economic Coopertion Council general Meeting officially open.

Thank You.

65Titah 201265

Titah Di Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam Ke-15 Di Dewan Cansellor

Universiti Brunei Darussalampada 14 Rejab 1424 / 11 September 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wassalatu Wasalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin dan rahmat-Nya jua, dapatlah beta menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-15 Universiti Brunei Darussalam pada pagi yang indah ini.

Dalam kesempatan ini beta dengan tulus ikhlas terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada para graduan dan penerima-penerima sijil di atas usaha gigih mereka sehingga berjaya memperolehi kejayaan masing-masing.

Beta juga merasa gembira, kerana buat julung kalinya, Universiti Brunei Darussalam dapat melangsungkan Majlis Konvokesyennya di dalam kampus sendiri iaitu Dewan Canselor yang indah ini.

Terbinanya Dewan Canselor ini merupakan satu lagi pencapaian

Universiti Brunei Darussalam dalam bidang pembangunan infrastrukturnya. Beta berharap dengan kemudahan tambahan ini, Universiti Brunei Darussalam akan dapat memantap dan meningkatkan lagi kecemerlangannya. Ini termasuklah usaha ke arah menghasilkan para graduan yang dapat menepati kehendak pasaran pekerjaan semasa.

Titah 201266 66

Dari senario ekonomi dunia sekarang, kita dapat melihat pertumbuhan yang agak perlahan, di mana negara kita tidaklah terkecuali dari turut menerima kesannya.

Maka dalam keadaan yang sedemikian ini, para graduan ita semestinya bersikap lebih terbuka dengan memiliki pemikiran-pemikiran kreatif dan inovatif, serta juga kaya dengan semangat ingin bersaing, sehingga dengan itu, menjadikan mereka juga boleh -secara bersendirian-menjadi pengusaha atau peniaga, atau apa jua bidang yang boleh diteroka, tanpa mata-mata terkongkong oleh sikap menunggu atau mencari peluang-peluang pekerjaan di dalam kerajaan. Ini adalah satu ciri yang menepati hasrat negara bagi mencapai ekonomi yang beteraskan ilmu ‘knowledge-based economy’.

Di samping perkara ekonomi, lepasan graduan-graduan juga perlulah kaya dengan kualiti-kualiti rohaniah, termasuk semangat patriotik mencintai negara. Beta yakin, Universiti Brunei Darussalam akan terus berusaha menamakan kualiti-kualiti ini melalui penyediaan pelbagai aktiviti kokurikulum dan penerapan ‘Islamic input’ ke dalam program-program akademik, kursus-kursus dan latihan-latihan yang dikendalikan.

Kita tidaklah mahu, ianya hanya indah di dalam kertas atau disebut dalam ucapan-ucapan sahaja, sedangkan realitinya banyak bercanggah dengan apa yang ditulis atau disebut itu. Perkara ini tidak akan memberikan apa-apa sumbangan, melainkan semata-mata memperdaya diri senidri.

Contohnya, kita bercakap mengenai patriotisme, tetapi dalam masa yang sama, sampah sarap masih tidak ditangani dengan sempurna masih dibuang merata-rata yang boleh mencemarkan negara.

Begitu juga tentang ‘Islamic input’ yang dimegahkan, jika masih ada di kalangan penuntut yang tidak mengikut etika Islam yang dikehendaki oleh peraturan, seperti contohnya berkelakuan tidak Islamik dalam pergaulan, berpakaian tidak sopan, atau merokok

67Titah 201267

sama ada bersembunyi-sembunyi atau berterang-terangan, jika ini masih ada, maka bererti, kemegahan kita itu adalah kemegahan yang masih diragukan.

Kita hari ini adalah sentiasa berhadapan dengan insiden-insiden

yang menjejaskan imej Islam. Sepatutnya kita lebih-lebih lagi istiqamah dalam memelihara keunggulan agama yang maha suci ini.

Kerana itulah, beta amat gembira mengetahui adanya usaha

Universiti Brunei Darussalam. Khususnya Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien untuk memantap dan menonjolkan imej murni Islam, termasuklah di antaranya menubuhkan Jabatan Penyelidikan Mazhab Syafe’i pengenalan program Diploma Kefahaman Islam, di samping penekanan pendidikan yang berunsurkan sahsiah serta penampilan Muslim, yang telah berjaya menarik perhatian beberapa pihak serantau dan antarabangsa untuk menghantar pelajar-pelajar mereka mengikuti pengajian di universiti ini.

Akhirnya, beta dengan sukacita merakamkan ucapan tahniah dan

terima kasih kepada semua pihak yang berkaitan dengan univerisiti, yang meliputi Pengerusi dan Ahli-Ahli Majlis serta Senat Universiti, Naib Canselor, Pegawai-pegawai Utama, para ahli akademik dan pegawai serta kakitangan sokongan, di atas segala sumbangan dan khidmat bakti mereka. Semoga Allah jua akan memberikan ganjaran taufik dan rahmat-Nya kepada semua. Amin.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201268 68

Speech By His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah Ibni Al-Mahrum Sultan Haji

Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan Of Brunei Darussalam

At The 2003 Meeting Of The Commonwealth Minister’ Of Finance Bandar Seri Begawan

On 16 September 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wassalatu Wasalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Your Excellencies,

Secretary-General,

Ladies and Gentlemen.

It is a great privilage to welcome you all to our country. My government and people wish thank all members of the Commonwealth and our Secretary-General for giving us the honour of hosting this meeting. We are proud to receive you and we will do everthing we can to make your visit most enjoyable.

Your Excellencies,

We ini Brunei Darussalam place a special value on our membership of the Commonwealth. Its fundamental values, those of friendship and mutual respect. Its goals are clear and straightforward. Above all, they are human and directed at practical day-to-day benefits for the people it represents. They echo the immediate concerns of every community and every family especially those in small countries like our own.

69Titah 201269

So, we in Brunei Darussalam are proud to be hosting one its Ministerial level greetings for the very first time.

Your Excellencies,

It is also a privilege to welcome such a distinguished body of Ministers, authorities and experts in such a crucial field as international finance.

We have great respect for the work you are doing. We welcome the experience you bring to us from every part of the world and from every sector of your societies. We are most grateful to have the chance to hear from you at first hand.

It should be a great help to us. Like every member here, we are undertaking economic reforms. We are setting fresh priorities. We are planning new measures in line with what is required by modern international finance and global investment.

Nevertheless, many of our people are worried about the world economic situation. They sense that it contains less of the promise it once offered.

The immediate goals set by the leaders of developing nations half a century ago have all been achieved. Self-determination, sovereign rights, political independence, these are all facts international life. Accompanying them, however, is a new economic dependence.

They also see that the great institutions of the world seem to be

offering no visible and positive form of redress. Wha they see instead is a world of deep insecurity and frustration.

It is one that often invites confrontation, sometimes violently particularly in the form of terrorism. In worldwide efforts to deal with the fear it creates many of us in the developing world have made one overriding plea. We have asked that the root causes of anger and hopelessness be addressed. So, we make a similar plea here to deal with the root causes of economic despair.

Titah 201270 70

We in Brunei Darussalam have embraced globalization, including most aspects of its modern financial architecture. These are, however, some very serious reservations made in our region and even in our own country. Critics assert that global poverty exists because the global financial system requires it. World institutions may try to address it, they say, but the methods they advise cause great suffering and create even deeper levels of poverty.

These are profoundly disturbing conclusions but they are growing in acceptance. So, can we demonstrate clearly that this is not the case in simple terms and direct actions that ordinary people readily understand? That, I believe, is the most fundamental challenge we face as representatives of our Commonwealth of Nations.

Hence, I was very pleased to hear from the Secretary-General that the special theme for this year’s meeting is “Delivering basic services to the poor”. I was especially pleased with his emphasis on the word “develivering” with all its connotations of direct action.

It states that we are here to help solve ordinary people’s problem, not to describe them. Of course, there has to be analysis, sometimes deeply technical analysis.

As I have noted, we have accepted that globalization is inevitable and irresistible. Few need to be convinced of that. What requires explanation and understanding., however, is disturbing paradox at the heart of modern financial affairs.

It deeply frustrates people in developing nations. On the one hand, happiness in national, community and family life demands a high level of stability. By this, I mean support for traditional values, respect for age-old ways of life, and sensitivity towards other’ faiths and beliefs.

On the other hand, however globalization often seems to demand

the opposite: competition, innovation and individualism-the new replacing the old; and the past discarded or merely forgotten. In other words, globalization appears to value volatility not stability.

71Titah 201271

It is for this reason, Your Excellencies, that we feel the Commonwealth has such an important role to play in the lives of is members’ citiziens. It has always made a firm and deliberate commitment to the deeply human aspects of international cooperation.

These are now referred to as “Human Resource Development” and “Capacity Building” but, whatever name they are given, they nonetheless significantly help to resolve the paradox I have mentioned.

They are central to our collective development efforts in ASEAN and inour wider Asia-Pacific Region. They were the basis of the efforts in the 1980’s and nineties in many successful Asian economies. If property overseen and skillfully financed, they affect the welfare of every community. In the Commonwealth, they have traditionally formed the focus of the Fund for Technical Cooperation. Whatever else the Fund may underwrite, we hope that direct human assistance will remain its priority. This is why we in Brunei Darussalam have madethe CFTC our principal contribution to the Commonwealth. It has done much to help our people understand modern life, its requirements, its difficulties and it’s satisfaction.

Your Excellencies,

Against this background, our meeting here has much to consider. As the Secretariat has rightly stated, the past two years have been a difficult time for the world economy. Terrorist violence and recent SARS crisis have severely damaged confidence. Recovery has been slower than we hoped fro. Markets naturally reflect the uncertainties have been created. We all depend a great deal on the major economies to get their policy responses right. It is crucial that the industrial nations do all they can to speed global recovery.

Many of these matters raise difficult technical issues in themselves. Added to these is the need to respond effectively to the task of meeting the ambitious Millennium Development goals. In this, the Commonwealth’s action plan for implementing the consensus in Monterrey eighteen months ago has to be implemented successfully.

Titah 201272 72

Ways of increasing the volume of aid available and the quality of such aid must continued to be explored.

Perhaps most important of all, is the question of how international trade is to be continued. We have to decide together what message Commonwealth Finance Ministers may wish to send to their trade and economic counterparts. Our government and private sector leader will be keen to hear your immediate assessment of what just taken palce in Cancun.

In all these matters, we are fortunate to have such an informed group of experts assembled here. We are also fortunate to have the representatives of several great industrialized nations as our partners. They bring the highest level of expertise to our discussions.

They have also come to South East Asia where achieving consensus

is a cherished part of our culture. So I hope that this meeting will do all it can to make the Commonwealth’s voice a powerful one on the many matters of great importance to be discussed. This is a crucial objective, I feel, as this organisation’s voice is a most influential one.

Lastly, Your Excellencies, Ladies and Gentlemen.

Every meeting is chracterised by its primary concerns. It is my hope that this one in Bandar Seri Begawwan will be remembered not just for its financial deliberations but also for the priority it tried to place on the practical needs of the ordinary people we are sent here to represent.

In this spirit, Your Excellencies, Ladies and Gentlement, I am delighted to welcome you once more to Brunei Darussalam.

I wish you much success in all your discussions and I have very

great pleasure in declaring the Commonwealth Finance Minister’s Meeting of Two Thousands and Three officially open.

73Titah 201273

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201274 74

Titah Di Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-13 Di Dewan Canselor

Univeristi Brunei Darussalampada 26 Rejab 1424 / 23 September 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wassalatu Wasalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat-Nya jua, dapatlah kita bersama-sama meraikan sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam bagi kali yang ke-13 pada pagi ini.

Di dalam zaman apapun, pendidikan menjadi wadah terpenting membentuk manusia. Jika ia baik maka baiklah manusia, dan jika ia pincang maka akan pincang pulalah manusia.

Kepincangan di dalam pendidikan amatlah perlu dielak dan dijauhi. Kerana pendidikan yang pincang itu tidak mampu untuk melahirkan masyarakat yang sempurna.

Bagi umat yang berugama, pendidikan bukanlah semata-mata KNOWLEDGE tetapi juga akhlak. Ia mestilah seimbang antara rohani, jasmani dan intelek yang diurus oleh sistem pendidikan negara. Jika ini belum tercapai, bererti belum lagi berwajah pendidikan kita itu.

Maksud beta dengan ‘WAJAH PENDIDIKAN’ di sini, ialah identiti yang dibentuk oleh pendidikan itu. Jika pendidikan hanya menghasilkan kecemerlangan semata-mata, tetapi dalam masa yang sama ia tidak berupaya melahirkan ‘SYAKHSIAH-SYAKHSIAH BESAR’ yang boleh dikagumi, maka pendidikan yang seumpama ini masih saja di tahap biasa, belum sampai kepada tahap yang boleh dibanggakan.

75Titah 201275

Beta perlu tegaskan, bahawa wawasan meletakkan pendidikan agama di bawah Kementerian Pendidikan adalah bertujuan, bukan saja untuk kepentingan-kepentingan penyelarasan dan INTERGRASI, malahan lebih utama ialah bagi mengukuhkan nilai-nilai, di mana ILMU DAN ETIKA sama-sama diberikan perhatian seimbang.

Kita akan terkejut apabila mengetahui penuntut-penuntut terlibat

dengan berbagai gejala sosial. Kemudian di setengah tempat pula kedengaran GANGSTERISME turut bertapak di sekolah. Ini semua turut membawa MESSAGE bahawa terdapat perkara-perkara yang tidak kena, sama ada ia mungkin berpunca daripada kelemahan-kelemahan pengurusan, atau pengaruh-pengaruh persekitaran, atau juga kelemahan guru-guru, ataukah juga secara langsung melibatkan sistem pendidikan yang perlu diperbaiki dan lain-lain lagi.

Semua ini adalah turut mencuit pemikiran kita supaya pendidikan itu mesti diletak di tempat yang utama, bukan yang kedua atau yang ketiga.

Itu belum lagi kita menyebut contoh-contoh khusus, seperti misalnya, siapa dan berapakah yang sudah dikenalpasti dari kalangan penuntut yang terlibat dengan dadah dan rokok?

Mengenai dadah ini, beta telah difahamkan, bahawa dari Tahun 1977 sehingga Tahun 2002, dan dicampur lagi perangkaan setengah tahun bagi Tahun 2003, adalah jumlah orang-orang yang ditangkap kerana dadah di seluruh negara ialah seramai 3,750 orang semuanya, dan daripada jumlah tersebut, 87.3 peratus adalah orang Melayu, cuma 6 peratus sahaja orang Cina.

Angka ini mungkin akan bertambah lagi dari masa ke semasa.

Dari fenomena ini, apakah kita tidak patut merasa risau? Di manakah orang Melayu dengan budayanya, sedang budaya dadah itu bukanlah milik mereka. Di manakah orang Melayu yang dianggap taat beragama, sedang benda dadah yang memakan atau menghidunya telahpun di CONFIRM oleh agama sebagai jijik dan ditegah.

Titah 201276 76

Beta melihat satu jalan keluar, malah satu harapan hanyalah pada pendidikan jua. Pendidikan sajalah yang mampu menguasai semua ini. Pendidikan merupakan alat tercanggih untuk mengatasi isu-isu yang kritikal dalam masyarakat.

Di sinilah sumbangan pendidikan itu terhadap pembinaan insan dan kemajuan negara. Belum ada sukat-sukat yang boleh digunakan untuk mengukur sumbangan tersebut. Tetapi apa yang ada, setiap kejayaan di dalam pembangunan adalah berpunca dari sumber tenaga manusia, dan tenaga manusia pula adalah dibentuk oleh pendidikan dan latihan.

Pelaburan dalam sumber tenaga manusia boleh meningkatkan ‘HUMAN CAPITAL’. Keistimewaan ‘MODAL MANUSIA’, ia tidak akan pupus atau berkurangan walaupun digunakan, berbanding dengan modal-modal biasa yang lain.

Oleh itu, pendidikan mestilah dilihat dengan serius, bukan oleh kalangan dalam pendidikan saja, malah juga oleh setiap individu, kerana ianya adalah menyangkut soal SURVIVAL bangsa dan masa depan.

Memandangkan pendidikan adalah suluh kepada kehidupan ini, maka ia mestilah dimartabatkan sebagai kepentingan kebangsaan yang perlu diisi. Caranya antara lain ialah dengan menyediakan kurikulum yang mempunyai objektif mewujudkan budaya pendidikan sepanjang hayat, supaya ia benar-benar mampu melahirkan masyarakat Brunei yang berilmu pada semua peringkat umur.

Dalam makna lain, pendidikan kebangsaan perlulah menyediakan program-program pendidikan yang dinamik dan FORWARD LOOKING untuk menghasilkan ilmu dan kemahiran bagi keperluan-keperluan industri dan perkhidmatan-perkhidmatan tanpa membelakangi faktor-faktor nilai.

Faktor-faktor nilai yang dimaksudkan di sini telapun sedia wujud dalam pendidikan bersepadu yang berteraskan wahyu dan

77Titah 201277

akal. Daripadanya, kita ciptakan JATIDIRI selaku teras, di mana dengannya kita akan merasa selalu yakin, bahawa kecemerlangan yang sebenar-benarnya itu hanya dapat dicapai melalui pendidikan bersepadu itu.

Kerana itu, beta begitu gembira mengambil maklum, bahawa Kementerian Pendidikan sekarang sedang berusaha menyediakan Kurikulum Bersepadu, dan juga penggubalan satu Undang-Undang Penididikan yang komprehensif bagi menggantikan Akta Pendidikan 1952 yang dipakai selama ini.

Untuk akhirnya, beta mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang menerima anugerah-anugerah pada tahun ini. Pencapaian guru-guru yang menerima anugerah kecemerlangan sempena Hari Guru hendaklah dijadikan model dan benchmark kepada guru-guru yang lain. Dan benchmark itu sewajarnya tidak statik kerana kita ingin melihat pencapaian guru bertambah meningkat dari tahun ke setahun bagi kebaikan pendidikan. Beta berdoa semoga segala sumbangan para penerima anugerah tahun ini akan diterima oleh Allah Subhanahu Wataala sebagai amal yang berkebajikan.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201278 78

Titah Di Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Negara Tahun 1424 Hijrah Di Pusat Persidangan

Antarabangsa, Berakaspada 27 Rejab 1424 / 24 September 2003

Assalamualikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa

Umuuriddunya Wadden Wasalaatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’ala ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Segala syukur dan puji hanyalah kepada Allah jua yang telah mengizinkan kita dpaat berkumpul bersama-sama di majlis yang penuh dengan keberkatan ini.

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah bermula dengan suatu pembedahan untuk menyucikan hati Baginda, dan setelah itu diisi pula dengan iman dan hikmah.

Ini melambangkan, bahawa kejayaan bagi sesuatu pekerjaan, apatah lagi jika ia “PEKERJAAN BESAR”, adalah berpunca dari hati yang bersih, yang sihat, yang tidak dicemari oleh sebarang penyakit.

Apakah bentuknya hati yang bersih itu?

Janganlah dibayangkan ianya seperti balang atau botol kosong yang apabila diisi dengan air tidak menampakkan geladak, bukan! Ini bukanlah contoh untuk hati yang bersih, tetapi hati yang bersih itu, bukan saja tidak berpenyakit, malahan juga penuh serta padat dengan iman dan hikmah menjalani kehidupan. Barangsiapa yang ingin berjaya bagi dirinya sendiri dan membawa juga kejayaan itu kepada orang lain, maka hendaklah dia memiliki sekeping hati yang bersih. Jika ada hati yang bersih, semua pekerjaan akan jadi bagus

79Titah 201279

dan lurus. Tidaklah akan ada sebagaimana peribahasa: PEPAT DI LUAR RENCUNG DI DALAM.

Inilah peranan hati. Adapun hati yang kotor, sangat mudah

baginya mencetuskan huru-hara. Huru-hara itu bermula dari diri sendiri dan melarat kepada orang

lain. Sebagai contoh, apa yang sedang dan kerap berlaku akhir-akhir ini,

adalah merupakan petanda adanya keadaan yang tidak sihat. Jika dahulu, Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara sejahtera. Semua isi di dalamnya sejahtera. Rumah tidak perlu dikunci, kereta tidak perlu dikunci, semuanya sejahtera.

Tetapi sekarang banyak yang telah berubah. Rumah yang berkuncipun sudah boleh dimasuki dengan berbagai cara.

Ini tidak syak lagi, menandakan sudah ada hati-hati yang berkarat yang turut menghuni negara ini. Kerana itu beta serukan kepada semua yang berkaitan, supaya meningkatkan usaha mengesan mereka, gunakan semua mekanisme yang patut digunakan, sehingga mereka itu diadili.

Negara kita adalah negara undang-undang, dan untuk membuktikan bahawa kita tidak berolok-olok, maka hendaknya pihak-pihak yang berkenaan mestilah lebih berani dan tegas sehingga semua orang tahu bahawa Negara Brunei Darussalam bukanlah laluan yang mudah bagi penjenayah.

Kita mesti tingkatkan kawalan-kawalan di sempadan dan persisiran, bagi memastikan, bahawa negara ini adalah benar-benar bersih daripada sebarang pendatang tanpa izin yang tidak memiliki dokumen-dokumen perjalanan yang sah.

Titah 201280 80

Pihak penguatkuasa janganlah melihat perkara ini dengan sebelah mata, kerana padahnya adalah amat buruk kepada keamanan dan kesentosaan negara.

Kita tidak mahu Negara Brunei Darussalam menjadi tempat penghijrahan bagi anasir-anasir yang tidak disenangi di tempat mereka sendiri. Sesungguhnya perkembangan mutakhir yang telah mencatatkan beberapa insiden terbaru setakat ini, adalah menjadi ujian dan cabaran berat kepada pihak-pihak penguatkuasa dan juga masyarakat.

Sehubungan dengannya, juga ‘KEJIRANAN KAMPUNG’ eloklah dikemaskinikan atau diluaskan lagi fungsinya, sehingga benar-benar dapat menyumbang untuk sama-sama mengatasi jenayah.

Di samping menumpukan usaha-usaha biasa ke arah keamanan, kita juga janganlah lupa amalan-amalan beragama, kerana dari sinilah kita akan mendapat rahmat serta pertolongan Allah dan sesungguhnya pertolongan seumpama itu tidaklah boleh didapat melainkan hanya semata-mata daripada-Nya jua, sebagaimana firmannya dalam surah Quraisy ayat 4, tafsirnya”

“Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan”.

Insya-Allah, keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan akan tetap berpihak kepada kita selama mana kita terus berpegang kepada ajaran-ajaran agama-Nya yang maha suci.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

81Titah 201281

Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Yang Ke-10

pada 8 Syaaban 1424 / 4 Oktober

Assalamualikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wasalaatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’ala ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas limpah rahmat-Nya mengizinkan kita dapat meraikan Hari Perkhidmatan Awam Kali yang ke-10 ini.

Hari Perkhidmatan Awam adalah merupakan hari yang istimewa bagi sekalian anggota perkhidmatan awam yang disambut pada setiap tahun sebagai menghargai sumbangan anggota-anggota perkhidmatan awam itu.

Tema sambutan Hari Perkhidmatan Awam pada tahun ini ialah KECEMERLANGAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM.

Sama ada ia menjadi tema atau tidak, kecemerlangan memanglah menjadi matlamat kita. Ia bukan saja untuk disebut-sebut, malahan benar-benar mesti kita usahakan sehingga dapat.

Kerana jika perkhidmatan awam tidak cemerlang, kemajuan pasti tidak dapat dicapai.

Perkhidmatan awam adalah jentera penggerak. Jika ia lemah dan tidak dinamik, ia boleh menyebabkan negara tertinggal di belakang semua kemajuan.

Kecemerlangan itulah era ICT turut mencetuskan hasrat kerajaan beta untuk komited dalam perlaksanaan e-Kerajaan,

Titah 201282 82

dalam mana anggota perkhidmatan awam perlu menerima cabaran perubahan cara bekerja, serta mewujudkan budaya kerja baru yang mementingkan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi info-komunikasi.

Perlaksanaan sepenuhnya e-Kerajaan pada tahun 2005 dalm RKN

ke-8, adalah untuk membawa perkhidmatan awam ke tahap kualiti yang lebih tinggi dengan setiap anggotanya diharapkan memiliki pendekatan kerja yang lebih positif dan progresif.

Perkhidmatan awam adalah di satu pihak, sementara orang ramai yang menerima khidmat pula adalah di satu pihak lagi. Kedua-duanya mestilah berjalan seiring, dalam makna, sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing secara timbal balik.

Perkhidmatan awam tugas untuk memudah cara dan memenuhi keperluan orang ramai yang berhajatkan perkhidmatan. Sementara orang ramai pula akan menerima perkhidmatan itu, sambil menunaikan tanggungjawab selaku rakyat yang baik, yang kaya dengan semangat cintakan negara.

Di antara tanda-tanda PATRIOTISME itu ialah terus bekerjasama dengan kerajaan di dalam memelihara keamanan dan keelokan negara. Memelihara keelokan itu ialah seperti tidak memugut, tidak membuang sampah merata-rata dan bersedia mematuhi semua peraturan.

Kerajaan tidaklah meminta lebih dari ini. Rakyat yang baik berhak mempunyai kerajaan yang baik.

Adapun kerajaan yang baik itu tertakluk bilamana mekanismenya baik. Semua anggota perkhidmatan awam adalah mekanisme kerajaan. Sebab itulah, selaku mekanisme, ia perlu telus, gigih, amanah dan berfikiran maju. Mekanisme yang tidak memiliki ciri-ciri ini adalah mekanisme yang lapuk yang sudah ketinggalan zaman. Kita tidaklah mahu mekanisme kita ketinggalan zaman.

83Titah 201283

Beta ingin melihat perkhidmatan awam mengubah cara-cara berfikir dan tindakannya, jika sekiranya cara-cara yang lama ternyata memerlukan perubahan.

Sukat-sukat memerlukan perubahan itu ialah, seperti bilamana cara-cara kita yang lama itu dirasakan sebagai kurang disenangi, atau ia sering mendapat kritikan dan seumpamanya. Apabila terdapat faktor-faktor seperti ini maka itu tandanya cara-cara tersebut memerlukan kajian semula untuk sebarang perubahan.

Perkara ini, mestilah diletak paling atas oleh setiap anggota perkhidmatan awam dan buktikan, bahawa mereka tidak boleh digugat oleh sebarang kehendak yang ingin memesungkan mereka daripada etika ini.

Insya-Allah dengan izin Allah serta berkat keikhlasan dan kesediaan kita memuhasabah diri, maka perkhidmatan awam kita akan mencapai kecemerlangannya sebagaimana yang kita hasratkan.

Buat akhirnya, beta ingin mengambil kesempatan merakamkan

penghargaan dan terima kasih, khasnya kepada mereka yang telah mencurahkan khidmat bakti selaku anggota perkhidmatan awam dengan jujur dan ikhlas, serta membantu menjadi nadi di sepanjang perkhidmatan mereka.

Demikian juga penghargaan yang sama kepada mereka yang telah dan akan bersara dari perkhidmatan awam, semoga akan menjalani kehidupan persaraan yang penuh bahagia.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201284 84

Speech By His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah Ibni Al-Mahrum Sultan Haji

Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan Of Brunei Darussalam

At The Asean Business And Investment Summit, Bali Indonesia On 6 October 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wassalatu Wasalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Mr. Tanri Abeng, (ASEAN-BIS Organizing Committee Chairman)

Mr. Rudy J. Persik, (ASEAN BAC Chairman)

Your Excellencies,

Ladies and Gentlemen.

It is a great pleasure to join you this morning.

On the occasion, I am particularly pleased that we are meeting here on this beautiful island. For some of our people, the name Bali continues to be associated with the criminal events of October last year.

The consequences of this have had deep and far-reaching significance for the families of the innocent victims for the government and people of Indonesia and for the people of Bali. I hope our presence is some small token of our solidarity with them and our determination to do whatever we can to assist their recovery.

85Titah 201285

In the broader history of ASEAN, it is also most fitting for us to be here. This was the scene of the first ASEAN Summit in 1976. It was the first time, regional leaders had the opportunity to take a long look ahead and consider where ASEAN was heading.

What followed was a long period of regional developmet and eventually the establishment of AFTA and other Economic agreements strengthening further of ASEAN’s Cooperations at the 1992 Singapore Summit and the regular summit meetings held over the past decade.

But it was in Bali that the process began. The years since then have shown that it is a long and complicated one. It is also, by the very nature of international affairs subject to continual change.

Some of these changes are economic or political; others are matters of security like the measures needed to combat international crime and global terrorism and some involve basic welfare such as this year’s SARS epidemic.

Whatever they may be their speed and scope hare having a considerable impact on the lives of our people.

To great extent they shape our responses as leaders and make each meeting we hold comes at a moment of transition from one change to another and, at this Bali Summit, we are again at such a moment.

That is why I find it so encouraging to be with you at our first

meeting with the ASEAN Business Advisory Council.

When the idea of having the Council was conceived at the Brunei Summit of 2001, it was in recognition the important role the private sector plays in the competitiveness and dynamism of the region.

We continue to work closely with those who, like you, have practical

knowledge and a lot of experience in commerce; trade and investment.

Titah 201286 86

So I warmly congratulate you all on the efforts in bringing together, leaders of Governments and private sector to share their respective thoughts and vision for the future.

In its own way, it represents the strength that can emerge when directed towards shared hopes and aspirations. I am delighted to have this chance of offering a few thoughts and ideas that may add to your discussions.

Firstly, Ladies and Gentlement, I have already mentioned that we are currently at yet another moment of transition. What prompts us to feel instinctively is the impact of change? Naturally, I recognize this.

At the same time, however, I welcome many rapid developments that are causing the change. They have given us undreamed of opportunities and equally also untold challenges.

But I am far less interested in those than in the promise the future world holds for our people. That is way, we the leaders of ASEAN have opted for positive action and dynamic change.

That leads me to my second and mainpoint. For many years now, we have been pursuing the ultimate goal of regional integration.

It is a complex task. ASEAN is an association of ten nations on which we are trying to superimpose a single economic pattern.

We have to find the best way to do it and there is no complete model we can copy. It has to be done in our own way, each of our nations is at a different stage of development, each has its special economic strengths and natural weaknesses.

Hence, if we are succeed as a region in today’s world economy, our plants must be directed towards this.

87Titah 201287

Otherwise each one of us will be disappointed. We will miss opportunities, foreign investment will move elsewhere and our individual economies will stagnate. Our regional goals will remain unfulfilled aspirations.

Ladies and Gentlemen, We are well aware of the challenges brought

about by other economies and regional blocs and also the need to ensure for strong rules based multilateral trading system.

We realize the effect on overall progress that will result if any of our commitments are not implemented fully.

We are similarly conscious of the fact that we have to accelerate integration in sectors that are common across the region. Together, I believe we can lessen the weakness in each of us and even remove them all together leaving in their place the strength and influence that come from unity.

In order to harness these strengths however, I believe it is very important that we need to prioritise in our current integration efforts. As well as pressing on as quickly as possible in the direction set by our long term objectives of integration perhaps we should also be looking at how we can capitalize on existing strengths.

There are already several areas in which these complement each other. I refer to the 11 priority sectors identified in which each ASEAN member has much to offer to the region as a whole.

These will encourage industries in ASEAN to take advantage of the best each member has to offer. They reflect the synergy in our diversity. This where our overall immediate efforts should now be made. I feel seizing all opportunities to make our diversity a source of strength rather than weakness.

Lastly, Ladies and Gentlemen, I have spoken of difficult routes and complicated tasks. I have confiedence about the capacity of our officials and planners to present an effective way forward.

Titah 201288 88

They well aware of the intricacies of finance, trade, services and investment; I have been similarly impressed by the collegues they meet and work with.

Equally important are our own business people. You have all shown yourselves to be true citizen of ASEAN. Committed to doing all you can to help implement ASEAN’s programmes and projects to achieving the ultimate target contained in Vision 2020. For that, I and my fellow leaders thank you.

We encourage you and continue to look forward to receiving your ideas, thoughts and contributions to our initiatives. In fact, I feel the biggest challenge must probably be placed against us as leaders.

We have to provide you with what is often called “the political will”

to reach our common goals. Can we do this? In answer, I can only offer my own feelings. The term “political will” is an easy phrase to use. In reality, it is a very complicated affair.

In sum, it requires us to detect accurately the feelings of our people and to provide the means by which, their wishes may by fulfilled. By this token, I have never felt more sure that our people are behind us. They want to see us succeed. They believe in ASEAN. They support its vision.

As leaders, I can assure you that we are determined to reflect those feelings.

Ladies and Gentlemen, I regard opportunities such as we have today and those that you will have in your meetings. As clear evidence that we are indeed on the road to integration in our own way, and our own terms.

We all have the chance to meet and work together for the benefit of all. That is what our association stands for at its deepest and most productive level. It is precious legacy that we ourselves have inherited from our founding fathers of ASEAN 36 years ago.

89Titah 201289

With that, I invite you to seize this moment and join us so that together we can chart a brighter and prosperous future for ASEAN.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201290 90

Keynote Address By His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah Ibni Al-Mahrum Sultan

Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan Of Brunei Darussalam

At The 10Th Session Of The Islamic Summit Conference Kuala Lumpur , Malaysia

On 6 October 2003

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wassalatu Wasalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Mr. Chairman,

Your Majesty,

Your Royal Highnessess

Your Excellencies

May I first thank His Highness Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani and the Government and people of the State of Qatar for their chairmanship of the OIC over the last three years. Their work has been demanding and often extremely difficult. We are most grateful for the leadership they have offered.

Mr. Chairman, it is a great pleasure to be attending an OIC Summit in our own region. I am sure our people throughout South East Asia feel greatly honoured.

For this reason, I would like to express my appreciation to the government and people of Malaysia. I thank them not only for making us feel so welcome and for all the excellent arrangements they have made but also for the efforts they have made to bring the leaders of the

91Titah 201291

Islamic World to the regional home we share. They have helped make the OIC a visible and real presence in our people’ lives.

In saying this, I would particularly like to say how much I appreciate the contribution to this made by Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad. He and I share over two decades of friendship and close cooperation.

During this time, he has never failed to promote vital interests of the ordinary people of developing nations. He has given voices to their most cherished aspirations for peace, stability, and simple personal happiness.

For Muslims, he has been a powerful advocate for the causes held most dear by the OIC and for the important role to be played by Muslims in today’s diverse and inter-dependent world.

I offer my deepest respect for this great contribution to the affairs of our Organisation.

Mr. Chairman, I am particularly pleased with the theme that has been adopted for our Summit. I feel it inspires positive thinking at a time when many of our people may be questioning their place in the world, and may even be feeling somewhat under siege in their own socities.

It may also, I believe, help us as leaders. Those of us privileged to lead nations today share many of the feeling I have mentioned. They go far beyond traditional domestic concerns and relations with one’s immediate neighbours.

They involve the grave threats to national and International security posed by terrorism and the spread of weapons of destruction. They encompass the often alarming state of the environment of the planet we all share. They demand solutions to the deepening poverty in which so many millions of people lead their lives. And each arouse profound feelings of hopelessness; despair, anger and frustration.

Titah 201292 92

Every leader is aware of the effects they have on the day-to-day lives of their people and the challenges they present to stability and order. In this, we in the OIC face the same difficulties as our collegues from other cultures and other societies.

In addition, we in the OIC, must face the unique challenge of the representing Islamic nations and Muslim people. We have to do this at a time of great confusion all over the world.

Muslims, like any other people, not only wish to lead their lives in peace and prosperity as members of the same faith. They also wish to play their part in all human affairs as they have always done when ever their talents are needed and whenever their knowledge and skills are called upon.

History demonstrates the enormous contribution Muslims have made to human progress. Today, throughout the world and every walk life, this continues to be made.

There was a time in human history when the greatest advances in knowledge ever previously known were taken by Muslims scholars and shared with the rest humanity.

Human achievement owes a great deal to Islamic scholarship and the pursuit of knowledge by Muslims thinkers, artists and scientists. All this was founded on moral imperatives. High on the list of these has always been the encouragement our faith gives to discovery to the seeking of information and to working constructively with our fellows.

I say this because I feel we have no need to explain or justify our faith. As leaders, however, we do have a need to make its achievements a matter of enormous pride and self-respect for our people.

This is particularly important today.

93Titah 201293

Headlines focus attention on the action of people who are no more than international criminals claiming to act in our names. But behind these moments of “breaking news”, are millions of hardworking ordinary Muslim citizens of their countries; sure in their faith and contribution to the well-being of their families communities and fellow men and women.

I feel it is time for the OIC to give them the attention they are due. I hope the OIC can help reinforce their confidence in the future and their confidence in themselves and their fellow Muslims.

There is no contradiction in this posed by our fierce desire to see justice long last given to our brothers in Palestine, nor in our refusal to accept any justification whatsoever for Israel’s recent attack on the sovereign territory of Syria and its total disregard for the basic tenets of conduct between nations.

This is certainly not in our insistence that all fellow Muslims receive respect, dignity and fairness wherever they may live. This is entirely consistent with our Islamic world views.

It demands that international policy be based on moral principles. Such feelings are a magnificent contribution to world affairs and we make no apology for them. We are enormously pround of them and I feel we should be doing all we can to promote them.

They are not expressed in bombs and the murder of innocent fellow human beings. They are inclusive. They are tolerant. They are multinational. They reach to the heart of the United Nations Charter.

If I may say so, Mr. Chairman, evidence of them in practical form

is not far away from us here. If we look, around the beautiful country that is so graciously hosting us here, we can see how a predominantly Muslim nation is attempting to give them living practical form and constantly seeking more knowledge and constantly re-affirming the values upon which its society as whole as a whole is founded.

Titah 201294 94

I congratulate the people of Malaysia on their achievements and deeply respect their endeavours.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Thank you.

95Titah 201295

Titah Di Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1424 Hijrah Di Pusat Persidangan

Antarabangsa, Berakas Negara Brunei Darussalampada 17 Ramadhan 1424 / 11 November 2003

Assalamualikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wasalaatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’ala ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Syukur Alhamdulillah, kita dapat pula menyambut dan memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran yang sangat diberkati.

Peristiwa Nuzul Al-Quran adalah permulaan mengubah sejarah dari kehidupan yang gelap-gelita kepada terang benderang. Dari martabat manusia yang rendah kepada tinggi dan bertamadun.

Inilah dia keramah dan mukjizat Al-Quran itu.

Dengan turunnya Al-Quran, manusia menjadi beriman, iaitu suatu nikmat yang tidak ternilai harganya. Kerana imanlah semua rahsia, dan semua jalan kebajikan terbuka untuk dilalui. Inilah namanya cahaya, iaitu iman yang berpunca daripada Al-Quran. Berfirman Allah dalam Surah Al-Hadid ayat 9, tafsirnya:

“Dialah (Allah) yang menurunkan kepada hambanya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana dia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita kekufuran kepada cahaya Iman yang terang benderang”.

Demikianlah iman itu, sayugia kita dapat memahaminya sebagai lampu untuk menyuluh kehidupan. Tanpa iman semuanya akan jadi gelap: Hidup, hati dan fikiran gelap. Jika semuanya ini gelap, maka dengan apakah kita akan dapat melayari dunia ini sehingga

Titah 201296 96

sampai ke destinasi yang selamat? Destinasi yang selamat itu ialah kehidupan yang sempurna serta kebahagiaan di akhirat yang kekal abadi.

Tidak ada dari ajaran Al-Quran, melainkan semuanya itu ialah

cahaya dan kekuatan belaka. Cuba kita perhatikan dari perjalanan sejarah, di mana umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran-ajaran Al-Quran, telah tidak dihampakan untuk memiliki kebesaran dan kemuliaan. Hanya setelah mereka itu kurang menghayatinya, lalu mereka pun dibebani dengan berbagai-bagai kesulitan dan masalah.

Ini patutlah menjadi iktibar, supaya kita umat Islam di mana saja

berada, kembali kepada Al-Quran, bukan hanya setakat membacanya, malahan juga mengambil dan memakai segala ajarannya.

Kita sedikit terkilan dengan keadaan umat Islam hari ini, mereka

itu boleh unggul dan mahir di dalam berbagai bidang, sebagaimana juga orang-orang bukan Islam, tetapi dalam masa yag kurang atau tidak tahu membaca Al-Quran, apatah lagi pengajaran daripadanya.

Ini dapat dikesan dari tulisan-tulisan mahupun ucapan-ucapan

oleh para cendekiawan dan pendakwah di kebanyakan negara Islam, ketika mana mereka itu memperkatakan tentang Al-Quran, apatah lagi untuk mengambil pengajaran-pengajaran daripadanya.

Beta berpendapat, fenomena ini mustahaklah diatasi jika benar umat Islam menginginkan kekuatan dan kecemerlangan. Sebab sumber kekuatan itu hanya ada di sini, tidak di mana-mana.

Tidakkah kita melihat firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Hasyr, ayat 21, tasfirnya:

“Sekiranya kami melihat Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk, serta pecah-belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah) missal-misal ini kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya”.

97Titah 201297

Inilah sepotong ayat dalam Al-Quran yang menjelaskan tentang kekuatan dan kehebatan Al-Quran itu. Apabila kita memakainya sebagai perlembagaan hidup, maka kita juga akan jadi kuat dan jika tidak, tidaklah akan datang kekuatan itu.

Oleh itu, bersempena dengan memperingati Nuzul Al-Quran ini, maka marilah kita, bahkan seluruh umat Islam, hendaklah berpegang kuat dengan Al-Quran, hayati dan amalkan hokum-hukumnya, ambil iktibar segala peringatan dan kisah-kisahnya, supaya umat Islam akan mendapat nafas baru daripada lesu dan lemah kepda bertenaga dan berwibawa.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201298 98

Titah Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitripada 1 Syawal 1424 / 25 November 2003

Assalamualikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wasalaatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’ala ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Allahu Akbar,

Allahu Akbar

Allahu Akbar, Walillahi Hamd.

Hari raya yang dinanti-nanti datang lagi. sementara Ramadan pula telah berlepas meninggalkan kita.

Maka berbaurlah perasaan: Di antara gembira dan pilu. Kita bergembira kerana kedatangan Hari Raya, sementara bersedih kerana Ramadan telah meninggalkan kita.

Lambaiannya amatlah memilukan, kerana setahun lagi barulah kita akan dapat bertemu dengannya insya-Allah. Marilah kita sama-sama berdoa:

“Ya Allah, pinjamilah kami umur, untuk bertemu lagi dengan Ramadan yang akan datang, supaya dapatlah kami mengaut pula laba daripadanya, iaitu laba pahala daripada keberkatan dan keutamaanya”.

Allahu Akbar,

Allahu Akbar

Allahu Akbar, Walillahi Hamd.

99Titah 201299

Di negara kita Alhamdulillah, Hari Raya membawa mesej kebahagiaan dan keamanan. Kita mestilah bersyukur di atas situasi ini. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan ramai di antara warga dunia daripada kalangan saudara-saudara kita yang seagama yang tidak mempunyai peluang untuk menikmati keamanan dan kebahagiaan itu.

Bagaimanakah mungkin untuk mengecapi keamanan, sedangkan

peperangan dan kekacauan terus melanda, ekonomi runtuh dan struktur masyarakat binasa kerananya?

Inilah hakikat yang sedang dialami oleh umat Islam di beberapa tempat di bahagian dunia ini, yang mahu tidak mahu telah turut mencuit perasaan kita.

Kalau di sini kita cukup segala-galanya, tetapi di sana mungkin saja untuk membeli roti pun mereka susah. Kalau di sini kita tenang, selesa dan aman duduk di masjid, tetapi di sana, di masjid pun perasaan belum tentu aman, kerana kekacauaan mungkin saja meletus pada bila-bila masa.

Begitulah gambaran umum sekarang, yang turut mewarnai keadaan dan persekitaran sebahagian umat Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wasallam. Pada mereka itu tidak ‘Assakeenah’, atau ketenangan disebabkan oleh pergolakan yag terpaksa dilalui, sama ada ia berpunca daripada diri sendiri mahupun yang datang dari luar, berupa bentuk-bentuk penjajahan yang tidak diundang.

Allahu Akbar,

Allahu Akbar

Allahu Akbar, Walillahi Hamd.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 2012100 100

Titah Di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiahpada 5 Syawal 1424 / 30 November 2003

Assalamualikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAH, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden Wasalaatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen. Sayyidina Muhammadin Wa’ala ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Buat julung-julung kalinya, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) telah mencetuskan satu idea untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan golongan professional muda dari sektor kerajaan dan swasta. Idea ini, beta sifatkan sebagai bagus yang patut diberikan pujaan.

Perjumpaan di antara para professional mempunyai erti yang tersendiri untuk memupuk persefahaman dan mencari kesamaan semangat. Mereka adalah golongan yang sentiasa diharap untuk membantu perlaksanaan rancangan-rancangan pembangunan negara. Malah mereka jugalah merupakan penerus kepada kepimpinan untuk masa depan.

Mengimbas keadaan negara kita di zaman awal era kemerdekaan 20 tahun yang lalu, kita adalah masih kekurangan di bidang tenaga professional telahpun bertambah dengan begitu membanggakan. Dengan ini, sudah barang tentulah dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang ini mereka akan dapat membawa Negara Brunei Darussalam menikmati pertumbuhan yang lebih komprehensif di pelbagai bidang. Ini, bukan andaian kosong tetapi berdasarkan fakta di mana-mana juga tempat di dunia.

Bagi para professional muda khasnya perlulah memahami bahawa keadaan tidaklah selamanya mantap, tidak pernah berubah. Perubahan biasanya datang tanpa memperdulikan sesiapa, sama

101Titah 2012101

ada ia bukan untuk kita ataupun sebaliknya. Misalnya dalam dua dekad yang lalu kita di negara ini juga telah tidak dapat lari turut merasakan bahang perubahan sosiopolitik dan ekonomi serantau mahupun antarabangsa. Kita juga ikut mengalami kebimbangan apabila meletusnya krisis ekonomi dan kewangan di rantau ini beberapa tahun sebelum barakhirnya abad yang lalu.

Dari krisis tersebut, kita dapat menyaksikan keadaan sosiopolitik yang tidak stabil di beberapa buah negara yang telah membangkitkan suasana tidak selamat atau tidak aman di kalangan mereka.

Semua ini, menjadi peringatan dan pelajaran yang berguna kepada kita, khasnya kepada, para professional muda, agar melihat semua permasalahan itu dengan mata dan fikiran celik serta kewaspadaan yang tinggi.

Kita juga tidak boleh leka dari mengikuti perkembangan dunia yang begitu cepat dengan kemajuan sains, teknologi dan komunikasi. Kemajuan ini secara drastik telah merubah sebahagian cara hidup dan juga beberapa tatacara, termasuk tatacara bekerja dan bertindak. Segala-galanya ini memberi kesan kepada kehidupan kita dalam keluarga dan juga kehidupan bernegara secara keseluruhan.

Oleh kerana kita tidak dapat menghindarkan diri daripadanya, maka mahu tidak mahu memerlukan kita mesti mempunyai persediaan, agar kita tidaklah hanyut begitu saja dibawa oleh arus perubahan globalisasi itu. Kita mesti mempunyai pegangan untuk dipegang serta acara dasar untuk memandu kita mengikut hala tuju.

Hala tuju itu mungkin saja tidak sama dengan hala tuju orang lain, kerana perbezaan-perbezaan environment sosiopolitik. Ini juga sangat mustahak diambil kira, bukan atas asas ‘cita rasa’, tetapi prinsip yang sesuai yang selama ini menolong kita untuk mencapai kemakmuran dan keselamatan.

Titah 2012102 102

Dalam hubungan ini, ajaran agama Islam telah dikenalpasti menjadi ‘suluh kerama’ yang menyampaikan kita kepada cita-cita besar: kehidupan sejahtera, adil lagi makmur serta aman damai.

Agama Islam telah menanam kepada bangsa kita segala nilai-nilai murni yang kita gunakan untuk mewujudkan masyarakat bersatu padu yang taat kepada ketua, pemedulian, hormat-menghormati serta pengasihan terhadap sesiapa yang patut dikasihani.

Ia telah menjadi ciri masyarakat kita, yang menjadikannya masyarakat camah mata terhadap nasib orang lain yang memerlukan bantuan. Insya-Allah, kita akan pertahankan ciri yang diredai oleh Allah ini, dengan menghulurkan apa-apa yang patut kepada mereka yang layak dibantu, seperti mangsa-mangsa kejadian alam, anak-anak yatim dan lain-lain.

Selain untuk di dalam, maka keprihatinan kita juga turut mengimbau ke luar terhadap nasib malang orang-orang Islam di luar negara, seperti di Kampuchea, Iraq dan Palestin. Kita yakin dengan derma-derma ikhlas ini, Allah Taala akan menggantikannya dengan kemakmuran yang berpanjangan lagi berlipat ganda bagi negara kita, insya-Allah.

Beta berharap, para professional muda akan dapat menyeluk hasrat ini, untuk bagaimana sama-sama dapat memberikan perkhidmatan sukarela dalam bentuk-bentuk yang sesuai dengan kepakaran masing-masing, tidak mestilah dalam bentuk mata benda, tetapi mungkin nasihat atau tunjuk ajar bagi meningkatkan kemahiran atau menambahkan pendapatan masyarakat yang berhajat.

Dalam hal ini, beta gembira, bahawa salah satu dari pendekatan untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk, maka YSHHB telah mengambil langkah menerusi perlaksanaan rancangan-rancangan dan projek-projek dengan membentuk perkongsian yang berkesan (effective partnership) dengan agensi kerajaan dan bukan

103Titah 2012103

kerajaan. Maka ke arah ini, pada hemat beta, para professional muda jika mereka mahu, boleh saja tampil menjadi ‘strategic patner’ kepada yayasan beta itu.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.