kumpulan titah - information.gov.bn publication pdf/1996.pdf · rasmiduli yang maha mulis seri...

117
Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Tahun 1996

Upload: trinhhuong

Post on 16-Jun-2019

251 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Tahun 1996

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien

Sa’adul Khairi WaddienSultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

VTitah 2012V

TerbitanUnit Penerbitan Melayu

Bahagian Penerbitan dan PameranJabatan Penerangan

Jabatan Perdana MenteriNegara Brunei Darussalam

Cetakan Pertama 2016

Hakcipta Jabatan Penerangan

PenyelarasHajah Rosidah binti Haji Ismail

Susunan/Reka letak/Kulit LuarMuhammad Al Khaliq bin Ali

Kompilasi/PenyemakZawiyatun Ni’mah binti Mohamad Akir

Dicetak olehEzy Printing Services & Trading Co. Sdn. Bhd

ISBN

Titah 2012VI VI

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri pada 20 Februari 1996

1-3

Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Ke-12 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari 1996

Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Ke-12 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Mac 1996

Titah At The First Asia-Erope Meeting On 1st Mac 1996

Titah Di Majlis Persantapan Malam Sempena Lawatan Rasmi Perdana Menteri Pakistan, Puan Yang Terutama Puan Mohtarama Benazir Bhutto Di Istana Nurul Iman pada 5 Mac 1996

4-8

9-12

13-15

16-19

20-24Titah Sempena Dengan Lawatan Rasmi Tuan Yang Terutama Tuan Banharn Silpa-Archa, Perdana Menteri Thailand pada 23 April 1996

VIITitah 2012VII

Speech By His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam On The Occasion Of The Visit By His Excellency Banharn Silpa-Archa, Prime Minister Of The Kingdom Of Thailand pada 23rd Mac 1996

25-29

Titah Beresempena Hari Raya Aidil Adha 1416/1996 Masihi pada 29 April 1996

Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Hijrah 1417 pada 19 Mei 1996

30-32

33-36

Titah Di Majlis Perasmian Perhimpunan Majlis-Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Seluruh Negara pada 26 Mei 1996

37-41

Titah Bersempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-50 Tahun Di Balai Singgahsana Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada 15 Julai 1996

42-50

51-58Text Of Speech Of His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan Of Brunei DarussalamOn The Occasion Of His Majesty’s 50Th At The Throne Room Birthday Celebration At The Throne Room, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan On 15th July 1996

Titah 2012VIII VIII

Titah di Majlis Pembukaan Rasmi Masjid Perpindahan Lambak Kanan, Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan pada 19 Julai 1996

59-61

Titah Bersempena Dengan Lawatan RasmiDuli Yang Maha Mulis Seri Paduka BagindaYang Di-Pertuan Agong Malaysia Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ke Negara Brunei Darussalam pada 10 September 1996

62-64

Titah Di Majlis Perhimpunan Hari Guru Kali Keenam pada 23 September 1996

70-73

77-79

80-82

Titah Di Majlis Merayakan Hari Keputeraan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada 28 Julai 1996

65-69

Titah Di Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bhagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 1996 Masihi / 1417 Hijrah pada 13 Oktober 1996

Titah Sempena Jamuan Yang Diberikan Oleh Datuk Bandar Paris, Tuan Jean Tyberi pada 18 Disember 1996

74-76

Speech By His Majesty Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali SaifuddienSa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan Of Negara Brunei Darussalam On The Occasion Of The Reception Hosted In Honour By The Mayor Of Paris, Jean Tiberi On 18th December 1996

IXTitah 2012IX

Titah Di Majlis Jamuan Yang Diberikan Oleh Tuan Yang Terutama Presiden Chirac, di Paris pada 18 Disember 1996

Speech By His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan Of Negara Brunei Darussalam In His Honour By His Excellency Presiden Chirac On 18th December 1996

83-87

88-92

Titah Di Jamuan Makan Malam Rasmi Yang Diberikan Oleh Tuan Yang Terutama Jean-Luc Dehaene, Perdana Menteri Belgium pada 19 Disember 1996

93-97

Speech By His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan Dan Yang Di-Pertuan Of Negara Brunei Darussalam At The Official Dinner Hosted By His Excellency Jeam-Luc Dehaene, Prime Minister Of The Kingdom Of Belgium pada 19 December 1996

98-101

102-104Titah Di Majlis Jamuan Yang Diberikan Oleh Tuan De Donnea, Datuk Bandar Brussels pada 20 Disember 1996

Titah 2012X X

Speech By His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam At The Reception Hosted By Mayor De Donnea, Mayor Of Brussels On 20th

December 1996

105-107

1Titah 20121

Titah Sempena Hari Raya Aidilfitripada 20 Februari 1996

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAAHI, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil

Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya jua, dapatlah sekali lagi bertemu dengan salah satu hari keagungan umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri, hari kejayaan menundukkan hawa nafsu di bulan Ramadan.

Sesungguhnya umat Islam yang telah berjaya dalam melawan hawa nafsu mereka dengan sabar dan tekun itu akan benar-benar berasa bahagia pada hari ini. Di samping itu ada juga yang merasa sedih dan pilu kerana berpisah dengan Ramadan.

Ini ialah kerana terdapatnya banyak kelebihan dalam bulan Ramadan itu, yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain.

Sepertimana maksud sebuah hadis Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, bahawa sekiranya manusia mengetahui kebijakan yang terkandung di dalam bulan Ramadan itu tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadan tetap berlaku sepanjang tahun.

Sesungguhnya memang banyak kelebihan bulan Ramadan itu. Di dalamnya kita dituntut supaya banyak bersabar dan tabah. Kita juga disunatkan melakukan tarawih dan banyak membaca Al-Quran

Titah 20122 2

kerana di dalam kitab Allah itu terkandung berbagai rahsia dan ilmu yang sangat besar gunanya kepada umat manusia.

Oleh itu dalam kita bergembira menyambut Hari Raya sebagai tanda kemenangan melakukan puasa, janganlah kita leka dan lupa akan tanggungjawab kita seharian yang telah diperintahkan oleh agama kita.

Janganlah hanya pada bulan puasa sahaja kita suka ke masjid sedangkan lepas puasa kita kurang mengunjungi masjid untuk sembahyang berjemaah.

Begitu pula janganlah hanya dalam bulan puasa sahaja kita bersabar dan tabah dalam menempuh cubaan dan dugaan hidup, sedangkan selepas itu kita biarkan nafsu amarah kita menguasai tindak-tanduk kita.

Jika kita rajin membaca dan menghayati kita suci Al-Quran di sepanjang bulan Ramadan, janganlah pula kita lupa atau malas untuk menelaah Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Segala amalan baik kita di bulan yang suci itu hendaklah kita amalkan terus untuk sepanjang tahun sebagai budaya hidup yang berkekalan.

Semoga keberkatan di bulan Ramadan dan kemeriahan Hari Raya yang kita raikan ini akan menjadikan kita sentiasa tabah, waspada dan tekun menghadapi cabaran-cabaran hidup masa kini dan akan dating.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Pada mengakhirinya, beta dan keluarga beta dengan tulus ikhlas dan sukacita, mengambil sukut baik Hari Raya yang berkat ini, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua lapisan rakyat serta penduduk yang beragama Islam di negara ini.

3Titah 20123

Semoga kita semua akan sentiasa dirahmati oleh Allah dan mendapat perlindungan-Nya jua. Amin.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 20124 4

Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Ke-12 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam

pada 23 Februari 1996

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAAHI, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa

Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Alhamdulilah, kita wajib bersyukur ke hadarat Allah Subhanahu Wata’ala atas limpah rahmat-Nya mengizinkan kita semua untuk menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan kita yang kedua belas dalam keadaan Negara terus aman dan tenteram, istimewa pula kita masih berada dalam suasna gembira menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kita bersyukur kerana Allah Subhanahu Wata’ala telah mengurniakan nikmat kesejahteraan dan keamanan di bumi Darussalam ini, berkat dari ketekunan para pemimpin kita turun-temurun pada menegakkan agama Allah dan pada memberi perhatian ke atas kebajikan rakyat dan penduduk.

Kita perhatikan negara-negara sejagat, baik yang maju, mahupun yang membangun, masing-masing inginkan ketenteraman dan kemakmuran untuk rakyatnya. Akan tetapi untuk mencapai dan mengekalkan keadaan sejahtera dan makmur itu bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan negara.

Setiap negara yang merdeka akan sentiasa melakukan berbagai usaha untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu sekali dari segi pembangunan nasional dan meningkatkan taraf hidup rakyat atas landasan-landasan yang ditentukannya sendiri.

5Titah 20125

Perbuatan meniru-niru sistem yang terdapat di negara-negara lain boleh sahaja menyebabkan berbagai masalah timbul dan ketidakstabilan berlarutan dalam jangka panjang.

Keadaan sedemikian sering sahaja berlaku bukan sahaja di kalangan negara yang baru merdeka bahkan juga di kalangan negara-negara yang telah lama mencapai kemerdekaan. Ianya disebabkan oleh system pemerintahan yang tidak menentu.

Alhamdulillah, keadaan sedemikian itu dapat kita elakkan sejak dari awal-awal lagi disebabkan sudah terwujudnya system pemerintahan Brunei yang unik dan terbukti keunggulannya yang dapat memberikan kesejahteraan yang berterusan kepada rakyat jelata.

Namun demikian kita janganlah sekali-kali lalai dan leka dalam menanai segala usaha kita untuk pembangunan dan kemajuan negara ini di samping sentiasa waspada terhadap berbagai pengaruh dan ancaman yang berbagai ragam dan bentuknya.

Dalam keadaan dunia yang sentiasa dinamik dan berubah dengan cepatnya, amatlah perlu setiap orang berusaha meningkatkan daya usaha dan mutu kerja masing-masing.

Kemerdekaan yang dicapai akan menjadi kosong dan tidak bermakna sekiranya kerajaan dan rakyat tidak bersungguh-sungguh mengambil daya usaha untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran yang ada.

Tanpa memberikan perhatian yang secukupnya kepada bidang-bidang yang menjadi tumpuan dan keutmaan negara-negara dunia hari ini seperti perdagangan global, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan, tahap teknologi yang tinggi dan sebagainya, sesebuah negara itu akan mengalami kemunduran atau sekurang-kurangnya semakin lama semakin ketinggalan oleh negara-negara yang lain.

Titah 20126 6

Kita berasa beruntung kerana menjadi ahli keluarga ASEAN dan berada di tengah-tengah rantau yang sangat dinamik di mana negara-negara anggotanya mempunyai dasar kerjasama dan persefahaman serta semangat setiakawan dan saling mendukung.

Ini terbukti dengan tertubuhnya berbagai usaha dan projek yang dikendalikan untuk kebaikan bersama, di samping dapat memberikan suara bersama dalam menghadapi isu-isu serantau dan antarabangsa misalnya dalam forum-forum tertentu seperti APEC, Asia-Eropah dan sebagainya.

Kebaikan yang dapat diperolehi bukan setakat pada peringkat kerajaan dan peringkat rasmi sahaja malah juga pada peringkat para peniaga, pihak pelabur dan pihak bukan kerajaan yang lain.

Oleh itu istimewa di kalangan para usahawan kita, mereka kenalah sentiasa mengenali dan memanfaatkan peluang-peluang yang ada termasuk pada peringkat serantau dan antarabangsa.

Beta berharap agar para peniaga kita janganlah melepaskan peluang untuk memanfaatkan sepenuhnya segala usaha dan bidang kerjasama yang dijalankan itu termasuk BIMP-EAGA dan projek-projek bersama rakan-rakan dialong ASEAN.

Beralih kepada keadaan dalam negara. Beta gembira atas segala usaha yang telah dan sedang dijalankan pada memastikan pencapaian pembangunan yang berterusan dan berkekalan.

Dalam pada itu kita hendaklah juga waspada dan sentiasa memberikan perhatian dan penekanan yang sewajarnya kepada aspek-aspek kerohanian.

Ini adalah untuk menghindarkan kita daripada kehilangan nilai-nilai tradisi yang boleh membawa kita kepada berbagai penyakit social dan keruntuhan moral serta hilangnya kerukunan dan perpaduan masyarakat.

7Titah 20127

Jika keadaan sedemikian itu dibiarkan berlaku, kualiti hidup ahli-ahli masyarakat akan merosot dan menjadi rendah walaupun pada zahirnya mereka maju dari segi pembangunan infrastruktur.

Kita juga telah sering menekankan mengenai peranan generasi muda dalam pembangunan negara.

Sememangnya nasib bangsa dan negara itu banyak tergantung kepada generasi muda kerana merekalah yang bakal menerajui kepimpinan negara.

Amatlah perlu bagi nilai-nilai tradisi ditanamkan ke dalam jiwa mereka pada awal-awal lagi sebagai bekal menghadapi cabaran-cabaran masa akan datang.

Janganlah hendaknya unsur-unsur negatif yang terkandung dalam budaya asing menjadi ikutan dan pegangan kaum belia kita. Janganlah pengaruh-pengaruh budaya negatif dibiarkan menghakiskan nilai-nilai luhur masyarakat kita selaku orang Timur.

Dengan menjelangnya abad ke-21, manusia semakin hari semakin bergantung kepada kemajuan teknologi.

Teknologi yang terkini sememangnya dihajati oleh banyak negara dalam usaha mereka untuk mencapai kemajuan.

Namun demikian bagi sebuah negara yang membangun, perseimbangan antara nilai-nilai luhur dan kemajuan teknologi itu perlulah diwujudkan.

Kita sering mendengar pengalaman negara lain yang telah maju tetapi akhirnya dikejutkan oleh kejadian yang di luar jangkaan seperti pembunuhan beramai-ramai disebabkan kepercayaan yang sesat atau akibat perbuatan kumpulan-kumpulan yang menyeleweng.

Titah 20128 8

Ini disebabkan kekosongan yang terjadi pada jiwa dan diri sebahagian manusia sehingga dalam usaha untuk mengisi kekosongan itu, mereka mudah tertarik dan terperangkap oleh berbagai ajaran sesat atau fahaman yang menyeleweng dan merbahaya.

Kita perlu sentiasa menghindari keadaan sedemikian itu dan Alhamdulillah, selama ini kita telah dapat menghindarinya dengan berpegang teguh kepada Islam menurut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Demikian dalam kita melalui liku-liku kehidupan masa depan yang penuh dengan berbagai persoalan itu, kita akan menempuh berbagai cabaran dn ujian.

Insya-Allah berkat perpaduan yang kukuh dan erat di antara kerajaan dan rakyat sepertimana yang telah dapat mengekalkan kestabilan dan kemakmuran negara kita selama ini, kita yakin akan masa hadapan yang lebih cemerlang dan terjamin dengan sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala.

Akhirnya, beta ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa tertinggi serta segenap peserta dalam semua acara yang dikendalikan.

Semoga Allah memberkati sumbangan yang ikhlas semua pihak yang menjayakan sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan pada kali ini.

Kepada seluruh rakyat dan penduduk termasuk semua peringkat dalam perkhidmatan awam kerajaan, pasukan-pasukan keselamatan dan angkatan bersenjata serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta, beta mengucapkan Selamat Menyambut dan Merayakan Hari Kebangsaan.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

9Titah 20129

Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulang TahunKe-12 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam

pada 1 Mac 1996

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAAHI, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil

Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

Terlebih dahulu, Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan salam hormat saya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kerajaan serta rakyat Thailand juga mengucapkan terima kasih kepada mereka atas sokongan dan layanan baik mereka.

Izinkan saya juga untuk mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Goh Chok Tong kerana memberikan inspirasi bagi gagasan mesyuarat seperti ini, dan kepada tuan, Tuan Pengerusi, atas segala usaha tuan dalam membuat persiapan bagi perhimpunan hari ini.

Adalah menjadi satu kebanggaan berada di sini serta menjalankan tugas bersama-sama rakan-rakan sekerja dari Asia dalam mengagih pelbagai gagasan dan saranan baru dengan rakan-rakan kita dari Eropah.

Mesyuarat Asia-Eropah ini membuka satu lagi era pertukaran ekonomi, politik dan sosial yang meningkat di antara kita.

Pertemuan yang tetap di antara kita dapat mengelakkan salah tanggapan di samping meningkatkan kepercayaan demi mewujudkan kerjasama jangka panjang.

Perbincangan kita akan berjalan pada kadar yang selesa untuk semua.

Titah 201210 10

Kita tidak seharusnya mendekati di antara satu sama lain dengan cara konfrontasi.

Cara kita diberi tempat duduk pada hari ini, memperlihatkan hasrat kita untuk tidak menjadikan dua buah rantau bersemuka dan berhadapan di antara satu sama lain, tetapi sebaliknya membolehkan mereka bercampur gaul dan bertegur sapa di antara satu sama lain.

Ini menunjukkan betapa kita saling bergantung dan betapa kita memerlukan di antara satu sama lain dalam sebuah perkampungan global.

Negara-negara Asia telah meliberalkan ekonomi mereka sekaligus membuka pasaran mereka bagi menarik pelaburan pada tahap teknologi yang bersesuaian.

Negara Eropah, dengan kekayaan pengalaman dan pengetahuannya, juga dapat menyumbang ke arah pembangunan Asia.

Asia memerlukan barang-barang modal bagi infrastruktur juga bagi industry pengeluaran. Ini memberikan alasan yang kuat bagi kita untuk bekerja dengan erat.

Atas sebab ini, kita seharusnya mengambil langkah-langkah praktikal dalam bahagian-bahagian lain yang dapat membantu membaiki keseluruhan prestasi ekonomi rantau kita seperti memperkukuhkan system perdagangan yang dijanakan oleh acara penutupan Pusingan Uruguay yang Berjaya.

Perundingan ASEM dalam fasa pembukaannya seharusnya menjadikan kita selesa dan yakin di antara satu sama lain.

Para Menteri dan Pegawai Kanan kita seharusnya mengadakan pertemuan secara tetap untuk merangka peraturan asas yang dapat meningkatkan hubungan juga urusan perniagaan di antara para peniaga kita.

11Titah 201211

Mereka juga dapat menyarankan bagaimana rantau kita dapat melengkapi pertumbuhan di antara satu sama lain.

Kita juga hendaklah menggalakkan serta memudahkan hubungan di antara sesama kita. Persefahaman seperti ini dapat membawa banyak faedah secara menyeluruh, bahkan juga dalam bahagian-bahagian seperti ekonomi, perdagangan dan pelaburan, juga dalam memperkukuhkan keselamatan.

Ini akan memperluaskan sokongan bagi hubungan Asia-Eropah yang lebih mantap.

Yang paling utama, Asia memerlukan kestabilan berterusan. Melalui APEC, ARF, Persidangan Lanjutan Peringkat Menteri ASEAN juga Siding Kemuncak ASEAN, kita berharap akan dapat meningkatkan persefahaman serta keyakinan di antara satu sama lain.

Pendekatan ini menitikberatkan dialog, persetujuan dan kepercayaan.

Masalah di rantau ini perlu ditangani dengan kepekaan jika mereka tidak mahu mengganggu kemajuan yang sedang kita usahakan.

Kita sedang bergerak menuju ke era yang berbeza. ASEM selanjutnya akan dilangsungkan di UK, tepat yang baik bagi Asia untuk memperkenalkan Eropah yang sedang mempersiapkan dirinya bagi menghadapi abad ke-21.

Kedua-dua rantau kita memang bersedia menghadapi segala perubahan dramatik. Kita perlu meneruskan dialog ini serta meningkatkan urusan kita di antara satu sama lain.

Tuan Pengerusi, pada keseluruhannya saya berpendapat matlamat kita di sini adalah untuk menghasilkan wawasan yang meluas tentang apakah erti mesyuarat ini dan bagaimana kita sarankan untuk membawanya menjadi kenyataan.

Titah 201212 12

Jika kita dapat melakukan kesemua ini, saya berpendapat ianya akan menjadi hasil yang unggul bagi mesyuarat yang pertama, sekaligus sebagai permulaan yang baik ke arah proses perundingan yang baru. Kita mengharapkan agar langkah-langkah yang lebih konkrit dapat diambil bila kita mengadakan pertemuan dalam masa beberapa tahun lagi dari sekarang.

(Terjemahan dari teks asal dalam Bahasa Inggeris).

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

13Titah 201213

Titah At The First Asia-Erope MeetingOn 1st Mac 1996

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAAHI, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil

Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

First, Mr. Chairman, I would like to present my warmest respects to His Majesty and the Government and people of Thailand and thank them for their wonderful support and hospitality.

May I also take this opportunity to congratulate both Prime Minister Goh Chok Tong for inspiring the idea of such a meeting, and you, Mr. Chairman, for all your efforts in preparing today’s gathering.

It is a great pleasure to be here and to work alongside my Asian colleagues in sharing new ideas and suggestions with our friends from Europe.

This Asia-Europe Meeting will open another era of increased economic, political and social exchanges between us.

Regular meetings between us can avoid misperceptions and increase confidence to make for good long-term co-operation.

Our discussions should move at a peace comfortable to all.

We should not approach each other in c onfrontational manner.

The way we are seted today, symbolizes our desire not to have the two regions face and confront each other, but instead to have them intermingle and befriend each other.

Titah 201214 14

This signifies our interdependence and our need for each other in a global village.

The countries of Asia have liberalized or are liberalizing their economies and are opening up their markets in order to attact investments with the appropriate level of technology.

Europe, with its wealth of experiences and knowledge, could also contribute to the development of Asia.

Asia needs capital goods for infrastructure and for manufacturing industries. This gives strong reason for us to work closely.

For this reason, we should take practical steps in other areas that would help to improve the overall economic performance of our region such as the strengthening of the multilateral trading system and mainting the momentum of trade liberalization generated by the successful conclusion of the Uruguay Round.

ASEM discussions in its opening phase should make us comfortable and confident of each other.

Our various Ministers and Senior Officials should meet regularly to frame the gound rules that can increase contact and business dealings between our businessmen.

They can also recommend how our regions can complement each other’s growth.

We should also encourage and facilitate people to people contact. This sort of understanding can bring many benefits across the board, even in areas like economies, trade and investment, and in strengthening security.

This will broaden support for stronger Asia-Europe link.

15Titah 201215

Asia needs continuing stability above all else. Through APEC, the ARF, the ASEAN Post-Ministerial Conferences and the ASEAN Summit we hope to increase understanding and confidence in each other.

The approach stresses dialog, consensus and persuasion.

Problems in the region need to be handled with sensivity if they are not to distrup the progress we are making.

We are moving into a different era. The nex ASEM will be in the UK, a good vantage point for Asia to be introduced to a Europe which is reshaping itself to prepare for the 21st century.

Both our regions are poised for dramatic changes. We need to continue this dialogue and increase the business we have with each other.

What this all amounts to, Mr. Chairman, is that I feel our aim here should be to produce a broad vision of what this meeting stands for and how we propose to bring it to reality.

If we can do this, I think it would be an ideal result for a first meeting and a fine beginning to a new consultation process. We could look forward to taking more concrete steps when we meet again in couple of years from now.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201216 16

Titah Di Majlis Persantapan MalamSempena Lawatan Rasmi Perdana Menteri Pakistan,

Puan Yang Terutama Puan Mohtarama Benazir BhuttoDi Istana Nurul Iman pada 5 Mac 1996

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAAHI, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil

Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

Beta dengan amat sukacita mengalu-alukan kedatangan Puan Perdana Menteri dan suami, Tuan Yang Terutama Tua Asif Ali Zardari ke Negara Brunei Darussalam.

Bagi beta, kehadiran Puan di sini membawa kembali kenangan manis lawatan beta ke Pakistan pada tahun 1992.

Adalah sungguh menggembirakan untuk melihat rombongan tetamu kenamaan yang datang dari salah sebuah rakan antarabangsa yang sangat kita hargai.

Negara Brunei Darussalam dan Pakistan mempunyai hubungan rapat yang berdasarkan kepada pandangan dan nilai-nilai yang serupa. Kita adalah sma-sama menjadi ahli OIC, Komanwel dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

Sebagai negara-negara Islam, kita adalah sebahagian daripada umat Islam. Dan kita telah bekerja rapat dalam menghadapi isu-isu antarabangsa yang penting seperti Bosnia di mana umt Islam di sana sedang mengalami penderitaan.

Hubungan dua hala kita adalah berjalan dengan baik. Kita akan bekerja bersama-sama dalam semua isu yang mempunyai kepentingan bersama kepada kita.

17Titah 201217

Beta ingin merakamkan penghargaan beta di atas sumbangan yang diberikan oleh rakyat Pakistan kepada bidang pendidikan, kesihatan dan pemajuan sumber tenaga manusia di negara ini.

Beta yakin bahawa Memorandum Persefahaman mengenai kerjasama dua hala yang baru saja dimeterai akan mengukuhkan lagi hubungan di antara kedua negara kita.

Penubuhan Suruhanjaya Bersama Brunei-Pakistan merupakan sebuah rangka kerja yang akan memudahkan kerjasama dua hala dalam bidang-bidang politik, ekonomi dan kebudayaan.

Pakistan adalah sebuah negara membangun yang dinamik. Sebagai Perdana Menteri, Puan telah menunjukkan kepimpinan dan wawasan yang unggul.

Dalam penggal kedua Puan selaku Perdana Menteri, Puan telah melancarkan perubahan-perubahan ekonomi yang berani. Puan telah memberikan banyak kebebasan ekonomi dan menswastakan banyak industry negara.

Jika bukan kerana publisiti yang keterlaluan dalam media Barat mengenai kekacauan di Karachi, Pakistan sudah tentu akan menarik banyak lagi pelaburan asing.

Namun begitu, Pakistan telah Berjaya mencapai pertumbuhan GDP 4.7 peratus pada tahun 1995 dan deficit belanjawan pula dapat dikawal. Ini merupakan pencapaian-pencapaian yang besar.

Pakistan telah memainkan peranan antarabangsa yang membina. Negara Brunei Darussalam mengalu-alukan cadangan Kerajaan Puan untuk menjadi tuan rumah bagi stu sidang kemuncak istimewa OIC pada tahun1997 untuk meniliti masa depan Islam dalam abad ke-21. Ini adalah inisiatif yang tepat pada masanya.

Titah 201218 18

Pakistan juga menjadi pintu masuk yang penting kepada republik-republik Asia Tengah. Peranan kepimpinan Puan yang penting selaku tuan rumah bagi Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Ekonomi yakni Economic Co-Operation Organisation di Islamabad pada Mac yang lalu adalah sebagai pengiktirafan ke atas kedudukan Pakistan selaku pintu masuk yang strategik ke Asia Tengah.

Negara Brunei Darussalam dan Pakistan kedua-duanya adalah ahli kepada pertubuhan-pertubuhan serantau yang berlainan yang mempunyai matlamat untuk meningkatkan kerjasama ekonomi.

Pertubuhan-pertubuhan ini memainkan peranan yang penting dalam membina keyakinan, dan dalam meningkatkan keamanan dan kestabilan dalam rantau kita masing-masing.

Negara Brunei Darussalam selaku ahli ASEAN telah menikmati keamanan dan kemakmuran kerana negara-negara ASEAN saling bekerjasama untuk membina masa depan yang lebik baik untuk setiap negara.

Kami sedang meneliti kemungkinan untuk mempercepatkan pelaksanaan Kawasan Bebas Perdagangan ASEAN yakni AFTA. Ianya akan diperluaskan untuk meliputi sektor-sektor tambahan.

Kita berharap agar di rantau Puan, Pertubuhan Asia Selatan bagi Kerjasama Serantau juga akan sama-sama Berjaya. SAARC telah mengambil beberapa langkah dalam menuju haluan yang serupa.

Menteri-menteri Perdagangan SAARC telah bersetuju di New Delhi pada Januari tahun ini untuk menubuhkan sebauh zon perdagangan serantau yang bebas pada tahun 2000 dan untuk mengurangkan cukai ke atas lebih 200 barang.

SAARC mempunyai 1.2 bilion penduduk dan gabungan GDP sekitar US$300 bilion.

19Titah 201219

Terdapat potensi yang besar bagi perdagangan bebas dan terbuka dalam dan di antara kedua-dua rantau kita.

Rantau Asia-Pasifik menawarkan peluang-peluang ekonomi kepada Pakistan. Ekonomi-ekonomi yang semakin muncul di rantau ini adalah pasaran yang begitu luas bagi eksport Pakistan.

Beta sangat gembira kerana Puan telah membawa bersama Puan sekumpulan ahli-ahli perniagaan yang terkemuka. Sesungguhnya sektor-sektor swasta kitalah yang akan menggerakkan kerjasma ekonomi.

Lawatan Puan telah merapatkan lagi kedua-dua negara kita. Adalah menjadi harapan beta agar persahabatan kita yang telah lama wujud itu akan terus kukuh pada tahun-tahun yang mendatang.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Terjemahan dari teks asal dalam Bahasa Inggeris).

Titah 201220 20

Titah Sempena Dengan Lawatan RasmiTuan Yang Terutama Tuan Banharn Silpa-Archa,

Perdana Menteri Thailandpada 23 April 1996

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAAHI, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil

Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

Tuan Yang Terutama, Perdana Menteri Banharn Silpa-Archa Khunying Jamsai, para tetamu kenamaan, tuan-tuan dan puan-puan.

Beta dengan amat sukacita ingin mengalu-alukan Tuan Perdana Menteri dan isteri. Khunying Jamsai atas lawatan rasmi Tuan ke Negara Brunei Darussalam.

Beta juga sukacita ingin menyampaikan salam hormat kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej dan Duli Yang Maha Mulia Queen Sirikit bersempena dengan ulang tahun ke-50 baginda menaiki takhta.

Sambutan tersebut sudah tentu merupakan hari yang amat bersejarah bagi Kerajaan Thailand.

Bagi pihak Kerajaan dan seluruh rakyat Negara Brunei Darussalam beta ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama dan juga kepada seluruh rakyat Thailand sempena dengan sambutan tersebut.

Tuan Yang Terutama,

Kedua-dua negara kita sedia menikmati hubungan yang erat. Kita telah mengembangkan hubungan kerja yang rapat dengan perasaan saling yakin dan percaya yang sentiasa meningkat.

21Titah 201221

Beta berasa yakin bahawa hubungan yang rapat ini akan dapat berkembang lagi melalui kerjasama yang lebih meluas di bidang perdagangan, pemajuan sumber tenaga manusia dan latihan teknikal.

Thailand sekarang ini telah digolongkan oleh Bank Dunia sebagai sebuah negara membangun dan dinamik.

Ia mempunyai rekod kadar pertumbuhan ekonomi yang disegani dalam tempoh satu dekad kebelakangan.

Beta amat gembira bahawa kedua-dua negara kita saling menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan yang langsung ke dalam projek-projek pembangunan di antara kedua-dua negara.

Beta yakin Negara Brunei Darussalam akan beroleh manfaat dari kerjasama ekonomi yang rapat dengan sebuah ekonomi yang dinamik seperti Thailand.

Rakyat Thai telah memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara ini.

Negara Brunei Darussalam sedang giat membangun infrastrukturnya, terutama sekali dalam bidang perhubungan untuk menjadikannya sebagai sebuah pintu masuk ke dalam rantau kita.

Beta ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada sekalian rakyat Thai yang bekerja di Negara Brunei Darussalam di atas sumbangan mereka ke atas ekonomi kami, terutamanya dalam industri pembinaan.

Thailand dan Negara Brunei Darussalam juga saling bekerja bekerja rapat dalam pertubuhan-pertubuhan serantau.

Kita sama-sama menjadi ahli ASEAN, ARF, APEC dan ASEM.

Kita telah bekerja bersama-sama dan bersetuju mengenai cara-cara yang baru bagi kerjasama serantau.

Titah 201222 22

Negara Brunei Darussalam beruntung menjadi tuan rumah bagi ARF selepas Thailand melancarkannya pada tahun 1994.

Kedua-dua Negara kita dapat berbangga kerana dapat menggerakkan forum tersebut ke arah keterbukaan yang lebih meluas dalam membincangkan kepentingan-kepentingan jangka panjang.

Tuan Yang Terutama,

Beta berasa sukacita kerana dapat menghadiri dua mesyuarat yang Tuan pengerusikan baru-baru ini.

Beta dan rakan-rakan sejawat ASEAN yang lain berasa kagum bahawa belum lama setelah tuan memulakan tugas selaku Perdana Menteri, tuan telah dapat mempengerusikan dengan jayanya Sidang Kemuncak ASEAN Yang Kelima pada Disember 1995 dan ASEM pada Mac 1996.

Beta ingin mengucapkan tahniah di atas keupayaan Tuan memimpin perbincangan-perbincangan dalam kedua-dua mesyuarat itu dan menjadikan begitu berjaya.

Sidang Kemuncak ASEAN di Bangkok merupakan kali pertama ketua-ketua kerajaan dari kesemua sepuluh Negara Asia Tenggara mengadakan mesyuarat yang bersejarah.

Dalam sedikit masa lagi, ASEAN dijangka akan dapat mencapai wawasan para pengasasnya untuk menubuhkan kesatuan semua kesepuluh Negara Asia Tenggara.

Tuan dapat berbangga kerana telah melancarkan Deklarasi Bangkok yang menggariskan objektif penubuhan kesatuan sedemikian itu.

23Titah 201223

Persetujuan kesemua sepuluh Negara Asia Tenggara ke Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of Amity and CO-operation) telah membuat garis panduan bagi kerjasama yang berteraskan perdamaian.

Kita mengalu-alukan Loas dan Kemboja untuk menjadi ahli-ahli ASEAN pada tahun 1977.

Negara-negara ASEAN sedang menubuhkan hubungan yang penting dengan pertubuhan serantau yang terbesar di dunia iaitu Kesatuan Eropah.

Mesyuarat Asia-Eropah di Bangkok menandakan permulaan yang baru dalam hubungan di antara Asia dan Eropah.

Dapatlah dijangkakan tentang besarnya manfaat yang akan diperolehi dari kerjasama di bidang ekonomi, social dan kebudayaan dalam hubungan di antara kedua-dua rantau ini.

Tuan Yang Terutama,

Asia Timur merupakan rantau yang paling pesat pertumbuhannya di dunia. Masa depan yang cerah menanti kita di rantau ini.

Walau bagaimanapun, persaingan untuk mendapatkan pasaran dan pelaburan asing nampaknya semakin sengit.

Kita perlu bekerja bersama-sama untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi itu.

Jika negara-negara di rantau Asia Timur dapat menyelesaikan perbezaan-perbezaan yang timbul melalui permuzakarahan dan perundingan, maka seluruh Asia Timur ini akan menjadi rantau perindustrian dalam jangka dea dekad.

Kita bukannya berada dalam permainan yang saling mengalahkan antara satu sama lain (zero-sum game).

Titah 201224 24

Penubuhan beberapa pertubuhan ekonomi serantau seperti Segi Tiga Pertumbuhan Selatan dan Utara ( Southern and Northern Growth Area), menyumbang kepada perpaduan serantau dan pertumbuhan ekonomi.

Jika kita dapat melaksanakan AFTA dalam tempoh yang dijadualkan, kita akan menjadi salah sebuah rantau yang paling menarik di dunia bagi perdagangan dan pelaburan.

APEC akan meluaskan horizon kita dalam pertubuhan Asia-Pasifik yang lebih besar itu.

Kita harus meluaskan horizon kita dalam pertubuhan Asia-Pasifik yang lebih besar itu.

Kita harus bekerja bersama-sama untuk mencapai perlaksanaan AFTA pada tempohnya dan mempercepatkan lagi proses APEC.

Tuan Yang Terutama, sekali lagi beta ingin mengalu-alukan Tuan dan rombongan Tuan ke Negara Brunei Darussalam.

Lawatan Tuan telah merapatkan lagi kedua-dua negara kita. Adalah menjadi harapan beta semoga persahabatan kita akan menjadi bertambah erat lagi.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Terjemahan dari teks asal Bahasa Inggeris)

25Titah 201225

Speech By His Majesty Paduka Seri Baginda SultanHaji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan Dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam On The Occasion Of The

Visit By His Excellency Banharn Silpa-Archa,Prime Minister Of The Kingdom Of Thailand

pada 23rd Mac 1996

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAAHI, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil

Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

Your Excellency, Prime Minister Banharn Silpa-Archa, Khunying Jamsai, Excellencies, Distinguished Guests, Ladies and Gentlemen.

It is my pleasure and honour, Prime Minister, to warmly welcome you and your wife, Khunying Jamsai, on your official visit to Brunei Darussalam.

May I also extend my respects and warmest regards to His Majesty King Bhumibol Adulyadej and Her Majesty Queen Sirikit on the 50th Anniversary of His Majesty’c accession to the throne.

This is a memorable milestone in the history of the Kingdom of Thailand.

On behalf of the Government and people of Brunei Darussalam may I congratulate you, and through you the people of Thailand, on this auspicious occasion.

Your Excellency,

Titah 201226 26

Our two countries enjoy a warm relationship. We have developed close working relations with growing mutual trust and confidence.

I am confident that these close ties will broaden through further co-operation in trade, human resource development, and technical training.

Thailand is now classified as a dynamic developing country by the World Bank.

It has a enviable economic record of impressive growth rates in the last decade.

I am pleased that both our countries are encouraging more direct investments in each other development projects.

We are confident that Brunei Darussalam will benefit from closer economic co-operation with dynamic economy like Thailand.

Thai nationals have contributed to the economic development of Brunei Darussalam.

Brunei Darussalam is developing our infrastructure, especially in communications to serve as one of the gateways into our region.

I would like to take this occasion to thank Thai nationals working in Brunei Darussalam for their contribution to our economy especially in the construction industry.

Thailand and Brunei Darussalamalso work closely together in regional issues organisations.

We are both members of ASEAN, the ASEAN Regional Forum (ARF), the Asia-Pasific Economic Co-Operation (APEC) and the Asia-Europe Meeting (ASEM).

27Titah 201227

We have worked together and agreed on new ways of regional co-operation.

Brunei Darussalam was fortunate to inherit the chairmanship of the ASEAN Regional Forum after Thailand launched itu, in 1994.

Both, of us can take pride in moving the forum forward, towards more openness in discussing our longer term concerns.

Your Excellency,

I have had the pleasure of attending two meetings under your chairmanship in recent months.

My ASEAN colleagues and I were impressed that soon after you took office, you so ably chaired the Fifth ASEAN Summit in December 1995 and the inaugural ASEM in March 1996.

I congratulate you for your skills in guiding discussions in both meeting and making them successful.

The Fifth ASEAN Summit in Bangkok was the first time the Heads of Government of all ten Southeast Asian countries had a historic meeting.

ASEAN will soon realise the vision of its founders, to establish a community of all ten Southeast Asian countries.

You can take pride in having launched the Bangkok Declaration, which spelled out the objective of such a community.

The accession of all the countries in Southeast Asia to the Treaty of Amity and Co-Operation has laid the ground rules for peaceful co-operation.

Titah 201228 28

We look forward to Laos and Cambodia becoming members of ASEAN in 1977.

The ASEAN countries and development important links with the largest regional grouping in the world, the European Union.

The Asia-Europe Meeting in Bangkok marked a new beginning on relations between Asia and Europe.

The potential benefits from economic, social and culture co-peration are enormous.

Your Excellency,

East Asia is the fastest-growing region in the world. The future holds great promise for all of us.

However, the competition for markets and foreign investments in growing keener.

We must work together to keep up the momentum of high growth.

If we implement the ASEAN Free Trade Areas (AFTA) on schedule we will become one of he most attractive regions in the world for trade and investments.

APEC will wxtend our horizons in the wider Asia-Pasific grouping.

We should work together to implement AFTA on schedule and push forward the APEC process.

Your Excellency,

Once again let me welcome you and your delegation to Brunei Darussalam.

29Titah 201229

Your visit has brought our two countries close. It is my hope that our friendship will grow deeper.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201230 30

Titah Beresempena Hari Raya Aidil Adha 1416/1996 Masihi pada 29 April 1996

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAAHI, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil

Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Beta bersyukur kerana dapat lagi sama-sama menyambut Aidiladha yang Mubarak yang dengan itu dapatlah pula kita membaharui lagi ingatan kita terhadap hikmah atau rahsia hari yang besar ini.

Peristiwa korban yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim terhadap putera Baginda Nabi Allah Ismail Alaihissalam adalah merupakan landasan yang jelas betapa perintah Allah itu mesti diutamakan tanpa mempedulikan lain-lain kepentingan, sekalipun kadang-kadang perintah itu kelihatannya berat dan membebankan.

Pengorbanan hanyalah akan boleh berlangsung dengan adanya keimanan yang bulat kepada Allah. Jika tidak, maka pengorbanan itu tidak boleh berlaku dengan sempurna, andainya keimanan Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam masih tipis ataupun sumbing, sudah barang tentu putera Baginda yang satu-satunya pada masa itu tidak akan sanggup dikorbankan.

Inilah peranan iman, dan imanlah yang menentukan arah sesuatu itu dengan betul.

Oleh itu umat Islam, jika ingin mencapai kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat, maka faktor iman ini mestilah diambil berat. Ia tidak boleh diabaikan sama sekali.

31Titah 201231

Selari dengan kita membangun negara, maka membangunkan insan juga memerlukan ciri-ciri yang khusus, ciri khusus di sini ialah keimanan.

Kerana setinggi mana pun kemajuan yang kita perolehi, jika bangsa tiada beriman atau miskin iman, maka kemajuan itu tidak akan tahan uji. Ia akan berkubur atau runtuh bila-bila masa sahaja. Contohnya dapat dilihat dari kisah-kisah dalam Al-Quran sendiri, seperti tentang Kerajaan Saba, Kerajaan Firaun dan lain-lain.

Dalam zaman moden ini, kita juga tidak sunyi dari menyaksikan peristiwa-peristiwa tentang turun naiknya beberapa kerajaan dan juga peristiwa runtuhnya empayar yang dianggap gagah dan besar, serta lain-lain peristiwa yang semuanya itu merujuk kepada dosa-dosa manusia memusuhi agama Allah dan umat yang beriman.

Maka untuk ini, pendidikan agama syugialah diteruskan serta ditingkatkan, institusi-institusi dakwah dan masjid serta lain-lain hendaklah terus berfungsi dengan lebih berkesan, rancak dan berkualiti.

Beta gembira kerana ada bukti atau tanda, nahawa ajaran Islam itu semakin dihayati oleh orang ramai.

Kita lihat misalnya, kumpulan orang-orang Brunei yang menunaikan ibadat haji pada setiap tahun adalah bertambah. Ini belum termasuk mereka yang berumrah pada sepanjang tahun dan umrah dalam bulan Ramadan.

Perkara ini, selain daripada menandakan adanya peningkatan di bidang agama, ia juga gambaran yang baik bagi ekonomi masyarakat Islam.

Allhu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Titah 201232 32

Melalui kesempatan ini beta berdoa, semoga jemaah haji kita pada tahun ini akan sentiasa berada dalam kebajikan, sihat dan afiat serta beroleh bimbingan Allah dalam melaksanakan semua ibadat mereka, khasnya ibadat haji.

Untuk akhirnya, beta dan keluarga beta, tidak lupa juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat beta yang beragama Islam, semoga dengan berkat hari yang agung ini, kita semua akan dipimpin oleh Allah untuk menuju jalan yang bahagia serta diredai-Nya, amin.

Allhu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd. Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

33Titah 201233

Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Hijrah 1417pada 19 Mei 1996

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAAHI, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil

Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

Di samping kita memuji zat Allah Subhanahu Wataala, kita juga bersyukur di atas limpah rahmat-Nya mengizinkan kita memasuki lagi tahun baru Hijarah yang menjadi kebanggaan serta idaman kita semua.

Tahun Hijrah telah menjadi kebanggaan, kerana ia adalah merupakan landasan bagi kebebasan dan keselamatan umat Islam. Dengan hijrah itu, pemimpin dan penghulu kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah beroleh kebebasan dan keselamatan, iaitu dengan terlepasnya Baginda dari kepungan dan cengkaman musuh.

Sekiranya Baginda itu gagal dari melakukan hijrah, bermakna Baginda akan menjadi tawanan musuh dan sekaligus turut memusnahkan umat Islam dan akidah mereka dari permukaan bumi ini.

Jadi bila kita melihat hakikat ini, kita mendapati betapa besarnya rahsia hijrah itu. Sebab itulah ia wajar dikenang dan diingati supaya kita dapat mengambil iktibar daripadanya.

Salah satu iktibar hijrah itu ialah “keberanian”. Sifat berani yang sebenar-benarnya telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam dan juga para sahabat Baginda yang berkenaan. Mereka telah bergadai nyawa untuk Islam.

Titah 201234 34

Dalam kelanjutan perjuangan mereka itu, mereka telah membina sikap dan membulatkan pendirian untuk meninggikan kalimah Allah semata-mata.

Dengan sikap dan pendirian yang bulat inilah, mereka mara ke

hadapan menjalankan kewajipan ukhrawi dan duniawi mereka.

Di bawah pimpinan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, umat Islam hanya mengenal slogan “F” Sabilillah”, yakni segala-galanya adalah pada “jalan Allah”.

Mereka hijrah meninggalkan tempat tumpah darah mereka, adalah pada jalan Allah. Mereka berada di negara yang baru iaitu Madina, juga pada jalan Allah. Mereka membina masjid di sini, adalah pada jalan Allah. Mereka menjalani kehidupan berjihad dan kehidupan sehari-hari, pada jalan Allah.

Konsep dan falsafah inilah yang sebenar-benarnya yang menjadi punca kualiti ummah pada masa itu.

Kerana itu, konsep atau falsafah perjuangan seribu tahun lebih yang lampau itu, bukanlah semata-mata untuk diperkatakan, malahan juga perlu dan bahkan wajib dihayati oleh umat Islam pada hari ini.

Umat Islam sekarang mengabaikan pegangan dan falsafah ini. Mereka lebih banyak trend zaman sebagaimana orang lain juga. Jika trend zaman mengabaikan hokum Allah, maka orang Islam pun demikian juga turut mengabaikan hokum Allah.

Di sinilah sebenarnya kesilapan kita umat Islam. Kita lebih banyak mengikut zaman dan keadaan semasa, sehingga kita lupa akan falsafah yang pernah diamalkan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, yang telah berjaya mengangkat martabat umat Islam sehingga membawa mereka ke puncak kecemerlangan itu.

35Titah 201235

Oleh itu, bersempena kita memperingati hijrah yang agung ini, beta sukacita mengemukakan suatu pendekatan, iaitu marilah kita balik semula kepada semangat hijrah yang asal, yang telah melandaskan semua pekerjaan, sama ada pekerjaan itu pekerjaan hati atau pekerjaan anggota zahir kepada “jalan Allah” semata-mata.

Marilah kita sediakan agenda pembangunan dan agenda social kita berdasarkan falsafah ini, sebagai satu agenda istimewa bagi membawa negara memasuki ambang abad ke-21.

Kita nampak, bahawa abad ke-21 adalah lebih sukar atau lebih gelap untuk dilalui. Kerana di hadapannya masih ada ranjau-ranjau lama abad ke-20, sementara ranjau-ranjau baru abad ke-21 pula akan lahir bersama-sama dengan generasi abad baru ini.

Di dalam pengalaman kita sepanjang abad 20, adalah terlalu banyak kebinasaan yang terjadi dalam kehidupan manusia. Peperangan-peperangan besar dan lain-lain bencana, termasuk juga penyakit yang menggemparkan seperti penyakit hilang daya tahan (AIDS) telah mewarnai dunia ini, di mana analisis ilmiah menunjukkan, bahawa ia adalah berpunca dari kepincangan-kepincangan moral dan rohani di kalangan manusia.

Jadi pada hemat beta, ada satu sahaja lagi peluang untuk kita dapat melihat dunia ini, khasnya di abad yang akan datang, supaya lebih indah dan cemerlang serta bersih daripada peperangan dan penyakit-penyakit merbahaya, maka manusia itu perlulah kembali semula kepada “jalan Allah” secara global dengan umat Islam pula menjadi pelopornya.

Demikian harapan kita, dan bahkan harapan semua.

Untuk akhirnya, beta dan keluarga beta tidak lupa mengambil peluang di sini mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1417 dengan harapan serta doa, semoga kita lebih selesa dan selamat serta kekal dalam ketaatan kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Titah 201236 36

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

37Titah 201237

Titah Di Majlis Perasmian PerhimpunanMajlis-Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung

Seluruh Negara pada 26 Mei 1996

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAAHI, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil

Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

Majlis Perundingan Mulim dan Kampung yang ditubuhkan lebih tiga tahun yang lalu adalah menyeluruh untuk semua lapisan rakyat.

Apabila disebut “perundingan” ia adalah suatu manifestasi yang jelas mengenai bagaimana kita mengurus, mengatasi dan menghuraikan sebarang masalah secara berunding atau bermuafakat.

Perkara ini adalah selaras dengan perintah Allah Subhanahu Wata’ala sendiri supaya kita senantiasa berunding atau bermesyuarat.

Kerana dengan perundingan itu, segala rumusan akan lebih teguh dan menyakinkan untuk dibawa ke pringkat yang lebih tinggi bagi mereka yang berkenaan untuk membuat keputusan-keputusan.

Keputusan atau ketetapan yang diambil dengan cara yang sedemikian itu tentulah akan lebih tepat sasarannya untuk memelihara kepentingan umum atau “public interest”.

Inilah dia, satu dari tanda-tanda keberkatan berunding atau bermesyuarat itu.

Beta difahamkan bahawa Majlis Perundingan Mukim dan Kampung ini, adalah disifatkan sebagai pertubuhan di peringkat akar umbi.

Titah 201238 38

Istilah “akar umbi” itu mungkin suatu yang baharu yang telah diterjemahkan dari Bahasa Inggeris “grassroots”, atau juga dalam istilah lain “rakyat jelata”.

Bagaimanapun, beta percaya, ia adalah membawa maksud kepimpinan di peringkat akar umbi atau rakyat jelata itu.

Beta mengambil maklum bahawa Majlis-majlis Perundingan adalah ditubuhkan dan digerakkan dengan tiga tujuan.

Pertama, untuk mengukuhkan keberkesanan institusi Ketua Kampung dan Penghulu Mukim.

Kedua, untuk memupuk semangat kewarganegaraan yang baik.

Dan ketiga, untuk merancang serta mengusahakan perkara-perkara bagi kesejahteraan rakyat dan penduduk.

Beta percaya tujuan-tujuan yang sederhana tetapi murni ini akan senantiasa menjadi pendorong ke arah pencapaian matlamat bermasyarakat, berbangsa dan bernegara.

Matlamat kita itu adalah jelas, iaitu untuk melahirkan masyarakat yang menjunjung tinggi nilai-nilai luhur.

Bangsa yang kerananya kita dikenali sebagai bangsa yang berbeza dari bangsa-bangsa lain hendaklah merupakan bangsa yang bertamadun. Demikian juga negara yang kita bertanahairkannya hendaklah negara yang aman makmur.

Dalam kesemua perkara ini, adalah sederhana tetapi murni ini akan berpandukan ajaran-ajaran agama Islam sebagai agama yang dinamis yang telah memberikan kekuatan kepada negara Brunei Darussalam di sepanjang sejarahnya.

Beta seterusnya mengambil maklum, bahawa pembesar-pembesar negara yang terdiri daripada Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan

39Titah 201239

Menteri, orang-orang yang bergelar dan juga pegawai-pegawai kanan kerajaan dilibatkan dalam Majlis-Majlis Perundingan.

Mereka ini sudah selayaknya menceburkan diri dalam hal-ehwal rakyat jelata.

Pada setakat ini, mereka terlibat sebagai penasihat dalam Majlis-majlis Perundingan, sama ada di kawasan kediaman mereka sendiri, ataupun di kawasan-kawasan yang difikirkan sesuai bagi mereka.

Dengan bidang kuasa dan tanggungjawab sebagai penasihat, sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan, beta percaya mereka itu akan berpeluang mendampingkan diri lebih dekat lagi kepada orang ramai yang terdiri daripada penduduk dan rakyat jelata.

Nasihat mereka tentunya sangat berguna dan diperlukan oleh kampong dan mukim serta penduduknya.

Suatu perkara yang sangat menarik ialah penasihat-penasihat itu adalah ditentukan oleh peraturan untuk mengadakan perundingan sesama mereka dari masa ke semasa mengenai perkara yang diputuskan oleh mesyuarat perundingan yang berkaitan dengan bidang tugas masing-masing, iaitu jika mereka terdiri daripada penasihat-penasihat yang menjawat jawatan-jawatan rasmi kerajaan.

Dengan penglibatan yang seumpama itu, tentulah dapat dijangkakan bahawa Majlis-majlis Perundingan akan dapat menjadi wadah pada mengadunkan unsur kepimpinan rakyat jelata dengan kepimpinan kerajaan.

Selain daripada itu, di sana juga terdapat penglibatan orang-orang kenamaan dari sektor yang bukan kerajaan.

Dengan semua unsur kepimpinan yang akan berada dalam satu wadah, dan satu tujuan serta aspirasi yang sama, maka dapatlah dibayangkan betapa unggul atau idealnya penubuhan Majlis Perundingan ini.

Titah 201240 40

Bagaimana pun, sesuatu yang unggul itu tidaklah berakhir setakat penubuhannya sahaja.

Ia perlu direalisasikan, dijadikan kenyataan. Dalam proses tersebut itulah semua peringkat dan lapisan dalam struktur Majlis-majlis Perundingan, yang terdiri dari Lembaga Pengelolanya, Penasihat-penasihatnya dan jawatan-jawatankuasa di peringkat kampong dan mukim hendaklah berusaha menjadikan cita-cita yang unggul itu sebagai kenyataan.

Semua itu beta percaya, mesti bermula dengan semangat sukarela. Dan dalam masa yang sama, jika orang-orang berkenaan itu dikaitkan dengan tanggungjawab rasmi mereka dalam kerajaan, maka semangat sukarela itu akan diperkukuhkan lagi oleh kesedaran memikul tugas serta tanggungjawab bagi faedah-faedah rakyat jelata, sebagaimana yang sewajarnya mereka laksanakan.

Apabila cita-cita yang unggul mengenai penubuhan Majlis-majlis Perundingan ini tercapai, maka ia adalah suatu petanda yang masyarakat kita bertambah matang.

Masyarakat yang matang ialah masyarkat yang tidak hanya bertanya: Apakah kerajaan dan negara sudah buat untuk kami, tetapi mereka juga tidak lupa bertanya: Apakah yang sudah kami buat untuk kerajaan dan negara?

Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung tidak syak lagi, adalah sebahagian daripada landasan masyarakat untuk menyumbangkan jasa bakti mereka kepada kerajaan dan negara tanpa imbuhan atau upah.

Inilah landasan yang paling kukuh dan teguh, kerana bahan binanya semata-mata keikhlasn, bukannya mata benda. Sementara janakuasanya pula ialah semangat dan kesedaran yang tinggi terhadap keamanan, kesejahteraan dan keselamatan tanahair dan segala isi di dalamnya.

41Titah 201241

Beta berharap, ini akan menjadi haluan yang berterusan untuk dilalui oleh masyarakat kita, sesuai dengan tradisi dan budaya hidup yang maju.

Beta sesungguhnya tidaklah ragu, bahawa bangsa dan masyarakat kita adalah cukup sesuai dengan haluan ini.

Sekianlah, akhirnya beta berdoa, semoga perhimpunan ini akan diberkati oleh Allah Subhanahu Wataala.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201242 42

Titah Bersempena Hari KeputeraanBaginda Yang Ke-50 Tahun Di Balai Singgahsana

Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawanpada 15 Julai 1996

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAAHI, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil

Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

Di hari yang bersukut baik ini, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala atas limpah kurnia-Nya kerana mengizinkan istiadat ini berlangsung dengan baik dan sempurna.

Beta dengan amat besar hati sukacita mengalu-alukan tetamu-tetamu khas beta, sama ada yang datang dari jauh mahupun dekat, atas kesudian mereka itu bersama-sama hadir bagi merayakan hari ulang tahun keputeraan beta pada tahun ini.

Demikian juga dif-dif yang lain, serta semua pihak yang telah menghantarkan perutusan-perutusan ucap selamat bersempena dengan sambutan perayaan ini.

Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala jua akan mengurniakan ganjaran-Nya, setimpal dengan ingatan baik mereka itu.

Dalam suasana yang tenang ini, kita juga merasakan getaran yang kuat dari abad baru yang bakal menjelang, abad ke-21. Getaran itu melanda semua orang dan semua negara di dunia, termasuk juga kita, Negara Brunei Darussalam.

43Titah 201243

Oleh itu, semua orang tidaklah boleh lalai dari menyiapkan diri untuk menghadapi kenyataan-kenyataan yang pasti wujud. Kita perlu bersiap menghadapi peralihan ini.

Sesuatu peralihan tidaklah boleh dibiarkan hadir tanpa persiapan dan persediaan. Kerana apa pun corak peralihan itu, kehadirannya adalah membawa cabaran.

Begitulah dengan kehadiran abad ke-21, yang dibawanya ialah cabaran-cabaran. Sama ada kita mampu atau tidak menghadapi cabaran-cabaran tersebut, semuanya itu tertakluk kepada sejauh mana persiapan-persiapan kita.

Kita sedia mempunyai plan atau agenda pembangunan. Pembangunan kita ialah pembangunan seimbang yang meliputi aspek-aspek pembangunan material dan spiritual.

Dalam aspek pembangunan material, kita menuju pertumbuhan ekonomi yang stabil dan rancak, sementara aspek spiritual pula, kita mempunyai agenda-agenda sosial bagi menangani cabaran-cabaran dan perubahan-perubahan dalam masyarakat.

Dalam dua dekad kebelakangan ini, kita dapat negara-negara dunia semakin giat berlumba untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang setinggi-tingginya, di samping mengejar pemodenan dan perindustrian melalui berbagai-bagai kerjasama serantau dan antarabangsa.

Banyaklah negara-negara maju yang berjaya mencapai apa yang diperlumbakan itu, sebagai hasil dari sikap produktif, kreatif dan inovatif rakyat serta penduduk masing-masing.

Perkara ini sayugia elok dijadikan contoh atu iktibar oleh sesiapa sahaja.

Sungguhpun begitu, ada satu cerita lain, iaitu serentak dengan proses pemodenan dan kemajuan yang pesat ini, negara-negara maju

Titah 201244 44

itu biasanya akan semakin parah menghadapi gejala-gejala social sehingga menyebabkan mereka bekerja keras dan berbelanja lebih banyak lagi untuk mengatasinya.

Kemajuan yang serupa ini bukanlah impian kita, tetapi kemajuan itu biarlah yang dapat memperbaiki akhlak rakyat, bukan yang menghakiskannya.

Oleh itu, Negara Brunei Darussalam adalah sentiasa percaya dengan pembangunan seimbang yang tidak sahaja menjurus kepada kebendaan, malahan juga mengambil kira faktor-faktor rohani dan akidah.

Maka ke arah ini, Brunei Darussalam sedang mengemaskan diri dengan sistem-sistem pendidikan dan perundangannya, kerana kedua-dua perkara ini lebih menentukan dari yang lain-lain.

Pendekatan kita ini dibenarkan oleh apa yang terjadi di dunia hari ini. Kita sedang menyaksikan berlakunya hakisan akhlak, penyakit-penyakit social yang menular seperti penagihan dadah dan aids, yang mencemari nilai-nilai kemanusiaan, yang mungkin berpunca dari sikap manusia lebih mementingkan pembangunan ekonomi daripada pembangunan insaniah.

Bukanlah tidak ada usaha-usaha ke arah mengubati penyakit-penyakit ini termasuk menyediakan hukuman-hukuman tertentu. Misalnya pada waktu ini, ada bermacam-macam hukuman dikenakan kepada penagih dan pengedar dadah, termasuklah hukuman yang paling berat iaitu hukuman mati. Namun peratus penagihan dadah di seluruh dunia terus sahaja tinggi dan setengahnya itu meningkat.

Demikian pula dengan lain-lain penyakit sosial, seperti perhubungan haram, curi, rompak dan bunuh semakin menjadi-jadi di seluruh pelusuk dunia ini, tidak kira di negara mundur, negara membangun atau negara maju.

45Titah 201245

Keadaan ini membawa kerisauan dan ketakutan. Semakin maju dunia dan semakin tinggi tamadun manusia, semakin banyak pula kerosakan yang dilakukan oleh anasir-anasir antimanusia dan anti-tuhan itu.

Banyak sudah iktiar dibuat, berbagai akta telah pun digubal, cuma barangkali, hukuman-hukuman yang bertujuan memalukan penjenayah di khalayak ramai yang kemudian kesannya menjadi iktibar kepada manusia, rasa-rasanya belum lagi dicuba atau difikirkan orang.

Dalam perkara ini, agama Islam adalah mengambil kira faktor tersebut.

Oleh itu, dengan rasa keimanan yang bulat terhadap peraturan dan undang-undang Allah, maka beta telah memperkenankan penubuhan mahkamah-mahkamah syara’iah sehingga ke tahap yang setinggi-tingginya, bagi menangani bukan sahaja pentadbiran undang-undang keluarga, malahan juga di ketika yang sesuai dan munasabah akan juga mengendalikan Qanun Jina’-i Islam Criminal Act selengkapnya, sebagaimana yang dituntut oleh Allah Subahanahu Wata’ala.

Beta penuh yakin, niat yang baik ini akan menjadi sumber berkat kepada negara serta rakyat yang berlindung di dalamnya.

Dalam pada itu, suka beta mengingatkan supaya perpaduan terus dipelihara, lebih-lebih lagi dalam keadaan kita sentiasa terdedah kepada pengaruh-pengaruh luar, di mana pengaruh-pengaruh itu biasanya menjadi racun kepada ketahanan ummah.

Sejauh ini Alhamdulillah, berkat adanya perpaduan di antara rakyat, dan di antara kerajaan dan rakyat, maka kita telah dapat menikmati tiga unsur utama yang menjadi idaman kepada banyak negara di dunia.

Titah 201246 46

Unsur-unsur tersebut ialah:-

i. Kestabilan dalam negeri.ii. Perkembangan serta kemajuan sosio-ekonomi yang

berterusan, daniii. Persefahaman serta perpaduan yang membuahkan keamanan

dan ketenteraman.

Dengan adanya ketiga-tiga unsur ini, rasa-rasanya tidaklah ada lagi masalah yang merisaukan kita. Cuma janganlah kesenangan dan keselesaan itu menjadi sebab lemahnya “daya juang” dan “daya kerja” kita. Jika kita kehilangan semua ini, bererti dunia akan meninggalkan kita terlalu jauh. Sebab masa sekarang dan akan datang adalah zaman bersaing.

Maka dalam hubungan ini, terutama dalam bidang perkhidmatan awam, beta berharap semua kementerian dan jabatan kerajaan akan terus memastikan bahawa mereka itu bekerja sebagai satu pasukan yang gigih dan penuh semangat, demi untuk mencapai matlamat pentadbiran yang cekap, bersih lagi amanah.

Di samping itu, kita juga perlu mengambil ingatan, bahawa kunci pembangunan dan kemajuan juga turut dipegang oleh rakyat. Oleh itu, kerajinan dan ketitihan rakyat bagi sama-sama meneroka berbagai kegiatan adalah amat diperlukan.

Wawasan kita ialah mempelbagai ekonomi negara sambil mengurangkan pergantungan kepada industri minyak dan gas semata-mata.

Perkara ini boleh dicapai, sekiranya kita mempunyai perancangan dan pengendalian yang benar-benar mantap, serta ianya diuruskan oleh tenaga-tenaga yang berpotensi lagi berkualiti. Dan ke arah ini, kita setentunya memerlukan asas sumber manusia yang sekukuh-kukuhnya.

47Titah 201247

Apabila semua ini sudah ada, maka insya-Allah, apa yang kita cita-citakan akan mudah dicapai, berdalilkan kepada banyak negara di dunia yang memperolehi kemajuan mereka walaupun tanpa memiliki hasil bumi yang banyak.

Satu perkara lagi yang mustahak ditekakkan, bahawa kita membangun adalah dengan usaha dan gaya kita yang tersendiri, menurut cara dan perkembangan yang sihat lagi selamat, yang sesuai dengan lunas-lunas ajaran agama Islam.

Pembangunan dan kemakmuran juga akan lebih mudah dicapai melalui pendidikan dan pengetahuan. Oleh itu, kerajaan beta senantiasa mengambil berat untuk melengkapkan generasi atau angkatan muda kita dengan berbagai kemahiran dan kepandaian yang perlu.

Mereka ini, kita dedahkan kepada peluang-peluang untuk Brunei Darussalam mempelbagaikan ekonominya adalah lebih cerah, berbanding dengan 20 tahun yang lalu, namun begitu, ianya hanyak akan dapat dicpai jika para belia mengubah sikap dan turut merebut peluang-peluang yang ada.

Para belia mestilah melengkapkan diri dengan berbagai kemahiran, bagi membolehkan mereka itu tampil selaku sumber tenaga yang boleh digunakan dalam perusahaan “valueadded” berteknologi tinggi serta yang berasaskan teknologi maklumat.

Di samping itu, pendekatan bersepadu antara institusi keluarga, sistem persekolahan dan masyarakat juga, adalah perlu untuk menjamin kewujudan landasan-landasan yang kukuh.

Ini, dapat diharapkan bagi melahirkan belia-belia yang mempunyai sistem nilai yang bersesuaian dengan aspirasi negara, yang mempunyai kemahiran-kemahiran serta tanggungjawab selaku penyumbang.

Titah 201248 48

Mengenai hubungan luar negeri, Alhamdulillah, kita juga dapat memberi sumbangan di dalam forum-forum serntau dan antarabangsa di mana kita turut menjadi ahlinya.

Melalui interaksi dengan negara-negara anggota masyarakat antarabangsa itu, kita telah dapat mengambil manfaat yang bukan sedikit.

Dari segi yang tertentu, negara kita adalah mampu untuk menjadi pusat utama ekonomi dalam BIMP-EAGE yakni the prime hub of BIMP-EAGE.

Jika ini berlaku, maka dengan sendirinya ia akan dapat menarik serta menggalakkan pelaburan di negara ini, meningkatkan lagi aktiviti-aktiviti ekonomi dan industri, dan juga secara langsung akan menyumbangkan perkhidmatan ke arah aktiviti-aktiviti ekonomi di kawasan-kawasan BIMP-EAGA yang berdekatan.

Di samping itu, melalui Kementerian Perhubungan, kerajaan juga sedang melaksanakan perancangan bagi menjadikan negara ini sebagai pusat perkhidmatan perdagangan dan pelancongan sebelum tahun 2003.

Dalam pada itu, mustahak juga diingat, bahawa negara ini akan tetap memberikan keutamaan kepada perdagangan dan perusahaan dalam negeri.

Melalui Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, kerajaan beta telah menubuhkan “Semaun Holdings” sebagai sebuah agensi yang akan mengendalikan pelaburan dan perdagangan kerajaan. Antara peranannya ialah untuk meningkatkan pembangunan perindustrian dan komersil negara.

Ia akan berjalan menerusi pelaburan secara langsung dalam sektor-sektor utama dan juga di bidang-bidang tertentu, seperti pemerosesan makanan untuk mengurangkan beban pengimportan makanan.

49Titah 201249

Selain itu, akan merangkum juga bidang-bidang lain termasuk pertanian, perikanan dan perhutanan, sebagaimana yang dimaksudkan dalam Rancangan Kemajuan Negara.

Dalam bidang kewangan, kita telah pun menjadi ahli Tabung Kewangan Antarabangsa yakni IMF dan Bank Dunia mulai tahun lalu.

Dengan mengaggotai IMF dan Bank Dunia ini, membolehkan kita untuk mendapatkan bantuan teknikal dalam hal-hal fisikal dan kewangan bagi membantu memperkukuhkankedudukan ekonomi dan kewangan negara melalui dasar-dasar kewangan yang kukuh.

Di bidang kesihatan, kita terus komited pada memberikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang bermutu, bagi memastikan setiap rakyat dan penduduk dapat menikmati tahap kesihatan yang tinggi. Di samping itu kawalan ketat akan juga terus dipertingkatkan dari masa ke semasa terhadap kemungkinan-kemungkinan negatif adanya penyakit-penyakit merbahaya yang dibawa daripada luar, di mana hal ini menjadi masalah kepada setengah-setengah negara di dunia.

Dalam menangani kesihatan dan kesejahteraan rakyat ini, kita juga sedang giat melaksanakan projek-projek perumahan, iaitu dengan matlamat memberikan tempat kediaman yang selamat dan selesa kepada rakyat dan penduduk.

Kita akan menanai dan meluruskan perjalanan negara di bawah satu slogan: Menuju Keredaan Allah.

Kita juga akan melangkah dan menghampiri abad ke-21 dengan azam yang bulat untuk membawa sinaran baru kepada rakyat dan negara, serta juga akan terus menghulurkan salam persahabatan yang mesra kepada rakan-rakan kita warganegara dunia.

Akhirnya, beta dengan segala tulus ikhlas ingin merakakkan penghargaan dan ucapanan terima kasih kepada segenap lapisan

Titah 201250 50

rakyat dan penduduk yang telah memberikan kerjasama dan sokongan terhadap kerajaan beta, dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Dan juga kepada semua kakitangan kerajaan, selaku pengggerak pentadbiran negara dan kepada sektor swasta yang telah sama-sama menyumbangkan bakti kepada negara.

Kepada semua anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei dan pasukan-pasukan keselamatan yang serta orang awam, beta juga sukacita mencatatkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama mereka dalam sama-sama memelihara keamanan, keselamatan dan ketenteraman negara.

Beta juga tidak lupa merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Perayaan termasuk di daerah-daerah, di atas penat-lelah mereka mengatur dan mengendalikan rancangan-rancangan perayaan.

Beta berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, dan dengan berkat syafaat Nabi kita Sayyidina Muhammad Sallalahu Alaihi Wasallam, semoga sekalian rakyat dan penduduk yang beta kasihi akan sentiasa berolehi kejayaan, bersatu padu dan makmur di bawah panji-panji negara yang indah yang aman merdeka lagi sentosa ini, Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

51Titah 201251

Text Of Speech Of His Majesty Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali SaifuddienSa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan

Of Brunei DarussalamOn The Occasion Of His Majesty’s 50Th At The Throne Room Birthday Celebration

At The Throne Room, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan On 15th July 1996

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAAHI, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil

Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

On this auspicious occasion, we are grateful to Allah the Almighty for His blessings and for willing that this ceremony be held.

We extend a similar welcome to our other guests, and also our thanks to those who have kindly sent messages of felicitions.

We pray that Allah the Almighty would grant His blessing to one and all.

Though we live in calm and serene times, we cannot help but feel a certain amount of exiety with the transition to the coming 21st century. Such feelings of course affect everyone and every nation in the world, including ours, Brunei Darussalam.

Therefore, all of us need to be prepared for the impending future.

We must be prepared to face what lies ahead.

Any transition cannot be let to pass without due preparation. For no matter what from the transition will take, its occurrence will certainly bring about challenges.

Titah 201252 52

The same applies to the approaching new century which, no doubt, will bring with it certain challenges. Whether we are able to face those challenges, will depend on how prepared we are.

In preparation, we certainly will have our plan or agenda for development. Our development needs to be balanced, that is, taking into account not only aspects of material development but also spiritual development.

With regard to the material development, we are going towards stable and rapid economic growth whilst in the spiritual aspects, we need to handle the challenges and changes in society as part of our social agenda.

In the past two decades, we find that countries throughout the world

are steiving to achieve the highest possible rates of growth, while at the same time trying to attain modernization and industrialisation through regional and international cooperation.

Many countries have succeeded in attaining what they set out to achieve, as a result of the productivity, creativity and innovativeness of their people.

Such an experience is important to be emulated by others aspiring to attain such progress and development.

On the other hand, quite often, there is also a flip-side to such success stories, in that, along with the rapid growth and modernization, such developed countries normally also experience chronic social illnesses, to the extent that those countries need to work even harder and allocate more expenditure to overcome those social problems.

This type of progress is certainly not one that we have in mind, because progress must mean also to the enchancement of the people’s moral values, not their erosion.

53Titah 201253

Hence, Brunei Darussalam will always believe in balanced development, which will not only cater for material betterment, but also spiritual and religious enhancement.

With this in mind, Brunei Darussalam is ever-mindful of its education and legal systems, as these have more widespread and determining impact that other factors.

Indeed such an approach has been proven to be the right one, as evidenced by what has been happening around the world. We have been witnessing the erosion of moral values, and social ailments that are concerous to society such as drug addiction and AIDS, which befoul human dignity, and which may be caused by the habit of putting economic development first and foremost, above social development.

It is not for lack efforts to combat these ailment, including by way of the provision of certain legal penalties. For example, at present, these are various laws and penalties imposed on drug addicts and drug traffickers, including the death penalty. But the rate of drug addication continues to remain unabated and indeed, have increased in certain countries.

Such is the case also for anti-social acts such as triads, break-ins, robberies, and murders which seem to be on the increase world-wide, whether in less-developed countries, developing or even in developed countries.

Such a situation certainly brings about trepidation and enxiety. As the world advances and as human civilization supposedly rises to a higher plane, much damage is apparently being done by elements of anti-civilisation and anti-God.

Many efforts have been made, and many legal Acts promulgated so far to hinder criminals. However, thus far penalties that serve to embarrass the criminals in the eyes of the public and therefore have immediate impact on other people, seem not to have been tried or considered.

Titah 201254 54

Islam, on the other hand, has taken this factor into consideration.

In this regard therefore, and with our faith totally in the rule and guidance of Allah, we have given our consent to the formation of Syara’iah Court to the highest possible levels, to implement not only the administration of family laws, but alos at a suitable and reasonable time, will handle Qanun Jina’-i Islam that is Islamic Criminal Act in its entirely, as required by Allah the Almighty.

We are confident that this good intention, will become a sources of blessing to the country and the pople in it.

In the meantime, we would also like to urge that unity remain uppermost and be maintained, especially in a situation where we are ever-exposed to foreign influence, where the influences may become a poison to the unity of the people.

Thus far, thanks to Allah, given the unity of the people, and between the Government and the people, we are able to enjoy three important elements that may only be dreamed by sertain countries.

These elements are:-

i. Stability in the country;ii. Sustainable socio-economic growth; andiii. Harmony and unity that enable the continuance of peace and

prosperity.

With these three elements, there seems to be no other major cause of worry to us. However, such a comfortable well-being should not weaken our sense of resilience, survival and competition. If we lose them, then we will be left behind by the rest of the world. Because, the present and the future constitute the age of competition.

In this connection, especially in the public service, we hope that all ministries and Government departments will always work as a team,

55Titah 201255

determined and full of vigour, so as to attain and maintain an efficient, clean and honest administration.

The apart, we also need to take heed, that the key to progress and development, also lies with the people. Therefore, the diligence and resoluteness of the people in exploring various activities is called for.

Our vision is to diversify the national economy whilst reducing dependence on the oil and gas industries alone.

This can be achieved, if we have proper plan and management, that is really sustainable, and managed by capable and quality resources. To this end, we certainly need the most able human resources available.

When all these have been attained, then God-willing, what we strive for will be achievable, as evidenced by many countries in the world which have managed to develop even without abundant natural resources.

Another point that need to be stressed, is that, we develop according to our own effort and sytle, based on a healthy and safe way of development, in concord with Islamic teachings.

Development and prosperity will also be more easily achievable through education and knowledge. Hence. Our Government will always place great emphasis on the need to equip the young generation or youths with the necessary skills and expertise.

We should expose our youths to the many opportunities made available by the rapid changes taking place in this region and the increasing globalization of the world economy.

Even though at present the time is more opportune for Brunei Darusallam to diversify its economy compared with 20 years ago, it will only be achievable if the youths today change their attitude and avail themselves of the opportunities available.

Titah 201256 56

Our youth need to equip themselves with various skills, so that they can be utilized as the manpower resources needed for industries that are valued-added, high-tech and based on information-technologi.

Besides this, an integrated approach between the family institution, the education system and the society is also needed to lay a strong foundation.

In this way, we cn hope to produce youths whose values systems are in accord with national aspirations, and who have the capabilities and are able to shoulder their responsibilities as a contributor to society.

With regard to our international relations, praise be to Allah, we have been able to contribute to regional and international for a to which we are associated as a member.

We have benefitted tremendously through our interaction with members of the international community.

In certain respects, our country is capable of becoming the prime hub of BIMP-EAGA

When this materializes, investments will start to flow in to our country, economic and industrial activities will increase, and it will directly contribute to the economic activities in the nearby BIMP-EAGA areas.

Aside from this, through the Ministry of Communications, the Government is also implementing its plans to develop the country to become the centre of services, trade and tourism before the year 2003.

At the same time, it is also important to bear in mind that our country will always give priority to the trade and industry within the country.

Through the Ministry of Industry and Primary Resources, our government has formed “Semaun Holdings” as a agency that handles

57Titah 201257

government trade and investments. One of its roles is to raise industrial and commercial development of the country.

This will be done through direct investment in the primary sectors and in certain sectors such as in food processing, so as to reduce our dependence on imported foodstuff.

Other sectors include agriculture, fisheries and forestry, as required by the National Development Plan.

With regard to finance, we have become a member of the International Monetary Fund or the IMF and the World Bank since last year.

By becoming a member of the IMF and the World Bank, it will enables us to obtain technical expertise with regard to fiscal and monetary matters to help strengthen our economic and financial foundation through sould financial policies.

In the field of health, we continued to be committed to providing quality medical and health services, to ensure that the people in the country can enjoy a high level of health.

Besides this, even tighter control will be applied from time to time in order to eliminate the possibilities of detrimental diseases brought in from the outside, as experienced by some countries.

In managing the health and well-being of the people in the country, we also continue to implement housing projects, with the aim of providing safe and comfortable housing to the people.

We will always uphold and be guided by the principles that whatever we do should always be to seek the blessing of Allah.

We will step into the 21st Century, fully dedicated to bring abour a new ray of light to the people and the country, and also to extend our hand of friendship to fellow members of the world community.

Titah 201258 58

Finally, with utmost sincerity, we would like to record our appreciation and gratitude to all our people who have given their co-operation and support to our government, in crrying out their respective duties. Also to all civil servants, as the movers of the government machinery as well as those serving in the private sector who have contributed to the well-being of the country.

To all members of the Armed Forces, the Police Force, and other members of the Security Force and also the general public. We also would like to record our most sincere appreciation for their co-operation in maintain the peace, security and order of the country.

We also thank members of the Executive Committee of the celebration including those in the districts, for their untiring efforts in managing and co-ordinating the celebration programmes.

We pray to Allah the Almighty, and the “Syafa’at” of Our Great Prophet Sayyidine Muhammad (Peace Be Upon Him), that all our beloved people will be granted success, be united always under the crest of the beautiful, peaceful and sovereign country of ours, Amiin Ya Rabbal ‘Alamiin.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Terjemahan dari teks asal Bahasan Melayu).

59Titah 201259

Titah di Majlis Pembukaan Rasmi Masjid Perpindahan Lambak Kanan, Rancangan Perumahan

Negara Lambak Kanan pada 19 Julai 1996

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAAHI, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil

Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhhanahu Wata’ala dengan terbinanya sebuah lagi masjid baru, Masjid Perpindahan Lambak Kanan ini.

Beta difahamkan bahawa masjid ini telah berfungsi dengan bak dan lancer, sebagai sebahagian dari Rancangan Perumahan Negara bagi Lambak Kanan.

Beta gembira mengetahui, bahawa masjid-masjid sedang berjalan dengan baik dan teratur. Kerana apabila masjid berjalan dengan teratur maka ertinya disiplin umat Islam adalah baik.

Menyebut disiplin ini orang-orang Islam hendaklah mengambil perhatian yang berat. Agama Islam sendiri mementingkan disiplin. Semua ibadat-ibadat fardu boleh dikatakan menuju kepada disiplin. Misalnya, ibadat sembahyang adalah mengandungi “disiplin kepimpinan”. Ini dapat dikesan apabila ianya dilakukan secara berjemaah. Pada ketika itu, kepimpinan imam adalah menonjol. Sehingga bagi seorang makmum yang mengikut imam tidaklah dibenarkan baginya untuk bertindak di luar atu mendahului perbuatan imam walaupun berapa ramai jumlah Jemaah itu.

Sebab itu terdapat pemandangan yang amat unik lagi indah apabila orang-orang Islam melakukan sembahyang berjemaah. Lagi

Titah 201260 60

ramai Jemaah itu, lagi cantik. Sekiranya jumlah Jemaah puluhan ribu atau ratusan ribu, mereka itu masih sahaja tetp dikehendaki supaya memathui peraturan pimpimin seorang imam. Sebaliknya, cuba bayangkan jika Jemaah yng seramai itu bertindak sendiri-sendiri tanpa memathui pimpinan imam, maka sudah barang tentu keunikan dan keindahan yang disebutkan tadi tidak akan menjadi kenyataan.

Inilah peranan disiplin. Disiplinlah yang membentuk wadah kesempurnaan.

Maka dalam hubungan ini beta rasa institusi masjid itu boleh digunakan untuk menjadi tempat menyuburkan disiplin-disiplin yang baik. Kerana di dalamnya kita bukan sahaja melakukan ibadat sembahyang malahan juga bermacam-macam lagi kegiatan boleh dibuat seperti dakwah, pengajian-pengajian dan seumpamanya.

Semua kita umat Islam perlulah komited terhadap masjid. Kita tidak mahu ianya hanya untuk dimegahkan semata-mata atau untuk dihias dan diberikan kemudahan-kemudahan selengkapnya. Tetapi yang lebih penting ialah untuk dimanfaatkan sebagai tempat ibadat dan tempat mengasuh serta menyuburkan akhlak yang mulia.

Kita akan merasa lega apabila institusi-institusi agama termasuk masjid dapat menangani cabaran-cabaran yang melanda, lebih-lebih lagi dengan kehadiran abad ke-21, di mana cabaran-cabaran itu akan bertambah berat disebabkan oleh terjadinya hakisan akhlak di seluruh dunia serta “tempiasnya juga akan turut menimpa kita kelak.

Dengan menyediakan fungsi-fungsi bimbingan yang teratur bagi masjid, harapan adlah lebih cerah untuk kita dapat menolak gejala-gejala social yang tidak diingini di masa depan. Oleh itu masjid-masjid tidaklah harus kosong dengan program-program ta’limanya berupa ceramah-ceramah atau ia juga boleh menyalurkan khidmat-khidmat nasihat rumahtangga kepada masyarakat. Pendeknya peranan masjid itu amatlah luas menurut keperluan.

61Titah 201261

Pengisian masjid dengan program-program yang tersebut di atas, biarlah yang dapat menarik semua peringkat, supaya ia tidak hanya akan dikunjungi oleh satu golongan tertentu sahaja seperti golongan tua, malahan jua golongan-golongan remaja dan belia, kerana golongan yang terakhir ini lebih banyak diharapkan untuk membawa perubahan-perubahan yang lebih berkesan kepada masyarakat.

Ke arah ini tenaga-tenaga yang berkaitan dengan masjid mustahaklah pula dipertingkatkan dan dikemaskan dari masa ke semasa, supaya ianya tidak akan terlalu banyak bergantung kepada tenaga-tenaga luar untuk menangani program-program tersebut.

Apabila ia tercapai, maka program-program itu juga lebih mudah dimantapkan sebagai rancangan tetap yang tidak putus-putus.

Demikianlah harapan kita.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Sayyidina Muhammadin, Sayyidil Mursaleen, Wa ‘Alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, beta dengan sukacita merasmikan Masjid Perpindahan Lamabak Kanan Rancangan Perumah Negara Lambak Kanan ini.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201262 62

Titah Di Majlis Merayakan Hari Keputeraan BagindaRasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

pada 28 Julai 1996

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAAHI, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa

Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee

Ajma’een Waba’du.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur kepada Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah yang telah mengizinkan kita dapat pula berkumpul pada hari ini bagi menyambut dan merayakan Hari Keputeraan Baginda Rasulullah Sallalllahu Alaihi Wasallam.

Walaupun kita mempunyai kesibukan-kesibukan tertentu yang melibatkan banyak pihak, namun masa dan semangat kita tetap tertumpu untuk menyambut dan merayakan hari yang agung ini.

Kita tidak mahu tercicir dalam memperingati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai pemimpin alam sejagat yang telah membawa keadilan dan rahmat untuk semua.

Beta yakin, setakat niat kita ini pun, Allah Subhanahu Wata’ala sudah mengurniakan kita pahala yang besar, insya Allah. Betapa tidak dengan memperingati hari yang bersejarah ini, bermakna kita telah menghighliht satu syiar yang boleh mendidik jiwa ke arah mencintai dan mematuhi ajaran-ajaran Baginda.

Beta berpendapat, tiap perkara baik yang ada hubungkaitnya dengan agama adalah ia “syiar”, iaitu seperti hari-hari kebesaran Islam, hari-hari penganugerahan kepada tokoh-tokoh agama dan seumpamanya. Yakni bukanlah, syiar itu setakat masjid atau surau atau balai ibadat dan sekolah agama sahaja malahan juga ia boleh bersifat lebih luas lagi, hatta majlis-majlis atau upacara-upacara yang

63Titah 201263

diadakan oleh orang-orang Islam untuk berkorban pada setiap Hari Raya Aidiladha pun, adalah juga satu syiar yang amat berfaedah.

Ada kesan dari segi keimanan apabila benda-benda seperti ini ditonjolkan. Ia boleh berfungsi mengasuh atau menyuburkan keimanan seseorang Muslim. Kerana itu janganlah ia dicuaikan atau ditangani dengan hanya sambal lewa oleh kita irang-orang Islam. Tetapi hendaklah sentiasa diambil berat atau jika mustahak, kita mengkajinya dari masa ke semasa supaya ia lebih menonjol dan lebih hebat lagi.

Tidaklah mesti penonjolan terhadap satu-satu syiar itu hanya terikat kepada satu-satu format tertentu atau yang biasa sahaja. Tetapi ia juga mungkin boleh ditukar-tukar atau diubahsuai kepada yang lebih baik lagi, asalkan tidak bertentangan dengan lunas-lunas syarak. Dan ke arah ini, barangkali turut pula diperlukan ialah tenaga-tenaga yang lebih kanan dan berauthoriti untuk sama-sama memikir dan menyusunnya.

Kemudian di segi yang lain, alat-alat mass media juga perlulah lebih kemas dan lebih bijak lagi dalam membuat liputan-liputannya. Hendaklah dipelajari dan dikenal benar-benar mana-mana yang patut ditonjol atau dijadikan headline, atau yang benar-benar mmustahak untuk diliputi dan diberikan ulasan-ulasan yang lebih meluas.

Adapun pendekatan mass media ini sangatlah mustahak untuk memberikan kefahaman dan keberkesanan kepada orang ramai. Orang-orang mass media yang bijak akan dapat menyeluk apa-apa yang tersirat, bukan sahaja memaparkan apa-apa yang tersurat.

Apabila semua ini terpenuhi dengan baik, maka beta percaya, umat Islam dan rakyat akan lebih mendapat manfaat daripada perayaan-perayaan, sama ada ianya perayaan keagamaan atau lain-lain perayaan yang berkebajikan.

Demikianlah yang diharapkan.

Titah 201264 64

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

65Titah 201265

Titah Bersempena Dengan Lawatan RasmiDuli Yang Maha Mulis Seri Paduka Baginda

Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman

Ke Negara Brunei Darussalampada 10 September 1996

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAAHI, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil

Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

Paduka Ayahanda Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, Tuanku Ja’afar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman; Paduka Bonda Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuan Najihah binti Al-Marhum Tuanku Besar Burhanuddin; para tetamu kenamaan; para hadiran dan hadirat sekalian.

Paduka anakanda serta kerajaan dan seluruh rakyat Negara Brunei Darussalam dengan rasa yang amat gembira mengalu-alukan keberangkatan paduka ayahanda dan paduka bonda. Sesunggunya keberangkatan paduka ayahanda ini adalah juga memberikan kesempatan kepada paduka anakanda untuk membalas layanan mesra yang telah diberikan kepada paduka ayahanda untuk membalas layanan mesra yang telah diberikan kepada paduka anakanda dalam lawatan-lawatan paduka anakanda ke Malaysia sama ada secara rasmi mahupun tidak rasmi.

Paduka anakanda sesungguhnya amat sukacita kerana berpeluang untuk memperbaharui serta memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim di antara paduka ayahanda dengan paduka anakanda. Selama lebih setengah abad, paduka ayahanda telah mencurahkan banyak jasa bakti yang cemerlang kepada Malaysia dalam berbagai

Titah 201266 66

perkhidmatan termasuk perkhidmatan diplomatic di seberang laut. Paduka ayahanda juga terkenal kerana kehandalan dalam bidang sukan dan banyak memberikan sokongan kepada badan-badan sukan dan badan-badan amal di Malaysia.

Sebagaimana yang paduka ayahanda sedia maklum, paduka anakanda pernah bersekolah di Malaysia buat beberapa tahun. Dalam beberapa lawatan paduka anakanda sejak itu, paduka anakanda sesungguhnya kagum dengan kemajuan pesat yang telah dicapai oleh Malaysia, terutama sekali di bawah pimpinan bijksana Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Beliau telah melaksanakn banyak dasar negara yng hebar untuk mempersiapkan Malaysia menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21.

Ekonomi Malaysia yang semakin kuat dan dinamik itu akan juga meningkatkan pertumbuhan ekonomi rantau ASEAN ini. Setelah mencapai kadar pertumbuhan lebih daripada 8 peratus selama lebih satu dekad, Malaysia sekarang merupakan salah sebuah negara yang mempunyai pertumbuhan enonomi yang paling cepat di rantau ini dan di dunia. Tidak syak lagi Malaysia akan dapat mencapai wawasannya untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.

Malaysia merupakan jiran terdekat bagi Negara Brunei Darussalam. Kedua-dua negara kita memang sentiasa menikmati hubungan yang erat lagi mesra. Hubungan dua hala di antara negara kita adalah sentiasa kukuh. Negara dan rakyat kita kedua-duanya mempunyai banyak persamaan dari segi bangsa, agama, bahasa dan budaya. Sememangnya persamaan-persamaan ini telah memberikan banyak manfaat kepada kita, namun begitu hubungan baik kedua-dua negara kita adalah juga berdasarkan kepada rasa saling hormat-menghormati ke atas kedaulatan negara masing-masing dan hasrat yang sma kedua-dua kerajaan kita untuk meningkatkan kerjasama dua hala bagi kebaikan bersama rakyat kedua-dua negara kita. Lawatan ayahanda ini melambangkan betapa rapatnya hubungan yang telah terjalin di antara kedua-dua negara kita.

67Titah 201267

Kerana hubungan yang unit lagi rapat itulah, maka kedua-dua negara kita telah dapat membuat pendekatan terhadap semua perkara yang berkaitan dengan negara kita secara fleksibel dan bahkan dapat menangani isu-isu termasuk yang sensitif dengan cara yang positif. Kedua-dua negara kita telah dapat bekerjasama dalam suasana yang dapat memberi sumbangan kepada kemajuan negara masing-masing.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kedua-dua kerajaan telah menggalakkan sektor swasta untuk saling membuat pelaburan di kedua-dua negara. Paduka anakanda berasa yakin bahawa apabila Perjanjian Cukai Berganda, yakni Double Taxation Agreement di antara kedua-dua negara kita telah dilaksanakan, maka pelaburan dan kerjasama ekonomi akan meningkat. Para peniaga kita haruslah bekerjasama untuk mengembangmajukan peluang-peluang yang terdapat di ekonomi-ekonomi yang dinamik di rantau ini. Kerjasama yang sedemikian itu akan meningkatkan lagi pertumbuhan bagi rantau kita.

Paduka anakanda amat sukacita bahawa kerjasama kedua-dua negara kita telah diperkukuhkan lagi dalam bentuk Suruhanjaya Bersama. Dalam masa hanya lebih dua tahun, Suruhanjaya itu telah dapat mencapai hasil-hasil yang berguna dari segi perdagangan dan pelaburan, pendidikan, perhubungan, agama dan hal-ehwal kemasyarakatan. Suruhanjaya Bersama itu sudah setentunya akan mengukuhkan perhubungan dan matlamat kita yang sama. Kita berharap ianya akan dapat mencapai kemajuan yang berterusan, terutama sekali dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pelancongan. Kerajaan paduka anakanda akan senantiasa memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada Suruhanjaya tersebut.

Kedua-dua negara kita juga saling bekerjasama dalam rangka kerja BIMP-EAGA. Kita sedang berusaha untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai pusat perkhidmatan bagi perdagangan dan pelancongan di kawasan rantau ini.

Titah 201268 68

Kedua-dua negara kita mengalu-alukan matlamat ASEAN untuk meliputi kesemua 10 buah Negara Asia Tenggara. Ini merupakan pandangan jauh para pemimpin yang mengasaskan penubuhan ASEAN. Preventive diplomacy dan perhubungan konstruktif dalam rangka kerja ASEAN, adalah sangat penting bagi kestabilan rantau ini. Kita akan terus bekerja rapat dengan Malaysia dan rakan-rakan yang lain dalam ASEAN pada memastikan kestabilan dan pertumbuhan di rantau ini.

Sejak zaman dahulu lagi, rakyat di negara-negra Asia Tenggara adalah merupakan orang-orang yang suka mengembara. Keterbukaan kepada dunia amnya, telah mendorong mewujudkan ekonomi yang dinamik di ASEAN. Kita hendaklah mengekalkan ASEAN sebagai tempat yang terbuka dan menarik bagi perdagangan dan pelaburan.

Ketua-ketua Kerajaan ASEAN telah mengambil beberapa inisiatif untuk mencapai matlamat ini, seperti penubuhan Kawasan Bebas Cukai ASEAN, yakni AFTA, Perjanjian Rangka Kerja ASEAN Mengenai Kerjasama Perkhidmatan dan Harta Intelektual dan juga Skim Kerjasama Industri ASEAN yang baru. Segala inisiatif ini dan berbagai pertumbuhan segitiga yang terdapat di rantau kita ini akan menambahkan pertumbuhan dalam ASEAN.

Kita telah juga bekerjasma dalam pertubuhan antarabangsa yang lebih besar seperti APEC, ARF, ASEM, EAEC dan WTO. Pertubuhan-pertubuhan ini adalah saling melangkapi antara satu satu lain dan membolehkan kita menangani masalah-masalah dan peluang-peluang yang berbangkit dari meningkatnya perhubungan yang saling berkait di antara negara-negara serta persaingan dalam perdagangan dan bidang-bidang yang lain.

Sebagai sebuah negara yang kecil, Negara Brunei Darussalam berasa gembira dengan kemajuan yang telah dicapai oleh ASEAN Regional Forum. Dalam beberapa tahun sejak penubuhannya, ARF ternyata telah dapat membentuk hubungan yang lebih konstruktif

69Titah 201269

di kalangan negara-negara di rantau ini. Dengan Malaysia selaku negara pengerusi pada tahun ini, kita yakin bahawa ARF akan terus mencapai kemajuan yang dihasratkan.

Paduka ayahanda,

Abad ke-21 akan membawa banyak cabaran. Kerajasama yang rapat, hubungan melalui rangkaian kerja atau “networking” dan persefahaman dua hala akan menjadi lebih mustahak lagi. Paduka anakanda berasa yakin bahawa Negara Brunei Darussalam dan Malaysia akan terus bekerjasama dengan rapat demi untuk kebajikan rakyat kedua-dua negara. Negara Brunei Darussalam senantiasa berniat untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang rapat yang sedia kita nikmati dengan Malaysia.

Sebelum mengakhiri ucapan paduka anakanda ini, paduka anakanda sekali lagi ingin mengalu-alukan keberangkatan paduka ayahanda dan paduka bonda serta rombongan ke Negara Brunei Darussalam.

Demikian juga paduka anakanda serta Paduka anakanda Raja Isteri dan Paduka anakanda Pengiran Isteri tidak lupa mendoakan semoga paduka ayahanda dan paduka bonda akan senantiasa di dalam pemeliharaan Allah Subhanahu Wata’ala, lanjut usia dan sihat walafiat.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201270 70

Titah Di Majlis Perhimpunan Hari GuruKali Keenam pada 23 September 1996

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAAHI, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil

Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

Kita bersyukur kerana Majlis Perhimpunan Hari Guru bagi kali yang keenam ini dapat pula diadakan.

Semakin rancak masa berlalu, maka semakin hangatlah bahang cabaran masa depan itu kita rasakan. Ia semakin dekat dan cepat, tambahan pula dengan adanya perkembangan pesat di bidang teknologi maklumat dan komunikasi, sehingga apa jua yang berlaku sekarang, semuanya itu dapat diketahui dengan begitu pantas. Dunia seolah-olah tidak ada sempadan lagi dan maklumat juga sudahpun berada di hujung jari.

Kalau dahulu, buta huruf adalah satu gejala yang menakutkan. Tetapi pada masa ini orang sudah bercakap mengenai literasi emosi dan literasi computer dalam persekitaran pembelajaran itu sudah tidak lagi mengenal tembok dan batasan.

Ini adalah satu kehadiran tercanggih menjelang abad ke-21.

Apakah ada lagi yang akan menyusul yang lebih hebat daripada itu?

Jawabnya: Tidak mustahil.

Dunia telah pun menemui hakikat, bahawa banyak perkara yang pada mulanya tidak terlintas kepada manusia, tetapi tiba-tiba sahaja muncul menjadi kenyataan, seperti kehadiran kenderaan-kenderaan berjentera, misalnya keretapi, kerita, kapal terbang,

71Titah 201271

kapal angkasa dan sebagainya. Semua itu adalah kehadiran terbaru yang tidak disebut secara tepat oleh Al-Quran. Tetapi di akhir ayat yang berkenaan dalam Surah An-Nahl, Allah menutupnya dengan berfirman yang bermaksud:

“Di samping kuda, baghal dan keldai sebagai kenderaan, maka ada lagi yang Allah akan ciptakan kemudian iaitu apa-apa yang kamu (manusia) belum pernah mengetahuinya” .

Begitulah rahsia Al-Quran dalam merujuk teknologi komunikasi, di mana rahsia itu mungkin akan berterusan untuk memaparkan penemuan-penemuan yang lebih menakjubkan lagi bagi kemanfaatan manusia sejagat. Tetapi sayangnya, kadang-kadang orang tidak nampak ke sudut ini melainkan hanyak melihatnya sebagai penemuan-penemuan orang lain, bukan dari sumber Islam atau Al-Quran.

Maka ke arah ini, adalah menjadi kewajipan para cendekiawan Islam untuk tampil ke hadapan membetulkan tanggapan-tanggapan yang keliru itu, di samping orang-orang Islam sendiri mestilah juga turut menjadi peneroka, bukanya hanya menunggu hasil terokaan orang lain. Ini, ialah kewajipan umat Islam seluruh dunia.

Berbalik kepada bidang perguruan dan peranan guru, adalah ianya suatu bidang dan tugas yang amat mencabar lebih-lebih lagi dalam era perubahan dan perkembangan hari ini, di mana guru-guru itu tidak mustahil akan ditinggalkan oleh pelajar-pelajarnya sendiri.

Sungguhpun begitu, beta berpendapat teknologi semata-mata berlumlah cukup untuk menggantikan peranan guru sebagai pendidik dalam apa pun bentuk perubahan zaman. Pendidikan moden akan terus memerlukan khidmat guru, istimewa guru-guru yang benar-benar komited dengan tanggungjawab mereka sebagai guru.

Ke arah ini, guru-guru itu perlulah sentiasa berada di hadapan dalam bidang ilmu, kemahiran-kemahiran dan akhlak yang mulia dalam makna guru-guru yang Berjaya ialah mereka yang sentiasa

Titah 201272 72

mempertingkat kualiti kemahiran dengan menjadikan pendidikan itu sebagai amalan sepanjang hayat.

Berdasarkan inilah, kerajaan beta melalui Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Biasiswa Skim Khas Pendidikan untuk menarik pelajar-pelajar yang mempunyai kelulusan yang baik serta benar-benar berminat untuk mengikuti kursus perguruan di institusi-institusi pengajian di luar negara dalam bidang-bidang sains, matemaik dan Bahasa Inggeris. Usaha ini ialah bagi mendapatkan guru-guru dari kalangan pelajar-pelajar pilihan. Dari skim ini, peluang tidaklah terhad semata-mata untuk menjadi guru di bilik darjah, malahan juga memungkinkan seseorang pelajar itu untuk mengikuti pengajian perguruan dari peringkat izajah pertama sampailah ke peringkat yang paling tinggi.

Beta turut tertarik dengan tema Hari Guru pada tahun ini yang berbunyi “Ke Arah Pembentukan Akhlak Yang Mulia”.

Masalah akhlak ini bukanlah suatu perkara yang mudah ditangani. Sekolah-sekolah atau pusat -pusat pengajian pun kadang-kadang boleh gagal menyelesaikannya.

Pada hemat beta, akhlak ialah sesuatu yang hidup dan tumbuh. Ia boleh subur, berkembang ataupun sebaliknya.

Antara usaha-usaha yang berkesan dalam pembentukan akhlak itu, ialah melalui pendidikan teladan. Manusia, apa pun peringkatnya terutama kanak-kanak, adalah sentiasa terikat kepada teladan. Dengan teladanlah mereka boleh menjadi orang-orang yang baik, menjadi mulia, taat, rajin, amanah dan seumpamanya.

Sementara melalui teladan juga manusia itu boleh bersifat sebaliknya.

73Titah 201273

Begitulah peranan teladan. Adapun mereka yang berkaitan dengannya ialah para ibu bapa, keluarga dan guru-guru di sekolah. Mereka ini bertanggungjawab penuh dalam menaja dan memberikan teladan kepada anak bangsa.

Anak-anak bangsa tersebut akan tumbuh mengikut sebagaimana contoh teladan daripada mereka. Jika baik teladan itu, maka baiklah bangsa dan jika tidak, maka demikian itu pulalah keadaan mereka.

Jika demikian halnya, maka alangkah beratnya tugas guru itu. Di bahu merekalah terletaknya kewajipan membina dan membentuk manusia, bukan seperti membentuk warna bagi seorang pelukis, tetapi membentuk jiwa, peribadi dan personality ummah. Maka ke arah ini, mahu tidak mahu, guru-guru hendaklah mempunyai kelengkapan-kelengkapan diri yang secukupnya yang berupa kemahiran-kemahiran serta ilmu-ilmu yang diperlukan. Di samping itu juga, mereka perlu lengkap dengan sifat-sifat yang terpuji, kerana tanpa semua ini, guru-guru itu tidaklah mungkin diharapkan untuk dapat mencetuskan teladan-teladan yang bermutu tinggi.

Akhirnya, beta tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada guru-guru yang berjaya menerima anugerh Hari Guru pada pagi ini. Dan dengan sukacita juga beta ingin memberikan nama jolokan, baik kepada mereka yang telah pun menerimanya di tahun-tahun yang sudah. Namun jolokan itu berbunyi: “Guru-Guru Teladan Negara”.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201274 74

Titah Di Majlis Pertandingan Membaca Al-QuranBhagian Dewasa Peringkat Kebangsaan

Bagi Tahun 1996 Masihi / 1417 Hijrahpada 13 Oktober 1996

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAAHI, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil

Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

Sudah berulang kali ditegaskan bahawa Al-Quran ialah pedoman dan penawar bagi orang-orang yang beriman. Selaku pedoman dan penawar, ia tidaklah harus berenggang atau jauh daripada kita. Jika ia renggang atau jauh, bermakna kita akan kehilangan pedoman dan penawar. Sedangkan hidup yang tidak berpedoman adalah ibarat kapal yang tidak berkemudi.

Sekiranya umat Islam benar-benar menyedari akan hakikat ini, sudah barang tentu mereka tidak akan lari dari merealisasikan ajaran-ajaran Al-Quran itu dalam kehidupan mereka. Dan selaku usaha yang awal mereka tentulah akan mempelajari dari peringkat mengeja dan membaca sampailah ke peringkat menghafaz, menafsir dan lain-lain. Semua ini, ialah bagi mencapai matlamat menjadikan Al-Quran itu panduan dan perlembagaan hidup.

Beta percaya, kesedaran ini memanglah telah sedia wujud pada setiap diri umat Islam. Hanya pendekatan bagi mencapai tujuannya sahaja yang berbeza-beza.

Adapun pendekatan kita sendiri, kita lebih menumpukan usaha pada mengadakan berbagai skim galakan dan kemudahan, terutama kemudahan tempat belajar, pembahagian mushaf Al-Quran kepada semua keluarga umat Islam, penubuhan Institut Tahfiz Al-Quran

75Titah 201275

dan lain-lain. Semua ini adalah merupakan wadah penting ke arah melahirkan “generasi Al-Quran” yang benar-benar komited dengan ajaran Al-Quran itu.

Usaha ini walaupun bukan mudah, namun azam dan harapan kita boleh menentukan jalan kejayaan.

Hasrat kita yang tunggal ialah ingin melihat “generasi Al-Quran” itu dikongsi sama oleh semua pihak dan golongan, terutama golongan belia.

Kita akan merasa bangga dengan lahirnya belia-belia yang berwatak salih. Bahawa salah satu tanda kesalihan itu ialah terlibatnya mereka dengan Al-Quran, sama ada keterlibatan itu selaku pembaca biasa, mahupun sekaligus menjadi penghayat dan pengamal ajaran-ajarannya.

Menjelang abad ke-21, tidaklah wajar bagi sebuah negara kecil seperti negara kita ini mempunyai belia-belia yang tidak pandai membaca dan menulis, yakni buta huruf. Maka demikian itu pula tidak patut bagi kita mempunyai belia-belia yang masih tidak pandai membaca Al-Quran. Bahkan pengetahuan tentang Al-Quran itu tidaklah dibatasi oleh waktu, yakni di zaman atau abad apa pun, ia adalah wajib dan menjadi fardu ain, sama ada kita hidup di zaman yang bernama zaman kemajuan ataupun sebaliknya. Kerana ia adalah merupakan pakaian kita, pakaian dalam beribadat, pakaian dalam berakidah dan pakaian dalam menjalani seluruh kehidupan ini.

Pada hemat beta, keunggulan umat Islam hanyalah akan dapat dikembalikan semua apabila matlamat melahirkan “generasi Al-Quran” tercapai di seluruh dunia. Naskhah-naskhah Al-Quran bukan sahaja perlu dimiliki oleh setiap individu muslim, malahan juga mesti dikethui dan diamalkan. Jika seluruh warga dunia Islam membaca Al-Quran serta menghayatinya, beta percaya, ini adalah lebih hebat dari kita memetika senjata. Sebab yang berkuasa mengurniakan

Titah 201276 76

kemuliaan dan kemenangan kepada umat Islam dan sebaliknya menimpakan kehinaan kepada musuh-musuh itu, ialah Allah Subhanahu Wataala jua, sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Anfal ayat 17 yang bermaksud:-

“Dan bukanlah engkau (wahau Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar untuk membinasakan musuh-musuh itu.”.

Ini bukanlah bermakna kita tidak memerlukan peralatan dan senjata untuk mempertahankan diri kita, bahkan kita juga dituntut untuk memperkukuh kedudukan di bidang-bidang ketahanan dan keselamatan. Cuma apa yang sebenarnya beta maksudkan ialah, penglibatan dan hubungan kita dengan Al-Quran itu hendaklah menyeluruh, iaitu meliputi untuk menjadi bacaan, di samping juga pedoman dan penawar, supaya segala pejuangan dan aktiviti umat Islam itu mendapat keberkatan dan pertolongan Allah. Sebab berjuang dan berusaha dengan tangan kosong dengan hanya tulang empat kerat sahaja adalah tidak memadai, tanpa adanya pertolongan Allah selaku Al-Waliyyul Hamid, yakni Penolong Yang Maha Terpuji.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

77Titah 201277

Titah Sempena Jamuan Yang DiberikanOleh Datuk Bandar Paris, Tuan Jean Tyberi

pada 18 Disember 1996

TERIMA kasih atas sambutan mesra yang telah dihulurkan kepada beta juga anggota delegasi beta.

Beta telah melawat Paris dengan keluarga beta beberapa kali sebelum ini, namun ini adalah lawatan rasmi beta yang pertama ke Perancis.

Beta merasa gembira dengan lawatan ini. Beta telah membincangkan perkembangan di Eropah dan di Asia bersama para pemimpin Negara tuan.

Beta yakin terdapat banyak peluang bagi kerjasama yang lebih meluas di antara Perancis dan Negara Brunei Darussalam.Bila orang menyebut tentang Paris, terbayang di fikiran mengenai fesyen terbaru, makanan yang enak serta penghidupan yang indah.

Namun beta dapati Paris adalah lebih dari kesemuanya ini. Ianya sebuah bandaraya bersejarah dengan monument-monumen klasik seperti Louvre dan Norte Dame juga Pyramid di Louvre yang selayaknya bagi sebuah bandaraya tua moden.

Paris bersedia menghadapi cabaran perubahan yang lebih besar dalam ianya mendekati abad ke dua puluh satu.

Paris sentiasa merupakan sebuah ibu Negara diplomatic. Ianya pada masa ini adalah rumah bagi OECD dan UNESCO.

Banyak konvensyen, amalan protokol dan perbendaharaan kata diplomasi moden diperolehi daripada mahkamah lama Perancis.

Paris kekal sebagai sebuah tempat persidangan antarabangsa dan perjanjian damai yang paling digemari yang terbaharu sekali adalah

Titah 201278 78

persidangan Perjanjian Damai Dayton 1995 yang menamatkan peperangan di bekas Yugoslavia.

Paris juga mempunyai pengertian yang khas bagi kita di Asia Tenggara.

Pada 1991, Persidangan Damai Paris mengenai Kemboja telah pun tamat yang membawa kemantapan bagi rantau kita serta membolehkan rakyatnya menikmati keamanan dan kestabilan yang diperlukan bagi pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Datuk Bandar,

Hubungan dua hala di antara Perancis dan Negara Brunei Darussalam cukup baik.

Terdapat potensi bagi kerjasama yang lebih erat dalam semua bidang. Kehadiran yang bersemangat syarikat-syarikat Perancis amat dirasai di negara beta.

Kami mengalu-alukan pengethuan dan kemahiran yang telah mereka bawa buat kami.

Melalui usaha Kerjajaan Perancis, Bahasa dan budaya Perancis juga telah diperkenalkan kepada rakyat beta.

Segala usaha Perancis telah membantu meningkatkan kesedaran bukan hanya Negara Perancis bahkan juga Eropah pada keseluruhannya.

Semua usaha terbaru Perancis untuk memperkukuhkan kehadirannya dankepentingan ekonominya di Asia telah membangkitkan semanangat di Asia Tenggara.

Asia-Pasifik sedang menikmati tempoh pertumbuhan yang bertenaga. Kita begitu mengharapkan penyertaan Perancis yang meningkt dalam pertumbuhan ini.

79Titah 201279

Kita juga akan dapat belajar dari pelbagai kemajuan yang telah tuan laksanakan bagi membaiki mutu penghidupan orang-orang Perncis.

Datuk Bandar, beta mencatatkan dengan penuh minat, usaha tuan dalammewujudkan taman dan kebun bunga Bandaraya Paris yang menambahkan lagi keindahan Bandaraya, di samping meningkatkan tahap kawasan-kawasan ini sebagai kawasan untuk berlibur dan berekreasi.

Datuk Bandar,

Beta berharap agar tuan sentiasa berada sihat sejahtera dan Berjaya dalam segala usaha tuan. Semoga persahabatan di antara Perancis dan Negara Brunei Darussalam terus berkembang dengan semakin kukuh.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 201280 80

Speech By His Majesty Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali SaifuddienSa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan

Of Negara Brunei Darussalam On The Occasion Of The Reception Hosted In Honour By The Mayor Of Paris,

Jean Tiberi On 18th December 1996

Mayor Tiberi, Distinguished Guests, Ladies and Gentlemen.

Thank you for the warm aWelcome you have kindly extended to me and to members of my

delegation.

I have visited Paris with my family on a number of previous occsions, but this is my first official visit to France.

I have enjoyed this visit. I discussed developments in Europe and in Asia with your country’s leaders.

I believe there are opportunities for greter co-operation between France and Brunei Darussalam.

When people think of Paris, vision of high fashion, fine food and fine living spring to mind.

I have discovered, however, Paris is much more than this. It is an historic city filled with classical monuments like the Louvre and Norte Dame and the Pyramid at the Louvre as befits and ancient and modern city.

Paris is poised for the challenge of greater changes as it approaches the twenty-first century.

81Titah 201281

Indeed, Paris has always looked forward, yet never forgot its traditions and its glorious past.

Paris has always been a great diplomatic capital. It is currently home to the ORCD and to UNESCO.

Many of the conventions, protocol practices and vocabulary of modern diplomacy ae derived from the French courts of old.

Paris remains a favourite venue of international conferences and peace treaties, the most recently of which is the 1995 Dayton Peace Accords ending the war in former Yugoslavia.

Paris has also a special significane for us in Southeast Asia.

In 1991, the Paris Peace Conference on Cambodia was concluded, bringing stability at long last to our region, and allowing its people the peace and stability necessary for rapid economic growth.

Mr. Mayor,

Bilateral relations between France and Brunei Darusslam are good.

There is potential for closer co-opertion in all areas. French companies have avibrant presence in my country.

We welcome the knowledge and skills which they have brought to us.

Through the efforts of the French Government, French language and culture have alo been introduced to my people.

French’s efforts have helped raise awareness not only of France but of Europe as a whole.

France’s recent efforts to strengthen its presence and economic interests in Asia have aroused enthusiasmin Southeast Asia.

Titah 201282 82

The Asia-Pasific is enjoying a vibrant period of growth. We look forward to increase French participant in this growth.

We can also learn from the advnces you have made to improve the quality of life for Parisians.

I have noted with interest, Mr. Mayor, your work in creating parks and gardens in the City of Paris, enchancing the beauty of the City, and increasing the areas for leaisure and recreation.

Mr. Mayor,

I wish you good health and continued success in all your endeavours, and may the friendship between Frence and Brunei Darussalam continue to develop from strength to strength.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

83Titah 201283

Titah Di Majlis Jamuan Yang Diberikan OlehTuan Yang Terutama Presiden Chirac, di Paris

pada 18 Disember 1996

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAAHI, Rabbil ‘Alameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil

Mursaleen. Sayyidinaa Muhammadin Wa’alaa ‘Alihee Wasahbihee Ajma’een Waba’du.

Tuan Yang terutama Presiden Chirac,Puan Chirac,Perdana Menteri,Para Anggota Kerajaan,Dif-dif Kehormat, Tuan-tuan Yang Terutama,Tuan-tuan dan Puan-puan.

Adalah menjadi satu penghormatan dan begitu menyenangkan sekali Tuan Presiden, berada di sini di Perancis selaku tetamu kerajaan tuan dan rakyat tuan.

Minat tuan yang mendalam tentang Asia di samping pengetahuan yang luas mengenai negara-negara Asia sememangnya diketahui di rantau kami.

Tuan merupakan rakan sejak lama bagi Negara Brunei Darussalam.

Beberapa tahun yang lalu, takala tuan memegang jawatan Datuk Bandar Paris, tuan telah mula menjalinkan hubungan baik di antara kedua buah Negara kita.

Beta ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi penghormatan kepada tuan atas segala usaha tua sejak beberapa tahun ini untuk menambah eratkan hubungan negara kita dan kedua buah rantau kita.

Titah 201284 84

Juga izinkan beta untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Negara Perancis atas sambutan mesra dan layanan baik yang dihulurkan kepada anggota keluarga beta serta kerajaan beta tatkala mereka melawat negara ini.

Tuan Presiden,

Perancis merupakan sebuah kuasa besar. Selaku anggota tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, Perancis telah memainkan peranan penting dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa juga dalam ehwal kemanusian.

Kami, di Negara Brunei Darussalam, amat mengalu-alukan segala usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan rakyat tuan, juga Tuan Presiden sendiri dalam menyokong semua proses damai di bekas Negara Yugoslavia dan di Timur Tengah.

Kami juga ingin melafazkan penghargaan kami kepada pasukan Perancis yang merupakan sebahagian daripada pasukan pengawas keamanan di Bosnia.

Ada di antara mereka yang telah membuat pengorbanan yang amat besar sepertimana yang termaktub dalam Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu sekaligus menyampaikan kepada mereka juga kesemua teman sejawat mereka dalam Pasukan Antarabangsa Negara Bekal Yugoslavia (IFOR) penghargaan yang amat mendalam.

Tuan Presiden,

Bahasa dan kebudayaan Perancis telah membuat sumbangan yang penting di dunia.

Negara Brunei Darussalam telah mendapat manfaat dari kesemua sumbangan ini.

Kerajaan tuan telah memberi sokongan yang padu bagi menggiatkan pembelajaran Bahasa Perancis di sekolah-sekolah kami.

85Titah 201285

Kedutaan tuan di Bandar Seri Begawan telah membawa para artis dan penghibur di Negara Brunei Darussalam yang memperkayakan lagi penghidupan budaya negara beta.

Perancis juga telah membawa cendekiawan luar negeri yang unggul dalam kebudayaan Islam Melayu ke Negara Brunei Darussalam.

Perasaan saling menghormati dan persefahaman yang telah diwujudkan di antara kedua buah Negara kita di sini, di Perancis mahupun di Negara Brunei Darussalam begitu dipandang tinggi.

Ianya seharusnya menjadi galakan untuk menggerakkan kerjasama ekonomi dua hala kita sendiri ke arah kawasan perkongsian yang baru. Kita diharapkan dapat membina kerjasama di mana terdapat tahap pelaburan yang agak banyak yang sedia ada setakat ini.

Pada waktu yang sama, ianya memberikan asas di mana kita dapat meninjau aspek-aspek lain dalam hubungan kita dengan lebih mendalam.

Tuan Presiden,

Kedua buah rantau kita sedang bergerk ke hadapan kea rah kerjasama. Kita juga telah mengakui kedua-dua kenyataan dan kebaikan saling bergantung.

Kesatuan Eropah telah mengukuhkan kerjasama di kalangan anggotanya. Juga di waktu yang sama menyediakan perkembangan keanggotaannya yang diharapkan dapat menerima beberapa anggota bekas Eropah Timur kemudian nanti.

ASEAN juga sedang bergerak kea rah kerjasama ekonomi yang lebih rapat dalam Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN.

ASEAN telah bekerja dengan jayanya sebagai kumpulan enam.

Titah 201286 86

Dengan kemasukan Vietnam, ianya kini menjadi kumpulan tujuh. Menjelang tahun 2000, ianya akan menjadi komuniti sepuluh buah Negara-negara Asia Tenggara.

Mac 1996 pula melancarkan era baru dalam hubungan di antara Eropah dan Asia dengan mesyuarat Asia-Eropah yang pertama di Bangkok.

Buat pertama kali, para pemimpin Eropah dan Asia bertemu untuk meninjau cara-cara bagi meningkatkan kerjasma di antara dua rantau dinamik dari segi ekonomi.

Jika kemajuan yang dibuat di Bangkok dapat dimantapkan, terdapat kini beberapa peluang yang belum diselesaikan bagi kerjasama ekonomi dan teknikal, lebih-lebih lagi dalam pemindahan teknologi serta pendidikan dan latihan rakyat kami.

Kesemua Negara di Eropah mahupun Asia seharusnya memastikan agar pelbagai keputusan yang telah dipersetujui di Bangkok disusuli serta dilaksanakan.

Negara Perancis memainkan peranan penting dala ASEM dari sejak bermula proses ini.

Perancangan bagi ASEM dilakukan tatkala Perancis mengadakan pemilihan presiden EU dalam tahun ini.

Forum ini membawa para pemimpin usahawan kita di sector swasta ke dalam kerjasama aktif bagi mempertimbangkan bagaimana untuk memperluaskan perdagangan dan pelaburan.

Perancis juga merupakan yang eprtama menyokong penubuhan Yayasan Asia-Eropah. Ianya mengikrarkan sumbangan kewangan yang agak besar bagi yayasan ini.

Sokongan Perancis yang berterusan dan penuh semangat bagi proses ASEM merupakan sumber inspirasi kepada kami.

87Titah 201287

Peranan aktif tuan dalam ASEM menggambarkan komitmen tuan bagi menjalin hubungan yang lebih rapat dengan Asia.

Perancis mempunyai hubungan sejarah yang kukuh dengan Vietnam, Laos dan Kampuchea. Namun tuan telah juga menyediakan asas bagi mengekalkan hubungan dengan Negara-negara ASEAN.

Kesemua Negara di Asia Tenggara mengalu-alukan hubungan yang lebih rapat dengan Perancis.

Akhir sekali Tuan Presiden, izinkan beta menyampaikan salam sejahtera kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam kepada kerajaan dan rakyat Perancis.

Beta penuh berharap agar Perncis akan terus berada dalam pimpinan Tuan Presiden yang akan dapat mengukuhkan program-program yang akan membawa kemajuan ekonomi dengan kepelbagaian dan kekayaan budaya di Eropah, di Asia dan di seluruh dunia.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Terjemahan dari teks asal dalam Bahasa Inggeris).

Titah 201288 88

Speech By His Majesty Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali SaifuddienSa’adul Khairi Waddien, Sultan And Yang Di-Pertuan

Of Negara Brunei DarussalamIn His Honour By His Excellency Presiden Chirac

On 18th December 1996

Your Excellency President Chirac,Madame Chirac, Prime Minister, Members of Government,Your Excellencies, Destinguished Guests, Ladies and Gentlemen.

It is a great honour and pleasure, Mr. President, to be here in France as a guest of your government and the French people.

Your deep interest in Asia and your wide knowledge of Asian countries are well-known in our region.

You have been a longstanding friend of Brunei Darussalam.

Many years ago, in your days as Mayor of Paris, you began to build good relations between our two countries.

I wish to take this opportunity to pay a tribute to you for your personal efforts over these many years in bringing our two countries and our two regions closer.

Also, may I thank the government and people of France for the warm reception and generous hospitality they have extended to members of my family and my government when they have visited this country.

Mr. President,

France is major power. As a permanent member of the United Nations Security Council, France has played an important role in mainting international peace and security in humanitarian affairs.

89Titah 201289

We, in Brunei Darussalam, have especially welcomed the efforts your government and people, and your personally, Mr. President, have made to support the peace processes in the former Yugoslavia and in the Middle East.

We would also like to express our appreciation to the French troops on the ground who have been part of the peace keeping forces in Bosnia.

Some of them have made the supreme sacrifice in the name of the deepest values enshrined in the charter of the United Nations and we offer them and all their colleagues in International

Force for Former Yugoslavia (IFOR) our deepest respect and gratitude.

Mr. President,

French language and culture have made important contributions to the world.

Brunei Darussalam has benefited from these contributions.

Your government has given strong support to promote the learning of the French language in our schools.

Your embassy in Bandar Seri Begawan has brought world class artist and performers to Brunei Darussalam and enriched the cultural life of my country.

France has also brought outstanding overseas scholars in Malay Islamic culture to Brunei Darussalam.

The mutual respect and understanding which has been thus built up between our countries both here in France and in Brunei Darussalam is greatly valued.

Titah 201290 90

It should be the spur to drive our own bilateral economic co-operation into new areas of partnership, where we can build on the co-operation and often quite considerable levels of investment which have taken place so far.

At the same time it should provide a foundation on which we can perhaps look at other aspects of our relationship in greater depth.

Mr. President,

Both our regions are moving forward towards co-operation. We have also acknowledged both the fact and desirability of interdependence.

The European Union has deepened co-operation among its members while also preparing for an eventual expansion of its membership that would admit several of the former EastEuropean members.

ASEAN, too, is moving towards closer-economic co-operation in ASEAN Free Trade Area.

ASEAN has worked successfully as a group of six.

With the addition of Vietnam, it is now a group of seven, and by the year 2000, will become a community of ten Southeast Asian countries.

March 1996 launched a new era in relations between Europe and Asia with the inaugural Asia-Europe meeting in Bangkok.

For the first time, leaders of Europe and Asia met to explore ways to increase co-operation between two economically dynamic regions.

If progress we made in Bangkok can be consolidated, there are now outstanding opportunities for economic and technical co-operation, especially in the transfer of technology and the education and training of our people.

91Titah 201291

All countries both in Europe and Asia must ensure that the many decisions we argred upon in Bangkok are followed up and implemented.

France played a critical role in ASEM from the very start of the process.

The planning for ASEM was done when France held the presidency of EU in 1995.

France hosted the first Asia-Europe Business Forum in October this year.

The Forum brought our business leaders in the private sector into active co-operation in considering how to expand trade and investment.

France was also among the first to support the establishment of the Asia-Europe Foundation, and has pledged a significant financial contribution to the foundation.

France’s continued and enthusiastic support for the ASEM process is source of inspiration to us.

Your active role in ASEM reflects your commitment for forging closer ties with Asia.

France as strong historical ties with Vietnam, Laos and Cambodia. But you have also laid the ground work for enduring ties with ASEAN countries.

All countries in Southeast Asia welcome closer ties with France.

In conclusion, Mr. President, may I convey them warm wishes of the government and people of Brunei Darussalam to the government and people of France.

Titah 201292 92

I look forward to seeing France continue under your Presidency, to give the lead in programmes that will bring economic progress and cultural diversity and enrichment in Europe, in Asia and in the world.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

93Titah 201293

Titah Di Jamuan Makan Malam RasmiYang Diberikan Oleh Tuan Yang Terutama Jean-Luc

Dehaene, Perdana Menteri Belgiumpada 19 Disember 1996

Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Jean-Luc Dehaene,Tuan-tuan Yang Terutama, Para Tetamu Kehormat,Para Tetamu Kehormat.

Tuan Yang Terutama, beta dengan amat bebesar hati menerima undangan tuan bagi mengadakan lawatan rasmi ke Belgium.

Beta ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan dan kerajaan tuan atas sambutan yang begitu meriah.

Beta juga ingin melafazkan penghargaan atas layanan baik yang sentiasa diberikan kepada anggota keluarga beta dan kerajaan beta tatkala melawat ke Negara Belgium.

Tuan Yang Terutama,

Belgium merupakan satu inspirsi bagi sebuah Negara kecil seperti Negara Brunei Darussalam.

Bagi Negara Brunei Darussalam, Beligum bukan hanyak teman dan rakan kongsi. Ianya sudah setentunya adalah pusat pentadbiran Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara.

Barussels telah menjadi salah satu ibu negeri diplomatic yang utama di dunia.

Setakat ini kita dapat melihat masa hadapan Belgium yang beta yakin sama seperti pihak tuan, terikat kukuh dengan segala komitmen dan tanggungjawab serantaunya yang lebih meluas.

Titah 201294 94

Sebagai sebuah Negara yang agak kecil, pihak tuan sejak lama telah memutuskan untuk memandang ke luar serta memainkan peranan yang bermakna seberapa boleh dalam ehwal yang melimpasi sempadan Negara tuan. Kami juga merasakan sedemikian.

Nasib Negara Brunei Darussalam berkait rapat dengan mereka di dalam Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara dan Rantau Asia Pasifik pada keseluruhannya. Sebahagian besar dasar kebangsaan kami telah ditujukan kea rah kep[erluan untuk memastikan bahawa kami memainkan peranan kami dengan jayanya dalam semua ehwal serantau.

Justeru itu, beta merasakan bahawa adalah benar meskipun kita merupakan negara individu yang mengah lagi merdeka, kita sama-sama mengakui kenyataan saling bergantungan yang sememangnya dialu-alukannya dengan cara di mana negar-negara yang lebih kecil seperti Negara kita dapat memainkan peranan yang penting dalam ehwal dunia.

Tuan Yang Terutama,

Tuan telah memantapkan kedudukan tuan sebagai ibu Negara diplomatic Eropah dengan menjadi salah sebuah pusat perniagaan utama Eropah.

Justeru itu banyak pertubuhan berbilangan bangsa menenpatkan ibu pejabat mereka bagi Eropah di Belgium.

Selain daripada insentif perniagaan, bakat linguistik juga kesungguhannya adalah daya tarikan yang kuat.

Atas sebab ini Negara Brunei Darussalam telah memilih Brussels sebagai lokasi pejabat pelaburannya bagi Eropah.

Beta ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Belgium atas bantuannya dalam menubuhkan Pejabat Pelaburan Brunei.

95Titah 201295

Beta yakin bahawa pejabat ini akan mengukuhkan ikatan ekonomi yang kian meningkat di antara kedua buah negara kita.

Tuan Yang Terutama,

Belgium mempunyai tradisinya sendiri dan identitinya sendiri. Kerabat Diraja Belgium berada di tengah-tengah tradisi penting yang menjadi kebanggaan negara.

Pemerintah beraja bergerak mengikut peredaran masa yang terus memainkan peranan yang penting sebagai kuasa yang menyatupadukan serta symbol identiti kebangsaan.

Izinkan beta mengambil kesempatan ini menawarkan kepada rakyat Belgium tahniah setingginya atas pencapaian yang begitu terserlah ini.

Tuan Yang Terutama,

Negara Brunei Darussalam dan Belgium menikmati hubungan dua hala yang unggul di mana kerajaan ekonomi mendapat perhatian khusus.

Kedua buah Negara kita amat bergantung kepada perdagangan dengan dunia luar.

Tekanan ke arah saling bergantungan di seluruh dunia menyebabkan kita terpaksa memandang ke luar.

Rantau Asia Pasifik menawarkan peluang yang amat banyak bagi pengeksportan serta kepakaran Belgium.

Beta berharap agar lawatan beta akan mendorong lebih banyak minat di kalangan para usahawan Belgium untuk menghala ke Timur.

Tuan Yang Terutama,

Titah 201296 96

Kedua-dua Negara Brunei Darussalam dan Belgium telah memperolehi manfaat dari pertubuhan serantau kita.

Kedua-dua Asia dan Eropah memasuki zaman perubahan yang bermakna

Kejayaan Mesyuarat Asia Eropah (ASEM) yang berlangsung di Bangkok pada bulan Mac 1996 menandakan permulaan satu perkongsian.

ASEM telah mengukuhkan asas bagi dialog di antara dua rantau dinamik dari segi ekonomi di dunia.

Selaku rakan kongsi dalam ASEM, kita dapat bekerja bersama-sama untuk menjalin kerjasama yang lebih rapat dalam bidang sains teknologi dan pembangunan tenaga manusia.

Kita seharusnya menyusulinya dengan tindakan untuk melaksanakan keputusan yang diambil di ASEM Bangkok.

Persidangan Forum Perniagaan Asia-Eropah yang pertama bulan lalu di Paris dan forum kedua di Thailand tahun hadapan merupakan langkah yang penting ke arah ini.

Yayasan Asia-Eropah yang dicadangkan akan mengukuhkan lagi persefahaman di antara negara-negara Asia dan Eropah melalui pertukaran dlam bidang ekonomi, social, budaya dan lain-lain.

Negara Brunei Darussalam telah bersetuju untuk memberikan sumbangan kewangan bagi Yayasan Asia-Eropah.

Tuan Yang Terutama,

Negeri-negeri kecil amat terpengaruh dengan segala perubahan di persekitaran luar.

97Titah 201297

Adalah menjadi harapan beta agar kita akan dapat terus bekerja bersama-sama, secara dua hala mahupun melalui pertubuhan serantau, demi meningkatkan perkembangan ekonomi dan social kita.

Beta yakin bahawa segala usaha kita untuk lebih merapatkan kedua buah rantau kita juga akan meningkatkan lagi hubungan baik di antara kedua buah negara kita.

Tuan Yang Terutama, sebagai penutup, beta mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan rakyat Belgium kerana menerima beta dengan penuh mesra, tulus serta ramah.

Adalah menjadi harapan beta semoga beta akan berkesempatan untuk membalas budi baik tuan di Negara Brunei Darussalam nanti.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Terjemahan dari teks asal dalam Bahasa Inggeris).

Titah 201298 98

Speech By His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah

Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali SaifuddienSa’adul Khairi Waddien Sultan Dan Yang Di-PertuanOf Negara Brunei Darussalam At The Official Dinner

Hosted By His Excellency Jeam-Luc Dehaene,Prime Minister Of The Kingdom Of Belgium

pada 19 December 1996

Your Excellency Prime Minister Jea-Luc Dehaene,Excellencies,Distinguished Guests.

I wish to thank you and your government for a most gracious welcome.

I also wish to express my appreciation for the kind hospitality that has always been accorded to members of my family and government whenever they visited Belgium.

Your Excellency,

Belgium is an inspiration to a small country like Brunei Darussalam.

For Brunei Darussalam, Belgium is not only a friend and partner. It is, of course, the administrative centre of the European Union and the North Atlantic Treaty Organisation.

Brussels has become one of the major diplomatic capitals of the world.

To this extent, we see Belgium’s future, as I am sure you do yourself, as being firmly bound up with its larger regional commitments and responsibilities.

As a relatively small country, you have along decided that you must be outward-looking and play as significant a role as possible in affairs beyond your national borders. We feel the same.

99Titah 201299

The fortunes of Brunei Darussalam are closely tied to those of the Association of Southeast Asian Nations and to the Asia Pacific Region as a whole. Many of our national policies have been directed towards the need to ensure that we play our part successfully in all regional affairs.

Your Excellency,

You have built on your status as a diplomatic capital of Europe by becoming one of Europe’s key business centres.

Hence many multinational corporations based their headquarters for Europe in Belgium.

Besides business incentives, your linguistic talents and industriousness are powerful attractions.

For these reasons Brunei Darussalam has chosed Brussels as the location for its investment office for Europe.

I wish to thank the Belgium Government for its assistance in the setting up of the Brunei Investment Office.

I am confident that this office will strengthen the growing economic links between our two countries.

Your Excellency,

Belgium has its own traditions and its own identity. The Royal Family of Belgium is at the heart of these important and proud traditions.

The monarchy has moved with the times and countries to play a critical role as a unifying force and a symbol of national identity.

May I take this opportunity to offer to the Belgium people my warmest congratulations for these significant achievements.

Titah 2012100 100

Your Excellency,

Brunei Darussalam and Belgium enjoy excellent bilateral relations, in which economic co-operation emphasis.

Our two countries are greatly dependent on trade with the external world.

We are compelled by the forces of global interdependence to look outwards.

The Asia-Pasific region offers great opportunities for Belgian exports and expertise.

I hope that my visit will spark greater interest among Belgian businessmen to go out East.

Your Excellency,

Both Brunei Darusslam and Belgium have benefited from our regional associations.

Our fortunes are closely tied to developments in our immediate regions.

Both Asia and Europe are entering a period of significant change.

The successful Asia-Europe Meeting (ASEM) held in Bangkok in March 1996 marked the beginning of apartnership.

ASEM has laid the foundations for a dialogue between two economically dynamic regions of the world.

As partners in ASEM, we can work together to foster closer co-operation in science, technology and human resource development.

101Titah 2012101

We must follow up withaction to implement the decisions taken at the Bangkok ASEM.

The convening of the first Asia-Europe Business Forum last month in Paris and the second Forum in Thailand next year are important steps in this direction.

The proposed Asia-Europe Foundation will deepen understanding between Asians and Europeans through exchanges in the academic social, cultural and other fields.

Brunei Darussalam has agreed to make a financial contribution to the Asia-Europe Foundation.

Your Excellency,

Small countries are extremely vulnerable to changes in the external environment.

It is my hope that we willcontinue to work together, both biletarally and through regional organisations, to increase our economic and social development.

I am confident that our efforts to bring our two regions closer will also strengthen the good ties between our two countries.

In conclusion, Your Excellency, I thank the government and people of Belgium for receiving me with such warmth, generosity and friendship.

It is my hope that I will have an opportunity to reciprocate your hospitality in Brunei Darussalam.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah 2012102 102

Titah Di Majlis Jamuan Yang Diberikan OlehTuan De Donnea, Datuk Bandar Brussels

pada 20 Disember 1996

Tuan De Donnea,Dif-dif KehormatTuan-tuan dan Puan-puan.

Beta amat berbesar hati dengan sambutan mesra yang telah tuan berikan kepada beta dan delegasi beta.

Ini adalah lawatan pertama beta ke Brussels. Beta dapati ianya begitu menarik dan merangsangkan.

Justeru itu ianya merupakan peluang yang baik bagi beta untuk bertukar-tukar pandangan dengan para pemimpin tuan mengenai pembangunan di Eropah dan Asia.

Ada alasan yang baik mengapa Brussels dikenali sebagai pusat pentadbiran Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara.

Adanya pertubuhan-pertubuhan ini menarik para diplomat dan birokrat dari seluruh dunia.

Namun daya tarikan sebenar bandaraya ini adalah kepelbagaiannya yang meluas dalam banyak aktiviti budaya dan kesenian.

Datuk Bandar,

Belgium dan Negara Brunei Darussalam menikmati hubungan persahabatan yang baik.

Semasa kami menubuhkan Misi di Brussels pada awal tahun 1990an, kami berharap untuk belajar dari Brussels, bagaimana ia

103Titah 2012103

mula memainkan peranan sedemikian besar yang menyumbang kea rah keamanan dan keselamatan serta kestabilan Eropah dlam dekad-dekad selepas perang.

Kami kini percaya bahawa jawapan adalah rakyat tuan, tradisi mereka serta kerajaan yang memandang ke hadapan.

Dalam hubungan dua hala, kami amat menitikberatkan promosi kea rah kerjasama ekonomi, terutama sekali dalam pelaburan. Beta yakin bahawa Negara tuan akan tertrik tentang banyak perkara di negara kami.

Sudah pasti tuan amat dialu-alukan. Kami sedang menjalankan program mempelbagaikan ekonomi yang meluas.

Kami sedang giat mempromosikan pelaburan, menurunkan kadar tariff serta mendirikan infrastruktur yang diperlukan agar negara kami menjadi pusat perniagaan, kewangan, perdagangan yang penting di masa hadapan di kawasan ASEAN Timur.

Dalam hubungan ini, beta mengalu-alukan para usahawan Belgium untuk menceburi pertumbuhan pesat rantau Asia-Pasifik di mana begitu nyak peluang sedang menunggu.

Beta juga ternanti-nanti untuk menyaksikan Negara Brunei Darussalam dan Belgium bekerja dengan rapat bagi mengelakkan momentum Mesyuarat Asia-Eropah yang julung-julung kali berlangsung di Bangkok pada bulan Mac tahun ini.

Kedua buah rantau kita mengalami pelbagai perubahan penting. Bagi masa hadapan, Asia dan Eropah hendaklah mengembangkan semula rangkaian hubungan yang meluas yang akan menjadi asas bagi hubungan Asia-Eropah yang lebih rapat.

Datuk Bandar,

Titah 2012104 104

Beta berharap semoga tuan sentiasa sihat sejahtera dan Berjaya dalam segala usaha tuan dan berharap semoga persahabatan di antara Belgium dan Negara Brunei Darussalam terus berkembang dengan semakin kukuh.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

105Titah 2012105

Speech By His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan Dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam At The Reception Hosted By Mayor De Donnea, Mayor Of Brussels

On 20th December 1996

Mayor De Donnea,Distinguished Guests,Ladies and Gentlement.

I am honoured by the warm reception you have accorded my delegation and myself.

This is my first visit to Brussels. I have found it interesting and stimulating.

It has thus been a good opportunity for me to exchange views with your leaders on developments in Europe and Asia.

It is with good reason that Brussels is known as the administrative centre of the European Union and the North Atlantic Treaty Organisation.

The presence of these organisations has drawn diplomats and bureaucrats from all over the globe.

The real charm of this city, however, is in its wide diversity of cultural and artistic activities.

Mr. Mayor,

Belgium and Brunei Darussalam enjoy friendly relations.

When we established a Mission in Brussels in the early 1990s, we hoped to learn from Brussels, how it has come to play such a large

Titah 2012106 106

role, contributing to international peace and security and the stability of Europe in the post war decades.

We now believe the answer is in your people, their traditions and a forward-looking government.

In our bilateral ties, we particularly emphasis a lot on the promotion of economic co-operation, notably in investments. I am sure that there is much in our country which attract you.

You will certainly be welcome. We are undertaking a wide-ranging programme of economic diversification.

We are rapidly promoting investment, bringing our tariffs down and setting up the infrastructure needed to make us an important future centre of business, finance and trade in the East ASEAN area.

In this regard, I welcome Belgian businessmen to Brunei Darussalam to tap into the rapid growth of the Asia-Pacific region where many opportunities await.

I also look farawd to seeing Brunei Darussalam and Belgium working closely to maintain the momentum of the Asia-Europe Meeting first held in Bangkok in March this year.

Both our regions are understanding important changes. For the future, Asia and Europe should re-develop a wide network of ties that would lay the foundation for closer Asia-Europe relations.

Mr. Mayor,

I wish you good health and continued success in all your endeavours and may the friendship between Belgium and Brunei Darussalam continue to develop from strength to strength.

107Titah 2012107

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wasalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.