kumpulan titah - information.gov.bn publication pdf/titah 1988-1989.pdf · istana nurul iman,...

143
Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Tahun 1988 dan1989

Upload: leque

Post on 16-Mar-2019

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Tahun 1988 dan1989

Page 2: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII
Page 3: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien

Sa’adul Khairi WaddienSultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Page 4: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII
Page 5: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

VTitah 2012V

TerbitanUnit Penerbitan Melayu

Bahagian Penerbitan dan PameranJabatan Penerangan

Jabatan Perdana MenteriNegara Brunei Darussalam

Cetakan Pertama 2016

Hakcipta Jabatan Penerangan

PenyelarasHajah Rosidah binti Haji Ismail

Susunan/Reka letak/KompilasiHajah Rosidah binti Haji Ismail

PenyemakZawiyatun Ni’mah binti Mohamad Akir

Norhafilah binti Rosli

Kulit LuarNordina binti Hj Abd Rahman @ Hj Duraman

Dicetak olehBorneo Printers & Trading Co. Sdn. Bhd

ISBN978-99917-49-95--2 (Kulit Lembut)

Page 6: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012VI VI

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Titah Sempena Kedatangan Tahun Baru Masihi 1988

Titah Bersempena Sambutan Perayaan Ulangtahun Keempat Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Melalui Radio Dan Televisyen Pada 22 Februari 1988

1-3

4-9

Titah Bersempena Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan Di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien Pada 2 Mac 1988

Titah Semasa Perjumpaan Dengan Setiausaha-Setiausaha Tetap, Di bilik Persidangan, Pasukan Polis Diraja Negara Brunei Darussalam Pada Hari Sabtu, 2 April 1988

Titah Di Majlis Perasmian Mesyuarat Ke-7 Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Bagi Kerjasama Tenaga, Di Pusat Dakwah Islamiah, Bandar Seri Begawan Pada Hari Khamis, 7 April 1988

10-13

14-20

21-24

Titah Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri Yang Disiarkan Melalui Radio Televisyen Brunei Pada 17 Mei 1988

25-26

Page 7: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

VIITitah 2012VII

Titah Di Majlis Istiadat Pengurniaan Panji-Panji Pasukan Baru Bagi Batalion Pertama Dan Batalion Kedua ABDB Di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien Pada 31 Mei 1988

Titah Di Majlis Istiadat Mengadap Dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Sempena Ulangtahun KeputeraanYang Ke-42 Tahun Di Balai Singgahsana, Istana Nurul Iman Pada 15 Julai 1988

Titah Di Majlis Istiadat Mengadap Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-42 Tahun Bagi Daerah Temburong Pada 18 Julai 1988

27-29

30-38

39-40

Titah Di Majlis Istiadat Mengadap Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Yang Ke-42 Tahun Bagi Daerah Tutong Pada 20 Julai 1988

41-42

Titah Di Majlis Istiadat Mengadap Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Yang Ke-42 Tahun Bagi Daerah Belait Pada 26 Julai 1988

43-44

Page 8: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012VIII VIII

Titah Semasa Lawatan Negara Ke Maghribi Dalam Satu Majlis Persantapan Negara Di Istana Riad, Rabat Pada 28 September 1988

Titah Di Majlis Persantapan Bagi Meraikan Puan Yang Terutama Presiden Corazon C. Aquino, Presiden Republik Filipina Bertempat Di Istana Nurul Iman Pada 29 Ogos 1988

Titah Di Majlis Perhimpunan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan Pada 23 Oktober 1988

Titah Di Majlis Persantapan Negara Yang Diberikan Oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej, Raja Thailand Di Chakri Throne Hall Istana Boromabiman Pada 1 November 1988

45-47

48-49

50-52

53-55

Titah Di Majlis Persantapan Negara Bagi Meraikan Presiden Republik Korea, Tuan Yang Terutama Presiden Roh Tae Woo Dan Puan Roh Tae Woo Di Balai Persantanpan Negara, Istana Nurul Iman Pada Hari Ahad, 13 November 1988

56-58

Page 9: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

IXTitah 2012IX

Titah Ketika Mengisytiharkan Penyusunan Semula Menteri-Menteri Kabinet Dan Penubuhan Sebuah Kementerian Baru Yang Disiarkan Melalui Radio Dan Televisyen Brunei Pada 30 November 1988

Titah Sempena Tahun Baru Masihi 1989

Titah Semasa Peraduan Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan Di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien Pada Hari Khamis, 2 Februari 1989

Titah Bersempena Sambutan Perayaan Ulangtahun Kelima Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Pada Hari Khamis, 23 Februari 1989 Yang Disiarkan Melalui Radio Televisyen Brunei

59-61

63-65

66-68

69-75

76-79Titah Di Majlis Persantapan Negara Di Dewan Santapan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Sempena Lawatan Rasmi Ke Negeri Sarawak Pada 9 Mac 1989

80-82Titah Semasa Keberangkatan Ke Mukim Bokok Dan Amo, Temburong Pada Hari Selasa, 4 April 1989

Page 10: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012X X

Titah Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Masihi 1989

Titah Di Majlis Persantapan Sempena Ulangtahun Ke-28 Penubuhan ABDB Di Berakas Garison Pada 7 Jun Dan Tutong Garison Pada 8 Jun 1989

Titah Sempena Lawatan Ke Jabatan Kerja Raya Dan Jabatan Kemajuan Perumahan Pada 21 Jun 1989

Titah Di Majlis Istiadat Mengadap Bersempena Ulangtahun Hari Keputeraan Yang Ke-43 Tahun Di Balai Singgahsana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989

83-84

85-87

88-90

Titah Di Majlis Perasmian Mesyuarat Ke-22 Menteri-Menteri Luar ASEAN Di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas Pada 3 Julai 1989

91-94

95-104

105-106Titah Di Daerah Temburong Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Yang Ke-43 Tahun Pada Hari Isnin, 17 Julai 1989

Page 11: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

XITitah 2012XI

Titah Di Daerah Belait Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Yang Ke-43 Tahun Pada Hari Khamis, 20 Julai 1989

Titah Di Daerah Tutong Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Yang Ke-43 Tahun Pada Hari Selasa, 25 Julai 1989

Titah Di Majlis Perasmian Jambori Nasional Kedua Negara Brunei Darussalam Yang Berlangsung Di Tapak Perkhemahan Pengakap Gadong, Bandar Seri Begawan Pada Hari Selasa, 22 Ogos 1989

107-108

109-110

111-114

115-117Titah Di Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Brunei Darussalam Pada Hari Khamis, 21 September 1989

118-119Titah Di Sidang Tertutup Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Kali Ke-27 Di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Pada 19 Oktober 1989

Page 12: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012XII XII

Titah Di Majlis Perhimpunan Dan Perarakan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien Bandar Seri Begawan Pada Hari Khamis, 22 Oktober 1989 Masihi Bersamaan 12 Rabiulawal 1410 Hijrah

Titah Di Majlis Persantapan Negeri Di Istana Alam Shah, Klang Bersempena Keberangkatan Baginda Ke Negeri Selangor Darul Ehsan Pada 18 November 1989

Titah Di Majlis Pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Ke-21 Di Pusat Persidangan Antarabangsa, Negara Brunei Darussalam Pada Hari Khamis, 30 November 1989

Titah Sempena Keberangkatan Lawatan Ke Mukim Saba, Bandar Seri Begawan Daerah Brunei Dan Muara Pada 12 Disember 1989

120-122

123-125

126-128

129-131

Page 13: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

1Titah 20121

Titah Sempena Kedatangan Tahun Baru Masihi 1988

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad

Sallallahu Alaihi Wasallam dan sekalian keluarga, sahabat-sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya jua, kita telah pun melalui tahun 1987 dengan keadaan negara yang penuh keamanan, kestabilan dan kemakmuran. Keadaan yang beta nyatakan itu juga dicapai dengan berkat adanya kerjasama, perpaduan dan sokongan sepenuhnya yang diberikan oleh segenap lapisan rakyat dan penduduk negara ini kepada kerajaan beta. Ini termasuk juga pegawai-pegawai dan kakitangan dan pasukan-pasukan keselamatan di dalam kerajaan beta. Bagi pencapaian ini, beta ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Tahun 1987 juga telah kita lalui dengan dipenuhi oleh berbagai-bagai kegiatan dan projek-projek yang berkebajikan yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan juga pihak-pihak swasta dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi pencapaian produktiviti, mutu kerja dan perkembangan di bidang-bidang ekonomi dan sosial. Adalah beta harapkan segala aspirasi yang tinggi dan usaha-usaha gigih yang telah pun ditunjukkan dan dicapai pada tahun 1987 itu akan dapat dipertingkatkan lagi pada tahun 1988 yang baharu ini. Dengan adanya kita melipatgandakan usaha kita itu, insya-Allah, kita akan dapat mencapai matlamat yang dihajati iaitu untuk melihat negara kita yang tercinta ini akan sentiasa maju dan berkembang di dalam berbagai bidang.

Page 14: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 20122 2

Bersempena menjelangnya tahun baharu Masihi 1988 ini, adalah beta harapkan seluruh rakyat dan penduduk di negara ini akan dapat menumpukan perhatian mereka terhadap peningkatan kesedaran sosial dan ketenteraman negara dengan memberikan perhatian berat kepada masalah-masalah yang akan merosakkan dan merugikan anak-anak bangsa kita sendiri iaitu seperti masalah-masalah penyalahgunaan dadah, menghidu gam, merosakan harta benda awam dan kurang berdisiplin. Dengan wujudnya sebuah masyarakat yang sihat yang bebas daripada gejala-gejala sosial dan yang sentiasa berdisiplin, maka kita akan dapat menumpukan perhatian kita sepenuh-penuhnya kepada perkara-perkara yang berhubung dengan perkembangan ekonomi dan pembangunan. Dalam hal ini, adalah perlu bagi kita semua akan sentiasa bantu-membantu di antara satu dengan lain di dalam menjaga keamanan dan ketenteraman negara dan mengamalkan sikap pemedulian terhadap keadaan dan masyarakat di sekeliling kita serta patuh kepada undang-undang dan peraturan.

Kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan beta dan juga anggota pasukan-pasukan keselamatan, adalah beta harapkan agar mereka akan sentiasa mempertingkatkan lagi tekad dan azam mereka untuk meninggikan mutu kerja dan khidmat kepada negara. Hendaknyalah mereka sentiasa bersikap positif, cekap dan penuh dedikasi di dalam melakukan tugas mereka serta bebas daripada segala rasuah dan menyalahgunakan kuasa dan sentiasa bersikap jujur dan amanah semata-mata kerana Allah jua. Khususnya bagi jabatan-jabatan yang sentiasa dihubungi oleh pihak orang ramai, beta ingin mengingatkan supaya mereka hendaklah sentiasa bersikap terbuka dan melayani orang ramai dengan cara bersopan santun mengambil berat tentang apa jua masalah yang mereka hadapkan.

Page 15: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

3Titah 20123

Akhirnya, beta bersama-sama dengan keluarga beta dengan sukacita mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, sambil berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, mudah-mudahan negara kita, Brunei Darussalam akan sentiasa dirahmati-Nya dengan keamanan dan kemakmuran serta bahagia segala manusia dan isi di dalamnya.

Page 16: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 20124 4

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, seru sekalian alam, selawat serta salam ke atas junjungan besar

kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat Baginda, sahabat-sahabat dan para pengikut Baginda yang taat lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya jua, maka rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam telah dapat menikmati suasana aman, tenteram, kemakmuran dan juga kemajuan di pelbagai bidang sejak ianya menjadi sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat. Bersempena hari dan sukut yang baik lagi penuh bersejarah ini, beta sukacita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada segenap lapisan rakyat dan penduduk di negara ini, termasuk pegawai-pegawai serta kakitangan kerajaan dan anggota-anggota pasukan keselamatan yang mana dalam melalui tahun-tahun kemerdekaan, telah menampakkan sokongan dan kerjasama yang semakin kukuh kepada kerajaan beta dalam sama-sama berusaha untuk menjamin keselamatan, ketenteraman dan pembangunan negara yang sama-sama kita cintai ini. Beta dapat merasakan, daripada sokongan dan kerjasama yang diberikan itu, akan perasaan megah rakyat dan penduduk negara ini menikmati kemerdekaan dan kedaulatan negara dan bangsa. Adalah beta harapkan semangat yang telah ditunjukkan itu akan sentiasa berterusan terjalin untuk membawa Negara Brunei Darussalam ke arah kemajuan dan pembangunan yang pesat serta mewujudkan suasana kemantapan politik dan sosial yang berkekalan, insya-Allah. Walau bagaimanapun, dalam keadaan

Titah Bersempena Sambutan Perayaan Ulangtahun Keempat Hari Kebangsaan

Negara Brunei DarussalamMelalui Radio Dan Televisyen

Pada 22 Februari 1988

Page 17: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

5Titah 20125

negara menikmati suasana aman dan tenteram ini, terdapat juga golongan-golongan yang cuba menggugat kestabilan sosial dan politik di negara ini dengan memesongkan dan mengelirukan pemikiran rakyat dengan dakyah-dakyah politik mereka yang mana mereka sendiri tidak jelas dan pasti dengan apa yang mereka hendak capai, tetapi cuba meniru-niru apa yang dibuat oleh orang lain. Mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pemimpin politik ini adalah mereka yang menjalankan perusahaan dan perniagaan sendiri dan telah diberikan peluang oleh kerajaan beta bagi meyiapkan berbagai projek pembangunan. Akan tetapi, mereka telah pun gagal dalam perusahaan mereka dan di sebaliknya menyalahkan kerajaan beta di atas kegagalan mereka itu. Di samping itu, mereka juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran mereka di luar negara seperti United Kingdom, akan tetapi telah kembali tanpa memperolehi sebarang kelulusan. Bersandarkan kepada kegagalan mereka ini, kebolehan mereka untuk memimpin rakyat adalah dipersoalkan, kerana mereka sendiri tidak dapat menguruskan kepentingan-kepentingan mereka dengan teratur apatah lagi untuk mentadbirkan negara. Kepada golongan-golongan seperti ini, kerajaan beta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mereka. Kepada rakyat dan penduduk negara ini, beta ingin mengingatkan supaya berwaspada dengan dakyah-dakyah yang memberikan janji-janji manis tetapi kosong dan tidak berasas sama sekali.

Kerajaan beta adalah sentiasa mengambil berat untuk memastikan kemajuan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini bagi jangka masa panjang, iaitu dengan mengungkayahkan berbagai-bagai rancangan pembangunan dan mempelbagaikan ekonomi Negara Brunei Darussalam. Ini termasuklah juga perhatian yang teliti telah pun diberikan ke atas bidang pelajaran, kesihatan dan perhubungan di negara ini. Kerajaan beta telah pun menyusun semula dan mengemaskinikan sistem pelajaran di negara ini, untuk menentukan tenaga-tenaga mahir akan dapat dihasilkan bagi menampung keperluan-keperluan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang berkemahiran dan berkeupayaan untuk menggerakkan jentera pembangunan, bidang kesihatan juga telah diberikan perhatian yang

Page 18: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 20126 6

khusus oleh pihak kerajaan bagi menjamin masyarakat dan penduduk di negara ini adalah sentiasa dalam keadaan sihat, baik dari segi fizikal dan mental mereka. Menyedari akan pentingnya peranan perhubungan di dalam pembangunan negara dan perdagangan dengan dunia luar, berbagai rancangan permodenan sistem perhubungan di negera ini telah pun diungkahyahkan dan akan dilaksanakan. Dalam pada itu, kerajaan beta adalah sangat mengalu-alukan pelabur-pelabur asing untuk melabur dan mengadakan usahasama dengan anak-anak tempatan di bidang-bidang perindustrian dengan memberikan kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan.

Usaha juga telah ditumpukan pada mengemaskinikan jentera pentadbiran, dalam mana kerajaan beta sedang giat berusaha mendatangkan pakar-pakar dari luar negara bagi mengajar kaedah-kaedah pentadbiran moden kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, untuk membantu pembentukan satu sistem pentadbiran yang efisien, berkesan lagi bersih sepertimana yang dihasratkan. Bagi pencapaian ini, sebagaimana yang selalu beta nyatakan, adalah perlu bagi pegawai-pegawai dan kakitangan di negara ini untuk sentiasa bekerjasama di antara satu dengan lain dan mewujudkan persefahaman untuk sama-sama bertanggungjawab dalam mengusai jentera-jentea pentadbiran kerajaan.

Di bidang antarabangsa, Negara Brunei Darussalam adalah mengambil berat akan peri mustahaknya mewujudkan suasana politik serantau yang mantap lagi stabil. Kemantapan dan kestabilan ini dapat dicapai jika terjalin persefahaman terhadap kepentingan bersama di kalangan masyarakat serantau. Bagi mencapai matlamat ini, Negara Brunei Darussalam sepertimana yang telah beta nyatakan di dalam Persidangan Ketua-ketua Kerajaan ASEAN kali ke-3 yang telah berlangsung di Manila baru-baru ini, telah memberikan kesediaan dan kesanggupan kita dalam mengungkayahkan rancangan-rancangan belia ASEAN. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata bagi Negara Brunei Darussalam untuk sama-sama memainkan peranan dalam mewujudkan faktor-faktor itu nanti

Page 19: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

7Titah 20127

akan mempermudahkan dan mempercepatkan lagi usaha-usaha kerjasama politik dan ekonomi dalam Pertubuhan ASEAN.

Sejajar dengan prinsip dasar luar negeri Negara Brunei Darussalam di dalam perhubungan antarabangsa, Negara Brunei Darussalam juga telah memperluaskan hubungan-hubungan persahabatan dengan beberapa buah negara di Benua Afrika. Ini membuktikan bahawa Negara Brunei Darussalam tidak mengenal warna kulit di dalam mewujudkan persahabatan, tetapi adalah bersandarkan kepada prinsip-prinsip persamaan, kejujuran dan saling hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan bebas daripada campurtangan di dalam hal-ehwal dalam negeri masing-masing.

Pada Hari Ulangtahun Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam ini, beta ingin mengingatkan kepada semua rakyat dan penduduk, khususnya belia-belia di negara ini, akan betapa pentingnya bagi kita semua untuk mewujudkan ketahanan diri dan bangsa dalam menghadapi cabaran-cabaran kancah ekonomi dan politik antarabangsa. Matlamat ini dapat dicapai jika kita semua menyedari akan perlunya memperkukuhkan negara kita dalam mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan bangsa dan negara serta kesucian agama. Menuju ke arah ini, adalah perlu bagi setiap rakyat dan penduduk di negara ini menanamkan semangat untuk sentiasa berdisiplin, cergas dan mengikut lunas-lunas budaya bangsa didalam melakukan apa jua tanggungjawab dan kerja-kerja yang diamanahkan kepada mereka, dan di dalam kehidupan seharian. Rakyat yang sentiasa cergas dan berdisiplin lagi bertanggungjawab akan memudahkan kerajaan untuk menyelenggarakan dan melaksanakan undang-undang serta peraturan-peraturan, yang mana semata-mata diniatkan untuk membisaikan dan membentuk satu masyarakat yang sejahtera lagi bertamadun. Ianya juga akan dapat membantu pihak kerajaan dalam menggerakkan jentera-jentera pembangunan dan mempertahanankan keselamatan negara daripada sebarang ancaman musuh dan anasir-anasir yang tidak diingini.

Page 20: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 20128 8

Di samping itu, rakyat yang berdisiplin lagi berbudaya tidak akan sentiasa mengharapkan ataupun bergantung sepenuhnya kepada kerajaan untuk mendapatkan sumber-sumber bantuan, baik berbentuk kewangan ataupun material, malahan mereka akan menjadi anggota masyarakat yang sentiasa berdikari dan berusaha untuk memperbaiki taraf penghidupan mereka. Rakyat juga hendaklah sentiasa memberikan pertolongan secara sukarela dan sedia tampil ke hadapan apabila tenaga mereka diperlukan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, serta mereka juga hendaklah berdedikasi dan mempunyai rasa bangga ke atas setiap pekerjaan yang mereka lakukan dan sentiasa berusaha untuk menghasilkan kerja yang lutanan lagi bermutu. Ini adalah satu-satunya kualiti yang patut ada pada diri kita semua dan ianya sangat-sangat diharapkan oleh negara kita yang sedang membangun.

Sebagai rakyat Brunei adalah juga penting bagi kita semua untuk mempertahankan ciri-ciri kebudayaan kita sebagai orang Brunei yang mana sentiasa galat-menggalati di antara satu dengan lain, bermaruah, beradat-istiadat dan juga taat beragama dan beribadat. Ciri-ciri ini adalah satu lambang yang menjadi kemegahan kepada kita semua di negara ini. Adalah beta hasratkan ciri-ciri budaya yang beta nyatakan itu akan sentiasa diperkembangluaskan dengan menanamkan semangat-semangat itu kepada generasi-generasi yang masih di bangku sekolah. Kerana dengan gabungan rakyat yang berdisiplin lagi cergas serta berbudaya, maka kita akan dapat membawa negara dan bangsa yang kita cintai ini ke arah satu zaman kegemilangan dalam mana rakyat dan penduduk di dalamnya sentiasa di dalam keadaan aman, tenteram serta makmur, dan bebas daripada gejala-gejala sosial dan sifat negatif. Ini adalah sejajar dengan tema hari kebangsaan pada tahun ini yang berbunyi: “BERDISIPLIN CERGAS, BERBUDAYA, NEGARA BAHAGIA”.

Bagi menghasilkan rakyat dan penduduk yang berdisiplin cergas lagi berbudaya, seperti yang beta hasratkan, kerajaan beta disamping menyediakan keperluan-keperluan asas yang lain juga akan menyediakan kemudahan-kemudahan sukan dan riadah iaitu dengan mengadakan bangunan-bangunan pusat sukan di kesemua daerah di

Page 21: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

9Titah 20129

negara ini, yang mana nanti akan dilengkapi dengan berbagai-bagai kelengkapan dan akan dapat menampung kehendak-kehendak ramai.

Buat mengakhiri ucapan beta ini, beta sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk di negara ini termasuk pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, dan juga anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pasukan Polis Diraja Brunei yang mana telah memberikan kerjasama kepada kerajaan beta dengan bekerja dengan penuh tekun dan rajin serta amanah dan jujur di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka, dan juga pada menjaga dan mempertahankan keselamatan negara. Beta juga tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua ahli-ahli jawatankuasa sambutan pada tahun ini, dan juga kepada rakyat dan penduduk yang telah melibatkan diri dan menyumbangkan tenaga pada menjayakan perayaan ini. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan terus melimpahkan rahmat-Nya, dan akan sentiasa memberikan kemakmuran serta keamanan serta menghindarkan daripada apa jua ancaman dan malapetaka kepada negara, rakyat, penduduk dan sekalian isi di dalamnya.

Page 22: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201210 10

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, seru sekalian alam, selawat serta salam ke atas junjungan besar

kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat Baginda, sahabat-sahabat dan para pengikut Baginda yang taat lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua, kita sekali lagi dapat berkumpul beramai-ramai di majlis yang penuh berkat lagi berkebajikan ini iaitu menyaksikan Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Akhir Kebangsaan bagi tahun 1408 Hijrah bersamaan dengan tahun 1988 Masihi.

Adalah menjadi satu kebanggaan di negara ini dalam mana pembelajaran kitab suci Al-Quran adalah semakin pesat dan berkembang. Ini dapat dilihat, rakyat dan penduduk beragama Islam di negara ini adalah sangat mengambil berat akan pentingnya bagi mereka untuk mempelajari membaca Al-Quran. Al-Quran bukan sahaja diajarkan di sekolah-sekolah, maktab-maktab dan institusi pengajian tinggi agama di negara ini, malah ianya juga diajarkan di pejabat-pejabat kerajaan selepas waktu bekerja, masjid-masjid, surau-surau dan juga di Sekolah Mengaji Al-Quran yang dikendalikan oleh pihak persendirian. Di samping itu, kerajaan melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan mutu pembacaan Al-Quran di negara ini dengan menghantar pegawai-pegawai kerajaan dan pembaca-pembaca Al-Quran ke negara-negara jiran yang sudah maju di dalam bidang

Titah BersempenaPertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan

Di Taman Haji Sir Muda Omar Ali SaifuddienPada 2 Mac 1988

Page 23: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

11Titah 201211

pembacaan Al-Quran bagi mendapatkan pengalaman dan seterusnya mempelajari dan mendalami pembacaan Al-Quran yang baik.

Dalam usaha kita untuk mempelajari dan membaca dengan fasih kitab suci Al-Quran adalah perlu bagi kita untuk memahami akan maksud ayat-ayat Al-Quran yang dibaca itu dan seterusnya mempraktikkan nilai-nilai murni dan pengajaran yang terkandung di dalamnya. Kerana dengan cara demikian, maka kita akan dapat membentuk satu kehidupan yang benar-benar berakhlak lagi berdisiplin sejajar dengan aspirasi negara untuk mengamalkan nilai-nilai Islam di dalam kehidupan kita seharian.

Sebagai sebuah negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, adalah penting bagi kita semua untuk memastikan penanaman disiplin yang berlandaskan lunas-lunas Islam kepada generasi-generasi muda terutama sekali anak-anak dan murid-murid di sekolah-sekolah. Apa yang ketara dewasa ini terdapat golongan muda yang telah mulai mendekatkan diri mereka kepada sifat-sifat negatif dan antisosial seperti tidak memberikan perhatian kepada tugas dan tanggungjawab, kurang hormat-menghormati, menyalahgunakan dadah, merosakkan harta benda awam dan meminum minuman yang memabukkan di khalayak ramai tanpa segan silu. Perbuatan mereka ini bukan sahaja terkeluar daripada tatasusila masyarakat orang-orang Brunei tetapi juga adalah bercanggah dengan hukum dan ajaran Islam.

Dengan ternampaknya sebilangan masyarakat yang kurang berdisiplin dan terkeluar daripada cara hidup yang diamalkan oleh Islam, maka adalah sudah kena pada tempatnya bagi tema Pertandingan Membaca Al-Quran pada tahun ini menyarankan kepada kita semua untuk berdisiplin mengikut ajaran Al-Quran. Mendisiplinkan diri mengikut lunas-lunas Al-Quran adalah merupakan sebaik-baik dan selengkap amalan di dalam kehidupan kita seharian baik secara individu mahupun bermasyarakat dan bernegara.

Page 24: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201212 12

Dalam usaha untuk menanamkan semangat berdisiplin di kalangan generasi muda di negara ini, ibu bapa, guru-guru dan pemimpin-peminpin masyarakat adalah merupakan tiga rangkaian utama yang bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam memastikan disiplin yang dimaksudkan itu ditanamkan kepada anak-anak dan juga generasi-generasi muda. Ini dapat dihasilkan dengan memberikan contoh dan teladan dan juga memberikan bimbingan-bimbingan kepada anak-anak di rumah, murid-murid di sekolah dan juga anak-anak buah di mukim-mukim dan kampung-kampung akan perlunya disiplin di dalam kehidupan bermasyarakat.

Di samping itu, ibu bapa, guru-guru dan pemimpin-pemimpin masyarakat juga hendaklah sentiasa memberikan teguran-teguran bagi membisaikan keolahan dan tingkah laku golongan-golongan muda yang tingkah-laku mereka terkeluar daripada akhlak murni dan kurang bermajlis. Anggota masyarakat juga tidak ketinggalan untuk memainkan peranan dalam pembentukan masyarakat yang berdisiplin iaitu dengan memberikan kerjasama dengan melaporkan kepada pihak yang berwajib jika ternampak kumpulan-kumpulan belia ataupun anak-anak muda yang berkelakuan liar dan menyalahi peraturan-peraturan dan undang-undang negara.

Hanya dengan cara mewujudkan sebuah masyarakat yang benar-benar berdisiplin, maka kita akan dapat menikmati perkembangan dan juga kemantapan sosio-ekonomi dan politik di negara ini. Masyarakat yang berdisiplin juga akan dapat menghasilkan tenaga kerja yang benar-benar berdedikasi, mempunyai produktiviti yang tinggi dan berkemahuan untuk sentiasa maju. Ianya juga akan dapat melahirkan keharmonian hidup di kalangan rakyat dan penduduk di negara ini iaitu bukan sahaja di kalangan mereka yang beragama Islam tetapi juga yang menganut agama-agama lain.

Sehubungan dengan kehidupan berdisiplin mengikut ajaran-ajaran Islam, kita juga ingin mengingatkan rakyat dan penduduk di negara ini akan peri mustahaknya mereka mengamalkan kebersihan dalam kehidupan bagaimana juga yang digalakkan oleh agama Islam. Hanya dengan cara mengamalkan sikap hidup yang mengutamakan

Page 25: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

13Titah 201213

kebersihan, maka kita akan dapat melahirkan masyarakat yang benar-benar sihat di segi rohani dan jasmani. Ke arah ini, adalah perlu bagi kita semua menjaga akan kebersihan alam sekitar kita, baik di bandar-bandar mahupun di kampung-kampung. Kepada jabatan-jabatan kerajaan, adalah disarankan supaya akan sentiasa menjaga kebersihan bangunan-bangunan kerajaan dan juga kawasan sekeliling bangunan-bangunan itu. Penjagaan kebersihan bangunan-bangunan kerajaan tidaklah semestinya terletak kepada kakitangan yang ditugaskan untuk membersihkan bangunan-bangunan itu, tetapi juga adalah menjadi tanggungjawab kepada semua anggota kakitangan untuk sama-sama memastikan bahawa jabatan-jabatan di mana mereka bekerja adalah sentiasa dalam keadaan bersih dan indah kawasan sekelilingnya. Begitu juga dengan bangunan-bangunan sekolah dan maktab-maktab di negara ini, hendaknyalah sentiasa dipupuk kesedaran sivik di kalangan murid-murid dan penuntut-penuntut, untuk sentiasa bertanggungjawab di dalam menjaga kebersihan bangunan-bangunan dan kawasan-kawasan sekolah dan maktab kerana dengan membiasakan diri kepada kebersihan sejak di bangku sekolah lagi, akan dapat menjadikan seseorang itu bersikap pembersih dalam kehidupan mereka.

Buat mengakhiri kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, mudah-mudahan segala usaha gigih yang berpandukan ajaran Al-Quran yang suci dan semangat cintakan agama dan tawakal kepada Allah Subhanahu Wataala yang kita amalkan dalam kehidupan kita, dan diredai Allah, dan dengan petunjuk-Nya maka kita semua akan dapat mengambil langkah-langkah yang segera pada menjalankan peranan menurut bidang dan tanggungjawab masing-masing.

Sekain, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 26: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201214 14

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya jua, kita dapat mengadakan perjumpaan pada pagi ini,

yang mana adalah merupakan pertama kalinya kita mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha-setiausaha Tetap di kementerian-kementerian kerajaan kita sejak kerajaan kita mengadakan sistem pentadbiran berkementerian.

Tujuan kita mengadakan perjumpaan ini ialah untuk bersemuka dengan Setiausaha-setiausaha Tetap dan di samping itu, untuk memberikan sedikit sebanyak garis-pandu bagi mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing seperti yang kita hajati.

Sebagaimana yang sedia dimaklumi oleh Setiausaha-setiausaha Tetap, mereka adalah merupakan sebagai ejen penggerak jentera pentadbiran kerajaan kita, dan adalah merupakan pegawai-pegawai kerajaan yang paling atasan sekali di dalam perkhidmatan awam, Mereka juga adalah merupakan sebagai pegawai-pegawai yang akan membantu Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri dalam pembentukan sesuatu dasar, dan seterusnya memberikan pandangan kepada Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri mengenai dengan perkara-perkara yang berbangkit dari masa ke semasa. Setiausaha-setiausaha Tetap juga adalah merupakan sebagai pelaksana bagi keputusan-keputusan dasar yang telah diluluskan oleh kabinet atau Menteri-menteri yang berkenaan.

Titah Semasa Perjumpaan Dengan Setiausaha-Setiausaha Tetap,

Di Bilik Persidangan, Pasukan Polis DirajaNegara Brunei Darussalam

Pada Hari Sabtu, 2 April 1988

Page 27: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

15Titah 201215

Sejajar dengan kedudukan serta tugas dan tanggungjawab yang kita nyatakan tadi, adalah mustahak bagi Setiausaha-setiausaha Tetap untuk memainkan peranan mereka dengan lebih berhati-hati dan positif, mengikut seperti apa yang dihasratkan daripada mereka. Di dalam hal ini, pentadbiran seharian di kementerian-kementerian yang merupakan sebagai routine, sepatutnyalah tidak lagi akan dikendalikan oleh Setiausaha-setiausaha Tetap tetapi dipertanggungjawabkan kepada ketua-ketua jabatan sahaja. Di sebaliknya, Setiausaha-setiausaha Tetap mestilah menumpukan masa yang sepenuhnya ke atas perkara-perkara yang melibatkan dasar dan perancangan bagi jangka masa panjang di kementerian masing-masing. Adalah mustahak bagi Setiausaha-setiausaha Tetap untuk membiasakan diri mereka dengan undang-undang dan peraturan-peraturan pentadbiran yang melibatkan kementerian masing-masing, kerana dengan cara demikian, kita percaya, akan membolehkan mereka memberikan nasihat dan pandangan yang betul dan tetap kepada Menteri-menteri dan Timbalan Menteri mengenai dengan kesan-kesan sebarang perubahan dasar ataupun tindakan pentadbiran yang akan diambil oleh kementerian berkenaan.

Setiausaha-setiausaha Tetap adalah juga merupakan sebagai teraju utama dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan sebuah sistem pentadbiran yang benar-benar cekap, berkesan, bersih lagi amanah. Mereka seharusnyalah akan sentiasa mengamat-amati dan menitikberatkan disiplin yang tinggi di kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan di kementerian masing-masing. Sebarang perbuatan yang melanggar dan mengabaikan disiplin dikalangan pegawai-pegawai dan kakitangan, hendaknyalah diambil tindakan yang segera tanpa bertangguh-tangguh.

Produktiviti dan prestasi kerja di kementerian-kementerian masing-masing hendaklah dipastikan meningkat dan bermutu tinggi, terutama di dalam pemberian perkhidmatan kepada orang ramai, iaitu dengan memastikan pegawai-pegawai dan kakitangan mereka adalah sentiasa mempunyai dedikasi yang tinggi dan perasaan tanggungjawab ke atas setiap tugas dan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Kita percaya, ini akan dapat

Page 28: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201216 16

dicapai sekiranya Setiausaha-setiausaha Tetap sentiasa menilai dari masa ke semasa, prestasi perjalanan pentadbiran di tiap-tiap jabatan dan juga dengan cara memperkenalkan kaedah-kaedah pengurusan pentadbiran yang moden dan efisien, yang mana disesuaikan dengan keadaan dan suasana di jabatan masing-masing. Sebarang kepincangan atau kurang efisien di sesebuah kementerian itu, adalah mencerminkan keupayaan Setiausaha Tetapnya dalam menyusun dan menguruskan pentadbiran di Kementerian berkenaan.

Sehubungan dengan mempertingkatkan prestasi dan produktiviti pegawai-pegawai dan kakitangan di kementerian-kementerian, adalah perlu bagi Setiausaha-setiausaha Tetap untuk memberikan perhatian ke atas kebajikan pegawai-pegawai dan kakitangan mereka yang mana bukan hanya tertumpu kepada perkara-perkara yang berhubung dengan peluang-peluang pekerjaan, tetapi juga yang melibatkan perkara-perkara kebajikan asas mereka seperti soal perumahan dan seumpamanya.

Latihan-latihan, sama ada latihan dalam negeri atau pun di luar negeri, hendaklah diberikan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan terutama sekali kepada pegawai-pegawai yang berijazah, mereka seharusnyalah diberikan pendedahan dengan cara memberikan latihan-latihan amali kursus-kursus lanjutan, setelah mereka menduduki pekerjaan di antara dua hingga ketiga tahun. Apa yang perlu diambil perhatian disini, pegawai-pegawai yang berijazah yang baru kembali ke tanahair, hanyalah mempunyai kelulusan akademik, dan mereka masih memerlukan kecekapan dan pengalaman melalui latihan lanjutan dan latihan-latihan secara “attachment”, yang mana nanti akan dapat mengembangkan pengetahuan akademik yang mereka perolehi itu.

Menyentuh mengenai dengan latihan-latihan yang akan diberikan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan, ianya hendaklah dirancangkan dengan teliti dan teratur dalam mana setiap pegawai yang akan dihantar untuk mengikuti sebarang kursus dan latihan di luar negeri, hendaklah terlebih dahulu dinilai kursus-kursus yang akan mereka hadiri dari segi kesesuaiannya dan faedahnya

Page 29: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

17Titah 201217

kepada kementerian berkenaan. Apa yang kita maksudkan di sini, penghantaran itu bukanlah sekadar dibuat sebagai melepaskan ‘batuk di tangga’ sahaja, ataupun untuk menggembirakan perasaan pegawai-pegawai dan kakitangan berkenaan. Dalam perkara ini, Setiausaha-setiausaha Tetap mestilah bekerja rapat dengan Pejabat Perjawatan bagi mengaturkan latihan-latihan yang akan diberikan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian masing-masing.

Sebagaimana jua yang diketahui, Setiausaha-setiausaha Tetap telah pun diberikan bidang-bidang kuasa yang tertentu, yakni ‘discretionary powers’, yang mana adalah semata-mata bertujuan bagi melicinkan pentadbiran. Kuasa-kuasa yang diberikan itu akan dikaji dari masa ke semasa mengikut keperluan pentadbiran, Memandangkan kepada ini, adalah kita harapkan dalam mengambil sebarang keputusan dan tindakan, Setiausaha-setiausaha Tetap tidak akan bertangguh-tangguh, terutama sekali dalam menyiapkan kerja-kerja yang boleh diselesaikan sekali dengan cepat dalam waktu yang singkat, dengan ertikata yang lain, apa jua yang boleh disiapkan pada hari ini, janganlah ditangguhkan sehingga esok hari.

Adalah amat perlu bagi Setiausaha-setiausaha Tetap untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang erat di antara satu dengan lain, dengan cara mengekalkan profesionalism yang tinggi di kalangan mereka. Mereka juga mestilah sentiasa bersifat jujur dan ikhlas dalam memberikan apa jua pandangan dan teguran.

Sehubungan dengan ini, Setiausaha-setiausaha Tetap mestilah bersedia untuk membuat keputusan-keputusan yang tidak popular sama ada yang melibatkan pegawai dan kakitangan di kementerian masing-masing mahupun yang berhubung dengan pihak awam, Dalam pada itu, mereka juga adalah dikehendaki untuk sentiasa berhati-hati di dalam menghubungkan kepada orang ramai mengenai dengan sesuatu keputusan kerajaan, terutama sekali apabila keputusan yang akan disampaikan itu akan mengecewakan orang yang menerimanya.

Page 30: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201218 18

Adalah juga mustahak bagi Setiausaha-setiausaha Tetap mempastikan terdapatnya penyelarasan kerja di antara kementeriannya dengan kementerian-kementerian yang lain. Ini termasuklah juga penyelarasan ke atas projek-projek yang melibatkan jabatan-jabatan yang di bawah kementerian yang sama. Kerana dengan terdapatnya penyelarasan yang padu akan menghindarkan sebarang pekerjaan yang bertindih-tindih, dan juga mengelakkan pembaziran masa, tenaga serta kewangan.

Menyentuh mengenai dengan pembentukan ataupun penggubalan dasar kerajaan, Setiausaha-setiausaha Tetap adalah dipinta untuk sentiasa mengkaji dan menilai peraturan-peraturan kerajaan yang terdapat pada masa ini. Ini adalah bagi memastikan yang peraturan tersebut adalah sesuai dan akan dapat difahami oleh orang ramai, dan sekiranya ianya belum dapat dipatuhi ataupun difahami oleh pihak awam, Setiausaha-setiausaha Tetap mestilah memikirkan bagaimana peraturan-peraturan itu akan dapat diresapkan kepada orang ramai dengan cara mencari jalan pendekatan yang baik dan efektif. Begitu juga dengan pembentukan dasar yang baru, ianya juga mestilah disesuaikan dengan keadaan masyarakat di Negara Brunei Darussalam, dengan mengambil kira sejauh mana dasar tersebut akan dapat difahami oleh umum, dan bagaimanakah cara yang paling berkesan bagi dasar tersebut diresapkan kepada pemikiran rakyat. Perlaksanaan dasar yang berterusan mestilah sentiasa dilakukan oleh Setiausaha Tetap. Apa yang kita maksudkan perlaksanaan sesuatu dasar bukannya hanya setakat dibuat pada waktu-waktu yang tertentu, tetapi hendaknyalah dilakukan dalam sepanjang tahun sehingga dasar-dasar tersebut dapat menghasilkan matlamat yang dihasratkan.

Dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan suasana kerja yang sihat dan harmoni, baik di kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan di kementerian-kementerian ataupun di dalam hubungan kementerian-kementerian dengan pihak orang ramai, Setiausaha-setiausaha Tetap mestilah menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada

Page 31: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

19Titah 201219

pegawai-pegawai dan kakitangan, iaitu dengan menunjukkan sikap bertatasusila dan sentiasa memberikan pemedulian kepada pegawai-pegawai dan kakitangan, dengan mengamalkan sikap terbuka dan sedia untuk mendengar apa jua masalah, dan menghargai pandangan-pandangan yang dihadapkan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan.

Di samping itu, bagi kementerian-kementerian yang sentiasa dihubungi oleh orang ramai, Setiausaha Tetap mestilah sentiasa mengingatkan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan mereka supaya akan sentiasa bersopan-santun, dan melayan dengan baik setiap orang yang datang berjumpa dengan mereka.

Mereka mestilah berjimat-cermat dalam membelanjakan wang kerajaan dengan mengelakkan sebarang pembaziran dan perbelanjaan yang tidak perlu, Sehubungan dengan ini, mereka mestilah mengaturkan penggunaan sumber-sumber yang sedia ada secara optima, tanpa melibatkan sebarang tambahan kewangan. Ini termasuklah juga di dalam penggunaan tenaga-tenaga kerja yang terdapat di kementerian masing-masing.

Kita ingin mengingatkan kepada Setiausaha-setiausaha Tetap, apabila menghadiri persidangan-persidangan di luar negeri, mereka mestilah menunjukkan sikap penuh tanggungjawab dengan memperlengkapkan diri mereka dengan persediaan-persediaan yang mencukupi. Dengan cara ini, mereka akan dapat menjaga imej baik Negara Brunei Darusaalam dan menjadi contoh kepada pegawai-pegawai bawahan yang menyertai mereka.

Akhirnya, kita juga ingin memberikan peringatan bahawa Setiausaha-setiausaha Tetap boleh ditukar daripada satu kementerian kepada satu kementerian yang lain, seperti juga dengan lantikan Menteri-menteri Kabinet dengan mengikut keperluan dari masa ke semasa. Di samping itu, mereka juga boleh dipindahkan untuk bertugas dalam jawatan-jawatan lain, sama ada di dalam mahupun di luar negeri.

Page 32: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201220 20

Kita berharap apa yang telah dihuraikan di perjumpaan ini, akan menjadi renungan kepada semua yang hadir supaya akan menilai semula prestasi pekerjaan masing-masing dan di mana juga dapat diperbaiki akan segera diambil tindakan untuk mencapai hasil yang lebih memuaskan bagi menuju ke arah pentadbiran yang cemerlang, yang semata-mata dihasratkan untuk kepentingan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negara ini, insya-Allah.

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 33: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

21Titah 201221

Bismillahir Rahmanir Rahim

Tuan Yang Terutama,Para rombongan yang dihormati,Tuan-tuan dan Puan-puan.

Dalam majlis yang bertuah ini, kita sukacita mengalu-alukan kedatangan Tuan-tuan Yang Terutama, para rombongan yang

dihormati dan para undangan ke Negara Brunei Darussalam. Brunei Darussalam begitu gembira menjadi tuan rumah buat pertama kali kepada Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi bagi Kerjasama Tenaga ASEAN ke-7. Kita berharap semoga kedatangan tuan-tuan ke Brunei akan menjadi kenangan dan penglibatan tuan-tuan di hari-hari yang berikutnya akan berhasil, serta melahirkan keputusan yang berfaedah dan bermakna bagi ASEAN secara keseluruhannya.

Cita-cita ASEAN dalam mengekal, mengembang dan memelihara keamanan dan kemantapan rantau ini telah menjadi lambang ASEAN. Cita-cita ini telah menjadi kenyataan. Persefahaman dan kepercayaan bersama di kalangan negara-negara anggota ASEAN telah berkembang dan meresap sepanjang tahun-tahun berlalu yang menjadikan ASEAN sebagai pertubuhan serantau yang teguh, dihormati dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa atas penglibatannya yang positif dan bersepadu.

Dalam mencapai kemantapan dan keamanan di rantau ini, ASEAN telah bertindak secara logik dan betul dalam usaha-usaha mewujudkan pembangunan ekonomi dan kerjasama yang efektif bagi jangka panjang di kalangan negara anggota ASEAN. Pembangunan ekonomi di rantau ini begitu penting bagi memastikan rakyat ASEAN

Titah Di Majlis Perasmian Mesyuarat Ke-7 Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN

Bagi Kerjasama Tenaga, Di Pusat Dakwah Islamiah,Bandar Seri Begawan.

Pada Hari Khamis, 7 April 1988

Page 34: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201222 22

akan sentiasa menikmati taraf hidup yang bersesuaian. Sementara itu, kerjasama ekonomi di kalangan negara anggota ASEAN akan memastikan penyebaran pemasaran yang seimbang di samping pembahagian sumber-sumber dan teknologi yang efektif.

Penglibatan ini dibuktikan dengan kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini di Manila bulan Disember tahun lalu. Sidang kemuncak itu bukan sahaja memperkuat komitmen politik yang kukuh para pemimpin ASEAN dalam memastikan kemantapan dan keamanan rantau ini bahkan telah memperkenalkan rangka kerja yang konkrit dan efektif dalam pembangunan ekonomi dan kerjasama termasuklah kerjasama energi. Sidang kemuncak itu juga memberikan peluang-peluang kerjasama dalam bidang-bidang lain seperti pengawalan persekitaran dan pengedaran dadah di samping pertukaran belia dan kebudayaan, Deklarasi Manila 1987 yang memasukkan kerjasama energi menunjukkan kepentingan energi kepada ekonomi ASEAN khasnya, dan dunia pada keseluruhannya.

Tuan-tuan Yang Terutama, para rombongan yang dihormati,

Meskipun pada keseluruhannya ASEAN mempunyai jumlah yang mencukupi bagi sumber-sumber energi sama ada yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui, kejadian baru-baru ini seperti kejatuhan mengejut harga minyak telah memberikan pengajaran yang berguna, salah satu ialah sumber-sumber energi perlu diuruskan dengan efisien dan efektif dengan penggunaannya secara optima. Antara aspek penting yang perlu diambil perhatian dan pengurusan energi ialah pemeliharaan, eksploitasi, pengurangan pembaziran, latihan, peningkatan teknologi serta pertukaran maklumat.

Oleh kerana skop pengurusan energi itu luas, bukan sahaja memerlukan kewangan tetapi juga input teknikal dan manusia, jadi ASEAN harus berusaha dan bekerjasama dalam bidang ini. Pembaziran tidak perlu, sumber-sumber energi wajar dikurangkan, dan pendekatan yang seimbang mestilah dicari bagi menggunakan lebihan energi di kalangan negara anggota ASEAN.

Page 35: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

23Titah 201223

Kita juga mengetahui bahawa teknologi bagi eksploitasi dan eksplorasi konvensyenal dan non-konvensyenal sumber-sumber energi bertukar begitu cepat. Bagi memanfaatkan pertukaran teknologi ini dan perlu memperolehi kemahiran dan kepakaran yang dimaksudkan.

Kerana itu, ASEAN mestilah memberi keutamaan kepada latihan bukan sahaja untuk mewujudkan pekerja-pekerja mahir malahan bagi melahirkan para saintis dan teknologi yang mencukupi dalam kegiatan yang berhubung dengan energi. Jika ini dapat dicapai, ASEAN akan berada dalam keadaan yang baik untuk melakukan banyak penyelidikan bersama dan kegiatan kemajuan dalam ASEAN.

Sebagai negara pengeluar minyak, krisis minyak baru-baru ini tidak menghematkan kepada Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun, kesan krisis energi boleh dikurangkan oleh Brunei dengan adanya pengurusan energi yang efisien dan sempurna. Program-program pembangunan kami tidak terhalang meskipun harga minyak jatuh di awal tahun-tahun 1980. Kemudahan-kemudahan asas terus diberikan kepada rakyat seperti jalan raya, pembekalan air dan letrik.

Sekarang ini, lebih daripada 95 peratus rakyat kami telah menerima bekalan elektrik, dan program-program telah dirancang untuk memberi kemudahan seperti itu kepada penduduk-penduduk yang lain. Dalam janakuasa pula, baru-baru ini di Lumut telah ditempatkan kompleks janakuasa yang efisien berjumlah berjuta-juta dollar.

Dengan adanya dasar pengurusan energi yang sempurna, Brunei Darussalam telah dapat memberi pembekalan elektrik kepada rakyat dan industri dengan kadar bayaran yang berpatutan, dan dalam waktu yang sama memperolehi pendapatan yang mencukupi kepada negara, di samping dapat memelihara pembekalan hidrokarbon untuk generasi akan datang.

Tuan-tuan Yang Terutama dan para rombongan yang dihormati,

Page 36: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201224 24

Berhubung dengan kerjasama energi dalam ASEAN, kita merasa senang bahawa kemajuan telah pun dicapai dalam bidang-bidang seperti Teknologi Arang Batu, Kemudahan-kemudahan Tenaga di samping sumber-sumber tenaga yang baru dan boleh diperbaharui.

Penandatanganan Persetujuan Keselamatan Petroleum ASEAN dan kerjasama Energi ASEAN adalah petanda kerjasama kelangan negara anggota ASEAN dengan semangat jujur dan kukuh. Manakala itu, penubuhan Pusat Penyelidikan dan Latihan Pengurusan Energi ASEAN-EC akan dapat membantu melahirkan pekerja-pekerja mahir di sampig para saintis dan teknologi yang terlatih dalam bidang energi bagi ASEAN.

Walau bagaimanapun, keadaan energi yang belum selesai melanda dunia ini memerlukan perhatian yang khusus. Usaha-usaha penyelarasan di kalangan negara anggota ASEAN harus dicari untuk mengatasi, atau setidak-tidaknya mengurangkan kesannya atas pembangunan ekonomi kita. Jadi persidangan tuan-tuan di Brunei Darussalam adalah bertepatan, dan akan memberi peluang seperlunya bagi Tuan-tuan Yang Terutama dalam membicarakan cara-cara pendekatan kerjasama energi yang meliputi jangka pendek, sederhana dan jangka panjang keperluan energi bagi keseluuruhan ASEAN.

Tanggungjawab di hadapan bukanlah mudah, tetapi atas dedikasi kemampuan tuan-tuan, kita yakin bahawa Tuan-tuan Yang Terutama akan menyempurnakan tanggungjawab ini dengan jayanya. Untuk itu, kita berharap tuan-tuan beroleh kejayaan dalam perbincangan sepanjang dua hari ini.

Dengan kalimat “Bismillahir Rahmanir Rahim”, Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi bagi kerjasama Tenaga ASEAN kali ke-7 ini dengan rasminya dibuka.

Page 37: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

25Titah 201225

ALLAHU Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu

Alaihi Wasallam, serta kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin-Nya jua, kita telah dapat meyempurnakan ibadat puasa di sepanjang bulan Ramadan yang baharu saja berlalu. Semoga amalan berpuasa itu akan dapat mempertingkatkan keimanan dan menambahkan lagi ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala. Marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan amal ibadat yang kita kerjakan di bulan yang mulia itu, akan diterima dan diberkati oleh Allah Subhanahu Wataala.

Kita berharap semoga pengajaran dan hikmat yang kita perolehi dari amalan berpuasa itu, akan terus dapat kita amalkan, khususnya dalam melatih diri kita untuk hidup secara berdisiplin dan sentiasa bersikap amanah semata-mata kerana Allah jua. Kehidupan yang berdisiplin dengan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dan sentiasa bersikap jujur serta amanah dalam melakukan segala pekerjaan, adalah sikap yang perlu dimiliki oleh setiap individu, baik di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta. Dengan mempunyai sikap-sikap ini, insya-Allah akan dapat melahirkan tenaga pekerja yang bertanggungjawab, berdedikasi dan amanah.

Adalah juga diharapkan daripada ibadat puasa yang kita lakukan itu, akan menimbulkan rasa keinsafan dan kesedaran kepada seluruh umat Islam di negara ini betapa mustahaknya mewujudkan dan mengekalkan hubungan silaturahim, semangat bekerjasama dan tolong-menolong di antara satu dengan yang lain. Ciri-ciri seumpama

Titah Sempena Menyambut Hari Raya AidilfitriYang Disiarkan Melalui Radio Televisyen Brunei

Pada 17 Mei, 1988

Page 38: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201226 26

ini adalah penting ditanamkan di jiwa seluruh rakyat dan penduduk di negara ini, khasnya dalam usaha untuk melahirkan anggota masyarakat yang hidup dengan penuh harmoni dan bersatu-padu. Insya-Allah, ianya juga akan dapat terus memelihara suasana aman dan sejahtera yang sedang kita nikmati pada masa ini.

Bersempena hari raya yang mulia ini, kita bersama-sama dengan

keluarga dengan sukacita mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada semua rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang beragama Islam. Marilah kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, mudah-mudahan Negara Brunei Darussalam serta segala isi di dalamnya akan sentiasa terpelihara dan terus menikmati suasana aman tenteram lagi bahagia.

Dengan ikhlas, kita sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya.

Page 39: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

27Titah 201227

Titah Di Majlis Istiadat Pergurniaan Panji-PanjiPasukan Baru Bagi Batalion Pertama

Dan Batalion Kedua ABDBDi Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien

pada 31 Mei 1988

Bismillahir Rahmanir Rahim

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu

Alaihi Wasallam, kaum kerabat Baginda, sahabat-sahabat dan para pengikut Baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berhimpun beramai-ramai di pagi ini, bersempena menyambut Hari Ulangtahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang ke-27, dan juga Istiadat Pengurniaan Panji-Panji Baharu, iaitu Panji-Panji Pasukan untuk Batalion Pertama dan Batalion Kedua sebagai tambahan kepada panji-panji yang ada sekarang.

Dengan pengurniaan panji-panji baharu ini, kita harap agar ianya akan menjadi pendorong ketabahan hati dan taat setia seluruh anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada menjunjung tanggungjawab serta mendukung semangat ingin berbakti kepada negara dan bangsa demi untuk mempertahankan kedaulatan Negara Brunei Darussalam yang tercinta ini.

Di istiadat yang bersejarah pada pagi ini kita ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di atas sikap bertanggungjawab, berdisiplin, jujur dan amanah pada memikul tanggungjawab bagi mempertahankan kedaulatan negara. Dengan sikap kepimpinan yang tinggi dan berkat kerjasama, perpaduan dan persefahaman semua anggota pasukan ini, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah pun dapat melangkah ke peringkat dewasa, berkembang dari sebuah pasukan batalion infantri

Page 40: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201228 28

menjadi sebuah pasukan pertahanan yang lengkap dengan alat-alat moden mengandungi angkatan tentera darat, laut dan udara. Dengan kedudukan ini Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga telah berkeupayaan untuk menandingi pasukan-pasukan tentera di rantau ini, baik di segi kemahiran dan taraf profesional anggota-anggotanya mahupun di segi kelengkapannya.

Dalam usaha untuk meningkatkan Angkatan Bersenjata Diraja

Brunei sebagai sebuah pasukan yang cekap, kita telah terus mempereratkan hubungan dengan pasukan-pasukan tentera di rantau ini sama ada menerusi pertukaran lawatan mahupun latihan bersama dalam mana usaha seumpama ini, insya-Allah, akan kita kekalkan. Demikian juga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan meneruskan hubungan kerjasama dengan Tentera British dan pasukan-pasukan tentera dari negara-negara sahabat, baik yang dekat mahupun yang jauh. Pada penghujung bulan Ogos dan awal bulan September tahun ini, satu latihan bersama dengan Tentera British akan diadakan di negara ini yang bertujuan untuk meningkatkan hubungan kerjasama di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei untuk memperluaskan lagi pengalaman serta kecekapan mereka.

Satu lagi perkembangan yang membanggakan ialah bertambahnya

bilangan anak-anak tempatan yang telah menunjukkan kebolehan mereka dan berkemampuan pula untuk memegang jawatan-jawatan tinggi di segenap bidang Angkatan Bersenjata Diraja Brunei termasuklah bidang teknikal. Kita berharap semoga perkembangan ini akan menjadi pendorong kepada pegawai dan anggota-anggota pasukan ini untuk mempertingkatkan prestasi masing-masing. Kita juga merasa gembira dengan sambutan yang telah diberikan oleh rakyat di negara ini, khususnya bekas anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dan berharap semua pihak akan terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada penubuhan pasukan ini.

Oleh kerana tanggungjawab mempertahankan negara ini adalah tanggungjawab rakyat di negara ini, maka kita ingin

Page 41: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

29Titah 201229

menyeru kepada penuntut-penuntut dan generasi muda untuk memperlengkapkan diri dengan pengetahuan di bidang teknologi, kerana tenaga generasi muda adalah diperlukan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei khususnya dengan adanya rancangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei untuk memperlengkapkan lagi pasukan ini dengan alat-alat baru yang sofistikated termasuk kapal terbang peronda serta jet pejuang dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang.

Pada kesempatan ini, kita ingin mengingatkan seluruh anggota

Angkatan Bersenjata Diraja Brunei supaya akan melihat dan menilai kembali prestasi dan kejayaan-kejayaan yang telah pun dicapai di tahun-tahun kebelakangan, dan seterusnya akan sentiasa berusaha untuk memperbaikinya dengan mempertingkatkan lagi daya usaha masing-masing. Adalah penting bagi semua peringkat dalam pasukan ini mengamalkan dan menjaga disiplin ketenteraan yang tinggi di dalam diri masing-masing kerana tanpa disiplin, pasukan tentera akan mudah ditumpaskan oleh musuh.

Pada mengakhiri ucapan kita dengan ikhlas sukacita mengurniakan

Panji-Panji Pasukan yang baharu ini, dan berharap semoga pasukan ini akan memeliharanya dengan semangat perwira yang gagah perkasa dan terpuji. Kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan sentiasa melindungi semua ahli-ahli Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di dalam menjalankan tugas mulia pada mempertahankan negara yang tercinta ini.

Page 42: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201230 30

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu

Alaihi Wasallam serta kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan rahmat dan izin-Nya jua, membolehkan kita sekali lagi hadir beramai-ramai di istiadat yang permai di pagi hari Jumaat yang berkat dan mulia ini. Beta dengan tulus ikhlas ingin mengucapkan terima kasih dan sukacita mencatatkan penghargaan kepada semua dif-dif yang hadir dan semua pihak yang berkenaan yang telah menghantar utusan-utusan ucap selamat sempena perayaan ini. Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan balasan yang seimbang di atas ingatan baik dari semua pihak yang berkenaan itu.

Dalam tempoh setahun yang lalu dengan izin Allah Subhanahu Wataala jua kita telah dapat menikmati suasana aman dan tenteram yang telah membolehkan kita melaksanakan dan meneruskan lagi berbagai usaha dan rancangan bagi kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini. Semoga suasana ini akan terus dikekalkan pada membolehkan usaha-usaha berkebajikan akan terus dapat kita pergiatkan dan laksanakan.

Tahap kemajuan yang telah kita capai di berbagai bidang itu adalah juga bergantung rapat kepada keberkesanan sistem pentadbiran dan pengurusan termasuklah juga kualiti kakitangannya. Menyedari

Titah Di Majlis Istiadat Mengadap Dan Mengurniakan

Bintang-Bintang Kebesaran Sempena Ulangtahun Keputeraan Yang Ke-42 Tahun Di Balai Singgahsana, Istana Nurul Iman

Pada 15 Julai 1988

Page 43: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

31Titah 201231

akan hakikat ini maka kerajaan beta dalam meneruskan usaha untuk mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap, berkesan, bersih lagi amanah telah mengenalkan sistem penilaian prestasi kakitangan dalam perkhidmatan awam iaitu sebagai satu kaedah untuk menilai kerja, keupayaan serta kebolehan seseorang kakitangan mengikut tugas dan tanggungjawab masing-masing, yang mana sistem penilaian ini telah pun dilancarkan perlaksanaannya secara berperingkat-peringkat. Beta berharap semua peringkat kakitangan yang akan terlibat dalam perlaksanaan sistem penilaian prestasi ini akan dapat melaksanakannya dengan jujur dan amanah, serta teratur menurut lunas-lunas dan garis pandu yang disediakan. Penilaian-penilaian itu hendaknyalah jangan dipengaruhi oleh perasan negatif seperti pilih kasih, atau membalas dendam kepada kakitangan yang dinilai. Sementara itu hendaklah juga difahami oleh setiap kakitangan kerajaan bahawa penilaian prestasi tidak bermakna kenaikan pangkat yang cepat akan diberikan kepada mereka, tetapi bertujuan bagi memastikan kerja-kerja yang dibuat itu adalah menepati ‘Job Specification’ jawatan yang disandang. Dalam pada itu sebarang sokongan kenaikan pangkat kepada pegawai-pegawai yang sudah sampai masanya untuk dinaikkan pangkat akan dipertimbangkan mengikut penilaian pretasi mereka disamping faktor-faktor yang lain. Insya-Allah, berbagai kaedah pentadbiran dan pengurusan yang lain juga akan diperkenalkan di masa akan datang mengikut kehendak semasa.

Beta ingin mengingatkan di sini iaitu bagi memastikan jentera pentadbiran kerajaan supaya sentiasa berjalan dengan lancar dan teratur adalah penting bagi semua kementerian dan juga jabatan-jabatan di dalamnya akan sentiasa bekerja erat dan rapat di antara satu dengan yang lain, dan saling faham-memahami akan peranan dan tugas masing-masing.

Di dalam hal ini, tidak ada satu kementerian atau jabatan yang seharusnya beranggapan bahawa ianya adalah lebih penting dan utama daripada kementerian atau jabatan-jabatan yang lain, akan tetapi mereka adalah sama penting antara satu dengan yang lain, dan sama-sama memainkan peranan masing-masing mengikut

Page 44: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201232 32

tanggungjawab dan fungsi yang diamanahkan. Begitu juga halnya dengan pegawai-pegawai kerajaan tidak ada yang dianggap yang lebih penting dari yang lain, kerana semuanya adalah diharapkan untuk menghulurkan khidmat kepada negara dan orang ramai dengan penuh amanah dan kejujuran mengikut peranan dan tanggungjawab yang diberikan.

Di peringkat perhubungan antarabangsa, dalam masa yang begitu singkat Negara Brunei Darussalam telah setapak demi setapak membuat kemajuan dan memainkan peranannya mengikut keupayaan dan kepentingan negara. Beta telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel di Vancouver, Kanada, di mana ketua-ketua kerajaan ini telah memberi peluang kepada Negara Brunei Darussalam untuk mengeratkan lagi hubungan kita dengan negara-negara dekat dan jauh yang ingin berbaik-baik dengan negara kita. Sementara itu, Sidang Ketua-ketua Kerajaan ASEAN yang ketiga di Manila telah dapat membuktikan komitmen setiakawan yang tinggi dan mencerminkan perpaduan, kekukuhan serta keazaman setiap anggota ASEAN untuk melihat rantau ini sebagai kawasan yang aman, makmur dan stabil.

Mengenai penyertaan kita di dalam ASEAN, Negara Brunei Darussalam akan terus aktif memainkan peranannya sesuai dengan keupayaan dan kemampuan kita dengan memberikan perhatian yang mendalam terhadap kepentingan-kepentingan ASEAN khususnya dengan adanya Negara Brunei Daussalam sekarang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap ASEAN.

Menyentuh isu-isu antarabangsa yang lain, Negara Brunei Darussalam menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Persidangan Islam telah dengan lantang mengetengahkan sokongan ke arah usaha-usaha penyelesaian masalah Kampuchea dan Afghanistan serta menyokong perjuangan dan hak rakyat Palestin.

Sejajar dengan hasrat kita untuk mengeratkan hubungan dengan negara-negara sahabat, Negara Brunei Darussalam telah dapat memperluaskan lagi penubuhan pejabat perwakilan Negara

Page 45: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

33Titah 201233

Brunei Darussalam di negara-negara sahabat seperti di Arab Saudi, Australia dan di Switzerland. Penubuhan perwakilan-perwakilan baru di negara sahabat yang lain akan sentiasa dipertimbangkan oleh kerajaan tertakluk juga kepada keupayaan, kemampuan serta kepentingan Negara Brunei Darussalam.

Kejatuhan harga minyak di pasaran dunia sebagaimana yang telah beta nyatakan dulu secara langsung telah mengurangkan hasil pendapatan negara. Sungguhpun demikian dengan izin Allah jua dalam jangka masa lima tahun kebelakangan ini pendapatan dan keuntungan dari pelaburan negara yang diuruskan oleh Agensi Pelaburan Brunei (BIA) telah berlipat ganda. Keuntungan daripada pelaburan tersebut telah dapat menampung peruntukan-peruntukan kewangan bagi projek-projek pembangunan negara. Walau bagaimanapun pelaburan negara ini adalah dikhaskan sebagai simpanan untuk generasi yang akan datang (Future Generation Funds), bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negara yang berterusan. Menyedari akan hakikat ini kerajaan sejak beberapa tahun yang lalu telah menekankan pentingnya mengatur dan mengawal perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan dengan rapi, bukan sahaja untuk mengelakkan pembaziran tetapi juga bagi menjamin perlaksanaan sesuatu projek itu akan mendatangkan manfaat kepada rakyat negara ini.

Berkaitan dengan ini, beta ingin mengingatkan semua ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam mentadbirkan perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan supaya akan terus mengamalkan sikap berjimat-cermat dan lebih berhati-hati serta sentiasa menunjukkan sikap berdisiplin dalam perbelanjaan semasa merancang dan melaksanakan sesuatu projek kemajuan. Mengenai dengan kemajuan-kemajuan ekonomi dan sosial pula adalah mustahak bagi pegawai-pegawai mengelakkan kerja atau rancangan yang bertindih-tindih (atau berduplikasi) yang tidak sahaja akan melibatkan pembaziran kewangan tetapi juga pembaziran tenaga manusia dan sumber-sumber lainnya, malah

Page 46: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201234 34

akan merugikan kewangan negara serta mengurangkan kewangan negara daripada dilabur serta produktif untuk kepentingan masa depan generasi kita.

Dalam usaha untuk mempelbagaikan pertumbuhan ekonomi negara, khususnya ke arah pertumbuhan industri kerajaan telah pun berjaya mengenalpasti 25 buah kawasan perindustrian di seluruh negara dan meluluskan beberapa projek perindustrian. Pencapaian perindustrian di negara ini adalah penting bagi pihak kerajaan dan swasta menumpukan perhatian untuk mengenalpasti bidang industri yang boleh diungkayahkan di negara ini. Perlaksanaan perindustrian di Negara Brunei Darussalam mestilah dibuat dengan segera bagi memastikan kita tidak jauh ketinggalan oleh negara-negara lain. Alasan bahawa pasaran Negara Brunei Darussalam terlalu kecil, dan tenaga kerja yang sedikit seharusnya tidak lagi dijadikan alasan dalam kelambatan proses perindustrian di negara ini. Begitu juga langkah-langkah positif sedang diusahakan bagi menggunakan secara optima, sumber-sumber dan potensi perikanan dan perhutanan. Semua bidang ini diharap akan dapat berkembang bukan sahaja pada membantu perkembangan ekonomi negara tetapi juga memberikan peluang-peluang mata pencarian kepada rakyat di negara ini.

Mengenai dengan projek-projek infrastruktur, beta gembira pada mengetahui bahawa hampir semua projek yang menghendaki tapak telah dikenalpasti, manakala rancangan yang melibatkan kemudahan-kemudahan awam seperti meninggikan taraf jalan raya dan bekalan air yang mencukupi sedang giat dilaksanakan.

Di bidang pelajaran, kerajaan sedang berusaha untuk memperbaiki lagi perkhidmatan pelajaran di negara ini dengan memperkesankan lagi asas-asas pelajaran khususnya di peringkat sekolah rendah. Sementara di peringkat menengah, perhatian yang berat diberikan bagi mempelbagaikan jenis-jenis mata pelajaran yang menumpukan ke arah vokasional dan teknikal semata-mata untuk memberikan peluang yang cukup sejajar dengan minat dan kebolehan penuntut yang berbeza-beza. Di samping usaha-usaha ke arah memperkukuhkan lagi penguasaan mata-mata pelajaran Bahasa Inggeris, Ilmu Hisab dan

Page 47: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

35Titah 201235

Sains sedang giat dilaksanakan. Penekanan yang dibuat terhadap Bahasa Inggeris itu adalah semata-mata memberikan penuntut-penuntut peluang yang seluas-luasnya untuk mengikuti berbagai bidang pengajian termasuk sains dan teknologi yang kebanyakannya disalurkan melalui Bahasa Inggeris. Adalah juga diharapkan supaya galakan akan terus diberikan kepada penuntut-penuntut di negara ini untuk mempelajari bahasa-bahasa antarabangsa yang lain.

Dalam pada itu, beta ingin mengingatkan supaya usaha ke arah mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara tidak akan diabaikan. Adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat dan penduduk di negara ini mengamalkan Bahasa Melayu terutama dalam urusan-urusan rasmi menurut peraturan yang ditetapkan termasuklah juga meningkatkan penggunaan tulisan Jawi.

Di bidang perhubungan pula, kerajaan sedang berusaha untuk mempertingkatkan lagi komunikasi di peringkat negara dan antarabangsa. Kita telah pun mendapat kerjasama di peringkat serantau dan antarbangsa di bidang pengangkutan yang membolehkan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei memperluaskan lagi perkhidmatannya, manakala hubungan talian antarabangsa melalui kabel dasar laut ke Republik Singapura dan Republik Filipina, sebagai alternatif pada sistem satelit sedang diusahakan. Sementara itu, bagi keperluan dalam negeri, pemasangan sistem ibu sawat yang baru sedang dilaksanakan yang diharap apabila projek ini sempurna nanti, insya-Allah, akan dapat memenuhi keperluan telefon untuk orang ramai.

Di bidang agama kerajaan akan terus mengungkayahkan dari masa ke semasa usaha-usaha bagi maksud menjunjung kesucian agama Islam dan mengimbangi perkembangan dan kemajuan di bidang kebendaan. Selain dari berusaha untuk memperkembangkan pengajaran agama Islam, kerajaan juga sedang mengimbangkan pemikiran ke arah memanfaatkan harta benda yang terkumpul dalam Baitulmal untuk faedah yang berkebajikan sebagaimana yang dikehendaki oleh agama Islam. Beta mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan bahawa amalan beragama di negara ini

Page 48: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201236 36

adalah mengikut lunas-lunas kesederhanaan. Oleh yang demikian rakyat dan penduduk di negara ini hendaklah sentiasa berhati-hati dalam menerima ajaran-ajaran agama Islam yang dibawa masuk ke negara ini oleh pendatang-pendatang luar iaitu jangan sampai ia nya terkeluar daripada kesederhanaan yang diamalkan dan membawa mereka ke arah jalan extrimism yang mana akan memporak-perandakan kestabilan politik dan keharmonian sosial yang terdapat di negara ini.

Pertahanan negara adalah juga merupakan satu aspek yang sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan, bagi memastikan keselamatan Negara Brunei Darussalam akan sentiasa terjamin daripada sebarang ancaman musuh negara, satu rancangan untuk memodenkan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah pun dirancangkan. Di samping itu, bagi memastikan bahawa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mempunyai kecekapan dan pengalaman-pengalaman yang baru dalam taktik-taktik ketenteraan, latihan-latihan akan diadakan dengan pasukan-pasukan tentera negara-negara sahabat.

Sebagai benteng untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan bangsa dan negara serta agama adalah menjadi hasrat beta dan negara untuk mempunyai sebuah angkatan bersenjata yang benar-benar cekap dan berwibawa. Pegawai-pegawai atasan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei hendaklah sentiasa mnenunjukkan dedikasi dan tanggungjawab terhadap tugas dan kewajipan yang diamanahkan kepada mereka dan hendaklah memberikan contoh teladan yang baik kepada pegawai-pegawai bawahan mereka dan juga kepada seluruh anggota angkatan bersenjata baik dari segi disiplin mahu pun juga dari segi pembawaan dan tingkah laku mereka. Oleh kerana jika pagawai-pegawai atasan kurang berdisiplin, dan jika mereka mengabaikan tugas dan kewajipan mereka, maka keadaan sedemikian itu akan menjejaskan disiplin di peringkat bawahan dan akhirnya akan melemahkan kekuatan angkatan bersenjata kita. Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah pun diberikan berjenis-jenis alat kelengkapan yang moden, dan yang begitu mahal harganya. Oleh yang demikian adalah menjadi kewajipan pegawai-pegawai atasan

Page 49: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

37Titah 201237

supaya memastikan bahawa alat-alat kelengkapan itu sentiasa dipelihara dan dalam keadaan yang baik dan dapat digunakan dengan sepenuhnya pada setiap masa.

Mengenai dengan peningkatan disiplin ini, beta juga ingin mengingatkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei untuk sentiasa memberikan perhatian yang sama, kerana dengan terdapatnya mutu disiplin yang tinggi dalam Pasukan Polis Diraja Brunei akan menjadikannya sebagai sebuah pasukan mengawal ketenteraman awam yang berkesan dan dihormati oleh orang ramai.

Rancangan-rancangan kemajuan yang beta nyatakan tadi telah dengan izin Allah dapat kita capai dengan berkat kerjasama yang erat dari seluruh rakyat dan penduduk di negara ini dengan kerajaan yang wujud dalam suasana persefahaman, perpaduan dan hormat-menghormati. Beta berharap seluruh rakyat dan penduduk di negara ini akan terus mengekalkan suasana dan hubungan yang erat dan seterusnya akan tetap mematuhi dan menghormati setiap peraturan dan undang-undang negara. Dalam usaha memupuk kerjasama ini maka orang ramai termasuklah juga persatuan belia dan badan-badan sukarela hendaklah pula mengambil inisiatif pada membimbing masyarakat setempat mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang negara serta membendung kegiatan-kegiatan antisosial, jenayah dan kegiatan-kegiatan yang tidak diingini yang menyalahi peraturan.

Kerajaan adalah sentiasa memberikan perhatian yang berat terhadap ketenteraman rakyat dan penduduk di negara ini dalam menjaga kepentingan dan keselamatan awam, undang-undang negara tidak akan bertolak ansur dalam perlaksanaannya terutama sekali kepada penjenayah-penjenayah.

Memandangkan meningkatnya kes-kes jenayah yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tempatan dan asing, adalah sudah sampai waktunya bagi hukuman sebat dan rotan secara mandatori dikenakan kepada penjenayah-penjenayah di negara ini. Ke arah ini kerajaan melalui Kementerian Undang-Undang telah pun

Page 50: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201238 38

mengambil langkah-langkah awal bagi perlaksanaannya. Di samping itu, bagi memastikan Negara Brunei Darussalam bebas daripada jenayah, pihak polis dan orang ramai mestilah sentiasa bekerjasama membenteras perbuatan jenayah di negara ini dan usaha-usaha ke arah ini mestilah dipertingkatkan. Kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan pula, beta ingin mengulangi supaya akan sentiasa memberikan pemedulian kepada masalah atau sungutan-sungutan orang ramai dan mengamalkan sikap bersopan santun dan memberikan layanan yang baik kepada aduan-aduan atau masalah-masalah itu. Adalah juga mustahak bagi ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan kerajaan untuk memberikan maklumat yang difikirkan berfaedah untuk diketahui oleh orang ramai mengenai sebarang usaha-usaha kerajaan yang melibatkan kepentingan rakyat dan penduduk di negara ini bagi menghindarkan mereka dari terdedah dari dakyah-dakyah palsu yang datang dari orang-orang yang tidak bertanggunjawab.

Bagi mengakhiri ucapan ini, beta dengan ikhlas ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan kerajaan di atas perkhidmatan cemerlang yang diberikan dan berharap semoga akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan mereka di masa-masa yang akan datang.

Kepada semua pegawai dan kakitangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei dan seluruh rakyat serta penduduk negara ini beta juga ingin mencatatkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama mereka dalam mempertahankan keselamatan, memelihara keamanan dan ketenteraman negara. Beta seterusnya ingin menyatakan penghargaan kepada jawatankuasa-jawatankuasa perayaan di peringkat kebangsaan dan daerah di atas penat-lelah mereka dalam menyusun dan melaksanakan rancangan-rancangan perayaan. Semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan ganjaran yang setimpal pada mereka.

Page 51: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

39Titah 201239

Titah Di Majlis Istiadat Mengadap Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Yang Ke-42 Tahun

Bagi Daerah TemburongPada 18 Julai 1988

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu

Alaihi Wasallam, serta kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas segala limpah rahmat-Nya jua yang mengizinkan kita hadir beramai-ramai di istiadat yang permai ini.

Dengan ikhlas beta ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini yang telah berpenat-lelah menyusun berbagai acara sambutan perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan beta di daerah ini, beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan ganjaran yang setimpal kepada mereka semua.

Sebagaimana beta tegaskan baru-baru ini, adalah mustahak untuk rakyat dan penduduk di negara ini amnya, dan di daerah ini khasnya, untuk terus memelihara dan mengekalkan keamanan dan ketenteraman yang sedang kita nikmati, yang mana telah membolehkan kerajaan melaksanakan projek-projek kemajuan negara dan rancangan-rancangan yang berkebajikan bagi rakyat dan penduduk di daerah ini. Begitu juga adalah penting untuk kita berwaspada pada mengambil perhatian berat terhadap pendatang-pendatang haram dan anasir-anasir yang ingin menyebarkan dakyah-dakyah palsu yang tidak bertanggungjawab bagi menggugat keamanan dan ketenteraman negara.

Page 52: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201240 40

Dengan wujudnya suasana harmoni dan kestabilan ekonomi, sosial dan politik di negara ini, kerajaan menerusi Rancangan Kemajuan Negara, telah dapat melaksanakan berbagai projek yang bermanfaat bagi daerah ini. Rancangan Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Temburong telah pun selesai pembinaannya dan diharap akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang bertugas di daerah ini. Sementara itu, rancangan pembekalan air dari setengah juta kepada satu perpuluhan dua juta gelen sehari, sedang dilaksanakan. Beta juga gembira pada mengetahui bahawa pembinaan 28 buah rumah bagi fasa satu, dan kerja-kerja tanah serta infrastruktur bagi fasa dua, Rancangan Perumahan Negara Kampong Rataie, sedang dijalankan. Beta berharap dengan terlaksananya rancangan-rancangan ini nanti akan dapat meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan penduduk di daerah ini.

Bagi mengakhiri ucapan beta ini, beta ingin menyeru seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini, supaya akan terus memupuk semangat tolong-menolong, hormat-menghormati dan faham-memahami di antara satu dengan yang lain dan sentiasa memberikan kerjasama yang erat kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan di daerah ini, khususnya dalam memelihara keamanan dan ketenteraman di daerah ini.

Page 53: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

41Titah 201241

Titah Di Majlis Istiadat Mengadap Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Yang Ke-42 Tahun

Bagi Daerah TutongPada 20 Julai 1988

Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi

Wasallam, serta kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas izin dan rahmat-Nya jua, kita dapat hadir beramai-ramai sekali lagi di istiadat yang indah permai pada pagi ini.

Dengan perasaan tulus ikhlas, beta sukacita mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berkenaan di daerah ini yang telah menyumbangkan buah fikiran dan tenaga bagi menyusun rancangan-rancangan sempena perayaan Hari Keputeraan beta yang ke-42 bagi daerah ini. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala akan memberikan ganjaran yang setimpal kepada mereka itu.

Di majlis yang berbahagia ini, beta juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakyat dan penduduk di daerah ini, di atas kerjasama yang mereka berikan kepada kerajaan, khususnya dalam usaha untuk memelihara keamanan dan ketenteraman di daerah ini. Dengan wujudnya suasana keamanan dan ketenteraman ini, telah membolehkan pula, dengan izin Allah, kerajaan beta melaksanakan berbagai rancangan kemajuan bagi faedah rakyat dan penduduk di daerah ini, yang mana termasuklah Rancangan Perumahan Negara di Bukit Beruang yang sedang giat dilaksanakan. Dalam hubungan ini, beta ingin menegaskan bahawa di dalam melaksanakan sesuatu

Page 54: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201242 42

rancangan kemajuan itu, ianya adalah dinilai dan dilaksanakan menurut keutamaannya dengan tidak membezakan antara satu kawasan atau daerah dengan kawasan atau daerah yang lain.

Kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan di daerah ini, beta ingin mengulangi saranan beta baru-baru ini, iaitu supaya semua pegawai dan kakitangan kerajaan untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan masing-masing dan sentiasa memelihara hubungan baik dengan orang ramai, khususnya bagi jabatan-jabatan yang selalu dihubungi oleh orang ramai. Dalam pada itu, beta sekali lagi menegaskan akan perlunya bagi pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan untuk mengekalkan disiplin serta etika kerja yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Kerana disiplin bukan sahaja diperlukan di kalangan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei, tetapi juga bagi seluruh pegawai dan kakitangan kerajaan dalam setiap jabatan termasuk disiplin pada mematuhi peraturan-peraturan bekerja dan peraturan-peraturan kerajaan pada amnya.

Bagi mengakhiri ucapan beta ini, marilah kita sama-sama berazam untuk terus memelihara suasana keamanan dan ketenteraman yang sedang kita nikmati ini bagi membolehkan kita melaksanakan usaha-usaha berkebajikan bagi rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam yang tercinta ini.

Page 55: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

43Titah 201243

Titah Di Majlis Istiadat Mengadap Sempena Menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Yang Ke-42 Tahun

Bagi Daerah BelaitPada 26 Julai 1988

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu

Alaihi Wasallam, serta kerabat, sahabat-sahabat dan para pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul beramai-ramai pada pagi yang permai ini. Dengan perasaan tulus ikhlas, beta mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang berkenaan di daerah ini, di atas sumbangan buah fikiran dan tenaga bagi menyusun dan menjayakan beraneka jenis upacara untuk menjayakan perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan beta yang ke-42. Semoga Allah Subhanahu Wataala akan memberikan ganjaran yang setimpal atas sumbangan yang berkebajikan itu.

Dalam tempoh setahun yang lalu, rakyat dan penduduk di daerah ini telah dapat menyaksikan berbagai rancangan kemajuan di derah ini, yang mana telah pun dapat dilaksanakan menurut keutamaannya. Salah satu rancangan yang telah dan sedang giat dijalankan di daerah ini ialah Projek Pembekalan Air iaitu pembekalan air Kuala Belait, Sungai Liang dan Sungai Teraban yang kesemuanya menelan perbelanjaan sebanyak 51 juta ringgit.

Adalah diharapkan pembekalan air ini tidak sahaja akan menampung keperluan penduduk di daerah ini, tetapi juga akan dapat menjamin tahap kesihatan rakyat dan penduduk daerah ini sebagai sebuah daerah yang kaya dengan sumber alamnya, kerajaan beta akan mengambil langkah-langkah positif bagi meningkatkan

Page 56: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201244 44

perindustrian perkayuan dan pembukaan ladang hutan dengan lebih sempurna dan berkesan, iaitu sebagai salah satu usaha kerajaan bagi mempelbagaikan ekonomi negara. Demikian juga usaha-usaha lain di bidang perindustrian akan terus diteliti oleh kerajaan beta bagi menjamin kemantapan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat di negara ini.

Berkaitan dengan usaha-usaha ini, adalah mustahak bagi semua pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta di daerah ini, untuk mengamalkan disiplin dan etika kerja yang tinggi dan lebih berdedikasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan jujur dan amanah. Begitu juga adalah penting untuk generasi pada masa ini, khususnya penuntut-penuntut, supaya akan menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya bagi meninggikan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang-bidang yang diperlukan, baik di dalam negeri mahupun di luar negeri. Beta ingin menegaskan bahawa generasi pada masa ini memikul tanggungjawab bagi memelihara dan menjamin keamanan dan ketenteraman negara yang berterusan serta kedudukan taraf hidup yang sedang kita nikmati pada masa ini. Keadaan ini hanya akan terjamin jika Negara Brunei Darussalam dapat melahirkan tenaga manusia yang berkelayakan dan berkemahiran serta berdisiplin tinggi dan mengekalkan ciri-ciri kebruneian di dalam kehidupan seharian.

Bagi mengakhiri ucapan beta ini, beta sekali lagi berharap semoga seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini, akan terus memberikan kerjasama yang erat kepada pihak kerajaan dan untuk menjalin hubungan hormat-menghormati dan faham-memahami dalam apa jua usaha berkebajikan demi untuk manfaat kita bersama.

Page 57: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

45Titah 201245

Titah Di Majlis Persantapan Bagi MeraikanPuan Yang Terutama Presiden Corazon C. Aquino,

Presiden Republik Filipina Di Istana Nurul Iman

Pada 29 Ogos 1988

Kerajaan dan rakyat serta penduduk Negara Brunei Darussalam merasakan satu penghormatan atas kesudian Puan Yang

Terutama menerima undangan untuk melawat Negara Brunei Darussalam, meskipun Puan begitu sibuk dengan bebanan tugas yang dipikul di negara sendiri. Bagi pihak diri saya dan kerajaan serta rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, saya mengalu-alukan dengan penuh mesra kedatangan Puan Yang Terutama dan para perwakilan Puan.

Kedua buah negara kita sememangnya mempunyai perhubungan bersejarah sejak sekian lama yang merupakan asas pada hubungan yang sedia terjalin mesra. Kami penuh percaya bahawa lawatan Puan akan terus meningkatkan lagi rasa muhibah dan sefahaman yang terus dipupuk di antara kedua buah negara. Kami sentiasa merasakan bahawa ikatan persahabatan ini telah dapat mewujudkan perkembangan kerjasama yang mendatangkan faedah kepada kedua buah negara kita.

Lawatan Puan jelas membuktikan keikhlasan hasrat Puan untuk terus mengukuhkan lagi ikatan yang sedia terjalin erat dan mesra di antara kedua buah negara kita dengan rakyat dan penduduk kita.

Sejak pertengahan tahun lima puluhan lagi begitu ramai warganegara Filipina telah datang ke negara ini untuk bekerja sebagai doktor, jurutera, guru, jururawat dan justeru itu memainkan peranan dalam usaha perkembangan Brunei di peringkat awal lagi. Proses dalam mewujudkan hubungan yang terjalin sekian lama berkesudahan dengan penubuhan hubungan diplomatik pada tahun 1984. Sejak itu perhubungan di antara negara kita telah diperkukuhkan lagi dalam berbagai bidang terutama sekali melalui perhubungan yang begitu meluas di antara pemimpin dan rakyat negara kita.

Page 58: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201246 46

Saya juga dengan amat sukacitanya menyatakan bahawa perhubungan di antara kedua buah negara kita telah pun dipertingkatkan lagi dengan adanya penerbangan tetap Syarikat Penerbangan Diraja Brunei dengan Syarikat Penerbangan Filipina yang menghubungkan Bandar Seri Begawan dengan Manila. Satu projek pula yang akan menghubungkan Brunei dengan Filipina melalui kabel dasar laut “ Fibre-optic” kini sedang giat dilancarkan. Saya penuh percaya dengan siapnya projek itu nanti, sudah tentu akan dapat membaiki lagi kecekapan telekomunikasi di antara kedua buah negara kita.

Masih jelas di ingatan saya lagi lawatan saya ke Manila bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan ASEAN tahun lepas. Mesyuarat itu yang diadakan di Manila ternyata membuktikan betapa pentingnya Filipina dalam ASEAN, dan lagi kecekapan Puan Yang Terutama dalam mempengerusikan Sidang Puncak Manila itu telah menghasilkan pencapaian yang sungguh bermakna. Meskipun demikian kami sedar betapa perlunya bagi ASEAN untuk terus bekerja keras agar segala keputusan yang dicapai di Sidang Puncak itu akan dapat dijadikan kenyataan.

Selain daripada hubungan dua hala, keanggotaan kita dalam ASEAN akan membolehkan kita bekerja dengan lebih rapat lagi di antara satu sama lain. Kita sama-sama mempunyai tanggapan yang sama dengan negara-negara anggota ASEAN yang lain tentang betapa pentingnya untuk menggalakkan serta mengekalkan keamanan dan kemantapan di rantau ini, begitu juga dengan kebanyakan isu-isu yang menyeluruh.

Adalah perlu untuk dinyatakan bahawa terdapat perkembangan besar yang menggalakkan dalam persekitaran politik antarabangsa yang menimbulkan situasi yang dapat memberikan huraian politik terhadap masalah-masalah serantau yang belum diselesaikan.

Kami berharap kecenderungan ke arah ini akan menjadi contoh bagi huraian politik terhadap masalah Kampuchea. Perkembangan terbaru yang paling bermakna ialah dengan mengadakan Mesyuarat

Page 59: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

47Titah 201247

Tidak Rasmi Jakarta yang kami percaya adalah merupakan satu langkah ke hadapan dalam mencari huraian politik yang berkekalan. Dalam hubungan ini, ASEAN hendaklah mempergiatkan lagi usahanya untuk membantu dalam proses mencari penyelesaian yang dapat diterima oleh semua pihak yang terlibat. Kelewatan dalam menghuraikan isu Kampuchea akan menjadi penghalang untuk melaksanakan Zon Keamanan, Bebas dan Berkecuali yang ingin di wujudkan oleh ASEAN.

Puan Yang Terutama,

Bagi mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melahirkan rasa kagum kami atas keberanian dan kesungguhan yang telah Puan perlihatkan dalam usaha untuk mencapai keamanan, kemantapan dan kemakmuran bagi rakyat Puan. Kami di Brunei Darussalam berharap agar Puan akan memperolehi kejayaan dalam usaha-usaha yang mulia itu.

Page 60: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201248 48

Titah Semasa Lawatan Negara Ke MaghribiDalam Satu Majlis Persantapan Negara

Di Istana Riad, RabatPada 28 September 1988

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Yang Maha Mulia,

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu

Alaihi Wasallam serta ahli-ahli kerabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Terlebih dahulu beta dengan ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucapan Selamat Datang serta layanan baik dan mesra yang diberikan oleh Yang Maha Mulia Kepada beta dan juga rombongan beta.

Adalah beta harapkan bahawa lawatan beta ini akan memperkukuhkan lagi hubungan persaudaraan serta hubungan mesra dan baik di antara negara dan rakyat Brunei dan Maghribi. Perasmian hubungan kedua buah negara kita melalui penubuhan hubungan diplomatik akan meningkatkan lagi kerjasama dua hala di pelbagai bidang.

Di sebalik jarak geografi di antara Brunei dan Maghribi, beta sangat sukacita pada memperhatikan dalam mana terdapat banyak persamaan kepentingan dan pandangan di antara negara kita ke atas banyak isu dunia. Kami sesungguhnya menyedari akan daya usaha Yang Maha Mulia yang tidak kendur-kendur dalam mencari penyelesaian yang adil dan mudah-mudahan berkekalan ka atas masalah rakyat Palestin dan juga untuk mengukuhkan perpaduan ummah Islam.

Page 61: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

49Titah 201249

Mengenai dengan masalah rakyat Palestin, kami merasakan penaklukan yang berterusan ke atas hak mutlak rakyat Palestin adalah menjadi penghalang utama kepada keamanan dan kestabilan di Timur Tengah. Brunei adalah sentiasa yakin bahawa penyelesaian yang adil berkekalan lagi komprehensif mestilah mempertahankan hak mutlak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka dan untuk mempunyai tanah air mereka sendiri manakala PLO adalah merupakan wakil tunggal rakyat Palestin. Brunei bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa yang lain mengutuk di atas perbuatan zalim yang dilakukan oleh regim Tel Aviv dan juga langkah-langkah penindasan mereka ka atas saudara-mara Palestin kita di kawasan-kawasan yang mereka duduki.

Adalah menjadi sumber kegembiraan kepada kami sebagaimana juga kepada saudara-saudara Islam yang lain dalam mana pihak-pihak yang bertikai di Teluk telah bersetuju bagi mengadakan gencatan senjata. Kami secara ikhlas berharap keadaan ini akan membawa kepada keamanan dan kestabilan yang berkekalan kepada rantau yang sangat penting di dunia ini.

Yang Maha Mulia,

Sebagai penutup ingin beta menyatakan sekali lagi akan perasaan gembira kami di atas layanan yang baik lagi meriah yang diberikan. Kami akan membawa balik kenangan-kenangan manis sebagai tambahan kepada yang telah diperolehi semasa lawatan kami ke negara yang indah ini empat tahun yang lepas. Akhirnya beta mengucapkan salam muhibah kepada Yang Maha Mulia dan semoga Yang Maha Mulia sendiri berada dalam keadaan sihat dan bahagia dan juga bagi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Yang Maha Mulia.

Page 62: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201250 50

Titah Di Majlis Perhimpunan PerarakanSambutan Maulud Nabi Muhammad

Sallallahu Alaihi WasallamDi Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien,

Bandar Seri BegawanPada 23 Oktober 1988.

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, seru sekian alam, selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad

Sallallahu Alaihi Wasallam dan ke atas keluarga, kaum kerabat Baginda sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat-Nya jua dapatlah kita sekalian di pagi yang mulia ini berkumpul beramai-ramai untuk menyambut dan memperingati hari kelahiran junjungan dan pemimpin besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

Semogalah semangat kasih sayang umat Islam sekalian terhadap junjungan dan pemimpin besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam akan tetap subur dan kuat bagi memastikan bahawa kita sekalian benar-benar menjadi pengikut Baginda yang setia lagi jujur kerana inilah yang dijadikan dasar pegangan kita umat Islam sepanjang masa yang mana sangatlah bersesuaian dengan tema sambutan Maulidin Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada kali ini iaitu ‘Menuju Keredaan Allah Dengan Mengikut Perjalanan Hidup Rasullullah”.

Sasaran dan matlamat hidup bagi seseorang Islam ialah untuk

mendapatkan keredaan Allah Subhanahu Wataala. Setiap niat, percakapan dan perbuatan seseorang hendaklah tidak terkeluar dari sasaran dan matlamat ini. Tetapi hendaklah diingat bahawa

Page 63: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

51Titah 201251

dalam menuju ke arah pencapaian keredaan Allah itu, kita mestilah sentiasa mengikut perjalanan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Baginda, yakni yang didapati di dalam kitab suci Al-Quran dan Sunah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Kerana Al-Quran dan Sunah Rasulullah itu kedua-duanya adalah sumber utama hukum-hukum Islam yang tidak boleh dipisah-pisahkan antara satu dengan lain.

Dalam hubungan itu, kita ingin menyentuh bahawa di masa-masa kebelakangan ini terdapat bebagai-bagai pendapat dari orang-orang yang bukan ahli tentang Islam. Di antara pendapat itu ialah ajakan supaya orang Islam tidak perlu berpegang kepada hadis Rasulullah bahkan memadai berpegang hanya kepada Al-Quran. Pendapat ini sebagaimana yang telah diterangkan oleh ahli-ahli dan ulama-ulama Islam adalah salah dan mengelirukan. Kita berharap supaya umat Islam di negara ini tidak akan terpengaruh dengan dakyah palsu yang bukan sahaja sesat dan menyesatkan itu tetapi mendatangkan kekacauan kepada akal fikiran masyarakat Islam.

Para hadirin dan hadirat sekalian,

Mulai 28 September, 1988 yang lalu, kerajaan telah menguatkuasakan hukuman sebat secara mandatori yakni yang mewajibkan bagi berbagai-bagai kesalahan jenayah seperti rogol, rompakan, pemerasan, menyebabkan kecederaan dan pugut. Penguatkuasaan hukuman yang berat ini adalah berikutan semakin bertambahnya kejadian-kejadian jenayah yang dilakukan oleh orang-orang tempatan dan orang-orang yang datang dari luar negeri. Kejadian-kejadian jenayah terhadap orang dan harta benda ini, jika dibiarkan berleluasa tentulah akan menjejaskan keamanan dan ketenteraman masyarakat dan negara, dan mengancam keselamatan harta benda. Bahkan boleh pula menjejaskan kelancaran usaha- usaha pembangunan negara.

Kita ingin mengingatkan kepada rakyat dan penduduk negara ini supaya sentiasa berusaha memelihara keamanan dan ketenteraman serta harta benda awam dengan cara menghormati dan mematuhi

Page 64: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201252 52

undang-undang negara dan hukum-hukum agama Islam, kerana dengan demikian sahaja kita akan mendapat keredaan Allah Subhanahu Wataala serta menjamin wujudnya suasana aman damai di negara kita yang tercinta ini.

Kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala semoga perhimpunan pagi ini diberkati oleh Allah dan kita serta negara kita Brunei Darussalam akan sentiasa berada di bawah perlindungan Allah jua.

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 65: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

53Titah 201253

Titah Di Majlis Persantapan NegaraYang Diberikan Oleh Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej, Raja Thailand Di Chakri Throne Hall

Istana BoromabimanPada 1 November 1988

Terlebih dahulu beta dengan tulus ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucap selamat datang serta layanan

baik dan mesra yang diberikan oleh Yang Maha Mulia kepada beta berdua dan juga rombongan beta.

Lawatan ke Negara Thailand yang indah lagi bersejarah dan tertua ini telah beta nanti-nantikan dan beta harap akan meningkatkan serta memperkukuhkan lagi hubungan mesra yang sedia wujud di antara Negara Brunei Darussalam dengan Thailand. Hubungan di antara kedua-dua negara kita, sungguhpun hanya dirasmikan pada tahun 1984, sebenarnya telah lama terjalin dan telah banyak membawa faedah kepada kedua-dua negara.

Di bidang politik serantau dan antarabangsa Negara Brunei Darussalam dan Thailand banyak mempunyai persamaan kepentingan dan pandangan mengenai berbagai isu. Kedua-dua buah negara kita juga telah bekerjasama dengan erat dan baik dalam konteks ASEAN mahupun dalam persidangan-persidangan antarabangsa yang lain demi untuk memastikan supaya keamanan, kestabilan dan kemakmuran di Asia Tenggara sentiasa terjamin.

Beta sangat gembira pada memerhatikan bahawa perdagangan di antara Brunei dengan Thailand adalah semakin meningkat, dalam mana selain dari beras Thailand juga sekarang membekalkan kepada Brunei Darusalam berbagai barangan, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar hingga kepada bahan-bahan binaan. Begitu juga dalam tenaga kerja terdapat ramai pekerja-pekerja Thailand

Page 66: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201254 54

yang bekerja dalam industri pembinaan dan dengan yang demikian memainkan peranan dalam rancangan-rancangan pembangunan di negara kami.

Dalam bidang-bidang lain juga termasuk kebudayaan, perhubungan kita adalah semakin berkembang dalam mana banyak terdapat pertukaran lawatan di peringkat pegawai kerajaan dan di antara rakyat kedua-dua negara. Negara Brunei Darussalam sangat berterima kasih kepada Kerajaan Thailand di atas penerimaan pegawai-pegawai dari Brunei bagi mengikuti penempatan kursus-kursus yang dianjurkan oleh Kerajaan Thailand di berbagai bidang termasuk bidang pertanian.

Pada bulan Julai yang lalu rakyat Thailand telah melalui detik yang amat bersejarah yakni bersempena dengan Yang Maha Mulia merupakan sebagai Raja Thailand yang paling lama memerintah. Adalah kena pada tempatnya bagi rakyat Thailand berasa megah kerana sepanjang pemerintahan Yang Maha Mulia sejak 40 tahun yang lalu Yang Maha Mulia telah memimpin Negara Thailand dengan penuh keyakinan serta dedikasi termasuk mengharungi detik-detik yang genting dan penuh pancaroba dalam sejarah. Yang Maha Mulia adalah merupakan sebagai simbol perpaduan dan kekuatan rakyat Thailand dan sentiasa menumpukan perhatian terhadap kesejahteraan rakyat Yang Maha Mulia.

Dengan keazaman, kegigihan dan kesabaran Yang Maha Mulia beserta dengan ketegasan dan perasaan tanggungjawab terhadap kebajikan rakyat dan negara Yang Maha Mulia, maka Yang Maha Mulia telah berjaya membawa rakyat dan Negara Thailand ke arah keamanan, kestabilan dan kemakmuran.

Beta dan sekalian rakyat Brunei Darussalam adalah sangat mengkagumi terhadap pencapaian kemajuan, dan kemakmuran yang telah dan sedang dinikmati oleh negara Yang Maha Mulia lebih-lebih lagi Thailand mempunyai potensi untuk menjadi sebuah

Page 67: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

55Titah 201255

negara perindustrian yang baru di rantau ini, yang mana adalah merupakan satu pencapaian yang menjadi teladan kepada negara-negara membangun yang lain.

Semangat kuat bekerja rakyat Thailand adalah juga merupakan sebagai pendorong di dalam pencapaian kemajuan ekonomi Thailand. Adalah beta harapkan daripada pengalaman Negara Thailand itu Negara Brunei Darusslam akan dapat mengambil contoh terutama sekali dalam bidang pertanian dan pengeluaran bahan-bahan makanan.

Sebagai penutup, beta sekali lagi ingin menyatakan perasaan gembira kami di atas layanan yang muhibah Yang Maha Mulia dan rakyat Thailand telah berikan kepada kami yang mana akan menjadi kenangan manis kami. Beta berdua ingin menzahirkan perasaan muhibah kepada Yang Maha Mulia dan kepada Yang Maha Mulia Queen Sirikit. Dan kami berdoa semoga Yang Maha Mulia berdua dan kerabat-kerabat diraja Thailand yang lain sentiasa berada dalam keadaan sihat dan juga berdoa mudah-mudahan negara dan rakyat Yang Maha Mulia terus menikmati keamanan dan kemakmuran.

Page 68: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201256 56

Titah Di Majlis Persantapan NegaraBagi Meraikan Presiden Republik Korea,

Tuan Yang Terutama Presiden Roh Tae WooDan Puan Roh Tae Woo

Di Balai Persantapan Negara,Istana Nurul Iman

Pada Hari Ahad, 13 November 1988

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Waatala, seru sekian alam, selawat serta salam kepada junjungan besar kita Nabi

Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, dan ke atas keluarga kaum kerabat Baginda serta sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia, lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Dengan perasaan gembira dan muhibah, beta mengalu-alukan kedatangan Tuan Yang Terutama dan rombongan ke Negara Brunei Darussalam. Dengan adanya lawatan Tuan Yang Terutama ini, ianya akan mengeratkan lagi hubungan baik yang telah sedia wujud di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Korea.

Beta bagi pihak kerajaan beta dan rakyat Negara Brunei Darussalam mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan Republik Korea dalam mengungkayahkan Sukan Olimpik yang ke-24 di Seoul baru-baru ini. Kejayaan yang dicapai itu adalah menunjukkan semangat dedikasi yang tinggi rakyat Korea, terutama sekali dalam usaha-usaha mempertingkatkan tahap kemajuan dan pembangunan Republik Korea.

Sungguhpun hubungan diplomatik di antara Republik Korea dengan Negara Brunei Darussalam hanya diadakan mulai tahun 1984, akan tetapi hubungan rapat kedua-dua negara kita memang telah lama terjalin, dalam mana ramai rakyat Korea telah datang ke Negara Brunei Darussalam sejak beberapa tahun yang lalu dan memainkan peranan di dalam mengembangkan bidang pembangunan dan perdagangan di negara ini. Hubungan rapat tersebut telah kian berkembang dengan bertambahnya pertukaran lawatan di kalangan

Page 69: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

57Titah 201257

pegawai-pegawai kerajaan beta dan Kerajaan Republik Korea, dan juga di kalangan rakyat kedua-kedua buah negara. Adalah beta harapkan semoga bidang kerjasama ekonomi, perdagangan dan kebudayaan kedua-kedua buah negara diperluaskan lagi di masa-masa akan datang, terutama sekali di bidang perindustrian dan pemindahan kecekapan pengurusan dan teknikal.

Negara Brunei Darusaalam adalah mengkagumi ke atas pencapaian tahap ekonomi yang telah diperolehi oleh negara Tuan Yang Terutama yang mana dalam jangka waktu yang singkat, Republik Korea telah menjadi sebuah negara perindustrian yang baru dan ini menjadi inspirasi kepada semua negara membangun, termasuk negara yang sudah membangun, dan ramai yang ingin mencontohi pencapaian Republik Korea itu.

Kedua-dua buah negara kita mempunyai pendirian yang sama terhadap peri mustahaknya untuk mewujudkan kestabilan politik serantau. Ke arah ini, Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea telah menunjukkan kerjasama yang erat di persidangan-persidangan serantau dan antarabangsa. Ini adalah disebabkan kita sama-sama menyedari bahawa kestabilan politik serta keamanan di rantau masing-masing adalah saling berhubung-kait bagi menjamin keselamatan dan masa depan di Rantau Timur Laut Asia dan Asia Tenggara.

Kami menyedari bahawa Tuan Yang Terutama mempunyai tugas yang berat dalam menghadapi suasana peralihan di negara Tuan Yang Terutama. Walau bagaimanapun, dengan adanya semangat yang gigih untuk membangun semula di kalangan rakyat Republik Korea, dan juga kesabaran dan pengalaman Tuan Yang Terutama yang luas serta bijaksana, kami percaya Tuan Yang Terutama akan berjaya dalam menghadapi cabaran-cabaran tersebut.

Akhirnya beta berharap semoga hubungan baik dan erat serta persefahaman yang wujud di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Korea akan berkekalan dan bertambah kukuh di masa-masa yang akan datang untuk faedah kedua-dua buah

Page 70: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201258 58

negara. Adalah juga beta harapkan supaya Tuan Yang Terutama dan rombangan berasa gembira semasa berada di negara ini, dan beta ingin menzahirkan perasaan muhibah beta bagi kesihatan dan kegembiraan Tuan Yang Terutama dan Puan Roh Tae Woo. Beta juga berharap semoga negara dan rakyat Republik Korea sentiasa menikmati keamanan dan kemakmuran di bawah pimpinan bijaksana Tuan Yang Terutama.

Page 71: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

59Titah 201259

Titah Ketika Mengisytiharkan Penyusunan SemulaMenteri-Menteri Kabinet Dan

Penubuhan Sebuah Kementerian BaruYang Disiarkan Melalui Radio Dan Televisyen Brunei

Pada 30 November 1988

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, seru sekian alam, selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad

Sallallahu Alaihi Wasallam dan ke atas keluarga, kaum kerabat Baginda, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Dalam ucapan beta pada mengisytiharkan penyusunan semula pentadbiran kerajaan beta lebih dua tahun yang lalu, yakni, dalam bulan Oktober 1986, beta telah menyatakan bahawa penyusunan pentadiran negara akan diperbaiki dan dihalusi lagi dari semasa ke semasa dan diselaraskan dengan keadaan dan keperluan negara.

Sejajar dengan hasrat beta untuk menghalusi lagi jentera pentadbiran kerajaan beta, dan demi untuk meningkatkan lagi usaha-usaha pembangunan termasuk bidang perindustrian, dan seterusnya bagi membanyakkan lagi hasil pengeluaran dari sumber-sumber utama negara ini, khususnya dalam bidang pertanian, perhutanan, perikanan dan seumpamanya, maka langkah-langkah serta rancangan-rancangan yang teratur dan rapi di bidang-bidang yang beta nyatakan ini, perlu dipergiatkan dan tanggungjawab mengenainya diperkemaskan lagi. Usaha-usaha ke arah ini bukan sahaja diperlukan bagi jangka masa yang pendek, akan tetapi adalah mustahak supaya diadakan perancangan yang terperinci bagi jangka masa yang panjang. Memandangkan keperluan perancangan yang dimaksudkan itu, maka beta telah memikirkan adalah sesuai untuk mengadakan sedikit perubahan kepada susunan pentadbiran dalam kerajaan beta yang ada sekarang.

Page 72: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201260 60

Sehubungan dengan ini, beta sukacita menubuhkan satu kementerian baharu yang akan mengendalikan sebilangan dari jabatan-jabatan yang sekarang di bawah Kementerian Pembangunan.

Kementerian baharu yang beta maksudkan itu ialah: Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama (Ministry of Industry and Primary Resources) yang akan mengendalikan jabatan-jabatan:

Pertanian; Perikanan; Perhutanan dan Unit Perindustrian.

Untuk mengisikan jawatan yang baharu itu, beta sukacita melantik Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Awang Mohammad Taib, yang selama ini menyandang jawatan Menteri Pelajaran, menjadi Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama.

Dengan adanya perubahan ini, maka Kementerian Pembangunan akan terus mengendalikan jabatan-jabatan berikut:-

Kerja Raya; Perkhidmatan Elektrik; Kemajuan Perumahan: Perancang Bandar dan Desa; Tanah; Ukur dan Unit Perancang dan Penyelidikan Pembinaan.

Menteri Pembangunan yang ada sekarang iaitu Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Laila Jasa Dr. Haji Ismail bin Pengiran Haji Damit akan terus menjawat jawatan selaku Menteri Pembangunan.

Bagi mengisikan jawatan Menteri Pelajaran pula, beta sukacita supaya jawatan tersebut diisikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar, yang selama ini menyandang jawatan Menteri Perhubungan.

Berikutan dengan pertukaran dua orang menteri ini, maka beta ingin untuk melantik seorang menteri yang baharu untuk menjadi Menteri Perhubungan.

Beta sukacita melantik Dato Seri Laila Jasa Haji Awang Zakaria bin Datu Mahawangsa Haji Awang Sulaiman, yang selama ini

Page 73: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

61Titah 201261

menyandang jawatan Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, menjadi Menteri Perhubungan.

Untuk mengisikan jawatan Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar

Negeri, beta sukacita supaya Dato Paduka Haji Awang Mohd. Ali bin Haji Mohd. Daud, yang selama ini menjadi Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan sukan dipindah ke Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, untuk menjadi Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, dan Dato Paduka Haji Awang Selamat bin Haji Munap, yang selama ini menjadi Timbalan Menteri Pembangunan, dipindah ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk menjadi Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Perubahan-perubahan yang beta maksudkan ini akan berjalan kuatkuasanya mulai awal tahun hadapan, yakni, pada 1 haribulan Januari, 1989 dan mulai dari tarikh tersebut susunan kementerian-kementerian dalam kerajaan adalah seperti berikut:-

Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; Kementerian Kewangan; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Kementerian Pelajaran; Kementerian Undang-undang; Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama; Kementerian Hal-Ehwal Ugama; Kementerian Pembangunan; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perhubungan.

Beta berharap perubahan-perubahan yang dibuat ini akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan kelicinan jentera pentadbiran dalam kerajaan beta, yang mana matlamat yang dihajati ialah satu pentadbiran yang cekap, bersih, amanah lagi jujur demi untuk kebaikan dan kemakmuran Negara Brunei Darussalam serta kesejahteraan rakyat dan penduduknya, insya-Allah.

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 74: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201262 62

Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Tahun 1989

Page 75: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

63Titah 201263

Titah Sempena Tahun Baru Masihi 1989

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, seru sekalian alam, selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi

Muhammmad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ke atas keluarga, kaum kerabat Baginda, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas segala

limpah rahmat-Nya kerana dalam melalui tahun 1988 kita telah dapat menikmati keadaan negara yang penuh keamanan dan ketenteraman. Keadaan ini telah dapat kita capai dengan berkat adanya kerjasama dan perpaduan yang erat serta sokongan yang diberikan oleh segenap lapisan rakyat dan penduduk negara ini kepada kerajaan beta. Bagi pencapaian ini, beta ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang berkenaan, termasuklah seluruh kakitangan dan pegawai kerajaan dan seluruh anggota pasukan-pasukan keselamatan di negara ini.

Di dalam tahun 1988 yang baharu saja kita lalui, kita telah dapat melaksanakan rancangan-rancangan yang berkebajikan di berbagai bidang, baik yang dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun oleh pihak swasta. Usaha-usaha tersebut adalah semata-mata untuk memperkembangkan lagi tahap kemajuan ekonomi dan sosial serta meneruskan kesejahteraan hidup yang sama-sama kita nikmati di negara ini. Beta berharap kita akan dapat melipatgandakan lagi usaha kita dengan meningkatkan prestasi kerja dan produktiviti dalam semua bidang pada tahun 1989 ini demi untuk kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini di masa yang akan datang.

Page 76: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201264 64

Dalam mula melangkah ke tahun baharu ini kita seharusnya akan dapat membuat penilaian terhadap usaha-usaha dan rancangan yang telah dilaksanakan di tahun yang lepas serta pencapaian-pencapaian yang kita perolehi. Kita juga seharusnya dapat membuat penelitian secara jujur dan ikhlas terhadap punca-punca yang boleh membawa kepada kurangnya pencapaian kita dalam sesuatu bidang atau kurang tercapainya matlamat yang dihajati. Perkara-perkara ini hendaknyalah dijadikan iktibar dan pendorong bagi kita untuk memperbaiki dan melipatgandakan lagi usaha kita di tahun 1989 ini.

Dalam bidang pentadbiran, sebagaimana jua yang telah beta umumkan baharu-baharu ini, bahawa selaras dengan hasrat beta untuk memperbaiki dan menghalusi lagi penyusunan pentadbiran negara dari masa ke semasa dan juga untuk meningkatkan lagi usaha-usaha pembangunan, termasuk bidang perindustrian, maka mulai dari 1 haribulan Januari, 1989, satu penyusunan semula menteri-menteri kabinet akan berkuatkuasa. Ini termasuklah juga penubuhan sebuah kementerian baru, iaitu Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

Selaras dengan tujuan-tujuan rancangan kemajuan negara dan matlamat kita untuk mempelbagaikan ekonomi negara supaya tidak terlalu bergantung kepada hasil minyak dan gas, maka adalah menjadi hasrat kita untuk melipatgandakan lagi penghasilan sumber-sumber utama negara dan memperkembangkan bidang-bidang industri. Kejayaan kita dalam bidang yang beta nyatakan ini tidak sahaja bergantung kepada perancangan yang teratur bagi kementerian ini tetapi juga bergantung kepada sokongan dan kerjasama semua pihak, iaitu pihak kerajaan dan swasta, dalam mana beta berharap pihak-pihak berkenaan akan dapat memenuhinya.

Bersempena menjelangnya tahun Masihi 1989 ini, beta berharap seluruh rakyat dan penduduk di negara ini akan terus dapat memberikan sokongan dan kerjasama yang erat kepada kerajaan, khususnya dalam memelihara suasana keamanan dan kemakmuran yang sedang kita nikmati. Adalah juga mustahak bagi kita semua untuk berwaspada dan meningkatkan kesedaran terhadap unsur-

Page 77: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

65Titah 201265

unsur yang tidak diingini dalam apa jua bentuknya yang boleh mengancam keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.

Kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan beta berharap supaya mereka akan dapat membaharui azam dan tekad masing-masing bagi meningkatkan lagi prestasi dan jua membaiki lagi mutu perkhidmatan mereka pada tahun ini. Adalah mustahak supaya mereka mengamalkan sikap saling hubung-menghubungi, bermuzakarah serta menyelaraskan tanggungjawab masing-masing supaya sesuatu urusan itu dapat dilaksanakan dengan teratur, licin dan sempurna iaitu dengan tidak bertangguh-tangguh, khususnya dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan orang ramai.

Akhirnya, beta bersama-sama keluarga beta dengan sukacita mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, sambil berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, mudah-mudahan negara kita, Brunei Darussalam, akan sentiasa dirahmati-Nya dengan keamanan dan kemakmuran serta bahagia segala manusia di dalamnya.

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 78: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201266 66

Titah Di Majlis Peraduan Membaca Al-QuranPeringkat Kebangsaan

Di Taman Haji Sir Muda Omar Ali SaifuddienPada Hari Khamis, 2 Februari 1989

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammmad

Sallallahu Alaihi Wasallam dan ke atas keluarga, kaum kerabat Baginda, sahabat-sahabat dan pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya kepada kita dan mengizinkan kita sekalian hadir beramai-ramai pada malam ini untuk mengikuti bacaan-bacaan Al-Quran oleh qari dan qariah dalam peringkat kebangsaan pada tahun ini. Semoga kehadiran kita pada malam ini akan mendapat rahmat dari Allah Subhanahu Wataala dengan mendapat petunjuk dan keredaan-Nya di dunia dan di akhirat, dan sentiasa berada dalam pemeliharaan-Nya jua.

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa membaca dan mengikuti bacaan Al-Quran itu adalah merupakan ibadat. Memahami isi dan maksud Al-Quran itu pula adalah kewajipan utama kepada setiap umat Islam, untuk dijadikan panduan dan pegangan kita bagi mengetahui batas-batas suruhan Allah dan larangan-Nya. Dengan adanya panduan dan pegangan yang teguh itu kita akan dapat menyelamatkan diri kita daripada apa jua gangguan atau ancaman yang boleh merosakkan keimanan dan pegangan keagamaan kita.

Page 79: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

67Titah 201267

Kita difahamkan bahawa tema peraduan membaca Al-Quran pada tahun ini adalah sama dengan tema Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu “Menuju Keredaan Allah Dengan Mengikut Perjalanan Hidup Rasulullah”. Dalam hubungan ini, kita sukacita mengulangi apa yang kita telah nyatakan semasa majlis sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada tahun lepas, iaitu hendaklah kita sentiasa tetap mengikut perjalanan hidup Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam dan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Baginda, yakni yang didapati di dalam Kitab Suci Al-Quran dan Sunah Rasulullah itu kedua-duanya adalah sumber utama hukum-hukum Islam.

Menghormati dan mematuhi undang-undang dan hukum agama Islam adalah di antara asas-asas untuk mendapatkan keredaan Allah Subhanahu Wataala dan seterusnya menjamin wujudnya suasana aman damai di negara yang kita cintai ini. Ke arah ini sejarah umat Islam telah membuktikan bahawa berpegang kepada akidah yang betul mengikut lunas-lunas Al-Quran adalah merupakan perkara pokok yang boleh menyatupadukan semua umat Islam di dalam sesebuah negara.

Kerajaan adalah sentiasa mengambil berat dan berusaha supaya seluruh umat Islam di negara ini berpegang teguh kepada akidah yang betul menurut fahaman Akidah Ahli Sunah Wal-Jemaah, sebagaimana yang tersebut dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam. Sehubungan dengan ini adalah juga mustahak bagi umat Islam di negara ini menghindarkan diri dari mengikuti ajaran di luar dari fahaman Akidah Ahli Sunah Wal-Jemaah. Hendaklah kita sentiasa berwaspada terhadap ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman tertentu dan merujuk sebarang keraguan atau kewahaman kepada orang-oramg yang lebih tahu, khususnya Kementerian Hal Ehwal Ugama Islam dan Majlis Ugama Islam, yakni badan yang bertanggungjawab mengenai dasar agama Islam.

Page 80: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201268 68

Akhirnya, kita berdoa mudah-mudahan dengan kesedaran yang penuh kita semua akan diberi oleh Allah kekuatan yang secukupnya bagi menjaga kesucian agama kita dan perjalanan amalan-amalan beragama di negara ini, dan moga-moga kita sentiasa akan mendapat petunjuk dan keredaan daripada Allah Subhanahu Wataala jua.

Sekian Wabillahit Taufik Wal-Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 81: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

69Titah 201269

Titah Bersempena Sambutan Perayaan Ulangtahun Kelima Hari Kebangsaan

Negara Brunei DarussalamPada Hari Khamis, 23 Februari 1989

Yang Disiarkan Melalui Radio Televisyen BruneiAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita

Nabi Muhammmad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ke atas keluarga, kaum kerabat Baginda, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya jua, maka rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam telah dapat menikmati suasana aman, tenteram, kemakmuran dan juga pencapaian kemajuan di pelbagai bidang. Kesemuanya ini adalah dicapai dengan sokongan dan kepercayaan yang kukuh yang diberikan oleh rakyat dan penduduk negara ini kepada kerajaan, dan juga dengan terdapatnya kerjasama dan semangat yang gigih di kalangan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam termasuk pegawai-pegawai kerajaan dan pihak-pihak swasta, bagi mengekalkan dan mendaulatkan kemerdekaan negara yang dicapai sejak lima tahun yang lalu.

Bersempena hari yang bersukut baik lagi penuh bersejarah ini, beta sukacita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada segenap lapisan rakyat dan penduduk di negara ini termasuk pegawai-pegawai serta kakitangan kerajaan dan anggota-anggota pasukan keselamatan, kerana telah sama-sama berusaha dan berganding bahu dalam memelihara dan menjamin keselamatan dan ketenteraman negara dan juga bagi pencapaian yang meningkat di dalam pembangunan negara yang sama-sama kita cintai ini.

Beta penuh yakin, dengan adanya kesedaran di kalangan setiap lapisan rakyat dan penduduk di negara ini untuk sama-sama membangun Negara Brunei Darussalam dan membawanya menuju

Page 82: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201270 70

ke arah kemajuan yang dihasratkan, Insya-Allah, kita akan dapat mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan bangsa dan negara, dan menjadikannya sebagai sebuah negara yang berkembang maju dan makmur.

Sebagaimana yang sering beta nyatakan bahawa kerajaan adalah sentiasa mengambil berat di atas kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan penduduk di negara ini, termasuk juga perkara-perkara yang berhubung dengan kemajuan ekonomi dan sosial.

Bagi menuju ke matlamat ini, berbagai-bagai rancangan pembangunan, ekonomi dan sosial sedang diusahakan oleh kerajaan.

Di samping itu, kejayaan rancangan-rancangan yang dijalankan itu tidak dapat dilihat hasil dan kemanfaatannya bagi jangka masa pendek, tetapi akan hanya mendatangkan kemanfaatan kepada rakyat dan penduduk di negara ini dalam jangka waktu yang panjang. Rancangan-rancangan yang beta maksudkan itu ialah yang berhubung dengan pembangunan infrastruktur iaitu seperti pembinaan jalan-jalan raya, bangunan-bangunan sekolah, universiti dan pusat-pusat latihan.

Di samping itu, kejayaan rancangan-rancangan yang diusahakan itu juga hanya akan dapat dinikmati dengan adanya perasaan kesedaran di kalangan rakyat dan penduduk di negara ini untuk memanfaatkan projek-projek tersebut, dengan memberikan sokongan dalam menjayakan perlaksanaannya dan memberikan kerjasama kepada kerajaan ke atas pemeliharaan projek-projek tersebut.

Penubuhan Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama baru-baru ini, adalah juga merupakan sebagai salah satu langkah dalam usaha kerajaan untuk memastikan kemakmuran rakyat dan penduduk di negara ini dan juga bagi generasi yang akan datang. Penubuhan kementerian yang baru itu adalah dihasratkan untuk mempercepatkan usaha mempelbagaikan ekonomi negara

Page 83: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

71Titah 201271

daripada semata-mata bergantung kepada sumber-sumber alam semulajadi, yakni minyak dan gas.

Bagi mempercepatkan proses perindustrian dan memajukan sumber-sumber utama yang terdapat di negara ini, adalah amat perlu bagi pihak kerajaan untuk mengkaji semula dan mengemaskinikan setiap undang-undang dan peraturan-peraturan yang berhubung dengan perindustrian dan pelaburan di negara ini.

Adalah mustahak supaya peraturan-peraturan, kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama itu dapat menyaingi dengan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang didapati di rantau ini. Dengan cara demikian, bukan saja ianya dapat mempercepatkan proses penubuhan perindustrian yang hendak dilaksanakan itu, tetapi juga bagi menggalakkan pelabur-pelabur asing untuk masuk dan melabur di negara ini.

Oleh yang demikian, kementerian-kementerian dan juga jabatan-jabatan kerajaan yang lain hendaklah memberikan kerjasama di dalam menyelaraskan peraturan dan undang-undang yang beta maksudkan itu. Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah memainkan peranan yang positif di dalam memajukan bidang perindustrian dan sumber-sumber utama di negara ini. Mereka mestilah sentiasa berusaha untuk menerokai bidang-bidang perusahaan yang baru yang mana difikirkan boleh diketengahkan dan dapat bersaing dengan barangan yang dihasilkan oleh negara-negara lain di pasaran luar negeri.

Sehubungan dengan ini, kerajaan juga adalah mengalu-alukan bagi pelabur-pelabur asing untuk melabur di Negara Brunei Darussalam, iaitu dengan cara mengadakan usahasama di bidang perusahaan, pertanian dan perikanan. Kehadiran mereka juga adalah dialu-alukan kerana Negara Brunei Darussalam memerlukan kepakaran teknikal dan pengurusan mereka.

Page 84: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201272 72

Akan tetapi, adalah juga diingatkan kepada pelabur-pelabur asing iaitu bagi mendatangkan kemanfaatan kepada kedua pihak, mereka mestilah memahami akan aspirasi dan matlamat ekonomi kerajaan.

Menyentuh mengenai dengan lawatan-lawatan yang telah beta lakukan ke mukim-mukim dan kampung-kampung, beta telah mendengar masalah bebanan yang ditanggung oleh rakyat dan penduduk di negara ini dalam perkara membayar cukai waris. Sehubungan dengan ini, satu pengkajian telah dibuat oleh kerajaan bagi mengatasi masalah-masalah pada meringankan bebanan yang dihadapi oleh waris orang-orang yang telah meninggal dunia.

Hasil daripada kajian yang telah dibuat, maka beta sukacita mengumumkan bahawa mulai dari 15 haribulan Disember, 1988 yang baru lalu, kadar-kadar cukai waris yang dikenakan ke atas harta pusaka orang-orang yang telah meninggal dunia adalah dikurangkan. Bagi harta pusaka yang bernilai dua juta ringgit atau kurang daripada jumlah itu, tidak dikenakan apa-apa cukai waris.

Pada mengira jumlah yang akan dikenakan cukai waris, rumah kediaman atau rumah-rumah kediaman yang dipunyai oleh orang yang telah meninggal dunia yang bernilai sehingga dua juta ringgit dan kurang daripada jumlah itu, tidak dikenakan cukai waris.

Bagi harta pusaka yang bernilai lebih daripada dua juta ringgit, maka kadar cukai waris secara pukul rata sebanyak tiga peratus akan dikenakan, berbanding dengan kadar sebelumnya.

Butir-butir mengenai dengan peraturan yang baru ke atas cukai waris ini akan diumumkan oleh kerajaan dalam sedikit waktu lagi.

Di bidang antarabangsa, Negara Brunei Darussalam telah dapat mengukuhkan hubungan-hubungan persahabatan dengan negara-negara sahabat terutama sekali dalam usaha untuk mewujudkan usaha-usaha yang mendatangkan manfaat kepada Negara Brunei Darussalam dan negara-negara sahabat.

Page 85: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

73Titah 201273

Dalam usaha untuk mewujudkan suasana politik serantau yang mantap lagi stabil, Negara Brunei Darussalam juga telah dapat memainkan peranan yang positif ke arah matlamat tersebut. Ini dapat dilihat melalui keupayaan Negara Brunei Darussalam sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap ASEAN dengan kerjasama negara-neagra ASEAN yang lain, telah berhasil meningkatkan jumlah undi ke atas resolusi Bangsa-bangsa Bersatu mengenai masalah Kampuchea.

Menyentuh tema perayaan Hari Kebangsaan pada tahun ini yang berbunyi: “BERDIKARI MENINGKATKAN KEMAKMURAN NEGARA”, beta ingin mengingatkan kepada seluruh rakyat dan penduduk di negara ini akan pentingnya mereka berusaha untuk berdikari di dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara iaitu dengan menjalankan berbagai-bagai usaha di bidang perindustrian, pertanian dan perikanan.

Dengan meningkatkan semangat berdikari di kalangan rakyat dan penduduk, ianya akan dapat mengurangkan pergantungan untuk mendapatkan pekerjaan dengan kerajaan. Menuju ke arah berdikari ini, kerajaan akan sentiasa memberikan galakan dan dorongan kepada mereka yang benar-benar berusaha, sebagai contoh, ialah melalui penswastaan beberapa projek pertanian sebagai langkah permulaan. Berbagai-bagai projek juga sedang diteliti dan dikenalpasti oleh kerajaan bagi kemungkinan untuk diswastakan.

Oleh yang demikian adalah diharapkan pihak swasta di negara ini akan tampil ke hadapan bagi menjayakan usaha-usaha kerajaan, dan di samping itu, mereka mestilah mengusahakan dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi setiap rancangan yang diberikan kepada mereka itu.

Kerana dengan cara ini ianya akan dapat menggandingi dan menimbal usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam.

Setiap rakyat dan penduduk di negara ini mestilah mengamalkan sifat berdikari, dan khususnya kepada generasi muda, sifat tersebut

Page 86: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201274 74

hendaklah disemai dalam diri mereka sejak awal-awal lagi. Kerana dengan wujudnya semangat berdikari di dalam diri rakyat dan penduduk di negara ini, maka ianya akan dapat mengukuhkan ketahanan bangsa dan mendorong mereka untuk terus berusaha bagi mewujudkan satu masyarakat dan bangsa yang merdeka lagi berdaulat.

Ianya juga akan dapat menumbuhkan perasaan tabah dan semangat yang gigih dalam menghadapi sebarang ancaman tanpa tunduk kepada kehendak-kehendak mereka yang cuba menggugat kemerdekaan dan kedaulatan bangsa dan negara yang sama-sama kita cinta ini.

Walau bagaimanapun, beta ingin menjelaskan kepada rakyat dan penduduk di negara ini bahawa berdikari yang dimaksudkan itu ialah berdikari dengan cara mengikut lunas-lunas peraturan dan undang-undang negara yang telah sedia ada dan berkuatkuasa. Kerana dengan cara demikian, setiap usaha berdikari akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan mendatangkan hasil yang berkesan. Berdikari yang dimaksudkan itu juga mestilah mengikut landasan adat resam dan tata-susila kebruneian yang kita amalkan, iaitu bukan dengan cara mengetepikan nilai-nilai hidup yang telah kita warisi sejak turun-temurun.

Kerana adalah amat penting, dalam usaha kita untuk hidup berdikari itu, kita mesti menjaga dan mengekalkan identiti bangsa, jangan sampai ianya hilang dan luput, dan seterusnya menjadikan kita di negara ini sebagai masyarakat tanpa haluan dan pegangan.

Buat mengakhiri ucapan beta ini, beta sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk di negara ini, termasuk semua peringkat kakitangan kerajaan dan juga anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pasukan Polis Diraja Brunei yang telah memberikan kerjasama kepada kerajaan beta dengan menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, licin, amanah serta jujur dan juga pada menjaga dan mempertahankan keselamatan negara.

Page 87: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

75Titah 201275

Beta juga tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, dan juga kepada rakyat dan penduduk yang telah melibatkan diri dan menyumbangkan tenaga pada menjayakan perayaan ini.

Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga akan terus melimpahkan rahmat dan nikmat-Nya dan memberikan kepada kita segala kekuatan untuk terus membangun negara yang kita cintai, dan akan sentiasa memberikan kemakmuran dan keamanan serta menghindarkan daripada apa jua ancaman dan malapetaka kepada negara, rakyat, penduduk dan sekalian isi di dalamnya.

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 88: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201276 76

Titah Di Majlis Persantapan NegaraDi Dewan Santapan Bangunan

Dewan Undangan Negeri SarawakSempena Lawatan Rasmi Ke Negeri Sarawak

Pada 9 Mac 1989

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Haji Ahmad Zaidi Adruce bin Muhammad Nor dan Yang

Amat Berbahagia Datuk Patinggi Hajjah Rosmiati;

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Yang Amat Berbahagia Datuk Amar Puan Sri Hajjah Laila; serta Dif-dif Kehormat.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan rahmat dan izin-Nya jua, maka beta berdua dan rombongan berpeluang membuat lawatan ke Negeri Sarawak ini atas undangan yang ikhlas dari Kerajaan Negeri Sarawak, yang mana lawatan ini telah lama beta nanti-nantikan.

Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammmad Sallallahu Alaihi Wasallam, ke atas keluarga, kaum kerabat Baginda, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Beta juga dengan tulus ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas ucapan Tuan Yang Terutama yang mengalu-alukan lawatan beta dan rombongan ke Negeri Sarawak ini.

Di antara Negara Brunei Darussalam dengan Negeri Sarawak, memang telah lama wujud hubungan yang rapat dan muhibah di kalangan rakyat dan penduduk dua buah negeri. Kemesraan yang terjalin itu adalah berlandaskan kepada hubungan persaudaraan rakyat kedua-dua buah negeri yang asalnya daripada rumpun dan

Page 89: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

77Titah 201277

bangsa yang sama, selain dari mempunyai pertalian sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh penduduk kedua-dua buah negeri.

Sungguhpun Negeri Sarawak telah merdeka dalam Malaysia, tetapi hubungan yang telah terjalin buat beberapa kurun di antara Negara Brunei Darussalam dengan Negeri Sarawak, adalah masih terus berjalan dengan begitu baik dan rapat. Adalah beta harapkan lawatan beta ke Negeri Sarawak ini akan dapat memperbaharui serta menguatkan lagi hubungan mesra dan muhibah di antara rakyat Negara Brunei Darussalam dengan rakyat Malaysia di Negeri Sarawak.

Di dalam pembangunan Negara Brunei Darussalam, sebagai sebuah negara yang penuh merdeka lagi berdaulat, beta sangat sukacita kerana rakyat daripada Negeri Sarawak telah turut sama-sama menyumbangkan tenaga mereka di dalam menjayakan projek-projek pembangunan dan kemajuan di Negara Brunei Darussalam dalam mana Negeri Sarawak telah membekalkan banyak tenaga pekerja yang diperlukan bagi melaksanakan projek-projek yang beta nyatakan.

Dalam pada itu, Negara Brunei Darussalam juga banyak mengimport barangan dari Negeri Sarawak yang berupa bahan-bahan mentah dan pembinaan serta hasil pertanian dan perikanan.

Tuan Yang Terutama,

Beta sangat sukacita pada mengetahui bahawa Negeri Sarawak sejak merdeka dalam Malaysia juga menikmati kemajuan ekonomi dan pembangunan yang pesat, dalam mana berbagai-bagai projek pembangunan dan perindustrian telah dijayakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Beta penuh yakin, dengan adanya perkembangan dan kemajuan dalam bidang pembangunan, ekonomi dan sosial di Negeri Sarawak dan juga di Negara Brunei Darussalam, ianya akan dapat mewujudkan kestabilan dan kemakmuran di kedua-dua buah negeri.

Page 90: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201278 78

Adalah beta harapkan hubungan persaudaraan dan kejiranan di antara Negara Brunei Darussalam dengan Negeri Sarawak, yang berlandaskan kepada hubungan sejarah dan kekeluargaan di kalangan rakyat dan penduduk, akan terus dapat dipertingkat dan diperkukuhkan. Kerana, melalui hubungan sejarah dan kekeluargaan itu, Negara Brunei Darussalam dan Negeri Sarawak akan dapat meningkatkan kerjasama di berbagai bidang.

Tuan Yang Terutama, Sebagai dua buah negeri yang berjiran rapat serta berkongsi

sempadan, sememangnya dari semasa ke semasa terdapat masalah dan kadangkala salah faham. Akan tetapi, beta penuh yakin, Insya-Allah, dengan adanya hubungan kekeluargaan yang rapat dan persamaan sejarah serta kepimpinan yang jujur, rakyat kedua-dua buah negeri adalah saling faham-memahami ke atas kedudukan masing-masing dan akan sama-sama berusaha dan bekerjasama bagi menyelesaikan dengan seberapa segera apa jua masalah jika berbangkit demi untuk kepentingan bersama, seperti kata pepatah “jiran tetangga yang jujur itu lebih baik daripada saudara yang jauh”.

Akhirnya beta ingin mengambil kesempatan ini sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama dan kepada Kerajaan Negeri Sarawak pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, dan juga kepada rakyat Negeri Sarawak, di atas sambutan dan layanan yang baik dan mesra, yang diberikan kepada beta dan rombongan.

Lawatan ini akan menjadi kenangan manis kepada beta berdua

dan akan diabadikan dalam sejarah hubungan Negara Brunei Darussalam dengan Negeri Sarawak.

Beta berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga Tuan

Yang Terutama dan Yang Amat Berbahagia Datuk Patinggi Hajjah Rosmiati, akan sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, dan semoga rakyat dan Negeri Sarawak akan sentiasa makmur dan sejahtera.

Page 91: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

79Titah 201279

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 92: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201280 80

Titah Semasa Keberangkatan Ke Mukim Bokok Dan Amo, Temburong

Pada Hari Selasa, 4 April 1989

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammmad Sallallahu Alaihi

Wasallam, sahabat-sahabat dan pengikut Baginda yang setia lagi jujur sepanjang zaman.

Kita sangat bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin serta rahmat-Nya jua, beta dapat melawat mukim ini, yang merupakan mukim pertama beta lawati dalam siri menemui rakyat pada tahun ini.

Sebagaimana jua lawatan-lawatan kita ke mukim-mukim pada masa-masa yang lalu, lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat secara lebih dekat perkembangan dan kemajuan di Mukim Bokok dan Amo ini. Di samping itu kita juga sukacita akan mendengar dan mengetahui apa jua kesulitan serta masalah yang dihadapi oleh rakyat dan penduduk di kedua-dua mukim ini.

Dalam lawatan kita ke mukim-mukim, kita sentiasa menekankan peri mustahaknya peranan ketua-ketua kampung dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan penduduk-penduduk mukim dan kampung. Penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung adalah pemimpin-pemimpin dan seharusnya menjalankan peranan serta tanggungjawab mereka dengan sifat-sifat kepimpinan, yang mana di antaranya ialah sentiasa memedulikan hal-ehwal kebajikan. Peranan serta tanggungjawab dengan sifat sedemikian itu adalah sangat penting demi mengekalkan hubungan baik sesama penduduk dan hubungan penduduk dengan kerajaan kita.

Page 93: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

81Titah 201281

Oleh itu, dalam kesempatan ini kita ingin mengingatkan kepada seluruh rakyat supaya pada masa-masa yang akan datang, apabila tiba masanya untuk mengisi jawatan ketua kampung atau ketua rumah maka mereka hendaklah lebih berhati-hati memilih bakal ketua kampung atau ketua rumah supaya calon yang dipilih itu nanti benar-benar merupakan pemimpin di kalangan mereka, iaitu orang-orang yang akan menjadi penghubung antara rakyat dengan pihak-pihak dalam kerajaan kita, dengan sifat dan pembawaan yang disegani oleh kesemua pihak bagi membantu menghuraikan masalah atau kesulitan yang sama-sama dihadapi oleh pihak-pihak kerajaan dan rakyat dari semasa ke semasa. Mereka yang sedemikian itu bukan semestinya dari kalangan yang hanya pintar bercakap.

Rakyat dan penduduk di seluruh negara hendaknya sentiasa memahami hasrat utama kerajaan beta iaitu memelihara keamanan serta ketenteraman. Kerjasama dan sokongan semua lapisan rakyat dan penduduk kepada kita dan kerajaan kita telah membolehkan kita semua hidup dalam aman dan sejahtera dengan penuh persefahaman pada mengikhtiarkan perkara-perkara yang berkebajikan. Kerana itu mustahaklah sokongan dan kerjasama yang sudah diberikan kepada kita dan kerajaan beta akan terus dipelihara, dikembangkan dan seterusnya dihindarkan dari sebarang gangguan.

Mengenai rakyat dan penduduk di daerah ini yang terdiri dari berbagai puak dan ada di antaranya yang masih belum beragama atau sudah beragama lain dari agama Islam, kita gembira kerana mereka dapat hidup dalam suasana saling hormat-menghormati. Perbezaan agama memang tidak seharusnya menjadikan orang berpecah-belah dan bemusuhan. Dalam pada itu kita ingin menegaskan bahawa oleh kerana agama Islam adalah agama rasmi negara, kerajaan kita telah mengusahakan pengembangannya, yakni supaya ia dianuti ataupun sekurang-kurangnya difahami sebagai agama yang menganjurkan untuk hidup aman, taat lagi setia kepada raja dan negara. Semoga dengan pengembangan agama Islam sedemikian itu seluruh rakyat dan penduduk dapat mengekalkan corak negara ini dan sentiasa bersatu padu serta bersefahaman yang diredai oleh Allah Subhanahu Wataala.

Page 94: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201282 82

Mengenai perkembangan kemajuan di daerah ini, khasnya di Mukim Bokok dan Amo, kita ingin mengingatkan bahawa sebarang usaha mengenainya adalah bagi faedah rakyat dan penduduk. Dalam hal ini, patutlah diberi perhatian supaya perlaksanaan projek-projek kemajuan akan sentiasa mengambil kira kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk, yakni jangan sampai ada yang terjejas secara tidak berpatutan akibat adanya perusahaan-perusahaan seperti quari dan sebagainya. Pihak-pihak swasta hendaklah turut mengambil berat akan sungutan-sungutan orang ramai sekiranya perusahaan mereka menjejaskan kesejahteraan sebilangan dari penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat.

Akhirnya, beta sukacita mengingatkan seluruh rakyat dan penduduk khususnya di daerah ini, dan seluruh rakyat amnya, supaya akan terus meningkatkan lagi semangat persefahaman dan saling bekerjasama serta saling hormat-menghormati antara penghulu, ketua kampung, ketua rumah dan rakyat serta penduduk dengan Pegawai Daerah dan pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di daerah ini. Dengan semangat persefahaman dan kerjasama yang saling hormat-menghormati itu, kita percaya daerah ini akan terus mencapai kemajuan, dan segenap lapisan rakyat serta penduduk sentiasa hidup aman dan sejahtera.

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 95: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

83Titah 201283

Titah Sempena Menyambut Hari Raya AidilfitriTahun Masihi 1989

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur kepada Allah Subhanahu Wataala, selawat serta salam kepada junjungan kita

Nabi Muhammmad Sallallahu Alaihi Wasallam, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Kita amat bersyukur kerana telah sempurna menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan dan akan meraikan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana negara kita yang aman tenteram.

Ibadat puasa yang ditunaikan dengan sempurna sudah setentunya mendekatkan kita kepada salah satu ajaran yang utama dalam agama kita, iaitu untuk hidup bahagia dan tenteram. Kawalan ke atas kehendak hawa nafsu dalam tempoh yang ditentukan sewaktu berpuasa adalah merupakan disiplin diri yang boleh melahirkan masyarakat yang tabah, tekun dan waspada. Tabah menghadapi ujian, tekun mencapai kecemerlangan, waspada terhadap sesuatu yang merosakkan. Kesemuanya itu adalah sifat-sifat yang terpuji dan tepat sekali untuk memperkuatkan lagi keazaman bangsa yang kita merdeka bagi menempuh masa depannya.

Dengan menyambut hari raya ini dalam suasana yang aman tenteram membolehkan setiap lapisan masyarakat dapat bergembira, lapang dada sambil saling bermaaf-maafan di kalangan keluarga dan di kalangan handai taulan. Kesemuanya itu adalah nilai-nilai hidup yang dihargai dan diperlukan dalam memupuk semangat perpaduan bagi tujuan-tujuan yang diredai Allah Subhanahu Wataala.

Kerana itu, dalam melahirkan apa jua corak kegembiraan dalam menyambut hari raya ini hendaknya akan tetap bersesuaian dengan

Page 96: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201284 84

tradisi yang tidak menyalahi hukum-hukum Allah, yakni meraikannya dengan cara yang berpatutan, terlepas daripada amalan-amalan yang mendatangkan bahaya ke atas anggota tubuh badan, jiwa dan harta benda.

Dan hendaknya juga kegembiraan hari raya ini akan dirasai sama oleh orang-orang yang kurang bernasib baik seperti orang-orang tua yang sudah lanjut usia, orang-orang cacat dan anak-anak yatim. Mereka perlu mendapat perhatian, bukan setakat bermusim malah pemedulian yang berterusan. Dalam hal ini, kita bersyukur he hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana masyarakat kita sentiasa memedulikan mereka yang kurang bernasib baik itu. Itu tandanya kita tetap memelihara dan mengamalkan tradisi tidak ‘camah mata’ melihat orang-orang yang susah dan menderita disebabkan oleh sesuatu perkara yang di luar kehendak mereka.

Sesungguhnya bangsa kita adalah mempunyai nilai dan tradisi kemasyarakatan yang luhur. Dengan kemajuan zaman, di mana kita mendapat rahmat berupa kesenangan dan kemudahan, hendaknya nilai dan tradisi yang luhur itu tetap terpelihara dan dikembangkan. Menerusinya, insya-Allah, kita berharap akan mengekalkan suasana negara yang aman tenteram bagi kebajikan dan kesejahteraan segenap rakyat dan penduduk serta sekalian isi di dalamnya.

Akhirnya, sempena sukut baik di hari raya yang berkat ini, beta dan keluarga beta dengan ikhlas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Allah Subhanahu Wataala sentiasa merahmati dan mendorongkan kita sekalian ke arah hidup bahagia, aman dan sejahtera dengan beroleh keredaan-Nya jua.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahi Hamd.

Sekian, Wabillahit Taufiq Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 97: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

85Titah 201285

Titah Di Majlis PersantapanSempena Ulangtahun Ke-28 Penubuhan ABDB

Di Berakas Garison Pada 7 JunDan Tutong Garison Pada 8 Jun 1989

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian tertentu itu bagi Allah Subhanahu Wataala jua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammmad

Sallallahu Alaihi Wasallam, serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang taat lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Kita merasa sukacita dan penuh gembira kerana pada kesempatan ini, kita sekali lagi meraikan hari ulangtahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada tahun ini. Kita tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua anggota dan pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di semua peringkat atas pelaksanaan tugas-tugas yang cemerlang, penuh dedikasi, amanah, jujur dan berperaturan sepanjang tahun kebelakangan ini. Kita juga berpuas hati dimaklumkan bahawa terdapat di dalam segenap bidang kegiatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei satu semangat yang ingin berusaha dengan tekun dan berdisiplin bagi membaiki di semua peringkat pencapaian kemajuan yang positif dan berterusan bagi meningkatkan lagi perkhidmatan kepada bangsa, agama dan negara ini. Kita percaya dengan sikap yang sentiasa taat, setia, jujur dan berdisiplin itu, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan terus menjadi sumber yang sentiasa dapat memberikan sandaran yang berkebajikan kepada kemantapan sosial dan politik di negara ini. Kekukuhan asas yang lahir daripada sikap ini akan pula menimbulkan kesinambungan di dalam keyakinan masyarakat yang amat penting itu, bagi menguatkan lagi usaha untuk memupuk keamanan, keharmonian dan kemakmuran di negara yang tercinta ini.

Page 98: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201286 86

Daripada penilaian kita tentang berbagai kegiatan angkatan bersenjata, tahun yang baru ini adalah tahun yang sibuk dan penuh cabaran bagi angkatan bersenjata. Perancangan di dalam perkembangan yang terbaru dan terbesar bagi mendapatkan alat-alat kelengkapan ‘State of the Art of Technology’ di segi pesawat terbang jet, pesawat pengawal perairan, kapal ronda laut dan pesawat terbang latihan, akan memberikan satu kemampuan deterent yang unggul yang sukar dicabar, dan dapat pula menandingi kelengkapan-kelengkapan pertahanan yang terdapat di negara-negara jiran tetangga di rantau ini. Pengenalan alat-alat kelengkapan yang baru dan sophisticated seperti ini, akan membawa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke ambang satu era baru yang sangat bersejarah di dalam peningkatan dan keberkesanan peranan angkatan bersenjata mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara ini. Dapatlah juga diperkatakan bahawa perkembangan yang terbaru ini sebagai mencerminkan satu lagi titik tolak yang ‘crucial’ di dalam menempatkan negara ini di atas kakinya sendiri, sesuai dengan hasrat pada meningkatkan usaha dalam menuju ‘self-reliance’ yang dicita-citakan. Ini adalah satu cabaran yang patut dikenali dan diamat-amati oleh semua anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Mereka haruslah peka akan kehendak-kehendak perubahan dan cita-cita kebangsaan ini kerana dengan sikap yang ingin tahu, ingin belajar dan berbakti, yang disertai dengan sikap sentiasa berdisiplin dan menurut peraturan, segala penglibatan semua anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di tiap peringkat itu akan dapat menyediakan asas yang kukuh bagi mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka yang sentiasa bertambah dan berubah.

Di dalam kesempatan ini, kita sukacita menyeru kepada semua anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei supaya menghadapi cabaran yang baru ini dengan penuh tabah dan cekal, di samping sentiasa meningkatkan lagi khidmat usaha mereka membaiki diri sendiri dan mengorak langkah bagi menambah ilmu pengetahuan dan kelayakan yang dikehendaki bagi meningkatkan lagi penggunaan dan pemeliharaan alat-alat kelengkapan yang ada dengan sebaik-baiknya dan mempergunakan diri dalam persediaan menerima alat-alat kelengkapan yang baru dan moden di masa akan datang.

Page 99: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

87Titah 201287

Kita juga sukacita mengulangi kembali seruan yang kita buat dua tahun yang lalu kepada semua rakyat di negara ini bahawa pertahanan dan keselamatan negara ini tidaklah semata-mata dipikul oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, malah setiap rakyat yang sihat dan dikira dewasa mempunyai tanggungjawab bersama di dalam usaha membantu dan memelihara serta mempertingkatkan lagi pertahanan dan keselamatan negara ini sesuai dengan kemampuan-kemampuannya.

Sekali lagi, kita dengan ikhlas jua mengucapkan setinggi tahniah kepada semua anggota dan pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di sat-saat hari ulangtahunnya ke-28 ini.

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 100: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201288 88

Titah Sempena Lawatan Ke Jabatan Kerja RayaDan Jabatan Kemajuan Perumahan

Pada 21 Jun 1989

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala jua, seru sekalian alam, selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi

Muhammmad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ke atas keluarga, kaum kerabat Baginda, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana kita dapat berjumpa sekali lagi dalam siri lawatan kita ke pejabat-pejabat kerajaan. Pada kali ini, kita sengaja memilih jabatan-jabatan yang banyak berhubung dengan orang ramai dan dihubungi oleh orang ramai termasuklah kedua-dua buah jabatan ini. Ini disebabkan akan perihalnya kebanyakan sungutan-sungutan dan aduan-aduan dari orang ramai ada kaitannya dengan jabatan-jabatan yang sentiasa dihubungi oleh orang ramai, yang mana ada di antara jabatan-jabatan yang berkenaan kurang memberikan layanan yang baik dan memuaskan.

Di dalam lawatan ini, kita ingin lagi mengingatkan kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan akan peri mustahaknya supaya pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan sentiasa memberikan perkhidmatan yang cekap dan bersungguh-sungguh serta memberikan layanan yang baik dan bersopan-santun kepada orang ramai yang berhubung dengan jabatan masing-masing.

Dalam ertikata yang lain, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan hendaklah sentiasa memberikan pemedulian kepada orang ramai dengan mengamalkan sikap tidak ‘camah mata’ dan ‘berat mulut’ apabila melihat orang ramai datang ke pejabat-pejabat mereka bagi mendapatkan sesuatu penerangan ataupun

Page 101: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

89Titah 201289

perkhidmatan. Apa yang kita kehendaki di sini ialah supaya setiap pegawai dan kakitangan akan bertindak serta-merta memberikan penerangan ataupun menunjukkan ke arah mana seharusnya orang ramai menuju ke bahagian-bahagian jabatan mereka apabila mereka ternampak orang awam datang ke pejabat mereka, bukannya dengan membiarkan orang berkenaan mundar-mandir dan dalam keadaan serba salah.

Di dalam memberikan perkhidmatan yang baik dan memuaskan kepada orang ramai, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan hendaklah sentiasa mengingatkan diri mereka bahawa tujuan mereka untuk bekerja dengan kerajaan bukanlah semata-mata untuk memenuhi keperluan mereka bagi mendapatkan sebarang pekerjaan, akan tetapi mereka juga adalah bertanggungjawab kepada orang ramai dan masyarakat untuk memberikan perkhidmatan yang cekap lagi memuaskan.

Kita juga ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada jabatan-jabatan teknikal dalam kerajaan, iaitu seperti Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Kemajuan Perumahan, yang diamanahkan untuk mengawasi projek-projek dan kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor-kontraktor yang mana biasanya menelan belanja berjuta-juta ringgit, supaya memastikan pegawai-pegawai yang bertugas untuk mengawasi projek-projek dan kerja-kerja yang tersebut, tidak mengabai-abaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dalam mengawasi kerja-kerja yang dibuat oleh kontraktor-kontraktor.

Mereka mestilah memastikan dengan rapi bahawa kontraktor-kontraktor membuat kerja-kerja mereka dengan mematuhi dan mengikut ‘specification’ yang telah ditetapkan dalam kontrak.

Sempena dengan lawatan ini, kita berharap jabatan-jabatan kerajaan, khususnya pegawai-pegawai dan kakitangan yang berkenaan, akan mengkaji semula susunan dan perjalanan pentadbiran di jabatan masing-masing, khususnya dalam membuat sebarang keputusan terhadap permohonan orang ramai dengan

Page 102: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201290 90

secepat yang mungkin dan seterusnya untuk mempertingkatkan lagi layanan-layanan dan pemedulian yang diberikan kepada orang ramai yang datang berhubung dengan jabatan masing-masing.

Sekian, Wabillahit Taufiq Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 103: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

91Titah 201291

Titah Di Majlis Perasmian Mesyuarat Ke-22Menteri-Menteri Luar ASEAN

Di Pusat Persidangan Antarabangsa, BerakasPada 3 Julai 1989

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala jua, seru sekalian alam, selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi

Muhammmad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ke atas keluarga, kaum kerabat Baginda, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Tuan-tuan Yang Terutama, para perwakilan, tuan-tuan dan puan-puan.

Terlebih dahulu beta sukacita mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan Tuan-tuan Yang Terutama, para perwakilan ke Negara Brunei Darussalam.

Beta dengan penuh ikhlas berharap agar kunjungan tuan-tuan ke Negara Brunei Darussalam akan menjadi kenangan manis.

Sejak penubuhan ASEAN 22 tahun yang lalu, perubahan-perubahan dan perkembangan telah berlaku di rantau kita. Pengurangan ketegangan di kalangan kuasa-kuasa besar semakin menggalakkan seperti yang dilihat melalui Sidang Puncak Sino-Soviet baru-baru ini. Inisiatif ke arah keamanan telah mempercepatkan usaha-usaha oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan lain-lain pertubuhan serantau bagi menyelesaikan masalah-masalah yang mana dalam dekad yang lalu menampakkan ianya tidak mungkin dapat diselesaikan.

Di Afghanistan, pihak Russia telah mengundurkan tentera-tenteranya sungguhpun kedamaian politik yang berkekalan

Page 104: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201292 92

belum tercapai. Di Namibia, syarat-syarat bagi penyelesaian telah dipersetujui. Peperangan Iran-Iraq telah berhenti dan proses pemulihan diteruskan. Di rantau kita sendiri, usaha-usaha oleh ASEAN untuk menyelesaikan masalah Kampuchea berterusan. Proses JIM telah membantu keempat-empat pihak yang bertikai untuk bermesyuarat ke arah menyelesaikan masalah ini.

Prospek bagi penyelesaian adalah lebih cerah dari sebelumnya. Beta yakin bahawa dengan adanya usaha yang lebih gigih oleh kesemua pihak, masalah Kampuchea akan dapat diselesaikan yang mana usaha-usaha akan dapat ditumpukan ke arah menjadikan rantau ini dari sebuah ‘rantau yang bergolak’ kepada sebuah rantau yang aman bagi perkembangan ekonomi dan kerjasama.

Di bidang ekonomi, dunia sedang menuju ke arah penubuhan blok perdagangan dan perlindungan perdagangan. Adalah amat mustahak mewujudkan satu suasana politik yang aman, kerjasama ekonomi juga harus dilahirkan supaya dapat mewujudkan suasana perdagangan yang bebas dan adil. Jika keadaan ekonomi itu suatu konfrantasi maka suasana kedamaian politik yang ‘fragile’ akan terancam yang berkemungkinan membawa akibat-akibat yang buruk.

Secara kolektif, keenam-enam negara anggota ASEAN yang ada sekarang mesti memasuki satu era baru kerjasama di kalangan ASEAN secara meluas khususnya di dalam bidang-bidang ekonomi. Bidang-bidang kerjasama ekonomi yang sebelum ini lazimnya tidak diendahkan akan setentunya menjadi satu yang amat mustahak ekoran situasi dunia yang lebih tenang dan kesan perdagangan serantau yang berkembang. Terdapat dua segi dalam kerjasama ekonomi ASEAN. Melalui dasr-dasar yang bijaksana, ASEAN perlulah menghindar aspek-aspek dalaman dalam kerja-kerja ekonominya dari menjadi kepada pertikaian ekonomi dalam apa bentuk jua pun. Inisiatif baru mestilah dibuat dan diteruskan dalam perdagangan, pelaburan dan lain-lain bidang dalam kerjasama di kalangan ASEAN. Dalam masa yang sama, usaha-usaha hendaklah ditekankan dalam menyelaras

Page 105: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

93Titah 201293

dan mengharmonikan ekonomi ASEAN. Di lain pihak pula, aspek-aspek luar kerjasama ekonomi ASEAN akan dapat menyatupadukan ASEAN secara kolektif dalam urusan ekonomi yang lebih maju.

Ini bererti peningkatan-peningkatan yang baru dalam kerjasama ASEAN amat penting diwujudkan di tengah-tengah trend ekonomi dunia yang lemah. Dunia sedang menghadapi perkembangan ekonomi yang lembab akibat kelembapan dalam perdagangan antarabangsa. Yang lebih memburukkan keadaan adalah ancaman-ancaman perlindungan perdagangan, ketidakstabilan nilai matawang dan kadar-kadar faedah yang semakin meningkat. Kesemua ini memerlukan perpaduan ASEAN yang lebih kukuh. Sebagai suatu kawasan yang dianggap rantau yang paling progresif, ia menekankan perlunya satu komitmen politik yang kukuh dalam melipatgandakan usaha-usaha ASEAN.

Beta merasa sukacita pada mengetahui yang berbagai jawatankuasa ASEAN telah mula melaksanakan secara progresif terhadap keputusan-keputusan yang diambil di Sidang Puncak Ketua-ketua Kerajaan ASEAN di Manila pada tahun 1987.

Tuan-tuan Yang Terutama,

Iklim politik dan ekonomi yang ada sekarang adalah suatu cabaran dan kesempatan bagi ASEAN sebagai sebuah pertumbuhan serantau. ASEAN merupakan tulang belakang bagi kestabilan dan keharmonian rantau ini. Ianya menekankan prinsip kejiranan yang baik di kalangan negara-negara anggota. Ia adalah sumber kekuatan dan perpaduan dalam menghadapi berbagai cabaran. Oleh yang demikian ia adalah satu pertubuhan serantau yang amat penting. Bagi memastikan kita semua terus berada dalam rantau yang aman, penglibatan yang berterusan terhadap ASEAN hendaklah ditanamkan kepada semua masyarakat ASEAN terutama generasi yang akan datang. Itulah salah satu tugas kita.

Page 106: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201294 94

Generasi muda adalah golongan yang akan mengambil-alih tanggungjawab memimpin. Berbagai rancangan untuk belia perlulah diwujudkan di semua peringkat. Melalui pengalaman mereka bekerja antara satu dengan lain, generasi muda kita akan dapat mula membina dari awal-awal asas-asas hubungan kejiranan yang berlandaskan konsep persahabatan, saling mempercayai dan berkeyakinan. Dengan cara ini, komitmen terhadap ASEAN akan dapat diperbaharui dan diwariskan kepada generasi yang akan datang, ia akan dapat memastikan kestabilan yang berterusan di rantau ini.

Tuan-tuan Yang Terutama,

Beta penuh yakin, tugas tuan-tuan dalam mesyuarat ini adalah mencabar. Akan tetapi beta yakin tuan-tuan berkeupayaan untuk menghadapi tugas-tugas itu secara konstruktif dan beta mendoakan kejayaan tuan-tuan dalam semua perbincangan.

Dengan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim, beta merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Ke-22.

Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 107: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

95Titah 201295

Titah Di Majlis Istiadat Mengadap BersempenaUlangtahun Hari Keputeraan Yang Ke-43 Tahun

Di Balai Singgahsana, Istana Nurul Iman,Bandar Seri Begawan

Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala jua, seru sekalian alam, selawat serta salam ke atas junjungan

kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, dan ke atas keluarga, kaum kerabat Baginda, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan rahmat dan izin-Nya jua, membolehkan kita sekali lagi hadir beramai-ramai di istiadat yang permai, di pagi yang mulia ini. Beta dengan tulus ikhlas ingin mengucapkan terima kasih dan sukacita mencatatkan penghargaan kepada semua dif-dif yang hadir dan semua pihak yang berkenaan yang telah menghantar utusan-utusan ucap selamat sempena perayaan ini. Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan balasan yang seimbang di atas ingatan baik dari semua pihak yang berkenaan itu.

Dalam tempoh setahun yang lalu, dengan izin Allah Subhanahu Wataala jua, kita telah dapat menikmati suasana aman dan tenteram yang telah membolehkan kita melaksanakan dan meneruskan lagi berbagai usaha dan rancangan bagi kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini. Semoga suasana ini akan terus dikekalkan pada membolehkan kita melaksanakan dan mempergiatkan lagi usaha-usaha berkebajikan di masa akan datang.

Perkembangan dan kemajuan yang telah kita nikmati itu adalah

juga hasil dari kerjasama rakyat dan penduduk negara ini yang telah mengamal dan mengekalkan suasana hidup bersatu padu, hormat-

Page 108: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201296 96

menghormati dan faham-memahami. Dalam ertikata yang lain, kita di negara ini selama ini dapat berbangga dengan wujudnya sebuah masyarakat atau bangsa yang telah dapat menanai ciri-ciri sebuah bangsa yang kukuh, maju dan dinamik.

Keadaan ini telah juga dapat kita capai kerana kita mempunyai sistem masyarakat yang berteraskan ciri-ciri kebruneian dan bersendikan kepada ajaran agama Islam yang telah kita warisi dan amalkan. Ciri-ciri kehidupan inilah yang perlu kita pelihara dan teruskan bagi menjamin kekukuhan bangsa kita, lebih-lebih lagi dalam menghadapi arus kemajuan dan cabaran-cabaran di masa akan datang.

Kita haruslah berwaspada supaya ciri-ciri kehidupan sebuah bangsa yang kukuh dan bersatu padu itu tidak akan digugat oleh apa juga bentuk pengaruh, baik yang datang dari dalam mahupun dari luar. Adalah menjadi kewajipan setiap rakyat dan penduduk negara ini mengekalkan kehidupan kita sebagai sebuah keluarga yang besar yang sentiasa mengambil berat terhadap apa jua yang belaku di sekeliling kita dan bukan mengamalkan sikap bernafsu-nafsi.

Tanggungjawab ini semakin bertambah berat lagi pada masa ini kerana Negara Brunei Darussalam mempunyai lebih dari 50 peratus penduduknya di bawah umur 20 tahun. Menyedari akan hakikat ini, beta telah menekankan akan pentingnya peranan belia-belia pada masa ini yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang yang akan bertanggungjawab bagi meneruskan usaha-usaha di semua bidang terutama dalam menjamin supaya suasana keamanan dan ketenteraman akan tetap terpelihara serta kemakmuran negara, kesejahteraan rakyat dan penduduknya akan berlanjutan dan terus dapat dinikmati di masa akan datang.

Untuk memastikan harapan ini menjadi suatu kenyataan, belia-belia pada masa ini hendaklah mempunyai sikap yang positif iaitu sikap “dedicated” dan “commited” kepada tanggungjawab dan tugas

Page 109: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

97Titah 201297

masing-masing sama ada selaku penuntut mahupun pekerja, dan sentiasa menanamkan sikap untuk ingin maju dan memperbaiki diri sendiri menerusi peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan.

Tanggungjawab pada membentuk dan mengekalkan sebuah bangsa yang kukuh dan bersatu padu ini adalah berat dan dari itu adalah wajar dipikul oleh segenap pihak yang berkenaan dan semua institusi sosial dalam masyarakat kita. Adalah menjadi tanggungjawab utama kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka dengan didikan yang sempurna dan mengawasi kegiatan mereka supaya tidak terjerumus ke bidang-bidang yang tidak diingini. Guru-guru memainkan peranan yang penting bukan sahaja untuk mengajar tetapi juga untuk mendidik nilai-nilai yang murni dan mendisiplinkan penuntut-penuntut bagi melahirkan satu generasi yang penuh berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap bangsa, negara, raja dan agamanya.

Agensi-agensi kerajaan juga bertanggungjawab pada membimbing belia-belia melalui kegiatan-kegiatan dan rancangan-rancangan yang bermakna dengan memberikan kemudahan-kemudahan yang tertentu bagi mengisikan masa lapang belia-belia pada menjamin masa mereka akan dapat dipenuhi dengan kegiatan-kegiatan bermanfaat yang akan dapat membentuk belia yang penuh bertanggungjawab.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk dan tenaga manusia yang kecil, kita bertanggungjawab untuk mengembangkan potensi setiap individu di negara ini dalam bidang yang berguna dan kita tidak mampu untuk melihat sebarang pembaziran kepada tenaga manusia yang ada. Hanya dengan wujudnya dan terjaminnya pendidikan dan bimbingan serta ketahanan generasi muda pada masa ini, maka kita akan dapat memastikan suasana keamanan dan ketenteraman yang berkekalan dan meningkatkan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat dan penduduknya.

Beralih ke bidang hubungan antarabangsa, kita sentiasa mempunyai keyakinan untuk terus mengorak langkah yang bersesuaian dengan keupayaan dan kepentingan kita. Kejayaan

Page 110: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 201298 98

Negara Brunei Darussalam dalam mengendalikan Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN dan Post-Ministerial Conferences baru-baru ini, menunjukkan bahawa kita mampu memikul tanggungjawab selaku anggota masyarakat antarabangsa khasnya selaku negara anggota ASEAN. Berkaitan dengan keyakinan kita untuk memainkan peranan yang sewajarnya di arena antarabangsa, tumpuan utama untuk Negara Brunei Darussalam adalah tetap dengan ASEAN selaku “corner-stone” dasar luar kita. Kita akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala Negara Brunei Darussalam dengan negara-negara ASEAN lainnya dan meningkatkan kegiatan kita di dalam forum ASEAN.

Lawatan negara beta ke Thailand pada tahun lalu serta ke Sarawak, Malaysia pada awal tahun ini bermaksud untuk menitikberatkan kepentingan kita terhadap jiran-jiran kita. Sehubungan dengan ini, beta juga merasa gembira dengan berlangsungnya mesyuarat dua hala antara Malaysia dengan Negara Brunei Darussalam pada bulan Mei yang lalu yang menunjukkan tahap kesepakatan dan mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara-negara lain beta telah mengadakan lawatan ke Bahrain dan Maghribi pada tahun lalu.

Beta percaya bahawa perkembangan di bidang hubungan luar kita akan meningkatkan lagi peranan Negara Brunei Darussalam selaku anggota masyarakat antarabangsa demi kepentingan negara kita.

Kedudukan ekonomi dunia khususnya kedudukan harga minyak pada masa ini, telah mengurangkan hasil pendapatan negara. Walau bagaimanapun, menyedari akan hakikat ini, kita telah dapat mengatur dengan rapi dan mengawal perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan bukan sahaja untuk mengelakkan pembaziran tetapi bagi mendapatkan manfaat yang maksima kepada rakyat di negara ini.

Dalam hubungan ini kerajaan sedang berusaha untuk mengemaskinikan sistem belanjawan sekarang kepada satu sistem, belanjawan yang realistik yang mengutamakan pengiraan pendapatan kerajaan terlebih dahulu sebelum sesebuah kementerian atau jabatan dalam kerajaan mengemukakan rang belanjawan

Page 111: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

99Titah 201299

masing-masing. Oleh itu adalah penting yang proses menyediakan rang belanjawan itu diselaraskan dari awal-awal lagi dengan jumlah anggaran peruntukan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan mengikut keadaan anggaran pendapatan kerajaan.

Sistem belanjawan yang realistik ini bukan saja bertujuan untuk mengelakkan cadangan-cadangan belanjawan yang “ambitious” serta berlebih-lebihan malahan juga membolehkan sesebuah kementerian dan jabatan itu mengatur rancangan perbelanjaan masing-masing menurut prioritinya selaras dengan had jumlah anggaran perbelanjaan yang diperuntukkan.

Melalui proses belanjawan yang realistik ini, sesebuah kementerian dan jabatan mestilah berhati-hati dan menjimatkan perbelanjaan masing-masing, terutamanya dalam mengawal kos-kos projek supaya sesuatu anggaran kos itu akan sentiasa mengikut prioriti belanjawan masing-masing yakni bukan hanya dirancang tanpa menimbangkan akibat-akibat buruk ke atas kos dan belanjawan sesebuah kementerian atau jabatan itu. Kawalan kos itu seharusnya akan dapat pula meningkatkan kualiti projek-projek berkenaan.

Dalam melaksanakan projek-projek yang dirancangkan, kita sudah tentu terus mengutamakan pemikiran supaya rakyat tempatan akan dapat secara peraturan-peraturan tertentu memperolehi peluang membuat kerja-kerja dan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan projek-projek itu. Dengan cara itu, negara ini akan dapat menambah dan meningkatkan “kumpulan” pendapatan serta kepakaran, pengalaman dan pekerjaan negara (national capital stock).

Berkaitan dengan ini, pemilihan dan pemberian kerja-kerja kontrak perkhidmatan mestilah juga dibuat secara berhati-hati supaya jika difikirkan perlu menggunakan kontraktor-kontraktor dan firma-firma dari luar negeri, mereka itu mestilah yang benar-benar mempunyai track-record yang baik serta mempunyai pejabat di negara ini. Adalah juga mustahak untuk mengambil kira yang firma-firma itu memberi peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak

Page 112: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012100 100

tempatan, iaitu sebagai sumbangan mereka kepada pembangunan negara ini serta bagi menjamin kesejahteraan jangka panjang sosio-ekonomi rakyat dan negara ini.

Sebagai langkah ke arah mempelbagaikan ekonomi negara khasnya ke arah memperkembangkan pertumbuhan industri di negara ini kita telah menubuhkan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama pada awal tahun ini.

Dalam hubungan ini pihak kerajaan dan rakyat pada keseluruhannya hendaklah mempunyai pandangan dan cita-cita yang sama, bersatu dalam usaha untuk memberikan “commitment” sepenuhnya dan menyatukan usaha-usaha yang berkaitan dalam memelihara kedudukan negara ini dari segi keselamatan, kepercayaan dan persaingan yang hendak diberikan kepada pelabur-pelabur secara berterusan.

Beta percaya Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama pada masa ini sedang giat meneliti dasar-dasar yang berkaitan dengan usaha mengembangkan bidang perindustrian serta menyesuaikan dengan matlamat kerajaan. Kita telah dapat mengenalpasti empat kategori kegiatan perindustrian iaitu perindustrian yang mirip kepada keselamatan kebangsaan; perindustrian yang bergantung kepada sember-sumber utama tempatan; perindustrian untuk pasaran tempatan dan perindustrian untuk eksport.

Sekali lagi beta ingin menegaskan bahawa dalam usaha untuk mencapai matlamat perindustrian di negara ini, ianya menghendaki koordinasi dan kerjasama dari semua kementerian, khususnya yang mengaitkan dengan dasar-dasar kerajaan terutama yang dapat membantu mempercepatkan proses memulakan sesuatu perusahaan dan seterusnya memajukannya.

Mengenai dengan projek-projek infrastruktur, kerajaan beta telah dapat melaksanakan sebahagian besar dari projek-projek yang telah dikenalpasti di dalam Rancangan Kemajuan Negara Ke-5, khasnya

Page 113: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

101Titah 2012101

yang melibatkan kemudahan-kemudahan awam dan termasuklah juga Rancangan Kemajuan Perumahan. Walau bagaimanapun, kerajaan akan sentiasa juga meneliti rancangan-rancangan yang dicadangkan itu dari semasa ke semasa dan hanya akan melaksanakan sesuatu rancangan itu menurut keutamaannya.

Di bidang pelajaran dan pendidikan, kita merasa gembira bahawa Universiti Brunei Darussalam pada tahun ini telah pun mengeluarkan graduan-graduan pertamanya dan begitupun juga dengan Maktab Jururawat. Adalah diharapkan supaya sikap suka membaca akan dapat membantu pencapaian perkembangan intelek yang positif di kalangan pelajar-pelajar di peringkat rendah.

Dalam usaha untuk menjamin sebilangan tenaga manusia yang diperluaskan bagi negara ini di bidang-bidang profesional, maka Kementerian Pendidikan telah meneruskan penghantaran penuntut-penuntut di bidang perubatan, pergigian dan yang berkaitan dengan perubatan ke luar negeri. Seterusnya, bagi memenuhi keperluan di bidang vokasional pula, kerajaan telah pun merancang pembinaan dua buah lagi sekolah vokasional yang diharapkan akan dapat melatih pelajar-pelajar sekolah menengah yang lebih berminat di bidang ini bagi memberikan mereka kemahiran-kemahiran yang dapat digunakan di bidang pekerjaan.

Di bidang keagamaan pula, fahaman keagamaan yang sepakat dan sealiran yang kita amalkan selama ini menurut aliran Ahli Sunnah Wal-Jemaah, khasnya mazhab Imam Syafi’e, telah pun terbukti berupaya menghindarkan kita dari sebarang kekecuhan atau perselisihan dalam perkara-perkara keagamaan. Oleh yang demikian bagi maksud meneruskan persefahaman di kalangan sesama kita, khasnya di bidang agama, maka kesepakatan dan penyatuan mazhab agama itu mustahaklah jangan dibiarkan terjejas oleh sebarang percubaan bagi menonjolkan lain-lain fahaman atau aliran. Kerajaan beta akan terus mengambil berat dan sentiasa membuat langkah-langkah pada menjamin fahaman beragama yang sepakat dan bersatu aliran itu.

Page 114: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012102 102

Sebagai salah satu langkah ke arah peningkatan ilmu dan pencapaian Islam di negara ini, maka baharu-baharu ini Institut Pengajian Islam telah ditubuhkan yang merupakan pusat pengajian tinggi agama bagi faedah mengadakan kemudahan pelajaran di bidang agama yang dikendalikan dalam negeri ini sendiri. Adalah diharapkan institusi ini akan berupaya menjadi salah satu benteng kehidupan beragama yang sepakat dan sealiran untuk selama-lamanya.

Di bidang kebajikan pula, rancangan perkhidmatan pemulihan, bantuan dan bimbingan kepada golongan masyarakat yang kurang bernasib baik seperti orang-orang cacat, anak-anak yatim dan orang-orang tua adalah diteruskan menurut keupayaan. Dalam hubungan ini beta merasa gembira akan inisiatif dan kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh persatuan-persatuan kebajikan dan badan-badan swasta dalam sama-sama mendukung rancangan-rancangan pada membantu masyarakat yang kurang bernasib baik ini.

Pada menjamin bahawa rakyat dan penduduk di negara ini hidup dalam keadaan sihat, maka usaha-usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan telah pun diteruskan melalui kempen penjagaan kesihatan asasi untuk mencapai objektif ‘Kesihatan Untuk Semua Menjelang Tahun 2,000’. Salah satu aktiviti dalam rancangan ini ialah mengadakan Kempen Pencegahan Penyakit Jantung Koronari yang telah mendapat sambutan yang baik dari orang ramai.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan telah pun menyiapkan persediaan awal bagi penubuhan sebuah Makmal Kesihatan Awam yang akan dapat memberikan perkhidmatan penyelidikan makmal saintifik, bukan sahaja bagi Jabatan Kesihatan tetapi juga bagi kementerian atau pertubuhan-pertubuhan yang memerlukan perkhidmatan berkenaan.

Di bidang perhubungan pula, kerajaan telah menambah beberapa perkhidmatan kepada perjanjian perkhidmatan udara dengan beberapa buah negara dan usaha untuk merundingkan perjanjian perkhidmatan udara dengan negara-negara lain akan diteruskan

Page 115: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

103Titah 2012103

dengan giatnya lagi membolehkan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei memperkembangkan lagi perkhidmatannya. Sementara itu usaha-usaha untuk membaiki perkhidmatan-perkhidmatan lain sedang dilaksanakan.

Bagi memastikan keselamatan Negara Brunei Darussalam akan sentiasa terjamin dari sebarang ancaman maka rancangan-rancangan untuk memodenkan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah dilakukan dan usaha untuk meningkatkan kecekapan dan menambahkan pengalaman anggota-anggota sedang giat dilaksanakan.

Dalam usaha untuk mewujudkan imej kerajaan yang benar-benar memeduli rakyatnya, maka sikap pemedulian itu adalah sebenarnya digerakkan sendiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan. Oleh yang demikian beta sekali lagi ingin mengulangi supaya pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan akan sentiasa memberikan pemedulian kepada masalah dan sungutan-sungutan orang ramai dan bersikap senang dihubungi yakni “approachable”. Dengan cara ini kita juga akan dapat memahami secara dekat lagi kesulitan ataupun masalah-masalah yang mereka hadapi.

Kepada seluruh rakyat dan penduduk di negara ini, beta ingin menekankan supaya mereka akan dapat terus memberikan kerjasama kepada pihak yang berkenaan dalam menjaga keamanan dan ketenteraman negara, termasuklah pada memastikan supaya semua peraturan-peraturan dan undang-undang di negara ini dihormati dan dipatuhi.

Bagi mengakhiri ucapan ini, beta dengan ikhlas sukacita merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan kerajaan di atas perkhidmatan cemerlang yang diberikan dan berharap semoga mereka akan dapat meningkatkan lagi tahap kecemerlangan itu di masa-masa yang akan datang.

Kepada semua pegawai dan kakitangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei dan seluruh rakyat

Page 116: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012104 104

serta penduduk negara ini, beta ingin mencatatkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama mereka dalam mempertahankan keselamatan, memelihara keamanan dan ketenteraman negara. Beta seterusnya ingin menyatakan penghargaan kepada jawatankuasa-jawatankuasa perayaan di peringkat kebangsaan dan daerah, di atas penat-lelah mereka dalam menyusun dan melaksanakan rancangan-rancangan perayaan. Semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan ganjaran yang setimpal kepada mereka.

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 117: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

105Titah 2012105

Titah Di Daerah TemburongSempena Menyambut Ulangtahun

Hari Keputeraan Yang Ke-43 TahunPada Hari Isnin, 17 Julai 1989

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala jua, seru sekalian alam, selawat serta salam ke atas junjungan

kita Nabi Muhammmad Sallallahu Alaihi Wasallam, dan ke atas keluarga, kaum kerabat Baginda, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, di atas segala limpah rahmat-Nya jua yang mengizinkan kita hadir beramai-ramai di istiadat yang permai ini.

Dengan ikhlas, beta ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini yang telah berpenat-lelah menyusun berbagai acara sambutan perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan beta di daerah ini. Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan ganjaran yang setimpal kepada mereka semua.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana rakyat dan penduduk di daerah ini telah memberikan kerjasama yang erat kepada pihak-pihak berkenaan dalam memelihara keamanan dan ketenteraman. Kerjasama dan sokongan semua lapisan rakyat dan penduduk kepada kerajaan itu telah membolehkan perlaksanaan berbagai rancangan kemajuan negara serta rancangan-rancangan yang berkebajikan di daerah ini.

Dalam lawatan beta ke daerah ini iaitu ke Mukim Bokok dan Amo dalam bulan April yang lalu, beta telah dapat menyaksikan secara dekat lagi rancangan-rancangan kemajuan yang telah dilaksanakan

Page 118: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012106 106

di daerah ini. Begitupun juga beta telah berkesempatan mendengar beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di mukim-mukim berkenaan yang mana adalah dalam perhatian pihak kerajaan. Dalam menyediakan sesuatu rancangan kemajuan, pihak kerajaan biasanya akan meneliti dan melaksanakan rancangan-rancangan tersebut menurut keutamaannya dengan sentiasa mengambil kira akan kepentingan kesejahteraan rakyat dan penduduknya.

Sekali lagi beta berharap semoga rakyat dan penduduk di daerah ini akan terus dapat memelihara hubungan persefahaman dan kerjasama yang erat dengan pihak kerajaan dan supaya akan sentiasa berwaspada terhadap dakyah-dakyah yang boleh menjejaskan suasana keamanan dan ketenteraman yang sedang kita nikmati pada masa ini.

Bagi mengakhiri ucapan beta ini, beta ingin menyeru seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini, supaya akan terus memupuk semangat tolong-menolong, hormat-menghormati dan faham-memahami di antara satu dengan yang lain dan sentiasa memberikan kerjasama yang erat kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan di daerah ini, khususnya di dalam usaha-usaha dan rancangan yang berkebajikan.

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 119: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

107Titah 2012107

Titah Di Daerah BelaitSempena Menyambut Ulangtahun

Hari Keputeraan Yang Ke-43 TahunPada Hari Khamis, 20 Julai 1989

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala jua, seru sekalian alam, selawat serta salam ke atas junjungan besar kita

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul beramai-ramai pada pagi yang permai ini. Dengan perasaan tulus ikhlas, beta mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang berkenaan di daerah ini, di atas sumbangan buah fikiran dan tenaga bagi menyusun dan menjayakan beraneka jenis upacara untuk menyambut perayaan ulangtahun hari keputeraan beta yang ke-43. Semoga Allah Subhanahu Wataala memberikan ganjaran yang setimpal atas sumbangan yang berkebajikan itu.

Beta ingin menegaskan sekali lagi akan pentingnya masyarakat kita di negara ini untuk memperteguhkan lagi sistem kekeluargaan kita yang telah kita warisi yang selama ini telah dapat dengan jayanya menjadi salah satu faktor utama dalam menyatupadukan masyarakat kita sebagai sebuah bangsa yang kukuh dan dihormati.

Dengan bertambah kukuhnya perpaduan kita itu nanti maka kita akan bertambah yakin bahawa generasi muda yang di bawah bimbingan dan didikan kita akan dapat menjadi generasi yang bertanggungjawab dan penuh berdisiplin.

Page 120: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012108 108

Ke arah menjamin pembentukan masyarakat yang bertanggungjawab dan berdisiplin di masa akan datang, maka rakyat dan penduduk negara ini khasnya ibu bapa, guru-guru, pemimpin-pemimpin masyarakat dan pegawai-pegawai kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan generasi muda dan belia-belia pada masa ini menerima didikan dan bimbingan yang betul selaras dengan ciri-ciri kebruneian kita. Beta berharap pihak-pihak yang berkenaan akan dapat mengatur dan melaksanakan rancangan-rancangan yang bermanfaat bagi faedah belia-belia dan memastikan juga belia-belia tersebut tidak akan dipengaruhi oleh anasir-anasir yang tidak diingini.

Di bidang pembangunan, kerajaan beta telah dapat melaksanakan berbagai-bagai projek kemajuan yang kesemuanya adalah dihasratkan untuk membaiki lagi tahap kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini. Bagi Daerah Belait, sebanyak 164 buah rumah di bawah Rancangan Kemajuan Perumahan sedang dalam pembinaan di Kampung Pandan. Sementara itu, kerajaan juga sedang giat menimbangkan proses permohonan Skim Pengurniaan Tanah Kepada Rakyat Jati pada mana hampir 2,700 permohonan bagi seluruh negara telah pun diluluskan. Insya-Allah, pihak-pihak yang berkenaan akan terus memberikan perhatian kepada rancangan ini dan beta berharap pemohon-pemohon yang terlibat akan dapat bersabar pada menunggu giliran masing-masing.

Bagi mengakhiri ucapan beta ini, beta sekali lagi berharap semoga seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini, akan terus memberikan kerjasama yang erat kepada pihak kerajaan dan untuk menjalin hubungan hormat-mengormati dan faham-memahami dalam apa jua usaha berkebajikan demi untuk manfaat kita bersama.

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 121: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

109Titah 2012109

Titah Di Daerah TutongSempena Menyambut Ulangtahun

Hari Keputeraan Yang Ke-43 TahunPada Hari Selasa, 25 Julai 1989

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala jua, seru sekalian alam, selawat serta salam ke atas junjungan besar kita

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta kerabat, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas izin-Nya jua kita dapat hadir beramai-ramai sekali lagi di istiadat yang indah permai pada pagi ini.

Dengan perasaan tulus ikhlas, beta sukacita mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berkenaan di daerah ini yang telah menyumbangkan buah fikiran dan tenaga bagi menyusun rancangan-rancangan sempena perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan beta yang ke-43 bagi daerah ini. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala akan memberikan ganjaran yang setimpal kepada mereka.

Sebagaimana ucapan beta di Istiadat Mengadap bersempena Ulangtahun Hari Keputeraan beta di Istana Nurul Iman baru-baru ini, bahawa sebagai langkah ke arah mempelbagaikan ekonomi negara, khasnya ke arah memperkembangkan pertumbuhan industri di negara ini, kita telah menubuhkan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama pada awal tahun ini.

Dalam hubungan ini, adalah mustahak supaya kerajaan dan rakyat berganding bahu untuk memberikan komitmen sepenuhnya dan menyatukan usaha-usaha yang berkaitan dalam memelihara kedudukan negara ini dari segi keselamatan, kestabilan dan

Page 122: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012110 110

kepercayaan kepada pelabur-pelabur secara berterusan serta memberikan mereka kemudahan-kemudahan yang lebih baik dan sebanding dengan apa yang boleh mereka perolehi di negara-negara lain.

Sehubungan dengan ini, adalah sentiasa menjadi harapan kerajaan, supaya dengan wujudnya industri-industri tersebut akan dapat membuka peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini. Ini hendaklah pula diikuti dengan rancangan bagi melatih rakyat negara ini dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan serta memberikan mereka insentif dalam pekerjaan mereka bagi memastikan yang rakyat negara ini akan dapat mengendalikan bidang perindustrian atau perusahaan itu.

Begitupun juga adalah menjadi kewajipan kita untuk menggalakkan belia-belia kita pada masa ini untuk mengubah sikap supaya tidak semata-mata bergantung kepada sektor awam atau kerajaan bagi pekerjaan. Di mana sahaja seseorang itu berkhidmat sama ada di sektor swasta ataupun awam ianya adalah berkhidmat untuk negaranya.

Bagi mengakhiri ucapan beta ini, marilah kita sama-sama berazam untuk terus memelihara suasana keamanan dan ketenteraman yang sedang kita nikmati ini bagi membolehkan kita melaksanakan usaha-usaha berkebajikan bagi rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam yang tercinta ini.

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 123: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

111Titah 2012111

Titah Di Majlis Perasmian Jambori Nasional Kedua Negara Brunei Darussalam

Di Tapak PerkhemahanPengakap Gadong, Bandar Seri Begawan

Pada Hari Selasa, 22 Ogos 1989

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala jua, seru sekalian alam, selawat serta salam ke atas junjungan

besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat Baginda, sahabat-sahabat dan para pengikut Baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang mana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua, maka kita dapat mengadakan Jambori Nasional Kedua Negara Brunei Darussalam 1989.

Usaha mengadakan Jambori Nasional Negara Brunei Darussalam oleh Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam adalah merupakan sebagai satu langkah yang positif bagi menyatupadukan serta mengeratkan hubungan silaturahim belia-belia di negara ini, khususnya ahli-ahli pengakap.

Dengan terjalinnya hubungan peribadi dan kemesraan di kalangan ahli-ahli pengakap, ianya akan memudahkan sebarang perhubungan dan urusan di masa hadapan apabila ahli-ahli pengakap yang masih di bangku sekolah melangkah ke alam pekerjaan, baik dengan kerajaan mahupun swasta.

Di samping itu, Jambori Negara ini juga akan dapat memberikan dorongan kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli pengakap di negara ini untuk membuat penilaian dan perbandingan ke atas mutu disiplin dan kemajuan yang telah dicapai oleh Pasukan Pengakap masing-masing. Seterusnya ianya juga akan dapat memberikan

Page 124: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012112 112

dorongan ke arah mempertingkatkan lagi tahap pergerakan pengakap di seluruh negara di Negara Brunei Darussalam dan menjadikannya sebanding dengan mana-mana jua pergerakan yang terdapat di negara-negara rantau ini.

Sebagaimana jua tema Jambori pada tahun ini yang berbunyi “Mara Menuju Masa Hadapan”, ahli-ahli pengakap yang mana adalah merupakan sebagai belia-belia di negara ini, mestilah menyedari akan peranan mereka dalam menjamin masa hadapan Negara Brunei Darussalam yang sama-sama kita cintai ini ke arah kemajuan, kestabilan dan meneruskan kedudukannya sebagai sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat. Adalah penting bagi belia-belia melengkapkan diri mereka dengan berbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta menanamkan semangat cintakan bangsa, negara dan agama.

Sehubungan dengan ini, belia-belia yang masih di bangku sekolah mestilah menumpukan kepada perhatian mereka sepenuhnya ke arah pelajaran mereka dengan tidak mensia-siakan kemudahan-kemudahan dan peluang-peluang pelajaran yang telah disediakan oleh kerajaan.

Mereka juga mestilah sentiasa mengamalkan sikap berdisiplin dan pemedulian, menghormati kepada pemimpin-pemimpin, guru-guru, ibu bapa dan orang tua, kerana dengan membiasakan diri kepada sifat hormat-menghormati dan perasaan sentiasa bertanggungjawab, akan melengkapkan diri belia-belia dengan sifat-sifat yang sempurna sebagai pemimpin negara dan masyarakat yang berwibawa dan berkaliber di masa hadapan. Bagi melengkapkan diri dengan sifat kepimpinan belia-belia, mereka mestilah menjauhkan diri daripada perbuatan- perbuatan yang berunsur negatif seperti menyalahgunakan dadah, meminum minuman yang memabukkan serta kegiatan-kegiatan anti-sosial seperti pemugut dan mengganggu ketenteraman awam.

Sebagai sebuah pergerakan yang sentiasa mendidik ahli-ahlinya untuk sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan dan berdisiplin, pertubuhan-pertubuhan pengakap di negara ini hendaknyalah

Page 125: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

113Titah 2012113

menyalurkan setiap aspirasi negara di kalangan ahli-ahli mereka dengan menyusun rancangan kegiatan-kegiatan mereka dengan lebih rapi dan teratur serta menitikberatkan ahli-ahlinya melibatkan diri kepada kerja-kerja kemasyarakatan yang berterusan.

Menyedari pada hakikat bahawa belia-belia di negara ini adalah merupakan satu aset yang besar kepada negara dan perlunya bagi Negara Brunei Darussalam mempunyai belia-belia yang penuh dedikasi dan commitment kepada tanggungjawab dan tugas masing-masing.

Agensi-agensi kerajaan semestinyalah mengaturkan satu rancangan yang terperinci dan berterusan di sepanjang tahun untuk membimbing belia-belia di negara ini yang mengharapkan bimbingan dan dorongan.

Rancangan belia yang kita maksudkan itu mestilah berteraskan kepada ciri-ciri tempatan yang mana akan memberikan kefahaman sepenuhnya tentang matlamat dan aspirasi negara dan seterusnya membimbing belia-belia di negara ini sebagai masyarakat yang berani ada pada mempertahankan hak negaranya sebagai sebuah bangsa yang merdeka lagi berdaulat dan bersedia mempertahankan kesucian agama Islam di negara ini.

Insya-Allah, dengan cara demikian belia-belia di negara ini akan terhindar daripada menjadi golongan tanpa haluan dan terumbang-ambing yang mana akhirnya akan menimbulkan berbagai-bagai gejala masyarakat yang kurang sihat.

Bagi mencapai matlamat ini, satu skim latihan belia yang bersesuaian dengan keperluan negara, seperti yang terdapat di negara-negara lain, yang mana Negara Brunei Darussalam ada menghantar belia-belia untuk berlatih, haruslah ditubuhkan di negara ini dan ianya nanti akan melibatkan belia-belia di Negara Brunei Darussalam sama ada yang bekerja dengan pihak kerajaan dan swasta mahupun belia-belia yang berada di kampung-kampung dan mereka yang masih di bangku sekolah dan institusi pengajian tinggi di dalam mahupun di luar negeri.

Page 126: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012114 114

Maka dengan melafazkan kalimat “Bismillahir Rahmanir Rahim”, kita sukacita merasmikan Jambori Nasional Kedua Negara Brunei Darussalam 1989.

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 127: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

115Titah 2012115

Titah Di Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Brunei Darussalam

Pada Hari Khamis, 21 September 1989

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan hidayah dan kurnia-Nya pada pagi ini kita dapat

bersama-sama hadir bagi menyempurnakan Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Brunei Darussalam, selawat serta salam ke atas Nabi besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Terlebih dahulu, beta dengan ikhlas ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Universiti Brunei Darussalam di atas penghormatan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan yang diberikan kepada beta sempena Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Brunei Darussalam pada pagi ini.

Majlis konvokesyen ini adalah satu peristiwa penting dalam sejarah pendidikan di negara ini. Ianya adalah bukti kebolehan, kematangan dan keyakinan kita dalam bidang pendidikan tinggi, serta kemampuan kita dalam melahirkan tenaga berkemahiran di peringkat ijazah di negara ini.

Dalam konteks ini graduan pertama universiti ini adalah merupakan kumpulan peneroka dan memikul tanggungjawab yang berat. Mereka perlu membuktikan dalam dunia yang hasil dari pendidikan mereka di universiti tempatan tidak kurang nilai dan mutunya daripada graduan- graduan luar negeri. Beta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan, dan berdoa agar para graduan terus berjaya, dan berusaha untuk mengharumkan nama Universiti Brunei Darussalam.

Page 128: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012116 116

Selaku Canselor Universiti Brunei Darussalam, beta juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua para akademik dan pentadbiran universiti, kepada kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan yang telah memberikan sumbangan dan kerjasama berkesan sehingga kita dapat menyaksikan hasil usaha-usaha mereka pada pagi ini. Dalam hubungan ini, beta ingin menegaskan akan pentingnya sumbangan dan kerjasama dari pihak swasta kepada kemajuan Universiti Brunei Darussalam. Beta berharap, seperti di negara-negara lain, sektor swasta di negara ini juga akan memainkan peranan dalam memberikan sumbangan kepada kegiatan-kegiatan pengajaran, penyelidikan dan lain-lain yang bersangkutan.

Berkaitan dengan ini, inisiatif Syarikat Minyak Shell Brunei Sendirian Berhad untuk menubuhkan rancangan Earth Science dan Field Studies Centre di Temburong adalah suatu contoh yang beta harap akan dapat diikuti oleh syarikat-syarikat lain.

Sekali lagi beta merasa bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala bahawa dengan limpah kurnia-Nya, Universiti Brunei Darussalam telah dapat dalam masa yang singkat mengatur dan memperkukuhkan lagi rancangan-rancangan akademik yang ada pada masa ini. Apa yang perlu diberi perhatian utama dalam fasa kedua adalah untuk menentukan supaya konsep kecemerlangan dalam semua bidang kegiatan universiti yang telah menjadi prinsip utama universiti kita, terus dipertahankan dan diperbaiki lagi.

Adalah juga mustahak untuk menentukan yang Universiti Brunei Darussalam sentiasa sensitif kepada keperluan negara yang kian berubah, dan bersikap tegas dalam mengubahsuai haluan dan rancangan apabila didapati perlu. Dalam memberikan perkhidmatannya kepada masyarakat di negara, Universiti Brunei Darussalam perlu pula merancang kegiatan “Continuing Education” dengan lebih luas dan rapi lagi untuk pegawai-pegawai kerajaan dan mereka di sektor swasta bagi memberikan mereka peluang meninggikan ilmu pengetahuan dan kemahiran masing-masing dalam berbagai bidang.

Page 129: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

117Titah 2012117

Beta berasa yakin dengan langkah-langkah ini Universiti Brunei Darussalam akan berkembang sebagai institusi pengajian tinggi yang relevant dan bermutu, khususnya untuk kemajuan negara.

Akhirnya, beta sekali lagi mengucapkan terima kasih atas penghormatan yang diberikan kepada beta, dan kepada semua pihak yang telah menjayakan Universiti Brunei Darussalam. Beta juga ingin mengucapkan terima kasih kepada naib-naib canselor universiti-universiti luar negeri serta wakil-wakil institusi pengajian tinggi yang dapat menghadiri konvokesyen pertama ini.

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 130: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012118 118

Titah Di Sidang Tertutup Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan

Komanwel (CHOGM) Kali Ke-27Di Dewan Tun Hussein Onn,

Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Pada 19 Oktober 1989

Tuan Pengerusi,

Terlebih dahulu, beta bersama dengan teman-teman sejawat mengalu-alukan kemasukan semula Pakistan dalam Komanwel

dan merakamkan setinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Benazir Bhutto.

Beta juga sukacita menyampaikan rasa penghormatan kepada Puan Margaret Thatcher dan Tuan Lee Kuan Yew atas ketajaman pemerhatian mereka terhadap kepelbagaian isu-isu kelmarin.

Kita begitu gembira melihat kemajuan-kemajuan keadaan politik antarabangsa hasil daripada kelegaan ketegangan antara kuasa-kuasa besar dunia.

Usaha-usaha konkrit telah dibuat bagi mengatasi konflik-konflik regional, misalnya masalah Afghanistan, Namibia dan Iran dengan Iraq. Dialog politik bukan konfrantasi sekarang tambah berkembang di kalangan pihak-pihak yang terlibat.

Di Afghanistan, Soviet telah mengundurkan tentera mereka meskipun keamanan politik yang berkekalan masih menjadi matlamat. Perang Iran-Iraq telah berhenti dan proses pemulihan semula masih diteruskan.

Kita mengalu-alukan keputusan Afrika Selatan bagi menghentikan

pendudukan secara haram di Namibia. Kita menyeru semua pihak yang terlibat bagi terus bekerjasama bagi kemerdekaan penuh Namibia seperti tercatat dalam rancangan kemerdekaan Namibia.

Page 131: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

119Titah 2012119

Di Afrika Selatan, sistem aparteid rejim perkauman Pretoria perlu dihapuskan. Masyarakat antarabangsa perlu meneruskan tekanan-tekanan ekonomi dan politik terhadap Afrika Selatan agar dasar-dasar aparteid segera dan selamanya dihapuskan.

Di Timur Tengah, langkah-langkah yang belum mencukupi bagi mengatasi masalah Palestin hanya akan mengekalkan keganasan dan peperangan di wilayah-wilayah yang diduduki. Kita perlu menyeru pihak-pihak yang terlibat datang bersama dan merundingkan masalah melalui rundingan-rundingan keamanan.

Beralih kepada Asia Tenggara, meskipun sidang di Paris baru-baru ini tidak mencapai penyelesaian politik komprehensif kepada masalah Kampuchea, ia telah dapat membawa pandangan yang lebih jelas berhubung dengan isu-isu konflik itu. Walau bagaimanapun, ASEAN akan terus memainkan peranan dalam mencari penyelesaian dan bila masa itu tiba, beta yakin bahawa suatu yang berkompromi yang dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat akan diperolehi. Dalam hubungan ini, beta sukacita merakamkan penghormatan ASEAN atas sokongan berterusan yang diberikan oleh para anggota Komanwel.

Akhirnya, Tuan Pengerusi, beta ingin menyampaikan penghargaan tulus ikhlas kepada Tuan dan Kerajaan Malaysia atas layanan Tuan yang begitu baik.

Page 132: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012120 120

Titah Di Majlis Perhimpunan Dan PerarakanMaulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

Di Taman Haji Sir Muda Omar Ali SaifuddienBandar Seri Begawan

Pada Hari Khamis, 22 Oktober 1989 MasihiBersamaan 12 Rabiulawal 1410 Hijrah

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala jua, Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas

junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan para pengikut Baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua dapatlah kita sekali lagi berkumpul beramai-ramai dalam perhimpunan yang besar ini, dengan tujuan untuk memperingati hari yang bersejarah, keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammmad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Perkumpulan yang serupa ini antara lain dimaksudkan untuk mendidik, mengasuh perasaan dan semangat kita, supaya mencintai Nabi kita dan agama yang dibawa oleh Baginda iaitu agama Islam. Dan hendaknyalah perhimpunan ini benar-benar memberikan bimbingan dan asuhan sehingga membawa kesan yang baik pada meningkatkan kesedaran beragama khasnya pada menanamkan nilai-nilai murni bagi kesejahteraan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan berbangsa.

Sungguhpun kehidupan pada zaman ini mengandungi berbagai-bagai unsur yang negatif, namun bagi kita di negara ini, alhamdulillah, kita terus berupaya menjauhi serta mengatasinya. Yakni dengan berkat kita pada keseluruhannya berpegang kuat kepada ajaran agama Islam yang menerusinya kita melandaskan kehidupan kepada

Page 133: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

121Titah 2012121

nilai-nilai yang disanjung tinggi seperti perpaduan dan persefahaman, hormat-menhgormati serta sentiasa menyukai perkara-perkara yang berkebajikan yang diredai oleh Allah Subhanahu Wataala.

Maka sehubungan dengan ini, amat sesuai dan tepatlah tema sambutan kita pada tahun ini yang berbunyi ‘Menjauhi Kemungkaran Punca Kebahagiaan’. Tema ini menegaskan lagi keazaman kita untuk menjauhi dan mengatasi segala apa jua keburukan di dalam masyarakat, sama ada yang terang berlaku mahupun yang dibuat secara bersembunyi-sembunyi seperti perbuatan menyalahgunakan dadah, meminum minuman yang memabukkan serta segala macam kegiatan anti-sosial, yakni perbuatan mungkar yang dilarang oleh agama. Segala macam perbuatan yang mempunyai unsur-unsur negatif seperti itu adalah racun yang boleh menggugat kestabilan negara serta menjejaskan kebahagiaan bangsa.

Perkara-perkara yang mungkar seperti penyalahgunaan dadah, meminum arak dan berbagai-bagai kelakuan serta sifat anti-sosial adalah berpunca dari pengaruh-pengaruh cara hidup yang tidak berlandaskan nilai-nilai keagamaan.

Sebahagian besar dari kemungkaran itu tidak berasal dari tradisi masyarakat dan bangsa kita. Tegasnya, ada di antaranya merupakan perkara dan benda yang mendatang dan menjangkit kepada masyarakat kita. Maka kerana itu sayugia dan wajiblah orang-orang Islam sentiasa berwaspada dan berusaha bagi menjauhinya.

Dalam hubungan itulah maka kerajaan sentiasa berusaha dengan tidak kendur-kendurnya untuk memberikan kefahaman kepada orang ramai tentang bahaya-bahaya dadah. Melalui dakwah dan penerangan-penerangan agama telah diterangkan mengenai akibat-akibat arak dan perbuatan-perbuatan mungkar yang menyalahi ajaran agama kita.

Kita perlu membimbing generasi muda ke arah memahami dan menyedari akan akibat-akibat yang timbul daripada perbuatan-perbuatan mungkar yang mana perbuatan-perbuatan mungkar itu

Page 134: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012122 122

boleh menjejaskan kebahagiaan umat mahupun di dunia dan di akhirat.

Kita berharap semua usaha dan aktiviti hendaklah ditumpukan pada mengungkayahkan pembangunan fizikal dan kerohanian suatu pembangunan yang seimbang. Kita mestilah memperkaya tahap kesedaran kita bagi sama-sama mengatasi dan membasmi kemungkaran di dalam masyarakat demi kesejahteraan hari ini dan juga untuk kebahagiaan keturunan kita di masa-masa hadapan.

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 135: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

123Titah 2012123

Titah Di Majlis Persantapan NegeriDi Istana Alam Shah, KlangBersempena Keberangkatan

Ke Negeri Selangor Darul EhsanPada 18 November 1989

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Duli Yang Maha Mulia Paduka Kekanda Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam

Shah Al-Haj, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Selangor Darul Ehsan dan Paduka Kekanda Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Rahimah Alhajjah binti Al-Marhum Sultan Abdul Aziz serta dif-dif kehormat.

Alhamdulillah, paduka adinda bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan rahmat serta izin-Nya jua maka paduka adinda berdua dan rombongan berpeluang membuat lawatan ke Negeri Selangor Darul Ehsan ini. Selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ke atas keluarga, kaum kerabat Baginda, sahabat-sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Paduka adinda juga dengan tulus ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas titah paduka kekanda yang mengalu-alukan lawatan paduka adinda berdua beserta rombongan ke Negeri Selangor Darul Ehsan yang indah dan pesat membangun ini.

Hubungan serta pertalian yang akrab di antara Negara Brunei Darussalam dengan Negeri Selangor Darul Ehsan telah sedia terjalin sejak dahulu lagi. Hubungan ini tidak setakat saling kunjung-mengunjungi di antara kerabat diraja di kedua belah pihak, bahkan pada satu masa terdapat sebilangan rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan ini, khasnya di Bandar Diraja Klang.

Page 136: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012124 124

Sebahagian besar daripada mereka itu pada masa ini menunaikan kewajipan masing-masing dalam berbagai bidang pembangunan Negara Brunei Darussalam terutama sekali di bidang agama. Paduka adinda percaya rakyat dan penduduk Negeri Selangor Darul Ehsan dan Negara Brunei Darussalam turut sama menghargai hubungan yang rapat lagi mesra di antara kerabat diraja yang terjalin sekian lama itu.

Paduka adinda berharap lawatan ini akan memperbaharui dan bahkan juga menguatkan lagi hubungan muhibah itu bagi kebajikan kedua belah pihak pada masa sekarang dan pada masa-masa yang akan datang.

Negara Brunei Darussalam yang merdeka lagi penuh berdaulat adalah menghargai setiap hubungan berbaik-baik dengan negara-neagra lain yang bersahabat. Hubungan yang rapat dengan Negeri Selangor Darul Ehsan iaitu salah sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia diharapkan pula akan menambah erat lagi persefahaman dan kerjasama di antara Negara Brunei Darussalam dengan Malaysia pada keseluruhannya.

Paduka adinda turut gembira mendapati Negeri Selangor Darul Ehsan sedang pesat membangun. Paduka adinda menaruh keyakinan bahawa dengan berkat pimpinan yang bijaksana paduka kekanda yang disertai oleh kebijaksanaan pemimpin-pemimpin kerajaan dan rakyat negeri ini, insya-Allah, sekalian yang bernaung di bawah daulat paduka kekanda di Negeri Selangor Darul Ehsan yang permai ini akan dapat menikmati hasil-hasil pembangunan yang berterusan.

Akhirnya, paduka adinda sukacita mengambil kesempatan ini mengucapkan sekali lagi penghargaan dan terima kasih yang ikhlas kepada paduka kekanda berdua, kerabat-kerabat diraja dan kepada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di atas sambutan serta layanan yang baik lagi mesra yang diberikan kepada paduka adinda berdua dan rombongan.

Page 137: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

125Titah 2012125

Tentu saja lawatan ini akan menjadi kenangan manis kepada paduka adinda berdua dan akan menjadi ristaan sejarah tentang kegemilangan hubungan antara Negara Brunei Darussalam dengan Negeri Selangor Darul Ehsan. Paduka adinda berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga paduka-paduka kekanda akan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan ini akan sentiasa makmur dan sejahtera.

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 138: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012126 126

Titah Di Majlis Pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN Ke-21

Di Pusat Persidangan Antarabangsa,Negara Brunei Darussalam

Pada Hari Khamis, 30 November 1989

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Terlebih dahulu dalam kesempatan ini beta sukacita mengalu-alukan Tuan-tuan Yang Terutama dan para perwakilan ke Negara

Brunei Darussalam. Secara tulus beta berharap bahawa sewaktu berada di Negara Brunei Darussalam tuan-tuan akan merasa senang dan merupakan suatu kenangan.

Ketika negara-negara di merata dunia mula mengorak langkah bagi mencipta keadaan keamanan dan penuh pengertian, suatu era baru mula terbuka dengan memberi penekanan kepada kewujudan semula keamanan dan kerjasama ekonomi. Dengan menyingsingnya era ini, semua negara bersama akan mempunyai peluang meningkatkan punca keamanan sejagat, kemajuan dan kemakmuran bagi faedah semua manusia.

Dalam konteks rantau kita, Asia-Pasifik telah diakui sebagai rantau yang unggul dan dinamik, dengan ASEAN sebagai komponen penting.

Ketika keadaan politik semakin aman, kerjasama ekonomi yang baru hendaklah dipupuk dan kerjasama yang ada sekarang diperteguhkan agar perdagangan bebas dan adil dapat diwujudkan secara kolektif, keenam-enam negara ASEAN hendaklah membina suatu era baru mereka dengan meluaskan kerjasama intra-ASEAN terutama dalam bidang-bidang ekonomi. Inisiatif-inisiatif baru hendaklah terus dibuat dalam perdagangan, pelaburan dan lain-lain bidang. Dalam waktu yang sama, usaha-usaha hendaklah terus

Page 139: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

127Titah 2012127

dipergiat bagi penyelarasan dan keharmonian ekonomi ASEAN. Di sebalik itu aspek-aspek luaran kerjasama ekonomi akan tambah mengeratkan ASEAN secara kolektif dalam mengendalikan ekonomi-ekonomi yang maju.

Kita telah menyaksikan kekuatan perpaduan dan kemantapan ASEAN bila berhadapan dengan isu-isu antarabangsa, baik di bidang politik mahupun ekonomi. Kemampuan ASEAN mencapai kesepakatan bersama dalam isu-isu serantau dan antarabangsa telah memberi kemuliaan dan penghormatan di kalangan masyarakat antarabangsa. Kerana itu, ASEAN perlu mengambil faedah sepenuhnya terhadap kekuatan secara kolektif mereka.

Kejayaan mesyuarat peringkat dalam Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di Canberra baru-baru ini, tambah menekankan peranan penting ASEAN dalam kerjasama ekonomi serantau.

Dalam suasana perhatian yang kian bertambah mengenai langkah yang diambil oleh lain-lain dengan mewujudkan blok perdagangan dan peningkatan langkah-langkah perlindungan, penglibatan ASEAN dalam perundingan ini akan membolehkannya tambah memaju punca kepada penerimaan sejagat tindakan-tindakan perdagangan yang bebas dan adil. Kumpulan jawatankuasa perundingan yang baru, walaupun demikian, hendaklah menegah dalam mengembangkan blok perdagangan.

Kita telah dapat merakam kemajuan dalam melaksanakan keputusan-keputusan hasil daripada Sidang Kemuncak Manila Ketua-Ketua Kerajaan ASEAN tahun 1987. Antara lain di sidang puncak itu, kita telah mencipta persekitaran berpatutan dan mekanisma bagi meningkatkan kerjasama ekonomi ASEAN, terutama bidang pelaburan dan perdagangan. Namun, masih banyak usaha-usaha diperlukan untuk membina kerjasama ekonomi intra-ASEAN yang lebih bermakna.

Dalam hubungan ini, kami di Negara Brunei Darussalam sedang giat dalam program mempelbagaikan ekonomi, bermula dengan

Page 140: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012128 128

peningkatan dan pengembangan projek-projek industri ringan dan sederhana. Ini akan memberi peluang dalam pembangunan perusahaan-perusahaan swasta. Dalam waktu yang sama, kami mengalu-alukan penglibatan para pengusaha dan peniaga ASEAN dalam usaha-usaha itu.

Masyarakat niaga dan semangat perusahaan mereka, tidak berguna jika dikatakan mempunyai suatu peranan yang begitu penting dalam kerjasama bagi mencapai kejayaan yang lebih besar. Setakat ini, Dewan Perdagangan dan Industri ASEAN hendaklah menetapkan hubungan kerja yang lebih erat di kalangan anggota-anggotanya.

ASEAN selaku asas suatu rantau penting dunia, tambah memperkukuhkan keperluan bagi perpaduan dan kemantapan ASEAN di samping memperteguh usaha-usaha kolektif kita terutama dalam mengendalikan ekonomi-ekonomi yang maju.

Tuan-tuan Yang Terutama, para perwakilan yang dihormati, tuan-tuan dan puan-puan,

Beta tidak mempunyai keraguan bahawa tanggungjawab di hadapan tuan-tuan dalam mesyuarat ini adalah mencabar. Tetapi beta yakin bahawa Tuan-tuan Yang Terutama mampu mendekati tanggungjawab itu dengan konstruktif. Beta berharap tuan-tuan beroleh kejayaan.

Dengan kalimat “Bismillahir Rahmanir Rahim,” beta isytiharkan pembukaan rasmi Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-21.

Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 141: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

129Titah 2012129

Titah Sempena Keberangkatan Lawatan Ke Mukim Saba, Bandar Seri Begawan

Daerah Brunei Dan MuaraPada 12 Disember 1989

Bismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wataala jua, Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas

junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, sahabat-sahabat dan para pengikut Baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Kita sangat bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin serta rahmat-Nya jua, kita dapat melawat Mukim Saba ini sekali lagi. Lawatan ulangan ini sengaja dilakukan untuk melihat secara dekat perkembangan dan perubahan yang terdapat di mukim ini, sejak lawatan kita dahulu, yakni pada 14 September 1981 dan seterusnya untuk mengetahui masalah-masalah yang masih terdapat di kalangan rakyat dan penduduk di mukim ini.

Adalah menjadi hasrat kita supaya rakyat dan penduduk di negara ini menikmati kesejahteraan dan keamanan yang berterusan. Dan untuk tujuan ini, kerajaan akan sentiasa diarahkan untuk memberikan perhatian dan tumpuan yang utama ke atas perkara-perkara yang berhubung dengan kesejahteraan dan ketenteraman penduduk, iaitu dengan cara memberikan pemedulian dan penyelesaian yang segera ke atas masalah-masalah asas yang dihadapi oleh rakyat dan penduduk.

Dalam usaha untuk menjamin serta meningkatkan lagi kesejahteraan yang dinyatakan tadi, kita juga berharap supaya rakyat dan penduduk akan terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkenaan di dalam kerajaan bagi menghuraikan apa jua masalah yang dihadapi sebarang usaha sesama sendiri yang mendatangkan kebajikan kepada kampung dan mukim masing-masing.

Page 142: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

Titah 2012130 130

Hendaknyalah disedari oleh semua lapisan rakyat dan penduduk di negara ini, dalam mengekalkan dan meningkatkan kebajikan serta kesejahteraan penduduk, ianya mestilah melalui proses-proses dua hala dalam mana rakyat dan kerajaan saling bantu-membantu dan mendukung di antara satu dengan lain bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan usaha-usaha yang dilaksanakan.

Di antara perkara-perkara yang sentiasa menjadi perhatian kepada kita mengenai penduduk-penduduk di Kampong Ayer seperti kampung-kampung dalam mukim ini, ialah pertumbuhan rumah-rumah kediaman yang sukar dikawal. Adalah kita perhatikan kawasan-kawasan untuk tapak perumahan sangat terhad dan bahkan di kebanyakan kampung sudah tidak sesuai lagi untuk mendirikan rumah-rumah yang baharu.

Apa yang membimbangkan ialah, perkara ini jika tidak dikawal dan diselesaikan secara berencana, ianya boleh menimbulkan berbagai masalah dan merbahaya, seperti kebakaran dan seumpamanya. Dan dalam jangka masa panjang, jika perkara ini berterusan, masalah yang dihadapi akan bertambah rumit yang mana boleh menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian masa depan penduduk yang tinggal di Kampong Ayer.

Oleh yang demikian, di samping usaha-usaha kerajaan untuk mengatasi keadaan yang dinyatakan tadi, adalah juga diharapkan supaya penduduk-penduduk di Kampong Ayer dengan pemimpin penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung, akan terus membuahkan fikiran untuk mencari jalan-jalan yang sesuai lagi praktikal bagi mengatasi masalah pertumbuhan rumah-rumah di kampung masing-masing.

Dalam hubungan ini, penduduk-penduduk melalui penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung, bolehlah memberikan cadangan-cadangan untuk dirundingkan dengan pihak-pihak yang berkenaan dalam kerajaan untuk diteliti dan diambil langkah-langkah yang munasabah lagi sesuai dengan keupayaan kerajaan melaksanakan.

Page 143: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/titah 1988-1989.pdf · Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan Pada Hari Sabtu, 15 Julai 1989 83-84 85-87 88-90 ... XII 2012 XII

131Titah 2012131

Sehubungan dengan keadaan kesesakan rumah-rumah kediaman di Mukim Saba ini, maka mustahak juga penduduk-penduduk di mukim ini mengambil perhatian berat dalam mengawal bahaya-bahaya seperti kebakaran, penyusupan orang-orang yang masuk ke negara ini dengan tidak mendapat kebenaran, kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang negara atau berlawanan dengan hukum-hukum agama dan berbagai-bagai bentuk bahaya yang boleh mengancam keamanan serta ketenteraman awam.

Dalam mengawal bahaya kebakaran, kejadian-kejadian kebakaran yang melibatkan rumah-rumah kediaman di Kampong Ayer, khususnya di kampung-kampung yang padat penduduknya, patutlah selalu menjadi ingatan kepada semua pihak untuk sentiasa berwaspada supaya punca-punca kebakaran dapat dihindarkan. Di samping itu, latihan-latihan mencegah kebakaran dengan pihak berkuasa Pasukan Bomba sesuailah terus dibuat dari semasa ke semasa bagi melengkapkan diri penduduk-penduduk menghadapi sebarang kejadian kebakaran.

Sementara itu, dalam mengatasi bahaya-bahaya yang lain yang kita sebutkan tadi, hubungan rapat lagi bersefahaman sesama penduduk hendaklah terus dipelihara. Di dalam konteks ini, cara hubungan orang-orang kitani yang mengambil berat hal-ehwal yang berkebajikan dan menghindarkan perkara-perkara yang berkejahatan, patutlah sentiasa diamalkan. Kerana cara kehidupan begini adalah salah satu faktor utama yang mewujudkan keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyat, dan membolehkan kita untuk terus hidup aman dan tenteram.

Sekian, Wabillahit Taufik Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.