titah ucapan - dun.terengganu.gov.my

24
Titah Ucapan KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL-WATHIQU BILLAH SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN D.K.T., D.K.R., D.K., D.K.M., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J. Commandeur de la Legion d’Honneur (France), e Most Auspicious Order of the Rajamitrabhorn (ailand), Collar de la Orden Al Merito de Chile (Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang Republik Indonesia Adipurna (Indonesia) IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN BAGI NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN SERTA SEGALA JAJAHAN TAKLUKNYA SEMPENA ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS Pada Hari Isnin, 13 September 2021 Bersamaan 6 Safar 1443H Pukul 9.30 pagi

Upload: others

Post on 28-Oct-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

Titah UcapanKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

AL-WATHIQU BILLAH SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIND.K.T., D.K.R., D.K., D.K.M., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T.,

D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan),D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J.

Commandeur de la Legion d’Honneur (France), The Most Auspicious Order of the Rajamitrabhorn (Thailand),

Collar de la Orden Al Merito de Chile (Chile), Necklace of Independence (Qatar), Bintang Republik Indonesia Adipurna (Indonesia)

IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN BAGI NEGERI TERENGGANU DARUL IMANSERTA SEGALA JAJAHAN TAKLUKNYA

SEMPENAISTIADAT PEMBUKAAN

PENGGAL KEEMPATDEWAN UNDANGAN NEGERI KEEMPAT BELAS

Pada Hari Isnin, 13 September 2021Bersamaan

6 Safar 1443H

Pukul 9.30 pagi

Page 2: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

Dicetak oleh:

Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd.Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Tel: 09-666 8611 / 6652 / 8601 Faks: 09-666 0611 / 0063Emel: [email protected]

YAYASAN ISLAMTERENGGANU SDN. BHD.No. Pendaftaran 144692-D

Syarikat Percetakan

Page 3: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

3

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillahi Rabbil Alamin, Wabihi Nastain

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Yang Berhormat

Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu,

Yang Berhormat

Ahli–ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu

Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah dan rahmat-Nya dalam pandemik ini kita masih diberi kesihatan yang baik untuk menyempurnakan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang Keempat Belas pada pagi yang mulia ini. Selawat dan salam ke atas

Page 4: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

4

junjungan besar Nabi Muhammad Solallahu ‘Alaihi Wasallam dan sekalian ahli keluarga, para sahabat serta seluruh umat Baginda. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan kehendak dan izin-Nya jua, Beta dianugerahkan kesihatan yang berterusan untuk melaksanakan amanah bagi menaungi dan memayungi negeri tercinta ini. Beta juga menzahirkan kesyukuran kerana seluruh rakyat Negeri ini dapat menikmati keharmonian, keselamatan dan keamanan secara berterusan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Perpaduan yang utuh merupakan kekuatan dan asbab kecemerlangan sesebuah tamadun. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali Imran ayat 103 yang bermaksud:-

“berpegang teguhlah kamu seluruhnya dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah”.

Islam merupakan agama rasmi persekutuan yang semestinya menjadi pegangan dan petunjuk dalam melaksanakan amanah yang diberikan rakyat. Hormatilah prinsip Demokrasi Raja Berperlembagaan yang menjadi asas pembentukan Negara Malaysia. Justeru itu, suka

Page 5: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

5

Beta mengingatkan kita semua agar terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dengan mengetepikan perbezaan pendapat dan parti politik agar kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Pandemik covid-19 merupakan masalah utama dunia ketika ini. Ia merupakan krisis kesihatan global yang telah mengubah kehidupan normal manusia kepada cara kehidupan baharu “new norm”. Kehidupan dan aktiviti harian rakyat kini terikat dengan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sekaligus memberi kesan langsung kepada ekonomi dan sosial masyarakat.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan 18 Mac 2020, penularan pandemik covid-19 terus berlaku dan menunjukkan peningkatan yang membimbangkan dalam negara termasuk Negeri Terengganu.

Bilangan kes baharu harian seluruh negara terus meningkat melebihi 20,000 dan jumlah kematian harian terus melonjak kepada lebih 150 orang.

Page 6: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

6

Negeri Terengganu juga terus menunjukkan trend peningkatan kes positif yang tinggi sejak pengisytiharan PKP 3.0 berbanding PKP 1.0 dan 2.0. Buat masa sekarang juga bilangan Pusat Kuarantin (QS) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) juga semakin meningkat selari dengan peningkatan kes baharu. Beta difahamkan enam (6) buah Pusat Kuarantin telah dibuka di seluruh Negeri Terengganu yang mampu memuatkan seramai 2,967 orang dan tujuh (7) buah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) dengan kapasiti 3,139 buah katil. Stadium Negeri juga telah dikenalpasti sebagai PKRC terbaru bagi penyediaan katil kategori yang memerlukan perhatian khas hospital memandangkan lokasi Stadium Negeri berhampiran dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah. Kesan daripada penularan pandemik covid-19 ini juga menjejaskan kehidupan rakyat terutamanya dari segi ekonomi. Perkara ini telah ditimbang oleh pihak Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah diperkenalkan kerajaan merupakan salah satu kaedah untuk mengawal pandemik. Pada ketika ini, Program Vaksinisasi merupakan kaedah terbaik untuk melindungi rakyat daripada

Page 7: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

7

covid-19. Ianya diberikan secara percuma kepada semua warganegara dan bukan warganegara yang disalurkan melalui Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditetapkan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Negeri dan Persekutuan.

Beta dimaklumkan, di Negeri Terengganu lebih 80.2 peratus daripada masyarakat telah mendaftar untuk menerima vaksin. Dan 15 buah PPV telah dibuka di seluruh negeri dan pelbagai program Outreach telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, kita sedia maklum bahawa CITF Persekutuan juga menghadapi kekangan sumber vaksin di peringkat global, menyebabkan kadar penerimaan stok vaksin di Negeri Terengganu sedikit terganggu. Beta berharap perkara ini dapat diselaraskan sebaik mungkin supaya usaha ini akan dapat membantu Negeri Terengganu mencapai ‘Herd Imunity’ atau imuniti berkelompok di hujung tahun ini atau sebelum Monsun Timur Laut melanda. Oleh itu, suka Beta menyeru seluruh rakyat Terengganu supaya meningkatkan usaha untuk mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi aplikasi MySejahtera, kaunter pendaftaran vaksin di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta dan lain-lain yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Diharapkan kadar pendaftaran untuk mendapatkan

Page 8: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

8

vaksin dan kadar vaksinisasi dapat dipertingkatkan secepat mungkin bagi mengawal penularan wabak covid-19 ini.

Justeru itu, Beta juga berharap tindakan lebih tegas diambil dalam memastikan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi supaya penularan kes baharu dapat di atasi dalam keadaan sektor ekonomi dibuka. Beta juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan CITF Negeri Terengganu yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Terengganu, semua barisan hadapan dan sukarelawan yang bertungkus-lumus melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam membantu memerangi covid-19 ini dan pengurusan program vaksin Negeri Terengganu.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Beta sedar pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi meringankan beban rakyat. Inisiatif Kerajaan Negeri yang telah bermula sejak PKP 1.0, di mana sebanyak RM16.29 juta telah diperuntukkan melalui program Bantuan Pakej Rangsangan Terengganu Cakna. Bagi PKP 2.0 pula, sebanyak RM19 juta telah diperuntukkan

Page 9: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

9

melalui Program Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT). Manakala bagi PKP 3.0 Kerajaan Negeri meneruskan lagi program BERKAT dengan jumlah peruntukan RM6.4 juta.

Antara inisiatif tersebut adalah pengecualian bayaran sewa premis milik Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Selain itu, pemberian moratorium kepada peminjam pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah turut diberikan secara automatik. Pada awal tahun 2021, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM268,000.00 kepada 536 buah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi membantu pihak sekolah dalam menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) untuk pembukaan sesi persekolahan baharu. Di samping itu juga, pemberian 1,600 buah tablet turut diagihkan kepada murid yang miskin serta kemudahan “Top Up” RM100 kepada murid yang keluarga berpendapatan kurang daripada RM2,500.00.

Bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat yang berpendapatan rendah di negeri ini, Program Kad Sejahtera Terengganu Fasa 2 diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM5 juta disediakan bagi memberi akses

Page 10: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

10

perkhidmatan kesihatan kepada rakyat Terengganu yang berpendapatan rendah ke klinik-klinik panel yang berdaftar di Negeri Terengganu.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Secara umumnya, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2020 mengalami penyusutan berbanding tahun 2019. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nasional pada tahun 2020 menyusut 5.6 peratus berbanding peningkatan 4.4 peratus pada tahun sebelumnya, di mana semua sektor ekonomi merekodkan pertumbuhan negatif. Pandemik covid-19 ternyata telah memberi impak secara langsung kepada hampir kebanyakan aktiviti ekonomi negara. Pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan untuk mencegah penularan wabak covid-19 yang telah mendorong kepada penutupan sementara sebahagian sektor ekonomi. Negeri Terengganu turut terkesan dengan penyusutan KDNK negatif 5.7 peratus berbanding 3.3 peratus pada tahun 2019. Kadar pengangguran Negeri juga meningkat kepada 4.1 peratus berbanding 3.5 peratus tahun 2019.

Walau bagaimanapun, Indeks Pelopor (IP) pada April 2021, prestasi ekonomi Malaysia dijangka menggalakkan

Page 11: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

11

sekiranya pandemik mereda, sejajar dengan pengukuhan permintaan global apabila kelonggaran ekonomi telah dilaksanakan oleh beberapa negara. Dalam hal ini, Beta menyeru supaya Kerajaan Negeri merangka dan bersedia melaksanakan pelbagai strategi pemulihan yang berkesan dan komprehensif bagi memulihkan ekonomi Negeri.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Sejumlah RM2.01 bilion telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negeri bagi tahun 2021. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM635.32 juta telah diperuntukkan bagi membiayai projek-projek pembangunan manakala selebihnya iaitu RM1.375 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus.

Beta berharap dalam belanjawan tahun-tahun yang akan datang, Kerajaan Negeri memberikan fokus kepada perbelanjaan untuk pertumbuhan dan pemulihan ekonomi Negeri. Projek-projek pembangunan perlu dirancang dengan teliti bagi memastikan kemampanan pertumbuhan ekonomi dan keperluan jangka masa panjang. Semua perbelanjaan secara “one off” perlu diteliti semula berdasarkan kedudukan dan komitmen kewangan semasa Kerajaan Negeri. Beta

Page 12: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

12

menyambut baik usaha kerajaan Negeri meningkatkan fasiliti pengeluaran air bersih supaya gangguan bekalan air terutama di musim perayaan dapat di elakkan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Melihat kepada kepentingan menyediakan sumber makanan yang mencukupi kini, Beta menyeru supaya Kerajaan Negeri memberi perhatian yang serius dalam usaha membangunkan sektor pertanian ke satu tahap yang lebih tinggi. Ini memandangkan sektor pertanian menjanjikan pulangan ekonomi yang berbaloi jika dilaksanakan dengan kaedah yang tepat.

Beta dimaklumkan Tahun Pertanian 2021 sedang berjalan lancar, sejumlah RM25.3 juta iaitu peningkatan empat kali ganda telah diperuntukkan berbanding tahun 2020 yang melibatkan pelaksanaan 72 program dan 33 projek pertanian. Di antara program utama yang telah dilaksanakan adalah insentif pengeluaran beras MyGAP, penanaman Melon Manis Terengganu di Rantau Abang dan Projek Melabuh Unjam Dan Tukun di Perairan Terengganu. Beta juga menyambut baik perancangan Kerajaan Negeri yang telah mengisytiharkan

Page 13: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

13

Daerah Setiu sebagai Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu.

Beta mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana berjaya memperolehi peruntukan sebanyak RM30 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi memperkasa sektor pertanian Negeri Terengganu.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Pelaksanaan PKP telah memberi kesan kepada aktiviti rantaian pertanian sekaligus menambah beban warga tani. Kerajaan telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan beberapa bantuan bagi petani, penternak dan nelayan sebagaimana berikut:

a) Bantuan One-off covid-19 sebanyak RM500 seorang kepada warga tani yang menyara hidup dengan hasil pertanian, penternakan dan perikanan serta rantaian industri makanan;

b) Bantuan mekanisasi, peralatan dan input pertanian sebanyak RM1 juta kepada warga tani; dan

Page 14: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

14

c) Bantuan peralatan kepada nelayan zon A (Nelayan Pantai) sebanyak RM300 ribu.

Beta berharap program dan insentif kepada petani, penternak, nelayan dapat diteruskan dengan penambahbaikan pada masa akan datang.

Sektor IKS merupakan di antara sektor yang terkesan daripada PKP yang dikuatkuasakan. Ramai peniaga pasar tani, pasar malam, pengusaha restoran dan lain-lain yang kehilangan punca pendapatan, ramai yang terpaksa gulung tikar dan menganggur kerana tiada kemampuan kewangan untuk terus bertahan.

Oleh itu, Beta menyarankan agar Kerajaan Negeri terus membantu golongan ini daripada pelbagai sudut seperti bantuan sokongan kewangan, kemudahan premis perniagaan dan lain-lain yang berkaitan agar mereka dapat terus bertahan dan menjalankan perniagaan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Beta difahamkan sektor pelaburan dan perindustrian di Negeri Terengganu masih berdaya saing dan mampan biarpun

Page 15: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

15

negara dilanda pandemik covid-19. Berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, pencapaian pelaburan Negeri Terengganu bagi tahun 2020 meningkat sebanyak 198 peratus iaitu RM1.91 bilion berbanding tahun 2019 sebanyak RM638.8 juta.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran ekonomi akibat wabak covid -19, Kerajaan Negeri perlu berusaha mengembleng pelbagai inisiatif untuk menarik pelaburan baharu dengan kolaborasi pelbagai agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan seperti Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc), Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan lain-lain.

Beta menyambut baik usaha Kerajaan Negeri meneroka bidang Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy) seperti solar, air dan udara bagi pengekalan kelestarian alam sekitar. Beberapa projek telah dikenalpasti melalui Program Loji Janakuasa Solar Berskala Besar (LSS) di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) dijangka memberi manfaat

Page 16: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

16

besar kepada Kerajaan Negeri melalui pendapatan dengan mencapai 20 peratus kapasiti campuran Tenaga Boleh Baharu (TBB) menjelang 2025. Pada tahun 2020, terdapat dua (2) syarikat telah mengambil bahagian dalam sesi bidaan Program LSS dengan perolehan kouta 100 megawatt setiap satu (1) yang dianggarkan melibatkan pelaburan RM800 juta. Diharapkan Kerajaan Negeri terus meneroka bidang ini berdasarkan kekayaan sumber alam sedia ada tanpa menjejaskan ekosistem alam semulajadi.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Negeri Terengganu merupakan negeri yang terkenal dengan pantai dan pulau-pulau yang cantik dan terpelihara. Pelbagai anugerah pelancongan telah diraih seperti Anugerah Ikon Pelancongan Baharu Terbaik melalui Jambatan Angkat (DrawBridge), Program Pelancongan Paling Popular melalui aktiviti mencandat sotong dan sebagainya. Malah pada tahun 2020 juga, Kampung Budaya Terengganu (KBT) di Muzium Negeri Terengganu berkonsepkan muzium hidup dijadikan produk pelancongan terbaharu mula beroperasi. Pengwujudan Kampung Budaya Terengganu ternyata memberi impak yang positif terutama dalam menarik kunjungan pelancong ke

Page 17: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

17

Negeri Terengganu Darul Iman. Pada tahun 2021, Terengganu bakal memiliki satu lagi daya tarikan pelancongan yang baharu apabila jambatan ikonik di Pulau Poh, Tasik Kenyir mula dibuka. Jambatan dengan jalan empat lorong sepanjang 133 meter ini dibina dengan bermotifkan kepala bangau.

Industri pelancongan merupakan sektor di antara yang terkesan akibat covid-19. Oleh itu, Beta menyarankan agar Kerajaan Negeri meneruskan usaha membantu penggiat dan pengusaha sektor ini terutama sektor hospitaliti agar terus dapat bertahan dalam mengharungi waktu sukar ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Pembangunan Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus dijangka beroperasi pada Februari 2022. Beta yakin pembangunan Bandar Baharu Kuala Nerus ini mampu menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi kawasan sekitar khususnya sektor perindustrian, komersial dan perumahan.

Pembangunan pesat dapat dilihat di Muara Utara dan Selatan Kuala Terengganu City Centre (KTCC). Pelbagai pembangunan komersial dan infrastruktur telah dirancang

Page 18: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

18

di kawasan itu. Suka Beta menyarankan agar pembangunan infrastruktur dan komersial di kawasan tersebut dirancang dan dilaksanakan dengan sebaiknya agar masalah kesesakan lalulintas dan pemuliharaan alam sekitar terus terpelihara supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Beta difahamkan, Kerajaan Negeri sedang giat memenuhi salah satu keperluan asas rakyat iaitu perumahan. Sehingga tahun 2020, Kerajaan Negeri telah berjaya melaksanakan 4 projek pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) di bawah peruntukan negeri dengan jumlah unit keseluruhan 710 unit. Bagi tahun 2021 terdapat dua (2) projek baharu yang akan dilaksanakan yang melibatkan pertambahan 400 unit. Kerajaan Negeri turut mengadakan usahasama dengan Kerajaan Persekutuan, melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di mana pada tahun ini, pembinaan Program Perumahan Rakyat (PPR) Besut sebanyak 450 unit akan dimulakan pada bulan Oktober ini. Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan turut dijalankan iaitu melibatkan pembinaan 50 unit rumah di setiap tapak di Daerah Besut, Setiu dan Kemaman.

Page 19: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

19

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, Kerajaan Negeri telah membangunkan Sistem Pengumpulan Profil Rakyat Negeri Terengganu yang dikenali sebagai (PRT20). Sistem ini dibina untuk membantu Kerajaan Negeri dalam membuat keputusan yang tepat bagi pemberian bantuan secara sistematik kepada rakyat dan golongan sasar.

Dalam usaha memartabatkan Pendidikan Islam di Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah menubuhkan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI). Bagi melengkapkan hasrat tersebut, Beta juga dimaklumkan Kerajaan Negeri akan menaiktaraf Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) menjadi sebuah kolej universiti yang akan membuka peluang kepada rakyat Negeri Terengganu mengikuti pengajian di peringkat pengajian tinggi yang setaraf dengan kolej universiti mahupun universiti yang lain.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Negeri Terengganu terus konsisten dalam pencapaian cemerlang dalam peperiksaan awam. Beta ingin menzahirkan

Page 20: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

20

ucapan tahniah atas kejayaan luar biasa Negeri Terengganu dalam peperiksaan awam khasnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2020. Negeri Terengganu adalah satu-satunya negeri yang melepasi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 dan ini merupakan kali ketiga berturut-turut Negeri Terengganu mengungguli STPM kebangsaan.

Beta ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan kejayaan cemerlang dan gemilang dalam bidang pendidikan terutamanya kepada pihak Kerajaan Negeri Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu dan Yayasan Terengganu.

Beta melahirkan rasa bangga dengan kejayaan Dato’ Mohd Azizulhasni Awang, yang telah membuat pencapaian terbaiknya di pentas Olimpik Tokyo 2020 dengan memenangi pingat perak. Kejayaan ini bukan sahaja menjadi milik peribadi ‘The Pocket Rocketman’ tetapi turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Negeri Terengganu Darul Iman. Tahniah Beta ucapkan.

Page 21: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

21

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Setiap tahun Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan membelanjakan jutaan ringgit untuk pembangunan masjid di seluruh Negeri. Sehingga kini, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah merekodkan sejumlah 508 buah masjid dan 1,550 buah surau telah siap dibina di seluruh negeri. Negeri Terengganu terkenal dengan masjid yang indah dan menarik. Sungguhpun begitu suka Beta ingin mengingatkan agar fungsi dan peranan masjid terus dijaga dan diperkukuhkan serta dipelihara bukan sahaja daripada sudut fizikal malah pengisiannya hendaklah menjurus kepada syariat Islam yang sebenar. Suka Beta menyarankan agar fungsi masjid turut difokuskan kepada pengukuhan perpaduan, memperkasa ekonomi umat dan sumber rujukan masyarakat ke arah kehidupan masyarakat yang lebih harmoni.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Di sebalik musibah itu, pada hakikatnya datang dari perbuatan tidak baik manusia itu sendiri. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala menerusi Surah al-Rum ayat 41 yang bermaksud:-

Page 22: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

22

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Beta berharap Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Memanda Beta, Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Doktor Ahmad Samsuri bin Mokhtar akan terus komited, berusaha memartabatkan lagi Agama Islam dan umat Islam di negeri ini. Usaha ini perlu dilakukan menerusi gerak kerja profesional, yang berupaya menangkis sebarang fitnah dan tuduhan jahat, sekali gus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam sebagai Ad-Din.

Adalah menjadi tanggungjawab Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mencorakkan Negeri Terengganu ke arah sebuah negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera. Oleh yang demikian, sepanjang sidang ini berlangsung, berbahas dan berhujahlah secara rasional dan ilmiah atas perkara-perkara yang boleh membawa kebaikan dan manfaat bersama.

Page 23: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

23

Beta juga ingin mengingatkan supaya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri terus dipatuhi dan dipertahankan.

Beta yakin negeri dan rakyat akan terus menikmati keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup, sekiranya sikap hormat-menghormati dan mematuhi undang-undang dijadikan dasar utama.

Akhirnya, Beta berdoa Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, serta dengan kerjasama padu daripada jentera pentadbiran awam, akan mendapat petunjuk dan bimbingan Ilahi bagi menyempurnakan tanggungjawab dan amanah, secara adil lagi saksama, jujur lagi ikhlas, amanah lagi berintegriti.

Semoga semua usaha murni ini mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala. Dengan lafaz suci Bismillahirrahmanirrahim, Beta dengan sukacitanya merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Keempat Belas, Tahun 2021.

Page 24: Titah Ucapan - dun.terengganu.gov.my

24

Selamat Bersidang.

Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.