kumpulan (btoii)

Upload: pak-yob

Post on 03-Apr-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Kumpulan (Btoii)

    1/5

    PENULISAN ESEI BERKUMPULAN

    A. Jelaskan konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi

    Manusia tanpa pengetahuan asal sejarah mereka yang lalu, dan budaya adalah

    seperti pokok tanpa akar. Merujuk kepada kenyataan yang dinyatakan, budaya boleh

    ditakrifkan sebagai cara hidup sesebuah masyarakat seperti pelakuan, kepercayaan, nilai-

    nilai murni, dan adat-adat masyarakat yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.

    Dewasa ini, Malaysia yang dikenali sebagai negara yang majmuk telah mengalami

    perubahan budaya kerana pengaruh dari kemajmukan kaum di Malaysia. Contohnya, dari

    segi makanan, rakyat Malaysia kebanyakannya akan mengambil sarapan dengan makanan

    seperti nasi lemak dari kaum Melayu dan roti canai dari kaum India.

    Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan

    dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan

    teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu

    proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti

    politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini

    bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

    Walaupun globalisasi sering ditakrifkan sebagai membuka pintu kepada elemen-

    elemen baru terutama dalam bidang teknologi maklumat di seluruh dunia melalui mediacetak dan elektronik, juteru itu, ia menjejaskan banyak aspek kehidupan harian kita,

    terutamanya ekonomi, pembangunan, perkongsian maklumat dan budaya. Globalisasi

    budaya adalah satu pergerakan pesat idea, sikap, dan nilai-nilai merentasi sempadan.

    Perkongsian idea secara amnya membawa kepada hubungan yang lebih besar dan

    interaksi antara rakyat pelbagai kaum, budaya dan cara hidup, yang boleh mendapat

    keputusan kedua-dua positif dan negatif. Oleh itu, teknologi maklumat telah

    mempercepatkan proses globalisasi budaya yang tidak boleh dielakkan dalam mana-mana

    bahagian dunia, termasuk Malaysia sendiri.

    Hasil penelitian laporan pihak UNESCO terhadap beberapa buah negara seperti

    Jordan, Colombia, Habsyah, Israel, Slovakia, El Salvador, Guatemala, Nicaragua dan Peru

    menunjukkan kes-kes keganasan pelajar bagi negara-negara tersebut telah mencatatkan

    bilangan peningkatan kes dari setahun ke setahun. Malaysia, sebagai sebahagian daripada

    komuniti kehidupan global pada realitinya juga tidak terlepas dari menghadapi kemelut

    sosial yang sedang melanda masyarakat dunia masa kini.

    1

  • 7/29/2019 Kumpulan (Btoii)

    2/5

    Dunia tanpa sempadan yang menyebabkan kebanjiran maklumat, akses yang

    mudah kepada dunia hiburan, layaran mudah bahan-bahan porno melalui Internet dan

    kehidupan alam siber yang menjadi trend masyarakat menjadikan gejala negatif yang

    dominan di luar batasan moral masyarakat setempat sukar dipintas dan ditapis.

    Dalam erti kata lain, cabaran kehidupan global village dan borderless worldakan

    terus memberi impak secara langsung terhadap kehidupan pelajar dalam perkampungan

    global (global village) ini. Fenomena tersebut mempunyai pertalian yang signifikan antara

    kemajuan kehidupan manusia dengan kesan daripada ledakan perkembangan

    telekomunikasi yang membawa kepada penyelerakan maklumat secara terbuka melalui

    dunia hiburan, komunikasi, penyelerakan pelbagai idea, budaya dan lain-lain.

    Dari segi perkembangan kurikulum pula institusi pendidikan berhadapan dengan

    pelbagai tekanan sama ada dari ahli politik, pendidik, ahli akademik, masyarakat massa, ibu

    baps, penyelidik, tokoh korporat, kumpulan pedagang, ahli profesional dan sebagainya

    untuk melakukan langkah tertentu terhadap kurikulum secara lebih drastik sifatnya seperti

    merombak kurikulum, memberi nilai tambah, melakukan inovasi, membuat penyemakan dan

    melakukan reformasi bagi memastikan kurikulum sekolah tetap relevan dengan keperluan

    kehidupan itu sendiri.

    Dunia tanpa sempadan yang menyebabkan kebanjiran maklumat, akses yang

    mudah kepada dunia hiburan, layaran mudah bahan-bahan porno melalui Internet dan

    kehidupan alam siber yang menjadi trend masyarakat menjadikan gejala negatif yang

    dominan di luar batasan moral masyarakat setempat sukar dipintas dan ditapis.

    Dalam erti kata lain, cabaran kehidupan global village dan borderless worldakan

    terus memberi impak secara langsung terhadap kehidupan pelajar dalam perkampungan

    global (global village) ini. Fenomena tersebut mempunyai pertalian yang signifikan antara

    kemajuan kehidupan manusia dengan kesan daripada ledakan perkembangan

    telekomunikasi yang membawa kepada penyelerakan maklumat secara terbuka melaluidunia hiburan, komunikasi, penyelerakan pelbagai idea, budaya dan lain-lain.

    Tetapi, seperti perubahan yang telah berlaku, tidak semua orang terpengaruh ke

    arah globalisasi budaya ini. Walau bagaimanapun, di Malaysia ia secara meluas telah dialu-

    alukan atau diterima oleh rakyat negara kita, seperti kebanyakannya masyarakat dalam

    kelas sosial yang tinggi dan generasi muda merupakan salah satu masyarakat yang paling

    senang dipengaruhi dan terdedah kepada kesan globalisasi ini.

    2

  • 7/29/2019 Kumpulan (Btoii)

    3/5

    B. Huraikan sejauh mana sistem pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia

    relevan kepada generasi pelajar dalam era globalisasi yang semakin sengit dan

    mencabar

    Globalisasi memberikan impak yang besar kepada generasi baru di negara kita,Malaysia. Ledakan budaya yang jelas berlaku di negara kita pada masa kini sebagai salah

    satu kesan globalisasi. Terdapat banyak perubahan yang berlaku dan menjejaskan negara

    kita, terutamanya dari segi kemuafakatan antara penduduk, bukan sahaja antara kaum

    malah dalam sesuatu kaum itu sendiri. Sebagai guru, kita boleh mengatakan bahawa

    ledakan budaya ini mempunyai kelebihan dan juga kelemahan yang memberi kesan kepada

    sistem pendidikan. Konsep ledakan budaya boleh ditakrifkan sebagai perubahan mendadak

    yang berlaku tanpa kita mengetahui baik dan buruk perubahan itu. Perkara ini mungkin

    memberikan kemudahan kepada kita untuk melalui kehidupan seharian, tetapi ia mungkin

    juga membebankan kita dalam banyak cara.

    Garis panduan tentang bentuk, isi dan perlaksanaan kurikulum perlu ditentukan oleh

    senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi (Sharifah Nor

    Puteh, 1997). Ia juga mesti bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat

    menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Pembentukan

    kurikulum yang mengikut era globalisasi penting supaya pada masa akan dating akan lahir

    sekurang-kurangnya empat golongan manusiai iaitu ahli fikir, ahli reka cipta, ahli profesionaIdan ahli ekonomi. Keempat-empat golongan ini perlu menggembeling fikiran, tenaga

    dan.usaha secarabersepadu untuk membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara maju.'

    Apabila generasi muda kita telah biasa dengan penggunaan teknologi dalam era

    globalisasi pada masa kini, mereka akan mendapat akses yang lebih mudah untuk apa

    sahaja yang mereka mahu mahu. Sebagai contoh, jika seorang guru meminta mereka untuk

    membaca artikel dan memberi ulasan mengenai topik tertentu, mereka hanya mungkin

    menggunakan hujung jari mereka dan klik pada apa-apa kajian dalam talian di internet dan

    menyerahkan kepada guru.

    Jika kita membuat perbandingan di antara pelajar di kawasan bandar dan luar

    bandar, kita mungkin melihat bahawa akan wujudnya jurang yang besar ke atas pencapaian

    dalam pendidikan mereka. Pelajar-pelajar di kawasan bandar akan dapat memahami atau

    menguasai tajuk-tajuk yang diajar oleh guru dengan lebih mudah berikutan akses kepada

    rangkaian internet lebih mudah untuk dicapai berbanding dengan pelajar yang tinggal di luar

    bandar. Perkara ini mungkin akan menyebabkan pelajar yang tinggal di luar bandar

    ketinggalan dalam pendidikan. Ini secara automatik akan meluaskan jurang pendidikan

    antara pelajar di kawasan bandar dan luar bandar. Satu-satunya cara untuk merapatkan

    3

  • 7/29/2019 Kumpulan (Btoii)

    4/5

    jurang adalah untuk menjadikan ia bersamaan dengan pelajar kedua-dua kawasan untuk

    mendapatkan akses mudah kepada bahan-bahan pembelajaran mereka.

    Pembangunan pesat di malaysia dan kemajuan teknologi pembinaan telah

    memberikan nafas segar kepada kemajuan pendidikan di Malaysia. Hal ini dilihat denganadanya bangunan tinggi, utuh dan kesenian yang bermutu di sekolah-sekolah dan pusat

    pengajian tinggi pada masa kini. Jika dilihat pada masa lalu, pembelajaran di sekolah

    dijalankan di kawasan-kawasan lapang, di pondok-pondok dan di bangunan kayu. Namun

    seiring dengan arus globalisasi bangunan-bangunan berbatu-bata dengan hasil binaan yang

    bermutu telah disediakan di sekolah. Bukan itu sahaja, bangunan yang diciptakan juga

    dalam bilangan yang mencukupi untuk kegunaan kelas, pejabat, makmal-makmal selain

    infrastruktur yang disediakan untuk kegunaan guru dan pelajar. Hal ini jelas menunjukkan

    bahawa sistem pendidikan negara kita adalah seiring dengan kemajuan teknologi pada

    masa kini dan jelas bahawa negara kita memandang sirius tentang pembangunan

    pendidikan di malaysia pada masa kini.

    Seterusnya, dilihat pula pada kemudahan yang disediakan di dalam bangunan itu

    sendiri, contohnya kerusi dan meja. Ia juga adalah hasil dari pembangunan globalisasi yang

    berlaku. Jika dibandingkan kemudahan pembangunan yang terdapat di negara kita dengan

    negara maju di luar sana seperti Amerika Syarikat, jelas kita juga setanding dengan

    pembangunan mereka. Selain itu, jika di lihat pada institusi pengajian tinggi di negara kita,banyak bangunan-bangun pencakar langit yang dibina untuk kegunaan pendidikan. Selain

    itu, penyediaan kawasan pengajian yang mempunyai keluasan yang luas dan infrasruktur

    moden akan menaikkan motivasi pelajar untuk terus belajar dan menjadi yang terbaik.

    Selain itu, negara kita juga telah mengeluarkan belanja yang tinggi untuk menaiktaraf

    infrastruktur di setiap tempat pengajian demi memahukan pelajar kita tidak ketinggalan

    dengan arus kemodenan.

    Memasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak

    seiring dengan keperluan semasa kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh

    arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan

    kesinambungan sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan,

    sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu

    berkenaan dengan sistem persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya

    tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang

    baru. Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia

    yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan

    daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza.

    4

  • 7/29/2019 Kumpulan (Btoii)

    5/5

    Seringkali setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun yang telah dibuat,

    dipengaruhi oleh politik tanah air yang bermula sejak zaman penjajah lagi. Umum

    mengetahui bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu

    pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat

    menyelesaikan masalah yang timbul. Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak

    berubah dari aspek perpaduan kaum.

    Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat menjadikan sekolah sebagai asas permulaan

    membina hubungan baik sesama mereka di mana di sekolah, mereka dapat beramah

    mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling kenal mengenal, dan merapatkan

    hubungan silaturahim. Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai aliran seperti

    sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah menjejaskan

    perpaduan kaum di Malaysia. Kini, ianya sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana

    sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin

    pudar. Hal demikian kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia

    yang berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal.

    Sebagai kesimpulan, kita boleh mengkategorikan fenomena ledakan budaya sebagai

    suatu fenomena tren yang menyebabkan banyak perubahan mendadak dalam kehidupan

    kita hari ini.Terdapat kedua-dua kebaikan dan keburukan yang kita dapat lihat dari

    fenomena ini.Kami adalah salah satu yang boleh membawa generasi baru kepadakehidupan yang lebih baik dengan bantuan globalisasi.

    5