kuliah -masalah disiplin dan tl bermasalah

Upload: syakir-maarif-bin-mastor

Post on 03-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Kuliah -Masalah Disiplin Dan TL Bermasalah

    1/6

    1

    DISIPLIN BILIKDARJAH

    Konsep

    Faktor-faktor yang menyumbangkepada masalah disiplin dalam bilik

    darjah

    Cara-cara menangani masalah disiplin

    dalam bilik darjah

    TeguranMembina/Amaran

    Konstruktif

    Hukuman (bukanderaan)

    Mencegah Salah laku

    Pengurusan disiplin

    Mengamalkan Strategi

    Pendisiplinan yang sesuai

    Peraturan-peraturan yang dikenakankepada pelajar-pelajar dengan tujuanmengawal tingkah laku mereka melaluihukuman atau ganjaran.

    Kebosanan! Guru telah gagal menyediakanaktiviti yang menarik, mencabar dan sesuaidengan tahap pencapaian pelajar.

    Pelajar tidak mampu menyiapkan kerja yangdiberi oleh guru kerana terlalu sukar, arahankurang jelas dan penggunaan bahasa yangtidak sesuai.

    Tempoh masa bagi aktiviti yang terlalu lama.

    Pengurusan guru yang lemah. Bilik darjahtidak selesa. Guru tak mahir guna BBM.

    Murid keliru dengan ekspektasi guru. Gurutidak memberitahu secara jelas dan eksplisittentang apa yang diinginkan daripadapelajar. Kadang-kala ekspektasi guruterlampau tinggi.

    .

    Memahami Dinamika Bilik Darjah

    Pengajaran Berkesan

    Susun Atur Tempat Duduk

    Prihatin Terhadap Pelajar

  • 7/29/2019 Kuliah -Masalah Disiplin Dan TL Bermasalah

    2/6

    2

    1.4 DISIPLIN BILIK DARJAH

    Konsep Disiplin Bilik Darjah

    Mengikut P.F. Oliva(1956), disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada

    autoriti, keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik, cara yang

    menetapkan peraturan atau hukuman.

    Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet(1979), disiplin membawa beberapa maksud seperti

    :

    1. kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang

    sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.

    2. kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib.

    3. kesanggupan seseorang menghormati hak individu lain.4. kesanggupan seseorang mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak

    mengganggu kepentingan orang lain.

    5. kesanggupan hormat-menghormati antara satu dengan lain dan mempunyai

    semangat tolong-menolong.

    6. kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang

    membina.

    7. kesanggupan berkhidmat kepada masyarakat.

    Di peringkat sekolah, disiplin merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan kepada pelajar-

    pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Justeru

    itu, disiplin bilik darjah merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan kepada pelajar-pelajar

    supaya mereka berkelakuan baik dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran

    pembelajaran dijalankan. Bilik darjah yang berdisiplin boleh disamakan dengan suasana

    sosioekonomi bilik darjah yang harmonis, aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan

    secara sistematik, teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan.

    Faktor-faktor Yang Menyumbang Kepada Masalah Disiplin Dalam Bilik Darjah

    Antara punca tersebut termasuk seperti berikut:

    i) kebosanan, guru telah gagal menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan sesuai dengan

    tahap pencapaian pelajar.

  • 7/29/2019 Kuliah -Masalah Disiplin Dan TL Bermasalah

    3/6

    3

    ii) pelajar tidak mampu menyiapkan kerja yang diberi oleh guru kerana terlalu sukar, kurang jelas

    dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai.

    iii) tempoh masa bagi aktiviti adalah terlalu lama.

    iv) pengurusan guru adalah lemah, contohnya alat bantu visual tidak berfungsi dan terlalu banyak

    gangguan yang mengganggu kelancaran pengajaran.

    v) keliru dengan ekspektasi, guru tidak memberitahu secara jelas dan eksplisit tentang apa

    yang diinginkan daripada pelajar.

    Cara-Cara Menangani Masalah Disiplin Dalam Bilik Darjah

    Tiga cara menangani masalah disiplin akan dibincangkan secara ringkas iaitu amaran

    konstruktif, hukuman dan pencegahan salah laku.

    a) Amaran konstruktif

    Amaran ini digunakan apabila tingkah laku yang tidak diingini mengganggu proses pengajaran

    dan pembelajaran. Walau bagaimanapun keberkesanan tindakan ini bergantung kepada apa

    yang diperkatakan dan cara bagaimana ia disampaikan.

    Prosedur amaran konstruktif

    1. Dapatkan perhatian pelajar dan tegaskan bahawa ini adalah satu amaran

    2. Jelaskan tingkah laku yang diingini secara eksplisit

    3. Jelaskan tindakan yang disediakan bagi pelajar yang tidak memberi kerjasama

    4. Amaran perlu ringkas

    5. Teruskan pengajaran serta memberi pujian kepada pelajar yang memberi kerjasama

    6. Beri pujian kepada pelajar yang bermasalah apabila ia menunjukkan perubahan tingkah laku

    7. Beri pelajar hanya satu amaran sahaja.

    Amat penting untuk mengingati bahawa amaran seharusnya ditujukan kepada masalah tingkah

    laku dan bukan kepada pelajar berkenaan. Sungguhpun amaran digunakan, anda harus

    memupuk nilai moral yang baik dan menggunakan pernyataan yang positif untuk mencapai

    kesan yang diingini.

    b) Hukuman

  • 7/29/2019 Kuliah -Masalah Disiplin Dan TL Bermasalah

    4/6

    4

    Respon yang seringkali diberikan kepada tingkah laku negatif merupakan satu hukuman. Respon

    berbentuk negatif merangkumi tindakan tata tertib seperti amaran lisan, mengherdik dan

    memaparkan nama serta salah laku pelajar. Hukuman ialah seperti menarik balik keistimewaan,

    mengasingkannya dari pelajar lain, memecat pelajar dari jawatan yang disandang, menambah

    beban tugas, digantung persekolahan dan sebagainya.

    Hukuman mungkin menimbulkan kesan-kesan negatif kepada pelajar. Hukuman mungkin

    menghalang pembelajaran (Englander, 1986), gagal mendidik pelajar cara-cara mempelbagaikan

    tingkah laku dan mungkin juga tidak dapat menghasilkan perubahan pada tingkah laku. (Emmer

    and Aussiker, 1987).

    c) Mencegah salah laku

    Salah satu daripada faktor yang penting dalam pengurusan bilik darjah ialah keupayaan gurumencegah salah laku pada peringkat awal sebelum ianya menjadi satu isu yang serius. Berikut

    adalah antara perkara yang perlu dikuasai oleh guru bagi mencegah salah laku.

    Memahami Dinamika Bilik Darjah

    Semua tingkah laku membawa makna sosial yang hanya dapat difahami dalam konteks sosial

    tertentu. Adalah penting bagi guru menangani masalah tingkah laku dengan melibatkan semua

    pelajar dari kelas tersebut. Dengan memerhatikan perhubungan pelajar dengan rakan-rakan

    sekelasnya yang lain dapat membantu anda mencari punca dan matlamat masalah tingkah laku

    yang ditunjukkan dan bagaimana rakan sebayanya dapat sama-sama menyelesaikan masalah

    ini. Adalah penting untuk anda diketahui bahawa, rakan sebaya dapat mempengaruhi atau

    membendung tingkah laku dengan lebih berkesan dibandingkan dengan guru sendiri.

    Pengajaran Berkesan Mencegah Masalah Disiplin Dalam Bilik Darjah

    Di tengah-tengah kemelut masalah disiplin di dalam bilik darjah sebenarnya adalah kegagalan

    pendidikan oleh sekolah

    (Maurice Balson:1992)

    Kebanyakan masalah disiplin dalam bilik darjah disebabkan pengurusan pengajaran dan aktiviti

    bilik darjah yang tidak berkesan. Sebagai contoh, strategi pengajaran yang ketinggalan zaman,

    tidak teratur dan penggunaan alat bantu mengajar yang tidak berkesan menyebabkan pelajar

    hilang minat dan mengalih perhatian mereka kepada tingkah laku bermasalah.

  • 7/29/2019 Kuliah -Masalah Disiplin Dan TL Bermasalah

    5/6

    5

    Susun Atur Tempat Duduk

    Guru bertanggungjawab untuk menyusun atur tempat duduk pelajar mereka. Guru perlu

    mengatur tempat duduk pelajar supaya membolehkan mereka memerhati dan memudahkan

    pergerakan untuk mendekati pelajar. Pastikan terdapat kontak mata dengan pelajar sama ada

    semasa pengajaran atau apabila berkomunikasi dengan kelas atau pun dengan individu.

    Prihatin terhadap pelajar

    Adalah penting untuk anda membuat tinjauan seluruh bilik darjah dari masa ke semasa untuk

    memerhatikan sama ada pelajar mengalami masalah dengan tugasan mereka atau memerlukan

    bantuan anda. Jika keadaan ini berlaku, beri sokongan anda supaya mereka akan teruskan

    dengan kerja masing-masing. Guru juga perlu menunjukkan keprihatinan terhadap

    perkembangan pelajar sama ada besar atau kecil. Di sini jelas diperhatikan bahawa sentuhanperibadi adalah lebih berkesan berbanding dengan memanggil nama pelajar.

  • 7/29/2019 Kuliah -Masalah Disiplin Dan TL Bermasalah

    6/6

    6

    AKTIVITI 1

    1. Sebagai seorang guru biasa, beri saranan anda untuk mengatasi masalah disiplin yang

    berlaku di bilik darjah

    a. _____________________________________________________________

    b. _____________________________________________________________

    c. _____________________________________________________________