kuih talam lapis sagu

2
KUIH TALAM LAPIS SAGU (KUIH TALAM SAGU) Resepi : Yatie Diujirasa : Ummi @ Home Sweet Home Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) : 2 cawan santan cair (akak guna santan kotak Kara jer) 1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar 1/2 - 1 cawan gula pasir - saya letak 3/4 cawan garam secukup rasa pewarna merah secukupnya- saya guna pewarna hijau Cara membuatnya : 1. Sapu acuan dengan minyak dahulu. Mas guna acuan lompang. 2. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Mas masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan. 3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru Mas cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu. 4. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Mas tak cakar sebab menggunakan acuan lompang. 5. Letak adunan lapisan atas. Nota saya= Saya masak bahan2 sagu dlm periuk sehingga pekat dlm 15 minit dngn menggunakan api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau supaya adunan rata. Selepas itu saya masukkan dlm acuan kecik. Saya kukus dlm 15 minit. Angkat dan bolehlah tuangkan adunan utk lapisan atas dan kukus semula selama 15 minit. Bahan untuk lapisan atas : 3 cawan santan pekat (akak guna santan kotak Kara jer) 1 cawan tepung beras 2 sudu besar tepung jagung- saya tambah 1 sudu teh garam Cara membuatnya : 1. Gaul semua bahan supaya rata.

Upload: nahiraz

Post on 22-Dec-2015

259 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

resepi

TRANSCRIPT

Page 1: Kuih Talam Lapis Sagu

KUIH TALAM LAPIS SAGU (KUIH TALAM SAGU)Resepi :  YatieDiujirasa :  Ummi @ Home Sweet Home

Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :

2 cawan santan cair (akak guna santan kotak Kara jer)

1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar

1/2 - 1 cawan gula pasir - saya letak 3/4 cawan

garam secukup rasa

pewarna merah secukupnya- saya guna pewarna hijau

Cara membuatnya :

1. Sapu acuan dengan minyak dahulu. Mas guna acuan lompang.

2. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Mas masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.

3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru Mas cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.

4. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Mas tak cakar sebab menggunakan acuan lompang.

5. Letak adunan lapisan atas.

Nota saya= Saya masak bahan2 sagu dlm periuk sehingga pekat dlm 15 minit dngn menggunakan api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau supaya adunan rata. Selepas itu saya masukkan dlm acuan kecik. Saya kukus dlm 15 minit. Angkat dan bolehlah tuangkan adunan utk lapisan atas dan kukus semula selama 15 minit.

Bahan untuk lapisan atas :

3 cawan santan pekat (akak guna santan kotak Kara jer)

1 cawan tepung beras

2 sudu besar tepung jagung- saya tambah

1 sudu teh garam

Cara membuatnya :

1. Gaul semua bahan supaya rata.

2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.

3. Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.

4. Kukus lagi selama 20 minit. Saya kukus 15 minit je sebab guna acuan kecik.

Page 2: Kuih Talam Lapis Sagu

Nota :

Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan talam yang cantik.

Saya guna acuan kecik2 supaya senang keluarkan kuih talam ni.