susun lapis pemerintahan melaka

Upload: wanrozita1

Post on 07-Apr-2018

283 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    1/23

    SUSUN LAPIS PEMERINTAHAN MELAKA

    Pada kurun ke-15 masihi dan 16 masihi melaka telah menjadi pusat kegiatan politik di

    Alam Melayu, ekoran daripad asistem pentadbiran yang sistemetik. Sistem pentadbiran di

    Melaka mampunyai susun lapis pemerintahan mengikut heiraki pemerintahan yang mana

    tergolong daripada golongan yang pemeritah dan golongan yang diperintah.Golongan

    pemeritah tergolong daripada Raja atau Sultan,kerabat diraja dan para

    pembesar,manakala golangan yang diperitah pula terdiri daripada artisan,para

    pedagang,rakyat biasa dan hamba.Kestabilan politik melaka pada peringkat awal

    dikatakan bermula daripada kebijaksanaan pemerintahnya iaitu Parameswara yang bijak

    yang memeritah dan mentadbir politik Melaka.Hal ini kerana parameswara mempunyai

    pengalaman berpolitik dan mentadbir ,iaitu pengalaman semasa memjadi Raja di

    Palembang dan Singapura yang membolehkan Parameswara marancang skema untuk

    memajukan Melaka.

    Dalam mengawal dan menstabilkan politik,Sultan memainkan peranan yang

    terpenting.Sultan menduduki heiraki teratas yang berkuasa mutlak,hal ini dapat dilihat

    kerana Sultan mempunyai kuasa dalam semua perkara.Cotohnya Sultan berhak

    menjatuhkan apa sahaja hukuman terhadap pesalah dan penderhaka.Pelantikan Sultan

    adalah bardasarkan keturunan iaitu dimana putera sulung akan menggantikan Sultan

    dalam pentadbiran negeri selapas kemangkatan sultan.

    Karisma dan daya kepimpinan Parameswara tentu tidak bererti jika tanpa para pembesar.

    Premis kewibawaan politik dan kepimpinan yang dimiliki oleh Parameswara disokong

    pula oleh para pembesar dan menterinya. Sejarah Melayu dengan jelas mengatakan

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    2/23

    bahawa semasa memerintah Singapura, Parameswara dibantu oleh para pembesarnya

    sebagai jentera pemerintah bagi menjalankan dasar kerajaannya. Secara umum, hierarki

    para pembesar ini adalah seperti berikut:

    (a) Bendahara

    Bendahara adalah bapa mentua raja. Tokoh yang pertama menjadi Bendahara Melaka

    bergelar Seri Wak Raja.

    (b) Perdana Menteri

    Penyandang jawatan ini adalah kerabat diraja juga, iaitu Raja Anum. Gelarannya ialah

    Seri Amar Diraja. Sejarah Melayu versi tahun 1612 menyebut bahawa tokoh yang kedua

    menyandang jawatan ini ialah Tun Perpatih Besar anak Tun Perpatih Permuka Bejajar,

    Bendahara Singapura yang pertama.

    (c) Penghulu Bendahari

    Penghulu Bendahari adalah menantu Bendahara. Penyandangnya juga adalah daripada

    kalangan Kerabat diraja, iaitu Raja Kecil Muda dan bergelar Seri Nara Diraja.

    Seperti yang telah disebutkan lebih awal, pembesar-pembesar utama ini dibantu oleh

    pembesar-pembesar seperti bentara, sida-sida dan para Biduanda. Kemuncak sistem

    berkerajaan ini ialah raja. Baginda digelar Raja atau Duli Yang Dipertuan. Gelaran Sultan

    mula digunakan apabila Seri Maharaja menjadi Raja Melaka yang ketiga dengan gelaran

    Sultan Muhammad Syah. Baginda dikelilingi oleh kerabatnya sendiri yang termasuk

    keluarganya, seorang Bendahara dan penghulu Bendahari terawal yang merupakan

    adinda raja kerabat yang terhampir. Tome Pires melaporkan bahawa ketika Parameswara

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    3/23

    berangkat dari Muar ke Melaka, baginda pernah berkata, with my wife and house.

    Sistem Pentadbiran Melaka semakin berkembang dan bersistematik selaras dengan

    perkembangan dan kekompleksan kerajaannya. Bilangan para pembesar yang paling asas

    yang diwarisi sejak zaman Singapura dahulu bertambah dari semasa ke semasa supaya

    sesuai dengan kehendak dan kehendak sosial, politik dan ekonomi semasa. Raja Melaka

    yang kedua, Raja Besar Muda ( Megat Iskandar Syah ) disebut oleh Sejarah Melayu

    sebagai memerintah istiadat takhta kerajaan baginda. Antara peraturan yang ditentukan

    oleh baginda ialah mewujudkan menteri yang bertanggungjawab menyusun istiadat di

    Balairung, melantik para bentara yang bertugas di Balairung dan melantik para

    biduanda.Tokoh yang memainkan peranan untuk melengkapkan lagi istiadat dan sistem

    pentadbiran ialah Raja Kecil Besar ( Sultan Muhammad Syah, 1424-1444 T.M. ) Beliau

    dikatakan telah mengatur takhta kerajaan baginda. Sejarah Melayu telah menerangkan

    dengan terperinci tentang pelbagai jenis peraturan, tanggungjawab individu di istana,

    memastikan berbagai-bagai bidang kuasa para pembesar, menentukan hak serta bidang

    kuasa raja Melaka, memformalkan amalan adat serta istiadat yang berhubung dengan

    peraturan berkerajaan dan penentuan protokol.

    Dua pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu ialah Temenggung

    dan Seri Bija Diraja. Keadaan pada masa itu memerlukan kedua-dua jawatan ini

    diwujudkan kerana masyarakat serta corak bandar Melaka yang semakin kompleks. Oleh

    sebab keamanan Melaka perlu diberi perhatian yang wajar maka wujudlah jawatan

    Temenggung untuk mengatasi keamanan disamping mengawal perjalanan urusniaga

    negeri. Dengan kehadiran Orang Laut sebagai tenaga utama untuk mengawal

    keselamatan diperairan Melaka bagi menggalakkan perdagangan maka diwujudkanlah

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    4/23

    jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini.

    Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan. Jawatan yang penting ini

    muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan entrepot.

    Hal-ehwal pelabuhan yang semakin kompleks dengan urusniaga, dan menjadi nadi

    kehidupan Melaka ketika itu menyebabkan Undang-Undang Melaka meletakkan taraf

    jawatan Syahbandar ke taraf Pembesar Empat untuk melancarkan aktiviti perdagangan.

    Jawatan dan institusi Laksamana pula wujud semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah

    ( 1456-1477 ). Jawatan ini pada awalnya ditempelkan oleh Ratu Majapahit, kemudian

    diformalkan oleh Sultan Mansor Syah. Orang yang pertama menyandang jawatan ini

    ialah Hang Tuah. Kedudukan jawatan ini di istana adalah setara dengan Seri Bija Diraja

    kerana kedua-duanya memikul pedang kerajaan secara bergilir-gilir. Oleh yang demikian,

    tugas dan bidang kuasa Laksamana adalah sama dengan tugas Seri Bija Diraja. Tetapi

    apabila institusi Laksamana ini semakin kukuh dan berpengaruh di Melaka, taraf jawatan

    Seri Bija Diraja pula didapati semakin menurun.

    Menurut huraian diatas, jelaslah bahawa sistem pemerintahan kerajaan di Melaka

    merupakan warisan daripada kerajaan Srivijaya. Ia hanya mengalami sedikit perubahan

    dari segi susunan dan nama jawatan selepas pengasasan Parameswara..

    PEMBETUKAN UNDANG-UNDANG MELAKA

    Undang-undang atau sistem perundangan adalah suatu cara untuk menyelesaikan

    berbagai-bagai bentuk konflik dan kekecohan dalam masyarakat (antara sesama

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    5/23

    induvidu,dikalangan antara kelompok atau antara induvidu dan kelompok dengan sistem

    keadilan yang telah pun ditentukan dalam masyarakat tersebut). Di Melaka,dalam

    memastikan kestabilan politik dan Negara,Kerajaan Melaka pada masa tersebut telah

    mengubal undang-undang yang bertujuan untuk melancarkan pentadbiran.Terdapat dua

    buah teks undang-undang tradisional di Melaka. Undang-undang yang pertama dikenali

    sebagai hukum kanun melaka yang merupakan undang-undang darat melaka yang mana

    merangkumi peraturan yang harus diikuti oleh semua masyarakat di melaka dan

    merupakan undang-undang yang bertujuan untuk mengawal keselamatan dan keamanan

    Pada mulanya Hukum Kanun Melaka ditentukan berdasarkan hukum dan adat setempat.

    Namun, semasa zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, Hukum Kanun

    Melaka ditukar berdasarkan Hukum Hudud. Ini dapat dibuktikan berdasarkan fasal 7.2

    dalam Hukum Kanun Melaka;Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu

    dibunuhnya maka kenalah denda akan dia setengah harganya.... Adapun pada hukum

    Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan dipotong tangannya.

    Perubahan teras ini adalah disebabkan oleh pengaruh Islam di Melaka pada ketika itu.

    Hukum Kanun Melaka diwujudkan bagi menjaga keamanan dan keselamatan rakyat di

    Melaka termasuklah bangsa asing yang tinggal dan singgah di Melaka. Namun begitu,

    undang-undang Islam hanya dilakukan kepada orang Islam manakala bangsa lain akan

    dihukum mengikut agama atau adat masing-masing. Sebagai contoh, jika seorang lelaki

    Islam telah berzina dengan seorang perempuan cina. Lelaki tersebut akan dihukum

    berdasarkan undang-undang Islam dan perempuan tersebut akan dihukum mengikut adab

    dan agamanya. Peraturan umum seperti mencuri, merompak dan sebagainya akan

    dilaksanakan untuk semua bangsa di Melaka termasuklah bangsa asing. Ini menunjukkan

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    6/23

    sikap Raja Melaka yang bertoleransi dan adil dengan rakyatnya. Baginda hanya

    menghukum rakyat yang benar-benar melakukan kesalahan sahaja. Hal ini telah menarik

    bangsa lain seperti pedagang dari China dan Gujerat, Orang Arab serta ramai lagi untuk

    datang dan menetap di Melaka..manakala teks yang kedua pula dikenali sebagai undang-

    undang laut melaka atau adat pelayaran melaka.teks ini diterjemah sebagai the maritime

    laws of Malacca. Undang-undang Laut Melaka yang dikenali sebagai Adat Pelayaran

    Melaka, Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut. Undang-undang

    Laut Melaka mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, cara berjual beli, hukum-

    hukum jenayah di kapal, larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak

    kapal. Undang-undang Laut Melaka diwujudkan untuk melancarkan urusan pedagangan

    di Selat Melaka. Ini telah menggalakkan kedatangan pedagang asing dari luar untuk terus

    berdagang di Melaka. .undang-undang di melaka telah dilaksanakan berdasarkan hukum

    syarak.contohnya hukumanpotong tangan akan dikenakan terhadap pencuri yang

    tertangkap.hal yang demikian dirujuk berdasarkan hokum hadd dalam kesalahan jenayah

    pada hokum yang dikenakan terhadap para jenayah yang tertangkap. dengan adanya

    undang-undang tersebut,melaka telah berjaya manjadi sebuah negeri yang aman dan

    selamat sehingga muncul sebagai pusat politik di nusantara.

    HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN CHINA

    Antara faktor lain yang mejadikan Melaka sebagai pusat kegiatan politik yang

    terkenal di Alam Melayu ialah kejayaan Melaka dalam menguasai tanah-tanah

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    7/23

    jajahannya.Bagi mengukuhkan lagi kuasanya Melaka telah menjalankan dasar

    penaklukkan,kerajaan Melaka telah menakluki kerajaan-kerajaan lain bagi menanbah

    pengaruhnya.Hal ini dapat mengukukkan lagi politik Melaka,dengan adanya pengaruh

    yang ramai.Malah pada masa yang sama Melaka juga akan digeruni oleh kuasa lain,yang

    sekaligus mengiktiraf Melaka sebagai penaung.Kejayaan Melaka dalam menjalin

    hubungan diplomatic dengan China juga merupakan salah satu faktor yang terpenting

    dalam perkembanggan politik Melaka.Peristiwa ini dapat dilihat apabila Parameswara

    telah menghantar utusan ke Peking pada tahun 1405 untuk menjalinkan hubungan baik

    dengan negeri China.Ekoran daripada penghantaran utusan tersebut,Parameswara diberi

    pengakuan secara rasmi pada tahun 1406,pengakuan tersebut disertakan dengan

    penyerahan cop mohor,persalinan pakaian daripada kain sutera dan payung kuning.Pada

    masa tersebut negeri China dikatakan negeri yang mepuyai kuasa yang terkuat di

    asia.dengan menjalinkan hubungan dengan China,Melaka mendapat perlindungan

    daripada China.Hal dapat menjamin keselamatan Melaka,khasnya daripada ancaman

    Siam. Ini dapat dibuktikan apabila laksamana Cheng Ho yang diutuskan oleh kerajaan

    China untuk ke Melaka telah diarahkan untuk singgah di Siam dahulu yang bertujuan

    untuk memberi amaran kepada Siam supaya tidak menyarang dan menancam Melaka

    kerana Melaka telah diiktiraf dibawah naungan China.

    PERDAGANGAN

    PERANAN SELAT MELAKA

    Faktor utama yang menjadikan melaka sebagai pusat perdagangan di rantau

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    8/23

    Melayu ialah kedudukan Melaka yang srategik iaitu dikawasan perairan Selat Melaka

    yang mana merupakan laluan utama pedagang dari Timur ke Barat dan sebaliknya.Selat

    Melaka juga merupakan kawasan yang terlindung daripada tiupan angina monsoon.Hal

    ini menyababkan para pedagang akan singgah ke Melaka untuk berlindung daripada

    tiupan angin monsoon.Disamping itu mereka boleh menjalankan aktiviti perdagangan di

    Melaka kerana Melaka mempunyai kuasa beli yang tinggi.Perdagangan di Melaka juga

    berkembang ekoran daripada beberapa foktor lain yang disediakan oleh pemerintah untuk

    memudahkan para pedagangan.Contonnya perkhidmatan membaiki kapal,rumah

    tumpangan,stor barangan dagangan dan sebagainya.kebijaksanaan pemarintah telah

    menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan di Nusantara.Contohnya pemerimtah

    Melaka berjaya menjaga keamanan dan keselamatan para padagang di Melaka dengan

    menubuhkan sistem pentadbiran di pelabuhan bagi melancarkan aktiviti perdagangan di

    pelabuhan.ini sekaligus dapat menarik minat para pedagang dari luar untuk berdagang di

    melaka.Malah pada masa yang sama Melaka juga telah bertindak sebagai pelabuhan

    interport yang mana berfungsi sebagai pusat pertukaran barangan daganagan antara para

    padagang.Denagan adanya pelabuhan interport,melaka telah dikenali di seratapelosok.Hal

    ini,sekaligus telah menjadikan melaka terkenal sebagai pusat perdagangan pada abad ke-

    15 masihi dan abad ke-16 masihi.

    HUBUNGAN DENGAN CHINA

    Selain itu,terdapat juga faktor lain yang menjadikan Melaka sebagai pusat

    perdagangan,iaitu Melaka telah menjalinkan hubungan dengan China.sebagai tanda

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    9/23

    persahatan,Melaka kerap menhantar rombongan melawat Negara China.Tujuannya ialah

    untuk mengeratkan lagi tali persahabatan dan juga untuk memperluaskan perdagangan

    Melaka. Contohnya pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah,baginda

    meneruskan hubungan dengan negera China bagi mematikan kepentingan perdagangan

    Melaka dapat diteruskan dan berkembang.negara China merupakan sebuah Negara yang

    luas dan sudah tentunya mempunyai pasaran dan kuasa beli yang tinggi,ini merupakan

    kesempatan bagi para pedagang Melaka untuk mendagangkan barangan dagangan

    mereka di China.Hal ini sudah tentu akan memberi keuntunagan kepada Melaka.Namun

    pada masa yang sama perhubungan dengam China juga dapat memenuhi keperluan

    barangan di Melaka.Dengan terjalinnya hubungan dengan Negara China , perkembangan

    perdagangan Melaka telah berlaku dengan pesat sehingga menjadikan Melaka sebagai

    pusat perdagangan yang terkenal di Alam Melayu.

    PERANAN ORANG LAUT

    Di sekitar perairan selat melaka telah didiami oleh orang laut ekonominya adalah

    berasaskan aktiviti morompak dan melanin.Mereka akan menyamun para pedagang yang

    melalui selat melaka.Hal ini akan menakutkan para padagang untuk berdagang dan

    melalui selat melaka.Kebijaksanaan pemerintah yang telah berjaya menguasai orang

    laut,sekaligus dapat menghapuskan aktiviti perlanunan di selat melaka.Orang laut

    dikatakan sungguh taat dan setia kepada Parameswara dan keturunannya sehingga

    keturunan yang terakhir di Johor pada 1699. Orang-orang laut telah diberikan pangkat

    dalam istana oleh sultan supaya dapat menjamin keselamatan perairan selat melaka.pada

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    10/23

    masa yang sama orang juga telah dijadikan angkatan tentera laut bagi megawasi perairan

    selat melaka.Dengan kemahiran yang sedia ada,orang laut dapat mengawal perairan selat

    melaka dengan mudah.Contohnya mereka dapat mengalahkan musuh dengan mudah

    kerana mereka mempunyai kemahiran dalam mengendalikan kapal,mambaca tiupan

    angin,dan sebagainya.Ekoran daripada kejayaan menguasai orang laut,Melaka dapat

    menarik minat para pedagang dari luar kerana terdapat jaminan keselamatan yang telah

    disediakan.

    KEBUDAYAAN

    Kehadiran pelbagai bangsa menyebabkan terdapat 84 jenis bahasa yang dituturkan oleh

    masyarakat di Melaka. Namun begitu, bahasa Melayu tetap dijadikan sebagai lingua

    franca atau bahasa perantaraan di Melaka. Hal ini kerana bahasa Melayu mudah difahami

    dan menjadi bahasa utama masyarakat di rantau ini. Pemerintah Melaka membenarkan

    rakyatnya dan bangsa asing bertutur dalam bahasa masing-masing. Sebagai contoh,

    pedagang China boleh bertutur dalam bahasa cina untuk berkomunikasi antara mereka.

    Bukti penggunaan bahasa asing di Melaka dapat dilihat dengan penggunaan istilah

    bahasa Jawa di kalangan masyarakat Jawa seperti Manira dan Kulo. Istilah ini digunakan

    oleh masyarakat Jawa terhadap pihak yang superior sebagai tanda hormat. Namun begitu,

    pedagang asing menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi apabila berurusan dengan

    pegawai dan pedagang di pelabuhan.

    PENILAIAN

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    11/23

    Bukti Melaka Sebagai Warisan Kepada Srivijaya

    Apabila kita membicarakan tentang Melaka sebagai warisan kepada Srivijaya, semacam

    kita mampu mendedahkan yang Parameswara, pemerintah yang melarikan diri itu berasal

    dari Palembang-Srivijaya. Kenyataan ini dapat dilihat berdasarkan bukti yang

    dikemukakan pada proses Peralihan Pemerintahan Dari Palembang Ke Melaka, dan

    beberapa bukti lain. Bukti terawal yang boleh diperjelaskan ialah berdasarkan Sejarah

    Melayu yang secara terang-terangan menegaskan pengasas Melaka datang dari

    Palembang. Edidi Teks Terawal ( 1612 Masehi ) memberikan gambaran awal tanpa

    keraguan tentang kecemerlangan Palembang dahulu dan proses peralihan yang berlaku.

    Setelah mengkaji Raffles SM No. 18, sarjana berpendapat perkembangan sejarah Melayu

    abad ke-11 Masehi dikaji dalam abad ke-15 Masehi. Maka satu ketetapan telah

    diperolehi, iaitu pengkaji salasilah raja-raja Melayu memutuskan bahawa pemerintah dan

    pengasas kerajaan Melaka berasal dari empayar Srivijaya yang mempunyai pusat

    pentadbiran di Palembang, pada separuh abad ke-11 Masehi.

    Bukti seterusnya dapat dilihat berdasarkan pentafsiran Wolters. Pada abad ke-14 Masehi,

    istilah Srivijaya semacam lenyap dari catatan sejarah. Hanya Palembang sahaja yang

    disebut sebagai tanah taklukan Malayu-Jambi. Walau bagaimanapun, setelah diserang

    oleh Jawa, pemerintah Palembang mengundurkan diri. Wolters menambah Temasik

    ( Singapura ) adalah tempat persinggahan pemerintah Srivijaya itu sebelum ke Melaka.

    Pada masa yang sama, kekuasaan Palembang dan Jambi semakin merosot. Keadaan ini

    seolah-olah berlaku sekali lagi dalam dunia Melayu, iaitu apabila Melaka diserang oleh

    Portugis. Pentafsiran Wolters memaparkan satu budaya warisan Melaka yang diasaskan

    di Srivijaya, kerana apa yang berlaku semacam pernah berlaku di Srivijaya juga.

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    12/23

    Bukti seterusnya dapat dilihat berdasarkan kepada pentafsiran ke atas pendapat Tome

    Pires. Pires menyifatkan bahawa Parameswara ialah raja Palembang, dan menyifatkannya

    sebagai, ... seorang yang istimewa dan bersedia untuk pergi berperang... Parameswara

    sedar akan kekuatan abang iparnya ( Jawa ) dan berusaha untuk menyerang kembali

    Jawa. Kekalahan Parameswara ke atas Jawa sedikit pun tidak merendahkan kedudukan

    dan martabat Parameswara. Hal ni kerana penduduk di pulau itu masih menumpahkan

    taat setia kepada Parameswara. Pengunduran ke Singapura ( Temasik ) pun ada

    rasionalnya. Hal ini kerana Singapura adalah tempat yang strategik untuk perdagangan

    kelautan dan berhampiran dengan Kepulauan Riau yang dianggap sebagai kuasa tentera

    kelautan ketika itu. Maka Pires menyifatkan Singapura sebagai lokasi yang sesuai untuk

    Parameswara membangunkan kembali kekuasaannya.

    Selain itu, bukti Melaka sebagai waris kepada Srivijaya dapat dilihat berdasarkan peranan

    ahli salasilah yang mencorakkan perjalanan penulisan Sejarah Melayu itu sendiri. Ahli

    salasilah menyifatkan Raja Iskandar Shah tiba ke Melaka dengan kekuasaan yang sama

    dengan kekuatan Tri Sri Buana. Ahli salasilah juga mahu menjaga air muka pengasas

    Melaka supaya dapat menjernihkan keadaan huru-hara dalam sejarah alam Melayu ketika

    itu, selain dapat menerangkan assl-usul Parameswara. Dalam Raffles SM No. 18 pun,

    kedaulatan raja-raja Melayu akan dizahirkan dengan merujuk kepada keluarga diraja

    Palembang. Hal ini mendedahkan kepada kita bahawa apa yang berlaku di Melaka

    mempunyai perkaitan dengan perkembangan Srivijaya-Palembang ketika sedang

    masyhur dahulu.

    Bukti Lain Melaka Sebagai Waris Kepada Srivijaya

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    13/23

    Setelah berjaya mengasas dan mendirikan kerajaan Melaka sekitar tahun 1399/ 1400

    Masehi, Parameswara meninggalkan dua orang pengganti iaitu Megat Iskandar Syah dan

    Seri Maharaja. Kedua-duanya mempunyai kebolehan dari segi politik dan pentadbiran

    untuk menerajui sebuah kerajaan yang baru ditubuhkan itu. Ketiga-tiga tokoh tersebut

    telah menanamkan tradisi berkerajaan dan mengasaskan tunjang pensejarahan Melayu

    untuk dijadikan warisan bukan sahaja oleh pengganti mereka sehingga tahun 1511

    Masehi malah tradisi ini terus diamalkan dalam bentuk semangat dan amalan sistem

    sosiopolitik serta kerajaan pada institusi kesultanan di beberapa buah negeri di negara ini.

    Dengan perkataan lain, pengalaman politik dan pentadbiran yang dimiliki oleh

    Parameswara dan para penyokong serta pengikutnya yang terdiri daripada para menteri

    dan pembesar sejak berada di Singapura dan Palembang dahulu merupakan landasan

    penting dan sumber pengetahuan yang asas dan berguna untuk membentuk kerajaan di

    Melaka. Pengalaman Parameswara semasa menjadi pemerintah untuk beberapa tahun di

    tanah asalnya, Palembang yang amat praktis. Ia juga memberikan pengetahuan kepada

    beliau untuk berpolitik. Ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang aneh kerana pengetahuan

    itu adalah warisan yang diturunkan dan telah dipusakai oleh Parameswara daripada

    kalangan kerabatnya sendiri dan keluarga ahli politik Palembang. Palembang adalah

    tempat asal Parameswara dan tempat bakat kepimpinan beliau dipupuk untuk menerajui

    empayar Melayu-Srivijaya.

    Pengalaman berpolitik dan mentadbir yang diperoleh ketika menjadi raja di Palembang

    dan Singapura itulah yang menjadi landasan kebolehan Parameswara untuk memerintah

    dan merancang skema untuk memajukan Melaka. Kemudian, pengganti Parameswara

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    14/23

    hanya meneruskan sahaja usaha yang telah dirintisnya itu. Dasar dan prinsip berpolitik di

    Palembang dijadikan model oleh beliau untuk bergerak cergas di Melaka pula.

    Di Srivijaya, sistem politiknya didukung oleh satu sistem pentadbiran yang berpaksi

    kepada raja dan juga satu barisan kepimpinan yang mempunyai fungsi masing-masing

    dan disokong oleh kesetiaan Orang Laut di Selat Melaka. Contohnya, Senapati, Nyaka,

    Pratyaya, Hajipratyaya dan Dandanayaka. Senapati merupakan ketua kepada hulubalang

    dan fungsinya sama dengan Laksamana pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Nayaka

    pula berperanan sebagai Penghulu Bendahari. Di Melaka, hierarki pemerintahannya

    terdiri daripada raja dan kerabatnya, golongan pembesar, bangsawan, rakyat merdeka dan

    hamba. Tempat tinggal berdasarkan pola demografi iaitu raja dan kerabatnya tinggal di

    atas bukit yang strategik, pembesar-pembesar di lereng bukit dan kampung-kampung,

    Orang Laut di tepi pantai dan rakyat pula berumahkan atap rumbia di kaki bukit dan di

    seberang sungai.

    Maka dalam konteks dan proses budaya politik serta fenomena sejarah serantau yang

    berlegar di Selat Melaka itulah kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15 muncul dan

    membangun. Proses dan babak-babak sejarah yang terdahulu terjadi hingga abad ke 14

    berterusan lagi. Tetapi kali ini penerusan serta kelanjutan ini terjadi di Melaka pula.

    Malah semangat politik dan tradisi sosiobudaya Srivijaya itulah yang mempengaruhi

    penubuhan Melaka kepada sebuah empayar seperti pengalaman Palembang-Srivijaya

    dahulu. Tambahan pula tokoh yang mengasaskan Melaka adalah keturunan darah dan

    kerabat dari Palembang dan berkaitan pula dengan kekerabatan Jawa semenjak tahap-

    tahap kegemilangan Singosari pada abad ke 13 lagi. Gaya politik Srivijaya praperiode

    Melaka telah dijadikan model dan ilham cara berpolitik yang amat baik oleh raja-raja

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    15/23

    Melaka untuk menggiatkan kegiatan diplomatiknya.

    Selari dengan corak pengaliran tadi, Melaka sebenarnya telah mengambil alih peranan

    politik Palembang-Srivijaya yang telah pudar itu. Malah tradisi pensejarahan Melaka

    selama seabad lebih itu adalah pengulangan semula tradisi pensejarahan Srivijaya. Cuma

    faktor asas yang menjadi tunggak perubahan kedua-dua kuasa thalassocracy Melayu

    dalam lingkungan kedinamikkan budaya serantau dan seperairan ini iaitu faktor agama

    Islam. Ini bermaksud karisma kepimpinan yang ada pada Parameswara dan pemerintah

    yang seterusnya telah dilambang dan diberikan unsur sosiopolitik tradisi yang istimewa

    terhadapnya sebagai tokoh pemerintah yang dianggap berdaulat terhadap rakyat.

    Pengalaman menyusun sistem pentadbiran untuk menubuhkan sebuah kerajaan dalam

    suatu institusi politik telah pun dimiliki oleh Parameswara sejak berada di Palembang

    lagi. Karisma Parameswara sebagai raja yang berdaulat di Palembang dan Singapura

    sebelum tahun 1400 Masehi, telah menjadi pendorong utama untuk menggerak dan

    menggagaskan eksploitasi politik yang lebih besar di Selat Melaka pada awal abad ke 15

    atau sekitar penghujung abad ke 14.

    Penutup

    Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa bukti-bukti yang

    dikemukan jelas menunjukkan Melaka menjadi waris kepada kerajaan Srivijaya,

    khususnya dari aspek ekonomi, politik, dan sosial negara. Proses peralihan kerajaan

    ketuanan Melayu berlaku dari Srivijaya ke beberapa kawasan kedaulatan Melayu ketika

    itu sebelum singgah menetap di Melaka. Walaupun hampir tiada sumber bertulis yang

    menerangkan secara konkrit berkenaan dengan proses peralihan yang berlaku, namun kita

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    16/23

    perlu mengakui bahawa peralihan memang berlaku. Sebelum mengakhiri perbincangan

    ini, penulis ingin membayangkan kebenaran tafsiran yang dibuat oleh Wolters. Kejatuhan

    kerajaan Srivijaya sudah barangkali boleh diramalkan. Hal ini kerana kerajaan kelautan

    ini banyak bergantung kepada kegiatan perdagangan maritim antarabangsanya demi

    kelangsungan politiknya. Memaparkan kepentingan ekonomi dan motif politik bergerak

    seiring. Selari dengan peralihan kerajaan Melayu ke Melaka, pusat perdagangan juga

    berubah. Mahu tidak mahu kekuasaan sesebuah kerajaan yang berpusat di lautan maritim

    perlu menerima hakikat yang mereka juga akan beralih ke tempat lain. Maka, pentafsiran

    ini sedikit sebanyak boleh dirujuk untuk mendedahkan Melaka adalah waris kepada

    kerajaan Srivijaya.

    BIBLIOGRAFI

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    17/23

    W.G Shellabear.1989.Sejarah Melayu.Selangor.Fajar Bakti Sdn.Bhd

    Mohd Jamil Bin Mukmin,Melaka Pusat Penyabaran Islam Dinusantara,Nurin Enterprise,Kuala

    Lumpur,1994.

    Abdul Rahman Haji Abdullah,Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional,Terbitan Pena

    Sdn.Bhd,Kuala Lumpur.1989.

    Sejarah Malaysia 1400-1641.Universiti Kebangsaan Malaysia.1999.

    Tan Ding Eng.1975.Sejarah Malaysia Dan Singapura.Kuala Lumpur.Siri Sejarah Fajar Bakti.

    Rahmat Saripan.1983.Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka.Melaka Marathon Engraving.

    Muhammad Yusoff Hashim,1990,Kesultanan Melayu Melaka,Kajian Beberapa Aspek Tentang

    Melaka Pada Abad Ke-15 Dan Abad Ke-16 Dalam Sejarah Malaysia Kuala Lumpur.Dewan

    Bahasa Dan Pustaka.

    W.G Shellabear, (ed), Sejarah Melayu ( The Malay Annals ), Malaya Publishing House Limited,

    Singapura.

    F. Hirt and W.W Rockhill, (eds), Chau Ju-Kua on the Chinese and Arab Trade. St. Petersbug,

    1966.

    Max gluckman,the ideas in borotse jurisprudence,new haven and London,1965.

    Joginder singh jessa,sejarah tanah melayu 1400-1959,dewan bahasa dan pustaka,kuala Lumpur

    1978.

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    18/23

    Sejarah Malaysia 1400-1641.Universiti Kebangsaan Malaysia.1999.

    Andaya,a.l,the kingdom of johore 1641-1724,economic and political development,oxford

    university press 1975.

    O. W Wolters. Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu

    O. W. Wolters. 1967. Early Indonesian Commerce- A Study of the Origins of Srivijaya. New York :

    Ithica.

    Zainal Abidin Abd Wahid. 1970. Glimpses of Malaysian History. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    Posted by cikgu azhar zack at 22:01

    KESULTANAN MELAYU MELAKA II

    AGAMA

    Melaka mencatatkan satu transformasi yang agak besar dalam aspek agama dan

    kepercayaan. Bermula dengan kepercayaan Hinddu-Buddha yang dipengaruhidari kerajaan Majapahit dan Srivijaya, seterusnya diganti dengan agama Islam.Islam sampai di beberapa kawasan lain di Asia Tenggara terlebih dahulusebelum sampai di Melaka. Islam bertapak di Pasai pada kurun ke-13 dansampai di Terengganu pada tahun 1303. Ini dibuktikan dengan terjumpanyaBatu Bersurat Terengganu. Pada waktu itu, kerajaan Melaka belum lagidiasaskan.

    Kedatangan Islam ke Melaka disambut baik oleh Sultan, pembesar dan rakyatMelaka. Sultan adalah orang yang memainkan peranan penting dalamperkembangan Islam di Melaka. Buktinya, baginda pernah menjemput ulama

    dan dan mengajar agama Islam di Melaka.

    Istana Melaka dijadikan tempat untuk mempelajari ilmu tentangpengetahuanIslam. Selain itu, istana juga menjadi tempat menterjemah danmengumpul kitab agama. Ajaran agama Islam semakin maju dan berkembang disurau, madrasah dan masjid. Tempat ini menjadi pusat pengajian agama bagigolongan rakyat di Melaka.

    http://koleksi-nota-sejarah.blogspot.com/2009/03/politik-di-melaka-pada-abad-ke-15.htmlhttp://www.blogger.com/email-post.g?blogID=416821401213018148&postID=5999724752274302983http://koleksi-nota-sejarah.blogspot.com/2009/03/politik-di-melaka-pada-abad-ke-15.htmlhttp://www.blogger.com/email-post.g?blogID=416821401213018148&postID=5999724752274302983
  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    19/23

    Kedatangan agama Islam ke Melaka telah membawa perubahan dalamkepercayaan. Pemikiran, pentadbiran, perundangan dan nilai hidupmasyarakat.

    Semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1459), agama Islam

    telah menjadi agama rasmi Melaka. Pemerintah Melaka memakai gelaran Sultanmenggantikan gelaran raja ( pengaruh Hindu - Budhha) yang digunakan sebelumini. Sultan yang memerintah dianggap sebagai khalifah Allah iaitu sebagai wakilAllah yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan alam ini.

    Pemerintahan Melaka mengikut lunas pemerintahan Islam terutamanya dalamurusan pentadbiran. Misalnya Sultan Mansur Syah mengarahkan pembesarberbincang dan bermuafakat dalam menjalankan tugas mereka. Ini bersesuaiandengan konsep musyawarah yang terkandung di dalam ajaran Islam.

    Sultan Alauddin Riayat Syah, mencontohi pentadbiran khalifah Islam kedua iaitu

    Sayidina Umar al-Khattab. Pada masa pemerintahan Sayidina Umar, bagindasering menyamar diri keluar pada waktu malam untuk mengetahui keadaansebenar umat Islam. Sultan Alauddin Riayat Syah mencontohi Sayidina Umaruntuk membasmi kegiatan mencuri di Melaka. Ini membuktikan bahawa Melakatelah melaksanakan undang-undang jenayah Islam dalam pentadbirannya.

    Kemajuan agama Islam di Melaka dibuktikan lagi apabila turut mempengaruhiundang-undang Melaka. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melakaadalah gabungan hukum adat tempatan dengan undang-undang Syariah dannilai Islam. Hukum Kanun Melaka Fasal 30, contohnya menjelaskan tentanghukum dan tatacara berniaga serta barang yang boleh diperniagakan mengikut

    cara Islam.

    Selain itu, terdapat banyak lagi perkembangan dan kemajuan dari aspek agamaIslam di Melaka yang mempengaruhi gaya hidup rakyatnya. Contohnya,Kalendar Hijrah mula digunakan oleh kerajaan Melaka. Tulisan Arab puladisesuaikan dan dijadikan tulisan jawi. Contoh yang seterusnya ialah pengajianAl-Quran dijadikan asas dalam sistem pendidikan masyarakat Melaka. Upacaraseperti berkhatam al-Quran, kenduri arwah dan kesyukuran juga mulai menjadiamalan masyarakat Melaka.

    EKONOMI

    Kemajuan dari aspek ekonomi ditonjolkan apabila Melaka berjaya menjadisebuah empayar perdagangan yang besar dan amat terkenal.

    Melaka telah menjadi pusat perdagangan yang penting kerana kedudukannyaditengah-tengah laluan perdagangan Timur dan Barat. Keadaan ini

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    20/23

    memudahkan pedagang singgah sama ada untuk berdagang, mendapatkanbekalan makanan dan minuman atau membaiki kapal.

    Melaka juga terlindung daripada tiupan angin monsun Timur Laut oleh BanjaranTitiwangsa, dan daripada angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera. Oleh

    itu persekitarannya aman dan lautnya tenang kerana tiada ganguan ombakbesar. Lautnya yang dalam membolehkan kapal dagang berlabuh denganselamat. Perairan Selat Melaka yang sempit juga memudahkan kerajaan Melakamengawal kapal yang lalu di sekitarnya.

    Pedagang-pedagang dari serata dunia akan menunngu pertukaran angin Monsundi Melaka untuk pulang. Pedagang dari Barat mengikut angin Monsun TimurLaut dan pedagang dari Timur pula mengikut angin Monsun Barat Daya.Keadaan Melaka yang sedemikian menyebabkan ia menjadi pusat pertemuankapal dagang.

    Terdapat faktor lain juga yang turut membantu memajukan Melaka sehinggamenarik kedatangan pedagang luar.

    Antaranya ialah, kerajaan Melaka mempunyai jentera pentadbiran yang teraturuntuk membantu urusan pelabuhan dan kegiatan perdagangan. Syahbandardilantik oleh sultan untuk menguruskan pentadbiran di pelabuhan. HukumKanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka telah digubal oleh kerajaanMelayu Melaka untuk memastikan perdagangan berjalan dengan lancar,kestabilan dan keamanan negeri terpelihara.

    Selain itu, pelbagai kemudahan untuk pedagang telah disediakan oleh

    pemerintah Melaka di pelabuhan Melaka. Antara kemudahan yang disediakanadalah seperti gudang-gudang besar untuk menyimpan barang, kemudahanpengangkutan (kapal, perahu, jong, lancara, gajah) dan pekerja. Kemudahanmembaiki kapal dan tempat tinggal untuk para pedagang turut disediakan olehkerajaan Melayu Melaka.

    Kemajuan sistem kewangan juga berlaku pada zaman ini. Urus niaga di Melakadijalankan melalui sistem tukar barangdan penggunaan mata wang. Wanglogam digunakan dalam urus niaga di Melaka. Wang ini diperbuat daripadatimah.

    Bahasa perdagangan yang digunakan di Melaka ketika itu ialah bahasa Melayu.Para pedagang berminat datang ke Melaka kerana mereka mudah berurusandengan pegawai Melaka dan pedagang di Melaka dengan menggunakan bahasaMelayu. Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Kepulauan Melayu danmenjadi lingua franca di pelabuhan Melaka pada zamannya.

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    21/23

    POLITIK

    Dalam aspek politik, kemajuan dapat dilihat berdasarkan kepada kecekapanpemerintah Melaka mewujudkan beberapa jawatan pembesar untuk membantumelancarkan pentadbiran Melaka. Sistem Empat Lipatan digunakan dalam

    pentadbiran politik di Melaka.

    Jawatan Bendahara diwujudkan sebagai penasihat kepada raja. Selain itu,Bendahara juga bertanggungjawab sebagai Menteri Utama, Ketua TurusAngkatan Perang, Ketua Hakim dan Pemangku Sultan. Penghulu Bendahari puladiwujudkan untuk menjadi Pemungut hasil atau Ufti, Ketua segala Bendahari,Ketua Urusetia Isatna dan juga Ketua segala Syahbandar. Jawatan Temenggungpula ditugaskan untuk menjadi Ketua Polis dan Penjara, Penguasa Bandar,Ketua Protokol Istana dan Hakim di darat. Semasa pemerintahan SultanMuzaffar Syah (1445-1459), baginda telah mewujudkan jawatan Laksamanayang bertanggungjawab sebagai Ketua Angkatan Laut Melaka.

    Selain daripada jawatan-jawatan pembesar yang telah diwujudkan, keadaanpolitik di Melaka diperkukuhkan lagi dengan adanya undang-undang. Melakamempunyai Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

    Untuk menjamin kestabilan politiknya, Melaka juga mempunyai angkatan lautyang sangat besar. Orang Laut menjadi tenaga penting dalam angkatan lautMelaka. Melaka mempunyai pahlawan-pahlawan yang gagah, berani dan setiaseperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

    Sebahagian besar kelengkapan tentera Melaka terdiri daripada kapal, bahtera,

    ghali, ghalias, jong dan lancaran. Peralatan senjatanya pula ialah panah, keris,lembing, meriam, lela, rentakal, istinggar dan pemuras. Kekuatan yang adamembolehkan Melaka mengadakan serangan dan seterusnya menaklukikerajaan lain.

    Melaka juga menjalinkan hubungan politik luar dengan negara luar sepertiChina. Hubungan politik ini mengukuhkan lagi kekuatan kerajaan MelayuMelaka. Kedatangan Laksamana Yin Ching pada tahun 1403 dan LaksamanaCheng Ho pada tahun 1409 membolehkan Melaka berharap kepada China untukmendapatkan perlindungan daripada ancaman Majapahit dan Siam.

    Melaka terus membangun menjadi sebuah kerajaan yang kuat. Buktinya padamasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Melaka dapat mematahkan seranganSiam sebanyak dua kali tanpa bantuan China.

    SOSIOBUDAYA

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    22/23

    Rakyat Melaka mengamalkan kebudayaan Melayu di dalam kehidupan seharian.Kedatangan Islam ke Melaka telah memberi kesan yang begitu besar ke atassosiobudaya masyarakat Melaka. Sebagai contoh, konsep dewa raja telahdiganti dengan konsep sultan. Rakyat biasa menghormati sultan sebagaipemerintah yang dianggap sebagai wakil tuhan. Rakyat amat taat kepada setiap

    perintah sultan. Budaya saling mentaati sultan ini diperkuatkan lagi dengankepercayaan kepada konsep daulat dan tulah. Berdasarkan konsep ini, rajadikatakan berdaulat dan sesiapa yang ingkar dan tidak menghormati sultanakan menerima balasannya yang juga dikenali sebagai tulah.

    Dalam aspek kemasyarakatan pula, budaya-budaya kesenian Islam muladijelmakan melalui amalan seperti upacara berkhatam al-Quran, kenduri arwahdan kesyukuran.

    Selain itu, dalam kalangan pemerintah juga terdapat beberapa budaya yangdiamalkan. Sebagai contoh, budaya bermusyawarah. Sultan Muzaffar Syah

    sentiasa mengarahkan para pembesarnya bermusyawarah untuk menjalankantugas masing-masing.

    Adat Temenggung juga menjadi sebahagian daripada budaya amalan rakyatMelaka. Adat Temenggung ini meliputi hal-hal jenayah, awam, kekeluargaan,hukum pelabuhan dan undang-undang laut. Mengikut Adat Temenggung, sultanberkuasa penuh dalam pentadbiran.

  • 8/6/2019 Susun Lapis Pemerintahan Melaka

    23/23

    http://3.bp.blogspot.com/_engSjRWwaKQ/TKnEbJS_rJI/AAAAAAAAACI/6NuRxVkZizQ/s1600/Islammlk.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_engSjRWwaKQ/TKnD4cs2btI/AAAAAAAAACE/ZJ9TsAEAmGs/s1600/sejarah.jpg