kssr (fpk)

13
1.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha untuk menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai manakala standard pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran. Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR? 5

Upload: siti-ainizah

Post on 20-Jun-2015

731 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

kssr

TRANSCRIPT

Page 1: Kssr (fpk)

1.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha untuk

menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid

dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan

semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula

sesi persekolahan Januari lalu bertujuan untuk meningkatkan minat murid terhadap mata

pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada

standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap

persekolahan.

Standard kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui

dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,

kemahiran dan nilai manakala standard pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk

kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan

oleh Kementerian Pelajaran.

Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?

Rajah 1 : Reka bentuk kurikulum dalam KBSR

5

Reka bentuk kurikulum dalam

KBSR

KomunikasiManusia dan alam

sekelilingnyaPerkembangan diri individu

Page 2: Kssr (fpk)

Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam

sekeliling serta perkembangan individu. Di dalam reka bentuk komunikasi KBSR terkandung

kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini merupakan tonggak

pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara mata pelajaran yang tergolong dalam

bidang ini termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan

Matematik. Kesemua mata pelajaran ini diajar pada Tahap 1 dan Tahap 2. Contohnya, bagi

mata pelajaran Bahasa Melayu, ia berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat

komunikasi perpaduan rakyat.

Pada Tahap 1, murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti

bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu. Manakala, pada

Tahap 2 pula, murid-murid diberi penekanan kepada kemahiran belajar dan kemahiran

berfikir melalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan dan perbincangan.

Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa Melayu KBSR bertujuan untuk melahirkan murid

yang berkebolehan berbahasa,menghargai serta menghayati bahasa sebagai bahasa rasmi

negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat Rukun Negara dan

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan

alam sekeliling mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap.

Pada Tahap 1, mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral diajar manakala pada

Tahap 2, dua mata pelajaran lain ditambah iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Contohnya,

dalam mata pelajaran Pendidikan Moral terkandung 16 nilai berasaskan agama, tradisi dan

adat resam pelbagai etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sarwajagat dan prinsip-

prinsip Rukun Negara. Nilai yang sama diajar pada tiap-tiap tahun persekolahan tetapi isi

kandungan dan penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan

dan kematangan murid. Sebagai contoh, pada Tahap 1, murid diajar nilai pengajaran dan

pembelajaran berasaskan isu dan situasi murid itu sendiri serta kehidupan sehariannya

seperti kebersihan diri iaitu mandi, gosok gigi, sikat rambut dan lain-lain lagi. Manakala pada

tahap 2 pula, konteks isu dan situasi dikembangkan untuk meliputi aspek kemasyarakatan,

negara dan antarabangsa.

Oleh itu, murid digalakkan untuk berfikir, berbincang dan membuat keputusan

berhubung dengan isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian. Seterusnya,

bidang yang ketiga dalam KBSR ialah perkembangan diri individu. Komponen yang

terkandung dalam bidang ini ialah komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal

ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan

penghayatan kesenian dan kesihatan. Antara mata pelajaran yang terkandung dalam

komponen ini ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik serta Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan.

6

Page 3: Kssr (fpk)

Rajah 2 : Reka bentuk kurikulum dalam KSSR

Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat

terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang

dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap

tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang

relevan dengan keperluan setiap tunjang. Jika kita lihat di dalam KSSR reka bentuk yang

digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR. Dalam tunjang yang pertama

iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalinkan

kemahiran berbahasa semasa berinteraksi.

Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-

verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran

yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan

kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai

tambah kemahiran menaakul. Jika dilihat dalam KBSR hanya menekankan kemahiran

berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis sahaja tetapi dalam KBSR,

tunjang komunikasi ditekankan dengan satu lagi kemahiran berbahasa yang amat penting

iaitu menaakul.

Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu transformasi baru yang dilakukan

untuk meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu

proses penaakulan. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang

pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses

7

Komunikasi

Kerohanian, sikap dan nilai

Kemanusiaan

Perkembangan fizikal dan estetika

Sains dan teknologi

Keterampilan diri

Page 4: Kssr (fpk)

pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain.

Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek

kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang

dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya

mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang

menepati identiti Malaysia.

Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus

kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang

relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi

teras kepada tunjang ini. Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar

dengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu

yang bukan hanya memahami, malah turut menghayati dan mengamalkan ilmu

pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat,

negara dan global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan

konsep pembangunan berterusan dan pembangunan sumber tenaga berterusan.

Selain itu, tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat

patritotisme dan perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan

agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha

pembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotism perlu ditanam dalam diri individu

bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh itu, tunjang kemanusiaan memberi

ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada

perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar.

Seterusnya, tunjang Keterampilan  Diri yang menjurus kepada salah satu agenda

pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian

berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti

mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik,

rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupanhariannya. Ciri-ciri

ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan

penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam

aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan diperingkat sekolah, daerah

mahupun kebangsaan.

Tunjang keterampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan

sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi

8

Page 5: Kssr (fpk)

ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran

dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam penglibatan dalam

kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi

peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri,

keluarga, masyarakat dan negara. Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang

yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan

seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya.

Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang

lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan

peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat

tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi

estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan

dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan

dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya Pendidikan Seni Visual dan Muzik.

Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk tunjang literasi

Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran

abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu,

kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi.

Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap

saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran

ICT. Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu

memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini

dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh

tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan

menyediakan mereka dengan peluang untuk menghuraikan maklumat yang berkaitan

dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

9

Page 6: Kssr (fpk)

10

Page 7: Kssr (fpk)

Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian

formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan

Berasakan Sekolah (PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognitif, afektif dan

psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan melaksana cara

bagaimana menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berterusan. Maklumat

dikumpul digunakan untuk merancang tindakan susulan sama ada serta merta atau selepas

pengajaran satu-satu unit pembelajaran.

Tindakan susulan yang dibuat berbentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan sejajar

dengan tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah

ujian sumatif. Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang

dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian

yang diutamakan berfokus kepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M

(membaca, menulis dan mengira). Antara mata pelajaran yang diuji termasuk Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam pula,

Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuan mengenalpasti penguasaan

amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang ditentukan syarak.

Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa

kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat beorientasikan peperiksaan

dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan modal insan. Murid dalam sistem

pentaksiran KBSR belajar hanya untuk mengambil peperiksaan semata-mata dan kurang

mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian. Sebagai contoh, apabila tamat

menghadapi UPSR murid akan melangkah ke sekolah menengah, murid tidak dapat

membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari ketika sekolah rendah dan

mengaitkan dengan mata pelajaran di sekolah menengah. Hal ini kerana, murid hanya

belajar untuk menjawab peperiksaan semata-mata. Hal ini dilihat menjadi kelemahan utama

dalam sistem pentaksiran KBSR.

Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR,

maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem

11

PENTAKSIRAN

KBSR KSSR

- Penekanan yang ketara kepada

pentaksiran sumatif.

- Dijalankan secara berterusan untuk

mengesan perkembangan dan pencapaian

murid dalam pembelajaran.

- Menggunakan kaedah pentaksiran

pelbagai.

- Bersifat autentik dan holistik

Page 8: Kssr (fpk)

Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan

peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki

pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan

dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara

berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran,

menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Terdapat

lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan

dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta

pentaksiran pusat.

Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan

sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa

dan organisasi luar yangdipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran

sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid

menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama

ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak

dibenar  membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan

mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung

pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam

meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut

standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat

dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam

portfolio.

Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi

persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan

hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh

pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan

pameran. Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari

semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran

serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang

hendak dicapai.

Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai

perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan

murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran

mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran

12

Page 9: Kssr (fpk)

mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi

maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta

dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.

Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang

digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek

pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu

kemahiran berfikir dalam p&p, aplikasi kecerdasan pelbagai dalam p&p, penggunaan TMK,

pengajaran berasaskan kajian masa depan, pembelajaran secara konstruktivisme,

pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri

dan belajar cara belajar.

Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan

masa. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran

khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak

360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu. Masa yang

diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu

pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Selain itu, pihak sekolah dikehendaki memilih

sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam

aspek guru, murid serta prasarana sekolah.

Kesimpulannya, perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang

seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi pelapis

generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan

itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan

mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi

aspirasi negara ke arah negara maju. Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih

relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. Guru memainkan peranan yang penting

bagi mengupayakan P&P yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan

komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus

kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.

13