kskv peng kewangan sem1

10
Year 2014 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL MAKLUMAT PROGRAM Hasil Modul Pada akhir kursus, pelajar akan dapat: 1. Mentakrifkan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan dapat mengaitkan antara pendidikan, pendapatan, kerjaya dan potensi pendapatan peribadi; 2. Membuat keputusan kewangan peribadi secara sistematik berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai; 3. Meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mengurus wang secara berkesan dengan mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan; 1 NAMA KURSUS : PENGURUSAN KEWANGAN KOD KURSUS : A11 500 SEMESTER : 1 UNIT KREDIT : 1.0 JAM PERTEMUAN : FACE TO FACE : 2.0 JAM / MINGGU NON FACE TO FACE : JENIS KURSUS : INSANIAH PRASYARAT : - CORE REQUISTE : -

Upload: ronie-lesron

Post on 11-Sep-2015

20 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kv

TRANSCRIPT

Year 2014

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAKURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONALMAKLUMAT PROGRAM

NAMA KURSUS:PENGURUSAN KEWANGAN

KOD KURSUS:A11 500

SEMESTER:1

UNIT KREDIT:1.0

JAM PERTEMUAN:FACE TO FACE:2.0 JAM / MINGGU

NON FACE TO FACE:

JENIS KURSUS:INSANIAH

PRASYARAT:-

CORE REQUISTE:-

Hasil ModulPada akhir kursus, pelajar akan dapat:1. Mentakrifkan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan dapat mengaitkan antara pendidikan, pendapatan, kerjaya dan potensi pendapatan peribadi;

2. Membuat keputusan kewangan peribadi secara sistematik berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai;

3. Meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mengurus wang secara berkesan dengan mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan;

4. Meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka panjang yang berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan kewangan dan kekayaan;

5. Meningkatkan kemahiran untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berkaitan dengan hutang yang ditanggung dan dapat mengekalkan kepercayaan kredit;

6. Meningkatkan kemahiran menggunakan strategi pengurusan risiko secara wajar dan kos efektif bagi meminimumkan kegagalan kewangan dan memelihara kekayaan.

Keterangan Modul

Pendidikan kewangan merupakan satu proses yang membolehkan pengguna kewangan meningkatkan pemahaman mereka mengenai produk, konsep dan risiko kewangan dan melalui maklumat, panduan dan/ atau nasihat yang betul, dapat membangunkan kemahiran dan keyakinan untuk menjadi lebih arif mengenai risiko dan peluang serta dapat membuat pilihan yang bijak, mengetahui saluran bagi mendapatkan bantuan, dan mengambil tindakan yang berkesan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan mereka.

Rujukan: Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi

(Organisation for Economic Co-operation and Development)

Pendidikan pengurusan kewangan dapat memastikan pelajar didedahkan kepada pengetahuan serta kemahiran pengurusan kewangan. Pendedahan ilmu pengurusan kewangan kepada pelajar diharap dapat menyumbang kepada perkembangan tingkah laku dalam menjadikan mereka individu yang tahu hak dan tanggungjawab masing-masing dan melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, untuk membuat keputusan kewangan yang bijak, berkesan dan bertanggungjawab serta dapat menghadapi cabaran semasa dan arus kehidupan masa hadapan.

Modul ini mengandungi enam elemen celik kewangan meliputi wang, sumber pendapatan dan kerjaya, tanggungjawab dan membuat keputusan kewangan, pengurusan dan perancangan kewangan, pengurusan kredit dan hutang, dan pengurusan risiko, perlindungan dan Insurans.Elemen-elemen tersebut bertujuan untuk menyediakan generasi masa hadapan yang berkeupayaan membangun, mengurus dan melindungi kewangan mereka pada setiap peringkat kehidupan.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul

: Pengurusan Kewangan

Semester: 1MINGGU

(JAM)STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARANKRITERIA PENCAPAIAN

MINGGU 1-2(4 1/2 JAM)1.0 Wang, sumber pendapatan dan kerjaya.

Memahami penggunaan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan mengaitkan kerjaya dengan pendapatan peribadi.

1.1 Menerangkan definisi wang dan pendapatan.

1.1.1 Menerangkan definisi wang dan pendapatan.

1.2 Mengenal pasti sumber pendapatan.

1.2.1 Mengenal pasti sumber pendapatan aktif dan pasif.

1.2.2 Membanding beza antara pendapatan sebenar dan pendapatan boleh guna.

1.2.3 Mengira pendapatan sebenar dan pendapatan boleh guna.

1.3 Menerangkan kesan pendapatan kepada gaya hidup, pilihan dan keputusan berbelanja.1.3.1 Menjelaskan kesan pendapatan kepada gaya hidup, pilihan dan keputusan berbelanja.

MINGGU

(JAM)STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARANKRITERIA PENCAPAIAN

MINGGU 3-4

(6 JAM)2. 0 Tanggungjawab dan proses membuat keputusan kewangan

Memahami tanggungjawab dan proses membuat keputusan kewangan peribadi.2.1 Menerangkan tanggungjawab membuat keputusan kewangan.

2.1.1 Menerangkan tanggungjawab membuat keputusan kewangan.

2.2 Menerangkan proses membuat keputusan kewangan.2.2.1 Menerangkan lima langkah dalam proses membuat keputusan.

2.3 Menerangkan pengaruh iklan serta gimik yang digunakan. 2.3.1 Mengenal pasti sama ada iklan-iklan di media merupakan fakta atau pendapat.

2.3.2 Menjelaskan pengaruh iklan dan keperluan berwaspada dalam membuat keputusan kewangan.

2.4 Mengenali elemen penyelewengan/penipuan kewangan.

2.4.1 Menerangkan situasi penyelewengan/ penipuan kewangan.

2.4.2 Menerangkan ciri-ciri penyelewengan/ penipuan kewangan.

MINGGU

(JAM)STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARANKRITERIA PENCAPAIAN

MINGGU 5-6

(5 JAM)3.0 Pengurusan dan Perancangan KewanganMemahami pengurusan dan perancangan kewangan peribadi secara berkesan dengan mengaplikasikan konsep SMART dalam matlamat kewangan dan menyediakan rancangan perbelanjaan.

3.1 Menjelaskan tentang pengurusan dan perancangan kewangan.3.1.1 Menyatakan definisi perancangan kewangan.

3.1.2 Mengaplikasikan konsep SMART dalam

menetapkan matlamat kewangan.

3.1.3 Menentukan jangka masa bagi matlamat kewangan:

- Jangka pendek

- Jangka sederhana

- Jangka panjang

3.2 Menerangkan tentang keperluan dan kehendak.3.2.1 Menyatakan definisi keperluan dan kehendak.

3.2.2 Menyatakan perbezaan antara keperluan dan kehendak.

3.3 Menjelaskan tentang kepentingan belanjawan peribadi.

3.3.1 Menyatakan maksud dan kepentingan belanjawan peribadi.

3.3.2 Menyediakan pelan belanjawan peribadi.

3.3.3 Menghuraikan pelan belanjawan peribadi.

3.3.4 Menerangkan kepentingan untuk menyimpan rekod perbelanjaan.

3.3.5 Menyediakan satu sistem untuk menyimpan rekod perbelanjaan.

MINGGU

(JAM)STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARANKRITERIA PENCAPAIAN

MINGGU 7-8

(5 JAM)4.0 Simpanan dan Pelaburan

Memahami konsep simpanan dan pelaburan bagi merancang dan mencapai matlamat jangka panjang.

4.1 Menerangkan tentang simpanan dan pelaburan.

4.1.1 Menyatakan definisi simpanan dan pelaburan.

4.1.2 Menjelaskan jenis-jenis pelaburan.

Pelaburan tunai dan faedah tetap

Bon

Harta tanah

Dana amanah saham

Saham

4.1.3 Menjelaskan kelebihan dan kelemahan setiap jenis pelaburan.

5.0 6.0 4.2 Menerangkan konsep nilai masa wang.

4.2.1 Menerangkan konsep nilai masa wang.

4.2.2 Mengira faedah mudah dan faedah kompaun.

MINGGU

(JAM)STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARANKRITERIA PENCAPAIAN

MINGGU 9-11

(7 1/2 JAM) 5.0 Pengurusan Kredit dan Hutang

Memahami pengurusan kredit dan hutang yang ditanggung bagi mengekalkan kepercayaan pembiaya.

5.1 Menerangkan tentang instrumen pembayaran berbentuk kad.

5.1.1 Menjelaskan tentang pelbagai instrumen pembayaran berbentuk kad.

- Kad kredit- Kad debit- Kad caj- Kad prabayar

5.2 Menerangkan tentang konsep kredit dan pelbagai jenis kredit termasuk faedah dan kos masing-masing.

.

5.2.1 Menerangkan definisi kredit dan hutang.

5.2.2 Membandingkan 3 kategori hutang:

- Hutang bagi tujuan produktif

- Hutang untuk keperluan

- Hutang bagi membiayai gaya hidup

5.2.3 Menjelaskan peraturan untuk meminjam.

5.2.4 Menjelaskan jenis dan sumber pinjaman.

5.2.5 Menjelaskan bagaimana kadar faedah dan tempoh pinjaman mempengaruhi kos bayaran keseluruhan kredit bagi pinjaman berdasarkan kaedah pengiraan:

- Faedah sama rata (sewa beli)

- Faedah atas baki (perumahan)

5.3 Memahami tentang pengurusan kad kredit secara bertanggungjawab.5.3.1 Menjelaskan ciri-ciri kad kredit termasuk yuran tahunan, caj kewangan, cukai kerajaan dan insentif.

5.3.2 Menjelaskan tentang kesan pembayaran minimum.

5.4 Menerangkan tentang tanggungjawab sebagai peminjam. 5.4.1 Menyatakan tentang faktor asas kelulusan pinjaman dan kepentingan nisbah hutang kepada pendapatan kasar.

5.5 Menerangkan cara mengelakkan daripada perangkap hutang. 5.5.1 Menjelaskan cara mengelakkan daripada perangkap hutang.

5.5.2 Menjelaskan tanggungjawab dan risiko seorang penjamin.

MINGGU

(JAM)STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARANKRITERIA PENCAPAIAN

MINGGU 12-14

(10 1/2 JAM)6.0 Pengurusan Risiko, Perlindungan dan InsuransMemahami tentang pengurusan risiko, jenis-jenis perlindungan insurans dan strategi perlindungan identiti.

6.1 Menerangkan tentang insurans dan takaful.

6.1.1 Menjelaskan definisi insurans.

6.1.2 Menjelaskan definisi takaful.

6.1.3 Menjelaskan kepentingan insurans/takaful.

6.1.4 Menghuraikan terma-terma insurans/takaful.

6.1.5 Menyatakan jenis-jenis insurans.

- Insurans Hayat

- Insurans Am

6.1.6 Menyatakan jenis-jenis takaful.

- Takaful Keluarga

- Takaful Am

6.1.7 Menjelaskan proses insurans.

6.1.8 Menghuraikan proses membuat tuntutan insurans.

6.2 Menerangkan tentang kecurian identiti.6.2.1 Menjelaskan definisi kecurian identiti.

6.2.2 Menyenaraikan jenis-jenis maklumat peribadi.

6.2.3 Menyenaraikan bagaimana kecurian identiti berlaku.

6.3 Menerangkan akibat dan cara menangani kecurian identiti.6.3.1 Menyenaraikan risiko kecurian identiti.

6.3.2 Menyenaraikan bagaimana kecurian identiti berlaku.

6.3.3 Menjelaskan cara mengurangkan risiko kecurian identiti.

6.3.4 Menjelaskan cara mengenal pasti kecurian identiti telah berlaku.

6.3.5 Menjelaskan tindakan susulan mangsa kecurian identiti.

1